Tuesday, March 3, 2015

M 130 TASIK LADAM

 SUNGAI dan TASIK LADAM



Aku teringat masa aku belajar Ilmu Alam (sekarang dipanggil Geografi) semasa di sekolah menengah. Sejak aku di Tingkatan Satu, my favourite subject ialah Ilmu Alam. Masa SRP aku dapat A1 manakala dalam SPM aku dapat A2. Aku masih ingat sangat nama cikgu-cikgu yang mengajar Ilmu Alam di sekolah menengah; Tingkatan 1: Cikgu Amar Habib, T2: Cikgu Zakiah Shuib, T3: Cikgu Saim Selamat (allahyarham), T4: Cikgu Osman Kosmin dan T5: Cikgu Rubiah Badri.

Semasa di Tingkatan 4 dan 5, mata pelajaran Ilmu Alam terbahagi dua; iaitu Ilmu Alam Fizikal (Muka Bumi) dan ilmu Alam Kawasan.  Dalam sektor Fizikal, kami belajar tentang bentuk dan kejadian muka bumi seperti kejadian sungai, tasik, fiord, lurah gelinciran, geseran, gempa bumi, delta dan lain-lain lagi.  Manakala Ilmu Alam kawasan, kami mempelajari negara-negara di dunia termasuk cuaca, jenis kawasan (gurun, tropika dan sebagainya), penduduk, hasil bumi dan pertanian dan apa yang berkaitan dengan negara tersebut.

Hari ini (17 Okt 2012), entah macam mana semasa pulang dari pejabat atu terperangkap dalam kesesakan jalan raya (Jalan Tun Razak)  hampir 2 jam, aku terkenang kembali subjek yang aku minati di sekolah dahulu.

Salah satu tajuk yang kami pelajari ialah pembentukan tasik ladam. 

Mengikut Kanun Tanah Negara (National Land Code 1965), 'Sungai' adalah mana-mana sungai, anak sungai, caruk atau lain-lain aliran air semula jadi, dan apa-apa cawangan sungai, alur/delta atau lencongan buatan darinya.

Menurut Ensaiklopedia Britannica, sungai adalah mana-mana anak sungai semula jadi yang mengalir masuk ke dalam saluran di antara tebing. Punca sebatang sungai mungkin dari sebuah tasik, mata air, atau gabungan beberapa sungai-sungai kecil yang dikenali sebagai hulu sungai. Dari hulu,sungai mengalir menuruni bukit, dan lazimnya berakhir di laut seperti di Gambarajah 1. Dalam beberapa kes sungai mungkin mengalir ke dalam tanah atau mengering sepenuhnya sebelum sampai ke badan air yang lain. 

Manakala 'Lembangan Sungai' adalah kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta. (terjemahan dari EU Water Framework Directive 2000).

Sungai adalah komponen kitaran air. Hujan mengalir masuk ke dalam sungai seterusnya ke dalam laut. Cabang-cabang sungai yang lebih kecil dikenali sebagai tributari. Kebiasaanya saluran yang besar dipanggil sungai,manakala saluran yang kecil dipanggil caruk, anak-anak sungai, rekahan, dan lain-lain. Walaubagaimanapun, tiada garispanduan/rujukan bagi menentukan definasi sebenar sungai. Di Malaysia, selain sungai, terdapat pelbagai istilah yang merujuk kepada sungai; alor (Kelantan), carok (Kedah), parit (Johor), batang (Sarawak) dan terusan.

Secara umumnya, sungai-sungai di Malaysia bermula dari hujan, air sungai umumnya berpunca dari air larian permukaan, air bawah tanah yang mengalir semula ke dalam saluran sungai (semasa musim kemarau) dan pelepasan air dari takungan air semula jadi atau buatan , seperti tanah bencah, kolam atau tasik. Aliran sungai dari kawasan tinggi ke kawasan yang rendah menukarkan tenaga keupayaan air kepada tenaga kinetik. Apabila sungai mengalir ke kawasan tanah rendah, sungai akan berkelok dan berliku dengan menghakis tebing sungai.

Tasik ladam terjadi apabila aliran air sungai tidak melalui liku dan menjadikan saluran sungai lebih pendek. Jumlah enapan yang besar di dalam sesuatu aliran sungai akan membentuk delta yang kompleks di muara sungai.

Rujukan: www.ns.gov.my





Tasik Ladam atau Oxbow Lake atau Horseshoe Bend
.
Tasik ladam merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk utama sungai hasil daripada tindakan sungai. Nama “tasik ladam” diambil bersempena dengan bentuknya yang unik seperti anak bulan. 

Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2010), mendefinisikan tasik ladam sebagai tasik yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini akhirnya memisahkannya daripada sungai utama. Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap.



Tasik ladam biasanya terbentuk di kawasan tanah pamah (lowland). Perkembangan alur sungai pada peringkat tua biasanya akan melibatkan pembentukan banyak liku-liku sungai yang melengkung dan juga bentuk hampir bulat ataupun bujur. Perkembangan liku-liku sungai yang berlaku secara berperingkat akan membentuk tasik ladam. www.princessviolet87.blogspot.com

Kejadian pembentukan tasik ladam
(geographyhigh.connectfree.co.uk)

.

No comments:

Post a Comment