Saturday, March 14, 2015

M 147 TRAGEDI 7: KEMALANGAN PESAWAT KOMERSIL MALAYSIA


TRAGEDI PESAWAT
KOMERSIL MALAYSIA

Related image

TRAGEDI MH 17

Malaysia Airlines Flight 17 (MH17/MAS17) was a scheduled international passenger flight from Amsterdam to Kuala Lumpur that was shot down on 17 July 2014,killing all 283 passengers and 15 crew on board. The Boeing 777-200ER airliner lost contact about 50 km (31 mi) from the Ukraine–Russia border and crashed near Torez in Donetsk Oblast, Ukraine, 40 km (25 mi) from the border. The crash occurred during the Battle in Shakhtarsk Raion, part of the ongoing war in Donbass, in an area controlled by the Donbass People's Militia. The Dutch Safety Board is now leading an investigation into the incident and is expected to have a preliminary accident report at the end of August.

According to US intelligence sources, the plane was downed by a Buk surface-to-air missile fired from the territory controlled by pro-Russian separatists. They said their conclusion was based on sensors that traced the path of the missile, shrapnel patterns in the wreckage, voice print analysis of separatists' conversations in which they claimed credit for the strike, and photos and other data from social media sites all indicated that Russian-backed separatists had fired the missile. Immediately after the crash, a post appeared on the VKontakte social media attributed to Igor Girkin, leader of the Donbass separatists, claiming responsibility for shooting down a military aircraft, but after it became clear that a civilian aircraft had been shot down, the separatists denied any involvement. The Ukrainian government says the missile was launched by "Russian professionals and coordinated from Russia," while the Russian government blamed the Ukrainian government for the downing of the aircraft.

The crash of MH17 marks the fifth Boeing 777 hull loss, the third in just over a year. With 298 deaths, MH17 is the deadliest air incident in Ukraine and the deadliest airliner shootdown in history. The crash was Malaysia Airlines' worst incident and its second of the year, after the disappearance of Flight 370 (9M-MRO) on 8 March, en route to Beijing from Kuala Lumpur.

Kronologi tragedi MH17

Julai 2014

17 Julai (Khamis) Pesawat MH17 terhempas kira-kira pukul 10.15 malam waktu Malaysia di Donetsk, timur Ukraine. Tragedi itu berlaku kira-kira empat bulan selepas kehilangan pesawat MH370. Pesawat Boeing 777-200 dengan 298 penumpang dan anak kapal dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara (SAM) ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

18 Julai (Jumaat) Najib mengadakan sidang akhbar pukul 4.30 pagi di Hotel Sama-Sama KLIA memaklumkan tindakan kerajaan ekoran nahas itu. Kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia masing-masing menafikan menembak pesawat berkenaan. MAS mengesahkan menerima makluman daripada Trafik Kawalan Udara (ATC) Ukraine bahawa hubungan komunikasi dengan pesawat MH17 terputus pada pukul 10.15 malam waktu Malaysia.

19 Julai (Sabtu) Najib umumkan sidang tergempar Parlimen akan diadakan. Obama menyatakan bukti yang diperoleh pihaknya menunjukkan pesawat itu ditembak jatuh menggunakan SAM dari kawasan yang dikawal oleh pemisah yang disokong Rusia. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengetuai delegasi ke Ukraine bagi membuka laluan selamat untuk kemasukan pasukan penyiasat dari Malaysia. Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang sebagai penghormatan terhadap mangsa tragedi.

20 Julai (Ahad) Agensi berita AFP melaporkan mayat-mayat yang dikumpul di tapak pesawat terhempas telah dialihkan ke tempat lain. Pemisah pro-Rusia mendakwa mereka telah menjumpai alatan yang menyerupai kotak hitam.

21 Julai (Isnin) Najib mendapat persetujuan daripada pemisah pro-Rusia diketuai Alexander Borodai untuk menyerahkan dua kotak hitam dari MH17. Persetujuan itu juga melibatkan penghantaran jasad mangsa dengan kereta api dari bandar Torez yang dikawal pemberontak ke bandar Kharkiv dikawal tentera Ukraine. Anggota penyelamat menemui 251 mayat dan 86 cebisan mayat manusia yang terus disimpan dalam gerabak kereta api yang mempunyai sistem penyejuk. Ahli forensik dari Belanda membuat pemeriksaan ke atas mayat.

22 Julai (Selasa) Dua kotak hitam diserahkan kepada pegawai-pegawai Malaysia. Pemimpin seluruh dunia memuji tindakan bijak Najib yang mendapat persetujuan dengan pemisah pro-Rusia. Kereta api yang membawa jasad mangsa tiba di Kharkiv, Ukraine. Tiga pakar penerbangan dari Malaysia berjaya masuk ke tapak nahas.

23 Julai (Rabu) Dewan Rakyat mengadakan sidang khas. Najib membentang usul mendesak badan bebas antarabangsa mengadakan penyiasatan menyeluruh berhubung nahas berkenaan. Kumpulan pertama 40 keranda yang membawa mayat mangsa tiba di Eindhoven, Belanda.

24 Julai (Khamis) Najib mengumumkan jasad mangsa tidak mungkin dapat dibawa pulang sebelum Hari Raya Aidilfitri. Kementerian Kesihatan telah mendapatkan 50 sampel DNA daripada waris mangsa bagi memudahkan proses mengenal pasti identiti mayat. Di The Hague, pasukan penyiasat Belanda mengumumkan telah memuat turun data dari kotak hitam dan mengesahkan ia berada dalam keadaan baik tanpa dicemari atau dirosakkan.

25 Julai (Jumaat) Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pembatalan semua rumah terbuka Jemaah Menteri merupakan satu mesej penting kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bersatu dan sama-sama berkongsi kesedihan keluarga mangsa.

26 Julai (Sabtu) Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah melawat waris mangsa di Hotel Putrajaya Marriott. Seramai 65 ahli pasukan mencari dari Malaysia kembali di Kuala Lumpur setelah seminggu berada di Ukraine.

27 Julai (Ahad) Pasukan penyiasat antarabangsa tidak dapat masuk ke kawasan nahas kerana berlaku pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia. Di The Hague, pakar forensik mengenal pasti mangsa pertama yang merupakan rakyat Belanda.

28 Julai (Isnin) Kerajaan Belanda membatalkan penghantaran pasukan bersenjata antarabangsa bagi mengawal kawasan nahas kerana bimbang akan diheret untuk terlibat sama dalam konflik dalaman Ukraine. Tentera Ukraine berjaya menguasai beberapa bahagian kawasan nahas.

29 Julai (Selasa) Polis Belanda menerima 150 gambar dan video yang dimuat naik oleh saksi bagi membolehkan siasatan punca nahas dibuat.

30 Julai (Rabu) Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mewujudkan satu pasukan petugas khas yang bertanggungjawab mengesyorkan langkah-langkah bagi mempertingkatkan tahap keselamatan penerbangan.

31 Julai (Khamis) Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat kem tentera di Hilversum, Belanda tempat identiti mayat mangsa sedang dikenal pasti. Perdana Menteri mengumumkan akan diadakan Hari Perkabungan Negara ketika kumpulan pertama mayat dan jenazah tiba di Malaysia.

Ogos 2014

1 Ogos (Jumaat) Sebanyak 70 polis dari Belanda dan Australia berjaya masuk ke kawasan nahas untuk menjalankan proses pencarian dan menyiasat walaupun berlaku pertempuran antara tentera Ukraine dan pemisah pro-Rusia yang menyebabkan 14 orang terbunuh.

2 Ogos (Sabtu) Seorang ahli kongres AS memuji Najib kerana berjaya berunding dengan pemisah pro-Rusia bagi membolehkan jasad mangsa dibawa keluar dari kawasan nahas.

3 Ogos (Ahad) Penyiasat yang masuk ke tapak nahas menemui lebih banyak cebisan jasad manusia dan barangan milik mangsa.

4 Ogos (Isnin) Anggota Pasukan Siasatan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tiba di Donestk.

5 Ogos (Selasa) Sebanyak 21 anggota pasukan penyiasat dari Malaysia menjalankan pemeriksaan di kawasan ladang gandum di Torez bagi mencari cebisan mayat dan serpihan pesawat.

6 Ogos (Rabu) Ukraine menafikan pesawat tentera udaranya berada berhampiran MH17 ketika pesawat itu ditembak jatuh.

7 Ogos (Khamis) Seorang penganalisis AS mendakwa MH17 ditembak jatuh oleh jet pejuang menggunakan peluru berpandu udara ke udara dan bukannya SAM. Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, operasi pencarian cebisan mayat kemalangan MH17 membabitkan pasukan dari Belanda, Malaysia dan Australia digantung.

8 Ogos (Jumaat) MAS sudah menerima notis mengenai cadangan Khazanah Nasional Bhd. untuk mengambil alih pemilikan penuh serta menyahsenarai syarikat penerbangan itu dari Bursa Malaysia.

9 Ogos (Sabtu) Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pesawat pejuang. Hasil risikan dan bukti dikumpulkan daripada penemuan serpihan pesawat malang itu jelas menunjukkan ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu yang dilancarkan dari darat ke udara.

10 Ogos (Ahad) Ketua perkhidmatan perisikan Ukraine, SBU, Valentyn Nalyvaichenko mendakwa pemberontak yang menembak jatuh pesawat MH17, sepatutnya menyasarkan sebuah pesawat penerbangan Rusia bagi memberi alasan kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk menjajah negara itu.

11 Ogos (Isnin) Najib menyatakan penghargaan kepada pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Malaysia yang telah memainkan peranan dalam proses siasatan nahas pesawat MH17.

12 Ogos (Selasa) Kumpulan terakhir petugas khas PDRM diketuai Ketua Polis Negara selamat tiba di KLIA pada 6.35 pagi.

13 Ogos (Rabu) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, enam daripada 16 mangsa rakyat Malaysia yang telah dikenal pasti disahkan sebagai beragama Islam, manakala 10 lagi bukan Islam. Seramai 90 pegawai bukan tentera dari Malaysia dibenarkan memasuki lokasi nahas untuk mencari cebisan mayat serta melakukan siasatan mengikut Resolusi PBB

14 Ogos (Khamis) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan 22 Ogos sebagai Hari Perkabungan Negara sebagai penghormatan kepada penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas MH17. Empat wakil agama bukan Islam membabitkan Hindu, Buddha, Tao dan Sikh di hantar ke Belanda bagi membantu pengurusan mayat mangsa mengikut kepercayaan agama masing-masing.

15 Ogos (Jumaat) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menasihatkan ahli keluarga tidak membuka keranda dan melihat mayat berikutan keadaan jasad sudah terlalu lama dan tidak sempurna. Ketua Polis Negara bersama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertolak ke Amsterdam, Belanda bagi menguruskan kes siasatan dan perundangan.

16 Ogos (Sabtu) Turut berada di Belanda ialah empat wakil agama bukan Islam membabitkan Hindu, Buddha, Tao dan Sikh bagi membantu pengurusan mayat mangsa.

17 Ogos (Ahad) Hishammuddin berkata, baki mayat rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang melalui penghantaran khas kedua akan diberikan penghormatan sama seperti mayat yang dibawa pulang dari Belanda pada Jumaat. Pihak berkuasa Belanda mengenal pasti dua lagi mayat warga Malaysia menjadikan setakat ini 26 jasad rakyat negara ini telah disahkan identiti.

18 Ogos (Isnin) Duta Besar Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohamad Taib memaklumkan 22 jenazah dan mayat mangsa tragedi MH17 termasuk seorang rakyat Belanda akan dihantar pulang dari negara itu pada Khamis dan dijangka tiba di tanah air pada pagi Jumaat. Penghantaran pulang itu merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat.

19 Ogos (Selasa) Persiapan menguruskan jenazah mangsa tragedi MH17 kini memasuki fasa akhir, kira-kira 60 jam sebelum jenazah itu dihantar pulang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, untuk disempurna dan dilengkapkan sebelum diserah kepada waris keluarga.

20 Ogos (Rabu) Upacara membakar mayat dan solat jenazah yang akan dibuat ketua agama masing-masing yang telah dilantik diselesaikan. Kerajaan mengesahkan hanya 20 mayat yang akan dibawa pulang ke tanah air pada jumaat.

21 Ogos (Khamis) Mayat dan jenazah dibawa masuk ke dalam pesawat khas MAS dan disusun dalam kedudukan yang sangat tertib sebelum pesawat berlepas pulang kira-kira pukul 2 petang.

TRAGEDI MH370

TARIKH : 8 MAC 2014

* Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.


* Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).





* Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

TARIKH : 9 MAC 2014

* Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.


* Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.








TARIKH : 10 MAC 2014

* Perdana Menteri Datuk Seri Seri Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamatMH370.

* APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

TARIKH : 11 MAC 2014

* Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

* Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

TARIKH : 12 MAC 2014

* Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit emungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

* Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

* Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

TARIKH : 13 MAC 2014

* Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

TARIKH : 14 MAC 2014

* Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

TARIKH : 15 MAC 2014

* Perdana Menteri tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

* Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.


* Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

.

.


TARIKH : 16 MAC 2014

* Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

TARIKH : 17 MAC 2014

* Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

TARIKH : 18 MAC 2014

* Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

TARIKH : 19 MAC 2014


* Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

.

.
TARIKH : 20 MAC 2014

* Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Datuk Seri Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

* Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

* Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

TARIKH : 21 MAC 2014

* Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

* Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

* Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

TARIKH : 22 MAC 2014

* Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

* Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

* Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

TARIKH : 23 MAC 2014

* Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

* Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

TARIKH : 24 MAC 2014

* Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.


* Pada 10 malam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.





* MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

TARIKH : 25 MAC 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, membuat penjelasan itu mengenai analisis data satelit, Inmarsat serta AAIB dan diserahkan kepada Malaysia yang kemudian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi siaran langsung televisyen ke seluruh dunia malam kelmarin.

Penjelasan oleh Hishammuddin semalam berikutan persoalan yang ditimbulkan pelbagai pihak mengenai kaedah rumusan dan apa yang berlaku kepada MH370 sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati waris penumpang di China.

Isyarat log masuk

Menurutnya, berdasarkan kelaziman, stesen satelit darat akan menghubungi pesawat jika tiada maklum balas diterima dalam masa satu jam, yang sering digambarkan sebagai ‘ping’, iaitu isyarat log masuk atau log keluar, dihantar menggunakan identiti pengenalan khas pesawat yang akan dibalas sebaik pesawat menerima isyarat itu.

“Proses itu turut dikenali dengan handshake dan berlaku secara automatik. Teknologi itu juga menetapkan bahawa enam handshake perlu diterima stesen satelit darat sebaik Sistem Pengendalian Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) berhenti menghantar isyarat,” katanya.

Hishammuddin berkata, maklumat berkaitan posisi pesawat dan waktu isyarat dihantar serta diterima melalui stesen satelit darat adalah elemen utama dalam menentukan jarak pesawat dan satelit.

“Berdasarkan elemen itu, Inmarsat menggunakan teknologi khas yang mengambil kira had laju pesawat secara relatif kepada satelit. Frekuensi berbeza yang diterima dan dipancarkan akan berlainan daripada biasa, seperti bunyi dihasilkan oleh sebuah kereta yang saling berselisih,” katanya.

Perbezaan dikenali sebagai Kesan Doppler itu akan menentukan kelainan antara frekuensi yang patut diterima oleh stesen darat dan frekuensi sebenar yang diukur.

“Perbezaan dalam kesan Doppler ini dikenali sebagai Burst Frequency Offset yang berubah mengikut lokasi pesawat dalam kawasan (arc) yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

“Untuk meyakinkan teorinya, Inmarsat menyemak ramalan itu dengan maklumat daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah dan mendapati ada persamaan yang meyakinkan.

Hantar mesej peringkat awal

“Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej. Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit telah dikenal pasti, maka oleh itu perkiraan bolehlah dibuat mengenai ciri-ciri sistem pesawat, satelit dan stesen bumi,” katanya.

Hishammuddin berkata, isyarat dipancarkan secara automatik setiap jam dari pesawat selepas semua sistem komunikasi berhenti menunjukkan MH370 terus terbang beberapa jam selepas hilang dari laluan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Saintis Inmarsat kemudian menyiasat ‘ping’ berkenaan menggunakan teknik Doppler yang menjelaskan bagaimana perubahan frekuensi gelombang relatif kepada pergerakan pemantau atau satelit.

“Pada peringkat awal, MH370 ada memberikan beberapa isyarat dan pada masa itu lokasi pesawat serta satelit telah diketahui. Oleh itu mudah untuk mengira ciri-ciri sistem untuk pesawat, satelit dan stesen di darat.

“Analisis menunjukkan ‘ping’ itu lemah di koridor utara, tetapi kuat di koridor selatan. Berdasarkan kelajuan pesawat, adalah tidak mustahil untuk menjangkakan kedudukan pesawat di mana pertukaran isyarat terakhir,” jelasnya.


Katanya, dalam kes kehilangan MH370, analisis dihasilkan Inmarsat mempunyai asas bagi mengkaji kedudukan terakhir pesawat, sekali gus membolehkan Malaysia menubuhkan pasukan penyiasat antarabangsa yang turut membabitkan kerjasama pakar komunikasi satelit dan prestasi pesawat untuk menentukan apa yang berlaku.



TRAGEDI MH3002

Kudat, Sabah
.

TRAGEDI  Oktober 11, 2013: 1 korban, 5 cedera nahas pesawat di Kudat Sabah..

Seorang terkorban dan lima tercedera dalam nahas melibatkan pesawat Twin Otter kepunyaan MASwings di Kudat, Sabah hari ini.


“Kemaskini penumpang yang cedera akan disahkan dalam kenyataan selepas ini,” menurut kenyataan Malaysia Airlines.

Twin Otter itu terbabit nahas di hadapan sebuah rumah yang terletak di kampung Sin San, Kudat dalam suatu kejadian yang berlaku semasa sembahyang Asar petang tadi.

Dalam kejadian tersebut, juruterbang pesawat tersebut dikatakan patah kaki manakala dua orang yang lain cedera parah.

Kumpulan penyelamat 10 orang yang diketuai oleh Abd Mujun tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.



maswings twin otter aircraft kudat 101013


Mereka berjaya mengeluarkan seramai 16 lagi mangsa kejadian yang mengalami kecederaan ringan.

Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan lanjut.

Pesawat dengan kapasiti maksimum 19 penumpang itu dikatakan sedang menuju ke Kudat daripada Kota Kinabalu sebelum meneruskan destinasi ke Sandakan.

Dikatakan bahawa pesawat ini telah hilang kawalan apabila ditiup angin kencang semasa hendak melakukan pendaratan.

Akibatnya, pesawat tersebut tersasar menuju ke Pantai Bak-Bak yang hanya terletak bersebelahan dengan lapangan terbang tersebut.

Ia kemudian terhempas di hadapan sebuah rumah kepunyaan seorang kontraktor bernama Abd Qayyum Hj Amirdad.

Terdapat sedikit kerosakan berlaku pada rumah tersebut dan belum dapat dipastikan sama ada terdapat penghuni rumah turut mengalami kecederaan.


Pihak MASwings ketika ini sedang dalam proses mengumpul maklumat sebelum membuat kenyataan akhbar.

plane crash in kudat 101013 03


MAS Sahkan Nahas

Sementara itu, Bernama lewat petang ini memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah yang melaporkan enam orang cedera, tiga daripadanya parah.

Kenyataan jabatan itu menyebut 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54 petang.

Malaysia Airlines (MAS), dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, mengesahkan bahawa Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat itu terbabit dalam nahas.

Menurut jadual penerbangan MASwings dalam laman webnya, terdapat satu penerbangan dari Kota Kinabalu pada 2.05 petang yang dijadual tiba di Kudat kira-kira 40 minit kemudian.

Terdahulu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy Ramin berkata di Kota Kinabalu pesawat itu dinaiki 16 orang, dan menjunam di Kampung Sinsan, Kudat.


"Kesemua mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital Kudat untuk pemeriksaan perubatan," katanya kepada Bernama.


TRAGEDI MH2133
Tawau, Sabah

Suasana di Lapangan Terbang Tawau, Sabah kecoh pada tengah hari Jumaat, 15 September 1995. Orang ramai yang berada di dalam dan sekitar lapangan terbang itu tergamam, lebih-lebih penduduk perkampungan setinggan di tepi kawasan itu.

Ketika jam menunjukkan jam 12.55 tengah hari, satu tragedi dahsyat berlaku di kawasan berkenaan. Pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) yang baru mendarat di lapangan terbang itu, terbabas arah sehingga merempuh kira-kira 20 rumah setinggan di Kampung Seri Menanti yang terletak di hujung landasan.
Kejadian cemas itu menyebabkan penumpang menjerit panik di dalam pesawat. Mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap kapal terbang berkenaan.

Bagaimanapun, jeritan itu tidak lama apabila kira-kira 10 minit kemudian, satu letupan kuat kedengaran sehingga menggemparkan penduduk sekitar yang pastinya sama sekali tidak menyangka kemalangan seumpama itu berlaku pada hari berkenaan.

Selepas itu, penduduk yang masih terkejut menyaksikan tragedi itu melihat api mula menjulang di sebelah kanan pesawat. Kekhuatiran mula meresap pada minda tatkala memikirkan kebakaran akan menyambar penumpang di dalam pesawat.

Beberapa penduduk yang khuatir ketupan dan kebakaran akan merebak, bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam suasana kecoh. Jeritan penduduk meningkah bunyi letupan yang menggegarkan kawasan sekitar.

Dalam usaha itulah, sebaik keluar dari rumah masing-masing, letupan menyebabkan serpihan kayu dan pelbagai objek lain melayang ke merata arah sehingga mencederakan penduduk. Bahang api turut menyambar jasad sehingga menyebabkan tubuh melecur.

Pada pukul 1.06 minit petang, bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu. Bersama tiga jentera dan 26 anggota, mereka bergegas ke tempat kejadian dan tiba di lokasi kemalangan empat minit kemudian.

Dibantu empat jentera bomba lapangan terbang, usaha memadamkan api yang semakin marak membaluti pesawat selain gerakan menyelamatkan mangsa segera dilakukan.

Mayat pertama dikeluarkan daripada bangkai pesawat pada jam 2.50 petang. Rempuhan pesawat terhadap 20 rumah setinggan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 penduduk kampung itu cedera dan dikejarkan ke Hospital Tawau.

Pesawat yang terhempas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Tawau pada jam 12.45 tengah hari.

Fokker 50 mendarat di landasan 35 Lapangan Terbang Tawau dan terbabas kira-kira 500 meter sebelum merempuh kawasan setinggan.

Selepas empat jam berusaha, barulah bomba dapat mengawal api dan kebakaran pesawat itu padam sepenuhnya jam 5.30 petang. Pasukan penyelamat dan orang ramai segera memenuhi kawasan kemalangan bagi memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi merekodkan seramai 34 daripada 53 orang yang berada di dalam kapal terbang berkenaan hangus manakala seorang penumpang masih belum ditemui.

Bagaimanapun, 18 orang yang sempat bergegas keluar menerusi pintu kecemasan sebaik pesawat berhenti bergerak, terselamat.

Penumpang yang terselamat menceritakan yang mereka mula menyedari kemalangan akan berlaku beberapa saat selepas pesawat mencecah bahagian tengah landasan.

Ini disebabkan sebaik mendarat, pesawat terus terbabas dan meluncur melampau jarak pendaratan kerana landasan pendek. Bahagian depan kapal terbang itu melampung beberapa kali ketika juruterbang dipercayai cuba menghentikannya.

Bagaimanapun, pesawat terus meluncur sehingga ke pagar kawasan landasan sebelum merempuh rumah setinggan di kampung berkenaan.

Sebaik pesawat berhenti bergerak, mereka melihat api muncul di bahagian depan dan sebelah kanan pesawat sehingga ramai penumpang mulai panik, menjerit dan menangis.

Beberapa penumpang yang berada di barisan belakang dan berhampiran pintu kecemasan segera membuka pintu itu dan bergegas keluar daripada pesawat kerana khuatir keadaan lebih bahaya akan berlaku.


Kira-kira 10 minit selepas mereka keluar, pesawat itu meletup.



FAKTA: Urutan Peristiwa

Berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11.50 pagi.
Pesawat bergegar, bahagian depannya melambung beberapa kali ketika mencecah landasan Lapangan Terbang Tawau kira-kira jam 12.55 tengah hari.
Pesawat terbabas dan melanggar pagar sebelum merempuh rumah setinggan.
Letupan diikuti kebakaran.
Penerbangan Tidak Ikut Prosedur Ditetapkan

Sehingga 17 September 1995, pihak penyelamat masih bingung memikirkan misteri kehilangan seorang lagi mangsa tragedi letupan pesawat Fokker 50 Penerbangan Malaysia (MAS) di Kampung Seri Menanti yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Tawau.

Rekod operasi yang mereka jalankan mendapati 34 penumpang rentung manakala 18 lagi berjaya menyelamatkan diri sebelum pesawat itu meletup dan terbakar; tetapi di mana seorang lagi?

Pada pagi 16 September 1995, berita tragedi kemalangan kapal terbang itu mula memenuhi dada akhbar selain dilaporkan menerusi televisyen dan radio.

“Seramai 34 korban Fokker terhempas”. Begitulah tajuk Berita harian yang melaporkan tragedi berkenaan. Selain rentetan kejadian, pengakuan mangsa terselamat serta saksi kejadian, turut dipaparkan dalam akhbar adalah nama mangsa termasuk mereka yang terkorban.

Pagi itu juga, seorang lelaki kelihatan mundar-mandir di kawasan hospital di daerah itu. Kemudian lelaki itu berjumpa dengan pegawai bertugas dan mula memberitahu – dia adalah antara mangsa nahas Fokker 50 yang terselamat.

Kenyataan lelaki itu sekali gus menyelesaikan misteri dan kebingungan pihak berkuasa berhubung kehilangan misteri seorang daripada mangsa pesawat berkenaan. Dengan tampilnya lelaki itu, Haruni Ladai, ia mengesahkan hanya 34 penumpang saja terkorban dalam tragedi itu.

Menceritakan misteri kehilangannya, Haruni dilaporkan berkata, sebaik berjaya keluar daripada pesawat yang terbabas, dia terus menahan teksi dan segera pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Batu Darat, kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Beliau terus balik kerana begitu terkejut dan ingin segera bersama keluarganya selepas menganggap dirinya baru saja terlepas dari maut.

Dia mula menyedari yang pihak berkuasa tercari-cari kehilangannya selepas mendapati namanya disenaraikan sebagai penumpang yang terkorban. Dia kemudian tampil bagi menyatakan dirinya terselamat dalam tragedi itu kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa yang mungkin terselamat dalam nahas pesawat Fokker 50 di perkampungan setinggan itu dihentikan tengah hari, sehari selepas hari kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat menghentikan gerakan 24 jam selepas mendapati tiada mangsa terbaru ditemui di tempat kejadian.

Seterusnya perhatian ditumpukan kepada usaha mengenalpasti identiti semua mangsa yang hangus terkorban.

Sepasukan ahli patologi, forensik dan pakar pergigian, tiba pada tengah hari, hari kedua kejadian untuk membantu polis mengenal pasti mayat menerusi rekod pergigian dan pelbagai tanda lain.

Bedah siasat kemudian mendapati hampir semua mangsa yang dikenalpasti terbunuh akibat terhidu asap tebal, gas combustion dan melecur serius. Semua yang terbunuh adalah penumpang, juruterbang dan anak kapal.

Pagi 17 September, empat pakar daripada Fokker Aircraft Company, Belanda tiba untuk membantu siasatan nahas pesawat Fokker 50 itu manakala kotak hitam pesawat itu dihantar ke London untuk dianalisis.

Majlis Perbandaran Tawau kemudian mengesahkan 53 rumah musnah dalam nahas itu membabitkan 62 keluarga.

Akhirnya, pada 20 Mei 1998, iaitu selepas hampir tiga tahun, hasil siasatan mengenai punca tragedi kemalangan itu diumumkan kepada orang ramai.

Siasatan mendapati nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia manakala pesawat Fokker 50 dalam keadaan baik dan bukan antara penyebab nahas.

Sebaliknya, kesilapan juruterbang dan kegagalan pembantunya memberi amaran selepas menyedari penerbangan mereka tidak mengikut prosedur, dikenal pasti sebagai punca utama nahas Fokker 50 MAS.

Naiktaraf Lapangan Terbang Tawau

Pada 15 September 1995, sebuah pesawat MH2133 jenis Fokker 50 kepunyaan Malaysia Airlines telah terhempas di lapangan terbang Tawau, Sabah mengorbankan 34 orang daripada 53 orang penumpang termasuk anak kapal. Nahas kapal terbang yang paling dahsyat dalam sejarah penerbangan Malaysia ini telah membuka mata semua pihak tentang perlunya sebuah lapangan terbang yang lebih panjang landasannya. Maka, 6 tahun selepas nahas Fokker 50, Lapangan Terbang Tawau yang baru yang menelan belanja RM228.34 juta telah beroperasi pada 1hb. Disember 2001.

Permintaan untuk pembinaan Lapangan Terbang Tawau yang baru telah disuarakan oleh penduduk Tawau lama sebelum nahas ini berlaku. Akan tetapi permintaan tersebut tidak diberikan perhatian yang serius. Oleh itu, apabila berlakunya satu tragedi ngeri yang mengorbankan 34 orang barulah cadangan ini diterima. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat budaya kita yang hanya akan mengambil sesuatu tindakan drastik setelah suatu tragedi berlaku. Kita cukup masak dengan pelbagai tragedi yang melanda negara ini sebelum sesuatu keputusan diambil sedangkan kita semua maklum bahawa pencegahan jauh lebih mujarab daripada pengubatan.

Mimpi ngeri penduduk Tawau belum lagi reda dengan Lapangan Terbang Tawau yang baru ini. Dengan beroperasinya lapangan terbang Tawau yang baru, babak hitam nahas F50 telah dilupakan orang. Akan tetapi, penduduk Tawau kini dihantui pula oleh kebimbangan baru.

Bagi menampung peningkatan lalulintas dari Bandar Tawau ke Lapangan Terbang Tawau yang baru sejauh 30KM, sebuah lebuhraya ‘double-carriage’ sedang dalam pembinaan. Lebuhraya yang menelan belanja RM88.2 juta ini dijangka akan mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sepanjang Jalan Apas, jalan yang menghubungkan Tawau dengan Lapanagan terbang baru. Ia juga akan mengurangkan masa yang diambil dari Tawau ke Lapangan Terbang Tawau baru.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat Tawau ialah kerja pembinaan lebuhraya yang bermutu rendah serta pihak kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, tidak pernah berlaku dalam sejarah pembinaan jalanraya yang memperlihatkan jalan yang baru sahaja dibina dikorek dan ditampal berkali-kali. Kerja-kerja mengorek dan menampal yang terbelengkalai telah menyebabkan banyak kemalangan jalanraya dan meragut banyak nyawa.

Isyarat dan tanda jalan juga mengelirukan dan tidak diletakkan di tempat yang sesuai. Banyak jalan yang diletakkan betul-betul di hadapan sesuatu simpang tanpa memberikan masa yang cukup kepada pemandu mengetahui keadaan jalan di hadapan.

Ketua Polis Tawau sendirian mengakui kekeliruan isyarat jalan merupakan salah satu punca utama berlakunya kemalangan jalan raya seperti yang dilaporkan dalam akhbar Sea Hua Daily News pada 4hb. Februari 2002. Bayangkan kereta polis sendiri terlibat dalam kemalangan jalanraya disebabkan oleh kekeliruan tanda jalan.

Selain daripada itu, “lori hantu” atau “off-road” kepunyaan kontraktor juga dibiarkan berkeliaran dan menggunakan jalan raya yang sepatutnya dikhaskan untuk pengguna jalan raya. Pergerakan kenderaan pada kedua-dua belah lebuhraya tambah mengelirukan para pengguna jalan sedangkan hanya sebelah jalan sahaja dibuka kepada orang awam. Tanda jalan yang mengelirukan telah menyebabkan lalulintas sepanjang jalan ini tidak terkawal.

Kelalaian, kecuaian, kualiti kerja yang rendah serta sikap tidak bertanggungjawab kontraktor telah menyebabkan tidak kurang daripada 30 nyawa terkorban semenjak pembinaannya. Walaupun angka mangsa jalan raya dikumpul daripada kemalangan yang berlainan tetapi angka yang tinggi ini sudah cukup untuk menarik perhatian pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang segera agar tidak ada lagi mangsa baru terkorban.

Suatu perkara yang amat menyedihkan ialah semasa kunjungan Menteri Pengangkutan ketika itu, Tun Dr. Ling Liong Sik ke Tawau, kemalangan di sepanjang lebuhraya ini langsung tidak dibangkitkan. Lebih menghairankan ialah kegagalan Menteri Pengangkutan sendiri memerhati mutu jalan serta isyarat jalan yang mengelirukan. Adakah kerana lawatan menteri semata-mata untuk mencari tapak sesuai mendirikan kampus cawangan Universiti TAR maka perhatian beliau tidak ditumpu kepada jalanraya yang sepatutnya menjadi urusan utama beliau walau di mana beliau berada?

Adalah satu rahsia yang diketahui umum bahawa projek pembinaan lebuhraya ini telah dialibabakan. Kontraktor yang ditawarkan kontrek langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kelengkapan. Sub-kontraktor hanya melekatkan label syarikat kontraktor utama bagi mengabui mata awam. Rata-rata juga mengetahui bahawa salah seorang pengarah dalam syarikat kontraktor utama mempunyai hubungan politik dengan menteri pengangkutan. Adakah dengan hubungan dan pengaruh tertentu maka keselamatan rakyat serta kualiti kerja boleh diabaikan?

Kami dengan ini meminta kerajaan menjalankan penyiasatan segera terhadap mutu kerja yang rendah dan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Jika perlu, pihak Pencegah Rasuah juga perlu menyiasat hal ini. Janganlah kita menunggu tragedi baru berlaku untuk kita bertindak. Kita sendiri atau orang kesayangan kita mungkin menjadi mangsa kelewatan tindakan kita.


TRAGEDI MH635
(Tanjung Kupang, Pontian, Johor)

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.

ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.

Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.


Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.





Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.

Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya

Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.

MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.

SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.

Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.


Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2vTQtiUO8 

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2vTRC6vG5 
Hakcipta terpelihara 



 
 





k
TRAGEDI 9M-ATZ (Double Six)


Kota Kinabalu- 1976



Tragedi Double 6

Kemalangan Double Six, juga dikenali sebagai Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku pada 6 Jun 1976 di Kota Kinabalu, Sabah . Pesawat jenis GAF Nomad bernombor 9M-ATZ yang dikendalikan oleh Sabah Air, yang datang dari Labuan telah terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Nahas itu membunuh semua orang di atas kapal penerbangan, termasuk Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Sabah pada masa itu. Penumpang lain pada penerbangan tersebut ialah Menteri Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Chong Thien Vun, dan penolong menteri Darius Binion. Turut terkorban adalah Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa, Isak Atan (Setiausaha Sulit kepada Tengku Razaleigh Hamzah), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi kepada Tun Fuad Stephens), Captain Gandhi Nathan (juruterbang pesawat) dan anak sulung Tun Fuad Johari Stephens.

Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui. Sejurus selepas kemalangan, terdapat dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu. Kerajaan Australia menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan. Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan. Namun, punca sebenar bagi kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.

Pesawat model Nomad tersebut merupakan pesawat keluaran Australia.

Apa itu Tragedi 'Double Six?'

Tragedi 'Double Six adalah peristiwa nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6 Jun 1976 (6/6/76). Malah ia dikaitkan dengan angka 6 yang bersangkut paut dengan targedi itu.  Ia melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan Ketua Menteri Sabah yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.

Ada teori yang menyatakan kononnya pesawat tersebut kerana kehabisan petrol dan terpaksa menjunam ke arah paya di Sembulan, ada juga yang menuding jari berpunca kelalaian juruterbang, manakala Abdullah yang menulis mengenai Tun Fuad: Kenangan Sepintas Lalu, menyebut bahawa juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Enam pemimpin utama Sabah yang terkorban Tragedi Nahas:

1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah)

2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri)

3. Datuk Chong Thein Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya)

4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri)

5. Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri)

6. Wahid Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan)

http://ladymariah.wordpress.com/2008/07/19/tragedi-double-6-kemalangan-atau-konspirasi/
n





 


 
A
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Persoalan?

Rombongan ini sedang menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut.

YM Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut
dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya di Kudat,  sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk melawat kandang lembu? di saat akhir?

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu lebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar?


Sumber: http://melayukini.net/2013/05/misteri-tragedi-double-six-1976-di-sabah-9-foto/

No comments:

Post a Comment