Saturday, March 14, 2015

M 144 KENAPA MELAYU MALAS??


MELAYU MALAS?
KENAPA? DAN SIAPA KATA?



The real Malay…disposition is generally kind, his manners are polite and easy. Never cringing, he is reserved with strangers and suspicious, though he does not show it. He is courageous and trustworthy in the discharge of an undertaking; but he is extravagant, fond of borrowing money and very slow in repaying it. He takes an interest in the affairs of his neighbours and is consequently a gossip…He is however lazy to a degree, is without method or order of any kind, knows no regularity even in the hours of his meals and considers time of no importance……….”

Frank Swettenham, the First Resident of the Federated Malay States in his book “ The Malay Sketches” (1895).


SOURCE: www.paneh.blogspot.com



almarhum Abdullah bin Abdul Kader Munshi


Munshi Abdullah dalam buku-buku Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah turut membuat kritikan yang pedas terhadap orang Melayu pada penghujung abad ke-19. Beliau menegur kelemahan orang Melayu, sikap malas mereka, kurangnya ilmu pengetahuan di kalangan mereka, cara hidup mereka, sehinggalah episod perpecahan di kalangan mereka.

Abdullah tidak sahaja mengkritik tetapi memberikan cadangan bagaimana kehidupan orang Melayu dapat diperbaiki. Munsyi Abdullah memberikan pandangan bagaimana mahu mengeluarkan orang Melayu daripada kelemahan mereka. Abdullah turun ke lapangan, belayar ke negeri-negeri Melayu, melawan ombak, mengharungi ancaman lanun dan perang saudara bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu ketika itu. Kisah Pelayaran Abdullah bukan sekadar catatan perjalanan tetapi juga dimuatkan keinsafan dan nasihat tentang nasib orang Melayu. Abdullah menjadi pengkritik bangsa yang berterus-terang dan konstruktif. Malangnya hari ini ada di kalangan orang Melayu sendiri, mereka yang duduk dalam keselesaan dan kemewahan, yang tidak pernah merasa kesusahan dan penderitaan rakyat, mahu menjadi juara bagi pihak rakyat.

KENAPA MELAYU JADI MALAS?

Dipetik daripada Kisah Pelayaran Abdullah ( Edisi ketujuh-1982); muka surat 19-20.

.....Maka adalah pada tatkala belayar itu, hatta sahaya (saya) tiada juga lepas daripada fikiran akan negeri Pahang itu. Maka apa juga sebabnya boleh jadi demikian itu, sangatlah miskin dan kesunyian negeri itu, kerana dari dahulukala termasyhur namanya kepada segala negeri besar-besar, semena menjadi kecil dengan tiada dirampas oleh musuh dan tiada ditawan oleh negeri lain-lain.

Maka adalah pada sangka sahaya, bukannya dari sebab perompak, kerana belum pernah sahaya dengar khabar negeri besar-besar yang hilang perniagaannya dan kekayaannya oleh sebab perompak; dan bukannya sebab tanahnya, kerana negeri Pahang tanahnya terlalu gemuk (luas); dan bukannya sebab kelalaian orangnya sahaja, kerana belum pernah ada negeri dalam dunia ini yang lalai orangnya sekelian, jikalau boleh ia mendapat untung dengan kerja tangannya, dengan ketentuan labanya, serta senang hatinya, maka jikalau kiranya setengah bagian juga orang yang dalam sebuah negeri yang sehari-hari ada mencari kehidupannya dengan rajinnya, lagi dengan pekerjaan yang setiawan, nescaya menjadi besar dan kayalah negeri itu.

Maka pada sangka sahaya, inilah sebabnya menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekelian orang yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan akan aniaya dan loba raja-raja dan orang besar-besar. Maka adalah fikiran mereka itu, "Apa guna rajin kita itu ? Maka jikalau kita mendapat sedikit wang atau makanan, nescaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu ". Maka sebab itulah tinggal mereka itu dalam miskin dan malas dalam sepanjang umurnya.

Maka apabila tetaplah fikiran sahaya, inilah sebabnya negeri itu tiada boleh orang mendapat kesenangan dan kesentosaan dalamnya, kerana kurang baik perintahnya. Maka sekalian perkara yang tersebut ini telah datang dari sebab kejahatan dan kebebalan raja-rajanya sahaja. Maka pada fikiran sahaya, tiadalah lain lagi sebabnya daripada ini, adanya..........

SUMBER: www.samadjfr.blogspot.com

Kesimpulannya, asal usul Melayu malas (kalau mengikut cerita Abdullah Munshi) -khususnya Melayu di Negeri Pahang ialah orang-orang Melayu masa itu memegang prinsip hidup berikut:

"ada kebun luas, tanam padi, tanam pisang, tanam jagung, tanam ubi-keladi, tanam nenas, tanam buah-buahan- dapat hasil banyak, datang Orang-orang Besar istana, datang Tok Penggawa, datang Tok Penghulu, habis dirampasnya. Kalau macam itu, kita jangan tanam banyak-banyak, tanam untuk cukup makan hari-hari sahaja."

"ada lembu banyak, ada kambing banyak, ada ayam itik banyak nanti datang orang-orang istana, habis dirampasnya.  Baik kita bela seekor dua sahaja, bela lembu kambing sekadar untuk disembelih masa Hariraya Haji."

Itu belum cerita harta-harta lain seperti emas, perak, tembaga, suasa dan sebagainya. Belum cerita kalau ada anak-anak dara yang cantik sikit.  Semua habis kena kebas untuk dijadikan gundik Sultan. ITU DULU.

Pegangan atau prinsip hidup tersebut diamalkan turun temurun.  Patutlah, sekarang kalau anda mengembara berkereta ke negeri Pahang. Lalu jalan lama dalam daerah Temerluh, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan juga Lipis, rata-rata perkampungan orang Melayu amat dhaif. 

Aku pernah bertugas di Pahang antara tahun 1983-1986, selalu melalui jalanraya dari Kuantan ke KL- melalui Karak Hiway- dari hari itu hingga sekarang setelah lebih 30 tahun, bila aku lalu jalan yang sama, hanya jalan sahaja yang banyak berubah. Keadaan perkampungan Melayu (ulangi Melayu) masih tak banyak berubah. Sedih.  Kalau ada rumah-rumah yang agak cantik mungkin didirikan oleh generasi baru yang berkerja dengan Kerajaan atau pesara yang balik menetap di kampung asal. Kalau lain macam besar atau cantik itu rumah Wakil Rakyat.



KENAPA MILIK PERIBUMI TERGADAI?

Sajak A. Samad Said

Betulkan yg Biasa, Biasakan yg Betul

HAI MELAYU

Hai Melayu!
Rumahmu semua dibina kontrak Indonesia,
Ekonomi pula dikuasai Cina,
Golongan profesional semuanya India,
Warung makan pun,
Mamak dan Siam yang berkuasa,
Bangla control cuci kereta,
Orang Nepal yang menjadi jaga,
Orang Pakistan usung karpet jaja merata,

Lalu Melayu ada apa?
Harapkan Ustaz..
Saling menyesat,
Harapkan hiburan..
Lagi best filem barat,
Harapkan bahasa..
Banyak telah bertukar kesat,
Harapkan tulisan..
Jawi pun mereka hambat,
Harapkan tanah..
Banyak digadai kepada Korporat!!

Hai Melayu!
Masih mendabik menjadi tuan?
Sibuk mahu menjadi tuan,
Rupanya kerja kelas bawahan,
Ditipu mentah orang atasan,
Konon perjuangan ini untuk kalian!
Kerja sikit.. Sembang kencang,
Banyak rungut.. Sikit rancang,
Siapa tegur.. Dituduh lancang,
Duduk warung.. Gigit kacang!

Hai Melayu!
Konon kau pantang dicabar,
Konon kau tangkas menyambar,
Tapi cuma indah khabar,
Rentakmu makin lama makin hambar,
Kau Melayu aku pun Melayu,
Aku menulis bukan cemburu,
Aku mahu engkau tahu,
Kenapa Melayu tak macam dulu.

Hai Melayu!
Jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,
Bila berdepan ekonomi semasa kau tdk berdaya,
Cuma yang kau tahu melaram bergaya.

Hai Melayu!
Kau melaung-laung di jalan raya,
Bagi tahu kepada dunia.. ini bumi aku yang punya,
Pada hakikat ia digadai kpd sepet yang kaya!

Hai Melayu!
Kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,
Bila dah kaya kau jadi puaka,
Ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai Melayu!
Sedarlah bangsa ku,
Buka lah minda mu,
Bersatulah bangsa ku,
Kerana Malaya bukan lagi milik mu!
Aku pun Melayu,
Engkau pun Melayu,
Bodoh Sombong harus di tepis,
Riak, Bongkak dan Hasad Dengki
Sesama bangsa harus guris,
Sesama bangsa Melayu pun kau SANGGUP  MENIPU
Bersatulah Melayu kerana agama dan bangsa,
Moyang-moyang yang telah berjasa,
Kerana ini mungkin peluang akhir
Bangsaku untuk negara,
Berjasa dan Berkuasa..
Pedih menyengat..
Untuk muhasabah diri kita.

Jika Tak Nak Berubah,
BETULKAN YG BIASA,
BIASA KAN YG BETUL.
Teruslah Jadi Melayu

Yang Layu Di Tanah Sendiri









No comments:

Post a Comment