Tuesday, March 3, 2015

M 129 PEWARIS TAHTA RAJA MELAYU

Image result for assalamualaikum jawi
Pewaris Tahta
Negeri-Negeri Melayu
Malaysia

Dalam negara Malaysia terdapat 13 buah Negeri dan satu Wilayah Persekutuan. Dari 14 buah Negeri/Wilayah tersebut terdapat 9 buah Negeri Beraja yang mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan, Raja atau Yang DiPertuan Besar.  Perlembagaan Malaysia memperuntukan kuasa-kuasa khusus untuk Kerajaan Negeri melalui Dewan Undangan Negeri yang berfungsi seperti Parlimen di dalam Kerajaan Persekutuan.

Saya sudah banyak menulis dalam tajuk-tajuk sebelum ini berkaitan dengan Kerajaan dan Ketua Negeri. Secara ringkasnya diulang sekali lagi, bahawa gelaran Ketua Negeri di Negeri-Negeri Melayu adalah seperti berikut:

(1)   Negeri-Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor mempunyai Ketua Negeri bergelar Sultan.

(2)   Ketua Negeri Perlis bergelar Raja Perlis.

(3)   Ketua Negeri Sembilan bergelar Yang DiPertuan Besar.

(4)   Bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak- Ketua Negerinya adalah Yang DiPertua Negeri yang dilantik oleh SPB Yang DiPertuan Agong mengikut tempoh-tempoh yang tertentu.

Kali ini saya ingi menulis berkaitan Pewaris Takhta di Negeri-Negeri Melayu yang mempunyai Kerajaan Beraja. Mengikut Perlembagaan kesemua Negeri Melayu Beraja, Raja yang memerintah adalah dipilih secara KETRUNAN dan memerintah negeri seumur hidup. Bagaimanapun cara pemilihan Raja yang mengganti apabila Raja yang memerintah mangkat adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Negeri berkenaan.

Perlembagaan Negeri juga membolehkan Raja yang sedang memerintah diturunkan dari takhta (digantikan dengan Raja yang baru) apabila berlaku keadaan seperti Raja yang memerintah mengalami kecacatan fizikal atau mental, menghidapi penyakit secara berpanjangan, hilang keupayaan atau tidak berupaya lagi untuk memerintah Negeri dengan efektif. Seseorang Raja juga boleh secara sukarela mengundurkan diri atau mengosongkan takhta atas apa jua alasan baginda.

Dalam sistem Monarki di Malaysia, seseorang Raja yang sedang memerintah lazimnya akan menamakan seseorang warisnya sebagai pewaris takhta. Kuasa-kuasa 'advisory' pengganti Raja ini lazimnya diletakkan di bawah bidangkuasa Majlis DiRaja (nama dan had kuasanya berbeza di setiap Negeri) setelah diperkenankan oleh Raja. Kecuali di Negeri Sembilan di mana kuasa penuh perlantikan dipegang oleh Udang Luak Yang Empat. Di beberapa negeri, kuasa penuh perlantikan adalah atas hak dan budi bicara Sultan tanpa perlu berunding dengan Majlis. Contoh:

(1)   Johor: Jemaah Majlis DiRaja Johor.

(2)   Kedah: Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja.

(3)   Kelantan: Majlis Perajaan Negeri Kelantan

(4)   Negeri Sembilan: Datuk Undang Luak Yang Empat

(5)   Pahang: Jemaah Pangkuan DiRaja Pahang

(6)   Perak: Dewan Negara Perak

(7)   Perlis: Majlis Mengangkat Raja

(8)   Selangor: Dewan DiRaja Selangor

(9)   Terengganu: Dewan Pangkuan DiRaja

Kaedah perlantikan pewaris takhta ini berbeza di setiap negeri.  Hanya satu saja persamaan, iaitu semua Negeri hanya membenarkan mestilah seorang LELAKI sahaja menjadi Pewaris Raja.  Pewaris Raja tidak semestinya anak atau putera kepada Raja yang memerintah. Raja atau 'Kuasa Majlis' boleh melantik waris terdekat seperti anak lelaki, saudara (abang/adik) lelaki, bapa saudara dan sebagainya Bakal Raja atau Pemangku Raja.

Dalam sejarah Malaysia pernah berlaku, apabila almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong III (1960-1965), baginda telah melantik MENANTU baginda, Tunku Sulaiman ibni Tunku Aris Bendahara Abu Bakar (suami kepada Puan Sharifah Salwa) menjadi Pemangku Raja Perlis. Ini kerana putera sulong baginda (Syed Sirajuddin) sedang menuntut di United Kingdom.

Pewaris atau Bakal Raja biasanya dipanggil dengan gelaran 'salutation' Duli Yang Teramat Mulia (DYTM).  Manakala nama gelaran jawatannya juga berbeza antara negeri, aiiatu:

(1)   Johor menggunakan gelaran 'Tunku Mahkota' Johor (Johor juga satu-satunya Negeri yang mempunyai jawatan Tunku Mahkota dan Raja Muda - bagaimanapun setakat ini jawatan Raja Muda hanya pernah diisi dua kali sahaja iaitu Tunku Mahmud Iskandar (1966-1981) dan Tunku Ismail (2006 - 2010)

(2)   Kelantan dan Pahang menggunakan gelaran 'Tengku Mahkota'

(3)   Kedah, Perak, Perlis dan Selangor menggunakan gelaran 'Raja Muda'.

(4)   Terengganu menggunakan gelaran 'Yang DiPertuan Muda'

Manakala tiada panggilan/gelaran yang khusus bagi bakal Raja di Negeri Sembilan kerana pemilihan pengganti Raja (YDP Besar) hanya dipilih dan diumumkan oleh Undang Luak Empat setelah YDP Besar mangkat di kalangan empat putera pewaris.

Sekarang, marilah kita berkenalan dengan pewaris-pewaris takhta Negeri-negeri Melayu Beraja di Malaysia.

Pewaris Tahta 
JOHOR DARUL TAAZIM


Perlantikan senarai pewaris takhta Negeri Johor Darul Taazim adalah kuasa mutlak DYMM Sultan Johor.  Sejarah Kesultanan Johor moden (bermula almarhum Sultan Abu Bakar) menunjukkan bahawa semua pengganti Sultan adalah terdiri dari putera sulung Sultan. Pada 10 Ogos 1961, Tunku Mahkota (Tunku Mahmud Iskandar- putera sulung) telah dilucutkan jawatan dan digantikan dengan adindanya Tunku Abdul Rahman Alhaj.  Pada 1 Dis 1966 Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik menjadi Raja Muda Johor- satu jawatan baru yang diwujudkan di bawah (heirarki) Tunku Mahkota dari segi kekananan pewaris takhta. 

Bagaimanapun pada 29 April 1981, Tunku Mahmud Iskandar telah dilantik semula menjadi Tunku Mahkota Johor beberapa hari sebelum dilantik menjadi Sultan pada 11 Mei 1981 dan adindanya Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Tunku Aris Bendahara Johor.  Jawatan Raja Muda dikosongkan sehingga diisi oleh Tunku Ismail Ibrahim pada 8 April 2006 (sehingga 29 Jan 2010).

Senarai kekananan pewaris takhta Johor adalah seperti berikut:


TUNKU MAHKOTA JOHOR
DYTM Brigedier Jeneral Tunku Ismail Ibrahim Abdul Majid Idris Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim dengan membawa gelaran rasmi DYTM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim DKI DKII SPMJ SMIJ SMJ PIS



Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru. Bondanya ialah DYMM Raja Zarith Sofiah binti almarhum Sultan Idris al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah.  Mendapat pendidikan di Hale School, Wembley Downs, Western Australia; dan mengikuti latihan Pegawai Kedet di Indian Military Academy, Dehra Dun.

Ditauliahkan sebagai Lt Muda pada 10 Dis 2004 dan di Rejimen ke 61 Kavalri dan diberi penghormatan mengetuai barisan tentera berkuda yang mendahului perbarisan Hari Republik India pada tahun 2007. Kini adalah Komandan Askar Timbalan Setia negeri (JMF) dan pegawai kehormat Rejimen Gerak Khas Malaysia.

Baginda dilantik menjadi Raja Muda oleh almarhum nendanya pada 8 April 2006 dan dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 Januari 2010.

Baginda berkahwin dengan Che Puan Khalida binti Bustamam pada 24 Okt 2014 dan dikurniakan seorang puteri pada 25 Jun 2016.

Baginda adalah Pro-Chanselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Dari segi urutan kekananan jawatan pewaris takhta Negeri Johor adalah seperti berikut:

(1)   Tunku Mahkota Johor

(2)   Raja Muda Johor

(3)   Tunku Bendahara Johor

(4)   Tunku Temenggong Johor

(5)   Tunku Laksamana Johor

(6)   Tunku Panglima Johor

(7)   Tunku Putera Johor

Bagaimanapun kedudukan urutan Pewaris Takhta dari segi individu adalah seperti berikut:

(1)   Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota)

(2)   Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Tunku Iskandar) ibni Tunku Ismail (Raja Muda)

(3)   Tunku Idris Iskandar ibni Sultan Ibrahim (Tunku Temenggong)

(4)   Tunku Abdul Rahman Hasanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim (Tunku Panglima)

(5)   Tunku Abu Bakar Iman ibni Sultan Ibrahim (Tunku Putera)

(6)   Tunku Abdul Majid Idris ibni almarhum Sultan Iskandar Alhaj (Tunku Bendahara).

(7)   Tunku Abu Bakar ibni almarhum Tunku Bendahara Abdul Rahman Alhaj.


Raja Muda Johor

YTM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Tunku Iskandar) ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar 



Penyandang jawatan Raja Muda Johor ini kosong sejak Tunku Ismail dilantik menjadi Tunku Mahkota Johor pada 29 Jan 2010.

Pada 22 Nov 2018, DYMM Sultan Johor telah berkenan melantik cucnda baginda, YTM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Tunku Iskandar) ibni Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (Tunku Ismail) sebagai RAJA MUDA JOHOR.

Perisytiharan ini dibuat sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan DYMM Sultan Johor ke 60 di Istana Besar pada 22 Nov 2018.

Tunku Iskandar diputerakan pada 14 Oktober 2017 merupakan putera sulung (anakanda kedua) DYTM Tunku Mahkota Johor (TMJ). 


Tunku Bendahara Johor

YAM Mejar Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni almarhum Sultan Iskandar Alhaj DK SPMJ 

YAM Tunku Abdul Majid diputerakan pada 20 Julai 1970 merupakan putera kedua almarhum Sultan Iskandar.  Bondanya ialah almarhumah Tunku Sultanah Zanariah. Dilantik menjadi Tunku Bendahara Johor (tarkh tidak diperolehi). 

Tunku Majid berkahwin dengan Tunku Teh Mazni binti Tunku Yusuf pada 13 Jan 2005 dan dikurniai dengan dua cahaya mata iaitu Tunku Mahmood Iskandar dan Tunku Aisya Menjalara Iskandar


Tunku Abdul Majid Idris ibni almarhum Sultan Iskandar


Tunku Temenggong Johor

YAM Mejar Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim DK SPMJ PIS.

YAM Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987.  Mendapat latihan di Pusat Latihan Darat dan ditauliahkan sebagai Lt Muda pada tahun 2006. Menjalani latihan penerbangan di Aviation Integrated Training School, Ipoh dan ditugaskan sebagai juruterbang di Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). 

Dilantik menjadi Tunku Temenggung Johor pada 26 Februari 2010.



Tunku Laksamana Johor

(Jawatan bergelar ini kosong sejak kemangkatan penyandangnya Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim pada 5 Dis 15)

YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim  DK DPMJ PIS.  Diputerakan pada 5 Julai 1990. Dilantik menjadi Tunku Laksamana Johor pada 22 November 2012. Tunku Abdu Jalil telah mangkat pada 5 Disember 2015 jam 7.11 petang setelah menderita sakit kanser sejak lebih setahun yang lalu. Jenazah almarhum dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.



Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim


Tunku Panglima Johor

YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri ibni Sultan Ibrahim DK DPMJ PIS.  

YAM Tunku Abdul Rahma diputerakan pada 5 Februari 1993. Dilantik menjadi Tunku Panglima Johor pada 22 November 2012.




Tunku Putera Johor

YAM Tunku Abu Bakar Iman ibni Sultan Ibrahim DK.  

YAM Tunku Abu Bakar diputerakan pada 30 Mei 2001. Dilantik menjadi Tunku Putera Johor pada 22 November 2012.



Pewaris Tahta 
KEDAH DARUL AMAN

Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim AlMuadzam Shah yang mangkat pada 11 Sep 2017 tidak mempunyai putera untuk mewarisi tahta Kerajaan Kedah Darulaman. Jawatan Raja Muda telah dikosongkan sehingga tahun 1981.

Apabila Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Sultan pada tahun 1958, almarhum telah melantik adindanya Tunku Abdul Malik sebagai Raja Bendahara pada tahun 1959 sebelum dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1981. Tunku Abdul Malik juga dilantik menjadi Pemangku Sultan apabila Almarhum Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong pada bulan Sep 1970.

Raja Muda (Tunku Abdul Malik) telah mangkat pada tahun 2015 dan jawatan tersebut dikosongkan sehingga tahun 2016. Dengan kemangkatan Tunku Abdul Malik, pewaris tahta pertama jatuh kepada Raja Bendahara iaitu Tunku Anuar (adinda kedua DYMM Sultan). Semasa Almarhum Sultan Abdul Halim menaiki tahta Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua pada bulan Dis 2011, Tunku Anuar dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Raja. Pada tahun 2014, Tunku Anuar pula mangkat dan pewaris utama tahta jatuh pula kepada Tunku Temenggong Kedah iaitu Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah.

Tunku Salehuddin kemudiannya dilantik menjadi Raja Muda pada Nov 2016 sehingga baginda dinobatkan menjadi Sultan Kedah pada 12 Sep 2017.



RAJA MUDA KEDAH
YAM Dato' Seri Tunku Sarafuddin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin DMK DSDK




Baginda diputerakan pada 2 Mac 1967 dan mendapat pendidikan di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi; Sek Men Sea Park, Petaling Jaya; dan Kolej Damansara Utama. Mendapat ijazah Undang-undang (LLB) dari Brunel University Uxbridge, Middlesex, UK , United Kingdom dan Barrister-at-Law (Inner Temple) dan Holborn College, UK.

Pengalaman berkhidmat dalam pelbagai perbadanan korporat seperti Sime Darby Berhad (1992 - 1997), Peguambela/Peguamcara Mahkamah Tinggi (1994), Jardime and Flemming Sdn Bhd (1997-1999), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (1999-2010), Haisan Resources Bhd (2014-2016) dan Asia Metropolitan (M) Sdn Bhd (2015 - 2017). Kini berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan SYABAS Bhd dan Kumpulan Darul Ehsan Bhd.

Berkahwin dengan Che Puan Zaheeda binti Mohamed Ariff pada tahun 2003 dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri:

(1)   Tunku Zara Bahiyah (2004)

(2)   Tunku Sulaiman Badlishah (2007)


Baginda dilantik menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 10 Januari 2017 dan kemudiannya dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 26 Nov 2017.
Almarhum DYTM Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik ibni almarhum Sultan Badlishah  DMK DK DKH SPMK DK(Selangor) DK(Terengganu) SPCM SPMJ DA PSB dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 Nov 1981 dan telah mangkat pada 29 Nov 2015.



Almarhum Tunku Dato' Seri Haji Abdul Malik diputerakan pada 24 September 1929. Almarhum mendapat pendidikan di Wadham College, UK dan dilantik menjadi Tunku Bendahara Kedah pada tahun 23 Februari 1959 dan seterusnya dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 28 November 1981.

Pada 21 September 1970, almarhum telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah semasa kekandanya Sultan Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong V sehingga 20  September 1975. Bagaimanapun apabila Tuanku Sultan Abdul Halim dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong untuk kali kedua pada 11 Dis 2013, Almarhum Tunku Abdul Malik tidak dilantik menjadi Pemangku Sultan kerana baginda gering.


Baginda berkahwin pada 16 Julai 1956 dengan Tengku Raudzah binti Sultan Hisamuddin Alam Shah (kemudian bergelar Raja Puan Muda Kedah). Raja Puan Muda Kedah ini telah mangkat pada 21 Sep 2015 dan disemadikan di Makam DiRaja Langgar, Kedah.


Pada jam 0100 pagi, 29 November 2015, Tunku Abdul Malik telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah baginda dimakamkan di Makam DiRaja Langgar.



Almarhumah Tunku Raudzah binti almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah

Setelah Raja Muda Kedah mangkat, adindanya Tunku Mahmud Salehuddin telah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Dis 2016. Tunku Salehuddin kemudiannya dimasyhurkan menjadi Sultan Kedah pada 11 Sep 2017.



Tunku Bendahara Kedah

YAM Dato' Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah DK SHMS SSDK DSDK



Tunku Abdul Hamid Thani diputerakan pada 18 Jun 1951 (bondanya adalah almarhumah Sultanah Asma).  Baginda dilantik  menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 28 November 1981 dan seterusnya dimasyhurkan sebagai Tunku Bendahara Kedah pada 10 Jan 2017 bagi menggantikan kekandanya Tunku Tan Sri Mahmud Salehuddin yang dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah pada 15 Dis 2016. Baginda berkahwin dengan Raja Puan Bendahara Nora binti Abdullah.

Penyandang gelaran Tunku Bendahara Kedah sebelum ini, DYTM Dato Seri Utama Tan Sri Tunku Haji Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah telah mangkat pada 21 Mei 2014.



Almarhum Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar ibni almarhum Sultan Badlishah DKH SPMK.  Diputerakan pada 30 Jun 1939 oleh bondanya Sultanah Asma. Dilantik menjadi Tunku Temenggong pada 21 Januari 1979 dan kemudiannya dilantik menjadi Tunku Bendahara pada 28 November 1981.  Baginda berkahwin dengan YAB Dato Seri Nur Suzana binti Abdullah (Toh Puan Bendahara). 

Pada 11 Disember 2011, apabila DYMM Sultan Haji Abdul Halim dilantik menjadi SPB Yang DiPertuan Agong XIV, YAM Tunku Annuar telah dilantik menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah sehingga baginda mangkat pada 21 Mei 2014.



Tunku Temenggung Kedah

YAM Tunku Tan Sri Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah DKH DKYR SHMS SSDK PSM PAT JP 



Jawatan pewaris ini kosong apabila penyandangnya DYTM Brigadier Jeneral Dato' Seri DiRaja Tunku Tan Sri Mahmud Sallehuddin ibni almarhum Sultan Badlishah DK PMN SHMS SSDK BCK dilantik menjadi Raja Muda Kedah pada 15 Dis 16.  


Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Brigadier Jeneral Tan Sri Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz binti Sultan Abdul Halim diputerikan pada 22 Julai 1966 di Alor Setar, merupakan puteri kandung kepada almarhum  Sultan Kedah ke 28, Almarhum Al-Sultan Tuanku Al-Haj Abdul Halim Muadzam Shah bersama Sultanah Bahiyah. Beliau juga mempunyai dua adik beradik  angkat (sepupunya), iaitu kekandanya Tunku Soraya dan Tunku Sarina (meninggal 1991).

Tuanku Puteri menerima pendidikan awal di Kolej Tunku Kursiah (KTK) dan meneruskan bidang pengajian Politik di Cheltenham Ladies' College, England.

Tunku Puteri Intan juga menyertai Rejimen Askar Wataniah (RAW) yang merupakan salah satu daripada Pasukan Simpanan Sukarela Angkatan Tentera Malaysia sehingga dilantik sebagai Brigadier Jeneral.

Menjadi pencetus penubuhan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) dan dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah seumur hidup selain memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah.

Tunku Puteri juga adalah  Pro Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai 5 Januari 2011 dan Pro Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejak 10 Oktober 2010. Tunku Puteri Intan Shafinaz juga merupakan  Felo Diraja Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada 2014, Tunku Intan Shafinaz pernah dilantik menjadi  Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menggantikan Tuanku Sultan Kedah selama baginda bersemayam dan menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di ibu negara.

Pada 13 Disember 2011, Tuanku Puteri telah dilantik bersama-sama tiga ayahanda saudaranya dari kerabat damping Diraja Kedah iaitu Tunku Temenggong Kedah, Tunku Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah, Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Yang Dipertua Majlis Jemaah DYMM  Tuanku Sultan Kedah dilantik menjadi Yang DiPertuan Agong ke 14 (13 Dis 2011 – 12 Dis 2016).

Pada 11 Januari 2009  Tunku Puteri  telah  diisytiharkan sebagai  Yang Amat Mulia Tunku Panglima  Besar Kedah, dan kemudiannya pada 11 Januari 2017 di lantik menjadi  Tunku Temenggong Kedah. 


Tunku Laksamana Kedah

YAM Dato' Tunku Sazuddin Badlishah ibni  Sultan Mahmud Salehuddin DSDK.



Baginda diputerakan pada 27 April 1970 dan mendapat pendidikan di Sek Ren Seri Petaling, Sek Men Bukit Bintang, KDU University College dan memiliki ijazah dalam Rekabentuk dan Pemasaran dari University Kansas Wesleyan, USA. Baginda dilantik menjadi Tunku Laksamana Kedah pada 26 Nov 2017.


Tunku Panglima Besar Kedah

Jawatan ini kosong setelah Tunku Intan Shafinaz dilantik menjadi Temenggung Kedah pada 11 Jan 2017). Mengikut ramalan penulis blog ini KEMUNGKINAN BESAR, putera sulung DYTM Raja Muda (Tunku Sulaiman Badlishah) akan dilantik mengisi jawatan pewaris ini.



Pewaris Tahta 
KELANTAN DARUL NAIM


Tengku Mahkota Kelantan
DYTM Laksamana Pertama Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK PhD



DYTM Tengku Muhammad Fa-iz Petra diputerakan di Kota Bharu pada 20 Jun 1974. Beliau mendapat didikan di Maktab Sultan Ismail, Alice Smith School KL.  Mendapat ijazah dari Oakham School, University College London dan mendapat ijazah kedoktoran (PhD) dari Inst of Classical Studies, Univ of London.

Baginda dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 30 Mac 1989 dan kemudiannya dilantik menjadi Tengku Mahkota Kelantan mulai 18 Oktober 2010.

Pada 19 April 2019, Tengku Fa-iz bernikah dengan Cik Sofie Louise Johansson yang berasal dari Sweden.

Susunan kekananan Pewaris Takhta Kelantan seterusnya ialah:

Tengku Bendahara Kelantan

Masih kosong


Tengku Temenggong Kelantan

Tengku Tan Sri Mohammad Rizam bin Tengku Abd Aziz DK PSM SPMK SJMK 




Tengku Tan Sri Mohamad Rizam diputerakan pada 19 Julai 1961 di Istana Kota Lama,Kota Bharu, merupakan cucunda sulung kepada Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Sultanah Zainab. Beliau merupakan putera sulung kepada YBM Tengku Sri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Bin Tengku Muhammad Hamzah dan YBM Tengku Merjan Binti Almarhum Sultan Yahya Petra. Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan anakanda saudara kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Beliau pernah berkhidmat dalam bidang perbankan bersama RHB Bank. Beliau dilantik sebagai Tengku Panglima Raja Kelantan pada tahun 2010dan seterusnya menjadi Tengku Temenggong Kelantan menggantikan YTM Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada tahun 2014.


Tengku Tan Sri Mohamad Rizam merupakan menantu kepada Perdana Menteri Pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Yang Berhormat Mulia Tengku Puan Temenggong Kelantan Tunku Puan Sri Dato' Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman pada tahun 1991. Pasangan diraja ini dikurniakan 2 orang putera dan seorang puteri.


Nota: jawatan ini dikosongkan oleh YAM Tengku Muhammad Fakhry ibni Sultan Ismail Petra DK SPMK yang dilantik pada 30 Mac 1989 tetapi telah dilucutkan oleh Majlis Perajaan Kelantan pada 30 September 2010.



Tengku Laksamana Kelantan

Tengku Abdul Halim ibni almarhum Sultan Ibrahim Petra DK SJMK DSPJ.




Tengku Abdul Halim adalah putera ketujuh Almarhum Sultan Ibrahim Petra. Bondanya ialah Chik Safiah, isteri dari perkahwinan kelima almarhum Sultan. Beliau berkahwin dengan Puan Sharifah Azwan binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1970.

Pada 26 Mac 2010, telah dilantik menjadi Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan.


Pewaris Tahta
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Sistem Perajaan Negeri Sembilan adalah paling unik di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Raja yang memerintah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan penggantinya. Baginda hanya boleh melantik putera atau kerabatnya untukmengisi jawatan pewaris Raja.

Negeri Sembilan adalah Negeri beraja di Malaysia yang tidak mempunyai gelaran Raja Muda atau Putera Mahkota. Ini bukan bermakna tiada pewaris takhta Negeri.  Keadaan ini disebabkan Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih.  Pewaris takhta Negeri Sembilan terdiri daripada Putera Yang Empat iaitu empat orang Putera Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dipilih sebagai pewaris tahta.  Apabila berlaku kemangkatan Yang di-Pertuan Besar, barulah Undang Yang Empat akan bermesyuarat untuk memilih Yang di-Pertuan Besar yang baru dikalangan Putera Yang Empat sebelum jenazah dimakamkan.

Keunikan sistem ini menyebabkan anak sulung Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (yang baru mangkat) tidak semestinya menggantikan ayahandanya  seperti yang berlaku di negeri-negeri beraja lain di Malaysia (kecuali Perak yang mana bakal Sultannya adalah Raja Muda mengikut sistem giliran). 

Gelaran-gelaran Putera Yang Empat mengikut kekanan adalah seperti berikut:

(1)    Tunku Besar Seri Menanti (asalnya digelar Tunku Besar).

(2)    Tunku Laksamana

(3)    Tunku Muda Serting (asalnya digelar Tunku Muda)

(4)    Tunku Panglima Besar

Pemilihan pengganti Yang di-Pertuan Besar dikalangan Putera Yang Empat bermula semenjak pemerintahan Yamtuan Raden (1831 - 1861). Dalam istiadat-istiadat yang berlangsung di Istana, Putera Yang Empat mengikut peraturannya duduk seiring dengan Yang di-Pertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar dalam istiadat-istiadat penting seperti Pertabalan Yang di-Pertuan Besar, Istiadat Undang mengadap dan Istiadat Penghulu Mengadap. Dalam sejarah Negeri Sembilan penyandang jawatan Tunku Besar, Tunku Laxamana dan Tunku Muda Serting pernah dipilih menjadi Yang DiPertuan Besar.

Buat masa ini Putera-Putera Yang Empat adalah seperti berikut:

Tunku Besar Seri Menanti

YAM Lt Kol Tunku Ali Ridhauddin ibni Tuanku Muhriz DKYR.  



Tunku Ali Ridhauddin diputerakan di Petaling Jaya pada 26 April 1977 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Antarabangsa Sri Inai dan Alice Smith School, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pelajaran ke Marlborough College, Wiltshire, UK dan Christ’s College, Cambridge hingga menerima ijazah Bachelor of Arts pada tahun 1998).

Baginda kemudiannya melanjutkan pengajian ke Kennedy School of Government, Harvard University, Boston, Massachucettes, USA serta mendapat ijazah Masters in Public Administration.

Baginda mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan di syarikat swasta melalui jawatan-jawatannya sebagai Analyst (Corporate Finance) di BZW Asia Ltd (1997),  McKinsey and Co in London, Hong Kong and Singapore offices (1998-2004), Naib Presiden Kanan di Khazanah Nasional Bhd (2004-2009), Pengarah Pelaburan di Khazanah Nasional Bhd (2009-2010), Pengarah di Themed Attraction and Resorts Sdn Bhd (sejak 2010), Resorts and Hotels, Iskandar Malaysia Studios, Sun Life Malaysia,  dan Bangkok Bank Bhd. Baginda juga merupakan Penasihat Kanan kepada TPG Capital.

Tunku Ali dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009. Baginda juga adalah Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Baginda berpangkat Leftenan Kolonel di Rejimen 508 Askar Wataniah sejak 10 Nov 2009. 

Baginda juga merupakan Governor Marlborough College Malaysia, Fellow Centre for the Advancement of Social Business,  Pengerusi kepada Munawirah Foundation, Teach for Malaysia, WWF-Malaysia, dan Bumi Armada Bhd dan Penaung Diraja kepada Enactus Malaysia Foundation.



Tunku Laksamana

YAM Tunku Dato' Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Ja'afar DK DKYR SPTJ SPNS SPMS SPMP PPT PJK.  



Tunku Naqiuddin diputerakan pada 8 Mac 1947. Mendapat didikan di Junior King's School, Canterbury, Kent; dan menerima ijazah BSc Econ dari University of Wales, Aberystwyth.

Dilantik menjadi Pemangku YDP Besar Negeri Sembilan dari 16 April 1994 hingga 24 April 1999 semasa ayahandanya menjawat jawatan Yang DiPertuan Agong.


Beliau berkahwin dengan YAM Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador SPTJ.  Beliau adalah salah seorang Pro-Chanselor Universiti Kebangsaan Malaysia.



Tunku Muda Serting

YAM Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Ja'afar DTNS DKYR PMN SPNS AMN PJK.



Baginda diputerakan pada 21 Mac 1948 dan mendapat didikan di Nottingham University dan menerima ijazah perundangan (LLB).

Baginda berkahwin dengan YM Che Engku Puan Sri Mahirah binti Abdullah @ Moira Rodrigo.



Tunku Panglima Besar

YAM Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuannku Ja'afar DKYR SPTJ.  



Baginda diputerakan pada 26 Oktober 1959.  Mendapat didikan di Cheltenham College, Gloucester, University College, London dan Middlesex Unic dengan mendapat ijazah BSc.

Baginda berkahwin dengan YM Datin Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman.


Pewaris Takhta
PAHANG DARUL MAKMUR


Tengku Mahkota Pahang 
YAM Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah ibni Sultan Abdullah Riayatuddin Mustaffa Billah Shah DK SSAP


KDYMM Tengku Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah  diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang). Baginda adalah anakanda kedua kepada pasangan diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Tengku Hassanal Shah memulakan pendidikannya di Sekolah Rendah Sherburne, United Kingdom pada 2002 hingga 2007 sebelum melanjutkan pengajian ke Sekolah Menengah St Thomas pada 2008 hingga 2012 dan University of Nottingham.

Pada Mei 2018, Tengku Hassanal tamat pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dengan ijazah dalam bidang Hubungan Antarabangsa. Baginda kini sedang melanjutkan pengajian di Royal Military Academy, Sandhurst di United Kingdom selama setahun.

Tengku Hassanal Shah diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Enche' Besar Hajah Khalsom.
Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan. Adinda lelaki ialah Tengku Muhammad Iskandar Riayatuddin Shah dan Tengku Ahmad Ismail Muad'zam Shah. Adinda perempuan pula ialah Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Tengku Hassanal juga merupakan sepupu kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tengku Hassanal merupakan pewaris takhta kesultanan Pahang Darul Makmur.
Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018.


Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang ke-6, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.

Gelaran

(1)   17 September 1995 – 18 Jun 2018: Yang Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Abdullah.

(2)   18 Jun 2018 – 15 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Tengku Mahkota Abdullah, Tengku Panglima Besar Pahang

(3)   15 Januari 2019 – 29 Januari 2019: Yang Amat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah, Tengku Panglima Besar Pahang

(4)   29 Januari 2019 – 31 Januari 2019: Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang


(5)   31 Januari 2019 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Pahang

Tengku Muda Pahang

YAM Tengku Dato Sri Abdul Rahman alHaj ibni Sultan Haji Ahmad Shah alMustain Billah DKP DK SSAP SIMP.  



Tengku Abdul Rahman diputerakan pada 30 Ogos 1960. Mendapat ijazah Sarjana (MBA) dari Harrow College Middlesex, UK.

Berkahwin dengan Y.Bhg Cik Julita Aishah binti Abdul Latif (27 Julai 2002) dan Che Puan Siti Bahiyah binti Akip (2012).



Tengku Arif Bendahara

YAM Tengku Dato' Sri Abdullah ibni almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin al Muadzam Shah DK SSAP SIMP SSMT SPMT DJMK PAT (diputerakan pada 30 Mac 1940). Mendapat latihan di Military Academy Portsea, Australia.  Berkahwin dengan YABhg Dato Habibah binti Muhammad Yusof (Cik Puan Bendahara).






Tengku Arif Temenggong

YAM Tengku Abdul Fahd Muadzam Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah al Mustain Billah DK. Diputerakan oleh bondanya Sultanah Hajjah Kalsom pada 10 Feb 1994 dan dilantik menjadi Tengku Ariff Temenggung pada 2 Okt 2002.



Tengku Besar Pahang

YAM Tengku Dato' Sri Kamil Ismail ibni almarhum Tengku Idris Shah DK SSAP SIMP.



Pewaris Takhta
PERAK DARUL RIDZUAN

Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru. 

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut:

(1)   Raja Kecil Bongsu.

(2)   Raja Kecil Tengah

(3)   Raja Kechil Sulong

(4)   Raja Kecil Besar

(5)   Raja Di Hilir

(6)   Raja Muda

(7)   Sultan dan Yang DiPertuan.

Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.

Megikut catatan sejarah yang saya pernah temui, susunan pewaris tahta Perak sebelum ini lebih banyak lagi dari yang ada sekarang. Dahulu dikatakan ada 11 tingkatan yang perlu dilalui sebelum sampai ke jawatan Sultan:

(1)   Raja Muda
(2)   Raja Bendahara
(3)   Raja Di Hilir
(4)   Raja Du Hulu
(5)   Raja Di Darat
(6)   Raja Di Baruh
(7)   Raja Kecil Besar
(8)   Raja Kecil Sulong
(9)   Raja Kecil Tengah
(10)   Raja Kecil Muda
(11)   Raja kecil Bongsu


Raja Muda Perak
DYAM Laksamana Pertama Raja Dato' Seri Jaafar Alhaj ibni almarhum Raja Muda Musa DK DKA SPCM JSM MPA(Cornell)


Jawatan Raja Muda kosong apabila penyandangnya DYTM Raja Dato' Seri Dr Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah DK SPSA SPCM SPTS  DK(Selangor) SPMP (Perlis) diisytiharkan menjadi Sultan Perak ke 35 pada 29 Mei 2014.

Pada 20 Jun 2014, Raja Di Hilir Perak, DYAM Laksamana Pertama Raja Dato' Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa  DK SPCM JSM telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Perak.

Raja Jaafar diputerakan pada 26 September 1941 dan mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh; Universiti Malaya dan mendapat ijazah BA pada tahun 1965.  Melanjutkan pengajian ke University of Cornell, USA dan mendapat ijazah Sarjana (MPA) pada tahun 1975.

Baginda dilantik menjadi Raja Kechil Tengah (1984), Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998. Diisytiharkan menjadi Raja Muda Perak Wakilus Sultan pada 20 Jun 2014.

Berkahwin dengan YAM Raja Dato Seri Nur Mahani binti Raja Haji Shahar Shah SPCM (meninggal dunia pada 4 Okt 2017), berkahwin (kedua) dengan Cik Puan Hasleza (Putri Liza) pada 2002 (meninggal dunia pada 6 Okt 2002) dan dikurniakan dua orang putera/puteri:

(1)   YAM Raja Shah Azman bin Raja Jaafar (1974)

(2)   YAM Raja Nor Azwina binti Raja Jaafar (1976).



Raja Di Hilir Perak

YAM Raja Tan Sri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris al Mutawakil Allahi Shah Afifullah DK DKA II DK II (Johor) SPCM SSDK

 

YAM Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni almarhum Sultan Idris al Mutawakil Allahi Shah Afifullah DK SPCM SSDK.  Baginda diputerakan di Kuala Lumpur pada 8 Feb 1955.  Dilantik menjadi Raja Kechil Bongsu (1984), Raja Kechil Tengah (1987), Raja Kechil Sulong (1998) dan Raja Kechil Besar pada 18 Mac 2010.  Pada 20 Jun 2014, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.

Baginda berkahwin dengan Tunku Dato Seri Hajjah Soraya binti Tunku Abdul Aziz DK SSDK dan dikurniakan 3 putera dan dua puteri:

(1)   Raja Nabil Imran

(2)   Raja Idris Shah

(3)   Raja Saifuddin

(4)   Raja Sarina Intan Bahiyah

(5)   Raja Safiah Azizah


Raja Kecil Besar Perak

DYAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzudin Shah SPCM SPMP






Jawatan Raja Kecil Besar Perak di kosongkan kali pertama pada 25 Nov 2006 apabila penyandangnya DYAM Raja Yussuf Izzuddin Iskandar ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah dilucutkan dari jawatan. Adindanya, Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik mengisi kekosongan pada 18 Mac 2010. Pada 20 Jun 2014, jawatan ini menjadi kosong sekali lagi apabila Raja Iskandar Zulkarnain telah dilantik menjadi Raja Di Hilir Perak.

Pada 20 Jun 2014, DYAM Raja Azlan Mudzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah diisytiharkan menjadi Raja Kecil Besar Perak. Raja Azlan Mudzaffar diputerakan pada 14 Mac 2007.


Raja Kecil Sulong Perak

Raja Ahmad Nadzim Azlan Shah ibni almarhum Raja Ashman Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Maghfirullah  Shah DKA II SPCM.


Penyandang sebelum ini iaitu YAM Raja Dato' Seri Ashman Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah mangkat pada 30 Mac 2012.

Almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibuddin Shah diputerakan pada 28 Dis 1958 dan dilantik menjadi Raja Kechil Sulong Perak pada 16 Mac 2010.

Almarhum mempunyai ijazah dalam bidang Ekonomi dari University of Nottingham, UK dan Sarjana Undang-undang dari Cambridge University.

Almarhum bernikah dengan Dato Seri Noraini Jane binti Kamarul Ariffin pada 26 Sep 1991 dan dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri.


YM Raja Dato Ahmad Nazim Azlan Shah ibni almarhum Raja Dato Seri Ashman Shah diputerakan di Kuala Lumpur pada 10 Mac 1994, merupakan anakanda kedua  dan juga satu-satunya putera tunggal almarhum Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dari bondanya Datin Seri Noraini Jane binti Kamarul Ariffin. 

Beliau dilantik menjadi Raja Kechil Tengah pada 18 Mac 2010 dan seterusnya dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Sulong pada 6 September 2014.

Adik-beradiknya termasuk YM Raja Eminah Alliyah binti almarhum Raja Ashman Shah yang dilahirkan pada 17 September 1992 dan YM Raja Bainunnisa Safia binti Almarhum Raja Ashman Shah yang dilahirkan pada 3 April 1995.

Raja Ahmad Nazim merupakan bekas pelajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara. Beliau kemudiannya meneruskan pelajaran peringkat menengah di salah sebuah sekolah menengah yang berprestij di Malaysia, Sekolah Antarabangsa Garden (GIS). Selepas menamatkan A-Level di Kolej Marlborough, Raja Ahmad Nazim melanjutkan pelajaran ke salah satu universiti yang tertua dan juga terkenal iaitu, Universiti Cambridge, London, United Kingdom.

Raja Kecil Tengah Perak

YM Dato’ Seri Raja Iskandar bin Raja Ziran @ Raja Zaid ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah SPCM 


YM Raja Iskandar dilahirkan pada tahun 1941 dan bondanya ialah almarhum Raja Azian Aishah binti Raja Badiuzzaman. Beliau berkahwin dengan Che’ Puan Rokiah binti Haji Ibrahim dan dikurniakan tiga orang anak:

(1)   Raja Muhammad Azryn Shah

(2)   Raja Muhammad Ibrahim

(3)   Raja Anis Azyarina

Beliau dilantik menjadi Raja Kecil Tengah pada 27 Ogos 2016


Raja Kecil Bongsu Perak

YM Dato’ Seri Raja Izuddin Chulan bin Raja Zainal Azman Shah bin Raja Sir Chulan ibni almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II SPCM



YM Dato' Seri Raja Izuddin Chulan dilahirkan di Ipoh pada 14 Februari 1941 dan bondanya bernama  Che’ Puan Zainab binti Abdul Hamid. 

Beliau berkahwin dengan Raja Arbi binti Raja Amir Shah dan dikurniakan lima orang anak:

(1)   Raja Shamir

(2)   Raja Zara Dariah

(3)   Raja Zana Nadiah

(4)   Raja Dara Zaliah

(5)   Raja Dana Afzan

Beliau dilantik menjadi Raja Kecil Bongsu pada 27 Ogos 2016.



Pewaris Tahta
PERLIS DARUL SUNNAH


RAJA MUDA PERLIS
DYTM Brigedier Jeneral Dato Seri DiRaja Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail DK SPMP  



DYTM Syed Faizuddin Putra diputerakan pada 30 Disember 1967. Memiliki ijazah Ekonomi dari La Trobe University, Victoria, Australia. 

Dilantik menjadi Raja Muda Perlis pada 1 Ogos 2000. Dilantik menjadi Pemangku Raja Perlis dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006 semasa ayahandanya Tuanku Syed Sirajuddin menaiki takhta Yang DiPertuan Agong.

Berkahwin dengan YM Datin Seri Lailatul Akashah binti Dato Haji Khalil Akashah SPMP (bergelar Raja Puan Muda Perlis).

Urutan pewaris takhta Negeri Perlis seterusnya ialah:

Tengku Sharif Bendahara

YAM Dato Seri DiRaja Syed Badaruddin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP.  


Syed Badaruddin diputerakan pada 1 Januari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Tengku Budriah, Kangar dan Penang Free School. Kemudiannya melanjutkan pengajian ke Wellingborough School, Northants dan menerima ijazah Sarjana Kewangan dari Cambridge University, UK. 


Menyertai Fraser and Neave (Malaya) Sdn Bhd (1968) sehingga menjawat Pengarah (1987-2001) dan Pengerusi Fraser and Neave Coca Cola Sdn Bhd sejak 2001. Beliau juga menjadi Pengarah Hwang-DBS (Malaysia) Bhd, Hwang-DBS Investment Bank Bhd, CGU Insurance Bhd, Yayasan Tuanku Syed Putra Brd of Trustees dan lain-lain.

Berkahwin dengan YM Tunku Mudzia binti Tuanku Munawir (meninggal dunia 2004).


Tengku Sharif Temenggong

YAM Dato Seri DiRaja Syed Amir Zainal Abidin ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP


Syed Amir Zainal Abidin diputerakan pada tahun 11 Jan 1950. Memiliki Diploma in Automobile Engineering dari Exeter College, England dalam tahun 1970. Memulakan kerjaya di Cycle & Carriage Bintang dari tahun 1970 hingga 1980. Pada tahun 1981 menyertai Maju ria Sdn Bhd sebagai Pengarah. Pernah menjadi Pengerusi Taylors College, Subang Jaya dan  Pengerusi Garden International School.

Berumahtangga kali pertama dengan YAM Tengku Puteri Datin Paduka Zahariah binti al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  (berpisah), kemudian berkahwin dengan Datin Sri Nur Aini binti Datuk Abdullah  dan perkahwinan ketiga dengan Chik Puan Heidi Hamid (berpisah).


Tengku Sharif Laksamana

YAM Dato Seri DiRaja Syed Razlan ini almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP


Syed Razlan diputerakan pada 21 Ianuari 1951. Memiliki Diploma dari  Kolej Pertanian Malaysia, ijazah (BSc) dari Louisiana State Univ dan ijazah Sarjana (MSc) dari North California State Univ. Berkahwin dengan YM Dato Paduka Sharifah Hishmah binti Dato Syed Hassan Shahabuddin (Tengku Puan Laksamana).


Tengku Sharif Panglima

YAM Dato Seri DiRaja Syed Zainal Anwar ibni almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail SSPJ SPMP SSIS 


Syed Zainal Anwar diputerakan pada 20 Februari 1952.  Memiliki ijazah perakaunan dari Macquarie University, NSW Australia dan CACPA, Australia. Berkahwin dengan YAM Tengku Putri Datuk Paduka Toh Puan Seri DiRaja Nur Zihan binti almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Pewaris Takhta
SELANGOR DARUL EHSAN


RAJA MUDA SELANGOR
DYTM Tengku Dato' Seri Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah DK SPMS



Tunku Dato' Seri Amir Shah diputerakan pada 12 Dis 1990 oleh bondanya Puan Nurlisa binti Abdullah. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Victoria Kuala Lumpur. Baginda dilantik menjadi Raja Muda Selangor pada 3 Mei 2002 ketika berusia 12 tahun.


Tunku Bendahara
(masih kosong)

Jawatan ini masih kosong sejak penyandangnya almarhum YAM Tengku Dato Azman Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DK SPMS SJMK mangkat. Beliau diputerakan pada 1 Jan 1931, dilantik menjadi Tengku Bendahara pada 13 Mei 1959 dan mangkat pada 23 Mac 2014.  



Tengku Aris Temenggung
(masih kosong)

Jawatan ini kosong sejak penyandangnya YAM Tengku Muhammad Yusuf Shah  ibni almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah DK SPMS meninggal dunia pada 3 Januari 2018. Tengku Muhammad Yusuf Shah diputerakan pada 28 April 1926 dan dilantik menjadi Tunku Aris Temenggung pada tahun 1937.



Tengku Laksamana Selangor

YAM Tengku Sulaiman Shah Alhaj ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SJMK SPMJ SPMS PIS.  


Tengku Sulaiman Shah diputerakan pada 17 Jun 1950.  Dilantik menjadi Tengku Panglima Besar (1970) dan kemudiannya Tengku Panglima Raja pada 2 Mei 1977 dan dilantik menjadi Tunku Laksamana pada 1 Julai 2016. Berkahwin dengan Tunku  Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah binti almarhum Sultan Iskandar Alhaj.

Jawatan ini kosong sejak penyandangnya, almarhum YAM Tengku Badli Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah (dilantik 1961) dan mangkat pada 1 Jun 1988.


Tengku Besar Putra

YAM Tengku Ismail Shah ibni almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DK SPMS


Tengku Ismail Shah diputerakan pada 12 Ogos 1937. Berkahwin dengan YBhg Puan Hajjah Zaharah binti Abdul Rashid.


Tengku Panglima Besar

YAM Tengku Dato Seri Abdul Samad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS. 


Tengku Abdul Samad Shah diputerakan pada 27 September 1953. Dilantik menjadi Tengku Panglima Besar pada tahun 1981.


Tengku Andika Seri Amar DiRaja

Tengku Iskandar Shah bin Tengku Ismail Shah (21 Feb 2016)


Tengku Orang Kaya Menteri Raja

YM Tengku Rashad bin Tengku Badli Shah (25 Jun 1946).


Tengku Seri Paduka Shahbandar

Tengku Ardy Esfandiary bin Tengku Ahmad Shah (21 Feb 2016)


Tengku Indira Setia

YAM Tengku Dato Seri Ahmad Shah ibni almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah DK SPMS SSSA SPTJ SSMT PSD DSMT DPMS. 


Tengku Ahmad Shah diputerakan pada 16 Mei 1955. Berkahwin dengan YAM Tunku Irinah binti almarhum Tuanku Jaafar alHaj.


Tengku Indira Pahlawan DiRaja

YAM Tengku Dato Setia Putra Sifzizzan alHaj bin Tengku Azman Shah alHaj SSSA DJMK DSSA SSA


Tunku Putra diputerakan pada 22 Julai 1951. Dilantik menyandang gelaran Tengku Indira Pahlawan pada 1 Dis 2004.


Pewaris Tahta
TERENGGANU DARUL IMAN
  
YANG DIPERTUAN MUDA TERENGGANU
YTM Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin DKR DKT SSMZ



DYTM Tengku Muhammad Ismail diputerakan pada 1 Mac 1998 oleh bondanya Tuanku Permaisuri Nur Zahirah.  Dilantik menjadi Yang DiPertuan Muda Terengganu pada 12 Januari 2006 dan dimasyhurkan pada 12 Dis 2006.

Urutan kekananan pewaris takhta Negeri Terengganu seterusnya ialah:

Tengku Seri Bendahara

YAM Tengku Dato' Mustafa Kamil ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT SIMP.  




Diputerakan pada 1 April 1968 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff. Berkahwin dengan Datin Jasmine binti Abdullah.



Tengku Seri Panglima

YAM Leftenan Kolonel Tengku Dato' Seri Badrul Zaman ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah DK SSMT.  .



Diputerakan pada 10 November 1974 oleh bondanya YTM Dato' Seri Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdul Rahman al Sagoff.  Berkahwin dengan YAB Tok Puan Sri Wan Hibatul Hidayah binti Wan Ismail


Tengku Seri Temenggong Raja

YAM Brigadier Jeneral Tengku Dato' Badrul Hisham Baharuddin ibni almarhum Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah.  




Diputerakan pada 10 Disember 1976 oleh bondanya Puan Khadijah.  Memiliki ijazah dalam bidang Sajian dan Pelancongan dari University of Monfort.  Berkahwin dengan Y.Bhg To' Puan Nor Intan Zurina binti Muhammad.



Tengku Sri Raja
kosong


Tengku Seri Paduka Raja

YAM Tengku Dato' Seri Ibrahim Shah ibni almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah DK SSMT 




Tengku Ibrahim Shah diputerakan pada 25 Jan 1939. Mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum menyertai Perkhidmatan Awam Terengganu Civil Service pada tahun 1959 sebagai Penolong Pegawai Daerah dan Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri. Berkahwin (pertama) dengan YM Puan Sharifa Aminah binti Syed Abdul Rahman,  To’ Puan Rosita (nee: Lau Yam Hong) binti ‘Abdu’llah (kedua).



Tengku Seri Laksamana Raja

YAM Tengku Dato' Abdullah Sulaiman ibni almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah DK SPMT. 

Mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajaran ke Englnad dan mendapat ijazah Barrister at Law dari Lincoln’s Inn, London (1966). Sepulangnya ke Malaysia membuka firma guaman Tengku Sulaiman & Assocs sejak tahun 1975. Dilantik menjadi Ahli Majlis Pangkuan Raja Terengganu sejak 12 Dis 2006.

Melalui beberapa perkahwinan, Puan Hajjah Fatimah binti Muhammad (pertama), Puan Hajjah Roslina binti Abdullah (kedua), Che’ Zariah binti Affendi (ketiga), Puan Wan Kamariah binti Wan Sulaiman (keempat), Tok Puan Hajjah Rahimah binti Awang (kelima) dan Tengku Jamaliah (keenam). 

No comments:

Post a Comment