Saturday, March 14, 2015

M 149 PERAK DAPAT SULTAN BARU

.
PATAH TUMBUH
HILANG BERGANTI
dR NAZRIN SHAH

SULTAN PERAK YANG BARU




Sejak aku dilahirkan pada bulan Nov 1959, banyak perubahan di kalangan Raja-Raja Melayu. Bagaimanapun semasa aku kecil dulu (sekolah rendah), aku memang tidak faham atau tidak mengambil peduli langsung perihal raja yang mangkat dan raja naik takhta ini. Selain dari belum memahami suasana dan persekitaran Negara, pada masa itu media masa amat terhad. Di rumah bapak aku yang ada hanya radio dan akhbar Utuzan Melayu (Jawi).

Kemangkatan Raja Melayu yang pertama mendapat liputan akhbar, radio dan television dan menarik perhatian aku berlaku semasa aku di Tingkatan 3 (1974) ialah peristiwa kemangkatan Sultan Pahang, almarhum Sultan Abu Bakar.

Mengikut rekod, selepas Malaysia mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah mencatatkan sembilan belas (19) perubahan penyandang takhta Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:
  1. 15 Jul 1958: Kemangkatan Sultan Badlishah ibni almarhum Sultan Abdul hamid Halim Shah, Sultan Kedah.
  2. 08 Mei 1959: Kemangkatan Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.
  3. 01 Apr 1960: Kemangkatan Tuanku Abdul Rahman ibni almarhum Tuanku Muhammad, YDP Besar Negeri Sembilan yang menyandang SPB Yang DiPertuan Agong Pertama.
  4. 10 Jul 1960: Kemangkatan Sultan Ibrahim ibni almarhum Sultan Mohammad IV, Sultan Kelantan.
  5. 01 Sep 1960: Kemangkatan Tuanku Tuanku Hisamuddin Alam Shah ibni almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang sedang menyandang SPB Yang DiPertuan Agong II.
  6. 04 Jan 1963: Kemangkatan Sultan Yussuf Izzuddin Gharafrallahu Lahu Shah ibni almarhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Shah, Sultan Perak.
  7. 18 Apr 1967: Kemangkatan Tuanku Munawir ibni almarhum Abdul Rahman, YDP Besar Negeri Sembilan.
  8. 05 Mei 1974: Kemangkatan Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah ibni almarhum Sultan Abdullah, Sultan Pahang.
  9. 29 Mac 1979: Kemangkatan Sultan Yahya Petra ibni almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan yang sedang menyandang jawatan SPB Yang Di Pertuan Agong VI.
  10. 27 Sep 1979: Kemangkatan Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni almarhum Sultan Zainal Abidin, Sultan Terengganu.
  11. 11 Mei 1981: Kemangkatan Sultan Ismail ibni almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor.
  12. 07 Feb 1984: Kemangkatan Sultan Idris al Mutawakil Alallahi Shah Afifullah, Sultan Perak.
  13. 15 Mac 1998: Kemangkatan Sultan Mahmud al Muktafi Billah Shah ibni almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu.
  14. 7 Mei 2001: Kemangkatan Tuanku Syed Putra ibni almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis.
  15. 21 Nov 2001: Kemangkatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang sedang menyandang jawatan SPB Yang Di Peertuan Agong XI.
  16. 26 Dis 2009: Kemangkatan Tuanku Jaafar alHaj ibni almarhum Tuanku Abdul Rahman, YDP Besar Negeri Sembilan.
  17. 21 Jan 2010: Kemangkatan Sultan Iskandar alHaj ibni almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor.
  18. 12 Sep 2010: Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni almarhum Sultan Yahya Petra telah diturunkan takhta oleh Majlis Perajaan Kelantan kerana uzur dan hilang kelayakan.


Pada 28 Mei 2014, YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Dr Mohd Zambry bin Abd Kadir telah membacakan pengumuman rasmi di media rasmi Kerajaan.





IPOH 28 Mei 2014 - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini selepas memerintah negeri ini selama 30 tahun. Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun. Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah mangkat dua tahun lepas.

Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140528/dn_25/Sultan-Azlan-Shah-mangkat-hari-ini#ixzz33RFvc7fX
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Almarhum  Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghaffarallahu lahu Shah diputerakan pada 19 April 1928 merupakan Sultan Perak yang ke 34. Almarhum pernah menyandang jawatan Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang ke 9 dari tahun 26 April 1989 hingga 25 April 1994.



Di kalangan Raja-Raja Melayu almarhum merupakan Sultan yang paling intelek. Sebelum dilantik menjadi Sultan Perak pada 3 Februari 1984, almarhum adalah Ketua Hakim Negara Malaysia (1982-1984).

Sebelum kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, susunan heirarki pewaris tahta Kesultanan Perak adalah seperti berikut:
  • Raja Muda: DYTM Dato Seri Raja Dr Nazrin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

  • Raja Di Hilir Perak: DYTM Dato' Seri Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa.

  • Raja Kecil Besar: Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah.

  • Raja Kecil Sulong: kosong

  • Raja Kecil Tengah: DYTM Raja Ahmad Nadzim Azlan Shah ibni almarhum Raja Ashman Shah.

  • Raja Kecil Bongsu: kosong.

Tatacara Pemilihan Sultan Baru

Tidak seperti kebanyakan negeri yang menabalkan anak atau waris sebagai Raja Pemerintah selepas kemangkatan Sultan, Raja Pemerintah negeri Perak dipilih daripada kalangan kerabat dan susur galur Diraja Perak. Apabila Sultan mangkat, pemilihan Raja Pemerintah baharu ditentukan dalam mesyuarat khas Dewan Negara Perak yang dihadiri semua ahlinya.

Berdasarkan portal Raja Kita Negeri Perak Darul Ridzuan kelolaan Perpustakaan Negara, yang boleh dilayari menerusi laman web rajakita.perak.gov.my, istiadat pemasyhuran dilangsungkan pada sebelah pagi dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja mengumumkan nama Raja Pemerintah baharu dengan membacakan perisytiharan itu. 

Istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah yang baharu diadakan sebelum istiadat penghormatan terakhir dan pemakaman. Selesai istiadat pemasyhuran Raja Pemerintah baharu, jenazah Almarhum akan dibawa dan diletakkan di atas persada khas empat segi tujuh tingkat bersalut kain kuning dengan pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal pada keempat-empat penjuru.


Pada 29 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah memutuskan bahawa Paduka Seri Sultan Perak yang baru adalah Raja Muda Perak, iaitu Raja Dr Nazrin Shah.

Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. 

Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: 


"Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman. 

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja. Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah




RAJA Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada jam 3.14 petang 29 Mei 2014 bagi menggantikan almarhum Sultan Azlan Shah Maghfirullah
.
Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah DK DKSA DKA DK(Selangor) SPMP(Perak) SPCM SPTS SPMP(Perlis), Sultan Perak Darul Ridzuan.





DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah ibni almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarallahu lahu Shah, diputerakan di Pulau Pinang pada 27 November 1956. Bondanya ialah Raja Permaisuri Bainun binti Mohd Ali. 

Baginda mendapat pendidikan menengah di St John Institution, Kuala Lumpur, seterusnya melanjutkan pengajian ke Worcester College, University of Oxford sehingga mendapat ijazah Bachelor in Economy and Politic. Selanjutnya baginda melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana di Kennedy School of Government, Harvard University dan berjaya mendapat ijazah Master in Public Administration.

Pencapaian akademik baginda mencapai ke puncak tertinggi apabila mendapat ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Falsafah Ekonomi dan Politik dari Harvard UniversityIni menjadikan baginda sebagai Sultan atau Raja yang mempunyai tahap pendidikan akademik yang paling tinggi dalam sejarah Raja-raja Melayu.


Apabila ayahandanya ditabalkan menjadi Sultan Perak pada tahun 1984, baginda telah dilantik menjadi Raja Kechil Besar. Apabila Raja Muda Perak pada masa itu (Raja Ahmad Saifuddin) mangkat pada tahun 1987, Raja DiHilir Perak pada waktu itu (Raja Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malek) yang sepatutnya menjadi Raja Muda Perak telah memberi laluan kepada baginda untuk dilantik menjadi Raja Muda pada 15 April 1987 tanpa melalui jawatan Raja Di Hilir Perak. 

Semasa ayahandanya menjadi Yang Di Pertuan Agong mulai 26 April 1989 hingga 25 April 1994, baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak. 

Baginda berkahwin dengan DYMM Tuanku Zara binti Salim Davidson DKSA DKA, Raja Permaisuri Perak pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera Raja Mudzaffar Azlan Shah (14 Mac 2008) dan seorang puteri Raja Nazira Safya Shah (3 Ogos 2011). 

Baginda dilantik menjadi Pro-Chanselor Universiti Malaya pada tahun 1989 dan aktif dalam organisasi sukan tanah air, diantaranya Presiden Persatuan Hoki Malaysia (2004-2006). Semasa menjadi Raja Muda baginda amat aktif dalam aktviti sosial dan akademik dan beberapa kali dijemput untuk memberikan ucaptama atau membentangkan kertas kerja dalam seminar, kongres atau forum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di antara buku tulisan baginda yang diterbitkan ialah:
  • The Monarchy in Contemporary Malaysia (2004);
  • Landmarks of Perak (2006) - co-author
  • Islam and Its Contemporary Manisfestations in Malaysia (2008); dan
  • Islam, Muslims and Human Rights (2012); 
Baginda juga merupakan Komander Rejimen Askar Wataniah dengan pangkat Brig Jen mulai 2004. Baginda dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Kehormat Master in Business Administration dari Cransfield Institute of Technology pada tahun1993 dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Ekonomi oleh Universiti Soka, Jepun pada tahun 1999.


Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Perak beberapa kali dan kali terakhir ialah pada 27 April 2013 apabila ayahandanya gering sehinggalah baginda diisytiharkan menjadi Sultan pada 29 Mei 2014 dengan gelaran DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Maghfirullah. 
.
  


  
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 

Dengan perlantikan DYMM Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah, susunan heirarki pewaris tahta Kesultanan Perak yang diputuskan oleh Dewan Negara Perak pada 20 Jun 2014 adalah seperti berikut:

  • Raja MudaDYTM Dato' Seri Raja Jaafar ibni almarhum Raja Muda Musa.

  • Raja Di Hilir Perak: DYTM Raja Dato Seri Iskandar Dzulkarnain ibni almarhum Sultan Idris Shah Afifullah.

  • Raja Kecil Besar: DYTM Raja Azlan Muzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

  • Raja Kecil Sulong: masih dikosongkan

  • Raja Kecil Tengah: DYTM Raja Ahmad Nadzim Azlan Shah ibni almarhum Raja Ashman Shah.

  • Raja Kecil Bongsu: masih dikosongkan.


.




No comments:

Post a Comment