Monday, March 9, 2015

M 136 PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH


PANGLIMA SALLEH
batu pahat

Pada tahun 1992, semasa aku bertugas di Jabatanarah Latih, Departmen Tentera Udara, aku pernah membeli sebuah buku bertajuk Panglima Salleh Selempang Merah yang ditulis oleh Zaharah Nawawi. Tapi buku tersebut dipinjam oleh salah seorang pegawai staf di situ dan terus tidak dipulangkan sehingga sekarang.

Aku berminat mencari maklumat berkaitan Panglima Salleh atau juga dikenali sebagai Kiyai Salleh kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Dia adalah satu-satunya pahlawan yang diklasifikasikan sebagai Pahlawan Purba (menggunakan ilmu persilatan dan senjata tajam) dalam zaman peperangan moden yang menggunakan senjata api (berpeluru).
Di kalangan pahlawan Melayu seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Sagur, Datuk Maharaja Lela, Datuk Dol Said, Raja Mahadi, Tok Janggut Mat Hassan, Rentap dan Rosly Dhobi (di Sarawak) dan Mat Salleh (di Sabah) diiktiraf sebagai pahlawan atau hero yang berperang melawan penjajah Inggeris.

Panglima Salleh muncul setelah Johor menerima penjajah Inggeris sebagai Penasihat (1919) dan setelah tamat pendudukan Jepun di Malaya (1942-1945). Panglima Salleh muncul dalam tempoh ketika BINTANG TIGA di bawah payung MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army). Apabila Jepun menyerah kalah dalam tahun 1945, sebelum Tentera British kembali menjajah Negara kita, tentera MPAJA dan Bintang Tiga yang berideologi komunisme mengambil peluang menguasai beberapa tempat dengan menggunakan undang-undang mereka.

SALAH SEORANG DARI RIBUAN MANGSA KEKEJAMAN BINTANG TIGA INI IALAH NENDAKU SENDIRI (AYAH KEPADA IBUKU) YANG BERNAMA HAJI MUSTAPHA BIN HJ OMAR @ PAJOYO. ALMARHUM MATI DITIKAM OLEH ANGGOTA BINTANG TIGA YANG MERAYAU DI DALAM KAMPUNG KELAHIRANKU (PARIT LAPIS MAHANG). SEHINGGA KINI PUSARA NENDAKU MASIH ADA DI SEBELAH RUMAHKU (DIKEBUMI DI MANA IA MENINGGAL). TIDAK DIPINDAHKAN KE TANAH PERKUBURAN YANG RASMI SEHINGGA SEKARANG.
SEORANG LAGI MANGSA KEKEJAMAN DI KAMPUNG ITU, IALAH IMAM KAMPUNG (ALMARHUM HAJI ASHAARI). TUBUH ALMARHUM DIIKAT DAN DISERET SEJAUH LEBIH DUA KILOMETER DAN DIBUNUH DI PARIT REJO SARI.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN MENGURNIAKAN SYURGA KEPADA  SYAHIDAIN DI ATAS.

Siapa pula Panglima atau Kiyai Salleh ini?

Kepimpinan Haji Mohd Salleh terserlah semasa kekalahan tentera Jepun di tangan pihak Tentera Berikat (Allied Forces) di pertengahan tahun 1945, iaitu penghujung selesainya Perang Dunia Kedua. Berlaku Kekosongan Kuasa di Tanah Melayu selama dua minggu sebelum ketibaan tentera British untuk mengambil-alih semula pentadbiran (British Military Administration atau BMA) di tanah jajahan mereka sebelum dipulihkan.

Dalam tempoh kekosongan inilah kumpulan yang berideologikan komunisme dan dikenali sebagai Tentera Bintang Tiga mengambil kesempatan berkuasa. Semasa pendudukan Jepun mereka bernaung di bawah MPAJA.

Mereka bertindak kejam ke atas sesiapa sahaja yang disyaki atau dianggap berkerjasama dengan Jepun. Mereka menangkap dan menghukum siapa sahaja yang disyaki tanpa mengikuti proses undang-undang. Sesiapa sahaja yang dianggap atau didapati atau disyaki pernah menyokong atau membantu Jepun akan diseret, diseksa, dibicarakan oleh Hakim Beruk dan tiada hukuman lain selain MATI. Sama ada ditembak, dipancung, ditanam hidup-hidup atau diseksa sehingga mati.

 
Image result for kekejaman komunis Malaya 
 



Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Air Kuning, Bakri, Muar.



Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan 'Selempang Merah' iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.
Terdapat pelbagai kisah mengenai kehebatan ilmu kebatinan Haji Mohd Salleh dan pengkutnya mendakwa ramai Askar Bintang Tiga melihat beribu-ribu pejuang yang tinggi menggalah menuju ke arah mereka untuk mencabut nyawa mereka, sedangkan yang datang itu hanyalah Panglima Salleh dan pasukanya yang dianggarkan berjumlah seratus orang sahaja.

Walau apapun yang sebenarnya berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.

Di antara ulamak perguruan Haji Mohd Salleh ialah Kiyai Haji Hussein (ilmu Qur'an), Kiyai Haji Alias, Kiyai Haji Adam, Kiyai Haji Ahmad dan Kiyai Haji Abdul Fadhil Abu Bakar Banten.

Haji Mohd Salleh dikenali sebagai Panglima Salleh atau Kiyai Salleh atau Panglima Salleh Selempang Merah merupakan seorang Pahlawan Melayu berketurunan Banjar yang bangkit menentang kezaliman Bintang Tiga (Komunis) dengan menggunakan kudrat tulang empat kerat.

Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima. Bagi mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS)pada 17hb September 1955.


http://sejarah2u.blogspot.com/2011/03/panglima-salleh.html


Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (1916 – April 21,1959) dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor pada tahun 1916. Masa mudanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu daripada beberapa orang guru termasuklah guru di kampung isterinya, Hajah Esah Haji Abdul Rashid, di Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.


Antara guru-guru Haji Mohd Salleh ialah Haji Hussein (belajar agama Islam dan Al-Quran), Haji Alias dan Haji Adam bin Samsu di Kampung Raja, Pagoh serta Haji Ahmad.[perlu rujukan] Beliau juga turut belajar daripada Haji Abdul Fadhil bin Abu Bakar Banten[1] yang membawa ajaran Wirid Khaujakan di Johor selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan telah dilantik sebagai ketua kumpulan Wirid Khaujakan di Batu Pahat , Johor.


Dikatakan juga pernah Haji Mohd Salleh menyertai MPAJA (Rakyat Malaya Anti Tentera Jepun) pada tahun 1942 atas desakan berbentuk paksaan oleh ejen-ejen Komunis. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Komunis Melayu Seri Medan pada tahun tersebut[perlu rujukan]. Tetapi beliau tidak pernah menganiayai orang atau membantu Komunis secara langsung. Malah cukai untuk MPAJA yang dikutip oleh beliau dari orang kampung digunakan untuk membantu mangsa perang, membina surau, dan sumbangan perubatan.




Kepimpinan Haji Mohd Salleh mula terserlah tahun 1942 kerana kejayaannya menyatupadukan dan memimpin penduduk Melayu Daerah Batu Pahat dari pelbagai suku iaitu Banjar, Jawa, Bugis serta Melayu untuk menentang MPAJA semasa zaman pemerintahan Jepun sehinggalah zaman Pentadbiran Tentera British (BMA) dan zaman Darurat Tanah Melayu.


Sebelum ketibaan pihak British, pihak Malayan People Anti-Japanese Army MPAJA yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Bintang Tiga (Lambang tiga bintang pada topi), Bucu Tiga (merujuk topi mereka yang berbucu tiga) dan Ketumbu Gila yang sebelum itu berjuang menentang Jepun di bawah payung Parti Komunis Malaya Komunis telah mengambil kesempatan untuk berkuasa dan bertindak kejam terhadap orang-orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka tidak mengenal mangsa dan menghukum sesiapa sahaja yang dianggap bersalah dengan mengikut undang-undang mereka dimana berlaku perbicaraan di mahkamah yang dipanggil Mahkamah Rakyat didalam hutan. Lazimnya mereka yang dibicarakan akan didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati.


Kekejaman Askar Bintang Tiga berleluasa di Tanah Melayu termasuk di kawasan Batu Pahat dan Muar di Johor. Masyarakat Melayu di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, yang pada ketika itu tidak mempunyai kelengkapan senjatapi untuk mempertahankan diri telah memilih Haji Mohd Salleh untuk memimpin pakatan untuk mempertahankan diri dari kekejaman Askar Bintang Tiga.
"Beberapa insiden pertempuran antara orang Melayu dan Komunis juga terjadi di Bandar Batu Pahat, Parit Betong, Kampung Pasir, Parit Sulong, Parit Haji Abdul Hadi, Separap dan Parit Jawa. Kemuncak insiden ini apabila Dato Abdullah (Pegawai daerah Batu Pahat), Haji Hasbullah (Kadi Batu Pahat), Dr. Woodhill (Pegawai Perubatan serta dua orang lagi penduduk telah ditangkap dan dibunuh di Sekolah China Benut."


Bintang Tiga juga menmperkenalkan peraturan-peraturan yang menyebabkan Orang Melayu menjadi marah dan bangkit menentang mereka. Antara peraturan-peraturan tersebut ialah:
  • Mengutip cukai wang dari penduduk Batu Pahat berketurunan Melayu, Cina dan India dengan tinggi sekali.
  • Memaksa penduduk tempatan menyerahkan hasil tuaian kepada MPAJA.
  • Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong.
  • Menculik wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang untuk dijadikan anggota komunis dan penggalak zuriat.
  • Memaksa penduduk tempatan menyertai MPAJA dengan tanpa alasan.
  • Menyerang kampong dan membunuh orang awam yang tidak berdosa tanpa alasan.
  • Mengadakan Mahkamah Rakyat yang tidak adil melaksanakan hukuman.
  • Melarang orang Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.


Balai Polis-Bkt Kepong -bunuh-bakar kejam

Dengan hanya bersenjatakan parang panjang dan amalan Ayat Empat, Haji Mohd Salleh telah memimpin masyarakat Batu Pahat untuk menggempur kubu-kubu Askar Bintang Tiga di Bukit Berdiri dan Bukit Alam, Parit Sulong, di Parit Lubok, Semerah, di Kangkar Senanga, dan di Ayer Kuning, Bakri, Muar. Pasukan pejuang di bawah pimpinan Haji Mohd Salleh terkenal dengan gelaran tentera parang panjang dan Selempang Merah iaitu sejenis kain selendang berwarna merah yang dibekalkan kepada setiap orang ketika menghadapi atau berhadapan dengan musuh.

 
 


Walau apa pun yang berlaku, yang jelas adalah Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim berjaya menyekat kegiatan Askar Bintang Tiga pada masa itu secara berkesan sehinggalah pihak British kembali menjajah Tanah Melayu.


Kegagahan dan keberanian, Haji Mohd Salleh diiktiraf oleh Kebawah Duli Sultan Johor Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar yang bertitah pada 26hb Disember 1945 bahawa Haji Mohd Salleh adalah Panglima Melayu. Sejak itu Haji Mohd Salleh mendapat gelaran Panglima.


Sebagai mengenang jasa Haji Mohd Salleh, DYMM Sultan Johor telah mengurniakan beliau Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada 17hb September 1955. Haji Mohd Salleh menghembuskan nafas yang terakhir kerana diserang penyakit radang paru-paru di Hospital Besar Johor Bahru pada 21hb April 1959.

Testimoni


"SEKIRANYA tiada Panglima Salleh, mungkin tidak ramai penduduk asal Batu Pahat dan Muar di Johor yang masih hidup ketika ini kerana mereka mungkin mati dibunuh komunis," demikian ulas penulis yang juga pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar ketika mengenang kembali sejarah perjuangan Salleh Abdul Karim yang kini semakin dilupakan ramai pihak.

Beliau berkata, jasa Panglima Salleh amat besar malah mungkin setaraf dengan perjuangan tokoh terdahulu seperti Tok Janggut dan Mat Kilau tetapi melewati masa, nama pahlawan itu semakin dilupakan dan tidak mustahil akan hilang dalam catatan sejarah negara, suatu hari nanti.


"Walaupun tidak banyak catatan mengenai perjuangan dan kehidupan beliau yang direkodkan dalam sejarah tanah air, nama Panglima Salleh tetap kekal diingati dan disebarkan menerusi lisan oleh penduduk sekitar Batu Pahat dan Muar.


"Walaupun hampir setengah abad tokoh pahlawan itu meninggal dunia, kisah keperwiraan Panglima Salleh tetap diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya di Johor dan semangat beliau dijadikan teladan buat anak muda hari ini," katanya.

Sememangnya benar berbanding dengan nama pahlawan lain seperti Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, Tok Gajah atau Leftenan Adnan, mungkin ramai tidak mengenali siapakah Salleh Abdul Karim yang turut digelar Panglima Salleh.


Sumbangan Panglima Salleh amat besar, ketika komunis mengganas dengan menyeksa dan membunuh kejam penduduk tempatan sekitar Batu Pahat dan Muar, tokoh itu bangun 'mengamuk' menentang pengkhianat negara itu bagi mempertahankan maruah bangsa.

Tentangan hebat diberikan Panglima Salleh dan pasukan 'Tentera Selempang Merah' yang ditubuhkannya menyebabkan nama tokoh itu digeruni komunis sehinggakan mereka tidak berani lagi bermaharajalela dan menganiaya penduduk sekitar daerah berkenaan sesuka hati.


"Apa yang mengagumkan saya adalah Panglima Salleh sanggup 'turun padang' untuk bertempur dan memerangi sendiri askar komunis, beliau tidak takut mati malah sanggup mempertaruhkan darah dan nyawanya sendiri demi membela agama dan bangsa," katanya.

Menyedari tidak banyak catatan mengenai jasa dan sejarah kehidupan Panglima Salleh yang direkodkan, Dr Tuah mengambil inisiatif mengkaji seterusnya mengabadikan kisah pejuang itu dalam bukunya 'Membina Jati Diri Gemilang'.


"Riwayat hidup Panglima Salleh bermula apabila beliau dilahirkan di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar pada 1916," kata Dr Tuah seterusnya memulakan kisah perjuangan Panglima Salleh menentang komunis demi membela agama, bangsa dan negara.

Keperwiraan Salleh mula diasuh sejak kecil apabila beliau mula menuntut ilmu kepahlawanan daripada beberapa pendekar di Pagoh antaranya Haji Hussein, Haji Alias, Haji Adam dan Haji Ahmad ketika beliau berusia 13 tahun.


Ketika usia mudanya itu, beliau dikenali sebagai seorang yang agak 'nakal'. Ada cakap-cakap mengatakan dia pernah mencuri, bagaimanapun dia menyara hidup dengan menjadi peraih yang mengutip tanaman penduduk kampung untuk dijual di Batu Pahat.

Akan tetapi, kehadiran tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941 mula menggugat kehidupannya lalu beliau berpindah ke Seri Medan yang menjadi lubuk Parti Komunis Malaya (PKM) seterusnya ke Parit Gantung, dekat Lopiak (Low Piak).


Pada zaman pemerintahan Jepun, komunis menerusi Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) masih dianggap sebagai antara pejuang penentang penjajah Jepun di Tanah Melayu malah mereka turut mendapat sokongan rakyat tempatan.


Berikutan itu, Salleh dipercayai menerima pelawaan PKM supaya menyertai pihak itu dan beliau diberi kepercayaan untuk mengutip cukai daripada penduduk kampung dan peniaga. Salleh juga turut diberi sepucuk pistol oleh PKM.


Bagaimanapun, Salleh tidak menyerahkan semua pungutan cukai itu kepada PKM sebaliknya beliau bertindak seumpama 'Robin Hood' apabila mengagihkan pungutan itu kepada penduduk susah dan miskin.


Tindakan itu menyebabkan PKM berang dan pada suatu malam, segerombolan komunis bertindak mengepung rumah Salleh. Bagaimanapun, ketika menyerbu masuk, mereka gagal menemui kelibat Salleh walaupun dia memang berada di dalam rumah berkenaan.

Mereka mengulangi serbuan selama tujuh malam berturut-turut tetapi masih gagal. Berang dengan kelicikan Salleh menyebabkan komunis memasukkan pemuda itu dalam senarai 'bertanam ubi' iaitu istilah bagi mereka yang akan dihukum bunuh oleh komunis.


Ketika itu PKM mula menunjukkan 'wajah' sebenar mereka. Berita kehilangan penduduk Mukim Empat secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan semakin menjadi-jadi. Selepas seorang, seorang lagi penduduk dilaporkan hilang secara misteri.


Penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada suku Banjar dan Jawa mula percaya yang kehilangan saudara mereka adalah angkara komunis berikutan mereka enggan tunduk kepada perintah dan arahan pihak terbabit.


Pihak komunis pula mengesyaki penduduk Mukim Empat berpakat dengan tentera Jepun untuk memerangi mereka menyebabkan mereka mula menangkap penduduk yang disyaki seterusnya dihukum bunuh.


Kemelut itu akhirnya menyebabkan penduduk tempatan mula menubuhkan 'Persatuan Muhammadiah' dalam usaha menentang komunis. Penduduk juga mula bangkit membela diri dan pembunuhan balas antara komunis dengan penduduk Mukim Empat semakin memuncak.


Ketika tentera Jepun di ambang kekalahan, komunis semakin bermaharajalela di Johor. Mereka mula mengganas dan menyeksa penduduk tempatan dengan zalim. Penduduk dibunuh dengan pelbagai cara antaranya ditanam hidup-hidup, diseksa sampai mati, direbus atau diseret di jalan sehingga ratusan penduduk menjadi mangsa mereka.

Pertemuan Salleh dengan seorang tokoh iaitu Haji Kadri pada petang 4 April 1945 akhirnya mula membenihkan semangat juang demi membela agama, bangsa dan tanah air di dalam hati sanubarinya.


Kesedaran tulus itu menyebabkan Salleh mula bangkit menentang komunis. Dengan pedang pusaka Raja Riau disisip di pinggang, berpakaian serba hitam, Salleh mula melangkah gagah memasuki gelanggang perang bersama doa dan bacaan ayat suci yang dibaca berulang kali.


Penyertaan Salleh dalam penentangan terhadap komunis menyebabkan namanya dicalonkan Haji Kadri supaya memimpin Persatuan Muhammadiah selepas pemimpin sebelum itu, Ijam Ahmad menarik diri.

Walaupun pada mulanya ada ahli tidak bersetuju dengan pencalonan Salleh berikutan ‘kenakalan’ tokoh itu ketika muda, akhirnya semua ahli akur untuk menerima Salleh sebagai pemimpin persatuan itu. 


Ini berikutan Salleh dikenali sebagai seorang yang hebat dalam ilmu persilatan dan tinggi ilmu batin malah sikap gagah berani tokoh itu dilihat amat sesuai untuk mengepalai pasukan perang menentang komunis. 


Sebaik dilantik, Salleh mula menyusun strategi dan mengumpul anak muda yang tidak gentar atau lemah semangat untuk bersama-samanya bertempur. Anak muda itu diajar amalan tertentu bagi menguatkan aspek kebatinan masing-masing.


Seterusnya di bawah pimpinan Salleh, serangan demi serangan mula dilancarkan pasukannya yang turut digelar 'Tentera Selempang Merah'. Serangan Tentera Selempang Merah terhadap komunis tercetus di seluruh Batu Pahat dan Muar.


Selain serangan secara berpasukan, Salleh juga bertindak berani apabila berbasikal seorang diri hampir setiap malam semata-mata untuk mencari komunis bagi dibunuh dan dicantas kepalanya.


Di bawah bimbingan Salleh, semangat perjuangan di kalangan penduduk ketika itu amat berkobar-kobar dan mereka mula merancang satu serangan besar-besaran terhadap komunis di Bandar Penggaram.


Bagaimanapun, serangan itu berjaya dihalang Datuk Onn Jaafar dan tokoh politik itu sebaliknya cuba mengaturkan perdamaian antara pihak Salleh dengan komunis.

Lalu pada 15 September 1945, pada satu pertemuan di Tangkak, Muar, akhirnya pemimpin PKM dan Salleh akur untuk mengadakan perdamaian selepas tiga hari berbincang.

Bagaimanapun, perjanjian damai itu akhirnya dikhianati komunis apabila mereka terus melakukan angkara dan membunuh kejam penduduk tempatan terutama apabila Jepun menyerah kalah.


Pengkhianatan itu segera membangkitkan kemarahan Salleh dan beliau kembali mengumpul pasukan Tentera Selempang Merahnya untuk kembali menentang komunis Bintang Tiga itu. Serangan berterusan dan semakin ramai komunis yang maut di tangan pahlawan itu.


Jasa Salleh dalam usaha menghapuskan komunis menyebabkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim memberi gelaran 'Panglima' kepadanya pada 26 Disember 1945 malah beliau turut dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat, Batu Pahat.


Selepas menabur begitu banyak jasa terhadap agama, bangsa dan tanah air, Panglima Salleh akhirnya meninggal dunia di Hospital Besar Johor Bahru pada 21 April 1959 iaitu selepas hampir dua tahun negara beroleh kemerdekaan.


Tokoh pahlawan itu meninggal dunia akibat penyakit bengkak paru-paru sekali gus meninggalkan nama dan keperwiraannya sebagai sebuah kisah pejuang ulung yang meniti daripada bibir ke bibir.


Tentera Panglima Salleh


SELAIN semangat cintakan agama, bangsa dan tanah air yang begitu membara, kehebatan Panglima Salleh dipercayai terletak pada kekuatan ilmu batin yang dikuasainya sehingga menyebabkan ramai komunis takut untuk berhadapan dengan tokoh itu.


Pengkaji yang juga penulis novel sejarah, Zaharah Nawawi, berkata berdasarkan kajiannya mengenai sejarah hidup dan perjuangan Panglima Salleh, ramai kenalan atau pihak yang mengenali tokoh itu menceritakan bahawa kekuatan ilmu batinnya menyebabkan beliau mampu melakukan beberapa perkara luar biasa.


"Mengikut cerita, beliau boleh menjelma seperti kucing, menyelinap masuk ke dalam rumah daripada celah lubang yang kecil malah boleh mengghaibkan dirinya.


"Bagaimanapun, beliau menggunakan ilmu batin yang dikuasainya ke arah kebaikan iaitu dengan memerangi komunis," katanya yang mengabadikan kisah perjuangan Panglima Salleh dalam novelnya 'Panglima Salleh Selempang Merah' yang diterbitkan pada 1988.

Zaharah berkata, kehebatan ilmu batin Panglima Salleh juga menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh sehingga menyebabkan komunis berasa gerun tatkala berhadapan dengan tokoh itu ketika pertempuran.


"Bayangkan, peluru komunis macam hujan tetapi tidak kena pada jasadnya, yang kena hanya batang pokok. Ketika itu komunis melihat tubuh Panglima Salleh menjadi gergasi dan mereka menembak ke atas jadi kena pokok saja.


"Ketika Panglima Salleh pergi ke Batu Pahat pula, seluruh bandar sunyi sepi kerana musuhnya melihat di langit tertera kelibat gergasi hitam menyebabkan mereka takut dan melarikan diri," katanya.


Katanya, antara kehebatan Panglima Salleh yang menjadi buah mulut ramai pihak adalah cerita mengenai komunis yang melihat parang milik Tentera Selempang Merah terbang mencari kepala mereka untuk dicantas ketika pertempuran.


Pasukan Panglima Salleh juga dikatakan menggempur komunis dengan menggunakan senjata tradisional seperti parang dan tombak walaupun pengganas itu menggunakan senjata api.


Panglima Salleh sendiri memiliki sebilah pedang luar biasa yang diperoleh beliau di Kampung Tebing Tinggi. Pedang istimewa warisan pusaka Raja Riau itu diberikan seorang lelaki bernama Taib sebagai bayaran tukaran kepada segantang beras yang ingin dibeli Taib daripada Salleh. Pedang itu dikatakan mampu memberi tujuh kesan cantas dengan sekali libasan.


Zaharah berkata, tubuh fizikal Panglima Salleh hanyalah kecil tetapi semangat dan keberaniannya menyebabkan beliau tidak gentar menentang komunis malah turut sama menyertai pertempuran. Panglima Salleh juga dikatakan memiliki kebolehan melentur besi.

Sebelum turun untuk memerangi komunis, Panglima Salleh akan melakukan amal ibadat tertentu antaranya berpuasa, berzikir serta mengamalkan bacaan wirid tertentu malah kaedah persediaan serupa turut dilakukan pengikutnya.


"Sebelum bertempur, Panglima Salleh akan memilih pengikut berasingan mengikut kampung, beliau akan memilih pengikut yang tidak terlalu tua atau terlalu muda dan akan menepuk bahu bagi menguji tahap keberanian pengikut yang ingin menyertainya berperang.


"Selepas itu beliau akan menyuruh pengikut terbabit berkumpul di rumahnya untuk melakukan persediaan dengan beramal ibadat, solat hajat dan menikmati jamuan," katanya.

Seterusnya semua pengikut terbabit akan meminum air dari tempayan yang dijampi Panglima Salleh malah beliau akan memberi secebis kain merah kepada setiap daripada mereka.


"Ramai beranggapan yang Panglima Salleh dan anak muridnya yang menerima cebisan kain itu kebal tetapi mengikut seorang daripada pengikutnya, mereka semua tidak kebal.


"Ada juga diceritakan beliau sendiri turut tercedera dibahu terkena tikaman tombak semasa berperang, ini menunjukan beliau tidaklah kebal sebagaimana yang diwar-warkan, perlu diingat bahawa perkara yang mencarik adat biasa terjadi kepada hamba-hambaNya yang beriman dan bertakwa, jika seseorang itu kejap dan kukuh tauhidnya tulus tawakkalnya kepada Allah memang harus bagi Allah mengurniakan keramat atau maunah kepada hambaNya yang dikehendaki, para pendekar dan hulubalang islam berjuang untuk menegakkan addin atau mati dijalan Allah, syahid matlamat kita dan mereka, bagaimana mungkin pejuang islam menuntut ilmu kebal untuk mengelak diri dari mati, terlebih lagi dari mati syahid dijalan Allah.  .........kebalnya dari peluru, tak lut senjata berasal dari kebalnya hati dan iman dari panahan syaitan, itulah kekebalan para pejuang islam. Terkadang Allah mengurniakan kemuliaan atau menzahirkan keramat untuk mengejapkan iman hambanya, inilah rahsia kurniaan illahi kepada hambaNya yang bertakwa.. kebalnya hati sanubari terzahir di jasad kebal dari senjata. Wallahuaklam."


"Panglima Salleh memberi cebisan kain merah dan menjampi air tempayan untuk diminum pengikutnya sebagai permainan psikologi, supaya pengikutnya lebih bersemangat dan yakin ketika bertempur. Mungkin kain merah itu diberi supaya beliau dapat membezakan pengikutnya dengan komunis apabila terkorban," katanya.



Gelaran lain: Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh, Penghulu Salleh, Salleh Hitam, Salleh Keling. 


Artikel tulisan Nasron Sira Rahim dalam Berita Harian
http://muhibmahbub.blogspot.com/2008/04/panglima-selempang-merah.html


Ini pula adalah artikel yang ditulis oleh penyokong perjuangan PKM yang menganggap Panglima Salleh adalah insan yang mencetuskan huru hara (bukannya anggota PKM China batu Pahat.


DATOK ONN DAN KIAI SALLEH DALANGI PERISTIWA PEMBUNUHAN BANGSA-BANGSA DI JOHOR


Sekarang marilah kita melihat sejumlah fakta tentang peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa di beberapa negeri yang didalangi dan dirancang oleh fasis Jepun dan imperialis British menjelang dan selepas kekalahan Jepun di Malaya. 

Pada tahun 1945, dalam masa sebelum dan sesudah fasis Jepun menyerah diri di Johor telah berlaku peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang didalangi fasis Jepun. Mereka menggunakan Onn bin Jaafar yang ketika itu merupakan Pegawai Daerah Batu Pahat dan Kiai Salleh yang ketika itu menjadi panglima kumpulan parang panjang untuk merancang dan mencetuskan peristiwa itu. Salleh menggembar-gemburkan konon orang boleh menjadi kebal dengan memakai azimat yang dijualnya. Orang Jepun melalui dua orang bangsat telah mempersenjatai anggota-anggota parang panjang di Batu Pahat dan Muar supaya membunuh orang Tioanghua. Fasis Jepun secara mencuri-curi telah menyembelih babi dan mencampakkannya ke dalam masjid Kampung Bagan Serai, Batu Pahat dan memfitnah orang Tionghua di situ bertanggungjawab melakukannya. Kerana tertipu oleh hasutan dan fitnahan musuh, orang Melayu menjadi sangat kepada orang Tionghua. Kemudian atas arahan Jepun dan dengan bantuan 1 platun tentera Jepun, Onn bin Jaafar dan Kiai Salleh telah mengerahkan kumpulan parang panjang melancarkan pembunuhan ke atas orang Tionghua secara besar-besaran. Mereka telah membunuh ratusan orang dan mencederakan ribuan orang Tionghua di kawasan Batu Pahat, Senggarang, Rengit dan Benut dan telah membakar banyak kampung orang Tionghua. Massa rakyat Tionghua itu terpaksa berundur ke dalam hutan meminta perlindungan tentera kita. Mereka meminta senjata untuk melawan. Akan tetapi, kawan-kawan kita dengan sabar menjelaskan polisi parti bahawa, kita hanya boleh ambil sikap membela diri, dan sekali-kali tidak boleh pergi menyerang. 

Beberapa hari kemudian, ketika tentera Jepun dan kumpulan parang panjang mara ke Pontian, TAJRM terpaksa bertindak. Satu pagi, tentera fasis Jepun telah datang menyerang kampung Tionghua dengan membawa bersama meraka ribuan anggota parang panjang. Mula-mula TAJRM berseru kepada massa yang tertipu dan diugut, mendedahkan komplotan jahat imperialis Jepun. TAJRM menerangkan bahawa orang Melayu dan Tionghua bukan musuh, tetapi adalah saudara yang sama-sama ditindas oleh fasis Jepun, bahawa musuh bersama kita ialah fasis Jepun dan menasihati orang Melayu yang tertipu itu supaya meletakkan parang mereka. Akan tetapi, tentera Jepun yang amat ganas mengugut mereka dengan senjata dan memaksa mereka menyerbu TAJRM. Untuk membela diri dan menghancurkan komplotan imperialis Jepun, TAJRM terpaksa menyerang balas. Seluruh platun tentera Jepun itu telah dibasmi dan senjata mereka semuanya dirampas oleh tentera kita. Bersamaan dengan itu, sejumlah anggota parang panjang telah terbunuh dalam pertepuran. 

Di bawah keadaan demikian, massa yang tertipu dan diugut telah beramai-ramai meletakkan parang mereka. TAJRM telah menangkap beberapa orang yang didedahkan sebagai benggolan parang panjang di situ juga. Seterusnya TAJRM segera dihantar ke beberapa buah kampung untuk menghimpunkan massa dan mempropa gandakan polisi parti komunis dan TAJRM. Massa telah memahami lebih lanjut pendirian parti komunis. Ramai orang telah menggugat jenayah fasis Jepun dan membongkarkan semua orang yang menjadi benggolan parang panjang. TAJRM menyatakan bahawa para benggolan itu boleh dilepaskan kalau ada massa yang mahu menjamin bahawa mereka tidak melakukan kejahatan lagi. Akibatnya kebanyakan benggolan tersebut telah dilepaskan kerana adanya jaminan daripada massa. Hanya beberapa kerat saja yang tidak ada seorang pun yang mahu menjamin telah dijatuhi hukuman yang setimpal. Setelah perhimpunan itu, kesedaran massa telah ditingkatkan lebih lanjut. Ramai di antara mereka telah menyertai gerakan revolusioner yang dipimpin parti komunis dan sesetengahnya telah menyertai perjuangan bersenjata anti-British pada bulan Jun 1948. 

Dengan pembongkaran dan bantuan massa rakyat, TAJRM telah masuk ke Batu Pahat dan telah menangkap biang keladi peristiwa pembunuhan besar-besaran itu, iaitu Onn bin Jaafar dan seorang benggolan polis wargengara Jepun. Sungguhpun Onn bin Jaafar telah terbukti kejahatannya, tapi TAJRM tetap melaksanakan polisi bermurah hati terhadapnya dan telah melepaskannya setelah dia menyatakan kesediaan hendak bertaubat. Sedangkan benggolan polis warganegara Jepun itu telah dikenakan hukuman mati dengan segera. 

Di Muar, Onn bin Jaafar juga telah menghasu orang Melayu supaya menyerang dan membunuh orang Tionghua. Satu malam, kira-kira 3,000 anggota penyokong kumpulan parang panjang telah mara beramai-ramai dari seberang Sungai Muar dengan bersenjata lengkap sambil membawa obor untuk menyerang orang Tionghua di sebelah sini. Di sebelah sini terdapat 1 platun tentera kita member perlindungan kepada orang ramai. Mereka bertalu-talu member amaran supaya orang parang panjang jangan menyerang dan mengamuk membunuh orang yang tidak berdosa. Akan tetapi, kerana penyerang-penyerang itu tetap berdegil mahu menyeberang juga, kawan-kawan kita terpaksa melepaskan tembakan yang mengakibatkan semua anggota parang panjang itu berpatah balik dan tidak jadi menyerang pada malam itu. 

Dalam pada itu, akibat peristiwa di Batu Pahat, massa rakyat Tionghua telah melarikan diri ke Parit Jawa dan meminta perlindungan daripada 1 kompeni TAJRM yang bergerak di situ. Akan tetapi mereka terus diburu oleh orang-orang parang panjang. Bertolak dari prinsip membela diri dan melindungi nyawa orang ramai, kawan-kawan kita telah bertahan di tepi sebatang anak sungai dan berseru kepada anggota-anggota parang panjang supaya jangan menyerbu. Beberapa orang kawan Melayu telah tampil ke depan member nasihat kepada mereka supaya jangan berbunuhan sesama sendiri, serta menunjukkan bahawa massa rakyat Melayu dan Tionghua tidak bermusuhan; baik orang Melayu mahupun orang Tionghua kedua-duanya sama ditindas dan menghadapi musuh yang sama iaitu fasis Jepun. Malangnya, anggota-anggota parang panjang enggan mendengar penjelasan dan amaran itu, bahkan mereka terus mara dengan menghayun parang mereka. Akhirnya, di bawah keadaan terpaksa, kawan-kawan kita pun melepaskan tembakan dan berjaya mengundurkan penyerang-penyerang itu. 

www.matamin02.blogspot.com
.



5 comments:

  1. As salam tuan. nama penulis buku Panglima Salleh iaitu Zaharah Nawawi
    sekian.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Boleh sy tau di mna blh sy dptkn buku ini?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete