Saturday, March 14, 2015

M 145 AGAMA: TAKBUR, RIAK, UJUB DAN SUM'AH


SIFAT-SIFAT MAZMUMAH
SIRI 1

Antara DOSA yang paling senang berlaku pada diri kita (termasuk SAYA) ialah dosa MENGUMPAT.  Paling mudah, secara tak sedar, dalam perbualan kita sehari-hari, dalam banyak ayat yang disebut, ada sahaja yang menyentuh mengenai perihal orang lain yang dikategorikan sebagai MENGUMPAT.

Perbandingan mengumpat yang disebut dalam hadis Rasulullah ialah "seolah-olah kita memakan daging saudara (adik beradik) kita sendiri yang telah mati" Masya Allah.

Tapi kali ini aku belum membawa tajuk DOSA.  Aku ingin berkongsi maklumat tentang satu  kategori sifat 'MAZMUMAH' yang dikatakan menghalang kita dari mendapat pahala walaupun kita melakukan ibadah dan kebaikan.

Ramai orang- hampir semua orang- termasuk juga aku- kadangkala merasa diri kita mempunyai kelebihan dari orang lain. Tak kiralah dari aspek kerjaya, urusan rumah, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai aktivis masyarakat. Aku saja yang baik, aku saja yang rajin, aku saja yang warak, aku saja yang itu yang ini.  Dan yang lebih bongkak dari itu berkata, kalau aku tak ada, tak ada sapa yang boleh buat benda tu semua.  

Kalau setakat kerja pejabat atau dalam kelab sahaja, apalah tinggi sangat harga sumbangan kita. Cuba kita bayangkan, semasa Tun Razak meninggal dunia di London pada Januari 1974, negara tak lingkup pun.  Pada hal masa tu, Timbalannya Hussein Onn baru setahun je jadi Timbalan PM, malah baru 4 tahun jadi ahli Jemaah Menteri. Agenda negara tetap berjalan.

Perasaan itu semua menggambarkan betapa rendahnya tahap keimanan kita sebagi insan yang lemah, yang hanya boleh membuat sesuatu atas pertolongan Allah.

Sifat bangga diri ini boleh dikategorikan kepada 4 jenis utama iaitu:
  • TAKBUR
  • RIAK
  • UJUB
  • SUM'AH
Amende takbur, riak, ujub dan sum'ah tu????.  Aku sedang mencari beberapa artikel dalam internet yang mudah difahami berkaitan dengan sifat-sifat di atas.

Sifat Takbur

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sesekali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu langit dan mereka tidak akan masuk syurga sehingga masuk unta ke dalam lubang jarum”
( al-'Araf : 40)

Sifat sombong atau disebut juga takbur merupakan salah satu sifat yang tercela dan dibenci oleh Allah S.W.T sepertimana yang disebutkan di dalam firman Allah S.W.T di atas. Di dalam ayat tersebut jelas menunjukkan balasan yang akan diterima oleh golongan ini di akhirat sana. Mereka sesekali tidak akan masuk syurga.

Takbur berasal daripada perkataan bahasa arab ‘takabbara’ yang membawa maksud sombong. Perkataan takbur telah diterima pakai sebagai salah satu perkataan bahasa Melayu. Di dalam kamus dewan edisi ke empat mentakrifkan takbur sebagai berperasaan tinggi diri dan suka menganggap diri sendiri lebih mulia, lebih pandai, lebih cerdik dari orang lain. Manakala sombong ditakrifkan sebagai tinggi hati, angkuh dan bongkak. Mengikut Kamus Dewan edisi 4 :2005;  takbur dan sombong adalah perkataan yang sama maksud dan pengertiannya.

Perbezaan Ujub Dan Riak

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya.

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Kedua-dua penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu :

1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini.

2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10)

3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.

Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.


Riya' dan Sum'ah

Riya' adalah lawan dari ikhlas, menampakkan ibadah dengan niat mencari pandangan manusia, sehingga pelakunya akan dipuji, dan dia mengkarapkan pujian dan pengagungan dan takut kehilangan hal itu. Sum'ah adalah beramal agar didengar orang. Sedangkan ujub merupakan sahabat riya'. Ibnu Taimiyah menerangkan perbedaan keduanya. Riya adalah perbuatan syirik dengan sebab makhluk, sedangkan ujub adalah perbuatan syirik dengan sebab diri sendiri. Adapun perbezaan antara riya' dan sum'ah menurut Al-Hafizh, yaitu riya' merupakan adanya amal yang diperlihatkan seperti solah, sedangkan sum'ah merupakan amalan yang diperdengarkan seperti membaca, memberi nasihat, atau dzikir. Menceritakan amalnya (dengan maksud agar didengar) juga termasuk sum’ah. Nabi bersabda, 'Yang paling aku atas kalian adalah syirik kecil. Mereka bertanya, 'wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu? Beliau menjawab, Riak. (Riwayat Ahmad, Ath-Thabrani, dan Al-Baghawi) Rasulullah juga bersabda:

 أَلاَ أُخْبِرُ كُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِتْدِيْ مِنَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ؟ قَالُوا: بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ. قَالَ: الشِّرْكُ الْخَفِيُّ: يَقُوْمُ الرَّجُلُ فَيُصَلِّيْ فَيُزَيِّنُ صَلاَ تَهُ لِمَا يَرَى مِبْ نَظَرَ رَجُلٍ 

Mahukah kamu aku beritahu tentang sesuatu yang menurutku lebih aku khawatirkan terhadap kamu daripada Al-Masih Ad-Dajjal.  Para sahabat menjawab, Baiklah, wahai Rasulullah. Beliau pun bersabda, Syirik tersembunyi, yaitu ketika seseorang berdiri solah, dia perindah solahnya karena tahu ada orang lain yang memperhatikannya.  (Riwayat Imam Ahmad).

Riak murni, biasanya tidak akan terjadi pada orang mukmin dalam menjalankan kewajiban solah dan puasa. Akan tetapi, terkadang terjadi dalam sedekah yang wajib atau ibadah haji, atau amal-amal lain yang zahir atau yang bermafaat lebih banyak. Dalam amal-amal seperti itu, lebih berat untuk ikhlas. Tak diragukan lagi, jika seorag muslim melakukan yang demikaian akan menggugurkan ibadahnya dan mendapat siksa dari Allah. Terkadang pula orang beramal karena Allah tetapi diiringi dengan perasaan riak. Jika hal itu terjadi sejak awal niat, maka hal itu sama dengan meniatkan ibadah kepada selain Allah.  Barangsiapa solah dengan riya', maka benar-benar ia telah menyekutukan-Nya. Barangsiapa berpuasa dengan riak, maka ia benar-benar telah menyekutukan-Nya. Barangsiapa bersedekah dengan riak maka ia benar-benar telah menyekutukan-Nya. 

Sesungguhnya Allah berfirman, Aku adalah sebaik-baik pengambil bahagian bagi orang yang membuat sekutu kepada-Ku. Barangsiapa membuat sekutu kepada-Ku dengan sesuatu, kebaikan amalnya sedikit dan banyaknya adalah untuk sekutunya yang dia sekutukan kepada-Ku dengannya. Aku adalah Maha Cukup untuk tidak menerimanya.  (Riwayat Ahmad) 

Ubat Riak

Nabi bersabda, Tidaklah Allah menurunkan penyakit, kecuali dengan ubatnya. (Riwayat Bukhari) adapun ubatnya antara lain adalah: Hendaklah seseorang itu mengilmui dengan yakin bahwa dirinya adalah sekadar hamba Allah, sedangkan hamba itu tidak berhak menuntut pemberian atau balasan, sebab dia beramal itu hanya karena tuntutan peribadahan saja. Hendaklah seorang hamba dalam beribadah kepada-Nya dengan penuh cinta, memohon pahala, dan takut terhadap murka-Nya. Sentiasa memeriksa dan mennilai amalan sama ada semuanya dilakukan dengan ikhlas atau riak. Selalu memohon ampun pada Allah dan berlindung dari riak. Memperbanyakkan ibadah sunnah yang terjauh dari pandangan manusia, seperti solat malam, shadaqah siriyyah (sembunyi-sembunyi), menangis karena takut kepada-Nya, dan sebagainya. Kita harus berusaha mengenali riak dan penyebabnya, hingga boleh meragui kehadirannya. Senantiasa memperhatikan akibat riak baik di dunia dan akhirat. Selalu berdoa pada Allah agar ditetapkan hatinya di atas ketaatan kepada-Nya.

 يَا مُصَرِّفَ الْقُلُوْبِ صَرِّفْ قُلُوْ بَنَا عَلَي طَاعَتِكَ 

Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, balikkanlah hati kami di atas ketaatan-Mu.  Nabi bersabda, Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba khamilah (pakaian dari sutera atau wool yang indah). Jika diberi ia senang, tetapi jika tidak diberi ia marah. (Riwayat Bukhari) 

Sungguh celaka orang-orang yang memberi sumbangan dengan niat agar organisasi atau tempat mereka bekerja mendapat keuntungan dari sumbangannya tersebut. 

Apabila seorang doktor sedang berkempen kerana menjadi calun sesebuah parti dalam satu pilihanraya.  langsung dia memberikan khidmat rawatan percuma kepada orang tidak berkemampuan.  Tapi niat sebenarnya ialah untuk menawan hati pengundinya agar bersimpati dan memangkah namanya semasa hari pengundian. Orang seperti ini juga termasuk dalam kategori 'CELAKA' dalam hadis di atas.  

Sumber: Majalah As-Sunnah, No. 08/IV/1421-2000 gugundesign http://komuniti.iluvislam.com/topic/18869-apakah-maksud-sumah/

Nota:

Berkaitan dengan sum'ah, aku pernah mendengar dari salah seorang Ustaz, antara contoh cara wujudnya sikap 'sum'ah' dalam diri seseorang ialah seperti berikut:

Semasa A berbual-bual di pejabat bersama kawan-kawannya dia asik menguap sahaja.  Dalam hatinya timbul perasaan - dengan harapan, kawan-kawannya bertanya mengapa mengantuk, engkau tak cukup tidur ke malam tadi.  Jika ditanya begitu, masa itulah dia nak beritahu bahawa malam tadi dia solat tahajjud.

Ustaz tersebut juga memberi contoh ujub seperti berikut.  Semasa bersolat dalam satu saf, si A berdiri dengan wajahnya tunduk ke bawah.  Semasa tunduk itu dia dapat melihat kaki dan jari-jari jemaah dalam safnya.  Membandingkan kakinya dengan jemaah yang lain, lahir rasa hairan diri dalam hatinya dan hatinya berkata, "berbanding dengan kaki-kaki yang lain, kira putih juga kulit aku ni rupanya".

1 comment:

  1. Bismillahirrahmaanirrahiim jzkk atas perkongsian ilmu mohon share moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

    ReplyDelete