.
Hishammuddin Hussein the next Prime Minister
Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein bin Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar bin Muhammad dilahirkan pada 5 Ogos 1961.
Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John's, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di London School of Economics, United Kingdom.
Dalam tubuh Hishammuddin telah sedia mengalir darah keturunan pemimpin, pentadbir dan ahli politik.
Datuk Seri Hishammuddin adalah anak sulung kepada almarhum Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga dan cucu kepada almarhum Dato' Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor keenam yang juga merupakan Pengasas UMNO dan juga Presiden UMNO yang pertama. Hishammuddin juga adalah cicit kepada almarhum Dato Hj Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.
Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 tahun 1995. Dalam PRU ke 10 tahun 1999, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut. Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 tahun 2004. Beliau mengekalkan kerusi Sembrong dalam PRU ke 12 (2008) dan PRU ke 13 (2013).
HISHAMMUDDIN
NEXT PM?
.
Semasa
aku melaksanakan tugas "Kolonel Bertugas" dari 29 Dis 2014 hingga 5
Jan 2015. Kebetulan semasa bertugas minggu tersebut Operasi Murni (Operasi
Bantuan Mangsa Banjir peringkat ATM) baru tiga hari dilancarkan.
Sepanjang
minggu itu, aktivitiku amat padat kerana banyak pergerakan VIP menggunakan
terminal udara TUDM sama ada PU Subang atau PU Kuala Lumpur.
Selain
dari YABPM dan YABTPM, selaku Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato Sri Hishammuddin
bin Hussein (YB Hisham) adalah antara Menteri yang paling aktif bergerak di
merata tempat untuk meninjau mangsa banjir. Walaupun tugas menguruskan mangsa
banjir bukan tugas utama MENHAN tetapi penglibatan besar-besaran warga ATM di
semua tempat yang dilanda banjir adalah MUNGKIN sebab utama YB MENHAN tidak
mengenal penat atau letih menemui warga ATM di merata tempat sambil meninjau
keadaan dan menemui rakyat di kawasan yang dilanda banjir.
Keadaan
inilah yang menyebabkan aku teruja untuk menulis satu tajuk khas mengenai YB
Hisham. Ini bukan isu MEMBODEK atau MENGAMPU atau CARI MAKAN tetapi sesuatu
yang lahir dari dalam hatiku.
Semasa
mengikuti satu tugas rasmi di UK lebih kurang tahun 2007, aku pernah dihampiri
oleh seorang ahli korporat yang mempunyai hubungan baik dengan salah seorang
keluarga rapat almarhum Tun Hussein Onn dan Tun Mahadzir. Masa itu aku masih
berpangkat Lt Kol. Katanya:
"Kolonel,
kalau lepas ini (after PRU 2008) Datuk Hisham dilantik jadi Menteri Pertahanan,
nak tak kalau saya recommend Kolonel jadi MA dia?"
Melalui
maklumat yang aku perolehi, tentang tugas dan tanggungjawab seorang MA,
awal-awal aku angkat tangan, menolak tawaran tersebut. Alasannya, aku sendiri
yang tahu kekurangan yang ada pada diriku. Pada pendapatku, hanya orang yang mempunyai
karakter tertentu sahaja yang layak atau mampu memegang tugas tersebut.
Hishammuddin Hussein the next Prime Minister
– Premraj Victor
Published: 21 October 2013
The
top posts in the Malaysian government (Prime Minister, Deputy Prime Minister,
Finance/ Defence/ Home Ministers), are actually based on the Umno election. I
believe that in Umno, it is always about tradition, jinx and history repeating
itself, in the way it has and will be in the near future. Those who go against
it, tragedy will befall them.
Tun
Dr Mahathir Mohamad (1975) and Tun Abdullah Badawi (1996) in their times
emerged third in the Umno vice-presidential elections. However, they made it to
the top although were once touted as the least likely candidates. Datuk Seri
Anwar Ibrahim who came top in the VP race went against party tradition by
challeging an incumbent deputy president, and the unexpected twist of fate took
place.
In
the words of a news portal, if Tan Sri Muhyiddin Yassin does not stand in the
next election, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi will stand a chance to become the
deputy prime minister. Well, I beg to differ.
Muhyiddin
is 66 years old. If he does become the PM, he will be the oldest elected PM -
which shows he is quite old.
Tun
Abdul Razak appointed Tun Hussein Onn upon the untimely passing of Tun Dr
Ismail. According to Lee Kuan Yew's memoirs, Tun Dr Ismail would have made a
very good prime minister. Tun Hussein Onn is the brother-in-law of Tun Abdul
Razak.
Should
Muhyiddin not stand for the next election, he will have to relinquish his
deputy prime minister’s post. History may repeat itself when Datuk Seri Najib
Razak appoints his cousin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) as the new deputy
prime minister. What more if he should appoint Hishammuddin, Najib will then have
a longer time to be the premier.
Of
the three vice-presidents, only Hishammuddin has the advantage over them in
various aspects, namely, (1) most ministerial experience - Youth and Sports
(1999-2004); Education (2004-2009); Home (2009-2013), Defence (since May 2013),
Acting Transport (May 2013- June 2014), augmented by being the deputy minister
for International Trade and Industry (1995-1999); (2) aristocrasy: both his
grandfather and father; (3) and most importantly, for the office of DPM and later
PM, Hishamuddin has a definite advantage over the other two vice-presidents -
being able to speak not only good English but having a polished command of the
language. (Remember Tun Ghafar Baba was said to have a disadvantage due to his
command of English as well as age that cost him the top post). (4) Age wise, he
is very young as compared to the other vice-presidents, but he may be teased
for being a post-Merdeka baby.
Much
has been said about Hishammuddin being third in the recent Umno vice-presidential
election. However, based on Umno's history, I bet Hishammuddin will be the next
PM.
At
the next Umno election, in five years' time (no more three years as it will be
delayed because of the next general election), one of the current
vice-presidents may have to vacate to make way for Khairy Jamaluddin. The
reason being is that always the outgoing Umno Youth leader never failed to get
a VP post.
So
either Ahmad Zahid or Datuk Seri Shafie Apdal will be given a Menteri Besar
post to make them slowly fade way from federal politics.
Of
course, the above will hold some truth, only if Pakatan Rakyat does not make
any inroads in the next and following elections. - October 21, 2013.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hishammuddin-hussein-the-next-prime-minister-premraj-victor#sthash.fKGTbObw.dpuf
Melalui
pemerhatianku, YB DS Hisham yang amat prihatin dan mempunyai perawakan yang
lemah lembut (bersopan), sentiasa manis muka (murah senyuman), menghormati
semua orang, tidak pernah meninggikan suara, amat mesra dengan sesiapa sahaja
serta sifat pengasih.
Sepanjang
beberapa kali mengiringi beliau semasa bertugas di Terminal Udara, semasa aku
memberi tabik hormat, beliau akan membalas TABIK HORMAT dengan bersungguh.
Tidak seperti sebahagian pegawai kanan yang membalas tabik hormat secara sambil
lewa atau pandang tak pandang sahaja.
Aku
yakin, walaupun YB DS Hisham dilahirkan dalam keluarga bangsawan, almarhum Tun
Hussein telah memberikan didikan budi pekerti Melayu yang cukup kepada
anak-anaknya.
Sepanjang
pemerhatianku semasa OPS MURNI, perawakan YB DS Hisham, sama ada apabila
bertemu seorang yang berpangkat Jeneral atau Perajurit biasa atau dengan
pelatih PLKN atau dengan orang kampung, kemesraan yang ditunjukkan amat luar
biasa. Aku amat yakin, beliau tidak berlakun untuk mengambil hati orang bagi
meraih populariti. Aku yakin, itu sifat beliau yang asli dalam diri beliau.
Sikap
yang sama juga pernah ditunjukkan semasa mengendalikan tragedi Kehilangan
pesawat MH370 awal tahun 2014. Ketika itu beliau menyandang tugas Pemangku
Menteri Pengangkutan. Beliau begitu tenang menjawab segala soalan wartawan,
termasuk soalan-soalan bodoh dari wartawan luar negara yang sentiasa cuba
memerangkap beliau.
Beliau
juga tenang menghadapi suasana hingar-bingar untuk menemui ahli keluarga mangsa
yang sebahagiannya seperti kehilangan akal.
Itulah
DS Hisham yang dapat aku kenal melalui pemerhatian.
Beberapa tahun lalu, semasa aku bertugas (tugas yang sama) dan ketika itu YB DS HIsham menyandang jawatan Menteri di KDN, beberapa kali beliau menyertai penerbangan YABPM/YABTPM di PU Subang. Beliau akan datang awal untuk menunggu ketibaan PM/TPM, jadi aku berpeluang berbual singkat dengan beliau berkaitan politik semasa dan keadaan negara. Beliau memang ramah. NAMUN sejak jadi MENHAN, peluang untuk bercakap dengan beliau amat TIPIS kerana setiap kali pemergian atau ketibaan beliau, ramai bapak-bapak General yang merapati beliau.
Kalau kebetulan tiada pegawai yang lebih kanan, semasa berjalan mengiringi beliau menaiki pesawat mengucapkan selamat jalan dan mendoakan keselamatan. Manakala semasa menyambut turun dari pesawat, ada juga aku menyapa beliau, bertanya khabar atau berkaitan keadaan tempat yang dilawati.
Pada petang 31 Dis 2014, aku menyambut ketibaan beliau dari lawatan ke Lenggong, Perak. Kebetulan hari itu, aku adalah pegawai yang paling kanan yang ada di situ. Sebelum memasuki kenderaan untuk meninggalkan Pergerakan Udara PU KL beliau mengucapkan Selamat Tahun baru dan memeluk setiap yang ada di situ.
Itu YB DS Hisham yang aku kenali.
Di PUKL pada 3 Jan 2015
Riwayat
Hidup
Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein bin Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar bin Muhammad dilahirkan pada 5 Ogos 1961.
Pendidikan
Awal
Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John's, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di London School of Economics, United Kingdom.
Sebelum
beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang
peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine &
Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya
dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen
& Gledhill).
Keluarga
dan Salasilah
Dalam tubuh Hishammuddin telah sedia mengalir darah keturunan pemimpin, pentadbir dan ahli politik.
Datuk Seri Hishammuddin adalah anak sulung kepada almarhum Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga dan cucu kepada almarhum Dato' Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor keenam yang juga merupakan Pengasas UMNO dan juga Presiden UMNO yang pertama. Hishammuddin juga adalah cicit kepada almarhum Dato Hj Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.
almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(ayahanda Hishammuddin)
almarhum Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
(nenda Hishammuddin)
almarhum Dato' Jaafar bin Muhammad
(moyang Hishammuddin)
Hishammuddin
juga adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, almarhum Tun
Abdul Razak bin Hussein kerana ibu Hishammuddin, almarhumah Tun Hajjah Suhaila
binti Mohammed Noah adalah kakak kepada Tun Hajjah Rahah binti Mohammad Noah,
isteri almarhum Tun Razak. Oleh itu, Hishammuddin adalah sepupu kepada Perdana
Menteri Malaysia ke lima, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak.
almarhumah Tun Hajjah Suhaila
Isteri
Hishammuddin adalah Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku
Abdullah, adalah cucunda kepada almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam
Shah, Pahang. Oleh itu Tunku Datin Seri Marsilla adalah anakanda saudara kepada
Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang sekarang.
Perkahwinan
Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla telah dikurniakan empat orang
cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd
Hussein. Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri
Khalid Muhd Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia
Kerjaya
Politik
Hishammuddin
merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini
juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong.
Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 tahun 1995. Dalam PRU ke 10 tahun 1999, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut. Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 tahun 2004. Beliau mengekalkan kerusi Sembrong dalam PRU ke 12 (2008) dan PRU ke 13 (2013).
Jawatan
Dalam Politik
Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Ledang.
Ketua
Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.
Ketua
Pemuda UMNO Johor.
Naib
Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua
Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua
UMNO Bahagian Tenggara.
Ketua
UMNO Bahagian Sembrong.
Naib
Presiden UMNO (2013 - 2018.
Sejak
menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai Kementerian.
Sebaik sahaja memenangi pilihanraya Parlimen pada tahun 1995, beliau telah
dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
Industri. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan
Utama pada tahun 1997. Semasa rombakan Kabinet pada tahun 1999 beliau telah
dilantik menjadi Menteri penuh iaitu Menteri Belia dan Sukan dan sehingga kini
(Januari 2015) beliau telah memegang jawatan Menteri di beberapa buah utama.
Jawatan
Dalam Kerajaan
Setiausaha
Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 – 18
Ogos 1997).
Timbalan
Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (18 Ogos 1997 – 5 Dis 1999).
Menteri
Belia dan Sukan (14 Dis 1999 – 3 Mac 2004).
Menteri
Pelajaran (30 Mac 2004 - 8 April 2009).
Menteri
Dalam Negeri (10 April 2009 - 15 Mei 2013)
Menteri
Pertahanan (16 Mei 2013 - 9 Mei 2018)
Pemangku
Menteri Pengangkutan (16 Mei 2013 - 25 Jun 2014)
Menteri Tugas-Tugas Khas (12 Apr 2017 - 9 Mei 2018)
Jawatan
Peringkat Antarabangsa
Executive
Board Member of UNESCO (2008 - 2009)
Deputy
President of SEAMEO Council (March 2007 - March 2008)
President
of SEAMEO Council (March 2008 - March 2009).
Dalam
politik seramai mana penyokong, maka lebih ramai yang menjadi lawan. Dalam
kumpulan lawan susah nak ada kawan. Tapi dari kalangan kawan memang ramai yang
menjadi lawan (musuh).
Dalam
politik masa kini, berlaku pertandingan untuk merebut jawatan tinggi parti
politik sehingga jawatan tertinggi sebagai Presiden parti. Dalam UMNO,
pertandingan merebut jawatan dari Presiden hingga ke peringkat Ketua Cawangan
UMNO adalah perkara rutin setiap dua atau tiga tahun.
Semua
ingin menang. Untuk menang mesti mendapat undi yang lebih. Untuk mendapat undi
lebih mesti calun lebih popular dari lawan. Di sinilah biasanya hilang semangat
setiakawan dalam parti, hilang rasa hormat, hilang jati diri, jatuh integriti
dan moraliti hanya kerana jawatan parti. Sebahagian calun menggunakan apa saja
untuk mendapat sokongan ahli parti. Pada masa yang sama untuk menjatuhkan lawan
walaupun dia tahu lawannya jauh lebih baik darinya dari segi kelayakan,
prestasi dan kewibawaan.
Itu
dalam parti.
Sebagai
ahli politik, mereka juga perlu bertenaga untuk menyertai pilihanraya umum (PRU)
setiap 5 tahun. Sama ada untuk menjadi wakil rakyat DUN atau Parlimen.
Kali
ini ahli politik terpaksa pula berentap dengan penyokong parti lawan. Sekali
semua pihak yang bertanding akan menggunakan apa teknik dan taktik untuk
menang. Parti lawan akan mencari dan mendedahkan apa jua kelemahan calun. Hina
menghina, aib mengaib demi untuk kemenangan.
Pastinya
DS Hisham juga melalui perkara yang sama. Sejak menyertai PRU ke 9 pada tahun
1995, beliau pasti sudah masak dengan taktik dan teknik kawan daln lawan.
Malah
dalam melaksanakan tugas pun beliau banyak kali diperlekehkan dan dihina oleh
pihak lawan. Beliau dikatakan lembik, pondan, orang amaran, lemah dan berbagai
lagi........
Aku
tak mahu menyalin apa yang ditulis orang dalam blog-blog politik yang kemudian
disambung ikut dengan pelbagai komen yang sungguh mengaibkan.
Itulah
politik. Sendiri memfitnah sendiri jawab. Lagi ramai yang baca lagi banyak
saham dia dapat.
Apa
pun, inilah nama negara demokrasi untuk rakyat yang tak faham demokrasi. Negara
bebas bagi orang yang tidak tahu menggunakan kebebasan. Negara Tanah Melayu
yang telah hilang keMelayuan.
Kalau
kail panjang sejengkal, jangankan lautan hendak diduga.
Biarpun
ramai yang membaca tidak bersetuju dan marah kerana tulisan aku ini seperti
mahu membodek, mengampu, mendukung Hishammuddin.
Aku
tulis bukan kerana aku bertugas di Kementerian Pertahanan dan Hisham adalah
Menteri Pertahanan. Aku tulis pendapat aku berdasarkan apa yang aku kenal dan
aku ketahui. Aku tidak merendahkan yang lain, tidak menghina yang lain, tidak
memfitnah yang lain.
AKU SETUJU DENGAN JANGKAAN PREMRAJ VICTOR.
DENGAN IZIN ALLAH, HISHAMMUDDIN ADALAH PM MALAYSIA SELEPAS MUKHYIDDIN YASSIN.
JIKA DITAQDIRKAN MUKHYIDDIN TIDAK MENJADI PM, HISHAM ADALAH PENGGANTI NAJIB
Premraj
mempunyai alasan sendiri untuk menulis, aku sebagai rakyat Malaysia juga ada
alasan sendiri untuk menyatakan pendapat kenapa DS Hisham adalah bakal PM
Malaysia selepas era Najib/Mukhyiddin?
Banyak
orang tak suka dengan pendapat aku ini kerana seolah-olah aku menentang arus
kemahuan rakyat yang mahukan supaya Kerajaan BN diubah, ditukar dan
ditumbangkan. BN akan tewas dalam PRU 14. Kalau kita susuri sejarah PRU, usaha
untuk menumbangkan BN telah bermula sejak zaman Kerajaan Perikatan lagi.
Puncaknya adalah PRU 3 (1969) apabila Kerajaan Perikatan (UMNO/MCA/MIC)
kehilangan majoriti 2/3 buat kali pertamanya.
Selepas
krisis UMNO 1987, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Dalam
PRU 8 (1990) dan PRU 9 (1995), Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudiannya
Gagasan Rakyat yang merupakan kerjasama PMS46 (pecahan UMNO), DAP, PAS, PBS dan
beberapa parti kecil menentang BN. Namun gagal dan PMS46 dibubarkan dalam tahun
1996 dan sebahagian besar ahlinya menyertai UMNO semula. Lanjutan dari
pemecatan Anwar Ibrahim dalam tahun 1998, beliau menubuhkan Parti Keadilan
(ADIL) dan berpadu tenaga dengan PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA)
untuk menentang BN dalam PRU 10 (1999) dan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008).
Kumpulan yang sama menggunakan nama gabungan 'Pakatan Rakyat' berjaya menafikan
majoriti 2/3 Kerajaan BN.... namun melihat kepada perbezaan prinsip dan
ideologi antara PKR, DAP dan PAS peluang untuk mereka memerintah adalah tidak
meyakinkan..
BN
mungkin bukan pemerintah terbaik, namun PR pada masa ini nampaknya jauh lebih
teruk. Jadi, peluang untuk BN terus memerintah adalah cerah, dan peluang DS
Hisyam untuk menerajui UMNO juga cerah.
Presiden
sekarang, DS Najib telah dibelenggu dengan pelbagai isu yang mempersoalkan
integritinya. Bermula dengan kes 1MDB yang mempunyai hutang berpuluh bilion RM,
dakwaan transaksi RM2.6 billion dalam akaun peribadinya, isu penjualan pelbagai
aset negara kepada syarikat dari China Komunis, isu pelaburan FELDA, isu
penyelewengan Tabung Haji dan isu wang KWSP/KWAP. Najib hanya menunggu masa
sama ada akan meletak jawatan atau dipaksa turun oleh anggota UMNO. Hanya masa
sahaja yang akan menentukan. Kelewatan adalah kerana wujudnya penjilat jubur
yang bermati-matian mempertahankan Najib.
Dari
kalangan tiga Naib Presiden (NP) UMNO, DS Hisham adalah NP ke-3. NP No 1, DS
Ahmad Zahid bukanlah pilihan terbaik. Selain dari sering memaparkan watak yang
tidak matang semasa menjawat jawatan Menteri di KDN dan juga MINDEF.
Pemerhatianku semasa Zahid menjawat MENHAN, Zahid kerap membuat statement yang
memperlihatkan kelemahannya. Ketika membuat ucapan, di awalnya membaca
doa yang panjang, sebagai menggambarkan bahawa beliau adalah seorang menteri
yang warak. Semasa berucap, nampak sahaja bersemangat, tapi TAK ADA ISI. Dia
hanya mengharapkan tepukan apabila dia menaikkan pitch suaranya. Dia kelihatan
seronok mendapat tepukan dari warga MINDEF. Dia tidak pernah memikirkan bahawa
tepukan itu adalah tepukan terpaksa.
Sejarah
politik Zahid juga tidak meyakinkan. Ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO,
dia menjadi penyokong kuat DS Anwar. Berwatak sebagai orang suruhan Anwar untuk
memalukan Dr Mahathir (ketika itu PM dan Presiden UMNO). Khususnya dalam isu
Kronisme dan Nepotisme untuk menjatuhkan Mahathir. Tapi seperti yang disebut
lebih awal, beliau tidak menggunakan otak, hanya hati. Bila Dr M mengeluarkan
fakta, yang melibatkan dirinya, Zahid terus sepi hilang suara. Bila melihat
Anwar melalui jalan yang sukar untuk menungkah arus menentang Dr M dari luar
UMNO, Zahid belot dan membuat U-Turn kembali ke main stream menyokong Dr M.
Zahid kemudian dilantik oleh Dr M menjadi Timbalan Menteri. Semasa zaman Pak
Lah dia menjadi Menteri penuh.
Jika
Zahid dipilih untuk menggantikan Najib, beliau tidak mempunyai karisma untuk
mengemudi UMNO. Cara beliau yang gemar mengugut dan mengancam bila ada sesuatu
isu, tidak disukai ahli UMNO. Hanya orang yang mendapat faedah darinya sahaja
ayang akan menyanjung beliau. Sama seperti Najib.
NP
ke 2, Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang baik dan berintegriti serta
berpotensi. Tetapi latar belakang beliau sebagai anak Sabah mungkin menyulitkan
beliau untuk meningkat ke jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sentimen
ahli UMNO dari Semenanjung yang mendominasi UMNO masih belum sedia untuk
menerima anak Sabah menjadi TPM atau PM.
Oleh
itu, saya berpendapat bahawa setakat pemimpin yang ada dalam UMNO
sekarang, DS Hisham adalah yang paling layak. Mungkin DS Hisham bukan yang
terbaik, tapi beliau adalah lebih baik dari dua lagi NP lagi. Mungkin muka baru
dari kalangan Ahli MKT masih jauh di belakang untuk memulakan persaingan.
Manakala dari kalangan tokoh-tokoh Pemuda UMNO, seperti YB Mukhriz dan YB
Khairy (KJ) masih mempunyai masa lagi dan ada jalan untuk mereka. Mukhriz perlu
membuktikan keupayaan sebagai MB Kedah untuk meningkatkan kuasa UMNO di Kedah
dalam PRU 14 sebelum ditarik ke pusat.
Ada
orang kata kes DS Hisham menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006
tidak disenangi oleh rakan BN lain telah lapok. Sikap dan tindakan Mahathir
(selepas Tragedi 1969) dan Najib (semasa menjadi Ketua pemuda) juga ada yang
menyebabkan rakan BN lain tidak senang. Ini kerana tindakan dibuat atas keadaan
dan kedudukan serta cabaran semasa. Apabila menjadi PM, mereka boleh
melaksanakan tugas dan diterima dengan baik.
Ada orang juga mengungkit kehidupan zaman muda
DS Hisham dan juga asal-usul beliau dari kalangan bangswan tidak akan dapat
memahami kehendak rakyat Marhaen. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra adalah
putera Sultan Kedah, almarhum Tun Razak juga anak Orang Besar Pahang, Hussein
Onn adalah anak bekas MB Johor. Datuk Onn juga pernah dipelihara oleh Sultan
Johor dalam istana Johor. Najib juga amat mentah semasa kali pertama dipilih
menjadi Wakil Rakyat Pekan menggantikan ayahnya. Apa yang DS Hussein buat
mendekati rakyat, mesra rakyat adalah bukti yang nyata membunuh persepsi bahawa
Hisham tidak berjiwa rakyat.
Hishammuddin
dilantik Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri
12
April 2017 2:31 PM
KUALA
LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas
di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa pada hari ini.
Najib
berkata, pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain
daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.
“Hishammuddin
juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel
Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hishammuddin-dilantik-menteri-dengan-tugas-tugas-khas-di-jabatan-perdana-menteri-1.468542#ixzz4gMGvs2xe
©
Utusan Melayu (M) Bhd
APA PUN, ramalan tentang Hishammuddin sebagai bakal PM ini adalah tertakluk kepada:
(1) Jika BN masih berkuasa selepas PRU 14.
(2) Najib tidak berdegil untuk kekal sebagai Presiden UMNO.
(3) MT UMNO membuat resolusi bagi menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
(4) Jika bil 2 dan 3 tidak berlaku, dan Hisham tidak terus merendah diri dan tidak mahu melawan Najib atau Zahid.
.
PASCA PRU 14
BN hanya dapat mengekalkan Pahang dan Perlis sahaja. Manakala di Sarawak, PBB sebagai pemegang saham utama BN Sarawak (PBB, SUPP, PRS dan PDP) yang telah memenangi PRN Sarawak pada tahun 2016 sudah menunjukkan petanda untuk keluar meninggalkan BN (pusat) bagi menyertai PH demi kesinambungan pembangunan Negeri dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Dengan ini, RAMALAN saya tentang masa depan Hishammuddin Hussein sebagai bakal PM Malaysia turut terkubur bersama kecundangnya BN.
Mengikut situasi sekarang, BN akan mengambil masa yang panjang untuk bangun. Sokongan dari MCA, MIC, GERAKAN dan MyPPP di Semenanjung tidak boleh diharapkan lagi. BN Sabah juga sukar bangkit kerana, satu persatu ahli komponennya akan meninggalkan BN. Mengharap pertolongan PAS juga agak mustahil. Tak mungkin PAS mahu mendokong biawak hidup.
Umur Hishammuddin sekarang (2018) sudah 57 tahun. Jika UMNO boleh stabil lagi 15 tahun, usianya sudah 72 tahun. Adakah UMNO mampu mengumpulkan semula rakan-rakan BN yang telah lari bertempiaran?. Mudahnya, walaupun Hisham MUNGKIN berjaya menjadi Presiden UMNO (itu pun kalau tidak dipinggirkan oleh generasi muda UMNO yang dipimpin oleh KJ), dia akan hanya melalak di kerusi pembangkang. Atau akan tewas dalam PRU 15 nanti jika pengundi Johor sudah merasai kebahagiaan di bawah Kerajaan PH.
Apa pilihan DS Hisham?
DS Hishammuddin telah menulis dalam ruang facebooknya pada 8 Jun 2018:
PANDANGAN SAYA (Selepas PRU 14)
PASCA PRU 14
PRU
14 pada 9 Mei 2018 telah mengesahkan bahawa BN tersungkur. Pakatan Harapan (PH)
yang dianggotai oleh PKR, DAP, AMANAH dan PPBM yang dipimpin oleh mantan PM (ke
4), Tun Dr Mahathir Mohamad telah memenangi kerusi majoriti di Parlimen. Bahkan
PH telah mengekalkan penguasaan di DUN Selangor dan Pulau Pinang serta menawan
DUN Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
BN hanya dapat mengekalkan Pahang dan Perlis sahaja. Manakala di Sarawak, PBB sebagai pemegang saham utama BN Sarawak (PBB, SUPP, PRS dan PDP) yang telah memenangi PRN Sarawak pada tahun 2016 sudah menunjukkan petanda untuk keluar meninggalkan BN (pusat) bagi menyertai PH demi kesinambungan pembangunan Negeri dan kesejahteraan rakyat Sarawak.
Dengan ini, RAMALAN saya tentang masa depan Hishammuddin Hussein sebagai bakal PM Malaysia turut terkubur bersama kecundangnya BN.
Mengikut situasi sekarang, BN akan mengambil masa yang panjang untuk bangun. Sokongan dari MCA, MIC, GERAKAN dan MyPPP di Semenanjung tidak boleh diharapkan lagi. BN Sabah juga sukar bangkit kerana, satu persatu ahli komponennya akan meninggalkan BN. Mengharap pertolongan PAS juga agak mustahil. Tak mungkin PAS mahu mendokong biawak hidup.
Umur Hishammuddin sekarang (2018) sudah 57 tahun. Jika UMNO boleh stabil lagi 15 tahun, usianya sudah 72 tahun. Adakah UMNO mampu mengumpulkan semula rakan-rakan BN yang telah lari bertempiaran?. Mudahnya, walaupun Hisham MUNGKIN berjaya menjadi Presiden UMNO (itu pun kalau tidak dipinggirkan oleh generasi muda UMNO yang dipimpin oleh KJ), dia akan hanya melalak di kerusi pembangkang. Atau akan tewas dalam PRU 15 nanti jika pengundi Johor sudah merasai kebahagiaan di bawah Kerajaan PH.
Apa pilihan DS Hisham?
DS Hishammuddin telah menulis dalam ruang facebooknya pada 8 Jun 2018:
Saya
sedar dan insaf dengan keputusan PRU14 yang lalu yang tidak menyebelahi BN.
Rakyat telah menyatakan pendirian dan saya menerimanya dengan baik dan terbuka.
Ia
memberi isyarat yang jelas bahawasanya UMNO tidak boleh lagi beroperasi seperti
biasa dan menuntut kepada perubahan pendekatannya secara total. Saya turut
mengambil tanggungjawab dan akauntibiliti terhadap kekalahan tersebut.
Dalam
masa kita menerima keputusan PRU14, UMNO kini berada dalam peringkat pemilihan
parti. Masa yang amat sesuai untuk UMNO mengambil kesempatan melakukan
perubahan dengan mencorak kepimpinannya. Saya dapati ramai yang menawarkan diri
untuk bertanding demi membawa UMNO ke hadapan dan saya percaya mereka harus
diberikan peluang untuk memimpin.
Justeru,
saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi apa-apa jawatan di
peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini. Sebaliknya saya akan bekerja
dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor.
Saya
berikrar untuk tetap bersetia bersama-sama UMNO sehingga ke akhir hayat dan
akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan
baharu yang bakal dipilih oleh para ahli menjelang 30hb yang akan datang.
Saya
juga telah bercakap dengan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Mohamed
Khaled Nordin tentang perkara ini serta berbincang bagaimana untuk saya terus
menyumbang kepada parti. Mereka faham serta menghormati keputusan tersebut.
Perjuangan
sekali ini bukan mengenai individu tetapi kekuatan berpasukan. Perjuangan
sekali ini bukan mengenai kedudukan tetapi sumbangan. Marilah kita ambil
isyarat PRU14 ini sebagai semangat dalam membina UMNO yang lebih dekat di hati
rakyat.
Kelemahan Hishamuddin
Hishammuddin dilahirkan dari keluarga bangsawan. Dia tidak melalui kesusahan seperti nendanya yang pernah melalui zaman pemerintahan Jepun dan ancaman Komunis. Almarhum Dato Onn walaupun pernah menjadi anak angkat Sultan Johor (almarhum Sultan Ibrahim) ia pernah dipinggirkan kerana tidak sealiran dengan Sultan. Ayahandanya almarhum Tun Hussein juga melalui kepayahan yang dilalui oleh nendanya. Pernah meninggalkan UMNO dua kali sebelum merdeka dan selepas bersara dari PM.
Sebagaimana DS Najib Razak, DS Hisham dibawa masuk ke dalam politik negara dijemput dengan dulang emas oleh Tun Dr Mahathir setelah ayahandanya bersara. Tun Hussein bawa Najib masuk politik dan Tun Mahathir bawa Hishammuddin masuk. Kedua-duanya mengenang jasa Tun Razak dan Tun Hussein. Secara kebetulan keduanya adalah sepupu.
Najib gagal mengawal nafsu dalam tempoh 9 tahun memimpin negara. Dia terjerumus ke lembah kehinaan akibat harta dan wanita. Jatuh tersungkurnya Najib bersama jatuhnya UMNO (yang dibina oleh nenda Hishammuddin) dan Barisan Nasional yang dibina oleh Tun Razak sendiri (1973).
Hishammuddin yang mengikat tali di kakinya ke kaki Najib (sepupunya). Hisham gagal mewarisi integriti ayahanda dan nendanya melawan kemungkaran. Oleh yang demikian, Hisham turut menggelungsur dan jatuh tersungkur bersama keaiban Najib.
Maklumat yang diperolehi dari media sosial, Hisham juga dikatakan semakin sombong bila semakin meningkat dalam kerjaya politiknya. Dia kelihatan mesra dan suka berselfie ke mana sahaja dia pergi TETAPI dia tidak mempunyai masa untuk orang-orang yang telah membantunya dahulu. Itu maklumat dari kaum politik yang hanya diketahui di kalangan mereka.
Kelemahan Hishamuddin
Hishammuddin dilahirkan dari keluarga bangsawan. Dia tidak melalui kesusahan seperti nendanya yang pernah melalui zaman pemerintahan Jepun dan ancaman Komunis. Almarhum Dato Onn walaupun pernah menjadi anak angkat Sultan Johor (almarhum Sultan Ibrahim) ia pernah dipinggirkan kerana tidak sealiran dengan Sultan. Ayahandanya almarhum Tun Hussein juga melalui kepayahan yang dilalui oleh nendanya. Pernah meninggalkan UMNO dua kali sebelum merdeka dan selepas bersara dari PM.
Sebagaimana DS Najib Razak, DS Hisham dibawa masuk ke dalam politik negara dijemput dengan dulang emas oleh Tun Dr Mahathir setelah ayahandanya bersara. Tun Hussein bawa Najib masuk politik dan Tun Mahathir bawa Hishammuddin masuk. Kedua-duanya mengenang jasa Tun Razak dan Tun Hussein. Secara kebetulan keduanya adalah sepupu.
Najib gagal mengawal nafsu dalam tempoh 9 tahun memimpin negara. Dia terjerumus ke lembah kehinaan akibat harta dan wanita. Jatuh tersungkurnya Najib bersama jatuhnya UMNO (yang dibina oleh nenda Hishammuddin) dan Barisan Nasional yang dibina oleh Tun Razak sendiri (1973).
Hishammuddin yang mengikat tali di kakinya ke kaki Najib (sepupunya). Hisham gagal mewarisi integriti ayahanda dan nendanya melawan kemungkaran. Oleh yang demikian, Hisham turut menggelungsur dan jatuh tersungkur bersama keaiban Najib.
Maklumat yang diperolehi dari media sosial, Hisham juga dikatakan semakin sombong bila semakin meningkat dalam kerjaya politiknya. Dia kelihatan mesra dan suka berselfie ke mana sahaja dia pergi TETAPI dia tidak mempunyai masa untuk orang-orang yang telah membantunya dahulu. Itu maklumat dari kaum politik yang hanya diketahui di kalangan mereka.
PANDANGAN SAYA (Selepas PRU 14)
Dengan
IKHLAS hati saya menyarankan YB DS Hishammuddin tinggalkan UMNO dan sertai
PPBM. Sumbangan DS kepada UMNO tidak ada kesannya lagi. UMNO memerlukan 10
hingga 15 tahun lagi untuk bangun dari lumpuh dan busung dan berdiri dua kaki
sendiri. Selagi masih ada virus yang membawa barah dalam UMNO seperti DS Ahmad
Zahid Hamidi, TS Anuar Musa, DS Tajuddin Abd Rahman, DS Shahidan Kassim, DS T.
Adnan Mansor dll itu masih menawarkan diri untuk duduk di 5 posisi tertinggi
dalam UMNO, perjuangan DS sebagai ahli biasa tidak sampai ke mana.
Idea
dan kebolehan DS masih diperlukan oleh negara. Berjuanglah melalui PPBM. UMNO
sudah tidak boleh disayangi lagi. Kalau ada yang mencemuh YB DS hanyalah mereka
yang kecewa. YB DS tentu ingat Almarhum ayahanda DS, Tun Hussein meninggal di
luar UMNO, dan tiada siapa yang mencemuh dan menghinanya. Seluruh rakyat masih
menyanjungnya sebagai PM yang berintegriti tinggi. YB DS masih MP, masih ada
peranan untuk membantu negara dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih
efektif. Masuklah PPBM, insyaallah YB DS akan lebih cemerlang
Mengikut
rekod, perlekehan DS Hisham terhadap Tun Dr Mahathir semasa peperangan sebelum
PRU tidaklah teruk sangat. DS hanya malu alah dengan PM dan Presiden UMNO yang
juga sepupunya. Kenyataan-kenyataan DS tidak sebodoh DS Zahid, Salleh Said,
Rahman Dahlan, Shahrizat, Anuar Musa dan Puad Zarkhasi jauh sekali
seteruk/secelupar (segangster) Nazri Aziz yang menghina Tun Dr Mahathir hingga
ke tulang som-som
Pemimpin
UMNO Johor selain dari Azalina dan Ahmad Maslan, masih waras, masih menghormati
TS Muhyiddin dan tidak terlepas cakap terlampau jauh. Oleh itu, saya sarankan
DS Khaled Nordin, Razali Ibrahim, Ir Hasni Mohamad dan Hamim Samuri jangan
lewat membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM.
Dengarlah
DS Hisham
Almarhum
Tunku Abdul Rahman tidak hina meninggalkan UMNO, Almarhum Tun Hussein Onn tidak
hina meninggalkan UMNO, Tun Dr Mahathir walaupun dihina kerana meninggalkan
UMNO tetapi dia tabah dan kental, akhirnya berjaya dan disanjung semula. UMNO
bukan AlQur'an atau hadith. Tidak hina meninggalkannya
Assalammualaikum
ReplyDeleteAssalammualaikum Dato Hishamuddin
ReplyDeleteBagaimana dapat idea dengan PPSMI