Tuesday, March 3, 2015

M 128 TRAGEDI 6: SULTAN KIRAM DAN LAHAD DATU

Image result for assalamualaikum jawi
TRAGEDI BERDARAH LAHADATU



Tiba-tiba suasana aman dalam negara dicemari berita pendaratan sekumpulan 'penceroboh bersenjata' dari negara Filipina yang mengakui sebagai ahli Kumpulan Kesultanan Sulu (Tentera DiRaja?) yang menuntut pembebasan Sabah dari Malaysia dan diserahkan semula kepada mereka.

Penceroboh yang mulanya dianggap sebagai lanun biasa rupanya mengambil tindakan serius untuk BERPERANG dengan Kerajaan Malaysia.

Peristiwa sebegini yang terakhir ialah pada 2 Julai 2000 apabila Kumpulan Al Maunah pimpinan Mohamamd Razali Mohamamd Amin bersama pengikutnya seramai 29 orang nekad menceroboh dan melarikan lebih 100 jenis senjata refal jenis M-16, Styr di Kem 304 RAW, Temenggor, Perak.  Mereka bergerak dengan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda mengambil posisi persembunyian di Bukit Jenalik Sauk (Kuala Kangsar).  Mereka merancang untuk menggulingkan Kerajaan. Peristiwa itu diselesaikan pada 5 Julai 2000 setelah kumpulan pemberontak menyerah diri.  Peristiwa itu telah mengorbankan 3 nyawa, seorang anggota PDRM (Kpl Shangadevan), seorang angggota ATM (Tpr Mathew ak Medan) dan seorang anggota kumpulan Al Maunah (Abu Bakar Ismail).

Sebelum itu, satu lagi tragedi yang hampir serupa telah berlaku di Memali, Kedah pada 19 November 1985.  Dalam tragedi ini, sekumpulan orang kampung yang diketuai oleh seorang guru Agama bernama Ibtahim bin Mahmud atau lebih dikenali sebagi Ibrahim Libya telah disyaki mengumpulkan kekuatan menentang Kerajaan. Lanjutan itu pihak PDRM telah membuat risikan dan kepungan di kawasan tersebut.  kepungan Polis ini telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung.  Ibtahim Libya bersama 39 pengikutnya yang hanya bersenjatakan senjatan tajam seperti parang, buluh runcing dan molotov koktail.  Peristiwa ini telah mengorbankan 14 orang penduduk kampung.  Di pihak polis seramai 3 anggotanya mati tertembak dipercayai tertembak oleh anggotanya sendiri yang terkeliru kerana dibuktikan oleh fakta bahawa penduduk kampung tidak mempunyai senjata api.

Dan peristiwa Lahad datu ini sekali lagi menggemparkan ketenangan dan keamanan negara.

KRONOLOGI RINGKAS PERISTIWA

Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.

9 Feb 2013 - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.


12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


  

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Rujukan; http://theflyingkick.blogspot.com/
.

mynewshub.my
.
 
 
  
.
Oleh kerana pencerobohan ini tidak bersifat ketenteraan yang mewakili sebuah negara dengan niat untuk menyerang, menakluk atau menawan mana-mana wilayah Malaysia ia dikategorikan sebagai isu Keselamatan Dalam Negeri.  Maka ia di bawah bidangkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  Ini yang tidak difahami oleh sebahagian besar rakyat negara.

Oleh itu keluar pelbagai kenyataan yang mempertikai keputusan pemimpin negara menyerahkan kepada pihak PDRM untuk menangani isu ini.  Tidak kurang juga yang menghina ATM sebagai pengecut dan makan gaji buta kerana tidak terlibat dalam operasi menghapuskan pencerobohan ini.

Walaupun semua tindakan dilakukan oleh pihak PDRM dan kematian juga melibatkan anggota PDRM, masih ramai (sama ada online news, bloggers dan media baru yang lain yang membuat kenyataan membabi buta dengan menyebut 'tentera' dalam penulisan mereka.  

Begitulah keadaannya apabila penyaloran maklumat tidak disampaikan dengan tepat dan rakyat tidak diberikan maklumat yang betul tentang KENAPA urusan menangani pencerobohan oleh anggota KKS diserahkan kepada PDRM.

ALLAHYARHAM ASP ZULKIFLI BIN MAMAT (kiri)


TRAGEDI 1: 1 MAC 2013


LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.  Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. – Bernama
Senarai masa korban/kecederaan:
  1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Terkorban).
  2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Terkorban).
  3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (Cedera di tangan dan kaki).
  4. ]Koperal 135383 Azman B. Ampong (Cedera di punggung/peha – kini ditempatkan di Hospital Lahad Datu) – Kpl Azman kemudiannya telah meninggal dunia.
  5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum’aiqal B. Zolkifli (Cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki).
TRAGEDI 2: 2 MAC 2013

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi. Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Pegawai PDRM yang terbunuh ialah Supt Ibrahim bin Lebar dari JSJ (E1) Bukit Aman.
Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan. Difahamkan juga penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.


TRAGEDI 3: 2 MAC 2013

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh. 

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
Lima mangsa korban serangan adalah:

  1. ASP Michael anak Padel (36), Ketua Cawang Khas Daerah Semporna.
  2. Sjn Abd Aziz bin Sarikun– PGA Bn 14, Semporna.
  3. Kpl Mohd Azrul  bin Tukiran – PGA Bn 14, Semporna
  4. Sjn Bahrin bin Hamit – Bahagian Jenayah (E1) IPK Sabah.
  5. Kpl Salam bin Togiran – Cawangan Khas, Tawau.



Sedikit maklumat mengenai kaitan Kesultanan Sulu dengan Sabah.

Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu bahawa "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan British North Borneo Company (BNBC) atau Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (sebelum pembentukan Malaysia).  

Apa yang menarik ialah; apakah yang Sultan Sulu telah lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.

Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap& masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi. 





RUJUKAN: http://di-sini-bermula.blogspot.com/2013/03/surat-permanent-leasedpajakansewa-kekal.html
.
 
Sejak bila di dalam PEPUBLIK FILIPINA ada negeri bersultan? Pernah ke Kerajaan Filipina iktiraf satu lagi Kerajaan dalam Filipina.
 

.

Lahad Datu: IGP - More Sulu gunmen killed in clashes at three locations near Kg Tanduo

LAHAD DATU, March 6, Malaysian security forces have killed more gunmen as they expanded their hunt for the armed Sulu group Wednesday, after Tuesday's offensive against the group that had been holed up at the remote Kampung Tanduo, some 160km from here.
Inspector-General of Police said the gunmen were killed in clashes at three separate locations after police and army personnel widened their search to Kampung Tanjung Batu, about two kilometres from Kampung Tanduo.

"We believed some of the enemy has been killed although we cannot confirm the casualty figures for now," he added. He said they believed the Sulu gunmen had managed to slip into Kampung Tanjung Batu from Kampung Tanduo and the police were pursuing them there.


32 Lagi Anggota Penceroboh Ditumpaskan di Kampung Tanjung Batu
BERNAMA - Thursday, March 07, 2013

LAHAD DATU, (BERNAMA) -- Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan ''ground zero'' di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat Jeneral.

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi.

"Tiada anggota keselamatan yang cedera," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada pukul 5 petang ini di Felda Sahabat 16 di sini. 

Ismail berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. 

Beliau berkata keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

"Kawasan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu masih dalam kepungan anggota pasukan keselamatan," katanya.

Zulkifeli pula berkata pasukan keselamatan yang menjalankan operasi susulan dan penggeledahan itu diminta sentiasa berhati-hati bagi memastikan tiada anggota yang cedera.

"Biar makan masa sedikit...ia usaha untuk mengelak perkara tak diingini berlaku," katanya.



Penubuhan ESSCOM 

KOTA KINABALU, (Bernama) 11 Mac 13 - Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1,400 kilometer di pantai timur Sabah akan dinamakan sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau berkata nama ESSCOM itu dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah (JKKN) pada mesyuaratnya di sini hari ini.
"Penggunaan nama ESSCOM dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan perincian butiran lanjut mengenai hal ini akan diumumkan oleh Perdana Menteri nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu.
Khamis lepas, Najib mengumumkan kerajaan akan mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas ketika meninjau operasi pasukan keselamatan membanteras pengganas di Felda Sahabat 16, berdekatan dengan Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kumpulan pengganas dari selatan Filipina itu memasuki Kampung Tanduo pada 12 Feb lalu dan sejak itu menjadikan kampung itu sebagai kubu mereka serta enggan menyerah diri atau meletak senjata.
Pada 1 dan 2 Mac lalu, kumpulan pengganas itu melakukan serangan hendap terhadap pasukan keselamatan negara, mengakibatkan lapan anggota polis terkorban di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul, Semporna.
Musa, semasa mengadakan persidangan video dengan Najib di Putrajaya hari ini, berkata rakyat menyambut baik pengumuman perdana menteri mengenai Kawasan Keselamatan Khas dari Kudat ke Tawau.
Selain itu, lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di lokasi strategik sepanjang kawasan itu dengan pusat kawalannya di Lahad Datu.
"Saya yakin, langkah ini akan meningkatkan lagi keyakinan rakyat, pelabur dan pelancong terhadap tahap keselamatan khususnya di kawasan pantai timur Sabah," katanya.
 
Pada persidangan video itu, Musa turut menghargai pengorbanan anggota keselamatan yang sedang bertugas menjaga keselamatan rakyat di Sabah khususnya di Lahad Datu.
 
"Pengorbanan anggota keselamatan tidak sekali-kali dilupakan sebaliknya rakyat Sabah akan terus mengingati dan menyanjung tinggi segala bakti dan pengorbanan mereka," katanya.



Warga ATM  duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam
KUALA LUMPUR 13 Mac - Kementerian Pertahanan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat.

Ghafir membuat dakwaan itu ketika berucap pada Forum T anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di Jalan Maharajalela di sini semalam. 

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada Utusan Online berhubung peranan ATM di Lahad Datu:
  • Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal.
  • Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima.
  • Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.
  • Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar.
  • Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.
  • Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain.

Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan.

Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. 

Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.



Pertempuran Lagi

LAHAD DATU, 20 Mac 2013 (Bernama) - Empat pertempuran berlaku antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi menggeledah dan menjejaki musuh di kawasan Tanjung Batu, di sini semalam.

Tiada kecederaan dilapor dalam empat pertempuran antara 8.05 pagi hingga 5 petang itu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini. 

Beliau berkata dalam operasi semalam, pasukan keselamatan turut menahan tiga lagi individu di Sandakan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas, menjadikan jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.

Segala laporan siasatan telah siap dan kesemua mereka akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat, katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Hamza berkata operasi menggeledah, menjejaki musuh dan membersih kawasan kubu pengganas di Tanjung Batu dijangka selesai hari ini dan pihaknya percaya bilangan pengganas yang tinggal, kurang daripada 50 orang. 

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata pasukan keselamatan turut menggunakan 12 kereta perisai berantai Adnan yang mampu bergerak dalam pelbagai bentuk muka bumi.


"Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kereta perisai kami dalam melancarkan Operasi Daulat," katanya.


Krisis pencerobohan pengganas dari Sulu sejak 12 Feb lepas mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan manakala seorang anggota tentera maut dalam kemalangan jalan raya ketika menyertai konvoi Operasi Daulat.Seramai 62 pengganas ditembak mati dan 241 orang ditahan kerana memasuki zon merah kawasan operasi dan pelbagai kesalahan lain.

ULASAN PERIBADIKU

Hari ini aku belum berkesempatan untuk menulis ulasan berkaitan peristiwa Lahad Datu.  Aku masih amat kepenatan sepulangnya dari Kota Kinabalu pada 2 Mac 2013 jam 2030H. Secara ringkas, skop ulasanku nanti bakal meliputi isu atau perkara-perkara berikut.

  • Kepentingan ATM dan PDRM semasa negara aman. Tentera diwujudkan bukan untuk berperang (sahaja). Negara aman bermakna tentera dan polis berkerja (sentiasa siapsiaga).
  • Seluruh organisasi ATM dan PDRM perlu sentiasa bersedia kerana musuh tidak mengira waktu.  Boleh berlaku dalam negara atau ancaman dari luar.
  • ATM dan PDRM memerlukan latihan operasi yang berterusan - faktor cegah-rintang (deterrent)
  • ATM dan PDRM amat memerlukan peralatan yang canggih (berteknologi tinggi) dan bersesuaian dengan persekitaran.
  • Bukan mudah mencipta sandiwara.
  • Sensitiviti Malaysia bersempadan (tanah) dengan Thailand, Indonesia, Brunei) dan sempadan laut (berpulau) yang amat rapat dengan wilayah berkrisis di Filipina.
  • Hubungan antara tentera, polis dan rakyat perlu sentiasa rapat dan teguh. 
  • Isu keselamatan tidak wajar sama sekali dipolitikkan- ia memerlukan sokongan padu satu negara.
  • Kepelbagaian fahaman politik, bentuk kerajaan serta sosio-budaya negara-negara sahabat, menyebabkan sukarnya Kerajaan untuk menjaga perhubungan antara bangsa khususnya negara jiran ASEAN.  Setiap tindakan memelrukan perhalusan bagai menarik rambut dalam tepung.
  • Perbezaan peranan dan bidang tugas ATM dan PDRM.
  • Generasi muda buta sejarah. Mereka hanya ingin kebebasan. Mereka tidak pernah merasai suasana kesengsaraan dan hidup dalam penghinaan sekiranya kebebasan lenyap akibat pergaduhan sesama sendiri. Setiap individu perlu belajar sejarah dan jangan melupakan sejarah berdarah negara.  Ambil contoh-contoh penderitaan rakyat akibat persengketaan antara kaum/fahaman politi yang berlaku di negara-negara Afrika dan Asia Barat.
  • Perbelanjaan berjuta untuk ATM/PDRM mesti dilaksanakan dengan hikmah dan integriti. Beli peralatan yang benar-benar perlu. Bukan sekadar beli untuk mewujudkan perniagaan.

No comments:

Post a Comment