MEROKOK HUKUMNYA HARAM
ATAU
DIHARAMKAN MEROKOK
ATAU
DIHARAMKAN MEROKOK
Sejak bila aku kenal apa itu rokok?. Tiada tarikh yang tepat, tapi sejak aku kenal bapak aku, sejak itu aku tahu apa itu rokok. Sejak bapak aku menghisap rokok daun buatan sendiri (beli daun rokok, tembakau dan cengkih dan gulung sendiri menjadi rokok). Kemudian dia bertukar kepada rokok buatan kilang yang terdiri dari pelbagai jenama. Apa yang aku ingat ialah rokok Torch Light, Ardath, White Horse, Signal, 555, Camel dan macam-macam jenama lagi yang bertukar ganti. Aku sendiri pun dah tak ingat lagi. Bayangkan, sejak aku kenal bapak sampai sekarang aku dah berusia 52 tahun, bapak masih kuat merokok. Kalau dikumpulkan kotak rokok hisapan bapak aku, mungkin boleh buat rumah banglo banyak tingkat. Biarpun begitu, pantang bapak aku ialah melihat anaknya
merokok. Apatah lagi kalau masih bersekolah.
Kalau dia tau anak-ananya merokok, memang mampus kena hambat dan kena
belasah. Falsafah bapak aku ialah IKUT APA YANG AKU SURUH, JANGAN IKUT APA YANG
AKU BUAT!
Ada juga aku curi-curi hisap rokok bila bersama kawan-kawan. Sesekali je la, takut kantoi kat bapak aku. Biasanya kami menghisap rokok di tangga surau (malam-malam) atau semasa rewang kerja kawin. Itu pun puas cuci mulut sebelum balik, supaya bapak tak bau mulut kami.
Aku sendiri mula pandai hisap rokok secara komersil (beli sendiri sekotak rokok) ialah semasa aku belajar di UTM (1977-1979). Tetau je la architecture student, buat projek sampai jauh-jauh malam. Kena ada bekalan rokok. Tak de la kesan sangat untuk menahan ngantuk, ikut kawan-kawan.
Tabiat merokok aku teruskan semasa mengikuti latihan Pegawai Kedet di SPK, Port Dickson. Ambik rokok di kantin, tolak hutang setiap bulan (buku kecik). Bayangkan masa buat final clearance' salah satu tempat yang kena tandatangan dan cop ialah kantin SPK. Untuk menentukan semua pegawai kedet menjelaskan hutang. Di SPK, hampir 90% pegawai kedet hisap rokok. Apa taknya, pagi kena PT sejam, lepas mandi dan breakfast masuk kelas. Jadi tujuan utama merokok adalah untuk mengelakkan mengantuk atau tidur dlam kelas. Tau je la, kalau kena tangkap lentok dalam kelas, memang kena penampar instructor atau kena pengetuk Staff yang berada di belakang kelas. Pernah, semasa dalam kelas di SPK, aku hisap rokok untuk mengelakkan ngantuk atau tertidur dalam kelas. Tak sedar, habis rokok kerana terlelap jugak. Hasilnya kena pelempang dan lari keliling blok.
Semasa bertugas di TUDM Kuching (1981-1983), aku ada hisap rokok sesekali, ikut mood. Biasalah, kehidupan orang bujang, ikut langkah kengkawan dalam mess. Rokok murah pulak tu. Dapat pulak bekalan rokok Djarum dam Keretek dari Pontianak Indonesia. Bergaya masa tu. Aku berhenti hisap rokok apabila mula menjalani kursus Asas Pegawai Logistik di TUDM Kinrara pada tahun 1983. Masa berhenti itu bukan sebab hukum HARAM ini tetapi setelah memikirkan ia adalah perbuatan yang membazir dan sia-sia. Lagipun tunang aku tak suka lelaki yang merokok. COMPLETELY STOPPED.
Ada juga aku curi-curi hisap rokok bila bersama kawan-kawan. Sesekali je la, takut kantoi kat bapak aku. Biasanya kami menghisap rokok di tangga surau (malam-malam) atau semasa rewang kerja kawin. Itu pun puas cuci mulut sebelum balik, supaya bapak tak bau mulut kami.
Aku sendiri mula pandai hisap rokok secara komersil (beli sendiri sekotak rokok) ialah semasa aku belajar di UTM (1977-1979). Tetau je la architecture student, buat projek sampai jauh-jauh malam. Kena ada bekalan rokok. Tak de la kesan sangat untuk menahan ngantuk, ikut kawan-kawan.
Tabiat merokok aku teruskan semasa mengikuti latihan Pegawai Kedet di SPK, Port Dickson. Ambik rokok di kantin, tolak hutang setiap bulan (buku kecik). Bayangkan masa buat final clearance' salah satu tempat yang kena tandatangan dan cop ialah kantin SPK. Untuk menentukan semua pegawai kedet menjelaskan hutang. Di SPK, hampir 90% pegawai kedet hisap rokok. Apa taknya, pagi kena PT sejam, lepas mandi dan breakfast masuk kelas. Jadi tujuan utama merokok adalah untuk mengelakkan mengantuk atau tidur dlam kelas. Tau je la, kalau kena tangkap lentok dalam kelas, memang kena penampar instructor atau kena pengetuk Staff yang berada di belakang kelas. Pernah, semasa dalam kelas di SPK, aku hisap rokok untuk mengelakkan ngantuk atau tertidur dalam kelas. Tak sedar, habis rokok kerana terlelap jugak. Hasilnya kena pelempang dan lari keliling blok.
Semasa bertugas di TUDM Kuching (1981-1983), aku ada hisap rokok sesekali, ikut mood. Biasalah, kehidupan orang bujang, ikut langkah kengkawan dalam mess. Rokok murah pulak tu. Dapat pulak bekalan rokok Djarum dam Keretek dari Pontianak Indonesia. Bergaya masa tu. Aku berhenti hisap rokok apabila mula menjalani kursus Asas Pegawai Logistik di TUDM Kinrara pada tahun 1983. Masa berhenti itu bukan sebab hukum HARAM ini tetapi setelah memikirkan ia adalah perbuatan yang membazir dan sia-sia. Lagipun tunang aku tak suka lelaki yang merokok. COMPLETELY STOPPED.
Aku mohon kepada rakan-rakan dan saudara mara ku yang beragama Islam supaya BERHENTI merokok dengan serta merta dengan apa cara sekali pun. Bukan pasal penyakit barah, jantung, stroke atau sebagainya TETAPI atas dasar HUKUMnya HARAM. Kenapa? Kerana Merokok itu HARAM.
Kalau kurang yakin, bacalah artikel seterusnya.
Apa Itu Rokok?
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin. Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam poket. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan stroke atau jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.
Bahan Kimia Dalam Rokok
Ini adalah beberapa bahan kimia yang terkandung di dalam rokok: Nikotin, kandungan yang menyebabkan perokok merasa tenang. Tar, yang terdiri daripada lebih daripada 4000 bahan kimia yang mana 60 bahan kimia di antaranya bersifat karsinogen. Sianida, sebatian kimia yang mengandungi kumpulan cyano. Benzene, juga dikenali sebagai bensol, bahan kimia organik yang mudah terbakar dan tidak berwarna. Cadmium, logam yang sangat beracun dan radioaktif. Metanol (alkohol kayu), alkohol yang paling mudah yang juga dikenali sebagai metil alkohol. Asetilena, merupakan sebatian kimia tak tepu yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana. Amonia, boleh ditemui di mana-mana, tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu. Formaldehid, cecair yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat. Hidrogen sianida, racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai bahan pembuat plastik dan racun perosak. Arsenik, bahan yang terdapat dalam racun tikus. Karbon monoksida, bahan kimia toksik yang ditemui dalam asap buangan kereta.
Pandangan Peribadi
Sejak aku berhenti merokok pada tahun 1983, aku menjadi amat tidak suka kepada perokok. Pada masa itu alasan aku tidak suka bukan pasal hukum ugama tetapi setelah memikirkan bahawa merokok adalah perbuatan yang membazir, sia-sia dan juga boleh menyebabkan beberapa penyakit merbahaya. Pada masa yang sama, tunang aku masa itu tidak suka lelaki yang merokok. Walaupun fatwa pengharaman rokok dibuat oleh JAKIM pada tahun 1995, perbincangan mengenainya telah bermula pada tahun 1970. Sebelum itu, aku menganggap, menghisap rokok hanyalah MAKRUH sahaja- ditinggalkan dapat pahala, dilakukan tak dapat apa-apa.
Aku semakin tidak menyukai tabiat perokok atas alasan tertentu seperti berikut:
- Aku adalah alergi asap rokok. Bila bercampur bersama penghisap rokok, aku menjadi sesak nafas dan batuk. Alergi.
- Aku cukup BENCI dengan orang yang semeja makan dengan aku tanpa rasa bersalah menghisap rokok sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perasaan rakan semeja.
- Sebahagian besar perokok adalah kurang disiplin apabila merokok seperti menajatuhkan habuk rokok merata-rata atau menenyeh atau mencampak puntung rokok sesuka hati.
.ROKOK DARI PANDANGAN ISLAM
Tabiat merokok bukan sahaja menjadi satu kemestian pelajar di pusat pengajian tinggi bahkan telah menjalar di kalangan kanak-kanak sekolah (lebih sedih lagi di sekolah rendah). Lebih memeningkan kepala ialah di kalangan perokok tegar adalah mereka yang bergelar USTAZ, PENDAKWAH (yang kerjanya mengajar dan menyampaikan maklumat amal makruf dan nahi munkar), GURU, DOKTOR dan juga para pemimpin masyarakat dan negara.
Nasihat tentang bahaya merokok hanya jadi bahan gurauan- senang sahaja jawapan mereka - banyak bukti bahwa mereka yang telah bertahun-tahun merokok, orang tersebut masih hidup sihat dan tak pernah masuk hospital tapi ramai yang tidak pernah menyentuh rokok dihidapi pelbagai penyakit dan mati di usia muda.
Kebiasaan merokok yang sangat sukar dihapuskan kerana tiada contoh yang baik dari tokoh masyarakat untuk tidak merokok. Bayangkan kalau seorang doktor atau ustaz menghisap rokok di khalayak ramai. Bukankah itu bahan bukti yang nyata bahawa merokok itu tidak merbahaya dan tidak HARAM?. Maka para perokok akan menggunakan ustaz dan doktor ini sebagai reference untuk menangkis pendapat bahawa merokok adalah merbahaya dan haram. Para ulamak dan ustaz perokok ini rela menjual ajaran agama Islam hanya demi memuaskan nafsu mereka untuk merokok. Mereka beralasan bahawa:
- Merokok TIDAK HARAM hanya MAKRUH sahaja kerana Nabi Muhammad (saw) tidak pernah mengharamkannya. Kata mereka, pada zaman Nabi tidak ada benda yang namanya rokok, maka jangan mengada-ada atau membuat hukum baru (BID'AH) bahwa rokok itu haram. Tidak ada dalil dalam Qur’an maupun Hadis yang menerangkan bahwa merokok haram.
- Menganggap merokok dapat mempercepat kematian sama saja menolak takdir Allah. Hanya Allah yang menentukan waktu ajalnya seseorang. Bila saatnya ajal tiba ya pasti tiba, tidak ada yang namanya rokok menyebabkan kematian. Hanya Allah yang berkehendak atas kematian seseorang. Mereka berbicara seolah-olah sangat faham akan takdir Tuhan atau seolah-olah sudah mencapai ma’rifatullah.
Namun, apakah memang demikian adanya ajaran Islam? Apakah ajaran Islam membolehkan sesuatu yang jelas-jelas berbahaya bagi kesihatan?
- Untuk point pertama , alasan yang diberikan diatas sangatlah mudah untuk dipatahkan. Mengatakan bahwa merokok tidak haram lantaran rokok tidak dijelaskan pada zaman nabi Muhammad sama saja dengan mengatakan bahwa melihat gambar porno di internet tidak haram karena pada zaman Nabi Muhmmad tidak ada yang namanya internet. Poin 1 tersebut hanyalah mengada-ngada, mencari-cari alasan. Itulah sangat diperlukan pemahaman terhadap suatu ajaran, jangan berpikiran kuno. Itulah gunanya fatwa yaitu untuk mencari hukum sesuatu yang keadaan yang belum diterangkan pada zaman Rasulullah dengan berdasarkan pemahaman terhadap Qur’an dan Hadis.
- Untuk kenyataan kedua juga dapat dikatakan sebagai mengada-ada. Misalnya bila seseorang dengan sengaja berdiri ditengah jalan yang banyak kenderaannya dan sedang melaju kencang pula dimana kemungkinan 99% orang itu dilanggar dan boleh mati, apakah kita boleh mengatakan bahwa kematian orang tersebut adalah takdir Tuhan? Enak saja kita menyalahkan Tuhan atau mengkambinghitamkan Tuhan atas kesalahan yang telah kita perbuat sendiri. Ini sudah diklasifikasikan sebagai pengikut fahaman Jabariyah. Tindakan tersebut adalah bunuh diri. Sama saja dengan sengaja merokok yang bererti dengan sengaja mencemarkan dan merosakkan kesihatan sendiri yang akibatnya boleh mempercepatkan kematian.
Sehubungan itu, apakah memang ada dalil yang menyatakan haram merokok? Rokok memang tidak ada pada zaman Nabi SAW tetapi Islam datang membawa pelbagai kaedah umum yang melarang segala sesuatu yang mendatangkan bahaya bagi badan atau menyakiti tetangga atau menyia-nyiakan harta.
Firman Allah SWT :
”Dan menghalalkan yang baik bagi mereka serta mengharamkan bagi mereka segala yang buruk”.(Qur’an Surat Al-A’raf : 157)
”Janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan” (Qur’an Surat Al-Baqarah : 195)
Pakar kesihatan telah sepakat semuanya bahwa merokok berbahaya dari segi kesihatan (membawa kebinasaan), seperti penyakit kanser, penyakit paru obstruktif kronik, kecacatan janin bagi wanita hamil yang merokok, impotensi dan lain-lain.
”Dan janganlah kamu membunuh dirimu” (Qur’an Surat Annisa : 29)
Rokok membunuh secara perlahan-lahan.
”Barangsiapa menghirup racun hingga mati maka razun itu akan berada di tangannya lalu dihirupkan selama-lamanya di neraka Jahannam” (H.R.Muslim)
Rokok mengandung racun (nikotin) yang membunuh pelakunya perlahan-lahan dan menyiksanya.
”Dosa keduanya (arak dan judi) lebih besar dari manfaatnya.” (Qur’an Surat Al-Baqarah : 219)
Rokok bahayanya lebih besar daripada manfaatnya.
”Janganlah menghambur-hamburkan hartamu dengan boris karena pemborosan itu adalah sudaranya setan” (Qur’an Surat Al-Isro : 26).
”Allah membencimu karena kamu menyia-nyiakan harta” (H.R.Bukhari-Muslim)
Rokok adalah pemborosan. Sungguh aneh sekali, ada seorang kepala rumah tangga miskin yang lebih senang menghabiskan uangnya untuk membeli rokok daripada membeli makanan untuk anak-anak dan istrinya yang kelaparan. Rasulullah SAW bersabda :
”Tidak boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain”
Rokok membahayakan orang lain yang tidak sengaja menghirupnya. Dari dalil-dalil diatas dapat disimpulkan bahwa merokok Haram, alasannya:
- Merokok membahayakan atau merugikan diri sendiri.
- Merokok membahayakan atau merugikan orang lain.
- Merokok merupakan tindakan pemborosan
dipetik dari: www.abrahamik.wordpress.com
FATWA KERAJAAN 'PUSAT' MALAYSIA
'HARAM MEROKOK'
Keputusan:
Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar. (Rujukan: Fatwa 1995/37/3)
Keterangan/Hujah:
i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27:
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya".
"Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya".
ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195: Maksudnya: "Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"
iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157: Maksudnya: "Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka".
iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiap-tiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud).
v. Merokok mengeluarkan bau yang busuk sehingga boleh mengganggu orang lain yang duduk berdekatan apa lagi para Malaikat. Sabda Baginda s.a.w.: bermaksud; "Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah". (Hadis riwayat at-Thabrani).
vi. Islam amat mementingkan kesihatan yang sempurna dan bersih dalam segala hal. Ini kerana kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman, sebaliknya perokok itu adalah seorang pengotor. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman"
Tabiat Merokok bukan sahaja mempunyai kaitan dengan aspek kesihatan, ekonomi dan social, malahan ia juga melibatkan sudut keagamaan dan hukum. Sebenarnya tabiat atau gejala merokok di kalangan umat Islam kini bukan dibenarkan di dalam Islam. Islam telah menegah malah mengharamkan tabiat merokok di kalangan umat-umatnya. Ini menunjukkan bahawa perihal halal telah jelas dan perkara haram telahpun dijelaskan dengan setepat-tepatnya. Hanya yang benar-benar beriman sahaja yang lebih maklum dan dapat membezakan di antara yang baik dan yang buruk, di antara yang halal dan haram.
Menurut suatu sumber, rokok digunakan dalam satu upacara keagamaan oleh pendeta-pendeta kaum Maya di Mexico, sebelum masehi lagi. Sebahagian ahli sejarah mengatakan bahawa rokok itu mula dikenali di negara Yahudi (musuh Allah dan Rasul) Di sanalah rokok diperkembangkan ke negara-negara jiran dan lain kawasan di dunia untuk melemahkan manusia-manusia sihat khususnya penganut-penganut Islam yang bersih.
Pendapat lain mengatakan, Orang-orang Kristian dan Eropah memperkembangkan rokok ke negara-negara jajahannya untuk menindas negara itu dari segi ekonomi, fizikal dan mental sesudah bahan itu dibawa dari Amerika berikutan penemuan itu pada 1492 masehi oleh seorang Putera Itali iaitu Christopher Colombus (1451 - 1506).
Diulangi sekali lagi.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
(The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.)
Keterangan/Hujah:
Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
- Mengandungi Bahan Racun. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
- Penyebab Penyakit. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
- Penyebab Kematian. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
- Makanan Boleh Memabukkan. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
- Memudharatkan Kesihatan dan Anasir Pembaziran. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
- Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
- Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
- Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni).
- Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.
- Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
- Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.
- Pembaziran yang tidak ada keperluannya.
- Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
- Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok. Antaranya seperti berikut:
- Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
- Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
- Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:
“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”
“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.
Rujukan: http://www.e-fatwa.gov.my/
Berasaskan fatwa atau hukum Syariah di atas, maka menghisap rokok tu boleh lah dikategorikan sekumpulan atau serupa sahaja dengan minum arak, main judi, makan benda najis (bangkai dan sebagainya) serta perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Oleh itu, sekali lagi aku mohon kepada rakan-rakan dan saudara mara ku yang membaca artikel ini supaya BERHENTI merokok dengan serta merta dengan apa cara sekali pun. Bukan pasal penyakit barah, jantung, stroke atau sebagainya TETAPI atas dasar HUKUMnya HARAM.
Janganlah kita mencari pelbagai alasan dan dalih untuk mengharuskan perbuatan kita. Biarlah Ustaz yang menghisap rokok kata ia hanyalah MAKRUH. Ustaz juga manusia biasa yang tidak maasum. Kalau Ustaz menghisap rokok, bermakna ustaz itu berterusan mengerjakan perkara HARAM, maka Ustaz itu adalah dari golongan FASIK juga. Maka Ustaz seperti itu juga dikategorikan sebagai TIDAK LAYAK untuk menjadi Imam Solat kita.
Tepuklah dada tanyalah IMAN kita.
Mengikut rekod World Health Organization (WHO) tahun 2000, kecenderungan merokok mengikut jantina adalah seperti berikut:
- Afrika: Lelaki (29%) dan Wanita (4%)
- Amerika Syarikat: Lelaki (35%) dan Wanita (22%)
- Mediterranean: Lelaki (35%) dan Wanita (4%)
- Eropah: Lelaki (46%) dan Wanita (26%)
- Asia Tenggara: Lelaki (44%) dan Wanita (4%)
- Pasifik Barat: Lelaki (60%) dan Wanita (8%)
Fakta Rokok Global
- Jumlah perokok seluruh dunia dianggarkan sekitar 1.15 bilion orang.
- Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus perokok adalah di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.
- Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
- Dalam kalangan remaja di seluruh dunia yang berumur antara 13 dan 15 tahun, dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
- Secara kasar, 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari dan separuh daripada jumlah itu di negara-negara Asia.
- Di Amerika Syarikat mendapati kecenderungan kanak-kanak yang merokok untuk menjadi penagih dadah adalah 13 kali ganda berbanding kanak-kanak yang tidak kerap merokok!
- Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
- Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.
- Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.
- Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
- Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.
- Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.
- Ini bermakna RM5.8bilion setahun.
ROKOK, AGAMA & SOSIO-POLITIK
Beberapa persoalan dan isu yang ada jawapan tetapi tidak ada siapa yang berani menjawab atau tiada jawapan untuk dijawabkan atau ada jawapan tetapi terpaksa disimpan demi kepentingan banyak pihak?
Berasaskan persoalan dan isu di atas, wajarkah Kerajaan meletakkan HUKUM HARAM dari segi Syariah ke atas perbuatan merokok?
- Oleh kerana hukum HARAM ke atas perbuatan merokok ditetapkan oleh Majlis Fatwa secara ijtihad, bukan berdasarkan hukum yang ditetapkan secara direct oleh Ayat Qur'an dan Hadith seperti minum arak, menenung nasib, makan daging babi, berjudi dan sebagainya, maka MUNGKIN haram merokok adalah jatuh dalam kategori HARAM yang ringan??
- Oleh kerana ada antara Mufti, Kadhi, Imam, Pengerusi/Pengarah Majlis Agama Islam, Pengarah Jabatan Agama Islam yang terlibat dalam membuat keputusan FATWA mengharamkan rokok itu mungkin ada yang menghisap rokok, maka hukum tersebut dianggap sebagai LEMAH. Macam hadith bila terdapat salah seorang dalam sanadnya didapati pernah berbuat perkara yang tidak baik, amka hadith dianggap sebagai hadith lemah (dho'if).
- Haram yang setaraf dengan rokok (diputuskan oleh Majlis Fatwa), ialah mengambil dadah dihukumkan haram, minum daun ketum dan menghidu gam dianggap haram (salah) walaupun tidak ditetapkan oleh Majlis Fatwa. Tapi kalau hisap dadah, hidu gam, dan minum daun ketum, akan ditangkap dan dihukum! Tapi orang menghisap rokok secara terbuka, walaupun dihukumkan HARAM, tiada apa-apa tindakan diambil. Malah ada bangunan yang menyediakan tempat khas kepada perokok!. DOUBLE STANDARD?
- Kurang pasti sama ada Kerajaan Kelantan (Majlis Islam Negeri) mengharamkan rokok dan tembakau atau tidak. Kalau ada niat atau ada kertas kerja pun mungkin terpaksa disimpan dalam laci sahaja kerana Kelantan adalah pengeluar daun tembakau yang tertinggi di Malaysia. Beranikah ULAMAK PAS mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengHARAMkan tanaman tembakau dan mengHARAMkan industri pembuatan rokok atau mengHARAMkan penjualan rokok secara terbuka?.
Fakta Ekonomi Negara 2001
Hasil daripada duti import ke atas tembakau, cerut dan rokok dijangka meningkat 94% daripada anggaran asal yang berjumlah RM128 juta kepada RM248 juta pada tahun 2002 dan 82% lebih tinggi daripada pungutan sebenar tahun 2001 yang berjumlah RM136 juta. Hasil yang disemak bagi duti eksais ke atas rokok dijangka berjumlah RM780 juta, iaitu 11% lebih rendah daripada anggaran asal yang berjumlah RM872 juta tetapi 6% lebih tinggi daripada hasil yang dipungut pada tahun 2001 sebanyak RM736 juta.
naik 4 kali ganda 9 tahun kemudian
Fakta Ekonomi Negara 2010
Hasil duti import ke atas tembakau, rokok dan cerut pula dijangka berkurangan sebanyak 42% daripada anggaran asal yang berjumlah RM48 juta kepada RM28 juta pada tahun 2011 dan 24% lebih rendah daripada pungutan sebenar tahun 2010 yang berjumlah RM37 juta. Walau bagaimanapun, hasil disemak tahun 2011 bagi duti eksais ke atas barangan yang sama dijangka berjumlah RM3,128 juta, iaitu 7% lebih tinggi daripada pungutan sebenar tahun 2010 yang berjumlah RM2,930 juta. Berikutan peningkatan kadar duti eksais ke atas rokok sebanyak 3 sen sebatang pada 1 Oktober 2010, hasil daripada rokok import dijangka berkurangan sebanyak 24% manakala hasil daripada rokok tempatan dijangka meningkat sebanyak 7% berbanding kutipan tahun 2010.
Berasaskan persoalan dan isu di atas, wajarkah Kerajaan meletakkan HUKUM HARAM dari segi Syariah ke atas perbuatan merokok?
No comments:
Post a Comment