felda
FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY
LEMBAGA KEMAJUAN
TANAH
PERSEKUTUAN
Bila
tengok PM merasmikan Menara Felda di Jalan Stonor malam tadi (7 Jul 2012) aku
teringat masa aku kecil-kecil dulu bapak aku bawa aku menziarahi datuk saudara
aku (adik Nyai aku) yang menjadi peneroka di Felda Ayer Hitam (tahun 60an).
Kami panggil dia Embah Amat. Masa itu tanah rancangan itu (kita
panggil LKTP) baru sahaja di buka. Jaraknya lebih kurang 20 batu
sahaja dari kampung aku. Pokok getah baru sahaja di tanam. Tiada
pokok-pokok besar di keliling rumah. Masih lapang dan panas. Yang
buat aku suka pada masa itu ialah kedudukan periginya di lembah yang agak
dalam. Masa tu air paip pun belum ada lagi. Kalau nak
mandi kami kena menuruni jurang di belakang rumah(kami panggil gaung).
Selepas
aku keluar dari kampung aku tidak pernah lagi menziarahi datuk saudara aku itu.
Hanya sekali sahaja, selepas aku berumahtangga, aku diajak oleh bapak aku untuk
menziarahi Embah Amat (mungkin masa tu tahun 90an). Keadaan sudah
berubah sangat, aku sendiri sudah lupa jalan-jalan di situ. Maklumlah
dah melebihi 40 tahun. Gaung yang aku sebut tadi pun dah dipenuhi
dengan pokok durian dan agak semak. Maklumlah Embah Amat pun dah
tua, semua kerja urusan ladang diupahkan sahaja. Embah Amat dan isterinya
pun sudah lama meninggal dunia. Kami di peringkat cucu-cicit sudah terputus
hubungan.
Beberapa
orang kampung aku juga telah ditawarkan ke tanah rancangan Felda. Antaranya
ialah jiran kami Wak Busro ke Felda Bukit Besar, Kulai dan Jamil Yusof ke Felda
Sg Mas, Kota Tinggi. Jamil telah meninggal dunia.
Pada
awal tahun 70an (masa itu aku dalam tingkatan 2-3, abang sulung aku Md Jahrom
(Long) mendapat kerja sebagai kerani di Felda Chemplak
(Segamat). Dia dapat rumah di situ, jadi kerap juga aku ikut bapak
ke sana. Dia pun bertemu jodoh dengan isterinya Kak Nah (Sharifah Zainah) pun
di sana juga. Kemudian mereka ditukarkan ke Felda Bukit Batu,
Kulai. Lepas itu aku lupa, di Felda mana dia ditukarkan.
Setelah berhenti dari Felda, Long bertukar kerja dengan Bousted Plantation
dan bertugas di beberapa tempat seperti Tg Semberong, Tereh, Bukit Belitung
sehingga dia bersara.
Begitulah
sedikit kaitan antara hidupku dengan Felda.
Kenapa Felda Diwujudkan?
Kenapa Felda Diwujudkan?
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau FELDA telah
ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development
Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah Akta (Pindaan 1991)
adalah seperti berikut:
1. Menjalankan dan
melaksanakan projek pembangunan tanah.
2. Memaju, memudah
dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial,
pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan
yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan
tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
3. Melaksanakan
kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana
FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan
pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
4. Membantu,
membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial
penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA.
Sejak penubuhannya, pentadbiran Felda kerap berubah-ubah
dari satu Kementerian ke satu kementerian yang lain. Di awal penubuhannya,
Felda diletak di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Pembangunan Ekonomi Desa.
Apabila Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah ditubuhkan
pada tahun 1974, Felda diletakkan di bawah Kementerian ini. Tetapi kemudiannya
dipindahkan semula di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Pada tahun 1987, Felda diletak pula di Jabatan Perdana
Menteri dan ditadbir terus oleh Timbalan Perdana Menteri. Kemudian dipindahkan
semula di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah.
Mulai awal April 2004, Felda diletakkan di bawah Jabatan
Perdana Menteri- terus di bawah Perdana Menteri.
.
Sejarah Felda
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) atau Federal Land
Development Authority (FELDA)) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang
menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan
yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini
menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan.
Skim-skim FELDA hanya dikhaskan untuk orang Melayu yang membentuk sebilangan
besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak
9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif
utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui
petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam
sebilangan bank utama Malaysia.
FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan
Tanah 1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya
RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi
pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957. Pada tahun 1958, lima skim yang
serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh
sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana
Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan
tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan
pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat
yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula
menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar.
Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75
km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan
FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala
agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di
negeri-negeri Sabah dan Sarawak.
almarhum Tun Razak - Bapa Felda - amat prihatin dan sentiasa mengambil berat pembangunan rakyat luar bandar
Dasar Pengambilan Peneroka
Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan
pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh
negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk
membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan
yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai
kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka Felda dipilih
daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar Bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan
antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang
tidak bertanah untuk berladang. Peneroka
baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 meter persegi) di petempatan yang
tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan
petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampong terancang
yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas
seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, kemudahan tersebut kini
diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.
Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai
koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri,
mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun,
peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak
berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian
mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi
itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana
berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam
fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual
tanah tanpa kebenaran FELDA atau Kerajaan Persekutuan.
Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka
FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang
dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.
Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan
kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan
besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan
berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini,
pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah
yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka
telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.
Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan
oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank
Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan
lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai
kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak
dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai
dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi Hak
peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya
dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai
peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk
bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang
telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan
pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah
yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan
diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus
Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan
peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara.
Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk
membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan
yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk
membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.
EVOLUSI LOGO FELDA
LEMBAH BILUT
(SATU CATATAN SEJARAH KEPERITAN PENEROKA)
(SATU CATATAN SEJARAH KEPERITAN PENEROKA)
Pada hari ini 2 OGOS 1959, rombongan seramai 30 orang tiba
di Tanah Rancangan Lembah Bilut untuk memulakan hidup baru sebagai peneroka di
situ. Mereka adalah kumpulan pertama yang telah dipilih dari seramai 9,000
pemohon untuk mendiami tanah rancangan Lembah Bilut, iaitu rancangan pembukaan
tanah yang terbesar pernah diusahakan oleh Felda sejak ia di tubuhkan. Untuk
peringkat pertama, dalam Rancangan 5 tahun pertama ini, Felda telah memilih
seramai 600 keluarga dari seluruh negeri Persekutuan Tanah Melayu.Ia dijangka
akan mengambil seramai 600 keluarga lagi di peringkat keduanya kelak.
Projek yang meliputi kawasan seluas 22 batu persegi ini
melibatkan perbelanjaan sebanyak 2½ juta ringgit. Setiap peserta yang telah
dipilih diberi tanah seluas 7 ekar bagi tanaman getah dan 3 ekar tanah dusun.
Untuk membangunkan tanah tersebut, pihak Felda juga menyediakan bantuan
pinjaman sebanyak 6,000 ringgit kepada setiap keluarga peserta. Pinjaman ini
perlu dibayar balik dalam jangka masa 5 tahun dari tarikh pinjaman dibuat.
Bagi memastikan kejayaan skim pertanian ini pula,
kerja-kerja pertanian peneroka diawasi dan diberi perhatian secara langsung
oleh pegawai Felda sendiri. Perhatian seumpama ini diteruskan hingga
peneroka-peneroka itu boleh berdikari.
Sesungguhnya pembukaan tanah Lembah Bilut pada hari ini
dalam tahun 1959 memberi erti yang besar kepada golongan miskin. Melalui
rancangan ini ramai dari mereka yang tidak berada telah berjaya memperolehi dan
memiliki tanah sendiri, malah dengan kejayaan ini mereka telah berpeluang
menikmati segala kemudahan yang disediakan oleh Felda untuk hidup yang lebih
selesa.
FELDA HARI INI
Hari ini Felda mempunyai jumlah keseluruhan 317 buah tanah
rancangan dengan keluasan 853,313 hektar tanah rancangan yang telah diusahakan
dengan jumlah peneroka seramai 43,123 (dengan jumlah isi rumah seramai 112,635
orang). dari jumlah 317 tanah Felda, 115
adalah dalam negeri Pahang.
Felda juga mempunyai 42 buah anak syarikat yang
mengendalikan pelbagai jenis perniagaan yang meliputi perladangan, perdagangan,
perkilangan, produk hiliran dan perkhidmatan.
Kesemua syarikat ini adalah di bawah Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) yang ditubuhkan dalam tahun 2009.
FGVH ditubuhkan pada 2009 ialah syarikat perniagaan global
yang terbabit dalam kegiatan perniagaan minyak dan lemak, oleokimia, logistik
dan perkhidmatan serta beroperasi di 13 negara seperti Amerika Syarikat,
Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat serta memiliki lebih 80 syarikat yang
aktif.
'
Fakta Tentang Menara FELDA
1. Official Name: Menara Felda, Platinum Park
2. Name Kompleks: Platinum Park
3: Nama lain: Federal Land Development Authority Tower
4. Alamat: No 11, Pesiaran KLCC, Platinum Park, KL
5. Bahan Struktur: Konkrit
6. Cadangan Projek: Tahun 2006
7. Pembinaan bermula: Tahun 2008
8. Disiapkan: Tahun 2012
9. Dirasmikan: pada 8 Julai 2012 oleh YAB Perdana Menteri Najib Tun Razak.
10. Kedudukan Ketinggian:
(a) No 410 di Asia
(b) No 10 di Malaysia
(c) No 9 di Kuala Lumpur
11. Syarikat yang terlibat:
(a) Pemilik: Federal Land Development Authority (Felda)
(b) Developer: NAZA TTDI Sdn Bhd
(c) Arkitek Rekabentuk: RSP Architects Sdn Bhd
(d) Jurutera Struktur: TY Lin international
(e) MEP Engineer: Perunding Kotrek Sdn Bhd
(f) Pengurus Projek: Mr Bovis Lend Lease
.
Wahai Generasi Felda,
BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH DI ATAS KEMAKMURAN YANG DITERIMA
DAN BERDOALAH KEPADA ALMARHUM TUN RAZAK YANG TELAH MEMBUKA JALAN KE ATAS KEMAKMURAN INI
.
Wahai Generasi Felda,
BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH DI ATAS KEMAKMURAN YANG DITERIMA
DAN BERDOALAH KEPADA ALMARHUM TUN RAZAK YANG TELAH MEMBUKA JALAN KE ATAS KEMAKMURAN INI
KESAH PAHIT MANIS PENEROKA FELDA MODEN
Selepas lima tahun kelahiran 500 jutawan segera -Berakhirnya pesta peneroka LBJ
Ramli Abdul Karim
(2002)
(2002)
LEBIH 40 tahun lalu tiga orang bekas peneroka Felda Lyndon B. Johnson (LBJ), Mohd. Yusoh Rasul, Borhan Ahmad dan Mohd. Rais Marzuki saling tidak mengenali. Latar
belakang keluarga dan asal-usul mereka pula banyak perbezaan. Cuma mereka mungkin sama-sama dihimpit masalah kemiskinan.
Tetapi selepas awal 1960-an sehingga kini, Yusoh, 78, Borhan, 75, dan Rais, 73, mula berkongsi sejarah pahit maung kehidupan sebagai peneroka Felda. Masing-masing dikurniakan purata sepuluh ekar (empat hektar) tanah ladang, dusun dan tapak rumah.
Pada tahun 1963, Yusoh yang ketika itu berusia 37 tahun membawa isterinya Mazmah Othman dan lima anaknya mencuba nasib di LBJ. Beliau yang berasal dari Kampung Puyau, Seri Menanti dekat Kuala Pilah, sedar kehidupan keluarganya serba kekurangan dan mungkin menjadi lebih tidak menentu jika beliau terus menetap di kampong.
Borhan yang berasal dari Kampung Batu, Rembau, pula ketika itu berusia 34 tahun dan meninggalkan kerjayanya sebagai tentera British di Singapura.
Manakala Rais yang berumur 32 tahun ketika itu berasal dari Kampung Kemin, Kuala Klawang, Jelebu. Beliau seorang bekas polis yang menyahut seruan kerajaan untuk menjadi peneroka tanah rancangan LBJ.
Selama empat dekad Yusoh, Borhan dan Rais mengharungi penat jerih mengusahakan ladang mereka yang tidak menjamin hidup senang lenang.
Seperti kata Borhan, "untuk membeli dan rasa naik motosikal pun terpaksa kumpul duit dan tunggu sehingga tahun 1970".
Lima tahun pertama menjadi peneroka, keluarga mereka bertiga bergantung penuh kepada wang sara diri RM70 sebulan hasil pemberian Felda sebelum getah mula ditoreh pada tahun 1968. Tidur Yusoh, Borhan dan Rais juga tidak pernah lena. Kalau musim hujan, mereka lebih sukar melelapkan mata. Apa tidaknya, kalau hujan keesokan hari mereka tidak boleh menoreh getah.
Selepas beberapa tahun di LBJ anak mereka pun bertambah. Anak Yusoh seramai lapan orang, Borhan tujuh orang dan Rais pula 12 orang.
Begitulah catatan ringkas mengenai kehidupan tiga peneroka sekawan yang diselaputi pelbagai pengalaman dan kenangan pahit di LBJ. Hidup yang tidak menentu melanda diri mereka dan juga 500 peneroka lain. Ia berlarutan selama tiga abad sehingga pertengahan tahun 1990-an.
Tetapi mulai tahun 1996 dan kini, segala-galanya telah berubah. Keperitan hidup dan zaman berduka mereka telah pun berlalu dan keadaan berubah sekelip mata. Kepayahan menjadi peneroka dan lahir sebagai anak Felda seakan-akan telah pun dipadamkan daripada ingatan peneroka dan keluarga di LBJ.
Yusoh, Borhan dan Rais serta rakan-rakannya tidak lagi bergelar peneroka. Anak isteri mereka juga bukan lagi menjadi warga Felda. Cucu mereka pula tidak lagi dipanggil cucu tanah rancangan.
Selama 20 hingga 40 tahun menjadi penghuni Felda, keseluruhan penduduk Felda itu kini berbangga pula menjadi warga Kampung LBJ. Ia adalah nama baru perkampungan Felda LBJ berikutan penjualan tanah ladang mereka sepenuhnya kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) pada hujung 1996.
Ekoran itu, Yusoh, Borhan dan Rais serta 501 peneroka lain LBJ bertukar menjadi `jutawan segera' selepas menerima pembayaran RM1.2 juta hingga RM2 juta setiap seorang.
Sekali gus anak dan isteri mereka pula menjadi anak serta isteri jutawan. Cucu mereka juga berkongsi tuah mendapat nama cucu jutawan.
Cerita mengenai keluarga jutawan LBJ mendapat perhatian ramai dan liputan meluas daripada media terutama pada peringkat awal penjualan tanah mereka.
Kini wajah Kampung LBJ telah berubah sama sekali. Tiada lagi rumah usang yang diwarisi sejak awal penerokaan LBJ.
Tiada lagi motosikal `cabuk' tanpa lesen dan tanpa cukai jalan. Juga, tiada lagi anak-anak berpakaian compang-campeng di kampung ini.
Tiba-tiba Kampung LBJ menjadi medan pesta bukan saja bagi para peneroka dan keluarga mereka, malah kepada peniaga pelbagai barangan.
Penulis sendiri menyaksikan suasana pesta itu ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di Kampung LBJ pada tahun 1997, beberapa bulan selepas para peneroka menerima habuan penjualan tanah mereka.
Bayangkan, selain deretan kedai menjual pelbagai jenis kereta, penulis juga menyaksikan kereta mewah dan sederhana mewah memenuhi celah-celah pokok kelapa sawit di kampung itu. Berpuluh-puluh ejen syarikat penjual kereta mewah dari Seremban, Nilai dan Kuala Lumpur pula mengambil kesempatan berkeliaran dan mundar-mandir mencari pelanggan di kampung itu.
Sebut saja anda mahukan kereta mewah jenis apa, hampir semuanya ada dijual di situ.
Sepanjang perjalanan ke rumah pengantin ketika itu, mata penulis tidak berkelip kerana kagum, terkejut, tergamam dan asyik melihat rumah-rumah banglo bernilai ratusan ribu yang dibina oleh penduduk di situ.
Pemandangan rumah asal yang dibina oleh Felda pada tahun 1960-an telah pun dipadamkan sama sekali oleh ratusan rumah banglo yang tersergam indah dengan pelbagai cita rasa, seni bina dan warna-warni.
Barisan banglo di kiri dan kanan jalan dihiasi dengan keindahan lampu-lampu kristal di siling rumah selain set sofa, kabinet serta perhiasan dalaman yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit.
Yang membuatkan penulis ketika itu menganggap Kampung LBJ seolah-olah penempatan elit bukan hanya kerana rumah-rumah banglonya. Malah, garaj-garaj di banglo tersebut menempatkan sehingga lima buah kereta termasuk sekurang-kurangnya sebuah kereta mewah yang harga pasarannya ketika itu tentunya mencecah RM150,000 atau lebih.
Ini tidak termasuk motosikal berkuasa tinggi yang dibelikan untuk anak-anak.
Penulis diberitahu, sesetengah bekas peneroka membeli kereta mewah tersebut secara tunai manakala sesetengahnya pula melalui pinjaman.
Setelah lima tahun berlalu, baru-baru ini sekali lagi penulis berkunjung ke Kampung LBJ. Penulis ingin meninjau perkembangan bekas peneroka yang menikmati kehidupan baru sebagai jutawan.
Kali ini, mata penulis tercari-cari di manakah hilangnya kereta-kereta mewah yang dulunya membanjiri Kampung LBJ.
Tiada lagi kereta mewah di bawah pokok kelapa sawit. Sudah tidak kelihatan lagi deretan kedai menjual kereta. Ejen-ejen syarikat penjual kereta sudah menghilangkan diri.
Malah, yang menjadi persoalan ke manakah perginya kereta-kereta mewah yang dulunya memenuhi kawasan garaj rumah penduduk.
Apa yang tinggal ialah rumah-rumah banglo yang masih tersergam dan masih menjadi lambang kemegahan penduduk.
Kunjungan terbaru ke Kampung LBJ turut mempertemukan penulis dengan Borhan yang mengaku menjadi salah seorang bekas peneroka yang tertarik untuk memiliki kereta mewah. Menurutnya, beliau membeli Mercedes E220 edisi Masterpiece secara tunai dengan harga RM120,000 pada tahun 1997 tetapi menjualnya semula pada tahun 2000.
"Saya tidak suka `joli' dan melancong sana-sini tetapi saya minat pakai kereta Mercedes sebab sudah lama mengidamkannya.
"Kereta itu saya pakai tiga tahun semata-mata hendak rasa bagaimana hidup berkereta mewah.
'Saya tidak rasa rugi dan menyesal beli Mercedes malah saya pakai sampai puas sebelum menjualnya semula,'' katanya yang berkahwin lagi selepas kematian isterinya.
Tindakan Borhan itu mungkin akan dipandang serong. Sebagai veteran yang pernah melalui kepayahan dalam hidup sebagai peneroka tiba-tiba saja beliau berbelanja mewah keterlaluan.
Tetapi itu memang hak Borhan. Beliau sebenarnya cuma ingin melepaskan keinginannya untuk berkereta mewah.
Lagipun, keinsafan Borhan terhadap kesusahan dulu masih tebal di ingatannya. Wang RM1.5 juta yang diterimanya turut dilaburkan dengan membeli beberapa bidang tanah di Kuala Pilah dan Jempol.
Selain membina rumah baru di tapak rumah lamanya, Borhan juga membeli enam rumah lain di Seremban, Nilai dan di LBJ sendiri.
Sebahagian lagi wangnya masih disimpan dalam Tabung Haji dan skim amanah saham.
Selain Borhan, kunjungan terbaru ke LBJ kali ini juga mempertemukan penulis dengan Yusoh dan Rais.
Yusoh kini merupakan Ketua Kampung LBJ. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Yusoh perlu menjadi teladan kepada penduduk.
Seperti juga Borhan, Yusoh turut membina rumah banglo menggantikan rumah kayunya, membeli rumah di Nilai dan Port Dickson dan membeli beberapa hektar tanah di Kuala Pilah.
"Saya tidak boleh komen dan campur urusan orang lain yang beli kereta mewah dan kerap melancong ke luar negara atau cari perempuan lain.
"Tetapi bagi saya sendiri, pahit maung menjadi peneroka membawa keinsafan untuk merenung masa depan sendiri dan keluarga, lebih-lebih lagi sekarang kami tiada mata pencarian lain,'' ujarnya.
Bagi Rais pula, selain membina rumah baru, membeli rumah dan mengekalkan wang simpanan, beliau turut membeli tanah di kampung asalnya untuk menjadikan tempat anaknya memulakan perniagaan kolam memancing berbayar.
"Kami ni sudah tua dan jadi kumpulan veteran, kami tak fikir langsung hendak enjoy,'' ujarnya yang akan berangkat menunaikan fardu haji tidak lama lagi.
Yusoh, Borhan dan Rais memang agak berahsia dan keberatan bercerita tentang rakan-rakan peneroka lainnya, termasuk yang `berpesta' selepas menerima bayaran jualan tanah.
Bagaimanapun, seorang penduduk berusia 50-an yang enggan didedahkan identitinya memberitahu, pesta berbelanja bagi sesetengah bekas peneroka Felda LBJ yang menjadi jutawan segera kini sudahpun berakhir.
Menurut beliau, kebanyakan kereta mewah yang dibeli oleh peneroka LBJ telah dijual semula ataupun dirampas oleh pihak bank.
Katanya, bukan saja kereta mewah malah kereta lainnya juga banyak yang telah dijual kerana mereka tidak mampu membayar ansuran bulanan atau menyelenggaranya.
"Ini turut terjadi kepada saya sendiri. Saya beli Mercedes, Pajero dan Toyota baru serta motosikal besar untuk anak lelaki saya.
"Tetapi semuanya saya sudah jual, sekarang cuma pakai Mazda terpakai. Hutang kereta dengan pihak bank masih ada RM100,000.
"Kalau hendak pakai kereta mewah kena ada pendapatan bulanan RM5,000 barulah selesa ke sana ke mari.
"Peneroka LBJ sudah tidak ada kerja, ladang pun sudah dijual. Hendak berniaga, kebanyakannya tidak ada pengalaman,'' ujarnya.
Seorang rakannya pula memberitahu, ramai bekas peneroka LBJ hampir muflis kerana silap pelaburan atau boros membelanjakan wang yang diperoleh hasil jualan ladang.
Ada di antaranya yang membuka kelab dangdut di Seremban dan Nilai dan sesetengahnya pula berfoya-foya dengan perempuan terutama pendatang asing.
"Semasa duit tengah banyak, memanglah ramai kawan tidak kira lelaki atau perempuan, tiap-tiap malam berhibur di kelab dangdut atau kelab malam.
"Ramai juga yang melancong setahun dua tiga kali ke China, India dan Indonesia,'' jelasnya.
Selain itu, tambah beliau, terdapat juga yang garu kepala kerana kerugian selepas menyimpan ratusan ribu ringgit dalam skim cepat kaya dan skim labu peram.
"Bagi sesetengah peneroka LBJ termasuk saya, yang ada pada kami sekarang cuma rumah-rumah banglo selain sedikit wang simpanan.
"Ada juga isteri yang memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak mereka daripada wang hasil penjualan tanah selepas melihat suami semakin boros dan boleh membahayakan rumah tangga,'' ujarnya.
Pesta di Kampung LBJ memang telah berakhir. Tetapi perkembangan di Kampung LBJ memang menarik untuk diberi perhatian. Rupa-rupanya menjadi jutawan bukanlah semudah disangka. Silap langkah, wang lesap rumah banglo tergadai, keluarga bercerai-berai. Begitupun, di LBJ sendiri tidak semua yang lupa daratan. Kebanyakannya termasuk Yusoh, Borhan dan Rais adalah antara yang masih berpijak di bumi nyata, sekali gus menjadikan mereka jutawan yang berjaya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0127&sec=Rencana&pg=re_09.htm#ixzz4n8zbWQvL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Felda Cahaya Baru: Kamu terimalah akibatnya (17/01/2012)
ALOR SETAR, 17 Jan: "Sudah tidak boleh buat apa-apa
lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu semua yang menyerahkan tanah-tanah itu
kepada syarikat itu untuk dimajukan, jadi sekarang kamu sendirilah yang mesti
menerima akibatnya."
Begitulah kata-kata pemimpin-pemimpin Umno apabila 377
peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada
pemimpin-pemimpin pati itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah-tanah milik
mereka tergadai.
Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi
oleh para pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah-tanah milik mereka itu
kepada pihak pemaju terbabit dengan janji dan harapan akan menjadi jutawan
segera.
Wakil peneroka, Siti Khalijah Mohamad berkata,
namun apabila tibanya musim pilihanraya, pelbagai janji manis akan ditabur oleh
para pemimpin Umno kepada para peneroka terbabit, termasuk akan menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi, agar mereka memberikan undi kepada Umno BN.
Menurutnya, para peneroka terbabit berada dalam keadaan
amat tertekan sejak 17 tahun lalu dan kini ternyata tiada apa lagi yang mampu
diharapkan oleh mereka kepada para pemimpin Umno BN.
"Terus terang saya katakan, kini para peneroka sudah
tidak mempercayai lagi kepada pemimpin-pemimpin Umno BN. Jadi kepada para
peneroka lain di seluruh negara, tukarkanlah sokongan anda daripada Umno BN
kepada Pakatan Rakyat bagi membela nasib kita sendiri," katanya ketika
ditemui Harakahdaily, di sini.
377 peneroka Felda Cahaya Baru kini sedang berhadapan
dengan masalah rumit sehingga kemungkinan hilang hak milik ke atas tanah mereka
kerana tanah-tanah itu telah digadai oleh pihak pemaju kepada bank.
Kejadian tersebut berlaku apabila 1,495 daripada 3,135
hektar tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh 377
peneroka terbabit telah digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development
Berhad (CBDB) kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk
tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).
CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1
September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda
Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada
kalangan peneroka.
Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama
Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha
sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman
sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996
dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Daripada jumlah itu, RM75 juta telah dibayar kepada CBDB,
manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB
telah menerima RM140,000 tiap-tiap seorang sebagai pembayaran peringkat
pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu
telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri
Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri telah bersetuju
pada dasarnya pada 7 Jun 1995 bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.
Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah
menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan
komersial itu, manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para
peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya
Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu
dikategorikan dalam kelas Tanah Rezab Melayu.
Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar sekarang, Datuk Abdul
Ghani Othman, bagaimanapun tidak pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang
kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri
daripada pimpinan Umno dan juga janji-janji kosong sokongan awal Kerajaan
Negeri Johor terdahulu.
Pada 14 Januari lalu, Khalijah turut menyuarakan perkara
yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen
Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ketika berucap bagi mewakili warga Felda pada acara yang
dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau menegaskan, pihak pengurusan CBDB masih lagi belum
menyelesaikan baki pampasan tanah-tanah tersebut kepada peneroka-peneroka
terbabit sehingga sekarang.
Katanya, tujuh peneroka yang menjadi anggota Lembaga
Pengarah CBDB itu pula tidak menyerahkan surat kuasa bagi tanah mereka kepada
bank, sedangkan 377 peneroka lain sudah berbuat demikian dan ini menjadikan
tanah-tanah milik tujuh ahli Lembaga Pengarah CBDB itu tidak digadai.
"Maklumat berhubung pembangunan semula tanah-tanah
peneroka secara komersial itu tidak dijelaskan secara terperinci kepada
peneroka ketika mereka bersetuju menandatangani surat serah kuasa tanah milik
mereka kepada CBDB.
"Beberapa ahli lembaga pengarah CBDB itu ternyata
mempunyai kepentingan sendiri yang cuba dilindungi ketika memujuk
peneroka-peneroka menandatangani surat serah kuasa," katanya.
Oleh kerana projek pembangunan itu tidak dapat dijalankan,
tambahnya, tuntutan utama para peneroka itu kini adalah untuk mendapatkan
kembali hak milik mereka ke atas tanah-tanah mereka yang telah tergadai itu.
"Mereka menuntut untuk membatalkan surat kuasa yang
telah mereka tandatangani itu. Namun, sikap Kerajaan Negeri Johor yang mahu
lepas tangan dan mengelakkan diri daripada memikul tanggungjawab itu amatlah
dikesali, sehingga menyebabkan para peneroka terbabit terus berada dalam
keadaan amat tersepit sehingga sekarang," tegas beliau.
Ucapan beliau mendapat perhatian khusus para pemimpin
Pakatan Rakyat kerana apa yang dicakapkan beliau adalah suara hati peneroka
sendiri.
.
Peneroka Felda Labu Sendayan mungkin kehilangan terus hakmilik
Muda Mohd Nor: 2 Disember 2004
Kerajaan negeri tidak boleh memulangkan semula geran tanah kepada peneroka Felda Labu dan Sendayan walaupun ianya gagal dimajukan sebagai kawasan perindustrian, kerana statusnya telah ditukar dari tanah pertanian kepada tanah komersil.
Kerajaan negeri tidak boleh memulangkan semula geran tanah kepada peneroka Felda Labu dan Sendayan walaupun ianya gagal dimajukan sebagai kawasan perindustrian, kerana statusnya telah ditukar dari tanah pertanian kepada tanah komersil.
Selepas kerajaan negeri mengambil alih tanah rancangan itu
untuk projek tersebut pada 1993, statusnya ditukar kepada komersil. Berikutan
itu, harga tanah tersebut ialah RM5,000 satu kaki persegi, berbanding hanya
RM2.90 sebelumnya.
Kerajaan negeri kemudiannya menyerahkan kawasan tersebut
yang membabitkan kira-kira 500 keluarga peneroka, untuk dimajukan oleh Lembaga
Tabung Haji (Labu) dan Naluri Berhad (Sendayan)
Bagaimanapun, projek pembangunan Felda Labu Sendayan itu
yang dilaksanakan sewaktu Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar, terbengkalai
kerana kemerosotan ekonomi pada 1997.
"Tidak mungkin kerajaan negeri akan memulangkan
hakmilik kepada peneroka kerana kesemua mereka, masing-masing telah menerima
bayaran pendahuluan RM120,000 semasa perjanjian penyerahan geran kepada
Kerajaan Negeri Sembilan pada 1993," kata sumber-sumber yang terbabit
secara langsung di peringkat awal pelaksanaan projek tersebut.
Mengikut perancanganya, kawasan tersebut akan dimajukan
sebagai perindustrian baru dan juga penempatan bagi pekerja Penerbangan
Malaysia (MAS), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam yang beroperasi di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bagaimanapun, projek itu tergendali apabila Tabung Haji dan
Naluri menghadapi masalah kewangan kerana kemerosotan empat tahun kemudiannya.
Menurut sumber-sumber tersebut, pembayaran RM120,000 itu
adalah sebahagian daripada pampasan harga tanah yang berjumlah RM1.2 juta untuk
setiap keluarga. Setiap keluarga mempunyai 10 ekar tanah.
Oleh kerana mengharapkan baki bayaran pampasan tersebut,
ramai peneroka terbabit telah membelanjakan wang pendahuluan itu untuk membeli
kereta, rumah banglo dan membuat pelaburan.
Bagaimanapun, mereka menghadapi masalah apabila projek
tersebut tergendala dan mereka tidak memperolehi baki bayaran pampasan
tersebut.
"Sepatutnya mereka tidak boleh menuntut semula geran
tanah kerana pemaju (Naluri dan Tabung Haji) telah membuat bayaran berjumlah
RM120,000. Kalau mengikut harga tanah pertanian pada masa itu, nilainya hanyalh
RM5,000 untuk 10 ekar.
Sebelum ini, malaysiakini menyiarkan rungutan 500 peneroka
Felda Labu Sendayan yang terlibat dengan projek pembangunan semula kawasan
tersebut yang kehilangan geran tanah kerana disimpan oleh kerajaan negeri.
Ketiadaan geran tanah itu membimbangkan mereka kerana ramai
yang terlibat dahulu telahpun meninggal dunia. Mereka telah melakukan pelbagai
cara termasuk mengadu kepada Menteri Besar yang baru, Datuk Seri Mohamad Hasan,
tetapi gagal.
Menurut sumber itu lagi, bagaimanapun, Isa yang kini
menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dikatakan sedang berusaha untuk membantu
peneroka yang terlibat.
Menurutnya lagi, salah satu pilihan untuk membantu peneroka
ialah dengan meneruskan projek pembangunan di Felda Labu Sendayan seperti yang
dirancangkan kerana telah banyak modal yang sudah dibelanjakan.
Sebelum ini projek pembangunan yang sama membabitkan tanah
peneroka di Sungai Buaya, Selangor dan Felda LBJ Negeri Sembilan juga
terbengkalai.
Masalah Peneroka Labu Sendayan Belum Selesai
May 25, 2011
PETALING JAYA: Ramai peneroka dan bekas peneroka Felda
Sendayan mengadu rumah banglo yang diberikan kepada mereka berkualiti rendah
tidak sepadan dengan harga RM240,000.
“Tanah dua ekar seorang di Bandar Baru Sendayan yang
diberikan juga tidak sempurna, ada bahagiannya yang termasuk ke dalam sungai atau
di atas jalan raya.
“Sebab itu ramai juga yang tolak dengan pemberian kerajaan
Negeri Sembilan itu,” kata Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Aziz.
Beliau hadir di majlis anjuran Persatuan Anak Peneroka
Felda Kebangsaan (Anak) di Felda tersebut malam tadi yang dihadapi antara 300
hingga 400 orang.
Di majlis tersebut, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka
Felda (Anak) Mazlan Aliman meminta peneroka dan bekas peneroka menyenaraikan
masalah yang sedang dihadapi mereka.
Felda Sendayan dengan kawasan 2, 000 ekar mula dibangunkan
pada 1963 membabitkan 40 peneroka.
Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa,
Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan
(PKNNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk
memajukan Kampung Sendayan.
Krisis ekonomi
Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira
RM1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada
13 November 1996 tetapi krisis ekonomi pada 1997 menyebabkan PKKNS gagal
membuat bayaran.
Bagaimanapun pada 2006, 95 peratus daripada 513 peneroka
itu menerima bayaran mereka.
Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain
yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam
bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang.
Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian
pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar) dianggarkan bernilai RM348,480 dan
juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki
persegi dianggarkan bernilai RM240,000.
Felda Sendayan dibangunkan menjadi bandar baru bernama
Bandar Sri Sendayan.
Menurut Norazizi, peneroka juga mengadu padang sekolah di
kawasan tersebut telah bertukar menjadi kawasan pertanian.
“Mereka mahu Anak menyebarkan isu ini untuk pengetahuan
semua kerana selama ia hanya diketahui oleh peneroka Felda Sendayan.
“Mereka mahu masyarakat bukan peneroka tahu bahawa nasib
peneroka Felda Sendayan tidak sebaik sebagaimana disangka. Isu antara satu
Felda dengan Felda lain berbeza,” katanya.
Kesah Peneroka Felda Sungai Buaya
Hutang terhadap 363 peneroka itu sejak 16 tahun lalu
sehingga ke hari ini gagal dilangsaikan walaupun perjanjian asal itu syarikat
berkenaan mesti melunaskan hutang mereka sebelum tahun 1998 lagi.
Kejadian itu mula berlaku apabila satu perjanjian antara
363 peneroka Felda di Kampung Sungai Buaya terbabit dengan Syarikat Murna Jaya
Development Berhad ditandatangani pada 23 Disember 1994.
Perjanjian itu yang disediakan sendiri oleh pihak pemaju
didakwa berat sebelah apabila anak-anak penoraka itu dihalang menyemak dan
membaca syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Felda
Kampung Sungai Buaya, Saidin Busu, 42, berkata, akibatnya perjanjian itu bukan
sahaja zalim tetapi menindas peneroka apabila nilai tanah yang mengikut
perjanjian asal sepatutnya dijual RM5.20 untuk sekaki persegi tetapi dalam
perjanjian yang tertulis hanya RM2.80 iaitu setengah daripada perjanjian asal.
Menurutnya, pihak pemaju pula mendesak agar peneroka yang
hampir keseluruhanya warga emas menandatangani sahaja perjanjian itu.
“Pihak pemaju bersikap samseng apabila mengarahkan peneroka
ketika itu menandatangani sahaja perjanjian itu secara serentak dalam masa yang
singkat selain menghalang anak-anak peneroka daripada membacanya apatah lagi
menyemak isi kandungan itu,” katanya kepada erapakatan.com semasa ditemui di
pejabatnya baru-baru ini.
Saidin memberitahu, perjanjian itu menyebut Syarikat Murna
Jaya Development Berhad perlu melunaskan hutang itu dalam tempoh 36 bulan atau
sebelum tahun 1998.
Sehinggalah pada tahun 1999, syarikat itu tetap gagal
melunaskan perjanjian itu yang membawa kepada perjanjian kedua.
“Dalam perjanjian ini, syarikat itu mendakwa akan
melunaskan hutang mereka yang berbaki ratusan ringgit dalam tempoh 24 bulan
atau sebelum tahun 2003.
Namun, kami hairan dari tahun 1999 sehinggalah ke hari ini,
kami langsung tidak pernah ditunjukkan perjanjian itu dalam bentuk hitam putih.
Mana perjanjian itu, kami mahu lihat, kalau betul adalah…
kerana sehingga tahun 2003 syarikat itu tetap gagal melunaskan hutang mereka
yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya kesal.
Saidin menjelaskan, setiap peneroka mengikut perjanjian
pertama pada Disember 1994 mesti dibayar RM1 juta seorang dan pembayaran
pendahuluan oleh syarikat itu hanya dilunaskan RM10,000 ketika itu.
“Bayaran itupun mereka bayar secara ansuran dan sehingga
tahun 2003, kami hanya menerima RM 270,000 seorang bagi setiap peneroka dan ada
di antara kami menerima kurang daripada jumlah itu.
Tetapi yang pasti, syarikat masih berhutang hampir
RM800,000 bagi setiap peneroka dalam perkampungan Felda Kampung Sungai ini,’
katanya.
Tuntut Janji
Sehubungan itu, beliau menuntut Syarikat Murna Jaya
Development Berhad yang juga kroni Umno, bekas Menteri Besar (MB) Umno, Mohd
Taib, dan kerajaan pusat serta semua bekas MB Umno seperti Khir Toyo, Abu
Hassan Omar yang mencengkam negeri Selangor sejak puluhan tahun lalu
bertanggung jawab dengan perbuatan mereka ini kerana hutang tetap hutang.
“Kalau kamu tidak selesaikan hutang kamu di dunia ini,
ingatlah, azab yang pasti pedih menanti kamu di akhirat sana,” jelasnya.
Sebanyak enam Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Murna Jaya
Development Berhad telah dilantik yang ke semuanya merupakan ahli dan penyokong
kuat Umno yang bertujuan menjaga kepentingan dan imej mereka di kampung itu
sejak tahun 1994.
Sejumlah lima cawangan Umno wujud di perkampungan Felda itu
dan lima daripada enam Ahli Lembaga Pengarah Umno itu masih hidup dan kaya raya
termasuklah memiliki rumah mewah berbanding peneroka yang terus dihimpit
kemiskinan.
Saidin turut menjelaskan bahawa isu hutang dari syarikat
kroni Umno-BN itu pernah disiarkan oleh media berkali-kali sebelum ini namun
pimpinan Umno dan syarikat itu kekal membisu.
Ditanya apa respon menteri berhubung perkara itu selepas
didedahkan oleh media, Saidin dengan nada tegas menjawab hipokrit.
“Pemimpin BN terkenal dengan sikap hipokrit mereka yang
suka menabur janji. Tabur janji, janji dan janji kononnya kami akan
menyelesaikan masalah anda,’ katanya.
Isa
Samad Punca Kehancuran FELDA
Isa
Samad Punca Kehancuran FELDA
Kenyataan Umum
28 Mei 2015
28 Mei 2015
Felda
Global Ventures (FGV) kembali menjadi topik hangat apabila harga sahamnya
menjunam teruk kepada RM 1.93 berbanding harga IPO. Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) mendesak Perdana Menteri, Najib Razak untuk segera menamatkan
perkhidmatan Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA dan FGV di atas kegagalan ini.
Singkap
kembali sebelum penyenaraian FGV, Boston Consulting Group (BCG) telah melakukan
kajian ke atas kakitangan pengurusan FGVH pada Jun 2012. Hasil kajian
merumuskan :
1.
65% daripada kakitangan pengurusan FGVH mempercayai bahawa IPO ini akan gagal.
2.
55% pula melihat bahawa FGVH tidak bersedia untuk pelan penyenaraian di KLCI.
3.
Hanya 20% daripada Pengurusan Tertinggi FGVH menyokong pelan penyenaraian ini.
SAMM
berpandangan tragedi yang berlaku kepada FGV hari ini adalah berpunca daripada
keengganan Kerajaan mendengar suara kelompok 65% dan 55% ini selain daripada
pertubuhan dan NGO pro-peneroka sedari awal lagi. Disusuli pula dengan
kegagalan dan kebodohan Isa Samad menguruskan FELDA dan FGV.
Najib
perlu sedar FELDA telah 2 kali menukar Pengurus Besar iaitu Datuk Dzulkifli Abd
Wahab dan Datuk Faizoull Ahmad tetapi kedua-dua entiti yang melambangkan maruah
peneroka ini masih tetap bermasalah. Sudah sampai masanya Najib memberhentikan
Isa Samad.
Peneroka-peneroka
perlu mengetahui bahawa anak Isa Samad telah disiasat oleh SPRM kerana
pembelian meragukan Grand Plaza Serviced Apartment dan Grand Plaza Kensington
Hot di London yang mencecah hampir RM 1 billion. Walaupun Menteri berkata tiada
unsur penyelewengan dalam skandal pembelian hotel ini, tetapi mengapa CEO FELDA
Investment Corporation (FIC) telah diarahkan meletak jawatan oleh Isa Samad.
Isa
Samad juga perlu menjelaskan mengapa FGV berniat untuk menjualkan FELDA Prodata
System, FELDA Travel dan FELDA Property sedangkan ketiga-tiga entiti ini meraih
keuntungan setiap tahun? Adakah ini jalan singkat untuk menunjukkan FGV untung
selepas menjual aset-aset berharga ini?
Sedarlah
Najib. Kerana tidak berpuas hati dengan tindakan SPRM terhadap anaknya dan
untuk menutup kegagalan dirinya, Isa Samad sebenarnya sedang menggunakan FELDA
menyerang Najib bagi mendapatkan payung emas dari Mahathir. Isa Samad adalah
punca kehancuran FELDA yang digagaskan oleh Tun Abdul Razak.
Zuraidi
Abdullah
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Penyelaras SAMM Kebangsaan
SPRM:
Ada 6 isu berhubung kemelut FGV
9 Jun 2017, 2:54 tengahari
Siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Felda Global Ventures
Holdings Bhd (FGV) melibatkan enam isu, kata timbalan pesuruhjayanya Datuk Azam
Baki.
Beliau
bagaimanapun tidak memperincikan isu-isu itu dan hanya berjanji akan
mengkajinya secara terperinci untuk memastikan sama ada wujudnya unsur rasuah
dan salah guna kuasa.
“SPRM
meminta semua pihak untuk memberikan masa dan ruang kepada pasukan penyiasat
dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Suruhanjaya
itu semalam menyerbu dan menggeledah pejabat FGV di ibu negara selama lapan jam
dan merampas dokumen yang dimuatkan dalam tiga kotak kertas, beberapa bungkusan
dan tiga beg tarik.
Serbuan
besar-besaran melibatkan 40 anggotanya itu dibuat sebagai tindakan susulan
terhadap keterangan presiden ketua pegawai eksekutif Kumpulan (CEO) FGV Datuk
Zakaria Arshad.
Zakaria
disiasat selepas kemelut pentadbirannya dengan pengerusi cabang komersial Felda
itu Tan Sri Isa Samad yang cuba menyingkirkannya daripada FGV atas alasan
masalah tunggakan hutang AS$8.3 juta daripada sebuah syarikat Dubai.
Dalam
kenyataannya hari ini, Azam berkata SPRM sedang mengkaji dokumen-dokumen yang
dirampas untuk mengumpul bukti sebelum tindakan lanjut diambil.
“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya.
“Sehubungan itu, SPRM juga akan mula memanggil saksi-saksi dan individu-individu terlibat bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat,” katanya.
Felda
dakwa Najib tipu bilion ringgit dalam pelaburan ladang Indonesia milik rakannya
April
9, 2019 12:18 PM
PETALING
JAYA: Felda membuat laporan polis semalam, mendakwa ia ditipu Najib Razak untuk
melaburkan AS$505 juta (RM2.3 bilion) dalam firma perladangan Indonesia yang
dimilik rakan bekas Perdana Menteri itu.
Dalam
laporannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Pengarah Besar Felda Othman
Omar berkata wang dibayar untuk memperoleh 37% saham dalam Eagle High
Plantations TBK (EHP) adalah 344% lebih daripada nilai sebenar iaitu AS$114
juta.
EHP
adalah sebahagian daripada Rajawali Group milik Peter Sondakh, yang Othman
dakwa sebagai rakan rapat Najib.
Menurut
Othman, Felda mengambil pinjaman RM4.8 bilion untuk membiayai perjanjian
daripada GovCo Holdings Bhd (GovCo), anak syarikat kementerian kewangan yang
diketuai Najib sebelum ini.
“Hasil
daripada pembelian RM2.3 bilion oleh Felda, ia mengalami kerugian apabila nilai
pembelian itu merosot kepada hanya RM555 juta hingga bulan lepas,” katanya.
Katanya,
pada 2015, Najib mengarahkan Felda, melalui syarikat pelbagai tujuan FIC
Properties Sdn Bhd untuk melabor dalam EHP selepas didekati FGV Bhd milik
Felda, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Othman
berkata, perjanjian itu ditandatangani pengerusi Felda ketika itu, Isa Samad,
adalah “berat sebelah” dan “berisiko”, sambil menambah EHP mempunyai hutang
AS$547.4 juta pada 2014 dan libiliti AS4676.9 juta pada 2016.
Katanya,
syarikat tersebut juga tiada kreditasi minyak sawit yang mampan dan tiada mampu
mendapat pensijilan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO) walaupun
selepas 10 tahun.
Felda
mempertahankan perjanjian tersebut 2 tahun lalu dengan alasan ia memerlukan
“rakan tempatan yang kuat untuk merealisasikan rancangan perniagaannya untuk
berkembang ke Indonesia”.
Memandangkan
Kumpulan Rajawali merupakan antara syarikat konglomerat terbesar di Indonesia,
ia menjadi rakan yang sangat dicari bukan sahaja dalam sektor peladangan, malah
lain-lain perniagaan berkaitan,” katanya.
Awal
tahun ini dilaporkan Felda berusaha untuk menjual sahamnya dalam EHP.
Peter Sondakh
KENYATAAN YB
TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
PRESIDEN PARTI
PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
MENTERI
DALAM NEGERI
Sempena
pembentangan kertas putih mengenai FELDA oleh kerajaan, saya ingin membuat
sedikit ulasan mengenai isu FELDA.
Di
bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato’Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak, banyak projek mewah dan kontrak melambung (lavish projects and
exaggerated contracts) telah dimeterai oleh FELDA.
Kebanyakan
kontrak ini adalah punca masalah kewangan FELDA hari ini sehinggakan FELDA
terpaksa mendapatkan bantuan kerajaan untuk memastikan ia boleh terus
beroperasi dan tidak karam. Kerajaan sedang menimbang permohonan FELDA untuk
mendapatkan suntikan dana berjumlah RM6 bilion demi membela nasib lebih 120,000
peneroka FELDA.
Untuk
memahami masalah FELDA, kerajaan Pakatan Harapan telah mendapatkan khidmat
firma akauntan Ernst & Young untuk melaksanakan audit forensik. FELDA juga
telah mendapatkan khidmat firma guaman Lee Hishamuddin Allen & Gledhill.
Penemuan oleh kedua-dua firma ini mengesahkan bahawa FELDA telah menjadi mangsa
penipuan dan pelanggaran korporat.
Selaras
dengan penemuan audit forensik, pada 8 April 2019, Ketua Pengarah FELDA, Dato’
Dr. Othman Omar telah membuat dua laporan polis berkenaan Eagle High Plantation
Investment (EHP) dan KL Vertical City Project (KLVC) yang menunjukkan
berlakunya salah laku jenayah sehingga menyebabkan FELDA menanggung kerugian
berbilion ringgit. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah mengarahkan pihak
polis supaya menyiasat kes ini secara profesional tanpa rasa takut atau pilih
kasih.
Dato’
Sri Najib telah mengeluarkan kenyataan dengan tujuan untuk mengelirukan orang
awam terutamanya orang Melayu dan peneroka FELDA. Beliau mengatakan EHP adalah
pelaburan strategik yang baik untuk FELDA dan negara.
Hakikatnya,
adalah amat tidak strategik untuk membeli EHP pada harga 300% melebihi harga
sebenar. Adalah amat tidak logik dan tidak masuk akal untuk mengatakan
sedemikian. Apa yang dibeli oleh FELDA pada harga RM2.5 bilion dahulu hanya
bernilai RM500 juta sekarang. FELDA kerugian RM2 bilion.
Dato’Sri
Najib juga mengatakan FELDA boleh menarik diri daripada pelaburan dalam EHP
pada bila-bila masa dan membuat 6% keuntungan dengan adanya “Put Option”. FELDA
telah cuba untuk melaksanakan “Put Option”yang dinyatakan oleh Dato’ Sri Najib
tetapi telah dihalang daripada berbuat demikian.
Rajawali
telah memulakan prosiding timbang tara terhadap FELDA di Singapura. Hakikatnya,
FELDA tidak boleh melaksanakan Put Option dengan mudah seperti yang disebut
oleh Dato’ Sri Najib. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan oleh Najib.
Kita
semua mengetahui bahawa dalam penipuan korporat, penyangak akan menyembunyikan
tangan-tangan mereka dan memperlihatkan ia seperti satu transaksi komersil yang
tulen. Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk mendedahkan para penyangak yang
telah menyebabkan FELDA menanggung kerugian dan membawa mereka ke muka
pengadilan. Semua pihak yang terlibat mesti dipertanggungjawabkan di atas
perbuatan salah laku mereka.
Tan
Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Menteri
Dalam Negeri
11
April 2019
NAJIB’S
FELDA WORSE THAN NAJIB’S 1MDB – ISA SAMAD WORSE THAN JHO LOW? UN-DESCRIBABLE
‘MASSIVE, MASSIVE’ THIEVERY EXPOSED – FELDA SETTLERS BURN WHILE NAJIB, ISA
& HENCHMEN FIDDLE – FROM RM8 BILLION SURPLUS, FELDA RESERVES RUN DOWN TO
RM9 BILLION DEFICIT
WITH
the world fixated on the 1Malaysia Development Bhd scandal, the “massive fraud”
involving Felda went almost unnoticed, said prominent economist Jomo Kwame
Sundaram.
The
former Council of Eminent Persons member said the land development agency went
from being flush with cash to its current state of deficit due to fraud that
took place at taxpayers’ expense.
“Massive
fraud had taken place at taxpayers’ expense as far as Felda is concerned.
“When
(Muhammad) Alias (Raja Muhammad Ali) stepped down as Felda chairman, he left a
surplus of RM8 billion to RM9 billion. Now, the deficit exceeds that amount
because we haven’t calculated all the losses the director-general is alleging.
“It
is a massive, massive fraud. How can you run down the company from an RM8
billion-plus surplus to an RM8 billion-plus deficit?
“It
was all done within a period of 17 to 18 years,” he said on the sidelines of
the launch of a Khazanah Research Institute report, titled “The Status of the
Padi and Rice Industry in Malaysia”, today.
Jomo
said while the world is fixated on the 1MDB saga, there are other cases of
corruption, fraud and mismanagement in Malaysia that must be exposed.
“The
problem is, everyone is focusing on 1MDB, (but) there are other cases of
massive fraud that have taken place, (such as) the East Coast Rail Link and so
on… which need to be exposed.”
The
government today announced that it has allocated RM6.23 billion to
rescue Felda from its financial troubles.
Economic
Affairs Minister Mohamed Azmin Ali, when tabling the Felda White Paper in
Parliament, revealed, among others, that the administration of former prime
minister Najib Razak used RM2.7 billion allocated for the agency to buy
support in general elections.
Felda’s
problems came as the agency diversified using profits made when palm oil prices
were high, setting up corporate entities to handle non-plantation-related
businesses.
In
2009, when Najib became prime minister, the group’s debt was RM1.5 billion. As
of last year, the amount was RM8 billion.
Felda’s
troubles can be traced back to when former Negri Sembilan menteri besar Mohd
Isa Abdul Samad was its chairman, from 2011 to 2017. He has been charged with
criminal breach of trust and receiving bribes over the purchase of a Kuching
hotel by the agency’s subsidiary, Felda Investment Corp.
Its
woes also include the listing of Felda Global Ventures Holdings, which has lost
60% of its share value.
Additionally,
Felda made the controversial purchase of stakes in Eagle High Plantation,
losing an estimated RM1.7 billion in the deal with Indonesian tycoon Peter
Sondakh, who is an associate of Najib.
The
agency has been unable to pay settlers on time after each harvest of fresh
fruit bunches. Settlers themselves are swaddled with debt they owe Felda for
loans taken out for replantation schemes.
THE
MALAYSIAN INSIGHT
60-70 TAHUN DAHULU
ALMARHUM TUN RAZAK MEMERAH OTAK DAN KERINGAT MEMBINA DAN MEMBANGUN FELDA UNTUK PENEROKASUSAH MENJADI SENANG
60-70 TAHUN KEMUDIAN
ANAK TUN RAZAK MEMERAH OTAK DAN KERINGAT
MEROSAK DAN MEROBOHKAN FELDA MENJADI PENEROKA SENANG MENJADI MISKIN
ada tak ceritakan sejarah tentang felda bukit batu ?
ReplyDelete