Thursday, October 25, 2018

M 194: MENDUNG BERARAK, KILAT SABUNG MENYABUNG


KEJATUHAN BN KERANA  
TIANG SERI YANG REPUT

Semua tahu bahawa Kerajaan Malaysia sebelum PRU 14 didokong oleh Barisan Nasional (gabungan 14 buah parti pelbagai ideologi dan latar belakang dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Manakala tunggak kepada kekuatan BN ialah UMNO sebuah parti yang berteraskan Nasionalisma Melayu. Sejarah kepercayaan rakyat Malaysia yang diberikan kepada UMNO telah bermula sejak perjuangan menentang Malayan Union tahun 1946.

Setelah Malaya mencapai kemerdekaan, UMNO terus menerajui Perikatan yang memerintah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu sehingga BN ditubuhkan pada tahun 1973. Pegangan kepada 'Kontrak Sosial' amat teguh dan UMNO mampu menggalas amanah yang diberikan.  Walaupun sepanjang tempoh pemerintahan BN banyak juga kes integriti atau hilang kepercayaan ataupun krisis dengan istana yang melibatkan kepimpinan UMNO (dan Perikatan) ia berjaya ditangani dengan baik. Selain dari kes Datuk Harun (MB Selangor) dan Tan Kon Swan (Presiden MCA), kes-kes lain agak kecil dan bersifat kenegerian dan skala kecil seperti kes Ibrahim Fikri di Terengganu, kes Ahmad Said dan Ghazali Jawi di Perak, kes Osman Saat di Johor, kes Rahim Bakar di Pahang, kes Rahim Thamby Chik di Melaka, Kes Abu Hasan Omar dan Khir Toyo di Selangor, kes Sanusi Junid dan Osman Aroff di Kedah, semuanya selesai dengan tenang dan tidak melibatkan peringkat nasional dan tidak menjejaskan prestasi pilihanraya kebangsaan. 

Kes terbesar yang kesan rentetannya masih ada sehingga sekarang hanya ada dua iaitu kes Tengku Razaleigh lawan Mahathir (1986) dan kes pemecatan  Anwar Ibrahim (1998), kedua2 kes ini membawa perpecahan UMNO namun BN masih utuh dalam setiap pilihanraya umum nasional. Orang UMNO dan BN mampu mengenepikan kawan dan tokoh tertentu demi mempertahankan keutuhan Kerajaan. Tun Mahathir walaupun menjadi HERO mempertahankan UMNO dan BN semasa kes 1986 dan 1998, mampu diketepikan oleh orang UMNO apabila beliau tidak sependapat dengan Abdullah Badawi (2008). Tetapi beliau berjaya menyebabkan Abdullah menyerah kalah dan mengundur diri dan memberi laluan kepada Najib yang dipilih oleh Mahathir juga. PRU 12 tahun 2013 Najib masih mampu bertahan dari rempuhan gabungan pembangkang -Pakatan Rakyat (DAP/PKR/PAS) kerana Mahathir masih menyokong BN. 

Tetapi selepas PRU12, apabila satu persatu kelemahan (integriti) Najib mula didedahkan, dan dipersoalkan oleh sebahagian kecil pemimpin UMNO termasuk Mahathir sendiri, keadaan telah berubah. Keadaan menjadi bertambah PARAH apabila Najib mula membohongi rakyat serta memecat atau menamatkan khidmat semua pegawai yang mempersoalkan integritinya atau terlibat dalam siasatan ke atas dirinya. Antaranya Timbalannya sendiri Muhiddin Yasin, ahli Kabinetnya Shafire Apdal, MB Kedah Muhriz Mahathir, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abu Kasim, Peguam Negara Abdul Ghani Patail dan lain-lainnya.

Oleh yang demikian, tidak dapat ditepis lagi kejatuhan BN dan UMNO dalam PRU13 (2018) bukan kerana pemerintahan BN dan UMNO tidak baik, tidak cekap, tidak membawa kemajuan, pembangunan atau membelakangi rakyat TETAPI adalah faktor PERIBADI Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Tanda-tanda dan kebarangkalian salahlaku dalam menguruskan kewangan 1MDB telah bermula sejak awal tahun 2012. Aku dapatkan petikan artikel dari portal wikipedia. (https://en.wikipedia.org/wiki/1Malaysia_Development_Berhad_scandal) dan aku ringkaskan seperti berikut:

 (1)   Dilaporkan oleh portal berita Sarawak Report dan akhbar British The Sunday Times (menggunakan kaitan e-mel yang bocor) bahawa financier kelahiran Pulau Pinang, Jho Low Teck (Jho Low), yang mempunyai hubungan dengan tiri Najib (Ridza Ahmad) siphoned out USD700 juta daripada perjanjian usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International melalui Good Star Ltd.

(2)       Satu e-mel mendedahkan bahawa Jho Low telah mendapat kelulusan pinjaman dari Najib dengan USD1 bilion tanpa mendapat kelulusan dari Bank Negara.

(3)       Laporan Sarawak Report menunjukkan beberapa minit mesyuarat di 1MDB bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Arul Kanda memberi kenyataan palsu tentang akaun anak syarikatnya di cawangan Singapura BSI Bank. Arul Kanda menafikan dakwaan bahawa dia memberikan kenyataan bank palsu kepada Bank Negara.

(4)       Menerusi laporan oleh The Wall Street Journal (WSJ)  menyatakan bahawa 1MDB membuat pembelian aset-aset kuasa yang terlalu mahal di Malaysia melalui Genting Group pada tahun 2012. Genting kemudiannya menderma wang ini kepada yayasan yang dikuasai oleh Najib, yang menggunakan dana ini untuk tujuan kempen pilihan raya pilihan raya umum 2013. Menurut laporan berita yang menyebutkan 1MDB, syarikat itu menafikan bahawa ia membayar lebih banyak untuk aset tenaga. 1MDB dipetik sebagai berkata bahawa pengambilalihan tenaga mereka dibuat hanya apabila syarikat itu yakin dengan nilai jangka panjangnya.

(5)    Tuduhan lebih lanjut dibuat oleh The WSJ  bahawa USD700 juta telah dipindahkan dari 1MDB dan didepositkan ke dalam akaun AmBank dan Affin Bank di bawah nama Najib Razak. Pasukan petugas yang ditugaskan untuk menyiasat dakwaan ini telah membekukan 6 akaun bank yang dikaitkan dengan Najib dan 1MDB. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya, pada bulan Ogos 2015, membuang 1MDB tuduhan ini. SPRM mengeluarkan kenyataan yang mengatakan antara lain, "Hasil siasatan mendapati bahawa RM2.6bil yang didakwa dipindahkan ke akaun milik Najib Razak berasal dari sumbangan penderma, dan bukan dari 1MDB".

(6)    Menurut sumber yang sangat percayai, tiga akaun bank yang dibekukan milik Najib Razak. The WSJ  mendedahkan butiran akaun bank dalam talian untuk menyangkal penafian oleh Najib Razak dan penyokongnya. Polis Singapura telah membekukan dua akaun bank Singapura berhubung dengan penyiasatan mereka terhadap salah urus kewangan yang dikatakan di 1MDB, selepas laporan menyatakan bahawa deposit bernilai USD700 juta telah dipindahkan melalui Falcon Bank di Singapura ke dalam akaun peribadi Najib Razak di Malaysia. Walau bagaimanapun, 1MDB dinafikan mempunyai pengetahuan tentang akaun mereka dibekukan, dan mereka tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa penyiasat asing.

(7)    The WSJ  juga melaporkan bahawa 1MDB memindahkan sekitar USD850 juta melalui tiga urus niaga pada tahun 2014 kepada syarikat berdaftar British Virgin Islands dengan nama yang menyamar yang dikawal oleh IPIC, menurut dokumen pemindahan wayar.

(8)    The WSJ mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa 1MDB gagal membayar kenderaan pelaburan negara UAE International Petroleum Investment Co (IPIC) USD1.4 bilion. Wang itu terhutang kepada IPIC selepas ia menjamin bon bernilai USD3.5 bilion yang dikeluarkan oleh 1MDB untuk membiayai pembelian aset loji kuasa pada 2012. The WSJ mengeluarkan laporan lain mengatakan bahawa USD993 juta lagi hilang bahawa 1MDB sepatutnya membayar IPIC. Bertindak balas kepada laporan The WSJ, mengatakan bahawa syarikat itu terus menikmati hubungan perniagaan yang kuat IPIC seperti yang dibuktikan dengan pelaksanaan lembaran terma mengikat yang menyaksikan IPIC memikul tanggungjawab untuk kepentingan bon bernilai USD3.5 bilion, yang kini dipegang oleh 1MDB, dan mengikuti bayaran tunai USD1 bilion yang dibuat oleh IPIC kepada 1MDB pada Jun. Terdahulu pada Oktober 2015, IPIC mengesahkan komitmen mereka untuk bekerjasama dengan 1MDB dan Kementerian Kewangan Malaysia.

(9)    Satu lagi laporan oleh The WSJ  menunjukkan bahawa 1MDB, ada hubungan dengan fundraiser politik Amerika Syarikat iaitu DuSable Capital Management LLC (yang mempunyai hubungan dengan Barack Obama dan Hillary Clinton) telah menandatangani perjanjian usaha sama, mewujudkan dana Yurus PE Fund untuk membangunkan loji kuasa solar di Malaysia . Enam bulan selepas perjanjian usahasama itu ditandatangani 1MDB membeli kepentingan DuSable sebanyak 49% daripada Yurus untuk USD69 juta sebelum sebarang pembinaan berlaku. Mengikut maklumat pemindahan bank, The WSJ  mendedahkan bahawa Najib Razak menghabiskan hampir USD $ 15 juta untuk pakaian, barang kemas dan kereta di tempat-tempat seperti Amerika Syarikat, Singapura dan Itali menggunakan kad kredit yang dibayar dari salah satu daripada beberapa akaun bank swasta yang dimiliki oleh Najib Razak, dana 1MDB dialihkan.

Semua ahli kabinet Najib membisu (atau tidak mengetahui kewujudan aktiviti rompakan wang rakyat melalui 1MDB ini kecuali Tan Sri Mukhyiddin Yassin (TPM), Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri) dan Dato Seri Mukhriz Mahathir (MB Kedah). Husni Hazadzlah yang pada mulanya telah bersama Muhyiddin dalam isu mempersoalkan pelbagai skandal 1MDB ini telah berpusing ke belakang untuk kembali menyokong Najib.

KESAH bermula apabila keluarnya artikel dalam Sarawak Report bertarikh 28 Februari 2015 berjudul “Heist of the Century — How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out Of 1MDB!” 

(1)    Pada 1 Mac 2015, PetroSaudi International menafikan sebuah laporan yang mendakwa kesemua wang yang diperuntukkan kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah disalurkan kepada syarikat itu. 

(2)    Lanjutan dari itu, pada 6 Mac 2015, sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dana 1MDB. Pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

(3)    Pada 3 Julai 2015, The WSJ  dan Sarawak Report menerbitkan laporan mendakwa dana 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

(4)    Pada 4 Julai 2015, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihak berkuasa menyiasat pejabat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan pemindahan sejumlah dana yang besar ke akaun Perdana Menteri dan memperoleh sejumlah dokumen yang berkaitan.  Serbuan ke atas SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd  itu dilakukan oleh sebuah kumpulan penyiasat Pasukan Petugas Khas yang turut dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia (BNM). Abdul Gani juga mengesahkan bahawa pasukan khas itu telah memulakan siasatan berhubung isu 1MDB dan menyerahkan kepada beliau beberapa dokumen untuk disemak termasuk dokumen yang berkaitan dengan dakwaan penyaluran dana ke akaun Perdana Menteri.

(5)    Pada 28 Julai 2015, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal digugurkan dari kabinet dan Perkhidmatan Abdul Gani sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai 2015 atas sebab-sebab kesihatan (diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa). 
Dalam satu kenyataan, Dr Ali berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

(6)    Pada 29 Julai 2015,  Lima panel bebas yang memantau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat satu kenyataan bersama, mahu Pasukan Petugas Khas yang menjalankan siasatan berhubung isu 1MDB diberikan ruang menjalankan siasatan tanpa rasa gentar atau takut dengan campur tangan pihak berkepentingan.  Mereka menggesa agar integriti SPRM sebagai sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah yang bebas, perlu dipertahankan dan tidak wajar dikompromi sama sekali,

(7)    Pengerusi lima panel bebas ini terdiri daripada Tan Sri Abu Zahar Ujang (Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah), Tan Sri Hamid Bugo (Panel Penilaian Operasi), Tan Sri Wilson Baya Dandot (Jawatankuasa Aduan) dan Tan Sri Johan Jaaffar (Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah).


(8)    Pada 30 Julai 2015,  SPRM menafikan pegawai kanannya terbabit dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan. Suruhanjaya itu berkata tindakan yang diambil oleh pegawainya adalah jelas bagi menjalankan tugas mereka sebagai pegawai SPRM.

(9)    Pada 1 Ogos 2015, Polis menahan tiga individu bagi siasatan berhubung skandal rasuah 1MDB. Salah seorang daripadanya adalah lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat SPRM, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, dan orang ketiga adalah Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi. Polis menyerbu pejabat Ahmad Sazilee dan merampas sejumlah dokumen berkaitan 1MDB serta komputer riba.

(10)  Pada 3 Ogos 2015,  Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Dato' Mohd Azam Baki) memaklumkan bahawa dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib adalah dana sumbangan penderma (dari Arab Saudi) dan bukannya dari 1MDB.

(11)  Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin yakin, kebocoran dokumen mengenai siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB tidak melibatkan pihaknya. Beliau percaya, dokumen yang dibocorkan itu diterbitkan semula pihak tertentu.

(12)   Pada 4 Ogos 2015, kira-kira 100 kakitangan SPRM menyertai solat hajat anjuran suruhanjaya itu di bangunan pentadbiran SPRM Putrajaya. Majlis Solat Hajat Perdana SPRM dibuat bagi memohon supaya institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah. Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.

(13)  Dalam satu kenyataan media, SPRM menjelaskan mengapa ia membuat kenyataan media pada 3 Ogos tanpa penglibatan Pasukan Petugas Khas. Suruhanjaya itu menjelaskan bahawa ia telah dinasihatkan oleh Peguam Negara, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Ini kerana, empat agensi berkenaan akan mengadakan siasatan secara berasingan dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara.  Isu SRC International melibatkan dana RM4 bilion juga masih dalam siasatan agensi berkenaan dan ia adalah siasatan berasingan dengan dana RM2.6 bilion.


(14)   Pada 7 Ogos 2015 - Dua pegawai kanan SPRM dipindahkan keluar daripada mengendalikan kes berprofil tinggi. Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

(15)  Pada 3 Februari 2016 Mukhriz meletak jawatan sebagai MB Kedah setelah hilang sokongan dari DUN Kedah. Tindakan ADUN adalah dipengaruhi oleh kepimpinan UMNO yang tidak senang dengan sikap Mukhriz yang menyokong bapanya mempersoalkan kewibawaan Najib dalam kes 1MDB.

(16)  26 Februari 2016, Majlis Tertinggi UMNO membuat keputusan menggantung tugas TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO.


(17)  Pada 9 Mei 2016, 1MDB memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya yang menggunakan mata wang USD, susulan keingkaran ke atas nota USD1.75 billion dengan kadar tetap 5.75 peratus yang matang pada 2022 dan diterbitkan oleh 1MDB Energy (Langat) Ltd (Nota Langat).

(18)   Pada 23 Jun 2016, KSN mengumumkan bahawa perkhidmatan Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ditamatkan mulai 1 Ogos 2016 walaupun persaraan wajibnya adalah pada 6 Disember 2020 (kenyataan rasmi menyatakan permohonan Abu Kassim untuk menematkan perkhidmatan lebih awal telah diluluskan).

(19)  Pada 24 Jun 2016. TS Muhyiddin dan DS Mukhriz dipecat keahlian UMNO manakala DS Shafie Apdal digantung (kemudian beliau mengambil keputusan keluar dari UMNO pada 4 Julai 2016)

(20)  Pada 21 Julai 2016, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat memohon untuk merampas sejumlah 17 aset termasuk hartanah mewah dan sebuah pesawat jet, demikian menurut saman sivil yang difailkan di Los Angeles. Saman sivil itu mempersoalkan bagaimana harta itu didakwa dibeli di Amerika Syarikat, Switzerland dan United Kingdom dari dana 1MDB

(21)  Pada 16 Jun 2017, 1MDB menyifatkan tiada bukti yang dapat menyokong dakwaan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berkaitan penyelewengan dana syarikat itu.

(22)  Pada 24 Jun 2017, Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengakui menguruskan kes 1MDB adalah antara tugas yang paling mencabar dalam kariernya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Beliau menyedari banyak pihak menaruh harapan tinggi kepada BNM. Bagaimanapun, katanya, BNM tiada kuasa untuk mendakwa.

(23)  Pada 29 Jun 2017, Penajaan Program Khas Perdana Menteri melalui Yayasan 1MDB yang melibatkan lebih RM56 juta sejak 2011, memberi manfaat kepada 5,711 orang di seluruh negara.

(24)  Pada 1 Ogos 2017, 1MDB dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.

(25)  Pada 1 Ogos 2017, 1MDB telah memaklumkan secara bertulis kepada syarikat Abu Dhabi, IPIC mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai 2017 sebaliknya akan dibuat pada Ogos 2017 kerana masih menunggu dana sewajarnya. 1MDB menyatakan, kesemua bayaran kepada pihak IPIC itu akan menggunakan wang yang dikumpul menerusi pelan rasionalisasi 1MDB.

(26)  Pada 7 Ogos 2017, kepimpinan PAS berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya menerima penjelasan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB.

(27)  Pada 8 Ogos 2017, 1MDB telah diberi lanjutan tempoh bagi menyelesaikan isu pembayaran dengan pihak IPIC, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

(28)  Pada 21 Sep 2017, siasatan terhadap skandal 1MDB selesai selepas tiga bulan tempoh Jabatan Peguam Negara mengarahkan pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut mengenai isu itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tiada sebarang perkembangan baru untuk dimaklumkan setakat ini, kecuali ada arahan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) dan Kabinet.

(29)  26 Okt 2017, 1MDB menggesa Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua supaya menghentikan perbuatan mengelirukan rakyat mengenai syarikat itu dan sebaliknya akur bahawa tindakan tidak patriotik pihak pembangkang melakukan sabotaj ekonomi terhadap 1MDB bagi kepentingan politik sendiri, telah pun gagal.

(30)  Pada 31 Okt 2017, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarahkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes 1MDB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu.

(31)  Pada 1 Nov 2017, PDRM masih menunggu arahan selanjutnya dari Pejabat Peguam Negara berhubung siasatan kes pelaburan 1MDB. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata, kertas siasatan berhubung kes 1MDB telah diterima daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

(32)  Pada 1 Nov 2017, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata siasatan lanjut terhadap 1MDB perlu dilakukan berikutan kekurangan bukti dalam beberapa perkara tertentu.

(33)  Pada 27 Nov 2017, Krisis yang melanda 1MDB tidak memberi kesan teruk terhadap ekonomi Malaysia. Kementerian Kewangan berkata, sebaliknya, isu melanda syarikat tersebut hanya memberi impak yang rendah terhadap kedudukan ekonomi negara, dengan program rasionalisasi syarikat itu sedang berjalan baik.

(34)  Pada 27 Dis 2017, 1MDB telah membuat pembayaran penuh yang dijadualkan pada tarikh akhir 31 Dis, 2017 kepada IPIC. Pembayaran itu adalah tertakluk kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC.

(35)  Pada 9 Jan 2018, Najib Tun Razak dan syarikat pelaburan 1MDB gagal dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang dikemukakan Gerakan Anak Muda Tolak MO1/Najib (GANT1) berhubung pembayaran pinjaman jaminan bon berjumlah RM35 billion kepada IPIC dan Aabar Investment PJS (Aabar Asli).

(36)  Pada 28 Feb 2018, Indonesia, merampas sebuah kapal mewah di Pulau Bali yang sebelum ini dicari Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah bernilai berbilion dolar yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

(37)  Pada 7 Mac 2018, Kerajaan Malaysia didakwa menyuntik dana RM2 bilion yang diambil secara hutang ke dalam projek 1MDB yang dinamakan The Exchange 106.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, kerajaan melalui anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang bernama MKD Signature Sdn Bhd telah menyuntik RM2 bilion dalam projek pembangunan 1MDB ini.

(38)  Pada 13 Mac 2018, Ahli Parlimen DAP mempersoal tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun yang didakwa ‘menyimpan’ dokumen yang dikemukakan Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan perkaitan antara Jho Low dan 1MDB.

(39)  Pada 21 Mac 2018, Semua maklumat berkaitan 1MDB yang tidak dimasukkan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan dikategorikan sebagai berita palsu. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pihak berkuasa sudah menyiasat 1MDB dan maklumat tidak disahkan pihak berkuasa negara ini berkaitan dengan syarikat kontroversi itu ialah berita palsu.

(40)  Pada 23 Mac 2018, Najib Tun Razak menjelaskan bahawa laporan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB membuat kesimpulan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

(41)  Pada 5 Mei 2018, Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menyatakan bahawa 1MDB tidak pernah memindahkan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

(42)  Puncak kemarahan rakyat ke atas Isu 1MDB ialah pada 10 Mei 2018 apabila Kerajaan BN tewas dalam PRU ke 14 pada 9 Mei 2018.

(42)  Pada 11 Mei 2018, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan disiasat kerana didakwa menyembunyikan bukti mengenai salah laku dalam siasatan kes 1MDB. Perdana Menteri baru, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selepas itu kerajaan akan meneliti hasil siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

(43)  Pada 12 Mei 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, laporan audit 1MDB bukan lagi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mahathir berkata, beliau sudah mengarahkan polis mengeluarkan laporan audit itu yang diklasifikasikan di bawah OSA.

(44)  Pada 17 Mei 20181MDB memerlukan kira-kira RM42.26 bilion untuk membayar kos prinsipal dan faedah pinjaman yang matang antara Nov 2015 hingga Mei 2039. Ini berasaskan andaian pelan rasionalisasi dilaksanakan dan tiada pinjaman baru dibuat selepas Oktober 2015, demikian menurut Laporan Pengauditan 1MDB yang baharu dikeluarkan.

Sepanjang tempoh kempen (malah dalam road show sebelum Parlimen dibubarkan), pemimpin-pemimpin Pakatan harapan (PH) telah menggunakan isu penyelewengan 1MDB sebagai isu paling utama dan paling laris untuk mendapat sokongan rakyat sebagai jalan atau usaha terakhir untuk menjatuhkan Kerajaan BN (khususnya Najib Razak) setelah usaha melalui jalan perundangan yang sah menemui kegagalan.

Punca utama kegagalan ialah seluruh institusi perundangan dan keadilan (SPRM, PDRM, Peguam Negara dan PAC) telah berjaya dipengaruhi dan dikuasai sepenuhnya oleh Najib Razak (menggunakan kuasanya sebagai PM). malah PAS sebuah parti yang bertunjangkan Syariah untuk membentuk Negara Islam juga berjaya dipengaruhi oleh BN/UMNO untuk menyelamatkan Najib Razak.

Sehinggalah pada 10 Mei 2018, apabila SUARA RAKYAT yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir (Presiden UMNO selama 22 tahun) membuat perhitungan terakhir dengan mengundi PH untuk menumbangkan Kerajaan BN (dulunya Perikatan) yang telah menerajui Kerajaan sejak PRU tahun 1955 (sebelum MERDEKA).

Siapakah Menteri/Timbalan Menteri/Menteri Besar/Ketua Menteri (dan bekas) BN yang tewas dalam PRU14?

(1)   Datuk Seri Johari Baharom - Parlimen Kubang Pasu - Timbalan Menteri
(2)   Datuk Seri Jamil Khir bin Baharom - Parlimen Jerai - Menteri
(3)   Datuk Dr Ashraf Farid Wajdi - Parlimen Pasir Putih - Timbalan Menteri
(4)   Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - Parlimen Kemaman - Menteri
(5)   Datuk Dr Hilmy Yahya - Parlimen Balik Pulau - Timbalan Menteri
(6)   Datuk Seri Ahmad Husny Hanadzlah - Parlimen Tambun - bekas Menteri
(7)   Datuk Seri Dr Ahmad Zambry Abd Kadir - Parlimen Lumut - Menteri Besar
(8)   Datuk Seri Mah Siew Kong - Parlimen Telok Intan - Menteri
(9)   Datuk Seri Liow Tiong Lay - Parlimen Bentong - Menteri
(10) Tan Sri Zulhasnan Rafique - Parlimen Setiawangsa - bekas Menteri
(11) Datuk Seri Johari Abdul Ghani- Parlimen Titiwangsa - Menteri
(11) Datuk Raja Nongchik Raja Zainalabidin - Parlimen Lembah Pantai - bekas Menteri
(12) Datuk Hassan Malek - Parlimen Kuala Pilah - bekas Menteri
(13) Datuk Shaziman Mansor - Parlimen Tampin - bekas Menteri
(14) Datuk Seri Mohd Ali Rustam - Parlimen Bukit Katil - bekas Ketua Menteri
(15) Datuk Seri Dr S. Subramaniam - Parlimen Segamat - Menteri
(16) Datuk Chua Tee Yong - Parlimen Labis - Timbalan Menteri
(17) Datuk Razali Ibrahim - Parlimen Muar - Timbalan Menteri
(18) Datuk Aziz Kaprawi - Parlimen Seri Gading - Timbalan Menteri
(19) Datuk Ir Hamim Samuri - Parlimen Ledang - Timbalan Menteri
(20) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin - Parlimen Pasir Gudang - Menteri Besar
(21) Datuk Nor Jazlan Mohamed - Parlimen Pulai - Timbalan Menteri
(22) Tan Sri Shahrir Abd Samad - Parlimen Johor Bahru - bekas Menteri
(23) Datuk Seri Mohd Salleh Said - Kota Belud - Menteri
(24) Datuk Seri Abd Rahman Dahalan - Parlimen Sepanggar - Menteri
(25) Datuk Dr Ewon Ebin - Parlimen Ranau - bekas Menteri
(26) Tan Sri Joseph pairin Kitingan - Parlimen Keningau - Timbalan Ketua Menteri
(27) Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin - Parlimen Papar - Timbalan Menteri

Yang Ditamatkan Perkhidmatan dan Meletak Jawatan

Sebagaimana yang dijelaskan dalam tulisan saya di peringkat awal tadi bahawa banyak agensi penguatkuasa Kerajaan(yang sepatutnya bebas)  seperti SPRM, PDRM dan AG telah gagal melaksanakan tugas sebab dipengaruhi oleh kuasa Najib.  Lanjutan itu, banyak kepimpinan tertinggi sektor awam meletak jawatan selepas PH bentuk kerajaan baharu. Kebanyakan peletakan jawatan mempunyai hubungkait dengan skandal 1MDB.

Usaha Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membersihkan pentadbiran baharu nampaknya semakin mudah melalui peletakan jawatan secara ‘sukarela’ oleh beberapa kepimpinan tertinggi yang memegang jawatan dalam sektor awam.

Bukan itu sahaja, ada spekulasi menarik apabila peguam kanan Tommy Thomas yang dilantik sebagai Peguam Negara pada 5 Jun lalu telah berikrar bahawa tiada siapa akan terlepas dalam skandal 1MDB. Susulan kenyataan itu, peletakan jawatan di beberapa organisasi korporat terkemuka turut berlaku secara mendadak.

Sesetengahnya mungkin tiada kaitan tetapi kesan peletakan jawatan itu tetapi menarik perhatian orang ramai. Kali ini, kapital.my menyusun siri peletakan jawatan tersebut mengikut susunan paling awal tindakan itu dilaporkan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Selepas Tan Sri Abu Kassim Mohamed berundur dari jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada bulan Jun 2016  telah digantikan oleh Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada Ogos 2016. Tempoh perkhidmatan Abu Kassim masih ada sehingga 1 Dis 2020. Zulkifli dikatakan lebih menjaga dan melindungi kesalahan Najib dari tugas utamanya.

Dzulkifli telah meletakkan jawatan pada 14 Mei 2018 dan digantikan dengan bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Jabatan Peguam Negara

Apabila Abdul Gani Patail ditamatkan perkhidmatan 28 Julai 2015 kerana dikatakan mahu meneruskan pendakwaan ke atas Najib jawatan Peguam Negara diambil-alih oleh Tan Sri Apandi Ali pada 25 Jul 2015. Apandi amat jelas melindungi Najib dengan menutup kes 1MDB. Susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam membentuk kerajaan pada 10 Mei, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang merupakan Peguam Negara ketika itu telah diminta mengambil cuti dan kemudiannya ditamatkan perkhidmatan pada 5 Jun 2015.

Dalam tempoh bercuti itu, tempatnya telah digantikan dengan Peguamcara Agung, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek.

Tempoh perkhidmtan Apandi sepatutnya tamat pada Jul 2019.

Kementerian Kewangan

Pada 14 Mei 2018, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohamad Irwan Serigar Abdullah telah dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.  Irwan Serigar yang mempunyai peranan penting dalam Kementerian Kewangan serta 1MDB.dikatakan bersekongkol dengan Najib dalam beberapa aktiviti haram 1MDB.

Arahan ini menyaksikan kontrak perkhidmatan beliau disingkatkan pada 14 Jun 2018 berbanding tarikh asal iaitu 6 Mac 2019.

FELDA

Tan Sri Shahrir Abdul Samad telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi FELDA pada 14 Mei lalu selaras dengan kekalahan BN dalam PRU 14. Ini kerana kedudukannya sebagai pengerusi Felda adalah lantikan kerajaan BN.

Shahrir mula bertugas di jawatan itu pada 6 Januari 2017 menggantikan Tan Sri Isa Abdul Samad.

Kerajaan telah melantik Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor, sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu berkuat kuasa 27 Julai 2018.

Tabung Haji

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengemukakan peletakan jawatan pada 14 Mei 2018. Jawatan ini juga adalah lantikan Kerajaan BN.

Pihak berkuasa turut menyerbu kediaman Abdul Azeez dan menjumpai wang tunai setengah juta dan beberapa aset mewah lain.

Selain Abdul Azeez,  yang  turut meletak jawatan dalam Tabung Haji adalah Tan Sri Apandi Ali apabila memberikan surat peletakan jawatan sebagai Pengarah pada 4 Jun lalu selepas mula bertugas sejak Januari 2016. Turut bertindak demikian, Datuk Rosni Sohar iaitu ahli Lembaga Pengarah sejak Februari 2014. Rosni meletak jawatan melalui sepucuk surat yang dihantar pada 23 Mei 2018.

Tabung Haji turut mengumumkan bahawa Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah.

Pada 13 Jul 2018, Lembaga Tabung Haji (TH) telah melantik bekas Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Mohammed Nor Md. Yusof sebagai pengerusi baharunya.  
TH juga menamakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd., Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang baharu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah  yang dilantik oleh Kerajaan BN sejak 2015 telah meletak jawatan pada 15 Mei 2018. 

Wan Saiful bin Wan Jan telah dilantik menjadi Pengerusi PTPTN yang baru pada 18 jun 2018.

Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Ketua Pengarah ROS, Dato' Suryati Ibrahim yang mencipta kontroversi kerana menolak pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan telah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 22 Mei 2018.

Pertukaran Suryati itu diumumkan sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Samad telah menghantar surat berkenaan pada 28 Mei 2018 setelah diberi tempoh seminggu oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Isa Samad dilantik menjadi Pengerusi SPAD pada 9 Jun 2017 setelah meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi FGV pada 19 Jun 2017.

FELCRA

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felcara pada hujung Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Okt 2018. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tan Sri Irwan Serigar turut meletak jawatan sebagai Pengerusi yang berkuat kuasa pada 23 Mei 2018. Jawatannya diisi oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang baru.

Khazanah Nasional

Tiga kepimpinan tertinggi meletak jawatan iaitu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah; bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Lembaga Pengarah; dan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Lembaga Pengarah.

Peletakan jawatan Mohd Najib dan Johari masing-masing berkuat kuasa 31 Mei dan 30 Mei manakala Irwan pula pada 23 Mei lalu.

Sebelum itu, Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar serta lapan ahli lembaga pengarah lain telah meletak jawatan melalui satu surat tanpa tarikh pada 26 Julai 2018 setelah dikritik oleh Tun Dr Mahathir kerana lari dari matlamat penubuhannya.

Lapan ahli lembaga pengarah itu adalah Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof , Tan Sri Mohamed Azman Yahya, Datuk Mohammed Azlan Hashim, Andrew Sheng Len Tao, Tan Sri Raja Arshad Raja Uda, Datuk Nazir Razak,  Datuk Nirmala Menon dan Yeo Kar Peng.

Perak Corp Bhd

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Aminuddin Md Desa telah meletakkan jawatan pada 29 Mei 2018.

Langkah itu diambil berkemungkinan susulan gesaan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming supaya seluruh ahli lembaga perbadanan itu meletak jawatan selepas syarikat itu mengalami kerugian RM11.4 juta pada suku pertama tahun ini.

Bank Negara Malaysia (BNM)

Pengesahan peletakan jawatan Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Jun 2018.

Muhammad dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mei 2016 bagi menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang berundur semasa skandal 1MDB menjadi tumpuan hangat seluruh dunia.

Jawatan Gabenor BNM diambil alih oleh Datuk Noor Shamsiah Mohd Yunus pada 22 Jun 2018.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor telah dipendekkan tarikh persaraannya pada 20 Dis 2018. Tarikh persaraan beliau adalah pada 20 Jun 2019. lanjutan itu, Beliau menyerahkan jawatannya kepada penggantinya, Jeneral Tan Sri Zullkifli bin Zainal Abidin pada 20 Jun 2018.

Raja Mohamed Affandi dikatakan memperlihatkan sokongan peribadi kepada Najib semasa PRU 14.

PETRONAS

Dua penyandang jawatan tertinggi PETRONAS iaitu Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang Ahli Lembaga Pengarah Datuk Mohd Omar Mustapha telah meletak jawatan pada 6 Jun 2018.

Mohd Sidek mula berkhidmat sejak 1 Julai 2012 manakala Mohd Omar pula sejak 15 September 2009.

Mohd Sidek merupakan pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dilantik Mohd Najib Tun Razak untuk menyiasat kerugian pertukaran matawang asing Bank Negara sekitar 1990-an. RCI itu pula bertujuan mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad atas kesalahan tersebut.

Pada 1 Ogos 2018, Datuk Ahmad Nizam bin Salleh telah dilantik menjadi Pengerusi PETRONAS yang baru.

Telekom Malaysia (TM)

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramli meletak jawatan serta merta pada 6 Jun 2018. Tempatnya akan digantikan oleh Timbalan, Datuk Bazlan Osman.

Seorang lagi pimpinan tertinggi TM yang turut meletak jawatan adalah Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor yang merupakan Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas.

Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro)

Perkembangan pada 7 Jun menyaksikan Datuk Rohana Rozhan meletak jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019.

Walaupun demikian, beliau kekal sebagai pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah. Jawatan itu akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pelanggan Kumpulan, Henry Tan.

BIMB Holdings Bhd (BHB)

Encik Khairul Kamarudin telah meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Holdings Bhd (BHB) dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) berkuat kuasa pada 20 Julai 2018. Bank Islam merupakan anak syarikat BHB.

Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam tersebut dipangku oleh Mohd Muazzam Mohamed melalui keputusan sebulat suara oleh Lembaga Pengarah.

Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

Pengerusi, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman meletak jawatan berkuat kuasa 14 Ogos 2018, Peletakan jawatan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Azharuddin pernah menjadi perhatian media dan orang ramai semasa tragedi kehilangan pesawat MH370 pada tahun 2014.

Permodalan Nasional Berhad Bhd (PNB)

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar meletak jawatan pada 29 Jun 2018. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator. Turut meletak jawatan berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Pada 1 Ogos 2018, Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz telah dilantik menjadi Pengerusi PNB.

MARA

PENGERUSI Maybank Asset Management Group Bhd (MAMG) Dr Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baru berkuatkuasa 1 Okt 2018.


Beza Dua Karektor....


MAHATHIR DALAM 'HARD TALK'

INTERVIEWED BY ZAINAB BADAWI ON 2 OCT 2018 

MAHATHIR DALAM 'COUNCIL ON FOREIGN RELATIONS'



INTERVIEWED BY JOHN BUSSEY (WSJ) ON 7 JULY 2018 


NAJIB DALAM '101 EAST'


INTERVIEWED BY MARY ANN JOLLEY ON 27 OCT 2018



Mendung Berarak....


KES 1: NAJIB RAZAK

4 Julai 2018
3 Pertuduhan: Nilai RM42 juta

Related image

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen hari ini.

Najib yang berkot biru dan berseluar biru gelap tenang ketika empat tuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, Najib selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri  dan penasihat SRC International Sdn Bhd, dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, melakukan pecah amanah jenayah berjumlah RM42 juta.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, antara 24 dan 29 Disember 2014.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat dan didenda.

Bagi tuduhan rasuah pula, bekas Perdana Menteri itu didakwa menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International.

Tuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya pada 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Akta 694).

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama membawa hukuman maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Najib kerana kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.

Terdahulu Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dijalankan dalam bahasa Inggeris dan mengemukakan keizinan mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Kesemua tuduhan bagaimanapun dibacakan dalam bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan permohonan pendakwaan bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali pada 22 dan 24 Mei lalu untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

KES 2: NAJIB RAZAK

8 Ogos 2018
4 Pertuduhan Pindaan: Nilai RM42 juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke dalam akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya.

Transaksi itu didakwa dilakukan melalui Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities (RENTAS) di antara 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh Hakim Azura Alwi berikutan kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sebentar lagi dan pengakuan akan direkodkan di mahkamah tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti salah itu atau RM5 juta atau yang mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

1.   Pertuduhan pindaan pertama. Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

2.   Pertuduhan pindaan kedua.  Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan di dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

3.   Pertuduhan pindaan ketiga.  Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai  seorang ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan di dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

4.   Pertuduhan pindaan keempat. Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan di dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Perkembangan...............

SRC: Najib diperintah bela diri
Oleh Ahmad Johari Ali; Farah Marshita Abdul Patah; Fazrik Kamarudin & Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 11 November 2019: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes ‘prima facie’ bagi kes berkenaan. Najib berdepan masing-masing tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menurut Mohd Nazlan, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan mempunyai kawalan keseluruhan menyebabkan RM42 juta didepositikan ke dalam akaunnya bagi kepuasan beliau.

“Ia adalah bagi tertuduh (Datuk Seri Najib Razak) untuk menangkis bukti dan saya mendapati bahawa elemen menggunakan kedudukan berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Sehubungan itu ‘prima facie’ berjaya dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah mendapati pindahan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun bekas Presiden UMNO itu telah menyebabkan SRC mengalami kerugian.

“Walaupun mengetahui terdapat wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, tertuduh (Najib) tidak mengarahkan supaya laporan polis dibuat.

“Mahkamah mendapati tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menentukan wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.

Terdahulu pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan 3 April.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh yang dihadapinya itu menerusi keterangan bersumpah di kandang tertuduh.

Dengan memilih demikian, beliau boleh disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.


KES 3: NAJIB RAZAK

20 Sep 2018
21 Pertuduhan: Nilai RM2.6 bilion

Image result for najib razak

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Jalan Duta buat kali ketiga dalam tempoh 3 bulan atas pendakwaan baru berhubung kes 1MDB.

Najib tiba jam 1.50 petang menaiki kenderaan SPRM diiringi kenderaan polis selepas selepas diambil keterangan oleh pihak polis Bukit Aman pagi tadi.Beliau berbaju kemeja biru kelihatan tenang ketika hadir untuk pertuduhan baru itu. Turut hadir ialah anak Najib, Norashman dan Mohd Nizar, Datuk Lokman Noor Adam, selebriti Ellie Suriaty Omar dan pasukan peguam mewakili bekas perdana menteri itu.
Berdasarkan tinjauan FMT, Najib tidak disambut laungan penyokong “hidup Najib” seperti pendakwaan pertama.

Terdahulu lebih 100 agensi media dalam dan luar negara berkumpul di perkarangan bangunan kompleks mahkamah seawal jam 12 tengahari.

Semalam Najib ditangkap selepas 2 jam beliau dipanggil untuk disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berkaitan sumbangan RM2.6 bilion yang diterimanya pada 2013.

Jurucakap SPRM ketika dihubungi FMT berkata bekas pemimpin itu akan dibawa ke Bukit Aman di mana beliau akan disoal polis dan badan anti-rasuah itu.
Awal pagi tadi, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata sebanyak 21 pertuduhan disediakan ke atas bekas perdana menteri itu melibatkan RM2.6 billion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.
Beliau berkata, 9 pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram dan 5 pertuduhan melibatkan penggunaan wang haram.

“7 pertuduhan lagi melibatkan pemindahan wang haram ke entiti lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada 4 Julai lepas, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap 3 pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 8 Ogos pula, beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 3 pertuduhan menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram milik dana SRC International Sdn Bhd dalam 2 akaun miliknya, 4 tahun lepas.
Beliau dituduh bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).


KES 4: ROSMAH MANSOR

4 Okt 2018
12 Pertuduhan: Nilai RM7 juta

Image result for rosmah mansor

Datin Seri Rosmah Mansor menggelengkan kepala dan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan gagal mengemukakan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Isteri bekas Perdana Menteri itu kelihatan tenang setiap kali membuat pengakuan dan mohon dibicarakan atas semua pertuduhan itu.

Rosmah, 67, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dan menyebabkan hasil daripada aktiviti itu berjumlah RM7,097,750 juta dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank Berhad miliknya. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Tingkat Bawah, 148, Jalan Ampang, dekat sini antara 4 Disember 2013 sehingga 8 Jun 2017.

Bagi perbuatan itu Rosmah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Rosmah juga didakwa atas lima pertuduhan gagal membuat suatu penyata bagi pendapatan yang dimasukkan ke dalam akaun Affin Bank miliknya itu.

Beliau didakwa gagal berbuat demikian sebagaimana yang dikehendaki mengikut Seksyen 77 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dengan tiada sebab yang munasabah, bertentangan dengan Seksyen 112 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 1 Mei 2014 sehingga 1 Mei 2018
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Azura Alwi membenarkan Rosmah diikat jamin RM2 juta dengan dua orang penjamin. Serta syarat tambahan iaitu Rosmah perlu menyerahkan dua pasport miliknya kepada mahkamah dan diperintahkan tidak mengganggu saksi kes itu.

Mahkamah juga membenarkan Rosmah membayar jaminan secara berperingkat dan perlu membayar RM500,000 hari ini. Selebihnya Rosmah diminta membayar baki bayaran sebelum 11 Oktober ini.

Mahkamah menetapkan 8 November ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram dan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib, Datin Nurshuhaida Zainal Azahar, Mohd Farizul Hassan Bakri dan Poh Yih Tinn.

Manakala pembelaan diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, Datuk Geethan Ram Vincent, Rajivan Nambiar, Revin Kumar, Teh See Khoon, Iskandar Shah Ibrahim dan Muhamad Aizat Fakri.

KES 5: AHMAD ZAHID

19 Okt 2018
45 Pertuduhan: Nilai RM114 juta

Image result for zahid hamidi

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.

Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.

Mahkamah membenarkan anggota Parlimen Bagan Datuk itu dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkannya menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah memerintahkan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1 juta hari ini manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa, P. Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.

Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12 peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Kitson Foong.

Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah jenayah wang tersebut.

Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke- 11, Zahid didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144 bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019, 000020, 000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan 000031 bernilai RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286

Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075, 000076, 000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000 milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai dorongan bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu membantu syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu dituduh menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804121 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid sebagai Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd telah dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport Selama 5 Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada syarikat Data Sonic Technologies Sdn Bhd.

Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773 berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792 berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.

Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai upah untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No. 1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM72,063,618.15.

Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, Zahid didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram.

Iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara RM600,000 hingga RM9.35 juta ke dalam akaun bernombor 264258871612 dan juga 'AKAUN PELABURAN AM-i' bernombor 264258871605 sebagai Simpanan Tetap, melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, Peguambela dan Peguamcara, di mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dekat sini antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.

Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan kesalahan sama iaitu dengan memberi arahan berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat bernilai RM5.9 juta, menggunakan cek Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis & Co, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 9 Jan 2017.

Bagi pertuduhan ke-27, Zahid, melakukan kesalahan serupa dengan cara mengarahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah bagi pihak tertuduh wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk tujuan pembelian Simpanan Tetap di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Marhaba Enterprise Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac 2016 dan 15 Julai 2016.

Pendakwaan untuk kesemua pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tiga jurubahasa mahkamah mengambil masa hampir sejam membacakan setiap satu pertuduhan terhadap Zahid yang berdiri dalam kandang tertuduh yang sekali sekala menoleh ke belakang ke arah tempat duduk anggota keluarganya serta pemimpin UMNO yang hadir.

Hisyam yang berada di tepi Zahid turut meneliti satu persatu pertuduhan ketika jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan terhadap anak guamnya.

Terdahulu, Sri Ram membuat tawaran ikat jamin sebanyak RM2 juta bagi Zahid dan Hisyam tidak membantah jumlah itu dan berkata jumlah itu adalah adil dan munasabah, namun beliau meminta supaya jumlah itu dibayar secara ansuran sebanyak RM1 juta hari ini dan baki dalam tempoh dua minggu atau sebelum bulan November.

Sri Ram kemudian memberitahu kepada mahkamah bahawa dia menerima aduan daripada peguam jenayah yang mempersoalkan mengapa ikat jamin orang yang dituduh dibenarkan dibayar dengan ansuran.

"Selepas kejadian dua bulan kebelakangan, di mana tertuduh lain telah dibenarkan membayar ikat jamin, saya telah dihujani soalan oleh peguam jenayah mengenai perkara itu kerana mereka (tertuduh) perlu membayar sekaligus pada hari yang sama. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

"Sepatutnya tidak ada pengecualian. Mereka perlu menyediakan jumlah jaminan, jika tidak, mereka mungkin ditahan," katanya sambil menambah bahawa Zahid tidak seharusnya diberi layanan istimewa berbanding tertuduh lain.

“Tertuduh tidak seharusnya dilayan berbeza daripada tertuduh lain yang pernah hadir di hadapan anda dan Yang Arif harus menolak permintaan membayar ikan jamin secara ansuran,” katanya.

Hisyam menjawab bahawa semua orang adalah sama di bawah undang-undang berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menyentuh kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mana mereka dibenarkan membayar ikat jamin secara ansuran.

“Tujuan jaminan adalah untuk menjamin kehadiran orang yang dituduh di mahkamah. Permintaan kami agar wang jaminan dibayar secara ansuran adalah adil dan munasabah.

Sri Ram menegaskan bahawa setiap orang adalah sama dari segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama dan ujian itu adalah bersifat universal dan tidak terpilih dan juga meminta Zahid menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Hisyam menjawab bahawa anak guamnya tiada risiko untuk terbang, Sri Ram kemudian mencelah “pihak pembela terdahulu merujuk kepada kes Najib dan Rosmah. Dalam kes itu (Najib dan Rosmah) mereka terpaksa serahkan pasport kepada mahkamah,” dan ini membuatkan hadirin di galeri awam tertawa.

Hakim Azura membenar Zahid diberi jaminan RM2 juta dengan seorang penjamin dan mengarahkan supaya Zahid menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

“Tiada persoalan saya memberi layanan istimewa kepada kepada sesiapa,” kata hakim itu sebelum prosiding berakhir.

Hisyam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan memohon kes itu dipindahklan ke Mahkamah Tinggi dan Sri Ram tidak membantah.

Adalah difahamkan bahawa sahabat keluarga Zahid membayar wang jaminan itu.



KES 6: NAJIB RAZAK DAN irwan serigar

24 Okt 2018
21 Pertuduhan: Nilai RM6.636 bilion


Image result for irwan serigar wife

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam tuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan Malaysia berjumlah RM6,636,065,000.

Najib, 65 dan Mohd Irwan Serigar, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan bersama-sama di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azman Ahmad.

Bagi pertuduhan pertama, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia masing-masing dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta itu iaitu sejumlah RM1.2 billion milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, Najib dan Mohd Irwan Serigar didakwa bersama-sama atas jawatan sama yang telah diamanahkan dengan harta sejumlah RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.
Bagi pertuduhan ketiga mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa telah melakukan pecah amanah iaitu sejumlah RM220 juta, peruntukan di bawah “Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB)”, milik Kerajaan Malaysia.

Kedua-dua tertuduh juga didakwa bersama-sama atas jawatan sama telah melakukan pecah amanah sejumlah RM1.3 bilion, peruntukan di bawah “Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai”, milik Kerajaan Malaysia.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, mereka didakwa bersama-sama atas jawatan serupa melakukan pecah amanah sejumlah CNY1,950,000,000 (bernilai RM1,261,065,000) dan RM2 bilion milik Kerajaan Malaysia.

Najib dan Mohd Irwan Serigar dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia,Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 21 Disember 2016 bagi pertuduhan pertama dan kedua, pada 3 Ogos 2017 pertuduhan ketiga manakala pertuduhan keempat hingga keenam pada 10 Ogos 2017, 23 Ogos 2017 dan 18 Disember 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk K. Kumaraendran serta Datuk Geethan Ram Vincent bertindak bagi pihak Mohd Irwan Serigar. – BERNAMA

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.10 pagi manakala bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba jam 8.20 pagi.

Pasukan Peguambela Najib diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan turut disertai oleh Datuk Gheetam Ram Vincent, Datuk Kumaraendran, Farhan Read. Manakala pasukan Pendakwaan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Pihak pendakwaan Datuk Seri Gopal mengemukakan izin pendakwaan - Tan Sri Muhammad Shafee memohon mahkamah ditangguhkan kerana beliau meminta pihak pendakwaan menyediakan kesemua salinan pertuduhan kepada pihak pembelaan.
Beliau meminta salinan pertuduhan itu diteliti terlebih dahulu dan dijangka mengambil masa antara setengah jam hingga satu jam.

Gopal Sri Ram menawarkan jaminan sebanyak RM3 juta setiap seorang tetapi Muhammad Shafee memohon wang jaminan berjumlah RM4.5 juta yang telah dibayar anak guamnya untuk kes sebelum ini digunakan sebagai jaminan bagi kes hari ini - K Kumaraendran yang mewakili Irwan Serigar pula memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM500,000 ke atas anak guamnya.

Setelah mendengar hujahan panjang lebar peguam, mahkamah membenarkan jaminan RM1 juta dengan dua orang penjamin.  Kedua-duanya juga diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain mereka dilarang mengganggu saksi pendakwaan.  Muhammad Shafee memohon anak guamnya diberikan tempoh tiga minggu untuk menjelaskan wang jaminan itu.

K. Kumaraendran memaklumkan anak guamnya hanya menyediakan sejumlah RM500,000 dan memohon baki jaminan ditetapkan dibayar kemudian.

Hakim memutuskan kedua-dua tertuduh membayar jaminan sebanyak RM500,000 hari ini dan bakinya dalam tempoh 10 hari.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 29 November ini jam 3 petang.

KES 7: HASANAH ABD HAMID

24 Okt 2018
1 Pertuduhan: Nilai RM50.4 juta


Image result for datuk hasanah abdul hamid


Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM50.4 juta.

Hasanah, 61, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri melakukan pecah amanah wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan.

Hasanah didakwa melakukan perbuatan itu antara 30 April lalu dan 9 Mei lalu di pejabat Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya memohon supaya tertuduh dikenakan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin.

Bagaimanapun, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Hasanah memohon jaminan RM300,000 atas alasan anak guamnya yang sudah berusia dan lemah secara fizikal serta pertama kali dihadapkan ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan Hasanah diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 29 November depan sebagai sebutan semula kes.

Pada 28 Ogos lalu, Hasanah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Keesokannya, beliau direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana berkenaan.

Penahanan Hasanah dilakukan sehari selepas SPRM menahan Timbalan Ketua Pengarah bahagian sama di JPM yang juga bergelar Datuk bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bahagian berkenaan bagi membantu siasatan kes yang sama.

KES 8: MUSA AMAN

5 Nov 2018
35 Pertuduhan: Nilai RM264.46 juta


Image result for musa aman DITUDUH MAHKAMAH

BEKAS Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi balak di negeri Sabah membabitkan wang berjumlah  RM263.46 juta (AS$63.3 juta)

Musa yang memakai kot hitam dan bersongkok serta menggunakan tongkat memahami setiap pertuduhan yang dibacakan dua jurubahasa mahkamah terhadapnya.
"Minta bicara," katanya dari kandang tertuduh selepas diminta pengakuan daripada Hakim Rozina Ayob.

Mengikut tuduhan, Musa sebagai seorang ejen kerajaan negeri Sabah iaitu Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, secara rasuah memperoleh untuk diri beliau suapan daripada enam individu iaitu wang keselurusan berjumlah AS$63.3 juta (RM263,460,962.31).

Wang suapan itu ialah sebagai dorongan untuk melakukan perbuatan berhubung hal ehwal prinsipal beliau, iaitu memberikan kontrak konsesi balak Sabah kepada beberapa syarikat antaranya Syarikat Segar Tepat Sdn Bhd dan J V Lestari Sdn Bhd.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di tujuh bank dan institusi kewangan di luar negeri, antaranya HSBC Bank, Claymore Plaza dan Ocean Tower serta Credit Suisse, Raffles Place di Singapura dan Citi Bank Kowloon, UBS AG Bank, Central dan JP Morgan Chase Manhattan Bank di Hong Kong, China.

Semua tuduhan terhadap Musa adalah mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.

Jika disabitkan, beliau boleh dihukum maksimum penjara 29 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah afau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan jika ia dapat dinilai dalam bentuk wang, atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dijalankan pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Musa diwakili peguam Amer Hamzah Arshad.

Sri Ram menawarkan Musa diikat jamin dengan jumlah jaminan RM5 juta bagi semua tuduhan.

KES 9: TENGKU ADNAN

15 Nov 2018
2 Pertuduhan: Nilai RM3 juta

Image result for tengku adnan tengku mansor

Ahli Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM3 juta berhubung penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tengku Adnan, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Tengku Adnan, 68, didakwa menerima rasuah berjumlah RM1 juta daripada Tan Eng Boon melalui cek milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank miliknya.

Ia sebagai upah bagi dirinya meluluskan permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) untuk menaikkan ratio plot berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Level 2, Podium Block, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada 27 Disember 2013.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, atau mana-mana lebih tinggi.

Tengku Adnan juga didakwa atas pertuduhan pilihan bagi kesalahan yang sama.

Bagi perbuatan itu, Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Tengku Adnan didakwa menerima rasuah RM2 juta daripada Chai Kin Kong melalui cek milik syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holding Sdn Bhd.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, Level 1, Lot A4, Block A, Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.

Bagi perbuatan itu, Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar.

Tengku Adnan diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan, Datuk S Satharuban, Quek Ming Sen, Kee Shu Min.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta, dan menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 November 2018 @ 3:32 PM

KES 10: ROSMAH MANSOR

15 Nov 2018
2 Pertuduhan: Nilai RM189 juta

Image result for rosmah mansor face

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menerima  rasuah sebanyak RM189 juta yang melibatkan projek hibrid solar untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion (nilai projek).

Bagi pertuduhan pertama, beliau dituduh menerima rasuah melalui Datuk Rizal Mansor sejumlah RM187.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin yang merupakan Pengarah Urusan Jepak Holdings sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic dan penyelenggaraan Genset atau diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak. Jumlah berkenaan merupakan 15 peratus dari kontrak Saidi, pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd bagi membantu Jepak Holdings mendapat tender langsung dari Kementerian Pendidikan bagi projek solar berikut.

Hakim, Azman Ahmad membenarkan Rosmah diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin. Ikat jamin dibenar dibayar RM500,000 hari ini dan bakinya dalam masa tujuh hari.

Bagi pertuduhan kedua, Rosmah dituduh menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta dari Saidi Abang Samsudin syarikat sama sebagai upah melakukan perkara sama.

Beliau dibenarkan diikat jamin sejumlah RM1 juta dengan seorang penjamin.

Kes akan disebut semula pada 10 Disember depan.


KES 11: RIZAL MANSOR


15 Nov 2018
4 Pertuduhan: Nilai RM218 juta

Image result for rizal mansor adik rosmah

Pegawai khas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Projek Bersepadu sistem solar photovoltaic hibrid dan genset, diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, dua tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Rizal juga bekerja sebagai pembantu khas Rosmah Mansor didakwa meminta RM212.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, bagi pihak Rosmah untuk melakukan perkara yang dicadangkan iaitu membantu dan memastikan syarikat itu mendapatkan projek tersebut yang bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ketiga dan keempat menerima RM5.5 juta bagi dirinya dan Rosmah sebagai upah melakukan kesalahan itu.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pusat membeli belah Sunway Putra, dan Pavilion pada 20 dan 23 Disember 2016.

Pendakwaan dikemukakan di bawah perenggan 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009(Akta 694) Akta SPRM 2009.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kamal Baharin Omar memaklumkan pihaknya dan pembelaan bersetuju RM1 juta sebagai wang jaminan.

Peguam, Ridha Abdah Subri memohon mahkamah agar wang jaminan dibayar secara ansuran kerana anak guamnya mengalami masalah kewangan dan hanya berjaya mengumpulkan RM500,000, pada hari ini. 


Menurutnya, Rizal telah memberi kerjasama sepanjang berada di bawah tahanan reman SPRM.


KES 12: BUNG MOKHTAR BIN RADIN
03 Mei 2019
3 Pertuduhan: Nilai RM2.8 juta




AHLI Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan memperoleh rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra), empat tahun lalu.

Bagaimanapun, Bung Mokhtar, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Bung Mokhtar yang berada di dalam kandang tertuduh itu berkata, “Saya mengaku tidak bersalah dan ingin bicara.”

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Bung Mokhtar didakwa sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad telah secara rasuah memperoleh wang suapan keseluruhan RM2.8 juta melalui isterinya Zizie Izette, 41, sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Kesemua wang itu diberi oleh dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Ziezie Izette.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Public Bank Berhad cawangan Taman Melawati, Jalan Bandar 12, Taman Melewati, Kuala Lumpur, antara 12 hingga 19 Jun 2015.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (akta 694) yang boleh dihukum mengikut subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan ikat jamin RM100,000 kepada tertuduh dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Peguam Datuk K Kumarendran yang mewakili tertuduh tidak membantah jumlah ikat jamin yang dikenakan termasuk syarat pasport itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes dan pasport milik tertuduh diserahkan sehingga kes selesai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2019 @ 10:09 AM


Pelakon, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin memperoleh rasuah berjumlah RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad, empat tahun lalu.

Zizie Ezette, 41, yang mengenakan sepersalinan serba hitam itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut semua pertuduhan, pelakon Hero Seorang Cinderella itu didakwa telah bersubahat memperoleh rasuah dengan Bung Moktar, 60, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad melibatkan jumlah RM2.8 juta.

Kesemua wang itu diberi dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad iaitu Madhi Abdul Hamid, 38, dan Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Iktikal Sequel Fund (PITSEQ) yang mana akaun itu di bawah nama Zizie Izette.

Rasuah berkenaan adalah sebagai upah kepada Bung Moktar yang mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Semua perbuatan tersebut didakwa dilakukan Public Bank Berhad Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, di sini pada 12 dan 19 Jun 2015.
Kesemua pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi. - UTUSAN ONLINE.





No comments:

Post a Comment