UMNO PENCAPAIAN
DAN CABARAN
UMNO ATAU PEKEMBARDAN CABARAN
Nama Presiden
UMNO
|
Tempoh
Perkhidmatan
|
Dato’ Sir Onn bin Dato' Jaafar
(12 Feb 1896 - 19 Jan 1962)
|
11 Mei 1946 hingga
26 Ogos 1951
|
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni
almarhum Sultan Abdul Hamid
Halim Shah (8 Feb 1903 - 6 Dis 1990)
|
26 Ogos 1951 hingga
24 Januari 1971
|
Tun Hj Abdul Razak bin Dato' Hussein
(11 Mac 1922 - 14 Jan 1976)
|
24 Januari 1971 hingga
14 Januari 1976
|
Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(12 Feb 1922 - 29 Mei 1990)
|
14 Januari 1976 hingga
28 Jun 1981
|
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
(10 Jul 1925)
|
28 Jun 1981 hingga
30 Oktober 2003
|
Tun Abdullah bin Datuk Haji Ahmad
Badawi (26 Nov 1939)
|
30 Oktober 2003 hingga
28 Mac 2009
|
Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun
Abdul Razak (23 Jul 1953)
|
28 Mac 2009 hingga 12 Mei 2018
|
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi (4 Jan 1953)
|
menjalankan tugas Presiden mulai 12 Mei 2018 - 29 Jun 2018. Dipilih menjadi Presiden mulai 30 Jun 2018 - kini
|
?
|
UMNO SEBELUM
MERDEKA
Era Onn Jaafar
Penubuhan
UMNO
Menentang Gagasan Malayan Union. Pada 2
Jan 1946, Kerajaan
British telah mengeluarkan Kertas Putih mengenai penubuhan Malayan Union yang
berhasrat mahu menghapuskan hak Raja-raja Melayu dan membuka kerakyatan kepada
orang asing dengan syarat yang mudah. Pergerakan
Melayu Semenanjung Johor (PMSJ) yang ditubuhkan pada 3 Jan 1946 untuk menentang Malayan Union. Pada 4 Mac 1946 PMSJ
menganjurkan Kongres Melayu yang diadakan di Kelab
Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur. Kongres ini disertai oleh 41 buah pertubuhan
Melayu di seluruh Tanah Melayu dan Singapura. Kongres Melayu memutuskan untuk
menubuhkan satu badan (jawatan kuasa) bagi mewakili orang-orang Melayu menentang Malayan Union.
Satu Jawatankuasa telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak. Keahlian Jawatan Kuasa tersebut adalah terdiri dari:
1. Dato Onn Jaafar- MB Johor (Pengerusi)
2. Dato Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz- MB Perak
3. Dato Nik Ahmad Kamil bin Nik Ismail - MB Kelantan
4. Dato Hamzah Abdullah- MB Selangor; dan
5. Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) (Setiausaha)

Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
2. Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu mengambil keputusan memulau istiadat penubuhan Malayan Union. Pada 1 April 1946. Malayan Union dengan rasminya ditubuhkan dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor. Hak-hak orang Melayu diketepikan. Pada 11 dan 12 Mei 1946, Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar, Johor Bahru. Dalam Kongres ini Piagam UMNO telah diluluskan dan lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO). Dato Onn bin Jaafar dipilih sebagai Yang DiPertua.
Pada 29
dan 30 Jun 1946, Mesyuarat
Agung UMNO pertama diadakan di Ipoh, telah melantik Datuk Haji Abdul Wahab
(Panglima Bukit Gantang) sebagai Setiausaha Agung dan menetapkan corak bendera
UMNO. Pada 27
dan 28 Jul 1946, Majlis
Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang telah mengadakan istiadat mengibar bendera
UMNO.
Pada 21
Jan 1948, Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu di Kings House,
Kuala Lumpur. Pada 1
Feb 1948, Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan rasminya ditubuhkan dan berakhirnya
pemerintahan Malayan Union.
Pergerakan Wanita UMNO. Pada 25
Ogos 1949, Badan Ahli-ahli Perempuan UMNO telah diwujudkan dan Cik Putih Mariah Ibrahim
Rashid telah dipilih sebagai Ketua. (kemudian pada tahun 1971 dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO).
Pergerakan Pemuda UMNO. Pada 26
Ogos 1949, Persidangan
Agung wakil-wakil Pemuda di Butterworth telah melantik Kapten Hussein Onn
sebagai Ketua/Setiausaha Hal Ehwal Pemuda. Pada tahun 1955, ia di namakan Pergerakan Pemuda.
Dato Onn Meletak Jawatan Presiden UMNO. Dato
Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah
Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan
Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu
ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai YDP UMNO apabila
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato' Onn Keluar Dari UMNO. Setelah meletak jawatan Presiden UMNO, Dato Onn mengisytiharkan diri keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang terbuka kepada semua bangsa pada 26 Ogos 1951 dan kerana tiada sambutan kemudiannya beliau menubuhkan menubuhkan Parti Negara (PN) pada Feb 1954. Parti ini juga gagal dalam PRU pertama tahun 1955. Dalam PRU ke 2 pada tahun 1959, PN hanya memenangi satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO
PAU 1946
YDP: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Setiausaha Agung: Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab
Setiausaha Agung: Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab
PAU 1947
YDP: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Setiausaha Agung: Zainal Abidin bin Abbas
PAU 1948
YDP: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1949
YDP: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1950
YDP: Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
Setiausaha Agung:
Era Tunku Abdul Rahman
Tunku YDP UMNO Kedua. Perhimpunan
Agung UMNO ke 6 (1951) Tunku Menang Jawatan YDP UMNO. Setelah Onn Jaafar
meletak jawatan sebagai YDP UMNO pada tahun 1951, Tunku Abdul Rahman dicalunkan
untuk bertanding jawatan YDP UMNO kedua. Atas persepakatan di antara UMNO, MCA
dan MIC mengadakan mesyuarat kerajaan British di London, kemerdekaan Tanah
Melayu tercapai. Beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden
UMNO pada 1971 dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
Parti
Perikatan
Setelah
menyedari kesusahan yang harus dilalui untuk mendapatkan kebebasan, pemimpin
Melayu kemudian membawa masuk masyarakat bukan Melayu untuk berjuang
bersama-sama. Ini adalah bertujuan agar semua kaum dapat mengetahui kepentingan
kebebasan dan kesusahan yang perlu dilalui untuk mendapatkannya. Dengan
kebijaksanaan dan matlamat yang menekankan objektif jarak jauh, arena politik
tempatan harus ditubuhkan dengan segera.
Kaum
Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera
untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada 11
Mei 1946. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti
perikatan gabungan UMNO dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang
diterajui oleh Tunku and Tun Tan Cheng Lock ditubuhkan. Pertubuhan
memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika Pilihanraya Majlis
Bandaraya Kuala Lumpur di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan
yang menyakinkan.
Konsep
penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini
menarik Kongres India Se-Malaysia (MIC) untuk memasuki perikatan ini.
Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada 27
Julai 1955 dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan
kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana
Menteri pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik
daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang
berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and Tun Sambanthan. (Pada 30 Oktober 1957, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC dengan rasminya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik).
Lambang Parti Perikatan
(gabungan UMNO-MCA-MIC)
Parti
Perikatan Tanah Melayu telah membentuk aliran sejarah negara ini dan permulaan
perjuangannya ialah menuntut, mendapat dan menegakkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan ini seterusnya
mencatatkan sejarah dengan terbentuknya Persekutuan
Malaysia pada 16 September 1963.
Penubuhan
PAS. Bahagian Agama (Islam) UMNO yang diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Fuad Hassan
tidak bersetuju dengan dasar UMNO yang tidak mempertahankan syariah Islam dalam
pentadbiran Negara. Beliau tewas menentang Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden
UMNO lalu keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS)
pada 24 Nov 1951.
PRU Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Pada 27
Jul 1955, Pilihan
Raya Umum Persekutuan pertama diadakan, sebanyak 52 kerusi dipertandingkan dan Perikatan
memenangi 51 kerusi. Pada 31
Jul 1955, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Yang DiPertua UMNO dilantik sebagai Ketua
Menteri Pertama Persekutuan Tanah Melayu. Pembukaan rasmi Rumah UMNO di Batu Road (Jalan Tuanku Abdul
Rahman) Kuala Lumpur oleh Sultan Hishamuddin, Sultan Selangor Darul Ehsan.
Kemerdekaan
Tanah Melayu
Rombongan Kemerdekaan. 1
Jan 1956, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Dato Hussein, Tun Dr. Ismail Dato
Abdul Rahman, Tan Sri Nik Ahmad Kamil, Tun H.S. Lee, Datuk Panglima Bukit
Gantang dan lain-lain bertolak ke London bagi rundingan menuntut Kemerdekaan.
Penubuhan FELDA. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 untuk pembangunan tanah dan penempatan semula dengan objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

FELDA
diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956)
dikuatkuasakan. Modal
permulaannya RM 10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2
kilometer persegi penanaman getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957
. Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya
ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat
Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan
untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif
melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta
menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad
1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk
mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa
sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun
2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada
kelapa sawit.
FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur
Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1994 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan kepada FELDA. Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah koperasi Permodalan FELDA (Koperasi FELDA), FELDA Global Ventures (FGV) dan FELDA Investment Corporation (FIC).

Hari
ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan kemudahan yang
mencukupi dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya
berpendidikan tinggi untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kualiti hidup mereka
seterusnya memastikan rancangan FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi
di samping merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Fokus
FELDA adalah untuk menjadi ‘ Economic Powerhouse ’ dalam menjana pelbagai
aktiviti ekonomi pada tahun 2020 melalui program berstrukturnya dengan modal
insan yang mempunyai pelbagai potensi.
Kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 31
Ogos 1957, kemerdekaan
Tanah Melayu dicapai dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana
Menteri manakala Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
PRU Pertama Selepas Merdeka. Pada 19
Ogos 1959, Pilihanraya
Umum Kedua atau yang Pertama selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi merebut 104 kerusi Dewan Rakyat. UMNO
memenangi 51 daripada 69 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj kembali sebagai Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Luar Bandar.
Pada
24 Julai 1961 satu undi tidak percaya terhadap kerajaan PAS dibawa oleh seorang
ADUN PN Bukit Besar, Mohamad Abd Rahman. Undi tersebut gagal kerana PAS mendapat (12 undi) Umno + PN (11 undi). Seorang wakil PAS berkecuali iaitu
Ahmad Azam Napiah. Ahmad Azam kecewa kerana tidak diberi jawatan Menteri Besar
Terengganu atau pun Speaker (kerana berasal dari Perak - bukan anak jati Terengganu.
Beliau kemudiannya mengisytihar sebagai ADUN Bebas.
Kegawatan
DUN Terengganu berlarutan apabila UMNO berjaya membeli dua ADUN PAS, Mohamad
Ismail dan Husin Jusoh. Kemudian, UMNO juga dapat membeli 3 ADUN PN apabila
mereka bertemu Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur. ADUN PN yang terbabit adalah
Wan Daud Mohamad (ADUN Ladang), Mohamad Abd Rahman (ADUN Bukit Besar) dan Haji
Mutalib Salleh (ADUN Batu Buruk). Keadaan tersebut membawa kepada undi tidak
percaya kali kedua dibawa dan akhirnya kerajaan PAS tewas.
Maka
Parti Perikatan menubuhkan kerajaan baru yang diketuai Tan Sri Ibrahim Fikri (dilantik sebagai Menteri Besar) pada November 1961.
Gagasan Malaysia. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman Putra telah menyuarakan gagasan Malaysia dalam satu majlis anjuran Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura. 4 Nov 1961, Perhimpunan Agung Khas UMNO di Dewan Perbandaran Kuala Lumpur telah mengambil ketetapan menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Pada

21 Jun 1962, Laporan Suruhjaya Cobbold menunjukkan rakyat negeri Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia. Pada 16 Sep 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan terdiri dari 11 negeri Semenanjung, Sngapura, Sabah dan Sarawak.
Konfrontasi Indonesia (Operasi Ganyang Malaysia). Konfrontasi Indonesia-Malaysia ialah pembangkang politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/naungan British di Sabah dan Sarawak (secara kolektif dikenali sebagai British Borneo, Malaysia Timur) pada bulan September 1963.
Penentangan ini telah dilakukan oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara sebagai perang mengenai masa depan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak dan menyalakan semula semangat anti-penjajahan terhalang akibat daripada pengisytiharan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Dalam usaha Sukarno yang menentang penubuhan negara Malaysia, beliau juga telah memulaukan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang ditugaskan pada tahun 1962 yang bertujuan untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap penubuhan Malaysia. Sukarno telah melancarkan kempen ‘Ganyang Malaysia’ pada awal 1963. Konfrontasi Sukarno telah berubah daripada sekadar perang kata-kata menjadi konfrontasi ketenteraan, hal ini berlaku selepas Suruhanjaya khusus PBB yang dibentuk untuk mengumpul pendapat rakyat setempat tentang pembentukan Malaysia. Sukarno menjadi semakin tersinggung apabila Tunku mengumumkan terbentuknya Malaysia sebelum Komisi PBB itu mengumumkan hasil siasatannya.
Pada 12 April 1963, sukarelawan perang dan para gerila Indonesia mula bertindak menyelinap masuk ke dalam sempadan Malaysia. Ketika ini, penyelinapan dan pencerobohan masuk mula dengan menyerang Balai Polis Tebedu di Sarawak (5 kilometer daripada sempadan Indonesia). Namun begitu serangan berjaya dipatahkan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Malaya (RAMD) dan Askar Gurkha.
Pada 29 Disember 1963, gerila perang Indonesia telah melancarkan serangan mengejut ke Pos tentera di Kalabakan, Tawau, Sabah. Serangan mengejut ini dilakukan ketika anggota tentera daripada Kompeni C, Rejimen ke-3 Askar Melayu Diraja sedang bersiap-siap untuk Solat Isyak. Serangan ini telah ditentang oleh pasukan RAMD dan menyebabkan sukarelawan perang Indonesia berundur ke sempadan mereka. Pada 1964, gerila Indonesia mulai menyerang wilayah di Semenanjung Malaysia. Pada bulan Ogos, 16 ejen bersenjata Indonesia ditangkap di Johor. Aktiviti tentera Indonesia di sempadan meningkat. Sehubungan itu, kerajaan Malaysia mengerahkan ATM termasuk RAMD dan Askar Wataniah bersiap sedia untuk menangani ancaman ganas Indonesia, TLDM juga dikerah untuk mempertahankan perairan.
Pada 17 Ogos, pasukan payung terjun TNI mendarat di pantai barat daya Johor dan cuba membentuk pasukan gerila. Pada 2 September 1964, pasukan payung terjun TNI mendarat di Labis, Johor. Pada 29 Oktober, 52 anggota tentera mendarat Indonesia di Pontian di sempadan Johor-Melaka, tetapi ditangkap oleh pasukan RAMD dan New Zealand, manakala yang selebihnya berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Hutan di Batu 20, Muar, Johor.
Konfrantasi Indonesia terhadap Malaysia menjadi semakin tegang apabila Malaysia terpilih sebagai anggota tidak tetap PBB pada bulan Disember 1964. Sebagai protes kepada penyertaan Malaysia menjadi anggota PBB, Indonesia telah menarik diri daripada keanggotaan PBB pada Januari 1965. Tentera Malaysia turut mendapat bantuan dari Komanwel seperti British, Australia dan NZ.
Pada pertengahan 1965, Indonesia mula menggunakan pasukan rasminya setelah kesemua pasukan komando dan sukarelawan yang melakukan penyusupan di Malaysia gagal. Pada 28 Jun, mereka menyeberangi sempadan ke timur Pulau Sebatik (Tawau), Sabah dan cuba melakukan serangan dan sabotaj ke atas kem RAMD di Tawau, namun cubaan itu gagal kerana kem itu berhampiran dengan balai polis dan disedari oleh anggota-anggota polis di situ dan berjaya mematahkan cubaan itu.
Menjelang akhir 1965, Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Oleh kerana konflik dalaman negara, keinginan Indonesia untuk meneruskan konfrontasi dengan Malaysia berkurangan dan peperangan telah reda.
Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan dilakukan di Bangkok, Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengumumkan perdamaian setelah Soeharto menghantar Adam Malik sebagai wakil untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Kekerasan berakhir pada bulan Jun, dan perjanjian perdamaian ditandatangani pada 11 Ogos dan dirasmikan dua hari kemudian. Penghancuran PKI dan elemen-elemen politik kiri, dan perletakan jawatan oleh Soekarno telah menyebabkan perubahan mendadak dalam kestabilan politik Indonesia pada tahun 1965. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrantasi terhadap Malaysia pada tahun 1967.
PRU Kedua. Pada 25 Apr 1964, Pilihanraya Umum bagi kerusi Parlimen dan Negeri serentak di Semenanjung kali kedua diadakan. Dalam pilihanraya ini UMNO memenangi 59 kerusi daripada 69 kerusi yang dipertandingkan.
PRU Ketiga. Pada 10 Mei 1969, Pilihan Raya Umum kali ketiga diadakan. UMNO memenangi 51 kerusi daripada 67 kerusi yang dipertandingkan dan dalam pilihanraya ini Perikatan mengalami kemerosotan kerusi.
Tragedi 13 Mei 1969. Pada13 Mei 1969 telah berlaku peristiwa pergaduhan kaum di Kuala Lumpur membawa kepada penubuhan kerajaan darurat (MAGERAN) bagi mengamankan keadaan.
Tunku Meletak Jawatan PM dan YDP UMNO. Pada 22 Sep 1970, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak Dato Hussein. Pada 24 Jan 1971, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO di Merlin Hotel, Kuala Lumpur, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengundur diri sebagai Yang DiPertua UMNO dan digantikan oleh Tun Haji Abdul Razak Dato Hussein.
Pemecatan
Dr Mahathir. Berikutan peristiwa
13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi
UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman.
Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26
September 1969, Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa
di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan
orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik
balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke dalam
UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada tahun 1973..
Pemecatan Musa Hitam. Dalam tahun 1960-an, Musa dilantik menjadi Pemangku Setiausaha Agung UMNO. Beliau masuk Parlimen Malaysia buat pertama kali pada tahun 1969 dan berkhidmat sebagai Menteri Muda untuk suatu tempoh yang singkat. Musa kemudian dipecat daripada UMNO akibat pengingkaran semasa Peristiwa 13 Mei, oleh Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO dan Perdana Menteri ketika itu. Semasa dipecat, beliau mengambil sarjananya di Universiti Sussex. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1971, beliau diterima semula menyertai UMNO oleh Tun Abdul Razak. Musa dilantik sebagai Timbalan Whip Parlimen untuk parti campuran Parti Perikatan dan dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau juga dipilih sebagai Naib Presiden UMNO pada 1978.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO
PAU 1951
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Dr Ismail bin Dato' Abd Rahman
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1952
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
PAU 1953
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
PAU 1954
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Syed Jaafar Albar
PAU 1955
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
PAU 1956
YDP: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
Timbalan Presiden: Abd Razak bin Hussein
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
PAU 1957
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Dr Ismail bin Dato' Abd Rahman
Naib Presiden I:
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
Setiausaha Agung: Mohd Khir bin Johari
PAU 1958
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: ?
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung: Abdul Ghaffar bin Baba
Setiausaha Agung: Abdul Ghaffar bin Baba
PAU 1959

PAU 1960

PAU 1961

PAU 1962
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: En Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung: Abdul Ghaffar bin Baba
Setiausaha Agung: Abdul Ghaffar bin Baba
PAU 1963
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: En Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1964
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1965
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1966
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1967
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tan Sri Sardon bin Jubir
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II:
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung:
Setiausaha Agung:
PAU 1968
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tan Sri Sardon bin Jubir
Naib Presiden III: Tan Sri Syed Nasir bin Ismail
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
PAU 1969
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tan Sri Sardon bin Jubir
Naib Presiden III: Encik Mohd Khir bin Johari
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
PAU 1970
Presiden: Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj
Timbalan Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Naib Presiden I: Encik And Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tan Sri Sardon bin Jubir
Naib Presiden III: Tun Dr Ismail bin Abd Rahman
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
Era Tun Razak
MAGERAN Ditamatkan. Dalam bulan Feb 1971, Parlimen
dipulihkan dan pemerintahan MAGERAN tamat. Pelancaran Dasar Ekonomi Baru
serentak dengan Rancangan Malaysia ke-2 diadakan di Dewan Rakyat. Pindaan
Perlembagaan Negara yang melarang perbincangan hak-hak kaum diluluskan.
Jubli Perak UMNO. Pada 11
Mei 1971 UMNO menyambut Ulang Tahun ke 25 tahun UMNO.
Dasar
Ekonomi Baru. Pada tahun 1971, Tun Abdul Razak mengumumkan Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan membantu orang Melayu. Dasar ini
menyasarkan pegangan ekonomi orang Melayu sebanyak 30% menjelang 1990 namun
gagal.
Kerajaan Camputan Perikatan-PAS. Pada 1
Jan 1973 Tun Razak berjaya mengubah landskap politik negara apabila berjaya mengajak lawan utamanya, PAS mewujudkan
kerajaan campuran Perikatan-PAS di peringkat Negeri dan Pusat. Presiden PAS, Datuk Hj Mohd Asri dilantik menjadi Menteri penuh.
Negara Kehilangan Bapa Integriti. Pada 2
Ogos 1973, Timbalan PM Tun
Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman, Timbalan Presiden UMNO telah meninggal dunia
dan Tun Hussein Onn dilantik memangku jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan pada 13 Ogos 73 dilantik menjadi jadi TPM.
Barisan Nasional. Pada 17
Jan 1974 telah diadakan perjumpaan
antara beberapa buah parti lagi yang menyertai kerajaan campuran di peringkat Negeri seperti Gerakan (Pulau Pinang), PPP (Perak), SUPP dan SNAP di Sarawak, bagi membincangkan
pelaksanaan konsep Barisan Nasional. Akhirnya pada 1
Jun 1974, Barisan
Nasional didaftarkan secara rasminya.
PRU IV. Pada 23
Ogos 1974 adalah Pilihan
Raya umum ke-4. Barisan Nasional memenangi 135 daripada jumlah 154 kerusi
Parlimen yang dipertandingkan dan calon UMNO memenangi semua kerusi yang
diperuntukkan iaitu sebanyak 61 kerusi.
Kertas Putih mengenai Bank
Rakyat menunjukkan pinjaman diluluskan sungguhpun ia melewati tahap kuasa
Pengarah Urusan atau jawatankuasa pegawai bank. Tiada masa untuk menunjukkan
jawatankuasa pinjaman itu telah pernah bertemu dan keputusannya jelas hanya melalui tanda tangan pada borang
kelulusan pinjaman. Terdapat contoh-contoh di mana permohonan, kelulusan dan
pembayaran dibuat pada hari yang sama.
Dalam contoh lain, pembayaran pinjaman dibuat sebelum mendapat kelulusan
Tun Razak Meninggal Dunia. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein telah meninggal dunia di London pada 14 Jan 1976 kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru dan memangku jawatan Presiden UMNO.
Kes Kerugian Bank Rakyat. Pada
1975, Bank Rakyat, bank koperasi yang ditubuhkan pada 1954, tidak mampu
membayar. Ia telah mengumpul kerugian sebanyak RM65 juta. Kecurigaan berhubung
kedudukan kewangan Bank tersebut ditimbulkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan
ke-19, ia menjadualkan akaunnya pada 1973 dan 1974, kedua-duanya tidak mendapat
kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pendaftar Koperasi. Akaun pada tahun
1973 dan 1974 menunjukkan prestasi bank itu menguntungkan sungguhpun pada
hakikatnya bank itu mengalami kerugian besar bagi tahun-tahun tersebut.
Kemudiannya
Ketua Pendaftar Koperasi menjalankan siasatan terhadap bank berkenaan dan pada
masa yang sama pihak polis juga menyiasat urusannya. Kerajaan memberi jaminan
yang deposit di dalam bank tersebut selamat.
Tun Razak Meninggal Dunia. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato Hussein telah meninggal dunia di London pada 14 Jan 1976 kerana penyakit leukemia dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru dan memangku jawatan Presiden UMNO.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO
PAU 1972
Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Timbalan Presiden: Tun Dr Ismail bin Abd Rahman
Naib Presiden I: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tan Sri Tengku Razaleigh bin Hamzah
Naib Presiden III: Dato Hussein bin Onn
Setiausaha Agung: Senu bin Abdul Rahman
Setiausaha Agung: Senu bin Abdul Rahman
PAU 1975
Presiden: Tun Abdul Razak bin Hussein
Timbalan Presiden: Dato' Hussein bin onn
Naib Presiden I: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah
Naib Presiden III: Dr Mahathir bin Mohamad
Setiausaha Agung: Senu bin Abd Rahman
Era Hussein Onn
Pada Januari 1976,
Hussein Onn dilantik menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang
ketiga selepas kematian Tun Abdul Razak. Pada 20 April 1981, beliau
melancarkan Skim Amanah Saham Nasional yang merupakan satu dana
amanah bumiputera yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam
ekonomi negara.
BN Menawan Kelantan. Krisis dalaman PAS yang tidak berpuas hati dengan Datuk Asri Muda (Presiden PAS) dan Datuk Mohamad Nasir (MB Kelantan). PAS usulkan undi tidak percaya pada Okt 1977. Mohamad Nasir jatuh digantikan oleh Ishak Lutfi. Berlaku rusuhan dan Dharurat diisytiharkan dan Kelantan ditadbir oleh MAGERAN (Pengerusi: Tan Sri Hashim Aman). Apabila pemerintahan MAGERAN di Kelantan ditamatkan dan Pilihanraya Negeri diadakan pada 11 Mac 1978. BN berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959. Dato Mohamed Taib dilantik menjadi MB Kelantan.UMNO memerintah sehingga Kelantan tumbang semula ke tangan PAS dalam PRU 1990.
Krisis
Dato Harun. Perlawanan Tinju Heavyweight Dunia antara Muhammad Ali dan Joe
Bugner pada 30 Jun 1975 mengalami kerugian, Datuk Harun dituduh dalam kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Tun Razak menawarkan jawatan Duta Besar
Malaysia ke PBB supaya Datuk Harun meletak jawatan Menteri Besar Selangor dan jawatan
dalam UMNO. Oleh kerana Datuk Harun enggan meletak jawatan dan menolak tawaran
itu, beliau dibicarakan di mahkamah.
Harun
Idris dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun setelah didapati bersalah
menerima rasuah sebanyak RM250,000 dari Hong Kong and Shanghai Banking
Corporation. Beliau dijatuhkan hukuman penjara sebanyak 6 bulan lagi setelah
didapati bersalah menyalahgunakan wang Bank Kerjasama Rakyat sebanyak RM8
juta.Beliau ketika itu adalah Pengerusi Bank Rakyat . Kertas putih mengenai
masalah Bank Rakyat dikeluarkan pada 1979.
Harun
dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun
1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad
Ali dari Amerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini
tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan
dihukum penjara selama 8 tahun.
Pada
1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun,
iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada
tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad
dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.
Harun
dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn,
seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang. Ketika
itu pengerusi Biro Siasatan Negara (BSN) - (kemudian BPR dan kemudiannya SPRM) ialah Tan Sri Harun Hashim
- juga seorang yang tegas. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman
agar Harun dibebaskan. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan. Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi
rayuannya ditolak
Dr Mahathir Dilantik Jadi TPM. Pada 5
Mac 1976, Tun Hussein Onn membentuk kabinet baru dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai
TPM.
Krisis Sultan Dengan MB Perak (1977). Tan Sri Muhammad Ghazali Jawi.
Krisis Sultan Dengan MB Perak (1977). Tan Sri Muhammad Ghazali Jawi.
PAS Keluar Dari BN. Pada 17
Dis 1977, PAS
keluar dari Barisan Nasional kerana enggan menyokong Rang
Undang-undang bagi mengisytiharkan darurat di Kelantan. Kelantan ditadbir oleh MAGERAN yang diketuai oleh Tan Sri Hashim Aman.
BN Menawan Kelantan. Krisis dalaman PAS yang tidak berpuas hati dengan Datuk Asri Muda (Presiden PAS) dan Datuk Mohamad Nasir (MB Kelantan). PAS usulkan undi tidak percaya pada Okt 1977. Mohamad Nasir jatuh digantikan oleh Ishak Lutfi. Berlaku rusuhan dan Dharurat diisytiharkan dan Kelantan ditadbir oleh MAGERAN (Pengerusi: Tan Sri Hashim Aman). Apabila pemerintahan MAGERAN di Kelantan ditamatkan dan Pilihanraya Negeri diadakan pada 11 Mac 1978. BN berjaya menamatkan pemerintahan PAS yang berkuasa sejak 1959. Dato Mohamed Taib dilantik menjadi MB Kelantan.UMNO memerintah sehingga Kelantan tumbang semula ke tangan PAS dalam PRU 1990.
PRU V. Pada 8 Jul 1978. Pilihanraya umum yang ke-5. UMNO memenangi 69 kerusi daripada 74 kerusi yang dipertandingkan.
Krisis MB Pahang dan Sultan Pahang. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai ADUN Beserah selepas memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 1978. Kerjaya politik serta-merta meningkat secara mendadak apabila Perdana Menteri Malaysia ke-3, Tun Hussein Onn melantik beliau sebagai Menteri Besar Pahang ke-10 dari 19 Julai 1978 hingga 7 November 1981. Beliau menjadi Menteri Besar Pahang selama sepenggal sahaja (3 tahun) kerana 'krisis' dengan Sultan Pahang. Beliau enggan meluluskan kawasan balak tambahan kepada pihak istana. Sebenarnya beliau konsisten mendaulatkan istitusi istana. Semua keputusan dibuat melalui keputusan mesyuarat exco. 'Krisis' beliau dimanipulasikan oleh ahli politik tertentu sehingga dicop sebagai 'ketua pendurhaka'. Lantaran itu beliau digelar "Hang Jebat Pahang.

Hussein Onn Umumkan Persaraan. Pada 15
Mei 1981, Dato Seri Hussein Onn mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden UMNO atas alasan masalah kesihatan. Keputusan ini membayangkan bahawa beliau akan berundur dari pucuk pimpinan UMNO dan juga sebagai Ketua Kerajaan Malaysia.
Modus Operandi Ghazali Shafie. Setelah Tun Razak meninggal dunia dalam tahun 1976, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie yang bercita-cita besar menjadi TPM tidak gembira apabila Hussein Onn melantik Dr Mahathir, Naib Presiden yang termuda menjadi TPM. Dengan kuasa yang dimilikinya beliau membongkar kegiatan komunisme di dalam Jabatan Perdana Menteri. Dalam usaha untuk melemahkan gandingan kepemimpinan Hussein Onn dan Dr Mahathir, KDN telah menangkap 2 orang bekas pegawai kanan Tun Razak, seorang pegawai Dr Mahathir dan beberapa orang lagi tokoh sosialis dan wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka dituduh terlibat dalam menyebarkan ideologi komunisme dalam negara. Mereka ialah:
Datuk
Abdullah bin Ahmad, seorang Timbalan Menteri yang juga bekas Setiausaha Politik
Tun Razak; Datuk
Abdullah Abd Majid, seorang Timbalan Menteri dan bekas Setiausaha Akhbar Tun Razak; Encik
Mohd Siddique Ghouse, Setiusaha Politik Dr Mahathir; Encik
Abdul Samad bin Ismail, Ketua Pengarang Akhbar, New Straits Times.
Syed
Husin Al Attas dari Parti Rakyat Malaysia (PRM); dan Kassim
Ahmad (dari PRM)
Kes MMC. Kerugian pelaburan Malaysian Mining Corporation (maklumat belum diperolehi).
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO
PAU 1978
Presiden: Dato' Seri Hussein bin Dato' Onn
Timbalan Presiden: Dato' Dr Mahathir bin Mohamad
Naib Presiden I: Dato' Musa bin Hitam
Naib Presiden II: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden III: Dato' Harun bin Idris
Setiausaha Agung: Dato Mustaffa bin Jabar (1978 - 1984)
Era Tun Dr Mahathir
Mahathir Disahkan Menjadi Presiden UMNO. Pada bulan Jun
1981, Perhimpunan
Agung UMNO diadakan di Hotel Hilton dan Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dipilih
sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding dan Dato Musa Hitam sebagai Timbalan
Presiden dengan mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.
PRU VI. Pada 22
April 1982 PRU ke 6 diadakan dan BN telah menang besar dengan
memperoleh 132 daripada jumlah 154 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. UMNO
memenangi 70 kerusi daripada 75 kerusi yang dipertandingkan.
Universiti Merdeka (1982). Kes Mahkamah Tinggi/Federal/Agung: Merdeka University v Government of Malaysia (1982). Plaintif, yang terdiri daripada Persatuan Jawatan-jawatan Kuasa Sekolah Cina Bersatu dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina, telah membentuk sebuah syarikat berhad dengan jaminan, iaitu Merdeka University Bhd. Plaintiff menghantar petisyen kepada Yang di Pertuan Agong untuk mendapatkan perintah pemerbadanan Universiti Merdeka menurut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Namun, Petisyen mereka ditolak. Merdeka University Bhd
kemudian mencabar keputusan itu di mahkamah. Mahkamah Agung memutuskan bahawa Universiti
Merdeka, jika diwujudkan, akan menjadi suatu institusi awam dan Bahasa Cina
akan digunakan untuk tujuan rasmi, dimana hal ini bercanggah dengan Per 152
Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa kelulusan sesebuah
pihak untuk 'mengajar bahasa Cina' dan 'mengajar dalam Bahasa Cina’ dimana
medium pengantarannya bukan Bahasa Melayu dalam subjek bukan bahasa, merupakan
kuasa budi bicara cabang eksekutif dan ianya dikawal oleh pelbagai peraturan.
Semasa membuat keputusan, Suffian LP mengatakan bahawa:
“S. 6 jelas menyataan bahawa – ‘Jika Yang di- Pertuan Agong
berpuas hati dan sebagainya’. Pada masa dulu, formula yang subjektif sebegini
akan menghalang mahkamah daripada membuat tafsiran lebih lanjut apabila baginda
membuat keputusan untuk menolak petisyen plaintif. Namun, seperti mana yang
telah dinyatakan oleh hakim sebelum ini, undang-undang pentadbiran kita sudah
makin maju, sehingga tahap mahkamah tidak lagi terikat dengan formula subjektif
sekiranya ada fakta objektif yang kukuh untuk membuat ujian kemunasabahan. Apa
yang perlu diuji dalam ujian kemunasabahan bukan sama ada orang yang menganggap
sesuatu kursus yang tidak munasabah, tetapi sama ada ia boleh dikatakan bahawa
tiada orang munasabah akan menganggapnya bahawa ia kursus yang munasabah.”
Meskipun kes plaintif ditolak oleh Mahkamah Persekutuan,
ujian kemunasabahan yang diguna oleh hakim memperlihatkan intelligable
differentia , dimana Perkara 8(2) tidak membenarkan diskriminasi terhadap
bangsa dan agama, tetapi bukan agama.
Anwar Ibrahim Masuk UMNO. Anwar Ibrahim seorang aktivis belia (ABIM) dan bekas pemimpin pelajar yang menyertai demonstrasi pelajar-pelajar IPTA (memperjuangkan kemiskinan) dalam tahun 1974 telah dibawa masuk oleh Dr Mahathir ke dalam UMNO pada 29 Mac 1982 dan dicalonkan dalam PRU VI (Apr 1982) dan menang. Hanya 5 bulan menyertai UMNO, pada 9
Sep 1982, Anwar Ibrahim menewaskan Dato Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10
undi, bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Skandal Bank Bumiputera. BUMIPUTRA
Malaysia Finance (BMF) adalah subsidiari Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB)
yang telah mengeluarkan dana berbilion ringgit kepada spekulator hartanah Hong
Kong, Carrian Investment Limited (Carrian Group). Ini akhirnya bukan sahaja
mengakibatkan Carrian runtuh tetapi juga menyaksikan penasihat Carrian membunuh
diri dan pegawai BMF mati dibunuh pada 1983.
Penyelewengan
dalam transkasi BMF dengan Kumpulan Syarikat Carrian ini telah dikesan awal.
Dan Bank Negara telah menghantar sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai
1982 untuk mengetahui kedudukan BMF yang sebenar.
Pada
12 November 1982, BBMB menghantar pasukan juruaudit dalaman bagi membuat
siasatan rapi ke atas kedudukan BMF. Sepanjang tempoh skandal berkenaan
berlangsung, Carrian juga mendapat dana daripada bank lain, namun suntikan oleh
BBMB menerusi BMF adalah sumber kewangan terbesar iaitu RM2.5 bilion.
Pegawai
tersebut ialah Jalil Ibrahim, yang ditemukan mati dibunuh pada 19 Julai 1983.
Ini menunjukkan keanehan transaksi pinjaman berbilion ringgit BMF kepada
Kumpulan Syarikat Carrian telah lama dikesan, sebagaimana dicatat dalam laporan
kertas putih kes tersebut yang diterbitkan pada 1986.
Menurut
laporan itu, pada 16 November 1982, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad
telah diberi taklimat oleh Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul
Aziz Taha mengenai kedudukan BMF. Susulannya, BBMB menubuhkan Jawatankuasa
Penyeliaan pada 22 November 1982.
Jawatankuasa
itu ditubuhkan bertujuan untuk mengawal dan mengawasi kegiatan dan urus niaga
BMF. “Malangnya Jawatankuasa Penyeliaan itu tidak berjaya menjalankan tugasnya
dengan berkesan kerana Lorrain Esme Osman, Datuk Hashim Shamsuddin dan Dr. Rais
Saniman juga menjadi anggota dan terlibat secara langsung dengan kelulusan
pinjaman untuk Carrian Group serta syarikat yang ada kaitan dengan George Tan
dan Kumpulan Syarikat Kevin Hsu,’’ kata laporan tersebut.
Dari
1982 hingga 1983, Carrian berusaha menyelesaikan kerumitan kewangan dengan
bank-bank peminjam, termasuk BMF. Namun, BBMB mempunyai perancangan sendiri
untuk memperbaiki dan memperkukuhkan kedudukan cagaran dalam BMF. BBMB
menubuhkan Marmel Inc. yang dilulus dan diberikan pinjaman berjumlah AS$85 juta
oleh BBMB untuk membeli hartanah milik George Tan di Amerika Syarikat.
Usaha-usaha
BBMB untuk menyelamatkan BMF menemui jalan buntu, mendorong kerajaan ketika itu
menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat BMF bagi menyiasat sepenuhnya kedudukan BMF
pada 1984. Langkah
penyusunan semula kewangan BMF diatur oleh kerajaan, melibatkan hak ke atas
pinjaman tidak berbayar berjumlah AS$887.52 juta. Langkah pertama ialah
menyerahkan hak ke atas hutang BMF kepada BBMB pada 31 Disember 1983.
Pada
17 September 1984, hutang-hutang yang tidak berbayar berjumlah RM2.25 bilion
telah dipindahkan kepada Petronas dengan nilai harga RM1.255 bilion (Perkara 39
Kertas Putih).
Laporan
akhir siasatan setebal 300 muka surat itu mendakwa terdapat kes prima facie
mengaitkan tiga bekas pengarah serta tiga lagi pegawai BMF terlibat secara
langsung dalam skandal berkenaan. Individu
berkenaan adalah bekas Pengerusi BMF, Lorrain Esme Osman, bekas Pengarah -
Hashim dan Rais Saniman. Pegawai bank ialah Pengurus Besar BMF Ibrahim Jaafar,
bekas Pembantu Pengurus Henry Chin dan bekas penjual pasaran mata wang BMF,
Eric Chow. Laporan
berkenaan mendapati kesemua mereka beserta ahli keluarga mereka secara langsung
dan tidak langsung menerima imbuhan daripada George sebagai balasan kepada
pinjaman tanpa cagaran bernilai RM1 bilion.
Pada 19
Julai 1983, mayat pegawai Bank Bumiputera, Jalil Ibrahim, 34, ditemui di sebuah
kebun pisang di Hong Kong. Siasatan polis berjaya mengesan suspek Mak Foon Than
yang ditemui Jalil di sebuah hotel sehari sebelum mayatnya ditemui. Polis
juga menerima laporan daripada rakan sekerja Jalil bahawa dua pegawai Carrian
Group datang ke pejabat pada 18 Julai 1983 meminta diluluskan pinjaman dengan
kadar segera dan Jalil telah menelefon agar permohonan itu tidak diluluskan.
Mahkamah
Hong Kong menjatuhkan hukuman mati terhadap Mak atas tuduhan membunuh Jalil.
Hukuman itu kemudiannya ditukar kepada penjara seumur hidup. Secara
perundangan, pembunuhan Jalil tidak dikaitkan dengan penyelewengan dalam BMF
tetapi ia mendorong kertas siasatan dibuka kepada aktiviti perbankan yang korup
terhadap Carrian Group dan BMF.
Carrian
Group adalah sebuah konglomerat yang diasaskan oleh George Tan, seorang
jurutera warga Singapura yang asalnya bekerja sebagai pengurus projek di Hong
Kong. Syarikat induknya, Carrian Holdings ditubuhkan pada 1977.
Pada
1980, kumpulan itu, menerusi subsidiari yang 75 peratus miliknya, mengambil
alih menara Gammon House (kini Menara Bank of America) di pusat komersial Hong
Kong pada harga HK$998 juta dan kemudian menjualnya pada harga HK$1.68 bilion.
Ia mengejutkan pasaran hartanah dan kewangan Hong Kong ketika itu.
Pada
tahun yang sama, Carrian mengambil alih syarikat tersenarai di bursa Hong Kong,
menukar namanya menjadi Carrian Investment Ltd. dan menjadikannya alat untuk
menjana dana dari pasaran kewangan.
Pembunuhan
Jalil membongkar skandal kewangan membabitkan Hong Kong dan Malaysia, sebelum
Carrian Group jatuh bankrap pada 1983, hanya tiga tahun setelah muncul dalam
dunia korporat. Goerge
Tan dibicarakan dua kali iaitu 1986 dan 1992, dengan dia mengaku bersalah atas
kesalahan penipuan kewangan pada 1996 dan dijatuhkan hukuman penjara tiga
tahun.
Skandal
BMF ini juga menyebabkan kerajaan Malaysia tampil dengan Kertas Putih yang
dibentangkan di Parlimen bertajuk Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat
Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada 1986. Siasatan
pihak berkuasa mengenal pasti punca skandal BMF adalah daripada penyelewengan
dan salah pengurusan serta perbuatan tidak mengendahkan peraturan perbankan
oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah serta pegawai tinggi BBMB dan BMF yang mengutamakan
kepentingan diri.
Daripada
laporan akhir dan laporan kes prima facie rasuah, Jawatankuasa Penyiasat telah
menghuraikan perbuatan menipu dan manipulasi yang dilakukan di antara 19
Disember 1979 hingga 12 Oktober 1982 oleh ahli-ahli Lembaga Pengarah dan
pegawai BMF yang bersubahat dengan Carrian dan mereka yang ada kaitan dengan
George Tan. Ini
termasuk penipuan yang dipanggil Concerted Plan melibatkan pinjaman AS$292 juta
dan AS$580 juta yang diluluskan kepada Carrian.
Dua
pegawai tinggi BBMB iaitu Lorraine Esme Osman dan Datuk Hashim Shamsuddin
melarikan diri ke luar negara semasa siasatan dilakukan. Lorraine ditangkap di London dan dipenjara
tujuh tahun sebelum diekstradisi ke Hong Kong untuk menjalani hukuman penjara
dua bulan. Hashim juga ditangkap di London dan diekstradisi ke Hong Kong untuk
dipenjara selama 10 tahun.
USNO Keluar BN. Pada 25
Jan 1984, MT UMNO mengambil keputusan bersetuju supaya USNO dipecat daripada BN kerana
menentang tindakan Kerajaan Pusat menjadikan Labuan sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.
PWTC. Pada 26
Sep 1985, Perasmian
Kompleks Bangunan UMNO yang dikenali sebagai Putra World Trade Centre (PWTC), di
Jalan Tun Ismail oleh Presiden UMNO, merangkap PM, Dato Seri Dr.
Mahathir Mohamad.
Musa Hitam Meletak Jawatan. Pada 29
Feb 1986, Dato
Musa Hitam menghantar surat perletakan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri
dan Timbalan Presiden UMNO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO,
Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pada 29
Feb 1986, Mesyuarat
MT UMNO telah membincangkan perletakan jawatan Dato Musa Hitam sebagai
TPM dan Timbalan Presiden UMNO. Keputusan mesyuarat
bersetuju memujuk Dato Musa Hitam agar kekal di jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Ghaffar Baba Jadi TPM. Pada 7
Mei 1986, Encik Ghaffar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru
mengantikan Dato Musa Hitam. Seterusnya dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 24 Apr 1987, Encik Ghaffar menewaskan Dato Musa Hitam dengan majoriti 40 undi bagi jawatan Timbalan Presiden.
PRU VII. Pada 3
Ogos 1986, Pilihan
Raya Umum yang ke-7, peringkat kebangsaan dan negeri-negeri (Semenanjung).
Barisan Nasional memenangi 148 daripada 177 kerusi Parlimen yang
dipertandingkan. UMNO memenangi 83 kerusi daripada 86 kerusi yang
diperuntukkan.
UMNO Diisytiharkan Sebagai Pertubuhan Tidak Sah. Pada 25
Julai 1987, Kumpulan
11 ahli UMNO mengemukakan saman di Mahkamah
Tinggi supaya mengisytiharkan pemilihan UMNO pada 24 April 1982 batal dan tidak
sah. Setelah melalui beberapa hari perbicaraan, pada 4
Feb 1988 Hakim Mahkamah
Tinggi , Dato Harun Hashim telah mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan tidak sah kerana menerima wakil
dari cawangan-cawangan yang tidak berdaftar semasa pemilihan Jawatankuasa
Bahagian sehingga membawa kepada pengharaman UMNO.
UMNO (Baru). Pada 13
Feb 1988, permohonan
bagi mendaftarkan UMNO (Baru) dikemukakan Dr. Mahathir Mohamad dan
beberapa bekas Ahli MT UMNO. Pada 16
Feb 1988, UMNO
secara rasmi diterima untuk menganggotai semula Barisan Nasional.
Bank Negara Rugi RM32 Bilion. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing berjumlah RM32.074 bilion antara 1988 sehingga 1994 selepas mengambil kira keuntungan RM2.473 bilion pada 1990.
Perhimpunan Agung Khas UMNO pada 5 Sep 1997 telah mencadangkan agar perkataan Baru pada UMNO (Baru) dimansuhkan. Dengan itu nama yang diguna pakai ialah UMNO.
Bank Negara Rugi RM32 Bilion. Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengalami kerugian dalam urus niaga mata wang asing berjumlah RM32.074 bilion antara 1988 sehingga 1994 selepas mengambil kira keuntungan RM2.473 bilion pada 1990.
Tun Hussein Meninggal Dunia. Perdana
Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn telah meninggal dunia di San Francisco 29 Mei 1990 kerana
sakit jantung dan jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara, Kuala
Lumpur.
PRU VIII. Pada 21
Okt 1990, Pilihan
Raya Umum yang ke 8 diadakan dan BN memenangi 127 kerusi
daripada 180 kerusi yang dipertandingkan. UMNO memenangi 71 daripada 86 kerusi
yang diperuntukkan.
Bapa Malaysia Meninggal Dunia. Pada 6
Dis 1990, Perdana
Menteri yang pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah meninggal dunia kerana sakit tua. Jenazahnya dikebumikan di Makam DiRaja langgar, Alor
Setar, Kedah.
UMNO Ke Sabah. Pada 21
Feb 1991, PDr. Mahathir Mohamad telah merasmikan penubuhan UMNO Sabah dan TPM, Ghaffar Baba telah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
yang pertama. Lanjutan dari itu, hampir kesemua ahli USNO telah menyertai UMNO dan USNO dibubarkan.
Ghaffar Baba Tersingkir. Ombak pengaruh Anwar Ibrahim dalam UMNO telah menjulang naik dalam tempoh yang singkat. Beliau mengumumkan untuk betanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam PAU Nov 1993. Melihat pengaruh Anwar yang sukar dibendung telah memaksa Dr Mahathir merestui Anwar melawan Timbalannya, En Ghaffar. Keadaan ini telah memaksa Ghaffar mengalah dan mengambil keputusan menarik diri dari mempertahankan jawatannya. Pada 15
Ok 1993, Ghaffar Baba meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Anwar Dilantik Menjadi TPM. Dalam PAU pada 4
Nov 1993, Anwar Ibrahim dipilih tanpa bertanding sebagai
Timbalan Presiden UMNO, dan kemudiannya pada 1 Dis 1993 dilantik sebagai TPM.
PRU IX. Pada bulan April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9. UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.
PRU IX. Pada bulan April 1995 Pilihanraya Umum yang ke-9. UMNO memenangi 89 kerusi Parlimen daripada 102 kerusi yang dipertandingkan.
Anwar Dipecat Dari UMNO. Mesyuarat
Majlis Tertinggi UMNO pada 2 Sep 1998 telah memecat Dato Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan salah
guna kuasa dan perlakuan sumbang oleh mahkamah.
Abdullah Badawi Dilantik Jadi TPM. Pada 2 Jan 1999, Dr Mahathir membuat rombakan Kabinetnya dan melantik Naib
Presiden UMNO, Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Timbalan
Perdana Menteri (menggantikan Anwar). Dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 11 Mei 2000, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dipilih tanpa bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO.
PRU X. Pada bulan Nov 1999, Pilihan Raya Umum yang ke-10 dilaksanakan, UMNO memenangi 72 kerusi Parlimen daripada 104 kerusi
yang dipertandingkan.
Lembaga Disiplin UMNO Ditubuhkan. Pada Okt 2000 MT UMNO meluluskan cadangan menubuhkan Lembaga Disiplin UMNO yang dianggotai oleh
ahli-ahli yang tidak mempunyai kepentingan tertentu dalam politik. Pada 12
Jan 2001,
tokoh
veteran UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen dilantik sebagai Pengerusi Lembaga
Disiplin UMNO yang baru ditubuhkan.
Penubuhan Puteri UMNO. Pada 30
Mac 2001, Azalina Othman Said dilantik sebagai Ketua Penaja Puteri UMNO, dengan dianggotai
oleh 20 orang Jawatankuasa Penaja. Tujuh orang daripadanya dilantik oleh ahli
Majlis Tertinggi manakala 13 orang yang lain dipilih melalui Badan Perhubungan
UMNO Negeri. Pada 10
Mei 2002, MT UMNO bersetuju supaya Ketua Puteri UMNO diiktiraf sebagai salah
seorang Naib Presiden UMNO setaraf dengan Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua
Pergerakan Pemuda kerana mereka juga adalah sebagai sayap UMNO. Pada 3 Ogos 2003, Dato Seri Dr Mahathir Mohamad merasmikan penubuhan Puteri UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Pengunduran Mahathir. Mesyuarat
Majlis Tertinggi Khas UMNO pada 22-25 Jun 2002
mengambil keputusan menghormati hasrat Dr. Mahathir untuk melepaskan
jawatan dalam parti dan kerajaan mulai Oktober 2003 dan menyokong rancangan
peralihan kuasa yang digariskan. Pada 31
Okt 2003, Dato
Seri Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana
Menteri. Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyandang
jawatan sebagai Pemangku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang
kelima.
Dawn
Raid Special Operation. Pada Subuh 7 Sept 1981, kota London digemparkan dengan
pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang
berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar
British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.
Apa
yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan
Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad yang baru memegang jawatan
Perdana Menteri selama 2 bulan".
Dalam
masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir
tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.
Pengerusi PNB, Dato Ismail
Ali akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat
operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya
penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.
Buy British Last. Pada bulan Nov 1981, Mahathir
mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan
British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah
kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama
Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada
pihak British dibekukan. Tindakan
Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British
berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British.
Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya
kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop
menjual kepentingan mereka kepada MPH.
Krisis Perlembagaan dan Pemecatan Tun Salleh Abas. Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim-hakim sekerjanya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang dipersetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil — sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".
Pada
tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke timbang tara yang diadakan oleh Dr.
Mahathir yang mengikut Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri
ketika itu, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh
Tun Hamid Omar. Sebagai tindak balas terhadap timbang tara, Salleh Abas
mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar
perlembagaanan timbang tara itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau
membuat permohonan untuk penggantungan sementara terhadap timbang tara sehingga
4 Julai 1988. Permohonannya ditolak.
Bagaimanapun,
lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abas
perintah interlokutori terhadap timbang tara. Sebaik sahaja menerima perintah
itu, peguam-peguam Salleh Abas pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah
interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara. Bagaimanapun, pintu besar yang
menuju ke bangunan Parliamen telah dikunci dan wakil Salleh Abas terpaksa
memanggil polis untuk menjamin laluan masuk ke Parlimen. Akhirnyanya, perintah
interlokutori itu dikemukakan kepada pengerusi timbang tara.
Tidak
lama kemudian, kelima-lima hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka.
Daripada lima orang hakim itu, tiga orang hakim dipecat. Pemecatan ini
menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, dan oleh itu, tuntutan terhadap
pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudian memecat
Salleh Abas daripada jawatannya.
Pemecatan
luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf
Ketua Hakim Negara yang baru. Pada masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan
dipinda untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya
memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana yang Parlimen
inginkan.
Kekalahan BN di Terengganu 1999. Dalam PRU 1999, PAS telah merampas Negeri Terengganu dengan majoriti besar. PAS memenangi 28 dari 32 kerusi ADUN. BN hanya memenangi 4 kerusi. Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi MB Terengganu. Bagaimanapun Kerajaan PAS hanya kekal sepenggal sahaja. Dalam PRU 2004, BN telah merampas kembali Kerajaan Terengganu dari PAS. Senjata kimia yang digunakan oleh BN untuk melumpuhkan Kerajaan PAS ialah wang royalti PETRONAS.
Tengku Razaleigh (KU Li) Menubuhkan
Parti Melayu Semangat 46. Parti
Melayu Semangat 46 merupakan sebuah parti politik serpihan UMNO. S46 ditubuhkan
pada tahun 1988 selepas
kekalahan Ku Li menentang Dr Mahathir untuk
jawatan Presiden UMNO dengan
majoriti 43 undi. Selepas itu Ku Li mendakwa UMNO dan memenangi kes
ini, menyebabkan pendaftaran UMNO dilucutkan.
Selepas
ini, Ku Li menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato' Seri
Utama Rais Yatim. Maksud "Semangat 46" ialah, mDatuk
Seri Dr Mahathir menubuhkan UMNO Baru ketika itu, untuk menggantikan UMNO yang
diharamkan sebelum itu.
Ku Li mendakwa bahawa parti Semangat 46 ini ialah parti UMNO yang sebenar
dan asal, manakala UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir itu merupakan
satu tiruan sahaja.
Parti
Melayu Semangat 46 bekerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM, dan KIMMA untuk menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah demi
bertanding dalam Pilihanraya Umum Malaysia 1990 dan Pilihanraya Umum Malaysia 1995. Namun
setakat itu mereka cuma mampu memenangi kuasa pemerintahan negeri Kelantan di
bawah pimpinan PAS di sana, pada tahun 1990. Pada masa yang
sama, S46 juga bekerjasama dengan DAP, PBS, dan PRM untuk menubuhkan Gagasan
Rakyat demi bertanding dalam Pilihanraya Umum 1990.
Selepas
Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Razaleigh Hamzah dan Rais Yatim menyertai UMNO Baru.
Krisis Kewangan 1997.
Setelah diserang oleh spekulator wang asing, ekonomi
Malaysia jelas menampakkan kelemahannya kerana begitu mudah mengalami
kejatuhan sehingga ramai yang menganggur dan syarikat-syarikat tempatan
termasuklah bersaiz besar mengalami masalah kewangan yang teruk. Tidak kurang
juga, banyak syarikat yang terpaksa diisytiharkan muflis. Syarikat-syarikat
yang disenaraikan di Bursa Malaysia atau dahulu dikenali sebagai Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL) juga mengalami masalah sama.
Bayangkan terdapat syarikat senaraian awam ketika itu
mengalami defisit bagi modal akhirnya. Aset tetap dicairkan untuk membayar
hutang. Lebih parah lagi, bank-bank tempatan juga mengalami masalah yang sama
apabila kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) meningkat begitu tinggi
membayangkan ramai penghutang tidak mampu membayar balik hutang bank mereka.
Memburukkan lagi keadaan, krisis politik pula mula bergema
dengan kuat sekali. Tidak hanya di Malaysia, negara-negara yang mengalami
krisis kewangan Asia seperti Indonesia juga mengalami krisis sehingga
Presidennya Suharto terpaksa berundur diri selepas sekian lama memegang tampuk
pemerintahan negara itu. Di Malaysia, rakyat tertanya-tanya apakah sebenarnya
berlaku ketika itu. Krisis kewangan berlanjutan menjadi krisis politik pada
1998.
Sejak itu, suasana politik di negara ini sukar
ditenteramkan walhal apa yang rakyat mahukan ahli-ahli politik mengutamakan
kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.
Akibat krisis kewangan Asia tersebut, pihak luar sudah mula
berani mencampuri hal ehwal dalam negara. Malah, mereka semakin berani memberi
pelbagai cadangan yang tidak diketahui sejauh manakah baiknya
cadangan-cadangan tersebut. Ada yang tidak masuk dek akal. Ada antara mereka
menyalahkan bagaimana sistem ekonomi dan kewangan Malaysia dilaksanakan.
Istilah kronisme, nepotisme dan ketelusan acap kali disebut
sehingga terikut-ikut oleh ahli-ahli politik tempatan. Mereka menunjuk ajar
kepada kita cara Barat yang wajar dicontohi. Oleh kerana mereka cuba mencampuri
urusan Malaysia, rakyat mula bersatu untuk mempertahankan negara. Biar pun dua
krisis melanda. Namun, kedaulatan negara paling diutamakan. Tambahan, cubaan
campur tangan mereka ditangkis dengan sokongan kuat pihak media tempatan.
Malaysia tidak terkecuali. Lebih-lebih lagi, selepas
berlakunya krisis kewangan Asia 20 tahun lalu, kesannya masih dirasai. Paling
tidak, mata wang kita tidak sekuat dahulu. Sebab itu pentingnya ekonomi dan
kewangan Malaysia diperkukuhkan lagi.
Apa yang dibangkitkan oleh pihak luar rata-ratanya berkisar
kelemahan tadbir urus korporat yang menyebabkan ekonomi Malaysia tidak boleh
menangkis serangan spekulator mata wang asing. Maka, ketika itu bermulalah
istilah tadbir urus korporat yang diperkenalkan dan diuar-uarkan di seluruh
Malaysia. Tanpa tadbir urus korporat yang baik sukar sesebuah syarikat
menjalani perniagaan secara telus dan bersifat dinamik.
Melihat akan peri pentingnya tadbir urus korporat, syarikat
dan bank-bank tempatan mula mengambil langkah membetulkan keadaan. Peranan ahli
lembaga pengarah mula terserlah. Tiada lagi individu yang memegang jawatan
sebagai ahli lembaga pengarah bagi berpuluh-puluh syarikat di Malaysia
termasuklah syarikat senaraian awam. Peranan pengurusan risiko juga mula
ditekankan oleh bank-bank tempatan. Bank-bank tempatan bergabung sesama mereka
agar asas kekuatan bank dapat ditingkatkan pada tahap maksimum.
Pasaran modal Malaysia juga ditadbir urus dengan lebih
baik. Hanya syarikat terbaik dan kukuh dibenarkan disenaraikan di Bursa
Malaysia. Dengan ini, pelabur-pelabur tertarik untuk melabur ke dalam Malaysia.
Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga semakin diiktiraf kerajaan.
Begitu juga fungsi syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang menjadi
pemangkin ekonomi Malaysia.
Pada 1997, Malaysia memiliki
defisit akaun mata wang melebihi
5 % KDNK. Pada bulan Julai, ringgit Malaysia
diserang oleh penyangak mata wang. Malaysia menambat mata wangnya pada 17 Ogos
1997 selepas ringgit jatuh menjunam. Empat hari kemudian Standard and Poor's menurunkan rating hutang Malaysia. Seminggu
kemudian, agensi rating tersebut menurunkan rating Maybank,
bank terbesar Malaysia. Pada hari yang sama, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 856
mata, titik terendahnya semenjak 1993. Pada 2 Oktober, ringgit jatuh lagi.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad telah
memperkenalkan kawalan "modal".
Pada 1998, pengeluaran di berbagai sektor menurun iaitu
sektor pembinaan menyusut sebanyak 23.5 %, pengeluaran menyusut 9 %
dan pertanian 5.9 %. Keseluruhan GDP negara menurun sebanyak 6.2 %
pada tahun 1998. Tetapi Malaysia merupakan negara terpantas pulih daripada
krisis ini dengan menolak bantuan IMF.
Ringgit
Pegging.
Anwar Ibrahim Menubuhkan
Parti Keadilan Malaysia. Parti
KeADILan Nasional lahir daripada
gelombang Reformasi yang
melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 Sep 1998. Sekumpulan NGO
dan parti 'cocky' kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK).
Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL)
untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DI BAWAH PIMPINAN DR MAHATHIR
Selepas itu,
usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Maka gerakan Reformasi
mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada
iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran
Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 A[r 1999.
Selepas
Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional
dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi,
menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa. Pada 3 Ogos
2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu
itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada
Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan.
Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah
di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Selepas
Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.
Parti
Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti,
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah
pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DI BAWAH PIMPINAN DR MAHATHIR
PAU 1981
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: Dato' Musa bin Hitam
Naib Presiden I: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden II: Tengku Dato' Ahmad Rithauddeeen bin Ismail
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung: Dato Mustaffa bin Jabar (1978 - 1984)
Setiausaha Agung: Dato Mustaffa bin Jabar (1978 - 1984)
PAU 1984
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: Dato' Seri Musa bin Hitam
Naib Presiden I: Tan Sri Tengku Razaleigh bin Hamzah
Naib Presiden II: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden III:
Setiausaha Agung: Dato Sanusi bin Junid (1984 - 1988)
Setiausaha Agung: Dato Sanusi bin Junid (1984 - 1988)
PAU 1987
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden I: Datuk Abdullah bin Ahmad
Naib Presiden II: Dato Anwar bin Ibrahim
Naib Presiden III: Dato Amar Wan Mokhtar bin Ahmad
Setiausaha Agung: Dato Sanusi Junid (hingga 1988)
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat (1988-1996)
Setiausaha Agung: Dato Sanusi Junid (hingga 1988)
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat (1988-1996)
PAU 1990
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: En Abd Ghaffar bin Baba
Naib Presiden I: Dato Seri Anwar bin Ibrahim
Naib Presiden II: Dato' Sanusi bin Junid
Naib Presiden III: Datuk Abdullah bin Ahmad
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat
PAU 1993
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: Dato Seri Anwar bin Ibrahim
Naib Presiden I: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
Naib Presiden II: Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib
Naib Presiden III: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat
Setiausaha Agung: Dato Mohammad bin Rahmat
PAU 1996
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad
Timbalan Presiden: Dato Seri Anwar bin Ibrahim (dipecat 1998)
Naib Presiden I: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
Naib Presiden II: Datuk Abdullah bin Ahmad
Naib Presiden III: Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib
Setiausaha Agung: Dato' Sri Sabaruddin bin Chik (1996 - 1999)
Setiausaha Agung: Dato' Sri Sabaruddin bin Chik (1996 - 1999)
PAU 2000
Presiden: Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad (meletak jawatan pada Okt 2003)
Timbalan Presiden: Datuk Seri Abdullah bin Ahmad (memangku mulai Okt 2003)
Naib Presiden I: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
Naib Presiden II: Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib
Naib Presiden III: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
Setiausaha Agung: Tan Sri Khalil bin Yaakob (1999 - 2004)
Setiausaha Agung: Tan Sri Khalil bin Yaakob (1999 - 2004)
Era Tun Abdullah
Pada tahun 2003, Tun Dr Mahathir menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
PRU 11 - 1Mac 2004. UMNO memenangi 199 kerusi Parlimen daripada 219 kerusi yang
dipertandingkan. Ia adalah pencapaian paling cemerlang Barisan Nasional dalam
sejarah pilihan raya.
Menutup Pintu Untuk Anwar. Pada 16
Sep 2004 Majlis
Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju menutup pintu terhadap Dato Seri Anwar
Ibrahim dan menolak sebarang usaha untuk membawanya kembali ke dalam parti.
Perhimpunan
Agung UMNO 2004. PAU pada 23 Sep 2004, UMNO memilih Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Presiden
UMNO dan Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Timbalan Presiden.
Penubuhan Putera UMNO. Pada 25
Mac 2005 MT UMNO meluluskan penubuhan Putera UMNO sebagai satu gerakan baru Pemuda ke
arah memantapkan lagi perjuangan parti dan ia lebih bersifat kepada aktiviti
sosial. Putera UMNO dilancarkan pada 19 Jun 2005 di Dewan Merdeka PWTC.
Perisytiharan Hari UMNO. Pada 11
Mei 2005, Pak Lah mengisytiharkan 11 Mei sebagai Hari UMNO
dan dalam majlis yang sama Prof. DiRaja Ungku Abdul Aziz dipilih sebagai penerima anugerah Melayu Terbilang.
Tun Ghaffar Meninggal Dunia. Mantan TPM dan mantan Timbalan Presiden UMNO, Tun Abdul Ghafar Baba kembali ke rahmatullah dalam usia 81 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles Intan (GIMC) di Jalan Ampang kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang pada 23
April 2006. Almarhum telah mengabdikan hampir
seluruh hidupnya dalam perjuangan politik tanah air termasuk menentang
perjuangan menuntut kemerdekaan sekitar tahun 1940-an. Allahyarham selamat
dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
Kejayaan Besar BN Dalam PRU 2004. Pada 2004, UMNO dan Barisan Nasional mencapai kemenangan kerusi tertinggi dalam sejarah pilihan raya di Malaysia dengan mendapat 198 daripada 219 kerusi atau 90.41% kerusi.
BN Kehilangan 5 Negeri dalam PRU 12 (2008). Dalam PRU ke 12 tahun 2008, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kemerosotan undi sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat menguasai 4 negeri di Semenanjung Malaysia (Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Kedah) selain PAS mengekalkan Kelantan. Keputusan PRU 12 menjadi punca utama desakan untuk Pak lah mengundurkan diri dari jawatan PM.
BN Merampas Negeri Perak. Dalam PRU 12 (2008), Pakatan Rakyat (PR) gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi. ADUN PAS (Pasir Panjang) Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dilantik menjadi Menteri Besar Perak. Pada 25 Jan 2009, ADUN BN (UMNO) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim telah keluar daripada BN untuk menyertai PKR. Pada 1 Feb 2009, ADUN PKR (Behrang) Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN PKR (Changkat Jering), Mohd Osman Jailu telah keluar dari PKR menjadi ADUN Bebas dan diikuti oleh ADUN (DAP) Jelapang, Hee Yit Foong. ADUN PKR (Bota) juga kembali ke dalam UMNO. Dengan itu kedudukan kerusi DUN Perak menjadi BN(28), PR(DAP/PKR/PAS) (28) dan Bebas (3). MB mengadap Sultan untuk membubarkan DUN supaya pilihanraya diadakan semula, namun Sultan tidak bersetuju. Pada 4 Feb 2009 BN menubuhkan Kerajaan Negeri Perak yang baru dengan mengambil kira majority 31 (termasuk 3 Bebas) berbanding 27 dari PR. Dr Zambri Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai MB yang baru pada 6 Feb 2009. Usaha PR membawa kes ke mahkamah untuk membatalkan Kerajaan baru telah gagal.
Isu Tinglat 4 - Khairy Jamaluddin. Kedudukan Pak Lah sebagai PM dicemari dengan tuduhan dan persepsi bahawa menantunya Khairi merupakan individu yang menjadi penasihat dan mempengaruhi keputusan Pak Lah dalam banyak urusan negara. Khairy yang diberi jawatan sebagai Pegawai Khas di pejabat PM menduduki pejabat Tingkat 4 Putra Perdana telah dikatakan mengawal/menapis semua orang yang ingin membuat pertemuan dengan PM.
Tun Dr Mahathir keluar UMNO. Pada 19 Mei 2008, mantan PM dan mantan Presiden UMNO, Tun
Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan keluar dari UMNO dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian. Beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi. Beliau kemudiannya menyertai semula UMNO pada 4 Apr 2009 setelah Najib Razak mengambil alih jawatan PM dari Pak Lah.
Perletakan
Jawatan Pak Lah. Gaya kepimpinan Pak Lah yang tidak tegas, sistem pengurusan
yang lemah telah menyebabkan beliau kehilangan kepercayaan di kalangan ahli
kabinetnya. Ramai Menteri terutamanya mantan PM, Tun Dr Mahathir dan Muhyiddin
Yassin telah menyuarakan desakan supaya Pak Lah berundur untuk memberi peluang
kepada Timbalannya, Najib Razak mengambil alih kepimpinan negara. Akhirnya Pak
Lah akur dengan desakan dan meletak jawatan sebagai Presiden UMNO pada 1 Apr
2009 dan sebagai Perdana Menteri pada 3 Apr 2009 dan menyerahkan tampuk
pimpinan Kerajaan kepada Najib Tun Razak.
Kronisme. Imej Pak Lah sebagai Mr Clean telah tercalar apabila beliau dikritik oleh pihak pembangkang kerana memberi laluan kepada syarikat milik Fahim Ibrahim (adiknya) memiliki 51% saham MAS Catering Sdn Bhd dan kemudiannya menjual kepada Lufthansa's LSG Skychef. Abdullah juga dikritik kerana endorsed ahli keluarganya terlibat dalam penyalahgunaan berkaitan Iraqi Oil-for-Food Programme.
Selain dari itu, anaknya sendiri, Kamarudin pemilik Scomi Precision Engineering yang membekalkan komponen untuk centrifuges purported to be intended for use in
Libya's secret uranium enrichment program.
Concerns and disputes by Mahathir Mohamad and UMNO. In 2005, it was alleged that under Abdullah Badawi's administration, there had been a significant increase in cases of cronyism regarding the distribution of import permits for foreign-manufactured vehicles. Then Prime Minister Mahathir had called for an investigation of the issue. Later, Mahathir Mohamad criticised Abdullah for cancelling a number of development projects that the former had started, such as the construction of a bridge to replace the causeway linking Malaysia and Singapore.
Kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu.
Vote of no confidence to Abdullah Badawi in Parliament. In June 2008, the Sabah Progressive Party, a member of the 14-party ruling Barisan Nasional coalition, said its two legislators in the federal parliament will move or back a motion of no-confidence against Abdullah. Malaysia has never experienced a serious no-confidence vote before and it is unclear what is the next step if, in the unlikely event, Abdullah loses the vote; whether a snap election is held, or whether the King dissolves parliament, or whether a new leader is given the opportunity to form a new government. No Malaysian Prime Minister has ever faced a vote of no-confidence presented by a member of his own coalition before. The Barisan Nasional has 140 lawmakers in the 222-member Parliament, enough to defeat any vote against Abdullah who is also president of the UMNO. Nevertheless, the motion was rejected by the Speaker on the basis that there were no grounds for the motion to be put forward.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DI BAWAH PIMPINAN PAK LAH
PAU 2004
Presiden: Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi
Timbalan Presiden: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
Naib Presiden I: Tan Sri Mohd Isa bin Abd Samad (dibatalkan)
Naib Presiden II: Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam
Naib Presiden III: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
Setiausaha Agung: Dato' Radzi bin Tan Sri Siekh Ahmad (2004 - 2008)
Setiausaha Agung: Dato' Radzi bin Tan Sri Siekh Ahmad (2004 - 2008)
Era Najib
Pemenjaraan Anwar Ibrahim. Kes liwat Anwar Ibrahim II adalah kes liwat Dato' Seri
Anwar Ibrahim yang kedua. Kes ini bermula apabila laporan polis dibuat oleh
Saiful Bukhari Azlan, bekas kakitangan beliau mendakwa bahawa beliau telah
diliwat oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Pada 7 Ogos 2008, Anwar
didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta.
Dalam undang-undang di Malaysia, kesalahan liwat tertakluk
di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara
sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pada tanggal 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur, Y.A Dato' Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengumumkan keputusan Kes
Liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pembantu peribadinya
Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa mahkamah telah menetapkan Anwar Ibrahim tidak bersalah,
dan bersetuju melepas dan membebaskan beliau. Ini dibuat atas alasan tiada
keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Pada 20 Januari 2012, Pejabat Peguam Negara telah
memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Pemfailan rayuan tersebut
telah disahkan oleh Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh ketika dihubungi pihak
media, yang turut menyatakan notis tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran
Mahkamah Tinggi, Bahagian Jenayah kira-kira pukul 4.30 petang pada tarikh yang
sama.
Mengikut perundangan dan tatacara rayuan keputusan mahkamah
di Malaysia, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa notis rayuan perlu
difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dan dalam kes ini
keputusan dibuat pada 9 Januari lalu, oleh itu rayuan telah dibuat oleh
peguamcara 2 hari sebelum tarikh tamat rayuan.
Mengikut Seksyen 52(1) akta tersebut, apabila notis rayuan
difailkan, hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika belum menulis
penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman
bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod
prosiding itu.
Pada 8 Mac 2013, bapa Saiful Bukhari Azlan Mohd Lazim
mengadakan sidang media tertutup, mengumumkan yang beliau percaya Anwar tidak
bersalah. Beliau mendakwa yang kes ini merupakan rancangan kerajaan. Saiful
Bukhari bagaimanapun tetap dengan pendiriannya.
Para hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang
seramai 5 orang, membuat keputusan bahawa Anwar Ibrahim telah bersalah meliwat
Saiful Bukhari Azlan dan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun. Beliau
akan menjalani hukuman tersebut di Penjara Sungai Buluh, Selangor Darul
Ehsan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan dianggap tidak adil oleh
para penyokong Anwar Ibrahim, manakala penyokong Saiful Bukhari Azlan
menyatakan kegembiraan mereka kerana keadilan telah dapat dicapai. Seramai
5,000 orang telah berkumpul untuk menyatakan sokongan masing-masing kepada
Anwar dan juga Saiful Bukhari.
Pada 12 Oktober 2016, Mahkamah Persekutuan diketuai oleh
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Hakim Besar
Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, 3 Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan
Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim membuat
semakan diatas dakwaan kes Liwat II, jika Anwar dibuktikan tidak bersalah,
Anwar Ibrahim akan dibebaskan dan mampu bertanding pada Pilihan Raya Umum ke
14.
Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuanmenolak
permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengenepikan sabitan dan
hukuman kes liwat yang dihadapinya. Dalam prosiding yang bermula pada jam 10.19
minit pagi, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya,
Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membuat keputusan itu selepas
mendapati permohonan semakan berkenaan mengikut aturan 137 Kaedah-Kaedah
Mahkamah Persekutuan 1995 tidak mempunyai sebarang merit.
Dengan keputusan itu,
Anwar yang sudah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun
10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun yang diperintahkan
ke atasnya.
PADA 15 MEI 2018, SPB YANG DIPERTUAN AGONG TELAH MEMPERKENANKAN CADANGAN DARI LEMBAGA PENGAMPUNAN WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK MEMBERI PENGAMPUNAN DAN MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM SECARA MUTLAK PADA 15 MEI 2018.

Buy
French First (Kapal
Selam, A400M, Helikopter, Radar, Missiles).
Kes
Tabung Haji (TH) vs Tun Razak Exchange (TRX). Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan THnya. Wang yang ditabung sejak ditubuh TH sudah meningkat hingga berbilion RM. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji. Wang TH adalah dari pencarum dan TH hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.
Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.
Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.
Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 juta untuk 70 ekar. TH telah diarahkan untuk membeli satu setengah ekar dengan harga RM188.5 juta, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.
Penggantian MB Terengganu. MB Terengganu Dato Seri Ahmad Said (diarahkan oleh Kerajaan Pusat) meletak jawatan pada 12 Mei 2014 dan digantikan dengan Dato' Ahmad Razif bin Abd Rahman. Ahmad Said kemudiannya mengumumkan keluar UMNO (yang boleh menyebabkan Kerajaan BN Negeri Terengganu jatuh, tetapi (setelah dipujuk) menarik balik keputusannya sehari kemudian.
Kes 1MDB. Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan
elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif
1MDB, Arul Kanda Kandasamy. Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion
(RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu
Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB. Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British
Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC
mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd. Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu,
ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan
duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian.
Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan. Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.

Malaysia tidak pernah melihat skandal
yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa
besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion,
dan empat puluh dua billion. Bagaimanakah wang berbillion boleh kesana kesini
sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung
dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.
Diceritakan pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan
ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul,
oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak
sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa
kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan. Apakah dia juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar
PJS Ltd (Virgin Islands). 1MDB yang berjaya memperkenalkan
Malaysia ke seluruh dunia.
Pada 16 Jun 2017, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Pada 16 Jun 2017, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail telah membebaskan Najib daripada sebarang salah laku.
Kes Kemasukan RM2.6 billion Dalam Akaun Peribadi Najib. Berita yang amat menyedihkan warga Malaysia apabila Perdana Menterinya terlibat dalam kes memesinbasuhkan wang kerajaan berbillion banyaknya. Lebih malang lagi apabila dia cuba
menipu dengan mengatakan ianya adalah derma yang datang dari Raja Arab Saudi
(walaubagaimanapun, putera raja Arab Saudi tidak tahu menahu mengenainya).
Mahkamah di Singapura mendedahkan bukti-bukti
aliran wang tunai 1MDB di dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram di sana. Dalam salah satu kertas pertuduhan di atas, pengurus bank
Falcon di Singapura, Jens fred Sturzenegger telah didapati bersalah bersubahat
dan meluluskan transaksi-transaksi yang mencurigakan yakni pemindahan wang
haram yang datangnya dari 1MDB. Terdapat 16 kertas pertuduhan kesemuanya dan salah satu
daripadanya adalah menipu pihak polis Singapura dengan mengatakan dia tidak
pernah berjumpa dengan Jho Low. Dia hanya berjumpa dengan Eric Tan, pemilik
syarikat Tanore dan Blackstone Asia.
Siasatan polis Singapura membongkar
bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama, walaupun mempunyai passport
berasingan! Ini bermakna Jho Low mempunyai dua identiti dan dua passport
berlainan. Kertas siasatan mendapati, Jho Low telah mengarahkan Sturzeneggger
untuk meluluskan pemindahan wang berbillion-billion ringgit dari beberapa akaun
untuk masuk ke dalam akaunnya di dalam syarikat Tanore.
Sturzenegger adalah pekerja Bank kelima yang telah didapati
bersalah dan disumbatkan ke dalam jail selepas beberapa teman Jho Low seperti
Yeo Jiawei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah. Adakah mahkamah telah memfitnah Jho Low? Sudah tentu
tidak. Kerana kelima-lima yang dituduh telah mengaku bersalah.
Perbualan-perbualan telefon antara Sturzenegger dan Jho Low
serta CEO Falcon Bank kepada pengerusinya turut direkodkan dan disiarkan di
dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank (Eduardo Leeman) memarahi Jho Low
kerana dokumentasi yang mereka terima untuk meluluskan transaksi itu tidak
masuk akal
“But between you and me, Mohammed, the rest of the
documentation, which our friend in Malaysia has delivered, is absolutely
ridiculous. This is exactly that kind of issue which is gonna get everybody in
trouble. This is done not professionally, unprepared, amateurish at best. The
documentation they’re sending me is a joke… How can you send hundreds of
millions of dollars with documentation, you know, nine million here, 20 million
there, no signatures on the bill, it’s kind of cut and paste, and, and… I mean
it’s ridiculous!” – kata Leeman kepada Pengerusi Falcon Bank, Mohammed
AlHusseiny.
Dan kita semua telah melihat dengan sendiri pembongkaran
oleh suratkhabar Wall Street Journal mengenai wang sebanyak USD681 juta (RM2.6
billion mengikut kadar matawang ketika itu) yang telah masuk ke dalam akaun
Najib sendiri:
Di dalam penyata bank di atas, tertera nama syarikat Tanore
Finance milik Jho Low. wang sebanyak USD620 juta telah dimasukkan pada 21 Mac
2013 dan sebanyak USD61 juta lagi telah dimasukkan pada 25 Mac 2013.
Kesemua transaksi ini telah benar-benar berlaku. Tahun
lepas, media Australia telah mendedahkan surat surat pengakuan yang kononnya
terdapat seorang putera arab yang akan memberi berbillion wang kepada Najib
melalui akaun milik syarikatnya bernama Blackstone Asia dan Tanore! Sejak bila
Jho Low @ Eric Tan itu seorang seorang Putera Arab?
Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang
menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada
Najib melalui syarikatnya - Blackstone Asia. Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australia yang
menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada
Najib melalui syarikatnya – Blackstone Asia. Surat palsu yang dilaporkan oleh ABC Australian yang
menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @ Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib
melalui syarikatnya - Tanore. Kandungan surat palsu yang menunjukkan Jho Low @ Eric Tan @
Putera Raja Saudi mahu memberi duit kepada Najib melalui syarikatnya – Tanore.
Surat-surat inilah yang telah dijadikan panduan oleh Peguam
Negara untuk membersihkan nama Najib. Hingga kini tidak ada seorang pun Putera
Raja Abdullah yang mengaku memberi ‘derma’ tersebut. Nama putera itu juga tidak
terdapat di dalam senarai rasmi nama anak-anak Raja Abdullah.
Persoalan yang sama penting di sini adalah, dari mana asal
wang yang dimasukkan itu ke dalam akaun Najib? Ianya telah melalui pelbagai
akaun seperti Tanore, Devonshire Fund, Cistenique Investment dan Enterprise
Emerging Markets Fund.
Siasatan dari pihak US dan Swiss mendapati, wang ini
berasal dari USD3 billion wang bon 1MDB yang dibuat dalam tahun 2013. Di bawah
adalah carta aliran wang tersebut; dari mana ia bermula hinggalah masuk ke
dalam akaun Najib di Ambank.
Cabang-cabang transaksi dari 1MDB yang sedang disiasat oleh
negara-negara asing. Ambil perhatian tidak wujud penderma dari Arab Saudi di
mana-mana. Wang RM2.6 billion sah berasal dari wang hutang bon 1MDB. Kini, bank
BSI dan Falcon telah ditutup pihak berkuasa.
Pengguguran TS Muhyiddin (TPM) dari Kabinet Najib. Pada 28 Julai 2015, empat menteri dan seorang timbalan menteri dalam Kabinet
yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) digugurkan dalam satu
pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di
Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
Dalam pengumuman tersebut, empat menteri iaitu Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek;
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ewon Ebin; Menteri Sumber Asli
dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal digugurkan daripada jawatan
masing-masing selain, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan,
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut digugurkan seorang timbalan menteri iaitu Timbalan
Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri yang digantikan oleh Datuk Mohd.
Johari Baharum.
Selain memperkukuhkan barisan Jemaah Menteri, rombakan
terbabit juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Palanivel.
Pengguguran Muhyiddin dan Mohd. Shafie dilihat ekoran
tindakan kedua-dua pemimpin tersebut yang tidak sependapat dengan Kabinet
terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perlantikan
Zahid sebagai TPM. DS Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM menggantikan TS Muhyiddin Yassin.
Krisis
UMNO Kedah - pertukaran MB. Pada 3 Feb 2016, Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum lepaskan jawatan Menteri
Besar Kedah berkuat kuasa serta merta selepas dikatakan hilang sokongan
majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam sidang media di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul
Aman di sini, pagi ini, Mukhriz yang juga ADUN Ayer Hitam berkata, beliau
dimaklumkan hilang sokongan majoriti DUN melalui undian sulit di hadapan Jemaah
Pemangku Sultan Kedah dari semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan pembangkang,
semalam,
TS Muhyiddin, DS Shafie Apdal dan DS Mukhriz Dipecat dari UMNO.Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini memutuskan untuk
memecat timbalan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar
Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir daripada parti itu. Pengumuman pemecatan itu dibuat oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO yang berkata keputusan berkenaan dicapai
sebulat suara.
Katanya, tindakan kedua-dua mereka berkempen bagi pihak
pembangkang sehingga menjejaskan parti, begitu dikesali dan satu perbuatan
tidak bertanggungjawab.
MT ambil keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin
dan Datuk Seri Mukhriz atas pelanggaran disiplin, lebih-lebih lagi berada atas
pentas bersama pemimpin pembangkang serta serang pimpinan dan parti... itu satu
kesalahan besar.
Penubuhan
Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti politik
Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal
daripada UMNO pada 24 Jun 2016.
Borang pemohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar
kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin serta AJK penaja parti. Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan
penubuhan Parti PPBM pada 08 September 2016.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah dibubarkan
secara sementara pada 5 April 2018. Walau bagaimanapun pada 10 Mac 2018,
Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan berikutan
ancaman berulang-kali yang dikeluarkan oleh ROS untuk membubarkan PPBM,
parti itu telah pun menyediakan perancangan lain jika benar dibubarkan ROS.
Tun
Dr Mahathir keluar UMNO kali kedua dan menyertai PPBM. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah
mengumumkan penarikan diri dari parti UMNO berkuatkuasa serta-merta pada 29 Feb 2016. Pengumuman itu dibuat di satu sidang media yang diadakan di
Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. Ahli politik veteran itu
berkata keputusan itu dibuat berikutan parti di bawah kepimpinan Presiden
parti, Datuk Seri Najib Razak itu tidak lagi sama dengan UMNO yang
Kebangkitan Pakatan Harapan. Pada 22 Sep 2016, Sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama Pakatan Harapan dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (PAN) telah ditubuhkan. Ia diwujudkan bagi menggantikan Pakatan Rakyat yang telah berkubur apabila Parti Islam SeMalaysia (PAS) memutuskan semua hubungan dengan DAP, pada Jun lalu.
Isu Lesen Khas Umrah. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Jumaat lalu yang mengumumkan pelaksanaan IMAMS ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus muasassah dalam negara dengan tujuan memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah. Pengumuman ini mendapat bantahan banyak pihak khusuusnya Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) kerana bayaran tambahan RM90.10 kepada Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan kerajaan 15 Disember tidak berpatutan. Kadar caj tersebut adalah tidak wajar kerana sistem yang boleh digunapakai seumpamanya boleh didapatkan secara percuma selain caruman insurans yang lebih murah.
Perlantikan TSIS Sebagai Pengerusi Felda. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Felda pada 2011 hingga Januari lalu. Isa juga adalah Pengerusi Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) mulai Januari 2011 hingga Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada Julai 2013.
Kes Tanah Felda. Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dianggarkan bernilai lebih RM100 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi meragukan sejak 2015. Tanah itu yang dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A yang mengandungi bangunan 68 tingkat membabitkan 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat pakir bawah tanah, taman atas bumbung dan helipad.

Penubuhan Pakatan Harapan diumumkan bersama oleh para
pemimpin parti-parti komponennya, iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah
Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, dan Presiden PAN Mohamad Sabu di sini
hari ini.
PPBM Menyertai Pakatan Harapan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara rasmi diterima sebagi ahli terbaru
dalam Pakatan Harapan pada 20 Mac 2017. Keputusan itu dicapai oleh majlis gabungan Presiden, yang
sebulat suara menerima permohonan PPBM untuk menjadi ahli pakatan. Majlis itu juga bersetuju untuk pakatan itu didaftarkan
secara rasmi.
Mesyuarat itu bersetuju untuk mengadakan perbincangan
serta-merta dalam kalangan 4 parti untuk menyediakan manifesto secara kolektif
dan mencipta logo baharu,” katanya.
Pada 14 Mac, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan ahli parti itu secara sebulat suara bersetuju untuk membentuk
sekutu dengan Pakatan.
Isu Lesen Khas Umrah. Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Jumaat lalu yang mengumumkan pelaksanaan IMAMS ke atas semua 65 agensi pelancongan berstatus muasassah dalam negara dengan tujuan memantau dan mengawal syarikat pelancongan serta pengendali umrah dan ziarah daripada menipu para jemaah. Pengumuman ini mendapat bantahan banyak pihak khusuusnya Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) kerana bayaran tambahan RM90.10 kepada Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan kerajaan 15 Disember tidak berpatutan. Kadar caj tersebut adalah tidak wajar kerana sistem yang boleh digunapakai seumpamanya boleh didapatkan secara percuma selain caruman insurans yang lebih murah.
IMAMS ibarat buka satu kaunter di kedutaan,
kena bayar, kemudian cop. Ia ibarat tol Umrah. Sistem tersebut merupakan satu-satunya akses rasmi kepada
permohonan visa umrah yang akan diproses oleh Konsul Kedutaan Besar Arab Saudi
di Malaysia.
Menurut Timbalan Menteri, Mas Ermieyati melalui twitternya, RM90.10 itu
termasuk (RM5.10) Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), RM40 insurans dan RM45
bagi sistem yang digunakan IMAMS. Pada hal setiap muassasah telah
mengguna sistem Pasport ID scanner ataupun Scanner 3M untuk memasukkan data dan
permohonan visa secara terus dengan kedutaan Arab Saudi. Lebih menyedihkan, apabila dibuat semakan COO (Ketua
Pegawai Operasi) syarikat IMAMS adalah orang bukan Islam yang bernama Ryan Loh.
Berdasarkan statistik kementerian pelancongan, seramai
250,000 jemaah telah menunaikan umrah pada 2017dan dijangka meningkat kepada
300,000 pada 2018.
Sehari selepas dilancarkan Kementerian telah membatalkannya kerana mendapat bantahan dari pelbagai pihak, khususnya syarikat pengoperasi Umrah. Kes ini amat memalukan Kerajaan, bagaimana sebuah syarikat milik bukan Islam boleh mendapat kelulusan Kerajaan untuk mengoperasikan perlesenan Pakej Umrah.
Perlantikan TSIS Sebagai Pengerusi Felda. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Felda pada 2011 hingga Januari lalu. Isa juga adalah Pengerusi Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) mulai Januari 2011 hingga Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada Julai 2013.
Pelantikannya menimbulkan persoalan kerana beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana mengamalkan politik wang ketika pemilihan UMNO.
Kes Tanah Felda. Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, yang dianggarkan bernilai lebih RM100 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi meragukan sejak 2015. Tanah itu yang dimajukan dengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) membabitkan tujuh menara, termasuk menara ikonik Felda dikenali sebagai KLVC Tower1A yang mengandungi bangunan 68 tingkat membabitkan 59 tingkat pejabat, dua tingkat podium pejabat, enam tingkat tempat letak kereta, dua tingkat pakir bawah tanah, taman atas bumbung dan helipad.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment
Coropration Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju
utama pada Jun 2014 dan diberikan surat wakil kuasa penuh bagi membangunkannya.
Pada Ogos 2017, SPRM telah menahan reman Isa bagi membantu siasatan terhadap pembelian
hotel di London pada 2014 hingga 2015 membabitkan FIC dan disiasat mengikut
Seksyen 16 Akta SPRM.Berikutan beberapa siasatan yang dilakukan terhadap Felda, Isa kemudian meletak jawatan pada Jun lalu.
Semua keputusan pelantikan syarikat terbabit, dipercayai dibuat oleh
FIC, tetapi hanya dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah Felda tiga bulan
kemudian. Ia agak mengelirukan dari segi urus tadbir
kerana Lembaga Pengarah Felda tidak tahu siapa sebenarnya buat keputusan, sama
ada FIC atau Felda kerana ketika itu ada orang yang sama duduk dalam FIC dan
dalam Felda.
Felda mengeluarkan surat kuasa wakil kepada
syarikat pemaju untuk bangunkan kawasan terbabit, namun tanah berkenaan
kemudian didapati dipindah milik kepada syarikat (KLVC) itu sejak Disember 2015,” kata
sumber itu kepada Berita Harian.
Carian di
Jabatan Tanah dan Galian WPKL mendapati satu
daripada tanah iaitu lot 390 seluas 16 hektar yang sebelum ini menempatkan ibu
pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda ditukar nama kepada sebuah
syarikat lain yang ada kaitan dengan pemaju utama projek itu pada 21 Julai
2016.
Laporan media pada 14 Mei 2014 lalu menyatakan
kawasan itu mulanya dirancang dimajukan sebagai projek pembangunan bercampur
komersial dan kediaman dengan nilai pembangunan kasar melebihi RM500 juta oleh
anak syarikat FIC, ENCORP Bhd. Selanjutnya pada 6 Nov 2014, DBKL dilaporkan menerima
permohonan kebenaran merancang kawasan sama daripada pemaju utama KLVC dan
bukan ENCORP.Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati
kontraktor utama projek KLVC adalah sebuah syarikat baharu yang hanya
ditubuhkan Januari lalu.
Cerita Peribadi. Dalam sejarah Kerajaan Malaysia, pertama kali peribadi dan salah laku PM dijaja terbuka di seluruh negara sama ada di pentas pembangkang/NGO dan viral di media baru, malah peranan PM dalam salahguna kuasa juga dipertikaikan di beberapa buah negara seperti USA, Singapura, Switzerland dan Perancis.
KEJATUHAN BN dan UMNO. BN di bawah Pengerusinya, Datuk Seri
Najib Razak menerima tamparan hebat pada PRU-14, 9 Mei lalu apabila kalah teruk
ditolak rakyat buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara ini dengan
hanya menang 78 kerusi Parlimen.
Selain 1MDB, pelbagai isu berkaitan kepincangan
urus tadbir dan salah guna kuasa meletus sejak Najib menjadi Perdana Menteri
mulai 2009, antaranya skandal Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV),
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).
Turut mencolok mata rakyat skandal ketirisan
dana Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) selain pelbagai deretan kes jenayah pengubahan wang haram seperti
skandal rasuah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Negara juga pernah digemparkan dengan pelbagai
tragedi pembunuhan berprofil tinggi seperti membabitkan wanita Mongolia,
Altantuya Shaariibuu pada 2006; pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian
(Ambank), Hussein Ahmad Najadi dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk
Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak di Putrajaya pada 2013.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DI BAWAH PIMPINAN NAJIB
PAU 2009
Presiden: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin
Naib Presiden I: Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi
Naib Presiden II: Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Naib Presiden III: Dato' Seri Mohd Shafie bin Apdhal
Setiausaha Agung: Dato' Sri Tengku Adnan bin Mansor (2008 - kini)
Setiausaha Agung: Dato' Sri Tengku Adnan bin Mansor (2008 - kini)
PAU 2013
Presiden: Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak (meletak jawatan pada 12 Mei 2018)
Timbalan Presiden: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin (dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016)
Naib Presiden I: Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi (menjalankan tugas Timbalan Presiden mulai 24 Jun 2015, kemudiannya menjalankan tugas Presiden mulai 12 Mei 2018)
Naib Presiden II: Dato' Seri Mohd Shafie bin Apdhal (digantung keahlian pada 24 Jun 2016 - kemudiannya keluar UMNO pada 4 Julai 2016)
Naib Presiden III: Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (menjalankan tugas Timbalan Presiden mulai 12 Mei 2018)
Setiausaha Agung: Dato' Sri Tengku Adnan bin Mansor (sejak 2008)
Setiausaha Agung: Dato' Sri Tengku Adnan bin Mansor (sejak 2008)
Tempoh Bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mengikut Perlembagaan UMNO, PAU bagi pemilihan kepiminan diadakan tiga tahun sekali. PAU yang terakhir ialah pada 7 Nov 2013 dan tempohnya berakhir tidak melebihi 18 bulan dari tarikh perhimpunan yang terakhir. Ini bermakna PAU mesti diadakan sebelum 19 April 2018. Tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah memberi kebenaran untuk UMNO mengadakan PAU pada 19 April 2019.
Adalah ROS mempunyai kuasa melangkaui Perlembagaan UMNO?
Jika tidak, pendaftaran UMNO sebagai sebuah pertubuhan akan terbatal mulai 19 Apr 2018.
.
SENARAI PUCUK PIMPINAN UMNO SEJAK DITUBUHKAN
Pada 10 Mei 2018, berakhirlah riwayat Kerajaan BN (berteraskan UMNO) memerintah Kerajaan Malaysia apabila tewas dalam PRU 14 pada 9 Mei 2018.
Kejatuhan BN/UMNO bukan kerana BN/UMNO itu tidak kuat. Kejatuhan BN/UMNO bukan kerana BN/UMNO tidak berjasa kepada rakyat. Kekalahan BN/UMNO adalah disebabkan pemimpinnya yang telah lupa diri dan lebih mementingkan diri sendiri. Rakyat sudah tidak tahan dengan penipuan demi penipuan oleh pemimpin UMNO untuk mempertahankan dan melindungi kesalahan Najib.
Ahmad Zahid menjalankan tugas Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Pada 12 Mei 2018, Najib meletak jawatan sebagi Presiden UMNO dan Pengerusi BN, tugas-tugas Presiden dipangku oleh Ahmad Zahid Hamidi. Manakala tugas Timbalan Presiden dilaksanakan oleh seorang Naib Presidennya yang masih ada iaitu Hishammuddin Hussein sehingga pemilihan kepimpinan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang dijangkakan pada bulan April 2019.
Saiz BN Semakin Kecut, Ahmad Zahid mewarisi BN yang hancur. Setelah BN tewas dalam PRU 14 beberapa buah parti komponennya telah mengambil keputusan keluar dari komponen BN. Dengan itu, BN semakin lemah dengan keahliannya mengecil dari 13 parti sebelum PRU14 kepada 3 parti sahaja yang kesemuanya bermarkas di Semenanjung iaitu UMNO, MCA dan MIC (termasuk UMNO Sabah). Inilah parti pemerintah yang asal (PERIKATAN) sebelum terbentuknya BN pada tahun 1973.
(1) 10 Mei 2018 - UPKO keluar BN - (12)
(2) 11 Mei 2018 - LDP keluar BN - (11)
(3) 12 Mei 2018 - PBS dan PBRS keluar BN - (9)
(4) 19 Mei MyPPP keluar BN - (8)
(5) 12 Jun 2018 - PBB, SUPP, PRS dan PDP keluar BN dan membentuk blok baru dikenali sebagai Gabungan Parti Sarawak (GPS) - (4)
(6) 23 Jun 2018- Gerakan keluar BN - (3)
Zahid disahkan sebagai Presiden UMNO. Pemilihan kepimpinan UMNO 2018 yang berlangsung pada 30 Jun 2018 telah mengesahkan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO ke 8 (85 undi) dengan mengalahkan Khairy Jamaludin (49) dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah (22). Berikut adalah kedudukan kepimpinan tertinggi UMNO setelah selesai pemilihan:
(1) Presiden: Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi.
(2) Timbalan Presiden: Dato' Seri Mohammad bin Hassan.
(3) Naib Presiden I: Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaacob
(4) Naib Presiden II: Dato' Seri Mahazer bin Khalid.
(5) Naib Presiden III: Datuk Mohamed Khaled bin Nordin
Dalam pemilihan kepimpinan sayap-saya UMNO sebelum ini ketiga-tiga sayap memilih untuk memilih ketua yang baru:
(1) Ketua Pemuda: Datuk Dr Asyraf Wajdi bin Datuk Dusuki.
(2) Ketua Wanita: YB Datuk Noraini binti Ahmad.
(3) Ketua Puteri: Datuk Zahida binti Zarik Khan.
Pada 13 Julai 2018 Presiden UMNO telah melantik Tan Sri Annuar bin Musa sebagai Setia Usaha Agong UMNO dan Tengku Adnan Tengku Kassim sebagai Bendahari.
Ahmad Zahid Ketua Pembangkang. Apabila persidangan Parlimen ke 14 bermula pada 16 Julai 2018, Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Perlantikan ini menjadikan Ahmad Zahid sebagai pemimpin UMNO dan BN pertama menjadi ketua pembangkang.
Timbalan Presiden UMNO Menerima Dugaan. Pada 16 November 2018, Mahkamah Pilihanraya telah mengisytiharkan kemenangan Dato' Seri Mohamad Hassan (Timbalan Presiden UMNO) di kerusi DUN Rantau (Negeri Sembilan) sebagai tidak sah. Mohamad kehilangan kerusinya dan satu PRK perlu diadakan.
Kerusi UMNO di Parlimen. Semasa PRU 14 (9 Mei 2018), UMNO memenangi 45 kerusi Parlimen dan tewas di 54 kerusi. Kekalahan besar calon-calon UMNO ini menyumbang kepada tumbangnya Kerajaan BN. Selepas PRU14, satu demi satu Ahli Parlimen UMNO keluar parti dan menjadi ahli Bebas atau menyertai Parti lain.
(1) Bagan Serai: YB Datuk Dr Noor Azmi bin Ghazali - keluar UMNO pada 24 Jun 2018 menjadi ahli Bebas. Menyertai PPBM pada 28 Nov 2018.
(2) Parit Buntar: YB Datuk Syed Abu Hussin Hafiz bin Syed Abdul Fasal - keluar UMNO pada 27 Jun 2018 menjadi ahli Bebas
(3) Masjid Tanah: YB Mas Ermieyanti binti Shamsudin - keluar UMNO pada 1 Jul 2018 menjadi ahli Bebas - menyertai PPBM pada 13 Dis 18.
(4) Jeli: YB Datuk Seri Mustapha bin Mohamed - keluar UMNO pada 18 Sep 2018 menjadi ahli Bebas - menyertai PPBM pada 26 Okt 2018.
(5) Kimanis: YB Datuk Seri Anifah bin Aman - keluar UMNO pada 19 Sep 2018 dan menjadi ahli Bebas.
(6) Labuan: YB Rozman bin Isli - keluar UMNO pada 11 Okt 2018 dan menyertai Parti WARISAN.
(7) Beaufort: YB Datuk Azizah binti Mohd Bun - keluar UMNO pada 12 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(8) Kudat - YB Datuk Abdul Rahim Bakri - keluar UMNO pada 12 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(9) Beluran: YB Datuk Ronald Kiandee - keluar UMNO pada 12 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(10) Libaran: YB Zakaria bin Edris - keluar UMNO pada 12 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(11) Hulu Terengganu: YB Datuk Rosol bin Wahid - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(12) Mersing: YB Datuk Dr Abdul latif bin Ahmad - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(13) Tasik Gelugur: YB Sahabudin bin Yahya - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(14) Larut: YB Datuk Seri Hamzah bin Zainudin - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(15) Sabak Bernam: YB Datuk Mohamad fasiah bin Mohd Fakeh - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
(16) Tanah Merah: YB Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz - keluar UMNO pada 14 Dis 2018 menjadi ahli Bebas.
Jumlah baki kerusi UMNO di Parlimen pada 15 Dis 2018 ialah 29 kerusi (45 - 16).
Ahmad Zahid Berehat. Pada 18 Disember 2018, kepimpinan UMNO sekali lagi melalui cabaran hebat apabila Presiden UMNO yang baru disahkan pada 30 Jun 2018 (tidak sampai 6 bulan), Dato' Seri Ahmad Zahid yang menghadapi 45 tuduhan di Mahkamah atas pelbagai tuduhan rasuah telah mengumumkan keputusan untuk berehat dan menyerahkan tugas-tugas Presiden UMNO dijalankan oleh Timbalannya, Dato' Mohamad bin Hassan.
Ismail Sabri Yaakob Ketua Pembangkang. Pada 7 Mac 2019, Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob(Ahli Parlimen Bera) yang juga salah seorang Naib Presiden UMNO telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang, bagi menggantikan Ahmad Zahid Hamidi yang bercuti rehat kerana menghadapi kes mahkamah.
UMNO mula bangkit. Selepas PRU 14 terdapat 7 PRK dilangsungkan:
(1) PRK DUN Sg Kandis, Selangor pada 4 Ogos 18 - BN(UMNO) - tewas.
(2) PRK DUN Balakong, Selangor pada 8 Sep 18 - BN(MCA) - tewas
(3) PRK DUN Seri Setia, Selangor pada 8 Sep 18 - BN tidak bertanding, memberi laluan kepada PAS (tewas).
(4) PRK Parlimen Port Dickson, NS pada 13 Okt 18 - BN tidak bertanding dan memberi laluan kepada PAS (tewas).
(5) PRK Parlimen Cameron Highland, Pahang pada 26 Jan 19 - BN(UMNO) menang.
(6) PRK DUN Semenyih, Selangor pada 2 Mac 19 - BN(UMNO) menang.
(7) PRK DUN Rantau, Negeri Sembilan pada 13 April 19 - BN(UMNO) menang.
(8) PRK Parlimen Sandakan, Sabah pada 10 Mei 2019 - BN tidak bertandimg. PH(DAP) menang.
Ahmad Zahid Kembali. Pada 30 Jun 2019, Dato' Seri Ahmad Zahid mengumumkan untuk menamatkan cuti dan kembali melaksanakan tugas Presiden berkuatkuasa serta-merta.
Pengerusi Lembaga Penasihat BN. Pada 9 Julai 2019, Dato' Seri Mohd Najib (mantan Presiden UMNO) telah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional. Perlantikan ini diumumkan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi.
.
Najib Meletak Jawatan Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Pada 12 Mei 2018, Najib meletak jawatan sebagi Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Oleh kerana UMNO tidak mempunyai Timbalan Presiden (setelah pemecatan Muhyiddin pada Jun 2016), tugas-tugas Presiden dipangku oleh Ahmad Zahid Hamidi. Manakala tugas Timbalan Presiden dilaksanakan oleh seorang Naib Presidennya yang masih ada iaitu Hishammuddin Hussein.
Era Ahmad Zahid

No comments:
Post a Comment