JDT (SOUTHERN TIGERs)
SIMBOL TRANSFORMASI SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
Sebelum
ini aku ada bercerita tentang sejarah dan perkembangan bola sepak Malaysia
dalam blog ini. Sila rujuk Tajuk M 019 (BOLA SEPAK MALAYSIA).
Bola
sepak Malaysia mencapai puncak kegemilangannya antara tahun 1970 hingga awal
1080an. Malaysia dua kali layak ke Sukan Olimpik (Munich 1972 dan Moscow 1980).
Selepas itu dunia bola sepak Malaysia semakin merudum dan semakin hilang dari
persada bola sepak nusantara. Hanya pada penghujung dekad pertama abad kedua,
pasukan Malaysia ada menunjukkan sedikit kebangkitan, apabila menjuarai Piala
AFF Suzuki (2010) dan Sukan SEA (2009 dan 2011). Sebahagian besarnya tenggelam
dan pernah tewas kepada pasukan-pasukan yang selama ini dianggap lemah.
Sebenarnya
sendiri sudah hilang minat dengan prestasi bolasepak Malaysia. Jika ada siarang
langsung melibatkan pasukan Malaysia di televisyen, aku jarang sangat
menontonnya.
Minat
bola aku semakin pudar, semakin kecil menguncup, semakin masuk ke dalam
tempurung. Hanya tertumpu kepada bola sepak tempatan seperti Piala Malaysia dan
Liga Malaysia sahaja. Aku lebih berminat dengan perkembangan pasukan negeri
asalku, Johor Darul Taazim.
.
Mari
kita berkenalan dengan Bolasepak Johor
http://johorsoutherntigers.com.my/teams/
Persatuan
Bolasepak Negeri Johor, (Johor Football Association) also simply known as PBNJ,
is the governing body of football in Johor Bahru, Malaysia. PBNJ is responsible
for coordinating and developing football in the state of Johor and has teamed
up with the Football Association of Malaysia (FAM) as the official governing
body of football in Malaysia.
Formed
in December 29, 1955, it was initially based in Kluang, Johor. In its early
years of establishment, PBNJ was registered under the Societies Act 1966 and
subsequently re-registered under the Commissioner of Sports Development Act
1997. Central to the creation of Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, the
association has also been entrusted to organize the first round and
quarter-final World Youth Cup competition in 1997 and the Asian Zone World Cup
qualifier between Iran and Japan in the same year. The stadium is based at
Larkin.
PBNJ
starts its football development by forming its first professional football
team, Johor FA. Under this period, Johor FA has made several achievements
including Malaysia Cup champion in 1985 and 1991, the Razak Cup champions in
1983 and won the first FA Cup in 1998. In 1972, the association build its first
professional club team, PKENJ FC, now known as Johor Darul Ta’zim F.C. The club
also made several achievements with two consecutive FAM Cup in 1994 and 1995
and winning its first Malaysia Premier League title in 2001. The club now plays
in top division side, the Malaysia Super League.
Kebangkitan Pertama (1985)
.
Sejak Piala Malaya diperkenalkan dalam tahun dan Piala Malaysia Apabila Liga Semi-Pro Malaysia diperkenalkan pada tahun 1989, Johor mengungguli kejuaraan pada tahun ketiganya iaitu tahun 1991. Pada tahun tersebut Johor menjadi Juara berganda bersama Piala Malaysia.
Johor Darul Takzim (JDT). Asalnya dikenali sebagai PKENJ. Kelab Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Kemudian dijenamakan sebagai Jcorp. Susulannya, Johor FC.
JDT adalah jelmaan terbaru kelab yang dikendalikan dengan budaya korporat.
Antara jurulatih yang singgah merencana strategi JDT ialah K. Devan, Ron Smith, Raul Carizzo, Bruce Stowell, Azuan Zain dan Ramlan Rashid.
Tapi peminat Johor dulu-dulu masih terkenang detik gemilang Johor, pasukan negeri yang menonjolkan kehebatan pada 1980-an dan 1990-an hasil dedikasi Bapa Bola Sepak Johor, Datuk Suleiman Mohd Noor.
Khas buat tatapan rakan senegeriku, aku mengimbas tiga detik gemilang bola sepak Johor, ketika JDT dikenali sebagai PKENJ, kemudian JCorp dan Johor FC.
Johor menumpaskan Wilayah Persekutuan 2-0 pada final Piala Malaysia 1985 hasil jaringan Muhidin Husin dan Fadzli Ahmad.
Dua jaringan, yang pertama pada minit ke-36 oleh bekas pemain kebangsaan, Muhidin dan satu lagi menyusul empat minit selepas rehat menerusi tandukan Fadzli menghadiahkan kemenangan kepada pasukan dari Selat Tebrau itu serta supremonya, Datuk Suleiman Mohd Noor.
Malam 13 Julai itu turut melahirkan mutiara baru Johor, iaitu Khalid Shahdan yang menjadi perancang serta nadi bagi memastikan Piala Malaysia berhijrah ke selatan semenanjung. Khalid, 21 tahun ketika itu, dan kerani bank di Johor Bahru mencipta nama dengan persembahan menyerlah dan mendapat ganjaran setimpal keringatnya. Dia menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir bernilai $10,000.
Jaringan pertama terhasil apabila Azuan Zain melambungkan bola ke depan pintu gol Wilayah Persekutuan, tepat ke arah Muhidin yang bijak bertindak menyambung dengan menolak masuk memperdayakan penjaga gol, M Pavalamani.
Empat minit selepas babak kedua bermula, sepakan sudut Khalid Shahdan mengena kepala beberapa pemain di depan pintu gol menepati arah Fadzli yang kemudian menanduk bagi menyudahkan kesengsaraan lawan dan memastikan kejayaan anak buah Ahmad Isa.
JOHOR: Salleh Mohd Noor, Ismail Ibrahim, Azuan Zain, Kamaruddin Ahmad, Ahmad Marican, Khalid Shahdan, Dollah Salleh, Nasir Yusof, Fadzli Ahmad, Muhidin Hussin, Azmi Taib (Kamarudin Ahmad).
W PERSEKUTUAN: M Pavalamani, Razip Ismail, Tang Siew Seng, Kamarulzaman Yusof, Serbegeth Singh, Subadron Aziz (Michael Chang), Mat Zan Mat Aris (Yip Chee Keong), Ramlan Askolani, Saidin Osman, K Kannan, Hashim Marman.
Kebangkitan Kedua (1991)
Kehadiran tiga pemain import; Abas Saad dan Alistair Edward (Australia) dan Ervin Boban (Croatia) bersama beberapa pemain tempatan yang hebat seperti Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Annuar Abu Bakar, Sazali Nasir dan Hassan Miskam mengubah rentak ombak permainan pasukan Johor dan telah membawa kegemilangan Johor DT di persada bolasepak tanah air yang selama ini didominasi oleh Selangor dan Singapura.
Skuad Johor dibimbing oleh jurulatih dari Australia, Michael Urukalo.
Malam gemilang buat Ervin Boban, penyerang bertubuh tegap dari Croatia yang menyumbang tiga gol memenuhi harapan Johor untuk menjulang semula Piala Malaysia selepas menewaskan Selangor 3-1 di atas padang becak.
Tanpa penjaring utama Abbas Saad yang digantung dua perlawanan, Boban keluar daripada bayangan Alistair Edwards dengan ledakan hatrik di Stadium Merdeka bagi memastikan kejuaraan berganda buat anak buah Michael Urukalo.
Boban menggegar gawang Selangor pada minit ke-11 selepas menyambar hantaran Edwards tetapi Selangor menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Gani Ali lapan minit selepas rehat.
Dalam menyusun gerak ke kubu lawan, benteng Selangor terleka. Kesilapan Reman Ragunathan membuka ruang kepada Boban menambah jaringan pada minit ke-60 hasil umpanan lintang Sani Othman
Boban mengukir namanya sebagai wira dengan menyambut baik sepakan percuma pasukannya di luar petak penalti untuk menewaskan bekas penjaga gol Czechoslovakia di Piala Dunia 1982, Karel Stromsik, pada minit ke-84.
Johor: Hassan Miskam, Sazali Nasir, Nasaruddin Atan, Roslan Hamid, Sani Osman, Aidel Mohd Noor, Khalid Shahdan (Fadli Ahmad), Nasir Yusof, Salehan Mohd Som (Annuar Abu Bakar), Alistair Edwards, Ervin Boban.
Selangor: Karel Stromsik, A. Jayakanthan, K. Gunalan, Reman Ragunathan, Ismail Ibrahim, Gani Ali, P. Maniam (Razali Alias), Malek Rahman, Zainal Nordin (Adam Abdullah), Robert Dunn, Pavel Korejcik.
Senarai Pemain Bola Sepak Negeri Johor Era 90-an
- Hassan Miskam
- Omar Salim
- Solehan Mohd Som
- Sazali Nasir
- Aidil Mohd Nor
- Mohamad Yazid
- Rusdi Sulong
- Rizal Sukiman
- Abbas Saad
- Alistair Edwards
- Ervin Boban
- Milan Blaegovic
- Darren Stewart
- Jure Jeramaz
- Riyadh Abbas
- Hashim Mustapha
- Khalid Shahdan
- Nasir Yusof
- Nazaruddin Atan
- Sani Osman
- Fadhli Ahmad
- Annuar Abu Bakar
- Annuar Ariffin
- Nizarudin Kadir
- Idris Karim
- Hasbullah Fatah
- Hasnim Haron
- Salim Khamis
- Azmil Azali
- Roslan Hamid
- P. Sunther
- Gabriel Mendez
- Hashim Mustapha
- Nazreen Tee Abdullah
- Meor Nor Shamsul Kamal
- Sheikh Ahmad Ridzuan
Kebangkitan Ketiga (1998)
Johor melengkapkan koleksi piala kejuaraan Liga Malaysia selepas mengalahkan Sabah 1-0 untuk menjulang Piala FA dalam final sulungnya, di Stadium Likas. Gol tunggal pasukan pelawat itu dijaringkan Milan Blagojevic pada minit ke-31 di hadapan kira-kira 20,000 penonton untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.
Rosdee Sulong berada di sebelah kanan mendapat bola hasil gerakan pantas Johor mengambil sepakan percuma, melintangkan bola ke tengah untuk Blagojevic menggelecek seorang pertahanan Sabah sebelum merembat dengan kaki kanan dari luar kotak penalti menuju tepat ke sudut kiri gol Sabah pada minit ke-31.
Jaringan
itu hadir dua hari selepas isteri Blagojevic melahirkan anak sulung mereka,
Nicholas.
SABAH:
Khairul Azman Mohamed, Veselin Kovacevic, Musa Hendrik, Jelius Ating (Romzi
Musa), Abdullah Adi (Henry Soimpon), Burhan Ajui, Jainin Tinin, David Rocastle,
Yap Wai Loon (Harun Laban), Mohd Jaya Kassim, Suharmin Yusuf.
JOHOR: Omar Salim, Salim Khamis, Darren Stewart, Azmil Azali, Mohd Zakir Othman, Rizal Zamberi Yahya, Milan Blagojevic, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong (Tuboly Frigyes), Azmi Mohamad.
JOHOR: Omar Salim, Salim Khamis, Darren Stewart, Azmil Azali, Mohd Zakir Othman, Rizal Zamberi Yahya, Milan Blagojevic, Idris Karim, Rizal Sukiman, Rosdee Sulong (Tuboly Frigyes), Azmi Mohamad.
Kebangkitan Keempat (2012)
Pada 16 Feb 2012, PBNJ telah mengadakan Mesyuarat Agong tergempar dan melantik DYTM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim menjadi Presidennya.
Sejak itu, JDT mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang untuk berada di barisan hadapan kancah bola sepak Malaysia.
PERSATUAN
BOLASEPAK NEGERI JOHOR BUKAN SEKADAR SEBUAH PERSATUAN BOLASEPAK
Persatuan
Bolasepak Negeri Johor telah merekabentuk satu struktur bagi menguruskan sebuah
persatuan bolasepak yang bukan sahaja melibatkan pengujudan sebuah pasukan mantap
demi merebut kejuaraan, tetapi juga terlibat dalam mendidik generasi muda di
Johor untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Ianya direka berlandaskan visi DYAM
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, berserta input daripada
lagenda bolasepak Johan Cruyff.
Projek
bolasepak Johor ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama adalah
untuk mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang berkualiti. Keduanya adalah
supaya persatuan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan dikenali sebagai
sebuah kuasa bolasepak di seluruh Asia dan juga dunia. Ketiga adalah untuk
menyatu-padukan rakyat Johor tanpa mengira bangsa dan agama, serta menggalakkan
generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
Berkenaan
struktur pengurusan pasukan, PBNJ menggunakan konsep dua pasukan iaitu Johor
Darul Ta’zim yang mewakili negeri Johor di Liga Super dan Johor di Liga
Premier. Johor Darul Ta’zim merupakan pasukan utama, dan Johor Darul Ta’zim II
merupakan pasukan kedua yang akan memupuk anak-anak muda Johor yang berbakat
untuk diserapkan ke pasukan utama kelak.
Berkenaan
pembangunan bolasepak di Johor, sebuah akademi bolasepak akan ditubuhkan bagi
melatih kanak-kanak seawal usia sepuluh tahun sehigga umur tujuhbelas tahun.
Mereka akan dilatih dan dididik menjadi pemain bolasepak profesional, dengan
fokus terhadap latihan fizikal, sikap profesional dan juga pelajaran akademik.
Setelah mengikuti latihan di akademi, mereka akan diserapkan ke dalam pasukan
Piala Presiden, di mana mereka akan mendapat pendedahan dan pengalaman. Pemain
yang menunjukkan potensi dan bermain dengan baik akan dipilih untuk menyertai
pasukan kedua iaitu Johor.
Pemain
yang bermain dengan baik dan berpotensi dalam pasukan kedua akan diserapkan ke
pasukan Johor Darul Ta’zim, atas nasihat pengurus/ketua jurulatih. Struktur
yang digunapakai PBNJ ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh
pasukan-pasukan bolasepak ternama seperti Real Madrid, Barcelona, Borussia
Dortmund, FC Bayern Munich dan AC Milan. Dengan mengamalkan sistem ini, PBNJ
membuka ruang bagi anak-anak muda Johor untuk memulakan kerjaya dalam dunia
bolasepak, selain memberi peluang bagi mereka untuk mewakili negeri. Ianya juga
memberi manfaat dari segi kewangan, kerana PBNJ dapat mengurangkan belanja
yuran perpindahan semasa tempoh perpindahan pemain. Dengan itu, ianya dapat
meletakkan PBNJ dalam kedudukan kewangan yang lebih kukuh, selain mempunyai
lebih ramai anak muda Johor mewakili pasukan negeri.
Johor
sebagai gerbang selatan ke benua Asia, telah lama menjadi lokasi yang strategik
bagi para pelabur, baik pelabur tempatan mahupun antarabangsa. Adalah menjadi
visi PBNJ bahawa sukan bolasepak adalah untuk seluruh rakyat. PBNJ sentiasa
menggalakkan para pelabur di Johor mengambil bahagian dalam penajaan dan
sumbangan demi bolasepak Johor. DYMM Sultan Johor sendiri menunjukkan
keprihatinan dan minat terhadap bolasepak Johor dan memberikan sumbangan daripada
perbelanjaan baginda sendiri, kerana yakin bahawa bolasepak adalah untuk rakyat
dan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Johor.
Bolasepak
Johor juga dibentuk sebagai satu faktor untuk menyatu-padukan rakyat, dan
menggalakkan generasi muda mengamalkan gaya hidup sihat dan positif. Pelbagai
program sedang dirancang demi manfaat anak-anak muda Johor. Para pemain akan
menngadakan jelajah ke semua daerah di Johor bagi mendekati generasi muda dan
membimbing mereka menjalankan kehidupan yang positif dan menghindari
penyalahgunaan dadah serta gejala negatif yang lain. Sesi motivasi juga akan
disampaikan oleh para pemain, menggalakkan generasi muda mengejar cita-cita dan
mencapai matlamat dalam hidup mereka. Semua ini adalah berikutan visi dan
semangat yang dizahirkan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johor. Baginda percaya bahawa bolasepak mampu memainkan peranan yang
penting dalam menyumbang ke arah pembangunan negeri, terutama sekali dalam
membimbing generasi muda untuk mengamalkan gaya hidup positif, dan bahawa PBNJ
bukan sekadar sebuah persatuan bolasepak. Matlamat utama adalah untuk mencapai
kemenangan, tetapi menang atau kalah, biarlah bergaya.
JDT
FC
Johor
Darul Ta'zim FC atau Kelab Bola Sepak Darul Takzim dan Darul
Ta'zim FC (dahulunya dikenali sebagai Johor FC atau Kelab
Bola Sepak Johor), merupakan salah sebuah kelab bola sepak yang terdapat di
Malaysia. Kelab ini kini berada dalam Liga Super, iaitu liga tahap pertama
dalam Liga Malaysia.
Sejarah
Kelab
Bola sepak Johor (dahulunya PKENJ FC) telah ditubuhkan pada tahun
1972 di bawah Biro Sukan Persatuan Rekreasi Anggota pekerja PKENJ. Mula
menyertai pertandingan bolasepak dalam Liga PBJB dan memenanganinya hampir
setiap tahun.
Pada
tahun 1988 pasukan PKENJ telah layak bertanding dalam Piala FAM. Seterusnya
menjadi Juara Piala FAM tahun 1994 dan 1995, Naib Juara pada tahun 1996.
Bermain dalam Liga Perdana 2 pada tahun 1997 hingga 2001. Menjadi Juara Liga
Perdana 2 pada tahun 2001 dan seterusnya layak bermain dalam Liga Perdana 1
pada tahun 2002 dan 2003.
Sekarang,Johor FC menjadi antara pasukan terhebat di Malaysia menduduki tempat ke-4 dalam Liga Super musim 2007-2008 dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2008. Di antara pemain utama yang bermain untuk Johor FC ialah bekas pemain kebangsaan, Wan Rohaimi Wan Ismail, Eddy Helmi Abd Manan, Hamzani Omar dan Sumardi Hajalan (Bekas pemain bawah 23 tahun kebangsaan).
Raul
Carizzo, jurulatih yang berasal dari Argentina merupakan arkitek utama
kebangkitan Johor FC ketika dizaman Piala FAM dimana beliau dapat membentuk
skuad yang dianggap pelapis kepada skuad utama negeri Johor.
Antara
pemain import yang menyerlah bersama mereka ialah Jonathan Ben
Angelucci (Australia), Walter Andrian
Silva (Argentina), Gustavo Fuentes(Argentina), Moses
Mondororou (Cameroon), Ante Juric (Australia) dan Aytek
Genc (Australia).
Perubahan
Nama
1972-1996
: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor Football Club (PKENJ F.C.)
1996-2012
: Johor Football Club (Johor FC)
2012–kini :
Johor Darul Ta'zim Football Club (Johor Darul Ta'zim F.C.)
.
Stadium Tan Sri Hassan Yunos
Stadium
Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau dahulunya dikenali
sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak
di Larkin, Johor Bahru. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu
menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti
30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar
Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos. Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan
Yunos memiliki keupayaan 30,000 penonton dengan 8,000 tempat duduk berbumbung
ditadbirurus oleh Perbadanan Stadium Johor.
Stadium
ini merupakan salah satu stadium yang terbaik di Malaysia. Stadium Tan Sri
Dato' Hj. Hassan Yunos atau dahulunya dikenali sebagai Stadium
Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak
di Larkin, Johor Bahru. Stadium yang mula dibina pada 1964 mampu
menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada 1991 menjadi kapasiti
30,000 orang penonton. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar
Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.
Kelab Penyokong
Pada
awalnya Johor FC mempunyai penyokong dan peminatnya tersendiri yang
rata-rata terdiri dari kalangan anak jati Johor. Kemudianya setelah Johor
FC bermain di Liga Perdana dan Liga FAM dan ditambah
dengan kemerosotan bola sepak Malaysia, peminat mula tidak mahu menyokong
pasukan sendiri. Bermula era baru penamaan Johor Darul Takzim FC yang
diterajui oleh Tengku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim dan dinaikkan ke Liga Super, peminat sudah mula menyokong dan
membanjiri stadium setiap kali perlawanan yang diadakan.
Penyokong ekstrim yang menggelarkan diri mereka sebagai Boys Of Straits (B.O.S.)mula mengorak langkah dan membawa gerakan Ultras disetiap perlawanan melibatkan pasukan Johor Darul Takzim FC. Suasana organisasi ini begitu profesional ketika menghadiri perlawanan sama ada ditempat sendiri mahupun ditempat lawan.
Sehingga kini, JDT merupakan satu-satunya Kelab Penyokong yang tersusun dan mempunyai pengaruh dan semangat yang kuat serta menggerunkan pasukan lawan sama ada di stadium sendiri atau di stadium lawan.
.
FAKTOR TMJ
PENERAJU TRANSFORMASI BOLASEPAK JOHOR
Feb
13, TMJ dilantik menjadi Presiden PBNJ dalam satu mesyuarat tergempar PBNJ.
Pada 8 Mac 13, TMJ telah digantung 6 bulan oleh Jawatankuasa
Tatatertib FAM kerana mengkritik mutu pengadilan secara terbuka.
Pada
3 Apr 13, TMJ telah mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden PBNJ
dan mengumumkan perlantikan Dato Hj Obet bin Tawil sebagai penggantinya. Tetapi
baginda telah menarik balik perletakan jawatannya pada 9
April setelah diberikan nasihat oleh DYMM Sultan Pahang selaku
Presiden FAM.
Dalam
tempoh yang singkat menerajui PBNJ, baginda telah menunjukkan komitmen yang
amat tinggi ke atas pembangunan bolasepak Johor. Baginda juga amat lantang
dalam menyuarakan pendapatnya ke atas kelemahan badan induk bolasepak Negara
(FAM).
Oleh
kerana merasakan kedudukannya sebagai Presiden PBNJ telah menyekat kebebasannya
untuk bersuara serta kerap disalah ertikan oleh pelbagai pihak sebagai
menyalahgunakan kedudukannya sebagai TMJ, pada 12 Julai 2015, baginda telah
membuat keputusan untuk meletak jawatan Presiden dan menjadi Penasihat
PBNJ dan SUK Johor, Datuk Hj Ismail bin Karim dilantik menjadi Presiden PBNJ
yang baru. Keputusan baginda telah diumumkan oleh Setiausaha PBNJ, Kapten (TSN)
Mohd Fahmy bin Yahya.
.
Saya, selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, pada hari ini mengisytiharkan bahawa DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim,Tunku Mahkota Johor, telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor pada pukul 5 petang tadi (semalam- 12 Julai 2015).
Untuk makluman semua, YB Dato’ Haji Ismail Bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor telah dilantik menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Walaubagaimanapun segala perancangan, pengurusan kewangan, pentadbiran, pembentukan akademi dan stadium baru serta polisi persatuan akan diteruskan.
Segala perancangan jangka masa panjang dalam sukan bola sepak Negeri Johor termasuk dari segi infrastruktur dan segala yang berkaitan akan tetap dilaksanakan. Sekian, terima kasih. Hidup Johor, demi Johor.
Mohd. Fahmy Bin Yahya
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor.
.
Pada
23 Jul 15, sebagai mengiktiraf pentingnya kehadiran baginda secara langsung
dalam pembangunan bolasepak Johor PBNJ telah melantik TMJ sebagai Penaung
DiRaja PBNJ.
Penaja
Pasukan
Country
Garden (penaja utama sportwear Nike dari 2014 - kini)
Nike
(penaja jersi)
Tropicana
Corporation (penaja rasmi)
Iskandar
Malaysia
Berjaya
Group
Drive
M7
Grand
Paragon Hotel
KFC
Pizza
Hut
UDA
Holdings
AL-Ikhsan
Sharp
Corporation
100plus
Johor
Corporation (penaja sportwear Kappa untuk tahun 2013)
Pegawai
Kejurulatihan Pasukan
Pengurus:
Mario Gomez
Penolong
Pengurus: Datuk Hj Abd Latif Hj Bandi
Pengarah
Bolasepak: Rajko Magic
Ketua
Jurulatih: Mario Gomez
Penolong
Jurulatih: Ismail Ibrahim
Jurulatih
Kecerdasan: Fernando Gonzales
Jurulatih
Penjaga Gol: Khairul Azman Mohamed
Fisioterapi:
Mohamad Syafiq Zakaria
Fisioterapi:
Rosfarawadi Ismani Ismail
Pengurus
Pasukan
Tuan
Hj Tamyes bin Abd Rahim (1999 - 2005)
Encik
Mohd Faizal bin Abdullah (2006 - 2011)
Encik
Wan Nizam bin Wan Omar (2012 - kini)
Jurulatih
Ron
Smith (1999)
Bruce
Stowell (2000 - 2001)
Raul
Carrizo (2005)
Ramlan
Rashid (2005 - 2010)
Azuan
Zain (2011)
K.
Devan (2012)
Sazali
Saidon (2012)
Fandi
Ahmad (2013)
Cesar
Fernando Jimenez (2013 - 2014)
Bojan
Hodak (2014 - 2015)
Mario
Gomez (2015 - kini)
Pencapaian Johor
1986 Naib Juara Piala Malaysia
1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
1991 Juara Piala Malaysia (2)
1994 Juara Piala FAM.
1995 Juara Piala FAM
1996 Naib Juara Piala FAM
1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain dalam Liga Perdana
1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua Piala FA
1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama Piala FA
2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA
2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke pusingan kedua Piala FA
2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku akhir Piala FA dan Piala Malaysia
2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A, Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh akhir Piala Malaysia
2013 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala FA namun ditewaskan pasukan Kelantan 1-0
2014 Juara Liga Super Malaysia (1)
2014 Separuh akhir Piala FA
2014 Naib juara Piala Malaysia setelah tewas kepada Pahang melalui sepakan penalti.
2015 Juara Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0.
2015 Juara Liga Super Malaysia (2)
2015 Menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara layak ke peringkat akhir Piala AFC.
2015 Juara Piala AFC
2016 Juara Piala FA
2016 Juara Piala Liga Super Malaysia (3)
2017 Juara Piala Liga Super Malaysia (4)
2017 Juara Piala MALAYSIA (3)
2018 Juara Piala Liga Super Malaysia (5)
* Juara Piala Liga Super Malaysia- 5 tahun berturut-turut (rekod yang belum diatasi)
Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)
PBNJ atau Persatuan Bolasepak Negeri Johor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Johor. Persatuan ini menguruskan 2 pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Johor Darul Takzim (JDT) FC (dulunya Johor FC) dalam Liga Super Malaysia serta Johor Darul Takzim II (JDT II) (dulunya Johor FA) dalam Liga Perdana Malaysia.
Sejarah
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau PBNJ merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia. Persatuan yang diterajui oleh Setiausaha Kerajaan Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.
Pengurusan Persatuan
DYAM Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim (Penaung)
YB Dato' Hj Ismail bin Karim (Presiden)
YBhg Tuan Hj Ismail Abd Rahman (Naib Presiden I)
YBhg Tuan Hj Onn bin Jabbar (Naib Presiden II)
Encik Mohd Fahmy bin Yahya (Setiausaha)
YB Datuk Hj Abd Latif bin Hj Bandi (Bendahari)
Pada 25 Ogos 2016 Paduka Puteri DYTM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah ibni Sultan Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden Kelab Bolasepak JDT.
PEMAIN JDT TAHUN 2013
PEMAIN JDT TAHUN 2014
PEMAIN JDT TAHUN 2015
PEMAIN JDT TAHUN 2014
PEMAIN JDT TAHUN 2015
PENJAGA GOL
Farizal
Marlias
Samuel
Somerville (Malaysia, England)
Mohd
Izham Tarmizi
PERTAHANAN
Mohd
Fazly Mazlan
Asaruddin
Putra Omar
Marcos
Antonio (Brazil)
Aidil
Zafuan Abdul Razak
Mahali
Jasuli
Mohd
Amer Saidin
Fadhli
Shahs
TENGAH
Amirul
Hadi Zainal
Mohd
Safiq Rahim (Kapten)
S.
Kunalan
Gary
Steven Robbat
Harris
Harun (Singapura)
Mohd
Shakir Shaari
Azamuddin
Akil
Jasarin
Jamaluddin
S.
Chanturu
Junior
Eldstal
Muhammad
Akram Mahinan
PENYERANG
Paulo
Rangel (Brazil)
Safee
Sali
Jorge
Pareyra Diaz (Argentina)
Muhammad
Azinee Taib
Mohamad
Amri Yahyah
Pemain JDT II 2016
Bil
|
Nama Pemain
|
Posisi
|
Warga Negara
|
1
|
Farizal Marlias
|
GK
|
Malaysia
|
2
|
Izham Tarmizi
|
GK
|
Malaysia
|
3
|
Haziq Nadzli
|
GK
|
Malaysia
|
4
|
Hasbullah Abu Bakar
|
DF
|
Malaysia
|
5
|
Aidil Zafuan (Kapten Ke-2)
|
DF
|
Malaysia
|
6
|
S. Kunanlan
|
DF
|
Malaysia
|
7
|
Fazly Mazlan
|
DF
|
Malaysia
|
8
|
Marcos António (Kapten Ke-3)
|
DF
|
Brazil
|
9
|
Azrif Nasrulhaq
|
DF
|
Malaysia
|
10
|
Dominic Tan
|
DF
|
Malaysia
|
11
|
Fadhli Shas
|
DF
|
Malaysia
|
12
|
Safiq Rahim (Kapten)
|
MF
|
Malaysia
|
13
|
Azamuddin Akil
|
MF
|
Malaysia
|
14
|
Afiq Fazail
|
MF
|
Malaysia
|
15
|
Amirul Hadi Zainal
|
MF
|
Malaysia
|
16
|
Gonzalo Cabrera
|
MF
|
Argentina
|
17
|
Gary Steven Robbat
|
MF
|
Malaysia
|
18
|
Shakir Shaari
|
MF
|
Malaysia
|
19
|
R. Gopinathan
|
MF
|
Malaysia
|
20
|
Mahali Jasuli
|
MF
|
Malaysia
|
21
|
S. Chanturu
|
MF
|
Malaysia
|
22
|
Nazmi Faiz
|
MF
|
Malaysia
|
23
|
Junior Eldstål
|
MF
|
Malaysia
|
24
|
Safawi Rasid
|
MF
|
Malaysia
|
25
|
Hazwan Bakri
|
FW
|
Malaysia
|
26
|
Mohammed Ghaddar
|
FW
|
Lubnan
|
27
|
Gabriel Guerra
|
FW
|
Argentina
|
28
|
Darren Lok
|
FW
|
Malaysia
|
29
|
Hadi Fayyadh
|
FW
|
Malaysia
|
Pemain JDT II 2017
PEMAIN JDT TAHUN 2018
PEMAIN JDT TAHUN 2018
Senarai
Rasmi Pemain JDT FC Liga Super 2018
Berikut adalah Senarai Rasmi Pemain JDT FC Liga Super 2018 :
PENJAGA GOL (GOALKEEPER)
- Farizal Marlias
- Izham Tarmizi
- Haziq Nadzli
PERTAHANAN (DEFENDER)
Berikut adalah Senarai Rasmi Pemain JDT FC Liga Super 2018 :
PENJAGA GOL (GOALKEEPER)
- Farizal Marlias
- Izham Tarmizi
- Haziq Nadzli
PERTAHANAN (DEFENDER)
-
Marcos Antonio
- S. Kunalan
- Aidil Zafuan
- Fadhli Shas
- Fazly Mazlan
- Mahali Jasuli
- Azrif Nasrulhaq
- Junior Eldstal
- Hasbullah Abu Bakar
- Adam Nor Azlin (Baru)
- Syamer Kutty Abba (Baru)
- La'Vere Corbin-Ong (Baru)
TENGAH (MIDFIELDER)
- Safiq Rahim
- Natxo Insa
- Harris Harun
- Afiq Fazail
- Shakir Shaari
- Nazmi Faiz Mansor
- Amirul Hadi Zainal
- Gary Steven Robbat
PENYERANG (FORWARD)
- Safawi Rasid
- Darren Lok
- Ahmad Hazwan Bakri
- Mohammed Ghaddar (Belum Diketahui)
- Luciano Figueroa (Baru)
- Jorge Pereyra Diaz (Baru)
*Akan dikemaskini dari masa ke semasa
- S. Kunalan
- Aidil Zafuan
- Fadhli Shas
- Fazly Mazlan
- Mahali Jasuli
- Azrif Nasrulhaq
- Junior Eldstal
- Hasbullah Abu Bakar
- Adam Nor Azlin (Baru)
- Syamer Kutty Abba (Baru)
- La'Vere Corbin-Ong (Baru)
TENGAH (MIDFIELDER)
- Safiq Rahim
- Natxo Insa
- Harris Harun
- Afiq Fazail
- Shakir Shaari
- Nazmi Faiz Mansor
- Amirul Hadi Zainal
- Gary Steven Robbat
PENYERANG (FORWARD)
- Safawi Rasid
- Darren Lok
- Ahmad Hazwan Bakri
- Mohammed Ghaddar (Belum Diketahui)
- Luciano Figueroa (Baru)
- Jorge Pereyra Diaz (Baru)
*Akan dikemaskini dari masa ke semasa
No comments:
Post a Comment