KELUARGA ANWAR IBRAHIM
Kerjaya politik Anwar bermula pada tahun 1982 apabila dijemput menyertai UMNO oleh Dr Mahathir untuk menyertai UMNO. Beliau menjadi Ahli Parlimen Perrmatang Pauh (1982-1999), (2008-2013), Port Dickson (2018-2022) dan Tambun (2022-kini). Nepotisme Anwar Ibrahim bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998. Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada tahun 1998 dan beliau menjadi Presidennya selepas itu jawatan Presiden bertukar ganti antara beliau dengan isterinya Dato' Dr Wan Azizah Ismail sebagai Presiden kerana Anwar telah dipenjarakan dua kali. Anak sulungnya Nurul Izzah turt aktif dalam politik dan menjadi Naib Presiden PKR (2010-2018) dan (2022-2025) sertA Timbalan Presiden mulai 2025 ketika Anwar masih menjadi Presiden.
Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar adalah penyandang (1982-1999), Wan Azizah (1999-2013), Anwar Ibrahim (2013-2015), Wan Azizah (2015-2018) dan Nurul Izzah (2018-2022). Permatang Pauh jatuh ke tangan PAS dalam PRU 2022.
Selain dari Permatang Pauh, Wan Azizah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Pandan (2018-2022) dan Bandar Tun Razak (2022-kini). Manakala Nurul Izzah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2018)
Setelah Anwar dilantik menjadi PM ke 10, Nurul Izzah telah dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi di Kementerian Kewangan (MOF) di mana Anwar adalah juga Menteri Kewangan. Selain dari itu, Nurul Izzah turut dilantik menjadi Pengerusi Bersama Panel Penasihat Kewangan di MOF. Berasaskan kedudukan terkini, Nurul Izzah telah ditunjuk oleh Anwar sebagai bakal penggantinya sebagai Presiden PKR. Mungkin juga sebagai bakal Perdana Menteri jika PH masih mampu mempertahankan kedudukan dalam PRU yang akan datang.
Anwar (1947), Wan Azizah (1952) dan Nurul Izzah (1980)
Nepotisme keluarga Anwar ini diperteguhkan apabila Nurul Izzah disahkan sebagai Timbalan Presiden PKR (No. 2) pada 23 Mei 2025. Ini menjadukan, sejak ditubuhkan pada tahun 1998, kepimpinan No. 1 PKR (dahulunya ADIL) dipegang secara bergilir antara Anwar dan Wan Azizah. Perlantikan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden telah mengesahkan hasrat Anwar tidak mahu melepaskan kawalan ke atas PKR ini di luar keluarga mereka.
Berikut pula adalah antara pertalian darah di kalangan pemimpin di peringkat Negeri atau Nasional di Malaysia. Dalam kajian saya ini tidak melibatkan hubungan ahli politik dengan tokoh korporat tetapi dari kalangan ahli politik dan juga pegawai tinggi Kerajaan.
SENARIO NEPOTISME DI JOHOR
Sebahagian dari amalan nepotisme keluarga politik di Johor telah disentuh lebih awal kerana ia telah menjangkau ke pweringkat kepimpinan nasional, iaitu keluarga Abdul Rahman Mohd Yassin dan keluarga Dato' Sir Onn Jaafar.
KELUARGA TAHA DAN SALIM. Dato' Hj Taha bin Zakaria adalah mantan Stae Representative untuk Batu Pahat Coastal (1954-1959) dan ADUN Rengit (1959-1964). Beliau juga mantan EXCO Kanan Negeri Johor merangkap Timbalan MB. Anak Dato' Taha, Dato' Hj Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat (1982-1995), Pengerusi PAC (1983-1985) dan Timbalan Menteri (1985-1995). Manakala isteri Dato' Mohd Yunus bin Sulaiman (Datin Zaharah) ADUN Gelang Patah (1974-1986) dan Tanjung Putri (1986-1990), EXCO (1978-1986) dan Speaker DUN Johor (1986-1990) adalah anak saudara kepada Dato' Taha.
Datuk Hjh Fatimah binti Salim, Ahli Dewan Negara (1977-1983) adalah adik kepada Tan Sri Redzuan bin Salim, ADUN Peserai (1974-1986). Manakala Puan Sri Atkah binti Abdullah, ADUN Seri Medan (1990-1999) adalah isteri Tan Sri Redzuan. Selanjutnya Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Sungai Benut (1990-2004) dan ADUN Machap (2004-2013) adalah menantu kepada Datuk Fatimah Salim. Redzuan dan Fatimah adalah adik angkat kepada Dato' Taha.

Daud (1939-2014) Taha Zakaria (1915-1989) dan Mohd Yunus Tan Sri Redzuan, Puan Sri Atkah dan Dato' Hamid
KELUARGA SYED ALBAR. Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen Panti/Kota Tinggi (1990-2013) Menteri Kabinet (1995-2008) adalah anak kepada Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Johor Tenggara/Panti (1959-1977), Setiausaha Agong UMNO (1953-1963), Menteri Muda (1960-1962) dan Ketua Pemuda UMNO (1976-1977).
Tan Sri Syed Hamid (1944) dan Tan Sri Syed Jaafar (1914-1977)
KELUARGA SYED ASSAHAB. Datuk Sharifah Azizah binti Syed Zain AsSahab, Senator (2007-2010), ADUN Penawar (2018-2022) ADUN Mahkota (2022-2024) adalah anak perempuan kepada Dato' Syed Zain bin Syed Edrus AsSahab ADUN Simpang Rengam /Parit Raja (1969-1988) dan Speaker DUN Johor (1978-1986).

Datuk Sh Azizah (1960-2024), Dato' Syed Zain (19xx-1988)
KELUARGA KOSAI. Datuk Dr Robia binti Kosai, Ahli Parlimen Muar (1999-2004) ADUN Sg Balang/EXCO Johor (2014-2013), MP Timbalan Menteri EXCO Johor adalah anak kepada Dato' Kosai bin Hj Salleh, ADUN Parit Bakar/EXCO Johor (1959-1968). Manakala ibu Robiah, Datin Hajah Zaharah binti Abdul Majid adalah ADUN Pt Jawa/Seri Menanti/Semerah (1969-1982).

Dr Robia (1949-2014), Dato' Kosai (1914-1968) dan Datin Zaharah
KELUARGA FATIMAH MAJID. Datin Paduka Siti Fatimah Abd Majid adalah ADUN wanita pertama di Johor. Beliau menjadi ADUN Plentong (1959-1964) kemudian menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Timur (1964-1969, Batu Pahat Dalam (1969-1974) dan Semerah (1974-1978). Siti Fatimah adalah ibu kepada Datuk Siti Zainab @ Zainabon binti Sheikh Abu Bakar Ahli Parlimen Tebrau (1990-1999) dan Timbalan Menteri (1995-1997).
Dato' Siti Fatimah (1919-2013) dan Siti Zainab (1941)
(gambar Datuk Siti Zainab amat sukar diperolehi)
KELUARGA SAPIAN. Dato' Hj Osman bin Sapian, ADUN Kempas (1999-2021) dan Menteri Besar Johor ke 16 (2018-2019) adalah adik kepada Datuk Abdul Aziz Sapian, ADUN Nusa Jaya (2004-2013). Kedua-duanya memulakan kerjaya politik dengan UMNO tetapi mulai 2018, Osman menyertai BERSATU.
Dato' Osman (1950-2021) dan Datuk Abdul Aziz (19xx)
KELUARGA CHUA. Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis (2008-2018) dan Timbalan Menteri (2010-2018) adalah anak kepada Tan Sri Dr Chua Soi Lek, ADUN Penggaram (1986-2004), EXCO Johor (1990-1995), Ahli Parlimen Labis (2004-2008) dan Menteri (2004-2008) dan juga Presiden MCA (2008-2013).
Datuk Tee Yong (1977) Tan Sri Sooi Lek (1947)
KELUARGA MAT AZIZ. Tan Sri Hj Mohamad bin Aziz adalah ADUN Parit Yaani (1986-1999), Ahli Parlimen Sri Gading (1999-2013) dan Speaker DUN Johor (2013-2018). Setelah Mohamad bersara dari Parlimen, isteri beliau Puan Sri Azizah binti Zakaria telah dipilih menjadi ADUN Parit Raja (2013-2018).
Tan Sri Mohamad (1940-2020) dan Puan Sri Azizah (1955)
KELUARGA KAMISAN. Dato' Hj Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Sri Medan (2013 hingga kini) adalah anak kepada Dato' Hj kamisan bin Ashari, ADUN Sri Medan (1974-1990). Gambar allahyarham Dato' Kamisan tidak diperolehi.

Zulkarnain Kamisan (1972)(gambar Allahyarham Datuk Kamisan Ashari tidak ditemui)
KELUARGA IBRAHIM. Mohd Azahar bin Iibrahim, ADUN Tenang (2011-2028) dan dan adiknya Datuk Norshida binti Ibrahim, ADUN Buluh Kasap (2013-2018) adalah anak kepada Datuk Ibrahim bin Daud, ADUN Tenang (1999-2004)

Azahar (1972) Datuk Norshida (1975) dan Datuk Ibrahim (19xx-20xx)
SENARIO NEPOTISME DI KEDAH
Selain dari kegagalan Tun Dr Mahathir membina warisan politiknya, Kedah juga melahirkan beberapa keluarga politik di peringkat Negeri dan Persekutuan.
KELUARGA SHEIKH FADZIR. Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (1978-2008), Timbalan Menteri (1990-1999) dan Menteri Kabinet (1999-2004). Beliau mempunyai tiga lagi adik yang aktif dalam politik. Datuk Musa Sheikh Fadzir adalah Senator (2004-2010) dan Pengerusi KTMB (2021-kini); Allahyarham Datuk Haidar Ali Sheikh Fadzir, mantan Ketua Pemuda UMNO WP KL; dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, ADUN Kuala Ketil (2004-2008) dan Ahli Parlimen Kulim-BB (2008-2013).
Tan Sri Abdul Kadir (1939), Datuk Musa (1950), Datuk Haidar Ali (1961-2005) dan
Dato' Abdul Aziz (1963)
KELUARGA FADZIL NOOR. Datuk Hj Fadzil bin Mohd Noor adalah Presiden PAS (1989-2002). Beliau juga adalah ADUN Bukit Raya (1982-1999), ADUN Anak Bukit (1999-2002) dan Ahli Parlimen Pendang (1999-2002). Fadzil juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen (1999-2002).
KELUARGA JOHARI ABDUL. Tan Sri Johari bin Abdul merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani (2008-2022) dan ADUN Gurun (2018-2022) serta Speaker Dewan Rakyat (2022 - kini). Manakala anaknya Dr Muhammad Taufiq bin Johari adalah Ahli Parlimen Sungai Petani (2022- kini).
Johari juga merupakan anak saudara Datu' Shuaib bin Lazim , Senator (1985-1991). Sepupu Johari, Datin Seri Shuriani binti Shuaib adalah isteri kepada Dato' Serohd Shafie bin Apdal (Sabah).
Tan Sri Johari (1955) dan Dr Taufiq (1996)
KELUARGA ISMAIL NASUTION. Datuk Hj Sahlan bin Ismail Nasution adalah SUPol PM (2008-2018), pernah bertanding dalam PRU 13 di Parlimen Pokok Sena tetapi tewas. Adiknya, Dato' Seri Saifudin bin Ismail Nasution pula aktif bersama PKR/Pakatan harapan. Saifudin adalah ADUN Lunas Kedah (2000-2004), Ahli Parlimen Machang (2008- 2013), Ahli Parlimen Kulim-Bdr Baharu (2018-2022) dan ADUN Pulau Jerejak (2018-2023) serta Menteri Kabinet (2018-2020) & (2022- kini). Beliau juga adalah SU Agung PKR ((2010-2014) & (2018-2024).

Datuk Shahrir (19xx) dan Dato' Seri Saifudin (1963)
SENARIO NEPOTISME DI KELANTAN
Seperti di Johor, kepimpinan politik di peringkat awal, khususnya UMNO banyak melibatkan keluarga bangsawan termasuk kerabat istana. Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud Menteri Besar Kelantan ke 6 (1944-1953), Duta (1956-1958), Ahli Parlimen Kota Bharu Hilir (1959-1974) dan Speaker Dewan Rakyat (1974-1977) adalah anak kepada Dato' Nik Mahmud bin Nik Ismail, MB Kelantan ke 5 (1921-1944). Salah seorang anak Nik Ahmad Kamil adalah Lt Jen Nik Mahmood Fakharuddin Kamil adalah mantan Timbalan Panglima Tentera Darat.
Tan Sri Nik A. Kamil (1909-1977), Dato' Nik Mahmud (1882-1964)(gambar Dato' Nik Mahmood Fakharuddin Kamil (1936-1990) tidak diperolehi)
KELUARGA TENGKU AHMAD. Dato' Tengku Noorasiah binti Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (UMNO) Tumpat (1974-1982) adalah kakak kepada Dato' Tengku Zaid bin Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (1967-1978). Dua ornang lagi adik kepada Tengku Noraishah adalah Sultanah Johor, iaitu Sultanah Nora (Sultan Ismail) dan Sultanah Zanariah (Sultan Iskandar).
Tengku Noorasiah (1930-2013), Tengku Zaid (1932-1983), Sultanah Nora (1937) dan Sultanah Zanariah (1940-2019)
KELUARGA TENGKU HAMZAH. Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (1974-2022) dan Menteri Kabinet (1976-1987) adalah anak kepada Tengku Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, Menteri Besar Kelantan ke 7 (1953-1959).
Tan Sri Tengku Razaleigh (1937) dan Tengku Mohd Hamzah (1909-1961)
KELUARGA NIK AZIZ. Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah Ahli Parlimen (PAS) Kelantan Hilir (1967-1974), Pengkalan Chepa (1974-1986), ADUN Chempaka (1986-1995) Semut Api/Cempaka (1995-2015) dan Menteri Besar Kelantan ke 17 (1990-2013). Dua orang anak lelaki beliau aktif dalam politik. Nik Abduh adalah Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (2013-2018), Bachok (2018-2022) dan Senator (2023-kini). Abang Nik Abduh, Nik Omar kurang menyerlah dari adiknya dan keluar dari PAS pada 2017 dan menyertai Amanah pernah bertanding di DUN Chempaka (2018) dan Parlimen Pasir Salak (2022) dan tewas kedua-duanya. Salah seorang menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman pernah menimbulkan kontroversi kerana dilantik menjadi CEO Perbadanan MB Kelantan Diperbadankan (2009) dan beliau segera meletak jawatan.
Tan Sri Nik Aziz (1931-2015) Nik Abduh (1970), Nik Omar (1965) dan Ir Ariffahmi
KELUARGA NIK ABDULLAH. Dato' Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1995-2004), ADUN Panchor (2004-kini), EXCO (2004-2013), Timbalan MB Kelantan (2013-2022) dan Speaker DUN (2023-kini) adalah anak Dato' Nik Abdullah bin Haji Arshad, ADUN Kota Bharu Pantai (1959-1974), Sering (1974-1986) dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1986-1995). Seorang menantu Nik Abdullah, Dr Muhammad bin Md Daud adalah ADUN Tendong (2008-2011)

Dato' Nik Amar dan (1959) dan Dato' Nik Abdullah (19xx-1996) Dr Muhammad (1947-2011)
SENARIO NEPOTISME DI MELAKA
KELUARGA ABDUL GHAFFAR. Tun Abdul Ghaffar bin Baba Sebagai pendokong kemerdekaan, Ghaffar mempunyai kekuatan tersendiri dalam politik Malaysia. Beliau adalah ADUN Tg Keling (1959-1969), Ketua Menteri Melaka ke 2 (1959-1967), Ahli Parlimen Jasin (1969-1999), Batu Berendam (1999-2004), Menteri Kabinet (1970-1976) (1986-1993) dan TPM (1986-1993). Menteri Namun kehadiran pemimpin era moden dan agresif telah meminggirkan Ghaffar. Ghaffar telah mempertaruhkan anak keduanya Mohd Tamrin dalam kancah politik nasional sebagai Ahli Parlimen Batu Berendam (1986-1995) tetapi kerjaya politik beliau terhenti setakat itu. Menantu pertama Ghaffar berjaya bertapak dalam politik Melaka. Datuk Seri Ahmad bin Hamzah adalah ADUN Serkam (1995-2008) dan Ahli Parlimen Jasin (2008-2022) dan Timbalan Menteri (2020-2022). Selain itu, salah seorang menantu Ghaffar, Laksamana Tan Sri Aziz Jaffar adalah Panglima Tentera Laut ke 15 (2008-2015).
Tan Sri Aziz Jaffar (1956)
KELUARGA TAN. Tun Tan Cheng Lock adalah pengasas MCA dan Presiden MCA (1949-1959). Beliau tidak mahu menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Menteri. Anak Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin adalah Presiden MCA ke 3 (1961-1974), Ahli Parlimen Melaka Tengah (1955-1974) dan Menteri Kabinet (1955-1974).

Tun Chen Lock (1883-1960) dan Tun Siew Sin (1916-1988)
KELUARGA ITHNIN. Datuk Ahmad bin Ithnin adalah Ahli Parlimen Jasin (1969-1978), Senator (1979-1982) dan ADUN Merlimau (1982-1986). Adik Ahmad, Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin adalah ADUN Sungai Rambai (1986-1995) Speaker DUN (1986-1994), ADUN Merlimau (1995-1999), Ketua Menteri Melaka ke 8 (1997-1999), Ahli Parlimen Jasin (1999--2004) dan SUPar (1999-2004).
Datuk Roslan bin Ahmad, ADUN Merlimau (2011-2021) dan EXCO (2013-2018)(2020-2021) adalah anak kepada Datuk Ahmad Ithnin. Manakala Datuk Khaidiriah @ Dira Abu Zahar, ADUN Rim (2021-kini) adalah anak kepada Abu Zahar Ithnin.

Datuk Roslan (1967), Datuk Seri Abu Zahar (1937-2013) Datuk Dira (1984)
(gambar Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin tidak ditemui)
SENARIO NEPOTISME DI NEGERI SEMBILAN
KELUARGA ABDUL SAMAD. Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad, ADUN Linggi (1978-2004) Menteri Besar NS ke (1982-2004), Ahli Parlimen Jempol (2004-2008), Menteri Kabinet (2004-2005), ADUN Bagan Pinang (2009-2013) Ahli Parlimen Jempol (2013-2018) dan Pengerusi Felda (2011-2017). Setelah isterinya meninggal dunia pada tahun 2005, Mohd Isa berkahwin pula dengan Puan Sri Dato' Bibi Sharliza binti Mohd Khalid, ADUN Paroi (2004-2008) dan ADUN Juasseh (2023-kini). Dalam PRN Negeri Sembilan 2023, anak Mohd Isa, Mohd Najib bin Mohd Isa bertanding di DUN Bagan Pinang tetapi tewas.
Tan Sri Mohd Isa (1949), Puan Sri Dato' Bibi Sharliza (1971) dan Mohd Najib (1978)
SENARIO NEPOTISME DI PAHANG
Kesah keluarga Dato' Hussein (ayah Tun Razak), orang Pahang dalam senario politik Malaysia telah diceritakan di awal Bab Malaysia. Selain dari keluarga Hussein terdapat beberapa lagi keluarga politik di peringkat politik Negeri Pahang
KELUARGA MOHD SETH. Dato' Abd Halim bin Mohd Seth, ADUN Kerdau (1986-1990) adalah adik kepada Tan Sri Haji Yahya bin Mohd Seth, ADUN Sanggang (1959-1974) Menteri Besar Pahang (1964-1972).
Tan Sri Yahya (19xx-19xx)
(gambar Dato' Abd Halim (1946-2011) tidak diperolehi)
KELUARGA ABD RAHMAN TALIB. Dato' Sri Fauzi bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Kuantan (1990-1999), SUPar (1990-1997), Timbalan Menteri (1997-1999), ADUN Beserah (1999-2004), Ahli Parlimen Indera Mahkota (2013-2018) adalah anak kepada Dato' Abdul Rahman bin Talib, Ahli Parlimen Kuantan (1959-1968) dan Menteri Kabinet (1959-1965). Fauzi bertukar dari UMNO kepada PKR pada tahun 2008.

Dato' Seri Fauzi (1946) dan Dato' (Dr) Abd Rahman (1916-1968)
KELUARGA MOHD KAWI. Dato' Mohamed Khairudin bin Mohamed Kawi, ADUN Tg Besar (1959-1969), ADUN Jerantut (1969-1974), ADUN Jenderak (1974-1978) dan Speaker DUN Pahang (1974-1978) adalah abang kepada Dato' Rahimah Mohamed Kawi, ADUN Kuala Tahan (1995-1999).
Dato' Seri Khairudin (1928-2013) dan Dato' Rahimah (1937-2024)
SENARIO NEPOTISME DI PERAK
KELUARGA GHAZALI JAWI. Tan Sri Mohamed Ghazali bin Hj Jawi, Ahli Parlimen Sg Perak Ulu (1955-1959), ADUN Larut Selatan/Matang (1956-), Menteri Besar Perak (1957-1960), Senator (1963-1964) Duta ke Mesir (1960-1964) Ahli Parlimen Ulu Perak (1964-1969) Menteri Kabinet (1964-1974), ADUN Kenering (1974-1977) Menteri Besar Perak (1974-1977). Mohd Ghazali adalah bapa kepada Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali, ADUN Kenering (1977-1978), Ahli Parlimen Gerik (1978-1999), Timbalan Menteri (1986-1999) ADUN Kenering (1999-2004), ADUN Pengkalan Hulu (2004-2013) dan MB Perak ke 9 (1999-2008). Seorang lagi anak Ghazali Prof Tan Sri Ir Dr Mohd Zulkifli bin Ghazali adalah Naib Canselor UTM ke 4 (2001-2008) dan kini salah seorang Pro-Canselor UTM.

Tan Sri Mohd Ghazali (1924-1982), Tan Sri Mohd Tajol Rosli (1946) dan Prof Tan Sri Mohd Zulkifli
KELUARGA YUSOF RAWA. Dato' Yusof bin Abdullah (Yusof Rawa) adalah Ahli Parlimen Kota Setar Selatan (1969-74), Timbalan Menteri (1973-1974), Ahli Parlimen Ulu Muda (1974-1978), Duta (1974-78) dan Presiden PAS (1982-1989). Anak Yusof Rawa, Datuk Seri Dr Mohd Mujahid bin Yusof adalah Ahli Parlimen Parit Buntar (2008-2022), mewakili PAS (2008-2015) dan PAN (201.5-2022) dan Senator (2023-kini)- dan Timbalan Presiden PAN (2023-kini)

Dato' Yusof Rawa (1922-2000) dan Dato' Dr Mujahid Rawa (1964) KELUARGA LIM. Tun Dr Lim Kheng Yaik adalah Senator (1972-1978), Menteri (1972-1973), ADUN Jalong (1978-1986), Ahli Parlimen Bruas (1986-2008), Menteri Kabinet (1986-2008) serta Preseden Gerakan (1980-2007). Anak beliau Lim Si Pin adalah Ketua Pemuda Gerakan- masih kurang menyerlah kerana kerjaya politiknya terbantut akibat kejatuhan BN dalam tahun 2018. Pernah menyertai PRU 13 di kawasan Parlimen Batu (WPKL) dan tewas.
Kheng Yaik (1939-2012) dan Si Pin (x)
KELUARGA ONG. Tan Sri Ong Ka Chuan adalah ADUN Chenderiang (1986-2004), Ahli Parlimen Tg Malim (2008-2018) dan Menteri Kabinet (2008-2009) (2015-2018) adalah abang kepada Tan Sri Ong Ka Ting, Ahli Parlimen Pontian (1990-2004), Tg Piai (2004-2008), Kulai (2008-2013), Menteri Kabinet (1999-2008) serta Presiden MCA (2004-2008).
Dato' Ka Chuan (1954) dan Tan Sri Ka Ting (1956)
Dato' Hajah Mastura bin Mohd Yazid adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2016-2022) dan Timbalan Menteri (2021-2022) menggantikan tempat suaminya Dato' Wan Khairil Anuar bin Wan Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2008-2016). Dato' Khairil Anuar terbunuh dalam kemalangan helikopter di Betong Sarawak pada 5 Mei 2016.
Dato' Mastura (1962) dan Dato' Wan Khairul Annuar (1960-2016)
SENARIO NEPOTISME DI PERLIS
KELUARGA SHEIKH AHMAD. Tan Sri Radzi bin Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangan (1982-1990) dan (2004-2013)), Timbalan Menteri (1983-1990) dan Menteri (2006-2008) dan Senator (2020-2022) adalah anak kepada Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, AMPN Paya (1954-1959), ADUN Bintong (1959-1974) dan Menteri Besar Perlis (1959-1972). Radzi mewakili UMNO (1982-1988), S46 (1990-1996), UMNO (1996-2018) dan menyertai BERSATU pada 2018.
No comments:
Post a Comment