Thursday, April 12, 2018

MTA 184 : PERDANA MENTERI MALAYSIA (BAHAGIAN 2)





PERDANA MENTERI MALAYSIA
BAHAGIAN KEDUA

Ketika Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1 Februari 1948, Ketua Eksekutif dalam pentadbiran adalah Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu yang mewakili King/Queen of England.

Selepas Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu (pra-merdeka) dilangsungkan pada 27 Julai 1955, Kerajaan Berparlimen Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, Ketua Eksekutif Kerajaan dipanggil Ketua Menteri sehinggalah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia (sebelum ini bernama Persekutuan Tanah Melayu) telah mempunyai 10 orang Perdana Menteri. Penulisan mengenai riwayat hidup Perdana Menteri Pertama hingga Kelima boleh dibaca di bawah tajuk:

MTA 004
PERDANA MENTERI MALAYSIA
BAHAGIAN PERTAMA
 
Berikut adalah penulisan mengenai Perdana Malaysia ke 7 hingga ke 10

PERDANA MENTERI KEENAM
(3 APR 2009 - 9 MEI 2018)

DATO' SRI HAJI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
DKII(Pahang) DK(Brunei) SPMK DMK SSSJ SPSA SSAP SPDK DUNM DA 
PNBS DUNM
(dilahirkan pada 23 Julai 1953) 


Tarikh Kelahiran : Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang.

Pendidikan Awal : Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di St John Institution, KL dan kemudian belajar di Malvern Boys college di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang 'Industrial Economy daripada University of Nottingham, England pada tahun 1974.

Pendidikan Tinggi 
Sarjana Muda Ekonomi Industri dari University of Nottingham,United Kingdom.

Kerjaya Awal : vvvv.

Kerjaya Politik/Jawatan Dalam Parti

(1)   Ahli UMNO (1976);
(2)   Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan/EXCO Pemuda UMNO Malaysisa (1976 - 1981))
(3)   Ahli MKT UMNO (1981 - 1993); 
(4)   Naib Ketua Pemuda UMNO (1982 - 1987); 
(5)   Ketua Pemuda UMNO (1987 - 1996); 
(6)   Naib Presiden UMNO (1993 - 2004); 
(7)   Timbalan Presiden UMNO (2004 - 2009); dan 
(8)   Presiden UMNO (2009 - 2018).

Keahlian Dewan Perundangan :

Ahli Parlimen: Pekan (1976 - 1978), (1978 - 1982), (1986 - 1990), (1990 - 1995), (1995 - 1999), (1999 - 2004), (2004 - 2008), (2008 - 2013); (2013 - 2018) dan (2018 - 2022).
Ahli Dewan Negeri : Bandar Pekan, Pahang (1982 - 1986)

Jawatan Kerajaan yang pernah disandangnya sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam politik Malaysia adalah:

(1)  Pengerusi Majuternak (1977 - 1978)
(2)  Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (1978 - 1980).
(3)  Timbalan Menteri Pelajaran (1980 - 1981)
(4)  Timbalan Menteri Kewangan (1981 - 1982).
(5)  Menteri Besar Pahang (1982 - 1986)
(6)  Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan (1986 - 1987).
(7)  Menteri Belia dan Sukan (1987 - 1990).
(8)  Menteri Pertahanan (1990 - 1995).
(9)  Menteri Pendidikan (1995 - 1999).
(10) Menteri Pertahanan (1999 - 2008).
(11) Timbalan Perdana Menteri (2004 - 2009).
(12) Menteri Kewangan I (2008 - 2018).
(13) Perdana Menteri ke 6 (2009 - 2018).

Kehidupan peribadi. Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah binti Tengku Iskandar dan mendapat tiga anak: Mohd Nizar (1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Perkahwinan Najib dengan Tengku Puteri Zainah berakhir dengan perpisahan pada tahun 1987.

Tengku Puteri Zainah Iskandar

  
Dato' Mohd Nizar; Puteri Norlisa; dan 
Dato' Mohd Nazifuddin

Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Tengku Puteri Zainah dan berkahwin dengan Datin Seri Dato' Sri Rosmah binti Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib.

Dato' Sri Rosmah Mansor

  
Mohd Norashman dan Nooryana Najwa

Peristiwa dan Legasi

(1)   Sebaik sahaja mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, Najib telah melancarkan kempen Gagasan 1 Malaysia, sebuah gagasan yang menepati definisi setiap rakyat Malaysia tanpa membezakan warna kulit, keturunan, agama dan latar belakang dengan slogan 'Rakyat Diutamakan, Pencapaian Diutamakan'. Pelbagai bentuk inisiatif dilaksanakan di bawah gagasan ini seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia, Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan lain-lain.

NotaTerdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Gagasan One Israel. Ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. 

(2)   Najib memperkenalkan beberapa langkah drastik tetapi populis iaitu dengan menghapuskan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir dalam tahun 2003.  Ia adalah tindakbalas kepada keluhan rakyat apabila dasar itu mendapat reaksi negatif daripada banyak pihak.

Nota : Tindakan ini mengundang kecaman Tun Dr Mahathir.

(3)   Memperkenalkan Biasiswa Nasional di dalam memenuhi keperluan tajaan pendidikan untuk pelajar cemerlang daripada semua kaum.

(4)   Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) merupakan salah satu legasi Najib yang dikenang sebagai yang terbaik untuk rakyat Malaysia ia meliputi pelbagai bentuk peringkat pelaksanaan. Antaranya adalah pengujudan Pusat Transformasi Bandar dan Luar Bandar (UTC dan RTC) yang jelas memberi banyak kemudahan kepada rakyat.

(5)   Melancarkan dan melaksanakan projek mega kemudahan rakyat seperti LRT MRT.

(6)   Memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 1.0).

(7)   Memperkenalkan Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

(8)   Sistem cukai 'Goods and Service Tax (GST) yang kemudiannya menjadi senjata isu dan kempen pembangkang untuk menjadtuhkan Najib.

Kontroversi yang membawa kejatuhan

Sebagaimana Perdana Menteri sebelumnya (Tun Abdullah), kejatuhan Najib turut dikaitkan dengan hubungannya dengan Tun Dr Mahathir khususnya berkaitan isu 'Cash is King'. 

Walaupun Najib sudah melakukan pelbagai usaha yang terbaik selepas mengambil alih dari Tun Abdullah, tempoh tiga tahun terakhir Najib sebagai Perdana Menteri telah dipenuhi dengan pelbagai kontroversi, bukan sahaja melibatkan bagaimana Kerajaan BN mengendalikan pelbagai isu rasuah, kewangan dan perundangan tetapi juga melibatkan peribadi Najib sendiri yang akhirnya membawa tersungkurnya Kerajaan BN dari tahta pemerintahan Kerajaan Malaysia selama 61 tahun. Antara isu yang utama ialah:

(1)   Isu 1MDB.

(2)   Isu pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

(3)   Pengaruh Rosmah Mansor dan gaya hidupnya.

(4)   Isu penyalahgunaan kuasa dan kewangan FELDA dan Tabung Haji.

(5)   Isu pemecatan Muhyiddin Yassin sebagai TPM.

Apa yang menarik ialah, kejatuhan BN di tangan Pakatan Harapan (PH) yang mengandungi gabungan PKR, DAP, AMANAH dan PPBM di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir (PM ke 4).



PERDANA MENTERI KETUJUH
(9 MEI 2018 - 24 FEB 2020)

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
DK1 (Johor) DK (Kedah) DK (Perlis) DKNS DUK SMN SPMJ SPCM SSDK SSAP 
SSMT SPNS DUPN SPDK DUNM SBS SUMW DP PIS
(dilahirkan pada 10 Julai 1925)

Image result for tun dr mahathir 2018


Tarikh & Tempat Kelahiran: Tun Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Jul 1925 di Kg Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Bapanya Mohammad bin Iskandar dan ibunya
Wan Tempawan binti Wan Hanapi.

Pendidikan: Sekolah Melayu Seberang Perak (1931), Government English School (kini Sultan Abdul Hamid College) sebelum melanjutkan pelajaran King Edward VII Medical College, University of Malaya, Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953.

Kerjaya Awal: Doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (1953); Pegawai Perubatan Hospital Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Kangar (1954 - 1957). Pada tahun 1957, Dr Mahathir berhenti dari perkhidmatan Kerajaan dan membuka Klininya sendiri (MAHA KLINIK).

Kerjaya Politik: Mahathir menyertai UMNO seawal penubuhannya pada tahun 1946. Walaupun menyandang jawatan Pengerusi UMNO Kedah (1946 - 1959) beliau menolak pencalonan untuk bertanding Parlimen Kota Setar dalam PRU pertama 1959.

Dalam PRU ke 2 1964, Dr Mahathir buat kali pertama bertanding danmemenangi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan, namun dalam PRU berikutnya PRU ke 3 (1969) beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen tersebut. Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, beliau dipecat dari UMNO kerana mengkritik cara kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman secara terbuka.

Setelah berada di luar UMNO selama 3 tahun, beliau dibawa masuk semula oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak pada tahun 1972. Bermula dari sini, kerja politik Mahathir terus melonjak pantas hingga ke puncaknya.

(1)   P
ada tahun 1973 Dr Mahathir dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator)  dan dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Industri Makanan Malaysia (FIMA). Beliau meletak jawatan Senator untuk bertanding dalam PRU ke 4 tahun 1974 dan memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu seterusnya dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Beliau juga memenangi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO (bersama En Ghaffar Baba dan Tengku Razaleigh Hamzah).

(2)   Setelah kematian Tun Abdul Razak pada 14 Jan 1976, Dato' Seri Hussein Onn dilantik menjadi Perdana Menteri ke 3, Dr Mahathir dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan potfolio Menteri Pelajaran. Beliau kemudiannya dilantik memangku tugas Timbalan Presiden UMNO. Selanjutnya dalam Pemilihan UMNO tahun 1978, beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam (1978 - 1981); 

(3)   Dalam PRU ke 5 (1978) beliau mengekalkan kerusi Parlimen Kubang Pasu, mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

(4)   Pada 18 Julai 1981, Dr Mahathir telah dilantik memangku jawatan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Perdana Menteri ke 4 lanjutan dari perletakan jawatan Tun Hussein Onn sebagai dan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Beliau turut menyandang potfolio Menteri Pertahanan (sehingga 1986). Beliau mengekalkan  jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO ini sehingga mengundurkan diri pada 30 Okt 2003.

(5)   Mahathir mengekalkan kerusi Parlimen Kubang Pasu dalam PRU ke 6 (1982) dan PRU ke 7 (1986) dan menyandang potfolio Menteri Dalam Negeri mulai 1986 (sehingga 1999). Pada 27 Feb 1986, (Dato' Musa Hitam) meletak jawatan Timbalan PM dan digantikan oleh Encik Abdul Ghaffar Baba pada 10 Mei 1986.

(6)   Dalam PRU ke 8 (1990), beliau terus m
engekalkan kerusi Kubang Pasu. Dalam tahun 1993, Timbalan PM (Ghaffar) tidak dilantik semula kerana meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 15 Okt 1993 dan digantikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Dis 1993.

(7)   Mahathir terus mengekalkan kerusi Kubang Pasu dalam PRU ke 9 (1995). Pada 2 Sep 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan PM dan Timbalan Presiden UMNO kerana masalah moral dan Datuk Seri Abdullah Ahmad dilantik sebagai Timbalan PM pada 19 Jan 1999. Mahathir mengambil alih potfolio sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, iaitu Sep 1998 hingga 19 Jan 1999 dan dari 1 Jun 2002 hingga 30 Okt 2003.

(8)   Mengekalkan kerusi Parlimen Kubang Pasu dalam PRU ke 10 (1999). Beliau mengumumkan perletakkan jawatan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam Kerajaan dan parti pada 22 Jun 2002 semasa berucap dalam Perhimpunan Agong UMNO namun menarik balik apabila dihalang oleh seluruh perwakilan. Lanjutan itu, satu pelan peralihan kuasa telah dibuat untuk memberi alluan kepada Timbalannya.
Pada 30 Okt 2003, Dr Mahathir secara rasmi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri danPresiden UMNO dan digantikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Setelah bersara dari jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak lagi bertanding dalam PRU ke 11 hingga 13 tetapi terus menjadi pemerhati politik yang aktif dan agresif. Beliau memainkan peranan penting dalam mendesak Tun Abdullah Badawi sehingga meletakkan jawatan pada 2 Sep 2009 dan mempastikan Dato' Sri Najib menggantikannya. Beliau juga mengetuai gabungan parti pembangkang menjatuhkan Kerajaan BN dalam PRU ke 14 tahun 2018.

Tun Dr Mahathir menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 2 Sep 2016 dan dilantik sebagai Pengerusi parti dan didaftarkan pada 14 Jan 2017. BERSATU menyertai gabungan Pakatan Harapan untuk bertanding dalam PRU ke 14 tahun 2018. Tun Dr Mahathir dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan. 

(1)   Dalam PRU-14 tersebut Tun Dr Mahathir memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 pada 10 Mei 2028. Ketika itu usia Tun adalah 93 tahun.

(2) Pada 24 Feb 2020, Tun Dr Mahathir meletak jawatan dan membubarkan kabinet serta merta kerana gagal mendapat dukungan sepenuhnya dari parti-parti komponen Pakatan Harapan. SPB YDP Agong XVI telah melantik beliau sebagai PM Interim sehingga PM baru dilantik. Tun M juga meletak jawatan sebagai Pengerusi PPBM (BERSATU).

(3)  Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8.

(4)  Pada 7 Ogos 2020, Tun Dr Mahathir mengasaskan penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). Beliau menyertai PRU ke 15 (2020) di kawasan Parlimen Langkawi tetapi kalah teruk ditangan calon Perikatan Nasional (BERSATU).

Kehidupan peribadi: Dr Mahathir melangsungkan perkahwinan dengan Dr Siti Hasmah pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu 3 lelaki dan 1 perempuan. Anak-anak beliau ialah Marina (Datin Paduka), Mirzan (Dato'), Mokhzani (Tan Sri) dan Mukhriz (Dato' Seri). Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah juga mempunyai tiga orang anak angkat yang dibela sejak kecil, iaitu Melinda, Maizura dan Mazhar.

Tun Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali

   
Datin Paduka Marina, Dato' Mirzan dan Tan Sri Mokhzani
 Dato' Seri Mukhriz

  
Melinda, Mazhar dan Maizura

Tempoh Pentadbiran Yang Bercelaru

PRU ke 14 merupakan sempadan antara dua zaman politik yang berbeza. Terlalu jelas bezanya. Politik yang seharusnya semakin matang, kelihatannya semakin bercelaru (chaos). Gabungan politik baru (dan luar jangkaan) yang bersungguh mahu menjatuhkan BN yang telah memerintah selama 61 tahun hanya mampu menawarkan pilihan tetapi tidak mampu melaksanakan yang lebih baik.

Pakatan Harapan (khas untuk PRU-14) hanyalah pakatan di kalangan musuh yang masih bermusuh. Mereka bersama bersepakat hanya kerana nama Najib. Tempoh pentadbirannya selama dua tahun itu dihabiskan untuk memadamkan legasi Najib. Hasilnya, walaupun dipimpin oleh Negarawan Besar yang berpengalaman mentadbir dan dipuja selama 22 tahun, gagal mengemudi tongkakng bocor itu.

Tempoh 100 Hari Pertama Kepimpinan Mahathir hanya bagaimaikan Minggu Orientasi sahaja. Bayangkan untuk membentuk Jemaah Menteri pun mengambil masa hampir 2 bulan. Kabinet yang lengkap hanya dibentuk pada 2 Julai 2018. Begitu sukar sekali apabila seorang PM yang tidak mengenali Ahli Parlimen di bawahnya.

(1)   Pada 10 Mei 2018, Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7.

(2)   Pada 12 Mei 2018, PM menubuhkan :Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons @ CEP (Tun Daim, Tan Sri Zeti Akhtar, Tan Sri Hassan Merican, Tan Sri Robert Kuok dan Prof Dr Jomo K. Sundram). Dr M menamakan 3 Menteri Kanan pertama dalam kabinetnya (Muhyiddin- Dalam Negeri;  Lim Guan Eng- Kewangan; dan  Mohamad Sabu- Pertahanan). Perintah larangan keluar negara untuk Najib dan Rosmah.

(3)   Pada 13 Mei 2018, Mahathir mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memulangkan cukai yang dikutip 'secara haram' dalam sistem cukai GST.

(4)   Pada 14 Mei 2018, Peguam Negara Mohamed Apandi Ali (diarah) meneruskan cuti tanpa rekod, tugas yang diambil alih oleh Peguamcara Negara. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri  Dzulkifli Ahmad (diarah)meletakkan jawatan. Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Tan Sri  Irwan Serigar Abdullah telah dipendekkan dan dipindahkan ke JPA. 

(5)   Pada 15 Mei 2018, Jabatan Audit mengumumkan laporan 1MDB. CEP(MPK) 
menubuhkan sebuah jawatankuasa mengenai pembaharuan institusi.

(6)   Pada 16 Mei 2018, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Pengampunan DiRaja dan dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh.

(7)   Kerajaan mengumumkan GST akan berkadar sifar berkuat kuasa pada 1 Jun 2018. Memecat 17,000 pelantik politik dari perkhidmatan awam. Pendaftar Pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran Pakatan Harapan. Kementerian/ Jabatan Kerajaan diarahkan untuk menghentikan penggunaan slogan 1Malaysia, Program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) - idea Najib.

(8)   Pada 17 Mei 2018, Mahathir mengambil potfolio Menteri Pendidikan dan Dr  Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Kebajikan dan Wanita. Pada 18 Mei 2018, Mahathir membatalkan lantikan dirinya sebagai Menteri Pendidikan. Dato' Seri Shukri Abdul dilantik menjadi Pesuruhjaya SPRM yang baru.

(9)   Pada 21 Mei 2018, Pasukan Petugas Khas ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB serta mendakwa orang yang melakukan kesalahan dan mendapatkan aset yang berkaitan (diketuai bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed). Datuk Seri Dr Wan Azizah dilantik menjadi TPM. 

(10)  Pada 22 Mei 2018, 
SPRM dimulakan siasatan ke atas Najib.

(11)  Pada 28 Mei 2018, Mahathir telah memuktamadkan pembatalan  untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta. 

(12)  Pada 30 Mei 2018, Mahathir mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia dan p
ada 1 Jun 2018, Kerajaan memansuhkan GST.

(13)  Pada 12 Jul 2018, Jemaah Menteri penuh disempurnakan.

Pada 24 Februari 2020, Mahathir mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong. Tambahan lagi, Mahathir juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), yang turut mengumumkan bahawa parti tersebut keluar dari gabungan Pakatan Harapan sebagai sokongan kepada pemimpin mereka. Yang di-Pertuan Agong telah menerima peletakan jawatan Mahathir, tetapi baginda melantik beliau semula untuk memegang jawatan dalam interim sehingga perdana menteri baharu dilantik.





PERDANA MENTERI KELAPAN
(1 MAC 2020 - 16 OGOS 2021)

TAN SRI HAJI MUHYIDDIN @ MAHIADIN BIN MOHD YASIN
PSM SPMJ SHMS SPSA SPMP SUNS SPDK DUNM DP PNBS SMJ PIS BSI
(dilahirkan pada 15 MEI 1947)


Tarikh/Tempat Kelahiran : Muhyiddin dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor mempunyai 47 orang adik beradik dari 4 orang ibu. Ayahnya, Tuan Haji Md Yassin bin Muhammad merupakan seorang ulamak terkenal di Johor, manakala ibunya adalah Puan Khadijah binti Kassim.

Pendidikan Awal : Muhyiddin mendapat pendidikan awal di Sek Keb Maharani dan Sek Keb Ismail (aliran Inggeris) Sekolah Tinggi Muar (Muar High School) di Muar . 

Pendidikan Tinggi : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya (1967 - 1970).

Kerjaya Awal : Setelah menamatkan pengajian di UM, Muhyiddin menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Johor (JCS) sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Latihan dan Biasiswa) dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Daerah Muar sehingga tahun 1974. Beliau kemudiannya menyertai sektor swasta melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Johor (PKENJ) dan anak-anak syarikatnya seperti SGS Ates Sdn Bhd, Sri Saujana Berhad, Sergam Berhad dan Equity Mal (Johor) Sdn Bhd. Pada tahun 1978, beliau berhenti dari perkhidmatan awam untuk menyertai politik sepenuh masa dan bertanding kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU ke 5.

Kerjaya Politik : Muhyiddin menyertai UMNO sebagai Ahli Biasa pada tahun 1971 dan memulakan kerjaya politik di peringkat akar umbi.

(1)   Muhyiddin diberi kepercayaan menjadi Ketua Pemuda UMNO di Bahagian Pagoh dan Setiausaha UMNO Bahagian  dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor antara tahun 1976 hingga 1987.

(2)   Beliau memenangi kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU ke 5 (1978) dan dilantik menjadi  Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri.

(3)   Mempertahankan kerusi Pagoh dalam PRU ke 6 (1982) dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan (1982 - 1984) sebelum bertukar ke jawatan Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian (1984 - 1986). Seterusnya menduduki EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Pagoh mulai 1984.

(4)   Dalam PRU ke 7 (1986) berpindah ke Negeri dan memenangi kerusi DUN Bukit Serampang dan dilantik menjadi Menteri Besar Johor ketika berusia 41 tahun. Beliau menggantikan Dato' Abdul Ajib bin Ahmad. Beliau kemudian dilantik menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (1986 - 1993).Muhyiddin mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU ke 8 (1990) dan menjadi MB Johor untuk penggal kedua. 

(5)   Dalam PRU ke 9 (1995) kembali ke kerusi Parlimen Pagoh dan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. Beliau berjaya memenangi satu dari 3  jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 1993 - 1996 tetapi tewas dalam pemilihan penggal 1996/1999.

(6)   Beliau mempertahankan kerusi Pagoh dalam PRU ke 10 (1999) dan dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau  kembali menduduki jawatan Naib Presiden UMNO mulai 1999 hingga 2009.

(7)   Muhyiddin mempertahankan kerusi Pagoh dalam PRU ke 11 (2004) dan dilantik menjadi Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan terus  mengekalkan kerusi itu dalam PRU ke 12 (2008) dan dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Antarabangsa dan Industri. Beliau telah memenangi pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 2009 dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran (di bawah PM Dato' Sri Najib Razak.

(8)  Dalam PRU ke 13 (2013) ,beliau terus mempertahankan kerusi Pagoh dan kekal sebagai TPM dan Menteri Pelajaran. 

(9)  Pada 28 Jul 2015 digugurkan dari jawatan Kabinet kerana tidak sehaluan dengan Perdana Menteri dalam menangani isu 1MDB.

Setelah digugurkan dari kabinet dan kemudiannya dipecat keahlian dari UMNO pada 24 Jun 2016, Muhyiddin menyertai Parti BERSATU yang ditubuhkan oleh Mahathit beliau dan dilantik menjadi Presidennya mulai 14 Jan 2017. 

(1)    Muhyiddin memenangi kerusi Parlimen Pagoh dalam PRU ke 14 (2018) menggunakan tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam gabungan Pakatan Harapan (ketika itu pendaftaran PH masih belum diluluskan) dan dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri. Beliau juga berjaya memenangi kerusi DUN Gambir di Johor (andainya PH gagal di peringkat pusat dan menang di peringkat Negeri, Muhyiddin akan diangkat sebagai Menteri Besar Johor). 

(2)   Pada 24 Feb 2020, BERSATU mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan. dan Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM.

(3)   Pada 1 Mac 2020 Tan Sri Muhyiddin mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 8. Ahli Parlimen PAS dan UMNO serta GPS/GRS serta parti-parti kecil lain termasuk Bebas menyokong Muhyiddin.

(4)   Pada 7 Jul 2021, Muhyiddin telah melantik Dato' Sri Ismail Sabri sebagai Timbalan PM. 

(5)   Parti BERSATU, PAS dan Gerakan membentuk gabungan parti yang dinamakan PERIKATAN NASIONAL (PN) di mana Muhyiddin dilantik menjadi Pengerusinya.

Kehidupan Peribadi : Perkahwinan Tn Sri Muhyiddin dengan Puan Sri Dato' Seri Hajah Norainee bin Abdul Rahman pada 22 Sep 1972 dan dikurniakan dengan 4 orang anak, iaitu Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabilah, Najwa dan Farhan Yassin.

Puan Sri Dato' Seri Hajah Norainee bin Abdul Rahman

   
Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabilah dan Najwa 

Farhan Yassin

Tahap Kesihatan

Pada 12 Julai 2018, Muhyiddin Yassin telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan peringkat awal di pankreas di sebuah hospital di Singapura dan telah mendapat cuti rehat selama sebulan untuk menjalani rawatan susulan.

Pandemik COVID-19: Ujian Getir Buat Muhyiddin

Tarikh hari pertama Muhyiddin mengambil alih tampuk pentadbiran negara, wabak COVID-19 telah mula dikesan membolosi sempadan negara. Namun belum ada tindakan serius dilaksanakan. Pelancong masih bebas memasuki negara tanpa saringan. Namun apabila kes jangkitan ini telah mula meningkat secara mendadak dan merebak ke seluruh negara, Muhyiddin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020 untuk mencegah penyakit itu daripada menjangkiti lebih ramai rakyat Malaysia. 

PKP bermula di seluruh negara dari 18 Mac 2020 dan dilanjutkan secara bersyarat hingga 9 Jun 2020. Wabak dan PKP telah melumpuhkan ekonomi negara (malah seluruh dunia). Sehingga 31 Dis 2020 lebih 5 juta rakyat Malaysia dijangkiti wabak tersebut dan memakan korban seramai lebih 37,000 jiwa.

Pelaksanaan PKP bukan sahaja sistem dan aktiviti ekonomi, malah aktiviti pendidikan, pengangkutan, kesihatan, sosio budaya, keagamaan dan sukan turut terjejas teruk. 

Sebagai tindak balas terhadap kesan ekonomi COVID-19, dia memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM 250 bilion pada 27 Mac untuk melembutkan tekanan ekonomi semasa PKP.

Pelbagai peringkat PKP dilaksanakan seperti berikut:

(1)   PKP Fasa 1 (18 Mac - 31 Mac 2020) kemudian dilanjutkan sebanyak 4 kali mengikut fasa. Fasa 2 (1 Apr - 14 Apr 2020); Fasa 3 (15 Apr - 28 Apr 2020); dan Fasa 4 (1 hingga 21 Mei 2020) dengan beberapa kelonggaran.

(2)   Pada 1 Mei 2020, sempena Hari Pekerja, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Sektor ekonomi tertentu dibenarkan beroperasi secara beransur-ansur selagi SOP dipatuhi. 

(3)   Pada 9 Jun 2020, PKP dan negara beralih kepada fasa PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31 Ogos 2020. PKPP kemudian dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020. Hanya kawasan-kawasan sensitif tertentu yang masih dikuatkuasakan PKPB.

(4)   Pada 7 Nov 2020, gelombang ke 3 COVID19 melanda dan Kerajaan menguatkuasakan PKPB ke seluruh negara kecuali Kelantan, Perlis dan Pahang. Selepas itu wabak beransur pulih secara berperingkat hingga ditamatkan pada 14 Jan 2020.

(5) Awal tahun 2021, kes COVID kembali meningkat dan Kerajaan telah melanjutkan PKPB hingga 31 Mac 2021 dengan kelonggaran mengikut tempat.

(6) Pada 1 Mei 2021, PKP dilaksanakan semula di Johor, KL, PP, Sarawak dan Selangor dan dikuatkuasakan ke seluruh negara dari 12 Mei hingga 7 Jun 2021, kemudian dilanjutkan sehingga 29 Jun 2021. Setelah lebih setahun berperang dengan wabak ini, sistem bantuan kesihatan negara hampir lumpuh kerana kekangan kakitanga Kementerian Kesihatan di seluruh negara yang bertugas boleh dikatakan 24 jam sepanjang tempoh tersebut.

(7) Pada 15 Jun 2021, Perdana Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk membantu negara keluar dari wabak dan membangun semula ekonomi yang telah lumpuh.

Walaupun Muhyiddin mencuba kaedah perisytiharan darurat (25 Okt 2020) untuk menangani isu wabak dan kemelut politik negara sekali gus, beliau tidak mendapat sokongan pihak yang lain. Darurat hanya dibuat khusus untuk menghalang dua Pilihanraya Kecil sahaja. Cubaan kali keduanya pada 12 Jan 2021 untuk mengisytiharkan darurat ke seluruh negara sehingga 1 Ogos 2021 dan telah diperkenan oleh YDP Agong namun ia tidak dilaksanakan, mungkin sudah terlalu lewat, iaitu ketika wabak sudah sampai ke penghujungnya. Pembatakan perisytiharan darurat hanya dimaklumkan di Parlimen pada 26 Jul 2021.

Begitulah cabaran Muhyiddin sepanjang menjawat tugas Perdana Menteri Malaysia ke 8. Walaupun secara sinis digelar 'Bapa PKP',  Muhyiddin mempunyai kekuatan sendiri mengendalikan negara yang menghadapi situasi bencana luar dugaan yang tidak pernah dilalui oleh mana-mana pemimpin negara sebelumnya. Pada masa yang sama, hari demi hari beliau menerima tekanan politik dari parti pembangkang yang mahukan aktiviti politik dipulihkan segera.

Pada 16 Ogos 2021 hilang sokongan Dewan Rakyat kerana UMNO secara enbloc telah menarik sokongan kepada Muhyiddin dan Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan pada 21 Ogos 2021, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dari UMNO telah dilantik menjadi PM ke 9.

Tempoh pentadbiran singkat Muhyiddin selama 1 tahun 7 bulan dihabiskan untuk menangani wabak COVID-19 dan mempastikan dengan kemampuan yang dimiliki, rakyat Malaysia tidak akan kebuluran akibat putusnya hubungan pengangkutan antarabangsa

Selepas meletak jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin masih mengekalkan  kedudukan sebagai Ahli Parlimen Pagoh serta Presiden BERSATU serta Pengerusi PN. Namun jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen diserahkan kepada Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Pada 10 Okt 2022, PM Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen dan PRU ke 15 diadakan pada 19 Nov 2022. Muhyiddin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh atas tiket PN (BERSATU). PN memenangi 74 kerusi namun Muhyiddin gagal mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk Kerajaan. Sebaliknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mendapat sokongan majoriti  (termasuk dari musuh ketatnya BN) untuk membentuk Kerajaan.

Pada 1 Jan 2026, Muhyiddin meletak jawatan Pengerusi PN dan digantikan oleh Dato' Seri Dr Shamsuri Mokhtar dari PAS.

Bermula 2026, mula berlaku perselisihan dan perpecahan dalam PN yang membabitkan secara langsung Parti BERSATU pimpinan Muhyiddin. Populariti MUhyiddin semakin menggelongsor apabila gagal memanangi sebarang kerusi dalam PRN-16 Johor (Jun 2026) dan PRN-16 Negeri Sembilan (Ogos 2026). Lebih serius lagi, dalam PRN Negeri Sembilan, ketika mana PN berkerjasama dengan BN, BERSATU bertanding menggunakan simbol sendiri dan bertanding melawan calon-calon BN dan PN.




PERDANA MENTERI KESEMBILAN
(21 OGOS 2021 - 10 OKT 2022)

DATO' SRI HAJI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
SSAP DP DUNM SPDK DGSM DIMP DMSM ADK
(dilahirkan pada 18 JAN 1960)


Tarikh/Tempat Kelahiran : Dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 18 Jan 1960. Bapanya ialah Yaakob bin Abdul Rahman dan ibunya bernama Wan Jah binti Wan Mamat yang berasal dari Terengganu.

Pendidikan Awal : Ismail Sabri memulakan persekolahan di Sek Keb Bangau, Kg Bangau Tanjung, Temerloh diikuti oleh Sek Men Keb Air Putih di Kuantan pada tahun 1973 sehingga Tingkatan 3 sebelum melanjutkan pelajaran ke Sek Men Teknik Kuantan pada tahun 1976. Beliau mengikuti kelas Tingkatan 6 di Jaya Akademik (swasta) untuk mengambil peperiksaan STPM.

Pendidikan Tinggi  : Ismail Sabri melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1980 dan lulus Sarjana Muda Undang-undang (LLB) pada tahun 1984. Beliau memulakan pengajian untuk ijazah Doktor Falsafah di Universiti Utara Malaysia (UUM) mulai Feb 2024.

Kerjaya Awal : Ismail Sabri memulakan kerjaya sebagai seorang peguam mulai  tahun 1985. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Temerloh dan Majlis Perbandaran Temerloh antara tahun 1987 - 1996. Pada tahun 1995, beliau dilantik menjadi Setiausaha Politik (SetPol) kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Sabaruddin Chik. Selain itu beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pahang Tenggara (DARA) pada tahun 1995 juga Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia pada tahun yang sama.

Kerjaya Politik :  Ismail Sabri menyertai UMNO pada awal tahun 1980an dan mula aktif di peringkat Bahagian Temerloh pada tahun 1987 apabila terpilih menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian dan dilantik menjadi Ketua Penwerangan Bahagian pada tahun 1988.  Kerjayanya dalam politik semakin cerah apabila dilantik menjadi SetPol kepada Dato' Sabaruddin Chik (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan) yang juga Ahli Parlimen Temerloh pada tahun 1990.

(1)    Ahli JK Bahagian Temerloh (1987) dan Ketua Penerangan Bahagian (1988) dan dilantik menjadi SetPol mulai 1990. Pada tahun 1993, dipiih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, seterusnya Timbalan Ketua Bahagian (2001) dan menjadi Ketua UMNO Bahagian Bera pada tahun 2004.

(2)   Kali pertama Ismail Sabri menyertai Pilihan Raya adalah dalam PRU ke 11 (2004) dan memenangi kerusi Bera, Pahang yang baru diwujudkan hasil pemecahan kawasan Parlimen Temerloh.

(3)   Beliau mempertahankan kerusi Bera dalam PRU ke 12 (2008)  dan dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan. Beliau mula (dipilih) menjadi Ahli Majlis Tertinggi  UMNO pada tahun 2009 sehingga 2018. Pada tahun 2009 juga beliau bertukar ke potfolio Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan. 

(4)   Dalam PRU ke 13 (2013), beliau memenangi lagi keru Parlimen Bera dan dilantik menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan pada tahun 2015 bertukar jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

(5)   Walaupun BN tewas dalam PRU ke 14 (2018), Ismail Sabri berjaya mengekalkan kerusi Bera. Dalam tahun 2018, beliau terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO. Oleh kerana Pemangku Presiden UMNO (Zahid Hamidi) bercuti, Ismail Sabri dilantik Pemangku Timbalan Presiden UMNO mulai 18 Dis 2018 dan dilantik menjadi Ketua Pembangkang sehingga Kerajaan PH jatuh pada tahun 2020.

(6)   Pada 1 Mac 2020, Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi PM, Ismail Sabri dilantik menjadi Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan. Pada 7 Jul 2021, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri dan mengekalkan potfolio Menteri Pertahanan.

(7)   Pada 21 Ogos 2021, Dato' Sri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri ke 9 setelah Tan Sri Muhyiddin gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.

(8)   Pada 10 Okt 2022, Ismail Sabri telah mendapat perkenan SPB YDP Agong XVI untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU ke 15 diadakan.

Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri Malaysia  yang pertama dilahirkan selepas negara mencapai kemerdekaan. Perkhidmatan Dato' Sri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri juga amat singkat. Malah beliau memegang rekod Perdana Menteri yang paling singkat dalam sejarah Malaysia. Walaupun penggal Parlimen masih boleh dipertahankan sehingga Jun 2023, selaku pemimpin No. 3 dalam partinya, beliau mendapat tekanan dari partinya sendiri, UMNO.  

Setelah menang cemerlang dalam PRN Johor dan Melaka, Presiden UMNO begitu yakin boleh merampas Putrajaya dari PH. Beliau begitu ghairah untuk menduduki kerusi Perdana Menteri. Terdahulu, beliau kecewa kerana  diketepikan oleh Muhyiddin dalam kabinetnya, malah Muhyiddin dan Ismail Sabri enggan membantu membebaskan dirinya dari kes mahkamah yang dihadapi. Selaku Presiden UMNO, setelah berjaya mengarahkan semua Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Muhyiddin, beliau mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.

Kehidupan Peribadi : Ismail Sabri Beliau dengan Muhaini Zainal Abidin pada 1986 dan dikurniakan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan. Anak beliau adalah Datin Nina Sabrina, Gadaffi (Dafi)  Nashriq dan Iqbal.

Datin Sri Muhaini binti Zainal Abidin

  
Datin Sri Nina Sabrina dan Gadaffi

  
Nashriq dan Iqbal

Sumbangan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Tempoh pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri amat singkat iaitu 1 tahun 1 bulan 19 hari sahaja. Beliau menerajui negara dalam keadaan politik yang tidak stabil.  Partinya UMNO tidak mempunyai majoriti dalam Parlimen, beliau sendiri bukan pemimpin No 1 partinya dan beliau berhadapan dengan barisan pembangkang yang agresif yang diketuai oleh tubuh yang berjuang dan berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.  Pada masa yang sama, negara masih belum pulih sepenuhnya dari serangan wabak COVID-19 dan kesan  ekonominya. Oleh yang demikian beliau tidak mampu untuk membuat banyak perubahan. Kuasanya sebagai Perdana Menteri dibayangi oleh bossnya di dalam parti.

Fokus utama Ismail Sabri adalah memulihkan ekonomi negara yang hampir lumpuh.



PERDANA MENTERI KE 10 (PMX)
(22 NOV 2022 - kini)

DATUK SERI ANWAR BIN IBRAHIM
SPMK SSSK SSPJ SPCM SSAP SPNS DUPN SPDK DGSM DMPN DK(Brunei)
(dilahirkan pada 10 OGOS 1947)


Tarikh/Tempat Kelahiran : Anwar Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Kg Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Bapanya bernama Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman, seorang pemimpin UMNO dan pernah menjadi Ahli Parlimen Seberang Tengah dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (1965-1969) dan ibunya Che Yan binti Abdul Hamid Hussin juga seorang tokoh Pergerakan Wanita UMNO. 

Pendidikan Awal : Anwar Ibrahim bersekolah rendah mulai tahun 1954 di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau Pinang kemudian meneruskan persekolahannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan menjadi wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. 

Pendidikan TinggiAnwar memulakan pengajiannya di Universiti Malaya dalam tahun 1967 dan menerima ijazah Sarjana Muda Sastera (B.A) dalam bidang Pengajian Melayu dalam tahun 1971; dan kemudiannya Sarjana Sastera (MA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam tahun 1975.

Kerjaya Awal :  Semasa di universiti, beliau amat aktif dalam persatuan mahasiswa, antaranya sebagai Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Pada tahun 1971, beliau menyertai jawatankuasa Pro-Term penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan beliau merupakan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) kedua. Beliau pernah menjadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1973. Dari tahun 1975 hingga 1982 beliau merupakan wakil bagi Perhimpunan Dunia Belia Islam Asia Pasifik. 

Pada tahun 1974, Anwar telah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, selama 20 bulan di Kem Tahanan Kamunting, Taiping kerana kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung isu kemiskinan di Baling, Kedah.

Sebelum aktif dalam politik, perjuangan Anwar dalam pertubuhan belia Islam lebih mirip ke aras perjuangan PAS. Malah PAS sedia menawarkan kedudukan istimewa kepada Anwar sekiranya beliau menyertai PAS. Malah, dalam kempen PRU ke 5 (1978), Anwar berada di atas pentas PAS menyokong parti itu.

Namun apa yang berlaku kemudiannya adalah berbeza.

Kerjaya Politik : Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982 adalah atas pelawaan Perdana Menteri Dr Mahathir. Realitinya, langkah Anwar  ke dalam UMNO adalah di atas bentangan karpet merah terus dalam Parlimen.

(1)   Pada 29 Mac 1982, Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan sebulan kemudian beliau dipilih (dan menang)  untuk bertanding dalam PRU ke 6 (22 Apr 1982) bagi kawasan Permatang Pauh. Seterusnya beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri di JPM. Pada bulan Sep 1982 itu juga, Anwar memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO, mengalahkan Datuk Suhaimi Kamarudin. Ini bermakna, dalam tahun pertama menyertai UMNO, Anwar sudah menduduki secara ex-officio kerusi Naib- Presiden UMNO!

(2)   Dalam rombakan kabinet Dr Mahathir pada 2 Jun 1983, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (menggantikan Dato' Mokhtar Hashim yang meletak jawatan kerana menghadapi kes pembunuhan di Mahkamah). Pada 16 Jul 1984, Anwar dilantik pula ke potfolio menjadi Menteri Pertanian.  

(3)   Dalam PRU ke 7 (1986), Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dan dilantik sebagai Menteri Pelajaran. Dalam rombakan kabinet pada bulan Mac 1991, Anwar telah dilantik menjadi Menteri Kewangan. Pemilihan UMNO tahun 1987, Anwar telah berjaya memenangi salah satu dari 3 kerusi Naib Presiden. 

(4)   Anwar mengekalkan kerusi Permatang Pauh untuk penggal ketiga dalam PRU ke 8 (1990). Dalam tahun 1991 Dalam Pemilihan UMNO tahun 1993, Anwar memenangi kerusi  Timbalan Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

(5)   Dalam PRU ke 9 (1995) Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh buat kali terakhir menggunakan tiket BN dan dikekalkan jawatan TPM dan Menteri Kewangan. Anwar pernah memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan mulai 15 Mei 1997 semasa Dr Mahathir mengambil cuti di luar negara. (Dikatakan) dalam tempoh inilah Anwar menggunakan wang dan kuasanya membentuk komplot di kalangan pemimpin UMNO di semua negeri untuk menjatuhkan Mahathir.  Anwar pernah mendapat pengiktirafan global apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada 1 April 1998. 

(6)   Pada 2 Sep 1998, dua hari selepas sama-sama berada di atas pentas sambutan Hari Kebangsaan ke 42, Anwar telah dipecat dari jawatan TPM, Menteri Kewangan serta keahlian dalam UMNO atas sebab masalah moral selain terdapat pertentangan dengan Dr Mahathir mengenai kaedah menyelesaikan masalah kemelesetan ekonomi negara.

Kehidupan Peribadi : Pada 26 Februari 1980, Anwar berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail, seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya. Perkahwinannya dengan Datin Seri Wan Azizah dikurniakan seramai 6 cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah pernah dilantik sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan Permatang Pauh.

Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail

  
Nurul Izzah; Nurul Nuha dan Muhammad Ihsan

  
Nurul Ilham, Nurul Iman dan Nurul Hana

Politik Anwar Selepas Pemecatan 1998

Selepas dipecat dari UMNO dan Kerajaan, Anwar membentuk gerakan REFORMASI menentang Kerajaan dengan menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada 4 Apr 1999. Presiden pertamanya ialah Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.  Pada Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh Wan Azizah. Pada April 2008, PKR, PAS dan DAP membentuk sebuah pakatan baru yang dinamakan Pakatan Rakyat. PKR membuat pencapaian besar yang besar dalam pilihan raya umum 2008, memenangi 31 kerusi dan menjadi parti pembangkang terbesar di Parlimen. 

(1)   Pada tahun 1998, Anwar didakwa di Mahkamah atas 4 tuduhan rasuah dan pada bulan 4 Apr 1999 dijatuhi hukuman penjara 6 tahun. Pada 8 Ogos 2000, Mahkamah Tinggi mendapati Anwar didapati bersalah dalam kes melakukan seks luar tabi'i dan dijatuhi hukuman 9 tahun penjara.  Bagaimanapun pada 2 Sep 2004, setelah menamatkan hukuman penjara 4 tahun (kes rasuah) dan sedang menjalani tahun kedua hukuman penjara (9 tahun) kes liwat,  Mahkamah Persekutuan telah mengubah sabitan dan mengenepikan hukuman penjara dan membebaskan beliau dalam kes liwat. Bagaimanapun barisan Hakim cenderung kepada mempercayai bahawa kegiatan liwat tersebut berlaku

(2)   Dalam PRU ke 9 (1999), ADIL bekerjasama dengan PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) sebagai inisiatif gabungan untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Anwar tidak bertanding dalam PRU 1999 kerana sedang menghadapi kesnya di Mahkamah Tinggi. Dalam PRU ke 10 (2004) dan ke 11 (2008), Anwar juga tidak bertanding kerana masih terikat dengan sekatan 5 tahun selepas tamat hukuman.

(3)   Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar dilantik sebagai Felo Bersekutu Kanan di Kolej St Antony, Oxford; Felo Pelawat Kanan di Johns Hopkins University, School of Advanced International Studies, Washington DC. Profesor Pelawat di Pusat Persefahaman Muslim-Kristian Putera Alwaleed di Foreign Service School, Universit y of Georgetown, USA (2005 - 2006) dan sebagai Presiden Kehormat untuk Institute of Social  and Ethical Accountability, Chicago (2006). Anwar juga dilantik menjadi Pengerusi Foundation for the Future, Washington (2006),

(4)   Pada 14 Apr 2008, setelah tamat tempoh sekatan, Anwar kembali ke gelanggang politik. Wan Azizah telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Anwar dan memenangi PRK Permatang Pauh yang diadakan pada 28 Ogos 2008 dan d
ilantik menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Dalam PRU ini PH berjaya menawan Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Dalam PRU ke 13 (2013), Anwar berjaya mempertahankan kerusi kerusi tersebut dan kekal sebagai Ketua Pembangkang. 

(5) Pada 16 Sep 2008, Anwar menipu seluruh negara dengan membuat pengumuman telah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih Kerajaan dari Abdullah Badawi. Beliau mengetuai perarakan ke Istana Negara untuk menemui YDP Agong. Pada 24 Okt 2008, Anwar mengakui bahawa usaha membentuk majoriti baharu menghadapi pelbagai cabaran dan tidak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

(6)   Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat dan menjatuhi hukuman penjara 5 tahun. Sebelum itu pada 12 Jan 2012, Mahkamah Tinggi membebaskan beliau dari pertuduhan. Pihak pendakwa telah membuat rayuan dan pada bulan Mac 2014, Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun. Secara automatik kelayakan beliau sebagai sebagai Ahli Parlimen tergugur.

(7)   Pada bulan Mei 2018, setelah PH dapat menumbangkan BN dalam PRU ke 14 (2018), Anwar mendapat Pengampunan Diraja oleh YDP Agong XV, Tuanku Sultan Muhammad V. Pengampunan ini adalah antara janji dalam kempen PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad. Pengampunan mutlak ini membolehkan Anwar tidak terikat dengan sekatan berpolitik. Dalam PRU ini juga, PH berjaya menumbangkan BN di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pada 12 Sep 2016, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal telah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar dan dalam PRK pada 13 Okt 2018, Anwar telah memenanginya.

(8)   Dalam PRU-15 pada 19 Nov 2022, PH pimpinan Anwar yang memenangi 81 kerusi telah berjaya membentuk Kerajaan dengan sokongan Ahli Parlimen BN, GPS, GRS dan parti-parti kecil dan Bebas. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang memenangi kerusi Parlimen Tambun, Perak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10 pada 24 Nov 2022.

Sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri, belaiu telah melanggar salah satu janji yang diperjuangkan (sebagai Pembangkang) selama bertahun-tahun, iaitu melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan.

Dalam kempen PRU 14 (2018) Anwar masih di dalam penjara. Senjata utama kempen PH yang dipimpin (payung terjun) oleh Tun Dr Mahathir adalah isu 1MDB dan GST. 

Dalam kempen PRU-15 yang diketuai sendiri oleh Anwar, selain lagu tema HOI YA HOI, PH terus menonjolkan isu rasuah dan salah guna kuasa pemimpin BN. Antara senarai janji besar PH yang menjadi senjata perang semasa berkempen PRU 14 dan 15 yang masih belum ditunaikan adalah:

(1)   Penghapusan Tol Lebuhraya: Janji untuk berperingkat-peringkat memansuhkan kutipan tol di lebuh raya. Walaupun ada pengurangan masa dan kadar tertentu, pemansuhan menyeluruh gagal dilaksanakan atas alasan kekangan kewangan negara.

(2)   Pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN): PH pernah menjelaskan bahawa penangguhan bayaran balik dikenakan bagi peminjam berpendapatan bawah RM4,000 sebulan, namun dakwaan awal bahawa hutang PTPTN akan dihapuskan sepenuhnya tidak berlaku, mencetuskan perbincangan meluas. PH juga berjanji untuk wujudkan Program Pemansuhan Hutang PTPTN bersasar kepada isi rumah B40. Selepas menjadi kerajaan, langsung tiada langkah diambil.

(3)    Royalti Minyak 20% kepada Negeri Pengeluar: Janji memberikan 20% royalti minyak atau perkongsian hasil petroleum kepada negeri seperti Terengganu, Kelantan, Sarawak, dan Sabah tidak dapat ditunaikan mengikut formula asal yang dijanjikan.

(4)    Iktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC): Janji mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menghadapi halangan dasar dan tidak dilaksanakan dalam tempoh pentadbiran tersebut.

(5)    Reformasi Undang-undang / Akta: Janji memansuhkan pelbagai peruntukan akta yang dianggap zalim (seperti Akta Hasutan dan Akta Pencegahan Jenayah) tidak disempurnakan sepenuhnya sebelum kerajaan tersebut jatuh. Dalam manifesto PRU-15, PH janji akan memansuhkan peruntukan akta-akta zalim yang menyekat kebebasan bersuara termasuk Akta Hasutan 1948. Tetapi hari ini, rakyat terutama pengguna media sosial dipantau macam penjenayah dan diugut dengan 'radio car'. Paling tidak boleh diterima akal, Akta Hasutan yang mereka tolak dulu kini digunakan untuk menangkap musuh politiknya.

(6)   Mengekang Peningkatan NCD. PH janji akan fokus tangani penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk pengurangan tabiat merokok. Selepas menjadi kerajaan, PH bukan sahaja tidak ada usaha bahkan mengambil langkah terkebelakang. Rang Undang-Undang (RUU) GEG ditangguhkan. Nikotin pula dikeluarkan daripada Akta Racun. Satu keputusan yang menimbulkan kerisauan kepada komuniti kesihatan dan ibu bapa.

(7)   Peruntukan Sama Rata Ahli Parlimen. PH menjanjikan untuk bagi peruntukan sama rata kepada semua ahli parlimen tanpa kira parti. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah Ahli Parlimen pembangkang langsung tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan dan diletakkan pula pelbagai syarat. Satu kezaliman untuk rakyat.

(8)   Akta Pendanaan Politik. Anwar Ibrahim masih memberi alasan untuk kerajaan perlu masa sebelum bentang akta ini untuk melakukan libat urus dengan semua parti dalam Kerajaan Perpaduan. Alasan tersebut tidak boleh diterima kerana libat urus telah pun dibuat dengan semua parti sebelum ini. Dan akta ini sebenarnya adalah antara RUU yang paling mudah untuk dibawa ke Dewan Rakyat kerana draf dan kajian mengenainya telah sedia ada.

Demikianlah agenda reformasi yang dilupakan. Kerajaan Madani pimpinan Anwar masih dicop sebagai Kerajaan yang berperangai Pembangkang. Masih melaungkan reformasi di waktu sedang berkuasa dan melaksanakan reformasi yang diangan-angankan selama lebih 20 tahun lalu. 

Walaupun sudah memegang kuasa, menipu, menabur janji manis, memutar-belit (spin) fakta dan mencipta persepsi  terus dianggap sebagai kemahiran Kerajaan Pakatan Harapan sehingga rakyat hilang kepercayaan.

Sejak hari pertama menduduki pejabat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kerap menjadi bahan lawak di media sosial sama ada di peringkat orang tua mahu pun anak-anak muda.


https://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim
https://www.astroawani.com/berita-politik/ph-umum-10-tawaran-jika-menang-pru15-389095





PROSES KEMAS KINI : 5 SEP 2026 


No comments:

Post a Comment