TAN SRI MOHAMMAD ALI BIN HASHIM
(1947-2017)
PAKAR DAN TOKOH BESAR EKONOMI JOHOR
Tan
Sri Muhammad Ali Hashim Meninggal Dunia
October 31, 2017
SHAH
ALAM – Bekas Ketua Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim dilaporkan
meninggal dunia hari ini.
Perkara
tersebut disahkan sendiri oleh anaknya iaitu Alia Muhammad Ali.
Difahamkan,
jenazah akan disembahyangkan di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan
kemudian akan dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat
Isyak.
Bersama-samalah
kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
Pada 30 Oktober yang lalu, negara khususnya Negeri Johor Darul Taazim telah kehilangan seorang tokoh yang amat tersohor dalam bidang ekonomi. Beliau bukan sahaja pernah menerajui Johor Corporation (sebagai CEO) selama 28 tahun bahkan merupakan insan yang mengubah imej Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) yang ditubuhkan pada tahun 1960 dari badan berkanun menjadi sebuah gergasi korporat di Malaysia iaitu Johor Corporation (JCorps).
Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Almarhum Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Almarhum adalah Pengasas dan Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd, (WANCorp), iaitu
institusi Waqaf Korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai
aset WANCorp berjumlah RM502 juta.
Almarhum pernah menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor
Corporation (JCorp) (sebelum itu PKENJ) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai 2010). Dibawah
pimpinan beliau Kumpulan JCorp Berjaya dibina hingga menjadi organisasi
korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa
Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan lebih 65,000 warga kerja.
Nilai
modal pasaran saham (market capitalization) saham-saham tersenarai milik JCorp
pada akhir 2011 melebihi RM18.1 BILLION. Jualan tahunannya melebihi RM8
billion, dengan keuntungan bersih Kumpulan pada 2010 berjumlah RM962 juta.
Antara
syarikat utama milik JCorp adalah KFC Holdings Malaysia Bhd dan QSR Brands Bhd
(pemilik rangkaian lebih 900 restoran KFC, Pizza Hut dan Ayamas di Malaysia,
Singapura, Brunei, Cambodia dan Mumbai, India). Syarikat anak JCorp, KPJ
Healthcare Bhd, adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan
lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia. Satu lagi syarikat
utama JCorp ialah Kulim Malaysia Berhad yang terlibat dalam membangunkan
industri minyak kelapa sawit yang memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di
di Papua New Guinea yang juga tersenarai di pasaran saham London.
Almarhum Tan
Sri Muhammad Ali juga telah menulis tiga buku iaitu:-
- 1995 – “Membujur Lalu – Satu Pengalaman Orang Melayu Dalam Pengurusan”,
- 2003 – “Bisnes Satu Cabang Jihad – Pembudayaan Bisnes untuk Survival”,
- 2011 – “Khalifah Ganti Superman”
Almarhum adalah graduan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada
tahun 1969 dan menyertai Program Eksekutif Kanan di Universiti Stanford,
Amerika Syarikat pada tahun 1985. Sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam bidang ekonomi, Almarhum Tan Sri Muhammad Ali juga telah dianugerahkan
Ijazah-Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang keusahawanan, bisnes dan
pengurusan daripada lapan (8) buah universiti di Malaysia.
Terkenal
dengan kegigihannya mengintegrasikan nilai dan prinsip Islam ke dalam bisnes
dan telah memperkenalkan beberapa konsep yang membawa impak besar seperti
antara lain yang diperjuangkan ialah konsep “JIHAD BISNES”, “WAQAF KORPORAT”
dan “INTRAPRENEUR DAN ENTREPRENEUR AMANAH” yang telah mendapat perhatian
masyarakat Malaysia.
Atas
sumbangan beliau kepada pembangunan keusahawanan dan kedudukan ekonomi ummah,
beliau telah dianugerahkan Anugerah Penghargaan Maal Hijrah yang disampaikan
oleh SPB Yang Dipertuan Agong pada tahun 1428H / 2007M.
.
13 Perkara Menarik Tentang Tan Sri Ali Hashim Dan Perjuangan Ekonomi Beliau
oleh Muhammad Yusof
November 1, 2017
Ada beberapa ikon korporat di Malaysia yang perlu kita ambil tahu kisah mereka. Kita mungkin kerap membaca kisah billionair luar negara tetapi sebenarnya ramai tokoh ekonomi negara yang sewajarnya kita perlu tahu dan ambil peduli. Antaranya ialah Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Berikut beberapa perkara menarik tentang Tan Sri yang ingin saya kongsikan:
1. Sebagai anak jati Johor nama Tan Sri Muhammad Ali Hashim bukanlah asing bagi saya. Masihkah anda masih ingat pada jenama Pisang Montel satu ketika dulu? Pisang Montel adalah antara contoh ‘intrapreneuring’ yang pernah diideakan oleh Tan Sri.
2. Sebelum ini saya mengikuti rapat tulisan-tulisan beliau yang disiarkan di akhbar Utusan dan Sinar Harian. Bahkan beliau juga adalah tokoh korporat di Malaysia yang aktif dalam penulisan buku dan artikel berkaitan ekonomi.
3. Buat mereka yang baru mengenali Tan Sri, beliau adalah mantan CEO Johor Corporation.
4. Johor Corporation mempunyai track record yang memberangsangkan di bawah pimpinan Tan Sri, sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009. Bahkan beliau berjaya menjadikan JCorp sebagai sebuah organisasi korporat utama Malaysia, melibatkan 280 syarikat (8 tersenarai di Bursa Malaysia, 1 di London Stock Exchange) dan mempunyai lebih 65,000 tenaga kerja.
5. Tan Sri Muhammad Ali Hashim menjadi Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) selama lebih 28 tahun (Januari 1982-Julai 2010).
6. Bahkan sejak menerajui PKENJ (sebelum ditransformasi menjadi JCorp) sebagai Ketua eksekutif, beliau telah membawa PKENJ mencatat keuntungan melebihi RM300 juta pada tahun 1994. Malahan himpunan aset dan harta bersih PKENJ ketika itu melebihi RM2.5 bilion.
7. Di bawah pentadbiran beliau, JCorp menjadi satu nama yang gah bahkan dalam masa yang sama JCorp mengangkat sektor perindustrian dan menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri perindustrian utama negara.
8. Pemikiran Tan Sri dalam ekonomi adalah 20 tahun terkehadapan. Idea beliau membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun 2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd adalah sesuatu yang berani dan ‘power’.
9. Selain itu antara langkah berani beliau ialah, pada tahun 1994, PKENJ berjaya mengambil alih 5 daripada 6 hospital milik swasta. 3 daripada hospital tersebut terjejas kerana kemelesetan ekonomi namun KPJ Healthcare Sdn Bhd dibawah teraju beliau berjaya memulih dan mengurus malahan KPJ berjaya menjadi pemain utama dalam bidang prisihatin hingga kini. KPJ Healthcare Bhd sekarang adalah pemimpin pasaran dalam bisnes Perubatan Pakar dengan lebih 20 buah hospital pakar di Malaysia dan 2 di Indonesia.
10. Di bawah beliau, JCorp juga berjaya mengambil alih syarikat milik asing seperti Kulim(Malaysia) Berhad yang pernah disenaraikan di Pasaran Saham London. JCorp pernah diiktiraf antara syarikat pemilik ladang terbesar di Malaysia. Kulim Malaysia Berhad juga terlibat dalam industri membangunkan minyak kelapa sawit dan memiliki perladangan kelapa sawit terbesar di di Papua New Guinea. Kalau anda perasan jersi Johor FC pernah menggunakan logo Kulim ini satu masa dulu.
11. Tan Sri berjaya memacu nilai modal pasaran saham(market capitalization) dan saham-saham tersenarai milik JCorp pada akhir 2011 melebihi RM18.1 bilion. Manakala jualan tahunannya melebihi RM8 billion, dengan keuntungan bersih pada 2010 berjumlah RM962 juta.
12. Beliau juga adalah merupakan pengasas dan pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Bhd(WANCorp), iaitu sebuah institusi wakaf korporat pertama ditubuhkan di Malaysia. Pada akhir 2011 nilai aset WANCorp adalah berjumlah RM502 juta.
13. Satu kelebihan beliau ialah beliau tidak akan meninggalkan nilai-nilai Islam dalam setiap idea bisnes beliau. Kita pasti biasa dengar istilah Jihad Bisnes? Ini adalah antara slogan popular beliau.
Rasanya tidak ramai rakyat Johor yang mengenali tokoh yang begitu hebat ini walaupun separuh hayat beliau diabdikan untuk membangunkan ekonomi Johor.
Walaubagaimanapun semalam kita dikejutkan dengan berita kematian tokoh besar ekonomi negara, khasnya Johor ini.
Tulisan ini mengajak kita mengenali tokoh-tokoh hebat yang pernah muncul dalam negara. Kalau kita boleh kenal dan addicted dengan artis atau Cristiano Ronaldo, alangkah ruginya ‘wira-wira’ yang pernah berbakti kepada negara ini kita pandang sepi.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan para syuhada’ dan solehin. AlFatihah.
Tulisan Muhammad Yusof
Anak Jati JDT
Anak Jati JDT
https://www.thevocket.com/13-perkara-menarik-tentang-tan-sri-ali-hashim/
Muhammad Ali Haji Hashim
Born Malaysia
Websitehttp://www.businessjihad.com/
Former
JCorp CEO Returns Royal Awards
To Johor Palace
(Malaysia Today, 12 Nov 17)
(The
Star) – Former Johor Corpo¬ration (JCorp) president and chief executive officer
Tan Sri Muhammad Ali Hashim has returned his three state award medals to the
Johor Palace.
President
of the Malaysian Islamic Chamber of Commerce Muhammad Ali returned the Setia
Mahkota Johor, Darjah Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) and Darjah Datuk Seri
Paduka Mahkota Johor (SPMJ) on Friday.
Muhammad
Ali was conferred the DPMJ and SPMJ, which carried the title Datuk, by then
ruler Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail on April, 8, 1984 and 1996
respectively. His Tan Sri title comes with a federal award.
In
a statement issued yesterday, he said his decision to return the awards came
after he had written a letter to Johor Royal Council secretary Datuk Abdul
Rahim Ramli on Dec 18 to offer his explanation on his article “Menuntut Hak,
Menebus Masa Silam”, published in Sinar Harian on Dec 2.
Abdul
Rahim had said the article’s contents could create a negative perception of the
Johor royal institution and the current Johor ruler, Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar.
Muhammad
Ali said he had no ulterior motive or intention to portray a negative image of
Sultan Ibrahim as claimed by Abdul Rahim in the article.
“My
services and commitments as the president and CEO of JCorp for 28 years is a
reflection of my utmost loyalty, sincerity and respect to Johor and the state
monarchy,’’ he said.
Abdul
Rahim could not be reached for comment at press time.
Menuntut Hak, Menebus Masa
Silam
Sinar
Harian, Dis 2013)
KETIKA
artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam”
diterbitkan pada Isnin 25 November lalu,
saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak
bongsu kami.
Beliau
kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun.
Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.
Doa
saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian
Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam
kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.
Buat
Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan
selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih
dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.
Juga,
jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan
rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa
yang Khaled berhak mendapatkan.
Semoga
ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan,
ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.
Tiada
kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi
pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan
mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi
kolum Khalifah Bisnes kali ini.
Justeru,
berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun
terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada
sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.
Beliau
tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah
penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.
Jika
saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan
daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”
....this
heart aches at your very thought,
it
grows heavier as my memories taunt me,
I
can hold back these tears no longer,
many
years have passed and I am now a man,
yet
I still yearn for you, and that old house on the hill.
rindu
dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak
akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga
daku dapat kembali ke
tanah
asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali,
walaupun ke tujuh
lautan
ku merantau, Tanjung Puteri
tetap
akan di kalbu.
you
are the eternal jewel of the south,
the
cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a
sanctuary of hope, an abode of dignity,
they
basked in the light of your imperial glory,
and
trembled at the might of your warriors.
hari
berganti hari tahun berganti tahun,
namun
malamku masih menjadi medan air mata,
jangan
berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah
pantun ini sebagai janji,
akan
datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut
hak dan menebus masa silam.
their
blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this
bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan
yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan
yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...
Tan
Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
ali.bizjihad@yahoo.com
29
November. 2013.
3 Jam Bersama Tan Sri
Ali Hashim, Saya Belajar Benda Penting Ini Tentang Bisnes
Oleh
Nurulwahida Othman • Bisnes
• January 16, 2017
Diam-diam
saya menyimpan hasrat berjumpa dua orang tokoh korporat. Tan Sri Muhammad Ali
Hashim adalah seorang daripadanya.
Cerita
tentang beliau yang bijak dan berani menjadikan saya berkata sendiri, alangkah
seronok andai dapat mencuri sedikit ilmu yang tersimpan di dadanya.
Tanpa
diduga, peluang bertemu 4 mata datang mengetuk pintu.
Terus
sahaja saya berkata, “Ya!”, setelah disoal jika mahu bertemu Tan Sri.
Buat
mereka yang belum mengenali Tan Sri, beliau adalah mantan CEO Johor
Corporation. Johor Corporation yang gah dan kaya raya berkembang di bawah
pimpinan Tan Sri, sehingga mampu memiliki 280 buah anak syarikat dengan aset
berjumlah RM14 bilion pada tahun 2009.
Keberanian
beliau membeli jenama dan syarikat ayam goreng antarabangsa, KFC pada tahun
2006 melalui anak syarikat, Kulim (Malaysia) Bhd adalah sesuatu yang
membanggakan.
Ketokohan
Tan Sri sekali lagi terserlah di media apabila beliau bangkit melawan agar
jenama KFC kekal di bawah Johor Corporation walaupun ketika itu terdapat campur
tangan politik yang ingin menjual jenama berkenaan demi keuntungan segera.
Pertemuan Pertama
Di
bawah cahaya kuning restoran makanan Johor bernama Fickles itu, saya berjabat
tangan bersama Cik Roziyah yang mengatur pertemuan kami.
Tidak
berapa lama kemudian Tan Sri sampai bersama-sama orang kanannya, Hafiz dan anak
perempuannnya, Alia.
Kami
melabuhkan punggung di atas kerusi makan sambil berkenal-kenalan. Bau laksa
Johor memenuhi ruang, lalu Tan Sri menjemput agar memesan makanan.
Buka
sahaja mulut, Tan Sri mula bercerita.
Orang
Melayu Tidak Minat Bisnes
“Alhamdulillah
saya melalui pengalaman bisnes selama 28 tahun selaku Ketua Pegawai Operasi
(CEO) sebuah GLC di Johor, Johor Corporation. Johor Corporation bermula sebagai
Perbadanan Ekonomi Negeri Johor ditubuhkan pada 1970.
“Saya
menjadi CEO pada Januari 1982 dan berhenti pada Julai 2010. Selama 28 tahun,
Alhamdulillah, Johor Corporation berkembang, diiktiraf sebagai sebuah badan
korporat, GLC yang diterajui oleh warganegara Malaysia berketurunan Melayu.
“Kenapa
saya kena tekankan itu? Kerana orang Melayu ini tak ramai dalam bisnes.
“Kenapa
tak ramai dalam bisnes? Kerana ada yang tak minat bisnes. Ada juga yang membawa
sikap, seolah-olah anti bisnes.
“Kenapa
anti-bisnes? Mungkin ada ibu bapa, guru-guru, ustaz, penceramah, pendakwah yang
kadang-kadang mempengaruhi kita dengan mengatakan bisnes ini duniawi.
Materialistik. Mudah memesongkan akidah. Mudah membuat kita lupa diri. Lebih
mengutamakan dunia berbanding akhirat.
“Saya
faham kenapa ada ustaz, ulamak atau ibu bapa berfikir begitu.
“Sebab
kalau kita lihat hari ini (cara sesetengah) orang buat bisnes, kita ikut sahaja
cara semua orang buat bisnes. Kita tak boleh salahkan mereka kalau mereka
memilih dengan kaedah, cara, pilihan bisnes yang bertentangan dengan nilai
Islam atau akidah kita (seperti riba’ dan sebagainya). Kerana mereka bukan
Islam.
“Keduanya,
kerana tiada kaedah sendiri, ada yang mempercayai cara sesetengah (orang
bisnes) yang berkata bisnes ini kena menipu, kalau tidak, susah kaya. Kita
lihat banyak berlaku.
“Jadi,
apabila ibu bapa, ustaz-ustaz, ulamak melihat perkara sebegini, ianya jadi
perkara yang merosakkan. Mereka melihat kiri kanan bisnes dijalankan sebegitu.
Jadi wajarlah dia berkata bisnes itu boleh merosakkan akidah.
“Saya
pun sebagai seorang bapa, tidak mahu anak masuk bisnes, kalau bisnes itu
merosakkan akidah. Cuma soalnya sekarang, bagaimana menjadikan anak-anak kita
mendekati bisnes tetapi dengan kaedah yang tidak merosakkan.
“Itu
kita kena ada gagasan baru.”
Bisnes Dalam Sejarah Islam
“Sebagai
orang Islam, kita kena berbisnes untuk maju.
“Pertamanya,
kerana ramai tidak berbisnes.
“Keduanya,
ada yang masuk bisnes mengikut cara yang tidak sepatutnya. Ada yang bergelumang
dengan riba’, tidak sensitif isu halal haram, tak ambil kira ayam disembelih
betul atau tidak, ada yang mengambil jalan ringkas untuk cepat untung. Ada juga
ahli korporat yang lebih keparat daripada korporat. Korupsi, rasuah, menipu.
“Jadi
disebabkan itu ramai yang tidak suka bisnes. Ada yang anti bisnes. Ini bahaya.
“Sebab
Rasulullah S.A.W. dalam satu hadis besar berkata 9/10 rezeki adalah daripada
bisnes. Jadi kalau kita terus meragui bisnes, anti bisnes, tak dapat kita 9/10.
“Orang
Melayu, orang Islam lupa bisnes ini adalah satu sunnah besar Rasulullah S.A.W.
Hari ini ramai yang berebut-rebut tiru nak menyempurnakan sunnah Rasulullah.
Ini bagus.
“Antara
sunnah yang paling besar, 25 tahun sebelum Baginda diangkat menjadi Rasul,
Baginda terlibat dalam bisnes.
“Dan
saya kaji sejarah ini, ramai ulamak mengatakan, Rasulullah S.A.W mendapat
pengiktirafan sebagai al-Amin. Terutama kerana Baginda buktikan amanah dalam berbisnes.
Modal pelabur Baginda lipat gandakan. Baginda tidak sentuh apa yang bukan hak
Baginda.
“Malah
Baginda niagakan dengan baik sehingga berlipat ganda untung. Sehingga akhirnya
antara salah seorang yang membekalkan modal kepada Baginda, Saidatina Khadijah
terus menjadi isteri. Oleh kerana amanah.
“Kita
banyak lupan tentang hal ini. Ini sebenarnya yang banyak beri kekuatan kepada
Islam pada peringkat awalnya. Rasulullah berniaga, sahabat-sahabat Baginda pun
berniaga.
“Ada
ulamak menyatakan daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga, 6
daripadanya kaya raya, senang, kerana sumber pendapatan mereka daripada bisnes.
Ada juga yang susah ketika hijrah tetapi kemudian senang semula.
Jihad
Bisnes
“Apa
pendapat Tan Sri tentang sekarang orang muda bisnes kecil-kecil, bisnes online,
bisnes jalanan?” tanya saya.
“Tiada
masalah,” jawab Tan Sri.
“Bisnes
ini alat untuk menjana harta kekayaan. Seperti pisau, ianya neutral. Nak potong
timun, sengkuang untuk buat rojak, boleh. Nak buat jahat, potong rantai orang,
boleh. Apa yang penting di dalam hati.
“Dalam
bisnes, apa pegangan kita?”
“Saya
yakin, orang muda, Melayu oleh kerana berpegang kuat kepada Islam, nak akhirat,
bukan setakat dunia sahaja, malangnya menyebabkan ia menjauhi bisnes.
“Sebab
tengok kiri kanan buat bisnes macam ‘itu’. Yang kaya raya pun merompak menyamun
ikut cara halus, cara besar. Jadi kaya. Cara ‘profesional’ pun ada di atas tu.
“Dengan
kroninya, dengan korupsinya. Seolah-olah bagi kita, ini bahayanya.
“Hari
ini, kita belum ada model atau ikon yang betul-betul boleh kita banggakan.
Kalau ada, tidak ramai.
“Kenapa
nak dianjurkan jihad sebagai dasar asas berniaga?
1.
Kita nak ramaikan lagi orang bisnes berlandaskan Islam.
2.
Elakkan yang korupsi dan rakus.
3.
Bila ramai berbisnes dengan nilai Islam, dia akan berzakat, sedeqah, waqaf,
infak dan jariah. Kalau bisnes tu berniat jihad, maka semua ini akan dibuat.
“Bisnes
ini seterusnya besok akan menjaga masyarakat. Bukan lagi bergantung kepada
mereka yang rakus dan rasuah.
“Yang
tidak kurang penting, kita nak meramaikan orang soleh, yang tegap imannya,
akidahnya masuk bisnes.
“Hari
ini mereka menjauhi bisnes kerana tidak faham bisnes boleh buat banyak benda
positif. Selagi tidak ramai orang soleh, orang beriman, kuat pegangan agama
masuk bisnes, selagi itu bisnes akan korup.
“Bagaimana
kaedah nak menggalakkan orang soleh masuk bisnes? Tidak segan mengajak anak
saudara, anak, cucu, ahli keluarga berbisnes?
“Kena
ada konsep baru dan fahaman baru tentang bisnes. Inilah yang dianjurkan oleh
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Saya dari DPIM. Supaya jadikan bisnes
itu satu cabang jihad. Sebagai satu jihad.
“Kenapa
dikaitkan dengan jihad? Jihad ini selalunya perang? Ini fahaman biasa.
“Tetapi
orang Islam tahu jihad itu bukan hanya perang. Jihad melawan hawa nafsu. Jihad
melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang kita. Boleh diaplikasi dalam bidang
masing-masing.
“Kalau
berjihad, maknanya ia beri semangat kekuatan. Jihad, kalau dalam perang, sampai
mati pun sanggup. Dalam bisnes, kalau jatuh, bangun. Tidak mengenal kalah.
Tidak mengenal penat lelah.
“Kerana
dia tahu bila dia berjaya esok, dia boleh berwaqaf, berinfak, berzakat. Tolong
orang miskin. Selamatkan orang Islam.
Bagaimana
untuk kekal atas jalan jihad bisnes?
“Tan
Sri, bagaimana hendak tahu apa yang kita buat adalah jihad bisnes. Bagaimana
hendak tahu kita tidak tersasar?” soalan saya kepada Tan Sri.
“Pertamanya,
kena faham apa itu halal haram, kena ada ilmu tentang perkara ini. Kita boleh
dengar ceramah, tazkirah, seminar, kelas. Atau kita boleh Google untuk baca
tentang halal haram. Yang penting, kita faham tentang sempadan dalam bisnes.
“Dalam
Islam, yang haram itu sedikit sahaja. 90% atau lebih perkara tidak menghalang kita
untuk berjaya dalam bisnes.
“Sekarang
sudah ada bukti kita boleh berjaya tanpa melanggar halal haram. Sebagai seorang
muslim, lagi ditekankan tentang halal, insyaAllah lagi besar baraqah yang
didapati.
“Sebagai
contoh, kalau sesebuah restoran diragui halalnya, agak susah untuk dia berjaya.
Restoran yang diyakini halal, masyarakat akan menggunakan undi ringgit
membantu.
“Dalam
demokrasi, kita mempunyai kedua-dua undi politik dan undi ringgit.
“Undi
ringgit, setiap hari berada dalam tangan kita. Gunakannya untuk membeli
barangan halal khasnya daripada pengusaha Muslim. Apabila digunakan dengan
betul, ianya boleh membina kekuatan ekonomi.
“Pada
masa yang sama, kena yakin orang berniaga itu bukan rakus, merosakkan, atau
menipu.
“Walaupun
tidak ditulis di dahi atau di baju tentang jihad bisnes, pelanggan tetap akan
tahu.
“Peniaga
yang berjihad, produk dan khidmat yang diberikan mestilah yang terbaik. Ikut
landasan bisnes yang betul dan landasan Islam. Pastikan produk halal, tayyiban
dan suci.
“Tanggungjawab
terletak pada peniaga sendiri. Dia sendiri kena tentukan barang yang dijual
halal. Tidak bergelumang dengan riba’, korupsi. Tidak rakus, tiada kroni dan
tiada unsur-unsur negatif.
“Apabila
ekonomi sudah dikuasai, kuasa politik lebih senang datang. Apabila sudah punya
kuasa ekonomi, politik tidak bersatu pun tiada masalah.
“Sebagai
contoh, Perdana Menteri Israel tidak mempunyai majoriti pun dalam parlimen.
Mereka bergaduh tidak habis. Tetapi apabila Arab mahu sentuh mereka, tidak
boleh. Ini kerana ekonomi, bisnes, mereka bersatu. Polis dan tentera mereka
kuat. Kukuh.
“Ahli
politik kita tidak habis-habis suruh kita bersatu padu. Tetapi, perpaduan itu
sebenarnya datang hasil daripada apa yang kita usahakan.
“Selagi
kita korup, tak adil, zalim, dan saling aniaya satu sama lain, orang tidak akan
percaya kepada kita. Apabila tidak percaya, bagaimana hendak bersatu padu.
“Jangan
harap orang politik hendak perbaiki perpaduan selagi sistem ekonomi kita tidak
diperbaiki.
“Apabila
kita sudah ke depan, ekonomi naik, pendapatan naik dan tidak bergantung hidup
pada orang lain lagi, insyaAllah iman di dada akan melorong kita ke depan.
Budaya Berjangkit
Ingin
tahu, saya menambah soalan, “Di Malaysia ramaikah orang bisnes besar-besar yang
jujur?”
Tanpa
menunggu, Tan Sri menjelaskan, “InsyaAllah, saya yakin ada. Tapi kena buat kaji
selidiklah. Saya yakin ada.”
“Ini
bukan apa. Ini macam budaya. Ia berjangkit.”
“Bila
ramai tengok, eh orang ni kaya sebab kenal orang politik. Yang aku kerja kuat
ni buat apa. Orang boleh dapat Dato’ Sri dengan bayar duit. Yang aku bertungkus
lumus buat apa?”
“Kita
kena ubah supaya orang bisnes yang benar-benar bagus boleh dijadikan ikon. Jadi
sesiapa (ahli bisnes baik) yang suka bersendiri, kita kena ketengahkan.
Jangan Takut
“Pesan
saya satu, jangan takut gagal. Kegagalan itu asam garam berbisnes.
“Amerika
adalah satu negara yang sangat maju. Salah satu terhebat, mungkin yang paling
hebat dalam bisnes. Atas sebab itulah mereka kaya raya. Di Amerika sekalipun,
perangkaan menunjukkan, 4 daripada 5 mereka yang baru berniaga akan gagal dalam
5 tahun pertama. Maknanya ianya perkara biasa.
“Amerika
yang 4 daripada 5 pun gagal, bagaimana mereka boleh jadi negara kaya? Ini
kerana 4 yang gagal ini masuk balik ke dalam dunia bisnes.
“Dia
berusaha, belajar semula. Katanya, aku gagal mungkin kerana aku tertipu.
Mungkin aku tak pandai mengurus wang. Mungkin aku terpedaya.
“Dari
kegagalan itu kita belajar hikmah baru. Jadi kita elak.
“Rasulullah
pun ada sebut. Orang Islam tidak akan masuk lubang ular 2 kali. Carilah hikmah
dari kegagalan.
Part 2
Rata-rata,
ramai memberi maklum balas yang baik dan ada pembaca yang tidak sabar untuk
membaca episod seterusnya. Terima kasih kerana sudi membaca, saya doakan Tuan
Puan mendapat manfaat daripadanya. Dan andai Tuan Puan baru terjumpa artikel
ini, saya sangat sarankan untuk membaca bahagian 1 dahulu.
Pertemuan
saya bersama-sama Tan Sri Ali Hashim, Cik Puan Roziyah, Puan Aliya dan Tuan
Hafidz memakan masa selama 3 jam. Perut penuh dengan lontong goreng Johor yang
lazat, kepala pula sarat dengan ilmu yang luar biasa.
Tetapi
itu tidak menghalang kami untuk terus bersemangat mencungkil pengetahuan yang
tersimpan di dada ahli korporat yang penuh pengalaman ini.
Sistem Ekonomi
Cik
Puan Roziyah membuka mulut, “Tan Sri, orang muda sekarang isunya tiada kerja,
menganggur. Adakah ini kerana sistem pendidikan kita sekarang mengharapkan A?
Dan kedua, mesti kerja berpangkat?”
“Ya.
Itulah dia. Tetapi paling penting, adalah kerana kita kurang apa yang
diistilahkan entrepreneur. Istilah ini tiada dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.
“Entrepreneur
ini adalah istilah Perancis. Perbezaannya dengan usahawan biasa, adalah kita
berniaga tetapi dengan kaedah dan cara untuk mengembangkan (bisnes) supaya
ramai dapat manfaat.
“Macam
McDonald’s semua orang boleh buat burger, tetapi, kena fikir bagaimana hendak
francaiskan sampai jadi jenama antarabangsa.
“Apabila
jadi jenama antarabangsa, lihat berapa banyak peluang kerja disediakan, berapa
ramai francaisi seluruh dunia.
“Maknanya,
dia bawa sebanyak-banyak manfaat bisnes. Bukan setakat untuk pelanggan.
“Apabila
ada pelanggan, ada bisnesnya. Lihat satu outlet ada berapa pekerja. Berapa
keluarga dia boleh tampung.
“Di
sini maknanya, apabila ada masalah pengangguran, solusinya bukan ramai-ramai
masuk universiti. Apabila masuk universiti, keluar tiada kerja. Diterukkan lagi
jika tiada kemahiran.
“Tidak
terlintas nak jadi usahawan. Semuaaa menunggu. Selepas itu marah kerajaan.
“Mana
tak marah? Dah pinjam duit. Itu belum lagi cerita tentang nak beli rumah, nak
kahwin. Esok, tak kahwin, anak pula, dibuang.
“Jadi
maksudnya seluruh ekosistem kena diubah?” saya memintas. Terperanjat.
“Kena
ubah, kena ubah,” Tan Sri membalas.
“Tetapi,
pertamanya, kena ubah pandangan hidup. Satu cara nak ubah, ubah cara kita
berniaga. Berniaga dengan berfikir, ikut cara Islam. Kita sendiri kena ke
depan.”
Perkara
ini membuat saya teringat kepada Ainon Business School (ABS).
“Saya
ikut ABS kerana beberapa nilai. Satunya, kerana ianya open market. Kedua,
berniaga secara korporat. Ia mengajar tentang bagaimana susun syarikat. Syariah
compliant. Dan katanya, jangan mula bisnes dengan duit pinjaman,” tanpa malu,
saya menyampuk.
“Pinjaman
itu ‘memang’ (bahaya). Belum apa-apa lagi, sudah kena bayar faedah. Mati
nanti,” Tan Sri setuju.
“..kata
ABS lagi, apabila berkembang, bolehlah ambil (pinjaman),” saya menambah.
“Benar.
Apabila sudah ada asas, aset, boleh pinjam,” Tan Sri bersetuju sekali lagi.
“Ini
bukan apa, bukan sekadar orang bisnes, orang makan gaji pun, menjadi hamba
kepada sistem perbankan,” Tan Sri berkata serius.
“Gaji
baru RM2000, beli rumah, pinjam, kurang-kurang kena bayar RM800 sebulan. Berapa
peratus tu? Ini belum termasuk hutang kereta, kredit kad dan lain-lain.
“Seumur
hidup, bekerja untuk membayar hutang. Itu yang dipanggil rat race.
Teknikal Bisnes
“Jadi
dari segi teknikal bisnes, ada apa-apa Tan Sri mahu nasihatkan?”
Ini
senarai beliau:
1.
Pertama, kena betul-betul komited untuk buat bisnes. Kena dedikasikan seluruh
jiwa raga untuk berbisnes. Maknanya, andai gagal sekali jangan terus berputus
asa.
2.
Kena tahu cara berbisnes yang memudahkannya dia berjaya. Belajar dari kejayaan
orang lain.
3.
Tanam semangat supaya tidak takut gagal. Inilah yang saya kaitkan dengan jihad
bisnes tadi. Kalau gagal, boleh naik cepat. Curahkan jiwa raga. Tentukan
landasan bisnes itu betul. Tiada konflik dalam jiwa.
4.
Mengapa tidak digalakkan pinjam bank? Ini kerana belum apa-apa lagi sudah
bergelumang dengan riba’. Apabila dapat wang pinjaman memang seronok, tetapi
hendak bayar nanti, akan terasa beratnya.
5.
Dalam jihad, kita kena pastikan kita membawa manfaat. Hadis Rasulullah S.A.W,
“Sebaik-baik manusia adalah manusia yang membawa sebanyak-banyak manfaat kepada
orang lain.”
6.
Melalui bisnes, kita boleh bawa banyak manfaat. Contohnya, jual susu kepada
mereka yang putus susu di malam hari. Bukan setakat boleh dapat duit, tetapi
juga dapat pahala. Jual nasi lemak kepada mereka yang kelaparan, selain duit,
boleh mendapat pahala mencurah-curah. Banyak peluang amal soleh melalui bisnes
dan Tuhan jadikan pula bisnes 9/10 daripada sumber rezeki.
7.
Pada saya, kita kena berebut-rebut atas perkara ini. Menjadi kaya juga adalah
ujian. Sama ada mahu menggunakan kekayaan untuk riak, membayar rasuah, atau
mahu menggunakannya untuk jalan zakat, sadaqah, waqaf dan infak.
8.
Kalau kita sudah jihadkan perniagaan, kita tahu bagaimana hendak memilih. Cara
untuk berniaga, menggunakan kekayaan, mendapatkan modal, jenis-jenis ilmu yang
mahu dipelajari atau orang kaya mana mahu dijadikan idola, apabila jihad,
semuanya akan dipilih dengan baik.
9.
Tulus dan ikhlas berjihad, InsyaAllah, pelanggan dan masyarakat akan nampak.
Memilih Kawan
“Dalam
bisnes, kita kena pandai berkawan-kawan ya Tan Sri?” sengaja saya menduga
beliau.
Ini
jawapan beliau.
1.
Ya betul, tetapi kita kena pilih kawan. Ada kawan yang membawa mudarat. Ada
yang tersilap langkah oleh kerana pengaruh kawan. Apabila berjihad pilihlah
kawan yang berada atas landasan yang betul.
2.
Kedua, ada kawan berniat baik, tetapi secara tidak sedar, ada yang membawa
kesan negatif. Contohnya, apabila tiada modal, ada yang memberi nasihat untuk
meminjam. Setelah pinjam, malangnya, amat sukar untuk diundur semula. Walaupun
berkawan, keputusan dan akibatnya akhirnya jatuh kepada diri kita sendiri.
3.
Ketiga, kawan yang betul boleh meningkatkan semangat. Pilihlah kawan yang
mempunyai nilai hidup yang sama, iaitu berjihad. Oleh kerana itu kita ada Dewan
Perdagangan Islam Malaysia (DPIM). Tujuannya nak menggalakkan network, untuk
mudah berkawan.
4.
Tujuan berkawan, apabila kita tersangkut atau tidak punya pengalaman, kita
boleh mendapatkan idea, cadangan dan sokongan.
5.
Islam sendiri menganjurkan silaturrahim. Selain orang bisnes, berkawan dengan
pelbagai lapisan masyarakat seperti orang masjid atau orang soleh, mereka pasti
membantu apabila tahu kita berjihad bisnes. Paling kurang, dia dapat doakan
kita.
Jenama
“Brand,
jenama sangat penting. Ambil satu contoh, KFC. Orang kata rupa saya macam
Kolonel Sanders,” Kami semua tergelak besar.
“Saya
pernah jadi pengerusi KFC. Kami ambil alih KFC dahulu.”
“Katakan
saya buka satu restoran, AFC. Letak gambar saya. Ada dua jenama, KFC dan AFC,
yang mana awak akan pilih?” tanya Tan Sri.
Terus
sahaja saya menjawab, “KFC,” sambil disambut gelak ketawa rakan-rakan yang
lain. “Tak teragak-agak,” kedengaran suara Puan Aliya, anak Tan Sri, sambil
beliau tertawa.
“Apa
sebab?”
“Sebab
familiar.”
“..Ya..
orang pilih jenama tu, sebab orang yakin dengan jenama tu,” Tan Sri menyambung.
“Ali ni betulkah? Rasa ayam belum tahu. Gorengnya macam mana? KFC kita yakin
kerana ada jenama, konsisten, dia sudah ada imej yang baik.”
“Kalau
berniaga kecil-kecilan, dari awal lagi kita kena fikir apa imej yang hendak
ditonjolkan. Imej itu maknanya, katakan kita hendak jual nasi lemak. Ramai
orang jual nasi lemak. Dari 10 gerai, hanya ada 1 atau 2 yang lebih menarik
perhatian pembeli.”
“Kenapa?”
“Biasanya
ia adalah gabungan. Rasa lebih baik. Sambal dia, pedas pun pedas tetapi masih
kita mahu makan. Layanannya baik. Kualiti, nasi lemak terasa lemak. Ikan bilis
segar bugar. Itu maknanya dia sudah ada imej, walapun belum ada jenama.”
“Kita
ini berniaga, kalau mahu senang berjaya, imej itu kita kena jaga. Kerana imej
itu mencerminkan nilai kita. Kalau kita berniaga untuk menipu, orang akan tahu
akhirnya. Ikan bilis apa ni, mana entah dapat. Akhirnya yang betul-betul mudah
menjayakan kita, peribadi kita, nilai hidup kita yang dicerminkan dari produk
atau khidmat yang ditawarkan.”
“Contohnya
di Terengganu, ada nasi kandar di Bukit Tok Beng. Dia ada beberapa kedai yang
berjaya. Kerana orang dah yakin, dalam minda, pelanggan sudah tahu what to
expect. Masuk bilik air, bersih, tak macam kedai lain.”
“Brand
ini datang, apabila janji dikota. Kalau Ali pun, Alilah. Buka sahaja di
mana-mana, orang akan pergi. Dan apa sahaja disediakan, orang akan terima.”
“Apabila
sudah ada jenama, bagaimana hendak lindungi hak kita? Kena lindungi dengan
intellectual property (IP / harta intelek), kena ada trademark. Kalau tidak,
orang lain guna nama sama, you tak boleh ambil tindakan.”
“Contohnya,
Ali Fried Chicken. Ali lain, kampung lain. Dia buat rasa lain, cara lain. Tanpa
IP, you tak boleh lindungi jenama sendiri.
Harta Intelek
Puan
Aliya bercerita logo halal JAKIM pernah di-IP-kan oleh pihak lain di Jerman.
Akibatnya, mereka menyalah gunakan logo ini dengan meletakkan logo halal pada
makanan bukan halal di Jerman. Logo itu bukan sahaja menulis Ha-Lam-Alif-Lam,
tetapi turut diletakkan tulisan ‘Malaysia’.
“Orang
Islam seperti orang Turki, apabila nampak halal Malaysia, mereka beli tanpa
soal.”
“Jadi
susahlah. Apabila Malaysia hendak ambil tindakan, makan masa. Nak bawa ke
mahkamah dan sebagainya. Kerana dia tidak daftar hak milik intelek di sana.
Kalau didaftarkan, dia boleh ambil tindakan (dengan lebih mudah),” Tan Sri
mengulas.
“Kadang-kadang
kita lupa itu. Apabila kita sudah ada jenama yang baik, kena ingat perkara
ini.”
“Macam
kami di Vocket pun, kami sudah IP-kan jenama kami,” saya merancakkan perbualan.
“Bagus.
Kenapa you buat begitu?” Tan Sri sengaja mencabar minda. “Macam jenama Upin Ipin.
Di Indonesia, ada yang menciplak jenama ini. Jadi syarikat Les’ Copaque kena
ambil tindakan.”
“Pada
mulanya untuk ambil tindakan di Indonesia, susah. Kerana dahulu, harta intelek
ini tidak didaftarkan di sana. Di Malaysia sudah daftar,” Tan Sri berkongsi.
“Maknanya,
kena mendaftar di setiap negara?” Cik Puan Roziyah ingin tahu.
“Ya,
kena daftar di setiap negara.”
“Ambil
contoh, katakan, Nasi Lemak Timah. Andai dia buat kecil-kecilan, bisnes
keluarga sahaja, tidak mengapa. Tetapi apabila bisnes mula dibesarkan, harta
intelek mula menjadi penting.
“Apabila
jenama Nasi Lemak Timah tidak di-IP-kan, katakan ada orang lain di negeri lain,
bina bisnes menggunakan nama yang sama dan di-IP-kan, lama-lama jenama Nasi
Lemak Timah yang asli pun boleh jadi dia punya. Kita tak boleh buat apa-apa.
“Harta
intelek relevan untuk bisnes yang sedang membesar.
“Tetapi
semua bisnes, kalau kita amalkan jihad bisnes, mestilah mempunyai cita-cita
untuk bisnes sampai ke peringkat paling tinggi. Kita mahu galakkan usahawan Melayu
mesti ada cita-cita tinggi.
“Tan
Sri Lim Goh Tong adalah rakyat Malaysia yang paling kaya. Anak beliau lagi
kaya. Beliau datang dari China, tidak pergi ke sekolah. Menulis tidak tahu,
tandatangan pun tidak tahu, gunakan cap jari sahaja. Beliau boleh berjaya dalam
bisnes.”
“Awak
fikirkan. Kalau orang yang tiada pelajaran, tidak sekolah, boleh berjaya dalam
bisnes, maknanya kita boleh. Sepatutnya pencapaian kita lebih hebat daripada
Lim Goh Tong.”
Puan
Aliya menambah, “Pendaftaran harta intelek ini ada yang terasa seperti beban,
kenapa nak ambil, kan mahal? Tapi ianya adalah satu pelaburan. Kalau tak buat,
nanti akan menyesal apabila ada orang ambil alih jenama tersebut. Sayanglah.”
Part 3
Pada
kali ini, saya ingin bercerita tentang perkara yang sedang diusahakan oleh Tan
Sri Ali Hashim ketika ini – iaitu Waqaf Korporat.
Bukan Waqaf Biasa
“Saya
bertanya kepada seorang pensyarah UIA, katanya waqaf ini berputar-putar. Ianya
boleh membangunkan ekonomi negara. Sangat hebat!” Cik Puan Roziyah memulakan
bicara tentang waqaf.
Sebelum
itu beberapa kali, Tan Sri menyebut tentang waqaf bisnes dan waqaf korporat.
Tetapi,
sungguh, saya tidak memahami apa yang dikatakan.
Seperti
orang Melayu lain, apabila disebut waqaf, hanya tanah terlintas di fikiran.
Waqaf tanah untuk masjid, madrasah, tanah kubur. Itu sahaja, tidak lebih.
Tetapi
ternyata, apa yang disampaikan oleh Tan Sri adalah sangat berbeza dengan apa
yang ada di kepala.
Hasil Akhir
“Jadi
apa hasil akhir kita nak?” tanya Tan Sri. “Macam awak kata tadi ubah sistem
ekonomi.”
“Macam
sekarang, sistem ekonomi kita adalah sistem ekonomi barat. Dengan bank, konsep
syarikat, semuanya diperkenalkan oleh barat.
“Masalah
dengan sistem sekarang yang kaya bertambah kaya. Yang miskin semakin miskin.
Yang kaya tu tak ramai, hanya 10%. 10% ini memegang kekayaan sebanyak 90%.
Orang barat tetap senang.”
“Sikap
anti bisnes, meragui bisnes tidak membantu. Sampai bila-bila tak akan dapat
mengejar.”
“Harta
orang Melayu yang sedikit semakin terlepas tangan. Sebagai contoh rumah-rumah
di Taman Tun (TTDI) dahulunya dibeli oleh orang Melayu. Apabila sampai ke
generasi anak, ianya akan dijual.”
“Kadang-kadang
anak pun kaya, tetapi oleh kerana dia tidak duduk rumah ini, dia akan jual. Dia
mahu duduk rumah sendiri. Tetapi anak-anak biasanya tidak ramai yang kaya.”
“Dahulu
ayah beli rumah ini pada harga RM250 ribu. Sekarang sudah jadi sejuta. Anak 5
orang, jual. Jual kepada siapa? Highest bidder. Yang berduit, kemungkinan besar
kepada bukan Melayu. Kawasan Melayu semakin merosot, semakin merosot.”
Kebocoran Harta
“Hari
ini harta kekayaan orang Melayu di bandar tak sampai 10%, hanya 8%. Baik rumah,
industri, hotel. Ini mengikut statistik seluruh negara. Di Kuala Lumpur, andai
tiada bangunan kerajaan atau GLC, langsung tiada (bangunan Melayu).”
“Kita
harus mencipta formula supaya harta orang Melayu tidak terlepas tangan. Dijual
kepada orang lain. Kita tidak ada kemampuan membeli, kita akan terlepas
tangan.”
“Tengok
Kuala Lumpur, bangunan pencakar langit. Naik macam cendawan selepas hujan.
Siapa punya?”
“Bukan
sahaja di Kuala Lumpur. Perkara ini nanti akan berlaku di Shah Alam, Bangi.”
“Kebocoran
ini juga berpunca daripada kelemahan kerajaan. Contohnya, dasar penswastaan.
Walaupun diberi kepada Melayu pada mulanya, akhirnya terlepas tangan. Macam
MAS.”
“MAS
dipegang oleh anak Melayu sekejab. Sekarang ke mana MAS?”
“Hospital
Pantai pada mulanya dimiliki oleh anak Melayu kemudiannya dibeli oleh orang
Singapura. Khazanah terpaksa membeli balik aset ini dari Singapura dengan
bayaran beberapa bilion ringgit. Seperti saya katakan tadi, penswastaan
mengikut kaedah barat adalah salah satu punca kebocoran.”
Waqaf Korporat
“Dalam
bisnes, jihad bisnes boleh dimulakan di peringkat individu. Kemudian, jihad
bisnes harus dimulakan di peringkat negara. Hak milik aset kena terus dipegang,
jangan dilepaskan. Waqaf adalah penyelesaian kepada situasi ini.”
“Harta
waqaf dari hukum syarak bermaksud menyerahkan hak milik harta kepada Allah SWT.
Kita cuma mengurus sebagai khalifah, wakil, pemegang amanah.”
“Islam
mengiktiraf kekayaan memang dari Allah SWT. Tetapi Allah tidak menidakkan kita
ada harta masing-masing. Turki sangat kaya dengan waqaf. Andai anda pergi
umrah, di Arab Saudi ada menara jam Kaabah dan kompleks besar yang disewa oleh
4 hingga 5 buah hotel antarabangsa.”
“Jam
besar ini adalah waqaf Raja Abdul Aziz. Waqaf korporat. Tanah juga diwaqafkan
untuk membina hotel dengan orang menyewa di dalam. Duit hasil penyewaan adalah
duit waqaf. Bukan duit peribadi.”
“Sebahagiannya
digunakan untuk fakir miskin. Sebahagian lagi pula untuk labur semula. Untuk
bina kompleks yang lain.”
Waqaf Bisnes di Malaysia
“Di
Malaysia sudah ada waqaf seperti itu.”
“Istilah
Waqaf Korporat sudah didaftarkan sebagai harta intelek. Kenapa daftar? Kami
hendak elakkan orang menggunakan istilah waqaf korporat, tetapi melalui kaedah
lain. Nanti pening.”
“Harta
intelek ini sudah diserahkan kepada Awqaf Holding Berhad. Awqaf adalah waqaf
korporat yang sedang dibina oleh Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
“Saya
ada beberapa pengalaman membina waqaf korporat.”
Waqaf
An-Nur Corp
“Saya
tubuhkan Waqaf An-Nur Corp pada tahun 2006-2007. J-Corp mewakafkan sebahagian
saham mereka daripada 3 buah anak syarikat iaitu KPJ Healthcare, Kulim (yang
memegang KFC) dan sebuah lagi anak syarikat berjumlah RM250 juta. Pada akhir
2015, saham yang sama sudah menjadi RM525 juta. Sudah menjadi 2 kali ganda
dalam tempoh 10 tahun.
“Apabila
sudah mendapat dividen, pendapatan saham, Waqaf An-Nur melabur semula, membeli
aset-aset lain. Jumlah semua harta, termasuk modal yang sudah berkembang adalah
780juta.”
“Mesejnya
apa? 10 tahun dahulu, harganya 250 juta. Apabila ekonomi dan bisnes berkembang,
harta itu boleh menjadi 3 kali ganda.
“Sama
juga dengan tanah di TTDI sudah berlipat berkali ganda. Bezanya di sini tanah
di TTDI sudah terjual kepada orang lain. Waqaf tidak boleh dijual. Kalau hendak
dijual kena ganti dengan lebih baik. Ini prinsip waqaf.”
“Jadi
RM780 juta tadi akan kekal lagi. Kita buat untung lagi melalui
syarikat-syarikat, tambah nilai, satu hari nilainya boleh jadi 1
bilion-2bilion, InsyaAllah.”
“Wakaf
ini dalam bentuk saham. Kenapa bukan tanah? Kerana dalam sistem kita, tanah
waqaf akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam negeri.
“Dalam
kes saham, kami boleh berunding dengan Majlis Agama Islam, dan diberi kuasa
mengurus. Waqaf An-Nur, MAIJ sudah beri kuasa. Boleh urus atas nama sendiri.”
“Waqaf
An-Nur ada program fi-sabilillah. Fakir miskin. Dalam laporan tahunan semuanya
ditulis.”
“Waqaf
An-Nur menerima pendapatan daripada dividen dan kenaikan kapital. Selain itu ia
buka pintu agar orang lain boleh mewaqafkan duit dan tanah.
Awqaf
Holding Berhad
“Sekarang
saya, Hafiz, dan kawan-kawan lain sedang menjayakan satu lagi waqaf peringkat
nasional. Kita tubuhkan Awqaf Holding Berhad. Ini ditubuhkan oleh Dewan
Perdagangan Islam Malaysia. Tujuan adalah untuk menggalakkan orang Islam
berwaqaf. “
“Profesional,
jurutera, penulis, wartawan mahu waqafkan ruang untuk Awqaf pun boleh. Kita
sudah lancarkan selama 3 tahun (ketika temuramah diadakan). Kita sudah kutip
1.6 juta duit waqaf daripada ahli. Kami sedang mengusahakan projek melabur dan
membina di Putrajaya. Setakat ini kami sudah berjaya membeli tanah seluas 2.2
ekar berhampiran Masjid Besi.”
“Kita
mahu bina satu kompleks, Hafiz sudah buat kira-kira, nilai pembangunan kasarnya
(Gross Development Value/ GDP) berjumlah RM373 juta. InsyaAllah daripada RM373
juta ini, kalau berjaya majukan, kita jangkakan RM50-60 juta untung daripada
pembangunan hartanah. RM50-60 juta ini akan jadi harta milik Awqaf.”
“Jadi
ini adalah projek bangun dan jual?” saya meminta kepastian.
“Develop
and sell ini, satu bahagian kita pegang sebagai waqaf. Pada peringkat awal
sebahagian akan dijual sebagai modal. Tetapi apabila ada 50-60 juta tak
semestinya dijual.”
“Kita
akan pegang aset kekal satu. Mungkin apabila sudah berjaya kelak dengan modal
100-200 juta, bina rumah untuk disewakan. Ini kena ada modal asas. Kami sedang
mengumpul modal asas.”
“Dalam
Awqaf, orang ramai boleh jadi ahli. Yuran ini kelak akan diwaqafkan. Waqaf
adalah ibadah khas untuk orang kaya berharta. Apabila berwaqaf dapat pahala.”
Konsep Waqaf
“Dalam
sadaqah apabila kita beri RM10, ianya akan habis. Esok minta lagi.”
“Waqaf
buat lebih lagi. Apabila diberi RM150 atau RM10 ribu, waqaf korporat akan
menggunakan modal itu untuk melabur. Untungnya baru diagihkan kepada orang
susah, untuk sadaqah dan jariah.
“Dalam
waqaf, benih dibiarkan tumbuh menjadi pokok, lalu diberi buah. Sedeqah pula
bermakna, memberi benih.
“Sebahagian
diberi kepada orang miskin. Sebahagian lagi pula dilabur semula. Ini konsep
waqaf korporat.”
“Apabila
membesar, membesar, satu hari nanti waqaf kita boleh tebus beli rumah di Taman
Tun. Kita bayar pada harga komersil. Nanti kita pegang. Ini akan menyelesaikan
masalah hak milik bocor.”
“Apabila
ada waqaf ini kelak keutamaan kami adalah untuk tidak menjual. Tetapi kena ada
pendapatan. “
“Pada
masa sekarang, orang berpendapatan RM2000, bayar bank RM1200 sebulan untuk
rumah. Baki tinggal RM800 untuk bayar kereta, anak lagi. Terpaksa beli rumah
cepat-cepat kerana takut harga naik lagi. Tak terkejar.”
“Dengan
waqaf kita boleh bina rumah sewa. Sewakan RM600. Penyewa boleh jimat RM600
untuk beli rumah kemudian hari. Apabila dia keluar, orang baru boleh masuk.
Tidak perlulah gila pinjam bank, buat 3 kerja sampai pening kepala. Isteri pun
kerja. Sampai tiada masa untuk anak.”
“Paling
penting harta ini kekal, tidak terlepas, masih dalam tangan orang Islam. Satu
lagi Awqaf nak perjuangkan apabila ada aset yang kerajaan mahu swastakan, waqaf
yang beli, mampu beli. Kerajaan dapat duit, harta itu juga tak terlepas.
“Kalau
ikut sistem kapitalis yang ada, semua orang berebut-rebut. Habis harta dijual.”
Di
mana dapat idea?
“Dalam
dewan sedang berfikir-fikir, seorang Pak Arab tanya, mana dapat idea. Waqaf
korporat ini memang belum pernah ada, idea baru.
“Institusi
waqaf ini sebenarnya sudah ada lama dalam Islam. Cuma untuk orang Melayu, waqaf
ni dikaitkan dengan tanah kubur, masjid, madrasah. Ini tiada masalah. Buatlah.
Buat lebih banyak.
“Cuma
kita fikir bagaimana untuk gunakan konsep waqaf dalam bisnes. Ada sahaja yang
sanggup tak kaya, makan gaji, demi untuk menjayakan waqaf. Ramai.
“Lihat
mereka yang kerja GLC, berbilion (harta GLC). Tengok Khazanah, Petronas. Mereka
bukan ada hakmilik saham pun dalam syarikat besar-besar tu. Sime Darby,
Guthrie. Semua kerajaan punya.
“Jadi
maknanya, akan ada orang Islam yang sanggup berkhidmat lebih-lebih lagi kalau
dia niat berjihad, berinfak. Menjayakan (waqaf) sampai berjaya di peringkat
antarabangsa esok.
“Cita-cita
kita dalam Awqaf insyaAllah dalam 3-4 tahun ini hendak cari harta sehingga
RM100 juta ringgit. Duit tak ada ni. InsyaAllah Allah akan lorongkan dari 100
juta ini jadi 1 bilion.
Pengalaman
di KFC
“Sekarang
ini kita beli, beli, tak lepas. Beli, tak lepas. Orang Melayu ni jual, jual,
lepas. Habis.”
Perkara
ini mengingatkan saya kepada kisah KFC di Malaysia. Pada masa sama, teringat kisah
anak-anak Melayu suka sangat menjual tanah ibu bapa apabila mereka tiada kelak.
Lalu
saya bertanya bagaimana Tan Sri, melalui Kulim dapat memegang jenama KFC pada
tempoh yang lama.
“Memang
itulah tujuannya, saya berperang, ambil alih. Setahun nak tangkap ayam iaitu
pada tahun 2006-2007. Pada tahun 2006 itulah saya tubuhkan Waqaf An-Nur. Niat
saya itu Allah lorongkan supaya kita boleh ambil alih syarikat seperti KFC dan
Pizza Hut. Bukan setakat KFC di Malaysia, tetapi juga di Singapura, Brunei,
Kemboja. Di Singapura, mana lagi jenama yang sediakan makanan halal. Sampai ke
India, kita kembangkan KFC.
“Jadi
mengikut prinsip jihad bisnes, kita lawan. Alhamdulillah kita menang. Dapat
ambil alih KFC.
“Kemudian
malangnya disebabkan sistem politik kita, pemimpin politik kita ada dasar
penswastaan. Atas sebab-sebab tertentu, mereka nak swastakan KFC. Itu saya
pantang.
“Saya
tak ada kuasa politik yang saya boleh tentang. Akhirnya saya terpaksa letak
jawatan. Dalam buku saya, Strategi Jihad bisnes, saya ada cerita tentang ini.
“Saya
tak setuju, saya tentang. Ini kerana tujuan saya adalah supaya bukan setakat
KFC tetapi Johor Corporation diwaqafkan. Bayangkan, Johor Corporation mempunyai
280 buah syarikat dengan nilai harta lebih 14 bilion ringgit.
“Bilion,
tambahan 3 kosong berbanding juta. Dalam Bahasa Melayu pun tiada lagi.
“Interpretasi
saya, banyaknya duit sampai biol kepala you nak mengira harta kekayaan.
Kami
tergelak mendengar usikan Tan Sri.
“Soalnya,
itulah dia. Oleh kerana saya tidak bersetuju dengan cadangan Johor Corporation
untuk menswastakan, saya terpaksa meletakkan jawatan serta merta pada mesyuarat
Lembaga Pengarah pada 28 Oktober 2010.
“Apabila
saya letak jawatan, NGO di Kuala Lumpur pun bangkit, menentang.”
“Ketika
ini nama pembeli-pembeli pun sudah ada. Keluar di surat khabar pada bulan
November.
“Oleh
kerana NGO bangkit menentang, kerajaan Johor tidak jadi swastakan. Dia buat
kaedah lain. Ini tidak mengapalah.
“Saya
menentang bukannya tanpa alternatif. Swasta, boleh diswastakan. Cuma bukan
kepada individu. Sebaliknya kepada seluruh umat Islam, iaitu melalui waqaf.
Manfaat
“Jadi
apabila waqaf, anak cucu kita kekal mendapat manfaat. Kalau beri seorang,
seorang sahaja akan kenyang. Esok apabila dia mati, anak akan jual. Sekarang
saya nampak, belum mati pun sudah dijual. Inilah yang dah berlaku kepada MAS,
Pantai Holding, FGV dan lain-lain.
“Pada
zaman Rasulullah, Saidina Uthman mewakafkan telaga. Dalam satu ketika, Saidina
Umar mendapat harta, lalu ditanya kepada Rasulullah, ‘Ya Rasulullah banyak
harta ini, apakah yang terbaik?’, Rasulullah menjawab waqaf.
“Kita
sudah lupa semua. Lupa jihad. Lupa waqaf. Sebab itu kita teruk, kalah.
Masing-masing hendak mengejar kepentingan peribadi.
“Waqaf
tiada kepentingan peribadi. Harta kekayaan bukan kita punya. Allah punya. Kita
cuma penjaga.
“Dalam
Islam kita boleh ada harta peribadi. Islam bukan kata tidak boleh. Jadi sebab
itu apabila curi harta orang lain, dipotong tangan. Cuma jangan himpun sampai
orang lain tiada. Himpun pun diagih-agihkan.
“Jam
besar Kaabah itu adalah waqaf. Semasa Islam memerintah, Taj Mahal itu juga
adalah harta waqaf. Tetapi apabila terlepas kepada kuasa British di India,
semuanya habis.
“Masjid
di Turki yang besar-besar itu pun dulu semuanya waqaf. Ini juga berlaku di Eropah.
Umat Islam dahulu kaya raya.
“Sekarang
apabila miskin bagaimana hendak bina semula? Jawapannya adalah bisnes.
“Kaitkan
dengan jihad. Orang Cina menggunakan Art of War oleh Tsun Zu. Dia guna itu,
sebab itu dia kuat.
“Kita,
gunakan hikmah tokoh-tokoh besar sepert Saidina Ali, Saidina Umar, Khalid Al
Walid, Sultan Muhammad al-Fateh menawan Konstantinople. Gunakan kaedah mereka.
Dalam bisnes, kita tak bunuh siapa-siapa, bawa manfaat pula tu.
“Pucuk
pangkalnya, 9/10 kena masuk bisnes. Mudah-mudahan apabila berjaya, dia waqaf
dan menggunakan harta untuk kebaikan.
Bagaimana Waqaf Mengubah Sistem Ekonomi
“Hari
ini ramai meminjam bank, jatuh miskin. Mati dalam hutang, hidup pun dalam
hutang.”
“Sistem
bank dicipta oleh barat. Cuba tonton cerita The International. Mesej utamanya,
matlamat bank bukan sekadar beri pinjaman dan buat untung duit.
“Tetapi
visi mereka adalah menghamba abdikan orang ramai agar bergantung kepada bank
dan terikat seumur hidup. Bank akan berterusan mendapat duit. Kita bekerja
keras membayar pinjaman kepada dia.
“Bayangkan
1 hingga 2 juta orang terperangkap begini. Bank semakin kaya. Kita semakin
miskin.
“Barat
tidak tahu hendak buat apa dengan bank. Kerana bank terlalu besar, tidak boleh
gagal, kena dijaga. Apabila bank tumbang, kita tumbang. Seluruh sistem ekonomi
tumbang.
“Di
sinilah kepentingan jihad bisnes dan waqaf korporat. Matlamat jangka panjangnya
adalah untuk mengubah sistem. Supaya ada ciri-ciri Islam dipanggil, nilai-nilai
rabbaniyah.
“Rabbaniyyah
ini apa? Islam mengiktiraf harta kekayaan ini adalah hak milik mutlak Allah.
“Sistem
yang kita amalkan adalah sistem kapitalis yang menekankan hak milik mutlak
individu. Ini yang bercanggah.
“Seluruh
dunia Islam terima kapitalis. Sebab itu kita konflik kerana miskin semakin
miskin, kaya bolot semua. Umat Islam lebih sensitif bab ni.
“Orang
barat tak kisah. Kata mereka kau miskin sebab kau tak berusaha. Umat Islam kata
harta orang kaya, orang miskin ada hak. Kalau kita tak ubah, sampai bila-bila
konflik.
“Penting
untuk orang bisnes fikirkan kerana apabila dia masuk ke dalam gagasan jihad
bisnes, selain dia jayakan bisnes, dia akan usahakan waqaf. Apabila waqaf,
semua dapat, ramai-ramai. Umat Islam dapat naik dengan sistem lebih adil.
“Sekarang
umat Islam tiada alternatif. Kita tiada idea untuk perbaiki sistem yang zalim.
Jadi kita hilang pegangan. Terpaksa ikut.
“Kita
kena fikir sendiri penyelesaian baru, tetapi tidak perlu pun cipta sistem yang
baru.
“Zaman
Rasulullah, Saidina Umar, Saidina Usman, waqaf sudah pun wujud. Cuma kita tak
kaitkan dengan kehidupan sekarang.
“Orang
zaman sekarang kaitkan ibadah dengan akhirat sahaja. Dalam Al-Quran dengan
jelas dinyatakan, bagi tumpuan kepada akhirat tetapi jangan lupakan tempat kita
di dunia. Kita adalah khalifah di muka bumi.
Pesanan
kepada pembaca Vocket
Apabila
ditanya apakah pesanan terakhir kepada pembaca Vocket, Tan Sri menjawab seperti
di bawah.
“Jihad
bisnes, waqaf korporat. Jayakan. InsyaAllah. Bina bisnes jangan lari dari
landasan apa yang diajar oleh Islam.
“Orang
Melayu tak boleh berjaya tanpa berpegang pada Islam. Pegang betul teguh-teguh.
Bukan ikut suka hati. Hari ini kita tipu, rasuah, bergelumang sekejab dengan
riba’. Tak boleh. Kalau kita nak berjihad, ini adalah cabaran yang besar.
Tetapi insyaAllah boleh dilakukan.
“Islam
ajar kita bahawa harta kekayaan itu adalah sebagai alat. Dan lebih dari alat,
dia adalah amanah.
“Amanah
itu adalah supaya kita berjuang bebaskan umat Islam dari kemiskinan dan
bergantung hidup kepada orang lain. Kaedah yang paling baik adalah bisnes.
“Jangan
lupa akhirnya ia satu sunnah Rasululllah SAW yang sangat besar. Sunnah inilah
yang membina kekuatan umat Islam yang ketika itu merupakan umat minoriti di
Madinah. Ekonomi pula pada masa itu dikuasai oleh Yahudi.
“Dalam
beberapa tahun, umat Islam sudah menjadi antara umat paling perkasa bukan
sahaja dalam bidang politik, tetapi juga ekonomi.
“Saya
yakin kalau kita balik kepada konsep ini, berjuang atas dasar jihad dan waqaf
diutamakan, di samping tidak mengenepikan keperluan individu, usaha kena jalan,
bisnes kena bangkit atas dasar individu dan peribadi. Kena ada individu yang
kaya.
“Tetapi
kena pastikan apabila bisnes membesar, harta kekayaan tidak dipegang oleh
orang-orang kaya sahaja. Dalam Al-Quran jelas dinyatakan, jangan biarkan harta
kekayaan itu berputar di kalangan orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu.
Surah Al Hasyr ayat ke 7.
Dalam
surah Al Saff ayat ke 4 pula ditulis, “Sesungguhnya Allah SWT itu menyukai
orang yang berjihad di atas jalannya seolah-olah bagai satu bangunan yang
disusun kukuh.”
Ini
bermakna, Allah menyukai orang Islam berjihad dalam cara yang berstrategi,
punya organisasi. Mungkin strategi terbaik adalah dengan mewakafkan harta
bersama.
“Individu,
kejarlah kekayaan individu tetapi jangan lupa berpakat menggembleng tenaga,
usaha, sumber kekayaan supaya kepentingan bersama diperjuangkan menerusi
badan-badan waqaf.
“Kita
hendak masyarakat, individu, keluarga yang kaya raya ke depan supaya tidak lupa
zakat, sadaqah, infak, juga waqaf.
“Waqaf
juga insyaAllah boleh kekalkan hak milik umat bukan sahaja dimiliki oleh
individu, malah waqaf terjamin memelihara kepentingan orang miskin,
berpendapatan rendah juga yang paling penting anak cucu kita.
“Berbisnes
nanti nak ambil sumber modal dari mana? Kalau pinjam dengan bank esok terhutang
sampai ke tua.
“Waqaf
ini boleh digunakan sebagai sumber modal. Sebagai contoh Waqaf Annur Johor.
Pada tahun lepas, 319 orang peniaga mendapat manfaat daripada pinjaman qardul
hassan sebanyak RM300 sehingga RM2000 selama 2 tahun tanpa bayar faedah. Dia
bayar balik apa yang dia pinjam. Dan apabila dia bayar balik, wang ini kita
pusingkan untuk beri pinjaman kepada peniaga yang lain.
“Inilah
kekuatan waqaf dan contohnya sudah ada.
“Saya
harap dan menyeru kepada usahawan berjaya, apabila berada di atas landasan
jihad bisnes, akan sama-sama menjayakan waqaf korporat.
“Bukan
sahaja untuk menebus kembali kekuatan ekonomi bangsa Melayu dan umat Islam
tetapi dalam beberapa dekad akan datang, untuk mengembalikan peranan kita
sebagai antara khalifah di muka bumi. Seperti yang diwajibkan kepada semua umat
Islam.
“Apabila
menjadi khalifah esok, ianya bukan sahaja untuk memegang kuasa, tetapi lebih
penting adalah untuk mentamadunkan dunia dengan nilai-nilai baik, positif dan
manfaat ini bukan setakat untuk umat Islam tapi seluruh manusia.
“Terima
kasih,” ujar Tan Sri, menutup perbualan.
“Terima
kasih Tan Sri,” sambut saya, dengan hati penuh semangat dan terharu.
Tamatlah
sudah pertemuan kami ketika itu. Ternyata dalam 3 jam, terlalu banyak benda
saya pelajari. Saya doakan agar Tan Sri diberi kesihatan dan kekuatan untuk
terus berjuang untuk anak bangsa dan negara.
Saya
doakan agar apa yang saya dapat pada hari itu kekal di dalam akal dan hati.
Saya doakan juga Tuan Puan yang membaca mendapat manfaat daripada perkongsian
ini.
QUOTES
BY MUHAMMAD ALI HAJI HASHIM
“Ideologi
penjajahan Barat antara faktor mencorak persepsi, minda dan jiwa umat dan sangat
mendalam kesannya sehingga ramai menyangka terdapat superiority pada Barat.
Barat dianggap perkasa dengan kemajuan industri, organisasi dan teknologi, dan
selagi mereka perkasa, tiada apa yang boleh dilakukan melainkan menciplak Barat
untuk mendapat akses kepada sumber kekuatannya. Penundukan ini membuat imej
”Superman” ciptaan Barat lekat di minda. Langsung terdapat ramai di dunia Islam
yang kemudiannya menciplak Barat untuk menjadi seperti Superman.”
―
Muhammad Ali Haji Hashim, Khalifah Ganti Superman
SEMOGA ALLAH MELIMPAHI RAHMAT DAN KEAMPUNAN KE ATAS RUH ALMARHUM, DITERANGI RUANG KUBURNYA DAN DIPERMUDAHKAN JALAN KE SYURGA SEJAJAR DENGAN SUMBANGANNYA YANG TAK TERNILAI KEPADA NEGARA INI. .
No comments:
Post a Comment