Saturday, June 20, 2015

MTA 149 : BERNAUNG DI NEGERI SEMBILAN

aku jadi
oghang  nogoghi


Negeri Sembilan juga mempunyai nilai nostalgik dalam perjalanan kehidupan penulis. Di Kem Seginting dan Kem Sebatang Karah, Port Dickson taqdir Allah swt telah mengubah penghidupan penulis dari seorang remaja kampung yang sedang dilanda kekecewaan akibat kecundang dalam perjuangan di menara gading (UTM) kepada seorang pemuda yang bergelar Pegawai Tentera.

Penulis sendiri tidak pernah merancang untuk mengakhiri pemastautinan hidup di Negeri Sembilan. Sejak awal perkhidmatan di dalam ATM, penulis tidak pernah bercita-cita untuk membeli rumah di Negeri Sembilan. Namun, Allah (swt) Maha Mengetahui.

Setelah kecewa dengan pembelian rumah pertama di Bukit Sentosa, Rawang penulis diberi peluang kedua dalam menentukan hala tuju kehidupan. Dengan peningkatan (kenaikan pangkat) dalam kerjaya, penulis mempunyai kemampuan untuk memiliki sebuah lagi rumah yang lebih selesa setelah bersara kelak. 

PENCARIAN penulis selama beberapa tahun untuk mencari rumah sebagai destinasi terakhir di penghujung perjalanan. Cerita lanjut mengenai usaha pencarian 'tanah kubur' telah aku ditulis sebelum ini.


TAMAN  AMPANGAN
PENGHUJUNG SATU PENCARIAN


Walaupun penulis telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat (3 bilik) di Bandar Bukit Sentosa, Rawang pada tahun 1997 dan disiapkan pada tahun 2000, penulis telah mengubah pendirian untuk menetap di sana selepas bersara. Malah penulis tidak mempunyai keinginan untuk menduduki rumah tersebut semasa masih dalam perkhidmatan. Antara alasannya ialah:

(1)   Jarak yang agak jauh (38 km) dengan kos tol lebuh raya serta kesesakan allu lintas yang bakal meningkatkan kos sara hidup.

(2)    Rumah terlalu kecil untuk penulis yang mempunyai 6 orang anak yang sedang membesar dan mengembang (kehadiran menantu dan cucu).

(3)    Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa (bandar berjiran) melalui zaman gelap kerana pembangunan yang terbantut akibat perubahan 'grand design' pembangunan wilayah Selangor.

Faktor ketiga di atas menyebabkan Bukit Sentosa menjadi bandar hantu kerana banyak rumah yang terbiar menjadi semak samun, belukar dan banyak projek (kediaman dan rumah kedai) yang terbengkalai.  Di samping itu, ramai pemilik rumah yang enggan mendiami rumah mereka kerana masalah kemudahan serta keselamatan. 

Rumah penulis  juga terbiar. Lantaran itu, penulis memulakan usaha baru untuk mencari sebuah lagi rumah untuk 'final settlement' setelah bersara kelak.

SILA KLIK:

PENEMUAN PERTAMA: BANDAR AKADEMIA, SEMENYIH

Dalam bulan Ogos tahun 2010 penulis bershopping mencari baju raya untuk anak-anak aku di Kompleks WARTA, Bandar Baru Bangi. Penulis tertarik dengan satu meja promosi jualan rumah. Perumahan baru dekat dengan Semenyih bernama Bandar Akademia. Pemajunya ialah the Lion Group. Pilih punya pilih, aku pun berminat untuk menempah satu lot banglo (4000 sq/feet), tanah dan rumah (4 bilik) kosnya  RM222,000. Satu temujanji untuk lawatan tapak diuruskan.

LUKISAN ARKITEK

Pada masa itu, jalan akses ke tapak projek perumahan Bandar Akademia amat terhad. Lebuhraya LEKAS belum dibina. Untuk ke tapak rumah perlu melalui jalan lama Kajang, melalui pekan Semenyih - pekan Broga dan Ulu Beranang ATAU dari Kajang ke Mantin melalui pekan Lenggeng. 

Setelah melihat rumah contoh serta kawasan persekitaran yang sangat cantik dan kondusif, penulis berpuasa hati dan bersetuju untuk membuat tempahan.

Penulis menandatangani borang tempahan untuk rumah di  Lot 4460 (land area, 4000 sq feet (50' x 80') and house floor plan, 1780.41 sq ft.). Seterusnya penulis ke Bangi untuk menemui agen penjualan untuk membayar deposit sebanyak RM2000. Penulis dijanjikan akan diberi maklum balas dalam bulan Disember 2010.

Selepas urusan tersebut, penulis menunaikan Fardhu Haji dari 28 Okt hingga 12 Dis 2010.

 
 Rumah contoh di Bandar Akademia

Pada 21 Mei 2011 penulis ke Bangi untuk menyemak status tempahan rumah. Pihak pemaju masih gagal mendapatkan panel bank untuk menguruskan pinjaman. Katanya pemaju hanya menerima pembeli melalui Pinjaman Kerajaan sahaja. Malang sekali kerana penulis telah menggunakan kemudahan pinjaman Kerajaan untuk membeli rumah di Bukit Sentosa. Dua hari lepas itu, pihak memaju (Mr Gan) menelefon penulis dan mengesahkan bahawa tempahan dibatalkan dan deposit sebanyak RM2000 akan dipulangkan. Usaha pencarian ini terkandas. 

Nota : Pada tahun 2012 aku dimaklumkan oleh salah seorang rakan bahawa projek Bandar Akademia ini juga telah terbengkalai.

PENEMUAN KEDUA: TAMAN WIDURI, BACANG, MELAKA

Sejak awal Jun 2011, penulis meneruskan pencarian dengan melayari iklan penjualan rumah di sekitar Selangor dan NS. Masa untuk penulis semakin singkat, kerana mengambil kira usia persaraan penulis pada usia 56 tahun (2015) - tinggal 4 tahun sahaja. Pembelian rumah memerlukan masa yang panjang untuk memproses pinjaman bank dan sebagainya.

Penulis mengumpulkan maklumat dari mudah.com dan iproperty.com. Kenapa penulis menumpukan pencarian di Negeri Sembilan dan Melaka? Harga rumah (saiz yang bersesuaian) di kawasan WPKL atau Putrajaya, Bangi atau Kajang memang di luar kemampuan penulis. Kalau mampu pun rumah teres 3 bilik yang tidak sesuai dengan keluarga penulis yang agak besar. 

Akhirnya, penulis terbaca iklan ini. Sebuah rumah banglo (4 bilik) dua tingkat di Taman Widuri, Bachang, Melaka - Free Hold - keluasan tanah : 4500 kaki per - lot tepi - harga : RM250,000.00. Sangat menarik.

Penulis segera menghubungi agen penjualan (Ms Carina) pada 15 Jun 2011 dan mengatur satu pertemuan dengan beliau pada 18 Jun 2011 di Ampang Park. Pertemuan turut dihadiri oleh pemilik rumah tersebut, En Mansor Kassim. Lawatan (site visit) ke Melaka diaturkan pada 25 Jun 2011. 

Rupa bentuk rumah di Taman Widuri

Ketika lawatan (site visit) rumah itu masih disewa oleh sebuah keluarga Melayu (pesara). Kawasan agak aman dan masih bersuasana hijau - dahulunya adalah sawah padi - bersempadan dengan sebuah kampung  tradisi Melayu. 

Namun apa yang mengecewakan penulis dan keluarga ialah penyewa itu sendiri terlalu banyak bercerita berkaitan kelemahan dan keburukan di kawasan perumahan itu seperti kes rompakan/kecurian, banyak semut hitam, kes banyak lalat kerana berhampiran dengan kebun sayur dan ladang kambing dan lain-lain seolah-olah memberi message supaya 'jangan beli rumah ini'.

Wajah pemilik rumah itu berubah (menahan kemarahan dan kekecewaan) kerana perbuatan penyewa itu dianggap sebagai sabotage.

Berasaskan 'cerita penyewa itu' isteri dan anak-anak penulis terus hilang minat ke atas rumah tersebut. Akhirnya penulis membatalkan niat untuk meneruskan pembelian rumah tersebut.

Dalam perjalanan pulang ke KL, penulis singgah di salah satu projek perumahan yang bernama Taman Bertam Setia (Phase 3) - pertengahan antara pekan Sungai Udang dengan Lebuhraya AMJ. Rekabentuk rumah di situ agak menarik tetapi semuanya berharga melebihi RM350,000.00.

Setelah menemui dua kegagalan, pertama di Bandar Akademia dan kedua di Melaka, penulis tidak membuang masa meneruskan usaha pencarian.

SATU PENEMUAN : TAMAN AMPANGAN, SEREMBAN

Pada 27 Jun 2011 aku tertarik dengan satu lagi iklan penjualan rumah dalam www. mudah.com, kali ini sebuah Semi-D di Taman Ampangan, Seremban (juga dikenali sebagai Taman Bukit Ampangan) - berharga RM230k dengan keluasan 4000kp. Rumah ini adalah milik En Mohd Sobri bin Salamon.

Pada 28 Jun penulis menelefon En Mohd Sobri untuk membuat site visit pada 3 Julai 2011. Kedudukan rumah tersebut betul-betul di penghujung LEKAS (Lebuhraya Kajang Seremban) sebelum memasuki Bandar Baru Senawang. Hanya kira-kira 300 meter dari exit LEKAS (dari arah Nilai/Kajang).

Ketibaan penulis ditunggui oleh ayah mertua En Sobri (En Md Thani). Penulis membuat pemeriksaan keadaaan rumah tersebut dan tidak sukar untuk membuat keputusan. Terus BERSETUJU.

Tindakan selanjutnya, penulis membuat pembayaran deposit sebanyak RM3k pada 10 Julai 2011. Pertama kali penulis jumpa dengan Mohd Sobri, di sebuah kedai mamak di Desa Petaling.

Pijaman dengan Affin Islamic bank telah diluluskan sebanyak RM190,000 dan aku telah menandatangani LOA pada 12 Ogos 2011 di pejabat Cawangan Affin, MINDEF.  S&P ditandatangani pada 4 Sep 2011 di pejabat peguam Arizal Jailani & Co., Jalan Yap Kwan Seng dan pada 14 Sep 2011 penulis menjelaskan bayaran pertama sebanyak RM20k sebagai 10% dari jumla harga rumah.

Setelah segala urusan susulan selepas menandatangani S&P Agreement disempurnakan, penulis menerima KUNCI RUMAH pada 10 April 2012.

Setelah melangsaikan urusan pembelian/pinjaman bank, setiap dua minggu (weekend) penulis akan balik ke Seremban dan melengkapkan perabut rumah secara beransur-ansur. Penulis akan tidur satu malam dan pada siangnya akan merayau ke daerah sekitar seperti Kuala Pilah dan Jelebu.

Dengan sedikit wang simpanan yang ada, penulis mula membuat renovasi - bermula dengan bahagian dapur. Kontraktor mula membuat lawatan dan pengukuran pada 1 Jan 2013. 
 
  
 
rupa bentuk asal bahagian hadapan dan sisi rumah sebelum kerja-kerja renovasi 

    
 
 
kerja-kerja renovasi Fasa 1 sedang dilaksanakan
 
 
 
 
 rupa bentuk rumah setelah kerja-kerja renovasi (Fasa 1) disiapkan

 
 
 
 kerja-kerja renovasi Fasa 2

 
setelah kerja-kerja renovasi Fasa 2 disiapkan

Lebuhraya LEKAS- hanya 400 meter dari belakang rumah

Ini adalah papan tanda di tepi LEKAS, jalan masuk ke Taman Bukit Margosa jiran Taman Ampangan. Papan tanda ini hanya beberapa puluh meter persimpangan ke Kuala Pilih dan bandar Seremban

Masjid Kariah Panchor Jaya (MKPJ)

APA TARIKAN NEGERI SEMBILAN?

Sebagai warga baru Negeri Sembilan @  NS @ N9 @ Nismilan, penulis ingin mengenali N9 secara lebih dekat dan sebagai permulaan, penulis telah menceritakan sedikit mengenai latar belakang sejarah dan pentadbiran negeri ini dalam link berikut:


Sewaktu penulis masih bujang dahulu, bila bercakap pasal kawin, ramai saudara-mara dan kawan-kawan memberi nasihat, "engko jangan kawin dengan orang Negeri (maksudnya Negeri Sembilan), nanti kena masuk SUKU, lagi satu pompuan negeri ni queen control sebab semua harta jadi hak perempuan - silap langkah kau keluar rumah tinggal sehelai sepinggang". 

Itu cerita dulu, sewaktu penulis tiada langsung pengetahuan tentang adat masyarakat di N9.  Rasanya kalau cakap tentang queen control, kawin pompuan negeri mana pun sama.

Kini setelah menetap di N9, selaku warga pendatang (dari negeri lain), penulis tidak terlibat langsung dengan adat istiadat orang tempatan. Orang di N9 pun ramai yang tidak mengamalkan Adat Perpatih. Apa yang paling penting ialah, kita hormati adat mereka. Penulis memulakan pemastautinan di N9 dengan perasaan bangga kerana kebetulan, menantu peertama penulis (suami anak kedua) adalah orang N9. Walaupun bapanya kelahiran Kelantan, ibunya adalah orang Seri Menanti, dari keluarga yang memegang kuat Adat Perpatih.

Ramai orang yang mengomel mengatakan bahawa adat istiadat Perpatih ini khususnya yang berkaitan dengan pembahagian tanah pusaka adalah bertentangan dengan syariah Islam. Penulis berpendapat, di N9 ada Mufti. Sejak wujudnya N9, negeri ini ada MUFTI yang bertanggungjawab tentang kepatuhan syariah (fatwa) di negeri ini. Jika Mufti N9 tidak menafikan kebenaran Adat Perpatih dari segi syarak, sudah tentu Mufti adalah orang yang pertama mempertikaikannya.

Jika pembaca ingin tahu lebih lanjut tentang Adat Perpaih di N9, sila buka link ini: http://nagarinansembilan.blogspot.com

Adat adalah rekaan manusia. Walaupun Adat Perpatih dikatakan mempunyai struktur yang amat teguh dipatuhi oleh pengamalnya. Adat Perpatih juga amat terkenal dengan pelbagai pepatah, ungkapan yang menunjukkan betapa teguh dan likatnya pegangan adat mereka

"KALAU DAH SESAT KE HUJUNG JALAN, BALIKLAH KE PANGKAL JALAN, TIADA KERUH YANG TIDAK JERNIH DAN TIADA KUSUT YANG 
TIDAK SELESAI. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, 
BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT"

Namun bila melibatkan KUASA, tetap ada yang tidak mahu mematuhi keputusan adat. Sama ada keputusan tidak betul atau yang tidak patuh yang tidak betul. Penulis pernah mengikuti satu kekalutan pemilihan salah seorang Undang Luak yang tertangguh selama 11 tahun akibat tiada PERMUAFAKATAN. Penulis menemui kesahnya melalui link berikut http://chegubard.blogspot.com

KOK MENDAPEK SAMO BELABO
KOK HILANG SAMA MARUGI
MENGUKUA SAMA PANJANG
MEMBILAI SAMO LAWEH
BERAGIH SAMO BANYAK
MENIMBANG SAMO BAREK

GADANG KAYU GADANG BAHAN
KETEK KAYU KETEK BAHAN
NAN ANDO SAMO DIMAKAN
NAN INDAK SAMO DICARI
HATI GAJAH SAMO DILAPAH
HATI KUMAN SAMO DICICAH

SESAKIT SESANANG
SEHINO SEMALU
SERASO SEPARESO
SEADAT SELIMBAGO
SEANAK SEKEMANAKAN
SEBAREK SERINGAN
SEADO SEIDAK

SEBUKIT SAMO DIDAKI
SELURAH SAMO DITURUNI
TERTUNGKUIK SAMO MAKAN TANAH
TERTILANTANG SAMO MINUM AMBON
(Hj Mohamed bin Tainu)


Penulisan berikutnya, penulis lebih memfokus kepada aspek destinasi pelancongannya. Semoga blog ini dapat membantu pembacanya untuk mendapat maklumat yang berfaedah berkaitan N9.

DAERAH SEREMBAN

 
 
 
Bandaraya Seremban

 
 
 
Stesen Keretapi Seremban

Nota : Di Stesen Keretapi Seremban inilah pada 2 April 1980, penulis diturunkan (dari Kluang) sebelum dibawa dengan trak tentera ke Port Dickson untuk memulakan latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan di Sekolah Pegawai Kadet (SPK), Kem Sebatang Karah, Port Dickson.

Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Paroi 
(tidak sampai 10 minit pemanduan dari rumah penulis)

Muzium Negeri NS

Antara replika rumah tradisional di Taman Seni Budaya NS

Galeri Diraja Tuanku Jaafar, Taman Tasik Seremban

Taman Tasik Seremban

Dataran Seremban

Perpustakaan Negeri

Kompleks Kraftangan

Taman Malaysia Seremban

Seremban 2 Hill Park

 
 
Lorong Seni Benteng Walk Seremban

Pusat Borong Nilai 3

Kampung Pelegong Homestay, Nilai

DAERAH PORT DICKSON

Nota : Pada 29 sep 2009, Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh YAB Perdana Menteri sebagai mengingati sejarah penubuhan Kompeni Percubaan Askar Melayu pada 1 Mac 1933 yang merintis kepada kewujudan organisasi Angkatan Tentera Malaysia sekarang).

Hutan Lipur Pasir Panjang

Hutan Simpan Sungai Menyala

Kelong Memancing Kuala Lukut

 
 
Muzium dan Kota Lukut

 
 
Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas

Kompleks Ikan Hiasan

Ladang Burung Kasawari (Ostrich)

Muzium Lukut

 
 
Muzium Tentera Darat


PD Mini Zoo
PD Water Front
Pantai Teluk Kemang
Royal Palm Springs Golf Club
Tiara Resorts (Man made beach)

DAERAH REMBAU

Adventure Community Center Sukabumi
Homestay Batang Nyamor
Hutan Lipur Gunung Datuk
Muzium Adat Rembau
Pangkalan Sungai Timun
Rembau Crystal
Wet World Air Panas Pedas
Replika Istana Raja Melewar
Makam Raja Melewar
Replika Istana Raja Melewar
Makam Raja Melewar


DAERAH JELEBU

Batu Peringatan Inggeris Kuala Klawang
Homestay Klawang
Jeram Toi
Jeram Gading
Lata Kijang
Ladang Nenas Titi
Muzium Adat
Taman Alam Liar Lembah Jemaloi
Muzium Adat
Jeram Toi


DAERAH KUALA PILAHBandar DiRaja Seri Menanti
Batu Megalitik
Gunung Angsi
Hutan Lipur Ulu Bendul
Hutan Lipur Jeram Tengkek
Homestay Laman Bangkinang
Istana Besar Seri Menanti
Ladang Rusa Jemapoh
Perkampungan Budaya Terachi (aku terbaca dalam satu blog yang mengatakan di perkampungan ini terdapat sebuah restoran bernama Restoarn Warisan yang menghidangkan juadah tampatan)
Taman Ular Sawa Ulu Bendul




Bandar Diraja Seri Menanti


Istana Baru Seri Menanti


Hutan Rekreasi Ulu Bendul
Taman Ular Sawa Ulu Bendul
Ladang Rusa Jemapoh

Restoran Warisan di Perkampungan Budaya Terachi


DAERAH TAMPINBatu Megalitik
Gua Emas
Gemas Golf Resort
Hutan Lipur Gunung Tampin
Homestay Gemas
Memorial Perang Dunia Kedua Sungai Kelemah, Gemas
Batu Megalitik

DAERAH JEMPOLTeratak Za'ba
Hutan Lipur Serting Ulu
Hutan Lipur De Bana
Homestay Lonek
Ladang Boer Den
Era Golf Country Resort
Kawasan Penarikan Sungai Muar / Jempol / Pahang
Teratak Zaaba, Jelebu




BEBERAPA GAMBAR LOKASI MENARIK




ISTANA HINGGAP


STAR-FRESH AGRO PARK


TAMAN MALAYSIA

BANDAR DAN PEKAN DI NS
Port Dickson- Bandar Tentera Darat

Pekan Rembau
Bandar Tampin
Sempadan Negeri Melaka/NS di tengah bandar yang memisahkan bandar Tampin dengan pekan Pulau Sebang (Melaka)

Pekan Kuala Pilah
Pekan Bahau
Kuala Kelawang (Jelebu)
Pekan Seri Jempol
Pejabat Daerah dan Tanah Jempol
Pekan Gemas
Pekan Nilai (lama)
Pekan Mantin
Pekan Lenggeng
Pekan Batu Kikir
sebut nama pekan Batu Kikir, aku teringat sebuah lagu berjodol 'Apo Kono Eh Jang' yang dinyanyikan oleh Ally Noor dan Mastura.

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni, Sonyap yo...
Siaplah jang oi...., Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi, Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati, Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo, Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso, Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi, Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi, Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan, Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko, Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain, Ompuk orang jangan diidam

Ha... tu lah, dulu lai den koba kan, Kojo jang... kojo.
Ni.. ke kobun maleh, Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni.., Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo...

Nak kan anak orang tak payah beduit, Apolah nak jadi kau ni jang oi hai...

Abih macano mak, Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit, Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo, Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan, Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan, Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang, Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting, Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing, Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak, Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

Seh tak kiro, Seh nak an jugo milah tu mak, Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni, Dunio pun tak nampak layi...

Ke jelobak ke jelobu, Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den..., Kato ongah den...
Kato ocu den, Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai... Aih
.
Pekan Lukut
.
Pekan Broga
Pekan Broga- unik kerana pekan kecil ini terbahagia dua, sebahagian dalam Darul Ehsan dan sebahagian lagi dalam Darul Khusus.


Nota : Broga mempunyai sejarah tersendiri dalam hikayat diriku. Di puncak Bukit Broga (gambar bawah) inilah aku bersama hampir 300 Peg Kedet Intake 37 SPK Port Dickson pernah berkampung selama hampir seminggu menjalani latihan peperangan konvensional sebagai kurikulum wajib dalam latihan Pegawai Kedet ATM dalam tahun 1980. Kenangan pahit yang sukar dilupakan.

Setelah meredah kampung dan hutan, mendaki dan menuruni bukit dan lembah, siang dan malam, memikul senjata (lebih-lebih lagi Carls Gustav atau GPMG), fasa terakhir kami mendaki Bukit Broga ini -membawa gulungan kawat duri, guni, piket besi dan pelbagai alat pertahanan - dan membina kubu di puncak bukit. Menggali trench siang dan malam dengan bekalan air dan makanan yang amat terhad..