JOHOR
SEJARAH DAERAH KULAI
Namun Kulai yang mengambil sempena peristiwa banjir mempunyai kisahnya yang tersendiri. Sebelum tahun 1890 iaitu pada permulaan pada Kulai dibuka asalnya dari Sungai Kulai yang menjadi nadi untuk penduduk tempatan memudahkan para pertaninya untuk membajak tanaman dan menyenangkan kerja mereka. Ketika itu, pembukaan Xin Jie Chang (Pekan Baru) oleh Encik Tan Yook Fong, pentadbir di kawasan itu (juga dikenali sebagai Gan Zhu ) adalah antara orang yang paling awal datang ke Kulai.
Selain dari adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai di dalam daerah Kulai, tiada destinasi pelancungan yang popular dalam daerah ini. Kulai menjadi maju kerana terdapat banyak tanah rancangan FELDA dalam daerah ini yang mula dibuka sejak awal tahun 1960an. Bagaimanapun pentadbiran daerah telah mewujudkan satu konsep baru 'Hutan Bandar' di Kulai yang bakal menggamit penduduk Kulai dan daerah berhampiran untuk melancong, beristirehat dan mendapat pengetahuan tentang ilmu tumbuh-tumbuhan.
Hutan Bandar Kulai
Penubuhan daerah Kulai diwartakan pada 29 Mac 2007 dan pada awalnya dinamakan sebagai daerah Kulaijaya. Perasmian daerah baru ini telah diisytiharkan oleh DYMM Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim pada 21 Jun 2008. Bagaimanapun pada 28 Ogos 2015, Sultan Ibrahim telah menitahkan supaya nama Kulaijaya dikembalikan kepada nama asalnya, Kulai.
Daerah Kulai mempunyai keluasan 753.45 km persegi dan penduduknya berjumlah 329,500 (2020). Pihak berkuasa tempatan di Kulai ialah Majlis Perbandaran Kulai.
Bandar Kulai terletak 29 km dari pusat bandar raya Johor Bahru dan 8 km dari Skudai. Ia terletak di bahagian pertengahan daerah ini. Bandar Kulai serta kebanyakan pekan dalam daerah ini dihubungkan melalui laluan persekutuan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Jalan besar Kulai iaitu laluan Persekutuan menempatkan banyak rumah kedai. Bandar Kulai juga dikelilingi ladang getah dah kelapa sawit.
Kebanyakan penduduk tempatan bergiat dalam sektor pertanian, terutamanya di ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang berniaga secara kecil-kecilan sepanjang jalan besar. Daerah Kulai juga mempunyai antara penempatan FELDA terawal di negeri Johor iaitu Felda Taib Andak. Kulai masih merupakan antara kawasan penanaman kelapa sawit yang paling utama berikutan banyak ladang kelapa sawit di daerah ini. Kulai turut mengeksport sayur-sayuran segar ke Singapura setiap hari.
Keadaan ekonomi di Kulai semakin berkembang berikutan pertambahan kawasan perindustrian baru yang dibina di Kulai dan Senai. Daerah Kulai juga mendapat faedah pelan pembangunan kerana ia berada di dalam kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Di antara lokasi menarik dalam daerah Kulaijaya ialah:
- Hutan Rekreasi Gunung Pulai
- Hutan Bandar Putra Kulai
- Palm Villa Golf & Country Resort
- Orchid Golf & Country Resort
- Pusat Akuarium Nanyang, Ayer Bemban
- Kompleks Membeli-belah IOI Mall.
Terdapat hanya empat buah Mukim dalam daerah Kulaijaya iaitu:
- Mukim Kulai;
- Mukim Senai;
- Mukim Sedenak;
- Mukim Bukit Batu
Pekan-pekan utama/kecil yang terdapat dalam daerah Kulaijaya ialah: Bandar Kulai, Ayer Bemban, Bukit Batu, Kangkar Pulai, Kelapa Sawit, Saleng, Sedenak.Seelong, Senai dan Sengkang
Senai
Nama pekan Senai berasal daripada nama pokok Sinai (atau kesinai atau serinai), iaitu sejenis pokok tempatan yang banyak tumbuh dan membiak di kawasan tersebut pada awal abad ke-20.
Pekan Senai menjadi terkenal dan penting apabila Kerajaan membuat keputusan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa pada tahun 1974 dan dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail atau Senai International Airport.
Senai juga pesat membangun dengan pertumbuhan taman-taman perindustrian elektronik dan berat.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai
Ayer Bemban
Pada zaman dahulu semasa kawasan ini mula diterokai, pokok bemban tumbuh dengan sangat banyak di sepanjang tebing sungai atau kawasan berair di situ. Penduduk asal menggunakan kulit pokok bemban ini untuk aktiviti harian seperti menganyam tikar, bakul, dan raga kerana sifatnya yang liat dan tahan lasak.
Disebabkan ciri fizikal landskapnya yang dipenuhi air dan dikelilingi pokok bemban, para peneroka akhirnya menamakan kawasan ini sebagai Ayer Bemban.
Sedenak
Seperti nama kebanyakan tempat di Malaysia, asal usul nama Pekan Sedenak juga dikaitkan dengan keadaan kawasan persekitaran asalnya, sama ada nama pokok, habitat (binatang/unggas), keadaan tanah atau pun nama orang yang membuka kawasan tersebut. Asal nama Sedenak dikaitkan dengan ayam denak.
Mengikut ceritanya, penduduk asalnya mendapati kawasan itu merupakan tempat ayam denak (ayam hutan) bermain atau berkumpul. Ayam denak adalah ayam hutan yang dijadikan umpan untuk memikat ayam hutan lain.
No comments:
Post a Comment