Friday, July 18, 2025

M 214 : MAHATHIR 100 TAHUN SIRI 2

 


SANAH HILWAH 100
MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 JULAI 1925
10 JULAI 2025

Pada 1 Julai 1981, penulis ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) ke dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ketika itu penulis berusia 21 tahun 7 bulan 10 hari.

Pada 10 Julai 1981, Dr Mahathir bin Mohamad berusia genap 56 tahun.

Pada 16 Julai 1981 Dr Mahathir mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri  Malaysia ke 4 (PM IV) pada usia 56 tahun 6 hari. Penulis berusia 21 tahun 7 bulan 16 hari.

Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir mengundur diri dari jawatan PM IV pada usia 78 tahun 3 bulan 1 hari. Penulis ketika itu berusia 43 tahun 10 bulan 19 hari dan berpangkat Mejar TUDM.

Pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir yang telah berusia 92 tahun 10 bulan 2 hari telah dilantik menjadi PM Malaysia ke 7 (PM VII). Ketika itu penulis berusia 58 tahun 5 bulan 19 hari dan sudah berpangkat Brigedier Jeneral TUDM.

Pada 21 November 2019, penulis bersara dari ATM dalam pangkat Mejar Jeneral TUDM ketika genap usia 60 tahun. Dr Mahathir masih memegang jawatan PM VII dan berusia 94 tahun 4 bulan 12 hari.

Pada 24 Februarri 2020, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM VII pada usia 94 tahun 7 bulan 15 hari.

Hari ini, 10 Julai 2025, Tun Dr Mahathir menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 100.  Hari ini penulis berusia 65 tahun 7 bulan 19 hari.


GELOMBANG MAHATHIR KEDUA

Pada 22 Sep 1970, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj meletakkan jawatan dan seterusnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Timbalannya Tun Abdul Razak bin Hussein di Istana Negara, Kuala Lumpur. Majlis rasmi serah terima tugas berlangsung dengan penuh harmoni.


Pada 14 Januari 1976, Tun Abdul Razak bin Hussein meninggal dunia di London  (semasa menjalani rawatan penyakit leukimia).  Pada 15 Januari 1976, TPM Dato' Seri Hussein bin Onn telah mengangkat sumpah sebagai PM II di hadapan SPB YDPA VI di Istana Negara.


Pada 16 Julai 1981, Tun Hussein bin Dato' Sir Onn telah meletak jawatan atas alasan kesihatan dan menyerahkan tugasnya kepada Timbalannya, Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohamad.  

31 Okt 2003 : Pada 22 Jun 2002, UMNO telah menolak perletakan jawatan PM oleh Dato' Seri Dr Mahathir yang diumumkan ketika membuat ucapan penutup Persidangan Agong UMNO.  Mahathir bagaimanapun bersetuju pengundurannya ditangguhkan selama 18 bulan. Sebagaimana yang telah dirancang dan disusun, pada 31 Oktober 2003, Mahathir menyerahkan jawatan dan tugasnya sebagai Perdana Menteri kepada Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.


21 Mac 2004 : PRU ke 11 - Barisan Nasional menang besar, Dato' Seri Abdullah Badawi mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke 5 di hadapan YDPA 12. Dato' Seri Mohd Najib dilantik menjadi TPM ke 9.

Di peringkat awal pentadbiran Abdullah, Mahathir sangat supportive malah turut berbangga dengan peningata kerusi Barisan Nasional dalam PRU ke 10 tahun 2004. Hubungan Mahathir dengan Abdullah (Pak Lah) mula menampakkan kerenggangan apabila Pak Lah membatalkan tiga projek besar yang telah dipersetujui semasa Mahathir menjadi PM. iaitu: Projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor; Penjualan MV Agusta oleh Proton; dan pembinaan rel keretapi berkembar dari JB ke KL. Pak Lah juga telah menamatkan tugas CEO Proton (Tengku Mahaleel) yang diketahui orang kepercayaan Mahathir dan banyak meluluskan permit import (AP) kereta asing yang menjejaskan pasaran Proton.

8 Mac 2008 :  PRU ke 12 - BN mengalami kemerosotan besar dan kehilangan 4 buah negeri lagi (peringkat DUN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; menjadikan lima negeri termasuk Kelantan yang telah dikuasai PAS sejak 1990.

19 Mei 2008 : Mahathir keluar UMNO. Selepas PRU XI, serangan Mahathir ke atas kelemahan kepimpinan Pak Lah semakin keras sehingga menyentuh hal peribadi dan kemuncak perselisihan ini ialah tindakan  Mahathir keluar dari UMNO. Kekalahan ini serta meningkatnya penentangan dari dalam UMNO ke atas Pak Lah menyebabkan beliau bersetuju untuk mengundurkan diri secara hormat.

3 April 2009 :  Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan PM kepada Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mengangkat jumpah jawatan di hadapan YDPA XIII. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin dilantik menjadi TPM ke 10.

Tun Dr Mahathir kembali menyertai UMNO sebaik sahaja Najib dilantik menjadi PM VI.  Walaupun Najib pernah menyertai Kem Tengku Razaleigh semasa berlaku pertandingan jawatan Presiden UMNO tahun 1987. Namun di saat akhir beliau kembali ke Kem Mahathir. Malah (dikatakan) semasa Pak Lah mahu menamakan Muhyiddin Yassin sebagaii TPM pada tahun 2003, Mahathir tidak bersetuju dan meminta Abdullah melantik Najib.

SKANDAL 1MDB DAN KEBANGKITAN SEMULA MAHATHIR

23 April 2013 : PRU ke 13 - BN mengekalkan kuasanya. Dato' Sri Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai PM di hadapan YDPA XIV.  Muhyiddin kekal sebagai TPM.

Lima tahun pertama di bawah pentadbiran Najib (2009 - 2014), Mahathir tidak menunjukkan apa-apa reaksi negatif. Namun segala-galanya berubah apabila timbul isu atau Skandal 1MDB (menanggung hutang RM42 bilion) - diikuti dengan pelbagai pemdedahan berkaitan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa - yang turut dikaitan dengan isteri PM (Rosmah Mansor). Mahathir juga amat marah dengan pentadbiran Najb yang berpegang kepada prinsip CASH IS KING.

Mahathir mula melancarkan perang ke atas Najib pada tahun 2015 - jauh lebih berat dari penentangannya terdahulu ke atas Pak Lah. Beliau berulang kali mendesak Najib mengundur diri. 

28 Jul 2015 : Najib membuat rombakan kabinet dengan menggugurkan Muhyiddin Yassin dari jawatan TPM (pertentangan berkaitan isu 1MDB). Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah dilantik menjadi TPM ke 11.

30 Ogos 2015 :  Mahathir turut menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 (gerakan NGO pimpinan: Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenevasan dan A.Samad Said), salah satu objektifnya untuk mendesak perletakan jawatan Najib.
 
26 Feb 2016 : Mahathir sekali lagi mengisytiharkan diri keluar dari UMNO.  lagi. Mahathir turut menyertai kempen-kempen parti pembangkang (khususnya Pakatan Harapan) yang sekata mengenai isu Skandal 1MDB.

26 Feb 2016 :  Muhyiddin dipecat keahlian dari UMNO (bersama Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir) kerana lantang menyokong Mahathir dalam usaha membongkar skandal 1MDB.

8 Sep 2016 : Mahathir bersama Muhyiddin telah menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU).

14 Mac 2017 : PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) yang sedia dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN. Walaupun PPBM baru menyertai PH, Mahathir telah diberi kepercayaan untuk memimpin pakatan ini untuk menumbangkan BN dalam PRU akan datang.

8 Jan 2018 :  Tun Dr Mahathir telah dinamakan sebagai calon PERDANA MENTERI sekiranya PH memenangi PRU ke 14.

Selain manifesto, antara persepakatan yang dicapai oleh barisan kepimpinan PH jika menang PRU 14 ialah: MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM dan seterusnya menyusun pelan penggantian PM dari Mahathir kepada Anwar dalam tempoh dua tahun sebelum PRU ke 15.

BARISAN NASIONAL TUMBANG

9 Mei 2018 : PRU ke 14 - Sejarah tercipta di Malaysia, BN yang telah berkuasa sejak tahun 1955 tumbang ditewaskan oleh PH pimpinan Mahathir. Tun Dr Mahathir yang memenangi kerusi Parlimen Langkawi. Di peringkat Negeri (DUN) PH menubuhkan Kerajaan di Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan dan Terengganu manakala BN hanya mampu bertahan di Pahang, Melaka dan Perlis.

10 Mei 2018 : Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 di hadapan YDPA XV. 


Nota: Mahathir memecah rekod sebagai PM tertua di dunia yang menyandang jawatan ketikaberusia 92 tahun 10 bulan.

12 Mei 2018 : Mahathir membuat pengumuman pertama tiga orang Menteri dalam kabinet baharunya, iaitu: Lim Guan Eng (Kewangan), Muhyiddin Yasin (Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Pertahanan). 

12 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan keanggotaan Majlis Orang Penting (Council of Eminent Person) yang dibentuk sebagai Lembaga Penasihat Kerajaan: 
  • Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia
  • Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Tan Sri Hassan Marican, bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
  • Tan Sri Robert Kuok, jutawan Malaysia berpangkalan di Hong Kong
  • Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, ahli ekonomi terkemuka
12 Mei 2018 :  Mahathir mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Najib dan isterinya Rosmah selepas Kerajaan menerima banyak aduan berkaitan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Najib. Mahathir juga mengarahkan PDRM untuk menghapuskan larangan pendedahan laporan 1MDB (sebelum ini Najib meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

15 Mei 2018 : (tarikh berbeza - bukan sekali gus) Beberapa penjawat awam jawatan utama negara telah diarahkan sama ada bercuti atau dipendekkan kontrak atau ditukarkan serta merta atau sukarela meletak jawatan kerana didakwa berkerjasama atau membantu Najib untuk menutup Skandal 1MDB:
  • Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali;
  • Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah; 
  • Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad; 
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar;
  • Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi; dan
  • Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Puan Suryati binti Ibrahim.

16 Mei 2018 : Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh dari YDPA XV. Langkah PERTAMA laluan Anwar ke kerusi PM.

21 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan barisan kabinetnya (13 Menteri) dan Datuk Seri Wan Azizah bin Wan Ismail (Presiden PKR) dilantik menjadi TPM ke 12 merngkap Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga - mengangkat  sumpah jawatan di Istana Negara. 

21 Mei 2018 : Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Siasatan 1MDB.

28 Mei 2018 : Mahathir telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta. Ia diumumkan sebelum perbincangan mengenainya dibuat di kabinet.

30 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Negara sebagai simbolik sokongan rakyat untuk memulihkan ekonomi akibat hutang dalam skandal 1MDB.

1 Jun 2018 : Mahathir memansuhkan GST.

11/12 Jun 2018 :  Mahathir telah berucap dalam Persidangan Antarabangsa Masa Hadapan Asia ke-24 di Jepun. 

2 Julai 2018 : Mahathir mengumumkan senarai 13 lagi nama Menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDPA V di Istana Negara.

3 Julai 2018 :  Najib ditahan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur. Penahanan beliau itu berhubung siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB. Sehari selepas itu, Najib didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta, di sini, berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau daripada SRC International.  Daripada kalangan enam bekas perdana menteri Malaysia, Najib merupakan yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

10 Julai 2018 : Mahathir meraikah ulang tahun kelahirannya ke-93.

12 Sep 2018 : Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Port Dickson, Laksamana Muda Datuk Danyal Balagopal bin Abdullah  (B)mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Langkah KEDUA laluan Anwar ke kerusi PM.

16 Sep 2018 : Mahathir memberikan jaminan untuk mengembalikan status RAKAN SEKUTU kepada Sabah dan Sarawak.

13 Okt 2018 : Anwar Ibrahim memenangi PRK kerusi Parlimen Port Dickson. PH (PKR) mengekalkan kerusi.

Nov 2018 : Pada awal November 2018, Mahathir menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-33 di Singapura dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Port Moresby, Papua Niugini. 

13 Nov 2018 : Jabatan Keadilan AS (DoJ) akan mengembalikan wang yang diseleweng daripada 1MDB dianggarkan bernilai USD4.5 bilion - merangkumi wang yang diperoleh bank pelaburan AS, Goldman Sachs menerusi penerbitan bon.

6 Jan 2019 :  YDP Agong XV, Sultan Muhammad V meletak jawatan - selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. Tugas YDPA dipangku oleh Timbalan YDPA, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, DYMM Paduka Seri Sultan Perak.

31 Jan 2019 : KDYMM Sultan Pahang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai YDPA XVI. Sultan Perak dilantik sekali lagi sebagai Timbalan YDPA.

19 Jan 2020 : Perasmian Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

26 Jan 2019 : PRK kerusi Parlimen Cameron Highland yang kosong pada 1 Dis 2018 kerana kemenangan calon BN (Sivarrajah -MIC) dibatalkan oleh Mahkamah kerana kesalahan rasuah pilihanraya. Calon BN (UMNO), Dato' Ramli bin Mohd Nor menang - BN mengekalkan kerusi ini.

April 2019 :  Majalah Time menyenaraikan Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di dunia tahun 2019. 

18 April 2019 :  Majlis pelancaran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Mahathir yakin bahawa Malaysia mampu memanfaatkan teknologi 5G dalam masa tiga tahun - menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP).  Sebelum ini, Pasukan Petugas 5G Kebangsaan telah ditubuhkan pada November 2018 untuk mengenal pasti potensi kegunaan 5G, membincangkan halangan untuk menggunakan teknologi baharu ini dan menyediakan idea dan penyelesaian untuk pelaksanaan 5G di dalam negara ini.

11 Mei 2019 : PRK kerusi Parlimen Sandakan yang kosong pada  28 Mac 2019 kerana penyandangnya Datuk Stephen Wong (DAP) meninggal dunia. Calon DAP, Vivian Wong Shi Yee menang - DAP mengekalkan kerusi ini.

16 Nov 2019 : PRK kerusi Parlimen Sandakan yang kosong pada  21 Sep 2019 kerana penyandangnya Datuk Dr Mohd Farid bin Rafik (BERSATU) meninggal dunia. Calon BN (MCA), Dato' Wee Jeck Seng menang - BERSATU hilang satu kerusi manakala kedudukan BN di Parlimen bertambah satu kerusi.

18 Jan 2020 : PRK kerusi Parlimen Kimanis (Sabah) yang kosong pada  2 Dis 2019 kerana Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membatalkan kemenangan penyandangnya Datuk Anifah bin  Aman (BN -UMNO) kerana bilangan undi yang tidak sah. Calon BN (UMNO), Mohamad bin Alamin menang - BN mengekalkan kerusi ini.

PELETAKAN JAWATAN 

Mahathir tidak dapat melaksanakan peranannya sebagai Perdana Menteri dengan berkesan kerana pengaruh DAP yang kuat yang banyak mengenepikan kepentingan orang Melayu. Sokongan orang Melayu semakin menurun. Pada masa yang sama, Mahathir menerima tekanan dari Ahli Parlimen penyokong Anwar yang mendesak supaya beliau segera menyusun peralihan kuasa kepada Anwar. Terdapat juga Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Azmin Ali yang kuat menyokong Mahathir.

Mahathir menyedari bahawa beliau telah kehilangan sokongan dari kalangan Ahli Parlimen PH yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM.

Di luar Kerajaan (PH), BN telah berkerjasama dengan PAS dan membentuk Muafakat Nasional (MN) dan mereka mula mendapat kembali sokongan pengundi Melayu (dibuktikan dengan kemenangan kerusi Cameron Highland, Tg Piai dan Kimanis. Namun MN bukanlah pakatan politik yang berdaftar - hanya satu pelantar kerjasama.

24 Feb 2020 :  Mahathir mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan membubarkan kabinet. Mahathir juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pada tarikh yang sama, Presiden dan Pemangku Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa parti tersebut keluar dari gabungan Pakatan Harapan. Tempoh Mahathir menyandang jawatan sebagai PM ke 7 ialah 1 tahun 9 bulan 15 hari.

YDP Agong XVI telah menerima peletakan jawatan Mahathir, tetapi baginda melantik beliau semula untuk memegang jawatan dalam interim sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

1 Mac 2020 :  Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dilantik dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan di hadapan Pemangku YDPA, Sultan Nazrin Shah.


KEMELUT POLiTIK BERPANJANGAN

Bermula dari perletakan jawatan Tun Dr Mahathir pada 24 Feb 2020, politik Malaysia tidak pernah tenang sehinggi kini. Sesiapa sahaja yang menduduki kerusi PM tidak pernah tenang dari gangguan musuh politiknya.

12 Ogos 2020 : Mahathir bersama beberapa Ahli Parlimen penyokong setianya menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan beliau dilantik menjadi Pengerusinya.

8 Jul 2021 : Pendaftaran PEJUANG diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan. PEJUANG menyertai sebuah lagi gabungan parti-parti kecil pro-Melayu yang dinamakan Gerakan Tanah Air (GTA). GTA ini kemudiannya menyertai PRU 15 namun kalah teruk, gagal memenangi sebarang kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau pun DUN.


Perlantikan Muhyiddin sebagai PM berasaskan sokongan majoriti tipis Ahli Dewan Rakyat iaitu 115 daripada 144 iaitu kelebihan hanya 8 undi majoriti. Muhyiddin mendapat sokongan sebahagian besar Ahli Parlimen BERSATU, BN, PAS, GPS dan GRS serta beberapa ahli parti kecil dan ahli Bebas.

16 Ogos 2021 : Seramai 15 dari 54 ahli Parlimen UMNO (BN) yang diketuai oleh Presidennya Ahmad Zahid Hamidi telah menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin menyebabkan beliau kehilangan sokongan majoriti di Parlimen dan beliau terpaksa meletak jawatan. Muhyiddin hanya menduduki kerusi PM selama 1 tahun 5 bulan dan 15 hari sahaja.

21 Ogos 2021 : Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri ke 9 setelah mendapat undian sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat iaitu 114 berbanding 108 - kelebihan 7 undi sahaja. Pentadbiran Ismail Sabri sentiasa dibayangi gangguan dari partinya sendiri UMNO kerana beliau adalah pemimpin ketiga terkanan selepas Presiden (ada kes mahkamah) dan Timbalan Presiden (bukan Ahli Parlimen). Atas himpitan itu, beliau telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. Beliau hanya menjadi PM selama 1 tahun 1 bulan 20 hari. Setakat ini adalah rekod PM tersingkat dalam sejarah Malaysia.

10 Okt 2022PARLIMEN PENGGAL KE 14 DIBUBARKAN.

MAKA, tamatlah episod peranan Tun Dr Mahathir dalam landskap perdana politik Malaysia. Naun, MAHATHIR tetap MAHATHIR. ketika usianya memasuki gerbang 100 tahun, beliau tetap aktif dan mengambil berat terhadap perkembangan politik tanah air.

PENGHORMATAN DAN PENGIKTIRAFAN
(hingga 2012 sahaja)

ANUGERAH ISTANA MALAYSIA

1.    31 Ogos 1965 : Pingat Perak, Hari Malaysia Kedua
2.    8 Jun 1977 : Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) - membawa gelaran Dato' Seri
3.    24 Okt1977 : Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Seri
4.    8 Mac 1978 : Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' : dipulangkan pada 11 Dis 2017.
5.    29 Okt 1979 : Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
6.    30 Jun 1980 : Dato Patinggi Bintang Kenyalang, 
Sarawak (DP) - Datuk Patinggi
7.    15 Jul.1981 : Darjah Utama Pangkuan Negeri , P. Pinang (DUPN) Datuk
8.    15 Ogos 1981 : Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) -Dato' Seri Utama
9.    10 Sep 1981 : Seri Panglima Darjah Kinabalu, Sabah (SPDK) - Datuk Seri Panglima
10.  15 Sep 1981 : Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) - Dato' Seri
11.  28 Apr 1982 : Seri Setia Sultan Mahmud Trengganu (SSMT) -Dato' Seri
12.  17 Ogos 1982 : Darjah Kerabat (Negeri Sembilan) (DKNS)
13.  14 Dis 1982 : Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Datuk Seri Utama
14.  17 Jan 1985 : Pingat  Ibrahim Sultan (PIS)(Kelas Pertama) Johor
15.  17 Jan 1988 : Darjah Utama Kedah (DUK)
16.  Apr 1989 : Darjah Kerabat (Kelas Pertama) Johor - DK I (Johor)
17.  1995 : Darjah Kerbat Jamalullail, Perlis - DK (Perlis)
18.  12 Apr 2002 : Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan - DK (Kelantan)
19.  19 Jan 2003 : Darjah Kerabat Kedah - DK (Kedah)
20.  22 Jul 2003 : Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) - Pehin
21.  29 Sep 2003 : Darjah Kerabat (Kelas Pertama) Selangor - DK (Selangor) : dipulangkan pada 11 Dis 2017.
22.  31 Okt 2003 : Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) - Tun
23.  1 Feb 2008 : Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah SUMW) - Datuk Seri


ANUGERAH KERAJAAN ASING

1.    23 Ogos 1981 : Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most Exalted
Order of The White Elephant dari Thailand
2.    9 Ogos 1983 : Pingat Grand Gwang Hwa dari Presiden Korea Selatan
3.    22 Mac 1984 : Nishan-I-Quoid-I-Azam dari Pakistan
4.    18 Dis 1984 : Highest Award-Grand Cross of National Order dari Mali
5.    6 Feb.1987 : Bintang Maha Petra Adi Purna dari Indonesia
6.    1 Ogos 1990 : The Order of Liberator dari Kerajaan Venezeula
7.    21 Jun 1991 : The Order of the Merit of Chile dari Kerajaan Chile
8.    2 Jul 1991 :  The Order of St Martin dari Kerajaan Argentina
9.    Sep.1991 : The Order of the Aztec Eagle Award dari Kerajaan Mexico
10.  30 Sep 1991 : Grand Cordon of the Order of the Rising Sun, Maharaja Akihito dari Jepun
11.  11 Mac 1996 :  The Commander Grand Cross of the Royal Order of the Polar
Star, King Gustaf dari Sweden
12.  19 Apr.1996 : The Dragon of Bosnia dari Kerajaan Bosnia-Herzegovina
13.  Jun 1996 : Anugerah Jawaharlal Nehru dari Kerajaan India
14.  2 Jul 1996 : Knight Commander dari Presiden Uruguay
15.  14 Jan 1997 : Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dari Arab Saudi
16.  6 Apr 1997 : Anugerah Mubarak al-Kabir dari Kuwait
17.  8 Apr 1997 : Anugerah Ahmad Al-Fatah dari Bahrain
18.  16 Jun 1997 : Anugerah Wisha-Al-Akbar dari Lebanon
19.  Sep 1997 : Anugerah Jose-Marti dari Majlis Kerajaan Cuba
20.  3 Ogos 1998 : Commandeur de la Grande Etoilei dari Presiden Djibouti
21.  1 Mac 2002 : The Grand Cross of the Order of Merit of the Republic of Poland
22.  5 Ogos 2003 : Order Drusby Friendship dari Rusia


ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT 

1.    11 Sep 1997 :  Honorary Doctor in Humanities dari National University of 
Mongolia.
2.    9 Mei 1998 : Honorary Doctor of Litteriture dari Universiti Al-Azhar
3.    7 Jun 2001 : Honorary Doctor dari University of Meiji, Jepun
4.    4 Dis 2003 : Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan dan Kejuruteraan,
Universiti Teknologi Malaysia
5.    15 Jan 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Universiti Islam Antarabangsa
6.    30 Jan 2004 Ijazah Kehormat Doktor Pemikiran Islam, Universiti Malaya
7.    Feb 2004 Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang ekonomi pembangunan,
Universiti Padjadjaran, Indonesia
8.    1 Apr 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan dan Teknologi,
Universiti Teknologi Petronas
9.    15 Apr.2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan Kerajaan,
Universiti Teknologi Mara
10.  21 Apr 2004 : Ijazah Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti
Tsinghua, China
11.  30 Apr 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
12.  2 Jun 2004 : Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Keio, Jepun
13.  15 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan,
Universiti Utara Malaysia
14.  17 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra Malaysia
15.  25 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan, Universiti
Multimedia Malaysia
16.  24 Ogos 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan Pembangunan
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
17.  4 Sep 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Hamdard University, Pakistan
18.  2 Okt 2004 : Ijazah Doktor Kehormat (Kajian Pembangunan), Universiti
Malaysia Sarawak
19.  12 Mac 2005 : Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti Islam
Antarabangsa Islamabad, Pakistan
20.  13 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan,
Universiti Kuala Lumpur
21.  27 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
22.  28 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Universiti Tunku Abdul Rahman
23.  17 Apr 2005 : Ijazah Doktor Kehormat Teknologi Kejuruteraan, Universiti
Kuala Lumpur
24.  26 Dis 2008 : Ijazah Doktor Kehormat, Universiti Aden, Yemen
25.  8 Jun 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan, Universiti Teknologi
Kreatif LimKokWing (LUCT)
26.  19 Ogos 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Perubatan, Universiti Perubatan Antarabangsa
27.  3 Okt 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan dan
Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
28.  24 Sep 2010 : Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran
Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
29.  17 Mac 2011 : Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis
30.  1 Okt 2011 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Malaysia Terengganu
31.  3 Okt 2011 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran Awam),
Universiti Islam Yala, Thailand
32.  27 Jan 2012 : Ijazah Doktor kehormat Sains Politik, Universiti Naresuan, Thailand
33.  17 Mei 2012 : Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif, Universiti
Malaysia Pahang


ANUGERAH FELLOWSHIP (DAN KEHORMAT)

1.    Jun 1991 : Fellow Kehormat, Institut Pengarah Malaysia
2.    14 Ogos 1991 : Paul Harris Fellowship, Rotary International
3.    Okt 1991 : Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons, Ireland
4.    6 Okt 1991 : Fellow of the Royal College of Physicians, Ireland
5.    2 Ogo 1996 : Fellow Kehormat, Akademi Sains Malaysia
6.    24 Nov 1997 : Fellows of the Royal College of Physicians of Edinburgh
7.    20 Apr 1998 : Honorary Fellowship Kof Chartered Institute of
Marketing, United Kingdom
8.    22 Okt.2003 : Anugerah Felow Kehormat, Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean
9.    17 Apr.2004 : Anugerah Felow Kehormat Tertinggi, Institut Jurutera Malaysia
1 Dis.2004 Grand Fellow Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur
20 Mac 2005 Felo Kehormat, Institut Kelautan Malaysia (IKMAL)

PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN  DAN KEPIMPINAN

1.    18 Feb 1983 : Lions Clubs International `Head of State' Humanitarian
Service- Dadah Abuse
2.    28 Nov 1984 : First Master Builders Gold Medal
3.    20 Mei 1991 : The Farther of Human Resources Development Workers
4.    5 Nov 1999 : Penerima pertama Anugerah Presiden dari Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
5.    31 Dis 1999 : Rotary Man of The Millenium oleh Rotary International District 3300
6.    21 Dis 2003 : Diisytiharkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
7.  27 Mac 2012 : Anugerah Tokoh Pereka Negara, Majlis Rekabentuk Malaysia
8.  26 Jun 2012 : Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat JEC Asoa 2012


ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN LAIN (MALAYSIA)

1.    20 Mei 1985 : Bapa Pembangunan Moden, Umno Bahagian Pasir Salak
2.    29 Ogos 1987 : Anugerah Emas MIC
3.    Sep 1991 : Wira Nusa Raya, UMNO Sabah
4.    15 Apr 1992 : Warga Terhormat Negeri Melaka
5.    5 Mei 1992 : Arkitek Pemodenan Malaysia, Majlis Belia Malaysia
6.    Jan 1993 : Ahli Kehormat, Institut Arkitek Landskap Malaysia
7.    5 Dis 1996 : Anugerah Cemerlang Diraja, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis
8.    Mei 1989 : Honorary Award of Freedom of the Worshipful Company of Carpenters
9.   3 Nov 1999 :  Pingat Emas, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
5 Mei 2001 Anugerah Beret Hijau Kehormat, oleh Rejimen Gerak Khas
10.  31 Jan 2003 : Diisyhtiharkan sebagai Bapa Permodalan Nasional Berhad
(PNB)
11.  11 Mac 2004 : Anugerah Mahaputra, daripada Universiti Utara Malaysia
12.  3 Okt 2004 : Anugerah Pemikir 2003/2004, Lembaga Amanah Minda
26 Mei 2005 : Adams Peak Award, Majlis Masyarakat Islam Sri Lanka
25 Jul.2005 : Tokoh Perdana Buku Negara 2005
6 Ogo.2005 : Anugerah Sains dan Teknologi, Persatuan Saintifik Malaysia
8 Sep.2005 : Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, majalah Malaysia Tatler
20 Mei 2006 : Anugerah 'Minda Agung', Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk
Malaysia (MINDS)
26 Jul.2009 :  'Collegian of the Century', Kolej Sultan Abdul Hamid
5 Nov.2009 : Tokoh Takaful 2009, daripada Persatuan Takaful Malaysia
27 Mac 2010 : Bintang Pribumi Perkasa Negara, oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia
27 Feb 2011 : Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
21 Jun 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, sempena Anugerah
Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011
18 Nov 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT oleh Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom)
14 Dis 2011 : Ahli Kehormat Seumur Hidup Kolej WIT.


ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN LAIN (LUAR NEGARA)

1.    Jul 1993 : Honorary Citizen, Tirana City
2.    17 Mac 1998 : Anugerah Atsumi-Persekutuan Antarabangsa
Persatuan-Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat
3.    4 Jan 1999 : Anugerah Keamanan U Thant oleh pemimpin keamanan
antarabangsa, Sri Chinmoy
4.    2 Sep 2000 : Anugerah Kecemerlangan `Lifetime Achievement Award 2000',
daripada America Finance House-Lariba
5.    10 Sep 2001 : Anugerah Pencapaian Milenium Asean, daripada Forum Perniagaan Asean
6.    17 Sep 2003 : Anugerah `Duta Keamanan', oleh Persekutuan Antara Agama
dan Antarabangsa Bagi Keamanan
7.    21 Feb 2005 : Anugerah Pencapaian Sahabat Islam, London
8.    30 Nov 2005 : Hadiah Antarabangsa Gaddafi mengenai Hak Asasi Manusia, Libya
9.    19 Nov 2006 : Mother Teresa Memorial International Award for Social Justice, India
10.  30 Jun 2008 : Anugerah 'BrandLaureate Hall of Fame', Asia Pacific Brands
Foundation
11.  16 Dis 2009 : Anugerah Keamanan Global, Yayasan Ramadhan, United Kingdom




https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/arkib-memorial/info-galeri/kompleks-rumah-kelahiran-tun-dr-mahathir-mohammad
https://umno-online.my/presiden/mahathir/

No comments:

Post a Comment