INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA
Penulis menonton ceramah yang disampaikan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik, UKM dalam program Continuous Professional Development Program (CPD) anjuran Cawangan Sumber Manusia (CSM) Tentera Darat di Auditorium Wisma Pertahanan sempena dengan Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2025.
Ceramah beliau bertajuk ATM dan Masyarakat Multietnik: Mendamaikan Kepelbagaian, Menyemai Keamanan” telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik (KITA), UKM
Walaupun dalam ceramahnya selama sejam, tidak banyak isu berkaitan peranan ATM, namun dalam satu jam pertama ceramah beliau diisi dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah dapat diatasi untuk membentuk masyarakat Malaysia sejak negara Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.
Antara esen ceramah Prof Datuk Dr Teo ialah:
(1) Contoh asimilasi sebenar di Malaysia - komuniti peranakan - peranakan China (Baba Nyonya) dan Chettiar (Cheti) di Melaka, peranakan Cina Kampung di Kelantan dan Terengganu, Malabari (Mamak) di Pulau Pinang serta keturunan Arab. Mereka mengekalkan identiti keturunan asal mereka sebagai keturunan China, India dan Arab tetapi telah mengamalkan bahasa dan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.
(2) Integrasi kaum di Malaysia terlalu ringan atau diambil mudah oleh pemerintah dan juga rakyat. Sejak negara mencapai kemerdekaan, kita masih gagal untuk merealisasikan hasrat tersebut, malah masih terlalu jauh untuk dicapai. Masih rakyat Malaysia (bukan Melayu) sama ada di bandar atau di kampung yang masih tidak mampu menguasai bahasa Melayu malah ada yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi). Jauh sekali untuk memahami, menerima dan mengamalkan budaya Melayu. Kenapa ia gagal? Dalam proses untuk merealisasikan integrasi kaum di Malaysia, orang Melayu dengan hati terbuka (walaupun amat berat) telah melangsaikan obligasinya dengan memberi kerakyatan kepada pendatang China dan India. Bagaimanapun, orang Cina (khususnya)masih gagal memenuhi obligasi dari aspek bahasa dan budaya. Pemimpin masyarakat/politik China faham dan tahu tetapi mereka enggan atau mengelak untuk mengatasi masalah obligasi China ini kerana takut kehilangan sokongan.
(3) Kontrak sosial atau Perjanjian Etnik 1955 antara orang Melayu-Cina-India yang dipersetujui sebagai syarat untuk kemerdekaan Tanah Melayu: Orang Melayu bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum pendatang Cina dan India (yang sepatutnya dibawa pulang oleh British ke negara asal) dan terus tinggal di Tanah Melayu dengan syarat-syarat menerima 4 perkara berikut: (a) Agama Islam adalah agama Persekutuan; (b) Bahasa Melayu sebagai bahasa negara; (c) kedudukan istimewa Orang Melayu/Peribumi (bukan hak istimewa); dan (d) kedaulatan Raja-Raja Melayu.
(4) Integrasi kaum di Malaysia masih rendah, sekadar bersifat sosial sahaja atau tahap psikologi masih rendah atau pergaulan terhad. Setelah 70 tahun merdeka, hubungan antara kaum masih di tahap "kenal Cina". Defisit kepercayaan masih tinggi, sikap atau perasaan curiga mencurigai masih tebal di antara Melayu-Cina-India. Perjuangan berkaitan bangsa dan agama dianggap sebagai 3D (Dangerous, Difficult & Dirty). Integrasi mestilah secara integratif dan bersungguh bukan instrumental
(5) Anika kepelbagaian (super diversity) iaitu pertambahan pelbagai nasionaliti dan kerakyatan- dengan kehadiran orang asing menjadikan konfik antara kaum tambah bercelaru. Proses globalisasi melibatkan: (a) migran ekonomi sama secara sah (ada permit kerja) dan secara haram; dan (b) pelarian/ mencari suaka politik dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Rohingya, Filipina, India, China, Timor Tengah, Myanmar, Vietnam, Afrika dll semakin meningkat - melahirkan lebih banyak ragam. Ia memberi impikasi (buruk) sosialnya kepada ketenteraman awam, keselamatan negara, pekerjaan, perumahan, pendidikan, kesihatan (batuk kering) dan budaya. Perimbangan antara asing dan tempatan telah mewujudkan mini population - implikasinya mengancam penduduk tempatan; (a) membawa konflik seperti jenayah, rusuhan, kesesakan pusat tahanan dan kes lolos dari tahanan; dan (b) mengancam peluang pekerjaan/perniagaan orang tempatan. Implikasi positif kepada pendatang asing ialah mereka membekalkan tenaga kerja kasar yang murah.
(6) Cari penyelesaian anika kepelbagaian - (tiada kawalan dari kita) - hentikan punca pelarian- penindasan, kemiskinan - peranan pemimpin - tiada rasa bangga dengan negara/bahasa sendiri- kemahuan masih belum ada malah makin menghilang - tiada usaha untuk membantu/menyokong usaha - lebih kepada mahu sama rata.
(7) Peranan ATM (penjawat awam) adalah menyokong dasar awam bagi memastikan dasar kerajaan berfungsi sebaik-baiknya termasuk integrasi kaum. ATM juga berperanan sebagai pemudah cara sepanjang waktu kerana ATM kekal walau siapa pun memerintah (menjadi Kerajaan). Fungsi ATM adalah memastikan keselamatan: (a) mengekalkan law and order ; (b) membekalkan maklumat utama/penting (melalui MDIO); (c) memainkan peranan besar dalam membuat dasar dan keputusan berkaitan keselamatan negara; dan terlibat dalam tugas peacekeeping.
Setelah mendengar dan menghayati ceramah Prof Datuk Dr Teo, penulis membuat hipotesis berikut:
"KERAJAAN MALAYSIA YANG DIBERI AMANAH UNTUK MENTADBIR NEGARA INI TIDAK PERNAH SERIUS MALAH 'GAGAL' DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA YANG HARMONI".
"KERAJAAN MALAYSIA YANG DIBERI AMANAH UNTUK MENTADBIR NEGARA INI TIDAK PERNAH SERIUS MALAH 'GAGAL' DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA YANG HARMONI".
POLITIK PUNCA PERPECAHAN
gggg
DALAM PROSES PENULISAN...
No comments:
Post a Comment