Saturday, March 10, 2018

M 179 SANUSI JUNID DALAM KENANGAN


BELASUNGKAWA SANUSI JUNID

Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA

Sanusi Junid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Kedah ketujuh, Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia di kediamannya, Subuh tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Akramsyah Sanusi ketika dihubungi sebentar tadi.

Sementara itu, perkara berkenaan turut disahkan oleh bekas setiausaha akhbarnya Aziman Hasan ketika dihubungi Bernama, yang memaklumkan Sanusi, 75, meninggal dunia sebelum Subuh.

Tanpa mendedahkan punca Sanusi meninggal dunia, Aziman berkata jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham pernah menjadi Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada 1981 dan Menteri Pertanian pada 1986 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Kedah pada 1996 hingga 1999. - BERNAMA


SANUSI
INSAN KREATIF


Sanusi bin Junid adalah salah satu insan istimewa dalam scenario politik Tanah air kita, Malaysia. Mantan Menteri Kabinet Persekutuan, mantan Menteri Besar Kedah, mantan Banker, mantan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Dilahirkan semasa Negara dalam keperitan zaman pemerintahan Jepun, dan ketika Negara mencapai kemerdekaan, Sanusi baru berusia 14 tahun. Tergolong sebagai pelajar yang bijak kerana terpilih untuk belajar di MCKK.

 Semasa Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sanusi mula menjadi ahli UMNO dan terus membina kerjaya politiknya dengan cemerlang.

 Seumur hidupku, hanya sekali sahaja mendengar ucapan Sanusi secara life, iaitu semasa beliau menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Perayaan Kemerdekaan Tahun 1991. Ketika itu aku berpangkat Kapten dan berpeluang menjadi Ketua Flait Perbarisan anggota TUDM. Beliau memberi komen ke atas persembahan perbarisan di akhir raptai.

 Sepanjang kerjayanya (setakat yang aku ketahui) beliau banyak melontarkan pelbagai idea pelik untuk dilaksanakan. Kadangkala ia menjadi bahan ketawa oleh orang ramai. Antaranya ialah:

 1.     Menanam padi di atas bumbung.

 2.     University of Tomorrow di Langkawi.

 3.     Kampung Buku di Langkawi.

 4.     Kempen Minum Air Kelapa Muda.

 5.     Taman Pertanian Bukit Cerakah (Shah Alam)- rumah 4 musim.

 6.     Kempen Mengurat Isteri.

 7.     Kempen Cabut Uban Suami.

8.     Pentandingan Ratu Cantik Haiwan.

 Pemikiran Sanusi agak ke depan seperti juga Dr Mahathir. Itu yang menyebabkan ia sukar diterima oleh orang sekelilingnya. Mahathir lebih Berjaya kerana, Sanusi tidak pandai cari laluan alternative untuk mengelirukan musuhnya. Tapi Mahathir mempunyai keistimewaan yang sukar ditandingi. Beliau amat bijak dan licin dalam membina laluan yang tidak disangka oleh kawan dan lawan.

Bagaimanapun Almarhum Sanusi tetap mempunyai legasi tersendiri dalam pencapaian kerjayanya dalam politik Malaysia.



RIWAYAT HIDUP

Sanusi bin Junid dilahirkan di Yan, Kedah, pada 10 Julai 1943. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Yan (1950-1953); Ibrahim School Sungai Petani (1954-1956); di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1957-1963);

Setelah menamatkan pelajaran menengah di MCKK beliau melanjutkan pengajian ke Berlitz School of Languages, City of London College, London School of Economics, dan seterusnya mendalami ilmu perbankan di Hamburg University of West Germany for Associateship of the Institute of Bankers (London).

Selain dari itu, Sanusi memperoleh Sijil dalam Dagangan Asing dan Pertukaran Asing dari Institute of Export, London.

Karier Sanusi bermula sebagai pegawai pelatih di Standard Chartered Bank, Seremban, pada 1963 sebelum dilantik menjadi Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank pada 1971. Kerjaya Sanusi dalam bidang perbankan semakin berkembang apabila dilantik sebagai Pengarah Bank Simpanan Nasional dan Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd pada 1975. Dua tahun kemudian, beliau dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn Bhd dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn Bhd. Beliau juga adalah pengasas dan pengurus pertama Koperasi Shamelin.

Pada 1978, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Jemaah Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA). Seterusnya pada 1982, beliau menjadi Ahli Penasihat Koperasi Belia Nasional (KOBENA) dan Ahli Majlis Universiti Malaya.

Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia pada 1983.

Sanusi amat aktif dalam aktiviti Persatuan Belia di peringkat nasional. Sanusi pernah menyandang jawatan Naib Presiden ABIM dan Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC). Sanusi juga berpengalaman dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk memegang beberapa jawatan, antara lain Ahli Majlis Perundingan Belia Negara, Ahli Lembaga FELDA dan Ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan.

Kerjaya politik Sanusi bermula di Seremban apabila beliau mkendaftar menjadi ahli UMNO Seremban pada 13 Okt 1963. Kebangkitannya dalam bidang politik boleh dikatakan pantas dan lancar. Setahun selepas keahlian dalam UMNO, Sanusi dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Bandar Seremban. Pada 1966, beliau dilantik pula menjadi Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur. Sanusi kemudiannya dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban Timur dan seterusnya Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur.

Pada 1974 ketika berumur 31 tahun, Perdana Menteri ketika itu, almarhum Tun Razak telah memilih Sanusi untuk bertanding dalam PRU dan seterusnya terpilih sebagai Ahli Parlimen Jerai, Kedah. Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai pada 1975 dan Ketua Penerangan UMNO Kedah pada 1978.

Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA

Bakat kepemimpinan dimiliki menyebabkan Sanusi dilantik memegang beberapa jawatan penting dalam kabinet. Pada 1978 sehingga 1980, Sanusi bertugas sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah, diikuti jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 1980 hingga 1981.

Pada 1981, Sanusi dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan memegang jawatan itu selama lima tahun.Di dalam Parti UMNO pula Sanusi dilantik memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO, Pengerusi Biro Penerangan UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pada pilihan raya 1982, Sanusi berpindah kawasan dan memenangi kerusi Parlimen Jerlun-Langkawi, dan kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau seterusnya menjadi Setiausaha Agung UMNO pada 1984.

Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA


Pada 1986, Sanusi dilantik menjadi Menteri Pertanian dan dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Jerlun-Langkawi. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden UMNO pada 1990.

Dalam pilihanraya tahun 1995, Sanusi bertanding di peringkat tahun 1996 Perdana Menteri Dr Mahathir telah mengubah scenario Kerajaan Kedah setelah melihat proses pembangunan negeri yang lembab dan kurang berwibawa. Walaupun terdapat konspirasi membangkang hasrat PM ini, akhirnya Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ketujuh dan menyandang jawatan itu dari 16 Jun 1996 hingga November 1999, diikuti menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah pada 2000.

Pada Februari 2000, beliau menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).




Image result for tan sri sanusi junid

Mengikut yang mengenali Allahyarham, Sanusi adalah seorang yang baik, suami yang baik, ayah dan datuk yang penyayang, kawan yang sejati, pemurah dengan senyum dan kasih sayang. Juga tidak pernah meninggi suara, berkasar jauh sekali merungut dan mengeluh. Seorang yang sangat baik, penyabar dan sarat dengan kasih sayang.

ِ رَاجِعون ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْه
Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli , semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

"MELAYU JUGA ADALAH SATU BANGSA YANG MUDAH LUPA.
LUPA kepada sejarah perjuangan yang murni dengan berbagai liku yang telah kita lalui. LUPA kepada betapa perlunya nilai-nilai murni untuk menjamin masa depan bangsa kita terselamat dari berbagai angkara.LUPA kepada pesanan orang tua dan guru ugama kita di waktu kita di bangku sekolah.

LUPA bahawa kita akan disoal setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya.

KESIMPULANNYA, APABILA PEMIMPIN MELAYU TIDAK TAKUT PADA TUHAN, TIDAK MALU PADA PERADABAN, LUPA PADA SEJARAH, MAKA AKAN PUPUSLAH BUDI DAN BAHASA YANG AKHIRNYA MENYUSAHKAN RAKYAT DAN MEMBANGSATKAN NEGARA. INILAH SEBABNYA KITA PERLUKAN PERUBAHAN.

-Sanusi Junid at Nov 8, 2017 8:20 AM.


Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA  
Related image

Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA



Image result for tan sri sanusi junid Presiden UIA



KUALA LUMPUR. 7 Nov 2015: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) perlu kekal relevan kepada situasi kontemporari ketika ia berkembang, titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.


Baginda bertitah, langkah itu penting kerana keadaan ummah sekarang, baik setempat mahupun global sudah berubah daripada 31 tahun yang lalu apabila UIAM mula-mula ditubuhkan.

"Isu-isu dan kebimbangan agak berbeza ketika itu, begitu juga dengan keadaan ummah," titah Sultan Ahmad Shah ketika Majlis Konvokesyen UIAM ke-31 di sini, hari ini.

Sultan Ahmad bertitah, adalah penting pihak UIAM serta kakitangan akademiknya mengkaji situasi dengan teliti dan membuat persediaan yang sewajarnya bagi universiti dan pelajarnya.

"Bagaimanapun, dalam usaha ke arah itu, pihak universiti tidak harus menyimpang daripada visi dan misi yang universiti berkenaan ditubuhkan, tidak kira bagaimana penting sekalipun situasi," titah baginda.

Sultan Ahmad Shah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM, bertitah bahawa universiti dilihat sebagai harapan dan cara untuk menangani masalah yang dihadapi oleh ummah di seluruh dunia pada masa kini.

"Terdapat keperluan serius dan segera bagi ummah untuk memahami ajaran Islam dan pada masa yang sama terus bersatu, menjadi penggerak dan produktif.

"Semua ini boleh bermula dan dibangunkan dari universiti ini. Ini kerana di UIAM, semua komuniti Islam dan negara, bahasa dan budaya dan fakulti yang berbeza hidup dan belajar bersama sebagai satu keluarga," katanya.

Pada majlis konvokesyen itu, sebanyak 5,470 pelajar menerima ijazah dalam pelbagai bidang.

UIAM turut menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada dua bekas presiden UIAM iaitu Tan Sri Sanusi Junid dalam bidang Pengurusan serta Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam bidang Perdagangan Antarabangsa.


Sanusi adalah Presiden UIAM yang keempat dari 2000 hingga 2008 dan berpengalaman luas dalam pengurusan dalam sektor korporat serta pentadbiran dalam dunia politik dan pentadbiran kerajaan.


Spice scribes:

THE PASSING OF A STATESMAN AND A MALAY COLLEGE OLDBOY, TAN SRI SANUSI JUNID

Today , 9th March 2018, a prominent MCOB ( Malay College Old Boy,), Tan Sri ( TS) Sanusi Junid (Class of Tarinaga 61), a statesman , a banker and a blogger, returned to Allah at pre-dawn today. A great loss to the fraternity of MCOBs , my home state Kedah and to Malaysia. I was told in another WhatsApp group, arwah TS Sanusi collapsed after taking wudhu ( ablution) before subuh prayers and collapsed. He died on a Friday , the revered day in a week.

The last time I met up with Arwah TS Sanusi Junid was on 17th January 2018, when he came to give a talk at the MCOBA Building . His talk came about after a flurry of interesting emails about his anecdotes during his colourful life , especially during his days in MCKK. His talk definitely made it a very worthwhile afternoon for many the MCOBs who made it there.

The captivating speaker that he is, TS Sanusi brought us on a journey beginning with his roots in Aceh, Sumatra to his unforgettable ordeal in trying to get into the Malay College after being refused admission upon @ checking -in", all by himself, by HM JDR Howell and how he finally became a bona fide Malay Collegian after earning his daily keep washing dishes at the eating outlet at KK Railway Station as he couldn`t possibly go back home since he was penniless.His salvation was in the form of Mr. Tara Singh & Mr. NJ Ryan,the newly appointed HM who had just replaced that earlier HM. Then, he talked on to his early career, leading on to how he got into politics, his double incarceration in prison in London, and , "for-our-ears only" snippets of the real truth behind some of the most mis-perceived events which happened in the hallowed corridors of power and also, some most fascinating revelations concerning one or two Royalty members, and the real truth behind that former Lord President`s sacking.

Being a good story teller that he is, he had a treasure trove of anecdotes and precious information which he also writes in his blog. In his blog sanusijunid. blogspot.my , with the motto ‘ Demi Agama dan Tanah Air’ the following is his profile: ‘Sekolah Melayu Yan,(1950-1953); Ibrahim School Sungai Petani, Kedah (1954-1956); MCKK (1957-1963); Assistant Scout Master 1st Kuala Kangsar; Berlitz School of Languages, City of London College, London School of Economics, and Hamburg University of West Germany for Associateship of the Institute of Bankers (London); Member of UMNO since 13 October, 1963; Information Officer of Alliance Club, London (1969); Sec.Gen.of Malaysian Association of Youth Club (MAYC) - (1971); President of MAYC (1972-2002); Founder Vice-President of ABIM (1971-1973); Manager of The Chartered Bank up to 1977; Chairman of SHAMELIN (1975-1977); General Manager of SHAMELIN (1977-1978); Member of Parliament (1974-1995); Sec. Ge. UMNO (1984-1988); V/President of UMNO (1990-1993); Kedah State Assemblyman (1995-2004); D/Minister (1978-1981; Minister (1981-1995); Menteri Besar of Kedah (1996-1999); Professor of Nanjing University, China; President of International Islamic University Malaysia (2000-2008); Honorary PhD. (Politics and Development) University Utara Malaysia. ‘ His profile alone tells you about his experiences and knowledge worthy of a statesman.

As I observed TS Sanusi Junid has had lesser positive exposures of his ideas, even by the UMNO owned media, in his 30 years as an UMNO elected representative, and while in office. Scattered pieces, however, do appear in magazines and periodicals which have limited readers.

It is therefore necessary, for a better and correct understanding of his ideas and activities, that this eulogy is produced, as his articles that has been produced in his blog, of this nature, will never again be produced in the future.

In his nearly 40 years in the national political arena, former Federal Minister and Kedah Menteri Besar Tan Sri Sanusi Junid has drawn mixed reactions; from tacit approval to outright admonition.

Tan Sri Sanusi Junid, 74, has been a prominent media figure since entering political playing field more than 30 years ago. And why shouldn’t he be? His radical, albeit controversial, ideas, sense of humour, art of story-telling and no-nonsense approach to work has been a source of endless amusement, criticism and even inspiration.

When he gave a talk to MCOBs at the King Pavilion Cafe on that 17 January 2018 , he seemed more relaxed compared to his days as Minister of National and Rural Development, Minister of Agriculture and Menteri Besar. This change of pace seems to suit him fine.

Sanusi stepped out of the political limelight after the 1999 general elections when he was blamed for Umno’s poor performance in the northern state of Kedah. The majority of Parliamentary seats went to the opposition while Sanusi maintained a two-third majority for the BN to rule the state.

The incident obviously left him deeply disillusioned, being a fervent proponent of Muslim unity. ‘Now, I can fight political force, and I have a lot of experience in it but I cannot live with traitors,’ he writes. ‘I cannot sit down and plan with those who defeated their own party to fight the Opposition next time around. So because of that, he decided to leave against the Prime Minister's advice.

TS Sanusi accepted the position of International Islamic University Malaysia (IIUM)’s president to continue his quest of building world Muslim unity. Just 10 months into his tenure and he was already churning out plans for various projects.

This is hardly surprising though. After all, he is probably best remembered as the man with strange, ridiculous and often kooky ideas (see below). Critics have labelled him a day-dreamer; impractical and irrational. But TS Sanusi is far from perturbed. Anything new will be heavily criticised,’

One of his successful campaigns promoted the drinking of coconut water. TS Sanusi, a natural story-teller has unconventional ideas for the mere mortals and I suppose that his upbringing and schooling at MCKK has a lot to do do with that. Thus, TS Sanusi launched an all-out campaign to dispel the myth of impotency by highlighting research by different authorities on the benefit of coconut water as a medicinal fluid and relaxant.

TS Sanusi’s ideas were farsighted, but to the layman, they were nothing more than jokes because they could not see what he saw. He points out that TS Sanusi’s idea of using old tyres to build an artificial reef was similar to the efforts of the United States and Japan, but much cheaper.

Those who have worked closely with TS Sanusi will attest that he wasn’t just a dreamer. He’s a serious worker who moves very fast. When he visualises something, he starts doing it first. He believes that if he were to go through all the formalities, it would just take too much time.

For example, when TS Sanusi had an idea for Karyaneka, a crafts village, he just started on the projects and completed it within two to three months. When he thought of the Bukit Cahaya Agriculture Park in Shah Alam, he went in and started clearing the area first before starting discussion with the state government. TS Sanusi would immerse himself in whatever project he was working .

TS Sanusi is also known for his meticulous habits. He is someone who do seek popularity, but remained humble and approachable . TS Sanusi’s philosophy was that people only criticise you if you are working. He used to say, if you want things to materialise, step on people’s toes; if you want to be popular, don’t work so hard. He never got upset. He had his own way of doing things.

Perhaps one reason why TS Sanusi’s peers could not see eye to eye with him is that he had a different plane of thought. An intellectual on many counts, TS Sanusi was exposed to so many other worlds, concepts and philosophies, thanks to his voracious appetite for books. TS Sanusi has his own personal library, with more than 20,000 books neatly organised, housed just a few doors away from where he lives in Pantai Baru. He reads in the car, in waiting rooms and airports.

It is not surprising then that TS Sanusi is an active advocate for the reading habit. His previous projects include a citizen’s reading centre, Pubara, at Paya Pahlawan in Jitra and a book village, Kampung Buku Malaysia, in Lubuk Semilang, Langkawi.

Along with his love for books, comes a flair for languages. Besides Bahasa Malaysia and English, he also speaks German, Tamil and Dutch. Of course, being of Acheh descent, he speaks Achenese well . He is also cruising through Arabic and Mandarin, Linguistic must be in his blood as his father, a lorry driver, was also well-versed in a whole host of languages.

He studied German when he was in Form 3 at the Malay College, Kuala Kangsar, Perak. A teacher, wanting to make some extra money, asked him to gather a few students for foreign-language classes at RM20 per person. ‘I asked him whether if I gathered 10 fellows, I could get in free, and he said yes, ’as TS Sanusi writes in his blog.

He picked up Tamil in Form 4, when he was sick in an Ipoh hospital for more than two months. At that time, all the doctors, nurses and hospital assistants spoke Tamil. Bored one day, he went with a hospital assistant to watch a Tamil film – Paalum Paghamum (milk and banana). After that, he bought the tape and listened to the song in Tamil. After two days, I memorised the song, TS Sanusi writes . ‘I had first-class food in the third-class ward. Eventually, they shifted me to the second-class, then to the first-class ward.’ Motivated, Sanusi says he started reading children’s books to learn the language.
.
Most of his time is spent with his family. Married to Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala, an architect Sanusi has seven children, four girls and three boys. The eldest, a 34 year-old chemical engineer, was based in Holland; the youngest is 24 years old His other children are studying in various fields; religious studies, chemistry, architecture and medicine. The family is reputedly close-knit, religious and, surprise, surprise, bookworms.
.
During his last talk at MCOBA, he says he does have plans, though, to write a book, someday, on the stories behind his ideas. But he laments, ‘Of what value is writing in a society that does not read?’ In the past, he has published three books, mostly compilations of his speeches.

Whatever he chooses to do , it is certain that TS Sanusi that he had continue to be an interesting personality to be remembered till the end.


To recap amongst the inspired ideas of arwah TS Sanusi Junid are:

1. Romancing your wife campaign; grey hair plucking competition for couples.

2.. Growing vegetables in backyards, roundabouts and homes, via hydroponics.

3. Using lifestock as competition prizes. In a golf tournament organised by the Agriculture Ministry in 1991, the top three prizes included a bull, a sheep and a rabbit. The hole-in-one prize was a horse and a four-wheel drive vehicle. Even the worst golfer got to take home 18 chicken eggs.

4. Simfoni Peladang: a symphony orchestra made up of musically inclined farmers. Along with that, the Agriculture Ministry came up with an album, Balada Taman Pertanian, by its singing group, Kumpulan Senitani. Talks were also held to introduce modern musical instruments to children of farmers and fishermen.

5. The ‘Ideal Village’ concept to mould positive attitude toward cleanliness, and beautification programmes among rural farmers.

6.Eating promotions for ulam, rabbits, sheep and freshwater fish.

7. Coconut-water-drinking campaigns, along with coconut-climbing competitions.

8. Clean toilet competitions for Kedah mosques, schools and petrol stations.

9. Creation of artificial reefs with old tyres.

10. The “Venice of the East’ project: a project to develop a 10 km waterfront along Sungai Kedah as a tourist site.

11. Rooftop padi planting project at the community reading centre in Kedah.

12. Kedai Runcit Masjid: a project to turn Kedah’s mosques into community centres with retail shops.

13. Kampong Buku Malaysia: a book village in Langkawi.

14. Teachers’ diary of teaching experiences, so that they could write books when they retire.

After his talk at MCOBA on the 17th January, I approached him and introduced myself as a son of my father. My father was a former Kedah politician and a former Parliamentarian in the late 70’s and early 80’s together with TS Sanusi. His white eyebrows rose up as he retorted “ La! Kirim salam kat dia no! Dia kawan baik saya”. Those were his kat words to me.

Love him or hate him, one thing about Arwah TS Sanusi Junid was that he was a colourful man of principle , a loyalist, a veracious fighter and a friend to everybody.

Indeed, his ideas and thinking was unconventional and ahead of others. A true blue Budak Koleq.. and a true statesman till the end...

Al- Fatihah. May his soul be placed amongst the Righteous.


Sanusi Junid


RINGKASAN BIODATA 

1943: Dilahirkan di Yan, Kedah pada 10 Julai.

1949 (umur 6): Belajar di Sekolah Melayu Yan (1949-53).

1954 (umur 11): Belajar di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani (1954-56).

1957 (umur 14): Meneruskan pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

1963 (umur 20): Memulakan kerjaya sebagai pegawai pelatih di Standard Chartered Bank, Seremban dan menjadi ahli UMNO Seremban.

1964 (umur 21): Dilantik sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Seremban.

1966 (umur 23): Dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Seremban Timur.

1967 (umur 24): Dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Seremban Timur dan Setiausaha UMNO Bahagian Seremban Timur.

1969 (umur 26): Melanjutkan pengajian di Institute of Bankers London, City of London College dan Institute of Export London; kemudiannya, memperolehi Sijil dalam Dagangan Asing dan Pertukaran Asing di Universiti London dan selepas itu, menuntut di Berlitz School Of Language, Jerman; juga dilantik sebagai Ketua Penerangan Kelab Perikatan London.

1971 (umur 28): Dilantik sebagai Pengurus Kanan Pinjaman Chartered Bank, Kuala Lumpur dan Setiausaha Agung Koperasi Shamelin.

1973 (umur 30): Dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara, ahli Lembaga Felda, ahli Majlis Perundingan Negara Mengenai Latihan Perusahaan dan ahli Majlis Penasihat Kebangsaan Pelindung Pengguna.

1974 (umur 31): Dilantik sebagai Ahli Parlimen Jerai, Kedah dan juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

1975 (umur 32): Menjadi Pengarah Bank Simpanan Nasional, Pengurus Bank Shamelin serta Pengerusi Syarikat Insan Diranto Bhd.; juga dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai.

1977 (umur 34): Dilantik sebagai Pengerusi Tugu Insurance Sdn. Bhd. dan Pengerusi Obanto Management Consultancy Sdn. Bhd.

1978 (umur 35): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Kemajuan Wilayah (1978-80) serta Ketua Penerangan UMNO Kedah; juga menjadi Ahli Jemaah Universiti Teknologi MARA.

1980 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri (1980-81).

1981 (umur 38): Dilantik sebagai Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar (1981-86) serta Pengerusi Jawatankuasa Penerangan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Penerangan UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia; juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelarasan Pelaburan Bumiputera, Ahli Majlis Tindakan Negara dan Ahli Majlis Perancang Negara.

1982 (umur 39): Dilantik sebagai Ahli Parlimen Kawasan Jerlun, Langkawi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia; juga dilantik sebagai Ahli Penasihat KOBENA dan Ahli Majlis Universiti Malaya.

1983 (umur 40): Dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan dan Ahli Majlis Perdagangan Malaysia.

1984: Dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO Malaysia.

1986: Dilantik sebagai Menteri Pertanian serta Ketua Bahagian Jerlun, Langkawi.

1990 (umur 47): Dilantik sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.

1996 (umur 53): Dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang ketujuh (16 Jun 1996 - November 1999).

2000 (umur 57): Dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

2018 (umur 75): 9 Mac- Meninggal dunia


Sanusi Junid: Satu Karakter Yang Besar Dan Luar Biasa
Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2018 8:44 AM
Oleh: ROZAID A. RAHMAN
rozaid@thestar.com.my



BILA Tan Sri Sanusi Junid bercakap, semua akan terdiam dan terpegun. Bukan kerana beliau seorang orator yang sangat hebat tetapi kerana kemampuannya untuk bercerita dan menghiburkan pendengar dengan pelbagai kisah yang menarik serta menghiburkan.

Beliau juga dikenali sebagai seorang dengan idea yang esentrik. Pernah ketika menjadi menteri pertanian, Sanusi mencadangkan supaya bumbung bangunan yang rata dijadikan sawah padi.

Beliau juga menguasai pelbagai bahasa dengan fasih. Misalnya Mandarin dan Jerman. Dalam banyak-banyak bahasa asing yang dikuasainya, Sanusi paling suka bertutur dalam bahasa Jerman ketika menyampaikan syarahan dan ucapan. Mungkin kerana bunyi bahasa itu yang pelik.

Tetapi ketika penulis bertanya Sanusi kenapa dia suka memetik kata-kata dalam bahasa Jerman ketika berucap di hadapan audien Melayu, Sanusi tersenyum dan berkata ini kerana bahasa Jerman mudah dipelajari kerana sistem ejaan dan sebutannya sama dengan bahasa Melayu.

Memang beliau bercakap dengan lancar dan fasih dalam Jerman. Dalam satu majlis dialog yang penulis hadiri, Sanusi mengucapkan kata-kata Adolf Hitler dalam bahasa Jerman dan kemudian menterjemahkannya dalam bahasa Malaysia.

Semua yang mendengar rasa terpegun.

Sanusi dikenali sebagai seorang dengan idea yang esentrik.

idak lama selepas itu, penulis walaupun tidak begitu rapat dengan beliau (Sanusi dikenali tidak pernah rapat dengan mana-mana wartawan ketika era beliau menjadi menteri dan setiausaha agung UMNO) telah dibawa ke kediamannya di Pantai Dalam.

Pada penulis, rumah adalah rumah. Bagaimanapun apabila masuk ke dalam, rupanya rumah itu adalah sebuah perpustakaan. Maksud penulis, keseluruhan rumah banglo itu dari tingkat bawah hingga ke tangga dan tingkat atas dipenuhi dengan koleksi beribu buku beliau.

"Ada dua lagi rumah yang dipenuhi koleksi buku-buku saya," kata Sanusi kepada penulis.

Pada satu sudut, terdapat koleksi pita-pita rakaman atau kaset ucapan pemimpin-pemimpin termahsyur dunia termasuklah koleksi lengkap ucapan Hitler, Canselor Jerman pada Perang Dunia Kedua.

Kini penulis tertanya-tanya apakah akan jadi kepada semua koleksi berkenaan. Mungkin ada baiknya juga ia diubah menjadi perpustakaan awam bagi membolehkan orang awam mempunyai akses kepada bahan-bahan berharga tersebut. Namun ia terpulanglah kepada waris beliau untuk menentukannya.

Sepanjang kerjaya penulis sebagai wartawan, penulis mengenali Sanusi sebagai seorang operator politik yang licik. Beliau memiliki karakter dan ego yang tinggi dan besar. Ini katanya kerana beliau berketurunan Acheh dan bangsa Acheh adalah bangsa pejuang.

"Orang Acheh tidak pernah dijajah, Mereka adalah pejuang," kata Sanusi kepada penulis.

Akar Achehnya sangat dalam sehinggakan pasangan hidupnya Puan Seri Nila Inangda juga adalah dari keturunan Acheh.

Oleh kerana egonya sangat besar, Sanusi hanya boleh bekerja dan tunduk untuk seorang jeneral. Jeneral itu adalah Dr. Mahathir Mohamad, bos beliau sepanjang lebih 50 tahun perkhidmatannya dalam politik.


Ini terbukti benar apabila Dr Mahathir keluar dari UMNO, Sanusi turut meninggalkan UMNO. Beliau meninggal dunia bukan sebagai ahli UMNO tetapi sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diketuai oleh Dr Mahathir.


Image result for sanusi junid dan mahathir
Sehingga penghujung nyawanya, Sanusi adalah penyokong setia Dr Mahathir


Beliau juga sentiasa melihat dirinya lebih bijak dan cerdik daripada yang lain. Ini juga merupakan satu sumpahan kepada kerjaya politiknya dan menjadi sebab mengapa beliau tidak boleh bekerjasama dan sehaluan dengan ramai orang termasuklah Anwar Ibrahim - seorang orator dan 'poster boy' UMNO - ketika Dr Mahathir membawanya masuk ke dalam Umno. Ketika itu Sanusi adalah setiausaha agung UMNO.

"Pertembungan karakter antara Sanusi dan Anwar sebenarnya boleh dikesan jauh lebih lama sebelum Anwar menyertai UMNO.

Kedua-duanya adalah bekas 'budak kolej' (Kolej Melayu Kuala Kangsar). Budak kolej dikenali memiliki ego dan karakter yang tinggi dan besar.

Selepas itu kedua-duanya bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia atau Abim. Anwar pernah menjadi presiden Abim dan Sanusi naib presiden.

Sanusi menyertai UMNO melalui ‘rank and file’, mendaki tangga kerjaya politik dari bawah iaitu Cawangan, Bahagian, Majlis Tertinggi sehinggalah beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung parti. Dan jawatan partinya yang tertinggi adalah sebagai naib presiden.

Sedangkan Anwar diparacut dari atas. Dibawa masuk oleh Dr Mahathir kemudian terus bertanding kerusi ketua Pemuda UMNO Malaysia, menjadi naib presiden dan selepas itu timbalan presiden.

Anwar sebagai ‘political animal’ lebih sukses dari segi kerjaya politik berbanding Sanusi kerana Anwar pandai mengukirkan senyuman sedangkan Sanusi sentiasa serius dan pada waktu-waktu tertentu bermulut bisa dan sarkastik.

Sanusi melalui cabaran politik yang lebih sukar. Beliau hanya bertahan sepenggal sebagai naib presiden UMNO dan cabaran politiknya yang paling besar ialah apabila hasrat Dr Mahathir untuk melantiknya sebagai Menteri Besar Kedah mendapat tentangan daripada pemimpin-pemimpin grass root di negeri jelapang padi itu.

Petunjuk bahawa Sanusi akan dilantik sebagai Menteri Besar ialah apabila beliau yang ketika itu menyandang jawatan menteri pertanian diletakkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kuah, Langkawi  dalam pilihan raya umum 1995.

Namun selepas pilihan raya selesai Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff 'enggan' berundur dan ini memberi masalah yang besar kepada Dr Mahathir untuk melantik Sanusi.

Osman memberitahu beberapa wartawan senior di Alor Setar bahawa beliau berasa amat terguris dengan keputusan untuk mengantikannya dengan Sanusi kerana ketika pilihan raya 1995, Dr Mahathir tidak memberi sebarang indikasi yang beliau akan "dipencenkan' sebagai Menteri Besar malah membenarkannya terus bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Jitra.

"Dr Mahathir sepatutnya memberitahu saya tidak diperlukan lagi sebagai Menteri Besar dan jika saya tahu, saya tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya tersebut," Osman dipetik sebagai berkata demikian kepada seorang wartawan senior di Alor Setar.

Osman dari semasa ke semasa terus 'menghantar' wakil dan ketua-ketua UMNO Bahagian ke Kuala Lumpur untuk bertemu dan menyakinkan Dr Mahathir bahawa melantik Sanusi sebagai Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dengan alasan Sanusi tidak popular di Kedah dan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin UMNO Kedah.

Krisis ini berlanjutan selama beberapa bulan sehinggalah Sanusi akhirnya berjaya juga dilantik sebagai Menteri Mesar pada Jun 1996 selepas Osman menerima hakikat yang dia perlu menandatangani surat peletakan jawatan yang 'dipaksakan' ke atasnya.

Sanusi menjadi Menteri Besar Kedah yang ketujuh pada usia 53 tahun. Sayang sekali beliau hanya bertahan sebagai MB tidak sampai sepenggal. 

Selepas pilihan raya umum November 1999, tempatnya diganti oleh Datuk Seri Syed Razak Syed Zain - seorang pemimpin tempatan yang tidak dikenali di luar negeri Kedah tidak sepertimana Sanusi. Sejak itu Sanusi tidak lagi aktif dalam politik.


Pada awal pagi 9 Mac 2018, Tan Sri Sanusi Junid menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang bersiap sedia untuk menunaikan solat Subuh di kediamannya.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/03/10/sanusi-junid/#pJUbXWct62RGIIwB.99


CERITA SANUSI - WAWASAN 2020 

Sebelum saya menjadi Menteri saya sering balik ke Kedah dan menginap di Grand Continental Hotel di Alor Setar. Saya sering duduk di meja tepi dinding dalam coffee-house. Dari coffee-house itu saya dapat melihat MAHA Klinik di mana Tun Dr. Mahathir bekerja sebelum menjadi Menteri. Kalau kita lihat ke MAHA Klinik pasti ternampak kedai cermin-mata 2020.

Oleh itu selepas mesyuarat kabinet di hari Tun Dr. Mahathir mengumumkan Dasar Wawasan 2020 pada tahun 1991 beliau telah memanggil saya dan bertanya 'Your know what is 2020?' Saya jawab 'Yes ... the spectacles' kerana saya teringat kedai cermin-mata 20 20 di tepi MAHA Klinik. Tun berkata 'OK ...... make sure the logo for Merdeka Day reads twenty-twenty and not two thousand and twenty'. Arahan itu ialah kerana saya bertanggungjawab menyiapkan logo Hari Merdeka sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hari Kebangsaan.


Maksud Tun Dr. Mahathir dengan Wawasan 2020 ialah 'wawasan atau penglihatan yang jelas'. Jika mata kita diperiksa oleh doktor mata dan kedua belah mata bacaannya 20 20 maka kita tidak perlu pakai cermin-mata kerana pandangan kita tidak kabur. Berertilah Wawasan 20 20 ialah 'Wawasan Yang Jelas' dan seseorang yang berwawasan yang jelas dapatlah membangun negeri dan negara dengan cepat dan menguntungkan rakyat. Dengan wawasan yang jelas kita boleh menjadi negara yang maju pada tahun 2020.




No comments:

Post a Comment