Tuesday, July 28, 2015

M 163 TIMBALAN PM KE 11 MALAYSIA

TPM MALAYSIA KE 11


Pada  28 Julai 2015, PM Dato' Sri Mohd Najib telah membuat rombakan pertama dalam Jemaah Menteri pimpinannya sejak PRU13.


Kandungan paling penting (telah dijangka) dalam rombakan tersebut adalah penyingkiran Timbalannya (TPM), Tan Sri Mukhyiddin Mohd Yassin. Mukhyiddin juga dilucutkan dari jawatan Menteri Pelajaran. Rombakan ini mengangkat Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi diangkat menjadi TPM.
.

  
  

Empat Menteri yang turut digugurkan bersama Mukhyiddin dalam barisan kabinet tersebut ialah:
  1. Dato' Seri Hj Shapie bin Hj Apdal (Pembangunan Luar Bandar)
  2. Dato' Seri G. Palanivell. (Sumber Asli)
  3. Dato' Seri Hassan bin Malek (Perdagangan Dalam Negeri)
  4. Datuk Dr Ewon bin Ebin (Sains Teknologi)
.


Govt serious in assisting people combat cost of living - Hasan Malek
  


Seorang Timbalan Menteri digugurkan iaitu Datuk Abd Rahim bin Bakri (Pertahanan)


 


Manakala beberapa Menteri baru dilantik, sama ada bekas Menteri yang dilantik semula, Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat atau muka baru, mereka ialah:

  1. Datuk Seri Azalina binti Othman Said (Menteri di JPM)
  2. Datuk Seri Mohd Salleh bin Tun Said (Menteri Komunikasi dan Multimedia)
  3. Dato Seri Ong Ka Chuan (Menteri MITI 2)
  4. Dato' Seri Mahadzir bin Khaled (Menteri Pendidikan)
  5. Dato' Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Menteri Sumber Asli)
  6. Datuk Wilfred Madius Tangau (Sains Teknologi dan Inovasi)
  7. Dato' Hamzah bin Zainuddin (Menteri Perdagangan Dalam Negeri)
  
Azalina, Mohd Salleh dan Ong K C

 Image result for wan junaidi tuanku jaafar
Mahadzir dan Wan Junaidi

  
W.Tangau dan Hamzah

Timbalan Menteri baru yang disenaraikan ialah:
  1. Senator Datuk Asyraf Wajidi bin Datuk Dusuki (JPM)
  2. Senator Chong Sin Woon (Pendidikan)
  3. Datuk Nur Jazlan bin Mohammad (Dalam Negeri)
  4. Tuan Masir anak Kujat (Dalam Negeri)
  5. Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin (Pelancongan)
  6. Datuk Seri Reezal bin Naina Merican (Luar Negeri)


.
  Image result for chong sin woon   
Asyaraf Wajdi, Chon S W dan Nur Jazlan

  
Masir Kujat dan Mas Ermieyati dan Reezal Merican

Dengan perlantikan ini, Ahmad Zahid merupakan TPM Malaysia ke 11 sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Walaupun Malaysia kini mempunyai enam (6) orang PM, tetapi telah mempunyai 11 orang TPM. 


Berikut adalah senarai TPM Malaysia sejak merdeka.

1.  Almarhum Tun Abdul Razak bin Datuk Hussein (31 Ogos 1957 - 22 Sep 1970) -  Tun Razak adalah TPM yang pertama setelah Yang Di Pertua UMNO (kedua), Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dilantik menjadi Perdana Menteri pertama setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Perlantikan Tun Razak sebagai TPM adalah atas kapasiti jawatannya sebagai Timbalan Presiden (Yang Di Pertua) UMNO. Tun Razak kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua dan Presiden UMNO (ketiga).


TunAbdulRazak.jpg

2.  Almarhum Tun Dr Ismail bin Datuk Abdul Rahman (22 Sep 1970 - 2 Ogos 1973) - Tun Dr Ismail yang bukan merupakan salah seorang Naib Presiden (NP) UMNO (Sardon Jubir, Ghaffar Baba dan Khir Johari) telah dilantik menjadi Timbalan PM apabila Tun Abd Razak dilantik menjadi PM Kedua Malaysia. Ismail kemudiannya menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden (TP) UMNO.  Tun Dr Ismail meninggal dunia semasa memegang jawatan TPM. Dr Ismail adalah insan istimewa yang menyerahkan 100% jiwa raganya kepada negara tanpa sedikitpun mengambil peluang untuk kepentingan diri dan keluarga. Ismial layak digelar Bapa Integriti yang masih belum ada penggantinya.



3.  Almarhum Dato' Hussein bin Dato' Sir Onn, kemudian Tun (13 Ogos 1973 - 14 Jan 1976) - dilantik menjadi TPM ketiga apabila Tun Dr Ismail  meninggal dunia. Walaupun dari segi kekananan jawatan NP UMNO, Hussein adalah No. 3 selepas Sardon Jubir dan Ghaffar Baba, beliau telah menjadi pilihan Tun Razak.  Hussein kemudiannya menang tanpa bertanding untuk jawatan TP UMNO dan seterusnya dilantik menjadi PM ketiga apabila Tun Razak meninggal dunia.


Image result for tun hussein onn

4.  Dato' Seri Dr Mahathir bin Mohammad, kemudian Tun (5 Mac 1976 - 15 Julai 1981) - Mahathir dilantik menjadi TPM keempat apabila Hussein dilantik menjadi PM ketiga. Hussein memilih Dr Mahathir walaupun dalam senarai kekananan NP UMNO, beliau adalah No. 3 selepas Ghaffar Baba dan Tengku Razaleigh.  Mahathir  kemudiannya menang tanpa bertanding untuk jawatan TP UMNO dan apabila Hussein meletak jawatan sebagai PM, Mahathir dilantik menjadi PM keempat .



5.  Dato' Musa bin Hitam, kemudian Tun (18 Julai 1981 - 16 Mac 1986) - Musa dilantik oleh Dr Mahathir menjadi TPM kelima atas kapasiti sebagai NP UMNO yang paling kanan ketika itu. Musa kemudiannya memenangi jawatan TP UMNO mengalahkan Tengku Razaleigh sebanyak dua kali pemilihan parti. Bagaimanapun Musa meletak jawatan sebagai TPM kerana perbezaan pendapat (perselisihan politik) dengan PM. Beliau mengekalkan jawatan TP UMNO tetapi kemudiannya ditewaskan oleh Ghaffar Baba dalam pemilihan 1987.



6.  Almarhum Encik Abdul Ghaffar bin Baba, kemudian Tun - (10 Mei 1986 - 15 Okt 1993) - Ghaffar dilantik oleh Dr Mahathir menjadi TPM keenam untuk menggantikan Musa Hitam. Ketika dipilih menjadi TPM, Ghaffar merupakan NP UMNO No 2 terkanan selepas Tengku Razaleigh. Ghaffar mengundurkan diri (meletak jawatan) dari politik kerana Anwar Ibrahim (yang mendapat sokongan generasi baru UMNO) telah melanggar tradisi UMNO mencabar dan menang jawatan TP UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan parti 1993. Ghaffar mengundur diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO demi kestabilan parti. Beliau sedar generasi terkini UMNO tidak lagi memerlukan dirinya. Segala jasa dan sumbangan seawal kemerdekaaan negara bukan sahaja tidak diberikan markah langsung, bahkan maruah dan martabat beliau sebagai ahli UMNO yang paling kanan dan paling setia telah dicabar dan diperlekehkan.


Ghafar Baba.jpg

7.  Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (1 Dis 1993 - 2 Sep 1998) - Anwar merupakan NP UMNO yang terkanan semasa bertandng melawan Ghaffar Baba untuk jawatan TP UMNO. Oleh itu, beliau adalah TP UMNO ketika dilantik oleh Dr Mahathir untuk menjadi TPM ketujuh. Anwar kemudiannya dipecat keahliannya dari UMNO dan semua jawatan Kerajaan kerana dakwaan terlibat dalam kes rasuah dan jenayah seksual serta dipecat keahlian dalam UMNO. Beliau kemudiannya menjalani hukuman penjara 6 tahun (1999 -2004) dan sekali lagi dipenjara 5 tahun (2014-2019). Hukum karma. Secepat itu beliau meningkat naik (masuk UMNO 1981), sepantas itu beliau memintas Ghaffar Baba (1993), maka sepantas itu juga jatuh tersungkur dilembah kehinaan (1998).


8.  Datuk Seri Abdullah bin Hj Ahmad, kemudian Tun (8 Jan 1999 - 31 Okt 2013) - Semasa dilantik oleh Dr Mahathir ke jawatan TPM kelapan, Abdullah adalah NP UMNO kedua terkanan selepas Najib Razak. Belaiu yang merupakan TPM ke 4 kepada Dr Mahathir kemudiannya memenangi jawatan TP UMNO tanpa bertanding dan seterusnya dilantik menjadi PM ke 5 setelah Dato' Seri Dr Mahathir meletak jawatan.


advisor_01

9.  Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak (7 Jan 2004 - 3 April 2009). Najib dilantik oleh Abdullah sebagai TPM kesembilan atas kapasitinya sebagai NP UMNO yang terkanan. Beliau kemudiannya memenangi jawatan TP UMNO tanpa bertanding. Apabila Abdullah Badawi menghadapi tekanan dari ahli kabinetnya dan disokong oleh mantan PM Dr Mahathir, beliau telah meletak jawatan dan Najib dilantik menjadi PM ke 6. 


Najib Razak 2008-08-21.jpg

10.  Tan Sri Mukhyiddin bin Mohd Yassin (10 April 2009 - 28 Julai 2015) - Sebelum memenangi jawatan TP UMNO dalam pemilihan Mac 2009, kedudukan Muhyiddin sebagai NP UMNO dalam pemilihan 2004 adalah di kedudukan No 3 selepas Mohd Isa Samad (kemudiannya digantung keahlian) dan Mohd Ali Rustam (KM Melaka). Najib kemudiannya melantik Muhyiddin menjadi TPM ke 10. Bagaimanapun di atas ketegasannya untuk menyiasat dakwaan salahlaku  ketuanya (Najib), beliau telah disingkirkan dari jawatan TPM. Muhyiddin kemudiannya dipecat keahliannya dalam UMNO.



11.  Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi (28 Jul 2015 - 8 Mei 2018). Dari segi heirarki dalam UMNO, Ahmad Zahid adalah Naib Presiden terkanan. Seorang lagi NP UMNO yang ada ialah Hishammuddin Hussein. Sebelum ini seorang lagi NP UMNO, Shafie Apdhal telah keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Warisan Sabah.


Image result for zahid hamidi


SELEPAS PRU 14 PADA 9 MEI 2018, KERAJAAN BN TEWAS KEPADA PAKATAN HARAPAN


11.  Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (12 Mei 2018 - kini). Wan Azizah adalah isteri kepada Datuk Seri Anwar bin Ibrahim (TPM ke 7). Setelah Anwar dipecat dari UMNO dan jawatan TPM pada tahun 1998, beliau menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL). ADIL kemudian bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) dan kemudiannya dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR). Apabila Anwar dipenjarakan pada tahun 2003, Wan Azizah dipilih menjadi Presiden sehingga sekarang. PKR membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan parti DAP dan PAS untuk bertanding dalam PRU 11 (2004), PRU 12 (2008) dan PRU 13 (2013) tetapi tewas. PAS keluar dari PR untuk menghadapi PRU 14. PKR, DAP dan AMANAH (serpihan PAS) membentuk Pakatan Harapan (PH) dalam tahun 2015. Dalam tahun 2017, PPBM (serpihan UMNO) menyertai PH. Gabungan ini memenangi PRU 14 (2018) untuk menumbangkan Kerajaan BN yang telah memerintah negara sejak PRU pertama sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1955. Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PM ke 4) telah dilantik sekali lagi menjadi PM (ke 7) dan Wan Azizah dilantik menjadi Perdana Menteri.



1 comment: