Thursday, September 11, 2025

M 218 : NEPOTISME DAN KEPEMIMPINAN

 

KELUARGA POLITIK ATAU POLITIK KELUARGA (NEPOTISME)


CRONYISM is the appointment of friends and associates to positions of authority, without proper regard to their qualifications. 

NEPOTISM is the practice among  those with power or influence of favouring relatives, friends, or associates, especially by giving them job.

MONARCHY is a hereditary form of government in which political power is legally passed on to the family members of the monarch, a head of state who rules for life.

Penulisan kali ini lebih menumpukan kepada isu atau amalan nepotisme.

Penulis berpendapat bahawa amalan nepotisme agak subjektif. Walaupun wujud pengaruh untuk berlakunya nepotisme itu jelas berlaku, ia boleh menjadi wajar dan diterima secara terbuka. Apatah lagi kalau ia berlaku melalui pilihanraya (demokrasi).

Niat seseorang pemimpin untuk melakukan politik nepotisme sukar dibuktikan sekiranya ia berlaku dalam amalan demokrasi.  Namun pakar atau penganalisa politik dapat melihat berlakunya pergerakan atau strategi nepotisme.  Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang pemimpin itu masih hidup dan masih berkuasa.

ADAKAH INI JUGA NEPOTISME?

Sebelum pergi lebih jauh lagi, mari kita lihat (secara ringkas) apa yang ada dalam Sejarah Islam sejak  diciptanya manusia pertama di atas muka bumi ini.

Anak Nabi Adam alaihissalam, Seth dipilih menjadi Nabi (walaupun tidak disenaraikan sebagai 25 Rasul). Adakah ia kronism atau nepotism?.

Dua anak Nabi Ibrahim alaihissalam, iaitu Ismail dan Ishak dilantik menjadi Rasul Allah. Seterusnya cucu Nabi Ibrahim (anak Nabi Ishak alaihissalam), Yaakub juga dilantik oleh Allah menjadi Rasul, dan seterusnya cicit nabi Ibrahim (anak Nabi Yaakub alaihissalam) yang bernama Yusuf juga dilantik menjadi Rasul. Nabi Luth juga adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme.

Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Harun alaihissalam juga bersaudara (adik beradik). Nabi Musa alaihissalam adalah juga menantu Nabi Syuaib alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme.

Nabi Sulayman alaihissalam adalah anak kepada Nabi Dawud alaihissalam. Nabi Zulkifli alaihissalam adalah anak kepada Nabi Aiyub alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme?.

Nabi Yahya alaihissalam adalah anak kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Manakala Maryam, ibu kepada Nabi Isa alaihissalam adalah anak saudara kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism?.

JAWAPAN: SEMUA DI ATAS tidak dikategorikan sebagai nepotisme kerana ia adalah perintah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Menetapkan.

SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH MUHAMMAD (SAW)

Setelah Muhammad Rasulullah s.a.w. wafat, pemerintahan Kerajaan Islam diambil alih oleh Saiyidina Abu Bakr r.a. (Abu Bakar adalah bapa mertua Rasulullah dengan isterinya Aisyah r.a). Apabila Abu Bakar r.a meninggal dunia, ia digantikan oleh Umar r.a. (umar juga adalah bapa mertua Rasulullah, dengan isterinya Hafsah binti Umar). Apabila Umar meninggal dunia, ia digantikan oleh Uthman r.a. Uthman adalah menantu Rasulullah kepada dua putri Rasulullah, Kalthum dan Ruqaiyyah. Setelah Uthman r.a meninggal dunia, Ali bin Abi Thalib dilantik menjadi Khalifah. Ali adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w. Adakah ia bukan kronisme atau nepotisme.?

JAWAPAN:  Ia juga bukan nepotisme kerana ketika itu pool atau pilihan umat islam terhadap calon pemimpin amat terhad. Pemilihan pemimpin amat berkait rapat dengan status sahabat dan ketinggian ilmu serta kerapatan dengan Rasulullah. Umat Islam ketika itu memegang pemimpin atau mengekalkan individu yang telah dilantik oleh Rasulullah (saw).

Mengikut sejarah Islam, NEPOTISME dikesan mula berlaku dalam Kerajaan Islam berlaku dalam zaman Khalifah Uthman bin Affan. Disebut dalam buku sejarah bahawa beliau melantik ramai di kalangan ahli keluarga (Bani Umayyah) untuk memegang jawatan penting Kerajaan seperti gabenor. 
Antaranya; Muawiyah bin Abu Sufyan di Syam; Abdullah bin Saad dan Abdullah bin Amr di Mesir, al-Walid bin Uqbah dan Said bin al-Ashdi Kufah.

JAWAPANSaidina Uthman melantik ahli keluarga dan sahabat yang dipercayai dalam jawatan penting, yang merupakan sebahagian daripada usaha pemusatan pentadbiran dan kawalan empayar Islam yang sedang berkembang. Pelantikan ini bertujuan untuk memastikan kesetiaan dan keberkesanan dalam mentadbir wilayah-wilayah yang lebih luas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun kerana beliau adalah sahabat (barisan pertama) dijamin ahli syurga oleh Rasulullah. 

https://thepatriots.asia/tuduhan-sayyidina-uthman-mengamalkan-nepotisme/   

BANI UMAYYAH

Amalan nepotisme kelihatan bertambah jelas apabila keturunan Keluarga (Bani) Umaiyyah mengambil alih pemerintahan Kerajaan Islam 'Khulafa'urRasyidin' setelah kemangkatan Saiyidina Ali r.a.  

Khalifah pertama Bani Umaiyyah, Muawiyyah bin Abu Sofiyan telah m
eneruskan keistimewaan Bani Umaiyyah telah dengan menamakan anaknya Yazid sebagai bakal pengganti (malah memulakan amalan pemerintahan monarki). Dan, trend ini diikuti oleh hampir semua Khalifah Umayyah sehingga ia ditewaskan oleh keluarga Abbasiyah yang juga meneruskan amalan pemerintahan berasaskan keturunan ini tanpa mengambil kira kewibawaan dan ketaqwaan.

Amalan nepotisme inilah yang telah menyebabkan Kerajaan Islam menjadi lemah dan hilang upaya kerana pemerintah yang tidak berkelayakan, tidak berpegang teguh kepada syariat islam, banyak menggalakkan maksiat seperti materialisme, minuman keras dan kemewahan yang berlebihan. Malah di zaman Khalifah Abbasiyah, Khalifah telah menghukum dan menyiksa ulamak-ulamak besar kerana tidak mahu menyetujui fatwa yang mengikut telunjuk Khalifah.

https://utusantv.com/2022/08/27/5-ulama-besar-yang-dipenjara-dan-dizalimi-oleh-pemerintah/

Adakah sistem monarki (beraja) yang ada diamalkan di banyak negara di dunia ini juga dikira sebagai nepotisme?

JAWAPAN:  Mengikut pendapat penulis, monarki lebih buruk kesanya dari nepotisme. Dalam sistem demokrasi, amalan nepotisme boleh ditamatkan apabila seseorang pemimpin itu telah berdara atau meninggal dunia. Rakyat mempunyai pilihan untuk menyingkirkan (melalui pilihanraya) pemimpin terdahulu jika ia tidak mampu memenuhi harapan rakyat. Dalam sistem monarki, rakyat tidak mempunyai pilihan. Dalam sistem monarki, rakyat terikat dengan pemimpin yang dilantik atau ditunjuk. Seluruh sistem dalam negara tersebut terpaksa akur dan patuh dengan pilihan Raja yang sedang berkuasa. Apabila Raja itu mangkat , penggantinya akan mewarisi kuasa yang sama. Monarkin boleh dihapuskan hanya dengan cara coup de tate (rampas kuasa). Namun semua amalan sistem beraja (monarki) masa ini di atasi oleh perlembagaan. Raja (Ketua Negara) hanya berkuasa dan bertindak atas nasihat Ketua Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.  Ia berlaku di Britain, Malaysia, Sweden, Thailand, Kemboja, Norway, Holland, Sepanyol, Belgium, Monaco, Bhutan dan beberapa buah negara lagi.

NEPOTISME DUNIA MODEN

Hubungan darah antara tokoh politik dan pentadbiran bukanlah satu perkara baharu. Ini juga berlaku di banyak termasuk Malaysia. Bagi negara demokrasi, sosialis mahupun republik, persaudaraan di kalangan pemimpin negara sama ada ditetapkan untuk mewarisi atas dasar mengekalkan kuasa dan kekayaan tetapi juga bakat kepimpinan tulin yang diwarisi dari pemimpin sebelumnya.

Pun begitu, nepotisme masih tetap ada waktunya amat diperlukan. Jika anak seseorang pemimpin itu benar-benar layak dan berkemampuan untuk memimpin sesebuah organisasi, NEGERI atau NEGARA, dan mendapat sokongan majoriti ahli organisasi atau rakyat negara tersebut, maka ia wajar diberi peluang untuk memimpin

SENARIO DI BENUA AMERIKA

AMERIKA SYARIKAT

Presiden Amerika Syarikat (USA) ke 4, James Madison (1809-1817) adalah adik ipar kepada George Washington, Presiden yang pertama (1789-1897). James Madison juga adalah dua pupu kepada Zachary Taylor, Presiden ke 12 (1949-1950). 

John Qincy Adams, Presiden ke 6 (1825-1829) adalah anak kepada Presiden kedua, John Adams (1797-1801).

  
John Q. Adams (1767-1848) dan John Adams (1735-1826)

Benjamin Harrison, Presiden ke 23 (1889-1893) adalah cucu kepada William Henry Harrison, Presiden ke 9 (1841).

  
Ben Harrison (1833-1901) dan William Harrison (1773-1841)

Franklin Delano Roosevelt (FDR), Presiden ke 32 (1933 - 1945) adalah lima pupu kepada Presiden ke 26 (1901 - 1909) Theodore Roosevelt. Isteri FDR, Eleanor adalah anak saudara kepada Theodore. Tetapi kehadiran FDR sebagai Presiden USA tidak dapat dikaitkan dengan kroni Theodore kerana jarak masa yang agak jauh. FDR jauh lebih popular dari Theodore dan memegang rekod sebagai Presiden USA yang paling lama, iaitu 12 tahun.

  
Theodore (1858-1919) dan FD Roosevelt (1882 - 1945)

President ke 35 (1961 - 1963), John Fitgerald Kennedy (JFK) mempunyai dua orang adik yang menjadi Senator dalam Dewan Perwakilan Senate USA iaitu Senator Robert Francis Kennedy (RFK) dan Senator Edward Morris Kennedy. John dan Robert kedua-duanya telah mati ditembak. Anak RFK iaitu RFK Jr juga merupakan bekas Senator di USA dan merupakan  Secretary of Health and Human Services USA (mulai Feb 2025 - kini).

      
Tiga berakik; JFK (1917-1963), RFK  (1925-1968) dan EMK (1932-2009) dan 
RFK Jr (1954- kini)

President ke 43 (2001 - 2009) George Walker Bush  adalah anak kepada President ke 41 (1989 - 1993), George Hebert Walker Bush.     

 
George W. Bush (1946-kini) dan George H W Bush (1924-2018)

Bekas Setiausaha Negara USA ke 67 (2009 - 2013), Hilary Rodham Clinton adalah isteri kepada Presiden USA ke 42 (1993 - 2001), William Jefferson 'Bill' Clinton. Hilary bertanding dalam pilihanraya Presiden USA ke 68 (untuk penggal 2017-2021) tetapi tewas kepada Donal Trump.

      
Hilary Clinton (1947) dan Bill Clinton (1946)

CANADA

Perdana Menteri Canada ke 25, Justin Trudeau (2015-2025) adalah anak kepada Joseph Phillipe Pierre Yves Elliot Trudeau (Pierre Trudeau), PM Canada ke 15 (1980-1984).

  
Justin Trudeau (1971) dan Pierre Trudeau (1019-2000).

CUBA

Di kepulauan Karibea, sebuah negara komunis tunggal, Cuba diperintah oleh diktator Fidel Alejandro Castro Ruz sejak tahun 1961 telah menyerahkan kuasa (memangku) kepada adiknya Raul Modesto Catro Ruz  apabila dia uzur sejak  tahun 2008 sebelum mengambil kuasa sepenuhnya pada tahun 2011.
 
       
Fidel (1926-2016) dan Raul Castro (1931)

Selain dari Cuba, penulis tidak membuat kajian di negara-negara Carribean dan Amerika Tengah yang lain.

SENARIO DI BENUA LATINO

Negara-negara di benua Amerika Latin juga agak ketara dalam amalan nepotisme. Malah terdapat amalan nepotisme yang boleh dikatakan dahsyat!. 

ARGENTINA

Presiden Argentina ke 41, Isabel Martinez de Peron (1974-1976) adalah isteri kepada Presiden ke 40, Juan Domingo Peron, (1973-1974). Juan Peron juga pernah menjadi Presiden ke 29 (1946-1955).

  
Isabel Peron (1931) dan Juan Peron (1895-1974).

Presiden Argentina ke 56, Cristina Elisabet Fernandez de Kirchner (2007-2015) adalah isteri kepada Presiden ke 55, Nestor Carlos Kirchner Ostoic (2003-2007).

  
Cristina Kirchner (1953) dan Nestor Kirchner (1950-2010)  

Penulis tidak menjalankan kajian di negara-negara Amerika Latin yang lain.

SENARIO EROPAH

Setakat ini, amat jarang kedengaran berita dari negara-negara dalam Benua Eropah moden yang membabitkan amalan nepotisme yang nyata seperti di negara benua Asia dan Amerika. Kronisme memang ada tapi bukan nepotisme. Isu nepotisme (dan kronisme) lebih bertumpu di negara Eropah Timur dan negara-negara bekas Soviet Union, yang kini kebanyakkannya menjadi sebahagian dari benua Asia (Asia Tengah). Sistem pemerintahan diktator masih kuat diamalkan di sebahagian negara-negara trsebut.

SENARIO AFRIKA

Penulis tidak berkesempatan membuat kajian ke atas kes nepotisme di negara-negara dalam bentau Afrika. Penulis hanya mengulas satu dua kes yang penulis ingat sahaja. Di Libya, Bekas Presiden Muaamar Ghaddafi (1969 - 2011) telah menetapkan anaknya Saifull Islam untuk mengambil-alih kepimpinan Libya tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana kerajaannya telah dijatuhkan dan dia telah dibunuh dengan kejam. Saiful Islam ditangkap dan dibicarakan dan dihukum mati. Namun pada tahun 2017 Saif diberi pengampunan oleh Kerajaan Libya. 

  
Muammar (1942-2011) dan Saiful Islam (1972)


SENARIO ASIA TENGAH

AZERBAIJAN

Presiden Azerbaijan ke 4, Heydar Ilham Oghlu Aliyev (2003-kini) adalah anak  kepada Presiden ke 3, Heydar Alirza Oghlu Aliyev (1993-2003). Ilham telah melantik isterinya Mehriban Ariffgizi Aliyeva @ Pashayeva sebagai Naib Presiden Pertama (bakal pengganti) mulai 2017.

      
 Ilham Aliyev (1961); Heydar Aliyev (1923-2003); dan Mehriban Aliyeva (1964)

UZBEKISTAN

Presiden Uzbekistan ke 2, Shavkat MiRziyoyev (1957) TELAH MELANTIKanak perempuan sulungnya Saida Shavkatovna Miziyoyevo  sebagai Assisten Presiden merangkap Ketua Pentadbir Pejabat Kepresidenan (2025-kini), jawatan kedua  paling penting selepas Presiden. Manakala anak keduanya Shaknoza Mirzi yeyova sebaga Timbalan II Pengarah Agensi Keselamatan Socsial Negara. 

    h
Shavkat Miziyoyev (1957); Saida Shavkatovna Mrziyeyova (1984) dan  Shaknoza 

SENARIO ASIA 

Di negara Asia dan Afrika pula lebih banyak penguasaan ahli keluarga dalam mewarisi sesuatu Kerajaan. Negara yang berideologi sosialis/komunis yang dikatakan mengutamakan kesamarataan tetap wujud unsur-unsur kronisme atau nepotisme.

INDIA

Di India, pada suatu tempoh antara 1966 hingga 1991, amalan nepotisme dalam Kerajaan India amat ketara. Ketokohan Perdana Menteri pertamanya Pandit Jawaherlal Nehru (1946 - 1964) telah diwarisi oleh anak perempuannya Indira Priyadarshini Gandhi yang menjadi Perdana Menteri India sebanyak dua kali iaitu PM ke 5 (1966 - 1977) dan PM ke 8 (1980 - 1984) seterusnya diwarisi oleh anak lelaki Indira Gandhi, Rajiv Gandhi yang menjadi PM India ke 9 (1984 - 1989). Sebelum Rajiv, Indira telah menunjuk anak bungsu Sanjay Gandhi sebagai calon pengganti tetapi Sanjay telah terbunuh dalam kemalangan pesawat pada tahun 1980. Apabila Indira mati dibunuh pada tahun 1984, dia digantikan oleh abang Sanjay, Rajiv Gandhi. Rajiv juga mati dibunuh oleh pengebom berani mati pada tahun 1991.

Isteri Rajiv, Sonia Gandhi (berbangsa Italy) telah dilantik menjadi Presiden Parti Kongres India menggantikan Rajiv. Anak lelaki Rajiv, Rahul Gandhi juga aktif dalam politik dan kini adalan Naib Presiden Parti Kongress.

      
Nehru (1889-1964);  Indira Ghandi (1917-1984); Sanjay (1946-1980); dan 
Rajiv Gandhi (1944-1991)

 
Sonia Ghandi (1946);  dan Rahul Gandhi (1970)

SRI LANKA (CEYLON)

Perdana Menteri pertama Sri Lanka, Don Stephen Senanayake (1947-1952) telah  meninggal dunia akibat terjatuh dari kuda dan digantikan oleh anaknya Dudley Shelton Senanayake sebagai Perdana Menteri kedua. Setelah itu, Dudley telah dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali lagi, iaitu Perdana Menteri ke 6 (1960) dan ke 8 (1965-1970). 
  
  
Dudley Senanayake (1911-1973); dan Don Senanayake (1884-1952)

Nepotisme keluarga Bandaranaike menguasai politik Sri Lanka (Ceylon) antara tahun 1956 hingga 19xx. Solomon West Ridgeway Dias Bandaranaike adalah Perdana Menteri ke 4 Sri Lanka (1956-1959). Beliau telah ditembak mati oleh seorang sami. Balunya Sirima Ratwatte Dias (Sirimavo) Bandaranaike telah dipilih menjadi Perdana Menteri ke 6 pada tahun 1960 hingga 1965. Sirimavo adalah wanita pertama menjadiu Perdana Menteri di benua Asia. Selepas itu Sirimavo telah dipilih menjadi dua kali lagi iaitu Perdana Menteri ke 9 (1970-1977) dan ke 15 (1994-2000).

Perdana Menteri Sri Lanka ke 14 (1994), Chandrika Bandaranaike Kumaratunga adalah anak kepada Solomon dan Sirimavo Bandaranaike.  Chandrika kemudiannya meletak jawatan Perdana Menteri pada tahun yang sama untuk bertanding jawatan dan memenanginya serta dilantik menjadi Presiden Sri Lanka ke 4 (1994-2005). Jawatan sebagai Perdana Menteri ke 15 diambil alih oleh ibunya Sirimavo (1994-2000). Chandrika merupakan wanita pertama menjadi Presiden Sri Lanka dan juga penuandang yang paling lama (11 tahun).

         
Solomon (1899-1959), Sirimavo (1916-2000) dan Chandrika Bandaranaike (1945)

Presiden Sri Lanka ke 8 (1994), Nandasa Gotabayo Rajapaksa (2019-2022) adalah adik kepada Mahinda Rajapaksa, Presiden ke 6 (2005-2015).

   
Rajapaksa (1949) dan Mahinda Rajapaksa (1945)

BANGLADESH

Siekh Hasina Wajid menjadi Perdana Menteri Bangladesh sebanyak dua kali iaitu kali pertama, PM ke 10 (1996-2001) dan kali kedua, PM ke 13 (2009-2024) adalah anak perempuan kepada Siekh Mujibur Rahman, Presiden Bangladesh yang pertama (1971-1972), Perdana Menteri (1972-1975) dan Presiden ke 4 (1975-1975) yang mati ditembak dalam satu rampasan kuasa.

  
Hasina Wajed (1947) dan Mujibur Rahman (1920-1975)
PAKISTAN

Benazir Bhutto, dua kali menjadi Perdana Menteri Pakistan, iaitu 1988-1990 dan 1993-1996 adalah anak perempuan kepada Zulfikar Ali Bhutto, Presiden Pakistan ke 4 (1971-1973) dan  Perdana Menteri Pakistan ke 9 (1973-1977). Semasa Benazir menjadi PM kali pertama, beliau telah melantik ibunya Nurat Ispahani Bhutto menjadi Menteri Kanan dalam kabinetnya (1989-1990). Zulfiqar mati dihukum gantung pada April 1979 oleh Kerajaan tentera Gen Zia ulHaq atas tuduhan merancang pembunuhan seteru politiknya Ahmad Kasuri. manakala Benazir mati dibunuh oleh pengebom berani mati pada Dis 2007 di Rawalpindi.

    
Benazir (1953-2007); Zulfikar Ali Bhutto (1928-1979); dan Nurat (1929-2011)

KOREA UTARA

Jawatan Pemimpin Tetinggi (Presiden) negara Komunis Korea Utara telah menjadi milik keluarga Kim sejak 1945. Pemimpin yang sedia ada, Kim Jong Un (sejak 2012) menggantikan ayahnya Kim Jong Il (1997-2011). Jong Il sebelumitu juga menggantikan ayahnya Kim Il Sung (1966-1994) - pengasas Korea Utara.

    
Jong Un (1983-kini); Jong Il (1941-2011); dan Il Sung (1912-1994)

SYRIA

Di Syria, nepotisme juga berlaku selama 53 tahun. bekas Presiden Hafiz Ali Sulayman al Assad (1971-2000) digantikan oleh anaknya Bashar Hafiz al Assad yang memerintah hingga 2024. Hafiz pada mulanya menunjuk adiknya Rifaat Ali Al Assad sebagai bakal pengagntinya tetapi Rifaat telah belot dan cuba untuk menggulingkannya lalu dibuang negara. Hafiz kemudian menunjuk anaknya Bassel al Assad tetapi Bassel telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Kematian Bassel telah digantikan oleh adiknya Bashar yang mengambil alih pucuk pimpinan Syria apabila Hafiz mati pada tahun 2000. Bashar menguasai politik Syria sehingga ditumbangkan oleh pemberontakan dan melarikan diri ke Moscow pada November 2024 yang mengakhiri pemerintahan diktator keluarga AlAssad.

      
Hafiz (1930-2000), Rifaat (1937),  Bassel (1962-1994); dan Bashar

FILIPINA

Presiden Filipina yang ke 12, Maria Gloria Macaraeg Macapagal-Aroyo (2001-2010) adalah anak kepada Presiden ke 7, Diosdado Pangan Macapagal (1961-1965). Oleh kerana beza antara kedua penyandang adalah 36 tahun, maka ia tidak dikategorikan sebagai nepotisme.
 
  
Gloria (1947) dan Dios Macapagal (1910-1997)

Seterusnya, Presiden ke 15, Benigno Simeon 'Noynoy' Cojuangco Aquino III (2010-2016) adalah anak kepada Presiden ke 11, Maria Corazon Sumulong Cojuangco Aquino (1986-1992). 

    
Nonoy (1960-2021) dan Cory Aquino (1933-2009)

Penglibatan keluarga Aquino dalam politik Filipina telah bermula sejak perjuangan melawan penjajahan Sepanyol pada tahun 1896. Servillano Mianong Aguillar Aquino (1874-1959) adalah General dalam tentera Phillipines Revolutioner menentang Sepanyol. Anak Mianong, Benigno Igno Aquino (1894-1947) adalah seorang Senator. Anak Igno, Benigno Ninoy Aquino Junior (1932-1983 juga seorang Senator. Ninoy dipenjara oleh Marcos selama 8 tahun dan ditembak mati pada tahun 1983 semasa keluar dari pesawat sepulangnya dari mendapat rawatan di Amerika Syarikat. Ninoy adalah suami kepada Presiden Corazon Aquino dan datuk kepada Presiden Nonoy Aquino.


  
Salvador Laurel (1928-2004) dan Joseph Laurel (1891-1959)

Presiden ke 10 Filipina, Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos Sr (1965-1986), semasa pemerintahannya telah  mengubah Filipina kepada pemerintahan tentera (Martial Law) dari 1972-1981 mwemerintah Filipina secara dikator sehingga dijatuhkan oleh Revolusi Rakyat pada tahun 1986. Malah semasa pemerintahan Marcos diketahui umum bahawa isterinya Imelda merupakan individu yang sangat berkuasa dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.  Selanjutnya hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dan meninggal dunia di Hawaii pada tahun 1989. Pada tahun 2022 anak Marcos, Ferdinand Bongbong Romualdiez Marcos Jr telah dilantik menjadi Presiden Filipina ke 17.

    
Bongbong Marcos (1957); Ferdinand Marcos (1917-1989); dan Imelda (1929)

Satu lagi kes yang dapat ditemui ialah Naib Presiden Filipina ke 8, Salvador Laurel (1986-1992) di bawah Presiden Cory Aquino adalah anak kepada Presiden ke 3 Joseph Paciano Laurel Garcia (1943-1945)

Penulis berpandangan bahawa nepotisme tidak berlaku dengan ketara di Filipina. Peralihan kuasa secara langsung kepada ahli keluarga tidak pernah berlaku. Kemunculan ahli keluarga hanya berlaku setelah dua penggal pilihanraya atau lebih. Pemilihan mereka juga melalui demokrasi bukan pengaruh pemimpin yang sedang berkuasa. Apa yang jelas, peranan keturunan bangsawan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan tokoh-tokoh baru bila tiba waktunya. Memang mereka ada darah dengan pemimpin yang lalu, tetapi disokong oleh bakat, kemampuan dan sokongan rakyat.  

THAILAND

PM Thailand (ke 6) sebanyak tiga kali Seni Pramoj (Sep 1945 - Jan 1946), (Feb - Mac 1975) dan (Apr-Okt 1976),  adalah abang kepada PM Thailand ke 13 (Mac 1975- Apr 1976), Kukrit Pramoj.
  
  
Kukrit (1911-1995) dan Seni Pramoj (1905-1997)

Thaksin Shinawatra,  Perdana Menteri Thailand ke 23 (dari 2001-2006)  Thaksin Shinawatra yang disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Perdana Menteri Thailand ke 26 Somchai Wongsawat  (2008) adalah adik ipar Thaksin dan disebut sebagai bonek yang dikawal oleh Thaksin. Yinglak Chinnawat (Shinawatra), Perdana Menteri Thailand ke-28 (2011-2014) adalah adik Thaksin.
Paetongtarn Shinawatra, Perdana Menteri Thailand ke-31 (16 Ogos 2024 sehingga 29 ogos 2025) adalah anak Thaksin.


      
Thaksin (1947) Somchai (1947) Yinglak (1967) dan Paetongtarn (1986) 

Thaksin kelihatannya cuba membina empayar nepotismenya, namun beberapa kali mencuba menonjolkan ahli keluarganya dalam politik Thailand, mereka masih tidak mampu bertahan lama seperti Thaksin sendiri.  Rakyat Thailand sangat sensitif dengan pergerakan dan gelagat pemimpinnya, begitu juga dengan kepimpinan Angkatan Tenteranya. Sedikit sahaja kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri, rakyat akan bangun menjatuhkan atau tentera akan merampas kuasa.

INDONESIA

Presiden Indonesia yang kelima (2001-2004), Dyah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri adalah anak perempuan kepada Presiden Achmad Sukarno, Presiden pertama dan Bapa Kemerdekaan Indonesia (1945-1967). Sukarno dipaksa (oleh Jen Suharto) mengundur diri dan ditahan dalam rumah sehingga mati pada tahun 1970. Megawati hanya muncul berkuasa setelah 33 tahun kejatuhan bapanya.
  
  
Megawati Sukarnoputri (1947) dan Sukarno (1901-1970)

Walaupun Suharto memimpin Indonesia selama 33 tahun, beliau tidak cuba membawa ahli keluarganya dalam politik Indonesia untuk meneruskan legasinya. Anak-anak beliau lebih berminat membina empayar perniagaan.

Presiden Mulyono Joko Widodo (Jokowi) adalah Peresiden Indonesia ke 7 (2014-2024), sebaik sahaja beliau tamat tempoh, penggantinya Prabowo berpasangan dengan anak lelaki Jokowi, Gibran Rakabuming Raka sebagai calon Nain Presidennya dan berjaya. Walaupun Gibran secara perlembagaan tidak layak untuk bertanding, namun kuasa Mahkamah dan juga Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia telah membenarkannya. Cahaya permulaan nepotisme di Indonesia.

    
Gibran (1987) dan Jokowi (1961)

SINGAPURA

Brig Gen Lee Hsien Loong (Lee Jr), Perdana Menteri ke 3 Singapore (2004-2024) adalah anak kepada Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama (1965-1990). Lee Kuan Yew memberi laluan kepada Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri ke 2 (1990-2004) tetapi menetapkan anaknya Lee Jr sebagai pengganti Goh. Lee Jr adalah bekasa pegawai Angkatan Tentera Singapura (SAF) dan mencapai pangkat Brig Gen ketika berusia 31 tahun (1983). Pada tahun 1984 ia meletak jawatan dari SAF untuk menyertai politik dan dilantik menjadi Menteri pada tahun 1987. Setelah bersara dari jawatan PM pada tahun 2024, Lee Jr dilantik menjadi Menteri Kanan hingga sekarang. Anak-anak Lee Jr tidak berminat dalam politik.
 
  
 Lee Hsien Loong (1952) dan Lee Kuan Yew (1923-2015)

KEMBOJA (CAMBODIA)

Kerajaan beraja (Kingdom) dijatuhkan oleh tentera (Gen Lon Nol) pada tahun 1970, King Norodom melarikan diri ke Paris. Pada tahun 1975 Regim Komunis Khmer Rouge diketuai oleh Pol Pot mengambil alih pemerintahan sehingga 1978 apabila Vietnam menyerang dan menduduki Kemboja sehingga 1992. Dalam tempoh tersebut Vietnam berusaha memulihkan kerajaan rakyat di Kemboja. Hun Sen dilantik menjadi Perdana Menteri  (di bawah Vietnam) pada tahun 1985. Kerajaan beraja dipulihkan pada 1993 dan Raja Norodom Sihanouk selaku Raja dan anaknya Putera Rannaridh dilantik menjadi Perdana Menteri  Pertama. Hun Sen dilantik sebagai PM Kedua sehingga 1997 apabila Hun Sen merampas kuasa Kerajaan, mengenepikan Rannaridh dan  melantik Ung Huot sebagai PM Pertama (Interim) dengan Hun Sen kekal sebagai PM Kedua yang berkuasa. Pada tahun 1998, Hun Sen memansuhkan jawatan PM Kedua dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri tunggal. 

Samdech Hun Sen adalah Perdana Menteri Kemboja pertama (1997-2023) dan setelah bersara memegang jawatan sebagai Presiden Dewan Senate (2023-kini).  Semasa menjadi PM, Hun Sen telah menyediakan anak sulungnya Hun Manet sebagai bakal pengganti. Hun Manet menyertai Angkatan Tentera Diraja Kemboja (RCAF) hingga ke pangkat General. Apabila Hun Sen berdsara pada Ogos 2023, beliau meminta Raja Norodom Sihamoni melantik anaknya Hun Manet sebagai penggantinya. Bermulalah empayar nepotisme keluarga Hun di Kemboja.

  
Hun Manet (1977) dan  Hun Sen (1952)

NEPOTISME DI IRAQ TIDAK KESAMPAIAN

Bekas Presiden Saddam Hussein (1979 - 2003) telah menetapkan anaknya Udai dan Qusay untuk mengambil-alih kuasa di Iraq tetapi tidak berjaya kerana Kerajaan Iraq pimpinan Saddam hancur dilanggar Amerika dan sekutunya pada tahun 2003. Sadam ditangkap, dibicarakan sebagai penjenayah perang dan telah dihukum bunuh pada tahun 2006.  Kedua-dua anaknya, Uday dan Qusay terbunuh semasa serangan tentera Amerika itu.
    
    
Sadam Husein, Uday/Odai dan Qusay

Begitulah antara contoh pertalian darah di kalangan pemimpin dunia di luar Malaysia. Bagaimana pula di Malaysia? Ia juga berlaku. Namun nepotisme ala-Malaysia kelihatan lebih demokratik. Kuasa tetap ditangan pengundi atau ahli parti pemerintah mahupun parti oposisi.

Bakat dikutip secara spontan (tanpa dilatih mengikut tangga dari bawah) atas dasar mengenang jasa ayahandanya (apabila berlaku kematian seseorang pemimpin) ataupun bakat yang diuji melalui anak tangga heirarki pemerintahan. Bakat kepimpinan diasah apabila diberi peluang menjawat dari satu jawatan ke jawatan yang lain. Pada masa yang sama pengaruh kuasa 'orang tua' yang masih berkuasa turut memberi kesan untuk meraih undi bagi menduduki kerusi atau jawatan dalam parti.

SENARIO NEPOTISME DI MALAYSIA

Seperi Britain, Malaysia mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Walaupun Ketua Negara, Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam beberapa perkara, Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif mempunyai kuasa sebagai penasihat kepada Ketua Negara adalah pentadbir negara yang sebenar. Oleh kerana kuasa Perdana Menteri dilahirkan oleh kuasa politik maka penyandang jawatan-jawatan utama politik di peringkat negara, negeri dan kawasan Parlimen mempunyai keinginan untuk mengekalkan pengaruh dengan membentuk ahli keluarga untuk mewarisi pengaruh dan kedudukannya.

Kesah nepotisme di Malaysia boleh diikuti dalam satu tajuk yang lain.  Penulis akan membuat kajian sendiri tentang kewujudan empayar kekeluarhaan dalam sistem pentadbiran negara dan negeri di Malaysia.



 




No comments:

Post a Comment