Sunday, October 6, 2019

M 202 KONGRES MARUAH MELAYU

 KONGRES MARUAH MELAYU 
 6 OKTOBER 2019




Resolusi Kongres Maruah Melayu berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Resolusi yang akan dibentangkan pada Kongres Maruah Melayu dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok adalah bersumberkan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, akta dan undang-undang.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, berkata cadangan, sumbang saran dan aspirasi yang terkandung dalam resolusi itu bukan pandangan ‘syok sendiri’ penganjur sebaliknya berasaskan sumber perundangan ulung negara.

Katanya, resolusi dalam bidang pendidikan yang akan dibentangkannya esok adalah berpandukan kepada Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Resolusi kami dalam bidang pendidikan misalnya, kami akan kemukakan kepada kerajaan supaya mengambil serius dalam aspek menjadikan pendidikan sebagai asas kepada agenda perpaduan antara kaum.

“Agenda perpaduan hanya boleh dicapai dengan memastikan setiap rakyat menguasai dan mampu menggunakan Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan serta dipersetujui menerusi Kontrak Sosial.

“Resolusi ini terhasil menerusi kajian, perbincangan meja bulat, saranan dan pandangan disuarakan ramai pakar dalam bidang pendidikan yang berpengalaman sejak dulu hingga masa kini termasuk pelajar,” katanya kepada BH, hari ini.

Sekretariat penganjur Kongres Maruah Melayu sebelum ini menegaskan kongres itu bukan program bersifat perkauman, sebaliknya ia satu kesedaran dan semangat ingin melihat masyarakat Melayu kembali bersatu dan menggilap semula kegemilangan bangsa.

Kongres berkenaan dianjurkan secara bersama empat universiti iaitu UPSI, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta satu sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

UM akan mengendalikan isu politik, UiTM (ekonomi), UPSI (pendidikan) dan UPM (kebudayaan) manakala NGO menumpukan bidang agama.

Kongres berkenaan terbuka kepada orang ramai termasuk semua parti politik Melayu. Setakat ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan hadir manakala UMNO akan diwakili Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan pemimpin kanan parti lain.


Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Aini Ideris, berkata resolusi yang dihasilkan pihak UPM hanya akan dibentang esok pada hari kongres berlangsung.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614378/resolusi-kongres-maruah-melayu-berteraskan-perlembagaan-rukun-negara.


Kongres Maruah Melayu bermatlamatkan perpaduan
MOHD AZLIM ZAINURY
1 Oktober 2019

SHAH ALAM - Penganjur Kongres Maruah Melayu menegaskan bahawa penganjuran program itu pada 6 Oktober ini bertujuan menjawab persoalan berhubung kedudukan Melayu, Islam dan kebudayaan secara terbuka serta berilmiah.

Ketua Eksekutif Sekretariatnya, Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, program tersebut juga bermatlamatkan perpaduan supaya rakyat berbilang kaum dapat hidup bersama sebagai warganegara Malaysia berdasarkan Perlembagaan dan bukannya takrifan politik.

“Mereka mesti menerima ini sebagai negara Malaysia dengan agama Islam sebagai rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu.

“Ini sepatutnya menjadi pegangan warga Malaysia bukan seperti apa yang dicanangkan oleh parti-parti politik tertentu bahawa Malaysia itu begitu begini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Universiti Malaya (UM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan empat universiti yang membentuk gabungan bagi menjayakan kongres tersebut.

"Kesemua universiti terlibat mempunyai pusat kajian kebudayaan dan masyarakat Melayu dan akan bekerjasama bagi menjawab persoalan berkaitan kedudukan agama, kebudayaan dan bangsa Melayu di negara ini.

“UiTM, misalnya, mempunyai Institut Pemikiran Melayu, UM mempunyai Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, UPSI mempunyai Institut Tamadun Melayu dan UPM juga mempunyai Muzium Warisan Melayu,” ujarnya.

Katanya, kesemua universiti terlibat akan mengendalikan perbincangan mengikut bidang kepakaran masing-masing.

"UM akan mengendalikan isu berkaitan persoalan politik, UiTM akan mengendalikan isu ekonomi, UPSI mengendalikan isu berkait pendidikan dan UPM pula memfokuskan isu kebudayaan dan agama.

“Turut terlibat adalah Persatuan Peguam,” katanya.

Kongres yang akan diadakan pada Ahad minggu hadapan bertempat di Stadium Malawati Shah Alam itu dijangka turut dihadiri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu undangan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/50055/BERITA/Nasional/Kongres-Maruah-Melayu-bermatlamatkan-perpaduan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kongres Maruah Melayu: Mengukuh jati diri dan maruah Melayu
Dr. Shamrahayu A. Aziz

Perkataan 'maruah' berasal daripada bahasa Arab, iaitu 'muru'ah' yang mengikut Kamus Dewan bermaksud, 'kehormatan diri' atau 'harga diri'.

Ia juga digambarkan dalam Kamus Dewan sebagai sifat laki-laki, iaitu keberanian dan kegagahan.

Dalam konteks maqasid al-Syariah, maruah adalah juga suatu perkara yang dijamin kedudukannya.

Menarik untuk dilihat antara perkataan 'maruah' ini dalam perkembangan semasa.

Satu kongres yang dinamakan sebagai 'Kongres Maruah Melayu' akan berlangsung esok di Stadium Melawati, Shah Alam.

Kongres ini dilaporkan sebagai anjuran empat buah Universiti Awam, iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kongres ini juga dikhabarkan menggunakan tagline 'Tanah Aku'. Melalui tagline tersebut secara tidak langsung dapat dirasakan bahawa tujuan penganjuran kongres ini amat serius.

Pada hemat saya sendiri, nyata sekali, dua frasa yang menjadi kunci kepada kongres ini, iaitu 'maruah Melayu' dan 'Tanah Aku' berupaya membangkitkan semangat Melayu yang jitu dan tinggi.

Kedua-duanya menggambarkan tentang sejarah tanah air ini yang mana nama tanah ini ialah Tanah Melayu.

Dan, pada masa yang sama, keadaan semasa dilihat oleh segolongan besar khalayak Melayu, sebagai satu masa sukar, bahkan mencabar kewujudan Melayu di bumi anugerah Allah ini.

Justeru, timbul persoalan dan kata-kata sinis, bahkan ekspresi rasis dilabelkan kepada Kongres Maruah Melayu ini.

Walaupun begitu, dari sudut perundangan, tiada salah dengan ekspresi yang digunakan dalam penganjuran kongres ini. Ia sekadar menzahirkan fakta sejarah tentang realiti sebenar negara ini.

Secara intelektual, fakta sejarah ini tidak boleh disangkal lagi. Malah penggunaan istilah 'Semenanjung Tanah Melayu' masih lagi menjadi terjemahan kepada frasa 'States of Malaya' dalam beberapa peruntukan Perlembagaan.

Frasa 'Tanah Aku' boleh menjadi peringatan kepada bangsa Melayu di negara ini bahawa, jagalah tanah air ini, ia milik 'aku'.

Pada masa sama, kongres ini seolah membawa mesej, wahai orang Melayu, jagalah maruah bangsamu. Jagalah agamamu.

Keadaan semakin mencabar. Akidah makin tergadai. Justeru, penganjuran kongres ini tidak perlu dilabelkan.

Ia sekadar menyedarkan orang Melayu tentang amanah yang wajib mereka pikul untuk menjaga agama dan bangsanya.

Apa yang dikhabarkan oleh media ialah, masyarakat Malaysia bakal melihat dalam kongres ini esok, jiwa-jiwa besar dan jiwa-jiwa kental pemimpin Melayu yang bukan semata-mata bersaing, tetapi bersaing secara “ganas” – telah sekian lama - di atas pentas politik kepartian.

Mereka akan bertemu di pentas Kongres Maruah Melayu. Tiada lain harapan orang Melayu, selain sudah lama mereka memperkatakan dan mengharapkan para pemimpin politik mereka tidak lagi berseteru, malah boleh berpadu atas nama agama dan bangsanya.

Justeru, pada saya tidak perlu dibahaskan lagi kerelevanan kongres ini. Atau tidak perlu diangkat penilaian politik kepartian semata-mata.

Sampai bilakah kita mahu menjadi mata lalat yang hanya melihat kebusukkan. Berilah peluang kepada mata kita untuk menjadi mata lebah yang hanya melihat dan mencari kemanisan.

Moga umat Melayu dan umat Islam seluruhnya memberikan kepercayaan dan peluang kepada Kongres Maruah Melayu ini berlangsung dengan tenang.

Berikan peluang kepada para ilmuan untuk membuktikan kesungguhan dan keseriusan mereka dalam mencari jalan supaya umat Melayu di tanah air ini bersatu padu dan saling berpaut antara satu sama lain.

Secara peribadi, sebagai seorang ahli akademik, saya melihat kongres ini sebagai cabaran kepada saya.

Para ahli akademik dan para cendikiawan yang menjadi penganjur kepada kongres ini boleh berbahasa menyatakan bahawa inilah sumbangan mereka dalam menyatukan bangsanya sendiri.

Para ilmuan di universiti perlu buktikan bahawa mereka bukan sekadar mengejar ranking. Tetapi mereka mahu berbakti kepada nusa dan bangsanya.

Sekiranya saya silap, mohon betulkan saya, Kongres Maruah Melayu ini adalah yang pertama seumpamanya yang dibuat atas landasan akademik.

Dari aspek lain, kongres ini memberi ruang untuk orang Melayu menyatakan hasrat dan harapan mereka kepada kerajaan yang memerintah.

Di bawah tiket kebebasan bersuara serta di bawah tiket kepentingan bangsanya, Melayu perlu mengambil tempat dalam menentukan masa depan bangsanya sendiri dengan mambawa suara ilmuan dan masyarakat terbanyak dengan harapan perpaduan dan kesefahaman jua yang dicapai.

Khabarnya resolusi-resolusi yang akan dibentangkan esok berkisar kepada kepentingan umat Melayu yang diharapkan akan membina pengukuhan jati diri Melayu.

Sekali lagi, semua ini tidak boleh dibaca dengan bacaan 'rasis' kerana sifat jati diri bangsa Melayu ialah, bangsa yang beramanah, bangsa yang berpegang pada janji dan bangsa yang mengotakan kata-katanya.

'Kongres Maruah Melayu' diharap menyuarakan kebenaran berpaksikan kenyataan.

Saya percaya, Kongres Maruah Melayu bukan platform yang disediakan oleh para cendikiawan sebagai medan politik atau perkauman, ia sekadar medan memperingatkan bangsanya sendiri.

Inilah juga antara perkara yang saya fikir patut dibuktikan melalui Kongres Maruah Melayu ini.

Akhir kalam, moga Allah mempermudahkan urusan yang mulia ini dan Allah berikan petunjuk. Allah berikan kebahagian di dunia dan di akhirat kepada mereka yang mengusahakannya ke arah kebaikan.

PENULIS adalah pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

https://www.utusan.com.my/berita/politik/kongres-maruah-melayu-mengukuh-jati-diri-dan-maruah-melayu-1.981511


Kongres Maruah Melayu Yang Diselar Pemimpin Sendiri – Annuar
Amani Farihin

KUALA LUMPUR, 5 Oktober – Esok akan berlangsung Kongres Maruah Melayu yang akan turut dihadiri oleh pemimpin UMNO sebagai bukti keseriusan dalam membela bangsa. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai kehadiran pemimpin-pemimpin parti yang akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.

Berikut kenyataan Tan Sri Annuar Musa berkaitan kongres tersebut:

Rakyat sedang menyaksikan beberapa keanihan yg sedang berlaku dlm kerajaan hari ini.

Ahad ini di anjurkan KMM,yg bukan rahsia lagi,di “master mind” oleh beberapa pemimpin parti pemerintah tapi menggunakan platform beberapa IPTA, khususnya Universiti Malaya.

Belum pun ia berlangsung, program yang direstui dan dihadiri sendiri oleh YAB PM, sudah dikritik oleh YB bakal PM dan Supremo PH/Dap, Lim Kit Siang. Anehnya, semua mereka adalah dari satu parti yg sama ia itu PAKATAN HARAPAN (PH).

Penganjuran KMM mengesahkan wujudnya keresahan orang Melayu tentang maruah mereka pada masa ini.

Ia juga mengesahkan YAB PM sendiri mengakui keresahan tersebut tetapi tidak dapat bersuara atau menganjurkan kongres atas nama partinya, atau atas nama kerajaan pimpinannya. Dalam kata lain mereka mengakui PH gagal memberi pembelaan dan menjaga maruah orang Melayu. Ini adalah akibat dari kesilapan percaturan dan formula politik mereka sendiri.

Berdasarkan kedudukannya yg begitu lemah itu, tidak banyak yang boleh kita harapkan akan berlaku dari Kongres ini. Malah masa sudah semakin suntuk buat BERSATU dan buat YAB PM sendiri. Apa lagi dalam keadaan tiadanya solidariti dan setiakawan dalam PH itu sendiri.

Menariknya, jemputan telah dibuat kepada UMNO dan PAS, yang merupakan dua parti pembangkang dan rakan Taawun PIAGAM MUAFAKAT NASIONAL yang mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Dan di luar jangkaan kebanyakan orang, kedua-dua parti itu telah menerima dan akan menghadiri KMM itu.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Bagi UMNO dan PAS yg merupakan parti terbesar orang Melayu, kita mahukan politik yg matang, bertanggungjawab dan mendahulukan rakyat. Bukan politik kepuakan yg sempit dan emosi.

Kita telah membuktikan di Parlimen di mana ada kalanya kita menentang keras tindakan kerajaan hingga sanggup turun ke jalan raya seperti dalam isu ICERD dan ada kalanya kita menyokong sehingga kerajaan boleh meminda perlembagaan, seperti dalam isu had umur mengundi.

Dalam isu KMM pula,UMNO dan PAS tidak terlibat berkongres, malah tidak pun mengetahui atau di beritahu apakah perbincangan atau apakah resolusi kongres ini, atau siapakah yang terlibat dalam kluster-kluster perbincangan.

UMNO dan PAS mengambil sikap sedia hadhir menerima jemputan dan mendengar apa jua perkara berkaitan kepentingan orang Melayu. Sebagai wadah terbesar orang Melayu, tidak wajar bagi UMNO terutamanya memencilkan diri dari sebarang usaha untuk kebaikan orang Melayu atau muafakat Melayu dan Muafakat Nasional.

Malah itulah sebahagian dari intipati PIAGAM yang baru ditandatangani antara UMNO dan PAS. Kedua-dua parti kekal komited utk terus menjayakan Muafakat ini.

UMNO akan meneliti apakah resolusi KMM ini, yang difahamkan akan di serahkan kpd Kerajaan, khususnya Perdana Menteri. Sama ada resolusi ini boleh membawa apa apa harapan, biarlah di nilai oleh rakyat sendiri nanti.

Kita juga ingin mendengar dan melihat apakah penerimaan pemimpin pemimpin besar parti-parti dalam kerajaan terhadap resolusi ini.

Tidak mustahil ia akan menjadi satu lagi KONGRES KOSONG, sepertimana tahun lalu di mana mereka juga telah menganjurkan KONGRES EKONOMI BUMIPUTERA 2018, yang kesudahannya ekonomi dan aset bumiputera semakin merosot malah terjual dan tergadai di bawah pentadbiran mereka. Kongres bukan semestinya satu jalan penyelesaian.

Apapun biarlah kita berlapang dada, dan memberi ruang secukupnya kepada penganjur dan mereka di belakang tabir utk memperagakan rancangan dan pencak silat mereka.

UMNO akan terus berperanan mengatur perjuangan ummah khususnya orang Melayu melalui ‘roadmap’ kita sendiri, khususnya menerusi MUAFAKAT NASIONAL UMNO-PAS. Kita akan segera merangka pelan tindakan yang kukuh dan tersusun dalam membela MARUAH UMMAH DAN ORANG MELAYU, dalam konteks masyarakat Malaysia yg berbilang bangsa ini. Kami yakin dasar perjuangan, pengalaman dan rekod kedua-dua parti yg berpaksikan ISLAM ini, lebih mampu membela MARUAH MELAYU DAN RAKYAT MALAYSIA KESELURUHAN NYA,Insya-Allah.

Kita bertemu di Stadium Melawati.

Tan Sri Annuar Musa
Setiusaha Agung UMNO

https://umno-online.my/2019/10/05/kongres-maruah-melayu-yang-diselar-pemimpin-sendiri-annuar/


Kit Siang persoal penganjuran Kongres Maruah Melayu
RIDAUDDIN DAUD
4 Oktober 2019

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Lim Kit Siang melontarkan beberapa persoalan berkaitan penganjuran Kongres Maruah Melayu yang akan dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada Ahad ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri mempersoalkan adakah empat universiti awam yang menganjurkan program itu sudi mengadakan kongres sama tetapi melibatkan kaum lain.

“Ini antara persoalan yang dibangkitkan rakyat Malaysia sebagai reaksi terhadap penganjuran Kongres Maruah Melayu pada Ahad nanti.

“Maruah Malaysia akan terpelihara sekiranya maruah setiap kumpulan etnik dan agama di negara ini turut terpelihara iaitu dengan berpegang teguh terhadap prinsip-prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan adakah kongres berkenaan akan menegaskan semula prinsip asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan mengecam prinsip memecah-belah yang sememangnya bertentangan dengan Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Contohnya, pendirian yang mengatakan seseorang itu harus mengundi calon yang beragama Islam meskipun dia adalah seorang kleptokrat atau pendirian yang mengatakan orang Melayu hanya boleh menyokong calon yang beragama Islam.

“Adakah Kongres Maruah Melayu ini akan merangka sebuah strategi untuk rakyat Malaysia membina sebuah keyakinan diri yang baharu untuk 'menggapai bintang di langit', sebuah semangat 'Malaysia Boleh' yang baharu,” soal beliau.

Kit Siang turut mempersoalkan sumbangan boleh dibuat kongres itu untuk menebus semula kehormatan, maruah, reputasi dan nama baik Malaysia di arena antarabangsa.

“Adakah Kongres Maruah Melayu menyokong visi Malaysia menjadi negara terkemuka bertaraf antarabangsa yang berteraskan perpaduan, keadilan, kebebasan, kecemerlangan dan integriti?

“Malaysia kini berada dalam keadaan di mana setiap komuniti dibelenggu dengan rasa ketakutan, kesangsian dan kebencian sehingga mereka percaya mereka berdepan ancaman terhadap hak, kedudukan dan masa depan di Malaysia.

“Ini disebabkan oleh penyebaran ucapan kebencian dan berita palsu khususnya di media sosial bagi mengapi-apikan perpecahan dan permusuhan antara kaum dan agama di negara ini,” katanya.

Soalnya lagi, adakah kongres itu akan memulakan kempen literasi media bagi menyahaktif bom jangka pembinaan negara yang hanya akan membawa bencana kepada keamanan, toleransi dan keharmonian dalam Malaysia.

“Adakah kongres ini akan melahirkan garis masa dan visi untuk Malaysia menjadi contoh kejayaan Perikatan Peradaban di mata dunia dan bukan kegagalan kerana konflik peradaban, kerana Malaysia adalah titik pertemuan empat tamadun hebat dunia - Melayu/Islam, Cina, India dan Barat?

“Saya berharap jawapan kepada persoalan-persoalan ini boleh ditemui dalam Kongres Maruah Melayu pada Ahad ini,” katanya.

Kongres Maruah Melayu dijangka menghimpunkan belasan ribu orang daripada pelbagai latar belakang dalam usaha mencari penyelesaian bagi memperbaiki kedudukan dan maruah bangsa Melayu.

Program bermula jam 8 pagi dan berakhir tengah hari itu akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam yang boleh menampung sehingga 15,000 orang.

Kongres tersebut merupakan anjuran bersama Universiti Malaya; Universiti Teknologi Mara (UiTM); Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia.

Universiti Malaya akan mengendalikan persoalan politik, Universiti Teknologi Mara (ekonomi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (pendidikan) dan Universiti Putra Malaysia pula akan menumpukan isu kebudayaan serta agama.

https://www.sinarharian.com.my/article/50422/BERITA/Nasional/Dr-Mahathir-hadir-Kongres-Maruah-Melayu-bukan-isu-Waytha-Moorthy-1.50422


Kongres Maruah Melayu bukan bermotif politik, perkauman - Tun M
Oleh Rafidah Ahmad Ruzki; Rohaniza Idris dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di sini hari ini bukan perhimpunan bermotif politik dan perkauman, malah tidak dijadikan tempat untuk mengecam bangsa lain.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perhimpunan mengumpulkan orang Melayu itu bukan bermotif politik walaupun dihadiri ramai pemimpin politik.

Sebaliknya, beliau berkata, kongres itu turut menghimpunkan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi mewakili orang Melayu untuk bersama-sama memulihkan maruah dan semangat bangsa berkenaan.

“Ini (kongres) tiada politik kerana yang hadir adalah semua pihak, ada parti politik dan NGO Melayu dan semua pihak yang ada kepentingan Melayu. Kita semua yang datang ini sebagai orang Melayu.

“Mereka sudah tahu apa yang jadi pada maruah Melayu dan kali ini datang untuk mencari jalan bagaimana hendak memulihkan maruah orang Melayu. Ini bukan rasis kerana kita bukannya mengecam orang (bangsa) lain.

“Kita tidak kecam orang Cina, kita tidak kecam orang India, tetapi kita kecam orang Melayu yang tidak buat apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan maruah orang Melayu,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada kongres berkenaan bagi mengulas kebimbangan sesetengah pihak dengan perhimpunan itu yang didakwa bermotif politik dan perkauman.

Perdana Menteri menegaskan, kehadiran wakil pelbagai parti politik pembangkang dalam kongres itu adalah kerana mereka rasa bertanggungjawab dengan pemulihan maruah orang Melayu, bukan untuk bercakap mengenai parti.

“Kita datang ke sini untuk bercakap mengenai kedudukan orang Melayu, kedudukan kita dalam bidang sosial, ekonomi dan politik. Kita mahu tahu di mana kesilapan kita sehingga menyebabkan orang Melayu ketinggalan berbanding bangsa lain,” katanya.

Mengenai saranan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang sebelum ini meminta penganjur tidak meneruskan kongres itu, Dr Mahathir berkata, ada pelbagai kongres dianjurkan selama ini.

Malah, katanya, beliau sendiri pernah menghadiri dan merasmikan perhimpunan Cina Hakka yang mengumpulkan masyarakat itu dari seluruh dunia tanpa kehadiran seorang pun orang Melayu.

“Saya juga pernah hadir dan merasmikan perhimpunan bangsa lain, tidak ada yang menghalang atau membangkitkan (menjadikan isu) mengenai kehadiran saya.

“Malah dalam perhimpunan dengan orang Hakka pun, tiada orang halang dan kata saya tidak patut hadir, kata saya hanya patut hadir majlis anjuran orang Malaysia sahaja.

“Saya menyampaikan mesej yang diterima baik masyarakat Hakka dalam kongres bertaraf dunia itu,” katanya.

Mengenai percanggahan Kongres Maruah Melayu dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dilancarkan semalam, Perdana Menteri berkata, perkongsian kemakmuran bermakna semua orang di negara ini berkongsi kemakmuran.

“Jika orang Melayu tidak merebut peluang daripada wawasan itu, maka mereka tidak mendapat kemakmuran bersama itu,” katanya.

Mengenai resolusi hasil kongres terbabit, Dr Mahathir berkata, beliau mengambil maklum semua permintaan, gesaan dan teguran yang dibuat, namun tidak semua akan dipenuhi kerana ia bergantung kepada kemampuan dan keperluan semasa.

Ditanya cadangan mewujudkan sekolah satu aliran, iaitu aliran kebangsaan di negara ini, Perdana Menteri berkata, memang ada permintaan sedemikian, tetapi tidak bermakna ia boleh terima begitu sahaja.

"Kita kena tengok apa boleh dibuat dan tidak boleh di buat," katanya.

Mengulas kandungan ucapannya pada kongres berkenaan mengenai kelemahan dan kurangnya kuasa orang Melayu pada masa ini, beliau berkata, orang Melayu kini bercakaran sesama sendiri.

"Kita berkelahi, itu sebab kita jadi lemah, kita suka sangat berkelahi, sebab itu kita lemah sekarang. Kita terbelah kepada enam (enam parti politik Melayu).

“Jawatan Perdana Menteri hanya satu, ini enam nak jadi Perdana Menteri. Kalau ada enam Perdana Menteri, boleh kongsi seorang satu," katanya dalam nada berseloroh.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614585/kongres-maruah-melayu-bukan-bermotif-politik-perkauman-tun-m

Intipati ucapan Tun Dr Mahathir 

Ini adalah antara perkara yang dapat aku catatkan setelah dua atau tiga kali mendengar dan meneliti ucapan Tun Dr Mahathir dalam KMM pada 6 Okt 2019 melalui youtube yang mempunyai durasi hampir 50 minit:

(1)    Maruah kita dipandang rendah kerana kesalahan kita sendiri.
(2)    Melayu berpecah-belah, tidak ada yang mampu mendapat 50% sokongan rakyat - Kumpulan kecil berlawan sesama sendiri dan terpaksa memerlukan bantuan/sokongan orang lain untuk menang dan memerintah.
(3)    Kita bergantung kepada sokongan, dan terhutang budi, terpaksa menggadaikan bangsa.
(4)    Maruah bangsa Melayu dihina dan dipandang rendah di negara sendiri. Semenanjung Tanah Melayu dahulunya milik orang Melayu - hari ini terpaksa berkongsi dengan orang lain kerana orang Melayu tidak sanggup memikul beban sebagai bangsa yang merdeka. Terpaksa serah tugas-tugas tertentu kepada orang luar- mereka datang kerana ada peluang- negara lain tidak pernah buat perkara seperti ini.
(5)    Kita diperhambakan oleh orang lain yang mengambil peluang mengumpulkan kekayaan di negara kita.
(6)    Orang Melayu tidak sanggup kerja kotor, hina, bahaya dan berat. Orang asing mengambil tugas tersebut dan mereka terus maju dan menerokai bidang lain, mengatasi bangsa Melayu, dan berpuluh tahun kemudian, anak cucu mereka menguasai semua bidang dan peluang yang tidak dibuat oleh orang Melayu dan akhirnya mereka makin maju dan meninggalkan Melayu jauh di belakang.
(7)    Kita kena terima perkara ini (realiti) ini untuk memajukan diri kita.
(8)    Sikap tidak sanggup berusaha dan memberi tempat kepada orang asing ini terus diwarisi oleh generasi muda. Orang Melayu terus mengharap, Kerajaan akan terus menolong bangsa Melayu.
(9)   Kalau dahulu, pendatang (China dan India) hanya sebagai pekerja sahaja (di lombong dan ladang) dan sepatutnya pulang  setelah selesai kerja. Tapi ini tidak berlaku kerana mereka tidak pulang kerana seronok dan senang duduk di sini. Selain dari itu, kita orang Melayu masih memerlukan mereka kerana tiada orang tempatan yang mampu gantikan mereka
(10)  Kita tidak langsung belajar dari sejarah ini. Sehingga hari ini kita masih perlukan pekerja asing (Indonesia, Vietnam, Pakistan, Filipina, Bangladesah) untuk melakukan kerja yang orang Melayu tidak samnggup buat, walaupun bukan kerja berat. Kawasan pembinaan, kerja berat, kotor dan bahaya, tiada pekerja Melayu, semua orang asing.
(11)  Kerajaan (kuasa orang Melayu) sekarang tidak lagi kuat lagi dan Melayu dalam Kerajaan akan kalah kalau terus memberi perhatian lebih hanya kepada orang Melayu.
(12)  Maruah kita bukan bergantung kepada apa yang diberi peluang dan bantuan oleh Kerajaan. Maruah kita bergantung kpd kecapaian kita - kemampuan bekerja, mentadbir dan memiliki harta 
(13)  Ikrar mesti diikuti dengan tindakan untuk ambil alih tugas yang dilaksanakan oleh org luar. Bezakan antara boleh buat dengan hendak buat.  Kita mesti ada kesanggupan untuk memulihkan semula maruah melalui kecapaian kita dalam semua bidang.
(14)  Kita mesti kuasai semua bukan kuasai Kerajaan sahaja. Kerajaan memang membantu, tapi jika orang Melayu tidak berusaha untuk buat, kita tidak akan berjaya.
Kita ada kebolehan, tetapi kita tidak mahu lakukan.
(15)  Jika kita gagal, orang akan hina kita, hina bangsa kita.
(16)  Kita ada peluang dalam kuasai politik- tapi kita berpecah belah dan menjadi kumpulan yang lemah.
(17)  Kita ada peluang dalam perniagaan tetapi kita tidak mahu berusaha tidak mahu berniaga kerana lewat untuk dapat untung dan kaya, kita lebih suka menerima sagu hati atau subsidi.
(18)  Orang Melayu tidak mahu kerja-kerja sebagai pembantu kedai atau buruh dengan alasan gaji terlalu kecil. Gaji minima hanya RM1100.00 sebulan. Tetapi kita tidak malu malah gembira menerima hadiah/subsidi (BR1M) sebanyak RN500 setahun. Kita seronok dapat wang BRIM tanpa perlu kerja. Sepatutnya kita perlu kerja dan sumbangkan tenaga untuk dapatkan wang sejumlah itu. Kita patut malu terima sedekah. Sepatutnya kita berusaha atau gunakan wang itu sebagai modal dan berusaha mencari wang lagi untuk membalas jasa pemberi.
(19)  Ada Melayu yang rajin dan sanggup berkerja atau berhijrah ke Australia, Arab dan barat kerana majikan di sana boleh membayar gaji tinggi sehingga  3-4 kali ganda gaji di Malaysia. Majikan di Malaysia tidak ammpu membayar gaji setinggi itu.
(20)  Pada awal tahun 1980an, Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan kerana mahu mengambil contoh rakyat Jepun dan Korea membina semula negara mereka selepas kalah dan hancur dalam Perang Dunia II. Mereka sanggup membuat apa sahaja, upah yang kecil (walaupun hanya sekepal nasi dibubuh soya sauce)  demi untuk memulihkan Senegara mereka (rujuk buku yang ditulis oleh Akio Morita dari Sony Corp). Sekarang usaha dan pengorbanan mereka berhasil dan mereka sudah maju dan berpendapatan tinggi serta dihormati oleh orang lain.
(21)   Walaupun kita banyak kali berbincang tentang maruah tetapi selagi kita tidak sambut segala peluang yang diberi dan tiada perbuatan khianat dilakukan, kita sudah maju.
(22)  Kepercayaan Kerajaan semasa memperkenalkan DEB bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan kekayaan antara kaum tetapi DEB gagal kerana sambutan tidak seperti yang diharapkan. DEB menyediakan berbagai-bagai bantuan kepada orang Melayu untuk maju tetapi tidak disambut dengan baik malah mempersia-siakan segala peluang yang diberi. Pelbagai insentif oleh Kerajaan diberikan kepada orang Melayu. Tetapi bila dapat peluang, dapat lesen, AP atau permit, mereka jual, dapat kontrak mereka jual, dapat pinjaman untuk perniagaan, mereka gunakan untuk benda lain. Amalan ini menyenangkan untuk tempoh sekejap sahaja dan tak mungkin boleh membawa kepada kekayaan.
(23)  Kerajaan hari ini memperkenalkan Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (DWKB)  untuk membantu rakyat. Tetapi kesenangan tidak akan datang bergolek dan memperolehi kekayaan dengan cepat. Ia tetap memerlukan usaha dan kesungguhan.
(24)  Kerajaan akan terus menolong bangsa Melayu tetapi bangsa Melayu mesti sanggup mengguna dan menerima bantuan yg diberi.
(25)  Kenapa 60-70% pelajar di universiti terdiri dari wanita? Adakah orang lelaki bodoh dan tidak mampu masuk universiti? Tetapi orang lelaki tidak berusaha untuk mengatasi nya.
(26)  Bilangan Melayu yang berjaya memang ada tetapi bilangannya amat kecil (tidak boleh dibanggakan).
(27)  Berkali-kali kongres Melayu dianjurkan tetapi tiada perubahan.  Kerajaan telah sediakan pelbagai bantuan latihan utk beri kecekapan dan kemahiran. Tetapi tidak digunakan. Hanya perusahaan yang berterusan yang boleh membantu kita (untuk jangka panjang) dan boleh menghasilkan kekayaan- kekayaan itu penting kerana ia melibatkan maruah bangsa untuk kita dihormati. Bangsa yang miskin tidak akan dihormati.
(28)  Dari peringkat TADIKA diajar tentang kepentingan wang kepada kemakmuran. Wang bukan sahaja untuk ditukar kepada barang dan khidmat (dibelanjakan sahaja)  tetapi juga untuk dijadikan modal untuk menambahnya.
(29)  Dari dulu lagi, orang Melayu suka berkerja sebagai pegawai Kerajaan kerana ada gaji tetap dan berpencen. Mereka memandang rendah kerja perniagaan dan industri  pengeluaran.  Tetapi apa yang jelas, yang berniaga boleh jadi kaya, yang bergaji dan berpencen tetap miskin. Akhirnya yang kaya akan akan menguasai yang miskin, mereka akan membeli harta orang miskin yang memerlukan wang. Orang Melayu yang miskin menjual tanah dan mereka berpindah jauh dari bandar untuk mengelak kos hidup yang tinggi. Bangsa lain akan menguasai bandar dan ekonomi. Mereka bertambah kaya.
(30)  Tun merayu Orang Melayu supaya jangan menjual tanah tanah mereka.
(31)  Kita boleh berbangga dengan adanya hak Melayu, rezab Melayu dan (ketuanan Melayu) sebagainya.  Tetapi kalau kita miskin, kita akan dipisah dari hak dan harta kita itu.
(32)  Orang Melayu mesti ada kesanggupan. Kalau mahu maruah dipandang tinggi dengan mengharap orang lain menurunkan kecapaian mereka, ia tidak akan tercapai sampi bila-bila pun. Melayu ada kebolehan dan sanggup daki Everest, rentas lautan kelilingi dunia, ke angkasa lepas. Maksudnya kita boleh buat tetapi ia akan berjaya jika kita sanggup buat. Kesanggupan perkara pertama untuk berjaya. 
(33)  Jika kita ada kebolehan tetapi kita tidak mahu guna akal fikiran dan apa yang dikurniakan oleh Tuhan, selain dari menunjuk kesedihan, maruah kita sudah tenggelam.
(34)  Kerajaan tidak akan mampu pulihkan maruah Melayu tetapi orang Melayu sendiri yang perlu berusaha untuk pulihkan maruah Melayu.
(35)  Kita jangan gunakan KMM sebagai satu lagi acara untuk meminta orang lain melakukan sesuatu supaya maruah kita dipulihkan. Kita boleh berdoa, solat hajat meminta maruah kita diangkat tetapi jika kita tidak berusaha, Tuhan tidak akan maqbulkan permintaan kita.
(36)  Kita patut berasa malu kerana apa yang ada dalam negara kita ini banyak yang bukan milik kita (milik orang asing) disebabkan kita tidak sanggup buat kerja. Tidak guna kita bercakap sahaja tanpa berusaha.
(37)  Apa yang menjadikan kita dihormati dan maruah dipandang tinggi ialah kesanggupan kita untuk berusaha supaya dipandang tinggi (bukan menyuruh orang lain merendahkan maruah supaya kita kelihatan lebih tinggi).


Kongres Maruah Melayu beri amaran 'gantung' kontrak sosial
Geraldine Tong dan Haspaizi Zain
Diterbitkan 2019-10-06 13:49:00+08:00
Dikemaskini 2019-10-06 14:53:01+08:00

Prof Zainal Kling dalam ucapan pembukaan Kongres Maruah Melayu hari ini mengingatkan kontrak sosial "boleh digantung" jika ada pihak yang melanggarnya.

Beliau yang merupakan ketua eksekutif sekretariat program itu berkata kontrak itu - yang dicapai ketika memberikan kerakyatan kepada orang bukan Melayu dahulu - adalah budi baik orang Melayu dan asas kepada negara ini.

"Meskipun kita beri kerakyatan... Namun mereka sering langgar budi baik dan anugerah kita. Maka kerana ada ura-ura untuk rendahkan kontrak ini...Kita ingatkan dalam Al-Quran ada ayat yang membenarkan kita untuk menggantung perjanjian.

"Maka barangkali orang Melayu terpaksa kembali kepada firman Allah ini seperti yang termaktub dalam surah At-Taubah," katanya ketika berucap di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Beliau mendakwa antara perkara yang kini dicabar ialah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan kedudukan raja-raja Melayu.

Surah At-Taubah merujuk kepada pembatalan perjanjian jika ia dilanggar dan berkenaan Perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai Nabi Muhammad dengan penduduk Madinah.

Kontrak sosial merupakan persetujuan antara wakil dalam Parti Perikatan menjelang kemerdekaan tetapi ia bukanlah satu dokumen fizikal.

Zainal berkata lagi, orang Melayu telah mewarisi negara ini sejak 5,000 tahun yang lalu dan selama itu juga telah mempertahankannya.

"Kita telah bermastautin di sini sekian lama, membina kedaulatan dan bina tanah Melayu.

"Kita terima kemasukan orang lain sebagai warga sama taraf kecuali kita tuntut beberapa bahagian yang istimewa (khas) untuk kita," katanya lagi.

Kongres Maruah Melayu bermula kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan disertai 5,000 hadirin, selain sejumlah lagi yang berada di luar stadium.

Antara pemimpin yang hadir ialah Setiausaha Agung UMNO Annuar Musa, bekas menteri Khairy Jamaluddin dan Hishammuddin Hussein, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob.

Turut hadir ialah pemimpin Bersatu seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Mukhriz Mahathir, selain Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Turut hadir Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan penyanyi terkenal Siti Nurhaliza.

Resolusi berkenaan ekonomi, pendidikan dan budaya Melayu turut dibentang dan disampaikan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang turut berucap merasmikan kongres itu.

zainal kling

https://www.malaysiakini.com/news/494650


Kerajaan akan pertimbang tuntutan Kongres Maruah Melayu, kata Dr M
Mohamad Fadli
October 6, 2019 3:55 PM

SHAH ALAM: Dr Mahathir Mohamad berkata, Putrajaya tidak perlu melaksanakan semua tuntutan yang disuarakan dalam Kongres Maruah Melayu, tetapi kerajaan akan meneliti tuntutan daripada lima kluster itu. 

“Kita lihat apa boleh dan apa yang kita tak boleh (buat),” katanya pada sidang media di Kongres Maruah Melayu hari ini.

Resolusi yang dibentangkan dalam kongres hari ini meliputi lima kluster ialah budaya, ekonomi, pendidikan, agama dan politik yang akan diserahkan kepada kerajaan.

Terdahulu, kluster agama Kongres Maruah Melayu menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membetulkan konsep Rahmatan Lil Alamin dan Hifz Ad Din.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang mewakili kluster agama dilaporkan menggesa kerajaan melantik orang Melayu dan beragama Islam aliran Sunnah untuk jawatan utama di peringkat negeri dan negara, termasuk jawatan peguam negara.

“Jawatan itu antaranya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Mementerian kewangan, kementerian pertahanan, kementerian pendidikan, kementerian dalam negeri dan pihak berkuasa negeri,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/06/kerajaan-tak-perlu-laksana-semua-tuntutan-kongres-maruah-melayu-kata-dr-m/



Wayang Politik Mahathir
By MT Webmaster On Oct 7, 2019

Kongres Maruah Melayu adalah wayang politik terhebat Dr Mahathir Mohamad setakat ini. Beliau telah berjaya memainkan sentimen seakan umat Melayu seantero dunia perlu mendengar ‘wasiat terakhir’ tokoh Melayu neo-liberal ini.

Dengan mengumpulkan semua pemimpin dari segenap institusi politik negara, maka beliau telah memberi anggapan bahawa semua orang Melayu telah menyokong beliau. Tidak sama sekali.

Maka di sini saya terpanggil untuk menyenaraikan beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian daripada Kongres Maruah Melayu ini.

Pertama, kongres ini tidak inklusif dan bukan untuk semua orang Melayu. Ia tidak lahir dari keterdesakan orang Melayu bagi membangun serta memulihkan bangsanya. Ia bukanlah gerakan masa dan gerakan kebanyakan orang Melayu untuk survival bangsanya.

Sudah semestinya, ia adalah perhimpunan politik untuk menunjukkan kekuasaan dan keegoan Tun Mahathir.

Kedua, kongres ini telah secara langsung memperkudakan universiti awam untuk tujuan politik sebuah parti dan cita-cita pemimpinnya bernama Mahathir. Itu sahaja.

Segala resolusi yang dikatakan hasilan cendekiawan Melayu, tidak langsung disentuh dan diulas oleh Mahathir dalam pidatonya.

Adakah pusat pengajian kita akan terus dipergunakan oleh PPBM dan Mahathir atas nama Melayu? Tidakkah mereka dahulu yang sering melaungkan bahawa universiti harus bebas dari genggaman ahli politik?

Ketiga, kongres ini tidak akan boleh menyaingi Muafakat Nasional Umno-PAS kerana ia bukanlah satu wadah pemberdayaan bangsa melalui kesatuan politik.

Mahathir mula menyedari bahawa PPBM bukanlah sebuah parti Melayu yang besar, signifikan dan terbukti jasanya seperti Umno malahan PAS.

Tambahan pula dengan populariti Pakatan Harapan (PH) serta Mahathir sendiri yang semakin menurun, nampak begitu terdesak sekali mereka ingin menjadi relevan kepada orang Melayu. Insya-Allah orang Melayu tidak akan sekali lagi ditunggangi Mahathir untuk kepentingannya sendiri.

Keempat, Mahathir gagal menggunakan kesempatan di kongres itu untuk menjelaskan tawaran Kerajaan pimpinannya untuk memelihara dan membangun keberdayaan bangsa Melayu. Kalau sekadar untuk menegur sikap bangsa Melayu, ia boleh dilakukan dalam Perhimpunan Agung PPBM sahaja.

Nyatakan transformasi bagaimana yang akan kerajaan PH lakukan untuk bangsa Melayu tanpa rasa apologetik.

Kesimpulannya, maruah Melayu hanya layak dikongreskan di luar kerajaan, bukannya diangkat menjadi agenda tuntas PH dek kerana pengaruh DAP yang sangat luar biasa dan tidak akan memungkinkan ia berlaku.

Secara langsung, Kongres Maruah Melayu ini tidak sama sekali mendapat perhatian dan menjadi perbualan ramai orang Melayu.

Ia dilihat sebagai sebuah perhimpunan elit Melayu yang tamakkan kuasa dan tidak putus-putus merendah-rendahkan bangsa sendiri, demi kelangsungan politik dan kuasa peribadi masing-masing.

Mohamed Khaled Nordin adalah Naib Presiden UMNO.


https://www.malaysia-today.net/2019/10/07/wayang-politik-mahathir/


Hadi lambasts Malays, says they're 'in deep sleep'
Monday, 07 Oct 2019
12:34 PM MYT
By ZAKIAH KOYA

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PETALING JAYA: Malays are in deep sleep and living in ignorance despite being in their own land, says PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

He said that he agreed with Tun Dr Mahathir Mohamad's take that the Malays need to raise themselves, which the Prime Minister had declared at the Malay Dignity Congress on Oct 6.

"I listened to Dr Mahathir's message carefully and it was different from those who were waiting for him to attack other races as competitors in our multiracial society.

"Suddenly, in his speech, he pointed out the mistakes of his own race as the main reasons for them being left behind and sidelined by others.

"Malays being a majority in their own land is of no use to them, especially when they do not appreciate what God has given them in this land of opportunity," said Hadi said in his message published on Oct 7 (pls link to https://berita.pas.org.my/amanat-muhasabah-bangsa) on a PAS online bulletin board.

At the Malay Dignity Congress, Dr Mahathir said that Malays were backward economically because they do not want to help themselves.

Hadi said that he had attended both the Ummah Unity Gathering (organised by Umno and PAS on Sept 14) and the Malay Dignity Congress on Oct 6 to merely stress the need for Malay unity based on Islam.

While the Ummah Unity Gathering was to ink a joint Umno-PAS charter, the Malay Dignity Congress Malay dignity event brought together Malay leaders from both sides of the political divide.

The Marang MP further said that being a majority is of no use if there is no unity.

Read more at https://www.thestar.com.my/news/2019/10/07/hadi-lambasts-malays-says-they039re-039in-deep-sleep039#C7EqbYYd7Au21dx4.99



NGO kecewa ucapan Dr Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu
NOOR HAYATI MAMAT
6 Oktober 2019

SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah menyifatkan kenyataan dan ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Kongres Maruah Melayu (KMM) 2019 hari ini begitu mengecewakan kerana sekadar menghina bangsa Melayu.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, sebanyak 60 hingga 70 peratus ucapan Dr Mahathir menjatuhkan imej kaum tersebut selain tidak menampakkan elemen baharu ke arah menuju perpaduan ummah.

"Ucapan beliau seolah-olah tidak menghormati barisan pemimpin politik Melayu yang datang melihat kebersamaan dalam jati diri dan perpaduan Melayu Islam demi bangsa Melayu, sebaliknya hanya merendahkan bangsa Melayu dengan menyatakan orang Melayu tidak mahu kerja keras, enggan kerja susah dan sebagainya.

"Ucapan beliau anti-klimaks kerana rendahkan orang Melayu. Saya rasa majoriti orang Melayu turut kecewa dengan apa yang diucapkan PM dan kami harapkan rakyat terus bangun dan jangan biarkan kerajaan seperti ini persendakan tentang nasib bangsa orang Melayu," katanya menerusi FB Live hari ini.

Beliau berkata, Gerakan Pembela Ummah juga menyifatkan KMM berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu tidak mencapai matlamatnya, sebaliknya amat malang apabila negara ini terus menyaksikan perpecahan.

Katanya, penganjuran Kongres Maruah Melayu tersebut tidak menaikkan imej dan maruah Melayu tetapi menjatuhkan semangat orang Melayu walaupun 15 kluster dibangkitkan ada unsur-unsur kebersamaan dan cukup positif.

Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan bahawa pentas KMM adalah peluang untuk bercakap perkara yang benar tentang orang Melayu.

Tegasnya, jika ada yang tidak boleh mengakui kebenaran apa yang beliau suarakan, orang ramai boleh berpegang teguh kepada pendirian masing-masing.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana membenarkan beliau berucap bagi bercakap benda yang benar tentang bangsa Melayu.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/50825/BERITA/Nasional/NGO-kecewa-ucapan-Dr-Mahathir-dalam-Kongres-Maruah-Melayu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Suhakam pertikai Kongres Maruah Melayu
Mohamad Athir Ismail
07 Oktober 2019 10:35 AM

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Setiausaha Agung Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Lim Wei Jiet menyifatkan penganjuran Kongres Maruah Melayu semalam sebagai tidak relevan dengan salah laku yang pernah dilakukan para pemimpin negara terdahulu.
Menerusi ciapan dalam akaun Twitter miliknya, Lim Wei Jiet mempertikai beberapa perkara yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu dan golongan ahli akademik sewaktu negara dilanda kemelut politik pra Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuklah isu tadbir urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SETIAUSAHA Agung Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Lim Wei Jiet menyindir penganjuran Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh empat institusi pengajian tinggi awam termasui Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. - UTUSAN ONLINE 

Selain itu, beliau turut menyindir pentadbiran Kelantan sebagai kerajaan yang menjalankan tadbir urus teruk sehingga gagal membekalkan air bersih untuk rakyatnya.
“Maruah Malaysia dikoyak-rabak di persada dunia akibat 1MDB. Maruah Malaysia sebagai negara berdaulat dinodai kerana kos projek mega melambung.

“Maruah beberapa negeri dicemar sehinggakan tiada akses kepada air bersih akibat tadbir urus buruk. Di mana suara profesor seperti Zainal Kling ketika itu?,” katanya hari ini.

Malah, kenyataan yang dikeluarkan itu seolah-olah tidak berpuas hati dengan kongres berkenaan dan menggelarnya sebagai retorik pemimpin.

“Seseorang yang berani bersuara terhadap ketidakadilan walaupun kerjaya, periuk nasi dan hubungan sosial akan dikorbankan, itu adalah maruah yang sejati dan tulen. Setakat beretorik, di hadapan penyokong sendiri, maaf, itu jauh sekali daripada konsep ‘maruah’,” sindirnya.

Semalam, kongres dianjurkan di Stadium Melawati, Shah Alam itu dihadiri beberapa pemimpin berbeza parti politik termasuk Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi kongres itu, lima resolusi berjaya dihasilkan sebagai suara orang Melayu iaitu politik, pendidikan, ekonomi, budaya dan agama. - UTUSAN ONLINE.

https://www.utusan.com.my/berita/nasional/suhakam-pertikai-kongres-maruah-melayu-1.982187


Pandangan Saya
Pandangan Saya
Pandangan Saya

(1)   Pandangan positif dan negatif sebelum berlangsung itu perkara biasa, belum tengok tapi dah buat alasan ikut jangkaan sendiri.
(2)   Pandangan positif dan negatif selepas Kongres juga perkara biasa, rumah siap, pahat berbunyi.
(3)   Setuju atau tidak setuju, memuji dan mengondem juga perkara biasa. 
(4)   Ketiadaan DS Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dan DS Dr Wan Azizah (Timbalan PM), tetapi Timbalannya (DS Azmin Ali) hadir. Sebelum KMM, ada anak-anakku bertanya  kenapa DSAI tidak dijemput? Jawapan spontanku (sebelum membaca berita kemudiannya) ialah PKR bukan parti Melayu seperti UMNO, PAS, PPBM dan AMANAH. Kehadiran DS Azmin disebabkan beliau Menteri Melayu (apatah lagi beliau menjaga hal ehwal Ekonomi). Kemudiannya, Anwar menyatakan ia dapat jemputan tetapi di saat akhir dan tidak dapat hadir kerana ada program lain yang telah ditetapkan. Apa pun, keciciran Anwar ini adalah satu kesilapan besar pihak penganjur. Anwar telah dinyatakan sebagai bakal PM. Ketiadaannya akan menjadi modal besar pihak pembangkang untuk mengesahkan wujudnya ketidakserasiannya dengan PM.  
(5)   Kenapa empat buah IPTA yang menganjurkannya? Yang ini boleh dipertikaikan, kenapa 4 sahaja? Siapa di sebalik tirai penganjuran ini? Mazlee Malek atau Hamzah Zainudin? atau PPBM? Apa pun, memang sukar untuk menentukan siapa sebenarnya yang paling layak untuk menganjurkannya? Kalau sebelum PRU 14, jika UMNO atau PERKASA yang menganjurkannya, tiada siapa akan pertikaikannya dan tidak dianggap sebagai rasis. 
(6)   Siapa lebih bijak? UMNO atau PAS? Pemimpin UMNO tetap dengan prasangka agenda atau motif  politik Tun Mahathir menggunakan KMM untuk tunjuk pengaruh di kalangan bangsa Melayu dan tiada apa faedah yang boleh diharapkan oleh orang Melayu. Tetapi Presiden PAS pula setuju kerana beliau menghayati apa yang disebut oleh Tun Mahathir tentang orang Melayu. 
(7)   Banyak yang komen dan tidak menghargai ucapan Tun M kerana mereka mengharapkan berita menggembirakan untuk orang Melayu tetapi mereka tidak mendengar berita itu. Mereka mahu PM umumkan Yayasan atau Tabung khusus untuk bantu Melayu ditubuhkan lagi.






.

No comments:

Post a Comment