Saturday, September 21, 2019

M 201 KAMPUNG BARU KUALA LUMPUR


 KAMPUNG BARU, KUALA LUMPUR 


SEJARAH PENUBUHAN Kampung Baharu Kuala Lumpur
Tuesday, June 22, 2010 at 1:51pm

Kampung Baharu telah diwujudkan seawal tahun 1899 atas desakan penduduk Melayu di Kuala Lumpur ke atas pihak pentadbir Brittish. Ekoran desakan tersebut, Residen Brittish Selangor telah bersetuju untuk menubuhkan perkampungan Melayu di Kuala Lumpur merangkumi seluas 223 ekar tanah di antara Sungai Klang dan juga Jalan Batu (Batu Road). Antara tujuan Jeneral Residen Brittish mewujudkan perkampungan tersebut adalah untuk melibatkan dan mendidik anak-anak bangsa Melayu:

a) Untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran Kerajaan Residen Brittish;

b) Untuk membolehkan orang-orang Melayu mengambil peluang dalam pembangunan dan kemajuan Kuala lumpur.

Bagi mencapai tujuan tersebut, telah dipersetujui bahawa:

a) Orang-orang/anak-anak Melayu diberikan peluang mendapatkan pendidikan Inggeris-Melayu; dan

b) Memberikan pendidikan tentang perniagaan, perdagangan dan komersial.

Ekoran dari itu maka pada 12 haribulan Januari 1900 melalui Warta Kerajaan No. 20 berbunyi seperti berikut :-

“ No. 50. In exercise of the powers conferred upon him by section 246(iv) of the Land Code (FMS Cap 138) the Ruler in Council hereby makes the following Rules for the occupation and management of the Reserve known as the “Malay Agricultural Settlement” and so gazetted as notification No. 20 and amended by notification No. 530 published in the Selangor Government Gazette of 12th January, 1990, and 20th September, 1901, respectively

These Rules may be cited as “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT (KUALA LUMPUR) RULES, 1950 (also Amendment Rules, 1954).

Kampung Baharu Kuala Lumpur yang asalnya berkeluasan 223 ekar semasa penubuhannya mengandungi 7 buah kampong:

i) Kampung Periok;

ii) Kampung Masjid;

iii) Kampung Atas A;

iv) Kampung Atas B;

v) Kampung Hujung Pasir;

vi) Kampung Paya dan

vii) Kampung Pindah.

PENTADBIRAN KAMPUNG BAHARU

Seksyen 3 (1) The Malay Agricultural Settlement (Kuala Lumpur) Rules 1950 berbunyi seperti berikut :

‘The Settlement shall be under the management and control of a board which shall consist of 11 members”

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 3 (1) ini adalah jelas bahawa urusan pentadbiran dan kawalan Kampung Baharu adalah terletak di bawah kuasa Lembaga Pentadbir Malay Agricultural Settlement (Lembaga MAS)

LEMBAGA PENTADBIR MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT

Penubuhan dan organisasi

Lembaga MAS ini telah ditubuhkan bagi mentadbir dan mengawal segala urusan berkaitan tanah Kampung Baharu. Lembaga MAS terdiri daripada 11 orang ahli yang mana empat (4) daripadanya dilantik oleh Meteri Besar Selangor yang akan juga turut dilantik sebagai Setiausaha agung dan Bendahari (Seksyen 3 (2).

Pada awal penubuhannya 4 orang ahli yang dilantik tersebut terdiri dari kalangan pegawai-pegawai tinggi Brittish dan juga Kerabat Diraja Selangor. Hanya selepas Perang Dunia Kedua

20/9/1901 barulah beberapa orang penduduk dilantik di dalam Lembaga.

Tujuh (7) orang ahli Lembaga yang lain masing-masing adalah Ketua 7 Kampung di dalam Kampung Baharu.

Pada awal penubuhannya, perlantikan Ahli Lembaga Malay Agricultural Settlement telah dibuat oleh Pemangku Resident British pada masa itu H. Conway Belfield. Lembaga ini dipengerusikan oleh Raja Muda, Naib Pengerusi D.G. Campbell dan ahli-ahli lain ialah J.H. M. Robinson, A. Hale dan Tamby Abdullah. Mengikut rekod, mesyuarat pertama Lembaga ini adalah pada 11 haribulan Mac, 1900.

Tugas Lembaga MAS

Mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor tersebut, Lembaga Pentadbir ini adalah bertanggungjawab kepada Residen British bagi menguruskan pentadbiran Kampong Bharu yang luas kawasannya lebih kurang 89.63 Hekter. Luas kawasan ini kemudiannya telah dipinda kepada lebih kurang 89 hekter sahaja.

Pindaan ini telah diwartakan di dalam Warta Kerajaan No. 530 bertarikh pada 20 September 1901.Di antara tugas-tugas Lembaga Pentadbir Kampong Bharu ini adalah:

1. Lembaga Pentadbir ini boleh membenarkan sesiapa saja yang berbangsa Melayu memohon untuk tinggal di Kampong Bharu. Luas kawasan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 0.8 hekter bagi tiap-tiap seorang pemohon.

2. Adalah hak Lembaga Pentadbir mengarahkan penduduk Kampong Bharu ini agar mengerjakan tanah mereka serta menjaganya terutama- nya dari segi kawalan kebersihan.

3. Lembaga Pentadbir berhak mengarahkan anak-anak penduduk Kampong Bharu belajar di sekolah-sekolah yang telah dipilih oleh Lembaga, Penduduk yang engkar boleh diperintah pindah.

4. Penduduk yang ingin pindah dari Kampong Bharu ke tempat lain boleh memberikan lot tempat tinggalnya kepada orang lain dengan mendapat kelulusan dari pihak Lembaga Pentadbir.

Kuasa-kuasa Lembaga

Lembaga Pentadbir MAS telah diberikan kuasa-kusa seperti berikut :-

a) Lembaga boleh membuat undang-undang kecil sendiri selaras dengan peraturan-peraturan M.A.S (KL) 1950;

b) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pemberian lot-lot rumah untuk pemohon Melayu;

c) Menyimpan Daftar penduduk yang telah diluluskan termasuk berbagai butir mengenai pertukaran seperti pindahmilik termasuk secara syariah.

d) Melulus dan menetapkan syarat-syarat pelan-pelan bangunan dan sambungan rumah;

e) Berkuasa menyingkir penduduk yang ingkar dan merbahaya kepada masyarakat M.A.S Kampung Baharu dengan syarat yang ada persetujuan bertulis dari Menteri Besar Selangor. 

ADAKAH ENAKMEN “THE MALAY AGRICULTURAL SETTLEMENT” DAN LEMBAGA M.A.S INI MASIH BERFUNGSI SEKARANG

Rujuk kepada hansard Parlimen bertarikh 27 haribulan Jun, 2006.

8. Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz [Titiwangsa] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status tanah Kampung Baru Kuala Lumpur yang tidak mempunyai geran hak milik serta menerangkan sama ada peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 (Malay Agricultural Settlement Rules 1951), Warta Negeri Selangor No. 50/1951, masih lagi berkuat kuasa pada hari ini setelah mengambil kira Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.2) 1974 yang telah memindah milik Bandar raya Kuala Lumpur dari Kerajaan Negeri Selangor kepada Kerajaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]:

Tuan Yang di-Pertua, The Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampung Baru Kuala Lumpur adalah merupakan satu kawasan penempatan pertanian bagi orang-orang Melayu di Kampung Baru Kuala Lumpur yang diwujudkan melalui perizaban di bawah seksyen 6 Enakmen Tanah 1897 sebagai The Malay Agricultural Settlement seluas lebih kurang 221.5 ekar. Bagi mengawasi tanah-tanah ini secara teratur, pada tahun 1950 telah diwujudkan pula by law bagi MAS ini iaitu The Malay Agricultural Settlement Kuala Lumpur Rules 1951 dan juga peraturan (Pindaan) 1994 melalui kuasa Land Code 1962, CAP 138, seksyen 246 (4).

Mulai tahun 1964, Kerajaan Negeri Selangor telah mula meluluskan pengeluaran hak milik bagi tanah-tanah di dalam kawasan ini. Exercise tersebut diteruskan oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai tahun 1974, apabila Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan sehingga sekarang. Dari segi bilangan lot yang terdapat di Kampung Baru adalah seperti berikut:

(i) lot untuk kediaman - 835;

(ii) lot bagi padang ataupun kawasan lapang ialah empat lot;

(iii) masjid satu lot dan

(iv) untuk surau ada lima lot.

Daripada 835 lot kediaman, sebanyak 827 lot telah dikeluarkan hak milik dan bakinya di dalam pertimbangan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagi tapak surau dan kawasan lapang, hak milik belum dikeluarkan lagi. berhubung dengan persoalan sama ada Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951, (The Malay Agricultural Settlement Rules 1951), Warta Negeri Selangor No. 50/1951 masih lagi berkuat kuasa.

Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa mengikut seksyen 6 Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1974, Akta A 2006, “Mana-mana undang-undang bertulis yang sedia ada dan sedang berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terus berkuat kuasa dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehinggalah undang-undang bertulis itu dimansuhkan, dipinda atau digantikan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen”.

Seksyen tersebut juga memperuntukkan bahawa, “Apa-apa fungsi atau kuasa yang terletak hak kepada raja bagi negeri Selangor atau pada mana-mana pihak berkuasa negeri, itu oleh mana-mana undang-undang yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah terletak hak itu kepada dan dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan atau mana-mana orang atau pihak berkuasa lain yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah”.

Dengan itu, selagi kaedah-kaedah Peraturan Penempatan Pertanian Melayu 1951 tidak dibatalkan atau digantikan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, kaedah-kaedah itu masih lagi berkuat kuasa pada hari ini.

Datuk Haji Astaman bin Abdul Aziz: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Memandangkan jawapan demikian, saya hendak tahu sama ada pihak DBKL yang mempengerusikan Majlis MAS itu adalah sahih daripada segi undang-undang atau tidak.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah saya sebut sebentar tadi iaitu di bawah akta ini, kalau sekiranya sebelum ini iaitu Kuala Lumpur diletak di bawah negeri Selangor, kalau disebutkan bahawa hak itu terletak kepada raja bagi negeri Selangor atau mana-mana pihak berkuasa negeri itu oleh mana-mana undang-undang yang sedia ada berhubung dengan Wilayah Persekutuan, maknanya di WilayahPersekutuan ini sekarang ini, yang berhak ialah Yang di-Pertuan Agong dan juga Menteri Wilayah Persekutuan. Jadi kalau sekiranya Dato’ Bandar yang mempengerusikan MAS, maka itu adalah sah kerana mengikut undang-undang ini, kuasa itu telah dipindah daripada mereka yang berkuasa di negeri Selangor kepada sekarang ini, mereka yang berkuasa di Wilayah Persekutuan.



Warisan kampung terakhir di Kuala Lumpur
Oleh Zulhilmi Hat dan Bennie Zie Fauzi
bminggu@bh.com.my

PEMANDANGAN di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Foto Mohd Yusni Ariffin

RUMAH asal milik pewaris generasi ketiga rumah tradisional di Kampung Baru. - Foto Nik Hariff Hassan
KAMPUNG Baru terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit Kuala Lumpur melambangkan kehidupan masyarakat Melayu.

Ia kini satu-satunya perkampungan Melayu yang tinggal selepas pembangunan dan pemodenan mengambil alih 'melenyapkan' Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum.

Menyusuri sejarah, penubuhan kampung berusia 115 tahun dengan keluasan 101 hektar itu dilaporkan bermula dengan satu Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari mengenai The Malay Agricultural Settlement yang membenarkan orang Melayu membuka penempatan seterusnya mengamalkan gaya hidup kampung di situ.

Faktor lain menyebabkan Kampung Baru berhak dilindungi sekali gus dipertahankan adalah di sini bermulanya pergerakan politik Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diilhamkan untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air yang pada ketika itu dalam penjajahan Inggeris.

Tahun demi tahun, kedudukan dan status Kampung Baru terutama rumah kampung yang jumlahnya semakin menyusut.

Semoga kewujudan rumah kampung yang dikepung bangunan moden dapat dipelihara kerana selain mengungkap sisi tradisional Kuala Lumpur, turut menjadi tarikan kepada pelancong asing malah jika dilihat perspektif lebih jauh, meninggalkan warisan untuk tatapan generasi mendatang.

RUMAH asal milik pewaris generasi ketiga rumah tradisional, Muhd Noor Muhd Amin, 77, di Kampung Baru, Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan
Rumah tradisional ungkap keunikan

Terletak di lokasi dalam lingkungan segi tiga emas menyebabkan nilai tanah di Kampung Baru dilaporkan mencecah hingga RM5.1 bilion.

Sehingga kini, tujuh kampung yang berada di bawah kawasan Kampung Baru iaitu Kampung Periok, Kampung Masjid, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Hujong Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah masih selamat dari menjadi korban pembangunan.

Kebanyakan kediaman sudah berwajah moden. Di lokasi strategik tertentu, dibangunkan rumah pangsa dan bangunan komersial seperti Plaza RAH.

Bagaimanapun, itu semua belum berupaya menandingi keunikan dan keaslian seni bina rumah tradisional Melayu yang menjadi identiti Kampung Baru.

Sutiah Ahmad, 86, antara penduduk paling lama di kampung ini berharap dapat terus menetap di rumahnya sehingga hujung usia yang menjadi kebanggaan warisan keluarganya.

Meskipun seni bina asal mengemukakan dinding papan sepenuhnya dengan binaan tiang tinggi itu sudah wujud sebelum kelahirannya pada tahun 1925, beliau yang tinggal bersama anak sulungnya cukup mengagumi seni warisan ayah dan datuk mereka.

"Mengikut cerita orang-orang lama, kawasan ini dulunya hutan dan dusun. Malah, ada yang memberitahu harimau sering berkeliaran di tempat ini.

"Selepas Sultan Selangor ketika itu mengeluarkan titah menyuruh teroka serta bina rumah, sedikit demi sedikit tempat ini penuh orang lalu menjadi kampung," katanya.

Sutiah turut mengingati banjir besar Kuala Lumpur pada tahun 1970 menyebabkan Kampung Baru 'lumpuh' selama dua hari.

"Mujurlah rumah ini mempunyai tiang tinggi. Binatang liar yang dulunya menjadi penghuni hutan sekeliling tidak boleh masuk ke dalam rumah," katanya.

Rumah Sutiah terletak di Kampung Paya turut digelar 'rumah hitam', kerana hanya menggunakan cat minyak hitam hampir keseluruhan rumah.

Tangga batu gaya rumah Melaka berserta anjung di samping tingkap berdaun yang menjadi pengenalan rumah kampung yang diwarisi hampir satu abad.

Hasil pengubahsuaian, bilik tidur yang dulunya hanya dua, kini menjadi empat, ruang dapur terletak di atas dialihkan ke bawah manakala ruang tamu dibesarkan lima kaki lagi.

Di bahagian kanan rumah, dibina tiga pintu lagi untuk disewakan kepada orang.

Mengaku rumahnya itu banyak menggamit nostalgia zaman muda, Sutiah paling sukakan suasana dinihari yang menurutnya lebih nyaman dan sejuk semula jadi.

"Saya suka tidur di atas kerana lebih sejuk, ada ketikanya menggigil kesejukan jika tanpa selimut," katanya merujuk rumah papan asal yang suatu ketika dulu pernah dijadikan lokasi penggambaran muzik video, Pandang Pandang Jeling Jeling, nyanyian duet Tan Sri Datuk SM Salim dan Datuk Siti Nurhaliza.

Wang bukan segala-galanya

Rumah biru milik Mohd Noor Muhd Amin, 77, mempunyai keunikan tersendiri daripada rumah lain yang terdapat di Kampung Baru pada hari ini

Dengan mengetengahkan rumah tradisi Limas yang asalnya boleh ditemui di Selangor, Johor dan Terengganu, rumahnya dianggap antara paling indah.

Menyingkap kisah rumah ini, Muhd Noor menceritakan bahawa 'rumah biru' yang digelar penduduk Kampung Baru asalnya dibina oleh arwah datuk dan ayahnya di atas keluasan tanah 16,000 kaki persegi.

"Datuk yang mahir membuat rumah bertanggungjawab mereka bentuk rumah Limas yang diperbuat dari kayu cengal serta meranti.

"Segi reka bentuk pula beliau mengutamakan aspek pencahayaan, pengudaraan dan keselamatan apabila membinanya dengan mempunyai tiang tinggi untuk mengelakkan daripada kejadian banjir," katanya sambil menambah terdapat empat hingga lima jenis rumah sama di Kampung Baru ini.

Meskipun begitu, rumah Limas yang dahulunya keseluruhannya diperbuat daripada kayu, kini mengalami perubahan zaman moden tetapi masih mengekalkan elemen tradisionalnya.

Lantai rumah dulunya diperbuat daripada kayu digantikan dengan jubin bagi mengelak dimakan anai-anak setiap kali kejadian banjir yang melanda Kampung Baru.

Hiasan dalamannya pula masih mengekalkan perabot dan meja makan lama milik bapanya yang berusia setengah abad yang diletakkan di ruang tamu bersebelahan dengan meja makan dan bilik tidur utama.

Muhd Noor berkata, rumah biru yang didudukinya ini berusia 100 tahun ini banyak meninggalkan nostalgia kepadanya.

"Ada individu berhasrat membeli rumah warisan ini dengan harga RM5 juta, namun saya menolak. Bukan duit dinilai pada rumah ini, sebaliknya nilai sentimental tidak boleh dibeli dengan duit yang saya pertahankan sehingga hari ini.

"Rumah inilah mercu keluarga saya yang bakal diwarisi oleh anak-anak dan cucu. Mereka waris rumah Limas ini yang perlu memeliharanya sampai bila-bila," katanya.


RUMAH asal sekitar Kampung Baru. - Foto Mohd Yusni Ariffin
Berhak dipertahankan

Mengakui tidak boleh menghalang pembangunan, kerajaan juga seharusnya ada inisiatif untuk mengekalkan dan memulihara sebahagian rumah tradisional di Kampung Baru sebagai warisan budaya bangsa, khususnya orang Melayu.

Profesor Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) merangkap Ketua Satu, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, mengekalkan rumah warisan penting terutama yang mempunyai signifikan dengan sejarah silam negara.

"Bukan bermakna saya menolak pembangunan namun sayang jika Kampung Baru yang diakui kampung warisan Melayu itu dilupuskan. Dalam akta turut mengemukakan, rumah berusia 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan sebagai warisan sekali gus berhak dipertahankan," katanya.

Menurutnya, jangan disebabkan memenuhi keperluan pembangunan ekonomi, segala tinggalan serta warisan lama mudah dilenyapkan.

"Yang lama perlu disimpan supaya generasi depan dapat menyaksikan keindahan kampung Melayu di tengah kota. Warisan bukan sekadar dijaga malah harus dipulihara.

"Saya pohon pihak bertanggungjawab seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dan muzium lebih bertegas dalam memelihara warisan Melayu ini supaya tidak ditelan zaman. Malah, sepatutnya sudah ada perancangan membina bangunan dan galeri pameran mengenainya supaya masyarakat Melayu sekarang sedar akan asal-usul mereka," katanya selain menyifatkan rumah warisan di Kampung Baru bukan sekadar tempat berteduh sebaliknya turut menunjukkan khazanah seni serta maruah bangsa.



New proposal for Kg Baru redevelopment plan by month-end

KBDC had released almost 5,700 questionnaires to registered heirs and landowners, asking, among others, their views on the activation of the Land Acquisition Act 1960, which would allow the government to take over their assets by force.

KUALA LUMPUR (Jan 3): A fresh proposal on the long-delayed redevelopment plan on Kampung Baru is expected to be presented to the government by the end of this month, said its coordinating agent, Kampung Baru Development Corp (KBDC).

The new proposal is based on the result of a survey conducted in November by KBDC, its CEO Zulkurnain Hassan was reported saying in Malaysian Reserve today.

The redevelopment of the Malay enclave in the heart of Kuala Lumpur has failed to take off  due to decades of numerous unresolved issues on onwership, land titles and price valuations.

The heritage village has been envisioned to be transformed into a modern “21st century Kampung Melayu”. Sitting on 121.41ha plot of land, the 20-year-project was planned to include 17,500 residential units to cater up to 77,000 people with an estimated cost of RM43 billion. It is slated for completion by 2035.

To acquire the plots, KBDC, since April 2012, has had to deal with more than 5,000 landowners of 1,355 lots, most of whom had inherited the plots from their ancestors.

Previous negotiations among KBDC, developers, landowners and other stakeholders had not borne any resolution as it did not represent the real aspiration of the Kg Baru residents, said  Zulkurnain.

As such, KBDC had released almost 5,700 questionnaires to registered heirs and landowners, asking, among others, their views on the activation of the Land Acquisition Act 1960, which would allow the government to take over their assets by force.

He added the survey also served to gauge the sentiment of the Malays in loosening up the Kg Baru “Malay Agriculture Settlement” (MAS) status to allow non-Malay buyers to own properties there. This is to avoid overhang, which has been a concern among developers.

“We have about 8,000 names for the land that sits under the Kampung Baru MAS and three flats areas. Of the total, more than 2,000 names do not have the proper address and identification numbers, and we have to exclude them.

“Hence, we only send 5,697 survey forms. However, 1,200 of the forms did not reach the recipients due to wrong address or because they are deceased. As a result, only 1,287 of them have responded so far,” Zulkurnain said.

The survey covered 89.8ha of MAS designated land and about 800 units of flats (8.1ha).

“Prior to this, we had only received negative feedback rejecting the redevelopment plan. However, we feel that the sessions were represented by just a handful of them (residents). The silent majority may also have their own views, but they just kept quiet. That was how the survey came about,” Zulkurnain revealed.

“After we present these data to the Federal Territories Ministry, it is up to the government to decide on the next course of action,” he added.

Zulkurnain opined that any further residents’ engagement, including the proposed Kampung Baru Development Congress, may only be held after a firm decision by the government.

He is confident that the data collected by KBDC would be sufficient to represent the voice of the Kampung Baru residents.

“The Department of Statistics Malaysia only use a minimum of 10% respondents to represent the whole data, while other parties set a benchmark of 20%. As for us, ideally we want to get a 100% feedback, but we cannot force people to take part in the survey.

“However, we already have more than 20% of the total number of respondents. That should be enough,” he concluded.

EDGEPROP.MY
January 03, 2019



Kerajaan tawar RM1,000 satu kaki persegi tanah Kampung Baru
Oleh Luqman Arif Abdul Karim dan Fahmy A Rosli
24.10.2019

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membuat tawaran baharu kepada penduduk Kampung Baru di sini, untuk membeli tanah yang terbabit dalam pembangunan semula di kawasan berkenaan pada harga RM1,000 satu kaki persegi berbanding RM850 sebelum ini.
Bersandarkan harga baharu itu, RM850 secara pulangan tunai, manakala baki RM150 berbentuk pulangan dalam pegangan saham.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, berkata pulangan dalam bentuk pegangan saham dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang bakal ditubuhkan kelak di mana perinciannya akan diperhalusi agensi berkaitan.

“Saya berkesempatan untuk berbincang perkara ini bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah melaporkan segala input dan kehendak yang diperoleh pada sesi townhall terdahulu.

“Hasil perbincangan itu, sukacita ingin dimaklumkan bahawa kerajaan menawarkan tanah di Kampung Baru yang terbabit dalam pembangunan semula dibeli pada harga RM1,000 satu kaki persegi.

“Daripada harga RM1,000 satu kaki persegi itu, RM850 akan dibayar berdasarkan pilihan pulangan yang telah dipilih oleh pemilik tanah, manakala baki RM150 pulangannya adalah dalam bentuk pegangan saham dalam SPV yang akan ditubuhkan kelak.

“Perincian saham akan diperhalusi oleh agensi berkaitan dan akan dimuktamadkan sebelum perjanjian ditandatangani kelak,” katanya pada sidang media khas di lobi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini. Turut hadir, Pengerusi Perbadanan Kampung Baru (PKB), Tan Sri Ambrin Buang dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Ahmad Dahlan.

Selain pakej baharu bernilai RM1,000 satu kaki persegi, Khalid turut mengemukakan tambahan tawaran lain iaitu potongan harga berjumlah 15 peratus bagi pemilik tanah yang memilih untuk membeli harta tanah dalam pembangunan yang akan dilaksanakan kelak.

Beliau memberi contoh, harga rumah Residensi Wilayah yang dibangunkan di Kampung Baru akan dijual kepada pemilik tanah pada harga RM255,000 seunit membabitkan keluasan lantai 900 kaki persegi berbanding harga asal iaitu RM300,000 seunit. Katanya, tawaran baharu ini bagi menggalakkan penduduk Kampung Baru memilih untuk terus menetap termasuk mempunyai pegangan di atas tanah mereka.

“Sehubungan itu, kerajaan ingin menyeru semua pemilik tanah Kampung Baru yang terbabit dalam rancangan pembangunan semula ini untuk mengemukakan borang maklum balas mengenai persetujuan pembangunan semula kawasan ini.

“Keperluan mengembalikan borang maklum balas persetujuan ini adalah hanya untuk pemilik yang belum mengemukakan borang berkenaan kepada PKB selepas sesi townhall pada September lalu.

“Mereka yang serahkan borang tanda setuju tidak perlu hantar permohonan sekali lagi. Bagi pemilik yang sudah mengemukakan borang sebelum ini, tetapi telah menyatakan tidak bersetuju dengan tawaran (terdahulu) pada ketika itu, mereka juga dipohon untuk mempertimbangkan semula tawaran baharu ini dan mengembalikan borang itu kepada PKB,” katanya.

Khalid mengingatkan penduduk Kampung Baru supaya mengemukakan maklum balas dalam tempoh tiga minggu bermula hari ini. Tarikh terakhir untuk mengemukakan borang maklum balas adalah pada 15 November depan.

“Bagi pemilik tanah yang ingin mendapatkan maklumat terperinci, anda boleh berhubung terus dengan pihak PKB.

“Bagi pemilik yang memberikan persetujuan ini, saya seru supaya bersama-sama membantu mengenalpasti dan jika boleh berusaha mendapatkan persetujuan daripada semua pihak bersama dalam lot masing-masing yang belum kemuka borang maklum balas,” katanya.





 PENDAPAT SAYA 

KITA perlu menerima hakikat bahawa keadaan dan zaman telah berubah. Kita tidak boleh mempertahankan Kampung Baru supaya kekal seperti sedia ada. Semakin lama status pemilikan tanah di Kampung Baru ini akan menjadi semakin rumit kerana pertindihan nama yang telah melibatkan beberapa generasi.

Kampung Baru bukan penempatan setinggan seperti sebahagian dari Dato' Keramat, Kampung Chubadak, Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pantai Dalam dan lain-lain lagi yang lebih mudah dibangunkan kerana Kerajaan mempunyai hak mutlak ke atas tanah tersebut.

Kedudukan Kampung Baru seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, umpama kudis kepada Kuala Lumpur.

Jika tanah Kampung Baru dibiarkan begitu:

(1)   Walaupun secara teorinya nilai tanah semakin tinggi tetapi siapa yang mahu membelinya? Kerana status pemilikannya yang komplikated. Jika dijual dengan harga yang tinggi, semua penama hanya akan menerima jumlah wang yang kecil sahaja, tidak dapat membeli apa-apa aset baru, khususnya rumah.

(2)   Pemilik tanah dan rumah juga sukar untuk membangunkan tanah sendiri kerana keadaan geografi, infrasturuktur serta kedudukan kejiranan yang begitu sempit dan rapat.

(3)   Kampung Baru akan semakin sesak, semakin kotor dan mendedahkan kepada risiko kepada pelbagai perkara negatif seperti penempatan warga asing (penyewa), punca wabak penyakit berjangkit, kebakaran besar (kesukaran dimasuki oleh kenderaan JBPM), jenayah, potensi pusat persundalan/pelacuran, banjir kilat dans ebagainya.

Apa yang dirancang oleh pihak Kerajaan (sejak pemerintahan BN) dan kini diteruskan oleh Kerajaan PH adalah hasrat yang baik dan memberi faedah kepada penduduk dan juga sosio-ekonomi penduduknya.

Apa yang paling penting ialah:

(1)   Kampung baru mesti ditransformasi bersesuaian dengan pembangunan dan kemodenan Kuala Lumpur.

(2)   Pemilik tanah di Kampung Baru perlu mendapat faedah yang maksima dari pembangunan semula seperti sahak pemilikan tanah atau syarikat yang membangunkan Kampung Baru berdasarkan penama terakhir.

(3)   Perlu ada syarat khas supaya tidak akan berlaku penukaran hak milik (pengekalan hak milik khas untuk Melayu atau Rezab Melayu). Warga atau bukan warga bukan Melayu hanya boleh menyewa atau memajak tidak melebihi 10 tahun (atau tempoh tertentu).

(4)   Kampung Baru wajar diisytiharkan sebagai Wilayah Kecil Khas dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

.









No comments:

Post a Comment