Wednesday, October 9, 2019

M 203 TRAGEDI UTUSAN MELAYU 9 OKTOBER 2019

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA?
TAPI BAGAIMANA DENGAN
UTUSAN MELAYU?




Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948 (bagi menggantikan Malayan Union) dan seterusnya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, terdapat ENAM entiti/organisasi besar yang mengunakan namas rasmi MELAYU dan nama itu dikekalkan apabila MALAYSIA ditubuhkan pada 16 September 1963.

(1)    RAJA-RAJA MELAYU
(2)    PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
(3)    REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
(4)    PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU (PKMB)
(5)    UTUSAN MELAYU (UM)
(6)    KERETAPI TANAH MELAYU (KTM)

1.  Raja-Raja Melayu

Institusi Raja-Raja Melayu sudah wujud sejak berkurun lamanya namun Majlis Mesyuarat Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu (MMRM) hanya ditubuhkan secara tidak rasmi pada tahun 1895 dipelopori oleh 4 orang Sultan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Mesyuarat pertamanya berlangsung pada tahun 1897.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada Februari 1948, MMRM digantikan dengan Majlis Raja-Raja Melayu (MRM) yang turut dianggotai oleh 5 lagi Raja dari Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.

Institusi Raja-Raja Melayu masih TEGUH dan UTUH sehingga hari ini dan kekal menjadi tunggak harapan kesatuan orang Melayu di Malaysia.

2.   Persekutuan Tanah Melayu 

Melayu pertama yang hilang dari muka bumi ini dan hanya menjadi peninggalan sejarah ialah Persekutuan Tanah Melayu.  

Persekutuan Tanah Melayu atau Federation of Malay States telah ditubuhkan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1946 tetapi ditentang habis-habisan oleh orang Melayu. Kemerdekaan kita pada 31 Ogos 1957 adalah atas nama Persekutuan Tanah Melayu.

Bagaimanapun, apabila negara MALAYSIA ditubuhkan pada 16 September 1965, nama Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi menjadi nama rasmi negara kita.

Dalam dokumen rasmi, Tanah Melayu hanya disebut sebagai Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia sahaja, bukan Semenanjung Tanah Melayu. 

UMNOlah yang sepatutnya dipersalahkan 100% kerana sebagai parti tulang belakang pemerintah tidak langsung berusaha untuk mempertahankan nama Tanah Melayu.

3.  Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

RAMD atau juga disebut Askar Melayu merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. RAMD merupakan pasukan terunggul di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pada kemuncaknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion. Bagaimanapun setelah tiada lagi ancaman dari komunis, maka bermula pada penghujung 1994, Rejiman Askar Melayu Diraja telah dikecilkan menjadi 25 buah batalion sahaja. Tetapi selepas terjadinya krisis pencerobohan pengikut Sultan Sulu, Sultan Kiram Shah di Lahad Datu pada 2013, pada bulan Mei 2014, ATM telah mengaktifkan semula batalion ke-26 RAMD yang ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.

Askar Melayu hanya dianggotai oleh orang Melayu.

Sejak penjajahan oleh Kerajaan Kolonial British, pasukan-pasukan Tentera British dan juga Tentera British India (British Indian Army) seperti pasukan “Burma Rifles” telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tanah Melayu. Ini melibatkan kos yang tinggi kerana pasukan-pasukan itu terpaksa dibawa daripada Britain dan India untuk berkhidmat di Tanah Melayu.

Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan.

Pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.

Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu.

Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce , sementara Kapten K.G. Exham dilantik menjadi Adjutan. Sarjan Mejar A. E. McCarthy dilantik menjadi Sarjan Mejar Rejimen dan Sarjan Kuartermaster E. Oldfiled menjadi Sarjan Kuartermaster.


4.   Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

PKMB ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor dan dipelopori oleh Dato' Sir Onn bin Jaafar. UMNO pernah terbubar pada tahun 4 Februari 1988 (atas arahan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) tetapi segera ditubuhkan semula oleh Dato' Seri Dr Mahathir pada 13 Februari 1988 dengan nama UMNO (Baru). Walaupun ia sebuah parti baru (bukan UMNO yang asal) tetapi dengan kebijaksanaan dan kuasa yang ada Dr Mahathir telah menjadikan ia seolah-olah UMNO asal dan telah mewarisi segala harta UMNO asal.

Walaupun UMNO masih kekal hingga ke hari ini tetapi lebih berbangga menggunakan Bahasa Inggeris (UMNO) daripada menyebut nama MELAYU sebagai nama rasmi dan sebutan harian. Sebagai pejuang bangsa Melayu, UMNO tidak langsung berasa bangga untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam menguruskan dirinya. Siapa pun Presiden UMNO sebenarnya tidak memiliki ruh dan jati diri untuk mengagungkan Bahasa Melayu. Bagaimana UMNO yang menuntut dirinya sebagai pejuang bangsa Melayu tidak menggunakan nama dalam Bahasa Melayu.

Bagaimana UMNO mahu mempertahankan nama TANAH MELAYU jika ia sendiri menggunakan nama dalam Bahasa Inggeris.

5.  Keretapi Tanah Melayu Berhad

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut tin dari lombong ke pelabuhan.

Sistem kereta api di Tanah Melayu bermula pada 1 Jun 1885 apabila jajaran keretapi yang pertama di Tanah Melayu sepanjang 8.25 batu (13.28 km) antara Taiping dengan Port Weld dibuka untuk mengangkut bijih timah daripada lombong-lombong di Taiping ke laut di Port Weld. 

Selepas pembukaan laluan kereta api Taiping-Port Weld, beberapa laluan kereta api bebas dibina di sekitar Tanah Melayu seperti laluan Klang-Kuala Lumpur dibuka pada 15 September 1886, laluan Keretapi Sungei Ujong (Seremban-Port Dickson) dibuka pada Julai 1891, laluan Teluk Anson-Tapah Road yang dibuka pada tahun 1893, laluan Kuala Lumpur-Rawang yang dibuka pada 7 November 1892 dan laluan Prai-Bukit Mertajam yang dibuka pada 1 Julai 1899. Kesemua laluan-laluan kereta api ini disambungkan antara Prai dengan Seremban pada tahun 1903.

Ketika proses penyambungan jalan kereta api Prai-Seremban giat dijalankan, pembinaan landasan kereta api telah bermula di Pulau Ujong. Landasan ini yang menghubungkan pekan Singapura dan pekan Kranji, telah dibuka pada tahun 1903. Di Negeri Sembilan, penyambungan rangkaian kereta api ke selatan dari Seremban telah dijalankan. Laluan eremban-Melaka telah dibuka pada tahun 1905, laluan Seremban-Gemas dibuka pada tahun 1906 dan pembinaan jalan kereta api diteruskan ke arah selatan daripada Gemas ke Johor Bahru yang dibuka pada bulan Julai 1909. Oleh kerana pada ketika itu tiada jalan kereta api menghubungi Singapura, sebuah perkhidmatan feri disediakan antara Johor Bahru dengan Singapura. Apabila pembinaan Tambak Johor dibuka pada tahun 1923 (dirasmi pada 28 Jun 1924), kereta api kargo telah mula menggunakan tambak ini sejak 17 September 1923 dan kereta api penumpang pertama melalui tambak ini pada 1 Oktober 1923.

Pembinaan landasan ini antara Bukit Mertajam dengan Alor Setar bermula pada tahun 1912 dan siap pada bulan Oktober 1915. Landasan ini kemudian dipanjangkan sehingga Padang Besar pada tahun 1918. Pada masa yang sama, laluan Pantai Timur bermula pada tahun 1907 daripada Gemas sehingga Bahau pada April 1910 dan Tembeling pada tahun 1913. Kemudian, laluan ini dipanjangkan ke utara sehingga Kuala Lipis yang merupakan pusat pentadbiran Pahang pada tahun 1917. Di Kelantan, pembinaan laluan Pantai Timur bermula pada tahun 1906 dan pada tahun 1914, sebuah landasan kereta api antara Tumpat dengan Pasir Mas dibuka kepada awam. Sebuah landasan cabang antara Pasir Mas dengan Golok bertujuan untuk menghubungkan laluan ini dengan sistem kereta api Siam dibuka pada bulan September 1920. Laluan kereta api antara Kuala Lipis dan Tumpat dibuka secara berperingkat dan siap sepenuhnya apabila landasan kereta api Gua Musang-Kuala Gris siap pada tahun 1931. Dengan pembinaan jalan kereta api ini, maka terjalinlah sebuah rangkaian kereta api dari Singapura ke Bangkok melalui bandar-bandar utama di Tanah Melayu.

Semasa Perang Dunia Kedua, landasan-landasan kereta api di Tanah Melayu menghadapi kerosakan yang besar akkibat terkena serangan bom dan lain-lain; banyak juga telah diangkut untuk pembinaan landasan kereta api Burma. Sejumlah 276 batu (444 km) landasan telah dibawa keluar. Kerja-kerja pembaikan jalan kereta api giat dijalankan selepas peperangan berakhir. Namun begitu, landasan kereta api Melaka yang diangkut untuk pembinaan landasan kereta api Burma tidak dikembalikan semula. 

Terdapat juga beberapa projek penyambungan laluan kereta api dijalankan selepas peperangan. Antaranya ialah laluan Prai-Butterworth yang dibuka secara rasmi pada 14 September 1967. Kedua, pada tahun 1966, sebuah cabang laluan kereta api baharu telah dibuka di Singapura antara Bukit Timah dan Jurong (kompleks industri baharu Singapura). Ketiga, laluan kereta api di Kelantan dipanjangkan ke Wakaf Baharu dari Kota Bharu yang dibuka secara rasmi pada 8 Mac 1967.

Sebelum ini, KTMB dikenali sebagai Federated Malay States Railway dan Malayan Railways Administration. Pentadbiran ini mendapat nama "Keretapi Tanah Melayu" pada tahun 1962. Pada tahun 1992, KTM disyarikatkan walaupun masih dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

KTMB kekal hingga hari ini dan memberi perkhidmatan kepada lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung Malaysia dan negara Singapura dengan jumlah rangkaian landasan keretapi sepanjang 1,677 km. Semua landasan KTMB menggunakan tolok landasan meter (1,000 mm) dan kira-kira 700km landasan tersebut adalah dielektrikkan. 

KTMB kekal sebagai satu perkhidmatan pengangkutan yang penting dan amsih relevan kepada Malaysia kerana KTMB sentiasa menambahbaik dan memodenkan perkhidmatan mengikut keperluan zaman.

6.  Utusan Melayu (Malaysia)

Ini adalah MELAYU keenam yang menjadi topik utama penulisanku kali ini. Kita dahului dengan tajuk berita berikut:


Utusan Rugi RM71 Juta, Status PN17 – Masa Untuk Berubah?
Oleh : Kapital
29 Ogos 2018 - 6:04 pm

Berdasarkan kepada rekod yang ada, kali terakhir Utusan Melayu mencatatkan keuntungan ialah pada 31 Disember 2011
Kerugian terkumpul Utusan mencatat lebih RM71 juta

Syarikat penerbitan terkenal negara, Utusan Melayu yang dimiliki UMNO kini berada dalam krisis kewangan dan pengurusan kritikal. Utusan Melayu dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia memaklumkan mereka kini menjadi syarikat berstatus Nota Amalan (PN17) dan ini meletakkan Utusan Melayu pada risiko tinggi untuk dinyah senarai daripada Bursa Malaysia.

Ini semua berlaku akibat masalah kewangan yang tidak henti-henti melanda syarikat berkenaan. Utusan Melayu yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Kosmo dan beberapa majalah seperti Wanita, Mastika dan URTV telah mengalami kerugian berpanjangan untuk tempoh enam tahun berturut-turut. Berdasarkan kepada rekod yang ada, kali terakhir Utusan Melayu mencatatkan keuntungan ialah pada 31 Disember 2011.

Apa yang berlaku pada Utusan Melayu mungkin merupakan kesan menyeluruh kepada apa yang dirasai oleh industri penerbitan dan pengiklanan yang melihatkan penyusutan. Namun kesan ini dilihat berganda kepada Utusan Melayu atas beberapa sebab yang mungkin tidak ada kaitan dengan ekonomi, sebaliknya menjadi pertaruhan dalam politik. Pemilikan Umno dan bentuk laporan di dalam akhbar Utusan Malaysia yang berat sebelah menyumbang kepada kemerosotan jualannya.

Malah malang Utusan Melayu ini berterusan apabila akhbarnya sering kalah dalam kes-kes saman yang dikemukakan oleh orang-orang politik yang merasakan laporan akhbar Utusan Malaysia tidak tepat malah cuba menjatuhkan reputasi mereka. Penglibatan Utusan secara besar-besaran dalam kancah politik mendatangkan kerugian dari sudut ekonomi kepada mereka.

Utusan sebenarnya sukar untuk berdiri sebagai sebuah entiti akhbar persendirian, sebaliknya bergantung kuat kepada sokongan parti politik seperti Umno. Kekalahan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini mengundang masalah lebih berat buat Utusan.

Pada 10 Ogos lalu, Utusan Melayu mengumumkan kegagalan mereka untuk menjelaskan hutang berjumlah RM530,121 dengan Bank Muamalat dan RM654,750 dengan Maybank Islamic. Sebelum itu, Utusan turut mengumumkan kegagalan mereka menjelaskan hutang berjumlah RM2.96 juta dengan Affin Bank.

Kegagalan berkenaan merupakan faktor utama menyebabkan Utusan dilabelkan dengan status PN17 dan hal ini membawa kepada keperluan untuk syarikat penerbitan ini menyerahkan pelan penyusunan semula mereka kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia dalam tempoh 12 bulan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Utusan Melayu dinyah senarai daripada Bursa Malaysia. Satu tragedi buat syarikat penerbitan yang dahulunya dipandang sebagai gergasi.

Sehingga berakhir suku pertama tahun ini pada 31 Mac 2018, Utusan telah mencatatkan kerugian kira-kira RM5.8 juta dan kerugian yang ditanggung Utusan ini telah memberikan kesan kepada penyusutan dana pemegang sahamnya kepada RM89.9 juta. Malah sehingga hujung Jun 2018, kerugian terkumpul Utusan mencatat lebih RM71 juta.

Utusan memiliki sejarah panjang dan menjadi sebahagian daripada cabang media terpenting negara. Ditubuhkan sebagai sebuah akhbar dalam tulisan Jawi pada tahun 1939, Utusan berkembang menjadi medan perjuangan di saat negara mencapai kemerdekaan. Utusan pada waktu kegemilangannya dibarisi ramai tokoh-tokoh hebat yang lantang bersuara dan memiliki kredibiliti tinggi termasuk Said Zahari, A.Samad Ismail, Usman Awang dan ramai lagi.

Malah Utusan dahulu bukanlah akhbar yang memihak kepada parti-parti tertentu, Utusan di peringkat awal merupakan sebuah akhbar anti-establishment, dilihat sering melawan dan mengkritik pemerintah. Namun tindakan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 yang mahu UMNO mengambil alih Utusan telah melihatkan peralihan besar-besaran fungsi akhbar berkenaan. Walaupun berlaku mogok pada ketika itu yang menentang keputusan Tunku, sehingga terhasilnya puisi Duri dan Api tulisan Usman Awang, ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap langkah pengambilalihan Utusan oleh UMNO itu.

Utusan juga melalui era kegelapan yang menyumbang kepada ketidaktentuan kepada kedudukan kewangannya sendiri. Ini bersangkutan dengan kekalahan dalam kes saman yang terpaksa dihadapi syarikat penerbitan ini. Pada tahun 2012, Utusan kalah dalam kes saman yang dikemukakan Menteri Kewangan kini yang dahulunya Ketua Menteri Pulau Pinang. Utusan telah didakwa oleh Guan Eng menyiarkan artikel fitnah menyatakan beliau mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baharu (DEB). Kesilapan Utusan ini membawa padah apabila mereka terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM200 ribu kepada Guan Eng.

Pada tahun 2013, Utusan terpaksa membayar ganti rugi RM250 ribu kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana didakwa memfitnah beliau dalam satu isu berkaitan pembidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW1.

Utusan terus dirundung malang pada tahun 2015, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan syarikat berkenaan membayar ganti rugi berjumlah RM200 ribu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan berita berunsur fitnah berkaitan temu bual Anwar dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Utusan kini jelas perlu melaksanakan perubahan secara besar-besaran terhadap model dan hala tuju perniagaannya. Ia tidak lagi boleh bergerak seperti ketika era pentadbiran sebelum ini. Utusan perlu bergerak dalam kerangka yang bersesuaian dengan dunia media di era baharu ini. Penglibatan lebih besar terhadap media sosial dan portal ialah ruang terbaik untuk Utusan kembali bangkit dari ambang kemusnahan.

Tidak wajar untuk Utusan terus bertindak menjadi sebuah syarikat penerbitan yang cenderung memihak kepada mana-mana parti malah dilihat seperti lidah rasmi parti berkenaan. Dari sudut penerbitan akhbar Utusan harus membersihkan kembali reputasi Utusan Malaysia yang sudah tercalar dan dianggap sebagai akhbar yang sering melaporkan berita-berita politik tidak bertanggungjawab.

Dari sudut penerbitan majalah pula, kandungan ialah kelemahan ketara yang harus dibaiki segera. Kita lihat sehingga kini majalah seperti Mastika terus menjadi sebuah majalah tahyul dan tidak berupaya memberikan saingan. Sewajarnya penerbitan majalah ini dikaji secara menyeluruh memandangkan ia tidak memberikan keuntungan besar buat Utusan. Tumpuan kepada penerbitan majalah dalam talian harus diutamakan oleh Utusan dan tidak lagi terperangkap dengan model penerbitan lama.

Apa yang pasti Utusan benar-benar memerlukan pembaharuan jika masih berminat untuk terus hidup dalam persekitaran penerbitan di Malaysia. Jika tidak kerugian demi kerugian ini akan terus menghantui operasinya dan kita akan melihat satu gergasi penerbitan bakal menemui ajal.


https://kapital.my/2018/08/utusan-rugi-rm71-juta-status-pn17-masa-untuk-berubah/



Penerbitan Utusan Malaysia, Kosmo! akan dihentikan
Ahmad Suhael Adnan
19 Ogos 2019

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (M) Bhd (Utusan) akan menghentikan penerbitan dua akhbarnya, Utusan Malaysia dan Kosmo! bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan.

Beberapa kakitangan syarikat itu yang dihubungi mendakwa perkara itu dimaklumkan oleh pengarang kedua-dua akhbar itu kepada kakitangan mereka petang tadi. Kakitangan yang enggan dinamakan mendakwa pemberhentian penerbitan kedua-dua akhbar itu dipercayai bagi memberi ruang pelabur baru mengambil alih syarikat.

Mereka turut dimaklumkan pihak pengurusan akan mengadakan pertemuan dengan kakitangan kedua-dua akhbar esok, berkemungkinan bagi memaklumkan mengenai pemberhentian operasi itu secara terperinci.

“Esok mungkin hari terakhir Utusan beroperasi. Penerbitan terakhir akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! adalah pada Rabu,” katanya.

Cubaan BH untuk mendapatkan pengesahan Pengerusi Utusan, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir tidak berjaya apabila beberapa panggilan dan mesej kepadanya tidak dijawab.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Mohd Taufik Razak, mengesahkan kakitangan syarikat ada dimaklumkan pihak pengarang bahawa penerbitan kedua-dua akhbar itu akan diberhentikan.

Bagaimanapun, katanya, NUJ Utusan menganggap perkara itu belum boleh dianggap muktamad kerana belum ada pekeliling dikeluarkan oleh pihak syarikat buat masa ini.

“Ya, memang pihak pengarang sudah maklumkan kepada kakitangan, tetapi belum ada hitam putih setakat ini.

“Pihak pengarang mungkin dimaklumkan dalam satu taklimat dengan pihak atasan dan terus memaklumkan kepada kakitangan.

“Buat masa ini, ia masih belum muktamad. Selagi tak ada pekeliling, NUJ Utusan menganggapnya sebagai khabar angin,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, lebih 100 kakitangan Utusan, ahli NUJ cawangan syarikat itu serta beberapa bekas kakitangan yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) melancarkan piket di luar ibu pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, di sini.

Piket selama sejam bermula jam 1 tengah hari hingga 2 petang itu bertujuan menuntut pihak pengurusan menyelesaikan segera tunggakan gaji kakitangan syarikat akhbar berusia 80 tahun itu yang mencecah hampir dua bulan.

Ketika ditemui pemberita selepas piket itu, Mohd Taufik berkata, pihak pengurusan memaklumkan kepada NUJ Utusan bahawa Utusan mungkin ditutup jika pengurusan gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji itu.

"Dalam mesyuarat pengurusan bersama Abd Aziz pagi tadi, beliau maklumkan jika syarikat gagal selesaikan tunggakan gaji lebih sebulan setengah ini, langkah terakhir adalah menghentikan operasi Utusan.

"Pengurusan tidak maklumkan tempoh untuk selesaikan sebelum menutup operasi, tapi mereka akui sudah tiada langkah dan kehabisan idea bagaimana mahu selesaikan isu ini," katanya.

Mohd Taufik berkata, NUJ Utusan dimaklumkan pengurusan berdepan masalah untuk mendapatkan dana, khususnya menerusi penjualan aset syarikat, bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji kakitangan yang hampir mencecah dua bulan.

"Ada beberapa masalah teknikal, antaranya ada aset yang nak dijual, antaranya di Petaling Jaya, didapati tidak memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF).

"Disebabkan tiada CF, aset itu tidak boleh dijual kerana terpaksa mendapatkan kelulusan pihak berwajib seperti bomba dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu," katanya.

Pada 9 Ogos lalu, NUJ Utusan dalam satu sidang akhbar mendedahkan kira-kira 250 ahli kesatuan kalangan wartawan, jurugambar dan artis grafik yang tidak mendapat bayaran gaji sejak dua bulan lalu.

Ada kakitangan Utusan dilaporkan terpaksa memberi sirap kepada bayi bagi menggantikan susu kerana tidak mampu membelinya, selain ada yang mendapatkan pinjaman ceti haram serta dikejar bank kerana gagal membayar pinjaman.

Mana-mana pihak yang mahu meringankan beban mereka boleh berbuat demikian dengan memberi sumbangan ke akaun CIMB Tabung Kebajikan NUJ - 8000822560.

Utusan Malaysia mula diterbitkan pada 29 Mei 1939 dan memainkan peranan mendokong perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/597727/penerbitan-utusan-malaysia-kosmo-akan-dihentikan

Utusan Malaysia Dan Kosmo! Tutup Operasi, Apa Nasib 800 Pekerja?
9-10-2019 10:25 AM
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1176981&mobile=2

Kumpulan Utusan Melayu berkubur hari ini?
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my

NASIB 800 kakitangan Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd kini sekali lagi menjadi tanda tanya apabila operasi syarikat akhbar itu dikatakan akan ditamatkan hari ini. Ia dipercayai susulan keputusan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir yang akan mengumumkan kebankrapan sukarela syarikat itu.

Setiausaha Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Cawangan Utusan, Muhammad Basir Abu Bakar berkata, semua kakitangan sudah diarahkan untuk mengosongkan meja masing-masing selewat-lewatnya jam 1 tengah hari.

Katanya, wartawan dan jurugambar juga tidak diberikan tugasan menguatkan lagi dakwaan penamatan operasi syarikat akhbar itu.

“Setakat ini kakitangan tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai dakwaan itu daripada pihak pengurusan, sebaliknya hanya diminta mengosongkan meja masing-masing oleh ketua unit.

“Ini menjadi tanda tanya 800 kakitangan yang masih bekerja mengenai nasib kami,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan mengisytiharkan syarikat itu bankrap dipercayai untuk mengelak daripada membayar sebarang pampasan kepada pekerja dan bekas pekerja yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS).

Katanya, jika benar akhbar kumpulan ini ditamatkan operasi, ia menjadi satu tamparan hebat kepada industri persuratkhabaran Melayu.

“Kami juga mahu Datuk Abd Aziz mengotakan janji untuk tidak meletakkan ‘batu nisan’ kepada Utusan,” katanya.

NUJ Cawangan Utusan dijangka akan mengadakan sidang media tergempar jam 12 tengah hari ini di ibu pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin mengenai kemelut berkenaan.

Kumpulan Utusan yang menerbitkan Utusan Malaysia dan Kosmo! berdepan masalah kewangan kritikal sejak beberapa tahun lalu sehingga menyebabkan tunggakan gaji kakitangan dan bekas kakitangan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Oktober 2019 @ 12:39 AM
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/505042/kumpulan-utusan-melayu-berkubur-hari-ini

Sejarah Utusan Melayu 

Utusan Melayu ditubuhkan pada 29 Mei 1939. Akhbar ini merupakan sisipan akhbar nasional bagi Utusan Malaysia yang diedarkan setiap hari Isnin. Kandungan yang terdapat di dalam akhbar ini adalah bercirikan berita semasa dalam dan luar negeri, pendidikan jawi, cerpen, hiburan, dan sukan.

Namun nama Utusan Melayu juga nama akhbar yang diterbitkan pada 1907 oleh penerbit akhbar Inggeris Free Press.Pengarangnya yang pertama ialah Mohd Eunos Abdullah . Pada 1922, semasa beliau berusia 46 tahun, Mohd. Eunos dilantik sebagai ahli Majlis Kerajaan Tempatan Singapura.Beliau adalah anggota Melayu yang pertama di Dewan Perundangan Negeri-Negeri Selat (1924). Mohd. Eunos juga turut menjadi ahli Lembaga Penasihat Islam Singapura.Tahun 1926 Mohd Eunos mengetuai Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Menurut Tan Sri Abdul Samad Ismail, KMS kemudian muncul sebgai pemangkin dan pencetus utama penubuhan pertubuhan-pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu sebelum dan selepas perang dunia kedua sehingga tertubuhnya UMNO pada Mei 1946.

Mesyuarat pertama untuk menubuhkan Utusan Melayu pada tahun 1938 di rumah Daud Mohd. Shah, presiden KMS ketika itu, dengan kehadiran 20 orang tokoh yang komited dan serius untuk menerbitkan akhbar Utusan Melayu sebagai suara tuntutan dan hak-hak Melayu.

Kemudian tugas untuk mengkaji kemungkinan untuk menerbitkan Utusan Melayu diserahkan kepada Yusof Ishak yang kemudian Presiden Singapura.

Abdul Samad Ismail menyatakan bahawa Utusan Melayu tahun 1907 ada hubungan erat dengat Utusan Melayu yang lahir pada 29 Mei 1939. KMS mempelopori gerakan menubuhkan Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. Penubuhan Utusan Melayu amat besar ertinya kepada bangsa Melayu seluruhnya. Kelahiran Utusan Melayu adalah puncak kejayaan bangsa Melayu dalam bidang media cetak.KMS 1907 sebagai ibu kandung kepada KMS 1939.

Majlis pelancaran Utusan Melayu diadakan pada 1938.Perjuangannya ialah untuk memartabat dan memperkasakan kedudukan orang Melayu di tanah air mereka yang kian terhimpit.Antara tokoh yang hadir ialah Haji Embok Suluk, Tengku Abdul Kadir, Ishak Haji Muhammad, Haji T.P. Jumaat, Kiai Yunus, Abdul Hamid Haji Isul, Khalil Anuari dan Haji Abbas Taha, Kadi Besar Singapura yang juga seorang wartawan.

Setelah Utusan Melayu ditubuhkan, Yusof Ishak merekrut Abdul Rahim Kajai sebagai pengarangnya yang pertama. Antara wartawan Utusan Melayu pada tahun 1948 ialahAbdul Samad Ismail, Othman Wok , Keris Mas,Melan Abdullah Hussein Hamid dan Salleh Daud.[1]

Peranan Utusan Melayu ialah membina dan mencorakkan minda bangsa .Dato' Onn Jaafar yang memimpin UMNO (1946 - 1951) menyifatkan perjuangan UMNO adalah hasil seruan seruan dalam akhbar Utusan Melayu oleh Utusan Melayu.

Dalam keluaran sulungnya, Utusan Melayu menyeru umat Melayu supaya pertubuhan Melayu ditubuhkan. Utusan menyuarakan kedudukan dan hak orang Melayu. Menurut Prof. William R. Roff, pembaca Utusan yang ingin menolong akhbar itu digalakkan menulis untuk menyemarakkan suara dan perjuangan Utusan yang dikaitkan dengan jatuh bangun orang Melayu.

Utusan dianggap mencerminkan hati-nurani dan jiwa-raga orang Melayu yang sedang menghadapi masa depan yang tidak menentu dan terancam.

Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) menulis dengan penuh dengan kiasan dan amaran tentang peminggiran dan kemelaratan orang Melayu di tanah air mereka sendiri. Utusan Melayu dengan beraninya menonjolkan imej politik orang Melayu yang dibelenggu oleh penjajah dan kepongan ekonomi orang Cina.

Utusan membahaskan soal keturunan dan asal usul orang Melayu dalam sindrom masyarakat berbilang kaum yang kritikal.Kepimpinan Melayu yang daif.Pendidikan Melayu hendaklah diutamakan , jika tidak akan dihancurkan oleh kaum-kaum lain.

Abdul Samad Ismail amat sinonim dengan Utusan Melayu . Beliau melalui Utusan Melayu berjuang menentang penjajahan dari sebelum Perang Dunia Kedua hingga menjelang merdeka. Beliau adalah tokoh wartawan yang menghidupkan kewartawanan Melayu. Beliau turut menjadi 'sanctity' atau tumpuan para pemimpin bukan Melayu, khususnya di Singapura.

Pada 9 Oktober 2019, maka hilanglah satu dari 5 MELAYU yang menjadi kebanggaan orang Melayu sejak sebelum merdeka.

www.wikipedia.org






Kenapa Utusan kecundang menghadapi cabaran?

1.   Terikat dengan UMNO dan bergantung kepada UMNO. UMNO jatuh kecundang dalam PRU 14, Utusan turut meluncur jatuh.

2.   Terlalu banyak kalah dalam kes saman yang melibatkan jutaan RM.

3.   Hanya bergantung kepada perniagaan berita. Tiada usaha untuk mengembangkan perniagaan (diversification) selaras dengan perubahan zaman. 

- Kalau Pos Malaysia hanya bergantung kepada hasil setem dan perniagaan postal, ia juga telah lama MATI.

- Kalau Benson n Hedges dan Dunhill hanya bergantung kepada hasil jualan rokok sahaja, ia juga telah lama TERKUBUR.

- Kalau TV3 hanya bergantung kepada siaran televisyen sahaja, ia juga telah lama TUTUP KEDAI.


TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA?

Hari ini, 9 Oktober 2019, mencatatkan satu lagi sejarah hitam kepada nama MELAYU di Malaysia (dan di DUNIA) apabila syarikat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menamatkan operasinya dan ditutup kerana telah mengalami masalah keMUFLISan.

MELAYU pertama yang hilang dari muka bumi ini ialah Persekutuan Tanah Melayu apabila pemimpin-pemimpin MELAYU bermurah hati mengorbankan nama itu untuk mengisytiharkan negara MALAYSIA pada 16 September 1963.

Utusan Melayu menjadi MELAYU kedua yang akan hilang meninggalkan kita pergi ialah 

MELAYU ketiga (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) walaupun masih hidup (sedang sakit) dan masih aktif berjuang. AKAN TETAPI, Melayu ini agak bacul kerana MALU menggunakan nama Melayu untuk pengenalan dirinya. Dia lebih bangga menggunakan nama penjajah iaitu UMNO.

HARI INI, ada TIGA lagi MELAYU yang masih tegar membawa nama MELAYU di atas muka bumi ini, iaitu Raja-Raja Melayu, Rejimen Askar Melayu Diraja dan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Semoga TIGA MELAYU ini tidak dijahannamkan oleh Orang MELAYU sendiri di masa akan datang. Kekal hingga Hari Qiamat.





No comments:

Post a Comment