Sunday, April 23, 2017

M 169 PERTABALAN YDP AGONG KE XV

HARI PERTABALAN
SPB YDPA XV

Image may contain: 1 person, standing

HARI INI 24 APRIL 2017 BERSAMAAN DENGAN 27 REJAB 1438 HIJRIYAH merupakan hari bersejarah bagi negara Malaysia kerana hari ini merupakan Hari Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia ke XV, Sultan Muhammad V.

Pengetahuan tentang pertabalan SPBYDPA ini hanya aku perolehi semasa Pertabalan SPBYDPA V, Tuanku Abdul Halim pada tahun 1970. Kenapa? Kerana tahun itulah kampung aku mula ada televisyen. Itu pun bekalan elektrik dari generator yang hanya ada sebuah di kampung aku. Masa itu, aku baru dalam Darjah 5. TV hitam putih lagi. Sebuah generator itu dimiliki oleh tuan kedai di simpang kampung. Kebetulan jarak antara rumah almarhum bapak aku dengan kedai hanya 100 meter sahaja.

Sebelum itu, aku hanya tahu wujudnya YDPA ini melalui bingkai gambar yang tergantung di rumah atau melalui wayang Jabatan Penerangan. Selepas itu, hampir semua berita atau siaran perlantikan dan pertabalan YDPA dapat aku ikuti. Pertabalan YDPA VI (Sultan Kelantan) 1975, YDPA VII (Sultan Pahang) 1979,  YDPA VIII (Sultan Johor) 1984, YDPA IX (Sultan Perak 1989, YDPA X (YDPB NS) 1994, YDPA XI (Sultan Selangor) 1999, YDPA XII (Raja Perlis) 2002, YDPA XIII (Sultan Terengganu) 2006 dan YDPA XIV (Sultan Kedah- kali kedua) 2012.


BIOGRAFI RINGKAS

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V  diputerakan pada 6 Oktober 1969 bersamaan dengan 24 Rejab 1389 Hijriyah di adalah Sultan Kelantan ke-29 yang dimasyhurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijriyah.



 
Image result for keluarga sultan kelantan
Image result for keluarga sultan kelantan
Related image  Related image
Ayahanda dan Bonda Sultan Muhammad V

Sebelum dimasyhurkan sebagai Sultan, baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan (mulai Okt 1985) dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra. Baginda merupakan putera sulung Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Image result for sultan kelantan

Pada 24 Mei 2009, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan apabila ayahanda baginda Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra gering dan mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.


Pada 13 September 2010, baginda telah dimasyhorkan sebagai Sultan Kelantan ke 29 bagi menggantian ayahandanya yang mengalami kegeringan yang berpanjangan. Pemasyhuran ini adalah dibuat dibawah Kuasa (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua). Permasyhuran ini juga mencatat sejarah tersendiri. Semasa menjujung duli pada upacara pemasyuran itu perkataan atau laungan lazim didengar, iaitu Daulat Tuanku diganti dengan takbir Allahu Akbar sebanyak tiga kali. Kejadian ini belum pernah berlaku pada upcara-upacara persis itu selama ini.

Related image  
Image result for sultan kelantan  
Sultan muhammad v kelantan.jpg

Pada 13 Disember 2011, Sultan Muhammad V telah dilantik memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia semasa DYMM Tuanku Haji Abdul Halim Muadzam Shah, Sultan Kedah menduduki tahta Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIV.

Image result for sultan kelantan

Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XV selepas tamatnya penggal Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah memegang tampuk pemerintahan negara. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.

Image result for sultan kelantan  
Related image  
Sultan Muhammad V receiving the instrument of office of the 15th Yang di-Pertuan Agong from Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the 244th (Special) Meeting of the Conference of Rulers on Dec 13 last year. — Bernama  
Image result for sultan kelantan  

Pada 1983, baginda melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur dan Oakham School Rutland, England sehingga 1989.

Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies (1989-1991).

Baginda melanjutkan Pengajian Perhubungan Diplomatik dan Pentadbiran perniagaan di Huron University College, London, Pengajian Perhubungan Diplomatik di Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin, dan European Business Administration di European Business School London.

Baginda, yang juga aktif dalam organisasi yang berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan, kini adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja, dan pernah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigedier Jeneral.

Sultan Muhammad V, yang juga Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), berminat dalam sukan lasak dan secara aktif menyertai ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Di samping itu, baginda gemar bermain golf, go-kart, menembak, memanah, badminton, boling dan bola sepak.



  
Image result for sultan kelantan  
Related image  
Image result for sultan kelantan  
Related image  
agong1  









No comments:

Post a Comment