Saturday, March 14, 2015

M 153 HISHAMUDDIN BIN HUSSEIN BIN ONN BIN JAAFAR BIN MUHAMMAD

.
HISHAMMUDDIN
 NEXT PM?
.




Semasa aku melaksanakan tugas "Kolonel Bertugas" dari 29 Dis 2014 hingga 5 Jan 2015. Kebetulan semasa bertugas minggu tersebut Operasi Murni (Operasi Bantuan Mangsa Banjir peringkat ATM) baru tiga hari dilancarkan.

Sepanjang minggu itu, aktivitiku amat padat kerana banyak pergerakan VIP menggunakan terminal udara TUDM sama ada PU Subang atau PU Kuala Lumpur.

Selain dari YABPM dan YABTPM, selaku Menteri Pertahanan (MENHAN) Dato Sri Hishammuddin bin Hussein (YB Hisham) adalah antara Menteri yang paling aktif bergerak di merata tempat untuk meninjau mangsa banjir. Walaupun tugas menguruskan mangsa banjir bukan tugas utama MENHAN tetapi penglibatan besar-besaran warga ATM di semua tempat yang dilanda banjir adalah MUNGKIN sebab utama YB MENHAN tidak mengenal penat atau letih menemui warga ATM di merata tempat sambil meninjau keadaan dan menemui rakyat di kawasan yang dilanda banjir.

Keadaan inilah yang menyebabkan aku teruja untuk menulis satu tajuk khas mengenai YB Hisham. Ini bukan isu MEMBODEK atau MENGAMPU atau CARI MAKAN tetapi sesuatu yang lahir dari dalam hatiku.

Semasa mengikuti satu tugas rasmi di UK lebih kurang tahun 2007, aku pernah dihampiri oleh seorang ahli korporat yang mempunyai hubungan baik dengan salah seorang keluarga rapat almarhum Tun Hussein Onn dan Tun Mahadzir. Masa itu aku masih berpangkat Lt Kol. Katanya:

"Kolonel, kalau lepas ini (after PRU 2008) Datuk Hisham dilantik jadi Menteri Pertahanan, nak tak kalau saya recommend Kolonel jadi MA dia?"


Melalui maklumat yang aku perolehi, tentang tugas dan tanggungjawab seorang MA, awal-awal aku angkat tangan, menolak tawaran tersebut. Alasannya, aku sendiri yang tahu kekurangan yang ada pada diriku. Pada pendapatku, hanya orang yang mempunyai karakter tertentu sahaja yang layak atau mampu memegang tugas tersebut.


Hishammuddin Hussein the next Prime Minister 
– Premraj Victor
Published: 21 October 2013

The top posts in the Malaysian government (Prime Minister, Deputy Prime Minister, Finance/ Defence/ Home Ministers), are actually based on the Umno election. I believe that in Umno, it is always about tradition, jinx and history repeating itself, in the way it has and will be in the near future. Those who go against it, tragedy will befall them.

Tun Dr Mahathir Mohamad (1975) and Tun Abdullah Badawi (1996) in their times emerged third in the Umno vice-presidential elections. However, they made it to the top although were once touted as the least likely candidates. Datuk Seri Anwar Ibrahim who came top in the VP race went against party tradition by challeging an incumbent deputy president, and the unexpected twist of fate took place.
In the words of a news portal, if Tan Sri Muhyiddin Yassin does not stand in the next election, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi will stand a chance to become the deputy prime minister. Well, I beg to differ.

Muhyiddin is 66 years old. If he does become the PM, he will be the oldest elected PM - which shows he is quite old.

Tun Abdul Razak appointed Tun Hussein Onn upon the untimely passing of Tun Dr Ismail. According to Lee Kuan Yew's memoirs, Tun Dr Ismail would have made a very good prime minister. Tun Hussein Onn is the brother-in-law of Tun Abdul Razak.

Should Muhyiddin not stand for the next election, he will have to relinquish his deputy prime minister’s post. History may repeat itself when Datuk Seri Najib Razak appoints his cousin (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) as the new deputy prime minister. What more if he should appoint Hishammuddin, Najib will then have a longer time to be the premier.

Of the three vice-presidents, only Hishammuddin has the advantage over them in various aspects, namely, (1) most ministerial experience - Youth and Sports (1999-2004); Education (2004-2009); Home (2009-2013), Defence (since May 2013), Acting Transport (May 2013- June 2014), augmented by being the deputy minister for International Trade and Industry (1995-1999); (2) aristocrasy: both his grandfather and father; (3) and most importantly, for the office of DPM and later PM, Hishamuddin has a definite advantage over the other two vice-presidents - being able to speak not only good English but having a polished command of the language. (Remember Tun Ghafar Baba was said to have a disadvantage due to his command of English as well as age that cost him the top post). (4) Age wise, he is very young as compared to the other vice-presidents, but he may be teased for being a post-Merdeka baby.

Much has been said about Hishammuddin being third in the recent Umno vice-presidential election. However, based on Umno's history, I bet Hishammuddin will be the next PM.

At the next Umno election, in five years' time (no more three years as it will be delayed because of the next general election), one of the current vice-presidents may have to vacate to make way for Khairy Jamaluddin. The reason being is that always the outgoing Umno Youth leader never failed to get a VP post.

So either Ahmad Zahid or Datuk Seri Shafie Apdal will be given a Menteri Besar post to make them slowly fade way from federal politics.

Of course, the above will hold some truth, only if Pakatan Rakyat does not make any inroads in the next and following elections. - October 21, 2013.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/hishammuddin-hussein-the-next-prime-minister-premraj-victor#sthash.fKGTbObw.dpuf

 
 
 
 
 
 

Melalui pemerhatianku, YB DS Hisham yang amat prihatin dan mempunyai perawakan yang lemah lembut (bersopan), sentiasa manis muka (murah senyuman), menghormati semua orang, tidak pernah meninggikan suara, amat mesra dengan sesiapa sahaja serta sifat pengasih.

Sepanjang beberapa kali mengiringi beliau semasa bertugas di Terminal Udara, semasa aku memberi tabik hormat, beliau akan membalas TABIK HORMAT dengan bersungguh. Tidak seperti sebahagian pegawai kanan yang membalas tabik hormat secara sambil lewa atau pandang tak pandang sahaja.

Aku yakin, walaupun YB DS Hisham dilahirkan dalam keluarga bangsawan, almarhum Tun Hussein telah memberikan didikan budi pekerti Melayu yang cukup kepada anak-anaknya.

Sepanjang pemerhatianku semasa OPS MURNI, perawakan YB DS Hisham, sama ada apabila bertemu seorang yang berpangkat Jeneral atau Perajurit biasa atau dengan pelatih PLKN atau dengan orang kampung, kemesraan yang ditunjukkan amat luar biasa. Aku amat yakin, beliau tidak berlakun untuk mengambil hati orang bagi meraih populariti. Aku yakin, itu sifat beliau yang asli dalam diri beliau.

Sikap yang sama juga pernah ditunjukkan semasa mengendalikan tragedi Kehilangan pesawat MH370 awal tahun 2014. Ketika itu beliau menyandang tugas Pemangku Menteri Pengangkutan. Beliau begitu tenang menjawab segala soalan wartawan, termasuk soalan-soalan bodoh dari wartawan luar negara yang sentiasa cuba memerangkap beliau.

Beliau juga tenang menghadapi suasana hingar-bingar untuk menemui ahli keluarga mangsa yang sebahagiannya seperti kehilangan akal.


Itulah DS Hisham yang dapat aku kenal melalui pemerhatian.


  
  

Beberapa tahun lalu, semasa aku bertugas (tugas yang sama) dan ketika itu YB DS HIsham menyandang jawatan Menteri di KDN, beberapa kali beliau menyertai penerbangan YABPM/YABTPM di PU Subang. Beliau akan datang awal untuk menunggu ketibaan PM/TPM, jadi aku berpeluang berbual singkat dengan beliau berkaitan politik semasa dan keadaan negara. Beliau memang ramah.  NAMUN sejak jadi MENHAN, peluang untuk bercakap dengan beliau amat TIPIS kerana setiap kali pemergian atau ketibaan beliau, ramai bapak-bapak General yang merapati beliau.

Kalau kebetulan tiada pegawai yang lebih kanan, semasa berjalan mengiringi beliau menaiki pesawat mengucapkan selamat jalan dan mendoakan keselamatan. Manakala semasa menyambut turun dari pesawat, ada juga aku menyapa beliau, bertanya khabar atau berkaitan keadaan tempat yang dilawati.

Pada petang 31 Dis 2014, aku menyambut ketibaan beliau dari lawatan ke Lenggong, Perak. Kebetulan hari itu, aku adalah pegawai yang paling kanan yang ada di situ. Sebelum memasuki kenderaan untuk meninggalkan Pergerakan Udara PU KL beliau mengucapkan Selamat Tahun baru dan memeluk setiap yang ada di situ.

Itu YB DS Hisham yang aku kenali.



 
Di PUKL pada 3 Jan 2015

Riwayat Hidup

Dato' Sri Hishammuddin bin Tun Hussein bin Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar bin Muhammad dilahirkan pada 5 Ogos 1961.

Pendidikan Awal

Hishammuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John's, Kuala Lumpur dan Kolej Melayu Kuala Kangsar  dan Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Kuala Lumpur. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian tinggi ke University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Undang-Undang (LL.B Hons) pada tahun 1984. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan memperolehi LL.M (London) dalam bidang Undang-Undang Komersil dan Korporat pada 1988 di London School of Economics, United Kingdom.


Sebelum beliau memulakan kerjaya politik beliau, Hishammuddin merupakan bekas seorang peguam dengan firma besar Malaysia yang kemudian dikenali sebagai Skrine & Co (kini dikenali sebagai Skrine) dan kemudian, sebuah firma yang kemudiannya dikenali sebagai Lee Hishammuddin (kini dikenali sebagai Lee Hishammuddin Allen & Gledhill).

Keluarga dan Salasilah

Dalam tubuh Hishammuddin telah sedia mengalir darah keturunan pemimpin, pentadbir dan ahli politik.


Datuk Seri Hishammuddin adalah anak sulung kepada almarhum Tun Dato' Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketiga dan cucu kepada almarhum Dato' Onn bin Jaafar, Menteri Besar Johor keenam yang juga merupakan Pengasas UMNO dan juga Presiden UMNO yang pertama. Hishammuddin juga adalah cicit kepada almarhum Dato Hj Jaafar bin Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama.

almarhum Tun Hussein bin Dato' Sir Onn
(ayahanda Hishammuddin)
almarhum Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar
(nenda Hishammuddin)
almarhum Dato' Jaafar bin Muhammad
(moyang Hishammuddin)

Hishammuddin juga adalah anak saudara kepada Perdana Menteri Malaysia kedua, almarhum Tun Abdul Razak bin Hussein kerana ibu Hishammuddin, almarhumah Tun Hajjah Suhaila binti Mohammed Noah adalah kakak kepada Tun Hajjah Rahah binti Mohammad Noah, isteri almarhum Tun Razak. Oleh itu, Hishammuddin adalah sepupu kepada Perdana Menteri Malaysia ke lima, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak.


almarhumah Tun Hajjah Suhaila

Isteri Hishammuddin adalah Yang Mulia Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah, adalah cucunda kepada almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Muadzam Shah, Pahang. Oleh itu Tunku Datin Seri Marsilla adalah anakanda saudara kepada Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang sekarang.






Perkahwinan Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nasha Alyssa, Faris Hussien, Kyra Arianna dan Fahd Hussein. Anak perempuan beliau telah mengahwini Anas Zawawi Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa, seorang anak ahli perniagaan terkenal di Malaysia

Kerjaya Politik

Hishammuddin merupakan ahli UMNO Cawangan Sri Lambak, Sembrong, Johor. Beliau kini juga memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sembrong.

Kerjaya beliau sebagai wakil rakyat bermula apabila beliau bertanding di kerusi Parlimen Tenggara pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 9 tahun 1995.  Dalam PRU ke 10 tahun 1999, beliau telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen tersebut.  Selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), beliau telah bertukar ke kawasan baru, iaitu Parlimen Sembrong pada pilihan raya ke-11 tahun 2004. Beliau mengekalkan kerusi Sembrong dalam PRU ke 12 (2008) dan PRU ke 13 (2013).

Jawatan Dalam Politik

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara.
Ketua Pemuda UMNO Johor.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua UMNO Bahagian Tenggara.
Ketua UMNO Bahagian Sembrong.
Naib Presiden UMNO (2013 - 2018.

Sejak menjadi Ahli Parlimen, Hishammuddin telah berkhidmat di pelbagai Kementerian. Sebaik sahaja memenangi pilihanraya Parlimen pada tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997. Semasa rombakan Kabinet pada tahun 1999 beliau telah dilantik menjadi Menteri penuh iaitu Menteri Belia dan Sukan dan sehingga kini (Januari 2015) beliau telah memegang jawatan Menteri di beberapa buah utama.

Jawatan Dalam Kerajaan

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Luar Negara dan Industri (11 Mei 1995 – 18 Ogos 1997).
Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Utama, Malaysia (18 Ogos 1997 – 5 Dis 1999).
Menteri Belia dan Sukan (14 Dis 1999 – 3 Mac 2004).
Menteri Pelajaran (30 Mac 2004  - 8 April 2009).
Menteri Dalam Negeri (10  April 2009 - 15 Mei 2013)
Menteri Pertahanan (16 Mei 2013 - 9 Mei 2018)
Pemangku Menteri Pengangkutan (16 Mei 2013 - 25 Jun 2014)
Menteri Tugas-Tugas Khas (12 Apr 2017 - 9 Mei 2018)

Jawatan Peringkat Antarabangsa

Executive Board Member of  UNESCO (2008 - 2009)
Deputy President of SEAMEO Council (March 2007 - March 2008)
President of SEAMEO Council (March 2008 - March 2009).






 


Dalam politik seramai mana penyokong, maka lebih ramai yang menjadi lawan. Dalam kumpulan lawan susah nak ada kawan. Tapi dari kalangan kawan memang ramai yang menjadi lawan (musuh).

Dalam politik masa kini, berlaku pertandingan untuk merebut jawatan tinggi parti politik sehingga jawatan tertinggi sebagai Presiden parti. Dalam UMNO, pertandingan merebut jawatan dari Presiden hingga ke peringkat Ketua Cawangan UMNO adalah perkara rutin setiap dua atau tiga tahun.

Semua ingin menang. Untuk menang mesti mendapat undi yang lebih. Untuk mendapat undi lebih mesti calun lebih popular dari lawan. Di sinilah biasanya hilang semangat setiakawan dalam parti, hilang rasa hormat, hilang jati diri, jatuh integriti dan moraliti hanya kerana jawatan parti. Sebahagian calun menggunakan apa saja untuk mendapat sokongan ahli parti. Pada masa yang sama untuk menjatuhkan lawan walaupun dia tahu lawannya jauh lebih baik darinya dari segi kelayakan, prestasi dan kewibawaan.

Itu dalam parti.

Sebagai ahli politik, mereka juga perlu bertenaga untuk menyertai pilihanraya umum (PRU) setiap 5 tahun. Sama ada untuk menjadi wakil rakyat DUN atau Parlimen.

Kali ini ahli politik terpaksa pula berentap dengan penyokong parti lawan. Sekali semua pihak yang bertanding akan menggunakan apa teknik dan taktik untuk menang. Parti lawan akan mencari dan mendedahkan apa jua kelemahan calun. Hina menghina, aib mengaib demi untuk kemenangan.

Pastinya DS Hisham juga melalui perkara yang sama. Sejak menyertai PRU ke 9 pada tahun 1995, beliau pasti sudah masak dengan taktik dan teknik kawan daln lawan.

Malah dalam melaksanakan tugas pun beliau banyak kali diperlekehkan dan dihina oleh pihak lawan. Beliau dikatakan lembik, pondan, orang amaran, lemah dan berbagai lagi........

Aku tak mahu menyalin apa yang ditulis orang dalam blog-blog politik yang kemudian disambung ikut dengan pelbagai komen yang sungguh mengaibkan.

Itulah politik. Sendiri memfitnah sendiri jawab. Lagi ramai yang baca lagi banyak saham dia dapat.

Apa pun, inilah nama negara demokrasi untuk rakyat yang tak faham demokrasi. Negara bebas bagi orang yang tidak tahu menggunakan kebebasan. Negara Tanah Melayu yang telah hilang keMelayuan.

Kalau kail panjang sejengkal, jangankan lautan hendak diduga.

Biarpun ramai yang membaca tidak bersetuju dan marah kerana tulisan aku ini seperti mahu membodek, mengampu, mendukung Hishammuddin.

Aku tulis bukan kerana aku bertugas di Kementerian Pertahanan dan Hisham adalah Menteri Pertahanan. Aku tulis pendapat aku berdasarkan apa yang aku kenal dan aku ketahui. Aku tidak merendahkan yang lain, tidak menghina yang lain, tidak memfitnah yang lain.

AKU SETUJU DENGAN JANGKAAN PREMRAJ VICTOR. DENGAN IZIN ALLAH, HISHAMMUDDIN ADALAH PM MALAYSIA SELEPAS MUKHYIDDIN YASSIN. JIKA DITAQDIRKAN MUKHYIDDIN TIDAK MENJADI PM, HISHAM ADALAH PENGGANTI NAJIB

Premraj mempunyai alasan sendiri untuk menulis, aku sebagai rakyat Malaysia juga ada alasan sendiri untuk menyatakan pendapat kenapa DS Hisham adalah bakal PM Malaysia selepas era Najib/Mukhyiddin?

Banyak orang tak suka dengan pendapat aku ini kerana seolah-olah aku menentang arus kemahuan rakyat yang mahukan supaya Kerajaan BN diubah, ditukar dan ditumbangkan. BN akan tewas dalam PRU 14. Kalau kita susuri sejarah PRU, usaha untuk menumbangkan BN telah bermula sejak zaman Kerajaan Perikatan lagi. Puncaknya adalah PRU 3 (1969) apabila Kerajaan Perikatan (UMNO/MCA/MIC) kehilangan majoriti 2/3 buat kali pertamanya. 

Selepas krisis UMNO 1987, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Dalam PRU 8 (1990) dan PRU 9 (1995), Angkatan Perpaduan Ummah (APU) kemudiannya Gagasan Rakyat yang merupakan kerjasama PMS46 (pecahan UMNO), DAP, PAS, PBS dan beberapa parti kecil menentang BN. Namun gagal dan PMS46 dibubarkan dalam tahun 1996 dan sebahagian besar ahlinya menyertai UMNO semula. Lanjutan dari pemecatan Anwar Ibrahim dalam tahun 1998, beliau menubuhkan Parti Keadilan (ADIL) dan berpadu tenaga dengan PAS dan DAP membentuk Barisan Alternatif (BA) untuk menentang BN dalam PRU 10 (1999) dan PRU 11 (2004) dan PRU 12 (2008). Kumpulan yang sama menggunakan nama gabungan 'Pakatan Rakyat' berjaya menafikan majoriti 2/3 Kerajaan BN.... namun melihat kepada perbezaan prinsip dan ideologi antara PKR, DAP dan PAS peluang untuk mereka memerintah adalah tidak meyakinkan.. 

BN mungkin bukan pemerintah terbaik, namun PR pada masa ini nampaknya jauh lebih teruk. Jadi, peluang untuk BN terus memerintah adalah cerah, dan peluang DS Hisyam untuk menerajui UMNO juga cerah.

Presiden sekarang, DS Najib telah dibelenggu dengan pelbagai isu yang mempersoalkan integritinya. Bermula dengan kes 1MDB yang mempunyai hutang berpuluh bilion RM, dakwaan transaksi RM2.6 billion dalam akaun peribadinya, isu penjualan pelbagai aset negara kepada syarikat dari China Komunis, isu pelaburan FELDA, isu penyelewengan Tabung Haji dan isu wang KWSP/KWAP. Najib hanya menunggu masa sama ada akan meletak jawatan atau dipaksa turun oleh anggota UMNO. Hanya masa sahaja yang akan menentukan. Kelewatan adalah kerana wujudnya penjilat jubur yang bermati-matian mempertahankan Najib.

Dari kalangan tiga Naib Presiden (NP) UMNO, DS Hisham adalah NP ke-3. NP No 1, DS Ahmad Zahid bukanlah pilihan terbaik. Selain dari sering memaparkan watak yang tidak matang semasa menjawat jawatan Menteri di KDN dan juga MINDEF. Pemerhatianku semasa Zahid menjawat MENHAN, Zahid kerap membuat statement yang memperlihatkan kelemahannya.  Ketika membuat ucapan, di awalnya membaca doa yang panjang, sebagai menggambarkan bahawa beliau adalah seorang menteri yang warak. Semasa berucap, nampak sahaja bersemangat, tapi TAK ADA ISI. Dia hanya mengharapkan tepukan apabila dia menaikkan pitch suaranya. Dia kelihatan seronok mendapat tepukan dari warga MINDEF. Dia tidak pernah memikirkan bahawa tepukan itu adalah tepukan terpaksa.

Sejarah politik Zahid juga tidak meyakinkan.  Ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, dia menjadi penyokong kuat DS Anwar. Berwatak sebagai orang suruhan Anwar untuk memalukan Dr Mahathir (ketika itu PM dan Presiden UMNO). Khususnya dalam isu Kronisme dan Nepotisme untuk menjatuhkan Mahathir. Tapi seperti yang disebut lebih awal, beliau tidak menggunakan otak, hanya hati. Bila Dr M mengeluarkan fakta, yang melibatkan dirinya, Zahid terus sepi hilang suara. Bila melihat Anwar melalui jalan yang sukar untuk menungkah arus menentang Dr M dari luar UMNO, Zahid belot dan membuat U-Turn kembali ke main stream menyokong Dr M. Zahid kemudian dilantik oleh Dr M menjadi Timbalan Menteri. Semasa zaman Pak Lah dia menjadi Menteri penuh.

Jika Zahid dipilih untuk menggantikan Najib, beliau tidak mempunyai karisma untuk mengemudi UMNO. Cara beliau yang gemar mengugut dan mengancam bila ada sesuatu isu, tidak disukai ahli UMNO. Hanya orang yang mendapat faedah darinya sahaja ayang akan menyanjung beliau. Sama seperti Najib.

NP ke 2, Shafie Apdal adalah seorang pemimpin yang baik dan berintegriti serta berpotensi. Tetapi latar belakang beliau sebagai anak Sabah mungkin menyulitkan beliau untuk meningkat ke jawatan Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sentimen ahli UMNO dari Semenanjung yang mendominasi UMNO masih belum sedia untuk menerima anak Sabah menjadi TPM atau PM.

Oleh itu, saya berpendapat  bahawa setakat pemimpin yang ada dalam UMNO sekarang, DS Hisham adalah yang paling layak. Mungkin DS Hisham bukan yang terbaik, tapi beliau adalah lebih baik dari dua lagi NP lagi. Mungkin muka baru dari kalangan Ahli MKT masih jauh di belakang untuk memulakan persaingan. Manakala dari kalangan tokoh-tokoh Pemuda UMNO, seperti YB Mukhriz dan YB Khairy (KJ) masih mempunyai masa lagi dan ada jalan untuk mereka. Mukhriz perlu membuktikan keupayaan sebagai MB Kedah untuk meningkatkan kuasa UMNO di Kedah dalam PRU 14 sebelum ditarik ke pusat.

Ada orang kata kes DS Hisham menghunus keris dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 tidak disenangi oleh rakan BN lain telah lapok. Sikap dan tindakan Mahathir (selepas Tragedi 1969) dan Najib (semasa menjadi Ketua pemuda) juga ada yang menyebabkan rakan BN lain tidak senang. Ini kerana tindakan dibuat atas keadaan dan kedudukan serta cabaran semasa. Apabila menjadi PM, mereka boleh melaksanakan tugas dan diterima dengan baik.

Ada orang juga mengungkit kehidupan zaman muda DS Hisham dan juga asal-usul beliau dari kalangan bangswan tidak akan dapat memahami kehendak rakyat Marhaen. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra adalah putera Sultan Kedah, almarhum Tun Razak juga anak Orang Besar Pahang, Hussein Onn adalah anak bekas MB Johor. Datuk Onn juga pernah dipelihara oleh Sultan Johor dalam istana Johor. Najib juga amat mentah semasa kali pertama dipilih menjadi Wakil Rakyat Pekan menggantikan ayahnya. Apa yang DS Hussein buat mendekati rakyat, mesra rakyat adalah bukti yang nyata membunuh persepsi bahawa Hisham tidak berjiwa rakyat.

Hishammuddin dilantik Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri
12 April 2017 2:31 PM

KUALA LUMPUR 12 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri berkuatkuasa pada hari ini.

Najib berkata, pelantikan itu akan membolehkan Hishammuddin menjalankan tugas selain daripada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pertahanan.

“Hishammuddin juga kekal sebagai Menteri Pertahanan, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/hishammuddin-dilantik-menteri-dengan-tugas-tugas-khas-di-jabatan-perdana-menteri-1.468542#ixzz4gMGvs2xe

© Utusan Melayu (M) Bhd


APA PUN, ramalan tentang Hishammuddin sebagai bakal PM ini adalah tertakluk kepada:

(1) Jika BN masih berkuasa selepas PRU 14.

(2) Najib tidak berdegil untuk kekal sebagai Presiden UMNO.

(3) MT UMNO membuat resolusi bagi menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

(4) Jika bil 2 dan 3 tidak berlaku,  dan Hisham tidak terus merendah diri dan tidak mahu melawan Najib atau Zahid.
.

PASCA PRU 14


PRU 14 pada 9 Mei 2018 telah mengesahkan bahawa BN tersungkur. Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP, AMANAH dan PPBM yang dipimpin oleh mantan PM (ke 4), Tun Dr Mahathir Mohamad telah memenangi kerusi majoriti di Parlimen. Bahkan PH telah mengekalkan penguasaan di DUN Selangor dan Pulau Pinang serta menawan DUN Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. 

BN hanya dapat mengekalkan Pahang dan Perlis sahaja. Manakala di Sarawak, PBB sebagai pemegang saham utama BN Sarawak (PBB, SUPP, PRS dan PDP) yang telah memenangi PRN Sarawak pada tahun 2016 sudah menunjukkan petanda untuk keluar meninggalkan BN (pusat) bagi menyertai PH demi kesinambungan pembangunan Negeri dan kesejahteraan rakyat Sarawak.

Dengan ini, RAMALAN saya tentang masa depan Hishammuddin Hussein sebagai bakal PM Malaysia turut terkubur bersama kecundangnya BN.

Mengikut situasi sekarang, BN akan mengambil masa yang panjang untuk bangun. Sokongan dari MCA, MIC, GERAKAN dan MyPPP di Semenanjung tidak boleh diharapkan lagi. BN Sabah juga sukar bangkit kerana, satu persatu ahli komponennya akan meninggalkan BN. Mengharap pertolongan PAS juga agak mustahil. Tak mungkin PAS mahu mendokong biawak hidup.

Umur Hishammuddin sekarang (2018) sudah 57 tahun. Jika UMNO boleh stabil lagi 15 tahun, usianya sudah 72 tahun. Adakah UMNO mampu mengumpulkan semula rakan-rakan BN yang telah lari bertempiaran?. Mudahnya, walaupun Hisham MUNGKIN berjaya menjadi Presiden UMNO (itu pun kalau tidak dipinggirkan oleh generasi muda UMNO yang dipimpin oleh KJ), dia akan hanya melalak di kerusi pembangkang. Atau akan tewas dalam PRU 15 nanti jika pengundi Johor sudah merasai kebahagiaan di bawah Kerajaan PH. 

Apa pilihan DS Hisham?

DS Hishammuddin telah menulis dalam ruang facebooknya pada 8 Jun 2018:

Saya sedar dan insaf dengan keputusan PRU14 yang lalu yang tidak menyebelahi BN. Rakyat telah menyatakan pendirian dan saya menerimanya dengan baik dan terbuka.
Ia memberi isyarat yang jelas bahawasanya UMNO tidak boleh lagi beroperasi seperti biasa dan menuntut kepada perubahan pendekatannya secara total. Saya turut mengambil tanggungjawab dan akauntibiliti terhadap kekalahan tersebut.

Dalam masa kita menerima keputusan PRU14, UMNO kini berada dalam peringkat pemilihan parti. Masa yang amat sesuai untuk UMNO mengambil kesempatan melakukan perubahan dengan mencorak kepimpinannya. Saya dapati ramai yang menawarkan diri untuk bertanding demi membawa UMNO ke hadapan dan saya percaya mereka harus diberikan peluang untuk memimpin.

Justeru, saya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding bagi apa-apa jawatan di peringkat pusat bagi sesi pemilihan kali ini. Sebaliknya saya akan bekerja dengan lebih keras untuk membantu membangunkan semula UMNO bermula dari Johor.

Saya berikrar untuk tetap bersetia bersama-sama UMNO sehingga ke akhir hayat dan akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan baharu yang bakal dipilih oleh para ahli menjelang 30hb yang akan datang.

Saya juga telah bercakap dengan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini serta berbincang bagaimana untuk saya terus menyumbang kepada parti. Mereka faham serta menghormati keputusan tersebut.

Perjuangan sekali ini bukan mengenai individu tetapi kekuatan berpasukan. Perjuangan sekali ini bukan mengenai kedudukan tetapi sumbangan. Marilah kita ambil isyarat PRU14 ini sebagai semangat dalam membina UMNO yang lebih dekat di hati rakyat.

Kelemahan Hishamuddin

Hishammuddin dilahirkan dari keluarga bangsawan. Dia tidak melalui kesusahan seperti nendanya yang pernah melalui zaman pemerintahan Jepun dan ancaman Komunis. Almarhum Dato Onn walaupun pernah menjadi anak angkat Sultan Johor (almarhum Sultan Ibrahim) ia pernah dipinggirkan kerana tidak sealiran dengan Sultan. Ayahandanya almarhum Tun Hussein juga melalui kepayahan yang dilalui oleh nendanya. Pernah meninggalkan UMNO dua kali sebelum merdeka dan selepas bersara dari PM.

Sebagaimana DS Najib Razak, DS Hisham dibawa masuk ke dalam politik negara dijemput dengan dulang emas oleh Tun Dr Mahathir setelah ayahandanya bersara. Tun Hussein bawa Najib masuk politik dan Tun Mahathir bawa Hishammuddin masuk. Kedua-duanya mengenang jasa Tun Razak dan Tun Hussein. Secara kebetulan keduanya adalah sepupu. 

Najib gagal mengawal nafsu dalam tempoh 9 tahun memimpin negara. Dia terjerumus ke lembah kehinaan akibat harta dan wanita. Jatuh tersungkurnya Najib bersama jatuhnya UMNO (yang dibina oleh nenda Hishammuddin) dan Barisan Nasional yang dibina oleh Tun Razak sendiri (1973).

Hishammuddin yang mengikat tali di kakinya ke kaki Najib (sepupunya). Hisham gagal mewarisi integriti ayahanda dan nendanya melawan kemungkaran. Oleh yang demikian, Hisham turut menggelungsur dan jatuh tersungkur bersama keaiban Najib.

Maklumat yang diperolehi dari media sosial, Hisham juga dikatakan semakin sombong bila semakin meningkat dalam kerjaya politiknya. Dia kelihatan mesra dan suka berselfie ke mana sahaja dia pergi TETAPI dia tidak mempunyai masa untuk orang-orang yang telah membantunya dahulu. Itu maklumat dari kaum politik yang hanya diketahui di kalangan mereka.

PANDANGAN SAYA (Selepas PRU 14)

Dengan IKHLAS hati saya menyarankan YB DS Hishammuddin tinggalkan UMNO dan sertai PPBM. Sumbangan DS kepada UMNO tidak ada kesannya lagi. UMNO memerlukan 10 hingga 15 tahun lagi untuk bangun dari lumpuh dan busung dan berdiri dua kaki sendiri. Selagi masih ada virus yang membawa barah dalam UMNO seperti DS Ahmad Zahid Hamidi, TS Anuar Musa, DS Tajuddin Abd Rahman, DS Shahidan Kassim, DS T. Adnan Mansor dll itu masih menawarkan diri untuk duduk di 5 posisi tertinggi dalam UMNO, perjuangan DS sebagai ahli biasa tidak sampai ke mana. 

Idea dan kebolehan DS masih diperlukan oleh negara. Berjuanglah melalui PPBM. UMNO sudah tidak boleh disayangi lagi. Kalau ada yang mencemuh YB DS hanyalah mereka yang kecewa. YB DS tentu ingat Almarhum ayahanda DS, Tun Hussein meninggal di luar UMNO, dan tiada siapa yang mencemuh dan menghinanya. Seluruh rakyat masih menyanjungnya sebagai PM yang berintegriti tinggi. YB DS masih MP, masih ada peranan untuk membantu negara dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih efektif. Masuklah PPBM, insyaallah YB DS akan lebih cemerlang

Mengikut rekod, perlekehan DS Hisham terhadap Tun Dr Mahathir semasa peperangan sebelum PRU tidaklah teruk sangat. DS hanya malu alah dengan PM dan Presiden UMNO yang juga sepupunya. Kenyataan-kenyataan DS tidak sebodoh DS Zahid, Salleh Said, Rahman Dahlan, Shahrizat, Anuar Musa dan Puad Zarkhasi jauh sekali seteruk/secelupar (segangster) Nazri Aziz yang menghina Tun Dr Mahathir hingga ke tulang som-som

Pemimpin UMNO Johor selain dari Azalina dan Ahmad Maslan, masih waras, masih menghormati TS Muhyiddin dan tidak terlepas cakap terlampau jauh. Oleh itu, saya sarankan DS Khaled Nordin, Razali Ibrahim, Ir Hasni Mohamad dan Hamim Samuri jangan lewat membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM.

Dengarlah DS Hisham

Almarhum Tunku Abdul Rahman tidak hina meninggalkan UMNO, Almarhum Tun Hussein Onn tidak hina meninggalkan UMNO, Tun Dr Mahathir walaupun dihina kerana meninggalkan UMNO tetapi dia tabah dan kental, akhirnya berjaya dan disanjung semula. UMNO bukan AlQur'an atau hadith. Tidak hina meninggalkannya

M 152 DAWN RAID ON LONDON CITY

.
DAWN RAID 1981


Kesah dan sejarah Dawn Raid 1981 ini ditimbulkan semula apabila berlakunya krisis politik Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khalid Ibrahim (YAB Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim) sedang dalam keadaan genting apabila dia dipecat keahliannya dalam PKR dan seterusnya dipaksa meletak jawatan bagi membolehkan DSAI melaksanakan niatnya untuk meletakkan DSWA sebagai MB Selangor yang baru.

Elok juga kerana dari maklumat ini, aku teruja untuk mencari lebih banyak maklumat tentang Dawn Raid 1981. Aku dapati banyak blog yang menulis tentang sejarah ini. Kalau Idi Amin Dada (bekas Presiden Uganda) yang merampas kuasa dari Presiden Milton Obote pada tahun 1971 kemudian melakukan beberapa lakuan untuk memalukan bekas negara penjajahnya British, Dr Mahathir Mohamad, mantan PM Malaysia apabila mengambil-alih pucuk pimpinan Malaysia pada 1981 juga mempunyai agendanya sendiri untuk memalukan bekas penjajah Inggeris.


Di antara pelaku utama (hero) dalam gerakan sulit ini adalah Abdul Khalid Ibrahim.

Rujukan Utama:

Sejarah “Dawn Raid”

Pada 7 September 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.

Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi.

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 diKuala Lumpur.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah 13 Mei 1969 yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama Mahathir Mohammad yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan “… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.”

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.

Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Tujuannya untuk menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.

Mahathir sewaktu sidang PBB

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.

Dua tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan. Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi Gabenor Bank Negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan PNB-satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menyandang jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk “menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam” setiap kali mesyuarat diadakan

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.

Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

Empat bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama

Khalid Ibrahim diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar N. M. Rothschild & Sons Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

Mengapa Guthrie?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di Londondibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.

Operasi Serangan Subuh atau “Dawn Raid”

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap “mesra” dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981, Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.

Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”

Nota:

1. Penulis asal artikel ini di dalam blognya merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.

4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.


Rujukan:

Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482

Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010

Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development

Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761

Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996

Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation

Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday

Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969

PNB Wresjhts Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981


PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981





O







.