Tuesday, May 1, 2018

MTA 188 : DEWAN RAKYAT MALAYSIA KE 14 (2018 - 2022)



PILIHAN RAYA UMUM KE 14
BN TERSUNGKUR DARI TAHTA POLITIK MALAYSIA

CERITA SEBELUM PRU 14

Sejak puluhan tahun yang lalu, sejak penulis di sekolah menengah rendah, setiap kali berlangsungnya pilihanraya, aku memang menanti setiap keputusan sampai ke pagi. Penulis akan pegang helaian surat khabar yang memaparkan calon setiap kawasan Parlimen dan DUN. Waktu itu, hati penulis memang berpaut kepada Barisan Nasional. Setiap kali PRU, hati ini sentiasa mengharapkan BN akan menang besar. Bukan penulis sahaja, ahli keluarga, orang kampung dan ke mana sahaja penulis bertugas 80% orang disekeliling penulis adalah penyokong BN. Tiada pilihan lain.

Semasa perpecahan UMNO 1986/1988, penulis adalah peminat Dato' Musa Hitam (mantan TPM). Jadi apabila Musa meletak jawatan, 2M berpecah, penulis kecewa dan terikut-ikut membenci Mahathir. Penulis terbawa-bawa emosi sikap dan sifat  kedaerahan (Musa orang Johor). 

Apabila UMNO diharamkan pada tahun 1988, hati penulis lebih kepada Team B kerana Musa ada di situ. Kebijaksanaan Mahathir menyebabkan nyawa UMNO disambung semula. Bagaimana beliau melakukannya, ada kesahnya. Apa yang penulis  faham, UMNO sudah mati. Tengku Razaleigh (Ku Li) bersama Rais Yatim dan beberapa bekas Menteri Kabinet menubuhkan Parti Semangat 46 untuk menggantikan UMNO. Tapi PMS 46 hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja. Pada tahun 1996 PMS 46 dibubarkan dan ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO.

Oleh itu, UMNO yang ada sekarang bukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau United Malays National Organisation (UMNO) tetapi dinamakan sebagai 'UMNO Baru" sahaja. Pun begitu, lama kelamaan 'UMNO Baru' disebut dengan UMNO sahaja. Seolah-olah UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 tidak pernah terusik.

Lama-lama apabila Musa sudah terkeluar dari main stream UMNO, perasaan penulis yang menjadikan Musa sebagai idola semakin lenyap.

Semasa krisis UMNO 1998 akibat pemecatan Anwar Ibrahim, penulis lebih memihak kepada Mahathir. Penulis memang tidak pernah meminati Anwar. Selepas itu aku kekal memantau perkembangan politik negara dan hati ini kekal memihak kepada UMNO. 

Semasa PRU 13 (2013), penulis dapat  lihat trend anak-anak muda sudah condong ke arah (pro) pakatan pembangkang kerana terpengaruh dengan kempen reformasi oleh Anwar Ibrahim. 

Beberapa siasatan dilaksanakan ke atas laporan penyelewengan dalam 1MDB tetapi hasilnya ialah:

(1)   Ketua Pesuruhjaya SPRM ditamatkan perkhidmatan.
(2)   Gabenor Bank Negara tidak dilanjutkan kontrak.
(3)   Peguam Negara diberhentikan secara hina.
(4)   Pengerusi dan Ahli-ahli PAC dinaikkan pangkat menjadi Menteri/Timbalan Menteri supaya siasatan terhenti.

Selain dari itu, beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang hilang pertimbangan yang mengeluarkan kenyataan BODOH dan semakin menyakitkan hati rakyat. Antaranya banyak Menteri yang menghina dan memperlekehkan usia Tun Dr Mahathir seperti Najib mengeluarkan perkataan KEPALA BAPAK ENGKAU, STUPID, BODOH, PELAKUN dan juga  terhadap Tun M. Zahid pula mencari publisiti murah dengan tujuan menghina mengatakan kononya menemui kad pengenalan asal nama sebagai "Mahathir anak lelaki Iskander Kutty" dan tidak layak .

NAMUN, sebagai pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, segala perasaan dan kesangsian penulis terpaksa disimpan dalam hati sahaja. Pegangan kita ialah: Anggota perkhidmatan awam Kerajaan adalah bertanggungjawab kepada Kerajaan yang sedang memerintah.

Persempadanan Semula, Apa Yang Berubah?
29 March 2018 16:51

KUALA LUMPUR: Usul kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dibahaskan hampir lima jam semalam diluluskan Dewan Rakyat dengan 129 ahli Parlimen bersetuju sementara 80 lagi menentang.

Rang undang-undang yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen, tujuh menyokong kerajaan sementara selebihnya adalah wakil pembangkang.

Kajian persepadanan semula yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula 15 September 2016 tersebut melalui proses notis persempadanan, pameran syor, representasi bantahan dan siasatan tempatan kali pertama dan kedua melibatkan 1,685 representasi.

Menerusi laporan persempadanan semula itu menyaksikan tiada penambahan kawasan baharu, sebaliknya terdapat 40 kawasan berubah sempadan pilihan raya membabit 12 kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara negeri yang terlibat dalam persepadanan semula adalah Selangor (14 kawasan), Johor (10), Perak (4), Melaka (4), Negeri Sembilan (3), Kedah (2), Kelantan (2) dan Terengganu (1).

Selangor menjadi negeri tertinggi terlibat dalam persepadanan semula kawasan pilihan raya apabila terdapat lima perubahan berikut:
(1)  P.102 Bangi (menggantikan Serdang) 
(2)  P.104 Subang (Kelana Jaya), 
(3)  P.105 Petaling Jaya (Petaling Jaya Selatan), 
(4)  P.107 Sungai Buloh (Subang).

Bagi kawasan DUN Selangor pula menyaksikan sembilan perubahan berikut:
(1)  N.16 Sungai Tua (menggantikan Batu Caves)
(2)  N.21 Pandan Indah (Chempaka), 
(3)  N.26 Sungai Ramal (Bangi), 
(4)  N.36 Bandar Utama (Damansara Utama) dan 
(5)  N.45 Bandar Baru Klang (Sungai Pinang).
(6)  N.48 Sentosa (Kota Alam Shah), 
(7)  N.49 Sungai Kandis (Seri Andalas), 
(8)  N.50 Kota Kemuning (Sri Muda), 
(9)  N.52 Banting (Teluk Datuk).

Terdapat dua kawasan Parlimen mengalami perubahan di Johor yang melibatkan kawasan:
(1)  P.162 Iskandar Puteri menggantikan Gelang Patah dan 
(2)  P.165 Tanjung Piai (Tanjong Piai) 

8 kawasan DUN Johor yang berubah nama adalah:
(1)  N.39 Tanjung Surat (nama lama Tanjong Surat), 
(2)  N.44 Larkin (Tanjong Puteri), 
(3)  N.46 Perling (Pengkalan Rinting), 
(4)  N.49 Kota Iskandar (Nusa Jaya),
(5)  N.55 Pekan Nanas (Pekan Nenas)
(6)  N.07 Bukit Kepong (Bukit Serampang), 
(7)  N.08 Bukit Pasir (Jorak) dan
(8)  N.13 Simpang Jeram (Sungai Abong).

Perak mengalami pemindaan empat nama kawasan seperti:
(1)  P.075 Bagan Datuk menggantikan (Bagan Datok) dan 
(2)  P.076 Teluk Intan (Telok Intan) 
(3)  N.13 Kuala Sepetang (Kuala Sapetang) dan 
(4)  N.38 Astaka (Setiawan).

Satu kawasan Parlimen dan tiga kawasan DUN yang terlibat dalam persepadanan semula di Melaka pula adalah:
(1)  P.137 Hang Tuah Jaya (Bukit Katil), 
(2)  N.08 Machap Jaya (Machap), 
(3)  N.15 Pengkalan Batu (Bachang) dan 
(4)  N.17 Bukit Katil (Bukit Baru),

Di Negeri Sembilan terdapat 3 perubahan nama iaitu: 
(1)  P.132 Port Dickson (Telok Kemang)
(2)  N.24 Seremban Jaya (Senawang) dan 
(3)  N.33 Sri Tanjung (Port Dickson).

Tiga lagi negeri lain yang mengalami perubahan daripada persepadanan semula yang dilakukan SPR adalah:

Di Kedah melibatkan dua kawasan:
(1)  P.009 Alor Setar dan 
(2)  DUN N.12 Suka Menanti (Bakar Bata)

Dii Kelantan melibatkan 2 kawasan berikut:
(1) N.16 Apam Putra (Bukit Tuku), 
(2) N.21 Pantai Irama (Perupok) 

Di Terengganu hanya melibatkan satu kawasan DUN iaitu:
(1)  N.10 Buluh Gading (Teluk Pasu).

Pembubaran Parlimen

Mantan Perdana Menteri (Najib) telah mengumumkan pembubaran Parlimen Penggal ke 13 pada 6 Apr 2018 yang berkiatkuasa pada 7 Apr 2018. pembubaran ini melibatkan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara kecuali DUN Sarawak 

Tarikh Penamaan Calon: 28 Apr 2018.
Tarikh Pilihan Raya: 9 Mei 2018
(Pengundi Awal pada 5 Mei 2018)

Kempen PRU 14

Terlalu banyak kelainan dalam kempen PRU kali ini. Antaranya.

(1)   Dalam sejarah, Tun M berkempen secara terbuka bersama-sama musuh-musuh ketat politik selama berpuluh tahun seperti Lim Kit Siang, Ahmad Sabu, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan lain-lain lagi.

(2)   Tun Dr Mahathir, Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun (1981 - 2003) yang baru beberapa minggu dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan (satu gabungan parti-parti yang dahulunya adalah pembangkang kepada BN) adalah insan yang memimpin gerakan untuk menjatuhkan Kerajaan BN melalui PRU 14 ini.

(2)   Tun Mahathir berberjuang berpanji-panjikan Bendera PKR yang selama ini dikibarkan untuk menjatuhkan Tun M (semasa beliau menjadi PM) dan untuk menjatuhkan Kerajaan BN. 

(3)   Buat pertama kalinya, lawan BN iaitu Pakatan Harapan  yang mengandungi 4 parti (pendaftaran dan lambangnya belum diluluskan oleh ROS) bersetuju menggunakan lambang PKR dalam PRU 14. DAP yang berusia 52 tahun sanggup berkorban buat pertama kalinya tidak menggunakan lambangnya sendiri. PPBM digantung pendaftarannya beberapa hari sebelum hari penamaan calon.

Menjelang PRU 14 (2018), semarak api anti-BN sudah sampai kemuncaknya. Pakatan Harapan mendapat suntikan dari sokongan Mahathir kepada pembangkang. Gabungan Mahathir-Anwar-Guan Eng dan Muhyiddin  memberi impak yang sangat besar kepada perubahan sokongan pengundi. Ombak sambutan kempen oleh pihak Pakatan Harapan sudah tidak dapat dibendung. Isu peribadi PM yang selama ini cuba dipertahankan oleh Menteri-Menterinya sudah tidak dapat meyakinkan rakyat. Namun, penulis masih belum terpengaaruh dengan Anwar dan masih memangkah BN.

Keputusan PRU

Pada 100200H MEI 2018, pengumuman oleh SPR mengumumkan keputusan majoriti Dewan Undangan Negeri untuk 8 negeri-negeri Malaysia. Kedudukan adalah seperti berikut:

  1. Negeri Perlis. 2013 (BN). Kekal BN
  2. Negeri Kelantan: 2013 (PAS). Kekal PAS
  3. Negeri Pahang: 2013 (BN). Kekal BN
  4. Negeri Terengganu: 2013 (BN). Dimenangi oleh PAS
  5. Negeri Negeri Sembilan: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
  6. Negeri Pulau Pinang: 2013 (PH-DAP). Kekal PH/PKR
  7. Negeri Johor: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR
  8. Negeri Selangor: 2013 (PH-PKR). Kekal PKR.
  9. Negeri Melaka: 2013 (BN). Dimenangi oleh PH/PKR.
  10. Negeri Perak: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR.
  11. Negeri Kedah: 2013 (BN). Dimenangi PH/PKR.
Keputusan muuktamad kerusi Dewan Rakyat:
  1. PKR: 104
  2. BN: 79
  3. PAS: 18
  4. DAP: 9 (di Sarawak)
  5. WARISAN: 8
  6. STAR: 1
  7. BEBAS: 3
PEMBENTUKAN KERAJAAN PUSAT

102000H MEI 2018

YAB Tun Dr Mahathir bin Mohammad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7 di hadapan SPB Yang Di Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V di Istana Negara.





SEJAK NEGARA MENCAPAI KEMERDEKAAN, dalam setiap pilihanraya umum kebangsaan, pola pengundi tidak berubah, Pengundi MELAYU merupakan majoriti di kawasan luar bandar (sama ada kampung-kampung tradisi atau pun Tanah Rancangan FELDA. 25% pengundi Melayu menyokong PAS (terutama di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak Utara)

Pengundi China (selaku kumpulan kedua terbesar) pula bertumpu di kawasan bandar dan pekan serta kawasan perlomobongan. Manakala pengundi minoriti INDIA berada di kedua-dua kawasan. 

Dlam PRU 1 (1959), majoriti pengundi Melayu boleh dikatakan menyokong UMNO (Perikatan) manakala pengundi China/India dibandar menyokong parti pembangkang terutamanya Socialist Front dan PPP. Manakala sebahagiannya menyokong Perikatan melalui MCA (China) dan MIC (India). Pengaruh MCA mengimbangi SF dan PPP. Parti pembangkang (SF/PPP) bertumpu di Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengaruh pembangkang (SF/PPP) menurun dalam PRU 2 (1964). Ini bermakna, pengaruh MCA dan MIC meningkat di kawasan bandar. Begitu juga dengan pengaruh PAS, sedikit menurun dalam PRU 2.

Dalam PRU 3 (1969) pengaruh pembangkang (DAP/PPP) meningkat naik terutamanya di kawasan bandar. Peningkaan ini telah menjadi salah satu sebab berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.

Semasa PRU 4 (1974)  kedudukan parti pemerintah bertambah kukuh apabila beberapa parti pembangkang seperti PAS, Gerakan dan PPP (serta beberapa parti pembangkang di Sarawak dan Sabah) menyertai Perikatan untuk membentuk Barisan Nasional. Ini menjadikan peratusan barisan pembangkang semakin kecil. Hanya DAP sahaja yang kekal menjadi pembangkang terkuat.

Dalam PRU 1978, keadaan berubah sedikit apabila PAS keluar dari BN, menjadikan ia parti Melayu pembangkang  yang terkuat seimbang dengan kekuatan DAP.

Keadaan ini berterusan sehingga tahun 90an apabila UMNO mula berpecah beberapa kali. Pembangkang kalangan parti Melayu seperti PMS46, PAS dan PKR mula berkerjasama dengan DAP, parti pembangkang majoriti China. Kedudukan kerusi DAP dan PAS sentiasa turun naik mengikut trend semasa. Ini berterusan sehingga PRU 13 (2013). Trend juga menunjukkan (kecuali 1999) kedudukan kerusi Kerajaan BN semakin berkurangan dari satu PRU ke satu PRU.

Kemuncaknya, PRU 14 telah merubah pola pengundi ke 180 darjah apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya menumbangkan BN. Di kawasan bandar, 100% kerusi MCA dan parti komponen BN tewas kepada pembangkang. UMNO dan PAS (pembangkang) hanya berjaya mengekalkan kerusi kawasan luar bandar. Keadaan telah menjadikan pengundi kawasan bandar  (mewakili DAP dan PKR) menjadi teras parti pemerintah dengan sokongan pecahan pengundi UMNO dan PAS yang menyokong PKR, AMANAH dan PPBM (komponen PH).



Coat of arms of Malaysia.png
DEWAN RAKYA
MALAYSIA  KEEMPAT 
BELAS
(2018 - 2022)


  

Ahli Dewan Rakyat
Parlimen Ke 14 Malaysia

(11 Jul 2018 – 20 Nov 2022)

Bilangan Ahli: 222


Speaker
YB Tan Sri Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof
(16 Jul 2018 - 13 Jul 2020)

YB Nga Kor Ming (13 Jul 2018 - 16 Jul 2020)

Perlis

Parlimen: 3
BN (2)
PH (1)

P.001  Padang Besar: TB Dato' Zahidi bin Zainol Abidin.         
P.002  Kangar: YB Noor Amin bin Ahmad -PH(PKR)       
P.003  Arau: Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim.   

Kedah

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)
PAS (3)

P.004  Langkawi:  Tun Dr Mahathir bin Mohamad (PKR-PPBM)   
NotaDipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.005  Jerlun: Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir (PKR-PPBM)
Nota : Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.006  Kubang Pasu: YB Dr Amiruddin bin Hamzah - PH(PPBM).
Nota : Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021.  
P.007  Padang Terap: YB Dato Seri Mahdzir bin Khalid -BN(UMNO)
P.008  Pokok Sena: Dato Mahfuz bin Omar -PH(PAN)
P.009  Alor Setar: YB Chan Meng Kai -PH (PKR)
P.010  Kuala Kedah: YB Dr Azman bin Ismail - PH(PKR)
P.011  Pendang: YB Hj Awang bin Hashim - PAS
P.012  Jerai: YB Sabri bin Azit - PAS
P.013  Sik: YB Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - PAS
P.014  Merbok: YB Nor Azrina bt Surip - PH(PKR)
P.015  Sungai Petani : YB Datuk Johari bin Abdul - PH(PKR)
P.016  Baling: YB Datuk Seri Abdul Azeez bin Abd Rahim -BN(UMNO)
P.017  Padang Serai: YB Karupaiyyah a/l Mutusamy
P.018  Kulim-Bandar Baharu: YB Saifudin Nasution bin Ismail - PH(PKR)

Kelantan

Parlimen: x
BN (5)
PAS (9)

P.019  Tumpat : YB Datuk Che Abdullah bin Mat Nawi - PAS
P.020  Pengkalan Chepa: YB Ahmad Marzuk bin Shaary - PAS
P.021  Kota Bharu: YB Datuk Takiuddin bin Hassan - PAS
P.022  Pasir Mas: YB Ahmad Fadhli bin Shaari - PAS 
P.023  Rantau Panjang: YB Siti Zailah binti Mohd Yusof - PAS
P.024  Kubang Kerian: YB Datuk Tuan Ibrahim bin Tuan Man - PAS
P.025  Bachok: YB Nik Mohd Abduh bin Datuk Nik Aziz - PAS
P.026  Ketereh: YB Tan Sri Anuar bin Hj Musa - BN(UMNO)
P.027  Tanah Merah: YB Datuk Seri Ikmal Hisham bin Abd Aziz - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.028  Pasir Puteh: Datuk Dr Nik Muhamad Zawawi - PAS
P.029  Machang: YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub -BN(UMNO)
P.030  Jeli: YB Datuk Seri Mustapha bin Mohamed - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 26 Okt 2018.
P.031  Kuala Krai: YB Abdul Latif bin Abd Rahman - PAS
P.032  Gua Musang: YB Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Hamzah - BN(UMNO)

Terengganu

Parlimen: 15
BN (2)
PAS (6)

P.033  Besut: YB Datuk Seri Idris bin Jusoh - BN(UMNO)
P.034  Setiu: YB Saharizukirnain bin Abd Kadir 
P.035  Kuala Nerus: YB Datuk Dr Khairudin bin Abd Rahman - PAS
P.036  Kuala Terengganu: YB Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim -PAS
P.037  Marang: YB Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang -PAS
P.038  Hulu Terengganu: YB Datuk Rosol bin Wahid - BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.039  Dungun: YB Wan Hassan bin Mohd Ramli - PAS
P.040  Kemaman: YB Che Alias bin Hamid - PAS

Pulau Pinang

Parlimen: 15
BN (2)
PH (11)

P.041  Kepala Batas: YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican- BN(UMNO)
P.042  Tasek Gelugor: YB Shabudin bin Yahya -BN(UMNO).
Nota : menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.043  Bagan: YB Lim Guan Eng - PH(DAP)
P.044  Permatang Pauh: YB Nurul Izzah binti Anwar - PH(PKR)
P.045  Bukit Mertajam: YB Steven Sim Chee Keong - PH (DAP)
P.046  Batu Kawan: YB Kasthurirani Patto -PH(DAP)
P.047  Nibong Tebal: YB Datuk Mansor bin Othman - PH(PKR).
Nota : keluar dari PH (PKR)  pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU) pada 22 Ogos 2020.
P.048  Bukit Bendera: YB Wong Hun Wai - PH(DAP)
P.049  Tanjong: YB Chow Kon Yeow - PH(DAP)
P.050  Jelutong: YB Sanisvara NetRayer Rajaji - PH(DAP)
P.051  Bukit Gelugor: YB Ramkarpal Singh - PH (DAP)
P.052  Bayan Baru: YB Sim Sze Zin - PH(DAP)
P.053  Balik Pulau: YB Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - PH(PKR)

Perak

Parlimen: 24
BN (11)
PH (13)

P.054  Gerik: Datuk Hasbullah bin Osman - BN(UMNO)
P.055  Lenggong: YB Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah - BN(UMNO)
P.056  Larut: YB Datuk Hamzah bin Zainudin - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.057  Parit Buntar: YB Datuk Dr Mujhid bin Yusof Rawa - PH(PAN)
P.058  Bagan Serai: YB Datuk Dr Nor Azami bin Ghazali - BN(UMNO)
Nota : keluar BN(UMNO) pada 24 Jun 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 28 Nov 2018.
P.059  Bukit Gantang: YB Datuk Abu Hussein Hafiz -BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 27 Jun 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 28 Nov 2018.
P.060  Taiping: YB Teh Kok Lim - BN(PKR)
P.061  Padang Rengas: YB Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz - BN(UMNO)
P.062  Sungai Siput (U): YB Kesavaran a/l Subramaniam - BN(DAP)
P.063  Tambun: YB Ahmad Faizal bin Datuk Azumu - PH(PPBM)
P.064  Ipoh Timur: YB Wong Kah Woh -PH(DAP)
P.065  Ipoh Barat: YB Kulasegaran -PH(DAP)
P.066  Batu Gajah: YB V. Sivakumar -PH(DAP)
P.067  Kuala Kangsar: YB Datin Mastura bt Mohd Yazid - BN(UMNO)
P.068  Beruas: YB Datuk Ngeh Ko Ham -PH(DAP)
P.069  Parit: YB Mohd Nizar bin Zakaria -BN(UMNO}
P.070  Kampar: YB Su Kong Seong -PH(DAP)
P.071  Gopeng: YB Lee Boon Chye -PH(DAP)
P.072  Tapah: YB Datuk M. Saravanan -BN(MIC)
P.073  Pasir Salak: YB Datuk Tajuddin bin Abd Rahman -BN(UMNO)
P.074  Lumut: YB Dr Mohd Hatta bin Md Ramli -PH(PKR)
P.075  Bagan: YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi -BN(UMNO)
P.076  Teluk Intan: YB Seah Leong Peng -PH(DAP)
P.077  Tanjung Malim: YB Chah Leh Kang -PH(PKR)

Pahang

Parlimen: 14
BN (9)
PH (5)

P.078  Cameron Highlands: YB C. Sivaraj -BN(MIC).
Nota : Kemenangan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 30 Niov 2018 dan diadakan PRK pada 26 Jan 2019. Dimenangi oleh Dato' Ramli bin Mohd Noor dari BN(UMNO)
P.079  Lipis: YB Abdul Rahman bin Mohamad - BN(UMNO)
P.080  Raub: YB Tengku Zulpuri Shah bin Raja puji - PH(DAP)
P.081  Jerantut: YB Ahmad Nazlan bin Idris - BN(UMNO)
P.082  Indera Mahkota: YB Datuk Saifuddin bin Abdullah -PH(PKR)
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.083  Kuantan: YB Fuziah bt Salleh - PH(PKR)
P.084  Paya Besar: YB Mohd Shahar bin Abdullah - BN(UMNO)
P.085  Pekan: YB Datuk Sri Mohd Najib bin Abd Razak - BN(UMNO
P.086  Maran: YB Datuk Ismail bin Abd Mutalib - BN(UMNO)
P.087  Kuala Krau: YB Datuk Sri Ismail bin Mohamed Said - BN(UMNO)
P.088  Temerloh: YB Mohd Anuar bin Mohd Tahir - PH(PKR)
P.089  Bentong: YB Wong Tuck - PH(DAP)
P.090  Bera: YB Datuk Sri Ismail Sabri bin Yaakob - BN(UMNO)
P.091  Rompin: YB Datuk Sri Hassan bin Ariffin - BN(UMNO)

Selangor

Parlimen: 22
BN (2)
PH (20)

P.092  Sabak Bernam: YB Datuk Mohd Fasiah bin Mohd Fakih -BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.093  Sungai Besar: YB Muslimin bin Yahya -PH(PAN)
P.094  Hulu Selangor: YB Liow Hasiad Hui - PH(PKR)
P.095  Tanjong Karang: YB Tan Sri Noh bin Omar - BN(UMNO)
P.096  Kuala Selangor: YB Dr Zulkefly bin Ahmad -PH(PAN)
P.097  Selayang: YB William Leong Jee Kin - PH(PKR)
P.098  Gombak: YB Mohammad Azmin bin Ali - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.099  Ampang: YB Zuraida bt Kamarudin - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.100  Pandan: YB Datuk Seri Wan Azizah bt Wan Ismail -PH(PKR)
P.101  Hulu Langat: YB Hasanuddin bin Mohd Yunus - PH(PKR)
P.102  Bangi (Serdang): YB Ong Kian Meng -PH(DAP)
P.103  Puchong: YB Gobind Singh Deo -PH(DAP)
P.104  Subang (Kelana Jaya): YB Wong Chen -PH(PKR)
P.105  Petaling Jaya (PJ Selatan): YB Maria Chin bt Abdullah -PH(PKR)
P.106  Damansara (Petaling Jaya Utara): YB Tony Phua Kiam Wee - PH(DAP)
P.107  Sungai Buloh (Subang): YB Sivarasa a/l K. Rasiah - PH(PKR)
P.108  Shah Alam: YB Mohd Khalid bin Abd Samad - PH(PKR)
P.109  Kapar: YB Datuk Abdullah Sani bin Abd Hamid - PH(PKR)
P.110  Klang: YB Charles Anthony Santiago - PH(PKR).
P.111  Kota Raja: YB Hj Mohamad bin Sabu - PH(PAN)
P.112  Kuala Langat: YB Dr Xavier Jayakumar Arulanandam -PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 13 Mac 2021 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
P.113  Sepang: YB Mohamed Hanipa bin Maidin -PH(PKR)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Parlimen: 15
PH (10)
BEBAS (1)

P.114  Kepong: YB Lim Lip Eng - PH(DAP)
P.115  Batu: YB Prabakaran a/l Parameswaran - BEBAS 
Nota : keluar PH(PKR) pada 13 Mei 2018.
P.116  Wangsa Maju: YB Datin Dr Tan Yee Kew - PH(PKR)
P.117  Segambut: YB Hannah Yeoh Tseow Suan - PH(DAP)
P.118  Setiawangsa: YB Nik Nazmy bin Nik Ahmad - PH(PKR)
P.119  Titiwangsa: YB Rina bt Mohd Harun - PH(PKR)
P.120  Bukit Bintang YB Fong Kui Lun - PH (DAP)
P.121  Lembah Pantai- YB Ahmad Fahmi bin Mohd Fadzil - PH(PKR)
P.122  Seputeh: YB Theresa Kok Suh Sim - PH(DAP)
P.123  Cheras: YB Tan Kok Wai - PH(DAP)
P.124  Bandar Tun Razak: YB Datuk Kamarudin bin Jaafar -PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.

Wilayah Persekutuan Putrajaya

P.125  Putrajaya: YB Dato Sri Tengku Adnan bin Tengku Kasim - BN(UMNO)

Negeri Sembilan

Parlimen: 15
BN (3)
PH (5)

P.126  Jelebu: YB Jalaluddin bin Alias - BN(UMNO)
P.127  Jempol: YB Salim bin Sharif - BN(UMNO)
P.128  Seremban: YB Loke Siew Fook -PH(DAP)
P.129  Kuala Pilah: YB Eddy Syazlee bin Sith - BN(PKR)
P.130  Rasah: YB Cha Kee Chin -PH(DAP)
P.131  Rembau: YB Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar - BN(UMNO)
P.132  Port Dickson (Telok Kemang): YB Datuk Danyal Balagopal bin Abdullah -PH(PKR).
Nota : meletak jawatan  pada 12 Sep 2018. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 13 Okt 2018 dan dimenangi oleh YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim PH (PKR).
P.133  Tampin: YB Dr Hassan bin Baharom - PH(PKR)

Melaka

Parlimen: 15
BN (2)
PH (10)

P.134  Masjid Tanah: YB Datuk Mas Ermieyati bt Shamsuddin - BN(UMNO) 
Nota : keluar BN(UMNO) pada 1 Jul 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 13 Dis 2018.
P.135  Alor Gajah: YB Mohd Redzuan bin Yusof - BN(PPBM)
P.136  Tangga Batu: YB Dr Rusnah bt Aluai - PH(PPBM)
P.137  Hang Tuah Jaya (Bukit Katil): YB Shamsul Iskandar bin Mohd Akin -PH(PKR)      
P.138  Kota Melaka: YB Khoo Puay Tiong - BN(DAP)
P.139  Jasin: YB Datuk Ahmad bin Hamzah - BN(UMNO)

Johor

Parlimen: 26
PH (18)
BN (8)

P.140  Segamat: YB Datuk Seri Dr Edmond Santhara - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.  
P.141  Sekijang: YB Natrah binti Ismail - PH(PKR)
P.142  Labis: YB Pang Hok Leong - PH(PKR)  
P.143  Pagoh: YB Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin - PH(PPBM). 
Nota : membawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan  Perikatan Nasional pada 24 Feb 2020.
P.144  Ledang: YB Syed Ibrahim bin Syed Nor - PH(PKR)
P.145  Bakri: YB Yeo Bee Yin - PH(DAP) 
P.146  Muar: YB Syed Sadiq bin Syed Abd Rahman - BN(PPBM).
Nota : dipecat dari  PH(PPBM) pada 20 Mei 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Kemudian menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Bersatu Malaysia (MUDA)
P.147  Parit Sulong: YB Datuk Noraini bin Ahmad - BN(UMNO)
P.148  Ayer Hitam: YB Datuk Wee Ka Siong - BN(MCA)
P.149  Sri Gading: YB Datuk Dr Shaharudin bin Md Salleh - PH(PPBM)
Nota : bertanding sebagai calon PH (PPBM). Dipecat sebagai ahli PPBM pada  28 Mei 2020 menjadi ahli Bebas. Menyertai PEJUANG pada Ogos 2020 dan didaftarkan pada 8 Julai 2021 
P.150  Batu Pahat: YB Datuk Ir Abd Rashid bin Hasnon - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.151  Simpang Renggam: YB Dr Maszlee bin Malik -PH(PPBM)
Nota : dipecat dari  PH(PPBM) pada 28 Mei 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Kemudian menyertai PEJUANG pada Ogos 2020 dan keluar PEJUANG untuk menyertai PH(PKR) pada 27 Nov 2021
P.152  Kluang: YB Wong Shu Qi -PH(DAP)
P.153  Sembrong: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Hussein -BN(UMNO)
P.154  Mersing: YB Datuk Abdul Latif bin Ahmad - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 14 Dis 2018 dan menyertai PH (BERSATU) pada 12 Feb 2019.
P.155  Tenggara: YB Dr Adham bin Baba - BN(UMNO)
P.156  Kota Tinggi: YB Datuk Halimah binti Mohd Sadique -BN(UMNO)
P.157  Pengerang: YB Dato' Seri Azalina bin Othman Said -BN(UMNO)
P.158  Tebrau: YB Steven Chong Shiau Yoon - PH(PKR)
P.159  Pasir Gudang: YB Hassan bin Abdul Karim - PH(PKR)
P.160  Johor Bahru: YB Akmal Nasrullah bin Nasir - PH(PKR)
P.161  Pulai: YB Salahuddin bin Ayub - PH(PAN)  
P.162  Iskandar Puteri: YB Lim Kit Siang - PH(DAP)
P.163  Kulai: YB Teo Nee Ching - PH(DAP)
P.164  Pontian: YB Datuk Hj Ahmad bin Maslan - BN(UMNO)
P.165  Tanjong Piai: YB Dr Md Farid bin Md Rafik - PH(PPBM).
Nota : meninggal dunia  pada 21 Sep 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 16 Nov 2019 dan dimenangi oleh YB Datuk Wee Jeck Seng -BN(MCA).


Wilayah Persekutuan Labuan

P.166  Labuan: YB Datuk Mohd Rozman bin Isli - BN(UMNO).
Nota : keluar dari BN(UMNO) pada 11 Okt 2018 dan menyertai Parti Warisan Sabah pada tarikh yang sama.

Sabah

Parlimen: 25
BN (10)  - 2 MP BN(1 x UPKO dan 1 x PBRS) mengumumkan menyertai WARISAN pada 11 Mei 2018.
WARISAN(8) - gabungan PH
DAP (3) - gabungan PH
PKR (3) - gabungan PH
STAR (1) - mengumumkan menyertai BN pada 11 Mei 2018.

P.167  Kudat: YB Abdul Rahim bin Bakri- BN (UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.168  Kota Marudu: YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili - BN(PBS)
Nota : partinya PBS keluar dari komponen BN pada 12 Mei 2018.  
P.169  Kota Belud: YB Isnarasiah Munirah Majilis -PH(Warisan)
P.170  Tuaran: YB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau - BN(UPKO)
Nota : partinya UPKO keluar dari komponen BN pada 10 Mei 2018.
P.171  Sepanggar: YB Mohd Azis bin Jamman - PH(Warisan)   
P.172  Kota Kinabalu: YB Chang Foong Hin - PH (DAP)
P.173  Putatan: YB Awang Husaini Sahari - PH(PKR)         
P.174  Penampang: YB Ignatius Darell Leiking - PH(Warisan)
P.175  Papar: YB Ahmad bin Hj Hassan - PH(Warisan)
P.176  Kimanis: YB Datuk Anifah bin Aman - BN(UMNO).
Nota : Mahkamah Tinggi membatalkan kemenangan Anifah pada 16 Ogos 2019 dan gagal rayuan pada 2 Dis 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 18 Jan 2020 dan dimenangi oleh YB Mohammad bin Alamin BN(UMNO).
P.177  Beaufort: YB Datuk Azizah binti Mohd Dun - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.178  Sipitang: YB Yamani Hafez Musa - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PKR) pada 17 Sep 2019.
P.179  Ranau: YB Jonathan Yasin - PH (Warisan).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.180  Keningau: YB Datuk Dr Gapari Katingan @ Geoffery Katingan - STAR
Nota: YB Gapari Katingan dan Datuk Dr Jeffrey mengisytiharkan bekerjasama dengan  BN (UMNO)pada 11 Mei 2018.
P.181  Tenom: YB Noorita Sual - PH(Warisan)           
P.182  Pensiangan: YB Tan Sri Arthur Joseph Kurup - BN(PBRS).
Nota : partinya PBRS keluar dari komponen BN pada 11 Mei 2018 tetapi kembali menyertai BN pada Mac 2020
P.183  Beluran: YB Datuk Seri Ronald Kiandee - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.184  Libaran: YB Zakaria Mohd Edris @ Tubau - BN(UMNO).
Nota : keluar BN(UMNO) pada 12 Dis 2018 dan menyertai PH(PPBM) pada 14 Mac 2019.
P.185  Batu Sapi: YB Datuk Liew Voon Keong - PH(Warisan)
P.186  Sandakan: YB Stephen Wong Tien Fatt - PH(DAP).
Nota : meninggal dunia pada 28 Mac 2019. Diadakan Pilihanraya Kecil pada 11 Mei 2019 dan dimenangi oleh YB Puan Vivian Wong Shir Yee BN(UMNO).
P.187  Kinabatangan: YB Datuk Bung Mokhtar Radin - BN(UMNO)
P.188  Silam: YB Mohamad Din Ketapi - PH(Warisan)
P.189  Semporna: YB Datuk Seri Mohd Shafie bin Apdal - PH(Warisan)
P.190  Tawau: YB Christina Liew Chin Jin - PH(PKR)
P.191 Kalabakan: YB Ma'mun Sulaiman - PH(Warisan)    

Sarawak

Parlimen: 15
BN (19) - (PBB(13), PRS(3), PDP(2), SUPP(1)
DAP (6) - gabungan PH
PKR (4) - gabungan PH
BEBAS (2) - kedua-dua MP Bebas ini menyertai PKR pada 12 Mei 2018.

P.192  Mas Gading: YB Mordi Bimol - DAP
P.193  Santubong: YB Datuk Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar - BN(PBB)
P.194  Petra Jaya: YB Datuk Fadzillah bin Yusof - BN(PBB)
P.195  Bandar Kuching: YB Kelvin Yii Lee Wuen 
P.196  Stampin: YB Chong Chen Jin - BN(DAP)
P.197  Kota Samarahan: YB Rubiah Wang - BN(PBB)
P.198  Puncak Borneo: YB Willie Mongin - PH (PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020 tetapi kemudiannya meneertai GPS (PBB) pada 6 Ogos 2022.
P.199  Serian: YB Richard Riot Jaem - BN(SUPP)
P.200  Batang Sadong: YB Datuk Seri Nancy Shukri - BN(PBB)
P.201  Batang Lupar: YB Datuk Seri Rohani bt Abdul Karim - BN(PBB)
P.202  Sri Aman: YB Datuk Masir Kujat - BN(PRS).
Nota : keluar BN(PRS) pada 13 Mac 2019 dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) pada tarikh yang sama.  
P.203  Lubok Antu: YB Tambat @ Jugah ak Muyang -BEBAS 
Nota : menyertai PH (PKR) pada 12 Mei 2018 tetapi kemudiannya keluar dari PKR pada 5 Jun 2020 dan kembali menjadi Ahli Parlimen Bebas.
P.204  Betong: YB Robert Lawson Chuat - BN(PBB)
P.205  Saratok: YB Ali Biju - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menyertai BERSATU pada 22 Ogos  2020.
P.206  Tanjung Manis: YB Yusof bin Abdul Wahab - BN(PBB)
P.207  Igan: YB Ahmad Johnie Zawawi - BN(PBB)
P.208  Sarikei: YB Wong Lin Biu - DAP
P.209  Julau: YB Larry Sng Wei Shein - BEBAS 
Nota : menyertai PH (PKR) pada 12 Mei 2018 tetapi kemudiannya keluar dari PKR pada 28 Feb 2021 dan kembali menjadi Ahli Parlimen Bebas. 
P.210  Kanowit: YB Datuk Aaron Ago Dagang - BN(PRS)
P.211  Lanang: YB Alice Lau Kiong Yieng - DAP
P.212  Sibu: YB Orcar Ling Chai Yew - DAP
P.213  Mukah: YB Hanifah Hajar bt Taib - BN(PBB)
P.214  Selangau: YB Baru Bian - PH(PKR).
Nota : keluar PH(PKR) pada 24 Feb 2020 dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.  Beliau menyertai PSB pada 30 Mei  2020.
P.215  Kapit : YB Datuk Alexander Nanta Linggi - BN(PBB)
P.216  Hulu Rajang: YB Datuk Wilson Ugak Kumbong -BN(PRS)
P.217  Bintulu: YB Datuk Seri Tiong King Seng -BN(PDP)
P.218  Sibuti: YB Lukaniswan Awang - BN(PBB)
P.219  Miri: YB Dr Michael Teo Yu Keng - PH(PKR)
P.220  Baram: YB Anyi Ngau - BN(PDP)
P.221  Limbang: YB Hasbi bin Habibollah - BN(PBB)
P.222  Lawas: YB Datuk Henry Sum Agong - BN(PBB)


PERISTIWA 'PASCA PRU 14'

  1. Kerajaan Negeri Kelantan  dibentuk pada 10 Mei 2018. ADUN Pasir Pekan, Datuk Ahmad bin Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (penggal kedua).
  2. Kerajaan Negeri Terengganu  dibentuk pada 10 Mei 2018. ADUN Rhu Redang, YB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  3. Parti UPKO keluar dsri komponen  BN pada 10 Mei 2018.
  4. Parti Liberal Demokratik (LDP) keluar dari BN pada 10 Mei 2018.
  5. Kerajaan Negeri Sabah  dibentuk pada 11 Mei 2018. YB Tan Sri Musa bin Aman  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri (penggal kelima).
  6. Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar dari BN dan membentuk Gabungan Bersatu pada 12 Mei 2018.
  7. Kerajaan Negeri Selangor dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Bukit Antarabangsa, YB Dato' Seri Mohamad Azmin bin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (penggal kedua).
  8. Kerajaan Negeri Melaka  dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Bukit Katil, YB Adly bin Zahari  mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  9. Kerajaan Negeri Kedah dibentuk pada 11 Mei 2018. ADUN Jitra, YB Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (kali kedua).
  10. Pada 12 Mei 2018 Tun Dr Mahathir juga mengumumkan anggota Majlis Penasihat Kerajaan, iaitu: Tun Daim bin Zainuddin;  Tan Sri Dr Ungku Zeti Akhtar Aziz bin Ungku Abdul Aziz; Tan Sri Mohd Hassan Marican; Tan Sri Robert Kuok; dan Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
  11. Kerajaan Negeri Negeri Sembilan dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Sikamat, YB Aminuddin bin Harun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  12. Kerajaan Negeri Johor dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Kempas, YB Datuk Osman bin Sapian mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  13. Kerajaan Negeri Perak dibentuk pada 12 Mei 2018. ADUN Chenderiang, YB Datuk Ahmad Faizal bin Azumu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  14. Pada 12 Mei 2018, Kerajaan Sabah pimpinan Tan Sri Musa bin Aman telah tumbang apabila  beberapa ADUN melompat menyertai Parti Warisan Sabah dan mendapat majoriti 35:25 untuk membentuk Kerajaan. YB Datuk Mohd Shafie bin Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  15. BN Sarawak dibubarkan pada 12 Jun 2018 dan membentuk Gabungan Paerti Sarawak (GPS).
  16. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibentuk pada 14 Mei 2018. ADUN Padang Kota, YB Chow Kon Yeow mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.
  17. Kerajaan Negeri Pahang dibentuk pada 15 Mei 2018. ADUN Jelai, YB Dato' Sri Wan Rosdy bin Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
  18. Parti Progresif Penduduk Malaysia  (MyPPP) umum keluar dari BN pada 19 Mei 2018.YB Amirudin bin Shari angkat sumpah MB Selangor pada 19 Jun 2018 menggantikan YAB Dato' Seri Azmin bin Ali yang dilantik menganggotai Kabinet Kwerajaan pusat.
  19. Kerajaan Negeri Perlis merupakan negeri terakhir dibentuk pada 24 Mei 2018. ADUN Bintong, YB Dato' Seri Azlan bin Man mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. 
  20. ADUN Tambun Tulang, Perlis, YB Ismail Kassim keluar dari UMNO pada 20 Jun 2018.
  21. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) keluar dari BN dan menyertai PH pada 23 Jun 2018.
  22. PARTI GERAKAN keluar BN pada 23 Jun 2018.
  23. Persidangan pertama Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018. Datuk Mohammad Ariff bin Md Yusof (bekas Hakim Mahkamah Tinggi) dilantik menjadi Speaker yang baru.
  24. Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi dilantik sebagai Ketua Pembangkang pada 16 Julai 2018. 
  25. Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Datuk Abd Rashid bin Hasnon, dan Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Nga Kor Ming, dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 16 Julai 2018.
  26. Tun Dr Mahathir letak jawatan PM dan Pengerusi PPBM pada 24 Februari 2020.
  27. PPBM Isytihar keluar PH pada 24 Februari 2020.
  28. YDP Agong melantik Tun Dr Mahathir sebagai PM Interim pada 24 Februari 2020.

ULASAN PENULIS

(1)   Politik adalah politik. Ada yang boleh diramal ada yang di luar sangkaan.

(2)   Politik adalah politik. Semalam kawan baik yang tidur sebantal, hari ini menjadi musuh ketat. Tetapi esok atau lusa mungkin akan kembali menjadi kawan baik semula. Begitu juga sebaliknya, dari musuh ketat bertahun-tahun, boleh menjadi rakan baik demi untuk mencapai cita-cita politik.

(3)   Banyak orang miskin menjadi kaya dalam sekelip mata kerana politik.

(4)   Ada (mungkin tak banyak) orang politik yang semalam merupakan seorang VVIP yang ditatang dan disanjung, tetapi hari ini bergelar banduan.

(5)   Politik boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat dan negara, jika ia diurus dengan bijak dan jujur. Politik juga boleh menyebabkan sesebuah negara menjadi muflis. 

(6)   Kejatuhan kerajaan BN adalah sesuatu yang mengejutkan seluruh dunia, begitu juga dengan kebangkitan Mahathir setelah bersara selama 13 tahun untuk kembali mengetuai Kerajaan Malaysia.

(7)   Sebahagian besar rakyat Malaysia amat marah dengan PM Najib Razak. Mereka mahu Najib turun dan disiasat. Tapi rakyat tidak menjangka BN akan akan begitu teruk. 

(8)   Integriti Najib telah sekian lama dipertikaikan, rakyat bosan menantikan jawapan. Banyak tindakan Najib untuk menutup kesnya semakin memarakkan kemarahan rakyat.  Merahsiakan laporan siasatan, memberi jawatan Menteri/Timbalan Menteri kepada Pengerusi dan ahli PAC yang menyiasat 1MDB, memecat Peguam Negara, menamatkan tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM dan beberapa pegawai kanan SPRM dan akhirnya memecat TS Muhyiddin, DS Mukhriz dan DS Shafie Apdal.

(9)  Walaupun sebahagian besar rakyat sudah mengetahui pelbagai skandal Najib, dia masih disokong kuat oleh SPRM, Peguam Negara, KPN dan juga barisan kabinetnya. Malah beberapa Menteri (Ahmad Zahid, Nazri Aziz, Azalina Othman, Tengku Adnan, Salleh Said, Noh Omar, Rahman Dahlan dll) telah mengeluarkan kenyataan yang pelik-pelik dan bodoh-bodoh hanya untuk membenarkan Najib. Rakyat semakin meluat, dan akhirnya menggunakan PRU 14 untuk menjatuhkan BN dan UMNO.

(10)  Rakyat bukan sahaja mempertikai Najib Razak, tetapi juga ramai kroni dan politikus BN yang memegang jawatan di hampir kesemua GLC telah menyalahguna kuasa dan kebal dari siasatan. Selain dari 1MDB, nama-nama seperti FELDA, TM, TNB, TH  dan MOF Inc dan banyak lagi GLC telah terpalit dalam pelbagai isu penyelewengan.

(11) BN dan UMNO adalah sama seperti parti-parti politik yang lain sama ada di dalam Kerajaan  atau parti-parti lain di luar kerajaan (sebelum PRU 14). Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan, ada penyokong dan pembangkang. Tetapi kekalahan BN dan UMNO dari tahta Malaysia adalah berpunca dari seorang yang bernama Najib Razak.

(12) Kalau Mahathir mencipta sejarah menjadi PM Malaysia untuk kali kedua dalam usia lebih 92 tahun, Najib juga telah mencipta legasi sendiri sebagai PM yang membawa kekalahan BN/Perikatan yang telah memerintah selama lebih 60 tahun.

(13) MP dan ADUN UMNO perlu segera membuat keputusan untuk berada di platform mana selepas PRU 14. Walaupun mereka menang di atas tiket UMNO dan BN, dengan suasana sekarang meneruskan perjuangan dalam BN sudah tidak lagi relevan. Bukan kerana UMNO atau BN tidak memerintah tetapi IMEJ dan MARUAH UMNO telah busuk dan menjijikkan.
.

MTA 187 : ITM (UITM) DI HATIKU

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SATU PERJUANGAN PERIBUMI


UITM mempunyai nostalgia tersendiri dalam sejarah kehidupanku. Inilah Menara Gading tempat aku menebus kegagalan untuk menerima segulung Ijazah yang menjadi impian kedua ibu bapaku.

Setelah gagal meneruskan pengajian di UTM pada tahun 1979, aku berasa sangat malu kepada keluargaku (ibu bapaku) yang meletakkan harapan yang amat tinggi mahu melihat aku sebagai ahli keluarga yang pertama menaiki pentas menerima segulung (skrol) diploma atau ijazah. Bertahun aku menyembunyikan maruah diri akibat kegagalan ini.

Pernah aku mencuba untuk membuat pengajian luar kampus semasa bertugas di Kuantan pada tahun 1985, tapi juga tidak kecapaian kerana masalah kewangan. Akhirnya Allah swt memperkenankan cita-citaku apabila aku (semasa berpangkat Lt) mendapat tawaran Biasiswa ATM untuk mengikuti pengajian Diploma in Business Studies (DBS) pada sesi Jun 1986 di ITM Shah Alam. Walaupun aku terpaksa mengorbankan peluang kenaikan pangkat Kapten. Aku terpaksa menunggu 3 tahun (1989) iaitu selepas tamat belajar baru mendapat pangkat itu. Aku rela.

Image result for Toharudin ITM

Peluang kedua mendatang lagi walaupun terpaksa melalui dugaan yang mendebarkan. Aku berjaya sekali lagi diberi biasiswa ATM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah. Pada tahun 1994, sekali lagi ke ITM Shah Alam untuk mengikuti pengajian Advanced Diploma in Business Studies (Human Resource Management) atau ADBS(HRM).

Maka, pada bulan Ogos 1996 aku sekali lagi melangkah bangga menaiki pentas Konvokesyen ITM ke 46 untuk menerima ijazahku. Kebetulan  ADBS(HRM) telah ditukar kepada Bachelor in Business Administration (Honours)(Human Resource Management) atau BBA(Hons)(HRM).  Penukaran ini adalah selaras dengan kenaikan taraf ITM ke taraf Universiti. Menggondol hadiah sebagai Pelajar Terbaik. Sebagai hadiah, aku bawa kedua ibu bapaku ke dalam Dewan Seri Budiman untuk menyaksikan majlis bersejarah itu.

Image result for Toharudin ITM


MENGENANG JASAMU (Lectures and Tutors)

DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES

(1)  Encik Yeop Hussain bin Bidin (Assoc Prof)
(2)  Encik Mohd Johar bin Omar - almarhum
(3)  Puan Noraiza binti Che Awang (Assoc Prof)
(4)  Encik Hanafi bin Tumin
(5)  Ustazah Abdullah bin Khalid
(6)  Ustazah Wan Asma' binti Abu Bakar
(7)  Miss Barbara Boney
(8)  Puan Loh Giok Har
(9)  Encik Naim bin Mohamed (Assoc Prof)
(10) Puan Norizan binti Mohamad
(11) Encik Radzuan
(12) Puan Chong Moi Moi
(13) Ms Vani
(14) Ustaz Hassan bin Mohd Ali
(15) Ms Ng Siew Siong
(16) Ustaz Ayub bin Othman
(17) Ustaz Hj Salleh bin Daud
(18) Tengku Chik Melewar bin Tengku Nasir
(19) Puan Ameriah binti Hussein
(20) Encik Abd Halim bin Mohd Ibrahim - almarhum
(21) Puan Rosylin bin Mohd Yusof (Prof Dr)
(22) Encik Abd Latif
(23) Encik Felix Wong
(24) Puan Koh Su Ling
(25) Ustazah Rokiah Mohammad
(26) Ustaz Zulkarnain bin Yussof
(27) Cik Sabariah binti Mohammad
(28) Encik Mohd Yusof bin Sulaiman (Datuk Dr)
(29) Encik Ong Kim Huah
(30) Puan Jan Ng Phaik Lian
(31) Puan Fong Beng Sim
(32) Ustaz Abdullah Mohamad
(33) Ustaz Azam bin Hamzah (Assoc Prof Dr)
(34) Ustaz Tajuddin bin Mohd Noor
(35) Puan Rohazarwaty binti Zulcobley
(36) Encik Ahmad Haidar bin Dziauddin (Prof)
(37) Puan Roslina biti Mohd Nawi
(38) Encik Azis bin Othman
(39) Encik Amir bin Zainol Abidin - almarhum
(40) Puan Zaafaran bin Hassan
(41) Puan Wan Jooria binti Hood
(42) Dr Khalifah bin Othman (Prof)
(43) Ustaz Ezani bin Yaakob (Assoc Prof)
(44) Ustaz Zabawi bin Abdullah
(45) Puan Bhajan Kaur
(46) Puan Fauziah binti Noordin (Prof Dr)
(47) Puan Baduyah binti Obeng (Assoc Prof)
(48) Puan Ubaidah binti Mohammad
(49) Puan Hjh Zairon binti Othman
(50) Ustaz Ghafarullahulahuddin bin Hj Din

ADVANCED DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES (HUMAN RESOURCE MANAGEMENT)

(1)  Tuan Hj Abdullah bin Ghazali (Assoc Prof)
(2)  Cik Rabiah binti Abdul Wahab - almarhumah
(3)  Puan Flor TS Bahrain binti Abdullah
(4)  Encik Badri bin Abd Shukor
(5)  Puan Norminsham binti Abdul Karim (Assoc Prof)
(6)  Encik Mohamed Hashim bin Mohd Kamil (Assoc Prof)
(7)  Puan Hjh Jamaliah binti Taib (Assoc Prof)
(8)  Encik Prabir Dass
(9)  Puan Fauziah binti Noordin (Prof)
(10) Puan Hjh Noormala biti Amir Ishak (Prof)
(11) Dr Noraini biti Mohamamd Ismail (Prof)
(12) Puan Maimunah Aminuddin (Prof)
(13) Puan Zaini bin Abdul Kadir (Assoc Prof) - almarhumah

LAGU RASMI

UiTM mempunyai dua lagu rasmi. UiTM Di Hatiku merupakan lagu rasmi asal UiTM sejak penubuhan ITM manakala sebuah lagi direkacipta selepas ITM mendapat pengiktirafan sebagai Universiti.


ITM/UITM DI HATIKU

Wujudmu di sini 
Di tanah anak merdeka
Bagai obor ilmu 
Memayungi putra-putrinya
Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara

Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna
Ku yang melangkah ke sini 
Ingin mempelajari
Rahsia di muka bumi 
Dengan cara hakiki
Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju
Destinasi cita-cita negara dan bangsaku

Majulah bangsa
Maju negara
Berkat usaha jaya MARA
Kami berikrar akan berjasa
Hingga kita Berjaya...demi bangsa

Watikah yang ku miliki 
Kan ku semat di hati
Janjiku pada pertiwi 
Untuk menabur bakti
Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara
Doa restu ayah bonda ku 
Untuk mu semua
UiTM
Usaha Taqwa Mulia

https://youtu.be/H6Tw4xRo8V4?feature=shared


FACTS ABOUT UITM

Development:

(1)  RIDA Training Centre (1956 - 1965)
(2)  MARA College (1965 -1967)
(3)  MARA Institute of Technology (1967 - 1999)
(4)  MARA University of Technology (1999 - today)

Motto in Melayu: Usaha, Taqwa, Mulia 
Motto in English:  Endeavour, Religious, Dignified

Established:  1956
Chancellor: HRH The Yang DiPertuan Agong

Vice-Chancellor: Prof Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said
Students: 168,865 (2015)
Undergraduates: 73,671 (2015)
Postgraduates: 11,690 (2015)

Main Campus: Seksyen 1, Shah Alam, Selangor
Coordinate:  3°0410.9N 101°3013.2ECoordinates:  3°0410.9N 101°3013.2E
Campus: 13 State Campuses, 21 Satellite Campuses

Website        www.uitm.edu.my


SEJARAH PEMBANGUNAN UiTM

UiTM nyata lebih segar diingati dengan penubuhannya sebagai Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1967. Institut ini merupakan buah hasil para pemimpin Malaysia yang penuh visi, terutamanya bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak. 

Sepanjang era beliau sebagai ‘Bapa Pembangunan’, salah satu misi negara memberi fokus terhadap usaha untuk membangunkan taraf sosioekonomi kaum bumiputera di negara ini. Allaryarham Tun Abdul Razak telah meletakkan batu asas pembinaan kampus di atas tanah yang berukuran 300 ekar luasnya di Shah Alam tanggal 14 Oktober 1967. Ia merupakan visi Allaryarham Tun untuk menjadikan ITM sebagai katalis bagi menjana kesemua sumber yang ada dan melahirkan serta melipatgandakan jumlah graduan bumiputera yang terlatih dan berkelayakan bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi malah di dalam bidang-bidang lain. 

Walaupun kini memegang status universiti, ia adalah mustahil untuk melupakan setiap detik permulaan institusi ini. Lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA.

Dewan Latehan RIDA 1956 - 1965

Penubuhan Dewan Latehan RIDA ditubuhkan ekoran hasil lawatan ke Ceylon (kini Sri Lanka) untuk program pembangunan dalam negeri pada tahun 1951. Satu kertas kerja lawatan tersebut yang mengandungi tentang penubuhan RIDA (Rural Industry Development Authority) dan objektifnya untuk membangunkan serta meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar telah diketemukan. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Industri mempunyai dua pusat utama di bawah naungannya iaitu Taman Asuhan RIDA (Kuala Lumpur) dan Dewan Latehan RIDA (Petaling Jaya).

Dewan Latehan RIDA mula beroperasi pada bulan November 1956 dan dirasmikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri pada 14 Oktober 1957. Beberapa kursus profesional yang ditawarkan oleh badan antarabangsa seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship of Management telah ditawarkan di Dewan Latehan RIDA. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA telah melangsungkan Majlis Konvokesyennya yang pertama dan telah menyaksikan seramai 50 orang graduan dianugerahkan sijil oleh YAB Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Maktab MARA 1965 - 1967

Apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pada 1 Mac 1966, Dewan Latihan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab MARA pada bulan Jun 1966. Menurut YAB Tun Abdul Razak, pertukaran nama ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru dan aspirasi kepada pusat latihan itu sendiri. Pertukaran ini juga menandakan yang institusi ini bukan lagi di bawah bidang kuasa RIDA, sebaliknya menjadi sebuah unit terpenting bagi Bahagian Latihan MARA.

MARA telah mengambil alih institusi ini dan mengukuhkan lagi peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila British Institute of Management memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh atau “External Exam”, kolej MARA mula menjalankan program Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Program tersebut telah mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh Ealing Technical College of London yang turut menjadi pemeriksa luar.

Institut Teknologi MARA 1967 - 1999

Hasil dari kajian dan penyelidikan yang diusahakan oleh kerajaan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1965 menyatakan bahawa negara menghadapi masalah kekurangan pekerja terlatih pada tahap profesional dan separa profesional di kalangan Bumiputera. Bagi mengatasi masalah ini, 300 ekar tanah di Shah Alam telah diluluskan untuk menjadi tapak kampus kolej MARA. Pada 14 Oktober 1967, batu asas bagi pembinaan kampus telah diletakkan oleh YAB Tun Abdul Razak dan dengan itu, nama Maktab MARA secara rasminya ditukar kepada Institut Teknologi MARA.

Pembangunan ITM dalam tempoh tahun-tahun tersebut dikatakan berkembang pesat ekoran perkembangan program pembelajarannya, yang sejajar dengan peningkatan keperluan tenaga kerja pada masa itu. Pelbagai bidang kursus mendapat hasil kerjasama dengan institusi antarabangsa dan ITM telah menawarkan program-program Diploma lanjutan setaraf dengan program ijazah. Pembangunan ITM boleh dilihat dalam jangka masa tiga fasa yang merangkumi tempoh selama 32 tahun secara keseluruhannya. 

Fasa yang pertama (1967-1976) khusus kepada pendeklarasian ITM sebagai satu badan bebas yang memiliki kampus seluas 300 ekar di Shah Alam dan diletakkan di bawah penjagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

Fasa yang kedua (1976-1996) memperlihatkan ITM dengan kemampuannya di dalam bidang pengajian tinggi. Ia telah membawa kepada pelepasan Akta ITM 1976 yang menempatkan ITM di bawah Kementerian Pendidikan. 

Fasa yang ketiga (1996-1999) mengambil tempat berikutan dari keputusan pindaan Akta 1976 yang meletakkan ITM setaraf dengan universiti-universiti lain di dalam negara. ITM telah dimandatkan dengan kuasa penuh beroperasi sebagai sebuah universiti namun kekal dengan nama asalnya sehingga tahun 1999. Berikut adalah penukaran yang telah dibuat :

(1)   Badan pentadbiran ITM, Lembaga Majlis, telah ditukar kepada Ahli Lembaga Pengarah dengan pembabitan lebih ramai perwakilan dari sektor swasta;

(2)   Ahli Lembaga Pengarah diberi kuasa untuk menggubal bagi pihak institut;

(3)   Senat telah ditubuhkan;

(4)   Ramai ketua pegawai ITM mengalami proses pertukaran lantikan. Pengarah ditukar kepada Rektor, Ketua Pegawai kepada Provos, manakala Ketua dan Pensyarah Senior ditukar kepada Profesor dan Profesor Madya;

(5)  Setiap jabatan diberi nama Fakulti;

(6)  ITM diberi kuasa untuk menganugerahkan Ijazah kedoktoran;

(7)  ITM telah diberi keistimewaan untuk menubuhkan kursus dan kampus cawangan di luar negara dengan kelulusan dari Kementerian Pendidikan;

(8)  ITM telah diberi kuasa tambahan untuk membolehkan ia menjalankan perniagaan, terlibat dalam pelaburan, menubuhkan syarikat dan terlibat dalam penyelidikan berunsurkan komersial.

(9)  Kuasa disiplin di kalangan pegawai telah dipindahkan daripada Kementerian kepada Lembaga Pengarah. Untuk memperbaiki akauntabiliti staf, ITM diberi kuasa untuk mengenakan surcaj;

(10) Hak prosedur pelajar dalam sebarang pembicaraan mengenai perilaku dan disiplin diperketatkan. Ketika itu, ITM telah menubuhkan sebuah cawangan di setiap negeri. 

Kampus yang pertama dibina di Sabah pada tahun 1973 dan kampus yang terakhir adalah di Kuala Pilah, Negeri sembilan pada Jun 1999. Hampir kesemua kampus cawangan memulakan operasi di premis sementara, namun, penubuhan ini memunyai strategi dan pelan yang teratur. Kesemua kampus cawangan telah berpindah ke lokasi yang tetap kecuali kampus Kuala Pilah.


PERJUANGAN KESATUAN SISWA-SISWI ITM
UNTUK MENDAPATKAN TARAF UNIVERSITI

Universiti Teknologi MARA 26 Ogos 1999

Pada 26 Ogos 1999, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pertukaran nama ITM kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Aspirasi UiTM adalah untuk menjadi sebuah pusat pengajian tinggi bertaraf dunia serta menjadi universiti terbaik. Justeru itu, UiTM telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 pada 5 Ogos 2004 dan menjadi universiti pertama di dunia yang mendapat pensijilan keseluruhan yang meliputi pengurusan korporat, perkhidmatan sokongan, pengajaran dan pembelajaran. UiTM sentiasa menumpukan kepada kecemerlangan akademik, inovasi, sosial, pengiktirafan antarabangsa, global dan teknologi baru yang menyumbang kepada pembangunan industri dan negara. Ini semua dibuktikan melalui pencapaian dan anugerah yang dimenangi sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Antaranya ialah menawan puncak Everest, ekspedisi Solo Antartika dan Kutub Utara, serta kejayaan memenangi pingat emas dalam pertandingan inovasi di Geneva, juara dalam pertandingan kereta solar dan SIFE, serta terkini kejayaan ekspedisi solo berbasikal menjelajah 7 benua.

Universiti Teknologi MARA Akta 173

Akta 173 telah digubal sempena penubuhan UiTM. Akta ini dianggap penting kerana ia menyediakan garis panduan untuk penyelenggaraan dan kelancaran pentadbiran serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Akta ini juga bertindak sebagai perakuan peralihan institusi dari sebuah institut kepada sebuah universiti, beserta kuasa yang diberi untuk membolehkan ia berfungsi seperti universiti-universiti lain, termasuklah penawaran kursus-kursus pengajian dan penganugerahan ijazah pada semua peringkat.

WAWASAN SETIA WARGA UITM

Bersatu kita warga UiTM
 Kita bangsa perkasa
 Taat dan setiaku untuk negara
 Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa pengorbanan, 
perjuangan anak bangsa 
Kita…jangan mudah terleka kemajuan,keamanan yang ada 
Kita…berterima kasih pada pemimpin-pemimpin negara 
Kita… rasa penuh bersyukur kerahmatan, kemuliaan darinya 
Kamilah pendokong, pewaris bangsa 
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia 
Kamilah warga berwawasan 
Untuk Negaraku


UiTM Kampus Induk Shah Alam

UiTM Kampus Satelit Puncak Alam

Hospital UITM Puncak Alam

KAMPUS UiTM

Selain kampus utamanya di Shah Alam, Selangor, UiTM mempunyai 3 buah kampus satelit, 12 kampus cawangan dan 9 kampus bandar. Boleh dikatakan UiTM mempunyai cawangan di semua negeri di Malaysia kecuali Wilayah Persekutuan. Beberapa tahun kemudian, terdapat kampus baharu dibina di beberapa buah negeri.Kampus-kampus tersebut adalah seperti berikut :-

Kampus Satelit

Kampus UiTM Seksyen 17 (INTEC), Shah Alam, Selangor
Kampus UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor
Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor
Kampus UiTM Puncak Alam, Shah Alam, Selangor
Kampus UiTM Dengkil, Selangor (Pusat Asasi UiTM)

Kampus Cawangan (Branch Campus)

Kampus UiTM Arau, Perlis
Kampus UiTM Dungun, Terengganu
Kampus UiTM Sri Iskandar, Perak
Kampus UiTM Samarahan, Sarawak
Kampus UiTM Sungai Petani, Kedah
Kampus UiTM Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Kampus UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kampus UiTM Alor Gajah, Melaka
Kampus UiTM Segamat, Johor
Kampus UiTM Jengka, Pahang
Kampus UiTM Machang, Kelantan
Kampus UiTM Kota Kinabalu, Sabah
Kampus UiTM Bertam, Pulau Pinang
Kampus UiTM Bukit Besi, Terengganu
Kampus UiTM Tapah, Perak
Kampus UiTM Rembau, Negeri Sembilan
Kampus UiTM Balik Pulau, Pulau Pinang
Kampus UiTM Pasir Gudang, Johor
Kampus UiTM Teluk Intan, Perak
Kampus UiTM Chendering, Terengganu
Kampus UiTM Raub, Pahang
Kampus UiTM Jasin, Melaka

Kampus Bandar (City Campus)

Kampus UiTM Mukah, Sarawak
Kampus UiTM Tawau, Sabah
Kampus UiTM Johor Bahru, Johor
Kampus UiTM Raub, Pahang
Kampus UiTM Bukit Sekilau, Pahang
Kampus UiTM Alor Setar, Kedah
Kampus UiTM Bandaraya Melaka, Melaka
Kampus UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan
Kampus UiTM Bandar Kota Bharu, Kelantan

Kompleks Alam Bina dan Seni reka

Institut Penilaian & Pembangunan (ILD) UiTM

Kampus Enstek , Negeri Sembilan
Kampus Kg. Gajah , Perak

Hospital AlSultan Abdullah UiTM, Puncak Alam (hospital pembelajaran UiTM)

FAKULTI PENGAJIAN

Kluster Sains dan Teknologi

Fakulti Perladangan & Agroteknologi (AT)
Fakulti Sains Gunaan (AS)
Fakulti Sains Matematik & Komputer (CS)
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (SR)
Fakulti Seni Bina, Perancangan & Ukur (AP)

Kluster Sains Perubatan

Fakulti Farmasi (PH)
Fakulti Pergigian (DS)
Fakulti Perubatan (MD)
Fakulti Sains Kesihatan (HS)

Kluster Kejuruteraan

Fakulti Kejuruteraan Awam (EC)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik (EE)
Fakulti Kejuruteraan Kimia (EH)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM)

Kluster Sains Sosial & Kemanusiaan

Fakulti Komunikasi & Pengajian Media (MC)
Fakulti Muzik (MU)
Fakulti Pendidikan (ED)
Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (AM)
Fakulti Seni Rekaan (AD)
Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik (CT)
Fakulti Undang-Undang (LW)

Kluster Ekonomi & Pengurusan

Fakulti Perhotelan & Pengurusan Pelancongan (HM)
Fakulti Pengurusan Maklumat (IS)
Fakulti Pengurusan Perniagaan (BM)
Fakulti Pengurusan Pejabat & Teknologi (OM)
Fakulti Perakaunan (AC)

Pusat Pengajian & Penyelidikan

Akademi Pengajian Bahasa (APB)
Pusat Antarabangsa UiTM (INTEC)

Akademi Pengajian Islam dan Kontemporari (ACIS)



SENARAI PENGARAH ITM
REKTOR UTM
NAIB CANSELOR UiTM  

YBhg Tun (Dr) Arshad Ayub SSM PSM SPSK DPMJ DSAP PGDK DPMP DPMT JMN
Pengarah ITM
14.10.1967 - 24.03.1975


YBhg Dato' Haji Lokman Musa (Allahyarham)
Pengarah ITM
01.08.1975 - 12.08.1978


YBhg Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Awang Had Salleh PSM DSDK JMN (Allahyarham)
Pengarah ITM
01.09.1978 - 15.07.1980


YBhg Prof Dato' Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid (Allahyarham)
Pengarah ITM
16.07.1980 - 31.08.1986


YBhg Prof Dato' Dr. Haji Mohd Mansor Haji Salleh
Pengarah ITM
01.09.1986 - 31.12.1993


YBhg Prof Tan Sri Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Zaidee Laidin PSM 
Pengarah ITM/Rektor ITM/Naib Canselor
01.01.1994 - 31.12.2000


YBhg Tan Sri Dato' Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah PSM PJN SPSK DCSM DPMK DPMS PGBK DMSM JBK DNS PBS BCM 
Naib Canselor UiTM
01.01.2001 - 31.12.2009


YBhg Prof Emeritus Prof Tan Sri Dato' Seri Dr Ir Sahul Hamid bin Abu Bakar PSM SSAP DPMS DJMK DSPN DJN DSM BCN
Naib Canselor
01-01.2010 - 31.12.2015


YBhg Prof Emeritus Dato' Dr Hassan bin Said DPMP DMSM DSPN PGBK
Naib Canselor
02.02.2016 - 2019


YBhg Prof Emeritus Dato' Ir Dr Mohd Azraai bin Kassim
Naib Canselor
(15 Feb 2019 - 10 Mac 2021)


YBhg Prof Dato' Dr Ts Hajah Rodziah binti Mohd Janor
Naib Canselor
3 Sep 2021 - Okt 2023


YBhg Prof Datuk Dr Shahrin bin Shahib @ Sahibuddin
Naib Canselor
2 Nov 2023 - akan tamat tempoh pada 1 Nov 2026)