


Bermula pada awal tahun 1980an, negara mula mengubah haluan dari bergantung kepada hasil bahan mentah (bijih dan komoditi) kepada negara perindustrian. Kehadiran pelabur-pelabur dari negara asing khususnya dari Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Holland dan Amerika Syarikat telah memelukan kerjaan membuka kawasan perindustrian baru di luar kawasan perbandaran asal serta meningkatkan kemudahan pengangkutan dengan membina rangkaian jalan raya yang lebih baik.
Pada pendapat penulis, risiko pekan mati di Perlis amat rendah kerana faktor saiz negeri yang kecil. Tambahan lagi, kedudukan negeri Perlis di hujung laluan utama Semenanjung, malah tidak dilalui langsung oleh Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Semenanjung tidak menjejaskan geografi perbandaran di negeri ini.
Dengan pertumbuhan penduduknya yang kecil, kemeriahan Perlis banyakmengharapkan pelancong dari negeri-neri Semenanjung yang lain. Bandar dan pekan yang ada masih mencukupi untuk orang Perlis. Musim kebanjiran orang luar ke Perlis adalah minggu pendaftaran/konvokesyen di Universiti Malaysia Perlis dan UITM Perlis serta Kolej-Kolej IPTA/IPTS, IPG, MRSM dan SMBP. Jika pelancong gagal mendapat hotel atau rumah inap di Perlis, mereka masih boleh mendapatkannya di Changlun, Sintok, dan Jitra. Malah Alor Setar dan Sungai Petani pun masih selesa jarak perjalanannya.
(1) KAKI BUKIT (PEKAN SAYUR). Sebuah pekan kecil bersejarah berusia lebih 100 tahun yang dibuka pada awal 1900an oleh masyarakat Cina ketika zaman kegemilangan lombong bijih timah di sekitar Gua Kelam. Suasana kini sangat sunyi dan lengang kerana generasi muda keluarga bekas pelombong telah banyak berhijrah ke bandar seperti Kangar dan Arau atau di Perlis. Hanya beberapa keluarga yang masih tinggal dan hanya sedikit meriah dan bercahaya ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.



Antara pekan-pekan yang menghadapi pembangunan yang agak lembab adalah:
(1) SIMPANG EMPAT. Sebuah pekan kecil dahulunya berada di laluan utama Utara-Selatan kini lebih sunyi apabila aliran kenderaan berat dan pengangkutan utama telah beralih menggunakan lebuhraya. Namun pekan ini tetap menjadi pilihan aktiviti ekonomi penduduk sekitanya.

(2) LANGGAR. Walaupun kaya dengan nilai sejarah dan lokasi Kompleks Makam Diraja Kedah, suasana hariannya lebih tenang dan tidak sesibuk pusat bandar Alor Setar yang terletak hanya 9 km daripadanya. Walaupun masih dalam lingkungan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Langgar masih mengekalkan bangunan rumah kedai kayu yang dibina dalam tahun 1960an dan 1970an.

(3) PENDANG. Pekan ini di tengah-tengah kawasan sawah padi, ia mengekalkan suasana kampung yang mendamaikan dan jauh daripada kesesakan bandar besar. Pendang mengekalkan status dan kepentingannya di kalangan penduduk daerah Pendang kerana ia beroperasi sebagai pusat pentadbiran daerah yang tenang.

(4) BUKIT KAYU HITAM. Bukit Kayu Hitam tidak mati tetapi mengalami kemurungan akibat terdapat pilihan (lebih kompetitif) dan perubahan pintu masuk rasmi yang mempunyai kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand serta kejatuhan nilai RM yang menggalakkan penduduk Malaysia sendiri membeli belah di seberang sempadan.
(5) MAHANG. Pekan Mahang dalam daerah Kulim, Kedah, pada dasarnya berada dalam situasi yang bercampur antara mempunyai potensi untuk maju melalui pelbagai inisiatif komuniti, namun tetap berisiko menjadi sepi pada hari-hari biasa disebabkan faktor lokasi dan populasi. Jarak pekan ini hanya lebih kurang 10km dengan sempadan Kedah-Perak dan 16km sahaja dengan pekan Selama, Perak.
Suatu waktu, pasar Selasa Mahang dan pasar malamnya merupakan daya tarikan utama penduduk kampung-kampung sekitarnya. Bagaimanapun kemasyhuran Pasar Jumaat di Sungai Bayor, Selama (berhampiran) sukar untuk ditandingi. Persaingan dengan beberapa pasar hari atau pasar malam dikawasan berhampiran turut menjadikan pekan Mahang bukan lagi pilihan utama. Pekan Jumaat Sungai Bayor amat terkenal sebagai pasar minggu yang terpanjang (3km) di negeri Perak.
Kesimpulannya, Pekan Mahang tidak sepenuhnya sepi kerana ia sentiasa hidup pada hari-hari pasaran tertentu berkat usaha transformasi ekonomi tempatan. Pembangunan pesat perbandaran Kulim dan kawasan industri sekitarnya menyebabkan berlaku perpindahan dalam sekala besar penduduk daerah Kulim ke bandar atas sebab pekerjaan yang lebih terjamin.
NAKA. Pekan Naka adalah sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Padang Terap. Naka diambil sempena "Na" bermakna 'Kubang' dan "Ka" nama sejenis pokok herba iaitu "lengkuas" atau 'pongkha" bermaksud sejenis 'rumput juluk'. Tempat asalnya bernama Kubang Juluk. Memandangkan ia berada di satu tempat yang sama maka, maka Kubang Juluk disebut dalam Bahasa Melayu dan Naka dalam bahasa Siam Kedah.
Pekan Kubang Juluk disebut pekan Naka Lama manakala Pekan Naka yang sedia ada merupakan tempat yang dulunya dinamakan Simpang.

Seperti Perlis, saiz negeri yang kecil tidak memungkinkan terdapat pekan-pekan di Pulau Pinang yang boleh mati. Pulau Pinang lebih sukar kerana jumlah penduduknya jauh berkali ganda dengan Perlis. Apa yang dapat dilihat adalah pekan-pekan di Seberang Perai (kecuali Butterworth dan Bukit Mertajam) merupakan kawasan majoriti Melayu. Maka pembangunan di SP lebih perlahan berbanding di pulau. Pun begitu, bandar Balik Pulau masih kekal dengan imej pekan British seperti tahun 1960an. Kerajaan Pulau Pinang lebih rela menebus laut menjadi pulau atau kawasan baru dari membangunkan kawasan pergunungan di barat daya PP.

(1) KEPALA BATAS. Sebenarnya ketepuan pekan Kepala Batas adalah disebabkan Almarhum Pak Lah (PM ke 5) yang juga mantan Ahli Parlimen Kepala Batas telah memberi tumpuan istimewa untuk membangunkan Bandar Baru Bertam. Malah pernah dikatakan untuk menjadikan Bertam sebagai pusat pentadbiran baru untuk SP. Selain dari itu perbandaran Kepala Batas berpindah ke kawasan baru berhampiran yang lebih sistematik.
Kepesatan pembangunan Bertam menjadikan bahagian pekan lama Kepala Batas kelihatan lebih tenang dan mengekalkan seni bina klasik awal abad ke-20. Ramai penduduk beralih ke pusat komersial baharu, menyebabkan pekan lamanya menjadi lebih lengang kecuali pada hari-hari tertentu.


(3) NIBONG TEBAL. Kawasan di sebelah selatan Pulau Pinang yang bersempadan dengan Perak. Suasananya sangat kampung, damai, dan sunyi daripada kesibukan bandar besar seperti Georgetown atau Bayan Lepas. Bandar Nibong Tebal kelihatan membesar kerana ia telah bertaut dengan bandar Parit Buntar (Perak) dan Bandar Baharu (Kedah). Penjana utama pembangunan Nibong Tebal (dan Parit Buntar) yang dahulunya amat perlahan adalah kewujudan kampus Kejuruteraan USM.

Petrak adalah neegri yang paling banyak pekan tepu atau pekan mati, malah ada yang mencapai tahap gelaran sebagai pekan zombi. Sebagaimana yang penulis tulis di perenggan muqaddimah, punca utama kemunculan pekan mati ini adalah seiring dengan kejatuhan industri perlombongan bijih tuimah.
Pekan yang satu waktu dahulu mungkin dianggap sebagai Hatyai atau Las Vegas kini menjadi sunyi sepi malah ditakuti untuk dijadikan tempat bermastautin.
Beberapa pekan kecil di negeri Perak yang terkenal dengan suasana tenang, bangunan klasik, atau sejarah yang seakan-akan terhenti daripada arus pemodenan adalah:
(1) PUSING. Pekan Pusing merupakan sebuah pekan kecil yang pernah menyumbang kepada kemewahan Empayar British di awal abad ke 20. Pekan ini terletak di antara Ipoh dan Batu Gajah. Pekan Pusing yang menyimpan sejarah besar Tanah Melayu ini kini kelihatan seperti sebuah pekan yang dilupakan.
Pusing mencapai zaman kegemilangannya sekitar awal abad ke-20. Pada tahun 1908, sebuah stesen keretapi telah dibina di sini sebagai laluan pengangkutan utama untuk membawa keluar hasil bijih timah. Laluan ini aktif sehinggalah tahun 1943, dan menjadi nadi perhubungan yang penting di era sebelum merdeka.
Nama "Pusing" dipercayai diambil sempena liku-liku Sungai Kinta yang melalui kawasan ini. Sebelum kewujudan keretapi, sungai inilah yang digunakan untuk mengangkut bijih timah ke lokasi lain - menjadikan kawasan ini strategik dalam jaringan ekonomi bijih ketika itu.
Namun segalanya berubah selepas tahun 2008, apabila Lebuhraya Ipoh–Lumut siap dibina. Aliran trafik yang dahulunya melalui pekan ini, kini terus memintas. Aktiviti ekonomi mula menyusut dan Pusing perlahan-lahan berubah menjadi pekan yang ‘mati’ – tinggal hanya cebisan kenangan dan bangunan lama.
(2) PAPAN. Pekan Papan terletak bersebelahan dengan pekan Pusing. Keduanya melalui sejarah kegemilangan yang sama tetapi sejarah Papan ditambah lagi kepahitannya dengan isu pembuangan radioaktif. Nama "Papan" berasal daripada aktiviti awal penduduk yang terlibat dalam kerja pembalakan dan membekalkan kayu papan dari sekitar kaki Bukit Kledang.
Sekitar pertengahan abad ke 19, Sultan Jaafar Safiuddin Muazzam Shah membuka lombong bijih timah di sini sebelum dikembangkan oleh Raja Bendahara Ismail yang dianggap pengasas awal bandar Papan. Selepas Perang Perak dan penyingkiran Raja Ismail, British menyerahkan kawasan ini kepada pemimpin komuniti Mandailing dari Sumatera iaitu Raja Asal dan Raja Billah. Raja Billah kemudian dilantik sebagai penghulu dan membina Rumah Besar Raja Billah (atau Istana Billah) pada tahun 1896.Kebakaran besar pada tahun 1911 telah memusnahkan sebahagian besar rupa bentuk pekan ini dan menjadi titik tolak kemerosotan populasi serta ekonominya. Ketika pendudukan Jepun, Papan menjadi kubu kuat Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA). Di sinilah pejuang tanah air dan jururawat berani Sybil Kathigasu menjalankan klinik rahsia untuk membantu pejuang anti-Jepun sebelum dia ditangkap dan diseksa.

Pekan Papan melalui satu lagi bencana apabila berlaku kontroversi Radioaktif antara tahun 1979 hingga 1984 apabila pekan ini dijadikan pusat pelupusan sisa radioatktif. Pekan Papan menjadi lokasi bantahan anti-nuklear pertama di Malaysia berikutan isu pencemaran sisa radioaktif daripada kilang Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) - usahasama syarikat Jepun dan tempatan. Akhirnya, syarikat
ARE akhirnya menghentikan operasi sepenuhnya pada Januari 1994.
Pun begitu, yang terkini, pekan ini mula menerima usaha pemuliharaan sebagai destinasi pelancongan sejarah (histourism) dan lokasi penggambaran filem, serta dicalonkan untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana keaslian senibina lamanya.
(3) KG KEPAYANG. Pekan Kampung Kepayang, Sg Raia yang terletak di selatan Simpang Pulai juga sering dijuluki sebagai pekan hantu kerana deretan bangunan kedai kayu dan batu lama yang terbiar serta sepi, walaupun kawasan sekitarnya masih didiami oleh penduduk. Sejarah kegemilangan dan kejatuhan pekan ini adalah sama dengan kesah pekan Pusing dan Papan.

(4) KATI, Pekan Kati di kaki Banjaran Bintang dalam daerah Kuala Kangsar bukan sebuah pekan mati tetapi sebuah pekan yang masih mengekalkan identiti pekan tradisi tahun 1960an. Walaupun negara telah 70 tahun merdekam pekan ini masih mengekalkan suasananya yang tenang, sepi, malap dengan deretan kedai lama yang tutup awal.
Sejarah pekan Kati ini juga tidak dapat mengelakkan diri dari dikaitkan dengan bijih timah, Suatu ketika duhulu, penduduk kampung sekitar yang melombong bijih timah secara kecil-kecilan di kaki-kaki gunung dan menjual hasil kepada peraih atau taukeh di pekan ini. Bijih timah ditimbang dengan ukuran kati. Maka bijih dijual kati. Pergi pekan timbang kati, pergi pekan kati. Pekan Kati.
Setelah tiada lagi perniagaan bijih secara timbang kati ini, yang tinggal hanyalah pekan Kati. Malah tiada keperluan untuk memodenkan pekan ini seiring dengan arus pembangunan negara. Maka, pekan Kati kekal dalam keadaan sebegitu sehingga kini,

(5) MANONG. Pekan Manong juga dalam daerah Kuala Kangsar, merupakan pekan terakhir di tebing Sungai Perak dalam daerah Kuala Kangsar yang menampilkan suasana kampung yang sangat tenang serta seni bina kedai lama. Suatu ketika dahulu, sungai merupakan kaedah perhubungan utama, Manong boleh dianggap sebagai sebuah pelabuhan dan pusat aktiviti komersil yang penting - termasuk pengangkutan hasil bijih timah.
Tendangan pertama yang menyebabkan kejatuhan Manong adalah tamatnya industri bijih timah di Perak. Manong masih bertahan sebagai pusat komersil tempatan dan menjadi tempat persinggahan untuk perjalanan dari Parit ke Taiping. Namun tendangan kedua, pembinaan lebuhraya WCE menjadikan luka semakin parah dan boleh membawa kelumpuhan.

Kedudukan Manong di tebing Sungai Perak yang indah masih memberi harapan kepada Manong untuk diberi vitamin baru agar dapat bertahan setidak-tidaknya sebagai bandar tradisional untuk menjadi destinasi pesara seperti Taiping dan Seremban. Terdapat beberapa buah lagi pekan tradisi lesu dan sepi terpinggir dari pembangunan dalam daerah Kuala Kangsar dan Gerik seperti Padang Rengas, Sauk, Karai (Enggor), Lenggong dan Kelian Intan.
(6) PADANG RENGAS.

(8) SAUK. Pekan kecil Sauk terletak di laluan FT76 dari Kuala Kangsar ke Lenggong-Gerik. Jaraknya kira-kira 20 km dari bandar Kuala Kangsar. Kedudukannya yang terkeluar sedikit dari jalan utama menyebabkan ia tidak dipilih oleh pengguna laluan FT76 untuk singgah berehat kecuali ada keperluan tertentu. Sauk mengekalkan suasana kekampungan yang tenang.

Lenggong merupakan sebahagian daripada Lembah Lenggong, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 kerana kepentingan arkeologi prasejarah. Ia termasuk penemuan rangka Perak Man (rangka manusia separa lengkap tertua di Malaysia) yang berusia kira-kira 11,000 tahun di Gunung Gua Runtuh (Bukit Kepala Gajah).
Melalui Perjanjian Bangkok pada 10 Mac 1909 antara pihak British dan Siam, wilayah Reman dan Kelian Intan secara rasmi diserahkan kepada negeri Perak dan diserahkan sepenuhnya pada 16 Julai 1909.

Pekan yang terletak jauh dari laluan utama Utara Selatan sama ada jalan Persekutuan atau Lebuhraya PLUS. Dahulunya, Parit adalah salah satu pekan yang dilalui oleh pengguna jalan dari Lumut, Sitiawan, Beruas dan Telok Intan ke Ipoh. Ia semakin tersisih apabila terbinanya Lebuhraya Ipoh/Batu Gajah ke Sitiawan/Manjung. Dan Parit terus terpinggir apabila statusnya sebagai pusat pentadbiran daerah Perak Tengah diambil alih oleh bandar baru Seri Iskandar. Semua bentuk pembangunan sosio-ekonomi bertumpu ke Seri Iskandar.
Siapnya Lebuhraya WCE merupakan tikaman beracun untuk pekan Parit. Parit semakin jauh dari laluan orang Perak sendiri. Semua kayu sokongan yang diharapkan untuk membolehkan Parit terus berdiri dan membangun telah dipatahkan.
Hari ini ia bukanlah sebuah pekan mati tetapi sebuah pekan yang telah tepu namun masih mengekalkan konsep pekan tradisi dan pusat komersil penduduk tempatan. Parit akan kekal survival sebagai sebuah pekan perkampungan yang tenang dan tenteram. Mungkin jika ada pembinaan IPTA atau Kem Tentera berhampiran pekan ini, Parit akan kembali meriah.




















Nota : Penulis akan berusaha mendalami situasi pekan-pekan yang disenaraikan di atas dan mengemaskini tajuk ini.
Nama Bukit Merah tercetus apabila tanah bukit yang diterokai oleh peneroka asal tadi berwarna merah. Salah seorang dari mereka telah mencangkul tanah bukit itu dan terjumpa tanah merah dan akhirnya kawasan itu dinamakan Bukit Merah sempena peristiwa itu. Pada tahun 1905 sebuah empangan air (antara yang terawal) dibina dan membentuk tasik buatan manusia seluas 480km persegi. Sebahagian kecil tasik dan beberapa buah pulau buatan ini dimajukan menjadi Bukit Merah Laketown Resorts,
(12) TAPAH ROAD. Tapah Road adalah sebuah pekan yang suatu ketika dahulu sangat penting dan berkait rapat dengan revolusi industri perlombongan bijih timah dan perkembangan sistem pengangkutan kereta api di Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19.

(12) TEMOH. Selain pekan Papan, pekan Temoh boleh dirujuk sebagai pekan yang benar-benar mati (kalau tidak pun 90% mati) di Perak akibat dari penutupan industri perlombongan bijih timah.
Walau bagaimanapun, pekan kecil ini tidak sepenuhnya ditinggalkan dan kini mempunyai beberapa usaha menghidupkannya semula. Keseluruhan pekan ini boleh dijadikan sebagai MUZIUM yang berkaitan dengan bijih timah. Sebahagian rumah kedai boleh diubahsuai menjadi hotel/motel atau restoran. Mungkin juga Temoh menjadi alternatif kepada Papan sebagai pusat penggambaran filem klasik.

Namun, penulis berpendapat, Kota Bharu tidak perlu gusar dengan urbanisasi. Adalah lebih baik lagi kembali menjadi kampung tradisional yang aman dan damai. Sudah tentu ada anak cucu yang tidak berjaya mencapai cita-cita dan kerjaya untuk tinggal di bandar-bandar besar untuk meneruskan kewujudan Kota Bharu yang bersejarah ini. Jangan lupa, antara tokoh besar yang lahir di pekan malap ini ialah Dr Burhanuddin alHelmi, Dato' Mohd Nor @ Lat dan Lt Jen Tan Sri Mohd Yunus Tasi.
Bagan Datuk mula diteroka sekitar 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, kawasan tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada juga yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru.
(16) HUTAN MELINTANG. Hutan suatu ketika dahulu merupakan pekan kampung sudah semakin maju, malah lebih membangun berbanding pekan Bagan Datuk sendiri kerana kedudukannya di persimpangan jalan utama (FT5) dari Telok Intan ke Sabak Bernam (Selangor) dan laluan (FT69) ke Bagan Datuk. Banyak pembangunan baru seperti kawasan perindustrian terletak lebih hampir dengan Hutan Melintang berbanding pekan Bagan Datuk.




.
Selangor dikatakan sebagai negeri termaju di Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa kemajuan pesat Selangor adalah berpunca dari limpahan pembangunan Kuala Lumpur ibu kota Malaysia. Selain itu kedudukan Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dahulu dan sekarang di dalam negeri Selangor membawa rahmat besar kepada negeri Selangor. Ia ditambah lagi dengan wujudnya Pusat Pentadbiran Malaysia Putrajaya.
Limpahan pembandaran dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang ini telah mewujudkan 4 buah bandaraya dalam negeri Selangor, iaitu; Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang Bandar Diraja.
Daerah-daerah seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat yang dianggap terpinggir berbanding Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat dan Sepang. Namun pembinaan pelbagai arah lebuhraya telah membawa daerah-daerah mundur ini kembali bersaing. Pada masa ini hanya Majlis Daerah Sabak Bernam sahaja yang belum mencapai taraf Majlis Perbandaran.
Di sebalik kepesatan pembangunan bandar-bandar besar, negeri Selangor masih menyimpan beberapa buah pekan kecil yang kurang kesibukannya. Bukan sepi, jauh sekali mati tetapi agak lambat dalam persaingan. Pekan kecil dan sepi di daerah lain adalah seperti Pasir Penambang (Kuala Selangor), Bangi dan Beranang (Hulu Langat) dan Batu Arang (Gombak). Kebanyakan pekan ini merupakan bekas penempatan perlombongan bijih timah/arang batu atau stesen keretapi lama, pekan persinggahan di laluan utama lama (Persekutuan/Negeri). Pembinaan bandar baru dan lebuhraya atau laluan alternatif merupakan punca utama pekan-pekan ini semakin lesu dan tepu.
Ia berbeza dengan beberapa pekan kecil bahkan amat kecil di dalam daerah Sabak Bernam, ia bukanlah pekan mati tetapi pekan pengkalan nelayan tradisi atau kampung yang sudah membentuk sebuah pekan seperti Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar, Bagan Terap, Merbau Berdarah.
Dalam daerah Hulu Langat kelihatannya hanya Bukit Beruntung dan Batang Kali yang baru bangkit setelah berpuluh tahun terbengkalai. Kuala Kubu Bahru (pusat pentadbiran) juga berada dalam keadaan tepu. Kedudukannya yang terkeluar dari laluan utama serta muka buminya yang berbukit bukau tidak membolehkan bandar ini berkembang luas dan tidak sesuai untuk menjadi kawasan komersil. Pekan-pekan kecil lain dalam daerah ini masih berada di tahap lama (kemajuan amat perlahan) seperti Serendah, Antara Gapi (bandar baru) Sungai Choh, Rasa, Kerling, Kalumpang dan Hulu Bernam. Manakala pekan-pekan yang terletak di laluan Selayang ke Batang Kali ialah Ulu Yam, Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu.
Beberapa bandar baru yang dibuka pada awal tahun 2000an juga gagal mencapai sasaran - masih terkapai-kapai untuk bersaing seperti Bukit Sentosa, Antara Gapi dan Sungai Buaya. Manakala bandar baru yang benar-benar gagal ialan Lembah Beringin.
JIka diberi pilihan, atas sebab-sebab tertentu, hanya empat buah pekan yang penulis letakkan dalam Kategori Pekan LESU dalam Selangor Negeri Maju ini iaitu Beranang, Batu Arang, Bangi (lama) dan Lembah Beringin.
(1) BERANANG. Pekan Beranang yang terletak di sempadan antara Selangor dan Negeri Sembilan, adalah sebuah pekan kecil yang aman dengan pengaruh budaya tempatan yang kuat. Sebahagian pekan ini berada dalam Negeri Sembilan. Kehidupan di sini bergerak perlahan, dikelilingi oleh suasana perkampungan tradisional yang mendamaikan jiwa.

Berenang mengekalkan status sebagai sebuah pekan kecil kekampungan kerana berlakunya urbanisasi berhampirannya. Ombak kewujudan bandar baru yang lengkap dan moden melimpah dari arah pekan Semenyih ke selatan seperti Eco-Majestic, Rincing dan Seri Kesuma telah memadamkan nama Beranang dalam senarai pekan yang boleh dimajukan. Kawasan perumahan baru ini menawarkan kemudahan yang jauh lebih banyak berbanding pekan Beranang. Pembinaan lebuhraya (LEKAS) yang agak jauh dari kedudukan pekan ini menjadikan pekan ini berada di luar laluan utama pengguna jalan dari Negeri Sembilan ke Selangor dan sebaliknya. Selain itu pemilikan tanah persendirian yang bersaiz kecil oleh penduduk tempatan (termasuk rezab Melayu) menyulitkan proses pembangunan. Maka penduduk Beranang lebih rela mengekalkan identiti yang sedia ada - sepi dan tenang.
Malah, sebuah bandar baru Tasik Senangin (Lenggeng) hanya beberapa kilometer dari pekan Beranang telah dibangunkan lebih 15 tahun dulu (nama asalnya Bandar Akademia masih lengang menagih kehadiran penduduk.
(2) BANGI. Pekan Bangi merupakan BANGI yang asal sebelum wujudnya Bandar Baru Bangi. Bangi mula dibuka antara tahun 1886-1896. Pembukaan BB Bangi pada awal tahun 1970an terus menutup pintu kemajuan untuk Bangi (kini disebut pekan Bangi Lama). Keberadaan Stesen KTM Bangi serta beberapa buah sekolah di situ menjadi penyebab pekan Bangi turut merasai budaya bandar besar iaitu kesesakan lalu lintas. Kewujudan Bandar Seri Putera, Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Lembah Selatan (Southville) di sekitarnya menambah tenat dan sengsara lagi kehidupan pekan Bangi.

Terdapat pelbagai cerita tentang nama asal Bangi. Antaranya dari nama Tok Bangai (Tok Batin Orang Asli), berbangai (bau busuk ikan yang dijemur) dan serai wangi di tepi sungai. Tetapi kesah dan pendapat yang paling boleh diterima adalah dari perkataan ‘bangai’ yang bermaksud terbuang atau yang disingkirkan. Ini berlaku di akhir abad ke 19, apabila terdapat persengkataan di kalangan kerabat Diraja Selangor (di zaman Sultan Abdul Samad) telag di'bangai' (dibuang daerah) ke kawasan Hulu Langat ini. Tempat itu lalu dikenali sebagai tempat orang-orang istana yang terbangai atau terbuang/tersingkir. Dalam ejaan Jawi, perkataan 'bangai' ditulis dengan huruf 'ba, alif, nga, ya'. Bagaimanapun apabila penjajah British mengambil alih pentadbiran nama tersebut ditulis secara langsung dengan huruf Roman dengan ejaan "B-A-N-G-I". Maka, kekallah nama Bangi tersebut.
(3) BATU ARANG. Batu Arang adalah sebuah pekan warisan sejarah di daerah Gombak. Pekan ini pernah menjadi pusat perlombongan arang batu kedua terpenting di Tanah Melayu selepas Kuala Lumpur pada awal abad ke-20. Kalau Kuala Lumpur mengambil nama dari kuala sungai (Sungai Gombak) yang berlumpur akibat perlombongan, nama Batu Arang ini diambil sempena perlombongan arang batu.Penemuan arang batu di kawasan ini mula dikesan pada tahun 1908 oleh seorang penduduk tempatan bernama Haji Abdul Hadi dari Batang Berjuntai. Operasi perlombongan berskala besar dimulakan oleh syarikat British, Malayan Collieries Ltd, sekitar tahun 1913–1915. Pekan ini pernah hidup 24 jam sehari dengan ribuan pekerja, sistem kereta api, serta kilang batu bata. Selepas Perang Dunia Kedua, persaingan dengan petroleum yang lebih murah serta pelbagai masalah industri menyebabkan lombong arang batu ditutup secara rasmi pada 30 Januari 1960.
Walaupun aktiviti perlombongan telah ditutup sepenuhnya, pekan Batu Arang tetap menyimpan sejarah sebagai satu lokasi terpenting dan pernah menjadi penarik kepada British untuk mengaut keuntungan menerusi pelombongan arang batu. Peninggalan sejarahnya masih boleh dilihat di 22 tapak atau tinggalan sejarah pelombongan arang batu boleh ditemui. Kesan yang paling menonjol ialah kilang batu-bata Brick Klin iaitu antara bangunan industri yang muncul hasil daripada aktiviti pelombongan itu.
Selain kilang bata terbabit, pengunjung boleh melawat Geotapak Bekas Lombong Batu Arang yang mana orang ramai boleh melihat kesan daripada aktiviti pelombongan seperti tempat penyimpanan longgokan arang batu terbesar dan bekas lombong terbuka kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Di sini juga boleh dapat gambaran bagaimana suasana bekerja dan kegigihan pekerja lombong mencari rezeki dengan persekitaran kerja yang ekstrim. Batu Arang telah menghasilkan sebanyak 15.5 juta tan arang batu dan hasil pendapatan bernilai RM163.3 juta pada masa itu.
Terdapat dua kaedah melombong arang batu di pekan itu dan antaranya melombong di permukaan tanah (open cast) dan terowong dalam tanah. Dikatakan terdapat 11 kawasan lombong terbuka diusahakan pada zaman itu manakala kira-kira 600 meter terowong sedalam 304.8 meter berselirat dikorek dan dibina bawah tanah Pekan Batu Arang untuk kerja melombong arang batu.
Orang ramai boleh juga mengunjungi Galeri Batu Arang, Tapak Tinggalan Jambatan Keretapi dan banyak lagi.
https://www.hmetro.com.my/santai/2024/06/1097662/nostalgia-pekan-batu-arang



Lembah Beringin hanya 74km jaraknya dari ibu kota Kuala Lumpur. Jauh sedikit dari Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Penulis berpengalaman melalui derita bandar terbengkalai seperti ini. Bandar Bukit Beruntung (BBB) dan Bandar Bukit Sentosa (BBS) dibangunkan bersama dengan Lembah Beringin. Keduanya mengambil masa 15 tahun untuk mula bangkit dan kini telah mampu bersaing. Kelebihan kedua-dua Bukit itu adalah semua rumah kedai/rumah tempat tinggal sudah disiapkan, hanya pemiliknya tidak bersedia untuk masuk. Apa yang berlaku di Lembah Beringin ialah kebanyakan bangunan masih belum disiapkan.
Jadi, bagaimana cara untuk membangun semula. Menyambung pembinaan, tidak mungkin. Merobohkan dan memusnahkan semuanya dan membina yang baru bakal menelan kos yang amat tinggi.
Tinjauan juga mendapati, ratusan rumah yang sepatutnya dihuni penduduk, berakhir dengan jalaran tumbuhan tidak ubah bagai 'hutan batu' yang berkemungkinan besar menjadi sarang ular dan binatang berbisa.
Siapa sahaja yang telah membeli rumah di situ, telah membayar setiap bulan kepada bank sudah tentu hati digamit pilu, air mata bergenang menyaksikan tragedi yang menimpa rumah milik mereka di Lembah Beringin. Lembah Beringin adalah paparan hutan batu sebenar. Rangka ratusan rumah terbengkalai berdiri kaku menjadi saksi bisu gagalnya sebuah projek, musnahnya satu impian, leburnya satu harapan.
Nota : Masih segar dalam ingatan penulis ketika membaca iklan dan promosi penjualan rumah di BBS, BBB dan Lembah Beringin ini. Umpan utamanya ialah pembangunan pesat yang dicanang di kawasan tersebut serta mudah diakses melalui Lebuhraya PLUS telah mendorong ramai yang tertarik membeli hartanah di situ. Antara umpan yang dicanang ialah pembinaan pusat sukan, universiti serta penempatan semula Zoo Negara dari Hulu Kelang. Selain itu, akan dibina pelabuhan darat (pusat pengumpulan kontena dari Pelabuhan Klang dan yang paling indah ialah dikatakan KLIA Subang akan dipindahkan ke Hulu Selangor.
Namun semuanya tinggal cerita, yang ada di Lembah Beringin hari ini hanya Kolej Yayasan UEM dan padang golf yang nampak daif.
https://utusantv.com/2021/10/25/beringin/

Di awal abad ke-20 (sejak tahun 1934), Pasir Penambang berfungsi sebagai pelabuhan dan laluan penyeberangan serta penghubung penting antara kawasan Tanjung Karang dengan pekan lama Kuala Selangor yang merentasi Sungai Selangor. Kedudukannya di kuala Sungai Selangor amat strategik sebagai pusat perdagangan hasil laut dan juga hasil pertanian dari kawasan pendalaman.
Hari ini, Pasir Penambang bukan sahaja kekal sebagai perkampungan nelayan yang maju, tetapi telah berkembang menjadi destinasi pelancongan popular yang terkenal dengan kedai makan makanan laut (seafood), hasil laut kering, bebola ikan buatan sendiri, serta inap desa (chalet) bernuansa kampung.


Nama Serendah diambil daripada kedudukan geografi kawasan ini yang berupa lembah rendah di sepanjang Sungai Serendah. Paras tanah yang rendah menyebabkan ia kerap dinaiki air atau berlaku bah (banjir besar) setiap kali hujan lebat turun dari bahagian hulu.
Serendah semakin maju dan penduduknya terdiri dari berbilang bangsa dan agama. Rumah ibadat bersejarah seperti Gurdwara Nanaksar (1897), Kuil Sin Sze Si Ya (1898), dan Kuil Hok Leong Keong (1899) turut diasaskan pada era ini.
Dalam tahun 1930-an pihak pentadbiran British telah membina empangan limpah ikonik dikenali sebagai Perigi Tujuh Serendah (mempunyai 7 perigi/lubang limpahan) bagi mengawal aliran air dan mengelakkan banjir besar.
Semasa Perang Dunia Kedua, Serendah menjadi lokasi pertempuran sengit pada 10 Januari 1942 apabila Batalion ke-28 British India (Gurkha) menahan kemaraan tentera Jepun sebelum terpaksa berundur dan akhirnya tewas.
Pada abad ke-20 dan ke-21, Serendah bertukar wajah daripada pekan perlombongan lama kepada hab perindustrian dan bandar satelit Rawang, menempatkan ibu pejabat Perodua, pembangunan UMW HVM Park, serta perbandaran terancang Antara Gapi. Perkhidmatan tren moden mula beroperasi melalui Stesen Komuter Serendah sejak April 2007.
Masyarakat Cina mula menetap di sini untuk bekerja di lombong bijih timah, dibuktikan dengan kewujudan Tokong Tan Gong yang berusia lebih seratus tahun. Menjelang tahun 1900, Rasa menjadi pusat pengeluaran bijih timah penting bersama Kuala Kubu Bharu dan Serendah. Malah dikatakan terdapat laluan pengangkutan darat dan rel keretapi ke Pahang.
Semasa Pendudukan Jepun (1942–1945), aktiviti ekonomi terhenti dan Tokong Tan Boon Chia dirampas dijadikan ibu pejabat tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, British telah membina Kampung Baru Rasa bagi mengasingkan masyarakat Cina dari menjadi sumber bantuan kepada pengganas PKM.
Kejatuhan harga bijih serta kemerosotan serta penutupan industri perlombongan bijih timah dalam 1970an menyebabkan pengurangan penduduk. Pembukaan Lebuhraya PLUS pada tahun 1990 menyebabkan Rasa terkeluar dari laluan utama menjadikan Rasa sebuah pekan yang lebih sunyi. Walaupun Rasa bukan pekan mati, rentak pembangunannya amat perlahan berbanding pekan-pekan dalam daerah Selayang, Gombak, Klang dan Kuala Selangor.
Nama Kerling berasal daripada kisah kepahlawanan Syed Manshor (atau Syed Masyhur) bersama pengikutnya semasa berlakunya Perang Saudara Selangor (1867–1874). Beliau yang menyokong kumpulan Raja Mahadi telah melarikan diri ke selatan Kuala Kubu kerana diburu oleh askar upahan Pahang yang diupah oleh Tengku Kudin. Semasa menaiki sampan menyusuri sungai yang dikelilingi hutan tebal, pengikutnya sentiasa melihat ke kiri dan kanan kerana bimbang diekori musuh. Syed Manshor berpesan, "jika berjalan kerling, kerling dahulu", dari sinilah tercetusnya nama Kerling.
Antara tarikan popular di Kerling ialah Kolam Air Panas Kerling yang menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah
(10) KALUMPANG. Pekan Kalumpang diasaskan sekitar tahun 1883 oleh seorang pahlawan keturunan Rao bernama Panglima Kanan. Asal-Usul nama Kalumpang diambil sempena nama sebatang pokok, iaitu pokok Kelumpang yang banyak terdapat di kawasan tersebut semasa ia mula diteroka.
Atas arahan Dato' Haji Mustapha bin Raja Kamala (Penghulu Tanjung Malim), Panglima Kanan telah membuka kawasan di seberang Sungai Bernam ini dan membawa masyarakat dari Rao (asal dari Sumatera) untuk mendirikan penempatan. Pada peringkat awal, Kalumpang dan Tanjung Malim berada di bawah pentadbiran yang sama. Namun, apabila garis sempadan negeri ditetapkan mengikut aliran Sungai Bernam, Tanjung Malim kekal di bawah negeri Perak manakala Kalumpang menjadi sebahagian daripada negeri Selangor. Satu ketika dulu di dalam abad ke 19, Kalumpang turut berkembang sebagai salah satu kawasan perlombongan bijih timah seperti Serendah dan Kerling.
Limpahan pembangunan Tanjung Malim ini (kemudian menjadi sebuah daerah - Mualim) ke arah utara membantu pekan berhampirannya Behrang (meliputi Bandar Behrang, Behrang Stesen dan Behrang Ulu). Namun pembangunan ini tidak menyeberang ke Selangor.
Pekan Hulu Bernam hanya mendapat sedikit limpahan pembangunan Tanjung Malim berasaskan kepada pembangunan prasarana dan komersilnya. Walaupun terdapat bangunan rumah kedai baru, bangunan kayu lama tahun enam puluhan masih dikekalkan.
Kawasan perumahan di daerah Mualim sudah lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pembangunan yang dibawa oleh UPSI dan Proton City serta peningkatan taraf Tanjung Malim kepada sebuah daerah.
Malah lebih menyedihkan, sebuah bandar baru yang dibuka pada awal tahun 2000 dan hanya 20km dari Tanjung Malim telah menjadi bandar mati dan berhantu.
Tempat ini dibuka oleh seorang pedagang dari Sumatera bernama Nakhoda Omar.
Kapal dagang milik Nakhoda Omar telah karam berhampiran pantai lalu beliau mengarahkan pengikut yang terselamat memunggah barangan yang ada ke daratan dan mencari makanan dengan menangkap ikan. Seterusnya mereka mendirikan kawasan penempatan sementara bagi menanti jika ada kapal dagangan lain yang lalu. Namun, selepas beberapa lama, tidak ada kapal yang lalu dan Nakhoda Omar kemudian mengambil keputusan terus menetap di situ.
Pun begitu terdapat satu lagi versi berkaitan nama BNO ini. Menurut kesah dalam versi ini, pedagang dari Sumatera bernama Omar datang ke Tanah Melayu mencari sahabatnya bernama Nakhoda. Bagaimanapun kapalnya telah rosak di pantai tempat ini. Pada asalnya perkampungan di situ hanya dikenali bagan sahaja (kawasan penjemuran ikan) Sementara menungu kapal mereka diperbaiki mereka ke darat dan menumpang sementara di perkampungan nelayan di situ sambil meneruskan usaha mencari sahabatnya dan akhirnya mereka bertemu. Oleh kerana terlalu lama menunggu siapnya pembaikan kapal itu, Nakhoda telah mengajak Omar dan pengikutnya terus menetap di kampung itu. Lanjutan dari kerapnya komunikasi mereka berkaitan kesah pertemuan Nakhoda dan Omar, maka bagan itu dipanggil Bagan Nakhoda Omar.





