Monday, June 24, 2019

M 199: DI ANTARA YANG DISANJUNG DAN DIJUNJUNG


Secara zahirnya, ia satu berita yang menggembirakan (khususnya rakyat Kelantan) yang mendengar berita atau melihat gambar Rajanya (Sultannya) yang ketika itu menjadi Yang Di Pertuan Agong XV Malaysia melangsungkan perkahwinan dengan wanita berbangsa Rusia (dikatakan bekas Ratu Cantik Russia) bernama Oxana Gorbatenko (Oxana Voevodina), 25 tahun.

Diberitakan majlis diadakan secara eksklusif di Barvika Hall, Moscow, Rusia pada 22 November 2018.


https://says.com/my/seismik/tengok-sini-untuk-video-gambar-rasmi-perkahwinan-sultan-muhammad-v-oksana-voevodina

Perkahwinan dan dengan siapa dan di mana ia diadakan, itu adalah hak Tuanku Sultan.

Namun, sebagai rakyat biasa Malaysia yang selama ini dipaparkan dengan keperibadian baginda yang amat warak, melakukan pelbagai aktiviti yang tidak pernah dibuat oleh seorang Sultan seperti menyembelih lembu semasa Hari Raya Qurban, memandu kereta sendiri ke masjid dengan pakaian yang simple (berjubah dan berkopiah) tanpa pengawal, dan bersolat di celah-celah saf rakyat biasa, TENTULAH video ini membuat kita terkesima.

Kita lupakan adat istiadat Melayu atau Kelantan.

Kita jangan bertanya atau ingin tahu siapa yang membiayai majlis tersebut.

Satu pun berita tidak pernah didengari yang baginda (waktu itu masih menjawat jawatan yang DiPertuan Agong) akan bernikah dengan sesiapa.

Setelah berita dan gambar perkahwinan baginda menjadi viral pun masih taiada lagi pengumuman rasmi perkahwinan baginda.

Tiada pengumuman dari jurucakap Istana Negara mahu pun Istana Kelantan.

Perdana Menteri Malaysia (Tun Dr Mahathir) pun tidak tahu menahu tentang perkahwinan ini.

KUALA LUMPUR, 29 Nov 2018: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Istana Negara mengenai dakwaan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkahwin.

Beliau dilihat enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai dakwaan perkahwinan yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Saya tidak tahu, saya tidak ada pengesahan rasmi, jadi saya tak boleh kata apa-apa," katanya apabila ditanya media di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan portal media antarabangsa yang mendakwa Sultan Muhammad V telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina di Barvikha, Rusia.

Sejak minggu lalu, beberapa gambar perkahwinan menunjukkan lelaki mirip baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru tersebar di media sosial.



Pernah seorang anak Raja menulis tentang Helang dan Pipit tak sama tinggi.

Pipit pun sebenarnya tidak ingin terbang setinggi Helang. Tetapi pipit adalah rakyat biasa yang mendengar apa jua berita tentang helang. Apa yang helang buat pipit akan mengetahuinya. 

Hakikatnya helang pun mahu supaya pipit sentiasa mengambil berat tentang apa yang helang buat. Helang akan merasa kuat dan gah jika ada pipit yang memuji dan menyanjungnya. Tanpa pipit dan rakan-rakan yang setaraf dengannya helang akan hidup dengan dunianya sendiri dan helang akan mati keseorangan. Kerana helang lain pun mahu seronok disanjung juga. Helang tidak akan memuji kegagahan helang yang lain. Mendengki mungkin.

Helang boleh berperang sesama helang kerana berebut helang betina atau mangsanya. Pipit juga salah satu mangsa helang.

TAPI, bila pipit memuji dan menyanjung kegagahan helang, adakah sebenarnya pipit menghormati atau kerana takutkan helang.

ITU CERITA PIPIT dan HELANG.

RAKYAT dan RAJA bukan binatang/haiwan.

Rakyat biasa ada mata, ada telinga dan ada mulut.

Yang lebih penting, rakyat biasa juga ada otak dan boleh berfikir.

Raja boleh murka bila rakyatnya bersuara tentang apa yang raja tidak suka. Tapi sekuat-kuat raja tidak boleh menutup semua mata, telinga dan mulut rakyatnya. Apa lagi untuk menutup otak rakyat dari berfikir.

Negara ada Undang-Undang. Rakyat tidak boleh bebas menyuarakan rasa hati atau melahirkan fikirannya dalam bentuk perkataan atau tulisan, jika mereka tidak berpuas hati kepada Rajanya.

Tetapi rakyat tetap berfikir dan bercakap. Walaupun sesama rakyat, sama ada percakapan mereka didengar oleh Raja atau tidak.

Jadi, Raja (juga kepada pemimpin negara) jangan sesekali menganggap RAKYAT tiada otak, tiada mulut, tiada mata dan tiada telinga.

Apa persamaan Raja dan Rakyat:


Darah Raja dan darah rakyat sama merah,
Rakyat dan Raja dilahirkan dan (PASTI) akan mati,
Raja boleh menghukum rakyat, rakyat juga boleh menghukum raja.
Raja boleh menjadi rakyat, rakyat boleh menjadi Raja.

Raja boleh memerintah, Rakyat pun boleh memerintah. Macam di Malaysia, walaupun ada Raja yang berdaulat di setiap negeri, tetapi dari segi undang-undang yang memerintah dan mentadbir negara adalah Rakyat melalui Wakil Rakyat yang kemudian menjadi Perdana Menteri, Menteri Besar dan sebagainya.

Tapi apa yang Raja tidak boleh buat tetapi rakyat boleh: 

Raja ada Kerajaan tetapi tidak boleh menderhaka.
Raja punya negeri dan tanah yang luas tetapi tidak berani tidur di mana-mana.
Raja boleh simpan macam-macam jenis senjata dan boleh jadi sniper tapi tidak pernah pergi berperang.
Raja punya kuasa dan kekayaan tetapi tidak boleh menilai perangai rakyat.
Rakyat boleh menghapuskan Raja tetapi Raja tidak boleh mengapuskan rakyat.








No comments:

Post a Comment