Jangan membenci terlalu berlebihan karena suatu saat nanti
malah jadi jatuh cinta.
Pun jangan mencintai secara berlebihan karena suatu hari
akan berbalik kita jadi membenci.
Tuhan Maha membolak balikkan hati.
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.
Manusia selalunya erancang masa depannya, banyak
perancangan atau perkara yang dicita-citakan dapat dicapai. Namun banyak juga
perkara yang manusia rancang gagal dicapai.
Banyak juga perkara yang kita tidak rancang malah kita
tidak ingin ianya berlaku, ia berlaku.
Pada tahun 2015, Datuk Abdul Hamid bin Bador yang ketika
itu menyandang jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM telah ditukarkan ke
JPM supaya tidak meneruskan siasatan ke atas penyelewengan yang berlaku dalam
pengurusan 1MDB.
Keluhannya melalui ketuanya tidak dilayani, malah orang-orang yang ada KUASA dan KEDUDUKAN yang diharapkan untuk membantunya telah turut ditanam hidup-hidup dan digantikan dengan PEMINUM MUNTAH HANTU yang mendambakan jawatan, kekuatan dan kuasa.
Keluhannya melalui ketuanya tidak dilayani, malah orang-orang yang ada KUASA dan KEDUDUKAN yang diharapkan untuk membantunya telah turut ditanam hidup-hidup dan digantikan dengan PEMINUM MUNTAH HANTU yang mendambakan jawatan, kekuatan dan kuasa.
Beliau telah dihina oleh pemimpin negara dan juga rakyat MALAH dicop sebagai PENDERHAKA kerana cuba mendedahkan banyak skandal dan salahlaku di kalangan pemimpin
tertinggi Kerajaan.
Tajuk paparan ini aku tulis sebagai "Hantu 1MDB Bangun dari Kuburan" kerana Hamid telah ditanam kerana cuba membongkar skandal 1MDB yang melibatkan MO1. Pastinya kebangkitannya, bagaikan hantu orang yang dibunuh tanpa dikuburkan, bangun mencari sipembunuhnya.
Tajuk paparan ini aku tulis sebagai "Hantu 1MDB Bangun dari Kuburan" kerana Hamid telah ditanam kerana cuba membongkar skandal 1MDB yang melibatkan MO1. Pastinya kebangkitannya, bagaikan hantu orang yang dibunuh tanpa dikuburkan, bangun mencari sipembunuhnya.
Mohamad Fuzi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Abdul
Hamid (kanan) disaksikan oleh Tan Sri Muyiddin (tengah) dalam Majlis serah
terima tugas Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat
Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.
ABDUL HAMID BADOR: IGP BARU
Abdul Hamid dilantik Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari
ini
NURULATIQ AHMAD BANDI - 03 May 2019
KUALA LUMPUR - Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara,
merangkap Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador
dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara
wajib pada Sabtu ini.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja
Malaysia (PDRM) itu.
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tan Sri
Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen serah
terima tugas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman antara Abdul Hamid kepada Datuk
Seri Ramli Hassan untuk memangku jawatan itu.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26366/BERITA/Nasional/Abdul-Hamid-dilantik-Ketua-Polis-Negara-berkuat-kuasa-hari-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
BERITA-BERITA SEBELUM ITU
Siapa Bakal KPN?
PUTRAJAYA, 1 MEI 19: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
PUTRAJAYA, 1 MEI 19: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.
Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat
pelantikan Abdul Hamid.
“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara) dan
saya rasa YDP Agong sudah tandatangan surat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis
Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),
di sini, hari ini.
Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun
yang bersara wajib, Jumaat ini.
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara
menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.
Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat
pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam
siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan
terus ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang
kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan
dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah
(JI) serta elemen pengganas Daesh.
Abdul Hamid Bador Pemangku Timbalan KPN
norizuan@hmetro.com.my
PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid
Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Noor Rashid
Ibrahim yang bersara wajib Ahad ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata,
pihaknya yakin Abdul Hamid akan memikul amanah diberikan dengan cemerlang dan
dapat memacu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharungi apa jua cabaran pada masa
akan datang.
“Saya yakin sahabat lama ini akan meneruskan legasi kerana
kita bekerja bukan kepentingan diri tetapi demi menjaga amanah diberi.
“Bagi pihak pasukan, saya mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri (Noor Rashid) yang menaburkan
khidmat bakti serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM.
“Noor Rashid ibarat sebutir bintang yang begitu bersinar
dalam pasukan apabila beliau diberi kepercayaan menyandang pelbagai jawatan
penting antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Timur Laut, Timbalan
Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN), Pesuruhjaya Polis Sabah dan
sebagainya sebelum mengakhiri khidmat baktinya sebagai Timbalan Ketua Polis
Negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis serah terima tugas jawatan
Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis
(PERKEP) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.
Pada majlis sama, Mohamad Fuzi turut menyaksikan penyerahan
dokumen Naib Pengerusi PERKEP antara Puan Sri Shahriza Saad@Mansor kepada Datin
Seri Nor Azrin Marzuki.
Mohamad Fuzi berkata, pihaknya berterima kasih kepada
Shahriza yang menerajui kepemimpinan PERKEP dengan cemerlang.
“Dia juga memangku jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia
selepas arwah isteri saya yang tercinta meninggal dunia pada 15 Disember 2016.
“Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Puan Sri (Shahriza) akan
terus kekal dalam lipatan sejarah PERKEP Malaysia,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 12:44 PM
Pendedahan Berani Mati
Hamid Bador
SURAT TERBUKA 1
SURAT TERBUKA 1
Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak
Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan
galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga.
Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa
suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi
kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi
memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan
rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram
serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab"
pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT
TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau
dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya
bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA,
disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara
terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.
Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya
terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2
kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua
jabatan.
Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh
dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis
Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu
yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih
besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk
mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan
JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang
telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana
yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.
Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa
orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi
menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang
bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara
terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya
rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak
yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk
membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua
jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui
perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!
"What choice do I have???". Perlu juga saya
tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat
suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang
akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu
buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang
Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan
seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan
di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah
tetap jenayah.
Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan
kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang
menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari
Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini
untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya
akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka
masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin
perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya
bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini
hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk
menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan
negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang
dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati
kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya
manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang
sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya
ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak
akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.
Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan
kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang
ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana
tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang
budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis
Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Dato
Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua
kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela
orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.
Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan
dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan
seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang
keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya
pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan
pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin
politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak
serta tangan isteri mereka.
Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian
saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela
meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol
dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi
menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes
"rompakan" wang 1MDB ini. Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh
seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya
seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi
negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak
sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak
bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu
kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan
Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang
secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.
Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan
diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana
warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran.
Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera.
Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan
yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang
bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit
Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A
COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek
berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila
tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk
jel......I Know What You Did Last Summer!!!
Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos
yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga
ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan
tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan
terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.
Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar
Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai.
Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini
sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu,
tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan
buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu
boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya
Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall
birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu
cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick
to the issue!!!
Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat
beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan
yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan
atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan
kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI
BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum
beliau "dipecat". Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya
majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk
pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah
menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk
terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup
berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha
itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi
yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN.
Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS
KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan
oleh para "perompak"ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar
pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi
"perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke
tanah jua.
Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana
Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu
cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan
Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri
Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan???
Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC
dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara
"dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank
Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara? Mengapa ketiga-tiga saksi
utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi
keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu
betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun
peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan
untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan
mewah beliau??
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.
Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri
dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh
kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak
amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan
ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai
bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk
menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anak buah.
Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan
pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. Tan Sri
wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk
berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan
bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan,
menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur
melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam
yang teraniaya!!!
Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri???
Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga
yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini
sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat
awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan
negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri....jangan sampai kita
tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!
PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.
Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri
tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak
terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani
Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi. Memanglah kami tahu bahawa
penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah
hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes Tan
Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali. Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu
mula-mula menerima jawatan tersebut.......to discharge your duties with the
highest standard of integrity??? Atau adakah Tan Sri sendiri masih
terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???Tetapi
orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea
tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat"
Tan Sri Gani Patail itu dibuat.
Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan
Perdana Menteri. Wahai Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya
hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah
kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi.
Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. Saya
masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang
sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil.
Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara
itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan
Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar
negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu
Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri
untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada
generasi anakcucu kemudian hari.
KETUA POLIS NEGARA.
Kepada Ydh Tan Sri saya ingin mengambil peluang untuk
menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera
dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.
Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama
berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan
sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian
terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus "are
you with me or are you not?" Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam
penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM
ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang
berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita
"POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan
negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! Sudah lupakah Tan Sri
bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang
ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar
nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB???
Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka
yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah.
..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin
ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan
oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil
pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan
kes 1MDB. Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT
DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang
sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri
diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah
bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25
March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah
segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah
KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan
kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.
MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.
Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib
yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa
tangga. Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati
itu untuk "memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya
dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan
pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan
menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri.
Sebelum tragedi pemecatan
jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam
mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. Bimbang betul Perdana Menteri
dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu. Tetapi sesudah
"dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi
pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak
melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan
oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum...... "Cummon Tan
Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared
to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will
easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised
as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so
timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir".
Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan
Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan
"habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin
semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih ingat
dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita
sebelum Tan Sri "dipecat"......" Hey look...this difficult
decision that I have made is not about toppling the government. I am not
interested in politics. I am just doing my job". Lantaran mendengar
kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis
kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar
rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya.
Aamiin.
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.
Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru
supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan
tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN
MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar
dengan cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang. Jangan
dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang
bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka
gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini. Saya tidak lagi
berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami
untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka "tidak cukup tanah
untuk lari". Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah
bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan
rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang
lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan. Rakyat
tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran
yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan
masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang".
Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!
LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.
Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM,
Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia
di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku
"perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani
berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. Kepada yang MUSLIM
eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai
khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan
integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam.
Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke
hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.
Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai
agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku
"perompak" 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti
kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM
yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran
dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi
pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.
Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan
bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri
Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai
samasekali. Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri
yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah.
Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu??? Tidak ketinggalan juga seruan
saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi
mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam
urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang
"dibeliborong" oleh mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk
menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas
berbelanja barangan mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak
dibayar. Ingat ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti???
Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se
mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan
bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan
dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!
Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini.
Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang
menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.
Salam hormat dan salam perjuangan,
ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.
1 OKT 2015.
SURAT TERBUKA 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana
Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri.
Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan
oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang
menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja.
Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.
Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan
beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan
apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan
penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar
undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas
menunjukkan wujud salahlaku jenayah.
Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang
dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara
itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya
masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu.
Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang
ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat
sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan
bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah
di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini???
Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk
menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???
Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan
mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM
menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau
wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA
wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya......bukan RM42 juta sahaja tetapi
ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.
Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion
billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum???
Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri
tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan
"derma" se macam ini.
Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan
oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan
negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya
untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH.
Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang
telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang
sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.
Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu
taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan
kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya
sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain.
Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak
mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup.
Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara
yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang
ditakuti........hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???
Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah
dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan
sebarang kesalahan dalam kes ini.
Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion.
Ish...ish...ish... Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat
nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud.
Mengapa berdolak dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana
Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi
perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma
tersebut???
Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai. Fokuskan tugas
itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di
seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak
akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri
untuk kepentingan politik.
Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang
"derma Arab halimunan" ini telah dikembalikan sungguhlah menakjubkan.
Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana,
caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang
ini dilakukan ???
Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara
segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut
di luarnegara menerusi peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money
trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian
besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.
Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak
berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri
memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan??? Sedarlah bahawa
diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar....berani
menggadai nyawa demi mempertahankan pertiwi.....tegas melawan kejahatan.....membela
orang yang teraniaya.....
Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan
oranglain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu
....mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran......menggunakan duit untuk
membeli kesetiaan.....menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak
pegawai kerajaan......mengikut telunjuk isteri secara membabi buta.
Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT.
Sudahlah tu......sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila
episod penganiayaan ini akan berakhir???
Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri
apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai
semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik
mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi
ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu
mudah.
Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak
akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden
OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan
pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak
FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada
bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai
melompat....
Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan
agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan
kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan
sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa
negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan
penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak
berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan. Ia tidak ada kena
mengena dengan ISIS!!!
Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang
Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina
nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan
ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab. Hentikanlah usaha jahat nak
"membeli kesetiaan" akhbar SINAR tu. ...dan kita akan tengok dalam
masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE
MALAYSIA TODAY
Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan
pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal
ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan
dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina
ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT.
Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta "giler"
duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan
pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini.
Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH. Agen-agen jahat ini sedia mempunyai
KECACATAN pada imej dan diri masing-masing. Yang menghairankan saya ialah ada
di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang
mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat
U-turn 180 darjah.
Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan
sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian
peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi
kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita,
Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani
dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa
ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh
pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or
favour......rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!.
KIPIDAP DONGIBAB!!!
Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan
saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai
polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan
sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.
Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan
mencegah jenayah. Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu
tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah.
Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk
menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan
Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati
ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti
saya akan kumandangkan lagu keramat ini.
Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi.
Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah........mengaku
sajalah dan bertaubat.
Sudahlah tu.....
Salam hormat dan GONGXI FA CAI
ABDUL HAMID BADOR
1 Feb 2016
Datuk Abdul Hamid Bador adalah antara individu yang
terjejas akibat siasatan skandal 1MDB baru-baru ini telah dipanggil bertemu
perdana menteri kerajaan HARAPAN Tun Dr Mahathir bersama bekas peguam negara
Tan Sri Gani Patail dan bekas Timbalan Pesuruhjaya SPRM [Bah: Operasi] Datuk
Shukri Abdull untuk menjelaskan masalah sebenar.
Datuk Shukri Abdul kemudiannya diumumkan sebagai Ketua
Pesuruhjaya SPRM selepas pertemuan dengan Tun Mahathir – apakah Datuk Hamid
Bador akan diumumkan sebagai Ketua Polis Negara?
Datuk Hamid Bador juga hari ini dilantik ahli Pasukan Khas
Siasatan 1MDB yang diberi mandat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk
menyiasat skandal 1MDB di dalam dan diluar negara.
Untuk rekod, Tun Mahathir selepas mengangkat sumpah sebagai
Perdana Menteri menyebut bahawa sesiapa yang terjejas, ditukar atau diturun
pangkat akan dinaikkan pangkat semula; ‘demoted will be promoted’. – Susunan Majalah
Review Malaysia – MRM | 21 Mei, 2018
MONDAY, AUGUST 24, 2015
Dato Abdul Hamid
sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir
Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato
Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir
Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat
dan sangat wajar.
Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara
menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan
Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.
Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri
dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila
menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri.
Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat
Anwar.
Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya
bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan,
bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.
Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari
ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau
sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara.
Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi
yang tidak sepatutnya berlaku.
Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman
penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.
Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah
anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran
kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.
Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid
sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan
Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur
Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang
dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.
Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini.
Di mana beliau bersuara lantang?
Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan
khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.
Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan
kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.
Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan
mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan
disiplin yang serius.
Selepas ‘dibuang’ Abdul Hamid kembali sebagai pengarah
Cawangan Khas
Rabu, 23 Mei 2018 4:28 PM
Oleh: THE STAR
KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador (gambar) pernah
dibuang dari Bukit Aman berikutan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB),
tetapi kini beliau kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Abdul Hamid meninggalkan pasukan polis sebagai timbalan
pengarah Cawangan Khas Bukit Aman tetapi kini kembali untuk memimpin jabatan
itu.
Beliau mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd
Mokhtar Mohd Shariff (yang bersara), dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan
di Bukit Aman pada pagi Rabu.
Awalnya, kontrak Mohd Mokhtar sepatutnya berakhir pada
bulan September tetapi ia tamat lebih awal.
Pada 2015, Abdul Hamid dipindahkan ke Jabatan Perdana
Menteri (JPM) untuk memantau isu keselamatan dan transnasional selepas 37 tahun
berkhidmat untuk PDRM.
Abdul Hamid dilaporkan berkata bahawa perintah
perpindahannya itu tidak didedahkan kepada sesiapa.
Beliau mendakwa bahawa hanya diberitahu untuk melaporkan
diri kepada JPM pada 2 Sept 2015.
Kemudian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menafikan dakwaan bahawa pemindahan Abdul Hamid adalah secara paksaan.
Pada sidang akhbar yang diadakan pada tahun yang sama,
Abdul Hamid mendakwa terdapat "kuasa yang tidak kelihatan" yang tidak
selesa dengannya sebagai orang nombor dua di Cawangan Khas.
Beliau berkata ia mungkin ada kaitan dengannya yang
menegaskan bahawa isu 1MDB perlu disiasat sepenuhnya.
Abdul Hamid juga berkata Cawangan Khas telah menasihatkan
kerajaan untuk menjelaskan isu itu dengan sebaiknya kepada rakyat dan menggesa
mereka yang terlibat di dalamnya untuk turut tampil berbuat demikian.
Baca lebih lanjut di
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/05/23/abdul-hamid/#ZyxtocuLyvdyST20.99
Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan
Tun Mahathir
Editor
EditorNo Comment
posted on Aug. 25, 2015 at 8:00 am
Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato
Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir
Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat
dan sangat wajar.
Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara
menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan
Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.
Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri
dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila
menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri.
Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat
Anwar.
Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya
bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan,
bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.
Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari
ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau
sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara.
Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi
yang tidak sepatutnya berlaku.
Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman
penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.
Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah
anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran
kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.
Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid
sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan
Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur
Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang
dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.
Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini.
Di mana beliau bersuara lantang?
Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan
khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.
Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan
kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.
Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan
mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan
disiplin yang serius.
SENARAI KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA terdahulu
(1) Tan Sri
Sir Claude Fenner (18 September 1958 - 28 Mac 1966) - telah meninggal dunia pada 15 Mei 1978.
(2) Tun Mohamed
Salleh Ismael (29 Mac 1966 - 31 Januari 1973)- telah meninggal dunia pada 31 Jan 1973 semasa dalam perkhidmatan.
(3) Tan Sri
Abdul Rahman Hashim (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974) - telah meninggal dunia pada 7 Jun 1974 semasa dalam perkhidmatan.
(4) Tun Mohd.
Hanif Omar (8 Jun 1974 - 15 Januari 1994)
(5) Tan Sri
Abdul Rahim Mohd Noor (16 Januari 1994 -7 Januari 1999)
(6) Tan Sri
Norian Mai (8 Januari 1999 - 4 November 2003)
(7) Tan Sri
Mohd. Bakri Hj. Omar (5 November 2003 - 11 September 2006) - telah meninggal dunia pada 10 November 2014.
(8) Tan Sri
Musa Dato' Hj Hassan (12 November 2006 - 12 September 2010)
(9) Tan Sri
Ismail Omar (13 September 2010 - 16 Mei 2013)
(10) Tan Sri
Khalid Abu Bakar (17 Mei 2013 - 4 September 2017)
(11) Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun (4 September
2017 - 3 Mei 2019)
SEMOGA TEMPOH KONTRAK 2 TAHUN IGP ABD HAMID BADOR INI AKAN DAPAT MENYIASAT, MEMBONGKAR, DAN MERUNGKAI SKANDAL SALAH GUNA KUASA TERBESAR YANG MELIBAT KAN BEKAS PEMIMPIN NO 1 NEGARA KITA INI.
PERLANTIKAN LAIN
Tengku Maimun Ketua Hakim Negara baharu
HAKIM Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat
dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu sekali gus mencatat sejarah apabila beliau
menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan tertinggi badan kehakiman negara
itu.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata,
berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong atas nasihat
Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja memperkenankan pelantikan berkenaan.
“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat
mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang
di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah
Persekutuan selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan
itu.
Tengku Maimun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan
26 November lalu.
Sebelum itu, beliau adalah Hakim Mahkamah Rayuan selama
lima tahun mulai 8 Januari 2013 sehingga 25 November 2018.
Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri menyatakan
penghargaan dan terima kasih kepada Tan Richard Malanjum di atas khidmat bakti
beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara.
Tempoh jawatan beliau itu berakhir pada 12 April lalu
selepas mencapai umur 66 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 7:03 PM
Nik Azman dilantik Ketua Audit Negara baharu
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara
untuk tempoh dua tahun bermula 23 Februari 2019 hingga 22 Februari 2021.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dalam
kenyataan hari ini, berkata Nik Azman menggantikan Tan Sri Madinah Mohamad yang
menamatkan tempoh perkhidmatan pada 22 Februari lalu.
“Berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan
Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis
Raja-Raja memperkenankan pelantikan Nik Azman sebagi Ketua Audit Negara.
“Nik Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of
Nebraska, Amerika Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan
kewangan,” katanya.
Tambah Ismail, Nik Azman sebelum ini pernah berkhidmat di
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebagai Ketua Setiausaha dari September 2018
hingga Oktober 2018 sebelum bersara.
Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ketua Pengarah Unit
Perancang Ekonomi, selain berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.
“Kerajaan juga merakamkan setinggi perhargaan dan terima
kasih kepada Madinah atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang
jawatan Ketua Audit Negara, khususnya dalam usaha mentransformasi dan
menstruktur sistem pengauditan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan
kerajaan,” katanya.
Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa
Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa
1 Jun lalu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini
memaklumkan pelantikan Latheefa Koya adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta
SPRM 2009 dengan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting
ke arah proses reformasi institusi kerajaan,” katanya.
Menurut kenyataan itu, selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta
SPRM (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Datuk
Seri Mohd Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau
sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM lebih awal daripada sepatutnya pada
17 Mei 2020.
“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri
Mohd Shukri yang banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan
sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.
Latheefa Beebi Koya atau turut dikenali sebagai Latheefa
Koya adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.
Dilahirkan di Kerala, India, beliau adalah peguam dan
aktivis hak kemanusian yang aktif melalui Lawyers for Liberty.
Selepas menubuhkan Lawyers for Liberty pada tahun 2011,
Latheefa menjadi penasihat sehingga 2018 sebelum menjadi Pengarah Eksekutif
sehingga kini.
Pada 21 Mei tahun lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan
pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun
iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.
Mohd Shukri, 58, berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum
bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua
Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
No comments:
Post a Comment