KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KALI KE 14 pada 10 Mei 2019 mencipta sejarahnya tersendiri apabila Kerajaan BARISAN NASIONAL (BN) (sebelum ini Kerajaan Perikatan) - yang diterajui oleh UMNO - yang memerintah Malaysia (sebelum ini Persekutuan Tanah Melayu) sejak tahun 1955 JATUH TERSUNGKUR di tangan PAKATAN HARAPAN (PH) yang dipimpin oleh pemimpin DE FACTO PH, Tun Dr Mahathir bin Mohammad, mantan Presiden UMNO dan mantan Pengerusi BN selama 22 tahun.
KEKALAHAN BN (UMNO) bukan disebabkan BN gagal membawa pembangunan dan kemakmuran kepada Negara dan Rakyat Malaysia tetapi kekalahan BN adalah lantaran kesamsengan, kesombongan, ketamak-halobaan dan kebobrokan sikap pemimpin-pemimpin UMNO serta isu-isu kleptokrasi di kalangan PEMIMPINnya.
Penulisan kali ini, aku ingin menyingkap kembali kesah pemuda Jawa yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO, suatu ketika dulu cuba menjadi hero bermati-matian cuba membantu God Fathernya (Timbalan Presiden) untuk menjatuhkan Presiden UMNO dengan mendedahkan kroni Tun Mahathir dalam syarikat-syarikat perniagaan. Tetapi beberapa jam kemudian pendedahan itu melantun ke dahinya sendiri apabila senarai pemegang equity syarikat-syarikat didedahkan mendapati nama Ahmad Zahid dan keluarganya serta kroni God fathernya begitu banyak tercatat.
Ahmad Zahid sebelum PRU 14 pernah berjumpa Tun Mahathir (diceritakan sendiri oleh Tun) untuk meminta sokongan Tun M bagi mengambil alih kepimpinan UMNO sekiranyanya Najib diketepikan. Apabila Tun M enggan memberi sokongan etrbuka, Ahmad Zahid menghentam Tun M membuta tuli bagi mengkaburi mata bossnya, seolah-olah dia benar-benar setia. Termasuklah 'isu bodoh' berkaitan Kad Pengenalan Tun M dengan menyebut di khalayak ramai bahawa Tun M sebenarnya ialah 'a/l Iskandar Kutty' yang menggunakan UMNO dan Melayu untuk kepentingan dirinya.
Itulah sejarah Ahmad Zahid yang tidak habis-ahabis memperlihatkan kelemahannya yang suka bercakap tanpa berfikir. Hanya seronok menerima tepukan gemuruh seperti pelawak mendapat punch line.
Semasa ku melayarai internet mencari fakta-fakta kes mahkamah pemimpin-pemimpin (dan bekas) tinggi UMNO, aku terjumpa blog ini.
Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi SJMK (Kelantan), SPSN, SPMP (Perak), SSAP (Pahang), DP (Sarawak), SPDK (Sabah), PNBS (Sarawak), DUNM (Melaka), DPMP(Perak), DPMK (Kelantan), DMSM (Melaka); PhD (UPM)
Dalam PRU Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arshad (PKR), PRU Malaysia 2004 beliau menewaskan Ayyathurai Achutharaman (PKR), PRU 2008 dan 2013 Ahmad Zahid mengalahkan Madzi bin Hasan (PKR).
PRU 10/1999
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 12,938 (60.86%)
Mohamad Dahalan Arhsad (PKR) - 8,321 (39.14%)
4,617 60.24%
PRU 11/2004
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,049 (79.08%)
Ayyathurai Achutharaman (PKR) - 4,510 (20.92%)
Majoriti: 12,539
PRU 12/2008
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 13,115 (55.72%)
Madhi Hasan (PKR) - 10,423 (44.28%)
Majoriti: 2,692
PRU 13/2013
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,176 (53.27%)
Madhi Hasan (PKR) - 15,068 (46.73%)
Majoriti: 2,108
PRU 14/2018
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 18,909 (40.0%)
- telah bermesyuarat untuk membuat pinjaman tetapi undang-undang tubuh YGBK mengatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pinjaman. Sebuah Syarikat Sden Bhd sepatutnya ditubuhkan bagi pihak YGBK.
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan baharu membabitkan pecah amanah berjumlah RM260,000, milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
KEKALAHAN BN (UMNO) bukan disebabkan BN gagal membawa pembangunan dan kemakmuran kepada Negara dan Rakyat Malaysia tetapi kekalahan BN adalah lantaran kesamsengan, kesombongan, ketamak-halobaan dan kebobrokan sikap pemimpin-pemimpin UMNO serta isu-isu kleptokrasi di kalangan PEMIMPINnya.
Penulisan kali ini, aku ingin menyingkap kembali kesah pemuda Jawa yang pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO, suatu ketika dulu cuba menjadi hero bermati-matian cuba membantu God Fathernya (Timbalan Presiden) untuk menjatuhkan Presiden UMNO dengan mendedahkan kroni Tun Mahathir dalam syarikat-syarikat perniagaan. Tetapi beberapa jam kemudian pendedahan itu melantun ke dahinya sendiri apabila senarai pemegang equity syarikat-syarikat didedahkan mendapati nama Ahmad Zahid dan keluarganya serta kroni God fathernya begitu banyak tercatat.
Ahmad Zahid sebelum PRU 14 pernah berjumpa Tun Mahathir (diceritakan sendiri oleh Tun) untuk meminta sokongan Tun M bagi mengambil alih kepimpinan UMNO sekiranyanya Najib diketepikan. Apabila Tun M enggan memberi sokongan etrbuka, Ahmad Zahid menghentam Tun M membuta tuli bagi mengkaburi mata bossnya, seolah-olah dia benar-benar setia. Termasuklah 'isu bodoh' berkaitan Kad Pengenalan Tun M dengan menyebut di khalayak ramai bahawa Tun M sebenarnya ialah 'a/l Iskandar Kutty' yang menggunakan UMNO dan Melayu untuk kepentingan dirinya.
Itulah sejarah Ahmad Zahid yang tidak habis-ahabis memperlihatkan kelemahannya yang suka bercakap tanpa berfikir. Hanya seronok menerima tepukan gemuruh seperti pelawak mendapat punch line.
Semasa ku melayarai internet mencari fakta-fakta kes mahkamah pemimpin-pemimpin (dan bekas) tinggi UMNO, aku terjumpa blog ini.
Setelah membaca dan meneliti semua dokumen dan bahan bukti
yang dipaparkan, maka aku percaya ia bukan satu finah. Walaupun kes ini telah
berlaku 10 tahun yang lalu (pada tahun 2008), tidak pernah pihak diri atau
keluarga Ahmad Zahid mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman
penulisnya. Kesimpulannya, jika kes ini masuk mahkamah, maka, segala-galanya
akan terbongkar. Diakui bahawa, Ahmad Bazli memang bersalah (berdosa) membuat
hubungan cinta dengan Nurulhidayah yang masih mempunyai suami, dan Ahmad Zahid
(selaku bapa) dan suaminya ada hak menghalang dan memaksa memutuskan hubungan
mereka NAMUN cara tindakannya amat tidak diterima.
Hukum perundangan kita (JIKA) menghukum adalah setelah
dibuktikan (di mahkamah) bahawa jenayah (membunuh, cubaan membunuh atau
mencederakan) telah dilakukan. Mahkamah tidak mencari bukti kenapa dia
membunuh. Seperti kes Pembunuhan Altantuya Sharibuu. Inspektor Azilah dan
Kopral Sairul dijatuhim hukuman mati kerana dibuktikan melakukan pembunuhan.
MAHMAKAMH tidak pernah bertanya atau mengarahkan siasatan MENGAPA atau KENAPA
mereka membunuh Altantuya.
Biarkan, pihak Polis dan SISTEM PERUNDANGAN melaksanakan
tugasan mereka dan mereka yang membuat keputusan itu akan menjawab kepada ALLAH
nanti.
Mengikut fakta dari wikipedia.org, Ahmad Zahid dilahirkan
di Ponorogo, Pulau Jawa (1953). Sebagai rakyat Malaysia keturunan Jawa (datuk dan nenekku berasal dari
Kabupaten Blora, Jawa Tengah), aku memang berbangga dengan pencapaian anak
keturunan Jawa dalam politik tanah air. Sebelum ini anak keturunan Jawa yang mencapai tahap tertinggi dalam politik dan pentadbiran ialah Almarhum Tun Sardon bin Hj Jubir (orang RENGIT, BATU PAHAT) (1917 - 1985), bekas Menteri Persekutuan (1957 - 1974) dan Yang DiPertua Negeri PULAU PINANG (1975 - 1981).
NAMUN aku merasa sungguh malu dengan
perangai Ahmad Zahid (yang telah kaya dan senang di Tanah Melayu) telah
menjadi bongkak, sombong dan takabbur dengan kuasa dan jawatan yang dikurniakan ke atasnya.
Saya gagal mencari tahun sebenar AZ mula aktif dalam
politik di peringkat cawangan dan Bahagian. Sejarah awal politik AZ bermula
sebagai Setiausaha Politik Najib Tun Razak (Menteri Pertahanan) dari tahun 1987
hingga 1995. Beliau pernah dilantik
menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) dari tahun 1991 - 1994 sebelum bertanding
di kerusi Parlimen Bagan Datok (dan menang) dalam PRU 1995.
Yang Berhormat Dato' Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi SJMK (Kelantan), SPSN, SPMP (Perak), SSAP (Pahang), DP (Sarawak), SPDK (Sabah), PNBS (Sarawak), DUNM (Melaka), DPMP(Perak), DPMK (Kelantan), DMSM (Melaka); PhD (UPM)
JAWATAN DALAM KERAJAAN
(1) Setiausaha
Politik Menteri Pertahanan (1987 - 1995)
(2) Ahli Dewan
Negara (1991 - 1994)
(3) Ahli Parlimen
Bagan Datoh (1995 hingga sekarang)
(4) Timbalan
Menteri Pelancongan (2004 - 2006)
(5) Timbalan
Menteri Penerangan (2006 - 2008)
(6) Menteri Di
Jabatan Perdana Menteri (Agama) (2008 - 2009)
(7) Menteri
Pertahanan (2009 - Mei 2013)
(8) Menteri Dalam
Negeri (Mei 2013 - 28 Jul 2018)
(9) Timbalan
Perdana Menteri (28 Jul 2015 - 9 Mei 2018)
JAWATAN DALAM POLITIK
(1) Ketua Pemuda UMNO (1996 - 1999)
(2) Pengerusi Pemuda BN (1996 - 1999)
(3) Ahli Majlis Tertinggi UMNO (2000 - 2007)
(4) Naib Presiden UMNO (2008 - 2016)
(5) Pemangku Timbalan Presiden UMNO (2016 - 2018)
(6) Pemangku Timbalan Pengerusi BN (2015 - 2018)
(7) Presiden UMNO (30 Jun 2018 - kini) - (bercuti mulai 21 Dis 18)
(8) Pengerusi BN (Jun 2018 - kini)
BIODATA AHMAD ZAHID
Ahmad Zahid Hamidi dilahirkan pada 4
Januari 1953 dan merupakan seorang ahli politik Malaysia dan juga bekas Timbalan
Perdana Menteri Malaysia (2015 - 2018) di dalam kerajaan Barisan Nasional. Beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri sejak
2013, dan sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 sehingga
2013. Beliau merupakan Ahli Parlimen Bagan Datoh di Perak dan merupakan ahli
politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Kehidupan Awal dan Keluarga
Ahmad Zahid dilahirkan pada 4 Januari 1953, dan
merupakan anak sulung daripada 9 beradik (tujuh anak lelaki dan dua anak
peremupan) dalam keluarganya. Bapanya, Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah
(87) dan ibunya Allahyarhamah Tuminah Abdul Jalil (81 tahun) berasal dari Kulon
Progo dan Ponorogo, Indonesia. Pada 1 Oktober 2011, ibunya meninggal dunia. Pada 8 Ogos 2014, bapanya Raden Hamidi Abdul
Fateh pula meninggal dunia. Kedua-duanya meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dan dikebumikan di Bagan Datoh.
Bekas Ahli Parlimen PAS Bagan Datoh, almarhum Datuk Hj Hassan Adli bin Mohd Arshad
merupakan bapa saudaranya. Beliau telah berkahwin dengan Datin Seri Diraja
Hamidah Khamis yang berasal dari Melaka.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Sungai Balai dan menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin
Shah, Ipoh dan Sekolah Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Selepas itu beliau
menyambung pengajiannya ke Universiti Malaya dalam bidang Sastera pada tahun 1975-1976.
Selanjutnya beliau mengambil kursus Certificate in Banking dan Diploma in
Marketing Communication . Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannnya kepada
jurusan Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia. Seterusnya beliau
dianugerahkan ijazah doktor kehormat, PHD dari Universiti Putra Malaysia semasa
cuti rehat selepas tahanan ISA 1998.
Semasa di universiti, beliau menjadi penyunting tabloid
Mahasiswa Negara yang diterbitkan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai pegawai bank dan pernah
berkhidmat di beberapa bank seperti bank OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional
(1995–1998) dan juga Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pengurus Pemasaran di
Amanah Saham Nasional Berhad, Pengarah Eksekutif di Scandinavian Motors Sdn
Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di Kretam Holding Berhad, Pengerusi Tekala
Corporation Berhad, Pengerusi Seng Hup Berhad dan Pengerusi Ramatex Berhad.
Pada tahun 1999 beliau menjadi Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB).
Politik
Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Datok, Naib
Ketua Pemuda UMNO Perak, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua Pemuda
UMNO Malaysia. Beliau memikul tanggungjawab Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa
di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan. Seterusnya sebagai
Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Kemudian beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri Najib. Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-53 (1997), beliau menghentam
Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad
berhubung isu KKN (Kroni, Korupsi dan Nepotisme) dalam kerajaan. Berikutan itu,
Dr Mahathir Mohamad telah mendedahkan nama-nama Melayu/Bumiputera yang mendapat
saham dan jawatan dalam syarikat tertentu.
Tahanan politik ISA
Ahmad Zahid yang pada masa itu merupakan Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO sejak 1996 dan empat pemimpin Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) telah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada
21 September 1998 kerana menyokong kegiatan Reformasi oleh bekas Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jawatan beliau selaku Ketua Pemuda
UMNO pada masa itu dipangku oleh Hishamudin Tun Hussien.
Pilihan Raya Malaysia
Dalam PRU Malaysia 1995, Ahmad Zahid buat kali pertama dipilih mewakili BN dan beliau mengalahkan
Asha'ri Marsom dari Semangat 46 di Parlimen Bagan Datoh atas tiket Barisan
Nasional (UMNO). Beliau dilihat pemimpin muda yang berpotensi dari negeri
Perak.
Dalam PRU Malaysia 1999 beliau menewaskan Mohamad Dahalan Arshad (PKR), PRU Malaysia 2004 beliau menewaskan Ayyathurai Achutharaman (PKR), PRU 2008 dan 2013 Ahmad Zahid mengalahkan Madzi bin Hasan (PKR).
Kontroversi
Tidak lama selepas perhimpunan Hitam 505 berikutan Pilihan
Raya Umum ke-13 Malaysia kerana tuntutan penipuan dan manipulasi undi, beliau
berkata rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem politik negara
harus meninggalkan negara ini. Kenyataan ini menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan rakyat, meletakkan tanda tanya serius terhadap masa depan
politiknya dalam masyarakat berbilang kaum. Kenyataan ini dibuat selepas
siri demonstrasi jalanan yang diketuai oleh parti pembangkang yang enggan
menerima keputusan pemilihan umum Malaysia ke-13. Akta pertamanya sebagai Menteri
Dalam Negeri adalah untuk memerintahkan penentangan terhadap pemimpin
pembangkang dan pendapat, mendekrutnya dalam kontroversi yang lebih besar
dengan undang-undang hasutan yang digunakan untuk cuba menindas suara parti
pembangkang.[23] Ahmad Zahid telah didakwa oleh ahli perniagaan Amir Abdullah
Bazli kerana didakwa menumbuknya pada 16 Januari 2006 di kelab rekreasi Country
Heights di Kajang, Selangor menyebabkan mangsa mengalami keretakan tulang
hidung dan mata kiri bengkak.
Semasa ucapan di Melaka, Zahid telah merekodkan mengesahkan
dasar polis "menembak untuk membunuh" ketika menangkap penjenayah
berbahaya, termasuk sokongan kumpulan samseng tertentu.
Zahid didakwa menumbuk kekasih Nurul Hidayah Ahmad Zahid
(anak perempuan), Amir Bazli Abdullah pada Januari 2006. Amir Bazli mengalami
patah tulang hidung dan mata yang bengkak. Kes itu telah dijalankan di mahkamah
sivil selama enam tahun sebelum perkara itu diselesaikan di luar mahkamah.
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen Malaysia: Bagan Datoh, Perak
PRU 9/1995
Ahmad
Zahid Hamidi (UMNO) - 17,646 (86.24%)
Asha'ri Marsom (S46) - 2,816 (13.76%)
Majoriti: 14,830
Asha'ri Marsom (S46) - 2,816 (13.76%)
Majoriti: 14,830
PRU 10/1999
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 12,938 (60.86%)
Mohamad Dahalan Arhsad (PKR) - 8,321 (39.14%)
4,617 60.24%
PRU 11/2004
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,049 (79.08%)
Ayyathurai Achutharaman (PKR) - 4,510 (20.92%)
Majoriti: 12,539
PRU 12/2008
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 13,115 (55.72%)
Madhi Hasan (PKR) - 10,423 (44.28%)
Majoriti: 2,692
PRU 13/2013
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 17,176 (53.27%)
Madhi Hasan (PKR) - 15,068 (46.73%)
Majoriti: 2,108
PRU 14/2018
Ahmad Zahid Hamidi (UMNO) - 18,909 (40.0%)
Pakhrurrazi Arshad (PKR) - 13,836 (29.2%)
Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS) - 4,061 (8.6%)
Majoriti: 5,073
Salahlaku Pecah Amanah Zahid Hamidi
Inilah sebenarnya wajah kepimpinan dalam UMNO yang mampu
merosakkan imej negara. Kepimpinan seperti ini perlu ditolak. Kepimpinan
seperti ini tidak seharusnya wujud. Berikut adalah hipnosis tambahan mengenai
Dato Ahmad Zahid Hamidi dalam skandal kewangan yang berbau rasuah:
1. Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan (YGBK) ditawarkan oleh
MITI saham Kretam Holdings berhad sebanyak 8,888,888 unit saham dan setiap satu
berharga RM1.10.
2. Untuk membeli saham tersebut, YGBK terpaksa mendapat
pinjaman sebanyak RM10 juta.
3. Lembaga Pemegang Amanah YGBK ketika itu adalah:-
Pengerusi: Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Setiausaha: Dato Ahmad Zahid Hamidi
Bendahari: Dato Seri Tengku Adnan Mansor
Ahli: Dr Tajuddin Jali, Datok Seri Dr Jamaluddin Jarjis
- telah bermesyuarat untuk membuat pinjaman tetapi undang-undang tubuh YGBK mengatakan bahawa mereka tidak boleh membuat pinjaman. Sebuah Syarikat Sden Bhd sepatutnya ditubuhkan bagi pihak YGBK.
4. Walaubagaimanapun Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah mengeluarkan surat tawaran tanpa izin daripada MITI kepada Syarikat Nipah
Tech Sdn Bhd, dua pengarah adalah Abd Latif dan Hamidah Khamis.
5. Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sendiri telah
mengeluarkan surat 'Letter head Menteri Pertahanan' kepada Nipah Tech Sdn Bhd
untuk beli saham tersebut dengan janjinya sebanyak 10 sen didermakan kepada
YGBK. Dato Ahamd Zahid telah bersekongkol dengan pegawai MITI supaya syarikat
Sdn Bhd 100% dibawah kawalannya ditawarkan akan saham tersebut.
Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Setiausaha Politik dan
Setiausaha Lembaga Pemegang Amanah ketika itu telah menggunakan pegawai MITI
(orang dalam) untuk kepentingan dirinya supaya tawaran 8,888,888 saham Kretam
Holdings Berhada diberikan kepada syarikat peribadinya di mana Hamidah Khamis
(isterinya) adalah pemegang utama.
6. Dato Ahmad Zahid Hamidi melakukan pecah amanah:-
i) Saham itu adalah kepunyaan YGBK
ii) Tidak memberi 10 sen seperti yang dijanjikan
iii) Menipu Abd Latif Jantan dengan meminta MITI menawarkan
saham kepada syarikat lain daripada Nipah Tech Sdn Bhd.
7. Satu masa nilai saham itu naik sehingga RM19 sesaham dan
dikalikan dengan 8,888,888 saham menjadi nilai RM168,888,872. Beli cuma RM10
juta, dapat untung RM158,888,872.00, dan sepatutnya YGBK dapat untung lebih
kurang RM145 juta ke RM152 juta selepas ditolak interest RM8 - 15 juta.
8. RM145 juta ke RM152 juta inilah modal politik Dato'
Ahmad Zahid Hamidi dengan pengeluaran pertama RM30 juta difaraidkan kepada adik
beradik dan keluarga.
Seterusnya belanja kempen bertanding Ketua Pemuda UMNO
Malaysia juga habis sekitar RM20-30 juta. Bagi pengeluaran RM40 juta yang
kedua dan seterusnya dikeluarkan secara berperingkat-peringkat.
9. Dato Seri Hishamuddin, Dato Hasni Mohamad (Pontian),
Dato Aziz Sheikh Fadzir dan Dato Mokhzani Mahathir telah mengadap Tun Dr
Mahathir. Keputusannya ada unsur pecah amanah (CBT).
Namun sekali lagi Tun Dr Mahathir bertoleransi dan
menyelamatkan Dato Ahmade Zahid Hamidi daripada didakwa di mahkamah, tetapi
Dato Ahmad Zahid Hamidi masih tidak mengenang budi. Sepatutnya Dato Ahmad Zahid
boleh didakwa pada masa itu atas tuduhan pecah amanah.
10. Semasa menjadi ahli Parlimen biasa, Dato Ahmad Zahid
telah dilantik sebagai Pengerusi di salah sebuah anak syarikat PKN Perak.
Beribu-ribu ekar tanah kepunyaan anak syarikat PKN Perak diselewengkan. Tanah
yang sepatutnya dibina rumah dan dimajukan untuk golongan sederhana rendah dan
rendah telah habis kepada tangan taukeh-taukeh Cina di Lembah Kinta (wang
komisyennya sahaja cukup berbaloi untuk dibahagikan).
Adakah ini orang yang layak untuk kita amanahkan untuk
menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai menteri yang
bertanggungjawab ke atas Tabung Haji). alamat tergadailah tanah dan harta
Tabung Haji. (Awas! Waspada wahai pemegang saham Tabung Haji!)
Akhirnya:
Adakah orang ini orang yang layak kita amanahkan untuk
menjaga tanah Tabung Haji? (Dato Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri yang
bertanggungjawab ke atas Tabung Haji), alamat tergadailah tanah dan harta
Tabung Haji. "Awas! Waspadalah wahai penyimpan Tabung Haji!)
http://anti-zahid.blogspot.com/2008/11/salahlaku-pecah-amanah-cbt-zahid-hamidi.html
http://anti-zahid.blogspot.com/2008/11/salahlaku-pecah-amanah-cbt-zahid-hamidi.html
Zahid mengaku tidak bersalah atas 45 tuduhan
KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2018: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10
tuduhan pecah amanah dan lapan tuduhan rasuah berjumlah RM42,083,132.99 dan 27
tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM72,063,618.15.
Zahid, 65, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura
Alwi selepas pertuduhan dibacakan satu persatu kepadanya.
Mahkamah membenarkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu
dibebaskan dengan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin dan
memerintahkannya menye-rahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah memerintah-kan Zahid membayar jaminan sebanyak RM1
juta semalam manakala bakinya sebelum atau pada 26 Okt dan menetapkan 14 Dis
untuk sebutan semula kes.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram
yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan mengetuai barisan pendakwaan
yang dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P.
Kunyalam, T. Deepa Nair dan Nadia Mohd Izhar.
Zahid, bekas Timbalan Perdana Menteri itu diwakili 12
peguam diketuai Hisyam Teh Poh Teik dan dibantu antaranya Datuk Ahmad Zaidi
Zainal dan Kitson Foong.
Bagi 10 tuduhan pecah amanah Zahid didakwa sebagai seorang
ejen iaitu pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang telah diamanahkan wang
berjumlah RM20,833,132.99 milik yayasan tersebut telah melakukan pecah amanah
jenayah wang tersebut.
Zahid dituduh melakukan kesalahan itu di Affin Bank Berhad,
Cawangan Jalan Bunus, No. 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India, di sini
antara 13 Jan 2014 dan 11 Jan 2016
mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara
tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih 20 tahun, dan sebatan dan
hendaklah dikenakan denda, jika sabit
kesalahan.
Bagi lapan kes rasuah, mengikut tuduhan ke-11, Zahid
didakwa menerima suapan daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant &
Services iaitu sekeping cek Public Islamic Bank Berhad bernombor 109144
bernilai RM250,000 milik syarikat Jogabonito Jewellery & Diamonds melalui
Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co.
bernombor 514253526286.
Bagi tuduhan ke-12, beliau didakwa menerima suatu suapan
daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services, iaitu 13 keping
cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000016, 000017, 000018, 000019, 000020,
000022, 000023, 000026, 000027, 000028, 000029, 000030 dan 000031 bernilai
RM8,000,000 milik syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui
Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun Maybank milik Lewis & Co.
bernombor 514253526286
Bagi tuduhan ke-13, Zahid didakwa menerima suatu suapan
daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services iaitu 10 keping
cek RHB Islamic Bank Berhad bernombor 000072, 000073, 000074, 000075, 000076,
000077, 000078, 000079, 000080 dan 000082 bernilai RM5,000,000 milik Berani
& Jujur Trading melalui Junaith Asharab bin Md Shariff menggunakan akaun
Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai
dorongan bagi melakukan suatu transaksi yang dicadangkan berlaku, iaitu
membantu syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk mendapatkan
projek-projek MyEG di bawah kendalian Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Selain itu, bagi pertuduhan ke-14, presiden UMNO itu
dituduh menerima suatu suapan daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang
Pengarah di Syarikat Data Sonic Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan
Banking Berhad bernombor 804122 berjumlah RM5,000,000 milik syarikat Sarana
Kencana Sdn Bhd melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor
514253526286.
Bagi pertuduhan ke-15, Zahid didakwa menerima suatu suapan
daripada Chew Ben Ben yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Data Sonic
Group Berhad, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 804121
berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Sarana Kencana Sdn Bhd melalui akaun
Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Kedua-dua tuduhan itu dilakukan sebagai upah untuk Zahid
sebagai Menteri Dalam Negeri, melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya
dengan badan awam itu, iaitu syarikat Data Sonic Techno-logies Sdn Bhd telah
dilantik bagi melaksanakan prolehan Penambahan Pembekalan Cip Pasport Selama 5
Tahun Atau 12.5 juta cip yang akan dimasukkan ke dalam halaman Biodata
Polycarbonate Pasport Malaysia untuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) secara
rundingan terus di Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada syarikat Data Sonic
Technologies Sdn Bhd.
Sementara itu bagi pertuduhan ke-16, dia didakwa menerima
suatu suapan daripada Azlan Shah Affril yang merupakan seorang Pengarah di
Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad
bernombor 105749 berjumlah RM300,000 milik Syarikat Profound Radiance Sdn Bhd
melalui akaun Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Pertuduhan ke-17, Zahid didakwa menerima suatu suapan
daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound
Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105773
berjumlah RM1,000,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun
Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Bagi pertuduhan ke-18, dia dituduh menerima suatu suapan
daripada Azlan Shah yang merupakan seorang Pengarah di Syarikat Profound
Radiance Sdn Bhd, iaitu, sekeping cek Malayan Banking Berhad bernombor 105792
berjumlah RM700,000 milik syarikat Profound Radiance Sdn Bhd melalui akaun
Maybank milik Lewis & Co. bernombor 514253526286.
Zahid didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu sebagai
upah untuk diri-nya sebagai Menteri Dalam Negeri melakukan apa-apa transaksi
yang sebenarnya dengan badan awam itu, iaitu melantik syarikat Profound
Radiance Sdn Bhd, sebagai Pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di
Negara Pakistan dan Nepal di Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan
Banking Berhad, Cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, Dataran Maybank, No.
1, Jalan Maarof, Bangsar, antara 15 Julai 2016 dan 15 Mac 2018, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan
boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) Akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi
20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai
suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu atau berbentuk wang, atau
RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Zahid juga menghadapi 27 pertuduhan pengubahan wang haram
membabitkan RM72,063,618.15.
Bagi pertuduhan pertama sehingga ke-25, Zahid didakwa
melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan melibatkan diri secara
langsung dalam transaksi membabitkan hasil daripada aktiviti haram.
Iaitu dengan memberi arahan untuk mendepositkan wang antara
RM600,000 hingga RM9.35 juta ke dalam
akaun bernombor 264258871612 dan juga ‘AKAUN PELABURAN AM-i’ bernombor
264258871605 sebagai Simpanan Tetap, melalui akaun Malayan Banking Berhad milik
Tetuan Lewis & Co, Peguambela dan Peguamcara, di mana ia merupakan hasil
daripada aktiviti haram.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Malayan
Banking Berhad, cawangan Dataran Maybank, Aras 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof,
Bangsar dekat sini antara 27 Mei 2016 hingga 11 April 2018.
Bagi pertuduhan ke-26, Zahid didakwa melakukan kesalahan
sama iaitu dengan memberi arahan
berhubung pembelian dua buah rumah banglo di Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat
bernilai RM5.9 juta, menggunakan cek Malayan Banking Berhad milik Tetuan Lewis
& Co, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di tempat sama pada 9
Jan 2017.
Bagi pertuduhan ke-27, Zahid, melakukan kesalahan serupa
dengan cara meng-arahkan Omar Abdullah, 46, untuk mengubah bagi pihak tertuduh
wang tunai berjumlah RM6,885.270.20 kepada 30 keping cek yang kemudiannya
diserahkan kepada Tetuan Lewis & Co. untuk tujuan pem-belian Simpanan Tetap
di Maybank, yang mana ia merupakan hasil daripada aktiviti haram.
Zahid didakwa melakukan kesalahan itu di Marhaba Enterprise
Sdn Bhd, LG 1.15, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, dekat sini pada 29 Mac
2016 dan 15 Julai 2016.
Pendakwaan untuk kese-mua pertuduhan berkenaan adalah
mengikut Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan
Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum
di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15
tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada
aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan
atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tiga jurubahasa mah-kamah mengambil masa hampir sejam
membacakan setiap satu pertuduhan terhadap Zahid yang berdiri dalam kandang
tertuduh yang sekali sekala menoleh ke belakang ke arah tempat duduk anggota
keluarganya serta pemimpin UMNO yang hadir.
Hisyam yang berada di tepi Zahid turut meneliti satu persatu pertuduhan ketika
jurubahasa membaca pertuduhan berkenaan terhadap anak guamnya.
Terdahulu, Sri Ram membuat tawaran ikat jamin sebanyak RM2
juta bagi Zahid dan Hisyam tidak membantah jumlah itu dan berkata jumlah itu
adalah adil dan munasabah, namun beliau meminta supaya jumlah itu dibayar
secara ansuran sebanyak RM1 juta hari ini dan baki dalam tempoh dua minggu atau
sebelum bulan November.
Sri Ram kemudian memberitahu kepada mahkamah bahawa dia menerima
aduan daripada peguam jenayah yang mempersoalkan me-ngapa ikat jamin orang yang
dituduh dibenarkan dibayar dengan ansuran.
“Selepas kejadian dua bulan kebelakangan, di mana tertuduh
lain telah dibenarkan membayar ikat jamin, saya telah dihujani soalan oleh
peguam jenayah mengenai perkara itu kerana mereka (tertuduh) perlu membayar
sekali gus pada hari yang sama. Saya benar-benar tidak tahu bagaimana untuk
menjawabnya.
“Sepatutnya tidak ada pe-ngecualian. Mereka perlu
menyediakan jumlah jaminan, jika tidak, mereka mungkin ditahan,” katanya sambil
menambah bahawa Zahid tidak seharusnya diberi laya-nan istimewa berbanding
tertuduh lain.
“Tertuduh tidak seharusnya dilayan berbeza daripada
tertuduh lain yang pernah hadir di hadapan anda dan Yang Arif harus menolak
permintaan membayar ikan jamin secara ansuran,” kata-nya.
Hisyam menjawab bahawa semua orang adalah sama di bawah
undang-undang berdasarkan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menyentuh kes membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak
dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di mana mereka dibenarkan membayar ikat
jamin secara ansuran.
“Tujuan jaminan adalah untuk menjamin kehadiran orang yang
dituduh di mah-kamah. Permintaan kami agar wang jaminan dibayar secara ansuran
adalah adil dan munasabah,” katanya.
Sri Ram menegaskan bahawa setiap orang adalah sama dari
segi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama dan ujian itu
adalah bersifat universal dan tidak terpilih dan juga meminta Zahid menyerahkan
pasportnya ke mahkamah.
Hisyam menjawab bahawa anak guamnya tiada risiko untuk
terbang, Sri Ram kemudian mencelah “pihak pembela terdahulu merujuk kepada kes
Najib dan Rosmah. Dalam kes itu (Najib dan Rosmah) mereka terpaksa serahkan
pasport kepada mahkamah,” dan ini
membuatkan hadirin di galeri awam tertawa.
Hakim Azura membenar Zahid diberi jaminan RM2 juta dengan
seorang penjamin dan mengarahkan supaya Zahid menyerahkan pasportnya kepada
mahkamah.
“Tiada persoalan saya memberi layanan istimewa kepada
sesiapa,” kata hakim itu sebelum prosiding ber-akhir.
Hisyam juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak
pembelaan akan memohon kes itu dipindahklan ke Mahkamah Tinggi dan Sri Ram
tidak membantah.
Adalah difahamkan bahawa sahabat keluarga Zahid membayar
wang jaminan itu. — Bernama
Jumaat, 14 Disember 2018 | 11:15am
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas satu pertuduhan
tambahan iaitu melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang RM10 juta milik
Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mohon dibicarakan
selepas pertuduhan tambahan itu dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Berikutan itu, Zahid, 65, kini berdepan dengan keseluruhan
46 pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang
haram.
Mengikut pertuduhan, Zahid sebagai ejen iaitu Pemegang
Amanah Yayasan Akalbudi dan dalam kapasiti itu telah di amanahkan dengan harta
iaitu wang RM10 juta milik yayasan berkenaan telah melakukan pecah amanah
jenayah ke atas harta itu di mana beliau telah dengan curangnya memberi
pinjaman kepada Armada Holdings Sdn Bhd.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank
Berhad, Cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di
sini pada 8 Disember 2015.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak
lebih 20 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah juga dikenakan denda, jika
sabit kesalahan.
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk
Raja Rozela Raja Toran tidak bercadang untuk menambah jumlah jaminan terhadap
tertuduh dan berikutan itu mahkamah mengekalkan jaminan RM2 juta ke atasnya.
Dalam prosiding yang sama, pihak pendakwaan telah meminda
10 pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah terhadap Zahid dengan
memperincikan butiran pertuduhan itu.
Mahkamah menetapkan 20 Februari depan untuk sebutan semula
kes.
Ahmad Zahid hadapi tuduhan baharu pecah amanah
Oleh Farah Marshita Abdul Patah
farahmarshita@nstp.com.my
Rabu, 20 Februari 2019 | 11:18am
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan baharu membabitkan pecah amanah berjumlah RM260,000, milik Yayasan Akalbudi, tiga tahun lalu.
Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah dan memohon
dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim
Azura Alwi.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Ahli Parlimen Bagan Datuk
itu sebagai pemegang Amanah Yayasan Akalbudi didakwa melakukan pecah amanah
terhadap wang berjumlah RM260,000 milik yayasan berkenaan untuk membuat
pembayaran kepada syarikat TS Consultancy & Resources.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dituduh melakukan
kesalahan berkenaan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, Nombor 133, Off
Jalan Masjid India, di sini, pada 23 Disember 2016.
Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun
Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan
denda, jika sabit kesalahan.
Susulan pertuduhan tambahan itu, Ahmad Zahid, kini berdepan
47 pertuduhan membabitkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan
27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul
Khairi, memberitahu mahkamah pendakwaan sudah menyerahkan dua set dokumen
kepada pihak pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah.
Pihak pendakwaan juga tidak menawarkan sebarang jaminan
tambahan dan menggunapakai jumlah ikat jamin terdahulu.
Perkara itu disahkan peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili
Ahmad Zahid yang turut memaklumkan pihaknya akan melakukan semakan terhadap
dokumen yang diserahkan.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan
semula kes.
Dalam prosiding itu, Ahmad Zahid turut diwakili peguam
Hisyam Teh Poh Teik, Kitson Foong, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Mohd Haziq
Dhiyauddin dan Asilah Mohamad Shahril.
Kes Zahid dipindah ke Mahkamah Tinggi
Murni Wan Omar
murni@hmetro.com.my
MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur, memindahkan kes pecah amanah,
rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akalbudi yang dihadapi
oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas dimaklumkan
oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi bahawa Mahkamah Tinggi
sudah membenarkan permohonan mereka untuk memindahkan kes itu.
Ahmad Sazilee berkata, pada 21 Februari lalu Hakim Mahkamah
Tinggi Mohamed Zaini Mazlan sudah membenarkan permohonan mereka, bagaimanapun,
belum menetapkan sebarang tarikh.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya sudah memberi lebih
300 dokumen membabitkan kes itu kepada pembelaan.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mac depan untuk sebutan
semula di Mahkamah Tinggi.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik hadir mewakili Zahid.
Ahmad Zahid, kini berdepan 47 pertuduhan membabitkan 12
tuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang
haram.
Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu serta 20
Februari lalu, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap keseluruhan 47
pertuduhan merangkumi 12 dakwaan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27
pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Ahmad Zahid didakwa menggunakan dana itu untuk membuat enam
pembayaran bagi kad kredit persendirian, polisi insurans serta lesen kenderaan
persendirian, kiriman wang kepada sebuah firma guaman dan sumbangan kepada
persatuan bola sepak Polis Diraja Malaysia.
Kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa
dilakukan di bank sama antara 13 Januari 2014 dan 11 Januari 2016.
Bagi lapan pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima
suapan daripada tiga syarikat iaitu Mastoro Kenny IT Consultant & Services,
Data Sonic Group Berhad dan Profound Radiance Sdn Bhd sebagai dorongan
kepadanya atas kapasiti selaku Menteri Dalam Negeri pada ketika itu untuk
membantu syarikat terbabit mendapatkan projek MyEG, membekalkan cip pasport serta
menyediakan perkhidmatan pusat sehenti di Pakistan dan Nepal.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM
2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak
kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika
disabitkan kesalahan.
Ahmad Zahid juga berdepan 27 pertuduhan pengubahan wang
haram dengan melibatkan diri dalam transaksi secara langsung membabitkan
pendapatan daripada aktiviti haram antara 2016 dan 2018.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram
2001 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama iaitu boleh dipenjarakan
sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau
nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi jika sabit
kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Februari 2019 @
5:28 PM
Perbicaraan kes Zahid Hamidi bermula Julai
SITI AZIELAH WAHI | 22 Mar 2019
KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 18
hari bermula 8 Julai depan untuk perbicaraan 47 kes pecah amanah, rasuah dan
pengubahan wang haram dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk
Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Collin Lawrence Sequerah pada
sebutan kali pertama kes itu selepas dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Collin menetapkan 8 hingga 11 dan 15 hingga 17 Julai, 5
hingga 8 dan 19 hingga 22 Ogos serta 10 hingga 12 September untuk perbicaraan
kes itu selepas dipersetujui pihak pendakwaan dan pasukan pembelaan.
Pendakwa Raya diketuai Datuk Raja Rozela Raja Toran
manakala Ahmad Zahid diwakili beberapa barisan peguam diketuai Hisyam Teh Poh
Teik.
Terdahulu kesemua 47 pertuduhan itu dibacakan semula dan
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Raja Rozela memaklumkan mahkamah, kira-kira 20 saksi
pendakwaan akan dipanggil memberi keterangan.
Pada 19 Oktober dan 14 Disember tahun lalu, Ahmad Zahid
mengaku tidak bersalah atas 46 pertuduhan iaitu 11 pertuduhan pecah amanah,
lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang
puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.
Pada 20 Februari pula Ahmad Zahid, 66, dituduh satu lagi
pertuduhan baharu melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM260,000 milik
Yayasan Akal Budi, tiga tahun lalu.
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment