Friday, November 14, 2025

M 221 : TANAH PUSAKA TERGADAI

 

TANAH PUSAKA TERGADAI

Dalam tahun 1960an dulu, lagu-lagu patriotik menjadi hafalan anak-anak sekolah. Ketika Hari Ibu Bapa (sekarang dinamakan Hari Anugerah Cemerlang) iaitu hari penyampaian hadiah untuk murid-murid cemerlang (sebelum cuti panjang hujung tahun), lagu-lagu patriotik merupakan agenda persembahana wajib oleh para pelajar. Antara lagu yang popular ialah: Malaysia Berjaya, Tanah Airku, Tanah Pusaka, Bahasa Jiwa Bangsa, Perajurit Tanah Air (Inilah Barisan Kita) dan Bahtera Merdeka. 

Mungkin ketika itu semangat kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 masih panas, diikuti oleh penubuhan negara Malaysia pada tahun 1963, Konfrontasi Indonesia (1964-1966) dan Peristiwa 13 Mei 1969.

Namun hari ini, lagu-lagu tersebut sudah jarang didengari. Kecuali lagu Perajurit Tanah Air yang masih aktif dimainkan oleh pancaragam ATM setiap kali diadakan Majlis Perbarisan di semua peringkat.

Pada zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM ke 4 selama 22 tahun (dan seterusnya) ,banyak lagu-lagu patriotik baru digubah dan disiarkan setiap hari di televisyen milik Kerajaan. Antaranya Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Satu Malaysia, Malaysiaku Gemilang, Sejahtera Malaysia, Sehati Sejiwa, AAnak kecil Main Api, Malaysia Boleh, Setia dan lain-lain lagi. Namun banyak dari lagu2 tersebut hilang ditelan zaman.

Terdapat juga artis-artis tempatan yang mempopularkan lagi bersifat patriotik seperti Perwira dan Pahlawanku (Saloma), Baju Hijau (Sanisah Huri), Warisan dan Tanggal 31 (Sudirman), Kami Anak Malaysia (DR Sam), Fikirkan Boleh (Metropolitan) dan lain-lain.

Dalam episod kali ini penulis hanya memfokus kepada lagu TANAH PUSAKA. Lirik tersusun indah dan alunan iramanya amat menyentuh hati. Lagu ini juga sesuai dinyanyikan untuk sepanjang zaman.

SUNGGUH GEMILANG NEGERIKU,
YANG KUPUJA OH TANAH MALAYSIA,
DI MERATA DUNIA,
HARUM SEMERBAK NAMAMU OH MALAYSIA.

AMAN MAKMUR KAYA RAYA,
SELAMA-LAMA HIDUP MAJU JAYA,
OH TANAH PUSAKA,
NEGARAKU YANG BERDAULAT DAN MERDEKA.

TANAH PUSAKA BERTUAH,
BERBAGAI BANGSA DI DALAMNYA,
HIDUP AMAN DN BERSAMA,
BERTEKUN KERJA UNTUK MALAYSIA.

MUSUH MELANGGAR KU GEMPUR,
SUNGGUH RELA KUGUGUR KERANA
KAU TANAH PUSAKA,
BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA.

Penggubah : Tan Sri Ahmad Merican bin Sheikh Kassim Othman Merican (29 Nov 1924 - kini)
Penulis lirik: Tan Sri Dato' Dol Ramli (3 Okt 1922 - 25 Jan 2011)

  
Tan Sri Ahmad Merican dan Allahyarham Tan Sri Dol Ramli

BAGAIMANAPUN setelah berlakunya Agreement of Reciprocal Trade (ART) antara Malaysia dan United States of America yang ditandatangani oleh Anwar Ibrahim dan Donald Trump pada 26 Oktober 2025, PENULIS AMAT KECEWA dengan keputusan dan tindakan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim ini.

Mengimbau peristiwa 1998, semasa Anwar yang sama, ketika itu adalah TPM dan Menteri Kewangan. Ketika Malaysia (dan dunia) sedang menghadapi kegawatan  ekonomi, Anwar telah mengusahakan bantuan pinjaman International Monetary Fund (IMF).  Jika ketika itu PM (Tun Mahathir) menerima syor Anwar, Malaysia akan bbankrap kerana kawalan pengurusan kewangan dan perbelanjaan negara akan dikawal oleh IMF. Malaysia tidak lagi boleh melaksanakan dasar-dasar perolehan seperti keutamaan pembekal/kontraktor tempatan, operasi perbankan dan sebagainya. Malaysia akan dijajah semula oleh Barat atau lebih tepat lagi oleh Yahudi (yang menguasai IMF).

Patut sangatlah Dr Mahathir memecat beliau.

  

Rupanya Anwar tidak putus asa. Beliau tetap mahu membuktikan betapa rapatnya hubungan beliau dengan pemuka Yahudi Amerika.

Kali ini, Anwar selaku PM dan Menteri Kewangan- sekali lagi beliau mengambil tindakan yang hampir serupa bahkan jauh lebih merugikan negara - namun ketika ini beliau berkuasa bukan sahaja sebagai Menteri Kewangan bahkan PM.
Tanpa perundingan dan sokongan/kelulusan di peringkat Jemaah Menteri, hanya keputusan bersama MITI, Tengku Zafrul (tokoh politik kanan yang paling hina atau tidak ada integriti kerana melompat parti yang sama-sama dalam Kerajaan).

Kandungan perjanjian boleh dirujuk di sini: https://www.miti.gov.my/ART



AGREEMENT BETWEEN MALAYSIA & USA ON 'ART'




x
SCHEDULE 1
TARIFF SCHEDULE OF MALAYSIA

x
JOINT STATEMENT ON US-MALAYSIA ART


Jelas sekali. Anwar dan Zafrul benar-benar menggadai maruah negara, melutut  kepada Trump dengan meletakkan hasil-hasil berharga negara serta kuasa perdagangan antarabangsa kepada USA. 

    

Maka sebagai bantahan kepada tindakan terbaru Kerajaan Madani ini, penulis menggubah semula lirik lagu TANAH PUSAKA.


TANAH PUSAKA VERSI 2022-2027

SUNGGUH MALANGNYA NEGERIKU,
YANG KUPUJA OH TANAH MALAYSIA,
DI MERATA DUNIA,
DIPERLI DIKETAWA DI ALAM MAYA.

AMAN MAKMUR KAYA RAYA,
KINI SUDAH JADI PORAK PERANDA,
OH TANAH PUSAKA,
NEGARAKU TERGADAI KE AMERIKA.

TANAH PUSAKA YANG MALANG,
BERBAGAI BANGSA DI DALAMNYA,
HIDUP BERPRASANGKA SESAMA,
ITU KERJA PEMIMPIN DURJANA

DULU MUSUH DATANG AKU GEMPUR,
KINI MUSUH DUDUK MAKAN BERSAMA
OH TANAH PUSAKA,
HASIL HILANG KAMI SEMUA PUTIH MATA.


No comments:

Post a Comment