PRAELUDIUM
Praeludium (bahasa Latin) atau prelude (French & English) bermaksud "an introductionary piece of music, an event that precedes a more important performance". Istilah prelude lazimnya digunakan untuk menjelaskan sesuatu yang muncul sebelum kemunculan yang selepasnya - yang lebih utama dan penting, seperti mendung yang gelap serta pancaran kilat sebelum hadirnya hujan ribut.
Manakala hipotesis (hypothesis) adalah 'testable explanation for a phenomenon that forms the basis of scientific research. Ia satu pendapat sementara yang belum terbukti kebenarannya, yang digunakan sebagai asas atau dasar untuk melaksanakan kajian atau penyelidikan. Hipotesis adalah andaian akademik yang dibuat berasaskan pengethauan dan pemerhatian.
Penulis membuat prelud bahawa BERSATU ditubuhkan sebagai satu wadah pilihan baru politik berideologi nasionalisme orang-orang Melayu dalam PRU-18 (2018) dan berhasrat besar untuk menggantikan UMNO sebagai parti pemerintah.
Hipotesis penulis tentang penubuhan BERSATU adalah ia satu lagi parti serpihan UMNO, seperti mana PMS 46 yang ditubuhkan pada tahun 1986 oleh kumpulan yang diketuai oleh Tengku Razaleigh kerana marahkan kepimpinan Dr Mahathir dan PKR yang ditubuhkan pada tahun 1998 oleh Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO dan juga kerana marahkan kepimpinan Dr Mahathir. Manakala BERSATU pula ditubuhkan oleh Dr Mahathir dan Muhyiddin Yasin yang dipecat dari UMNO dan juga marahkan kepimpinan Najib Tun Razak.
Ahli dan kepimpinan PMS46 boleh dikatakan 100% bekas ahli UMNO yang mengekalkan mentaliti UMNO - hanya bertahan selama 8 tahun sebelum dibubarkan dan kembali menyertai UMNO. PKR membuka keahlian kepada semua bangsa, namun pengaruhnya hanya berpaksikan ketokohan seorang bernama Anwar. Hampir semua pemimpin asal PKR telah lari meninggalkan Anwar. PKR tidak mempunyai halatuju yang mantap, hanya mengikut gerak tari Anwar. Walaupun PKR berjaya menerajui Kerajaan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh PKR, namun ia diungguli oleh DAP yang menerima sokongan (mungkin) lebih 90 pengundi Cina.
BERSATU, walaupun membuka keahlian 'bersekutu' kepada etnik lain (bukan bumiputera) namun ia tidak mempunyai asas yang kuat di peringkat akar umbi. Ahli dan pejuang BERSATU hanyalah segelintir pemberontak UMNO di Cawangan dan Bahagian - malah sukar untuk mencari calon pilihanraya yang berkarisma untuk bawa bertarung.
Pemimpin BERSATU mempunyai mentaliti UMNO yang kukuh, biasa hidup senang, sentiasa mahu jadi pemimpin melalui jalan pintas malah mudah membuka pekong dan busung rakan-rakan sendiri demi untuk mendapatkan perhatian dan pengaruh.
Penulis tidak mempunyai latar belakang pengajian sains politik, jauh sekali menjadi seorang political analyst tetapi ilmu penulis tidaklah tertinggal terlalu jauh mengenai pelbagai teori kemanusiaan dan organisasi kerana penulis pernah mengikuti kursus Strategic Management, Human Behaviour, Seminar in Current Issue, International Security dan Organizational Behaviour semasa mengambil Diploma, Ijazah dan Sarjana.
Penulis juga pernah mempelajari dan mendapat keputusan distinction semasa mengikuti kursus Malaysian Studies dan Regional Studies serta International Relations. Penulis turut mengikuti perkembangan kenaikan dan kejatuhan pemimpin-pemimpin yang dianggap sebagai dictator, obsolute monarch seperti Napoleon Bonaparte (Perancis), Adolf Hitler (Jerman), Benito Mussolini (Itali), Mohammad Reza Pahlavi (Shah Iran), Joseph Broz Tito (Yugoslavia), Sadam Hussein (Iraq), Muammar Ghadaffi (Libya), Soekarno dan Soeharto (Indonesia), Ferdinand Marcos (Filipina), Kerajaan Parti Kongres di India dan lain-lain lagi.
Minat penulis kepada perkembangan politik telah bermula sejak sekolah rendah lagi. Ketika berusia 10 tahun, penulis sudah mampu menghafal nama-nama Jemaah Menteri Malaysia. Sejak PRU-4 (1974) hingga hari ini, penulis akan menunggu dan mengikuti setiap pengumuman keputusan PRU (dan mencatat) sehingga selesai pengumuman pagi esoknya.
Cukuplah setakat itu sebagai mukaddimah.
Sebelum penulis membuat apa-apa justifikasi dan kesimpulan peribadi, marilah kita sama-sama menelusuri sejarah ringkas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau BERSATU.
SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah penubuhan PPBM bermula selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dan Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir sebagai ahli UMNO serta penggantungan Datuk Seri Shafie bin Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016. Pengguguran mereka adalah kerana kelantangan mereka menyuarakan isu penyelewengan dana 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang melibatkan secara langsung integriti Dato' Sri Mohd Najib bin Abd Razak, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Muhyiddin (Ahli Parlimen BEBAS) dan Mukhriz - mantan MB Kedah (ADUN BEBAS) kemudiannya menjemput Tun Dr Mahathir (yang sememang sejak awal begitu lantang membongkar penyelewengan Najib) untuk menubuhkan parti baru untuk orang Melayu untuk menentang UMNO secara demokrasi. Shafie tidak menyertai mereka dan menubuhkan Parti Warisan Sabah.
Permohonan untuk mendaftarkan PPBM telah dihantar kepada Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 dan diluluskan pada 8 September 2016. PPBM dilarang menggunakan akronim 'BERSATU' atas pelbagai alasan. Barisan kepimpinan penaja PPBM adalah seperti berikut:
- Pengerusi : Tun Dr Mahathir bin Mohammad.
- Presiden : Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin.
- Timbalan Presiden : Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir.
- Setiausaha Agong : Encik Kamarul Azman bin Habibur Rahman.
- Bendahari : Puan Ainina binti Saaduddin.
- Ahli Jawatan Kuasa 1 : Tuan Syed Sadiq bin Syed abdul Rahman.
- Ahli Jawatan Kuasa 2 : Encik Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi.
Pendaftaran PPBM berserta barisan kepimpinannya yang tetap telah disahkan sepenuhnya oleh ROS pada 17 Januari 2017. Dengan ini, PPBM dibenarkan menggunakan logo/simbol rasminya untuk tujuan Pilihan Raya. Barisan Majlis Kepimpinan Tertinggi pertama BERSATU adalah:
Pengerusi:
Tun Dr Mahathir bin Mohammad.
Tun Dr Mahathir bin Mohammad.
Presiden:
Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Presiden:
Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir
Dato' Seri Mukhriz bin Mahathir
Naib Presiden:
Tan Sri Abdul Rashid bin Abd Rahman
Datuk Abdul Rashid bin Asari.
Datuk Dr Ronald Kiandee.
Ketua Serikandi:
Datuk Seri Rina binti Harun.
Ketua Armada:
Tuan Sayid Sadiq bin Sayid Abdul Rahman.
Setiausaha Agong:
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin
Bendahari:
Datuk Mohd Salleh bin Bajuri.
Ketua Penerangan:
Datuk Hj Kamaruddin bin Mohd Noor (hingga Sep 2018)
Dr Mohd Radzi bin Jidin (Sep 2028 - Ogos 2020)
Pada 5 April 2018, PPBM telah digantung oleh ROS kerana dikatakan tidak mematuhi Akta Pertubuhan 1966. Pihak PPBM mendakwa ini adalah usaha Kerajaan yang memerintah untuk menyekat PPBM dari menyertai PRU-14 (2018).
PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) yang sedia dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN. Penulis berpendapat permulaan politik PPBM sudah mengelirukan. Strategi utama PPBM ialah menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Atas hasrat itu PPBM sanggup mengenepikan prinsip ideologinya, sanggup berkerjasama dengan musuh ideologi selama berpuluh tahun iaitu DAP dan musuh peribadi selama 20 tahun, iaitu Mahathir vs Anwar. Strategi ini kemudian menyepit dan mencacatkan sejarah PPBM sendiri.
Bagaimanapun, ketika tarikh pencalonan untuk PRU-14 tiba, pendaftaran PH juga masih belum diluluskan oleh ROS. Maka, kesemua parti gabungan menggunakan lambang PKR. Selepas memenangi PRU-14, penggantungan ke atas PPBM dibatalkan dan sebagai Kerajaan yang memerintah, PPBM dibenarkan menggunakan singkatan (akronim) BERSATU dan secara rasmi menjadi ahli komponen PH.
PENCAPAIAN PPBM DALAM PRU-14
PRU-14 merupakan penyertaan pertama PPBM dalam Pilihan Raya Malaysia. PPBM memenangi 13 kerusi Parlimen (5.86%) dan 24 kerusi DUN (5%). Pencapaian PPBM ini penulis anggap bukan kekuatan sebenar PPBM tetapi kekuatan peribadi Tun Dr Mahathir.
Di peringkat pusat walaupun hanya mempunyai 13 kerusi Parlimen, Pengerusi PPBM telah dilantik menjadi Perdana Menteri. Manakala di peringkat negeri, PPBM telah diberi kerusi Menteri Besar di 3 buah negeri walaupun memiliki kerusi yang sedikit berbanding keseluruhan kerusi PH; iaitu Mukhriz Mahathir di Kedah (5/18), Faizal Azumu di Perak (1/29) dan Osman Sapian di Johor (8/36). Pengagihan ini adalah juga penulis jangka atas kehendak Tun Dr Mahathir kerana kepimpinan tertinggi PH menghormati peranan Tun Dr Mahathir yang menjadi faktor kejayaan PH menumbangkan BN.
Selepas ini PPBM lebih sering menggunakan akronim BERSATU.
Beberapa minggu selepas PRU-14, seramai 14 Ahli Parlimen BN yang melompat ke PPBM.
Pada bulan Februari 2020, Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan keluar dari BERSATU. Ini diikuti oleh tindakan BERSATU yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin keluar dari komponen PH. Maka, Kerajaan yang dipimpin oleh PH roboh. Muhyiddin mengadakan kerjasama dengan PAS dan BN serta parti-parti dari Sarawak dan Sabah membentuk Perikatan Nasional dan diteguhkan lagi dengan tindakan 8 Ahi Parlimen PH (PKR) melompat menyertai BERSATU. Perikatan Nasional (PN) berjaya mendapat sokongan majoriti membentuk Kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri ke 8.
Tun Dr Mahathir kemudian menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan diterajui oleh anaknya Mukhriz Mahathir.
Lanjutan dari perubahan Kerajaan pusat serta pembentukan Perikatan Nasional pada Februauri 2020, kepimpinan Kerajaan di Kedah bertukar tangan. PAS mengambil-alih negeri Kedah dan Dato' Mohd Sanusi bin Mohd Noor dilantik menjadi Menteri Besar. Manakala di Johor, BN yang mempunyai majoriti mengambil alih kuasa dan Datuk Hasni bin Mohammad dilantik menjadi Menteri Besar. BERSATU kekal di Perak sehingga Disember 2020 apabila BN membawa usul undi tidak percaya yang disokong oleh DAP. Faizal tewas dan Dato' Sharani bin Mohammad dari BN(UMNO) dilantik menjadi Menteri Besar.
Di Sabah, Warisan pimpinan Shafie Apdal yang memenangi PRN-15 Sabah pada tahun 2018 telah membubarkan DUN dan PRN-16 Sabah diadakan pada bulan September 2020. Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin oleh BERSATU telah memenangi PRN dan Dato' Hajiji bin Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
PERHIMPUNAN AGONG TAHUNAN BERSATU 2020
Ini merupakan Perhimpunan Agong Tahunan (PAT) pertama yang melibatkan pemilihan kepimpinan BERSATU sejak ia didaftarkan pada 2017. Berikut adalah senarai Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU untuk penggal 2020-2024 yang dipilih dalam PAT pada 20 Ogos 2020:
Pengerusi Tetap:
Tuan Hj Mohd Suhaimi bin Abdullah
Tuan Hj Mohd Suhaimi bin Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap:
Tuan Hashim bin Suboh
Presiden:
Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Presiden:
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Naib Presiden:
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin
Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen
Ketua Serikandi:
Datuk Seri Rina binti Harun.
Ketua Armada:
Datuk Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal.
Setiausaha Agong:
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin
Bendahari:
Datuk Mohd Salleh bin Bajuri.
Ketua Penerangan:
Tuan Wan Saiful bin Wan Jan (Sep 2020 - Feb 2023)
Datuk Razali bin Idris (dari Mac 2023 - Jul 2024)
MUHYIDDIN DISINGKIRKAN DARI JAWATAN PM
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan prinsip Muhyiddin yang tidak membantu melepaskan beliau dari kes mahkamah. Pada bulan Ogos 2021, Ahmad Zahid telah mengetuai 15 Ahli Parlimen BN menarik sokongan kepada Muhyiddin menyebabkan beliau kehilangan majoriti dan terpaksa meletak jawatan dan digantikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO) yang meneruskan pimpinannya ke atas Kerajaan Perikatan Nasional dan BERSATU kekal di dalam Kerajaan PN serta memberi sokongan kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke 9.
Ismail Sabri mengekalkan jawatan tersebut sehingga PRU-15 pada 19 Disember 2022.
PENCAPAIAN BERSATU DALAM PRU-15
Pencapaian BERSATU dalam PRU-15 naik mendadak, dari 13 (dalam PRU-14) kepada 31 kerusi. Dari sudut individual party, BERSATU menduduki tempat keempat (sama dengan PKR) selepas PAS (43) dan DAP (40). Malah lebih memeranjatkan lagi kerusi BERSATU melebihi kerusi UMNO (26) malah keseluruhan BN hanya mendapat 30 kerusi.
Jumlah kedapatan kerusi mengikut gabungan parti adalah seperi berikut:
- Pakatan Harapan (PH): 82 (DAP: 40; PKR: 31; PAN: 8; UPKO: 2; dan MUDA: 1) - MUDA kemudiannya keluar dari PH pada 23 Sep 2023.
- Perikatan Nasional (PN) : 74 (PAS: 43; BERSATU: 31).
- Barisan Nasional (BN) : 30 (UMNO: 26; MCA: 2; MIC: 1 dan PBRS: 1)
- Gabungan Parti Sarawak (GPS) : 23 (PBB: 14; PRS: 5; PDP: 2; dan SUPP: 2)
- Gabungan Rakyat Sabah (GRS) : 6 (GRS: 3; STAR: 1; dan PBS: 1)
- Baki 7 kerusi dimenangi oleh parti yang bertanding sendirian (tidak melalui gabungan) dan calon bebas (WARISAN: 3; KDM: 2; PBM: 1; dan Bebas: 1).
BERSATU PASCA PRU-15
ENAM JAHANAM
Belang pertama BERSATU selepas PRU-15 adalah tindakan 6 orang Ahli Parlimennya yang berpaling tadah menyokong dasar Kerajaan Madani PH. Mereka tidak keluar parti kerana jika mereka berbuat demikian, tindakan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan)(No. 3) 2022 (Akta A1663) atau lebih popular disebut sebagai "Akta Lompat Parti" yang mereka bakal kehilangan kerusi.
- YB Datuk Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid (Kuala Kangsar) - 12 Oktober 2023.
- YB Datuk Suhaili bin Abd Rahman (Labuan) - 20 Oktober 2023.
- YB Mohd Azizi bin Abu Naim (Gua Musang) - 7 November 2023
- YB Zahari bin Kecik (Jeli) - 8 November 2023)
- YB Datuk Syed Abu Hafiz bin Syed Fasal (Bukit Gantang) - 28 November 2023
- YB Datuk Zulkafperi bin Hanafi (Tanjung Karang) - 24 Januari 2024.
Zahari, Dzulkarnain, Zulkafperi, Azizi, Suhaili dan Syed Abu Hafiz
Seperti yang penulis sebut di perenggan PRAELUDIUM berkaitan mentaliti dan tubuh ahli BERSATU. Mereka menunggang 'rakyat' untuk mengekalkan jawatan dan harta mereka. Mereka bukan pejuang rakyat. Mereka telah biasa senang, dihormati dan dihiasi dengan kehidupan bangsawan yang boleh menabur sedikit dari harta mereka untuk mengabui mata rakyat. Bila melalui sedikit kesulitan dan kesukaran, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk survivability mereka. Mereka sanggup menjual prinsip dan perjuangan mereka.
Walaupun kedengaran terdapat ramai lagi Ahli Parlimen BERSATU yang ingin mengikuti jejak langkah mereka namun, sehingga kini (Nov 2025) bilangan ini kekal 6 orang.
KOMPROMI PERUBAHAN KEPIMPINAN
Dalam tahun 2023, Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk mengundur diri dari bertanding pemilihan MPT yang akan diadakan dalam tahun 2024. Namun pada 25 November 2023, Mesyuarat Khas MPT BERSATU telah mengambil keputusan menolak hasrat Muhyiddin - BERSATU masih memerlukan kepimpinan Muhyiddin.
PAT pemilihan kali ini terdapat kompromi bagi proses peralihan kuasa kepimpinan. Ahmad Faizal @ Peja mengundur diri dari jawatan Timbalan Presiden untuk memberi laluan kepada Hamzah Zainudin
PAT pemilihan kali kedua diadakan pada 13 Julai 2024 dan berikut adalah barisan MPT BERSATU untuk penggal 2024-2027:
Pengerusi Tetap:
Tuan Hj Mohd Suhaimi bin Abdullah
Tuan Hj Mohd Suhaimi bin Abdullah
Timbalan Pengerusi Tetap:
Tuan Mohd Hanfiah bin Hamzah
Presiden:
Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin
Timbalan Presiden:
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin
Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin
Naib Presiden:
Dato' Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Datuk Dr Mohd Radzi bin Md Jidin
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Ketua Serikandi:
Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin.
Ketua Armada:
Tuan Mohd Hilman bin Idham.
Ketua Serikandi Muda:
Puan Nurul Ezzati binti Azmi.
Ketua Sayap Bersekutu:
Tuan Chong Fat Full.
Setiausaha Agong:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali.
Bendahari:
Datuk Seri Rina binti Harun.
Ketua Penerangan:
Datuk Tun Faisal bin Ismail Aziz.
KEMELUT BERSATU
Api dalam sekam, duri dalam daging, gunting dalam lipatan atau musang berbulu ayam. Kawan makan kawan, esok kawan hari ini musuh dan masa suka puji melambung bila tidak suka keji menganjing. Itu adalah fenomena biasa dalam pertubuhan politik. Semuanya atas nama kuasa dan jawatan.
DALAM PROSES KEMASKINI
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ahli_Dewan_Rakyat,_Parlimen_Malaysia_ke-15
COGAN KATA
Cogan perjuangan parti ialah "'BERSATU, BERAMANAH, BERMARUAH". '