Thursday, May 2, 2019

M 198: HANTU 1MDB BANGUN DARI KUBURAN

Jangan membenci terlalu berlebihan karena suatu saat nanti malah jadi jatuh cinta.
Pun jangan mencintai secara berlebihan karena suatu hari akan berbalik kita jadi membenci.
Tuhan Maha membolak balikkan hati.

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Manusia selalunya erancang masa depannya, banyak perancangan atau perkara yang dicita-citakan dapat dicapai. Namun banyak juga perkara yang manusia rancang gagal dicapai.

Banyak juga perkara yang kita tidak rancang malah kita tidak ingin ianya berlaku, ia berlaku.

Pada tahun 2015, Datuk Abdul Hamid bin Bador yang ketika itu menyandang jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas PDRM telah ditukarkan ke JPM supaya tidak meneruskan siasatan ke atas penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan 1MDB.

Keluhannya melalui ketuanya tidak dilayani, malah orang-orang yang ada KUASA dan KEDUDUKAN yang diharapkan untuk membantunya telah turut ditanam hidup-hidup dan digantikan dengan PEMINUM MUNTAH HANTU yang mendambakan jawatan, kekuatan dan kuasa.

Beliau telah dihina oleh pemimpin negara dan juga rakyat MALAH dicop sebagai PENDERHAKA kerana cuba mendedahkan banyak skandal dan salahlaku di kalangan pemimpin tertinggi Kerajaan.

Tajuk paparan ini aku tulis sebagai "Hantu 1MDB Bangun dari Kuburan" kerana Hamid telah ditanam kerana cuba membongkar skandal 1MDB yang melibatkan MO1. Pastinya kebangkitannya, bagaikan hantu orang yang dibunuh tanpa dikuburkan, bangun mencari sipembunuhnya.



Mohamad Fuzi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Abdul Hamid (kanan) disaksikan oleh Tan Sri Muyiddin (tengah) dalam Majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.


ABDUL HAMID BADOR: IGP BARU


Abdul Hamid dilantik Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini
NURULATIQ AHMAD BANDI - 03 May 2019

KUALA LUMPUR - Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, merangkap Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib pada Sabtu ini.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman antara Abdul Hamid kepada Datuk Seri Ramli Hassan untuk memangku jawatan itu.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hands over his duties to newly appointed IGP Datuk Seri Abdul Hamid Bador in Kuala Lumpur May 3, 2019. รข€• Picture by Ahmad Zamzahuri

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/26366/BERITA/Nasional/Abdul-Hamid-dilantik-Ketua-Polis-Negara-berkuat-kuasa-hari-ini

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

BERITA-BERITA SEBELUM ITU

Siapa Bakal KPN?

PUTRAJAYA, 1 MEI 19: Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu.

Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah menandatangani surat pelantikan Abdul Hamid.

“Ya, saya fikir dialah jadi IGP (Ketua Polis Negara) dan saya rasa YDP Agong sudah tandatangan surat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Hari Pekerja 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.

Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang bersara wajib, Jumaat ini.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.

Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.

Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) serta elemen pengganas Daesh.

Abdul Hamid Bador Pemangku Timbalan KPN
norizuan@hmetro.com.my

PENGARAH Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang bersara wajib Ahad ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya yakin Abdul Hamid akan memikul amanah diberikan dengan cemerlang dan dapat memacu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengharungi apa jua cabaran pada masa akan datang.

“Saya yakin sahabat lama ini akan meneruskan legasi kerana kita bekerja bukan kepentingan diri tetapi demi menjaga amanah diberi.

“Bagi pihak pasukan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri (Noor Rashid) yang menaburkan khidmat bakti serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada PDRM.

“Noor Rashid ibarat sebutir bintang yang begitu bersinar dalam pasukan apabila beliau diberi kepercayaan menyandang pelbagai jawatan penting antaranya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah Timur Laut, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN), Pesuruhjaya Polis Sabah dan sebagainya sebelum mengakhiri khidmat baktinya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara,” katanya ketika berucap merasmikan majlis serah terima tugas jawatan Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

Pada majlis sama, Mohamad Fuzi turut menyaksikan penyerahan dokumen Naib Pengerusi PERKEP antara Puan Sri Shahriza Saad@Mansor kepada Datin Seri Nor Azrin Marzuki.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya berterima kasih kepada Shahriza yang menerajui kepemimpinan PERKEP dengan cemerlang.

“Dia juga memangku jawatan Pengerusi PERKEP Malaysia selepas arwah isteri saya yang tercinta meninggal dunia pada 15 Disember 2016.

“Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Puan Sri (Shahriza) akan terus kekal dalam lipatan sejarah PERKEP Malaysia,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 12:44 PM


Polis buka kertas siasatan kes video dikaitkan dengan menteri


Pendedahan Berani Mati Hamid Bador

SURAT TERBUKA 1

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga.

Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran. Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan "tingkahlaku tidak bertanggungjawab" pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.
Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan. Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.

Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan.

Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu. Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH. Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka. Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil "merestui perlakuan jenayah" pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!

"What choice do I have???". Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang. Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan......tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri......di antara seorang prebet dengan seorang general......di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.

Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar "hired killer atau killers" dari Selatan Thai telah diupah oleh "perompak-perompak" wang rakyat ini untuk membunuh saya. Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati....lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan. Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti. Saya bukannya manusia yang egoistik.....bukan seorang berdarah panglima.....seorang yang sudah besar kepala......atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.

Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas. Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Dato Sri Fuzi Harun, Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu......jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.

Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini "meroyan" dan seperti seorang yang "gila talak" selepas "ditendang keluar" dari Cawangan Khas. Oh...oh...oh...jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai "menjilat" tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.

Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes "rompakan" wang 1MDB ini. Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster. Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM. Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.

Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye....saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran. Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard. Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Dato Sri Fuzi Harun saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat. Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel......I Know What You Did Last Summer!!!

Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu. Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.

Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari. Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato' Rizal itu boleh saya dedahkan malahan "cerita-cerita menarik" tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai. Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!

Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB. Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH. Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau "dipecat". Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa. Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti. Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan??? Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik "diversion" yang digunakan oleh para "perompak"ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman. Siapalah agaknya penasihat strategi "perompak" ini ye....pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri "kehilangan" wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat. Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan??? Mengapa tiba-tiba Peguam Negara "dipecat" dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara? Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!! Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??
Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,

KETUA SETIAUSAHA NEGARA.

Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini. Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anak buah. Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng. Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!

Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum. Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri....jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!

PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.

Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi. Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali. Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut.......to discharge your duties with the highest standard of integrity??? Atau adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan "memecat" Tan Sri Gani Patail itu dibuat.

Dalam ertikata lain....Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri. Wahai Tan Sri yang budiman.....ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit. Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil. Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara??? Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.

KETUA POLIS NEGARA.

Kepada Ydh Tan Sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara. Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus "are you with me or are you not?" Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang. Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita "POLIS SEDIA BERKHIDMAT"? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!! Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri "kehilangan" wang 1MDB??? Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu.....jenayah tetap jenayah.

..... ukan oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB. Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara. Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu. Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.

MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.

Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu....sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk "memecat" Tan Sri. Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri. 

Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian "no nonsense" Tan Sri itu. Tetapi sesudah "dipecat" Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum...... "Cummon Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir".

Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan "perompak" ini dengan "habuan-habuan"tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja. Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri "dipecat"......" Hey look...this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job". Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya. Aamiin.

PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.

Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan "blackmail" oleh pihak petualang. Jangan dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau "bermain tarik tali" maka gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini. Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka "tidak cukup tanah untuk lari". Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah??? Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada "kecut perut" atau menjadi pengkhianat keadilan. Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek "nak berebut harta perang". Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!

LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.

Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku "perompak-perompak"1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing. Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.

Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku "perompak" 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali. Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.
Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor "diseludup" masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali. Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah. Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu??? Tidak ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang "dibeliborong" oleh mereka. Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini.....sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor.....cukaipun diyakini tidak dibayar. Ingat ye......apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti??? Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!

Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.

Salam hormat dan salam perjuangan,

ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.



SURAT TERBUKA 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nampaknya tiada keinsafan langsung di dalam hati Perdana Menteri dalam kemelut jijik yang tercetus akibat kelemahan diri beliau sendiri. Saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan episod demi episod pembohongan oleh agen-agen serta para penasihat beliau bagi menutup jenayah jijik yang menjerumuskan negara ini ke dalam kancah penuh keserabutan. Bukan itu sahaja. Imej negara di arena antarabangsa turut terjejas dengan buruk sekali.

Baru-baru ini Peguam Negara tampil mengumumkan keputusan beliau terhadap hasil siasatan SPRM. Kononnya Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa kesalahan bersabit "wang derma RM2.6 billion" dan penyelewengan wang negara dalam SRC. Saya tidak tahu di mana beliau belajar undang-undang tetapi bagi orang seperti saya hasil siasatan SPRM itu amat jelas menunjukkan wujud salahlaku jenayah.

Betapakan tidak, dokumen carta aliran keluar masuk wang dalam SRC dan akaun bank peribadi Perdana Menteri yang dipamirkan oleh Peguam Negara itulah yang turut saya perolehi dan berbincang dengan pihak SPRM sewaktu saya masih memegang jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 dulu.

Ketika itu saya aktif membantu Taskforce 1MDB yang ditubuhkan khas untuk menyiasat penyelewengan dalam entiti tersebut. Ibarat sudah terang lagi bersuluh. Mengapa dengan mudah Peguam Negara mengenepikan bukti ini. Bukan sekadar RM42 juta malahan berpuluh juta ringgit lagi digubah di dalam akaun ini dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Tidak kah Peguam Negara nampak bukti-bukti ini???

Berapa banyak dari wang negara ini yang telah diguna untuk menjelaskan hutang piutang kad kredit PM???

Cepat sungguh Peguam Negara dapat membaca hati PM dengan mengatakan bahawa PM tidak tahu menahu asal usul wang SRC itu!!! Jika PM menyatakan bahawa beliau tidak tahu wang tersebut adalah 'Public Fund' atau wang kerajaan mengapa sehingga saat ini pun beliau tidak MENGEMBALIKAN SEMULA wang tersebut kepada kerajaan ??? Ingat ya......bukan RM42 juta sahaja tetapi ada berpuluh juta lagi yang masih belum diisytiharkan.

Saya juga ingin bertanya di sini samada wang berbillion billion yang "didermakan" itu sudah dibayar cukai ataupun belum??? Jika belum, saya mohon LHDN menagih cukai tersebut supaya penderma misteri tersebut sedar bahawa di Malaysia ada undang-undang berkaitan dengan "derma" se macam ini.

Wahai Peguam Negara, ingatlah kuasa mutlak yang diberikan oleh Perlembagaan Negara itu wajib digunakan untuk melindungi kepentingan negara. Bukannya untuk menegakkan benang yang basah!!! Kuasa tersebut bukannya untuk digunakan sesuka hati bagi MELINDUNGI JENAYAH.

Jika Peguam Negara kurang yakin dengan segala bukti yang telah dikemukakan oleh SPRM maka aktifkan semula Special Taskforce 1MDB yang sekarang ini hanya tinggal nama sahaja.

Saya menawarkan diri untuk sama-sama tampil membantu taskforce ini menyiasat salahlaku pengurusan 1MDB. Saya amat yakin dengan kejujuran Tan Sri Zeti, Tan Sri Abu Kassim, Tan Sri Gani Patail dan saya sanggup berjumpa Tan Sri Khalid, KPN, untuk mendedahkan banyak bukti lain.

Sungguh janggal sekali apabila Peguam Negara bertindak mengarah siasatan kes ini dihentikan oleh semua pihak dan failnya ditutup. Amboi amboi amboi !!! Mudah sekali ya tugas dan tanggungjawab Peguam Negara yang baru ini. Mengapa rendah sangat martabat diri??? Siapa kah yang ditakuti........hantu, toyol, iblis, syaitan, puaka ???

Saya CABAR Peguam Negara agar bertindak dengan penuh amanah dan jujur supaya memberikan alasan-alasan untuk membuktikan PM tidak melakukan sebarang kesalahan dalam kes ini.

Menyentuh tentang wang derma RM2.6 billion. Ish...ish...ish... Cukuplah dengan segala pembohongan ini. Mengapa takut sangat nak dedahkan identiti penderma tersebut jika hamba Allah ini benar-benar wujud. Mengapa berdolak dalik dalam memberi jawapan sehinggakan Timbalan Perdana Menteri pun terpaksa 'masuk daun' untuk 'akun' (slang orang Sabah bagi perkataan 'mengaku') bahawa kononnya beliau telah bertemu dengan wakil penderma tersebut???

Sudahlah!!! Jangan perbodohkan orangramai. Fokuskan tugas itu untuk membasmi gejala judi cybercafe dan dadah yang berleluasa hampir di seluruh negara. Sudah berpuluh ribu belia di negara ini yang rosak akhlak akibat ketagihan benda-benda haram ini. Jangan cemar integriti diri sendiri untuk kepentingan politik.

Pendedahan Peguam Negara bahawa sebahagian besar wang "derma Arab halimunan" ini telah dikembalikan sungguhlah menakjubkan. Sekarang saya ingin bertanya, bolehkah Peguam Negara tunjukkan bukti bagaimana, caramana serta institusi bank mana atau syarikat mana proses pemulangan wang ini dilakukan ???

Jika tidak boleh dijelaskan maka wajarlah Peguam Negara segera mengeluarkan arahan kepada SPRM untuk mendapatkan bukti-bukti tersebut di luarnegara menerusi peruntukan MLAT. Saya amat yakin jejak wang atau money trail ini akan membuktikan bahawa penderma RM2.6 billion itu sebahagian besarnya adalah MITOS yang SENGAJA direka untuk menutup bangkai gajah.

Kepada Perdana Menteri saya ingin menyeru agar bertindak berani sebagai seorang Pahlawan Bugis. Beranikan diri untuk tampil sendiri memberi penjelasan. Bukankah itu salah satu ciri pahlawan??? Sedarlah bahawa diantara sifat2 kepahlawanan jati termasuklah berani bercakap benar....berani menggadai nyawa demi mempertahankan pertiwi.....tegas melawan kejahatan.....membela orang yang teraniaya.....

Di antara ciri-ciri PENGECUT pula termasuklah menggunakan oranglain sebagai jurucakap untuk menabur fitnah bagi mengalih tumpuan dari isu ....mengguna harta kekayaan untuk menutup kebenaran......menggunakan duit untuk membeli kesetiaan.....menggunakan agensi kerajaan untuk mengugut dan menggertak pegawai kerajaan......mengikut telunjuk isteri secara membabi buta.

Sedarlah bahawa sifat2 keji ini dimurkai Allah SWT. Sudahlah tu......sudah cukup kalut keadaan dalam negara masakini. Sampai bila episod penganiayaan ini akan berakhir???

Tidakkah ada perasaan keinsafan dan belas ihsan dalam diri apabila melihat negara dalam keadaan begini. Percayalah bahawa orangramai semakin jelik dan meluat melihat telatah pemimpin politik demi pemimpin politik mengeluarkan kenyataan bohong bagi menutup bangkai gajah ini. Kalau kita pergi ke Mekah seminggu sekalipun dosa kita tidak akan terhapus dengan sebegitu mudah.

Ada pihak yang berpandangan bahawa skandal 1MDB ini tidak akan ada kesudahannya kerana PM terlalu kuat pengaruhnya hinggakan Presiden OBAMA sendiri akan menggunakan kuasa veto presiden untuk menghentikan siasatan pihak FBI ke atas kes MONEY LAUNDERING di Amerika. Nonsense !!! Kononnya pihak FBI terpaksa menunggu Presiden Obama mengakhiri tempoh jawatan presidennya pada bulan september depan. Nonsense!!! FBI tetap FBI. Pandai, pandai tupai melompat....

Kepada teman2 saya di dalam media arus perdana saya doakan agar datuk/dato semua dikurniakan Allah SWT kesedaran diri serta dibekalkan kekuatan untuk berani berkata benar. Aamiin. Jangan bertindak berpaksikan sesuatu ideologi yang jelas menyimpang dan sempit. Terimalah hakikat bahawa negara sedang dilanda krisis kepercayaan orangramai akibat perbuatan rasuah dan penyelewengan pemimpin tertinggi kita sendiri. Selagi pemimpin terbabit tidak berani berterus terang maka krisis ini akan berlarutan. Ia tidak ada kena mengena dengan ISIS!!!

Elakkanlah taktik melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Cina. Isu penyelewengan 1MDB ini tidak ada kena mengena dengan cubaan kaum Cina nak memalukan pemimpin Melayu. Majoriti orang Melayu sendiri mahukan penjelasan ikhlas dari pemimpin yang bertanggungjawab. Hentikanlah usaha jahat nak "membeli kesetiaan" akhbar SINAR tu. ...dan kita akan tengok dalam masa terdekat ini samada penyakit BODEK ini akan turut dijangkiti oleh FREE MALAYSIA TODAY

Kepada orangramai saya merayu agar tidak terpengaruh dengan pelbagai cerita2 yang menyentuh peribadi pegawai2 tinggi SPRM yang bakal ditonjolkan oleh agen2 jahat tersebut bagi mengalihkan tumpuan. Ia ditimbulkan dengan niat MENGALIH TUMPUAN dan untuk melaga-lagakan pegawai SPRM. Taktik hina ini hanya layak digunakan oleh manusia yang PENGECUT.

Agen-agen yang mabuk kuasa dan arak serta "giler" duit ini akan terus bertindak untuk menghakiskan kredibiliti SPRM dengan pelbagai cerita dengan harapan orangramai akan meragui keikhlasan agensi ini. Jangan bimbang RAKYAT BUKAN BODOH. Agen-agen jahat ini sedia mempunyai KECACATAN pada imej dan diri masing-masing. Yang menghairankan saya ialah ada di kalangan PEMBODEK ini pada suatu ketika dulu pernah mendabik dada lantang mengkritik amalan rasuah dan penyelewengan!!! Tetapi dalam sekelip mata buat U-turn 180 darjah.

Kepada semua pegawai SPRM saya menyeru supaya jangan sekali-kali takut dengan gertakan/ugutan sesiapapun. Pertahankan kesucian peranan dan tanggungjawab agensi. Jalankan kerja dengan niat yang ikhlas demi kepentingan negara. Contohilah integriti agensi anti rasuah negara jiran kita, Indonesia. Para pegawai KOMISI PEMBERANTASAN KORUPSI di negara tersebut berani dan telus bertindak tanpa memilih bulu. Orangramai dapat merasakan betapa ikhlas SPRM memainkan peranannya untuk menyingkap segala salahlaku oleh pemimpin2 negara. Just carry on with your tasks without fear or favour......rakyat tahu menilai di antara yang baik dengan yang buruk!!!. KIPIDAP DONGIBAB!!!

Bagi diri saya, in syaa allah, saya yakin bahawa tindakan saya ini tidak menyalahi mana2 undang-undang negara. Sebagai seorang pegawai polis saya telah mengangkat sumpah untuk menjalankan kewajipan saya dengan sebaik2nya bagi memenuhi kehendak Akta Polis.

Peranan dan fungsi utama saya adalah untuk mengesan dan mencegah jenayah. Undang-undang itu sendiri mengatakan bahawa seseorang itu tidak boleh menyembunyikan sebarang maklumat mengenai perlakuan jenayah.

Jika KPN mendapat arahan dari langit Putrajaya untuk menangkap saya maka saya redha. Hati ini semakin redha apabila mengenangkan Hari Polis 25 Mac depan semakin hampir. Masih kuat lagi semangat di dalam hati ini untuk menyanyikan lagu POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Sewaktu dalam lokap nanti saya akan kumandangkan lagu keramat ini.

Semua manusia mempunyai harga untuk dibeli dan dikompromi. Begitulah kata orang tua-tua dulu. Harga bagi diri saya ialah........mengaku sajalah dan bertaubat.

Sudahlah tu.....

Salam hormat dan GONGXI FA CAI

ABDUL HAMID BADOR
1 Feb 2016


Datuk Abdul Hamid Bador adalah antara individu yang terjejas akibat siasatan skandal 1MDB baru-baru ini telah dipanggil bertemu perdana menteri kerajaan HARAPAN Tun Dr Mahathir bersama bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Timbalan Pesuruhjaya SPRM [Bah: Operasi] Datuk Shukri Abdull untuk menjelaskan masalah sebenar.

Datuk Shukri Abdul kemudiannya diumumkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selepas pertemuan dengan Tun Mahathir – apakah Datuk Hamid Bador akan diumumkan sebagai Ketua Polis Negara?

Datuk Hamid Bador juga hari ini dilantik ahli Pasukan Khas Siasatan 1MDB yang diberi mandat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyiasat skandal 1MDB di dalam dan diluar negara.

Untuk rekod, Tun Mahathir selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menyebut bahawa sesiapa yang terjejas, ditukar atau diturun pangkat akan dinaikkan pangkat semula; ‘demoted will be promoted’. – Susunan Majalah Review Malaysia – MRM | 21 Mei, 2018


MONDAY, AUGUST 24, 2015
Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir

Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat dan sangat wajar.

Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.

Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri. Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat Anwar.

Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan, bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara. Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.

Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.

Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur

Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.

Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini. Di mana beliau bersuara lantang?

Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.

Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.

Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan disiplin yang serius.



Selepas ‘dibuang’ Abdul Hamid kembali sebagai pengarah Cawangan Khas
Rabu, 23 Mei 2018 4:28 PM
Oleh: THE STAR

KUALA LUMPUR: Datuk Abdul Hamid Bador (gambar) pernah dibuang dari Bukit Aman berikutan kontroversi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi kini beliau kembali ke Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Hamid meninggalkan pasukan polis sebagai timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman tetapi kini kembali untuk memimpin jabatan itu.

Beliau mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff (yang bersara), dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Bukit Aman pada pagi Rabu.

Awalnya, kontrak Mohd Mokhtar sepatutnya berakhir pada bulan September tetapi ia tamat lebih awal.

Pada 2015, Abdul Hamid dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk memantau isu keselamatan dan transnasional selepas 37 tahun berkhidmat untuk PDRM.

Abdul Hamid dilaporkan berkata bahawa perintah perpindahannya itu tidak didedahkan kepada sesiapa.

Beliau mendakwa bahawa hanya diberitahu untuk melaporkan diri kepada JPM pada 2 Sept 2015.

Kemudian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa pemindahan Abdul Hamid adalah secara paksaan.

Pada sidang akhbar yang diadakan pada tahun yang sama, Abdul Hamid mendakwa terdapat "kuasa yang tidak kelihatan" yang tidak selesa dengannya sebagai orang nombor dua di Cawangan Khas.

Beliau berkata ia mungkin ada kaitan dengannya yang menegaskan bahawa isu 1MDB perlu disiasat sepenuhnya.

Abdul Hamid juga berkata Cawangan Khas telah menasihatkan kerajaan untuk menjelaskan isu itu dengan sebaiknya kepada rakyat dan menggesa mereka yang terlibat di dalamnya untuk turut tampil berbuat demikian.

Baca lebih lanjut di https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/05/23/abdul-hamid/#ZyxtocuLyvdyST20.99

Dato Abdul Hamid sepatutnya setia bersama rakyat dan bukan Tun Mahathir
Editor
EditorNo Comment
posted on Aug. 25, 2015 at 8:00 am


Kenyataan Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Abdul Hamid Bador bahawa beliau setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan keputusan menukar beliau adalah satu keputusan yang tepat dan sangat wajar.

Adalah tidak masuk akal orang nombor dua perisikan negara menyatakan kesetiaannya kepada orang yang mengisytiharkan mahu menjatuhkan Perdana Menteri dengan apa kos sekali pun.

Sebenarnya, Cawangan Khas PDRM (SB) disyaki menjadi duri dalam daging kepada kepada pentadbiran Mohd Najib sejak setahun lalu apabila menggunakan beberapa penulis blog untuk menyerang Pejabat Perdana Menteri. Mereka ini diberi elaun khas bulanan untuk menulis dalam blog blog Gelagat Anwar.

Adalah tidak masuk akal untuk Cawangan Khas yang sepatutnya bahagian mengumpul maklumat bagi menjaga keselamatan negara dan kerajaan, bertukar menjadi bahagian yang mahu menentukan siapa Perdana Menteri Malaysia.

Tindakan Abdul Hamid membuat pelbagai kenyataan akhbar hari ini mengesahkan bahawa beliau telah melangkaui tanggungjawab dan tugas beliau sebagai anggota cawangan khas dengan cuba menentukan corak pentadbiran negara. Ini merupakan satu campur tangan badan perisikan ke atas kerajaan demokrasi yang tidak sepatutnya berlaku.

Di negara lain beliau mungkin berhadapan dengan hukuman penjara. Namun di negara ini beliau hanya ditukar kepada bahagian lain.

Abdul Hamid juga harus menerima hakikat bahawa beliau ialah anggota polis dan perkhidmatan kerajaan yang tertakluk kepada arahan pertukaran kerja dan disiplin pasukan. Ini bukan syarikat milik beliau dan Tun Mahathir.

Sebagai orang nombor dua bahagian perisikan negara, Hamid sepatutnya sedar bahawa arahan pertukaran beliau ialah keputusan kepimpinan Polis dan Kerajaan yang beliau perlu akur

Beliau sekarang mendakwa ditukar kerana bersuara lantang dalam memastikan siasatan 1MDB dilakukan secara telus.

Sungguh melucukan siapa yang kenal Abdul Hamid sebelum ini. Di mana beliau bersuara lantang?

Tapi persoalan lebih wajar ialah apa kena mengena cawangan khas mengenai 1MDB yang jika ada kesalahan ialah kesalahan jenayah komersial.

Cawangan Khas tidak mengendalikan isu 1MDB. Dan bukan kepakaran mereka pun. Ini kes bahagian Jenayah Komersial PDRM.

Kenyataan Abd Hamid mengaitkan isu 1MDb ini hanyalah cubaan mahu menumpang populariti dan menyelamatkan diri dari sebarang tindakan disiplin yang serius.


SENARAI KETUA POLIS NEGARA MALAYSIA terdahulu

(1)   Tan Sri Sir Claude Fenner  (18 September 1958 -  28 Mac 1966) - telah meninggal dunia pada 15 Mei 1978.
(2)   Tun Mohamed Salleh Ismael (29 Mac 1966 - 31 Januari 1973)- telah meninggal dunia pada 31 Jan 1973 semasa dalam perkhidmatan.
(3)   Tan Sri Abdul Rahman Hashim   (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974) - telah meninggal dunia pada 7 Jun 1974 semasa dalam perkhidmatan.
(4)   Tun Mohd. Hanif Omar  (8 Jun 1974 - 15 Januari 1994)
(5)   Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor (16 Januari 1994 -7 Januari 1999)
(6)   Tan Sri Norian Mai (8 Januari 1999 - 4 November 2003)
(7)   Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar  (5 November 2003 - 11 September 2006) - telah meninggal dunia pada 10 November 2014.
(8)   Tan Sri Musa Dato' Hj Hassan  (12 November 2006 - 12 September 2010)
(9)   Tan Sri Ismail Omar  (13 September 2010 - 16 Mei 2013)
(10) Tan Sri Khalid Abu Bakar (17 Mei 2013 - 4 September 2017)
(11) Tan Sri Mohamad Fuzi Harun  (4 September 2017 - 3 Mei 2019)


SEMOGA TEMPOH KONTRAK 2 TAHUN IGP ABD HAMID BADOR INI AKAN DAPAT MENYIASAT, MEMBONGKAR, DAN MERUNGKAI SKANDAL SALAH GUNA KUASA TERBESAR YANG MELIBAT KAN BEKAS PEMIMPIN NO 1 NEGARA KITA INI.


PERLANTIKAN LAIN


Tengku Maimun Ketua Hakim Negara baharu

HAKIM Mahkamah Persekutuan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu sekali gus mencatat sejarah apabila beliau menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan tertinggi badan kehakiman negara itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atas nasihat

Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan berkenaan.

“Majlis penyampaian watikah pelantikan dan istiadat mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.

Tengku Maimun dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan 26 November lalu.

Sebelum itu, beliau adalah Hakim Mahkamah Rayuan selama lima tahun mulai 8 Januari 2013 sehingga 25 November 2018.

Dalam pada itu, Pejabat Perdana Menteri menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Tan Richard Malanjum di atas khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara.

Tempoh jawatan beliau itu berakhir pada 12 April lalu selepas mencapai umur 66 tahun.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mei 2019 @ 7:03 PM


Nik Azman dilantik Ketua Audit Negara baharu

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Audit Negara untuk tempoh dua tahun bermula 23 Februari 2019 hingga 22 Februari 2021.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini, berkata Nik Azman menggantikan Tan Sri Madinah Mohamad yang menamatkan tempoh perkhidmatan pada 22 Februari lalu.

“Berdasarkan Fasal (1) Perkara 105 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja memperkenankan pelantikan Nik Azman sebagi Ketua Audit Negara.

“Nik Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi Gunaan dari Universiti Malaya dan Sarjana Ekonomi dari University of Nebraska, Amerika Syarikat mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan kewangan,” katanya.

Tambah Ismail, Nik Azman sebelum ini pernah berkhidmat di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebagai Ketua Setiausaha dari September 2018 hingga Oktober 2018 sebelum bersara.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, selain berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.


“Kerajaan juga merakamkan setinggi perhargaan dan terima kasih kepada Madinah atas segala khidmat bakti beliau sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Audit Negara, khususnya dalam usaha mentransformasi dan menstruktur sistem pengauditan serta mengukuhkan sistem pengurusan kewangan kerajaan,” katanya.



Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

PUTRAJAYA: Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Beebi Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lalu.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Latheefa Koya adalah selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 dengan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini adalah antara langkah pembaharuan penting ke arah proses reformasi institusi kerajaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, selaras dengan Subseksyen 5(3) Akta SPRM (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk memendekkan tempoh kontrak perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM lebih awal daripada sepatutnya pada 17 Mei 2020.

“Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Shukri yang banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya.

Latheefa Beebi Koya atau turut dikenali sebagai Latheefa Koya adalah Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR.

Dilahirkan di Kerala, India, beliau adalah peguam dan aktivis hak kemanusian yang aktif melalui Lawyers for Liberty.

Selepas menubuhkan Lawyers for Liberty pada tahun 2011, Latheefa menjadi penasihat sehingga 2018 sebelum menjadi Pengarah Eksekutif sehingga kini.

Pada 21 Mei tahun lalu, Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Mohd Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.


Mohd Shukri, 58, berkhidmat selama 32 tahun di SPRM sebelum bersara pada 4 Oktober 2016 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.