HARAPAN UNTUK PAKATAN HARAPAN
Pakatan Harapan menang PRU-14
Oleh Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan meraih majoriti mudah di
Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd
Hashim Abdullah ketika mengumumkan keputusan kerusi Parlimen bagi Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, pakatan itu yang terdiri daripada Parti Pribumi
Bersatu Malaysia, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meraih 113 kerusi diikuti
Barisan Nasional (BN) dengan 79 kerusi.
Mohd Hashim berkata, PAS pula menang 18 kerusi Parlimen,
diikuti Parti Warisan Sabah (8); Parti Solidariti Tanah Airku (1) dan Bebas
(3).
Pengumuman penuh bagi kerusi Parlimen itu adalah siri akhir
sidang media keputusan rasmi PRU-14 di Bilik Sidang Media, Menara SPR, Presint
2, pada kira-kira jam 4.40 pagi tadi.
Tun M angkat sumpah PM ke 7
KUALA LUMPUR 10 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad secara rasmi
dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh, malam ini.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan tersebut berlangsung di
Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, sebentar
tadi.
Pelantikan Dr. Mahathir, 92, mencatat dua rekod dalam
sejarah negara iaitu sebagai Perdana Menteri baharu yang paling berusia dan
orang pertama memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan itu sebanyak dua kali.
JANJI 100 HARI PAKATAN HARAPAN
(10 MEI 18 - 20 OGOS 18)
(10 MEI 18 - 20 OGOS 18)
Dr. M umum 10 kementerian, Azizah dilantik TPM
UTUSAN ONLINE/ZAINI HSUIN
Fadzil Zainol &Amp; Nazwin Nazri
11 Mei 2018 1:00 PM
KUALA LUMPUR 11 Mei - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad hari ini mengumumkan 10 kementerian utama yang akan membarisi Kabinet
baharu.
Kementerian-kementerian itu ialah Kewangan, Dalam Negeri;
Pertahanan; Pendidikan; Pembangunan Luar Bandar; Ekonomi; Kerja Raya;
Pengangkutan; Multimedia, Sains dan Teknologi; serta Luar Negara.
Walau bagaimanapun menurut Dr. Mahathir, nama-nama yang
akan mengetuai 10 kementerian tersebut hanya akan diumumkan selepas mengadakan
mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), esok.
“Beberapa kementerian lain lagi akan diumumkan dalam masa
terdekat,” jelas beliau dalam sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat
bersama pemimpin-pemimpin parti komponen PH, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Dr. Mahathir juga mengumumkan secara rasmi
pelantikan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana
Menteri.
Beliau juga memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V, berkenan untuk memberi pengampunan penuh kepada Penasihat PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa mengadap Seri Paduka Baginda semalam, namun
perlu melalui pelbagai proses perundangan terlebih dahulu. - UTUSAN ONLINE
Perdana Menteri ke-7 yang baru di lantik Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama barisan pemimpin Pakatan H
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-m-umum-10-kementerian-azizah-dilantik-tpm-1.670709#ixzz5Fs3AYjZZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Mahathir lantik Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan
12 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan dan Presiden PPBM,
Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri.
Manakala Presiden PAN, Mohamad Sabu dilantik sebagai
Menteri Pertahanan.
Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata
menteri bagi baki tujuh lagi kementerian termasuk Pendidikan, Pembangunan Luar
Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Multimedia Sains dan Teknologi serta
Kementerian Luar akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.
Beliau mengumumkannya selepas menghadiri mesyuarat khas
berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari
ini.
Tambah beliau, Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga
akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana
wakilnya akan ditentukan parti komponen sendiri termasuk WARISAN di Sabah dan
wakil dari Sarawak.
“Majlis Penasihat Kerajaan antaranya akan dianggotai Tan
Sri Zeti Akhtar Aziz, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram, Robert Kuok dan Tan Sri
Hassan Marican” katanya.
Lima tokoh dilantik bantu Kerajaan
Manirah Othman
Dan Ahmad
Mustakim Zulkifli
13 Mei 2018 3:00 AM
PETALING JAYA – Kerajaan melantik lima tokoh terbilang
diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menganggotai Majlis
Penasihat Kerajaan yang akan menasihati kerajaan dalam isu-isu ekonomi dan
kewangan.
Turut tersenarai ialah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri
Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri
Hassan Merican; ahli perniagaan terkenal yang merupakan individu terkaya di
Malaysia, Tan Sri Robert Kuok serta ahli ekonomi ternama, Dr. Jomo Kwame
Sundaram.
MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN
(COUNCIL OF EMINENT PERSON)
Tun Daim Zainudin
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Tan Sri Hassan Marican
Tan Sri Robert Kuok dan Prof Jomo Kwame Sundram
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu,
penubuhan majlis tersebut dilakukan kerana ramai dalam kalangan pemimpin
Pakatan Harapan tidak mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan.
“Kami sedar ramai dalam kalangan kami tiada atau hanya ada
sedikit pengalaman mentadbir kerajaan. Sudah tentu perlu ada pakar yang
berpengalaman untuk membantu pentadbiran negara.
Kontrak Ketua Setiausaha Perbendaharaan dipendekkan
FMT Reporters | May 14, 2018
Ali Hamsa berkata, Irwan Serigar ditempatkan di Jabatan
Perkhidmatan Awam mulai hari ini sehingga 13 Jun depan.
Berdasarkan kontrak, Irwan Serigar sepatutnya berkhidmat
sehingga 6 Mac tahun depan.
PETALING JAYA: Ketua setiausaha negara berkata, kontrak Tan
Sri Irwan Serigar Abdullah sebagai ketua setiausaha perbendaharaan di
Kementerian Kewangan yang sepatutnya tamat pada 6 Mac 2019, dipendekkan kepada
14 Jun ini.
Tan Sri Ali Hamsa berkata, Irwan Serigar ditempatkan di
Jabatan Perkhidmatan Awam mulai hari ini sehingga 13 Jun depan.
“Beliau tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketua
setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan dan apa-apa yang berkaitan
dengan Kementerian Kewangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Irwan Serigar juga adalah pengerusi 1MDB, syarikat
pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan.
Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali diarahkan bercuti sementara menunggu
siasatan selesai susulan pelbagai aduan yang diterima mengenai kredibilitinya
ketika menjalankan tugas.
Perdana menteri berkata, tugas Apandi diambil alih Peguam
Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek yang mempunyai kuasa untuk
terbabit dalam Lembaga Pengampunan
Ketua Pesuruhjaya SPRM letak jawatan
Oleh Siti Azila Alias dan Suhaila Shahrul Annuar
cnews@nstp.com.my
PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletak jawatan pagi ini.
Sumber dalaman SPRM ketika dihubungi, mengesahkan beliau
sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN),
Tan Sri Dr Ali Hamsa, pagi tadi.
Sumber itu berkata, Dzulkifli bertemu dengan KSN sekitar
jam 8 pagi tadi untuk menyerahkan surat itu.
Sumber berkenaan berkata, Dzulkifli memberi notis sebulan
peletakan jawatan.
Ditanya sama ada Dzulkifli akan meninggalkan pejabatnya
hari ini, beliau memberitahu kemungkinan tidak.
Dzulkifli, 50, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada
1 Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed yang ditempatkan sebagai
Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara
(UiTM).
Semalam, BH melaporkan Abu Kassim antara nama yang disebut
untuk kembali menerajui suruhanjaya itu di bawah pentadbiran kerajaan baharu
pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Difahamkan, beliau dijangka dibawa kembali ke agensi
penguatkuasaan itu memandang beliau masih seorang pegawai SPRM dan menjadi
antara individu pertama yang mengetuai siasatan skandal 1MDB dan SRC
International, pada 2016.
Peguam Negara akan bercuti, diganti oleh Peguam Cara -
Mahathir
14/05/2018
PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamed berkata Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti
dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara (Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek), berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan
terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi
dibuat ke atas tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
Dengan ketiadaan Mohamed Apandi, Dr Mahathir berkata
tugas-tugas Peguam Negara termasuk menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan
esok berhubung permohonan mendapatkan pengampunan diraja kepada Ketua Umum PKR
Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dihadiri oleh Peguam Cara Negara.
"Peguam Cara Negara adalah seseorang yang memang pun
berkuasa menjalankan tugas Peguam Negara."
"Kedudukan AG sukar sedikit kerana beliau baru
diberikan kontrak dan perlu mengikut undang-undang. Tentang soal pergantungan
tugas, ia memerlukan beberapa tindakan dan sebab itu Peguam Negara diberi
cuti."
"Sementara bercuti, Peguam Cara Negara boleh mengambil
alih tugasnya dan akan melaksanakan tugas-tugas berkenaan. Jadi, kita
(kerajaan) masih ada Peguam Cara Negara yang boleh menjalankan tugas Peguam
Negara," katanya selepas mempengerusikan mesyuarakat dengan ketua-ketua
setiausaha kementerian di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan
menerima laporan polis secara rasmi mengenai tuduhan-tuduhan terhadap Mohamed
Apandi maka siasatan boleh dijalankan, yang berkemungkinan, pada masa itu,
Peguam Negara boleh digantung tugas atau mengambil tindakan lain termasuk
mengenakan sekatan keluar dari negara.
Ditanya sama ada Mohamed Apandi diminta mengambil cuti oleh
kerana terdapat beberapa cubaan untuk menutup kes, beliau berkata: "Ya,
terdapat aduan terhadap AG (peguam negara). Bagaimanapun tiada laporan rasmi.
Atas dasar itu, kami memberi beliau cuti"
Anwar dibebaskan dan mendapat pengampunan penuh
16 Mei 2018
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi
mendapat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, menurut
Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab
Aziz, dalam satu kenyataan, berkata Anwar diberikan pembebasan serta merta.
"Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Umum PKR, telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga
Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya
kali ke-51 pada 16 Mei 2018.
"Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan,
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenan bahawa
rayuan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan dan diberikan pembebasan serta
merta...," katanya.
Mahathir sahkan GST dimansuhkan
SITI AZIELAH WAHI 16 MEI 2018
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan seperti mana
dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan.
Menurutnya, beliau telah mengeluarkan arahan supaya
kerajaan tidak lagi mengutip GST.
"Kita akan bayar balik kepada mereka yang membuat
tuntutan.
Kerajaan sebelum dah pungut lebih daripada yang dibayar
dalam cukai GST," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
PM Umumkan Kabinet Baru
18 Mei 2018
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini
mengumumkan senarai menteri yang dilantik untuk menganggotai kabinet terasnya.
Senarai itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong
Sultan Mahmud V, petang tadi untuk mendapat perkenan baginda.
Tanpa mengira jawatan perdana menteri dan timbalannya,
BERSATU mendapat tiga jawatan, PKR (3), DAP (4) dan AMANAH (3).
Mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong pada 21 Mei 2018.
Mengangkat sumpah di hadapan YDP Agong pada 21 Mei 2018.
PERDANA MENTERI
Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu - Langkawi)
TIMBALAN PERDANA MENTERI
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)
Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM- Pagoh)
Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (DAP- Bagan)
Menteri Pertahanan:
Mohamad Sabu (PAN--Kota Raja)
Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR- Gombak)
Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (PPBM- Simpang Renggam)
Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Rina Mohd Harun (PPBM- Titiwangsa)
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Zuraida Kamaruddin (PKR- Ampang)
Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (DAP- Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (DAP- Puchong)
Menteri Tenaga Manusia:
M Kulasegaran (DAP- Ipoh Barat)
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:
Salahuddin Ayub (PAN- Pulai)
Menteri Kesihatan:
Dr Dzulkefly Ahmad (PAN- Kuala Selangor)
LANGKAH BERMULA!
Polis geledah rumah Najib
KUALA LUMPUR 17 Mei - Kira-kira 16 buah kereta bersama
sebuah trak polis dilihat masuk ke kawasan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini malam tadi.
Najib sebelum itu keluar dari rumahnya untuk menunaikan solat
tarawih di Masjid Kampung Baru, di sini dan pulang kira-kira pukul 9.53 malam.
Polis pula hadir kira-kira pukul 10.16 malam selepas Najib
pulang menunaikan solat tarawih di masjid tersebut.
Antara barangan dilihat dalam trak tersebut ialah kotak
dengan logo polis yang tertera tulisan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
(JSJK).
Turut dilihat hadir ke rumah bekas Perdana Menteri itu
ialah peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican bersama seorang wanita yang tidak
dikenali.
Selain lokasi berkenaan, polis juga dikatakan pergi ke
empat lokasi lain iaitu di Seri Perdana, Menara Pavilion A dan B serta Pejabat
Perdana Menteri.
Kehadiran polis dikatakan untuk mengambil dokumen di rumah
berkenaan dan bukan membawa individu keluar dari kediaman tersebut.
Buat masa ini, sejumlah besar wartawan tempatan dan asing
hadir ke lokasi namun belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak polis.
- UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-serbu-rumah-najib-1.674286#ixzz5FvYMt6f5
© Utusan Melayu (M) Bhd
72 beg berisi wang tunai, barang kemas dirampas
Oleh Nor Azizah Mokhtar
cnews@nstp.com.my
KONGSI ARTIKEL
KUALA LUMPUR: Sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai,
barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan
berjenama ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences Apartment
yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), malam tadi.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit
Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata kesemua barangan yang dirampas
itu susulan pemeriksaan ke atas unit kediaman terbabit selepas pihaknya
memperoleh borang geledah daripada mahkamah.
Katanya, pihak JSJK Bukit Aman melakukan pemeriksaan di
enam lokasi serentak, kelmarin iaitu di Pejabat Perdana Menteri (bekas perdana
menteri) dan kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Putrajaya dan empat
kediaman persendirian di ibu negara termasuk kediaman Datuk Seri Najib Razak di
Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Tiga lagi kediaman persendirian yang diperiksa terletak di
dalam Pavilion Residences Apartment termasuk unit kediaman yang digunakan untuk
menyimpan semua barangan yang dirampas hari ini.
"Semasa pemeriksaan, tiada penghuni di dalam kediaman
terbabit namun kami memperolehi borang geledah daripada mahkamah untuk
menjalankan pemeriksaan."Kita turut merampas pelbagai barangan termasuk
dokumen berkaitan 1MDB dalam pemeriksaan di lima lokasi lain," katanya
dalam sidang media di pekarangan lobi apartmen, awal pagi tadi.
Ketika ditanya siapakah pemilik unit kediaman yang
diperiksa tadi, Amar Singh memaklumkan ia adalah milik seorang individu
bergelar Tan Sri namun enggan mendedahkah butiran lanjut.
"Saya tidak perlu dedahkan siapa pemiliknya tetapi ia
ada kaitan dengan siasatan 1MDB.
"Cukup atau tidak bahan bukti yang dirampas hari ini
untuk melakukan pendakwaan, itu akan diberitahu oleh Ketua Polis Negara
nanti," jelas beliau.
Beliau berkata, siasatan berhubung kes 1MDB masih berjalan,
justeru pihaknya meminta orang ramai dan media tidak membuat spekulasi
berhubung tangkapan ke atas mana-mana pihak.
Mengenai dakwaan peguam mewakili Najib, Datuk Harpal Singh
Grewal bahawa polis yang membuat pemeriksaan di kediaman Najib di Taman Duta
terlalu lama hampir 24 jam hingga mengganggu ketenteraman penghuninya, Amar
Singh berkata pihaknya menjalankan tugas secara profesional.
Dalam pada itu, Amar Singh memaklumkan pihaknya belum dapat
memberi anggaran jumlah sebenar nilai kesemua barangan mewah dan berharga yang
dirampas tadi, namun dipercayai jumlahnya besar.
"Kita masih jalankan proses pengiraan untuk mengetahui
nilai sebenar barang yang kita rampas," kata beliau.
Difahamkan, antara beg tangan mewah yang dirampas adalah
berjenama Hermes Birkin dan Louis Vuitton, manakala wang tunai yang dirampas
terdiri daripada pelbagai jenis matawang.
Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah
barangan yang dirampas di kediaman mewah berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam
tadi dan proses itu mengambil masa kira-kira dua jam.
Garis Masa Tun Dr Mahathir
1925: Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 10 Julai.
1945: Mengambil bahagian dalam penentangan Malayan Union.
1946: Menjadi ahli UMNO semasa ia ditubuhkan.
1953: Mendapat ijazah perubatan dari Kolej Perubatan King
Edward (yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
1954: Berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Alor
Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
1957: Berhenti dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
1964: Dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket
Parti Perikatan selepas beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul
Shukur, dengan majoriti 4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara
Mohd Shaari mendapat 8196 undi.
1965: Menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
1968: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
1969: Ditewaskan oleh calon Pas, Haji Yusof Rawa dalam
Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan Kotar Setar; beliau
dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina" apabila beliau
mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi dalam
pilihanraya;
Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12
Julai, berikutan pengedaran suratnya kepada Tunku Abdul Rahman;
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
1970: Mengeluarkan buku dalam bahasa Inggeris yang bertajuk
"Dilema Melayu" (The Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan
serentak.
1972: Diterima kembali menjadi ahli UMNO pada 7 Mac;
Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan
Malaysia (FIMA).
1973: Dilantik sebagai Senator.
1974: Dilantik sebagai Pengerusi Majlis Universiti
Nasional;
Melepaskan jawatan sebagai Senator untuk bertanding di
Pilihanraya 1974, yang mana beliau menang tanpa bertanding;
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
1975: Menjadi salah satu daripada tiga Naib Presiden UMNO,
selepas memenangi dengan majoriti sebanyak 47 undi.
1976: Menjadi Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
1978: Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi
Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana
Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan perletakan jawatan Tun
Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986)
disamping memegang jawatan Perdana Menteri;
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan
Amanah", "Kepimpinan Melalui Teladan", "Dasar Pandang ke
Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan polisi pemulauan
barang UK ("Buy British Last");
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung
Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The Malay
Dilemma)
Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali
Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa Saham London
pada 7 September, supaya memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah
pertanian kepada rakyat Malaysia.
1983: Mengemaskinikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan
Sultan-sultan, supaya rang undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang
Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
Menubuhkan PROTON, sebuah projek kereta nasional.
1986: Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan
Perdana Menteri pada 27 Februari;
Ghafar Baba dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
Malaysia;
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang
jawatan Perdana Menteri;
Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang
lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
1987: Menewaskan cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk
jawatan Presiden UMNO dengan majoriti yang nipis sekali pada 24 April;
Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan
Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi, termasuk Tun
Salleh Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa
kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO
telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
1990: Menjadi Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990
- Januari 1999) di samping memegang jawatan Perdana Menteri.
1993: Melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan
Perdana Menteri;
Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan,
selepas peristiwa Douglas Gomez;
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin
Australia merosot apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai seorang
yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan
APEC.
1997: Menetapkan nilai mata wang Malaysia pada 1 September
supaya mengatasi Krisis Kewangan Asia 1997.
1998: Memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari semua jawatan
dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan
penyalahgunaan kuasanya; Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi buruk apabila Al
Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di
Persidangan APEC yang pada masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan
Perdana Menteri;
Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak RM13 bilion;
Penghabisan pembinaan Menara Berkembar Petronas yang
mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia;
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh
Majalah TIME.
1999: Menjadi Menteri Kewangan Pertama pada 8 Januari, di
samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia masih mengalami Krisis
Ekonomi 1997;
Pembukaan rasmi Cyberjaya, sebuah bandar yang baru yang
memainkan peranan yang penting dalam Koridor Raya Multimedia Malaysia.
2001: Menjadi Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas
(5 Jun 2001) disamping memegang jawatan Perdana Menteri.
2002: Mengumumkan penggunaan bahasa Inggeris untuk
mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri
dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah dirayu untuk membuat penangguhan
selama 18 bulan.
2003: Bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 31
Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai
pengganti; beliau memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi
salah satu daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama
perkhidmatannya;
Dianugerahkan sebagai Tun, pangkat kehormatan yang
tertinggi di Malaysia.
2008: Dianugerahkan Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.)
membawa gelaran "Datuk Seri Utama".
2016: Keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia sebagai Penasihat.
2017: Telah mendaftarkan parti politik baru dan menyertai
Pakatan Harapan. Beliau telah dicadangkan sebagai calon pengerusi dan calon
perdana menteri Pakatan Harapan.
2018: Dilantik semula sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
ke-7 selepas bertanding dan mendapat sokongan majoriti daripada Pakatan Harapan
yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14. Ini menjadikan beliau Ketua Kerajaan
yang paling tua berkhidmat.
Legacy of Mahathir
(1) Mahathir was featured on the facade of Telekom Tower in
Kuala Lumpur during the national day celebrations in 2004.
(2) For his efforts to promote the economic development of the
country, Mahathir has been granted the sobriquet of Bapa Pemodenan (Father of
Modernization).
(3) Mahathir's official residence, Seri Perdana, where he
resided from 23 August 1983 to 18 October 1999, was turned into a museum
(Galeria Sri Perdana). In keeping with the principle of heritage conservation,
the original design and layout of the Sri Perdana has been preserved.
(4) One of Tun Dr Mahathir greatest project was the Petronas
Twin Towers that is situated in the heart of Kuala Lumpur. That building put
Malaysia in a global scale. And until now it has been the landmark of Kuala
Lumpur and also a very popular tourist attraction. Besides, until now Petronas
Twin Towers is the tallest twin towers in the world and were the tallest
building in the world from 1998-2004.
(5) Mahathir has been a highly controversial figure, and a
subject of harsh attacks by his critics. Former de facto Law Minister Zaid
Ibrahim writes in his memoirs: "In my heart, I cannot accept allegations
that Dr Mahathir personally was a corrupt man. Corrupt people are never brave
enough to speak as loudly as Dr Mahathir. Wealth is not a major motivation for
him. He only craves power."
According to Wain, writing his biography of Mahathir in
2010:
Rising living standards, together with Dr. Mahathir's
showpiece buildings and outspoken defence of Malaysia's interests, contributed
to a sense of national identity, pride and confidence that had not existed
before. He put Malaysia on the map, and most Malaysians were pleased about
it.... [However], he would not be able to escape responsibility for many of the
problems likely to plague Malaysian society in the future, from creeping
Islamisation to corruption and inequality. For while he held Malaysia together
for 22 years, the political-administrative system atrophied and decayed under
his personalised brand of governance.
ANUGERAH dan PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA TUN DR. MAHATHIR (DALAM
dan LUAR NEGARA), BAGI MENGIKTIRAF PENCAPAIAN dan MENGENANG JASA BELIAU (DARI
1965 – SEHINGGA
2012 SAHAJA)
(1) 31 Ogos 1965 - Pingat Perak, Hari Malaysia Ke -2
(2) 8 Jun 1977 - Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) membawa gelaran Dato' Seri.
(3) 24 Okt 1977 - Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Seri
(4) 8 Mac 1978 - Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS ) Dato' Seri
(5) 29 Okt 1979 - Dato' Seri Paduka Mahkota Johor
(SPMJ) - Dato'
(6) 30 Jun 1980 - Dato Patinggi Bintang Kenyalang Sarawak (DP) - Datuk Patinggi
(7) 15 Jul 1981 - Darjah Utama Pangkuan Negeri, Pulau Pinang (DUPN) - Datuk Seri
(8) 15 Ogos 1981 - Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) - Dato'
Seri Utama
(9) 23 Ogos 1981 - Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most
Exalted
Order of The White Elephant Thailand
(10) 10 Sep 1981 - Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) - Datuk Seri Panglima
(11) 15 Sep 1981 - Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) - Dato'
Seri
(12) 28 Apr 1982 - Seri Setia Sultan Mahmud Trengganu
(SSMT) - Dato' Seri
(13) 17 Ogos 1982 - Darjah Kebesaran Seri Paduka Negeri
Sembilan (SPNS) - Datuk Seri Utama
(14) 14 Dis 1982 - Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Datuk
Seri Utama
(15) 18 Feb 1983 Lions Clubs International `Head of State'
Humanitarian
Service- Dadah Abuse
(16) 9 Ogos 1983 - Pingat Grand Gwang Hwa, Presiden Korea Selatan
(17) 22 Mac 1984 - Nishan-I-Quoid-I-Azam, Pakistan
(18) 28 Nov 1984 - 1st Master Builders Gold Medal
(19) 18 Dis 1984 - Highest Award-Grand Cross of National Order,
Mali
(20) 17 Jan 1985 - Pingat Ibrahim Sultan Kelas Pertama PIS I)
(21) 20 Mei 1985 Bapa Pembangunan Moden, Umno Bahagian Pasir
Salak
(22) 6 Feb 1987 - Bintang Maha Petra Adi Purna, Indonesia
(23) 29 Ogos 1987 - Anugerah Emas MIC
(24) 17 Jan 1988 - Darjah Utama Kedah (DUK)
(25) Apr 1989 - Darjah Kerabat Johor Yang Amat Mulia (Kelas
Pertama) DK I)
(26) Mei 1989 Honorary Award of Freedom of the Worshipful
Company of Carpenters
(27) 1 Ogos 1990 - The Order of Liberator, Venezeula
(28) 20 Mei 1991 - The Farther of Human Resources Development
Workers
(29) Jun 1991 Fellow Kehormat, Institut Pengarah Malaysia
(29) Jun 1991 Fellow Kehormat, Institut Pengarah Malaysia
(30) 21 Jun 1991 - The Order of the Merit of Chile, Chile
(31) 2 Jul.1991 - The Order of St Martin, Argentina
(32) 14 Ogos 1991 - Paul Harris Fellowship, Rotary International
(33) Sep 1991 - Wira Nusa Raya, UMNO Sabah
(34) Sep 1991 - The Order of the Aztec Eagle Award, Mexico
(35) 30 Sep 1991 - Grand Cordon of the Order of the Rising Sun,
Maharaja Akihito, Jepun
(36) Okt 1991 - Honorary Fellowship of the Royal College of
Surgeons, Ireland
(37) 6 Okt 1991 - Fellow of the Royal College of Physicians,
Ireland
(38) 15 Apr 1992 - Warga Terhormat, Melaka
(39) 5 Mei 1992 - Arkitek Pemodenan Malaysia, Majlis Belia
Malaysia
(40) Jan 1993 - Ahli Kehormat, Institut Arkitek Landskap Malaysia
(41) Jul 1993 - Honorary Citizen, Tirana City
(42) 11 Mac 1996 - The Commander Grand Cross of the Royal Order of
the Polar
Star, King Gustaf, Sweden
(43) 19 Apr 1996 - The Dragon of Bosnia, Bosnia-Herzegovina
(44) Jun 1996 - Anugerah Jawaharlal Nehru, Kerajaan India
(45) 2 Jul 1996 - Knight Commander, Presiden Uruguay
(46) 2 Ogos 1996 - Fellow Kehormat, Akademi Sains Malaysia
(47) 5 Dis 1996 - Anugerah Cemerlang Diraja, Yayasan Tuanku Syed
Putra Perlis
(48) 14 Jan 1997 - Anugerah Antarabangsa Raja Faisal 1997
(49) 6 Apr 1997 - Anugerah Mubarak al-Kabir, Kuwait
(50) 8 Apr 1997 - Anugerah Ahmad Al-Fatah, Bahrain
(51) 16 Jun 1997 - Anugerah Wisha-Al-Akbar, Lebanon
(52) 11 Sep 1997 - Ijazah Kehormat Kedoktoran Dalam Kemanusiaan,
oleh
Universiti Kebangsaan Mongolia
(53) Sep 1997 - Anugerah Jose-Marti oleh Majlis Kerajaan Cuba
(54) 24 Nov 1997 - Fellows of the Royal College of Physicians of
Edinburgh
(55) 17 Mac 1998 - Anugerah Atsumi-Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat
(56) 20 Apr 1998 - Anugerah Fellowship Kehormat, oleh Chartered
Institute of
Marketing, United Kingdom
(57) 9 Mei 1998 - Doktor Kehormat Persuratan, oleh Universiti
Al-Azhar
(58) 3 Ogos 1998 - Commandeur de la Grande Etoilei, oleh Presiden
Djibouti
(59) 4 Jan 1999 - Anugerah Keamanan U Thant, oleh pemimpin
keamanan
antarabangsa, Sri Chinmoy
(60) 3 Nov 1999 - Pingat Emas, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
(61) 5 Nov 1999 - Penerima pertama Anugerah Presiden, Pertubuhan
Arkitek Malaysia (PAM)
(62) 31 Dis 1999 - Rotary Man of The Millenium, oleh Rotary
International District 3300
(63) 2 Sep 2000 - Anugerah Kecemerlangan `Lifetime Achievement
Award 2000',
daripada America Finance House-Lariba
(64) 5 Mei 2001 - Anugerah Beret Hijau Kehormat, oleh Rejimen
Gerak Khas
(65) 7 Jun 2001 - Ijazah Doktor Kehormat, dari Universiti Meiji,
Jepun
(66) 10 Sep 2001 - Anugerah Pencapaian Milenium Asean, daripada
Forum Perniagaan Asean sebagai mengiktiraf usaha-usaha beliau dalam membawa
perubahan di Malaysia sehingga menjadi sebuah negara contoh dan dinamik serta sumbangan beliau kepada Persatuan
Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)
(67) 21 Mac 2002 - The Grand Cross of the Order of Merit of the
Republic of Poland
(68) 12 Apr 2002 - Darjah Kerabat (DK) Al-Yunusi Kelantan
(69) 19 Jan 2003 - Darjah Kerabat (DK) Kedah
(70) 31 Jan 2003 - Diisyhtiharkan sebagai Bapa Permodalan Nasional
Berhad
(PNB) pada Majlis Makan Malam Kumpulan PNB
(71) 22 Jul 2003 - Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) -Pehin
(72) 5 Ogos 2003 - Order Drusby Friendship (Darjah Setiakawan),
iaitu anugerah
tertinggi kerajaan Rusia
(73) 17 Sep 2003 - Anugerah `Duta Keamanan', oleh Persekutuan
Antara Agama
dan Antarabangsa Bagi Keamanan
(74) 29 Sep 2003 - Darjah Yang Amat Dihormati Kelas Pertama
(D.K.), Selangor
(Darjah Kerabat Selangor)
(75) 22 Okt 2003 - Anugerah Felow Kehormat, Persekutuan Pertubuhan
Kejuruteraan Asean
(76) 31 Okt 2003 - Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) - Tun
(77) 4 Dis 2003 - Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan dan
Kejuruteraan,
Universiti Teknologi Malaysia
(78) 21 Dis 2003 - Diisytiharkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia
oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
(79) 15 Jan 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Universiti Islam
Antarabangsa
(80) 30 Jan 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Pemikiran Islam,
Universiti Malaya
(81) Feb.2004 - Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang ekonomi
pembangunan,
Universiti Padjadjaran, Indonesia
(82) 11 Mac 2004 - Anugerah Mahaputra, daripada Universiti Utara
Malaysia
(83) 1 Apr 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan dan
Teknologi,
Universiti Teknologi Petronas
(84) 15 Apr 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan
Kerajaan, Universiti Teknologi MARA
(85) 17 Apr 2004 - Anugerah Felow Kehormat Tertinggi, Institut
Jurutera Malaysia
(86) 21 Apr 2004 - Ijazah Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti
Tsinghua, China
(87) 30 Apr 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
(88) 2 Jun 2004 - Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Keio,
Jepun
(89) 15 Jul 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan
Pembangunan,
Universiti Utara Malaysia
(90) 17 Jul 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra
Malaysia
(91) 25 Jul 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan,
Universiti
Multimedia Malaysia
(92) 24 Ogos 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan
Pembangunan
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
(93) 4 Sep 2004 - Ijazah Kehormat Doktor Sains, Hamdard
University, Pakistan
(94) 2 Okt 2004 - Ijazah Doktor Kehormat (Kajian Pembangunan),
Universiti
Malaysia Sarawak
(95) 3 Okt 2004 - Anugerah Pemikir 2003/2004, Lembaga Amanah Minda
(96) 1 Dis.2004 - Grand Fellow Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
cawangan Kuala Lumpur
(97) 21 Feb 2005 - Anugerah Pencapaian Sahabat Islam, London
(98) 12 Mac 2005 - Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti Islam
Antarabangsa Islamabad, Pakistan
(99) 20 Mac 2005 - Felo Kehormat, Institut Kelautan Malaysia
(IKMAL)
(100) 26 Mei 2005 - Adams Peak Award, Majlis Masyarakat Islam Sri
Lanka
(101) 25 Jul 2005 - Tokoh Perdana Buku Negara 2005
(102) 6 Ogos 2005 - Anugerah Sains dan Teknologi, Persatuan
Saintifik Malaysia
(103) 13 Ogos 2005 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi
Kejuruteraan,
Universiti Kuala Lumpur
(104) 27 Ogos 2005 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan
Teknologi,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(105) 28 Ogos 2005 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains,
Universiti Tunku Abdul Rahman
(106) 8 Sep 2005 - Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, majalah
Malaysia Tatler
(107) 30 Nov 2005 - Hadiah Antarabangsa Gaddafi mengenai Hak Asasi
Manusia, Libya
(108) 17 Apr 2005 - Ijazah Doktor Kehormat Teknologi Kejuruteraan,
Universiti
Kuala Lumpur
(105) 20 Mei 2006 - Anugerah 'Minda Agung', Persatuan Rekacipta dan
Rekabentuk
Malaysia (MINDS)
(106) 19 Nov 2006 - Mother Teresa Memorial International Award for
Social Justice, India
(107) 1 Feb 2008 - Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) - Datuk
Seri Utama
(108) 30 Jun 2008 - Anugerah 'BrandLaureate Hall of Fame', Asia
Pacific Brands
Foundation
(109) 26 Dis 2008 - Ijazah Doktor Kehormat, Universiti Aden, Yemen
(110) 8 Jun 2009 - Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan, Universiti
Teknologi
Kreatif LimKokWing (LUCT)
(111) 26 Jul 2009 - 'Collegian of the Century', Kolej Sultan Abdul
Hamid
(112) 19 Ogos 2009 - Ijazah Doktor Kehormat Perubatan, Universiti
Perubatan Antarabangsa
(113) 3 Okt 2009 - Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan dan
Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(114) 5 Nov 2009 - Tokoh Takaful 2009, daripada Persatuan Takaful
Malaysia
(115) 16 Dis 2009 - Anugerah Keamanan Global, Yayasan Ramadhan,
United Kingdom
(116) 27 Mac 2010 - Bintang Pribumi Perkasa Negara, oleh Pertubuhan
Pribumi
Perkasa Malaysia
(117) 24 Sep 2010 - Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan
Pentadbiran
Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
(118) 27 Feb.2011 Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni
Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(119) 17 Mac 2011 - Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan, Universiti
Malaysia Perlis
(120) 21 Jun 2011 - Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, sempena
Anugerah
Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011
(121) 1 Okt 2011- Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti
Malaysia Terengganu
(122) 3 Okt 2011 - Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran
Awam),
Universiti Islam Yala, Thailand
(123) 18 Nov 2011 - Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT oleh
Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom)
(124) 14 Dis 2011 - Ahli Kehormat Seumur Hidup Kolej WIT
(125) 27 Jan 2012 - Ijazah Doktor kehormat Sains Politik,
Universiti Naresuan, Thailand
(126) 27 Mac 2012 - Anugerah Tokoh Pereka Negara, Majlis Rekabentuk
Malaysia
(127) 17 Mei 2012 - Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif,
Universiti
Malaysia Pahang
(128) 26 Jun 2012 - Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat JEC Asoa
2012
**Nota: Ini hanya rekod setakat tahun 2012 sahaja
Dr Mahathir, isteri sah pulangkan darjah kebesaran
Harian Metro : Selasa, 12 Disember 2017 @
10:41 AM
ISTANA Selangor mengesahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah
memulangkan darjah kebesaran yang dikurniakan Sultan Selangor sebelum ini pada
Khamis lalu.
Turut berbuat demikian ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr
Siti Hasmah Mohd Ali.
Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais berkata,
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pemulangan
kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada bekas Perdana Menteri
itu dan Dr Siti Hasmah tanpa halangan.
"Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan
bintang kebesaran Selangor itu akan dilakukan mengikut prosedur serta proses
yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini akhbar melaporkan Dr Mahathir sudah memulangkan
dua darjah kebesaran yang diterima beliau pada Khamis lalu dan diserahkan
kepada pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang.
Dalam pada itu jurucakap Dr Mahathir berkata, darjah
kebesaran yang dipulangkan ialah Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri
Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah
Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran
Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.
Jurucakap itu turut mengesahkan Dr Siti Hasmah melakukan
tindakan sama dengan memulangkan darjah kebesaran yang diterima beliau.
Sebelum ini, Sultan Sharafuddin memandang serius dan kecewa
dengan kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci,
menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.
Sultan Sharafuddin selepas berbincang dengan ahli Dewan,
menganggap ucapan itu sangat keterlaluan sehingga boleh mencetuskan kekecohan
dan huru-hara.
Kelantan tarik balik darjah kebesaran Dr Mahathir
Diterbitkan
pada 8 Feb 2018 6:29PM
ISTANA Kelantan menarik balik darjah kebesaran yang
dikurnia kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang kini
mempengerusikan blok pembangkang Pakatan Harapan.
Sumber mengesahkan bahawa Dr Mahathir akan memulangkan
Darjah Kerabat Al-Yunusi (DK) yang dikurnia pada 2002 oleh Sultan Kelantan
ketika itu, Sultan Ismail Petra.
Keputusan Pilihanraya Parlimen yang melibatkan
Tun Dr Mahathir:
Tun Dr Mahathir:
1964 Kota Star Selatan
Mahathir Mohamad (UMNO) 12,406 (60.22%)
Mohd. Sha'ari Abd. Shukor (PAS) 8,196 (39.78%)
Jumlah Pengundi 21,440
Peratus Keluar Mengundi 82.8%
Majoriti 4,210
Mahathir Mohamad (UMNO) 12,406 (60.22%)
Mohd. Sha'ari Abd. Shukor (PAS) 8,196 (39.78%)
Jumlah Pengundi 21,440
Peratus Keluar Mengundi 82.8%
1969 Kota Star Selatan
Mahathir Mohamad (UMNO) 12,032 (48.03%)
Yusof Rawa (PAS) 13,021(51.97%)
Jumlah Pengundi 25,679
Peratus Keluar Mengundi 78.6%
Majoriti 989
1974 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) Menang Tanpa Bertanding
Peratus Keluar Mengundi 78.6%
1974 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) Menang Tanpa Bertanding
1978 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 18,198 (64.64%)
Halim Arshat (PAS) 9,953 35.36%
Jumlah Pengundi -
Peratus Keluar Mengundi 8,245
Majoriti 78.36%
1982 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 24,524 (73.67%)
Yusof Rawa (PAS) 8,763 (26.33%)
Peratus Keluar Mengundi 8,245
1982 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 24,524 (73.67%)
Yusof Rawa (PAS) 8,763 (26.33%)
Jumlah Pengundi 34,340
Peratus Keluar Mengundi 78.79%
Majoriti 15,761
1986 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 25,452 (71.48%)
Azizan Ismail (PAS) 10,154 (28.52%)
Peratus Keluar Mengundi 78.79%
1986 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 25,452 (71.48%)
Azizan Ismail (PAS) 10,154 (28.52%)
Jumlah Pengundi 36,409
Peratus Keluar Mengundi 74.21%
Majoriti 15,298
1990 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 30,681 (78.07%
Sudin Wahab (S46) 8,619 (21.93%)
Peratus Keluar Mengundi 74.21%
1990 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 30,681 (78.07%
Sudin Wahab (S46) 8,619 (21.93%)
Jumlah Pengundi 40,570
Peratus Keluar Mengundi 77.51%
Majoriti 22,062
1995 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 24,495 (77.12%)
Ahmad Mohd Alim (PAS) 7,269 (22.88%)
Peratus Keluar Mengundi 77.51%
1995 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 24,495 (77.12%)
Ahmad Mohd Alim (PAS) 7,269 (22.88%)
Jumlah Pengundi 33,010
Peratus Keluar Mengundi 73.61%
Majoriti 17,226
1999 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 22,399 (63.22%)
Ahmad Subki Abd. Latif (PAS) 12,261 (34.61%)
Peratus Keluar Mengundi 73.61%
1999 Kubang Pasu
Mahathir Mohamad (UMNO) 22,399 (63.22%)
Ahmad Subki Abd. Latif (PAS) 12,261 (34.61%)
Jumlah Pengundi 36,106
Peratus Keluar Mengundi 78.62%
Majoriti 10,138
2004 Tidak bertanding
2008 Tidak bertanding
2013 Tidak bertanding
2018 Langkawi
Mahathir Mohamad (PPBM) 18,954 (54.90%)
Nawawi Ahmad (UMNO) 10,061 (29.14%)
Peratus Keluar Mengundi 78.62%
2004 Tidak bertanding
2008 Tidak bertanding
2013 Tidak bertanding
2018 Langkawi
Mahathir Mohamad (PPBM) 18,954 (54.90%)
Nawawi Ahmad (UMNO) 10,061 (29.14%)
Zubir Ahmad (PAS) 5,512 (15.96%)
Jumlah Pengundi 34,527Peratus Keluar Mengundi 80.87%
100 HARI MALAYSIA BARU
10 May 2018:
(1) Mahathir is sworn in as the 7th Prime Minister
12 May 2018:
(1) A Council of Eminent Persons is formed as government's advisory board, board members are; Tun Daim Zainuddin, former Finance Minister of Malaysia; Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, former Governor of Bank Negara Malaysia (BNM); Tan Sri Hassan Marican, former president and CEO of PETRONAS; Robert Kuok, Hong-Kong based Malaysian billionaire tycoon; and Professor Jomo Kwame Sundaram, prominent economist
(2) Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, and Mohamad Sabu are named for three top cabinet posts
(3) Former prime minister Najib Abdul Razak and wife Rosmah Mansor are barred from leaving the country
(4) Najib resigns as UMNO President and BN Chairman.
13 May 2018
(1) Mahathir instructs Inland Revenue Board to return taxes collected 'illegally'
14 May 2018
(1) Attorney-General Mohamed Apandi Ali goes on unrecorded leave, duties taken over by Solicitor-General
(2) Commissioner of MACC, Dzulkifli Ahmad resigns
(3) Treasurer General Irwan Serigar Abdullah's contract shortened, transferred to Public Service Department
(4) Mahathir says laws on fake news will be clearly defined
(5) Mahathir says political appointments in government linked companies will be reviewed
15 May 2018
(1) Audit Department declassifies its 1MDB report
(2) Council of Eminent Persons sets up a committee on institutional reforms, committee includes:
(a) Retired Judge of Court of Appeal Datuk KC Vohrah;
(b) Retired judge of the Court of Appeal and Human Rights Commission of
Malaysia (SUHAKAM) Commissioner Datuk Mah Weng Kwai;
(c) National Patriot Association President Brigadier General (Rtd) Datuk Mohamed
Arshad Raji;
(d) University Malaya Tunku Abdul Rahman Professor of Law Emeritus Professor
Datuk Dr Shad Saleem Faruqi;
(e) SUHAKAM President and Bar Council former President Datuk Ambiga
Sreenevasan
(2) Apandi Ali, Irwan Serigar, Dzulkifli and former IGP Khalid Abu Bakar barred from leaving the country
16 May 2018
(1) Anwar Ibrahim is freed from prison after receiving full pardon
(2) 1MDB president Arul Kanda Kandasamy is also barred from leaving the country
(3) Police search Najib's house
(4) Government announces GST will be zero-rated effective 1st June 2018 zero-rated
(5) Mahathir to sack 17,000 political appointees from civil service
(6) Registrar of Societies approves Pakatan Harapan's registration.
(7) Ministries instructed to cease use of 1Malaysia slogan
(8) Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M) programme ceased
(9) Board meetings of the Cooperatives Commission of Malaysia and committees which have political appointees to be postponed
17 May 2018
(1) Mahathir appoints himself as education minister, and Wan Azizah as Women and Welfare Minister
(2) Police search at Najib's house continues
(3) Finance Ministry initiates fiscal reforms
18 May 2018
(1) Withdrew his appointment as education minister in light of his promise with collition
20 May 2018
(1) Former executive of PetroSaudi whistleblower Swiss national Xavier Justo meets Mahathir
21 May 2018
(1) Special task force formed to investigate the 1MDB scandal as well as to prosecute wrongdoers and retrieve related assets. Task force would be jointly headed by former Attorney-General Abdul Gani Patail, former MACC head Abu Kassim Mohamed, current MACC head Mohd Shukri Abdull and former Special Branch head Abdul Hamid Bador.
(2) Deputy prime minister Wan Azizah Wan Ismail and several federal ministers officially sworn in as members of cabinet
21 Mei 2018
Penubuhan (Semula) Pasukan Khas Siasat 1 MDB
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan penubuhan semula pasukan khas bagi menyiasat 1MDB, 3 tahun selepas ia tiba-tiba ditamatkan susulan pelantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara.
Pasukan itu mengekalkan 2 bekas ahli sebagai ketua bersama: Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Dua ahli baru yang dilantik adalah ketua pesuruhjaya SPRM baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador.
Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan berkata pasukan khas itu terdiri daripada SPRM, polis, Jabatan Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia.
Pasukan khas sebelum ini ditubuhkan pada Mac 2015, lebih kurang 3 bulan sebelum akhbar Wall Street Journal menerbitkan dokumen menunjukkan lebih kurang AS$700 juta didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, pada 2013.
Pada 28 Julai tahun sama, Putrajaya mengumumkan Gani tidak lagi memegang jawatan peguam negara, dan Najib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri, Datuk Seri Shafie Apdal, digugurkan.
Pasukan khas itu kemudiannya dibubarkan, dan Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku dalam menerima sejumlah wang yang besar ke dalam akaunnya.
Putrajaya dalam kenyataan hari ini berkata pasukan khas itu akan bertanggungjawab dalam keseluruhan aspek penyelarasan siasatan, pengesanan kewangan dan pemerolehan aset yang dikaitkan dengan kehilangan dana 1MDB di dalam dan luar negara.
“Pasukan khas ini juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Kanada dan lain-lain negara yang berkaitan,” kata kenyataan itu.
Putrajaya berharap siasatan baru akan “mengembalikan maruah negara yang tercemar selama ini di samping mengembalikan wang dan aset rakyat Malaysia berikutan skandal klptokrasi hasil salah laku dan penyelewengan dana 1MDB”.
23 Mei 2018
Keputusan Mesyuarat Pertama Kabinet
KUALA LUMPUR: Berikut adalah antara keputusan yang dicapai pada mesyuarat pertama Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya hari ini.
(1) Mengenal pasti langkah bagi menangani hutang negara yang sudah mencecah RM1 trilion
(2) Memotong gaji jemaah Menteri sebanyak 10 peratus, berkuat kuasa serta-merta
(3) Mengkaji semula Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu
(4) Mengkaji semula beberapa projek mega
(5) Membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
(6) Menamatkan kontrak pegawai lantikan politik
(7) Membubarkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan tanggungjawab dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan
(8) Mengekalkan harga bahan api untuk masa ini
(9) Menyatakan tiada hasrat untuk membeli balik PROTON
Jemaah Menteri Tun Dr Mahathir 23 Mei 2018
25 Mei 2018
30 Mei 2018
.
Ketua pengarah RoS diganti
The Malaysian Insight
25 May 2018 1:19PM
SURYATI Ibrahim, ketua pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS)
yang menolak pendaftaran Pakatan Harapan (PH) sebagai sebuah parti politik,
telah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada Selasa, 22 Mei lalu.
Tempat beliau digantikan oleh Masyati Abang Ibrahim berkuat
kuasa pada Rabu lalu.
Pertukaran Suryati dan pelantikan Masyati diumumkan oleh
ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini.
Masyati sebelum ini merupakan perunding kanan di Bahagian
Transformasi Sektor Awam JPA, dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran
dan pengurusan, kata kenyataan itu.
RoS meluluskan pendaftaran PH sebagai parti politik pada
Rabu lalu, 17 Mei, genap seminggu selepas pengundi menumbangkan Barisan
Nasional dan memberi mandat kepada PH untuk jadi kerajaan baharu di Putrajaya.
Susulan keputusan RoS menolak pendaftaran PH sebagai parti
politik, semua parti gabungannya bertanding menggunakan logo tunggal PKR dalam
Pilihan Raya Umum ke-14 yang baru lalu. – 25 Mei, 2018.
30 Mei 2018
18 Perkara Diputuskan Dalam Mesyuarat Ke-2 Kabinet
KUALA LUMPUR - Mesyuarat kedua Kabinet kerajaan Pakatan
Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di
Putrajaya hari ini telah memutuskan 19 perkara seperti berikut:
(1) Bonus RM400 kepada penjawat awam sempena Aidilfitri.
(2) Harga minyak RON 95 dikekalkan tetapi RON 97 ditetapkan
secara apungan ikut pasaran semasa.
(3) Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan untuk rakyat menyalur
sumbangan membantu kerajaan melunaskan hutang.
(4) Tol diberi diskaun 50% dalam tempoh dua hari sebelum
Aidilfitri.
(5) Sayangi Malaysiaku tema Hari Kebangsaan 2018.
(6) Program Permataku diletak di bawah Kementerian Pendidikan.
(7) Pesara kerajaan menerima bonus RM200 sempena Aidilfitri.
(8) GST digantikan SST mulai 1 September 2018.
(9) Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
(10) Projek MRT3 tidak akan diteruskan.
(11) Esok taklimat penuh Kementerian Kewangan menurunkan kos
pentadbiran negara.
(12) BR1M diubah nama kepada Bantuan Sara Hidup.
(13) Pencarian MH370 tidak dapat diteruskan kecuali menemui
bukti baharu.
(14) Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan
dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
(15) Kumpulan orang yang berpengetahuan agama akan membincangkan
sama ada Jakim akan dikekalkan atau tidak.
(16) Isu BTN sedang dikaji.
(17) ECRL bukan batal, dalam kajian.
(18) Janji manifesto 100 hari akan ditunaikan tetapi ambil kira keadaan kewangan serta tidak jejas pentadbiran negara.
31 Mei 2018
WSJ dan Reuters dalam
pendedahannya melaporkan kerajaan Najib menggunakan dana itu untuk membayar
sebahagian daripada AS$1.2 bilion hutang kepada dana Abu Dhabi, IPIC sebagai
perjanjian penyelesaian yang dibuat pada April 2017 selepas 1MDB gagal membayar
bon terbitannya.
(18) Janji manifesto 100 hari akan ditunaikan tetapi ambil kira keadaan kewangan serta tidak jejas pentadbiran negara.
31 Mei 2018
Najib, Johari Ghani, Irwan Serigar letak jawatan Khazanah
31 May 2018 9:28PM
NAJIB Razak meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga
Pengarah Khazanah Nasional Berhad berkuat kuasa serta merta hari ini, kata
syarikat pelaburan negara itu dalam satu kenyataan media.
Dua anggota Lembaga Pengarahnya, bekas Menteri Kewangan
Kedua, Johari Abdul Ghani dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Mohd
Irwan Serigar Abdullah juga melepaskan jawatan mereka.
Johari letak jawatan berkuat kuasa semalam manakala Irwan
sejak 23 Mei lepas.
Kementerian Kewangan minggu lalu mengesahkan laporan The
Wall Street Journal dan Reuters bagaimana Najib, semasa jadi menteri kewangan,
menggunakan wang dari Khazanah serta Bank Negara Malaysia untuk membayar
liabiliti syarikat pelaburan bergelumang skandal, 1Malaysian Development Berhad
(1MDB).
Khazanah dalam reaksi balas menjelaskan pihaknya tiada
kawalan ke atas penggunaan dana daripada sahamnya yang sudah ditebus.
Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul atau
RCCPS itu diterbitkan kepada Kementerian Kewangan pada 7 Mac 2011 dengan nilai
RM3 bilion.
Saham itu merupakan modal yang disuntik yang boleh ditebus
oleh Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham 100% Khazanah, pada bila-bila
masa.
Pada 14 Mac 2015, Kementerian Kewangan menebus RM1.8 bilion
daripada keseluruhan jumlah RM3 bilion yang diterbitkan dan menebus pula baki
RM1.199 bilion pada 11 Ogos 2017.
02 Jun 2018
Zulkifli bakal dilantik Panglima ATM
cnews@nstp.com.my
Sabtu, 2 Jun 2018 @ 3:00 PM
BEKAS Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli
Zainal Abidin bakal dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT)
berkuatkuasa 20 Jun ini.
NSTP difahamkan, Majlis Angkatan Tentera yang bermesyuarat
pada 2 Jun 2018 sebulat suara memilih Zulkifli untuk menggantikan Jeneral Tan Sri
Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor bagi menerajui ‘kerusi’ tertinggi
angkatan tentera itu.
Zulkifli yang sepatutnya bersara wajib 30
November depan, kini sedang bercuti pra persaraan sejak 15 Mei selepas
melepaskan jawatannya sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Malaysia
(UPNM). Jawatan berkenaan kini diisi Ketua Markas ATM Lt Jen Datuk Abdul Halim Jalal.
Zulkifli dilantik sebagai Panglima Tentera Darat (PTD) pada
14 Jun 2011, sebelum dipindahkan untuk menjadi Naib Canselor UPNM.
Tommy Thomas dilantik menjadi Peguam Negara baru
05 Jun 2018
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata
atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah
menitahkan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Kebawah
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua
rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak
patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia
harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama. Seri Paduka juga bertitah bahawa pelantikan
tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
"Setelah
mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan
(i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis
Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan
Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia, "
katanya.
Wan
Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan
bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif
kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian
Malaysia.
Seri
Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang
Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam.
Gabenor Bank Negara menghantar surat perletakan jawatan
06 Jun 2018
PUTRAJAYA:
Tun Dr Dr Mahathir Mohamad mengesahkan mendapat surat peletakan jawatan Gabenor
Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim, hanya 2 tahun selepas
beliau dilantik ke jawatan itu.
Perdana
menteri berkata, Muhammad tidak memberi alasan kukuh terhadap keputusan itu.
“Beliau
tidak menyatakan sebarang alasan kukuh, hanya menyatakan hasrat untuk meletak
jawatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi ,esyuarat Kabinet di
Perdana Putra hari ini.
Beliau
berkata, setakat ini belum ada pengganti Muhammad.
Ditanya
adakah peletakan jawatan itu ada kaitan pembelian tanah kerajaan atau 1MDB, Dr
Mahathir berkata, Muhammad tidak menyebut perkara itu dalam surat peletakan
jawatannya.
Dr
Mahathir dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan BNM membeli
sebidang tanah seluas 22.5 hektar daripada kerajaan Barisan Nasional bernilai
RM2 bilion, Januari lalu.
Tanah
itu akan dibangunkan sebagai hab pendidikan kewangan yang akan menempatkan
Universiti Kewangan Islam Global (INCEIF), Akademi Penyelidikan Shariah
Antarabangsa bagi Kewangan Islam (ISRA) dan pembangunan kemudahan latihan serta
pendidikan masa depan.
Lim
dilaporkan mendakwa kerajaan di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk
Seri Najib Razak menggunakan wang itu untuk membayar hutang 1MDB.
Bagaimanapun,
BNM mempertahankan transaksi pembelian tanah itu dengan Muhammad pada Februari
lalu dilaporkan berkata, beliau menganggap pembelian tanah mengikut harga
pasaran itu sebagai “urus niaga tanpa tekanan”.
Muhammad
dilantik sebagai gabenor pada 1 Mei 2016, menggantikan Tan Sri Zeti Akthar
Aziz.
Semalam,
bekas timbalan gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan antara
calon yang dipertimbangkan untuk menggantikan Muhammad.
PETALING JAYA: Kerajaan telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future) yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya.
CEO Kumpulan TM letak jawatan
Diterbitkan 6 Jun 2018, 7:01 pm
Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan peletakan jawatan
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Seri Mohammed
Shazalli Ramly, berkuatkuasa serta merta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TM berkata,
Timbalan CEO, Datuk Bazlan Osman, akan bertindak sebagai Pemangku CEO Kumpulan.
Sementara itu, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor,
meletak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas, berkuatkuasa 8 Jun,
untuk terbabit dalam bidang lain.
Shazalli sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif
Kawasan, Kumpulan Axiata Bhd.
Khazanah Nasional Bhd dilaporkan memegang 26 peratus saham
dalam syarikat itu.
07 Jun 2018
Mohamed
Apandi, Rosni letak jawatan ahli lembaga pengarah TH
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah meletakkan
jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) pada 4 Jun lalu.
Menerusi
kenyataan yang dikeluarkan TH hari ini, seorang lagi Ahli Lembaga Pengarahnya,
Datuk Rosni Sohar juga sudah meletakkan jawatan pada 23 Mei lalu.
Mohamed
Apandi mula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah TH sejak Januari 2016,
manakala Rosni sejak Februari 2014.
CEO Kumpulan Astro letak jawatan
Khamis, 7 Jun 2018 | 10:55am
Astro Malaysia Holdings Bhd hari ini
mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk
Rohana Rozhan, yang akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2019, namun beliau akan
kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah.
Jawatan beliau akan diambil alih oleh Ketua Pegawai
Kandungan dan Pelanggan Kumpulan Astro, Henry Tan, yang berkhidmat lebih 10
tahun dengan pengendali stesen berbayar itu.
Rohana disifatkan sebagai perancang utama strategi
pertumbuhan Astro termasuk membolehkan stesen itu menerajui segmen kandungan di
Malaysia serta menyaksikan Astro muncul syarikat pengguna dengan kedudukannya
yang semakin berkembang di ASEAN. Di bawah pentadbiran beliau, jumlah pelanggan Astro
meningkat daripada 2.0 juta kepada 5.5 juta manakala perolehan pula berkembang
RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari
2018.
Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan letak jawatan
irwansha@nstp.com.my
Rabu, 13 Jun 2018 @ 11:46 AM
PELETAKAN jawatan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif
dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkuat kuasa
pada 31 Julai depan.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, berkata
peletakan jawatan itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V, pada Jumaat lalu dan dimaklumkan melalui surat Setiausaha Sulit,
Bahagian Urusan Diraja, Istana Negara pada Isnin lalu.
Pada 15 Mei
lalu, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan bertemu Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad dan sudah menyampaikan hasrat Yang Amat Arif untuk
meletakkan jawatan. Walaubagaimanapun,
Yang Amat Arif (Md Raus dan Zulkefli) memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa
peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada tarikh yang munasabah untuk
membolehkan segala urusan kehakiman diselesaikan.
Selaras
dengan pertimbangan sedemikian, Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan
telah mengutus surat peletakan jawatan masing-masing kepada Yang di-Pertuan
Agong pada 7 Jun dan peletakan jawatan itu akan berkuat kuasa pada 31 Julai
2018.
Mohd Hashim angkat kaki dari SPR lebih awal
13 Jun 2018, 5:34 petang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd
Hashim Abdullah akan menamatkan tempoh perkhidmatannya lebih awal iaitu pada 1
Julai (2018) depan. Melalui kenyataan yang dikeluarkan unit komunikasi korporat
suruhanjaya itu hari ini, Mohd Hashim dikatakan "memendekkan tempoh
perkhidmatan". Pemendekan tempoh perkhidmatan ini telah
diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya
Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun 2018. Pemendekan tempoh perkhidmatan ini juga telah
dimaklumkan kepada Perdana Menteri melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun
2018," kata kenyataan itu.
Mohd Hashim menyertai SPR pada September 2014
sebagai Timbalan Pengerusi sebelum dilantik sebagai Pengerusi pada Januari
2016. Beliau bagaimanapun sebelum ini dikritik pemimpin Pakatan
harapan (HARAPAN) dan badan pendesak pembaharuan pilihan raya BERSIH kerana
memperkenalkan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan peraturan
berkempen yang didakwa memberi kelebihan kepada BN.
Projek TRX diteruskan
Oleh Irwan Shafrizal Ismail; Veena Babulal dan Hazwan
Faisal Mohamad
Khamis: 21 Jun 2018: 1501H
PUTRAJAYA: Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek
Bangunan Tun Razak Exchange (TRX) walaupun lebih RM3 bilion dana kerajaan untuk
TRX City Sdn Bhd (TRXC) diselewengkan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan bersetuju
menyiapkan projek TRX dengan memperuntukkan dana tidak lebih RM2.8 bilion
kepada TRXC. Keputusan itu akan menangani kebimbangan pelabur
tempatan dan antarabangsa yang sedia ada di TRX yang sudah melabur berbilion
ringgit.
Kabinet membuat keputusan meneruskan projek TRX demi
menjana kembali dana yang diselewengkan serta membayar balik semua pinjaman
lama dengan mengambil kira kos peluang dan pelaburan yang telah dibuat. Kabinet juga berpendapat bahawa penerusan projek ini akan
menghasilkan keuntungan kecil kepada kerajaan Persekutuan.
TRXC adalah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
Sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Real Estate Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik
penuh 1MDB. TRXC adalah pemilik dan
pemaju induk dua projek hartanah yang sebelum ini diletakkan di bawah kawalan
1MDB iaitu TRX dan Bandar Malaysia.
Shamsiah dilantik Gabenor BNM baharu
SINAR HARIAN 22 JUN 2018
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan mengumumkan pelantikan
Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang
baharu.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Yang di-Pertuan
Agong pada 19 Jun 2018 telah memperkenan cadangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melantik Nor
Shamsiah. Datuk Nor Shamsiah dilantik sebagai
Gabenor BNM selama tempoh lima tahun berkuatkuasa mulai 1 Julai 2018 hingga 30
Jun 2023.
Nor Shamsiah adalah Timbalan Gabenor BNM dari 2010 hingga
2016. Baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Penolong Pengarah
Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Nor Shamsiah merupakan seorang lepasan University of South Australia dengan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan dan seorang Akauntan Bertauliah (CPA).
Nor Shamsiah menggantikan bekas Gabenor, Tan Sri Muhammad
Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 6 Jun lalu. Beliau juga pernah terlibat dalam siasatan terhadap
syarikat pelaburan strategik negara, 1MDB dan pelbagai langkah pengukuhan
sistem kewangan negara, khasnya pasca krisis kewangan Asia 1997-1998.
Projek ECRL diteruskan
Sabtu, 23 Jun 2018 @ 4:15 PM
Rizanizam Abdul Hamid
mrizanizam@nstp.com.my
KERAJAAN akan meneruskan projek pembinaan Laluan Kereta Api
Pantai Timur (ECRL) selepas perbincangan semula mengenai kosnya diputuskan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, turut disemak semula
adalah berhubung penangguhan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR)
Kuala Lumpur-Singapura.
Kerajaan sudah bayar RM20 bilion untuk projek ECRL, jadi
tak masuk akal untuk kita mansuhkan ia begitu sahaja. Kerajaan akan runding
semula.
Projek ECRL yang dicadangkan pentadbiran bekas PM Datuk Seri Najib Razak mencetuskan kontroversi ekoran kosnya yang
mencecah sehingga RM70 bilion. Laluan sepanjang 688 kilometer (km) itu dijangka akan
menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur melalui Kuantan, Pahang dan
Pengkalan Kubor di Kelantan.
Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menolak
projek itu sambil menyifatkannya sebagai kontrak 'pelik' kerana negara perlu
membiayai projek itu dengan pinjaman dari China, selain mengupah kontraktor
dari negara itu.
Sementara itu dalam perkembangan HSR, Guan Eng memberitahu
beliau telah mengarahkan peguam negara meneliti aspek perundangan dalam
perjanjian kontrak HSR untuk membolehkan perbincangan dengan Singapura. Kerajaan sudah semak aspek kewangan,
kejuruteraan, dan undang-undang dan kini hanya
menunggu aspek perundangan daripada Singapura.
Dr Mahathir sebelum ini mengumumkanbahawa projek HSR
hanya ditangguhkan dan bukannya dibatalkan susulan ketidakmampuan ekonomi
negara. Kos keseluruhan pembinaan HSR untuk
laluan sepanjang 350 km dijangka menelan belanja RM110 bilion dan jumlah itu
terlalu tinggi kerana kerajaan sedang berusaha mengurangkan hutang negara yang
kini mencecah RM1 trilion.
Perdana Menteri pada 28 Mei lalu kerajaan berkemungkinan
perlu membayar pampasan sehingga RM500 juta kepada Singapura sekiranya
membatalkan projek yang dijangka memendekkan masa perjalanan KL-Singapura dalam
tempoh 90 minit sahaja.
Nilai
barangan dirampas antara RM900j hingga RM1.1b - Amar Singh
BH:
Rabu, 27 Jun 2018: 11:32am
KUALA
LUMPUR: Jumlah keseluruhan nilai barangan dirampas di kediaman berkaitan bekas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah antara RM900 juta hingga RM1.1
bilion, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman,
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.
Amar
Singh berkata, sebanyak 12,000 pelbagai barang kemas ditemui dalam 25 daripada
72 beg yang dirampas polis. Antara
barang kemas itu ialah cincin, berlian, gelang dan subang yang keseluruhannya
dengan nilai pasaran kira-kira RM880 juta. Daripada
jumlah itu, sebanyak 2,200 unit adalah cincin, 1,400 rantai, gelang tangan
2,100 unit, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit. Barang
paling berharga adalah seutas rantai emas dengan berlian putih berharga RM6.4
juta.
Selain itu, sebanyak 567 beg tangan membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada
dan Chanel serta Bijan. Beg
tangan Hermes saja bernilai kira-kira RM51.3 juta dan paling mahal berharga
RM1.6 juta.
Selain dari itu, turut dirampas 234 cermin mata hitam seperti Gucci dan Dior kesemuanya
bernilai RM374,000. Sebanyak enam beg mengandungi 423 utas jam tangan bernilai RM78 juta
membabitkan lebih 100 jenama. Jam
tangan paling mahal dirampas adalah Rolex Paul Newman Daytona yang bernilai
RM3.5 juta, Chopard (RM2.5 juta), Richard Mille (RM1.6 juta).
Kesemua barang kemas dan wang kini disimpan di Bank Negara. Pada 21 Mei hingga 25 Jun lalu,
JSJK sudah buat pengiraan dan pemeriksaan barang dirampas. Pengiraan
dan pemeriksaan itu mengambil masa lama kerana angka adalah besar. Lapan
pasukan khas terdiri daripada pakar dan pegawai terbabit dalam pengiraan dan
pemeriksaan membabitkan 150 anggota.
Selain
itu, Amar Singh juga mengesahkan jumlah rampasan wang tunai pelbagai mata wang
di enam premis yang diserbu berkaitan siasatan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) berjumlah RM116.7 juta. Bagaimanapun, wang tunai yang dirampas itu tidak dapat dipastikan ia milik UMNO
seperti yang didakwa.
Amar
Singh berkata, sumber atau penyumbang kepada barang-barang yang dirampas sedang
dikenal pasti untuk diambil keterangan.
Beliau
juga mengesahkan polis menemui pelbagai dokumen di premis di Putrajaya dan
polis masih menyiasat kaitannya dengan skandal 1MDB.
900
akaun dibeku, pasukan khas keluar kenyataan hari ini
Khamis: 29 Jun 2018: 12:03pm
KUALA
LUMPUR: Pasukan Khas Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan
mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung pembekuan 900 akaun yang mempunyai
kaitan dengan siasatan skandal syarikat pelaburan strategik negara itu.
Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd
Shukri Abdull, ketika dihubungi, pagi ini memaklumkan tindakan pembekuan akaun
terbabit bukan dilakukan SPRM, sebaliknya pasukan khas berkenaan.
Pasukan Khas Siasatan 1MDB itu diketuai bersama bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengarah Cawangan Khas
Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.
Pada
21 Mei lalu, Pasukan Khas Siasatan 1MDB ditubuhkan bagi membuat siasatan,
pengesanan dan rampasan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan
kesalahan jenayah dalam pengurusan syarikat berkenaan.
Nota:
Inilah pusingan dunia. Tempoh hari (sebelum PRU14), UMNO (BN) melalui RoS, membubarkan (sementara) PPBM dan tidak meluluskan PH di saat akhir sebelum PRU. Agaknya begini jugalah rasa hati dan otak pemimpin PPBM memikirkan jalan alternatif untuk menyertai PRU. Hari ini UMNO nak bersidang. Persiapan semua dah booking, tapi akaun kena beku. Sanggup ke kontraktor nak bekalkan perkhidmatan kalau tak pasti dapat bayaran atau tidak?.
Arul
Kanda ditamatkan perkhidmatan
Jumaat: 30 Jun 2018, 12:41pm
KUALA
LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan telah menamatkan
perkhidmatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy
berkuat kuasa semalam. Arul menyertai 1MDB pada 2015. Surat penamatan perkhidmatannya itu diberikan
selepas Arul Kanda didapati melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari sebagai
ketua 1MDB yang kini berdepan dengan penyiasatan antarabangsa mengenai salah
guna kuasa.
Laporan
dari The Edge pula menyatakan pemecatan Arul Kanda itu datang dua hari sebelum
kontraknya berakhir pada 30 Jun ini.
Zeti dilantik Pengerusi Kumpulan PNB
Jumaat,
29 Jun 2018 @ 6:42 PM
TAN Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi
Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa esok (30 Jun). Pelantikan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu berikutan
persaraan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang
Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) berkuat kuasa hari ini.
Lembaga Pengarah PNB juga mengumumkan bahawa Datuk Dr Awang
Adek Hussin akan bersara sebagai Pengarah PNB dan Pengerusi PNB Research
Institute Sdn Bhd berkuat kuasa hari ini.
Sementara itu, YPB juga mengumumkan Menteri Kewangan
Diperbadankan (MOF Inc) memaklumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil
alih jawatan Pengerusi YPB berkuat kuasa kelmarin.
INFO: Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
* Lahir di Johor Baru pada 27 Ogos 1947 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958
* Gabenor Bank Negara ketujuh dan wanita pertama dilantik sebagai Gabenor BNM pada 17 April
2001
* Pada 2009, majalah Global Finance menamakan Zeti sebagai
antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia.
* Pada 2014, Zeti disenarai sebagai Ketua Bank Pusat Gred A
untuk kali ke-11 berturut-turut oleh Global Finance
* Menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi
Analitikal pada 1970, dan kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978
13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri angkat sumpah
Isnin: 2 Julai 2018: 1214PM
KUALA LUMPUR: Upacara mengangkat sumpah bagi jawatan yang sedang berlangsung di Istana Negara menyaksikan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri mengangkat sumpah hari ini. Berikut adalah senarai mereka yang mengangkat sumpah HARI ini:
MENTERI
1. Datuk Saifuddin bin Abdullah - Menteri Luar
2. Mohd Redzuan bin Md Yusof - Menteri Pembangunan Usahawan
3. Dr Xavier Jayakumar - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
4. Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Menteri Belia dan Sukan
5. Baru Bian - Menteri Kerja Raya
6. Teresa Kok - Menteri Industri Utama
7. Datuk Saifuddin Nasution bin Ismail - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
8. Datuk Dr Mujahid bin Yusof Rawa - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Khalid bin Abdul Samad - sebagai Menteri Wilayah
10. Datuk Liew Vui Keong - sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
11. Ignatius Darell Leiking - sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
12. Datuk Mohamaddin bin Ketapi - sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
13. Yeo Bee Yin - Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
TIMBALAN MENTERI
1. Dr Md Farid Rafik - Timbalan Menteri di JPM (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
2. Ir Amiruddin Hamzah - Timbalan Menteri Kewangan
3. Eddin Syazlee Shith - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
4. Shamsul Iskandar Md Akin - Timbalan Menteri Industri Utama
5. Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
6. Sivarasa Rasiah - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
7. Fuziah Salleh - Timbalan Menteri di JPM (Agama)
8. Dr Lee Boon Chye - Timbalan Menteri Kesihatan
9. Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
10. Chong Chieng Jen - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
11. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
12. Hannah Yeoh Tseow Suan- Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
13. Teo Nie Ching - sebagai Timbalan Menteri Pendidikan
14. Steven Sim Chee Keong- sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan
15. Dr Ong Kian Ming - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
16. Datuk Mahfuz bin Omar - sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia
17. Mohd Anuar bin Mohd Tahir - sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya
18. Mohamad Hanipa Maidin - JPM (Undang-undang)
19. Datuk Kamarudin bin Jaafar - Timbalan Menteri Pengangkutan
20. Dr Mohd Hatta bin Ramli - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
21. Dr Shahrudin bin Md Salleh - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
22. Innaraissah Munirah binti Majilis - Timbalan Menteri Tenaga
23. Datuk Aziz bin Jamman - Timbalan Menteri Dalam Negeri
23. Datuk Aziz bin Jamman - Timbalan Menteri Dalam Negeri
SENARAI PENUH
MENTERI KABINET SELEPAS PRU 14
Tiga lagi menteri lantikan Senator - Dr Mahathir
2 Jul 2018, 3:52 petang
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan Kabinetnya kepada 29 orang menteri. Bagaimanapun pelantikan itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara.
Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 akan bersidang mulai 16 Julai ini sehingga 16 Ogos depan.
Sementara itu, Dr Mahathir akan mengadakan pertemuan dengan Menteri dan Timbalan Menteri yang mengangkat sumpah hari ini bagi memberi penerangan berhubung tanggungjawab dan peranan yang harus dimainkan mereka.
Najib didakwa esok
Selasa: 3 Julai 2018
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan
dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok.
Hari ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB
mengesahkan menahan Najib 2.35 petang tadi berkaitan siasatan kes SRC
International Sdn Bhd.
"Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada 8.30
pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.
Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Najib ditahan
di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.
Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baharu
Khamis: 12 Julai 2018: 10.06 am
KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum malam ini mengangkat
sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini. Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana
Kecil, Istana Negara, di sini.
Malanjum, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan
Tun Md Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua
Hakim Negara mulai 31 Julai.
Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di
mana beliau memulakan persekolahan peringkat rendah dan menengah di Kota
Kinabalu, Sabah. Beliau memulakan kerjayanya dengan berkhidmat di Jabatan
Pelajaran dan kemudian beberapa jabatan kerajaan yang lain.
Pada 1972, beliau melanjutkan pelajaran ke Institut
Teknologi Mara (sekarang Universiti Teknologi Mara) di Shah Alam, Selangor,
sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang dan
dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B)(Hons)(London) pada 1975.
Selepas memperoleh ijazah undang-undang, Malanjum
berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri Sabah dan ditugaskan sebagai Timbalan
Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.
Malanjum melanjutkan pelajaran di London dan berjaya
menghabiskan pengajian "Bar-at-Law" pada tahun yang sama. Beliau
dipanggil ke "The English Bar of the Honourable Society of Gray's
Inn" di London. Sekembalinya dari London, beliau berkhidmat semula di
Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah sebagai Pegawai Undang-Undang/Timbalan
Pendakwa Raya.
Pada 1977, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan
Peguamcara di Sabah dan juga diterima masuk ke 'The Australian Capitol
Territory' (ACT) Bar pada 1991.
Pada 1981, Malanjum meletak jawatan di Pejabat Peguam Besar
Negeri dan seterusnya menyertai bidang kerjaya guaman persendirian di Kota
Kinabalu di mana pada waktu itu beliau menjadi Presiden Persatuan Undang-Undang
Sabah sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada awal 1992.
Malanjum adalah anak kelahiran Bumiputera Sabah yang
pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim
Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia. Pada 2006, buat pertama kali sejak terbentuknya Malaysia,
beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar Mahkamah
Tinggi Sabah dan Sarawak.
Sejurus selesai upacara angkat sumpah itu, Sultan Muhammad
V mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden
Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah
kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak
menggantikan Malanjum.
Md Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan mereka selepas
diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu. Umur persaraan bagi hakim
ialah 66 tahun.
Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof dilantik pengerusi Tabung
Haji
13 Julai 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) melantik bekas pengerusi eksekutif
Suruhanjaya Sekuriti Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof sebagai pengerusi baharunya.
TH juga menamakan bekas ketua pegawai eksekutif BIMB
Holdings Bhd Datuk Seri Zukri Samat sebagai ketua pegawai eksekutifnya yang
baharu. Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa hari ini, kata
Mohammed Nor kepada Bernama hari ini.
Sebelum ini, Mohammed Nor pernah memegang jawatan sebagai
Pengarah Urusan Malaysia Airlines System dari Februari 2001 hingga Mac 2004. –
Bernama
1 Menteri, 4 Timbalan Menteri angkat sumpah
Selasa,
17 Julai 2018 | 7:04pm
KUALA
LUMPUR: Lima senator hari ini mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta
sumpah simpan rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri di hadapan Yang
di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara. Istiadat
yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu didahului Pengerusi Barisan Bertindak
Hak Asasi Hindu (HINDRAF) Senator P Waytha Moorthy.
Waytha
Moorthy dan empat lagi Senator berkenaan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini dan kemudian menerima surat cara pelantikan dan melafazkan ikrar sumpah
jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan
disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Ketua Setiausaha
Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Senator P Waytha Moorthy dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial). Empat
lagi senator yang mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri ialah:
(1) Senator Marzuki Yahya (Ketua PPBM Pulau Pinang) - sebagai Timbalan Menteri Luar.
(2) Senator Dr Mohd Radzi Md Jidindan (Ketua PPBM Ketereh) - Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
(3) Senator Liew Ching Tong (Pengerusi DAP Johor) - Timbalan Menteri Pertahanan
(4) Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmaddan (Pengerusi AMANAH Terengganu) - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Megat Zaharuddin dilantik pengerusi FELDA
Jumaat, 27 Julai 2018 @ 7:23 PM
KERAJAAN melantik Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor,
sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baharu
berkuat kuasa 27 Julai 2018.
FELDA dalam satu kenyataan berkata, Megat Zaharuddin
mempunyai pengalaman luas dalam sektor korporat dengan pernah berkhidmat
sebagai Pengerusi Malayan Banking Bhd (Maybank) selama lebih tujuh tahun.
Megat Zaharuddin mempunyai pengalaman luas dalam sektor
korporat dengan pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Maybank selama lebih tujuh
tahun.
Katanya, selain memiliki pengalaman luas dalam sektor
minyak dan gas selama 31 tahun, beliau juga pernah menjadi Pengerusi Maxis
Communications Bhd dan berkhidmat dengan Etiqa Insurance & Takaful, Lembaga
Getah Malaysia, Maybank Investment Bank Bhd serta Unit Pelaksanaan dan Prestasi
Pendidikan di Kementerian Pendidikan.
Selain Megat Zaharuddin, FELDA turut melantik tujuh ahli
Lembaga Pengarah baharu (tidak termasuk Pengerusi) yang terdiri daripada tokoh
profesional berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 mengikut Ordinan
Kemajuan Tanah 1956 bagi pembangunan tanah dan penempatan semula dengan
objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan
getah.
Antara fungsi FELDA adalah untuk melaksanakan projek-projek
pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial
ekonomi.
Senarai Pengerusi FELDA
Tan Sri Mohd Shahrir bin Abdul Samad (01 Jan 2017 - 14 Mei 2018)
Tan Sri Mohamad Isa bin Abd Samad (01.01.2011 - 31 Dis 2016)
Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor (01.07.2001 - 31 Dis 2010)
Raja Tan Sri Muhamad Alias bin Raja Muhamad Ali (01.05.1979 - 30 Jun 2001)
Datuk Harun Arifin (01.01.1973 - 30 Apr 1979)
Tun Musa Hitam (01.09.1971 - 31 Dis 1972)
Tan Sri Taib bin Hj Andak (14.10.1958 - 31 Ogos 1971)
Tuan D.E.M Fiennes (01.08.1956 - 13 Okt 1958)
PLKN,
BTN dimansuhkan!
Isnin, 13 Ogos 2018 12:01 PM
PETALING JAYA: Kerajaan telah memutuskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan dan digantikan dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa hadapan (Youth of the Future) yang berwawasan dan tinggi nilai jati dirinya.
Menurut
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, program baharu ini yang
diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membuat penstrukturan
semula dari segi fungsi, perjawatan, peruntukan kewangan dan aset Jabatan
Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan BTN.
Pengisian
program ini dirangka secara holistik dengan menggabungkan aktiviti indoor dan
outdoor berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan
strategik dalam membangunkan negara berpandukan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara. Elemen
yang diterapkan termasuklah 'teambuilding', pembinaan karakter dan integrasi
nasional, kenegaraan, jati diri dan sosialisasi politik.
Memandangkan program ini melibatkan kolaborasi merentas
kementerian dan agensi, KBS akan mengadakan 'engagement' dengan pemegang taruh
seperti JPM, KPWKM , MinDef, KPM dan
pertubuhan bukan kerajaan termasuk persatuan belia untuk memperhalusi mekanisma
pelaksanaan agar program ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
100 HARI KERAJAAN PH
Jumaat, 17 Ogos 2018
100 hari kerajaan PH: Teks ucapan Tun Dr Mahathir
Diterbitkan: Jumaat, 17 Ogos 2018 8:30 PM
KUALA LUMPUR: Berikut adalah teks penuh ucapan Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena 100 hari Malaysia diterajui kerajaan
Pakatan Harapan.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua rakyat
Malaysia.
Lebih 100 hari yang lalu kita berusaha untuk menukar
Kerajaan Barisan Nasional yang dikenali dunia sebagai sebuah kleptokrasi iaitu
sebuah kerajaan pencuri. Berkat semangat rakyat yang begitu kuat kerajaan
kleptokrasi ini dikalahkan, sesuatu yang dianggap sukar dan tidak mungkin
berlaku.Sesungguhnya kejayaan rakyat amatlah besar dalam sejarah politik
Malaysia.
Kejayaan ini pasti akan tercatat di dalam lipatan sejarah
negara sebagai satu kemenangan rakyat yang tidak ada tolok bandingannya.Ada
yang anggap kemenangan ini sebagai “miracle” atau keajaiban. Lebih-lebih lagi
apabila ia dicapai tanpa pertumpahan darah ataupun pertembungan antara rakyat
dengan pihak berkuasa seperti yang kita saksikan di serata dunia.
Namun setelah kalah BN masih cuba mengeruhkan keadaan
dengan memainkan politik perkauman dan agama, bahkan cuba mengheret kedudukan
Raja-Raja supaya menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.
Setiap pelantikan ke jawatan penting dalam Kerajaan dicemuh
dari kaca mata bangsa dan agama. Mereka lupa apabila mereka melantik pegawai,
yang diutamakan ialah sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti
mereka.Undang-undang yang mereka cipta bertujuan menjadikan mereka kebal dan
menekan musuh mereka tanpa alasan.
Akhbar dan media kepunyaan mereka diguna untuk menutup
salah laku dan pembohongan mereka. Setelah Pakatan Harapan ambil alih kerajaan,
kita dapati kerosakan yang dilakukan oleh mereka jauh lebih buruk dari yang disangka
oleh kita.
Semua jabatan dihasut dan diperguna oleh mereka untuk
membuat kerja parti mereka dan bukan pentadbiran negara dengan baik. Hutang
mereka berjumlah trilion Ringgit, angka yang tidak pernah kita dengar dahulu.
Namun dengan sombongnya mereka nafi yang mereka melakukan kerosakan ini. Dengan
tidak merasa malu mereka mengaku wang berjuta Ringgit yang dikesan adalah untuk
parti mereka.
Bagaimana mereka boleh ada sebegitu banyak wang tidak
dijelaskan.Secara langsung juga kita menamatkan falsafah “cash is king” atau
pun wang itu raja. Wang hanya menjadi raja kalau memiliki jumlah yang besar.
Untuk parti politik mendapat wang yang sebegini banyak, tidak ada jalan lain
dari mencuri.Beban yang besar yang ditinggal oleh pemerintah dahulu ialah
hutang bertrillion Ringgit.
Untuk membayar faedah sahaja boleh jadi kita muflis. Apatah
lagi dengan bayaran hutang pokok.Kalau hendak cerita tentang kesalahan
pemerintah dahulu, masa berhari-hari
diperlukan. Oleh itu kita akan tumpukan kepada tindakan memenuhi janji
dalam manifesto kita.
Kita bermula dengan menghapuskan GST. Tetapi untuk membawa
balik Sales and Service tax memerlukan kelulusan oleh Parlimen. Proses mendiri
Kerajaan dan persidangan Parlimen mengambil masa. Sementara SST menunggu
kelulusan Parlimen, maka cukai SST tidak dapat dikutip. Dengan itu harga kereta
dan lain-lain menurun dan rakyat menikmati keadaan jual murah.
Walaupun demikian proses di mula untuk menunaikan
janji-janji yang lain.Harga petrol biasa dikekalkan melainkan RON97 yang kurang
diguna.Skim KWSP untuk suri rumah bermula pada 15 Ogos 2018.Kajian terperinci
mengenai projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing telah
dimulakan.
Pelaksanaan projek kereta api laju High Speed Rail (MyHSR)
telah ditangguhkan pada 30 Mei 2018.Pelaksanaan Mass Rapid Transit (MRT) Fasa 3
dibatalkan pada 30 Mei 2018;Projek
kereta api East Coast Rail Link (ECRL) telah ditangguhkan pelaksanaannya pada 3 Jun 2018;Projek Multi
Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TSGP) telah ditangguhkan
pada 5 Julai 2018.
Menyamaratakan gaji minimum di seluruh negara dan
seterusnya memulakan proses meningkatkan gaji minimum beransur-ansur dalam masa
5 tahun telah bermula. Memperkenalkan Skim Peduli Sihat dengan memberi RM500
pembiayaan untuk rawatan asas di klinik swasta berdaftar untuk golongan B40.
Memorandum Jemaah Menteri berkaitan perkara ini sedang
disediakan. Suruhanjaya Siasatan Diraja 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji tidak
dilaksana kerana siasatan pelbagai agensi sedang dijalankan dan mahkamah akan tentukan
keputusan kes.
- Siasatan ke atas 1MDB oleh Pasukan Khas telah
dimulakan sejak 21 Mei 2018; - Siasatan ke atas Felda, Mara dan
Tabung Haji juga telah dimulakan; - Kepimpinan 1MBD telah dirombak sejak 28 Jun
2018; dan - Kepimpinan Felda dan Tabung
Haji telah dirombak sejak 14 Mei 2018.
Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan
melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 telah dipersetujui dan akan
dibentuk.Berkaitan pinjaman PTPTN pemansuhan senarai hitam telah bermula pada
24 Mei 2018 hingga 8 Jun 2018 melibatkan seramai 429,945 peminjam.
Selain itu, jumlah pelajar cemerlang yang diberi diskaun
atau lupus hutang sehingga 31 Mei 2018
ialah seramai 51,272 peminjam melibatkan amaun sebanyak RM1.56 bilion.
Di dalam usaha menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang
dipaksa ke atas peneroka Felda terdapat 3 mekanisme yang dikenal pasti iaitu:
a) insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui
penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk 5 tahun; b) pelupusan hutang tanam
semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda
melibatkan 90,418 peneroka dengan kos sebanyak RM452 juta; dan c) insentif
pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV melibatkan 77,972 peneroka dengan
kos sebanyak RM103 juta.
Inilah kemajuan berkenaan 10 janji asas 100 hari dalam
manifesto. Satu lagi yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 100 hari ialah
janji untuk menyelesaikan masalah kerakyatan kaum India dan kaum lain yang
memegang kad pengenalan merah berumur 60 ke atas sedang dilaksanakan. Bagi kaum
India, hampir 3,500 orang akan diberi kad pengenalan biru.
Selain dari janji manifesto dalam tempoh 100 hari, beberapa
perkara lain yang di capai memperlihatkan pendekatan yang holistic atau lebih
menyeluruh yang telah dilaksanakan.
Antara lain, pelantikan Datuk Seri Ronald Kiandee, Ahli
Parlimen Pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara. Ini
memperlihatkan kesediaan parti pemerintah diteliti oleh ahli pembangkang.
Laporan Auditor General mengenai 1MDB tidak lagi diletakan
di bawah Akta Rahsia Rasmi seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Kerajaan ini mengamal Kerajaan terbuka dan tidak akan sembunyi laporan jenayah
oleh sesiapa, termasuk anggota Kabinet.
Kami juga telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk
mereformasikan institusi-institusi yang menjadi tunggak Negara dan sukacita
saya melaporkan hampir 300 cadangan yang diusulkan oleh jawatankuasa itu telah
diterima.Kami juga telah berjaya mendapatkan pengampunan untuk Datuk Seri Anwar
Ibrahim seperti yang telah kami janjikan.
Badan-badan pencegah rasuah dan integriti negara telah diperkukuhkan.
Semua anggota Kerajaan dan wakil rakyat perlu isytihar harta.Kerajaan telah
merealisasikan 21 janji atau 35 peratus daripada 60 janji dalam manifesto
Pakatan Harapan untuk membebaskan
Malaysia daripada isu rasuah dan
menentukan tadbir urus yang baik.
Usaha ini memerlukan satu rancangan bersepadu yang drastik
dan menyeluruh. Komitmen Kerajaan mencapai prinsip mahu Malaysia dikenali
kerana integriti, dan bukannya kerana rasuah. Antara perkara yang telah
dilaksanakan setakat ini, termasuklah:
a. Mewujudkan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti
Rasuah (JKKMAR).
b.Menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah
Nasional (GIACC) bagi membolehkan usaha menyelamatkan Malaysia daripada rasuah
dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan serta menyeluruh. GIACC diberi
mandat untuk mengadakan pertemuan dengan kesemua Ketua Setiausaha Kementerian
bagi mengenal pasti risiko ancaman rasuah berdasarkan isu-isu yang telah
dikenal pasti oleh organisasi masing-masing. Ketua Setiausaha Kementerian atau
Ketua Jabatan dikehendaki secara peribadi memikul tanggungjawab dan berbincang
dengan GIACC bagi melakar pelan tindakan untuk mengatasi masalah atau isu yang
dikenal pasti.
c. Menggubal Pelan Anti Rasuah Nasional bagi membolehkan
isu-isu governans, integriti dan antirasuah ditangani secara menyeluruh.
d.Satu undang-undang yang membolehkan tindakan punitif
diambil terhadap pegawai-pegawai yang sengaja menyebabkan ketirisan, pemborosan
atau pembaziran kepada dana Kerajaan akan digubal bagi tujuan ini.
e.Bagi membanteras politik wang, Rang Undang-undang
Pembiayaan Politik sedang digubal. Sebuah pasukan khas yang diketuai oleh GIACC
telah dibentuk untuk mengemukakan draf akta pembiayaan politik kepada Kabinet.
f.Satu dasar mengenai pemberian hadiah dan derma kepada
anggota pentadbiran awam (melibatkan menteri sehingga setiausaha-setiausaha
politik) sedang digubal. Pada masa sekarang, dasar ini hanya memfokuskan kepada
penjawat awam.
g.Kerajaan telah memutuskan agar Anggota Pentadbiran
(menteri dan timbalan menteri) tidak lagi mengeluarkan Surat Sokongan ke atas
mana-mana projek atau urusan permohonan. Ketua jabatan juga diminta tidak lagi
menganggap surat sokongan sebagai arahan atau keputusan Anggota Pentadbiran.
Baca lebih lanjut di
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/08/17/100-hari-ph/#ZQcopsD6OSvgf9UC.99
PENUTUP KEPADA PAGE INI
.
No comments:
Post a Comment