Tuesday, October 14, 2025

M 219 : PRU KE 16 - PERPEKTIF SAYA

 

PILIHANRAYA UMUM KE 16
PERPESPEKTIF SAYA



MUQADDIMAH

Pilihanraya Umum ke 15 telah disempurnakan pada 19 November 2022 dan Penggal Parlimen ke 15 bermula pada 19 Disember 2022 dan Penggal ini akan tamat pada bulan November 2027. 

Keputusan ke 15:

Keputusan mengikut gabungan/pakatan parti-parti:
  • Pakatan Harapan (PH) : 82 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) : 74 kerusi
  • Barisan Nasional (BN) : 30 kerusi
  • Gabungan Parti Sarawak (GPS) : 23
  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS) : 6
  • Gerakan Tanah Air : 0
Parti Yang Bertanding Sendirian:
  • Parti Warisan : 3
  • Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) : 2
  • Parti Bangsa Malaysia (PBM) : 1
  • Bebas : 1
Keputusan mengikut parti-parti (individu):
  • Parti Islam SeMalaysia (PAS) : 43 kerusi
  • Democratic Action Party (DAP) : 40 kerusi
  • Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) : 31 kerusi
  • Parti Keadilan Rakyat (PKR) : 31 kerusi
  • United Malays National Orga (UMNO) : 26 kerusi
  • Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) : 14 kerusi
  • Parti Amanah Nasional (AMANAH) : 8 kerusi
  • Parti Rakyat Sarawak (PRS) : 5 kerusi
  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS) : 4 kerusi
  • Parti Warisan (WARISAN) : 3 kerusi
  • United Progressive Kinabalu Organisation (UPKO): 2
  • Malaysian Chinese Association (MCA) : 2 kerusi
  • Parti Demokratik Rakyat (PDP) : 2 kerusi
  • Sarawak United People's Party (SUPP) : 2 kerusi
  • Parti Solidarity Tanah Airku (STAR) : 2 kerusi
  • Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) : 2 kerusi
  • Malaysian Indian Congress (MIC) : 1 kerusi
  • Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) : 1 kerusi
  • Parti Bersatu Sabah (PBS) : 1 kerusi
  • Malaysia United Democratic Alliance (MUDA) : 1 kerusi
  • Parti Bangsa Malaysia (PBM) : 1 kerusi
  • Bebas : 1 kerusi

Parti-parti yang gagal mendapat sebarang kerusi dalam PRU 15:
  • Perikatan Nasional (PN):
    • Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
  • Gerakan Tanah Air (GTA) 
    • Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).
    • Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
    • Barisan Jemaah Ismlamiah SeMalaysia (BERJASA)
    • Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN)
  • Gabungan Rakyat Sabah (GRS):
    • Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan)
    • Sabah Progressive Party @ Parti Maju Sabah (SAPP)
    • Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)
    • Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS)
    • Parti Cinta Sabah (PCS)
    • Liberal Democratic Party (LDP)
  • Parti Rakyat Malaysia (PRM)
  • Parti Punjabi Malaysia (PPM)
  • Malaysian People Power Party (MPPP)
  • Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN)
  • Malaysian Democratic Party (MDP)
  • Parti Utama Rakyat Malaysia (PURM)
  • People Alternative Party (PAP)
  • Parti Peneraju Negara (PPN)
  • Parti Kemajuan Perpaduan Negara (PKPN)
  • Parti Media Tindakan Rakyat (MTR)
Parti-parti yang tidak bertanding dalam PRU 15:
  • Parti Progresif Penduduk (PPP)
  • Parti Impian Sabah

Dari jumlah 222 kerusi Dewan Rakyat, pecahan Ahli Parlimen mengikut bangsa utama adalah seperti berikut:

  • Melayu : 146
  • Cina : 43
  • India : 10
  • Bumiputera Sabah : 10
  • Bumiputera Sarawak : 13
Pertama kali dalam sejarah 15 kali Pilihan Raya Umum (PRU) Malaysia sejak mencapai kemerdekaan, tiada parti atau gabungan parti yang mampu membentuk Kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

Setelah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong memanggil semua Ketua Parti untuk mengenukakan formula pembentukan Kerajaan, baginda menasihatkan sepaya sebuah Kerajaan Perpaduan dibentuk segera bagi menamatkan kemelut dan pada 24 November 2022, Pakatan Harapan berjaya membentuk gabungan/kerjasama dengan BN, GPS, GRS, Warisan, KDM, PBM, MUDA dan Bebas untuk membentuk Kerajaan, 

Kedudukan Parti Kerajaan vs Pembangkang:

Politik demokrasi ala-Malaysia memang unik. Walaupun hanya 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, lebih 50 buah parti politik yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan sebahagian besarnya turut mengambil bahagian dalam setiap PRU, sama ada secara gabungan atau secara individu.

Parti-parti ini sebahagiannya kekal dengan rakan gabungan, ada yang sering bertukar rumah, bergantung kepada rundingan di kalangan pemimpinya sebelum PRU dilaksanakan.


Berikut adalah kedudukan kerusi parti-parti di dalam Parlimen ke 15:

Parti-parti Kerajaan

1.   Pakatan Harapan (PH): 82
(1)   DAP : 40
(2)   PKR : 31
(3)   AMANAH : 8
(4)   UPKO : 2

2.   Barisan Nasional (BN) : 30
(1)   UMNO : 26
(2)   MCA : 2
(3)   MIC : 1
(4)   PBRS : 1

3.   Gabungan Parti Sarawak (GPS) : 23
(1)  PBB : 14
(2)  PRS : 5
(3)  PDP : 2
(4)  SUPP : 2

4.   Gabungan Rakyat Sabah (GRS) : 6
(1)   GRS : 4
(2)   STAR : 2
(3)   PBS : 1

5.   WARISAN : 3
6.   MUDA : 1 (menyertai Pembangkang mulai 10 Sep 2023)
7.   KDM : 2 
8.   PBM : 1
9.   Bebas : 1

Nota: MUDA menyertai PH dalam PRU-15 tetapi keluar dari kerjasama pada 10 Sep 2023 kerana tidak bersetuju dengan tindakan Peguam Negara (Kerajaan) membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid Hamidi dari kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Pembangkang

Perikatan Nasional (PN) : 74 
(1)   PAS : 43
(2)   BERSATU : 31

Nota: PN telah kehilangan sokongan 6 Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang belot memberi sokongan kepada Perdana Menteri tanpa keluar parti.  Walaupun Akta Lompat Parti [Akta Perlembagaan (Pindaan)(No. 3) 2022 (Akta A1663)] namun Yang DiPertua Dewan Rakyat pada bulan Julai 2024 telah membuat keputusan mengekalkan kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong dasar Kerajaan.

Ahli Parlimen yang yang menukar sokongan ialah : Labuan, Bukit Gantang, Gua Musang, Kuala Kangsar, Jeli dan Tanjung Karang.


PANDANGAN KE ATAS KEPUTUSAN PRU 15

Pertama kali dalam sejarah Malaysia sejak mencapai kemerdekaan, tiada parti atau gabungan parti yang mampu membentuk Kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.

PAKATAN HARAPAN (PH).  Jelas menunjukkan bahawa PH merupakan pakatan atau gabungan parti-parti yang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU.  Dari aspek kerusi, PH didominasi oleh DAP yang memenangi 40 dari 55 kerusi yang ditandingi.  Kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan AMANAH adalah sumbangan dari pengundi Cina (penyokong DAP). Walaupun PH masih tidak mencapai majoriti yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan, PH mempunyai bargaining power yang paling besar untuk memujuk parti-parti lain untuk menyertai mereka, dan mereka berjaya melakukannya. 

PH berjaya memujuk musuh ketatnya BN menyertai Kerajaan, diikuti oleh gabungan parti-parti dari Sarawak dan Sabah serta parti-parti kecil yang lain berjumlah 148 kerusi (lebih 2/3 majoriti). Pun begitu PH gagal mempengaruhi BN di Johor dan GPS di Sarawak untuk membentuk kerjasama dalam Kerajaan Negeri tersebut.

MUDA kemudiannya menarik sokongannya kepada PH dan menjadi pembangkang. Bagaimanapun 1 kerusi MUDA tidak menjejaskan kedudukan PH. 

PERIKATAN NASIONAL (PN).  Walaupun baru pertama kali mencuba gandingan dalam PRU, PN merupakan gabungan parti-parti politik yang menduduki tempat kedua dalam PRU-15. PAS yang mengungguli PN dengan 43 kerusi mempamirkan  peningkatan mendadak, kebanyakan kerusi yang dimenangi oleh BERSATU adalah atas ehsan pengundi PAS.  Gerakan tidak membantu langsung kepada pencapaian PN, kesemua calon mereka tenggelam di bawah bayang DAP.

PN hampir membentuk Kerajaan setelah berjaya mengumpulkan sokongan 115 kerusi (minimam 112 kerusi). Namun apabila BN secara blok menyokong PH, maka parti-parti lain seperti GPS dan GRS yang pada awalnya bersetuju menyertai PN turut menarik diri, maka PN gagal membentuk Kerajaan.

BARISAN NASIONAL (BN) BN merupakan gabungan parti-parti yang paling teruk menerima pukulan dalam PRU-15. Dari sebuah parti pemerintah negara selama 63 tahun (1955-2018), BN yang dulunya adalah PERIKATAN gagal untuk kali keduanya dari 59 kerusi (PU-14) kepada 30 kerusi sahaja.

Pun begitu, UMNO berjaya menjadi King Maker, apabila berjaya menggagalkan hasrat PN dengan memberi sokongan kepada musuh tradisinya sejak PRU-12 (2008), PH (sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat). Malah dua parti di dalam PH, iaitu DAP (1965) dan PKR (1998) merupakan musuh ketat sejak kedua parti tersebut ditubuhkan.

GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS). GPS hanya ditubuhkan pada tahun 2018 setelah kesemua parti anggota BN dari Sarawak keluar dari BN setelah BN tewas dalam PRU-14. GPS turut mempunyai bargaining power yang besar kerana ia mewakli majoriti rakyat Sarawak.

Seperti selepas PRU-14, GPS akan menyertai parti yang berjaya membentuk Kerajaan dan bersetuju untuk melaksanakan MA 1963.

Parti-parti kecil di Sarawak sukar menembusi kekuatan GPS (kecuali PBM - satu kerusi dan PSB - 3 kerusi Negeri). Sesekali calon Bebas berjaya memenangi kawasan yang berlaku pertelingkahan di kalangan parti gabungan GPS.  Ancaman kepada GPS adalah Parrti Sarawak Bersatu (PSB), DAP dan PKR.

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS). Walaupun GRS pemegang saham di Sabah, ia bukan parti terkuat di Sabah. Sebahagian besar Ahli Parlimen GRS merupakan Ahli Parlimen dari BERSATU tetapi belot menyokong PH dengan kaedah menjadi ahli terus GRS.

PARTI-PARTI KECIL LAIN.  Baki 6 buah parti kecil (3 x Warisan; 2 x KDM dan 1 x PBM) dan yang menang secara individu dan 1 kerusi calon Bebas sebenarnya tidak lagi menjejaskan PH untuk membentuk Kerajaan namun ia penting untuk membentuk majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi. Selain itu, keenam-enam Ahli Parlimen ini amat memerlukan bantuan atau peruntukan Kerajaan untuk kawasan Parlimen mereka, maka mereka telah memberi sokongan kepada PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. 

PANDANGAN UNTUK PRU 16


PAKATAN HARAPAN (PH)
 

      

Keteguhan PH adalah berpaksi kepada kekuatan DAP yang merupakan pemegang saham terbesar kaum Cina di Malaysia. Sebanyak 73% calon DAP memenangi kawasan yang ditandingi- tertinggi di kalangan semua parti. Walaupun PKR memenangi jumlah 31 kerusi (dan AMANAH, 8 kerusi), mereka menang di kawasan yang mana undi Melayu berpecah kepada BN dan PN. Pengundi Cina padu menyokong PH.

PKR mengalami perpecahan selepas PRU15 lanjutan dari kekalahan Rafizi di tangan Nurul Izzah (anak Anwar Ibrahim) dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden parti pada Mei 2025. Namun ia belum nampak kesan keatas prestasi keseluruhan PKR kerana pihak yang kalah tidak meninggalkan parti.

AMANAH juga masih kukuh walaupun terdapat usaha untuk menyingkirkan Presidennya dalam pemilihan parti 2023, namun dapat diselesaikan secara persepakatan Pelan Peralihan Kuasa. Dr Mujahid Rawa dipilih sebagai Timbalan Presiden mengisi kekosongan Allahyarham Salahuddin Ayub.

Prestasi PH akan diuji dalam PRN Sabah dalam bulan November 2025 apabila BN tidak berkerjasama dengan PH.

Sebagai parti yang memerintah, PH mempunyai banyak kelebihan dan kemudahan berbanding parti pembangkang.

PERIKATAN NASIONAL (PN)

.
  

Pemilihan PAS dalam bulan September 2025 berjalan lancar dan harmoni. PAS kekal kukuh dan mantap. Namun berbeza dengan BERSATU yang terus berantakan dalam meilih pemimpin. Mereka mewarisi sikap kepimpinan UMNO yang gemar berpuak atau membina Team. Walaupun BERSATU adalah parti yang masih baru, parti ini cuba mendominasi kepimpinan PN atau memperlekehkan kebolehan pemimpin PAS.

Di awal sidang Parlimen 2022, BERSATU sudah menunjukkan belang kekotoran mereka apabila 6 Ahli Parlimennya menyokong Kerajaan Madani dengan alasan pengundi mereka amat memerlukan peruntukan kewangan Kerajaan untuk Ahli Parlimen. Peruntukan ini tidak diberi kepada Ahli Parlimen Pembangkang. 

Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU ke 8 pada September 2025 memperlihatkan kemelut kepimpinan dalam parti itu. Ianya berlarutan sehingga berlaku pemecatan dan penggantungan pemimpin yang menyandang Ahli Parlimen. Kemelut BERSATU (jika tidak segera dipulihkan) amat membahayakan kedudukan PN dalam persediaan PRU-16 dua tahun lagi.

Gerakan pastinya akan meminta ehsan PAS atau BERSATU untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu kerana sokongan bangsa Cina kepada Gerakan sudah hampir pupus.

BARISAN NASIONAL (BN)


      

Sokongan BN kepada PH untuk membentuk Kerajaan amat mengecewakan sebahagian besar ahlinya. Semua tahu, tindakan ini adalah untuk menyelamatkan nyawa Presiden UMNO dalam kehidupan politiknya. Pengundi Melayu/UMNO tidak boleh menerima haluan yang dipilih oleh UMNO bertentangan dengan sumpah Presiden UMNO sebelum PRU15 "No Anwar, No DAP dan No BERSATU".  Kemenangan calon BN/UMNO dalam PRK selepas PRU16 adalah atas sokongan pengundi PR. 

Masa depan BN masih kabur- samada mahu terus bersama PH atau kembali berjuang secara solo. Pendirian BN dalam PRN Sabah November 2025 juga menguji kekuatannya selepas PRU15.

GABUNGAN PARTI SARAWAK (GPS)

      

GPS boleh dikatakan sebagai gabungan parti yang paling stabil selepas PRU15.  Polisi politik Sarawak (sejak BN memerintah) yang menentang kemasukan  mana-mana parti dari Semenanjung serta enggan bekerjasama dengan mereka walaupun menang memberi impak yang baik.  Selepas PRN ke 12 (Dis 2021) Kerajaan Negeri yang dibentuk tidak menerima DAP sebagai sebahagian Kerajaan walaupun mulai Nov 2022 GPS menyertai Kerajaan Perpaduan Madani. DAP kekal sebagai Pembangkang dalam Dewan negeri Sarawak.

Ketegasan GPS menghalang kemasukan parti-parti dari Semenanjung kelebihan kepada PBB. Namun kemasukan DAP tetap memberi ancaman kepada SUPP (parti yang didominasi bangsa Cina yang menerima tamparan hebat seperti MCA dan Gerakan di Semenanjung).  PBB, PDP dan PRS masih mampu bertoleransi dalam agihan kerusi kaum peribumi (selain Melayu).

GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)


      

    

GRS dianggap sebagai gabungan yang paling rapuh dan tidak stablil selepas PRU15. Ditambah dengan sejarah parti-parti di Sabah yang sukar untuk mengekalkan setia kawan. Ketua Menteri, Hajiji Mohd Noor sendiri merupakan pembelot dengan meminggirkan parti asalnya BERSATU yang memilih beliau menjadi Ketua menteri selepas PRN Sabah ke 16 pada tahun 2020. 

Kedudukan GRS di Sabah amat membimbangkan. Sukar bagi GRS untuk mengikuti jejak GPS di Sarawak.  Keterlajakan UMNO memasuki Sabah, diikuti oleh DAP, PKR serta ,  Keputusan GRS membentuk kerjasama dengan PH dalam PRN Sabah ke 17 tahun 2025 akan menentukan hidup mati GRS di Sabah.Kerjasama GRS dengan PH akan berdepan dengan BN, PN dan Warisan. Namun trend politik Sabah amat sukar diramalkan. Begitu juga mood pengundi Sabah. Parti yang baru sehari diluluskan pun boleh menang kerusi. Calon Bebas juga kerapa mendapat kemenangan di Sabah.

PARTI-PARTI KECIL LAIN

Parti-parti kecil yang tidak menyertai sebarang pakatan parti politik besar akan terus wujud. Mereka bukan berhasrat membentuk Kerajaan Pusat atau Negeri tetapi hanya mewakili kumpulan yang kecewa dengan pemerintah semasa.

Parti kecil yang paling berpengaruh ialah WARISAN di Sabah, diikuti oleh KDM juga di Sabah serta PSB dan PBM di Sarawak. Di Semenanjung Malaysia, hanya PSM yang pernah mendapat kerusi dalam DUN Selangor.

      

LAIN-LAIN PARTI




      



            

    n







D

C



  • Malaysian People Power Party (MPPP)
  • Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • Parti Ikatan Bangsa Malaysia IKATAN)
  • Malaysian Democratic Party (MDP)
  • Parti Utama Rakyat Malaysia (PURM)
  • People Alternative Party (PAP)
  • Parti Peneraju Negara (PPN)
  • Parti Kemajuan Perpaduan Negara (PKPN)
  • Parti Media Tindakan Rakyat (MTR)