31 Okt 2003 : Pada 22 Jun 2002, UMNO telah menolak perletakan jawatan PM oleh Dato' Seri Dr Mahathir yang diumumkan ketika membuat ucapan penutup Persidangan Agong UMNO. Mahathir bagaimanapun bersetuju pengundurannya ditangguhkan selama 18 bulan. Sebagaimana yang telah dirancang dan disusun, pada 31 Oktober 2003, Mahathir menyerahkan jawatan dan tugasnya sebagai Perdana Menteri kepada Dato' Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.
21 Mac 2004 : PRU ke 11 - Barisan Nasional menang besar, Dato' Seri Abdullah Badawi mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke 5 di hadapan YDPA 12. Dato' Seri Mohd Najib dilantik menjadi TPM ke 9.
Di peringkat awal pentadbiran Abdullah, Mahathir sangat supportive malah turut berbangga dengan peningata kerusi Barisan Nasional dalam PRU ke 10 tahun 2004. Hubungan Mahathir dengan Abdullah (Pak Lah) mula menampakkan kerenggangan apabila Pak Lah membatalkan tiga projek besar yang telah dipersetujui semasa Mahathir menjadi PM. iaitu: Projek Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor; Penjualan MV Agusta oleh Proton; dan pembinaan rel keretapi berkembar dari JB ke KL. Pak Lah juga telah menamatkan tugas CEO Proton (Tengku Mahaleel) yang diketahui orang kepercayaan Mahathir dan banyak meluluskan permit import (AP) kereta asing yang menjejaskan pasaran Proton.
8 Mac 2008 : PRU ke 12 - BN mengalami kemerosotan besar dan kehilangan 4 buah negeri lagi (peringkat DUN) iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor; menjadikan lima negeri termasuk Kelantan yang telah dikuasai PAS sejak 1990.
19 Mei 2008 : Mahathir keluar UMNO. Selepas PRU XI, serangan Mahathir ke atas kelemahan kepimpinan Pak Lah semakin keras sehingga menyentuh hal peribadi dan kemuncak perselisihan ini ialah tindakan Mahathir keluar dari UMNO. Kekalahan ini serta meningkatnya penentangan dari dalam UMNO ke atas Pak Lah menyebabkan beliau bersetuju untuk mengundurkan diri secara hormat.
3 April 2009 : Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan jawatan PM kepada Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang mengangkat jumpah jawatan di hadapan YDPA XIII. Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yasin dilantik menjadi TPM ke 10.
Tun Dr Mahathir kembali menyertai UMNO sebaik sahaja Najib dilantik menjadi PM VI. Walaupun Najib pernah menyertai Kem Tengku Razaleigh semasa berlaku pertandingan jawatan Presiden UMNO tahun 1987. Namun di saat akhir beliau kembali ke Kem Mahathir. Malah (dikatakan) semasa Pak Lah mahu menamakan Muhyiddin Yassin sebagaii TPM pada tahun 2003, Mahathir tidak bersetuju dan meminta Abdullah melantik Najib.
SKANDAL 1MDB DAN KEBANGKITAN SEMULA MAHATHIR
23 April 2013 : PRU ke 13 - BN mengekalkan kuasanya. Dato' Sri Mohd Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai PM di hadapan YDPA XIV. Muhyiddin kekal sebagai TPM.
Lima tahun pertama di bawah pentadbiran Najib (2009 - 2014), Mahathir tidak menunjukkan apa-apa reaksi negatif. Namun segala-galanya berubah apabila timbul isu atau Skandal 1MDB (menanggung hutang RM42 bilion) - diikuti dengan pelbagai pemdedahan berkaitan penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa - yang turut dikaitan dengan isteri PM (Rosmah Mansor). Mahathir juga amat marah dengan pentadbiran Najb yang berpegang kepada prinsip CASH IS KING.
Mahathir mula melancarkan perang ke atas Najib pada tahun 2015 - jauh lebih berat dari penentangannya terdahulu ke atas Pak Lah. Beliau berulang kali mendesak Najib mengundur diri.
28 Jul 2015 : Najib membuat rombakan kabinet dengan menggugurkan Muhyiddin Yassin dari jawatan TPM (pertentangan berkaitan isu 1MDB). Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Hamidi telah dilantik menjadi TPM ke 11.
30 Ogos 2015 : Mahathir turut menyertai perhimpunan BERSIH 4.0 (gerakan NGO pimpinan: Maria Chin Abdullah, Ambiga Sreenevasan dan A.Samad Said), salah satu objektifnya untuk mendesak perletakan jawatan Najib.
26 Feb 2016 : Mahathir sekali lagi mengisytiharkan diri keluar dari UMNO. lagi. Mahathir turut menyertai kempen-kempen parti pembangkang (khususnya Pakatan Harapan) yang sekata mengenai isu Skandal 1MDB.
26 Feb 2016 : Muhyiddin dipecat keahlian dari UMNO (bersama Shafie Afdal dan Mukhriz Mahathir) kerana lantang menyokong Mahathir dalam usaha membongkar skandal 1MDB.
8 Sep 2016 : Mahathir bersama Muhyiddin telah menubuhkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau BERSATU).
14 Mac 2017 : PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) yang sedia dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN. Walaupun PPBM baru menyertai PH, Mahathir telah diberi kepercayaan untuk memimpin pakatan ini untuk menumbangkan BN dalam PRU akan datang.
8 Jan 2018 : Tun Dr Mahathir telah dinamakan sebagai calon PERDANA MENTERI sekiranya PH memenangi PRU ke 14.
Selain manifesto, antara persepakatan yang dicapai oleh barisan kepimpinan PH jika menang PRU 14 ialah: MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM dan seterusnya menyusun pelan penggantian PM dari Mahathir kepada Anwar dalam tempoh dua tahun sebelum PRU ke 15.
BARISAN NASIONAL TUMBANG
9 Mei 2018 : PRU ke 14 - Sejarah tercipta di Malaysia, BN yang telah berkuasa sejak tahun 1955 tumbang ditewaskan oleh PH pimpinan Mahathir. Tun Dr Mahathir yang memenangi kerusi Parlimen Langkawi. Di peringkat Negeri (DUN) PH menubuhkan Kerajaan di Kedah, Pulau Pinang Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. PAS mengekalkan kuasanya di Kelantan dan Terengganu manakala BN hanya mampu bertahan di Pahang, Melaka dan Perlis.
10 Mei 2018 : Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai PM ke 7 di hadapan YDPA XV.
Nota: Mahathir memecah rekod sebagai PM tertua di dunia yang menyandang jawatan ketikaberusia 92 tahun 10 bulan.
12 Mei 2018 : Mahathir membuat pengumuman pertama tiga orang Menteri dalam kabinet baharunya, iaitu: Lim Guan Eng (Kewangan), Muhyiddin Yasin (Dalam Negeri) dan Mohamad Sabu (Pertahanan).
12 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan keanggotaan Majlis Orang Penting (Council of Eminent Person) yang dibentuk sebagai Lembaga Penasihat Kerajaan:
- Tun Daim Zainuddin, bekas Menteri Kewangan Malaysia
- Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)
- Tan Sri Hassan Marican, bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas
- Tan Sri Robert Kuok, jutawan Malaysia berpangkalan di Hong Kong
- Prof Dr Jomo Kwame Sundaram, ahli ekonomi terkemuka
12 Mei 2018 : Mahathir mengeluarkan larangan keluar negara terhadap Najib dan isterinya Rosmah selepas Kerajaan menerima banyak aduan berkaitan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Najib. Mahathir juga mengarahkan PDRM untuk menghapuskan larangan pendedahan laporan 1MDB (sebelum ini Najib meletakkannya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
15 Mei 2018 : (tarikh berbeza - bukan sekali gus) Beberapa penjawat awam jawatan utama negara telah diarahkan sama ada bercuti atau dipendekkan kontrak atau ditukarkan serta merta atau sukarela meletak jawatan kerana didakwa berkerjasama atau membantu Najib untuk menutup Skandal 1MDB:
- Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali;
- Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah;
- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad;
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bin Abu Bakar;
- Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi; dan
- Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan, Puan Suryati binti Ibrahim.
16 Mei 2018 : Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh dari YDPA XV. Langkah PERTAMA laluan Anwar ke kerusi PM.
21 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan barisan kabinetnya (13 Menteri) dan Datuk Seri Wan Azizah bin Wan Ismail (Presiden PKR) dilantik menjadi TPM ke 12 merngkap Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga - mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara.
21 Mei 2018 : Pejabat Perdana Menteri memaklumkan kerajaan menubuhkan Pasukan Khas Siasatan 1MDB.
28 Mei 2018 : Mahathir telah membuat keputusan muktamad untuk membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura dan berkemungkinan perlu membayar pampasan sebanyak RM500 juta. Ia diumumkan sebelum perbincangan mengenainya dibuat di kabinet.
30 Mei 2018 : Mahathir mengumumkan penubuhan Tabung Harapan Negara sebagai simbolik sokongan rakyat untuk memulihkan ekonomi akibat hutang dalam skandal 1MDB.
1 Jun 2018 : Mahathir memansuhkan GST.
11/12 Jun 2018 : Mahathir telah berucap dalam Persidangan Antarabangsa Masa Hadapan Asia ke-24 di Jepun.
2 Julai 2018 : Mahathir mengumumkan senarai 13 lagi nama Menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan YDPA V di Istana Negara.
3 Julai 2018 : Najib ditahan oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB di kediamannya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur. Penahanan beliau itu berhubung siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah anak syarikat 1MDB. Sehari selepas itu, Najib didakwa di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta, di sini, berhubung pemindahan RM42 juta ke dalam akaun peribadi beliau daripada SRC International. Daripada kalangan enam bekas perdana menteri Malaysia, Najib merupakan yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.
10 Julai 2018 : Mahathir meraikah ulang tahun kelahirannya ke-93.
12 Sep 2018 : Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Port Dickson, Laksamana Muda Datuk Danyal Balagopal bin Abdullah (B)mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Langkah KEDUA laluan Anwar ke kerusi PM.
16 Sep 2018 : Mahathir memberikan jaminan untuk mengembalikan status RAKAN SEKUTU kepada Sabah dan Sarawak.
13 Okt 2018 : Anwar Ibrahim memenangi PRK kerusi Parlimen Port Dickson. PH (PKR) mengekalkan kerusi.
Nov 2018 : Pada awal November 2018, Mahathir menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-33 di Singapura dan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Port Moresby, Papua Niugini.
13 Nov 2018 : Jabatan Keadilan AS (DoJ) akan mengembalikan wang yang diseleweng daripada 1MDB dianggarkan bernilai USD4.5 bilion - merangkumi wang yang diperoleh bank pelaburan AS, Goldman Sachs menerusi penerbitan bon.
6 Jan 2019 : YDP Agong XV, Sultan Muhammad V meletak jawatan - selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan. Tugas YDPA dipangku oleh Timbalan YDPA, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
31 Jan 2019 : KDYMM Sultan Pahang dilantik dan mengangkat sumpah sebagai YDPA XVI. Sultan Perak dilantik sekali lagi sebagai Timbalan YDPA.
19 Jan 2020 : Perasmian Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).
26 Jan 2019 : PRK kerusi Parlimen Cameron Highland yang kosong pada 1 Dis 2018 kerana kemenangan calon BN (Sivarrajah -MIC) dibatalkan oleh Mahkamah kerana kesalahan rasuah pilihanraya. Calon BN (UMNO), Dato' Ramli bin Mohd Nor menang - BN mengekalkan kerusi ini.
April 2019 : Majalah Time menyenaraikan Tun Dr Mahathir sebagai salah seorang individu paling berpengaruh di dunia tahun 2019.
18 April 2019 : Majlis pelancaran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Mahathir yakin bahawa Malaysia mampu memanfaatkan teknologi 5G dalam masa tiga tahun - menerusi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Sebelum ini, Pasukan Petugas 5G Kebangsaan telah ditubuhkan pada November 2018 untuk mengenal pasti potensi kegunaan 5G, membincangkan halangan untuk menggunakan teknologi baharu ini dan menyediakan idea dan penyelesaian untuk pelaksanaan 5G di dalam negara ini.
11 Mei 2019 : PRK kerusi Parlimen Sandakan yang kosong pada 28 Mac 2019 kerana penyandangnya Datuk Stephen Wong (DAP) meninggal dunia. Calon DAP, Vivian Wong Shi Yee menang - DAP mengekalkan kerusi ini.
16 Nov 2019 : PRK kerusi Parlimen Sandakan yang kosong pada 21 Sep 2019 kerana penyandangnya Datuk Dr Mohd Farid bin Rafik (BERSATU) meninggal dunia. Calon BN (MCA), Dato' Wee Jeck Seng menang - BERSATU hilang satu kerusi manakala kedudukan BN di Parlimen bertambah satu kerusi.
18 Jan 2020 : PRK kerusi Parlimen Kimanis (Sabah) yang kosong pada 2 Dis 2019 kerana Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk membatalkan kemenangan penyandangnya Datuk Anifah bin Aman (BN -UMNO) kerana bilangan undi yang tidak sah. Calon BN (UMNO), Mohamad bin Alamin menang - BN mengekalkan kerusi ini.
PELETAKAN JAWATAN
Mahathir tidak dapat melaksanakan peranannya sebagai Perdana Menteri dengan berkesan kerana pengaruh DAP yang kuat yang banyak mengenepikan kepentingan orang Melayu. Sokongan orang Melayu semakin menurun. Pada masa yang sama, Mahathir menerima tekanan dari Ahli Parlimen penyokong Anwar yang mendesak supaya beliau segera menyusun peralihan kuasa kepada Anwar. Terdapat juga Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, Azmin Ali yang kuat menyokong Mahathir.
Mahathir menyedari bahawa beliau telah kehilangan sokongan dari kalangan Ahli Parlimen PH yang mahukan Anwar Ibrahim menjadi PM.
Di luar Kerajaan (PH), BN telah berkerjasama dengan PAS dan membentuk Muafakat Nasional (MN) dan mereka mula mendapat kembali sokongan pengundi Melayu (dibuktikan dengan kemenangan kerusi Cameron Highland, Tg Piai dan Kimanis. Namun MN bukanlah pakatan politik yang berdaftar - hanya satu pelantar kerjasama.
24 Feb 2020 : Mahathir mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan membubarkan kabinet. Mahathir juga meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Pada tarikh yang sama, Presiden dan Pemangku Pengerusi BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa parti tersebut keluar dari gabungan Pakatan Harapan. Tempoh Mahathir menyandang jawatan sebagai PM ke 7 ialah 1 tahun 9 bulan 15 hari.
YDP Agong XVI telah menerima peletakan jawatan Mahathir, tetapi baginda melantik beliau semula untuk memegang jawatan dalam interim sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
1 Mac 2020 : Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin dilantik dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan di hadapan Pemangku YDPA, Sultan Nazrin Shah.
KEMELUT POLiTIK BERPANJANGAN
Bermula dari perletakan jawatan Tun Dr Mahathir pada 24 Feb 2020, politik Malaysia tidak pernah tenang sehinggi kini. Sesiapa sahaja yang menduduki kerusi PM tidak pernah tenang dari gangguan musuh politiknya.
12 Ogos 2020 : Mahathir bersama beberapa Ahli Parlimen penyokong setianya menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan beliau dilantik menjadi Pengerusinya.
8 Jul 2021 : Pendaftaran PEJUANG diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan. PEJUANG menyertai sebuah lagi gabungan parti-parti kecil pro-Melayu yang dinamakan Gerakan Tanah Air (GTA). GTA ini kemudiannya menyertai PRU 15 namun kalah teruk, gagal memenangi sebarang kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau pun DUN.
Perlantikan Muhyiddin sebagai PM berasaskan sokongan majoriti tipis Ahli Dewan Rakyat iaitu 115 daripada 144 iaitu kelebihan hanya 8 undi majoriti. Muhyiddin mendapat sokongan sebahagian besar Ahli Parlimen BERSATU, BN, PAS, GPS dan GRS serta beberapa ahli parti kecil dan ahli Bebas.
16 Ogos 2021 : Seramai 15 dari 54 ahli Parlimen UMNO (BN) yang diketuai oleh Presidennya Ahmad Zahid Hamidi telah menarik sokongan kepada Muhyiddin Yassin menyebabkan beliau kehilangan sokongan majoriti di Parlimen dan beliau terpaksa meletak jawatan. Muhyiddin hanya menduduki kerusi PM selama 1 tahun 5 bulan dan 15 hari sahaja.
21 Ogos 2021 : Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dilantik menjadi Perdana Menteri ke 9 setelah mendapat undian sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat iaitu 114 berbanding 108 - kelebihan 7 undi sahaja. Pentadbiran Ismail Sabri sentiasa dibayangi gangguan dari partinya sendiri UMNO kerana beliau adalah pemimpin ketiga terkanan selepas Presiden (ada kes mahkamah) dan Timbalan Presiden (bukan Ahli Parlimen). Atas himpitan itu, beliau telah mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022. Beliau hanya menjadi PM selama 1 tahun 1 bulan 20 hari. Setakat ini adalah rekod PM tersingkat dalam sejarah Malaysia.
10 Okt 2022 : PARLIMEN PENGGAL KE 14 DIBUBARKAN.
MAKA, tamatlah episod peranan Tun Dr Mahathir dalam landskap perdana politik Malaysia. Naun, MAHATHIR tetap MAHATHIR. ketika usianya memasuki gerbang 100 tahun, beliau tetap aktif dan mengambil berat terhadap perkembangan politik tanah air.