Tuesday, February 25, 2020

M 207: M 208 PM KE 8 DAN PERIKATAN NASIONAL


BUAYA BERPERANG DI BAWAH AIR YANG TENANG

Negara tenang tetapi Kerajaan Malaysia porak peranda.
Hanya kerana seorang sosok bernama Mahathir.


Sejarah Perkembangan Kerjasama Politik Malaysia?


UMNO dan MIC ditubuhkan pada tahun 1946, MCA ditubuhkan pada tahun 1949 dan PAS adalah serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1951.

DAP ditubuhkan pada tahun 1965, merupakan serpihan PAP (Singapura) yang tinggal di Malaysia apabila Singapura keluar dari Malaysia.

1.  Gabungan UMNO-MCA pada tahun 1952 untuk pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur. MIC menyertai gabungan ini pada tahun 1954.

2. Gabungan UMNO-MCA-MIC memenangi PRU Persekutuan pertama (sebelum merdeka) tahun 1955 dengan majoriti 51/52.

3.   Tunku membentuk Parti Perikatan (gabungan UMNO-MCA-MIC) secara rasmi dan didaftarkan dengan rasmi pada 30 Okt 1957. 

4. Tun Razak membentuk Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973, mengandungi parti-parti Perikatan, PAS, PPP dan Gerakan (Semenanjung), PBB, SUPP  dan SNAP (Sarawak) dan USNO dan SCA (Sabah)    (bermula dengan Perikatan) memerintah sejak 1955.

5.    PAS keluar BN pada tahun 1977. Selepas ini keahlian terus bertambah sehingga menjadi 14 buah parti dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah. BN terus memerintah sehingga akhir tempoh PRU 2013.

6.  Komposisi pembangkang juga berubah sejak merdeka. Bermula dengan parti-parti pembangkang berdiri secara individu sepeti Parti Nagara, PAS, DAP, SF dan lain-lain sehingga terbentuk Kerajaan BN.

7.    Tahun  1988 UMNO dibubarkan atas arahan Mahkamah. Tetapi dengan muslihat Mahathir, beliau menubuhkan UMNO (baru) dan secara perlahan mengambil tempat UMNO lama dan seluruh ahlinya dan pecahannya melupakan dan menerima bahawa UMNO yang sedia ada ditubuhkan dalam tahun 1988 bukan 1946.

8.   Blok pembangkang mula bersatu mulai PRU 1990 apabila PMS46  pimpinan Tengku Razaleigh (serpihan UMNO) berkerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM dan  KIMMA  untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Manakala DAP, PBS(Sabah) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM )membentuk Gagasan Rakyat (GR). Kedua-dua kumpulan pembangkang ini bertanding dalam PRU 1990 dan 1995.

9.     Pada tahun 1996 PMS46 dibubarkan. Pada tahun 1998 Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim. Pembangkang membentuk kerjasama baru dipanggil Barisan Alternatif (BA) mengandungi DAP, PKN, PAS dan PRM. Blok BA bertanding dalam PRU 1999 dan 2004.

10.    Pada tahun 2008 BA dibubarkan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) mengandungi PKR, PAS dan DAP. Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan gabungan PKN dan PRM. PR bertanding dalam PRU 2008 dan 2013 dan kemduian berpecah pada tahun 2015 apabila PAS keluar dari pakatan tersebut.

11.      Dalam PRU 2018, blok pembangkang membentuk gabungan baru dipanggil Pakatan Harapan (PH), mengandungi PKR, DAP, Amanah (serpihan PAS) dan PPBM (serpihan UMNO). Manakala PAS berkerjasama dengan BERJASA dan IKATAN. membentuk Gagasan Sejahtera (GS). PH berjaya merampas Kerajaan dari BN dalam PRU 2018.


Bagaimana Kerajaan (BN) yang diterasi UMNO boleh tumbang?

12.     Tahun 2015 Muhyiddin Yassin (TPM dan Timbalan Presiden UMNO) mula mempersoalkan perilaku PM Najib Razak dalam mengendalikan 1MDB serta transaksi wang 1MDB dalam akaun peribadi Najib. Najib mengabaikan dan mengambil tindakan memecat Muhyiddin dari Kabinet dan seterusnya UMNO. Ahmad Zahid yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM turut melindungi Najib.

13.   Muhyiddin tiada pilihan lain dan dengan sokongan Tun Dr Mahathir membentuk Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Di pihak PAS pula, Timbalan Presidennya Mohamad Sabu telah membentuk parti Amanah Nasional (Amanah).

14.  DAP, PKR, PPBM dan Amanah bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2017 untuk menumbangkan BN dalam PRU 2018. Mereka berjaya. 

Krisis Pakatan Harapan

15.  Kepelikan dalam PH ialah, sebelum PRU 2018, mereka membuat perjanjian tanpa bertulis bersetuju bahawa jika PH menang PRU 14/2018, memilih Tun Dr Mahathir sebagai PM dan akan membebaskan Anwar Ibrahim melalui pengampunan YDP Agong dan menetapkan Tun M akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar selepas 2 tahun. Anwar diampunkan dan diberikan laluan menjadi MP melalui PRK Port Dickson.

16.    DAP mendominasi dasar Kerajaan, banyak keputusan Kerajaan condong kepada perjuangan DAP, mengenepikan sensitiviti orang Melayu. Ini menimbulkan kemarahan orang Melayu. Demi perjuangan umat Melayu, UMNO dan PAS bersetuju membentuk Muafakat Nasional untuk sama-sama menjatuhkan PH dalam PRU akan datang. Sikap DAP juga menimbulkan rasa tidak senang PPBM.

17.   Secara politiknya, PPBM merupakan parti yang paling beruntung dalam PH. Walaupun ia parti yang paling junior dalam PH tetapi telah diberi jawatan PM Malaysia dan MB di 3 buah negeri (Johor, Perak dan Kedah) walaupun dalam negeri-negeri tersebut kerusi PPBM adalah yang paling rendah berbanding ahli PH yang lain.

18.   Penyokong tegar Anwar dalam PKR sentiasa mencari jalan untuk Tun M segera menyerahkan kuasa kepada Anwar melalui pelbagai tekanan. Di dalam PKR terdapat fraction Timbalan Prsidennya, Azmin Ali yang menyokong supata Tun M kekal sebagai PM hingga tamat tempoh Parlimen. PKR berpecah sehingga ke tahap perang saudara. Akhirnya Azmin dan Naib Presiden Zuraida Kamarudin dipecat dari PKR.

Kerajaan PH bubar.

19.   24 Feb 2020 adalah hari sepi. Semua parti politik (di pihak Kerajaan dan pembangkang) membuat persidangan menyusun strategi.

20.    Mesyuarat Majlis Presiden PH tegang. Selepas mesyuarat, Tun M membuat PC dan menyatakan, peralihan kuasa akan berlaku selepas Persidangan APEC pada November 2020 dan tarikh peralihan adalah tertakluk kepada keputusan beliau.

21.     Pada 25 Februari 2020 Tun M meletak jawatan sebagai PM dan kabinet dibubarkan. PPBM keluar dari PH. Azmin membawa 11 MP PKR keluar dari PKR.

22.   Tun M dilantik menjadi PM Interim oleh YDP Agong sehingga PM baru dilantik dan mengangkat sumpah.

Apa pilihan?

Perletakan jawatan Tun M dan runtuhnya Jemaah Menteri Kerajaan PH mencipta kecelaruan  di kalangan rakyat. Semua gamam, gumam, keliru dan celaru serta haru-biru. Satu soalan dipersoalkan, iaitu apa sebenarnya Strategi Tun M??

a.   Pilihan Wakil Rakyat.

(1)  PH (PKR/DAP/Amanah) cuba mengekalkan Kerajaan PH dengan menyatakan sokongan penuh kepada Tun M. Tidak pasti bersyarat (siapa penggantnya) atau tidak.

(2)   PAS memberikan sokongan padu kepada Tun M sebagai PM diikuti oleh GPS dan WARISAN serta UMNO.

(3)    SPBYDP Agong memanggil semua 221 MP (secara individu bukan  atas nama parti) untuk memilih siapa PM pilihan.

(4)  Muafakat Nasional (UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS) membuat kenyataan bersama bahawa mereka menyokong Tun M sebagai PM dengan syarat tiada DAP di dalamnya.

(5)    26 dan 27 Feb, SPBYDP Agong memanggil  semua MP mengadap secara invidu ke Istana Negara. Apa yang dijanjikan oleh MP (sebelum ini) untuk memberikan sokongan kepada Tun M berubah. Keputusannya Tun M tidak mendapat cukup sokongan majoriti mudah dari MP. 

(6)     Kenapa sokongan kepada Tun M berubah?

(a)  PKR, DAP, PPBM dan AMANAH menyokong Tun M. Terdapat MP PKR (penyokong Azmin) yang tidak menyokong Tun.

(b) UMNO dan PAS menarik balik sokongan kerana tidak mahu berkerjasama dengan DAP.  


Teori SIKONTOL (Situasi Kondisi dan Toleransi) 

Di pihak PH........ Sokong Tun M tetapi No UMNO No PAS

Di pihak BN......Sokong Tun M tetapi No DAP

Di pihak PAS....Sokong Tun M tetapi No DAP

Di pihak GPS....sokong Tun M tetapi jika Tun M kalah akan sokong yang dapat majoriti demi kepentingan Sarawak.

Di pihak WARISAN....sokong Tun M tetapi jika Tun M kalah akan sokong yang dapat majoriti demi kepentingan Sabah.

Di pihak PPBM.....sokong Tun M sepenuhnya.

Di pihak parti nyamuk yang lain......akan ikut mana-mana yang mereka suka mengikut situasi.

dalam proses penulisan

23 FEB

ss

ss

ss



29 Feb 2020

Muhyiddin Yassin dilantik menjadi PM ke 8


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin bin Mohammad Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.

“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri itu, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660637/muhyiddin-dilantik-pm-ke-8-angkat-sumpah-esok

Muhyiddin Perdana Menteri ke 8

JEMAAH MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
8 Februari 2020











.



.