BERITA KEMATIAN
Hari ini, Sabtu 2 September 2017 adalah Hari Pertama Tasyrik. Sejak dari pagi hingga tengahari aku sibuk dengan gotong royong majlis Qurban di Surai Luqman Hakim, Kompleks Perumahan Tunku Osman Jewa. Walaupun hanya 7 ekor lembu tetapi amat meriah kerana semuanya dilaksanakan secara gotong royong (sebenarnya sejak petang semalam seekor lembung telah ditumbangkan diikuti oleh gotong royong memasak pada sebelah malamnya).
Sebelah petangnya, akibat terlalu penat aku terlelap sehingga jam 5 petang, Hujan lebat pulak tu.
Malam, sepulangnya dari solat Isyak bila aku membelek handset, baru aku terbaca berita kematian Dato Hj Samuri, pemilik rangkaian Sate Kajang Haji Samuri. Berita itu diposkan oleh salah seorang sahabat dalam laman facebook.
Lalu malam ini juga aku meluangkan masa untuk melayari internet mencari cerita-cerita berkaitan kesah Sate Kajang Haji Samuri.
Aku memang peminat Sate Kajang Haji Samuri. Dalam tahun 2002/2003 dulu aku selalu makan sate Kajang di Taman Warisan Pertanian Presint 16 Putrajaya. Kadang makan di R&R Sungai Buloh atau R&R Awan Besar.
Mutakhir ini, aku selalu makan di Taipan Senawang kerana amat dekat dengan rumahku di Taman Ampangan.
Almarhum tidaklah sehandal atau segah atau layak duduk sebaris dengan korporat Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, Tan Sri Syed Azman, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Shamsudin Abdul Kadir, Tan Sri Tengku Mahaleel, Tan Sri Ahmad Johan, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Datuk Kamarudin Meranun, Tan Sri Hamdan Mohamad, Tan Sri Shahril Shamsudin, Datuk Nazir Tun Razak, Raja Datuk Eleena Sultan Azlan Shah, Datuk Hamid Sepawi dan Ahmayudin Mohamad, namun almarhum adalah kalangan segelintir anak Bumiputera yang mampu meneroka dan meredah onak dan duri menghadapai cabaran sebelum mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan. Almarhum adalah kebanggaan dan lambang kejayaan Bumiputera dalam bidang korporat. Adalah diharapkan anak-anak almarhum akan tabah (setabah ayahanda mereka) untuk meneruskan pencapaian dan kecemerlangan almarhum. Sebagaimana Shahril meneruskan legasi Sapura Holding yang diasaskan oleh ayahandanya Tan Sri Shamsudin.
Semoga Allah melimpahi rahmat dan keampunan ke atas ruh almarhum Dato' Hj Samuri.
Pengasas Sate Kajang Hj Samuri Meninggal Dunia
Astro Awani | Diterbitkan pada September 02, 2017 03:44
MYT
KUALA LUMPUR: Pengasas Sate Kajang Hj Samuri, Datuk
Samuri Juraimi, 73 tahun, meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam
tadi.
Allahyarham meninggal dunia akibat kanser hati.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung
Sungai Ramal Dalam, Kajang kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas diuruskan di
Masjid Al Falah, hari ini.
Allahyarham Samuri yang dilahirkan pada 25 Julai 1944 di
Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor mula bergiat dalam bidang perniagaan
sate sejak zaman persekolahan lagi.
Allahyarham kemudian mewarisi perniagaan sate daripada
bapa saudaranya, Haji Tasmin dan mula menjual sate secara kecil-kecilan sejak
tahun 1992 selepas berhenti berhenti kerja dengan sebuah syarikat
telekomunikasi pada tahun 1987.
Arwah meninggalkan seorang balu Datin Jani Mohamad Amir
dan lima anak iaitu Norsham, Sofian, Nur Ilyana, Shafeq dan Nurul Aqilah.
Sejarah Sate Kajang 1
Sate Kajang sudah terkenal di mana-mana. Ia dijual bukan
saja di pekan Kajang, malah di tempat lain yang jauh dari Kajang, sama ada oleh
orang yang ada hubungan kekeluargaan dengan peniaga asal sate Kajang, atau oleh
orang yang tidak ada apa-apa hubungaan keluargaan dengan mereka.
Orang yang mula-mula berjual sate di pekan Kajang ialah
Tasmin bin Sakiban yang berasal dari Jawa. Ia memulakan perniagaan pada tahun
1917 dan dibantu oleh adiknya Rono yang datang lebih awal ke Kajang, pada
tahun1911. Mereka telah naik haji, dan kini lebih diingati sebagai Haji Tasmin
dan Haji Rono.
Ada juga maklumat yang mengatakan, selain daripada
Tasmin, ada seorang lagi penduduk Kajang yang merupakan peniaga awal sate
Kajang, namanya Wak Jono Darmon atau namanya setelah haji, Haji Mohamad Noor.
Bagaimanapun, perniagaan satenya kemudian diserahkan kepada anak lelakinya Wak
Bagong dan menantu lelakinya Rono bin Sakiban, adik Tasmin.
Antara mereka ini, Tasmin dan adiknya Rono-lah
kemudiannya yang muncul sebagai pelopor perniagaan sate Kajang yang
berpanjangan dan terkemuka.
Pada masa mula datang ke Kajang Tasmin dan Rono tidak
terus berjual sate. Mereka melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya menjadi
buruh menyangkul di estet berhampiran dan bersawah padi.
Sate yang mereka jual mereka buat sendiri dan jual
sendiri. Mereka perlu membuatnya pada tiap-tiap hari, kerana pada masa itu
belum ada peti sejuk untuk menyimpan sate yang mereka buat.
Ada beberapa jenis sate yang mereka jual, iaitu sate
daging, sate ayam dan sate perut. Sate perut dibuat daripada tembusu lembu.
Sate ayam tentunya sate ayam kampung, kerana pada masa itu belum ada ayam
ternak.
Sate itu dicucuk dengan lidi, bukan dengan buluh seperti
sekarang.
Sate yang dibuat oleh mereka berdua mungkin berbeza
daripada sate Jawa, di tempat kelahiran mereka, kerana sate mereka lebih besar.
Untuk kuahnya pula dikatakan kacangnya lebih banyak dan rasanya pun lebih
manis.
Tasmin dan Rono memulakan perniagaan satenya dengan menu
makanan sup dan nasi kepal atau ketupat. Sate dimakan oleh semua pelanggan
dengan mencelup sate dalam satu mangkuk kuah yang besar. Bagaimanapun, kemudian
diubah dengan memperkenalkan sate mangkuk besar dan sate mangkuk kecil untuk
setiap pelanggan. Dengan itu, pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk
mencelup sate. Kemudian disediakan pula mangkuk kecil dan cili untuk pelanggan
yang ingin merasa kuah yang lebih pedas.
Ketika itu Tasmin dan Rono tinggal di Kampung Paya, di
tempat yang sebelum ini jadi tapak pemancar radio Kajang. Rumah mereka memang
tidak jauh dari pusat bandar Kajang. Jadi mereka boleh membawa sate mereka ke
pekan Kajang dengan memikulnya.
Pada mulanya mereka berjual sate dengan cara berkandar,
iaitu menggunakan dua bakul khas yang dikandar, sebuah bakul untuk tempat
membakar, manakala sebuah lagi untuk kuah dan menghidangkan sate yang telah
dibakar.
Mereka berjual sate di sekitar pekan Kajang, bermula dari
kampung mereka ke rumah penduduk di kawasan itu. Mereka akan singgah di
rumah-rumah yang memanggil mereka di sepanjang perjalanan. Kemudian mereka
berhenti di pekan Kajang, di hadapan sebuah kedai kopi Cina, Kedai Kopi Ban
Seng.
Pada mulanya Rono membantu Tasmin menjual sate secara
sambilan, kerana dia masih bekerja di ladang getah, antaranya di Estet West
Country,Kajang. Rono menjalankan perniagaan sendiri setelah mengambil alih
perniagaan mentuanya, Haji Mohamad Noor.
Pada awal tahun 1940-an, Tasmin dan Rono mula berjual
sate dengan menggunakan kereta tolak, dan tempat mereka berjualan adalah di
hadapan kedai kopi Ban Seng, di Jalan Sulaiman sekarang. Sate biasanya dihantar
kepada pelanggan di kedai kopi tersebut atau dimakan di tempat yang disediakan
di keliling kereta tolak itu dengan duduk di atas bangku kecil yang disediakan.
Mereka berjual sate mulai petang hingga ke malam. Pada
waktu malam mereka terpaksa menggunakan lampu sendiri, iaitu lampu gasolin.
Beberapa tahun kemudian, barulah sate mereka dijual di
Medan Sate Lama di pekan Kajang, dan tidak perlu lagi di bawa dengan kereta
tolak.
Setelah mereka tua dan kemudian meninggal dunia,
perniagaan sate itu diteruskan oleh anak atau keturunan mereka. Perniagaan Haji
Tasmin diteruskan oleh anaknya Haji Amir. Perniagaan Haji Rono pula diteruskan
oleh dua orang anaknya, Haji Sidek dan Mohamad Salleh.
Setelah Haji Amir meninggal dunia, perniagaannya
diteruskan oleh menantunya Haji Samuri bin Juraimi, yang juga pangkat anak
saudara kepada Haji Tasmin.
Haji Samuri yang menjalankan perniagaan secara lebih
profesional dan menggunakan modal yang besar, kini telah dapat mengembangkan
perniagaannya sehingga jauh mengatasi perniagaan saudara maranya.
Beliau mempunyai kedai yang besar di Bangunan Dato' Nazir
Kajang, di samping mempunyai banyak lagi kedai dan gerai di pelbagai tempat,
antaranya di kedua-dua Medan Sate Kajang yang baru, di Bandar Baru Bangi, di
Perhentian Awan Besar Lebuh raya KESAS, di Kawasan Rehat dan Rawat Kinrara, di
Restoran Jejantas Sungai Buloh, di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil Utara dan
Selatan dan di Shah Alam.
Perniagaan Sate Kajang yang dimulakan oleh Haji Tasmin
dan Haji Rono jelas mempunyai beberapa keistimewaan, sehingga sate Kajang
menjadi sate yang terkenal. Dengan itu, sebagaimana yang dinyatakan di atas
tadi, sate yang dijual di pelbagai tempat lain pun banyak yang diberi nama Sate
Kajang, walaupun penjualnya tidak ada kaitan langsung dengan Haji Tasmin dan
Haji Rono.
http://darikajang.blogspot.my/2011/12/sejarah-awal-sate-kajang.html
Sejarah Sate Kajang Dari Cerita Haji Samuri
oleh MOHD HAFIZ ISMAIL
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sejarah-bermulanya-sate-kajang-1.251411
Asal Usul Sate Kajang
Asal Usul Sate Kajang
Sebut sahaja nama pekan Kajang pasti ramai yang akan
memikirkan tentang Sate Kajang Haji Samuri. Mungkin ramai yang hanya mengenali
kesedapan Sate Kajang tetapi tidak mengetahui dari mana ia bermula dan siapa
yang menciptanya.
Pemilik restoran Sate Kajang Datuk Samuri Juraimi
berkata, jualan sate di Kajang dimulakan oleh Tasmin Sakiban pada 1917 yang
berhijrah dari Indonesia ke Malaysia bersama saudaranya.
“Mereka bersaudara telah bekerja di sebuah ladang
Inggeris, namun Haji Tasmin telah berhenti bekerja di ladang tersebut dan
memilih untuk berniaga sate.
“Pada awalnya Haji Tasmin berniaga secara kecil-kecilan
dan lama-kelamaan dia telah membuka gerai sate,” katanya.
Menurut Samuri, beliau mula menceburkan diri dalam bidang
perniagaan sate bermula apabila menumpang di rumah Tasmin sewaktu dalam
tingkatan satu.
“Saya tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan
Haji Tasmin, tetapi ibu saudara saya telah berkahwin dengannya selepas kematian
isteri pertama,nya” katanya.
Setiap hari selepas waktu sekolah, Samuri membantu Tasmin
sehingga beliau menamatkan zaman persekolahannya pada 1963.
Sebelum mendapat pekerjaan, beliau membantu Tasmin
sepenuh masa sehingga tahun 1965 dan bekerja di pejabat Telekom.
Walaupun telah bekerja, Samuri masih lagi membantu Tasmin
berniaga sehingga tahun 1987 apabila beliau mengambil keputusan berhenti kerja
walaupun ketika itu bergaji lumayan semata-mata untuk menumpukan perhatian
kepada perniagaan sate.
Sate Kajang Haji Samuri bermula pada 1992
Bermulanya kisah perjalanan Sate Kajang adalah apabila
Tasmin meninggal dunia. Anak-anak kepada arwah Tasmin meminta Samuri
menguruskan perniagaan sate tersebut sehingga 1992 ketika beliau berusia 42
tahun.
Disebabkan desakan anaknya serta pengalaman yang
dimiliki, beliau berjaya membuka sendiri perniagaan sate dengan menggunakan
nama Sate Kajang Haji Samuri.
Bermodalkan RM18,000 yang kemudian meningkat kepada RM
30,000 Samuri memulakan perniagaan di gerai No. 5 di Medan Sate Kajang yang
diambil alih daripada tauke Cina yang menjual air tebu.
“Waktu itu saya menghadapi kesukaran apabila bermula
daripada bawah kerana rata-rata pengunjung yang datang mahu sate Haji Tasmin.
“Ada juga yang meninggalkan kedai apabila mengetahui
kedai itu bukan kedai Haji Tasmin. Tetapi semua itu cabaran dalam perniagaan
dan saya ambilnya positif,” katanya.
Sehingga sekarang, lebih 20 cawangan seluruh Malaysia
telah dibuka, di samping tiga kilang diwujudkan untuk membuat sate dan kuahnya
secara manual.
Jadikan Persaingan Sebagai Cara Memantapkan Perniagaan
Selama 21 tahun berniaga, pasti ramai tertanya-tanya
apakah rahsia di sebalik kejayaan yang dimiliki Samuri.
Bagi beliau, segala usaha yang dilakukan perlu disusuli
dengan doa kepada ALLAH dan sentiasa bersyukur.
“Sewaktu saya bersama Haji Tasmin lagi, dia banyak memberikan nasihat kepada saya dan
sememangnya nasihat yang diberikan saya guna sehingga sekarang.
“Dalam perniagaan, jika kita memudahkan pelanggan nescaya
pelanggan akan mudahkan urusan kita,” katanya.
Menurut Samuri, dalam perniagaan pasti akan ada
persaingan tetapi setiap persaingan itu mestilah dilihat sebagai sesuatu yang
positif.
“Jatuh bangun dalam perniagaan adalah resam kehidupan,
jadi jangan salahkan sesiapa sekiranya kita jatuh dan jangan mudah mendabik
dada dengan kejayaan.
“Kita perlu menjadi seorang yang kreatif dan melihat dari
pelbagai perspektif untuk memajukan perniagaan,” katanya.
Selain itu, Samuri mempunyai cara yang tersendiri untuk
memastikan kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya.
Beliau telah meletakkan kad perniagaannya di setiap kedai
dan dari situ dia akan menjadi orang pertama menerima kritikan dan pandangan
orang ramai.
Samuri merasakan setiap hari adalah hari pertama beliau
mula berniaga dan daripada itu beliau perlu berusaha keras.
“Sebagai peniaga makanan, kita perlu berpegang kepada
beberapa prinsip. Pertama ialah produk yang dihasilkan mestilah setiap hari
serupa.
Kedua, servis terbaik diberikan kepada pelanggan dan yang
terakhir adalah persekitaran yang selesa,” katanya.
Diwarisi Semua Anak
Mengenai siapa pewaris kepada perniagaannya kelak, Samuri
menyatakan kesemua anak-anaknya sekarang telah turut serta menguruskan
perniagaan itu.
“Pada permulaan, anak kedua saya merupakan individu
terawal mengikut saya semasa saya menguruskan perniagaan sate Haji Tasnim lagi.
“Saya tidak memaksa mereka untuk bekerja dengan saya,
tetapi jika mahu bekerja dengan saya memang saya alu-alu-kan,” katanya.
Perniagaan keluarga ini turut disertai menantu Samuri
yang rata-ratanya mempunyai kerjaya tetapi lebih berminat dengan dunia
perniagaan.
Merancang Ke Peringkat Global
Samuri turut merakamkan jutaan terima kasih kepada
pelanggan yang banyak menyokong perniagaan satenya itu.
Setelah 21 tahun mengusahakan perniagaan ini, Samuri
menyatakan hasratnya untuk melebarkan perniagaannya ke luar negara.
“Untuk mengembangkan perniagaan, kita mempunyai dua cara
iaitu secara persendirian dan juga secara francais.
“Tetapi itu semua adalah untuk jangka masa yang panjang.
Untuk jangka masa pendek pihak kami bakal membuka cawangan di Rawang,” katanya.
Sebelum ini, terdapat agensi yang telah membawa produk
Samuri ke beberapa negara untuk mendapatkan respon.
BIODATA
- Tarikh Lahir: 25 Julai 1944
- Lahir: Sungai Ramal Dalam, Kajang
- Umur: 69 Tahun
- Prinsip: Jangan sesekali menyusahkan orang dan menipu orang dalam apa jua bidang yang diceburi
- Hobi: Mengumpul barangan antik dan melancong
- Kegemaran: Suka makan sate tidak kira apa jenis sate
- Isteri: Datin Hajjah Jani Mohamad Amir
- Anak: 5 orang
- Norsham
- Sofian
- Nur Ilyana
- Shafeq
- Nurul Aqilah
Kisah Kejayaan Sate Kajang Haji Samuri
Berkunjung ke Kajang, Selangor pastilah tidak lengkap
jika tidak menikmati hidangan istimewa daerah tersebut iaitu sate. Sate dan
Kajang amatlah sinonim dan populariti Sate Kajang memanglah tidak boleh
disangkal lagi. Menurut sejarah awalnya, Sate Kajang telah diasaskan oleh Haji
Tasmin Sakiban pada tahun 60-an. Namun, jika kita pergi ke Kajang pada hari
ini, dapat kita lihat pelbagai gerai yang menjual jenama sate berbeza-beza
seperti Sate Kajang Haji Samuri, dan Sate Willy.
Walaupun pelbagai jenama sate tumbuh bagai cendawan selepas hujan, nama Sate Kajang Haji Samuri tetap berada di hati penggemar sate di Malaysia. Jenama sate yang terkenal di seluruh Malaysia ini diasaskan oleh Tuan Haji Samuri bin Haji Juraimi dan diusahakan oleh beliau sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarganya. Bagi pemiliknya, untuk memperkenalkan Sate Kajang Haji Samuri di Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada yang mengatakan perusahaan ini menumpang semata-mata populariti yang dimiliki oleh Sate Tasmin sebelum ini. Beliau yang memulakan perniagaannya daripada bawah terpaksa mengalami pelbagai kesukaran kerana rata-rata pengunjung ketika itu datang ke gerainya kerana mahukan Sate Kajang Tasmin.
Walaupun pelbagai jenama sate tumbuh bagai cendawan selepas hujan, nama Sate Kajang Haji Samuri tetap berada di hati penggemar sate di Malaysia. Jenama sate yang terkenal di seluruh Malaysia ini diasaskan oleh Tuan Haji Samuri bin Haji Juraimi dan diusahakan oleh beliau sendiri dengan dibantu oleh ahli keluarganya. Bagi pemiliknya, untuk memperkenalkan Sate Kajang Haji Samuri di Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah kerana ada yang mengatakan perusahaan ini menumpang semata-mata populariti yang dimiliki oleh Sate Tasmin sebelum ini. Beliau yang memulakan perniagaannya daripada bawah terpaksa mengalami pelbagai kesukaran kerana rata-rata pengunjung ketika itu datang ke gerainya kerana mahukan Sate Kajang Tasmin.
Lebih perit lagi apabila ada pelanggan yang meninggalkan
gerainya apabila mengetahui gerai beliau bukanlah gerai Haji Tasmin. Disebabkan
itulah, pemiliknya lebih gemar menggunakan nama beliau sendiri dalam
menjenamakan perniagaan satenya di samping memudahkan orang ramai untuk
mengenalinya.Bagi pemilik Sate Kajang Haji Samuri ini. Untuk memulakan
perniagaan sate sebenarnya tidak memerlukan modal yang terlalu besar. Tetapi,
jika ingin memiliki gerai sendiri, modal yang agak tinggi perlu dilaburkan
antara sekita RM18000 hingga RM30000. Bercerita mengenai kisah Sate Kajang Haji
Samuri ini, semuanya bermula apabila pengasasnya iaitu Haji Samuri belajar
membuat sate dari pengasas Sate Kajang, Haji Tasmin ketika beliau menumpang di
rumah Haji Tasmin.
Ketika itu, setiap kali habis waktu persekolahan, Haji Samuri akan membantu Haji Tasmin berniaga sehinggalah beliau tamat persekolahan pada tahun 1963. Selepas itu, beliau bertekad untuk membantu Haji Tasmin secara sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan tetap. Ketika beliau mula bekerja dengan Telekom Malaysia pada tahun 1965, beliau masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga secara sambilan.
Namun, pada tahun 1987, beliau akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja di Telekom dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan sate. Berbekalkan pengalaman berpuluh tahun menguruskan perniagaan sate, akhirnya disertakan dengan idea dan desakan daripada anaknya, menjadikan Haji Samuri nekad untuk membuka perniagaan satenya sendiri dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.
Ketika itu, setiap kali habis waktu persekolahan, Haji Samuri akan membantu Haji Tasmin berniaga sehinggalah beliau tamat persekolahan pada tahun 1963. Selepas itu, beliau bertekad untuk membantu Haji Tasmin secara sepenuh masa sebelum mendapat pekerjaan tetap. Ketika beliau mula bekerja dengan Telekom Malaysia pada tahun 1965, beliau masih lagi menolong Haji Tasmin berniaga secara sambilan.
Namun, pada tahun 1987, beliau akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja di Telekom dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan sate. Berbekalkan pengalaman berpuluh tahun menguruskan perniagaan sate, akhirnya disertakan dengan idea dan desakan daripada anaknya, menjadikan Haji Samuri nekad untuk membuka perniagaan satenya sendiri dengan menggunakan nama Sate Kajang Haji Samuri.
Haji Samuri memulakan perniagaan sate pertamanya di gerai
No. 5 di Medan Sate Kajang yang diambil alih daripada seorang tauke Cina yang
sebelum ini menjual air tebu. Bermula dari gerai kecil itulah, Sate Kajang Haji
Samuri mampu berkembang sehingga berjaya membuka hampir 20 cawangan. Sate yang
mendapat permintaan tinggi tentulah sate ayam dan diikuti dengan sate daging.
Istimewanya di sini, Sate Kajang Haji Samuri turut
menghasilkan sate ikan yang mempunyai tekstur lembut dan rasanya yang manis.
Selain itu, uniknya lagi tentang Sate Kajang Haji Samuri ini adalah kuah sate
akan dihidangkan di dalam mangkuk bersaiz besar dan hal ini secara tidak
langsung membuatkan pelanggan berasa lebih teruja untuk menikmati sate di kedai
tersebut.
Bagi Haji Samuri, jatuh bangun dalam perniagaan adalah
adat untuk orang berniaga. Oleh itu, untuk terus memenuhi citarasa pelanggan
yang pelbagai, beliau gemar membuat kajian tentang apa yang disukai dan
sebaliknya oleh para pelanggan. Jika kebanyakan gerai sate biasanya dibuka pada
sebelah petang, beliau mengambil inisiatif dengan membuka gerainya lebih awal
lagi iaitu pada sekitar jam 9.30 pagi. Di samping itu, beliau akan sentiasa
memastikan bekalan satenya sentisa mencukupi di setiap cawangan demi memenuhi
permintaan daripada pelanggannya. Beliau mempunyai tenaga kerja hampir 600
orang bagi menyiapkan setiap proses pembuatan sate bermula daripada proses
mencampur ramuan, mencucuk sate, membakar dan melayan pelanggan. Setiap hari,
sebanyak 100000 hingga 130000 cucuk sate berjaya dihasilkan terdiri daripada
ayam, daging, ikan, kambing, dan lain-lain lagi.
Bagi menampung jumlah pengeluaran sate yang semakin hari kian mendapat sambutan, Haji Samuri membeli sebuah kilang bernilai dua juta ringgit di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kilang tersebut menempatkan segala alatan yang digunakan untuk penghasilan sate dan juga kuahnya. Demi memudahkan para pekerjanya, Haji Samuri juga menyediakan asrama untuk para pekerja tinggal selama mana mereka bekerja dengan beliau.
Bagi menampung jumlah pengeluaran sate yang semakin hari kian mendapat sambutan, Haji Samuri membeli sebuah kilang bernilai dua juta ringgit di Sungai Ramal Dalam, Kajang. Kilang tersebut menempatkan segala alatan yang digunakan untuk penghasilan sate dan juga kuahnya. Demi memudahkan para pekerjanya, Haji Samuri juga menyediakan asrama untuk para pekerja tinggal selama mana mereka bekerja dengan beliau.
Hal tersebut bukan sahaja memudahkan para pekerjanya,
malah memberi motivasi untuk pekerjanya bekerja lebih keras lagi, apatah lagi
proses pembuatan sate selalunya dilakukan secara manual. Perniagaan satenya
kini dikendalikan oleh generasi kedua keluarga beliau, dan menjadi harapan
beliau untuk melihat perniagaan tersebut akan diteruskan oleh legasi yang akan
datang. Beliau juga berharap agar anak-anaknya dapat membawa jenama Sate Kajang
Haji Samuri ke peringkat yang lebih tinggi dan merealisasikan impian beliau
yang mahukan perniagaan sate ini berkembang maju setanding dengan nama-nama
besar yang lain.
Antara Cabaran
Syarikat
sate Kajang Haji Samuri didenda RM45,000
Oleh SUWARNI MOKHTAR
KUALA
LUMPUR 27 Mei 2005- Kilang pengeluar sate popular `Haji Samuri' didenda RM45,000
oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas kesalahan melepaskan sisa
buangan industri mengandungi minyak dan gris ke dalam longkang awam.
Perbuatan
tersebut boleh menjejaskan sistem pengairan Sungai Langat dan Loji Air Puncak
Niaga, Bukit Tampoi, Selangor yang membekalkan air bersih kepada 70,000
penduduk sekitar.
Hakim
Mahkamah Sesyen Ampang Noradidah Ahmad sebelum menjatuhkan hukuman itu berkata,
walaupun mengambil kira bahawa syarikat itu telah mengaku salah, mahkamah
mengutamakan faktor kepentingan awam kerana pencemaran alam sekitar semakin
berleluasa.
Katanya,
jika perkara ini tidak dibendung, ia akan membawa kemusnahan alam sekitar.
Pengarah
Operasi dan Pengeluaran, Sofian Samuri, 32, yang hadir bagi pihak Haji Samuri
& Anak-Anak Enterprise Sdn. Bhd. kelihatan tenang sewaktu Hakim menjatuhkan
hukuman.
Sofian
ditemani isterinya, Norra Abd. Rahman, 30, dan peguam bela Zairus Effendi
Suhaimi.
Pendakwaan
dikendalikan oleh pegawai pendakwa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor,
Nur Huda Salam.
Kesalahan
itu didakwa dilakukan selepas pemeriksaan ke atas kilang memproses produk
syarikat itu pada 17 Jun tahun lalu di Lot 3764, Jalan Saujana, Sungai Ramal
Dalam, Kajang.
Syarikat
itu didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan
1996) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(3) akta yang sama yang
memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima
tahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam
rayuan yang dibuat oleh Zairus, beliau menyatakan anak guamnya telah pun
menyesal atas publisiti yang diterima dan mengaku kesalahan yang dilakukan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0528&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm#ixzz4rXLwzNe9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ibu Pejabat: Medan
Sate, Kajang, Selangor.
Cawangan
Selangor and Klang Valley
- Bangunan Kajang, Selangor Darul Ehsan
- DepanMetro Kajang, Kajang, Selangor Darul Ehsan
- R&R Awan Besar, Shah Alam Expressway (Kesas), Kuala Lumpur
- R&R Kinrara, Shah Alam Expressway (Kesas), Kuala Lumpur
- R&R Sungai Buloh Overhead Bridge Restaurant, North–South Expressway Northern Route, Selangor Darul Ehsan.
- R&R Dengkil, North–South Expressway Central Link, Selangor Darul Ehsan (kedua-dua hala)
- R&R Elmina, Guthrie Corridor Expressway, Selangor Darul Ehsan (hala utara)
- Uptown, Damansara Utama, Selangor Darul Ehsan
- Taipan USJ, UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
- Precinct 16, Putrajaya
- Taman Melati, Ulu Kelang, Selangor Darul Ehsan.
- Aked MARA, Bngunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
- Kompleks PKNS, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- Kompleks PKNS, Bangi, Selangor Darul Ehsan
- Selayang Mall, Selayang, Selangor Darul Ehsan
- Bukit Tinggi, Klang
Lain-lain
- Taipan, Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus
- Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus