Tuesday, February 25, 2020

M 207: M 208 PM KE 8 DAN PERIKATAN NASIONAL


BUAYA BERPERANG DI BAWAH AIR YANG TENANG

Negara tenang tetapi Kerajaan Malaysia porak peranda.
Hanya kerana seorang sosok bernama Mahathir.


Sejarah Perkembangan Kerjasama Politik Malaysia?


UMNO dan MIC ditubuhkan pada tahun 1946, MCA ditubuhkan pada tahun 1949 dan PAS adalah serpihan UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1951.

DAP ditubuhkan pada tahun 1965, merupakan serpihan PAP (Singapura) yang tinggal di Malaysia apabila Singapura keluar dari Malaysia.

1.  Gabungan UMNO-MCA pada tahun 1952 untuk pilihanraya Munisipal Kuala Lumpur. MIC menyertai gabungan ini pada tahun 1954.

2. Gabungan UMNO-MCA-MIC memenangi PRU Persekutuan pertama (sebelum merdeka) tahun 1955 dengan majoriti 51/52.

3.   Tunku membentuk Parti Perikatan (gabungan UMNO-MCA-MIC) secara rasmi dan didaftarkan dengan rasmi pada 30 Okt 1957. 

4. Tun Razak membentuk Barisan Nasional (BN) pada tahun 1973, mengandungi parti-parti Perikatan, PAS, PPP dan Gerakan (Semenanjung), PBB, SUPP  dan SNAP (Sarawak) dan USNO dan SCA (Sabah)    (bermula dengan Perikatan) memerintah sejak 1955.

5.    PAS keluar BN pada tahun 1977. Selepas ini keahlian terus bertambah sehingga menjadi 14 buah parti dari Semenanjung, Sarawak dan Sabah. BN terus memerintah sehingga akhir tempoh PRU 2013.

6.  Komposisi pembangkang juga berubah sejak merdeka. Bermula dengan parti-parti pembangkang berdiri secara individu sepeti Parti Nagara, PAS, DAP, SF dan lain-lain sehingga terbentuk Kerajaan BN.

7.    Tahun  1988 UMNO dibubarkan atas arahan Mahkamah. Tetapi dengan muslihat Mahathir, beliau menubuhkan UMNO (baru) dan secara perlahan mengambil tempat UMNO lama dan seluruh ahlinya dan pecahannya melupakan dan menerima bahawa UMNO yang sedia ada ditubuhkan dalam tahun 1988 bukan 1946.

8.   Blok pembangkang mula bersatu mulai PRU 1990 apabila PMS46  pimpinan Tengku Razaleigh (serpihan UMNO) berkerjasama dengan PAS, BERJASA, HAMIM dan  KIMMA  untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Manakala DAP, PBS(Sabah) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM )membentuk Gagasan Rakyat (GR). Kedua-dua kumpulan pembangkang ini bertanding dalam PRU 1990 dan 1995.

9.     Pada tahun 1996 PMS46 dibubarkan. Pada tahun 1998 Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim. Pembangkang membentuk kerjasama baru dipanggil Barisan Alternatif (BA) mengandungi DAP, PKN, PAS dan PRM. Blok BA bertanding dalam PRU 1999 dan 2004.

10.    Pada tahun 2008 BA dibubarkan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat (PR) mengandungi PKR, PAS dan DAP. Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan gabungan PKN dan PRM. PR bertanding dalam PRU 2008 dan 2013 dan kemduian berpecah pada tahun 2015 apabila PAS keluar dari pakatan tersebut.

11.      Dalam PRU 2018, blok pembangkang membentuk gabungan baru dipanggil Pakatan Harapan (PH), mengandungi PKR, DAP, Amanah (serpihan PAS) dan PPBM (serpihan UMNO). Manakala PAS berkerjasama dengan BERJASA dan IKATAN. membentuk Gagasan Sejahtera (GS). PH berjaya merampas Kerajaan dari BN dalam PRU 2018.


Bagaimana Kerajaan (BN) yang diterasi UMNO boleh tumbang?

12.     Tahun 2015 Muhyiddin Yassin (TPM dan Timbalan Presiden UMNO) mula mempersoalkan perilaku PM Najib Razak dalam mengendalikan 1MDB serta transaksi wang 1MDB dalam akaun peribadi Najib. Najib mengabaikan dan mengambil tindakan memecat Muhyiddin dari Kabinet dan seterusnya UMNO. Ahmad Zahid yang bercita-cita tinggi untuk menjadi PM turut melindungi Najib.

13.   Muhyiddin tiada pilihan lain dan dengan sokongan Tun Dr Mahathir membentuk Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Di pihak PAS pula, Timbalan Presidennya Mohamad Sabu telah membentuk parti Amanah Nasional (Amanah).

14.  DAP, PKR, PPBM dan Amanah bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2017 untuk menumbangkan BN dalam PRU 2018. Mereka berjaya. 

Krisis Pakatan Harapan

15.  Kepelikan dalam PH ialah, sebelum PRU 2018, mereka membuat perjanjian tanpa bertulis bersetuju bahawa jika PH menang PRU 14/2018, memilih Tun Dr Mahathir sebagai PM dan akan membebaskan Anwar Ibrahim melalui pengampunan YDP Agong dan menetapkan Tun M akan menyerahkan jawatan PM kepada Anwar selepas 2 tahun. Anwar diampunkan dan diberikan laluan menjadi MP melalui PRK Port Dickson.

16.    DAP mendominasi dasar Kerajaan, banyak keputusan Kerajaan condong kepada perjuangan DAP, mengenepikan sensitiviti orang Melayu. Ini menimbulkan kemarahan orang Melayu. Demi perjuangan umat Melayu, UMNO dan PAS bersetuju membentuk Muafakat Nasional untuk sama-sama menjatuhkan PH dalam PRU akan datang. Sikap DAP juga menimbulkan rasa tidak senang PPBM.

17.   Secara politiknya, PPBM merupakan parti yang paling beruntung dalam PH. Walaupun ia parti yang paling junior dalam PH tetapi telah diberi jawatan PM Malaysia dan MB di 3 buah negeri (Johor, Perak dan Kedah) walaupun dalam negeri-negeri tersebut kerusi PPBM adalah yang paling rendah berbanding ahli PH yang lain.

18.   Penyokong tegar Anwar dalam PKR sentiasa mencari jalan untuk Tun M segera menyerahkan kuasa kepada Anwar melalui pelbagai tekanan. Di dalam PKR terdapat fraction Timbalan Prsidennya, Azmin Ali yang menyokong supata Tun M kekal sebagai PM hingga tamat tempoh Parlimen. PKR berpecah sehingga ke tahap perang saudara. Akhirnya Azmin dan Naib Presiden Zuraida Kamarudin dipecat dari PKR.

Kerajaan PH bubar.

19.   24 Feb 2020 adalah hari sepi. Semua parti politik (di pihak Kerajaan dan pembangkang) membuat persidangan menyusun strategi.

20.    Mesyuarat Majlis Presiden PH tegang. Selepas mesyuarat, Tun M membuat PC dan menyatakan, peralihan kuasa akan berlaku selepas Persidangan APEC pada November 2020 dan tarikh peralihan adalah tertakluk kepada keputusan beliau.

21.     Pada 25 Februari 2020 Tun M meletak jawatan sebagai PM dan kabinet dibubarkan. PPBM keluar dari PH. Azmin membawa 11 MP PKR keluar dari PKR.

22.   Tun M dilantik menjadi PM Interim oleh YDP Agong sehingga PM baru dilantik dan mengangkat sumpah.

Apa pilihan?

Perletakan jawatan Tun M dan runtuhnya Jemaah Menteri Kerajaan PH mencipta kecelaruan  di kalangan rakyat. Semua gamam, gumam, keliru dan celaru serta haru-biru. Satu soalan dipersoalkan, iaitu apa sebenarnya Strategi Tun M??

a.   Pilihan Wakil Rakyat.

(1)  PH (PKR/DAP/Amanah) cuba mengekalkan Kerajaan PH dengan menyatakan sokongan penuh kepada Tun M. Tidak pasti bersyarat (siapa penggantnya) atau tidak.

(2)   PAS memberikan sokongan padu kepada Tun M sebagai PM diikuti oleh GPS dan WARISAN serta UMNO.

(3)    SPBYDP Agong memanggil semua 221 MP (secara individu bukan  atas nama parti) untuk memilih siapa PM pilihan.

(4)  Muafakat Nasional (UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS) membuat kenyataan bersama bahawa mereka menyokong Tun M sebagai PM dengan syarat tiada DAP di dalamnya.

(5)    26 dan 27 Feb, SPBYDP Agong memanggil  semua MP mengadap secara invidu ke Istana Negara. Apa yang dijanjikan oleh MP (sebelum ini) untuk memberikan sokongan kepada Tun M berubah. Keputusannya Tun M tidak mendapat cukup sokongan majoriti mudah dari MP. 

(6)     Kenapa sokongan kepada Tun M berubah?

(a)  PKR, DAP, PPBM dan AMANAH menyokong Tun M. Terdapat MP PKR (penyokong Azmin) yang tidak menyokong Tun.

(b) UMNO dan PAS menarik balik sokongan kerana tidak mahu berkerjasama dengan DAP.  


Teori SIKONTOL (Situasi Kondisi dan Toleransi) 

Di pihak PH........ Sokong Tun M tetapi No UMNO No PAS

Di pihak BN......Sokong Tun M tetapi No DAP

Di pihak PAS....Sokong Tun M tetapi No DAP

Di pihak GPS....sokong Tun M tetapi jika Tun M kalah akan sokong yang dapat majoriti demi kepentingan Sarawak.

Di pihak WARISAN....sokong Tun M tetapi jika Tun M kalah akan sokong yang dapat majoriti demi kepentingan Sabah.

Di pihak PPBM.....sokong Tun M sepenuhnya.

Di pihak parti nyamuk yang lain......akan ikut mana-mana yang mereka suka mengikut situasi.

dalam proses penulisan

23 FEB

ss

ss

ss



29 Feb 2020

Muhyiddin Yassin dilantik menjadi PM ke 8


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin bin Mohammad Yassin, sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.

“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong, di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

“Selepas mendapat representasi semua, pada hemat Seri Paduka, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Perdana Menteri itu, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/660637/muhyiddin-dilantik-pm-ke-8-angkat-sumpah-esok

Muhyiddin Perdana Menteri ke 8

JEMAAH MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN
8 Februari 2020











.



.



Sunday, November 24, 2019

M 206 INGATKAH ANDA: KEMPEN BUY BRITISH LAST?


ANDA MASIH INGAT LAGI DENGAN Kempen"Buy British Last" oleh Kerajaan Malaysia satu  ketika dulu?

Tun Dr. Mahathir adalah seorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan Negara. Setiap tindakan beliau adalah demi kepentingan Negara. Kepentingan Negara diutamakan melebihi kepentingan peribadi.

Atas keperibadian inilah, beliau marah dengan tindakan Britain yang telah menaikkan yuran pengajian di United Kingdom sebanyak 3 kali ganda bagi pelajar luar [New Straits Time, 27 May 1981]. Britain merupakan destinasi pengajian tinggi yang utama bagi Malaysia dan pelajar Malaysia merupakan pelajar asing paling ramai di United Kingdom pada masa itu. Beliau menganggap tindakan ini menjejaskan hubungan sebagai sebuah Negara commonwealth.

Beliau juga marah dengan tindakan Britain yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di lapangan terbang Heathrow.

Selain daripada itu, beliau juga telah mengarahkan rancangan untuk mengambil alih Guthrie dari Britain supaya tanah-tanah pertanian ini kembali menjadi hakmilik rakyat Malaysia. Hasilnya, melalui operasi `Dawn Raid’ atau serangan subuh, Malaysia sebagai sebuah Negara yang kecil telah berjaya mengambil alih syarikat Guthrie melalui pasaran terbuka dengan permainan mereka.

Tindakan beliau ini mengundang kemarahan Britain dan mereka (Guthrie, London Stock Exchange dan Kerajaan Britain) telah melemparkan pelbagai tuduhan dan mengaitkan tindakan `Dawn Raid’ ini sebagai satu tindakan yang bersifat nasionalisme. London Stock Exchange (LSE) pula kemudianya menukar kod pengambilalihan (takeover code) untuk mengelakkan Malaysia mengambilalih syarikat-syarikat lain.

Dr.Mahathir kemudianya dengan lantang bersuara bahawa tuduhan nasionalisme yg dibuat oleh Britain adalah untuk menghalang dan menakutkan pelaburan Negara asing ke Malaysia. Beliau juga lantang mengkritik tindakan LSE menukar kod untuk menghalang Malaysia mengambil-alih syarikat-syarikat lain seperti Dunlop, Barlow dan Harrison kerana menurut beliau, London tidak melakukan sedemikian apabila Arab, America dan Japan mengambil alih syarikat-syarikat Britain yang tersenarai di pasaran London Stock Exchange tetapi apabila Malaysia melakukannya, mereka mengubah peraturan.

Beliau menyifatkan tuduhan dan tindakan Britain ini sebagai contoh mentaliti kolonial yang masih dipunyai oleh mereka [Far Eastern Economic Review, October 30, 1981].

Beliau juga mengkritik mesyuarat CHOGM dan mengatakan bahawa mesyuarat tersebut hanya lebih banyak bercakap dan tidak memberikan hasil. Beliau tidak menyertai CHOGM 1981. Beliau menyatakan bahawa lebih banyak yang boleh dibuat didalam Negara daripada hadir ke meeting CHOGM [Asiaweek, October 9, 1981 dan The Far Eastern Economic Review, September 25, 1981]

Lanjutan dari beberapa tindakan Britain seperti menaikkan yuan pengajian, melarang hak pendaratan tambahan dan serangan mereka terhadap operasi `Dawn Raid’ ini telah menyebabkan Dr. Mahathir melakukan kempen `Buy British Last’. Ini bukanlah satu polisi kerajaan sebaliknya adalah satu tindakan berani beliau sebagai seorang Perdana Menteri untuk mempertahankan maruah Negara. Kempen ini bermula dengan tindakan beliau yang mengarahkan semua pembelian oleh kerajaan Malaysia dari Britain perlu dirujuk kepada beliau dan perlu disertakan dengan sumber alternative dari syarikat selain Britain. Pembelian dari Britain hanya boleh dilakukan sebagai pilihan terakhir [Far Eastern Economic Review, October 9, 1981].

Lanjutan dari tindakan berani beliau ini, kerajaan Britain mula rasa terancam sebab Malaysia merupakan Negara dagangan Britain yang agak besar dan banyak syarikat Britain bergantung kepada urusniaga di Malaysia.

Selepas 5 bulan kempen `buy british last’ berjalan, pada Februari 1982, Britain telah menghantar Setiausaha Luar, Lord Carrington dan Menteri Pertahanan, John Notts ke Kuala Lumpur untuk berbincang tetapi tidak membuahkan hasil. Ini memaksa Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher sendiri yang berjumpa dengan beliau untuk menamatkan kempen `buy british last’ dan menyelesaikan isu CHOGM.

Lanjutan dari perjumpaan ini yg dibuat di London pada tahun 1983 oleh Margaret Thatcher, beberapa resolusi dibuat antaranya kerajaan Britain menyediakan bantuan kewangan sebanyak 160 juta pound sterling sebagai subsidi kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di UK dan memberi hak pendaratan tambahan kepada Malaysia Airlines di Heathrow International Airport [The far eastern economic review, April 14, 1983].

Dengan satu tindakan berani beliau ini yang dilakukan secara bersendirian, sumbangan sebanyak 160 juta pound telah diberikan untuk pendidikan rakyat Malaysia. Terima Kasih Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dengan tindakan kerajaan Britain ini, maka kempen `Buy British Last’ dihentikan. Beliau juga menghadiri mesyuarat CHOCGM 1985 dan 1987 dan mengumumkan Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk mesyuarat CHOGM 1989 dan sukan komanwel 1998.

Lanjutan dari ini juga, Malaysia dan Britain menandatangani perjanjian jual beli kelengkapan perang (Arms deal) bernilai 1.3 Billion pound dan projek Hydroelectric Power Station (Pergau Dam) di Kelantan yang bernilai 234 juta pound.

Tetapi, pada tahun 1994, kerajaan Britain dan Media di Britain telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Malaysia dan Tun Dr. Mahathir. Mereka mengatakan bahawa projek Pergau Dam ini adalah `gula-gula’ kepada Malaysia sebagai pembalasan kepada perjanjian pembelian senjata oleh Malaysia. Malah media di Britain juga menuduh bawah Tun Dr. Mahathir menerima rasuah. Media di Britain telah cuba menghubungkaitkan perjanjian jualbeli senjata dengan projek Pergau Dam [The Sunday Times, January 23, 1994]dan telah menuduh perbuatan rasuah bernilai USD 500,000 kepda Dr. Mahathir [The Sunday Times, February 20, 1994].

Dr. Mahathir telah menyampaikan kekecewaanya kerana kerajaan Britain tidak membetulkan tanggapan bahawa sebenarnya projek Pergau Dam adalah low-interest loan (concessionary loan) dan bukannya grant. Dr. Mahathir juga menuntut editor Sunday Times untuk meminta maaf diatas tuduhan rasuah yang dibuat keatas beliau.
18. Mahathir telah menulis surat kepada Financial Times dengan menyatakan “…no contracts in exchange for British press freedom to tell lies” [The Financial Times, March 17, 1994].

Akibatnya, selepas Malaysia menerima penghantaran 28 buah British Aerospace Hawk Jet-fighter trainers (melalu perjanjian jualbeli senjata), Mahathir memberitahu Duta Britain, Duncan Slater bahawa Malaysia tidak lagi akan memberi kontrak kepada Britain. Tindakan ini kelihatan seperti kempen `Buy British Last’ II.

Tindakan berani Dr. Mahathir kali ke-dua ini juga bakal menjejaskan banyak contract syarikat Britain yang bernilai melebih 1 billion pound sterling termasuk kontrak projek KLIA. Tun Dr. Mahathir sekali lagi bertindak tegas dan berani mempertahankan maruah Negara dan dirinya dari dicemari dengan penipuan oleh media Britain atas nama kebebasan media.

Hasilnya, selepas 3 bulan, editor Sunday Times tersebut telah ditukarkan dan tidak lagi bersama akhbar The Sunday Times.

Selepas tindakan akhbar The Sunday Times ini, Dr. Mahathir menyatakann bahawa beliau dapat melihat pembaharuan dan penambahbaikan dalam laporan media Britain terhadap Negara Malaysia. Seterusnya, Dr. Mahathir menyatakan, sekiranya media Britain tidak lagi membuat laporan penipuan terhadap Malaysia, Malaysia boleh kembali berurusniaga dengan syarikat Britain.

Sekali lagi, ketegasan Dr. Mahathir terbukti dalam mempertahankan maruah Negara daripada dicemari oleh penipuan media Britain.

Peristiwa-peristiwa ini sepatutnya mengingatkan kita bagaimana seorang pemimpin yang begitu kuat sifat cintakan negaranya, bangsanya dan agamanya yang sanggup melakukan apa sahaja demi Negara yang dicintai.

Sayangnya, peristiwa-peristiwa ini tidak dipedulikan oleh sebahagian masyarakat Malaysia, sebaliknya mereka lebih mahu mempercayai cerita-cerita fitnah yang ditaburkan oleh sesetengah pihak yang benci kepada beliau. Terlalu banyak fitnah-fitnah dan cerita tipu yang disebarkan mengenai Tun Dr. Mahathir. Tetapi, sepertimana ramai yang maklum, Tun Dr. Mahathir tidak pernah kisah dengan cacian yang dibuat terhadap dirinya kerana yang penting bukanlah dirinya, tetapi Negara Malaysia. Beliau telah meletakkan kepentingan Negara melebihi segala-galanya.

Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM
May 30, 2013 · Kampong Sungai Ramal Luar ·



Monday, October 21, 2019

M 204 SIAPA PERDANA MENTERI KE 8 MALAYSIA


 SIAPA PM MALAYSIA KE 8? 

DEKLARASI 8 JAN 2019

PH umum Dr Mahathir calon PM ketujuh
MyMetroMutakhir

Shah Alam: Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ketujuh jika gabungan pembangkang itu menerima mandat rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14).

Jika kerajaan dibentuk, calon jawatan Timbalan Perdana Menteri akan disandang Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah berkata, blok pembangkang juga akan memulakan proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selepas mengambil alih pentadbiran, Anwar dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan diangkat sebagai calon Perdana Menteri kelapan,” katanya pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, semalam.

Hadir sama, Wan Azizah yang juga Presiden PH, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta Presiden AMANAH Mohamad Sabu.


Pengumuman itu sekali gus menguatkan kenyataan Dr Mahathir yang membayangkan satu daripada tiga kawasan Parlimen yang bakal ditandingi beliau pada PRU 14 ketika Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di lokasi sama pada 30 Disember lalu.

Ia membabitkan sama ada Parlimen Langkawi dan Kubang Pasu di Kedah serta Putrajaya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, PH turut mengumumkan 165 kerusi bakal ditandingi empat parti pembangkang berkenaan kelak.

“Ia merangkumi 52 kerusi PPBM, 51 kerusi PKR, 35 kerusi DAP dan 27 kerusi AMANAH.

“Persetujuan itu diperoleh melalui Perjanjian Muafakat PH yang dipersetujui pemimpin utama keempat-empat parti pada 6 Januari 2018 (kelmarin),” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/301107/ph-umum-dr-mahathir-calon-pm-ketujuh
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 11:15 AM 


 Benarkah Anwar Bakal PM ke 8? 

Walaupun Deklarasi 8 Januari 2019 diterima sebagai keputusan rasmi Kepimpinan Pakatan Harapan, sehingga hari ini ia masih dipertikai dan diperbualkan di mana-mana oleh semua peringkat masyarakat, khususnya ahli politik.

Ramai (dari kalangan Kerajaan dan Pembangkang) yang tidak mahu menerima ANwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Tun Mahathir. Ramai yang mengharapkan agar 'BAKAL PM' itu kekal sampai bila-bila.

Malah, Pemimpin No. 2 PKR sendiri (Azmin Ali) tidak mahu menerima BOSS dalam Parti mengambil-alih jawatan BOSS dalam Kerajaan (Perdana Menteri).


Dr Mahathir perlu jadi PM hingga akhir penggal: Azmin
NOZINA YAHAYA
29 Julai 2019

SHAH ALAM - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan UMNO menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

“Pendirian itu seiring pandangan yang pernah saya lontarkan supaya usaha mengembalikan kegemilangan negara dapat direalisasikan dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohamed Azmin berkata, dukungan bipartisan terhadap Dr Mahathir merupakan lembaran baharu dalam politik Malaysia di mana kepentingan rakyat diberikan keutamaan.

“Ini telah ditampilkan dalam meluluskan pindaan Perlembagaan yang menurunkan had usia mengundi pilihan raya kepada 18 tahun.

“Sokongan tersebut adalah bukti keyakinan terhadap kepimpinan Dr Mahathir yang berhemah tinggi sesuai dengan peranannya sebagai negarawan ulung negara,” katanya.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata, perbezaan politik sentiasa wujud dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Namun setiap perbezaan itu perlu diurus dengan baik demi menjamin kepentingan rakyat.

“Saya yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia,” katanya.


Pas-UMNO akan pertahan Tun M kekal PM sampai habis penggal
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
27 Julai 2019

KUALA LUMPUR - Pas dan UMNO akan saling bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perkara itu dilakukan oleh kedua-dua pihak kerana merasakan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 'tidak berwajah kepimpinan orang Islam.'

Katanya, ketika ini Pas dan UMNO hanya boleh menaruh kepercayaan kepada Dr Mahathir kerana kemampuannya, meskipun mendakwa PH dikuasai oleh orang bukan Islam.

“Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat dalam kerajaan (PH) itu. Kita (Pas) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun (Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


BN sokong Tun M jika PH mahu jatuhkan beliau
JANATUL FIRDAUS YAACOB
2 April 2019

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Parlimen BN akan berada di belakang Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga tamat penggal ini sekiranya wujud gerakan untuk menjatuhkan beliau dalam PH.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, demi kestabilan negara dan ekonomi, semua Ahli Parlimen BN jamin akan memberikan sepenuh sokongan dan keyakinan kepada Dr Mahathir untuk menjalankan tugasnya demi kepentingan rakyat Malaysia.

“Saya memberikan sepenuh sokongan kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya akan datang, sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba untuk menjatuhkannya.

“Demi kestabilan negara dan ekonomi, kesemua Ahli Parlimen BN akan menyatakan sokongan, kami mahu Perdana Menteri kita (Dr Mahathir) untuk terus mentadbir Malaysia dan melaksanakan tanggungjawab beliau untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Hishammuddin yang juga bekas Menteri Pertahanan turut membidas tindakan pimpinan PH melabelkan Dr Mahathir sebagai seorang diktator.

“Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr Mahathir selama 20 tahun, tuduhan yang mengatakan beliau seorang diktator sangat tidak masuk akal, saya tak ada masalah pun dalam tempoh 20 tahun itu, jadi kenapa sekarang timbul isu diktator, malah dibangkitkan sendiri oleh mereka dalam PH... kurangkanlah politik sesama sendiri.

“Wakil rakyat BN sesama kita harapkan kepimpinan yang ada sekarang, termasuk Perdana Menteri kekal. Kalau kedudukan Perdana Menteri tergugat, saya yakin rakan-rakan di dalam BN akan bersama Dr Mahathir. Sebab itu saya harap masalah dalaman sesama mereka dapat dikurangkan, isu diktator dan sebagainya tidak membantu kita untuk memulihkan ekonomi, menstabilkan kerajaan, dan tidak membantu koordinasi kementerian untuk dilihat sebagai kerajaan yang dapat diterima baik oleh dunia,” ujarnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan terbuka menyatakan UMNO sedia menyokong Dr Mahathir dalam isu yang menyentuh kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, sokongan UMNO itu bagaimanapun bergantung kepada situasi dan keadaan semasa negara.

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf 


SOALAN NO 1

(1)  Siapa Anwar sebenarnya?
(2)  Muktamadkah keputusan Anwar PM ke 8?
(3)  Benarkah Anwar layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4)  Apakah kesan jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8?


SIAPA ANWAR SEBENARNYA?
oleh Yahya Ismail

Anak kelahiran Cheruk Tok Kun di Seberang Perai bukan dilahirkan dari kalangan ulama. Bapanya, Datuk Ibrahim bin Abd Rahman, pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan di era Kerajaan Perikatan pimpinan almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sebelum menceburkan diri dalam politik, Ibrahim, bapa Anwar, pernah menjadi attendant hospital. Barangkali mengenangkan jawatannya sebagai attendant, maka Tunku melantik bapa Anwar sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan.

Boleh dikatakan keluarga Anwar menyokong UMNO. Emak Anwar sendiri seorang pemimpin Wanita UMNO yang terkenal di Seberang Prai.

Menurut sumber Tok Wannya, sebelah bapanya, dikatakan dari keturunan India dan dikatakan memeluk agama Islam. Tok Wan Anwar dikatakan berkahwin dengan wanita keturunan Cina yang dibela oleh keluarga Islam. Barangkali Anwar dan suku-sakatnya boleh menerangkan lebih lanjut lagi siapakah gerangan keturunannya itu.

Janganlah hairan bin terkejut kalau Anwar petah berucap. Bukankah orang keturunan India bijak bercakap walaupun Anwar tidak mempunyai lenggokan kepala seperti kebanyakan orang India? Melihat dari keturunan bapanya, bermakna Anwar adalah generasi kedua dari keturunan India campur Cina.

Itu bukan salah ibu mengandung. Mantan Perdana Menteri Malaysia juga mempunyai darah campuran. Tunku Abdul Rahman Putra ada darah Siam, Tun Razak keturunan Bugis, Tun Hussein Onn ada darah Turki, Tun Mahathir pula campuran Melayu dengan India dan Tun Abdullah pula ada campuran Cina.

Oleh itu Anwar tidak perlu gusar kerana ada titisan darah India dalam tubuhnya. Tuah dan sial seseorang pemimpin bukan terletak pada keturunannya yang punya darah campuran tetapi apakah dia dapat diterima atau pun tidak sebagai pemimpin super sohor oleh rakyat jelata yang berbilang kaum seperti Malaysia ini.

Anwar ada matlamat dalam perjuangannya. Dia bertekad hidup atau mati mempertahankan hasratnya yang maha tinggi untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Dia akan menentang siapa saja yang bakal menjadi penghalangnya.

Dia juga sedar tidak mudah menjadi seorang pemimpin popular yang boleh diterima rakyat jelata. Anwar sedar risikonya tapi dia tidak gentar menghadapinya. Jiwa dan jasadnya untuk perjuangan bagi merealisasikan mimpi indahnya sebagai bakal Perdana Menteri. Kata peribahasa Melayu, “bujur lalu melintang patah”. “Alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”. Nafsu dan keazaman inilah yang membakar dirinya.

Tapi Anwar bukan tolol orangnya. Sejak di kampus Universiti Malaya dia sudah buat rancangan infrastruktur politik untuk menjadi pemimpin tersohor kelak. Kalau di Kolej Melayu dia berminat memperjuangkan Islam menurut pemahamannya, maka di kampus Universiti Malaya, suaranya yang lantang mengkritik kerajaan mendapat perhatian luar biasa bukan saja di kalangan pelajar-pelajar universiti, tetapi juga di kalangan rakyat khasnya orang Melayu.

Kerana retorikanya yang mirip Sukarno dengan wajahnya yang kacak pada waktu itu, Anwar dapat memukau para pendengar baik lelaki mahu pun perempuan.

Di kampus inilah dia dijulang sebagai pemimpin ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan juga sebagai pemimpin PPIUM (Persatuan Pelajar-pelajar Islam Universiti Malaya). Malah dia juga dilantik sebagai Pengerusi PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya).

Ketiga-tiga pertubuhan yang dipimpin Anwar memang mempunyai impak yang kuat, bukan saja dalam kampus tetapi juga di kalangan masyarakat Melayu.

Tahun-tahun enam puluhan (1960-an) dan awal tujuh puluhan (1970-an), merupakan period perjuangan mengisi kemerdekaan khasnya dalam bidang perjuangan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan selepas 10 tahun kemerdekaan menurut Perlembagaan Negara.

Penyata Razak 1956 dijadikan landasan dalam pembentukan sistem pendidikan nasional di mana bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan hingga ke peringkat universiti.

Dalam tahun enam puluhan (1960-an), lahirnya Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan yang saya pimpin, menggesa kerajaan melaksanakan Fasal 152 Perlembagaan Negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang tunggal dalam pentadbiran kerajaan dan pendidikan negara.

Barisan Bertindak Bahasa Kebangsaan, PBMUM dan PENA (Persatuan Penulis Nasional) merupakan NGO-NGO Melayu yang lantang memperjuangkan bahasa Melayu pada waktu itu.

Di kampus pula wujud “Sudut Pidato” (Speaker’s Corner) di mana para siswa boleh meluahkan pandangan mereka dalam berbagai isu di sudut pidato tersebut. Boleh dikatakan para pelajar universiti sangat peka mengenai politik nasional dan sebahagian besar dari para pemimpin mereka berpihak kepada pembangkang.

Perlulah diingat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, nasionalisme Melayu mencapai puncak perjuangannya. ITM (Institut Teknologi MARA) lahir atas kebangkitan semangat Melayu yang ingin merubah nasib anak-anak bangsa melalui pendidikan.

Atas semangat perpaduan Melayu juga maka PAS yang dipimpin oleh Datuk Asri Haji Muda, sanggup menjadi rakan perkongsian politik dalam wadah Barisan Nasional pada tahun 1974. Walaupun “kawin mutaah” PAS dengan UMNO tidak kekal lama, namun para penyokong PAS sudah merebak sampai ke dalam kampus universiti dan juga di berbagai rancangan tanah Felda.

ABIM di bawah Anwar menjadi sebuah NGO yang berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut. Semangat Melayu dan Islam yang tercetus selepas 13 Mei, menjadikan Islam sebagai suatu kekuatan politik dan budaya yang kuat di kalangan generasi muda pada waktu itu.

Kalau kebanyakan pemimpin PAS hanya berlegar di keliling serban mereka dan memperalatkan Islam untuk menyebarkan pengaruh politiknya, Anwar pula menyebarkan perjuangan Islam ke peringkat antarabangsa.

Melalui ABIM, Anwar mendapat perhatian dan sokongan berbagai pemimpin Islam di negara-negara Arab, Pakistan dan Indonesia. Melalui berbagai jaringan kerjasama beliau dengan berbagai pemimpin negara-negra Barat khasnya Amerika, Anwar dianggap oleh para pemimpin Barat sebagai pemimpin Islam yang liberal.

Walaupun beliau hanya memimpin ABIM, sebuah NGO Islam, namun penghormatan dan sanjungan yang diperolehinya dari berbagai ketua-ketua kerajaan asing lebih menyerlah dari Perdana Menteri sendiri!

Anwar sedar dia tidak boleh menjadikan nasionalisme Melayu sebagai produk politik untuk mendapat sokongan dan kerjasama dari ketua-ketua kerajaan asing. Tapi bila dia memperlihatkan ketokohannya sebagai pemimpin Islam liberal, maka dengan sendirinya dia mendapat perhatian dari ketua-ketua kerajaan asing, khasnya dari kalangan Barat.

Oleh kerana Barat lebih senang berbicara kepentingan politik mereka dengan para pemimpin Islam liberal dan bukan fundamentalis yang dianggap Barat super kolot dan berbau militan.

Melihat dari neraca politik semasa, Islam boleh menjadi suatu kuasa besar dalam arena politik dunia. Dalam buku Samuel P Huntington, ‘The Clash of Civilization’, dia memperlihatkan Islam sebagai suatu kuasa yang bersaing hebat dengan kuasa Kristian. Komunisme sudah habis tenaga dan pengaruh sebagai suatu ideologi yang boleh menguasai dunia.

Tapi Islam dengan penganutnya lebih dari 1.5 bilion di dunia yang kaya dengan hasil minyak dalam perut buminya, menjadikan negara-negara Islam suatu blok politik yang tidak boleh diremeh-remehkan oleh Barat.

Anwar tahu kekuatan dan pengaruh Islam. Dia juga ada bakat yang luar biasa yang sukar diperolehi oleh sebahagian besar para pemimpin politik tempatan dan antarabangsa, iaitu kebijaksanaannya sebagai pemidato yang boleh memukau khalayak ramai. Ini “tangkal azimat” Anwar yang sukar ditandingi oleh para ahli politik yang lainnya.

Sebagai pemimpin politik Islam liberal, Anwar mempromosikan dirinya sebagai pemimpin Islam yang boleh dipercayai Barat dan sanggup bekerjasama dengan Barat untuk mengujudkan pengertian yang lebih erat antara golongan Islam Liberal dengan Barat, khasnya Amerika.

Untuk merealisasikan cita-cita Islam Liberal Anwar sejak memimpin ABIM, sudah membuat jalinan kerjasama dengan berbagai golongan masyarakat di Indonesia, bukan saja di kalangan gerakan mahasiswa Islam seperti HMI (Himpunan Mahasiswa Islam), tetapi juga dengan tokoh-tokoh Islam terkemuka dari kalangan parti-parti politik Indonesia dan Muhammadiah yang pada suatu masa dahulu dipimpin oleh Amin Rais.

Jalinan kerjasama tersebut diteruskan hingga kini. Oleh kerana itu, janganlah terkejut beruk kalau Anwar mempunyai para penyokong yang kuat di kalangan masyarakat Indonesia.

Kebebasan media yang super bebas di Indonesia sekarang dieksploitasikan Anwar untuk meraih sokongan moral terhadap perjuangannya. Dengan kata lain, Anwar menjadikan Indonesia sebagai pangkalan politiknya memandangkan pengaruh Indonesia dengan penduduk-penduduknya lebih dari 250 juta penganut Islam.

Memanglah di Indonesia terdapat golongan politikus dan budayawan Islam Liberal yang pro Barat dan kebanyakan dari mereka terdiri dari sahabat-sahabat Anwar. Mereka juga mempunyai agenda politik Islam Liberal yang disenangi Barat. Jadi janganlah hairan kalau ada pertautan jiwa antara Anwar dengan golongan ini yang cuba mendapat tempat dalam politik nasional Indonesia dan juga di Malaysia.

Seperti Anwar, golongan Islam Liberal Indonesia juga berkiblat ke Amerika. Besar kemungkinan Amerika membantu golongan ini dengan harapan golongan Islam Liberal dapat menguasai kepimpinan negara Indonesia.

Bayangkan sebagai MP Permatang Pauh merangkap Penasihat PKR, Anwar mempunyai pejabat di Washington DC. Siapa yang membiayai perbelanjaan dan penyewaan pejabat itu? Anwar sendiri keluar belanja? Apakah kepentingan Anwar untuk membuka pejabatnya di Washington DC itu?

Tidak ada parti politik di Malaysia yang mempunyai pejabat di sana. Apakah kerajaan Amerika yang membiayainya? Apakah Anwar juga mempunyai pelobi-pelobi yang diupah untuk mempengaruhi kerajaan Amerika dan beberapa Senator yang berpengaruh untuk menyokong perjuangannya?

Besar kemungkinan Anwar juga menjadi orang perantara antara golongan Islam Liberal Indonesia dengan Washington.

Sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar sudah menempah hubungan yang akrab dengan berbagai ahli politik Amerika termasuk juga dari kalangan pemimpin-pemimpin Yahudi.

Oleh kerana Amerika mempunyai kepentingan politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang penting di Indonesia, maka besar kemungkinan golongan Islam Liberal Indonesia mengharapkan Anwar untuk mendapat apa sahaja bantuan dari Pakcik Sam.

Ada kemungkinan Anwar menjadi penasihat Washington dalam berbagai isu mengenai Indonesia dan Malaysia yang merupakan dua buah negara Islam yang penting di Asia. Boleh jadi juga Anwar mempunyai pejabatnya di Washington DC untuk memudahkan dia berurusan dengan berbagai pemimpin politik di sana, di samping melancarkan berbagai strategi politik bagi mengimbangi pengaruh kerajaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, Duta Malaysia ke Amerika.

Duta besar Malaysian yang bertaraf Menteri ini dikatakan paling dinamik dan aktif memberi gambaran politik yang sebenar kepada para pemimpin di negara tersebut dan juga di kalangan para pelajar Malaysia untuk membasuh dakyah anti kerajaan Malaysia yang dilancarkan Anwar.

Di Malaysia, juga di Indonesia, Anwar menggunakan keahliannya sebagai pemidato ala Sukarno dengan memutarbelitkan berbagai isu untuk meraih sokongan terhadap perjuangannya. Dia tahu bagaimana untuk mempengaruhi para pendengarnya.

Bercakap di kalangan mahasiswa, dia akan memperlihatkan idealisme generasi muda yang resah gelisah, inginkan pembaharuan dan berfikiran bebas.

Depan lebai-lebai pondok, ustaz-ustaz dan ulama-ulama berjiwa kerdil, Anwar dianggap sebagai seorang pejuang Islam nombor wahid yang mengatasi kemampuan intelek mereka.

Di khalayak bukan Melayu, dia akan menyuarakan hak dan kebebasan mereka sebagai warganegara dan berjanji akan memperjuangkan nasib mereka.

Boleh dikatakan Anwar akan menabur janji, aneka ragam dan aneka warna menurut siapa yang menjadi para penontonnya.

Karismanya sebagai pemidato yang super hebat lebih kuat pengaruhnya dari penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib. Tidak ada pemidato yang lebih handal dan berpengaruh dari Anwar. Ini perlu kita akui.

Anwar seorang oportunis yang bijak merancang strategi hubungan awam untuk membuat persediaan memasuki gelanggang politik di masa depan. Oleh kerana dia terlalu bergiat dalam ABIM, PPIUM dan PBMUM, dia dikatakan hanya memperoleh ijazah BA sahaja.

Demi masa depan politiknya, dia sanggup membuka Yayasan Anda, sebuah sekolah menengah swasta di Jalan Pantai Bharu, Kuala Lumpur di mana dia menjadi pengetuanya.

Dia memilih bidang pendidikan kerana ingin melahirkan kader-kader berjiwa Islam yang sebahagian besarnya menjadi penyokong-penyokongnya kelak. Boleh dikatakan dia membina ketokohannya sebagai pemimpin pelajar berjiwa Islam melalui ABIM dan PPIUM yang dipimpinnya.

Sebagai pemimpin ABIM, Anwar melebarkan pengaruhnya sebagai pejuang Islam di kalangan para pemimpin Islam di Timur Tengah, Indonesia dan negara-negara Barat khasnya Eropah dan Amerika Syarikat serta Kanada.

Pada zaman rejim Jeneral Zia-ul-Haq, Anwar pernah diberi pingat kebesaran negara Pakistan kerana perjuangannya sebagai pemimpin Islam.

Boleh dikatakan banyak ketua-ketua kerajaan Arab di Timur Tengah, juga Turki mengenali Anwar sebagai sahabat mereka, lebih-lebih lagi bila dia menjadi salah seorang pemimpin WAMY (World Association of Muslim Youth) untuk Asia.

Mengapakah Anwar mengambil jalan politik pembangkang melalui ABIM dan PPIUM sewaktu menjadi pemimpin pelajar? Bukankah bapanya Datuk Ibrahim pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan dan setelah meninggalkan politik menjadi jutawan selaku Pengerusi IOI? Bukankah sebahagian besar ahli keluarganya menjadi ahli UMNO? Bukankah UMNO memberi peluang kepada keluarga bapanya untuk hidup senang-lenang sebagai jutawan? Apakah Anwar lupa jasa dan budi UMNO terhadap keluarganya?

Tapi Anwar lain dari lain. Dia sedar bapanya menjadi kaya-raya kerana UMNO dan dia juga menumpang tuah UMNO. Tapi soal menumpang tuah UMNO tidak masuk dalam neraca perjuangan politik dan kedudukan yang dia idam-idamkan selama ini. Anwar mahu jadi bakal Perdana Menteri.

Dengan apa jalan sekali pun, dia tetap menentang arus untuk mencapai cita-citanya. Seperti kata peribahasa orang Bugis, “sekali belayar biar robek layarnya, patah kemudinya, namun berpantang balik tidak sekali-kali”. Seperti kata peribahasa Melayu, “alang-alang seluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.” “Genggam bara api biarlah sampai jadi arang.”

Anwar kuat azamnya. Dia akan mengharungi apa saja derita, penyeksaan, pengorbanan demi menjaga kepentingan cita-cita besarnya iaitu menjadi bakal Perdana Menteri.

Dia membina imej sebagai pejuang Islam kerana pengaruh PAS menjadi semakin kuat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Selepas 13 Mei, timbul kesedaran di kalangan orang Melayu untuk bersatu padu mempertahankan kuasa politik Melayu dan hak hidup orang Melayu sebagai pribumi yang sah.

Walaupun penyertaan PAS dalam Kabinet Barisan Nasional pada tahun 1974 dianggap sebagai “kahwin mutaah”, namun ia perlu wujud dan kena pada masanya.

Anwar melihat perkembangan politik pasca 13 Mei sebagai politik mempertahankan kuasa, hak orang Melayu dan Islam. Beberapa orang pemimpin ABIM bersama Anwar sudah mengorak langkah menyertai PAS sebagai suatu strategi memperkukuhkan politik PAS dan ada juga yang menyertai UMNO. Dia meletakkan orang-orangnya dalam PAS dan juga UMNO dengan harapan mereka akan menjadi pemimpin-pemimpin yang bakal mengambil alih kepimpinan PAS dan UMNO pada suatu waktu itu.

Maka berlakulah apa yang tidak disangka-sangka. Timbul kisah kononnya ada orang kampung mati kelaparan kerana makan ubi gajah di Baling. Ini berlaku pada tahun 1974.

Berlaku demonstrasi para pelajar universiti dan ITM di Kuala Lumpur dan juga di Pulau Pinang secara besar-besaran. Beberapa orang pemimpin pelajar dan politik terlibat. Antara mereka yang ditahan di bawah ISA selepas demonstrasi tersebut termasuklah Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali (pemimpin pelajar dari ITM) dan tokoh-tokoh politik sosialis, Dr Syed Hussein Ali dan Kassim Ahmad. Dr Chandra Muzaffar, pensyarah yang juga aktivis dari USM juga ditahan.

Selama dua tahun Anwar dan Ibrahim Ali menjadi “siswa” di “Universiti Kamunting.”

Sebenarnya penahanan Anwar lebih menyerlahkan lagi imejnya sebagai pejuang Islam. Hubungannya yang baik dengan sesetengah ketua kerajaan di Timur Tengah, Amerika dan Eropah menyebabkan beliau mendapat sokongan dari berbagai kerajaan asing. Secara moral, kerajan-kerajaan asing tertentu meminta jasa baik kerajaan Malaysia agar membebaskan Anwar dengan segera.

Dari segi strategi politik, networking perhubungan awam dengan berbagai pemimpin negara-negara asing boleh membantu Anwar dalam percaturan politiknya. Sokongan moral atau kebendaan dari pihak asing boleh membantu seseorang pemimpin yang inginkan tekanan politik asing untuk membela dan menyokong perjuangannya.

Anwar bukan lahir dari keluarga jutawan. Bapanya bekas attendant hospital dan mendapat gelaran Datuk serta peluang bisnes yang super lumayan setelah bergelumang dalam politik dan menjadi Setiausaha Parlimen. Memang jauh beza kehidupan sebagai attendant hospital dengan kedudukannya sebagai orang korporat sekarang.

Waktu menjadi pemimpin ABIM dan Pengetua Yayasan Anda, sekolah swasta yang didirikan Anwar dengan para kabilahnya, kehidupannya sederhana, makan nasi campur di restoran Amjal Jalan Pantai Baharu dan hanya ada Volkswagen merah yang separuh uzur untuk dia berkelana ke sana sini.

Pakaiannya juga tidak begitu mahal harganya dan selalu memakai capal. Lain stail Anwar bila dia menjadi Menteri Kewangan sewaktu bersemangat UMNO dan menjadi pemimpin nombor dua tersohor selain Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri.

Waktu menjadi Menteri Kewangan ada orang berkata, pakaian Anwar dengan sut serta kasut buatan tangan dari Itali tidak kurang dari RM17,000 sepasang!

Mengikut beberapa orang sahabat baik Anwar, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan menjadi image consultant beliau sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Kata orang, sekali air bah sekali pasir berubah. Begitu juga dengan nasib Anwar.

Tuah ayam pada kaki, bagaimana pula dengan tuah Anwar? Dia disanjung sebagai wira oleh ribuan para penyokongnya bila dibebaskan dari “Universiti Kamunting.” Imej ketokohannya mengeruni para pemimpin politik baik yang bertaraf nasional apalagi yang berstatus kampungan.

Anwar bukan sebarang pemimpin. Kata para penyokongnya, sewaktu menjadi pemimpin ABIM, dia sudah mendapat penghormatan dan sokongan yang kuat dari sesetengah pemimpin negara-negara Arab dan juga Barat. Boleh dikatakan tidak ada pemimpin NGO yang mendapat penghormatan dan sokongan kuat dari berbagai pemimpin kerajaan asing seperti Anwar.

Bintang Anwar semakin menyerlah. Kamunting tidak menjadikan Anwar sebagai pengikut angin. Sebaliknya Kamunting mengentalkan jiwa kursaninya untuk menjadi pemimpin politik muda yang mendapat perhatian rakyat jelata.

Nama Anwar berkumandang di udara sebagai tokoh muda yang berjiwa Islam. Anwar boleh mendabik dada dan menjerit di angin lalu bahawa akulah pejuang Islam nombor wahid yang mendapat sokongan dan sanjungan di peringkat antarabangsa.

Dia, Anwar Ibrahim, menjadi tokoh yang disenangi dan dihormati ramai baik lelaki mahu pun perempuan Melayu dan bukan Melayu, Islam dan bukan Islam. Anwar dalam diam-diam telah menyemai cinta kasih dengan seorang doktor mata muda yang secara diam-diam juga menaruh harapan kepada pemuda dari Cheruk Tuk Kun, mantan siswa “Universiti Kamunting: itu. Namanya Dr Wan Azizah, anak perempuan Datuk Wan Ismail, bekas Pengarah Perang Saraf.

Ummi Hafilda, adik perempuan Azmin Ali, seorang srikandi yang tahu banyak rahsia Anwar dan abangnya berkata, Wan Azizah itu keturunan Korea dan diambil sebagai anak angkat oleh Wan Ismail.

Seperti kisah Uda dan Dara karya Usman Awang, kononnya bapa Dr Wan Azizah tidak merestui asyik masyuk antara anak gadis seorang Pengarah Perang Urat Saraf yang merancang strategi politik untuk kerajaan dan menentang musuh-musuh kerajaan, boleh jatuh cinta pada seorang pemimpin yang berpihak pada pembangkang?

Tapi cinta kasih Anwar kepada Wan Azizah tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun kecuali Allah Taala. Kedua asyik masyuk mengambil jalan mudah seperti kebanyakan pasangan yang tidak mendapat restu dari ibu bapa. Mereka menikah lari di Thailand. Kononnya Datuk Wan Ismail, bapa Wan Azizah, marah seperti singa lapar.

Siapakah yang menjadi orang tengah untuk meredakan sengketa antara menantu dengan bapa mertuanya? Pak Lah, mantan Perdana Menteri yang kini bergelar Tun Abdullah Ahmad Badawi, mendapat jolokan Mr Clean tetapi hanya bernafas sebagai Perdana Menteri tidak sampai dua penggal.

Itu hanya secebis kisah dari kehidupan Anwar dan Wan Azizah yang taat setia kepada suaminya seperti taatnya Sita Dewi pada Seri Rama dalam hikayat Hindu yang bernama Hikayat Seri Rama. Datanglah segala ribut dan taufan politik melanda Anwar, Wan Azizah tetap di samping suami tercinta.

Kisah peribadi Anwar yang nikah di sempadan banyak tidak diketahui para penyokongnya yang terlalu kagum dengan gaya pidato anak Cheruk Tuk Kun itu. Banyak juga yang terkejut beruk bila tahu pejuang Islam ini sanggup nikah di sempadan oleh kerana tidak mendapat restu dari bapa mertuanya.

Mereka tidak menyangka seorang pejuang Islam seperti Anwar tidak dapat mempengaruhi bapa mertuanya untuk menerimanya dengan tangan terbuka.

Walaupun dia dijulang sebagai pemimpin Islam oleh ribuan para penyokongnya, namun dia gagal mempengaruhi Pak Wan, gelaran popular Datuk Wan Ismail, untuk menerimanya sebagai menantu.

Ada pula yang menganggap Anwar seolah-olah memperlekehkan bapa mertuanya yang menjadi alat kerajaan dengan cara mengahwini Wan Azizah tanpa restu bapanya di sempadan.

Setelah mendapat cucu dan Anwar menyertai UMNO dan jadi anak emas Mahathir dalam Kabinet, maka akhirnya Pak Wan menerima menantunya dengan tangan terbuka dan lapang dada, senyuman meleret sampai sedepa!

Tapi ada cerita di belakang tabir banyak orang tidak tahu. Yang maha tahu hanya Allah Taala, Wan Azizah dan Anwar. Menurut cerita dari mereka yang dekat dengan keluarga Cheruk Tuk Kun ini, kononnya Wan Azizah pernah didera Anwar hingga lebam-lebam. Apakah ini benar? Bolehkan Wan Azizah atau Anwar menafikan perkara ini?

Kalau benar, mengapakah seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam dan bermimpi menjadi bakal Perdana Menteri sanggup memukul isteri tercinta? Apakah Anwar dipengaruhi filem Tamil yang banyak adegan memukul isteri itu?

Mereka yang dekat dengan Anwar berkata, dia tidak pernah melihat filem Tamil yang banyak peristiwa pukul-memukul isteri itu. Apakah gerangan yang menyebabkan Anwar memukul isterinya?

Kita harap cerita ini bikinan orang untuk memperlekehkan Anwar dan Wan Azizah. Tapi alangkah baiknya kalau Anwar atau Wan Azizah membuat kenyataan akhbar bahawa dia tidak pernah memukul isteri hingga lebam dan menuduh musuh-musuh Anwar sengaja mereka-reka cerita untuk membesarkan kemaluannya.

Tidak masuk akal seorang mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan suka memukul isteri seperti yang terdapat dalam filem-filem Tamil Nadu itu.

Ada lagi kisah yang menjadi buah mulut mereka yang rapat dengan Anwar dan cuba menutup kisah demi menjaga imej “brother Anwar”, seorang pemimpin berjiwa Islam nombor wahid. Mereka yang rapat dengan Anwar dan selalu berkunjung ke kediamannya, pernah melihat Sukma Darmawan, adik angkat Anwar berbangsa Indonesia yang tinggal bersama bosnya, masuk ke bilik Anwar.

Kononnya Sukma menjadi image consultant kepada Anwar. Sebagai juru runding imej seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang juga berstatus sebagai Timbalan Presiden UMNO, maka tentulah Anwar hendak menjaga ketrampilannya. Ini era politik kegemilangannya dalam UMNO. Ini bukan era Yayasan Anda dengan Volkswagen tua dan makan nasi campur di restoran Amjal.

Kata sahabat yang mengenali Anwar, sekiranya Sukma berada dalam bilik Anwar, maka Wan Azizah tidak dibenarkan masuk. Apakah yang dilakukan Anwar bersama Sukma? Tanya Sukma, apakah dia sangat diperlukan Anwar hingga Wan Azizah sendiri tidak diizinkan masuk bilik Anwar? Apakah Wan Azizah tidak tahu memilih pakaian yang sesuai bagi suaminya yang bertaraf Menteri itu?

Sebagai isteri mithali, Wan Azizah terpaksa akur dengan kehendak suaminya walau pun ada ketikanya dia sendiri terkilan dengan sikap suaminya yang mementingkan Sukma yang dikatakan pernah berkongsi bilik dengan pemuda Indonesia itu sewaktu Anwar masih bujang dan tinggal dengan bapanya di Kampung Tunku, Petaling Jaya.

Rupa-rupanya setelah keluar dari “Universiti Kamunting”, bintang Anwar menjadi semakin terang. Siapa sangka seorang yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, dengan senyuman bangganya menyertai UMNO, parti politik yang menjadi musuh politiknya di masa lalu.

Dengan sekelip mata dia disintuk limau sebagai Menteri dalam Kabinet Mahathir. Pemimpin yang dikatakan terlibat dalam kemasukan Anwar dalam UMNO ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam satu temuramah saya dengan Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, saya bertanya, “Mengapakah Datuk Seri membawa masuk Anwar dalam UMNO dan menjadikan dia seorang Menteri penuh?”. Dengan tenang Dr Mahathir menjawab, “Kalau saya tak ambik dia masuk UMNO, dia akan masuk PAS. Dia tu pejuang Islam. Kalau dia masuk PAS, teruklah UMNO.”

Rupa-rupanya Mahathir juga menganggap Anwar sebagai pejuang Islam yang berpengaruh. Mengikut perhitungan politik Mahathir, Anwar boleh memainkan peranan penting dalam UMNO, memandangkan dia seorang pemimpin muda yang ada karisma, bijak berpidato dan mempunyai ribuan pengikut dalam dan luar negara.

Dilihat dari latar belakang politik, baik Mahathir mahupun Anwar, pernah menentang UMNO dan berceramah di atas pentas PAS pada suatu waktu dahulu. Jadi, tidak hairanlah mengapa Mahathir mempunyai soft spot terhadap Anwar.

Tidak hairan bin terkejut mengapa Mahathir menerima Anwar dengan tangan terbuka dan menjadikan dia Menteri walaupun baru saja menjadi ahli UMNO. Soal keahlian perkara remeh. Yang penting Anwar ada umph, ada karisma, ada pengikut yang ramai yang boleh menjamin kemenangan dan menjadi aset kepada UMNO.

Bukankah politics make strange bedfellows? Tidur satu bantal tapi mimpi lain-lain? Dulu jadi musuh politik, tapi selepas diberi kedudukan yang super istimewa sebagai Menteri, Anwar dijulang ke langit biru, dicium tangan, ditatang sebagai minyak yang penuh, dihadiah bunga malai, diiringi gendang dan tabla sebagai pemimpin negara yang super umph.

Beberapa sahabat karib Anwar dalam ABIM menyertai PAS seperti Ustaz Fadzil Noor (Allahyarham), tetapi Anwar pilih UMNO, parti politik Melayu yang berkuasa sejak merdeka hingga sekarang.

Apa yang dirancangkan beliau sewaktu memimpin ABIM, kini sudah nampak hasilnya. Kata Dr Mahathir, sewaktu saya interbiu beliau selepas Anwar dipecat dari UMNO dan Kabinet, “Waktu dia masuk UMNO dan jadi Menteri, saya sudah tahu Anwar sudah tubuh berbagai cell dalam UMNO dan juga dalam kerajaan.”

Sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, tentulah Mahathir mendapat berbagai laporan mengenai Anwar dari pihak Cawangan Khas (Special Branch).

Anwar mungkin berpendapat kedudukannya dalam UMNO dan kerajaan super hebat dan kuat apalagi dia dianggap sebagai anak emas Mahathir.

Memang ada perasaan kurang senang di kalangan sesetengah Menteri Kabinet dan UMNO bila Anwar mengepak dan berkokok sebagai pemimpin yang kononnya akan menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Mahathir juga pernah membuat kenyataan akhbar dan juga dalam berbagai ucapannya, bahawa Anwar akan menjadi pengganti beliau sebagai Perdana Menteri kelak. Sokongan kuat dari Mahathir menjadikan Anwar dan para kabilahnya mabuk kuasa.

Memang benar kata Mahathir, bahawa Anwar telah merancang untuk mengambil alih kuasa dengan meletakkan orang-orangnya dalam parti dan juga kerajaan. Sebahagian besar Ketua-ketua Bahagian UMNO sudah “dibeli” kesetiaan oleh beliau. Banyak yang mendapat saham pink form sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan perdana Menteri.

Mereka yang lama berjuang dalam UMNO dan menjadi Menteri terpinggir oleh ombak sokongan Ketua-ketua Bahagian dan Menteri-menteri Besar tertentu terhadap Anwar. Malah ada setengah pemimpin UMNO berlagak sombong sebagai juak-juak Anwar yang digamit datang, dinyah pergi. Mereka tidak segan-silu memperlihatkan gelagat sebagai juak-juak dan pengampu-pengampu Anwar yang bakal menggantikan Mahathir kelak.

Mereka dihanyut oleh mimpi yang tidak bertepi. Mereka sudah menganyam angan-angan bahawa kalau Anwar menjadi Perdana Menteri, mereka akan mendapat kedudukan yang penting kerana menjadi sang setia pemimpin berasal dari Cheruk Tok Kun itu.

Sebenarnya banyak pihak dalam UMNO tidak suka Anwar menyertai parti itu. Banyak meramalkan dia akan menimbulkan berbagai masalah dalam kepimpinan parti kelak. Apakan daya Mahathir sudah menerima Anwar dan secepat kilat menjadi ahli Kabinet pula. Ini menimbulkan kejengkelan sesetengah pemimpin.

Tapi siapakah antara mereka yang sanggup menentang kemahuan Mahathir? Semua diam. Semua angguk.

Anwar tahu, berbagai Menteri dan pemimpin UMNO tidak senang dengan kehadirannya dalam Kabinet dan pimpinan parti. Dia tidak peduli itu semua. Dia ada rancangan maha penting untuk dilaksanakan dengan seberapa segera. Dia persetan dengan Sanusi Junid dan Pak Lah, Megat Junid (Allahyarham) dan lain-lain. Dia akan menentang siapa saja yang menghalang dia mencapai matlamat perjuangannya.

Mahathir juga ada agendanya yang tersendiri bila melamar Anwar menyertai UMNO. Dia juga mahu mengukuhkan kepimpinannya dalam parti dan kerajaan. Justeru itu dia menerima Anwar, dengan harapan Anwar akan terhutang budi padanya dan akan menari menurut rentak kemahuannya.

Pada hemat Mahathir, Anwar boleh menentang pengaruh PAS dan akan memberi dinamisme dalam kepimpinan UMNO. Lebih-lebih lagi Anwar mempunyai hubungan yang akrab dengan sesetengah pemimpin Arab di Timur Tengah dan juga beberapa negara Eropah dan Amerika. Dia menganggap Anwar akan kekal menjadi sang setia, lantaran dia menjadi anak emas Perdana Menteri.

Mahathir juga ada muslihatnya. Sengaja dia war-warkan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri untuk melihat reaksi dari berbagai kabilah dalam UMNO. Mereka yang berhajat hendak mengekalkan kedudukan dalam pimpinan parti serta Kabinet akan tetap berpaut pada Mahathir, selagi nyawa politik dikandung badan dengan harapan Mahathir tidak gugurkan mereka dari kedudukan yang super nyaman sebagai Menteri.

Dalam menjaga kedudukan masing-masing, baik Anwar mahupun mereka yang anti Anwar, akan tunduk pada Mahathir yang menjadi bos mereka.

Buat sementara waktu, Anwar menari menurut hasrat Mahathir. Dia ingin menunjukkan kepada Mahathir, bahawa dia adalah sang setia nombor wahid seperti Laksamana dalam hikayat Hindu Seri Rama.

Dia melakukan apa saja untuk menjamin Mahathir tidak difitnah oleh puak-puak lain untuk menjatuhkannya. Risiko politik besar sekali. Anwar tidak boleh silap langkah yang boleh membawa akibat buruk pada diri dan masa depan politiknya.

Dia banyak musuh. Seperti buaya lapar, musuh-musuhnya hanya menunggu waktu untuk menyingkirkannya dari kedudukannya yang penting sebagai orang nombor dua kepada Perdana Menteri.

Dia tidak ada banyak masa untuk menunggu lama-lama, takut jawatan pentingnya dikebas orang. Dia harus fokus pada matlamat perjuangannya. Dia harus bijak bermain politik. Kata perumpamaan Melayu, “Pukul ular, ular biar mati, kayu jangan patah, tanah jangan berlekuk.”

Silat dan kuntau dalam mainan politik memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, kerakusan dan kalau perlu kezaliman. Dalam politik semua boleh jadi. Tidur sebantal tapi mimpi lain-lain.

Anwar sedar, sekiranya Mahathir tetap sayang padanya dan mahu dia menjadi pengganti sebagai Perdana Menteri, tidak siapa pun yang berani menyingkirkannya dari kepimpinan parti. Walaupun dia tidak bersetuju dengan Mahathir dalam beberapa perkara, namun dia tetap memperlihatkan sokongan penuh kepada bosnya.

Kalau Mahathir menjadi Seri Rama, biarlah dia menjadi Laksamana sang setia yang tidak berbelah bagi. Dalam masa angguk-mengangguk dengan Mahathir, dia terus menerus meletakkan juak-juaknya dalam semua bahagian UMNO, kerajaan dan berbagai badan berkanun. Boleh dikatakan para penyokongnya secara aktif dan pasif terdapat dalam berbagai sektor, kerajaan dan bukan kerajaan, berbagai NGO dan juga di kalangan generasi muda di berbagai kampus universiti.

Ada orang berkata, Anwar hendak “abimkan” UMNO. Banyak rakan-rakan Anwar dalam ABIM diberi kedudukan dalam parti, kerajaan dan badan berkanun.

Memandangkan Anwar seorang pejuang Islam yang kini mendapat kedudukan tinggi dan menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri, maka banyak pihak menafsirkan Anwar hendak melakukan reformasi dalam UMNO, dengan meluaskan jaringan ABIM di berbagai peringkat dalam parti.

Kononnya dia akan berusaha supaya UMNO dan PAS akan bergabung tenaga sebagai parti politik Melayu Islam yang super hebat dan super kuat di tanah air.

Perlulah diingat sahabat-sahabat Anwar dalam ABIM juga menyusur masuk ke dalam pimpinan PAS. Menurut beberapa pemimpin UMNO veteran, mereka yang tidak sehaluan dengan citarasa politiknya akan disingkir dari kepimpinan UMNO. Dengan kata lain, Anwar akan memilih mereka yang sehaluan dengannya untuk menerajui parti.

Ini bermakna, mereka yang menari menurut rentak tengo Anwar akan menguasai UMNO kelak kalau ditakdirkan Allah dia menjadi Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.

Kalau dulu dia banyak mengecam kepimpinan UMNO yang dikatakan rasuah, menyalahgunakan kuasa dan gila kuasa, tidak bermoral, mengamalkan kronisme, ampuisme dan nepotisme, maka apakah Anwar Ibrahim kelahiran Cheruk Tok Kun dari Seberang Perai, menjadi pemimpin UMNO yang super bersih, lebih bersih dari sabun feb?

Kalau UMNO dikatakan parti politik yang dipimpin oleh manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab, mengapakah ia terus diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negara sejak merdeka hingga sekarang? Apakah Anwar sendiri sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan merangkap lagi sebagai Timbalan Presiden UMNO, berjaya melakukan reformasi seperti yang dimimpikannya?

Tanya pada Anwar, mengapakah dia menerima pelawaan menyertai UMNO sekiranya dia sungguh-sungguh membenci UMNO? Dia pernah menjadi “siswa yang tak dipinta” di “Universiti Kamunting” selama dua tahun kerana berjuang untuk membela rakyat lapar di Baling dan ingin mengubah senario politik tanah air.

Mengapa dia tidak menyambung perjuangan yang super suci sebagai pembela rakyat melalui NGO seperti ABIM yang dipimpinnya? Mengapakah dia tidak menyertai PAS untuk menentang berbagai kemungkaran yang dilakukan para pemimpin UMNO? Mengapa dia menyertai UMNO dengan senyuman meleret, dada terbuka?

Mengapa dia memilih UMNO dengan segala sorak-sorai, renjisan air mawar, dikalung bunga malai dengan tiupan nafiri dan pukulan tabla segala? Apakah yang ada pada UMNO yang tidak ada pada dirinya? Ada deh. Dia dan kabilahnya marhaban ya marhaban, bila Mahathir menjadikan Anwar sebagai Menteri Kabinet dengan mudah tanpa perlu menjerit membela rakyat miskin yang makan ubi gajah lagi.

Kata mereka yang mengikuti liku-liku sejarah hidupnya Anwar, seperti ular menukar kulit bila disintuk limau sebagai Menteri Kabinet dengan mimpi untuk menjadi bakal Perdana Menteri.

Hanya melalui UMNO Anwar boleh mempercepatkan khayalan dan mimpinya sebagai bakal Perdana Menteri menjadi realiti. Waktu menjadi pemimpin pelajar, dia benci UMNO. Bila direnjis air mawar sebagai Menteri, maka kebencian menjadi percintaan yang memabukkan untuk sementara waktu sebelum dia mencapai cita-cita nafsu besarnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri selepas Mahathir.

Kuasa adalah inti mainan politik. Sebagai pembangkang, Anwar hanya boleh menjerit dan melolong, namun kera di hutan pun tidak panik dengan jeritan slogan sebagai mantera politiknya.

PAS dan DAP sudah lama berjuang sebagai pembangkang dan sehingga sekarang tidak mampu menumbangkan kerajaan UMNO / BN.

Justeru itu, dia mesti menjadi ahli UMNO untuk merealisasikan agenda politiknya yang terpendam. Justeru itu, dia terhutang budi pada Tengku Razaleigh Hamzah yang menyakinkan Mahathir bahawa Anwar boleh membantu UMNO untuk menentang pengaruh PAS.

Secara tidak langsung, Mahathir mengakui Anwar besar pengaruhnya di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kerana pendekatannya sebagai pejuang Islam. Pada waktu itu, Mahathir lebih bimbang terhadap gugatan PAS yang kian merebak sampai ke kampus-kampus.

Sebagai pejuang Islam, bekas tahanan Kamunting, dengan jaringan hubungannya dengan berbagai pemimpin negara-negara asing, Anwar boleh membantu kerajaan memperkukuhkan lagi kekuasaan dan kepimpinan UMNO. Ini pandangan Mahathir.

Anwar mengangguk dan tersenyum girang bila dia dijulang sebagai pemimpin muda yang berjiwa Islam untuk menangkis serangan PAS dan membela UMNO dalam apa saja keadaan.

Kata peribahasa Inggeris, “make hay while the sun shines” (jadikan rumput kering waktu matahari masih panas) dan “strike when the iron is hot” (pukul besi waktu ia masih panas). Inilah masa dan ketika yang paling baik bagi Anwar membuat cell-cellnya dalam berbagai bidang kehidupan rakyat dan juga kerajaan dan pihak swasta.

Masa berbulan madu dalam politik perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya supaya tidak ketara bahawa dia dan juak-juaknya sedang merancang untuk mendapat sokongan rakyat, ahli-ahli UMNO khasnya, sebagai persediaan menghadapi cabaran terhadap Mahathir.

Seperti orang tidur disarung bantal, Anwar tidak lepas peluang untuk merancang strategi politiknya. Apa yang diidam-idamkan sewaktu memimpin pergerakan pelajar dan ABIM akan menjadi kenyataan. Mimpinya untuk bersemayam di Putrajaya sebagai Perdana Menteri semakin cerah, cerahnya seperti bulan purnama.

Dia sedar, hanya melalui UMNO dia boleh mencapai cita-cita yang terpendam. Bukan melalui PAS yang akan kekal sebagai pembangkang. Dia harus bersikap tolenrasi dengan PAS kerana ada sahabat-sahabat karibnya dalam parti itu yang boleh membantu melonjakkan dia sebagai bakal Perdana Menteri kelak.

Malah PAS juga menjadi modal politiknya sekiranya juak-juaknya menguasai parti itu dan mempengaruhi percaturan politik Melayu dan Islam pada masa akan datang. Pada waktu itu DAP tidak termasuk dalam perhitungannya sebagai alat politiknya, oleh kerana DAP dianggap sebagai parti politik chauvinis Cina.

Kekuatan UMNO dan PAS ialah sokongan mutlak dari orang Melayu. Untuk menjadi bakal Perdana Menteri, seseorang tokoh mesti mendapat dukungan dari masyarakat Melayu. Tanpa sokongan Melayu, hanya mimpi yang berlabuh di Sri Perdana dan Putrajaya.

Sejak merdeka hingga ke hari ini, malah 50 tahun akan datang, politik Malaysia masih berteraskan politik perkauman. Orang Melayu sebagai pribumi tidak akan merelakan kuasa politik tanah air berpindah kepada kaum-kaum lain.

Bukan Melayu boleh berkongsi kuasa dengan orang Melayu selagi kedudukan dan kuasa politik Melayu tidak tergugat. Politik akomodasi dengan bukan Melayu sejak merdeka hingga sekarang mestilah berdasarkan hasrat keramat Perlembagaan Negara.

Setiap warganegara, tidak kira bangsa, agama, adat dan kebudayaan, mesti patuh dan terima segala aspek dari Perlembagaan Negara tersebut. Seperti kata peribahasa Melayu, “di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’, “masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek.”

Dari segi strategi politik, Anwar nampak bijak. Retorikanya yang berbunga janji ditabur mengikut selera para pendengarnya. Seperti penjual ubat kuat di Lorong Haji Taib, Anwar melontarkan berbagai janji tentang gagasan fikirannya untuk mengkhayalkan mereka yang mendengar, seolah-olah dia boleh menjadi Perdana Menteri terbaik sekiranya mereka menyokong kepimpinannya.

Kebanyakan para pendengar terpengaruh dengan gagasan ideanya yang disampaikan dalam pidato yang penuh dramatic. Ceramah-ceramah Anwar mendapat sambutan hebat oleh berbagai golongan masyarakat bukan Melayu.

Karismanya sebagai pemimpin, ucapannya yang dramatik menjadi mantera politik yang menyebabkan dia terserlah sebagai pemimpin dari kebanyakan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Oleh kerana terpengaruh dengan pidato Anwar, banyak yang menganggap dia layak menjadi bakal Perdana Menteri. Ucapannya yang berapi-api menjadi mantera politik, tangkal azimat untuk meruntun sokongan dari mereka yang tidak mengenalinya dari dekat.

Dia memperkenalkan “masyarakat madani” sebagai wadah perjuangan politiknya yang lebih merupakan sebagai penciptaan masyarakat majmuk Malaysia yang utopia. Dia melontarkan idea keadilan, hak asasi manusia, demokrasi, ketelusan, anti kezaliman, percambahan agama sebagai pembangunan spiritual masyarakat majmuk.

Dalam bukunya, “Asian Renaissance” (Kebangkitan Gelombang Asia), menonjolkan gagasan masyarakat madani sebagai suatu aspek dari riadah intelektual (intellectual exercise) Anwar Ibrahim yang cuba meraih sokongan dari kalangan intelektual dan inteligensia di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Menurut Datuk Jaafar Rahim, yang menterjemahkan buku ini, dia dijanjikan untuk mendapat upah yang setimpal dengan kerjanya.

Kata Jaafar Rahim, “Haram sekupang pun aku tak dapat. Anwar mungkir janji.”

Dia ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa dia dapat menyesuaikan diri dan fikiran untuk semua golongan. Dia ingin mendekati petani, nelayan, buruh dengan menyanyikan lagu politik untuk mereka.

Di kalangan mahasiswa dan golongan profesional, Anwar memakai topeng intelektual dengan memagut kata-kata falsafah dari berbagai sumber untuk “memenderamkan” mereka bahawa dia mempunyai darjat intelektualisme yang super hebat, sesuai dengan mimpinya untuk menjadi bakal Perdana Menteri.

Di kalangan ulama dan para ustaz dan ustazah, dia bercakap tentang agama dan tidak melepas peluang menjadi imam, memberi khutbah sembahyang Jumaat.

Di kalangan kaum wanita, ada pula tali pengikat dalam ucapannya untuk menambah para penyokongnya.

Pendek kata, Anwar boleh menyesuaikan diri dan jiwanya dalam berbagai golongan masyarakat dan bangsa. Ibaratkan drama dia, Anwar Ibrahim boleh berlakon berbagai watak, baik sebagai hero mahu pun sebagai ketua kruk…

Anwar bukan sebarang pelakon. Dia ada agenda yang tersembunyi. UMNO telah membuka peluang untuk dia merealisasikan agenda yang terpendam. Dia sudah menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam, menjadi imam, pembaca khutbah, sebagai pendukung demokrasi, anti kronisme, anti nepotisme, anti feudal, seorang pencinta ketelusan, pro Barat, pro Arab, pro perdamaian. Semua dilondehkannya sebagai peragaan diri dan personalitinya.

Dia juga memperlihatkan kebijaksanaannya berpidato yang boleh membara semangat para pendengarnya. Dia ada karisma, dia dianggap handsome oleh setengah pihak dan dia ada gaya serta intelek yang dapat menarik perhatian orang ramai.

Semua dia dedahkan tentang dirinya. Hanya satu. Hanya satu inilah yang membimbangkannya sejak dia menyertai Kabinet Mahathir, ini yang menghantui dia dari dulu hingga sekarang dan sampai habis hayatnya.

Petikan dari buku Yahaya Ismail, “Anwar Ibrahim, Pengkhianat Atau Patriot?,” Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011


Rujukan: http://raja-jawa.blogspot.com/2013/10/siapa-anwar-sebenarnya_2.html

Kesimpulan: Jika anda mahu tahu kelemahan dan kehidupan belakang tabir Anwar, tanyalah kepada Yahya Ismail, Ummi Hafilda, Ezam Mohd Noor, Azmin Ali, Nalla Karupan dan banyak lagi. Dan yang paling banyak tahu ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Dato' Seri Wan Azizah binti Ismail. Ada yang telah meninggal dunia seperti Karpal Singh  dan Khalid Jeffri.


Mungkin individu seperti Ummi Hafilda itu tiada apa-apa nilai dalam msyarakat, tetapi keberaniannya mendedahkan salahlaku Anwar di khalayak ramai, dan tidak pernah dicabar adalah sesuatu yang menghairankan.

Terlalu banyak cerita tentang latar belakang dan belakang tabir Anwar dan keluarga Anwar tapi aku tidak berhasrat untuk memaparkan di sini kerana tidak mempunyai sumber yang sahih. Kecuali jika pernah diterbitkan dalam mana-mana buku (contohnya tulisan Yahya Ismail) yang boleh dijadikan bahan bukti. Walaupun tulisan dalam pelbagai blog boleh dipercayai (kerana tidak dicabar), rasanya tidak perlu untuk menggali sedalam itu.

Lagi satu, jika perkara yang ditulis itu tidak betul, sudah tentu ada pihak seperti ahli keluarganya akan mengambil tindakan undang-undang (seperti saman di mahkamah) kerana Anwar bukan tidak pernah menyaman mana-mana individu atau agensi sebelum ini.





SOALAN KE 2

(1)  Siapa Anwar sebenarnya?
(2)  Muktamadkah keputusan Anwar PM ke 8?
(3)  Benarkah Anwar layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4)  Apakah kesan jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8

SELAGI ALLAH WUJUD DAN SESUATU PERKARA ITU BERLAKU, MAKA APA SAHAJA PERANCANGAN YANG DIBUAT OLEH MANUSIA ITU BELUM PASTI.

IANYA AKAN HANYA SAHIH APABILA NAMA ANWAR IBRAHIM TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI PERDANA MENTERI DAN ANWAR IBRAHIM MENGANGKAT SUMPAH DI HADAPAN SPB YANG DIPERTUAN AGONG.

(1)  Adakah apabila sampai tempoh 2 tahun (tempoh Tun Mahathir menjadi PM ke 7 yang diperkatakan selama ini), secara serentak Tun M dan DS Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatan secara serentak dan Anwar yang tiada dalam Kabinet terus mengambil-alih kuasa sebagai PM? Sesuaikah peralihan kuasa sebegitu?
(2)  Bagaimana kalau Tun Mahathir meninggal dunia sebelum peralihan kuasa? Adakah TPM akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada Anwar? Tidak mungkin Anwar terus menjadi PM dan DS Wan Azizah kekal sebagai TPM sehingga Anwar membuat rombakan kabinet.
(3)  Setelah berjuang menjadi pendinding keaiban Anwar, menjadi galang ganti perjuangan, diperkuda oleh Anwar untuk mencapai cita-citanya, adakah DS Wan Azizah sudah puas hati dapat menikmati kedudukan sebagai  TPM hanya dua tahun? Akan berdiam dirikah kaum wanita apabila WAn Azizah begitu mudah memberi laluan kepada Anwar hanya kerana dia anugerah Allah?
(4)  Bagaimana kalau Majlis Raja-Raja menasihati YDP Agong untuk tidak menerima Anwar sebagai PM ke 8?

Testimonial yang terkandung dalam beberapa video di Tajuk M 162 adalah berkaitan.


https://puteralapismahang.blogspot.com/2015/06/m-162-dokumen-pengkesahan-sejarah-anwar.html

Petikan berita di bawah ini boleh menggambarkan keadaan tempoh peralihan kuasa untuk PM ke 8:

PM 2 Tahun Sahaja – Satu Hari Pun Tidak Boleh Lebih
MT Webmaster On Sep 16, 2018
Timmy Say, Free Malaysia Today

Hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad mahupun rakyat yang inginkan beliau untuk menjadi perdana menteri melebihi 2 tahun akan lenyap setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Port Dickson kelak.

Ini dipercayai antara matlamat utama Langkah Port Dickson (PD) yang dilancarkan Rafizi Ramli dan disokong penuh oleh Anwar tanpa melalui mesyuarat biro politik PKR.

Ini juga selari dengan kenyatan Rafizi dalam kempen menjadi timbalan presiden PKR bahawa tugasnya adalah untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri.

Populariti Dr Mahathir menjadi satu kegusaran bagi pihak yang tidak mahu melihatnya memerintah melebihi 2 tahun. Dalam banyak janji manifesto yang tidak ditunaikan Pakatan Harapan, ada pihak sedang mendesak Dr Mahathir supaya menunaikan janjinya untuk hanya memegang jawatan perdana menteri selama 2 tahun.

Apa tidaknya? Pada 9 Jun yang lalu, Dr Mahathir pernah bertukar nada mengenai tempoh 2 tahun itu. Beliau berkata tempoh beliau menjawat jawatan perdana menteri tidak semestinya berakhir dalam tempoh tersebut.

”Ia adalah satu cadangan. Tetapi kita tidak tetap. Boleh jadi lebih awal, boleh jadi lebih lewat. Keutamaan adalah mengembalikan kekayaan negara, ekonomi negara, menjadi sebuah negara yang berupaya,” tegasnya.

Pendek kata, Langkah PD ini adalah satu mesej tidak langsung kepada Dr Mahathir: “Dua tahun ialah 2 tahun. Satu hari pun tak boleh lebih.”

Matlamat kedua Langkah PD ialah inisiatif Rafizi untuk mendedahkan sosok yang dimaksudkanya sebagai pembelot Anwar dalam PKR dan juga Pakatan Harapan sebagai modal untuk membantu kempennya menjadi timbalan presiden parti itu.

Sesiapa yang mempertikaikan Langkah PD dalam kalangan PKR akan dicop sebagai suspek utama pembelot Anwar meskipun langkah ini dilakukan tanpa mengikut protokol mesyuarat PKR.

Keputusan Langkah PD hanyalah dibuat oleh beberapa orang, sama seperti Langkah Kajang yang akhirnya memusnahkan Pakatan Rakyat. Prinsipnya, boleh belakangkan parti, tetapi sama sekali tidak boleh belakangkan Anwar.

Sebenarnya ramai yang tidak berpuas hati terhadap Langkah PD ini, termasuklah bekas pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreevenasan dan peguam Siti Kasim yang menyeru rakyat supaya menyokong pembangkang dalam pilihan raya kecil yang akan diadakan kali ini.

Antara pimpinan PKR yang bersuara lantang terhadap Langkah PD ini ialah Ketua Wanitanya Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden Tian Chua. Menteri Besar Selangor juga memberikan ingatan bahawa PD bukanlah kawasan yang selamat bagi Anwar. Ketiga-tiga mereka adalah daripada kem Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin pula mengambil langkah berhati-hati dengan sekadar bernada memberi nasihat bahawa pandangan pimpinan PKR lain juga perlu dihormati sebelum Langkah PD diputuskan.

Untuk mengelak jerat Rafizi, Azmin menggesa PKR memberikan fokus membantu Anwar memenangi kerusi Port Dickson, meskipun setakat ini Anwar tidak tampil menafikan dakwaan Rafizi bahawa Azmin meminta beliau untuk tidak bertanding presiden PKR sebelum itu.

Situasi ini juga menyebabkan penafian Anwar terhadap audio mirip beliau yang membelasah Azmin sebagai penyokong Dr Mahathir semakin sukar dipercayai.

DAP dan Amanah hanya mula bersuara menyokong Langkah PD setelah 3 hari langkah itu diumumkan. Ini menunjukkan betapa “relanya” hati mereka menyokong Langkah PD, daripada termasuk dalam jerat yang dipasang Rafizi.

Situasi manakah yang akan menguntungkan Pakatan Harapan – kemenangan Anwar atau kekalahan beliau?

Bayangkan kalau Anwar menang di PD dan Rafizi menang sebagai timbalan presiden PKR, Amanah dan DAP akan beralih sokongan kepada siapa dan siapa pula yang bakal hilang sokongan serta kuasa dan apakah tindakan mereka?

Sekiranya kedua-duanya tewas, segala-galanya hanyalah status quo.

Apakah mereka yang terpaksa menyokong Langkah PD Anwar dan Rafizi hari ini demi menjaga keutuhan Pakatan Harapan seketika ini akan kehilangan segalanya apabila Anwar menjadi PM?

Mari kita tunggu percaturan politik seterusnya oleh mereka yang amat menyayangi status, kuasa dan duit sehingga sanggup mengorbankan segalan-galaya bagi mempertahankan apa-apa yang ada serta habuan di depan mata.

https://www.malaysia-today.net/2018/09/16/pm-2-tahun-sahaja-satu-hari-pun-tidak-boleh-lebih/


Dr M: Kalau Anwar izin, saya 2 tahun setengah jadi PM
Koh Jun Lin
Diterbitkan 2018-11-03 21:01:21+08:00

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamas berkata beliau tidak akan berganjak daripada keputusannya untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun mentadbir negara.

Hal ini meskipun terdapat desakan daripada akar umbi BERSATU supaya beliau kekal sebagai perdana menteri.

"Saya berjanji akan meletak jawatan. Saya akan pegang janji saya. Adakah anda ingat sebarang perkara yang saya tidak menepati janji saya. Saya satu-satunya 'diktator' yang meletakkan jawatan," beliau memberitahu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Perdana menteri ditanya BERSATU bahagian Setiawangsa yang meluluskan usul sebulat suara agar beliau memegang jawatan itu untuk penggal penuh selama lima tahun.

Usul itu dicadangkan setiausaha politik Mahathir, Zahid Mohd Arip.

Ketika ditanya jika terdapat persetujuan baru pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN hari ini supaya beliau hanya menjadi perdana menteri selama dua tahun, Mahathir berkata tiada hal sebegitu yang diputuskan.

"Tak ada. Saya cuma dua tahun sahaja. Dua tahun atau… tak tahu lah, kalau dia (Anwar) bagi izin dua tahun setengahlah," katanya berseloroh sambil melirik ke arah Anwar yang mengundang tawa hadirin.

https://www.malaysiakini.com/news/450391


Mungkin 2 atau 3 tahun - Tun M
Wan Faizal Ismayatim dan Suhaila Shahrul Annuar
bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua atau tiga tahun, walaupun ada pihak mahu beliau kekal sehingga habis penggal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).  Perdana Menteri berkata, sesiapa sahaja berhak memberi pendapat supaya beliau kekal menjadi Perdana Menteri, namun beliau tetap berpegang kepada janji.

“Saya telah berjanji akan letak jawatan bila saya dapati situasi negara berada dalam keadaan baik dan ia boleh diteruskan (oleh pengganti) selepas itu.

“Mungkin dua atau tiga tahun (kekal sebagai Perdana Menteri),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Persidangan Meja Bulat Bersama Komuniti Dewan Perniagaan Antarabangsa di sini, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan meletakkan jawatan adalah muktamad atau boleh dipertimbangkan semula, Perdana Menteri menjawab soalan itu secara berseloroh.

“Kecuali ada orang tolak saya ke satu sudut dan hala senapang ke kepala dan suruh saya kekal sampai habis penggal, jadi saya akan teruskan, (tetapi) saya akan tunaikan janji,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pihak termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Baru-baru ini, Mohamed Azmin dilaporkan berkata, kepemimpinan Dr Mahathir diperlukan untuk menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar kerajaan bagi merangsang pelaburan, mencipta peluang pekerjaan serta kekayaan untuk semua.

Beliau juga yakin kestabilan politik akan menjana keutuhan dasar dan kebijakan negara termasuk konsep ‘shared prosperity’ yang bakal mengembalikan Malaysia sebagai Harimau Asia.

Semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor mahu Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal PRU-14.

Mereka ialah ADUN Selat Kelang, Abdul Rashid Asari; Sallehudin Amiruddin (Kuang); Mohd Shaid Rosli (Jeram); Harumaini Omar (Batang Kali) dan Adhif Syan Abdullah (Dengkil).

Sallehudin dilaporkan berkata, semua pihak patut menyokong usaha Dr Mahathir memulihkan ekonomi negara dan tidak wajar didesak untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/591296/mungkin-2-atau-3-tahun-tun-m

Tempoh Tun Mahathir sandang jawatan PM tidak pernah dibincangkan - Saifuddin
Astro Awani
Diterbitkan pada Januari 01, 2019 17:05 MYT

KUANTAN: Tempoh masa bagi jawatan Perdana Menteri yang kini disandang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, PH itu hanya mempunyai keputusan dan persetujuan bahawa selepas Tun Dr Mahathir, jawatan Perdana Menteri akan diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"PH tidak pernah membincangkan tempoh sama ada dua, tiga tahun dan sebagainya untuk Tun Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri. Apa yang dipersetujui adalah selepas beliau, Anwar akan mengambil alih.

"Ini kerana, PH yakin, Tun Dr Mahathir dan Anwar saling memahami antara satu sama lain serta mereka adalah dua tokoh besar. Kedua-dua mereka dapat menentukan waktu terbaik bagi penggantian dan sebagainya," katanya.
BACA: Kekalkan Tun M jadi PM sepenggal cadangan yang baik - Mukhriz

BACA: Anwar akan rasa selesa bila ambil tugas PM daripada saya - Tun Mahathir

Beliau berkata demikian pada selepas mengadakan lawatan sempena sesi persekolahan baharu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Astana, Kuantan, Pahang pada Selasa.

Sementara itu, Berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Saifuddin berkata, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat pada 4 Januari ini bagi menentukan parti yang akan bertanding pada PRK tersebut.

Namun, menurut Saifuddin, secara lazimnya PH akan memberi laluan kepada parti yang bertanding sebelum ini di kerusi itu dan sehingga kini, tiada permintaan parti-parti lain dalam gabungan untuk bertanding.


http://www.astroawani.com/berita-politik/tempoh-tun-mahathir-sandang-jawatan-pm-tidak-pernah-dibincangkan-saifuddin-194893


SOALAN KE 3

(1)  Siapa Anwar sebenarnya
(2)  Muktamadkah keputusan Anwar PM ke 8?
(3)  Benarkah Anwar layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4)  Apakah kesan jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8


Anwar tidak layak jadi PM: Abdul Hadi
MOHD AZLIM ZAINURY | | 2 Ogos 2019

MARANG - Pas menyifatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak diangkat untuk menjadi Perdana Menteri kerana sikapnya sendiri.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebab itulah PAS mahu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal memikul tanggungjawab dengan melaksanakan tugasnya.

"Macam saya sebutlah (sebelum ini) tukar Perdana Menteri bukan macam tukar kasut.

"Hendak berubah dengan senang-senang begitu sahaja mesti ada prosesnya yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian parti itu yang secara berterusan dilihat mahu Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Ahli Parlimen Marang itu berpendapat, adalah lebih baik sekiranya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu terus melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri sehingga selesai.

"Mestilah Perdana Menteri yang melaksanakan tugas itu melaksanakan tugasnya dahulu. Ini belum habis tugas hendak ambil, rebut tugas cepat sangat.

"Sepatutnya kita jangan begitu dan Pas menjadi pembangkang yang menasihat. Apa lagi dalam hal berlaku hari ini," katanya.

Beliau berpandangan bahawa pemimpin PKR terbabit dilihat gagal menguruskan partinya sendiri sekali gus tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu rakyat.

"Tak boleh nak urus parti sendiri. Masalah bukan berkait dengan rakyat (tetapi) berkait dengan peribadi. Kalau bahas hal peribadi macam mana hendak urus masalah rakyat," katanya.

Sehubungan itu, parti itu tidak mahu membazirkan masa dalam isu peralihan kuasa dalam kerajaan PH tambahan ia hanya menyajikan masalah peribadi dalam kalangan pemimpin parti terbabit.

"Kita juga tidak mahu individu yang menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri sebaliknya kita mahu siapa yang rakyat pilih, siapa yang berhak (yang) dapat melaksanakan tugas dengan betul.

"Menyatakan orang ini atau orang itu lebih awal itu bukan sifat Islam. Melantik diri sendiri, menonjolkan diri sendiri itu bukan ajaran Islam. Itu lari dalam konsep Islam dalam politik," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/41152/BERITA/Politik/Anwar-tidak-layak-jadi-PM-Abdul-Hadi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf





Berikut adalah 10 senarai pemimpin PKR yang dulu penyokong setia Anwar dan kini beralih arah:

1. AZMIN Ali. Siapa dia ini? Dia Timbalan Presiden PKR. Selama 40 tahun dia kata Anwar Ibrahim adalah bakal PM. Bila sudah dekat, dia kata (Anwar) tak layak.

2. Zuraida Kamarudin. Siapa dia ini? Naib Presiden PKR, bukannya UMNO atau PAS. 20 tahun dia kata Anwar sepatutnya PM. Tapi 14 bulan ni dah kata Anwar tak layak pula.

3. Amirudin Shari. Dia MB selangor. Dia ni siapa? Sepupu Khir Toyo ke? Bukan. Dia ni MPT PKR. Tapi bagitahu Anwar tak layak sebab Anwar ada masalah moral dan jahat.

4. Khalid Jaafar. Siapa dia ni. Dia setiausaha akhbar ketika Anwar jadi TPM. Buat kerja untuk Anwar dari muda supaya Anwar jadi PM. Pernah jadi pengarah Institut Kajian Dasar dan dan pegang banyak jawatan dalam PKR. Sekarang kata Anwar tak layak dan patut berhenti dari politik. Dia kata Anwar adalah banduan dan peliwat.

5. Kamaruddin Jaafar. Siapa dia ni? Sahabat Anwar. Masa Anwar jadi TPM. Dia pun pengarah IKD dan banyak dapat projek beratus juta dari Anwar. Jadi rakan kongsi Vincent Tan. Walaupun jagi Setiausaha Agung ABIM di zaman Anwar tapi sangat penting diri sendiri. Walaupun dia tau BERJAYA itu syarikat judi tapi tetap bersedia jadi rakan kongsi. Sama taraf Tengku Adnan. Masuk PAS, jadi Setiausaha Agung PAS. Keluar PAS masuk PKR dan diberi tempat. Sekarang dah kata Anwar tak layak jadi PM kerana sebenarnya tuduhan terhadap Anwar itu betul.

6. Sarifuddin Abdullah.Masa Anwar dipecat, dia tak pernah bersama Anwar. Dia hanya bersama Anwar ketika Anwar jadi TPM. Bila kalah di Temerloh, kalah semua jawatan dalam UMNO, dah tak ada tempat dalam UMNO barulah masuk PKR. Dapat jadi menteri. Tapi sekarang kata Anwar tak layak jadi PM. Anwar tak pernah mampu mengalahkan Tun Mahathir. Jadi rugi ikut Anwar.

7. Sivarasa Rasiah. Siapa dia ini? Seorang peguam Anwar selama bertahun-tahun. Berjuang untuk bebaskan Anwar. Tapi bila dah dekat nak jadi PM boleh pula dia kata Anwar tak layak. Azmin lebih layak.

8. Tian Chua sanggup kena tahan di ISA dan kena macam macam dengan polis. Diangkat jadi pemimpin politik oleh PKR. Sekarang boleh kata Anwar tak layak jadi PM.

9. Ketua Wanita PKR. Haliza dan Dorayah berjuang lama dalam PKR. Bila dah dekat sangat, boleh kata Anwar sepatutnya berhenti.

10. Mansor Othman. Siapa dia ini? Bekas setiausaha politik Anwar masa jadi TPM. Berjuang dari dalam UMNO sampai ke PKR. Jadi timbalan ketua menteri dan sekarang ahli Parlimen. Berkerja keras dan setia dengan Anwar tapi bila dah dekat tiba tiba tak sokong Anwar. Dan sebut dengan jelas sebenarnya Anwar tak layak.

Cukup sekadar saya nama kan 10 orang. Walaupun ada beratus tokoh PKR lagi tidak bersama Anwar.

Peliknya berpuluh tahun berjuang untuk Anwar dan menafikan Anwar ada masalah moral dan peliwat.

Tiba-tiba tak sokong Anwar kerana Anwar ada masalah moral dan memang peliwat.

Tapi lebih kelakar dan gila sebab mereka sokong Azmin jadi PM. Kononnya Azmin teraniaya dan tidak ada masalah moral

Apakah mereka ini buta atau nak jaga jawatan masing-masing?

Mereka tahu jika Anwar jadi PM, tiada lagi tempat untuk mereka.

Tapi apa yang saya nak sebut untuk UMNO dan PAS, siapa pun PM, kita lawan tanpa belas kasihan! – 28 Julai 2019.

HAMDAN TAHA,
Bekas ahli PKR dan penganalisis politik.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

https://nthqibord.com/2019/07/28/kenali-10-pemimpin-pkr-kata-anwar-tak-layak-jadi-pm/


50 dalil kenapa anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri

Blog ini menerima emel dari pembaca supaya menyiarkan semula 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri….walaupun sudah hampir 10 tahun dalil ini dikeluarkan…tetapi rata-rata pengundi golongan muda pada hari ini sudah lupa mengenai dalil2 ini. Walaupun tidak dinafikan terdapat beberapa dalil yang agak meragukan..blog ini hanya menyiarkan semula 50 dalil kenapa anwar ibrahim tidak boleh menjadi perdana menteri malaysia oleh saudara Khalid Jafri..

Khalid Jafri

Mei 1998


https://pemudaenggang.wordpress.com/2008/04/06/50-dalil-kenapa-anwar-tidak-boleh-menjadi-perdana-menteri/


Dari pendedahan surat Ummi Hafilda kepada Tun Mahathir dan buku tulisan allahyarham Khalid Jafri inilah bermulanya agenda kejatuhan Anwar yang berakhir dengan pemecatannya dari UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada  2 September 1998 dan seterusnya dipenjarakan

Semua video dan keratan akhbar yang ada merupakan dokumen hidup (living document) yang telah menjadi sebahagian dari sejarah yang tidak boleh dipadamkan.

SOALAN KE 4
  
(1)  Siapa Anwar sebenarnya?
(2)  Muktamadkah keputusan Anwar PM ke 8?
(3)  Benarkah Anwar layak untuk mengambil-alih jawatan PM ke 8?
(4)  Apakah kesan jika Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8?

Apa yang mungkin berlaku sekiranya Anwar tetap dilantik menjadi PM ke 8?

(1)  UMNO (dan PAS) sememangnya amat gembira jika Anwar dilantik menjadi PM kerana Anwar akan menajdi liabiliti yang besar dan berat kepada PH, khususnya PPBM. Undi tidak percaya dari BN/GPS/PAS. Pilihan kedua BN/GPS/PAS memboikot Parlimen dan mendesak supaya diadakan PRU semula- mungkin mereka akan mengadap YDP Agong untuk merayu supaya tidak menerima perlantikan Anwar.
(2)  Serangan politik oleh Pembangkang terhadap sejarah buruk Anwar. Kepimpinan PPBM (khususnya bekas ahli UMNO) menghadapi kesukaran untuk menerima Anwar yang pastinya akan dibela oleh DAP. PKR dilihat akan berpecah kerana pengikut Azmin akan terpinggir. Ada juga kemungkinan sebahagian pengikut PKR, PPBM akan mengundurkan diri.
(3)  Ada juga kemungkinan GPS akan bergabung semula dengan BN dan PAS. Ini kan membuatkan menjadikan pembangkang lebih kuat untuk menekan Kerajaan PH. Gabungan atau kerjasama ini mungkin akan disertai oleh pembangkang di Sabah.
(4)  Sekiranya Anwar mengenepikan Kumpulan Azmin (PKR) dalam Kabinet PH, pastinya mereka akan keluar dari PKR untuk menyertai pembangkang atau menjadi ahli BEBAS atau menyertai PPBM. Kumpulan ini akan berusaha menjatuhkan Anwar melalui apa cara sekalipun termasuk membawa semula kes-kes lama Anwar. Sebahagian dari mereka adalah kalangan yang mengetahui apa ada dalam dan luar pakaian Anwar.
(5)  Jika Tun Dr Mahathir (setelah meletak jawatan) mendapati Anwar tergelincir dari prinsip dan mengkhianati orang Melayu, pastinya Tun M akan bangkit semula untuk menjatuhkan Anwar. Ini tidak mustahil sama sekali. Tun pernah memecat dan menjahannamkan kerjaya politik Anwar pada tahun 1998, Tun M berjaya mendesak/memaksa Pak Lah sehingga meletak jawatan pada tahun 2009, Tun M juga berjaya menjatuhkan Najib bersekali dengan BN pada tahun 2018. Dengan modal dan bahan bukti yang ada, bukan sesuatu yang sukar dan sulit untuk Tun M menjatuhkan Anwar untuk kali yang kedua. Tun M mengenali siapa Anwar dan kehidupan Anwar di luar dan dalam kainnya.
(6)  Kumpulan yang paling gembira jika Anwar menjadi PM ialah DAP. Semua orang tahu, satu dunia tahu, apa yang DAP (khususnya keluarga Karpal Singh) tahu tentang Anwar di depan dan di belakang. DAP akan menggunakan sepenuhnya peluang keemasan (yang mungkin hanya boleh diguna sehingga PRU 15) untuk memanfaatkan jawatan Anwar.