KONTROVERSI, KRISIS DAN BENCANA ALAM
Demi maruah negara, Mahathir tidak gentar dengan berkontroversi dengan sesiapa sahaja termasuk Raja-Raja Melayu, Ketua Hakim Negara, Ketua-Ketua Negara Kuasa Besar dan Zionist.
2 Okt 1981 : Mahathir menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Secara umumnya, tujuan polisi dibuat adalah nak menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Mahathir mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan/berkanun supaya cari pembekal alternatif selain Britain. Semua kertas cadangan yang ada kaitan dengan Britain kena dirujuk ke Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu.
Dasar ini berjaya menggugat ekonomi Britain dan akhirnya Kerajaan British berlembut kepada Malaysia.
1 Jul 1983 : Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Bhd di Hong Kong - memberi penipuan pinjaman kepada syarikat hartanah (George Tan & Carrian Group) melibatkan kerugian RM1 billion.
1983 : Krisis Perlembagaan 1 (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 66 (5) berkaitan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam memberi perkenan (menandatangani) apa-apa Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen/DUN.
23 Sep 1985 : Serang Hendap Lahad Datu - 26 korban (21 orang awam dan 5 penjenayah.
19 Nov 1985 : Peristiwa berdarah di Kg Memali, Baling, Kedah yang mengorbankan 18 nyawa (4 anggota polis dan 14 pengikut PAS). Insiden ini (kononnya) bermotifkan penghapusan kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya.
1987/1988 : Krisis kepimpinan UMNO yang membawa perpecahan UMNO dan akhirnya pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
4 Feb 1988 : Krisis Perlembagaan 2 (Eksekutif vs Kehakiman) - membawa kepada pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi - dan penubuhan UMNO (Baru).
31 Jul 1988 : Jeti Feri Pulau Pinang runtuh - 32 kematian 1688 cedera.
11 Ogos 1988 : Krisis Perlembagaan 3 (Eksekutif vs Kehakiman) - perselisihan antara PM dan Ketua Hakim Negara (KHN) mengenai kuasa Mahkamah - membawa kepada pemecatan KHN (Tun Mohd Salleh Abas) dan 3 Hakim Mahkamah Agong tanpa mengikut Perlembagaan.
Mac 1993 : Krisis Perlembagaan (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 berkaitan pemansuhan imuniti mutlak dengan memperkenalkan pembatasan kekebalan Raja-Raja - krisis ini bermula apabila Sultan Johor didakwa memukul seorang jurulatih hoki Perak, Douglas Gomez.
11 Dis 1993 : Highland Tower di Ulu Klang runtuh - korbankan 48 penghuninya.
1997/1998 : Kemelut Ekonomi - serangan mata wang oleh George Soros - Pelaksanaan kawalan mata wang melalui 'RM Pegging against USD at 3.8'.
2 Sep 1998 : Membuat keputusan yang sukar memecat Anwar Ibrahim dari jawatan TPM, Menteri Kewangan dan keahlian dalam parti UMNO.
5 Jul 2000 : Peristiwa Bukit Jenalik - Kumpulan pemberontak bersenjata Al Maunah.
PENCAPAIAN DAN LEGASI
Konsep dan Dasar Pengurusan Negara
Langkah awal MAHATHIR sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen BERSIH CEKAP DAN AMANAH bagi menerapkan nilai integriti, akauntabiliti dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya, swasta dan masyarakat amnya. Antara dasar atau konsep yang ditekankan dalam usaha ini ialah:
- PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI (ISLAM).
- KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
- PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA.
Mahathir memulakan tempoh pentadbirannya dengan membuat beberapa perubahan drastik seperti memperkenalkan sistem perakam waktu, memakai tanda nama dan menyeragamkan jam waktu Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Mahathir juga memperkenalkan WAWASAN 2020 dengan melaksanakan pelbagai dasar yang di luar kotak dengan objektif untuk membawa Malaysia menjadi sebuah NEGARA yang rakyatnya berdaya maju, sejahtera dan mengekalkan etika dan budaya yang murni.
- DASAR PERSARIKATAN MALAYSIA
- DASAR PENSWASTAAN
- DASAR PERINDUSTRIAN BERAT NEGARA
- DASAR PANDANG KE TIMUR
- DASAR KEPENDUDUKAN 70 JUTA
- DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Mega Projek - Prasarana dan Utiliti
1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Selatan) : 1981 - 1994 (310 km)
2. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Utara) : 1985 - 1994 (460 km)
3. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) : 1988 - 1993 (35 km).
4. Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) : 1994 - 1996 (46 km).
5. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) : 1994 - 1996 (17 km).
6. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari Karak ke Jabor : 2001 - 2004 (174 km)
7. Lebuhraya KL Shah Alam (KESAS) : 1995 - 1997 (35.4 km).
8. Lebuhraya Damansara-Puchong : 1996 - 1998 (40 km)
9. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) : 2002 - 2010 (44.3 km)
10. Jambatan Pulau Pinang : 1982 - 1985 (13.5 km)
11. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang : 1993 - 1998 (10,000 hektar)
12. Koridor Raya Multimedia : 1 Ogos 1996 (750 km persegi)
13. Cyberjaya : 17 Mei 1997 (3.2 km persegi)
14. Litar Antarabangsa Sepang (SIC): 1 Nov 1997 - 7 Mac 1999 : Jarak litar lumba - 5.543 km + 15 selekoh :
15. Menara Berkembar PETRONAS (1 Mac 1993 - 1 Mac 1996) : 88 tingkat - ketinggian - 451.9 meter (405.9 + 46 m) - rekod bangunan tertinggi didunia 1998 - 2004, dan masih memegang rekod menara kembar tertinggi di dunia sejak 1998 hingga sekarang.
16. Terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) - 2003 - 2007 (4 km).
17. Empangan Bakun (1994 - 2004)
18. Pelabuhan Tg Pelepas, Johor dibina pada tahun 1997 dan dibuka pada 13 Mac 1999 dengan strategi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dari pelabuhan Singapura.
Penswastaan
Program penswastaan bermula pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digalakkan agar lebih cekap.
Penswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sejajar dengan dasar itu beliau menampilkan Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Antara perkhidmatan Kerajaan yang telah diswastakan semasa zaman Mahathir ialah:
1984 : Depot Baikpulih Kapalterbang TUDM menjadi AIROD Sdn Bhd (ASB)
1984 : Jabatan Telekom Malaysia menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM)
1986 : Lembaga Pelabuhan Klang menjadi Kelang Container Terminal (KCT) Sdn Bhd; dan diikuti oleh tiga buah syarikat lagi iaitu Klang Port Management Bhd (KPMB) (1992); West Port (Malaysia) Sdn Bhd (1994); dan North Port (Malaysia) Berhad (2000)
1988 : Pengurusan Lebuhraya Utara Selatan (960 km) di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjadi PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
1990 : Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
1992 : Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia menjadi Pos Malaysia Bhd
Pengurusan lapangan terbang di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjadi Malaysia Airports Berhad (MAB)
1992 : Keretapi Tanah Melayu menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
1994 : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjadi Penang Port Sdn Bhd
1994 : Jabatan Pembentungan kepada Indah Water Konsortium Bhd (IWK)
1995 : Limbungan Kapal TLDM (RMN Dockyard) menjadi Penang Shipyard Corp Naval Dockyard Sdn Bhd (PSCND), 2005 menjadi Boustead Naval Shipyard (BNS) dan mulai 2024 menjadi Lumut Naval Shipyard (LUNAS).
1995 : Lembaga Pelabuhan Johor menjadi Johor Port Berhad
1997 : Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad
Wilayah dan Kerajaan
Mei 1983 : Projek mengubah terumbu karang 'Swallow Reef' yang hanya kelihatan waktu surut menjadi Pulau Layang-layang (berkeluasan 1.2 km x 200 m) yang mempunyai landasan terbang, penempatan tentera serta resorts. Ia diikuti oleh pembinaan beberapa terumbu karang lagi menjadi Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mentanani dan Pulau Peninjau.
16 Apr 1984 : Menjadikan Pulau Labuan (Sabah) yang berkeluasan 91.64 km persegi sebuah Wilayah Persekutuan kedua selepas WP Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974 (PM Tun Abdul Razak).
1 Feb 2001 : Menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya (nama asalnya Prang Besar - ladang getah dan perkampungan Orang Asal) berkeluasan 49 km persegi menjadi sebuah Wilayah Persekutuan.
17 Dis 2002 : Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Netherlands membuat keputusan bahawa Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di Laut Sulu, pesisir tenggara Sabah yang menjadi pertikaian (rebutan hak milik) antara Malaysia dan Indonesia sejak 1969 adalah milik Malaysia.
Pendidikan
Ketika Mahathir mengambil alih jawatan PM IV pada tahun 1981, Malaysia hanya mempunyai 5 buah universiti awam (IPTA). Sepanjang tempoh 22 tahun pentadbiran Mahathir, sebanyak lapan buah lagi IPTA diwujudkan sama ada penubuhan/pembinaan universiti baru atau menaikkan taraf institusi kepada universiti. Ini tidak termasuk pembukaan universiti swasta tempatan dan dari luar negara.
- 1983 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- 1984 : Universiti Utara Malaysia (UUM)
- 1992 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- 1994 : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- 1997 : Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
- 1998 : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- 1999 : Universiti Teknologi MARA (UITM)
- 2000 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pemodenan Ekonomi Sains dan Teknologi + Industrialisasi
7 Sep 1981 : Dawn Raid (London) - operasi pengambilalihan korporat yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 bagi memperoleh kawalan ke atas Guthrie Corporation, sebuah syarikat perladangan milik British. Operasi yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini melibatkan pembelian pantas saham Guthrie di Bursa Saham London, membolehkan Malaysia memperoleh pegangan majoriti dan mengembalikan pemilikan kira-kira 200,000 ekar (800 km²) tanah perladangan kepada negara.
7 Mei 1983: Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan bagi merealisasikan Projek Kereta Nasional Malaysia. Pada tahun 1984 Edaran Otomobil Nasional (EON) ditubuhkan.
9 Jul 1985 : Kereta Nasional pertama ''Proton Saga' dikeluarkan.
1990 : Labuan diisytiharkan sebagai International Offshore Finance Centre (IOFC) - 15 Feb 1996 Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ditubuhkan.
15 Mac 1990 : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan untuk memacu pembangunan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
1991 : Pamiran Langkawi International Maritme and Aerospace (LIMA) pertama dianjurkan. LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat dan Awana Porto Malai,
1993 : Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ditubuhkan sebagai syarikat kereta nasional kedua - Kereta model pertama 'Perodua Kancil' dikeluarkan pada Ogos 1994.
1989 : Bahagian Planetarium ditubuhkan di JPM diikuti oleh penubuhan Bahagian Kajian Angksa (BAKSA) di Kementerian Sains dan Teknologi dan akhirnya pada tahun 2002, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan.
1990 - 1993 : Planetarium Negara dibina.
1993 : Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS=150B', sebuah pesawat ringan yang dibangunkan dengan kerjasama Australia melalui syarikat Composites Technology Research Malaysia (CTRM) milik Khazanah Malaysia.
26 Sep 2000 - Mikrosatelit Malaysia dilancarkan di Kazakhstan.
DASAR LUAR NEGARA MAHATHIR
Keberanian Mahathir tidak terhad kepada perkara domestik sahaja. Belaiu turut lantang dalam beberapa isu antarabangsa yang melibatkan keamanan dan keadilan sejagat; anti-keganasan terhadap komuniti Islam, monopoli ekonomi; serta hak dan pembangunan blok negara-negara ketiga. Di mana-mana sahaja pelantar ucapan yang diberi, beliau sentiasa lantang dalam menyuarakan hak-hak tersebut walau pun perlu berhadapan dengan suara dan kuasa-kuasa besar dunia seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri British dan Australia serta Israel.
Nama Mahathir menjadi idola di sebahagian besar pelusuk dunia terutamanya negara Islam, negara-negara benua Afrika, Amerika Latin dan Amerika Tengah serta Asia Timur. Asia Tengah (bekas Soviet), Timur Tengah dan Asia Selatan.
Malaysia - Britain
Umum mengetahui bahawa Britain adalah bekas penjajah negara kita. Kebergantungan negara sama ada dari segi ekonommi dan pentadbiran masih banyak bergantung kepada ehsan Britain. Awal semasa tempoh perkhidmatan Mahathir, berlaku perselisihan kecil dengan Britain berkaitan kenaikan yuran pengajian universiti di UK, hak pendaratan pesawat MAS di Heathrow serta layanan remeh Britain ke atas kerjasama yang telah dipersetujui. Britain juga amat marah dengan kehilangan kuasa ke atas Syarikat Guthrie melalui Operasi Dawn Raid pada bulan September 1981.
Kemuncak peperangan KUASA antara Mahathir dan Britain ialah tercetusnya usaha memboikot barangan British yang dikenali sebagai kempen Buy British Last serta pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur dengan memberi keutamaan kerjasama ekonommi dengan Jepun dan Korea Selatan. Mahathir turut mengecam negara-negara Barat yang mengamalkan double standard kepada negara-negara membangun.
Akhirnya Braitain mengalah. 'Wanita Besi Britain' Margaret Thatcher mula memberi kelonggaran kepada Malaysia dalam banyak perkara. Mahathir terus menekankan model pembangunan kontemporari Asia kepada orang-orang Barat.
Malaysia - Amerika Syarikat
Hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting kerana AS adalah sumber pelaburan asing terbesar, dan merupakan negara pembeli terbesar produk Malaysia. Sebahagian besar peralatan pesawat terbang MAS dan TUDM adalah kelluaran AS. Malaysia juga masih menerima jumlah yang besar bantuan latihan ketenteraan di Amerika Syarikat melalui program International Military Education and Training (IMET).
Pun begitu, Mahathir tetap mengkritik dasar luar AS khususnya yang tidak adil kepada negara-negara membangun serta sokongan AS yang berlebih-lebihan kepada Zionist dan Israel dalam melakukan serangan dan genosid ke atas Palestin. Beliau mengkritik demokrasi model AS yang berat sebelah.
Mahathir mengecam Al Gore (Naib Presiden AS) yang mencampuri urusan perbicaraan kes bekas TPM Anwar Ibrahim malah menunjukkan sokongan dan simpati kepada gerakan reformasi pimpinan Anwar. AS sememangnya menggemari Anwar Ibrahim yang semasa menjadi Menteri Kewangan menjadi pendukung kepada dasar-dasar ekonomi yang digemari oleh IMF, yang termasuk kenaikan kadar faedah.
Pada tahun 1997, Mahathir membuat ucapan mengutuk Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, memanggilnya sebagai satu instrumen menindas kerana AS dan sekutunya cuba mengenakan nilai-nilai mereka di Asia.
Mahathir mengkritik Presiden George W. Bush kerana bertindak menyerang Iraq tan pandat PBB dalam tahun 1997. Semasa krisi ekonomi 1997 juga, Mahathir mengecam keras penyangak matawang George Soros dan Yahudi. Walaupun banyak kenyataan Mahathir ke atas AS agak keras, kerjasama AS-Malaysia mempunyai kekal teguh, terutamanya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan, hubungan ketenteraan dan memerangi keganasan."
Malaysia-Singapura
Mahathir adalah alumni Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura pada tahun 1953, semasa masih dalam pemerintahan British.
Walaupun Singapura adalah bekas wilayah Malaysia yang berpisah pada 9 Ogos 1965, hubungan kedua negara seperti saudara tiri yang sentiasa sangsi antara satu sama lain. Hubungan dengan Singapura terutamanya di zaman Mahathir agak bergelora. Terlalu banyak isu yang dipertikaikan dibangkitkan tetapi tiada kemajuan yang ketara telah dibuat kemudian untuk menyelesaikannya secara dua hala. Antaranya ialah:
- Harga yang rendah daripada air mentah yang dibayar oleh Singapura ke Malaysia (3 sen Malaysia (USD0.008) bagi setiap 1000 gelen);
- Penggantian cadangan Tambak Johor dengan jambatan gantung untuk meningkatkan aliran air melalui Selat Johor. Bagaimanapun projek ini kemudiannya dibatalkan Abdullah Badawi;
- Kerja-kerja penambakan tanah Singapura, menjejaskan penghantaran ke Pelabuhan Tg Pelepas;
- Penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet Tentera Udara Republik Singapura (RSAF);
- Status pemilikan Pedra Branca atau Pulau Batu Putih telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dan keputusannya pada tahun 2008 memihak kepada milik Singapura;
- Kedaulatan laluan kereta api melintas Singapura dan Tempat Perjanjian mengenai perkara itu.
- Menggantung sepenuhnya kaunter perdagangan CLOB (Central Limit Order Book), semasa Krisis Kewangan Asia 1997 selama-lamanya beku kira-kira USD4.47 bilion saham dan menjejaskan 172,000 pelabur, sebahagian besar daripada mereka warga Singapura.
Berikut adalah beberapa pencapaian positif kerjasama Malaysia-Singapura yang berlaku di dalam era pentadbiran Mahathir:
- Pada tahun 1988, perjanjian membina Empangan Linggui di Sg Johor dan bekalan air mentah ke bandar yang terhad air di Singapura;
- Lee dan Mahathir mengumumkan rancangan untuk saluran paip gas asli dari Terengganu ke Singapura (siap 1992).
Bosnia-Herzegovina
Mahathir telah menyatakan bahawa Malaysia dan Bosnia-Herzegovina adalah sahabat rapat. Beliau melawat Sarajevo pada Jun 2005 untuk membuka jambatan berhampiran Pusat Bandar Bosmal menandakan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Bosnia. Beliau melawat Bosnia lagi pada tahun 2006 dan 2007. Mahathir turut membawa sekumpulan ahli perniagaan Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan di negara tersebut.
Pada Februari 2007, empat buah NGO Bosnia, iaitu Sarajevo School of Science Technology; Bosniak Intellectual Congress; Civil Serb Council; dan National Council of Croat telah mencalonkan Mahathir untuk Hadiah Nobel Keamanan 2007.
Pada 11 November 2009, beliau juga mempengerusikan mesyuarat tertutup pelabur terkemuka di Malaysia Forum Perniagaan Global-Bosnia, yang turut dihadiri oleh Presiden Haris Silajdzic.
Korea Utara
Mahathir mengalu-alukan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat 2018. Beliau berpendapat bahawa dunia perlu memperimbangkan sikap baru pemimpin Korea Utara Kim Jong-un untuk membawa damai. Malaysia juga akan membuka semula kedutaannya Korea Utara sebagai penutup ketegangan diplomatik Malaysia-Korea Utara lanjutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA pada 13 Feb 2017.
Membangunkan Dunia
Mahathir dianggap sebagai jurucakap besar negara membangun ke atas isu-isu untuk membangunkan dunia dan usaha merapatkan jurang Utara-Selatan, serta menegur pembangunan negara-negara Islam. Negara-negara membangun adalah pelbagai blok bukan NATO seperti ASEAN, G77 (Group of Developing Countries), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Selatan-Selatan dan yang terbaru-baru ialah G22 (Group of Finance Ministers and Centrak Bank Governors).
No comments:
Post a Comment