Saturday, July 12, 2025

M 213 : MAHATHIR 100 TAHUN SIRI 1

 


SANAH HILWAH 100
MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 JULAI 1925
10 JULAI 2025

Pada 1 Julai 1981, penulis ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) ke dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ketika itu penulis berusia 21 tahun 7 bulan 10 hari.

Pada 10 Julai 1981, Dr Mahathir bin Mohamad berusia genap 56 tahun.

Pada 16 Julai 1981 Dr Mahathir mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri  Malaysia ke 4 (PM IV) pada usia 56 tahun 6 hari. Penulis berusia 21 tahun 7 bulan 16 hari.

Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir mengundur diri dari jawatan PM IV pada usia 78 tahun 3 bulan 1 hari. Penulis ketika itu berusia 43 tahun 10 bulan 19 hari dan berpangkat Mejar TUDM.

Pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir yang telah berusia 92 tahun 10 bulan 2 hari telah dilantik menjadi PM Malaysia ke 7 (PM VII). Ketika itu penulis berusia 58 tahun 5 bulan 19 hari dan sudah berpangkat Brigedier Jeneral TUDM.

Pada 21 November 2019, penulis bersara dari ATM dalam pangkat Mejar Jeneral TUDM ketika genap usia 60 tahun. Dr Mahathir masih memegang jawatan PM VII dan berusia 94 tahun 4 bulan 12 hari.

Pada 24 Februarri 2020, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM VII pada usia 94 tahun 7 bulan 15 hari.

Hari ini, 10 Julai 2025, Tun Dr Mahathir menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 100.  Hari ini penulis berusia 65 tahun 7 bulan 19 hari.


MAHATHIR BIN MOHAMAD menjadi popular di saentaro dunia kerana beliau adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA

SEBELUM MENJADI PERDANA MENTERI

Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibu bapa beliau ialah MOHAMAD BIN ISKANDAR dan WAN TEMPAWAN BINTI WAN HANAFI. Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan beradik.  

Rumah tempat Mahathir dilahirkan
(No 18, Lorong Kilang Ais, Kg Seberang Perak, Alor Setar)

Nota 1: Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus (Arkib Negara).

Pendidikan Awal

1930 - 19xx : Sekolah Melayu (Lelaki) Seberang Perak, Alor Setar.
19xx - 19xx : Sekolah Inggeris (tiada maklumat).
19xx - 1942 : Government English School (GES) - (1955 bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC).
1942 - 1945 : Perang Dunia II (pendudukan Jepun di Tanah Melayu)
1945 - 1946 : sambung GES - lulus Senior Cambridge.



Pendidikan Tinggi dan Kerjaya Awal

1947 - 1952 : King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura.
1952 :  Memperolehi ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) ketika berusia 27 tahun.
1953 : Housemanship di Hospital Besar, Pulau Pinang. 
1954 - 1956 : Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital  Langkawi, Jitra dan Kangar.
1956 : Berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali.
1957 : Berhenti perkhidmatan Kerajaan dan membuka klinik sendiri (KLINIK MAHA).


 

 

Nota 2Klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar merupakan klinik  pertama yang diusahakan oleh seorang anak Melayu.

PERJALANAN KE KERUSI PERDANA MENTERI

Masuk Politik

Pada bulan Mei, 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO  ditubuhkan untuk mendesak kerajaan British menghapuskan Malayan Union.  Mahathir (masih belajar) adalah antara orang Melayu yang pertama untuk mendaftar sebagai ahli (21 tahun). Kempen menentang Malayan Union akhirnya berjaya dan Malayan Union dihapuskan pada tahun 1948, digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengakui hak-hak istimewa orang Melayu.

1964 : PRU II - Dicalonkan (Parti Perikatan) dan memenangi kerusi Parlimen Kota Setar (39 tahun).
1965 : Terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO (40 tahun).
1968 : Dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
10 Mei 1969 : PRU III : Dicalonkan (Perikatan) dan tewas di kerusi Parlimen Kota Setar Selatan. 
12 Julai 1969 : Dipecat dari Majlis Tertinggi UMNO (menentang dasar Presiden UMNO - menulis surat terbuka mengkritik Presiden)
26 Sep 1969 : Dipecat dari keahlian UMNO. (44 tahun)
1970 : Menerbitkan buku 'The Malay Dilemma' - buku ini kemudiannya diharamkan oleh Kerajaan.

Laluan Kerjaya Yang Pantas

7 Mac 1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO (usaha Tun Razak (PM ke 2) dan Dato' Harun) 
25 Jun 1972 : Terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. (47 tahun)
1973 : Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) oleh DUN Kedah - dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perusahaan Makanan Malaysia (FIMA).
24 Ogos 1974 : PRU ke 4 - Dicalonkan (Barisan Nasional) dan menang kerusi Parlimen Kubang Pasu.
6 Okt 1974 : Dilantik menjadi Menteri Pelajaran. (49 tahun)
1975 : Memenangi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO.
15 Jan 1976 : Dilantik memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) lanjutan dari kematian Tun Abd Razak dan perlantikan Hussein sebagai PM ke 3)- dikekalkan portfolio Menteri Pelajaran (51 tahun)
1 Jan 1978 : Ditukarkan portfolio dari Menteri Pelajaran kepada Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MITI)
8 Jul 1978 : PRU ke 5 - Memenang kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal kedua - kekal jawatan TPM dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.


KEMUNCAK KERJAYA POLITIK

Perdana Menteri IV

16 Jul 1981 : Mengambil alih jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA ke 4. (56 tahun) turut membentuk barisan Kabinet pertamanya - beliau turut memegang portfolio Menteri Pertahanan.
22 Apr 1982 : PRU ke 6 : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal ketiga - mengangkat sumpah jawatan PM - (57 tahun)
1 Mei 1982 : Pembentukan Kabinet Mahathir II - PM turut menyandang portfolio Menteri Pertahanan.
27 Feb 1986 : Krisis kepimpinan UMNO - Dato' Musa Hitam meletak jawatan TPM.
10 Mei 1986 : Rombakan kecil kabinet - Encik Abd Ghaffar bin Baba dilantik menjadi TPM ke 6. Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Dalam Negeri.
3 Ogos 1986 : PRU ke 7 : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal keempat - mengangkat sumpah jawatan PM - turut menyandang Menteri Dalam Negeri (61 tahun)
11 Ogos 1986 : Pembentukan Kabinet Mahathir III : mengambil portfolio Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman.
24 Apr 1987 : Pertembungan sengit jawatan Presiden UMNO. Mahathir menwaskan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
4 Feb 1988 : Krisis UMNO - Mahkamah Tinggi (Hakim Harun Hashim) memutuskan bahawa UMNO adalah pertubuhan yang tidak sah dari segi undang-undang. 
13 Feb 1988 : Parti UMNO (Baru) ditubuhkan. Strategi licik Mahathir. 
3 Jun 1989 : Kumpulan fraksi yang tewas dalam pemilihan Presiden UMNO 1986 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (parti ini akhirnya dibubarkan pada 8 Okt 1996 dan hali-ahlinya kembali kepada UMNO.

21 Okt 1990 : PRU ke 8 : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal kelima - mengangkat sumpah jawatan PM (65 tahun)
27 Okt 1990 : Pembentukan Kabinet Mahathir IV - mengambil Portfolio Menteri Dalam Negeri
15 Okt 1993 : Encik Ghaffar Baba meletak jawatan TPM kerana dicabar oleh Anwar Ibrahim dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO.
1 Dis 1993 : Anwar Ibrahim dilantik menjadi TPM ke 7.
25 Apr 1995 : PRU ke 9 : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal keenam - mengangkat sumpah jawatan PM. (70 tahun)
4 Mei 1995Pembentukan Kabinet Mahathir V - mengambil Portfolio Menteri Dalam Negeri
2 Sep 1998 : Anwar dipecat dari semua jawatan dalam Kerajaan (TPM & Menteri Kewangan) dan parti (Timbalan Presiden UMNO) serta keahlian dari UMNO atas sebab dakwaan berkelakuan keji dan mengaibkan.
3 Sep 1998 : mengambil alih portfolio Menteri Kewangan (sehingga 7 Jan 1999).
8 Jan 1999 : Rombakan Kabinet - Abdullah Badawi dilantik menjadi TPM ke 8. Mahathir melepaskan portfolio Menteri Kewangan.
29 Nov 1999 : PRU ke 10 : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal ketujuh - mengangkat sumpah jawatan PM (74 tahun)
15 Dis 1999 : Pembentukan Kabinet Mahathir VI - menyandang portfolio  Menteri Dalam Negeri

5 Jun 2001 : Mengambil alih portfolio Menteri Kewangan I dan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas (Ekonomi).
22 Jun 2002 : Perhimpunan Agong UMNO - Mahathir membuat pengumuman mengejut untuk meletak semua jawatan dalam Kerajaan dan parti kerana kecewa dengan orang Melayu yang tidak mahu mengubah sikap berkaitan politik wang.

31 Okt 2003 : Mahathir menyerahkan tugas dan jawatan Perdana Menteri (dan Presiden UMNO) kepada Dato' Seri Abdullah bin Ahmad sebagai PERDANA MENTERI Malaysia kelima. Tempoh belliau menjadi PM IV adalah 22 tahun 3 bulan 15 hari (78 tahun).



KONTROVERSI, KRISIS DAN BENCANA ALAM

Demi maruah negara, Mahathir tidak gentar dengan berkontroversi dengan sesiapa sahaja termasuk Raja-Raja Melayu, Ketua Hakim Negara, Ketua-Ketua Negara Kuasa Besar dan Zionist.

2 Okt 1981 :   Mahathir menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Secara umumnya, tujuan polisi dibuat adalah nak menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Mahathir mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan/berkanun supaya cari pembekal alternatif selain Britain. Semua kertas cadangan yang ada kaitan dengan Britain kena dirujuk ke Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu. 
Dasar ini berjaya menggugat ekonomi Britain dan akhirnya Kerajaan British berlembut kepada Malaysia.
1 Jul 1983 : Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Bhd di Hong Kong - memberi penipuan pinjaman kepada syarikat hartanah (George Tan & Carrian Group) melibatkan kerugian RM1 billion.
1983 :  Krisis Perlembagaan 1 (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 66 (5) berkaitan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam memberi perkenan (menandatangani) apa-apa Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen/DUN.
23 Sep 1985 : Serang Hendap Lahad Datu - 26 korban (21 orang awam dan 5 penjenayah.
19 Nov 1985 : Peristiwa berdarah di Kg Memali, Baling, Kedah yang mengorbankan 18 nyawa (4 anggota polis dan 14 pengikut PAS). Insiden ini (kononnya) bermotifkan penghapusan kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya.
1987/1988 : Krisis kepimpinan UMNO yang membawa perpecahan UMNO dan akhirnya pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
4 Feb 1988 : Krisis Perlembagaan 2 (Eksekutif vs Kehakiman) - membawa kepada pengharaman UMNO  oleh Mahkamah Tinggi - dan penubuhan UMNO (Baru).
31 Jul 1988 : Jeti Feri Pulau Pinang runtuh - 32 kematian 1688 cedera. 
11 Ogos 1988 : Krisis Perlembagaan 3 (Eksekutif vs Kehakiman) - perselisihan antara PM dan Ketua Hakim Negara (KHN) mengenai kuasa Mahkamah - membawa kepada pemecatan KHN (Tun Mohd Salleh Abas) dan 3 Hakim Mahkamah Agong tanpa mengikut Perlembagaan.
Mac 1993 :  Krisis Perlembagaan (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 berkaitan pemansuhan imuniti mutlak dengan memperkenalkan pembatasan kekebalan Raja-Raja - krisis ini bermula apabila Sultan Johor didakwa memukul seorang jurulatih hoki Perak, Douglas Gomez.
11 Dis 1993 : Highland Tower di Ulu Klang runtuh - korbankan 48 penghuninya.
1997/1998 : Kemelut Ekonomi - serangan mata wang oleh George Soros - Pelaksanaan kawalan mata wang melalui 'RM Pegging against USD at 3.8'.
2 Sep 1998 : Membuat keputusan yang sukar memecat Anwar Ibrahim dari jawatan TPM, Menteri Kewangan dan keahlian dalam parti UMNO.
5 Jul 2000 : Peristiwa Bukit Jenalik - Kumpulan pemberontak bersenjata Al Maunah.

PENCAPAIAN DAN LEGASI

Konsep dan Dasar Pengurusan Negara

Langkah awal MAHATHIR sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen BERSIH CEKAP DAN AMANAH bagi menerapkan nilai integriti, akauntabiliti dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya, swasta dan masyarakat amnya. Antara dasar atau konsep yang ditekankan dalam usaha ini ialah:
  • PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI (ISLAM).
  • KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
  • PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA.
Mahathir memulakan tempoh pentadbirannya dengan membuat beberapa perubahan drastik seperti memperkenalkan sistem perakam waktu, memakai tanda nama dan menyeragamkan jam waktu Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Mahathir juga memperkenalkan WAWASAN 2020 dengan melaksanakan pelbagai dasar yang di luar kotak dengan objektif untuk membawa Malaysia menjadi sebuah NEGARA yang rakyatnya berdaya maju, sejahtera dan  mengekalkan etika dan budaya yang murni.

  • DASAR PERSARIKATAN MALAYSIA
  • DASAR PENSWASTAAN
  • DASAR PERINDUSTRIAN BERAT NEGARA
  • DASAR PANDANG KE TIMUR
  • DASAR KEPENDUDUKAN 70 JUTA
  • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Mega Projek - Prasarana dan Utiliti

1.    Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Selatan) : 1981 - 1994 (310 km)
2.    Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Utara) : 1985 - 1994 (460 km)
3.    Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) : 1988 - 1993 (35 km).
4.    Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) : 1994 - 1996 (46 km).
5.    Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) : 1994 - 1996 (17 km).
6.    Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari Karak ke Jabor : 2001 - 2004 (174 km)
7.    Lebuhraya KL Shah Alam (KESAS) : 1995 - 1997 (35.4 km).
8.    Lebuhraya Damansara-Puchong : 1996 - 1998 (40 km)
9.    Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) : 2002 - 2010 (44.3 km) 
10.  Jambatan Pulau Pinang : 1982 - 1985 (13.5 km)
11.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang :  1993 - 1998 (10,000 hektar)
12.  Koridor Raya Multimedia : 1 Ogos 1996 (750 km persegi)
13.  Cyberjaya :  17 Mei 1997 (3.2 km persegi)
14.  Litar Antarabangsa Sepang (SIC):  1 Nov 1997 - 7 Mac 1999 : Jarak litar lumba  - 5.543 km + 15 selekoh : 
15.  Menara Berkembar PETRONAS (1 Mac 1993 - 1 Mac 1996) : 88 tingkat - ketinggian - 451.9 meter (405.9 + 46 m) - rekod bangunan tertinggi didunia 1998 - 2004, dan masih memegang rekod menara kembar tertinggi di dunia sejak 1998 hingga sekarang. 
16.  Terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) - 2003 - 2007 (4 km).
17.  Empangan Bakun (1994 - 2004)
18.  Pelabuhan Tg Pelepas, Johor dibina pada tahun 1997 dan dibuka pada 13 Mac 1999 dengan strategi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dari pelabuhan Singapura.

Penswastaan

Program penswastaan bermula pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digalakkan agar lebih cekap. 

Penswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sejajar dengan dasar itu beliau menampilkan Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Antara perkhidmatan Kerajaan yang telah diswastakan semasa zaman Mahathir ialah:

1984 :  Depot Baikpulih Kapalterbang TUDM menjadi AIROD Sdn Bhd (ASB)
1984 :  Jabatan Telekom Malaysia menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM)
1986 :  Lembaga Pelabuhan Klang menjadi Kelang Container Terminal (KCT) Sdn Bhd;  dan diikuti oleh tiga buah syarikat lagi iaitu Klang Port Management Bhd (KPMB) (1992); West Port (Malaysia) Sdn Bhd (1994); dan North Port (Malaysia) Berhad (2000)
1988 :  Pengurusan Lebuhraya Utara Selatan (960 km) di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjadi PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
1990 :  Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
1992 :  Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia menjadi Pos Malaysia Bhd
Pengurusan lapangan terbang di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjadi Malaysia Airports Berhad (MAB)
1992 :  Keretapi Tanah Melayu menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
1994 :  Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjadi Penang Port Sdn Bhd
1994 :  Jabatan Pembentungan kepada Indah Water Konsortium Bhd (IWK)
1995 : Limbungan Kapal TLDM (RMN Dockyard) menjadi Penang Shipyard Corp Naval Dockyard Sdn Bhd (PSCND), 2005  menjadi Boustead Naval Shipyard (BNS) dan mulai 2024 menjadi Lumut Naval Shipyard (LUNAS).
1995 :  Lembaga Pelabuhan Johor menjadi Johor Port Berhad
1997 :  Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad

Wilayah dan Kerajaan

Mei 1983 : Projek mengubah terumbu karang 'Swallow Reef' yang hanya kelihatan waktu surut menjadi Pulau Layang-layang  (berkeluasan 1.2 km x 200 m) yang mempunyai landasan terbang, penempatan tentera serta resorts. Ia diikuti oleh pembinaan beberapa terumbu karang lagi menjadi Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mentanani dan Pulau Peninjau.

16 Apr 1984 : Menjadikan Pulau Labuan (Sabah) yang berkeluasan 91.64 km persegi sebuah Wilayah Persekutuan kedua selepas WP Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974 (PM Tun Abdul Razak).

1 Feb 2001 : Menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya (nama asalnya  Prang Besar - ladang getah dan perkampungan Orang Asal) berkeluasan 49 km persegi menjadi sebuah Wilayah Persekutuan. 

17 Dis 2002 : Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Netherlands membuat keputusan bahawa Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di Laut Sulu, pesisir tenggara Sabah yang menjadi pertikaian (rebutan hak milik) antara Malaysia dan Indonesia sejak  1969 adalah milik Malaysia.

Pendidikan 

Ketika Mahathir mengambil alih jawatan PM IV pada tahun 1981, Malaysia hanya mempunyai 5 buah universiti awam (IPTA). Sepanjang tempoh 22 tahun pentadbiran Mahathir, sebanyak lapan buah lagi IPTA diwujudkan sama ada penubuhan/pembinaan universiti baru atau menaikkan taraf institusi kepada  universiti. Ini tidak termasuk pembukaan universiti swasta tempatan dan dari luar negara.
  • 1983 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • 1984 : Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • 1992 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • 1994 : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • 1997 : Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
  • 1998 : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • 1999 : Universiti Teknologi MARA (UITM)
  • 2000 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pemodenan Ekonomi Sains dan Teknologi + Industrialisasi

7 Sep 1981 : Dawn Raid (London) - operasi pengambilalihan korporat yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 bagi memperoleh kawalan ke atas Guthrie Corporation, sebuah syarikat perladangan milik British. Operasi yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini melibatkan pembelian pantas saham Guthrie di Bursa Saham London, membolehkan Malaysia memperoleh pegangan majoriti dan mengembalikan pemilikan kira-kira 200,000 ekar (800 km²) tanah perladangan kepada negara.
7 Mei 1983: Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan bagi merealisasikan Projek Kereta Nasional Malaysia. Pada tahun 1984 Edaran Otomobil Nasional (EON) ditubuhkan.
9 Jul 1985 : Kereta Nasional pertama ''Proton Saga' dikeluarkan.  
1990 :  Labuan diisytiharkan sebagai International Offshore Finance Centre (IOFC) - 15 Feb 1996 Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ditubuhkan.
15 Mac 1990 : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan untuk memacu pembangunan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. 
1991 : Pamiran Langkawi International Maritme and Aerospace (LIMA) pertama dianjurkan. LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat  dan Awana Porto Malai,
1993 : Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ditubuhkan sebagai syarikat kereta nasional kedua - Kereta model pertama 'Perodua Kancil' dikeluarkan pada Ogos 1994.
1989 : Bahagian  Planetarium ditubuhkan di JPM diikuti oleh penubuhan Bahagian Kajian Angksa (BAKSA) di Kementerian Sains dan Teknologi dan akhirnya pada tahun 2002, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan. 
1990 - 1993 :  Planetarium Negara dibina.
1993 : Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS=150B', sebuah pesawat ringan yang dibangunkan dengan kerjasama Australia melalui syarikat Composites Technology Research Malaysia (CTRM) milik Khazanah Malaysia.
26 Sep 2000 - Mikrosatelit Malaysia dilancarkan di Kazakhstan.



DASAR LUAR NEGARA MAHATHIR

Keberanian Mahathir tidak terhad kepada perkara domestik sahaja. Belaiu turut lantang dalam beberapa isu antarabangsa yang melibatkan keamanan dan keadilan sejagat; anti-keganasan terhadap komuniti Islam, monopoli ekonomi; serta hak dan pembangunan blok negara-negara ketiga.  Di mana-mana sahaja pelantar ucapan yang diberi, beliau sentiasa lantang dalam menyuarakan hak-hak tersebut walau pun perlu berhadapan dengan suara dan kuasa-kuasa besar dunia seperti Presiden Amerika, Perdana Menteri British dan Australia serta Israel.

Nama Mahathir menjadi idola di sebahagian besar pelusuk dunia terutamanya negara Islam, negara-negara benua Afrika, Amerika Latin dan Amerika Tengah serta Asia Timur. Asia Tengah (bekas Soviet), Timur Tengah dan Asia Selatan. 

Malaysia - Britain

Umum mengetahui bahawa Britain adalah bekas penjajah negara kita. Kebergantungan negara sama ada dari segi ekonommi dan pentadbiran masih banyak bergantung kepada ehsan Britain. Awal semasa tempoh perkhidmatan Mahathir, berlaku perselisihan kecil dengan Britain berkaitan kenaikan yuran pengajian universiti di UK, hak pendaratan pesawat MAS di Heathrow serta layanan remeh Britain  ke atas kerjasama yang telah dipersetujui. Britain juga amat marah dengan kehilangan kuasa ke atas Syarikat Guthrie melalui Operasi Dawn Raid pada bulan September 1981.

Kemuncak peperangan KUASA antara Mahathir dan Britain ialah tercetusnya usaha memboikot barangan British yang dikenali sebagai kempen Buy British Last serta pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur dengan memberi keutamaan kerjasama ekonommi dengan Jepun dan Korea Selatan.  Mahathir turut mengecam negara-negara Barat yang mengamalkan double standard kepada negara-negara membangun.

Akhirnya Braitain mengalah. 'Wanita Besi Britain' Margaret Thatcher mula memberi kelonggaran kepada Malaysia dalam banyak perkara.  Mahathir terus menekankan model pembangunan kontemporari Asia kepada  orang-orang Barat. 

Malaysia - Amerika Syarikat

Hubungan diplomatik dan ekonomi dengan Amerika Syarikat (AS) adalah penting kerana AS adalah sumber pelaburan asing terbesar, dan merupakan negara pembeli terbesar produk Malaysia.  Sebahagian besar peralatan pesawat terbang MAS dan TUDM adalah kelluaran AS. Malaysia juga masih menerima jumlah yang besar bantuan latihan ketenteraan di Amerika Syarikat melalui program International Military Education and  Training (IMET).

Pun begitu, Mahathir tetap mengkritik dasar luar AS khususnya yang tidak adil kepada negara-negara membangun serta sokongan AS yang berlebih-lebihan kepada Zionist dan Israel dalam melakukan serangan dan genosid ke atas Palestin. Beliau mengkritik demokrasi model AS yang berat sebelah.

Mahathir mengecam Al Gore (Naib Presiden  AS) yang mencampuri urusan perbicaraan kes bekas TPM Anwar Ibrahim malah menunjukkan sokongan dan simpati kepada gerakan reformasi pimpinan Anwar. AS sememangnya menggemari Anwar Ibrahim yang semasa menjadi Menteri Kewangan menjadi pendukung kepada dasar-dasar ekonomi yang digemari oleh IMF, yang termasuk kenaikan kadar faedah. 

Pada tahun 1997, Mahathir membuat ucapan mengutuk Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, memanggilnya sebagai satu instrumen menindas kerana AS dan sekutunya cuba mengenakan nilai-nilai mereka di Asia. 

Mahathir mengkritik Presiden George W. Bush kerana bertindak menyerang Iraq tan pandat PBB dalam tahun 1997. Semasa krisi ekonomi 1997 juga, Mahathir mengecam keras penyangak matawang George Soros dan Yahudi. Walaupun banyak kenyataan Mahathir ke atas AS agak keras, kerjasama AS-Malaysia mempunyai kekal teguh, terutamanya dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perdagangan, hubungan ketenteraan dan memerangi keganasan."

Malaysia-Singapura

Mahathir adalah alumni Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura pada tahun 1953, semasa masih dalam pemerintahan British.

Walaupun Singapura adalah bekas wilayah Malaysia yang berpisah pada 9 Ogos 1965, hubungan kedua negara seperti saudara tiri yang sentiasa sangsi antara satu sama lain.  Hubungan dengan Singapura terutamanya di zaman Mahathir agak bergelora. Terlalu banyak isu yang dipertikaikan dibangkitkan tetapi tiada kemajuan yang ketara telah dibuat kemudian untuk menyelesaikannya secara dua hala. Antaranya ialah:

  1. Harga yang rendah daripada air mentah yang dibayar oleh Singapura ke Malaysia (3 sen Malaysia (USD0.008) bagi setiap 1000 gelen);
  2. Penggantian cadangan Tambak Johor dengan jambatan gantung untuk meningkatkan aliran air melalui Selat Johor. Bagaimanapun projek ini kemudiannya dibatalkan Abdullah Badawi;
  3. Kerja-kerja penambakan tanah Singapura, menjejaskan penghantaran ke Pelabuhan Tg Pelepas; 
  4. Penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet Tentera Udara Republik Singapura (RSAF); 
  5. Status pemilikan Pedra Branca atau Pulau Batu Putih telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague dan keputusannya pada tahun 2008 memihak  kepada milik Singapura;
  6. Kedaulatan laluan kereta api melintas Singapura dan Tempat Perjanjian mengenai perkara itu.
  7. Menggantung sepenuhnya kaunter perdagangan CLOB (Central Limit Order Book), semasa Krisis Kewangan Asia 1997 selama-lamanya beku kira-kira USD4.47 bilion saham dan menjejaskan 172,000 pelabur, sebahagian besar daripada mereka warga Singapura.

Berikut adalah beberapa pencapaian positif kerjasama Malaysia-Singapura yang berlaku di dalam era pentadbiran Mahathir:

  1. Pada tahun 1988, perjanjian membina Empangan Linggui di Sg Johor dan  bekalan air mentah ke bandar yang terhad air di Singapura;
  2. Lee dan Mahathir mengumumkan rancangan untuk saluran paip gas asli dari Terengganu ke Singapura (siap 1992). 

Bosnia-Herzegovina

Mahathir telah menyatakan bahawa Malaysia dan Bosnia-Herzegovina adalah sahabat rapat. Beliau melawat Sarajevo pada Jun 2005 untuk membuka jambatan berhampiran Pusat Bandar Bosmal menandakan persahabatan antara rakyat Malaysia dan Bosnia. Beliau melawat Bosnia lagi pada tahun 2006 dan 2007. Mahathir turut membawa sekumpulan ahli perniagaan Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan di negara tersebut.

Pada Februari 2007, empat buah NGO Bosnia, iaitu Sarajevo School of Science Technology; Bosniak Intellectual Congress; Civil Serb Council; dan National Council of Croat telah mencalonkan Mahathir untuk Hadiah Nobel Keamanan 2007. 

Pada 11 November 2009, beliau juga mempengerusikan mesyuarat tertutup pelabur terkemuka di Malaysia Forum Perniagaan Global-Bosnia, yang turut dihadiri oleh Presiden Haris Silajdzic.


Korea Utara

Mahathir mengalu-alukan Sidang Kemuncak Korea Utara-Amerika Syarikat 2018. Beliau berpendapat bahawa dunia perlu memperimbangkan sikap baru pemimpin Korea Utara Kim Jong-un untuk membawa damai. Malaysia juga akan membuka semula kedutaannya Korea Utara sebagai penutup ketegangan diplomatik Malaysia-Korea Utara lanjutan kes pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA pada 13 Feb 2017.

Membangunkan Dunia
 
Mahathir dianggap sebagai jurucakap besar negara membangun ke atas isu-isu untuk membangunkan dunia dan usaha merapatkan jurang Utara-Selatan, serta menegur pembangunan negara-negara Islam. Negara-negara membangun adalah pelbagai blok bukan NATO seperti ASEAN, G77 (Group of Developing Countries), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC), Selatan-Selatan dan yang terbaru-baru ialah G22 (Group of Finance Ministers and Centrak Bank Governors).


GELOMBANG MAHATHIR KEDUA


KITA JUMPA DI EPISOD M 213
MAHATHIR 100 TAHUN SIRI 2



https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/arkib-memorial/info-galeri/kompleks-rumah-kelahiran-tun-dr-mahathir-mohammad
https://umno-online.my/presiden/mahathir/
https://www.researchgate.net/publication/331485899_Hubungan_Luar_Malaysia_Britain_
Era_Dr_Mahathir_Mohamad
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hubungan_Amerika_Syarikat%E2%80%93Malaysia




No comments:

Post a Comment