GAMBARAN PEKAN KECIL DI MALAYSIA: SIRI 1
(SARAWAK dan SABAH)
Ringkaskan cerita. saya suka mengembara, kalau boleh setiap jalan raya dalam Malaysia ini ingin saya lalui. Saya ingin melawat semua kampung dan pekan yang ada di negara kita. Kalau boleh nak berhenti di semua masjid dan solat di situ sama ada solat sunat atau fardhu.
(SARAWAK dan SABAH)
Ringkaskan cerita. saya suka mengembara, kalau boleh setiap jalan raya dalam Malaysia ini ingin saya lalui. Saya ingin melawat semua kampung dan pekan yang ada di negara kita. Kalau boleh nak berhenti di semua masjid dan solat di situ sama ada solat sunat atau fardhu.
Namun, saya tau saya tak mampu melakukannya. Pertama saya tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung kos pengembaraan (duit petrol, penginapan, makan dan tol). Kedua saya tidak berkesempatan (tiada masa). Ketiga kudrat kesihatan saya tidak mengizinkan, usia makin tua, kemampuan memandu dengan baik dalam jarak jauh dan tempoh yang lama amat terhad, khususnya mata (cepat mengantuk), sakit tulang belakang dan kaki.
Oleh itu, bagi memenuhi impian saya, saya memutuskan untuk mengembara dalam internet sahaja. Kalau dalam beberapa tajuk sebelum ini saya memilih untuk mengembara mencari senibina masjid, kemudian diikuti oleh pengembaraan stesen keretapi dengan melalui rel keretapi, kali ini saya ingin melihat pekan-pekan kecil di seluruh negara.
Kalau pengembaraan masjid saya buat dari Perlis ke Sabah, kali ini perjalanan saya bermula di Tawau Sabah dan bakal berakhir di Padang Besar Perlis.
SABAH
Negeri Sabah atau mesra dengan panggilan nama Negeri Di Bawah Bayu adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Dulu, sebelum menyertai Persekutuan Malaysia, Sabah dikenali sebagai Borneo Utara.
Di negeri ini terletaknya gunung yang tertinggi di Malaysia, Gunung Kinabalu.
Sabah merupakan destinasi pelancungan yang popular kerana keindahan alam semula jadi, khususnya pulau-pulau kecil di sebelah pantai timur Sabah yang popular untuk aktiviti penyelaman. Manakala pergunungan Kinabalu menjadi destinasi peminat aktiviti memanjat gunung.
Bagaimanapun sejak peristiwa gempabumi kecil (kali pertama dalam sejarah Malaysia) pada 5 Jun 2015 yang mengorbankan 18 orang pendaki dan malim gunung menjadikan aktiviti ini bukan lagi aktiviti yang selamat.
Sehingga tarikh ini (6 Jul 15), aku hanya pernah menjejaki dua lokasi sahaja di Sabah, iaitu Kota Kinabalu (termasuk Sepangar) dan Tawau.
.
Beaufort
Papar
Semporna
Lahad Datu
Kunak
Telupid
Pensiangan
Kinarut
Kinarut
Ranau
Kundasang
Tenom
Long Pa Sia
Kota Belud
Sipitang
Tuaran
Tambunan
SARAWAK
Sarawak mempunyai sejarah tersendiri dalam riwayat hidupku.
Pada bulan Okt 1981 merupakan tarikh keramat apabila menjejakkan kaki ke lapangan terbang TUDM Kuching. Pangkalan TUDM Kuching (10 km dari lapangan terbang) adalah tempat di mana aku ditugaskan sebagai pegawai TUDM.
Sejak tarikh itu, banyak lah peristiwa pahit dan manis yang tercatat dalam sejarah hidupku sebagai seorang pegawai TUDM.
Setahun setengah di Kuching tidak banyak memberi peluang kepadaku untuk menerokai negeri yang terbesar di Malaysia ini.
Selain dari Kuching, antara tempat-tempat yang sempat aku mampiri di negeri ini ialah Sibu, Miri, Niah dan Tekajung.
Pekan Trusan, Limbang
Pekan Lawas
Pekan Merapok
Pekan Semadoh
Pekan Ba Kelalan
Nangga Medamit
Batu Niah
Marudi
Baram
Sepupok
Bekenu
Sibuti
Selangau
Bario
Simunjan
Balingian
Sadong
Pekan Mukah
Pekan Matu
Pekan Matu
Daro
Sebuyau
Sebauh
Betong
Simunjan
Kanowit
Song
Belaga
Kapit
Serian
Tebedu
Bintanggor
Lubuk Antu
Tebakang
Bau
Lundu
Bandar Sri Aman
Engkilili.
Kota Samarahan
(antara perbandaran terbaru di Sarawak yang membangun pesat hasil limpahan kepada pembinaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
No comments:
Post a Comment