Saturday, June 20, 2015

M 159: MELAWATI PEKAN-PEKAN KECIL MALAYSIA 4 (TERENGGANU DAN KELANTAN)

PEKAN-PEKAN KECIL DI MALAYSIA:
SIRI 4
(TERENGGANU dan KELANTAN)
Sepanjang hayatku mungkin dan lebih 10 kali ke Kelantan dan Terengganu sama ada tugas rasmi atau melancong. Tapi yang melancongnya kurang dari lima kali. Kelantan lebih banyak dari Terengganu kerana kebanyakan perjalanan tugas rami ke Pangkalan TUDM Gong Kedak dengan menggunakan pesawat komersil atau TUDM hanya melalui perjalanan darat yang minimum dalam kawasan negeri Terengganu, iaitu kawasan Kuala besut atau Jertih sahaja untuk makan.
Seumur hidup hanya pernah dua atau tiga kali sahaja melalui bandaraya Kuala Terengganu.
Kali pertama ke Terengganu ialah dalam tahun 1984, kerana mengikut jiranku balik kampong di Losong, KT. Masa itu aku dan isteri duduk di Taman TAS, Kuantan berjiran dengan Kapt Mues dan Puan Aminah. Kami berkereta dari Kuantan ke KT.
Kali pertama bercuti ke Kota Bharu, lebih kurang dalam bulan Dis tahun 1994 dengan menaiki kereta dari Shah Alam (masa itu duduk di Sek 17) melalui jalan Shah Alam-Lumut (Perak, menginap di Teluk Muroh)- Ipoh - Gerik - Jeli - Kota Bharu - Kuala Terengganu - Kemaman - Kuantan - KL - Shah Alam.
Perjalanan cuti tersebut aku melalui dua pengalaman pahit kerana terperangkap dalam banjir di Jerteh. Dua hari dua malam duduk di bilik bujang Mes Pegawai Skn 321 Bukit Petri kerana hujan lebat tidak berhenti-henti.
Semasa menginap di Awang Motel (Pantai Rantau Abang), kami juga mengalami keadaan yang membimbangkan kerana motel kami dipanjat orang. Tapi kami sedar dan bangun dan buka lampu. Nampak tangan pemanjat di tingkap cermin atas. Pemanjat tersebut lari. Aku tak pasti sama ada pemanjat itu bertujuan untuk mengendap atau berniat untuk mencuri.
Aku memang suka melancong menaiki kereta kerana dapat menikmati alam sekitar dan pemandangan yang berlainan di tempat-tempat yang di lawati. Walaupun ada dua suasana sahaja, sama ada kawasan pecan/Bandar atau kawasan kampong tapi keadaannya berbeza. Sama ada bentuk rumah, kebersihan, pekerjaan utama seperti pekebun getah, kelapa sawit, nenas, pesawah padi atau nelayan.
Kali ini aku ingin mengimbau suasana pecan-pecan kecil di Negeri Terengganu Darul Iman dan Kelantan Darul Naim.


 TERENGGANU DARUL IMAN 
GERAI JUALAN TEMPATAN @ near Kemaman River
deretan gerai di Kemaman
Bandar Chukai

Pekan Paka


 
Kuala Dungun (pecan lama dan baru)

Bukit Besi lama
Bukit Besi (sedang dibangunkan semula)


Pekan Ajil


Pekan Marang (dulu)


Tanjung Jara Beach Resort


Bandar Marang (sekarang)

Bandar Kuala Berang
Pekan Kuala Berang

Bandar Al Muktafi Billah

Kerteh

Pekan Kemasik
.
Bnadar Muktafi Billah Shah

Bandar Marang

Setiu

Bandar Jerteh Terengganu
Pekan Jerteh


Kg Mangkok, Penarik

Kampung Raja
Kampong Raja
.

Kuala Besut fishing jetty 
Kuala Besut
.




KELANTAN DARUL NAIM


 

 
Rantau Panjang

Pekan Rantau Panjang


Pekan Tumpat
Pekan Jeli
 
Bangunan Lama Sin Ah Hotel 
The Present Site 
Pasir Mas
 
Pekan Ketereh
Pekan Tanah Merah
Machang
Wakaf Che Yeh
 
Kubang Kerian
File:KualaKrai2005.jpg 
@ Kuala Krai, Kelantan 
Pekan Kuala Krai
 
 
Pekan Guchil
Pekan Selising

 
Pekan Pasir Puteh

Pekan Bachok



Pekan Pangkalan Kubor

Pekan Jeli

Pekan Jelawat .


Manek Urai


 
Pekan Dabong 
Pekan Pulai Chondong



Pekan Gunong


 
 
Pekan Gua Musang

No comments:

Post a Comment