Thursday, September 11, 2025

M 218 : NEPOTISME DAN KEPEMIMPINAN

 

KELUARGA POLITIK ATAU POLITIK KELUARGA (NEPOTISME)


CRONYISM is the appointment of friends and associates to positions of authority, without proper regard to their qualifications. 

NEPOTISM is the practice among  those with power or influence of favouring relatives, friends, or associates, especially by giving them job.

MONARCHY is a hereditary form of government in which political power is legally passed on to the family members of the monarch, a head of state who rules for life.

Penulisan kali ini lebih menumpukan kepada isu atau amalan nepotisme.

Penulis berpendapat bahawa amalan nepotisme agak subjektif. Walaupun wujud pengaruh untuk berlakunya nepotisme itu jelas berlaku, ia boleh menjadi wajar dan diterima secara terbuka. Apatah lagi kalau ia berlaku melalui pilihanraya (demokrasi).

Niat seseorang pemimpin untuk melakukan politik nepotisme sukar dibuktikan sekiranya ia berlaku dalam amalan demokrasi.  Namun pakar atau penganalisa politik dapat melihat berlakunya pergerakan atau strategi nepotisme.  Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang pemimpin itu masih hidup dan masih berkuasa.

ADAKAH INI JUGA NEPOTISME?

Sebelum pergi lebih jauh lagi, mari kita lihat (secara ringkas) apa yang ada dalam Sejarah Islam sejak  diciptanya manusia pertama di atas muka bumi ini.

Anak Nabi Adam alaihissalam, Seth dipilih menjadi Nabi (walaupun tidak disenaraikan sebagai 25 Rasul). Adakah ia kronism atau nepotism?.

Dua anak Nabi Ibrahim alaihissalam, iaitu Ismail dan Ishak dilantik menjadi Rasul Allah. Seterusnya cucu Nabi Ibrahim (anak Nabi Ishak alaihissalam), Yaakub juga dilantik oleh Allah menjadi Rasul, dan seterusnya cicit nabi Ibrahim (anak Nabi Yaakub alaihissalam) yang bernama Yusuf juga dilantik menjadi Rasul. Nabi Luth juga adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme.

Nabi Musa alaihissalam dan Nabi Harun alaihissalam juga bersaudara (adik beradik). Nabi Musa alaihissalam adalah juga menantu Nabi Syuaib alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme.

Nabi Sulayman alaihissalam adalah anak kepada Nabi Dawud alaihissalam. Nabi Zulkifli alaihissalam adalah anak kepada Nabi Aiyub alaihissalam. Adakah ia kronisme atau nepotisme?.

Nabi Yahya alaihissalam adalah anak kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Manakala Maryam, ibu kepada Nabi Isa alaihissalam adalah anak saudara kepada Nabi Zakaria alaihissalam. Adakah ia kronism atau nepotism?.

JAWAPAN: SEMUA DI ATAS tidak dikategorikan sebagai nepotisme kerana ia adalah perintah Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Menetapkan.

SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH MUHAMMAD (SAW)

Setelah Muhammad Rasulullah s.a.w. wafat, pemerintahan Kerajaan Islam diambil alih oleh Saiyidina Abu Bakr r.a. (Abu Bakar adalah bapa mertua Rasulullah dengan isterinya Aisyah r.a). Apabila Abu Bakar r.a meninggal dunia, ia digantikan oleh Umar r.a. (umar juga adalah bapa mertua Rasulullah, dengan isterinya Hafsah binti Umar). Apabila Umar meninggal dunia, ia digantikan oleh Uthman r.a. Uthman adalah menantu Rasulullah kepada dua putri Rasulullah, Kalthum dan Ruqaiyyah. Setelah Uthman r.a meninggal dunia, Ali bin Abi Thalib dilantik menjadi Khalifah. Ali adalah sepupu dan juga menantu Rasulullah s.a.w. Adakah ia bukan kronisme atau nepotisme.?

JAWAPAN:  Ia juga bukan nepotisme kerana ketika itu pool atau pilihan umat islam terhadap calon pemimpin amat terhad. Pemilihan pemimpin amat berkait rapat dengan status sahabat dan ketinggian ilmu serta kerapatan dengan Rasulullah. Umat Islam ketika itu memegang pemimpin atau mengekalkan individu yang telah dilantik oleh Rasulullah (saw).

Mengikut sejarah Islam, NEPOTISME dikesan mula berlaku dalam Kerajaan Islam berlaku dalam zaman Khalifah Uthman bin Affan. Disebut dalam buku sejarah bahawa beliau melantik ramai di kalangan ahli keluarga (Bani Umayyah) untuk memegang jawatan penting Kerajaan seperti gabenor. 
Antaranya; Muawiyah bin Abu Sufyan di Syam; Abdullah bin Saad dan Abdullah bin Amr di Mesir, al-Walid bin Uqbah dan Said bin al-Ashdi Kufah.

JAWAPANSaidina Uthman melantik ahli keluarga dan sahabat yang dipercayai dalam jawatan penting, yang merupakan sebahagian daripada usaha pemusatan pentadbiran dan kawalan empayar Islam yang sedang berkembang. Pelantikan ini bertujuan untuk memastikan kesetiaan dan keberkesanan dalam mentadbir wilayah-wilayah yang lebih luas. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Pengampun kerana beliau adalah sahabat (barisan pertama) dijamin ahli syurga oleh Rasulullah. 

https://thepatriots.asia/tuduhan-sayyidina-uthman-mengamalkan-nepotisme/   

BANI UMAYYAH

Amalan nepotisme kelihatan bertambah jelas apabila keturunan Keluarga (Bani) Umaiyyah mengambil alih pemerintahan Kerajaan Islam 'Khulafa'urRasyidin' setelah kemangkatan Saiyidina Ali r.a.  

Khalifah pertama Bani Umaiyyah, Muawiyyah bin Abu Sofiyan telah m
eneruskan keistimewaan Bani Umaiyyah telah dengan menamakan anaknya Yazid sebagai bakal pengganti (malah memulakan amalan pemerintahan monarki). Dan, trend ini diikuti oleh hampir semua Khalifah Umayyah sehingga ia ditewaskan oleh keluarga Abbasiyah yang juga meneruskan amalan pemerintahan berasaskan keturunan ini tanpa mengambil kira kewibawaan dan ketaqwaan.

Amalan nepotisme inilah yang telah menyebabkan Kerajaan Islam menjadi lemah dan hilang upaya kerana pemerintah yang tidak berkelayakan, tidak berpegang teguh kepada syariat islam, banyak menggalakkan maksiat seperti materialisme, minuman keras dan kemewahan yang berlebihan. Malah di zaman Khalifah Abbasiyah, Khalifah telah menghukum dan menyiksa ulamak-ulamak besar kerana tidak mahu menyetujui fatwa yang mengikut telunjuk Khalifah.

https://utusantv.com/2022/08/27/5-ulama-besar-yang-dipenjara-dan-dizalimi-oleh-pemerintah/

Adakah sistem monarki (beraja) yang ada diamalkan di banyak negara di dunia ini juga dikira sebagai nepotisme?

JAWAPAN:  Mengikut pendapat penulis, monarki lebih buruk kesanya dari nepotisme. Dalam sistem demokrasi, amalan nepotisme boleh ditamatkan apabila seseorang pemimpin itu telah berdara atau meninggal dunia. Rakyat mempunyai pilihan untuk menyingkirkan (melalui pilihanraya) pemimpin terdahulu jika ia tidak mampu memenuhi harapan rakyat. Dalam sistem monarki, rakyat tidak mempunyai pilihan. Dalam sistem monarki, rakyat terikat dengan pemimpin yang dilantik atau ditunjuk. Seluruh sistem dalam negara tersebut terpaksa akur dan patuh dengan pilihan Raja yang sedang berkuasa. Apabila Raja itu mangkat , penggantinya akan mewarisi kuasa yang sama. Monarkin boleh dihapuskan hanya dengan cara coup de tate (rampas kuasa). Namun semua amalan sistem beraja (monarki) masa ini di atasi oleh perlembagaan. Raja (Ketua Negara) hanya berkuasa dan bertindak atas nasihat Ketua Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.  Ia berlaku di Britain, Malaysia, Sweden, Thailand, Kemboja, Norway, Holland, Sepanyol, Belgium, Monaco, Bhutan dan beberapa buah negara lagi.

NEPOTISME DUNIA MODEN

Hubungan darah antara tokoh politik dan pentadbiran bukanlah satu perkara baharu. Ini juga berlaku di banyak termasuk Malaysia. Bagi negara demokrasi, sosialis mahupun republik, persaudaraan di kalangan pemimpin negara sama ada ditetapkan untuk mewarisi atas dasar mengekalkan kuasa dan kekayaan tetapi juga bakat kepimpinan tulin yang diwarisi dari pemimpin sebelumnya.

Pun begitu, nepotisme masih tetap ada waktunya amat diperlukan. Jika anak seseorang pemimpin itu benar-benar layak dan berkemampuan untuk memimpin sesebuah organisasi, NEGERI atau NEGARA, dan mendapat sokongan majoriti ahli organisasi atau rakyat negara tersebut, maka ia wajar diberi peluang untuk memimpin

SENARIO DI BENUA AMERIKA

AMERIKA SYARIKAT

Presiden Amerika Syarikat (USA) ke 4, James Madison (1809-1817) adalah adik ipar kepada George Washington, Presiden yang pertama (1789-1897). James Madison juga adalah dua pupu kepada Zachary Taylor, Presiden ke 12 (1949-1950). 

John Qincy Adams, Presiden ke 6 (1825-1829) adalah anak kepada Presiden kedua, John Adams (1797-1801).

  
John Q. Adams (1767-1848) dan John Adams (1735-1826)

Benjamin Harrison, Presiden ke 23 (1889-1893) adalah cucu kepada William Henry Harrison, Presiden ke 9 (1841).

  
Ben Harrison (1833-1901) dan William Harrison (1773-1841)

Franklin Delano Roosevelt (FDR), Presiden ke 32 (1933 - 1945) adalah lima pupu kepada Presiden ke 26 (1901 - 1909) Theodore Roosevelt. Isteri FDR, Eleanor adalah anak saudara kepada Theodore. Tetapi kehadiran FDR sebagai Presiden USA tidak dapat dikaitkan dengan kroni Theodore kerana jarak masa yang agak jauh. FDR jauh lebih popular dari Theodore dan memegang rekod sebagai Presiden USA yang paling lama, iaitu 12 tahun.

  
Theodore (1858-1919) dan FD Roosevelt (1882 - 1945)

President ke 35 (1961 - 1963), John Fitgerald Kennedy (JFK) mempunyai dua orang adik yang menjadi Senator dalam Dewan Perwakilan Senate USA iaitu Senator Robert Francis Kennedy (RFK) dan Senator Edward Morris Kennedy. John dan Robert kedua-duanya telah mati ditembak. Anak RFK iaitu RFK Jr juga merupakan bekas Senator di USA dan merupakan  Secretary of Health and Human Services USA (mulai Feb 2025 - kini).

      
Tiga berakik; JFK (1917-1963), RFK  (1925-1968) dan EMK (1932-2009) dan 
RFK Jr (1954- kini)

President ke 43 (2001 - 2009) George Walker Bush  adalah anak kepada President ke 41 (1989 - 1993), George Hebert Walker Bush.     

 
George W. Bush (1946-kini) dan George H W Bush (1924-2018)

Bekas Setiausaha Negara USA ke 67 (2009 - 2013), Hilary Rodham Clinton adalah isteri kepada Presiden USA ke 42 (1993 - 2001), William Jefferson 'Bill' Clinton. Hilary bertanding dalam pilihanraya Presiden USA ke 68 (untuk penggal 2017-2021) tetapi tewas kepada Donal Trump.

      
Hilary Clinton (1947) dan Bill Clinton (1946)

CANADA

Perdana Menteri Canada ke 25, Justin Trudeau (2015-2025) adalah anak kepada Joseph Phillipe Pierre Yves Elliot Trudeau (Pierre Trudeau), PM Canada ke 15 (1980-1984).

  
Justin Trudeau (1971) dan Pierre Trudeau (1019-2000).

CUBA

Di kepulauan Karibea, sebuah negara komunis tunggal, Cuba diperintah oleh diktator Fidel Alejandro Castro Ruz sejak tahun 1961 telah menyerahkan kuasa (memangku) kepada adiknya Raul Modesto Catro Ruz  apabila dia uzur sejak  tahun 2008 sebelum mengambil kuasa sepenuhnya pada tahun 2011.
 
       
Fidel (1926-2016) dan Raul Castro (1931)

Selain dari Cuba, penulis tidak membuat kajian di negara-negara Carribean dan Amerika Tengah yang lain.

SENARIO DI BENUA LATINO

Negara-negara di benua Amerika Latin juga agak ketara dalam amalan nepotisme. Malah terdapat amalan nepotisme yang boleh dikatakan dahsyat!. 

ARGENTINA

Presiden Argentina ke 41, Isabel Martinez de Peron (1974-1976) adalah isteri kepada Presiden ke 40, Juan Domingo Peron, (1973-1974). Juan Peron juga pernah menjadi Presiden ke 29 (1946-1955).

  
Isabel Peron (1931) dan Juan Peron (1895-1974).

Presiden Argentina ke 56, Cristina Elisabet Fernandez de Kirchner (2007-2015) adalah isteri kepada Presiden ke 55, Nestor Carlos Kirchner Ostoic (2003-2007).

  
Cristina Kirchner (1953) dan Nestor Kirchner (1950-2010)  

Penulis tidak menjalankan kajian di negara-negara Amerika Latin yang lain.

SENARIO EROPAH

Setakat ini, amat jarang kedengaran berita dari negara-negara dalam Benua Eropah moden yang membabitkan amalan nepotisme yang nyata seperti di negara benua Asia dan Amerika. Kronisme memang ada tapi bukan nepotisme. Isu nepotisme (dan kronisme) lebih bertumpu di negara Eropah Timur dan negara-negara bekas Soviet Union, yang kini kebanyakkannya menjadi sebahagian dari benua Asia (Asia Tengah). Sistem pemerintahan diktator masih kuat diamalkan di sebahagian negara-negara trsebut.

SENARIO AFRIKA

Penulis tidak berkesempatan membuat kajian ke atas kes nepotisme di negara-negara dalam bentau Afrika. Penulis hanya mengulas satu dua kes yang penulis ingat sahaja. Di Libya, Bekas Presiden Muaamar Ghaddafi (1969 - 2011) telah menetapkan anaknya Saifull Islam untuk mengambil-alih kepimpinan Libya tetapi hasratnya tidak kesampaian kerana kerajaannya telah dijatuhkan dan dia telah dibunuh dengan kejam. Saiful Islam ditangkap dan dibicarakan dan dihukum mati. Namun pada tahun 2017 Saif diberi pengampunan oleh Kerajaan Libya. 

  
Muammar (1942-2011) dan Saiful Islam (1972)


SENARIO ASIA TENGAH

AZERBAIJAN

Presiden Azerbaijan ke 4, Heydar Ilham Oghlu Aliyev (2003-kini) adalah anak  kepada Presiden ke 3, Heydar Alirza Oghlu Aliyev (1993-2003). Ilham telah melantik isterinya Mehriban Ariffgizi Aliyeva @ Pashayeva sebagai Naib Presiden Pertama (bakal pengganti) mulai 2017.

      
 Ilham Aliyev (1961); Heydar Aliyev (1923-2003); dan Mehriban Aliyeva (1964)

UZBEKISTAN

Presiden Uzbekistan ke 2, Shavkat MiRziyoyev (1957) TELAH MELANTIKanak perempuan sulungnya Saida Shavkatovna Miziyoyevo  sebagai Assisten Presiden merangkap Ketua Pentadbir Pejabat Kepresidenan (2025-kini), jawatan kedua  paling penting selepas Presiden. Manakala anak keduanya Shaknoza Mirzi yeyova sebaga Timbalan II Pengarah Agensi Keselamatan Socsial Negara. 

    h
Shavkat Miziyoyev (1957); Saida Shavkatovna Mrziyeyova (1984) dan  Shaknoza 

SENARIO ASIA 

Di negara Asia dan Afrika pula lebih banyak penguasaan ahli keluarga dalam mewarisi sesuatu Kerajaan. Negara yang berideologi sosialis/komunis yang dikatakan mengutamakan kesamarataan tetap wujud unsur-unsur kronisme atau nepotisme.

INDIA

Di India, pada suatu tempoh antara 1966 hingga 1991, amalan nepotisme dalam Kerajaan India amat ketara. Ketokohan Perdana Menteri pertamanya Pandit Jawaherlal Nehru (1946 - 1964) telah diwarisi oleh anak perempuannya Indira Priyadarshini Gandhi yang menjadi Perdana Menteri India sebanyak dua kali iaitu PM ke 5 (1966 - 1977) dan PM ke 8 (1980 - 1984) seterusnya diwarisi oleh anak lelaki Indira Gandhi, Rajiv Gandhi yang menjadi PM India ke 9 (1984 - 1989). Sebelum Rajiv, Indira telah menunjuk anak bungsu Sanjay Gandhi sebagai calon pengganti tetapi Sanjay telah terbunuh dalam kemalangan pesawat pada tahun 1980. Apabila Indira mati dibunuh pada tahun 1984, dia digantikan oleh abang Sanjay, Rajiv Gandhi. Rajiv juga mati dibunuh oleh pengebom berani mati pada tahun 1991.

Isteri Rajiv, Sonia Gandhi (berbangsa Italy) telah dilantik menjadi Presiden Parti Kongres India menggantikan Rajiv. Anak lelaki Rajiv, Rahul Gandhi juga aktif dalam politik dan kini adalan Naib Presiden Parti Kongress.

      
Nehru (1889-1964);  Indira Ghandi (1917-1984); Sanjay (1946-1980); dan 
Rajiv Gandhi (1944-1991)

 
Sonia Ghandi (1946);  dan Rahul Gandhi (1970)

SRI LANKA (CEYLON)

Perdana Menteri pertama Sri Lanka, Don Stephen Senanayake (1947-1952) telah  meninggal dunia akibat terjatuh dari kuda dan digantikan oleh anaknya Dudley Shelton Senanayake sebagai Perdana Menteri kedua. Setelah itu, Dudley telah dipilih menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali lagi, iaitu Perdana Menteri ke 6 (1960) dan ke 8 (1965-1970). 
  
  
Dudley Senanayake (1911-1973); dan Don Senanayake (1884-1952)

Nepotisme keluarga Bandaranaike menguasai politik Sri Lanka (Ceylon) antara tahun 1956 hingga 19xx. Solomon West Ridgeway Dias Bandaranaike adalah Perdana Menteri ke 4 Sri Lanka (1956-1959). Beliau telah ditembak mati oleh seorang sami. Balunya Sirima Ratwatte Dias (Sirimavo) Bandaranaike telah dipilih menjadi Perdana Menteri ke 6 pada tahun 1960 hingga 1965. Sirimavo adalah wanita pertama menjadiu Perdana Menteri di benua Asia. Selepas itu Sirimavo telah dipilih menjadi dua kali lagi iaitu Perdana Menteri ke 9 (1970-1977) dan ke 15 (1994-2000).

Perdana Menteri Sri Lanka ke 14 (1994), Chandrika Bandaranaike Kumaratunga adalah anak kepada Solomon dan Sirimavo Bandaranaike.  Chandrika kemudiannya meletak jawatan Perdana Menteri pada tahun yang sama untuk bertanding jawatan dan memenanginya serta dilantik menjadi Presiden Sri Lanka ke 4 (1994-2005). Jawatan sebagai Perdana Menteri ke 15 diambil alih oleh ibunya Sirimavo (1994-2000). Chandrika merupakan wanita pertama menjadi Presiden Sri Lanka dan juga penuandang yang paling lama (11 tahun).

         
Solomon (1899-1959), Sirimavo (1916-2000) dan Chandrika Bandaranaike (1945)

Presiden Sri Lanka ke 8 (1994), Nandasa Gotabayo Rajapaksa (2019-2022) adalah adik kepada Mahinda Rajapaksa, Presiden ke 6 (2005-2015).

   
Rajapaksa (1949) dan Mahinda Rajapaksa (1945)

BANGLADESH

Siekh Hasina Wajid menjadi Perdana Menteri Bangladesh sebanyak dua kali iaitu kali pertama, PM ke 10 (1996-2001) dan kali kedua, PM ke 13 (2009-2024) adalah anak perempuan kepada Siekh Mujibur Rahman, Presiden Bangladesh yang pertama (1971-1972), Perdana Menteri (1972-1975) dan Presiden ke 4 (1975-1975) yang mati ditembak dalam satu rampasan kuasa.

  
Hasina Wajed (1947) dan Mujibur Rahman (1920-1975)
PAKISTAN

Benazir Bhutto, dua kali menjadi Perdana Menteri Pakistan, iaitu 1988-1990 dan 1993-1996 adalah anak perempuan kepada Zulfikar Ali Bhutto, Presiden Pakistan ke 4 (1971-1973) dan  Perdana Menteri Pakistan ke 9 (1973-1977). Semasa Benazir menjadi PM kali pertama, beliau telah melantik ibunya Nurat Ispahani Bhutto menjadi Menteri Kanan dalam kabinetnya (1989-1990). Zulfiqar mati dihukum gantung pada April 1979 oleh Kerajaan tentera Gen Zia ulHaq atas tuduhan merancang pembunuhan seteru politiknya Ahmad Kasuri. manakala Benazir mati dibunuh oleh pengebom berani mati pada Dis 2007 di Rawalpindi.

    
Benazir (1953-2007); Zulfikar Ali Bhutto (1928-1979); dan Nurat (1929-2011)

KOREA UTARA

Jawatan Pemimpin Tetinggi (Presiden) negara Komunis Korea Utara telah menjadi milik keluarga Kim sejak 1945. Pemimpin yang sedia ada, Kim Jong Un (sejak 2012) menggantikan ayahnya Kim Jong Il (1997-2011). Jong Il sebelumitu juga menggantikan ayahnya Kim Il Sung (1966-1994) - pengasas Korea Utara.

    
Jong Un (1983-kini); Jong Il (1941-2011); dan Il Sung (1912-1994)

SYRIA

Di Syria, nepotisme juga berlaku selama 53 tahun. bekas Presiden Hafiz Ali Sulayman al Assad (1971-2000) digantikan oleh anaknya Bashar Hafiz al Assad yang memerintah hingga 2024. Hafiz pada mulanya menunjuk adiknya Rifaat Ali Al Assad sebagai bakal pengagntinya tetapi Rifaat telah belot dan cuba untuk menggulingkannya lalu dibuang negara. Hafiz kemudian menunjuk anaknya Bassel al Assad tetapi Bassel telah terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Kematian Bassel telah digantikan oleh adiknya Bashar yang mengambil alih pucuk pimpinan Syria apabila Hafiz mati pada tahun 2000. Bashar menguasai politik Syria sehingga ditumbangkan oleh pemberontakan dan melarikan diri ke Moscow pada November 2024 yang mengakhiri pemerintahan diktator keluarga AlAssad.

      
Hafiz (1930-2000), Rifaat (1937),  Bassel (1962-1994); dan Bashar

FILIPINA

Presiden Filipina yang ke 12, Maria Gloria Macaraeg Macapagal-Aroyo (2001-2010) adalah anak kepada Presiden ke 7, Diosdado Pangan Macapagal (1961-1965). Oleh kerana beza antara kedua penyandang adalah 36 tahun, maka ia tidak dikategorikan sebagai nepotisme.
 
  
Gloria (1947) dan Dios Macapagal (1910-1997)

Seterusnya, Presiden ke 15, Benigno Simeon 'Noynoy' Cojuangco Aquino III (2010-2016) adalah anak kepada Presiden ke 11, Maria Corazon Sumulong Cojuangco Aquino (1986-1992). 

    
Nonoy (1960-2021) dan Cory Aquino (1933-2009)

Penglibatan keluarga Aquino dalam politik Filipina telah bermula sejak perjuangan melawan penjajahan Sepanyol pada tahun 1896. Servillano Mianong Aguillar Aquino (1874-1959) adalah General dalam tentera Phillipines Revolutioner menentang Sepanyol. Anak Mianong, Benigno Igno Aquino (1894-1947) adalah seorang Senator. Anak Igno, Benigno Ninoy Aquino Junior (1932-1983 juga seorang Senator. Ninoy dipenjara oleh Marcos selama 8 tahun dan ditembak mati pada tahun 1983 semasa keluar dari pesawat sepulangnya dari mendapat rawatan di Amerika Syarikat. Ninoy adalah suami kepada Presiden Corazon Aquino dan datuk kepada Presiden Nonoy Aquino.


  
Salvador Laurel (1928-2004) dan Joseph Laurel (1891-1959)

Presiden ke 10 Filipina, Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos Sr (1965-1986), semasa pemerintahannya telah  mengubah Filipina kepada pemerintahan tentera (Martial Law) dari 1972-1981 mwemerintah Filipina secara dikator sehingga dijatuhkan oleh Revolusi Rakyat pada tahun 1986. Malah semasa pemerintahan Marcos diketahui umum bahawa isterinya Imelda merupakan individu yang sangat berkuasa dan berpengaruh dalam menentukan iklim politik negara.  Selanjutnya hidup dalam buangan di Amerika Syarikat dan meninggal dunia di Hawaii pada tahun 1989. Pada tahun 2022 anak Marcos, Ferdinand Bongbong Romualdiez Marcos Jr telah dilantik menjadi Presiden Filipina ke 17.

    
Bongbong Marcos (1957); Ferdinand Marcos (1917-1989); dan Imelda (1929)

Satu lagi kes yang dapat ditemui ialah Naib Presiden Filipina ke 8, Salvador Laurel (1986-1992) di bawah Presiden Cory Aquino adalah anak kepada Presiden ke 3 Joseph Paciano Laurel Garcia (1943-1945)

Penulis berpandangan bahawa nepotisme tidak berlaku dengan ketara di Filipina. Peralihan kuasa secara langsung kepada ahli keluarga tidak pernah berlaku. Kemunculan ahli keluarga hanya berlaku setelah dua penggal pilihanraya atau lebih. Pemilihan mereka juga melalui demokrasi bukan pengaruh pemimpin yang sedang berkuasa. Apa yang jelas, peranan keturunan bangsawan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan tokoh-tokoh baru bila tiba waktunya. Memang mereka ada darah dengan pemimpin yang lalu, tetapi disokong oleh bakat, kemampuan dan sokongan rakyat.  

THAILAND

PM Thailand (ke 6) sebanyak tiga kali Seni Pramoj (Sep 1945 - Jan 1946), (Feb - Mac 1975) dan (Apr-Okt 1976),  adalah abang kepada PM Thailand ke 13 (Mac 1975- Apr 1976), Kukrit Pramoj.
  
  
Kukrit (1911-1995) dan Seni Pramoj (1905-1997)

Thaksin Shinawatra,  Perdana Menteri Thailand ke 23 (dari 2001-2006)  Thaksin Shinawatra yang disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Perdana Menteri Thailand ke 26 Somchai Wongsawat  (2008) adalah adik ipar Thaksin dan disebut sebagai bonek yang dikawal oleh Thaksin. Yinglak Chinnawat (Shinawatra), Perdana Menteri Thailand ke-28 (2011-2014) adalah adik Thaksin.
Paetongtarn Shinawatra, Perdana Menteri Thailand ke-31 (16 Ogos 2024 sehingga 29 ogos 2025) adalah anak Thaksin.


      
Thaksin (1947) Somchai (1947) Yinglak (1967) dan Paetongtarn (1986) 

Thaksin kelihatannya cuba membina empayar nepotismenya, namun beberapa kali mencuba menonjolkan ahli keluarganya dalam politik Thailand, mereka masih tidak mampu bertahan lama seperti Thaksin sendiri.  Rakyat Thailand sangat sensitif dengan pergerakan dan gelagat pemimpinnya, begitu juga dengan kepimpinan Angkatan Tenteranya. Sedikit sahaja kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri, rakyat akan bangun menjatuhkan atau tentera akan merampas kuasa.

INDONESIA

Presiden Indonesia yang kelima (2001-2004), Dyah Permata Megawati Setyawati Sukarnoputri adalah anak perempuan kepada Presiden Achmad Sukarno, Presiden pertama dan Bapa Kemerdekaan Indonesia (1945-1967). Sukarno dipaksa (oleh Jen Suharto) mengundur diri dan ditahan dalam rumah sehingga mati pada tahun 1970. Megawati hanya muncul berkuasa setelah 33 tahun kejatuhan bapanya.
  
  
Megawati Sukarnoputri (1947) dan Sukarno (1901-1970)

Walaupun Suharto memimpin Indonesia selama 33 tahun, beliau tidak cuba membawa ahli keluarganya dalam politik Indonesia untuk meneruskan legasinya. Anak-anak beliau lebih berminat membina empayar perniagaan.

Presiden Mulyono Joko Widodo (Jokowi) adalah Peresiden Indonesia ke 7 (2014-2024), sebaik sahaja beliau tamat tempoh, penggantinya Prabowo berpasangan dengan anak lelaki Jokowi, Gibran Rakabuming Raka sebagai calon Nain Presidennya dan berjaya. Walaupun Gibran secara perlembagaan tidak layak untuk bertanding, namun kuasa Mahkamah dan juga Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia telah membenarkannya. Cahaya permulaan nepotisme di Indonesia.

    
Gibran (1987) dan Jokowi (1961)

SINGAPURA

Brig Gen Lee Hsien Loong (Lee Jr), Perdana Menteri ke 3 Singapore (2004-2024) adalah anak kepada Lee Kuan Yew, Perdana Menteri pertama (1965-1990). Lee Kuan Yew memberi laluan kepada Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri ke 2 (1990-2004) tetapi menetapkan anaknya Lee Jr sebagai pengganti Goh. Lee Jr adalah bekasa pegawai Angkatan Tentera Singapura (SAF) dan mencapai pangkat Brig Gen ketika berusia 31 tahun (1983). Pada tahun 1984 ia meletak jawatan dari SAF untuk menyertai politik dan dilantik menjadi Menteri pada tahun 1987. Setelah bersara dari jawatan PM pada tahun 2024, Lee Jr dilantik menjadi Menteri Kanan hingga sekarang. Anak-anak Lee Jr tidak berminat dalam politik.
 
  
 Lee Hsien Loong (1952) dan Lee Kuan Yew (1923-2015)

KEMBOJA (CAMBODIA)

Kerajaan beraja (Kingdom) dijatuhkan oleh tentera (Gen Lon Nol) pada tahun 1970, King Norodom melarikan diri ke Paris. Pada tahun 1975 Regim Komunis Khmer Rouge diketuai oleh Pol Pot mengambil alih pemerintahan sehingga 1978 apabila Vietnam menyerang dan menduduki Kemboja sehingga 1992. Dalam tempoh tersebut Vietnam berusaha memulihkan kerajaan rakyat di Kemboja. Hun Sen dilantik menjadi Perdana Menteri  (di bawah Vietnam) pada tahun 1985. Kerajaan beraja dipulihkan pada 1993 dan Raja Norodom Sihanouk selaku Raja dan anaknya Putera Rannaridh dilantik menjadi Perdana Menteri  Pertama. Hun Sen dilantik sebagai PM Kedua sehingga 1997 apabila Hun Sen merampas kuasa Kerajaan, mengenepikan Rannaridh dan  melantik Ung Huot sebagai PM Pertama (Interim) dengan Hun Sen kekal sebagai PM Kedua yang berkuasa. Pada tahun 1998, Hun Sen memansuhkan jawatan PM Kedua dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri tunggal. 

Samdech Hun Sen adalah Perdana Menteri Kemboja pertama (1997-2023) dan setelah bersara memegang jawatan sebagai Presiden Dewan Senate (2023-kini).  Semasa menjadi PM, Hun Sen telah menyediakan anak sulungnya Hun Manet sebagai bakal pengganti. Hun Manet menyertai Angkatan Tentera Diraja Kemboja (RCAF) hingga ke pangkat General. Apabila Hun Sen berdsara pada Ogos 2023, beliau meminta Raja Norodom Sihamoni melantik anaknya Hun Manet sebagai penggantinya. Bermulalah empayar nepotisme keluarga Hun di Kemboja.

  
Hun Manet (1977) dan  Hun Sen (1952)

NEPOTISME DI IRAQ TIDAK KESAMPAIAN

Bekas Presiden Saddam Hussein (1979 - 2003) telah menetapkan anaknya Udai dan Qusay untuk mengambil-alih kuasa di Iraq tetapi tidak berjaya kerana Kerajaan Iraq pimpinan Saddam hancur dilanggar Amerika dan sekutunya pada tahun 2003. Sadam ditangkap, dibicarakan sebagai penjenayah perang dan telah dihukum bunuh pada tahun 2006.  Kedua-dua anaknya, Uday dan Qusay terbunuh semasa serangan tentera Amerika itu.
    
    
Sadam Husein, Uday/Odai dan Qusay

Begitulah antara contoh pertalian darah di kalangan pemimpin dunia di luar Malaysia. Bagaimana pula di Malaysia? Ia juga berlaku. Namun nepotisme ala-Malaysia kelihatan lebih demokratik. Kuasa tetap ditangan pengundi atau ahli parti pemerintah mahupun parti oposisi.

Bakat dikutip secara spontan (tanpa dilatih mengikut tangga dari bawah) atas dasar mengenang jasa ayahandanya (apabila berlaku kematian seseorang pemimpin) ataupun bakat yang diuji melalui anak tangga heirarki pemerintahan. Bakat kepimpinan diasah apabila diberi peluang menjawat dari satu jawatan ke jawatan yang lain. Pada masa yang sama pengaruh kuasa 'orang tua' yang masih berkuasa turut memberi kesan untuk meraih undi bagi menduduki kerusi atau jawatan dalam parti.

SENARIO NEPOTISME DI MALAYSIA

Seperi Britain, Malaysia mengamalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan. Walaupun Ketua Negara, Yang DiPertuan Agong mempunyai kuasa mutlak dalam beberapa perkara, Ketua Kerajaan iaitu Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif mempunyai kuasa sebagai penasihat kepada Ketua Negara adalah pentadbir negara yang sebenar. Oleh kerana kuasa Perdana Menteri dilahirkan oleh kuasa politik maka penyandang jawatan-jawatan utama politik di peringkat negara, negeri dan kawasan Parlimen mempunyai keinginan untuk mengekalkan pengaruh dengan membentuk ahli keluarga untuk mewarisi pengaruh dan kedudukannya.

Di peringkat tertinggi Kerajaan, iaitu Perdana Menteri trend amalan nepotisme telah bermula sejak awal merdeka. Namun ketika itu, ia tidak berapa ketara kerana bilangan ahli politik yang berkemampuan amat berkurangan. Maka, keluarga politik dari golongan bangsawan mempunyai peluang yang lebih kerana mereka berkemampuan untuk memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka.

Catatan: Penulis tidak menuliskan allahyarham/mendiang pada nama-nama tokoh (diceritakan yang telah meninggal dunia. Catatan tarikh kelahiran/kematian hanya dicatat di bawah gambar yang berkaitan.

TUNKU ABDUL RAHMAN MEMBINA KELUARGA ABDUL RAHMAN YASSIN

Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra tidak mencuba untuk membawa ahli keluarga dalam politik dan pentadbiran negara. Hubungan kekeluargaan yang pertama dalam pentadbiran tertinggi (eksekutif) ialah Tan Sri Dato' Suleiman bin Abdul Rahman (Menteri: 1955-1961) dan adiknya Tun Dr Ismail bin Abdul Rahman (Menteri: 1959-1973; TPM: 1979-1973). Kedua-duanya adalah anak kepada Dato' Abd Rahman bin Mohd Yasin, mantan Yang DiPertua Dewan Negara yang pertama (1959-1968), ADUN Pontian Dalam (1969-1974).

    
Abd Rahman Yassin (1891-1970; Suleiman (1912-1963); dan Ismail (1915-1973)

Apabila Suleiman meninggal dunia pada tahun 1963, Ahli Parlimen Muar Selatan diambil alih oleh adik iparnya Dr Awang Hasan (1963-1974). Perdana Menteri kedua Tun Abd Razak juga amat mempercayai keluarga ini. Ismail dilantik menjadi Timbalan PM pada tahun 1970 sehingga meninggal dunia pada 1973. PM ke 3Hussein Onn telah menamakan Dr Awang Hasan untuk dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang (1981-1989). Dr Mahathir cuba membawa anak sulung Tun Dr Ismail ke dalam politik. Mohd Tawfik Ismail menyandang Ahli Parlimen Sungai Benut (1986-1990) namun kerjayanya dalam politik tidak menonjol. Kewujudan rangkaian keluarga Abdul Rahman di dalam politik Malaysia bukan dibina oleh beliau sendiri tetapi oleh pemimpin lain yang mengiktiraf kemampuan dan bakat kepimpinan mereka. Namun anak-anak Suleiman dan Ismail tidak berminat berpolitik.

    
Awang Hasan (1910-1998) dan Mohd Tawfik (1951)

KELUARGA TUN ABDUL RAZAK

Mengikut pandangan penulis, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak kelihatan lebih berjiwa nepotisme. Tun Abd Razak adalah dari keluarga bangsawan di Pahang. Ayahnya Allahyarham Dato' Abdul Razak bin Mohd Taib adalah Orang Besar Pahang bergelar Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS). Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau baru berusia 48 tahun. Anak-anaknya masih kecil dan belajar.  Beliau menonjolkan adik iparnya, Dato' Hamzah Abu Samah (MP: 1967-1982, Menteri: 1969-1980). Isteri Hamzah (kemudian Tan Sri) adalah adik Tun Razak (berlainan ibu).

Apabila Tun Dr Ismail meninggal dunia (1973), Razak melantik adik iparnya Hussein Onn sebagai Timbalan PM walaupun kedudukan Huseein dalam barisan naib Presiden UMNO adalh paling junior. Isteri Hussein, Suhaila adalah kakak Rahah, isteri Tun Razak. 

Setelah Tun Razak meninggal dunia (1976), Dato' Hussein Onn menjadi PM ketiga Malaysia. PM Hussein Onn membawa anak Tun Razak, Mohd Najib ke dalam politik ketika berusia 23 tahun bagi mengisi Ahli Parlimen Pekan yang dikosongkan oleh Tun Razak. (MP/ADUN: 1976-2018, MB Pahang: 1982-1986, Menteri: 1986-2009, PM6: 2009-2018). Ternyata Dato' Sri Najib memang mewarisi bakat kepimpinan ayahnya sehingga mencapai kedudukan tertinggi dalam politik Malaysia. Walaupun berjaya membawa pelbagai perubahan dalam pentadbiran negara, kerjaya Najib lebur apabila BN tewas teruk dalam PRU-14 (2018) lantaran Skandal 1MDB. Setelah kejatuhan Najib,  keluarga Tun Razak mempertaruhkan anak sulong Najib, Dato' Mohd Nizar ke dalam politik dan memulakan langkah sebagai ADUN Peramu Jaya (Pahang) mulai 2022.

      
Razak (1922-1976); Hamzah Abu Samah (1924-2012); Najib (1953); dan Nizar (1978)

KELUARGA HUSSEIN ONN 

Di atas tadi, penulis menyentuh sedikit tentang kemasukan Hussein Onn (Allahyarham Tun) dalam arena politik Malaysia melalui keluarga Allahyarham Tun Abd Razak Hussein. Namun sejarah kegemilangan keluarga Tun Hussein Onn telah bermula sejak  awal Kesultanan Johor Moden yang diasaskan oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. Dato' Jaafar bin Muhammad dan anak-anaknya menjadi keluarga yang rapat dan amat dipercayai oleh istana Johor. Mereka adalah keluarga bangsawan Johor yang menguasai pentadbiran negeri tersebut selama berpuluh tahun.

Dato' Jaafar bin Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama (1886-1919) dan anak-anaknya  Dato' Abdullah bin Jaafar merupakan Menteri Besar Johor ketiga (1923-1928), diikuti oleh Dato' Mustapha bin Jaafar sebagai MB Johor ke 4 (1928-1931) dan Allahyarham Dato' Onn bin Jaafar sebagai MB Johor ke 7 (1947-1949). Dato'Onn adalah pengasas UMNO dalam tahun 1946 dan meletak jawatan sebagai MB Johor pada tahun 1949 untuk menumpukan kepada UMNO dan perjuangan kemerdekaan Malaya. Dato' Onn adalah Yang DiPertua UMNO pertama (1946-1950) sebelum mengundurkan diri untuk menubuhkan parti lain.
Peranan keluarga Dato' Onn dalam politik negara turut terhenti. Hussein Onn Ketua Pemuda UMNO dan juga Setiausaha Agong mengikuti jejak ayahnya keluar dari UMNO.  

      
Jaafar (1838-1919), Abdullah (1835-1934), Mustapha (1862-1946) dan Onn (1895-1962)

Hussein tampil ke medan politik dengan menyertai PRU 1968 di kawasan Johor Bahru Timur. Apabila negara pulih dari Darurat Tragedi 13 Mei 1969, Tun Razak membawa Hussein menyertai kabinet sebagai Menteri Pelajaran dan seterusnya TPM pada tahun 1973.  Sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1976,  Hussein segera membalas budi Tun Razak dengan membawa Najib ke dalam politik sebagai Timbalan Menteri setelah memenangi PRK Parlimen Pekan menggantikan ayahandanya. 

Seperti Tun Razak, Tun Hussein juga tidak sempat mendidik anaknya sendiri  berpolitik. Waktu Tun Hussein meletak jawatan anak lelaki sulungnya Hishamuddin baru berusia 20 tahun dan masih belajar. Setelah Dr Mahathir mengambil alih jawatan sebagai PM ke 4 beliau terus memberi laluan kepada anak Tun Razak (Najib) membina kerjaya politiknya sehingga ke tahap tertinggi sebagai PM ke 6.  Dr Mahathir juga membawa anak Hussein Onn, Hishammuddin ke dalam politik dalam tahun 1995 negara bermula sebagai Ahli Parlimen Tenggara, Johor ketika berusia 33 tahun. Beliau kemudian menjadi Timbalan Menteri dan Menteri sehingga Kerajaan BN dan PN tumbang pada tahun 2022. Kejatuhan BN menghancurkan kerjaya Najib dan turut turut mengheret keluar Hishammuddin dari laluan kerjaya yang lebih tinggi.

    
Hussein (1922-1990), Hishammuddin (1961) dan Jaafar Onn (1933-2021)

Nepotisme darah dan keluarga Dato' Jaafar bin Muhammad tidak hanya mengalir ke tubuh Dato' Onn, Hussein dan Hishammuddin.  MB Johor ke 5, Dato' Abdul Hamid bin Mohd Yusof (1931-1934) adalah anak saudara Dato' Jaafar. Ungku Abdul Aziz bin Abd Majid, MB Johor ke 6 (1935-1947) adalah  anak tiri Dato' Jaafar.  

Keluarga Dato' Onn Jaafar juga berkait dengan beberapa keluarga bangsawan lain yang memankan peranan penting dalam pentadbiran politik dan awam negara.  Tun Hussein Onn adalah menantu kepada  juga adalah menantu kepada Tan Sri Mohammad Noah bin Omar,  mantan Speaker Dewan Rakyat yang pertama) dan biras kepada Tun Razak. Maka Najib dan Hishammuddin adalah saudara sepupu.  Salah seorang anak Dato' Onn, Lt Jen Dato' Jaafar bin Onn (B) adalah mantan Timbalan PTD. 

Empayar KELUARGA JAAFAR dan KELUARGA ONN  SERTA keluarga rahman yassin turut menyerap ke dalam KELUARGA SETH. Seorang anak perempuan Dato' Onn (Norziah) berkahwin dengan Jen Tan Sri Ghazali bin Dato' Mohd Seth, Panglima Tentera Darat ke 7 (1977-1982) dan Panglima ATM ke 7 (1982-1985). Dato' Mohd Seth bin Mohd Said adalah Setiausaha Kerajaan Johor ke 6 (1953-1956). Isteri pertama Mohd Said, Datin Kamariah binti Mohd Yassin adalah saudara perempuan kepada Datuk Abdul Rahman bin Mohd Yassin (bapa Tun Dr Ismail dan Tan Sri Sulaiman). Anak perempuan Mohd Seth, Toh Puan Norashikin binti Mohd Seth adalah isteri kepada Tun Dr Ismail bin Abd Rahman (sepupunya).  Setelah Kamariah meninggal dunia, Mohd Seth berkahwin pula dengan anak perempuan Dato' Onn, Saleha binti Dato' Onn.

    
Mohd Seth (1901-1962), Ghazali (1929-2021) dan Norashikin (1930-2010)

KELUARGA DR MAHATHIR

Tun Dr Mahathir ketika berkuasa tidak membenarkan anak-anaknya aktif dalam politik tetapi beliau membawa anak Tun Razak dan Tun Hussein ke dalam politik dan keduanya berjaya dalam kerjaya politik mereka. 

Apabila Mahathir bersara dalam tahun 2003, penggantinya Abdullah tidak berusaha untuk memberi kemudahan kepada laluan politik anak Mahathir. Mahathir berharap agar anaknya Mukhriz diberi peluang untuk menguatkan kedudukan dalam politik negara tetapi Abdullah telah mengecewakan beliau malah terlalu cepat membina nepotismenya sendiri.

  
Mahathir (1925) dan Mukhriz (1964)

Mahathir ketika menjadi PM mempunyai 4 orang Timbalan silih berganti. Bermula dengan Musa Hitam (1981-1986), Ghaffar Baba (1986-1993), Anwar Ibrahim (1993-1998) dan Abdullah (1999-2003).

Anak-anak Tun Musa Hitam tidak ada yang berminat dengan politik. Satu-satunya anak lelaki Musa, Carlos Rashid terbunuh dalam runtuhan kondominium di Ulu Klang pada tahun 1993. Tun Ghaffar Baba cuba membawa anaknya Mohd Tamrin ke dalam arus perdana politik tetapi tidak berhasil. Setelah Ghaffar ditewaskan oleh Anwar untuk  jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam tahun 1993, kerjaya politik Tamrin turut hanyut.  Anwar pula dipecat pada tahun 1998

KELUARGA ABDULLAH BADAWI

Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 5 pada tahun 2003 tetapi beliau tidak berusaha untuk  membawa anak Mahathir ke dalam barisan kepimpinan UMNO. Anak lelaki Abdullah, Dato' Kamaruddin tidak berminat politik kerana menumpukan kerjaya korporatnya. Maka, Abdullah memberi lebih ruang kepada menantunya Khairy Jamaluddin (suami Nori) membina kerjaya politiknya. Lebih memedihkan Mahathir, Khairy menewaskan Mukhriz dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Sejarah penglibatan keluarga Abdullah dalam politik sebenarnya telah dimulakan oleh ayahnya, Datuk Hj Ahmad bin Abdullah bin Ibrahim (Abdullah Fahim), ADUN Kepala Batas/EXCO Pulau Pinang (1959-1974) dan Senator (1962-1968). Abdullah Fahim pula adalah Mufti Pulau Pinang yang pertama selepas merdeka.

Semasa Tun Abdullah menjadi PM, Najib dan Hishammuddin sudah selesa dengan kedudukan mereka, lebih-lebih lagi Najib yang dilantik sebagai Timbalan PM.  Khairy Jamaludin kemudian menjadi Ahli Parlimen Rembau (2008-2022) ketika berusia 32 tahun.  Najib setelah menjadi PM ke 6 (2009-2018) kemudiannya melantik Khairy menjadi Menteri (2013-2018). Dalam Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin (2020-2021) dan Ismail Sabri (2021-2022), Khairy dilantik semula menjadi Menteri (2020-2022). Khairy tewas dalam PRU 15/2022 di kawasan Parlimen Sungai Buloh dan berikutan sikapnya terhadap kepimpinan UMNO, beliau dipecat keahlian UMNO. Hari ini, perjalanan Khairy ke puncak melalui arus perdana sudah semakin malap.

    
Ahmad (1907-1977), Abdullah (1937-2025) dan Khairy (1976)

NAJIB MEMBAYAR HUTANG BUDI

Apabila Najib menjadi PM pada tahun 2009, beliau melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai TPM. Mukhyiddin tiada kaitan persaudaraan dengan mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Najib telah mengambil Mukhriz, anak Tun Dr Mahathir menjadi Timbalan Menteri (2009). Pada masa ini Hishamuddin telah menjadi Menteri yang kanan dalam kabinet. Najib kemudiannya melantik Khairy Jamaludin sebagai Menteri penuh dalam kabinetnya (2013) dan melantik anak Mahathir, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah (2013). Dari segi hutang budi, Najib telah menyelesaikan semua perkiraannya dengan semua Perdana Menteri yang telah membantunya sebelum ini.

KELUARGA MD YASSIN

Perjalanan Muhyiddin @ Mahiaddin Md Yassin dalam kerjaya politik adalah atas usaha dan bakatnya sendiri. Beliau tidak mempunyai kaitan keluarga dengan mana-mana keluarga bangsawan atau pemimpin peringkat nasional atau negeri yang membantunya. Bermula sebagai Ahli Parlimen Pagoh (1978-1986) dan dilantik menjadi Setiausaha Parlimen (1981-1982) dan Timbalan Menteri (1982-1985), kerjaya poilitiknya melonjak naik setelah beliau menewaskan Tan Sri Osman Saat sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh (1984). Kemudiannya menjadi MB Johor ke 13 (1986-1995) dan kembali ke pusat menjadi Menteri penuh (1995-1915) termasuk TPM (2009-2015). Digugurkan dari jawatan pada tahun 1915 seterusnya dipecat dari ahli UMNO pada tahun 2016. Pada tahun 2017 menyertai Tun Dr Mahathir menubuhkan Parti Peribumi Bersatu (PPBM) dan bergabung dengan Pakatan Harapan dan berjaya menumbangkan BN dalam PRU 2018. Seterusnya dilantik menjadi Menteri (2018-2020). Dalam kemelut politik tahun 2020, Kerajaan PH telah runtuh, Muhyiddin dilantik menjadi PM ke 8 dari 1 Mac 2020 hingga kehilangan sokongan majoriti Parlimen pada 16 Ogos 2021. 

Satu-satunya ahli keluarga rapat beliau dalam politik ialah abangnya Tan Sri Abd Aziz Md Yassin, Ahli Parlimen Muar (1995-1999). Anak-anak Muhyiddin tidak berminat menceburi politik.

  
Muhyiddin (1947) dan Abdul Aziz (1932-2022)

KELUARGA ANWAR IBRAHIM

Kerjaya politik Anwar bermula pada tahun 1982 apabila dijemput menyertai UMNO oleh Dr Mahathir untuk menyertai UMNO. Beliau menjadi Ahli Parlimen Perrmatang Pauh (1982-1999), (2008-2013), Port Dickson (2018-2022) dan Tambun (2022-kini).  Nepotisme Anwar Ibrahim bermula sejak beliau dipecat dari UMNO pada tahun 1998. Anwar menubuhkan Parti Keadilan Nasional (ADIL) pada tahun 1998 dan beliau menjadi Presidennya selepas itu jawatan Presiden bertukar ganti antara beliau dengan isterinya Dato' Dr Wan Azizah Ismail sebagai Presiden kerana Anwar  telah dipenjarakan dua kali. Anak sulungnya Nurul Izzah turt aktif dalam politik dan menjadi Naib Presiden PKR (2010-2018) dan (2022-2025) sertA  Timbalan Presiden mulai 2025 ketika Anwar masih menjadi Presiden. 

Bagi Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar adalah penyandang (1982-1999), Wan Azizah (1999-2013), Anwar Ibrahim (2013-2015), Wan Azizah (2015-2018) dan Nurul Izzah (2018-2022). Permatang Pauh jatuh ke tangan PAS dalam PRU 2022.

Selain dari Permatang Pauh, Wan Azizah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Pandan (2018-2022) dan Bandar Tun Razak (2022-kini). Manakala Nurul Izzah juga pernah menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2018)

Setelah Anwar dilantik menjadi PM ke 10, Nurul Izzah telah dilantik menjadi Penasihat Kanan Ekonomi di Kementerian Kewangan (MOF) di mana Anwar adalah juga Menteri Kewangan. Selain dari itu, Nurul Izzah turut dilantik menjadi Pengerusi Bersama Panel Penasihat Kewangan di MOF. Berasaskan kedudukan terkini, Nurul Izzah telah ditunjuk oleh Anwar sebagai bakal penggantinya sebagai Presiden PKR. Mungkin juga sebagai bakal Perdana Menteri jika PH masih mampu mempertahankan kedudukan dalam PRU yang akan datang.
 
    
Anwar (1947), Wan Azizah (952) dan Nurul Izzah (1980

Berikut pula adalah antara pertalian darah di kalangan pemimpin di peringkat Negeri atau Nasional di Malaysia. Dalam kajian saya ini tidak melibatkan hubungan ahli politik dengan tokoh korporat tetapi dari kalangan ahli politik  dan juga pegawai tinggi Kerajaan.

SENARIO NEPOTISME DI JOHOR

Sebahagian dari amalan nepotisme keluarga politik di Johor telah disentuh lebih awal kerana ia telah menjangkau ke pweringkat kepimpinan nasional, iaitu keluarga Abdul Rahman Mohd Yassin dan keluarga Dato' Sir Onn Jaafar.

KELUARGA TAHA DAN SALIM. Dato' Hj Taha bin Zakaria adalah mantan Stae Representative untuk Batu Pahat Coastal (1954-1959) dan ADUN Rengit (1959-1964). Beliau juga mantan EXCO Kanan Negeri Johor merangkap Timbalan MB.  Anak Dato' Taha, Dato' Hj Daud adalah Ahli Parlimen Batu Pahat (1982-1995), Pengerusi PAC (1983-1985) dan  Timbalan Menteri (1985-1995). Manakala isteri Dato' Mohd Yunus bin Sulaiman (Datin Zaharah) ADUN  Gelang Patah (1974-1986) dan Tanjung Putri (1986-1990), EXCO (1978-1986) dan Speaker DUN Johor (1986-1990) adalah anak saudara kepada Dato' Taha.

Datuk Hjh Fatimah binti Salim, Ahli Dewan Negara (1977-1983) adalah adik kepada Tan Sri Redzuan bin Salim, ADUN Peserai (1974-1986). Manakala Puan Sri Atkah binti Abdullah, ADUN Seri Medan (1990-1999) adalah isteri Tan Sri Redzuan. Selanjutnya Dato' Abd Hamid bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Sungai Benut (1990-2004) dan ADUN Machap (2004-2013) adalah menantu kepada Datuk Fatimah Salim. Redzuan dan Fatimah adalah adik angkat kepada Dato' Taha.

        
Daud (1939-2014) Taha Zakaria (1915-1989) dan Mohd Yunus

    
Tan Sri Redzuan, Puan Sri Atkah dan Dato' Hamid

KELUARGA SYED ALBAR. Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen Panti/Kota Tinggi (1990-2013) Menteri Kabinet (1995-2008) adalah anak kepada Tan Sri Syed Jaafar Albar, Ahli Parlimen Johor Tenggara/Panti (1959-1977), Setiausaha Agong UMNO (1953-1963), Menteri Muda (1960-1962) dan Ketua Pemuda UMNO (1976-1977).

   
Tan Sri Syed Hamid (1944) dan Tan Sri Syed Jaafar (1914-1977)

KELUARGA SYED ASSAHABDatuk Sharifah Azizah binti Syed Zain AsSahab, Senator (2007-2010), ADUN Penawar (2018-2022) ADUN Mahkota (2022-2024)  adalah anak perempuan kepada Dato' Syed Zain bin Syed Edrus AsSahab ADUN Simpang Rengam /Parit Raja (1969-1988) dan Speaker DUN Johor (1978-1986).

   
Datuk Sh Azizah (1960-2024), Dato' Syed Zain (19xx-1988)

KELUARGA KOSAI. Datuk Dr Robia binti Kosai, Ahli Parlimen Muar (1999-2004) ADUN Sg Balang/EXCO Johor (2014-2013), MP Timbalan Menteri EXCO Johor adalah anak kepada Dato' Kosai bin Hj Salleh, ADUN Parit Bakar/EXCO Johor (1959-1968). Manakala ibu Robiah, Datin Hajah Zaharah binti Abdul Majid adalah ADUN Pt Jawa/Seri Menanti/Semerah (1969-1982).

    
Dr Robia (1949-2014), Dato' Kosai (1914-1968) dan Datin Zaharah

KELUARGA FATIMAH MAJID. Datin Paduka Siti Fatimah Abd Majid adalah ADUN wanita pertama di Johor. Beliau menjadi ADUN Plentong (1959-1964) kemudian menjadi Ahli Parlimen Johor Bahru Timur (1964-1969, Batu Pahat Dalam (1969-1974) dan Semerah (1974-1978).  Siti Fatimah adalah ibu kepada Datuk Siti Zainab @ Zainabon binti Sheikh Abu Bakar Ahli Parlimen Tebrau (1990-1999) dan Timbalan Menteri (1995-1997). 

Dato' Siti Fatimah (1919-2013) dan Siti Zainab (1941)
(gambar Datuk Siti Zainab amat sukar diperolehi)

KELUARGA SAPIAN. Dato' Hj Osman bin Sapian, ADUN Kempas (1999-2021) dan Menteri Besar Johor ke 16 (2018-2019) adalah adik kepada Datuk Abdul Aziz Sapian, ADUN Nusa Jaya (2004-2013). Kedua-duanya memulakan kerjaya politik dengan UMNO tetapi mulai 2018, Osman menyertai BERSATU. 

  
Dato' Osman (1950-2021) dan Datuk Abdul Aziz (19xx)

KELUARGA CHUA. Datuk Chua Tee Yong, Ahli Parlimen Labis (2008-2018) dan  Timbalan Menteri (2010-2018) adalah anak kepada Tan Sri Dr Chua Soi Lek, ADUN Penggaram (1986-2004),  EXCO Johor (1990-1995), Ahli Parlimen Labis (2004-2008) dan Menteri (2004-2008) dan juga Presiden MCA (2008-2013).

  
Datuk Tee Yong (1977) Tan Sri Sooi Lek (1947)

KELUARGA MAT AZIZ. Tan Sri Hj Mohamad bin Aziz adalah ADUN Parit Yaani (1986-1999), Ahli Parlimen Sri Gading (1999-2013) dan Speaker DUN Johor (2013-2018). Setelah Mohamad bersara dari Parlimen, isteri beliau Puan Sri Azizah binti Zakaria telah dipilih menjadi ADUN Parit Raja (2013-2018).

  
Tan Sri Mohamad (1940-2020) dan Puan Sri Azizah (1955)

KELUARGA KAMISAN. Dato' Hj Zulkarnain bin Kamisan, ADUN Sri Medan (2013 hingga kini) adalah anak kepada Dato' Hj kamisan bin Ashari, ADUN Sri Medan (1974-1990). Gambar allahyarham Dato' Kamisan tidak diperolehi. 


Zulkarnain Kamisan (1972)
(gambar Allahyarham Datuk Kamisan Ashari tidak ditemui)

KELUARGA IBRAHIM. Mohd Azahar bin Iibrahim, ADUN Tenang (2011-2028) dan dan adiknya Datuk Norshida binti Ibrahim, ADUN Buluh Kasap (2013-2018) adalah anak kepada Datuk Ibrahim bin Daud, ADUN Tenang (1999-2004)

      
Azahar (1972) Datuk Norshida (1975) dan Datuk Ibrahim (19xx-20xx)

SENARIO NEPOTISME DI KEDAH
 
Selain dari kegagalan Tun Dr Mahathir membina warisan politiknya, Kedah juga melahirkan beberapa keluarga politik di peringkat Negeri dan Persekutuan.

KELUARGA SHEIKH FADZIR.  Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu (1978-2008), Timbalan Menteri (1990-1999) dan  Menteri Kabinet (1999-2004). Beliau mempunyai tiga lagi adik yang aktif dalam politik.  Datuk Musa Sheikh Fadzir adalah Senator (2004-2010) dan Pengerusi KTMB (2021-kini); Allahyarham Datuk Haidar Ali Sheikh Fadzir, mantan Ketua Pemuda UMNO WP KL;  dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, ADUN Kuala Ketil (2004-2008) dan Ahli Parlimen Kulim-BB (2008-2013).

        
Tan Sri Abdul Kadir (1939), Datuk Musa (1950), Datuk Haidar Ali (1961-2005) dan 
Dato' Abdul Aziz (1963)

KELUARGA FADZIL NOOR. Datuk Hj Fadzil bin Mohd Noor adalah Presiden PAS (1989-2002). Beliau juga adalah ADUN Bukit Raya (1982-1999), ADUN Anak Bukit (1999-2002)  dan Ahli Parlimen Pendang (1999-2002). Fadzil juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen (1999-2002).

    
Dato' Fadzil (1937-2002), Mohd Faiz (1977) dan Ahmad Fauwaz (1981) 

KELUARGA JOHARI ABDUL. Tan Sri Johari bin Abdul merupakan Ahli Parlimen Sungai Petani (2008-2022) dan ADUN Gurun (2018-2022) serta Speaker Dewan Rakyat (2022 - kini). Manakala anaknya  Dr Muhammad Taufiq bin Johari adalah Ahli Parlimen Sungai Petani (2022- kini). 

Johari juga merupakan anak saudara Datu' Shuaib bin Lazim , Senator (1985-1991). Sepupu Johari, Datin Seri Shuriani binti Shuaib adalah isteri kepada Dato' Serohd Shafie bin Apdal (Sabah).

  
Tan Sri Johari (1955) dan Dr Taufiq (1996)

KELUARGA ISMAIL NASUTION. Datuk Hj Sahlan bin Ismail Nasution adalah SUPol PM (2008-2018), pernah bertanding dalam PRU 13 di Parlimen Pokok Sena tetapi tewas. Adiknya, Dato' Seri Saifudin  bin Ismail Nasution pula aktif bersama PKR/Pakatan harapan. Saifudin adalah ADUN Lunas Kedah (2000-2004), Ahli Parlimen Machang (2008-  2013), Ahli Parlimen Kulim-Bdr Baharu (2018-2022) dan ADUN Pulau Jerejak (2018-2023)  serta Menteri Kabinet (2018-2020) & (2022- kini). Beliau juga adalah SU Agung PKR ((2010-2014) & (2018-2024).

  
Datuk  Shahrir (19xx) dan Dato' Seri Saifudin (1963)

SENARIO NEPOTISME DI KELANTAN
 
Seperti di Johor, kepimpinan politik di peringkat awal, khususnya UMNO banyak melibatkan keluarga bangsawan termasuk kerabat istana. Tan Sri Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmud  Menteri Besar Kelantan ke 6 (1944-1953), Duta (1956-1958), Ahli Parlimen Kota Bharu Hilir (1959-1974) dan Speaker Dewan Rakyat (1974-1977) adalah anak kepada  Dato' Nik Mahmud bin Nik Ismail, MB Kelantan ke 5 (1921-1944). Salah seorang anak Nik Ahmad Kamil adalah Lt Jen Nik Mahmood Fakharuddin Kamil adalah mantan Timbalan Panglima Tentera Darat.

    
Tan Sri Nik A. Kamil (1909-1977), Dato' Nik Mahmud (1882-1964)
(gambar Dato' Nik Mahmood Fakharuddin Kamil (1936-1990) tidak diperolehi)

KELUARGA TENGKU AHMAD. Dato' Tengku Noorasiah binti Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (UMNO) Tumpat (1974-1982) adalah kakak kepada Dato' Tengku Zaid bin Tengku Ahmad, Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (1967-1978). Dua ornang lagi adik kepada Tengku Noraishah adalah  Sultanah Johor, iaitu Sultanah Nora (Sultan Ismail) dan Sultanah Zanariah (Sultan Iskandar).

      
Tengku Noorasiah (1930-2013), Tengku Zaid (1932-1983), Sultanah Nora (1937) dan Sultanah Zanariah (1940-2019)

KELUARGA TENGKU HAMZAH.  Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang (1974-2022) dan Menteri Kabinet (1976-1987) adalah anak kepada Tengku Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, Menteri Besar Kelantan ke 7 (1953-1959).

  
Tan Sri Tengku Razaleigh (1937) dan Tengku Mohd Hamzah (1909-1961)

KELUARGA NIK AZIZ.  Tuan Guru Tan Sri Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah  Ahli Parlimen (PAS) Kelantan Hilir (1967-1974), Pengkalan Chepa (1974-1986), ADUN Chempaka (1986-1995) Semut Api/Cempaka (1995-2015) dan Menteri Besar Kelantan ke 17 (1990-2013). Dua orang anak lelaki beliau aktif dalam politik. Nik Abduh adalah  Ahli Parlimen (PAS) Pasir Mas (2013-2018), Bachok (2018-2022) dan Senator (2023-kini). Abang Nik Abduh, Nik Omar kurang menyerlah dari adiknya dan keluar dari PAS pada 2017 dan menyertai Amanah pernah bertanding di DUN Chempaka (2018) dan Parlimen Pasir Salak (2022) dan tewas kedua-duanya. Salah seorang menantu Nik Aziz, Ir Abdul Ariffahmi bin Abd Rahman pernah menimbulkan kontroversi kerana dilantik menjadi CEO Perbadanan MB Kelantan Diperbadankan (2009) dan beliau segera meletak jawatan. 

       
Tan Sri Nik Aziz (1931-2015) Nik Abduh (1970), Nik Omar (1965) dan Ir Ariffahmi

KELUARGA NIK ABDULLAH. Dato' Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1995-2004), ADUN Panchor (2004-kini), EXCO (2004-2013), Timbalan MB Kelantan (2013-2022) dan Speaker DUN (2023-kini) adalah anak Dato' Nik Abdullah bin Haji Arshad, ADUN Kota Bharu Pantai (1959-1974), Sering (1974-1986) dan Ahli Parlimen  Pengkalan Chepa (1986-1995). Seorang menantu Nik Abdullah, Dr Muhammad bin Md Daud adalah ADUN Tendong (2008-2011)

    
Dato' Nik Amar dan (1959) dan Dato' Nik Abdullah (19xx-1996) 
Dr Muhammad (1947-2011)

SENARIO NEPOTISME DI MELAKA

KELUARGA ABDUL GHAFFARTun Abdul Ghaffar bin Baba Sebagai pendokong kemerdekaan, Ghaffar  mempunyai kekuatan tersendiri dalam politik Malaysia. Beliau adalah ADUN Tg Keling (1959-1969), Ketua Menteri Melaka ke 2 (1959-1967),  Ahli Parlimen Jasin (1969-1999), Batu Berendam (1999-2004), Menteri Kabinet  (1970-1976) (1986-1993) dan TPM (1986-1993). Menteri Namun kehadiran pemimpin era moden dan agresif telah meminggirkan Ghaffar. Ghaffar telah  mempertaruhkan anak keduanya Mohd Tamrin dalam kancah politik nasional sebagai Ahli Parlimen Batu Berendam (1986-1995) tetapi kerjaya politik beliau terhenti setakat itu. Menantu pertama Ghaffar berjaya bertapak dalam politik Melaka. Datuk Seri Ahmad bin Hamzah adalah ADUN Serkam (1995-2008) dan Ahli Parlimen Jasin (2008-2022) dan Timbalan Menteri (2020-2022). Selain itu, salah seorang menantu Ghaffar, Laksamana Tan Sri Aziz Jaffar adalah Panglima Tentera Laut ke 15 (2008-2015).

      
Tun Ghaffar (1925-2006), Datuk Tamrin (1947), Datuk Seri Ahmad Hamzah (1948) dan 
Tan Sri Aziz Jaffar (1956)

KELUARGA TAN. Tun Tan Cheng Lock adalah pengasas MCA dan Presiden MCA (1949-1959). Beliau tidak mahu menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan Menteri.  Anak Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin adalah Presiden MCA ke 3 (1961-1974), Ahli Parlimen Melaka Tengah (1955-1974) dan Menteri Kabinet (1955-1974).

   
Tun Chen Lock (1883-1960) dan Tun Siew Sin (1916-1988)

KELUARGA ITHNIN. Datuk Ahmad bin Ithnin adalah  Ahli Parlimen Jasin (1969-1978), Senator (1979-1982) dan ADUN Merlimau (1982-1986).  Adik Ahmad, Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin adalah ADUN Sungai Rambai (1986-1995) Speaker DUN (1986-1994), ADUN Merlimau (1995-1999), Ketua Menteri Melaka ke 8 (1997-1999), Ahli Parlimen Jasin (1999--2004) dan SUPar (1999-2004).  
Datuk Roslan bin Ahmad, ADUN Merlimau (2011-2021) dan EXCO (2013-2018)(2020-2021) adalah anak kepada Datuk Ahmad Ithnin. Manakala  
Datuk Khaidiriah @ Dira Abu Zahar, ADUN Rim (2021-kini) adalah anak kepada Abu Zahar Ithnin.

    
Datuk Roslan (1967), Datuk Seri Abu Zahar (1937-2013) Datuk Dira (1984)
(gambar Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin tidak ditemui)

SENARIO NEPOTISME DI NEGERI SEMBILAN

KELUARGA ABDUL SAMAD. Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad, ADUN Linggi (1978-2004) Menteri Besar NS ke (1982-2004), Ahli Parlimen Jempol (2004-2008), Menteri Kabinet (2004-2005), ADUN Bagan Pinang (2009-2013) Ahli Parlimen Jempol (2013-2018) dan Pengerusi Felda (2011-2017). Setelah isterinya meninggal dunia pada tahun 2005, Mohd Isa berkahwin pula dengan Puan Sri Dato' Bibi Sharliza binti Mohd Khalid, ADUN Paroi (2004-2008) dan ADUN Juasseh (2023-kini). Dalam PRN Negeri Sembilan 2023, anak Mohd Isa, Mohd Najib bin Mohd Isa bertanding di DUN Bagan Pinang tetapi tewas.

    
Tan Sri Mohd Isa (1949), Puan Sri Dato' Bibi Sharliza (1971) dan Mohd Najib (1978)

SENARIO NEPOTISME DI PAHANG
 
Kesah keluarga Dato' Hussein (ayah Tun Razak), orang Pahang dalam senario politik Malaysia telah diceritakan di awal Bab Malaysia. Selain dari keluarga Hussein terdapat beberapa lagi keluarga politik di peringkat politik Negeri  Pahang
 
KELUARGA MOHD SETH. Dato' Abd Halim bin Mohd Seth, ADUN Kerdau (1986-1990) adalah adik kepada Tan Sri Haji Yahya bin Mohd Seth, ADUN Sanggang (1959-1974) Menteri Besar Pahang (1964-1972).

Tan Sri Yahya (19xx-19xx) 
(gambar Dato' Abd Halim (1946-2011) tidak diperolehi)

KELUARGA ABD RAHMAN TALIB. Dato' Sri Fauzi bin Abd Rahman, Ahli Parlimen Kuantan (1990-1999),  SUPar (1990-1997), Timbalan Menteri (1997-1999), ADUN Beserah (1999-2004), Ahli Parlimen Indera Mahkota (2013-2018) adalah anak kepada Dato' Abdul Rahman bin Talib, Ahli Parlimen Kuantan (1959-1968) dan  Menteri Kabinet (1959-1965). Fauzi bertukar dari UMNO kepada PKR pada tahun 2008.

  
Dato' Seri Fauzi (1946) dan Dato' (Dr) Abd Rahman (1916-1968)

KELUARGA MOHD KAWI
Dato' Mohamed Khairudin bin Mohamed Kawi, ADUN Tg Besar (1959-1969), ADUN Jerantut (1969-1974), ADUN Jenderak (1974-1978) dan Speaker DUN Pahang (1974-1978) adalah abang kepada Dato' Rahimah Mohamed Kawi,  ADUN Kuala Tahan (1995-1999). 

  
Dato' Seri Khairudin (1928-2013) dan Dato' Rahimah (1937-2024)

SENARIO NEPOTISME DI PERAK

KELUARGA GHAZALI JAWI.  Tan Sri Mohamed Ghazali bin Hj Jawi, Ahli Parlimen Sg Perak Ulu (1955-1959), ADUN Larut Selatan/Matang (1956-), Menteri Besar Perak (1957-1960), Senator (1963-1964) Duta ke Mesir (1960-1964) Ahli Parlimen Ulu Perak (1964-1969) Menteri Kabinet (1964-1974), ADUN Kenering (1974-1977) Menteri Besar Perak (1974-1977). Mohd Ghazali adalah bapa kepada Tan Sri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali, ADUN Kenering (1977-1978), Ahli Parlimen Gerik (1978-1999), Timbalan Menteri (1986-1999) ADUN Kenering (1999-2004), ADUN Pengkalan Hulu (2004-2013) dan MB Perak ke 9 (1999-2008). Seorang lagi anak Ghazali Prof Tan Sri Ir Dr Mohd Zulkifli bin Ghazali adalah Naib Canselor UTM ke 4 (2001-2008) dan kini salah seorang Pro-Canselor UTM.

      
Tan Sri Mohd Ghazali (1924-1982), Tan Sri Mohd Tajol Rosli (1946) dan 
Prof Tan Sri Mohd Zulkifli

KELUARGA YUSOF RAWA. Dato' Yusof bin Abdullah (Yusof Rawa) adalah Ahli Parlimen Kota Setar Selatan (1969-74), Timbalan Menteri (1973-1974), Ahli Parlimen Ulu Muda (1974-1978), Duta (1974-78) dan Presiden PAS (1982-1989). Anak Yusof Rawa, Datuk Seri Dr Mohd Mujahid bin Yusof adalah Ahli Parlimen Parit Buntar (2008-2022), mewakili PAS (2008-2015) dan PAN (201.5-2022) dan Senator (2023-kini)- dan Timbalan Presiden PAN (2023-kini)

   
Dato' Yusof Rawa (1922-2000) dan Dato' Dr Mujahid Rawa (1964)

KELUARGA LIM. Tun Dr Lim Kheng Yaik adalah Senator (1972-1978), Menteri (1972-1973), ADUN Jalong (1978-1986), Ahli Parlimen Bruas (1986-2008), Menteri Kabinet (1986-2008) serta Preseden Gerakan (1980-2007).  Anak beliau Lim Si Pin adalah Ketua Pemuda Gerakan- masih kurang menyerlah kerana kerjaya politiknya terbantut akibat kejatuhan BN dalam tahun 2018. Pernah menyertai PRU 13 di kawasan Parlimen Batu (WPKL) dan tewas.

  
Kheng Yaik (1939-2012) dan Si Pin  (x) 

KELUARGA ONG. Tan Sri Ong Ka Chuan adalah ADUN Chenderiang (1986-2004), Ahli Parlimen Tg Malim (2008-2018) dan Menteri Kabinet (2008-2009) (2015-2018) adalah abang kepada Tan Sri Ong Ka Ting, Ahli Parlimen Pontian (1990-2004), Tg Piai (2004-2008), Kulai (2008-2013), Menteri Kabinet (1999-2008) serta Presiden MCA (2004-2008).

  
Dato' Ka Chuan (1954) dan Tan Sri Ka Ting (1956)

Dato' Hajah Mastura bin Mohd Yazid adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2016-2022) dan Timbalan Menteri (2021-2022) menggantikan tempat suaminya  Dato' Wan Khairil Anuar bin Wan Ahmad,  Ahli Parlimen Kuala Kangsar (2008-2016). Dato' Khairil Anuar terbunuh dalam kemalangan helikopter di Betong Sarawak pada 5 Mei 2016. 

  
Dato' Mastura (1962) dan Dato' Wan Khairul Annuar (1960-2016)

SENARIO NEPOTISME DI PERLIS

KELUARGA SHEIKH AHMAD. Tan Sri Radzi bin Sheikh Ahmad, Ahli Parlimen Kangan (1982-1990) dan (2004-2013)), Timbalan Menteri (1983-1990) dan Menteri (2006-2008) dan Senator (2020-2022) adalah anak kepada Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim, AMPN Paya (1954-1959),  ADUN Bintong (1959-1974) dan Menteri Besar Perlis (1959-1972). Radzi mewakili UMNO (1982-1988), S46 (1990-1996), UMNO (1996-2018) dan menyertai BERSATU pada 2018.

  
Tan Sri Radzi (1942) dan Tan Sri Sheikh Ahmad (1896-1982)

KELUARGA KASIM. Dato' Seri Dr Shahidan bin Kassim adalah ADUN Tambun Tulang (1995-2013), Menteri Besar Perlis ke 7 (1995-2008), Ahli Parlimen Arau (1986-1995) dan (2013-kini) dan Menteri Kabinet (2013-2018) dan (2021-2022). Shahidan mewakili UMNO (1986-2022) dan PAS (2022-kini). Adik Shahidan, Dato' Ismail bin Kassim adalah Ahli Parlimen Arau (2008-2013) dan DUN Tambun Tulang (2013-2022).

  
Dato' Seri Dr Shahidan (1951) dan Dato' Ismail (1959-2023)
 
KELUARGA ALI.  Dato' Azihani binti Ali, ADUN (UMNO) Sena (1999-2008) adalah anak perempuan kepada Dato' Hj Ali bin Hj Ahmad, ADUN (UMNO) Oran (1978-1986) dan Menteri Besar Perlis ke 5 (1981-1986). 

   
Dato' Azihani (19xx) dan Dato' Ali (1925-1992)

SENARIO NEPOTISME DI PULAU PINANG
 
KELUARGA SINGH DEO. Dato' Seri Karpal Singh a/l Ram Singh Deo, seorang peguam yang terkenal adalah Pengerusi DAP (2004-2014). Beliau juga merupkan Ahlli Parlimen Jelutong (1978-1999), Bukit Gelugor (1999-2014). 

Legasi politik Karpal diteruskan oleh 3 orang anak-anaknya yang juga berkerjaya sebagai peguam.  Anak sulungnya, Jagdeep Singh Deo adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor (1999-2018) dan Datok Keramat (2018-2022). Anak keduanya, Gobind Singh Deo pula adalah Ahli Parlimen Puchong (2008-2022) dan Damansara (2022-kini), Menteri Kabinet (2018-2020) dan (2022-kini) serta Pengerusi DAP (2025-kini). Manakala anak ketiganya Ramkarpal Singh adalah Ahli Parlimen Bkt Gelugor (2014-kini) dan Timbalan Menteri (2022-kini).

      
Karpal (1940-2014), Jagdeep (1971), Govind (1973) dan Ramkarpal (1976)

 SENARIO NEPOTISME DI SABAH

KELUARGA MUSTAPHA. Tun Datu Mustapha bin Datu Harun adalah Yang DiPertua Negara Sabah pertama (1963-1967) kemudian menceburkan diri dalam politik sebagai ADUN Bengkoka (1971-1976) dan Banggi (1976-1981), Ketua Menteri Sabah ke 3 (1967-1975). Darah politik Tun Mustapha mengalir dalam tubuh anak-anak lelakinya. Datuk Abdul Hamid adalah ADUN Usukan (1986-1987), Datu Amir Kahar  adalah ADUN Banggi (1986-2008) dan Ahli Parlimen Marudu (1990-2004) dan Datuk Badaruddin , walaupun aktif dalam politk namun belum pernah memenangi kerusi ADUN atau Parlimen.

    
Tun Mustapha (1918-1995), Datuk Amir Kahar (1950), Datuk Badaruddin (1960-2024)
(tiada gambar Datuk Abd Hamid (19xx-1987)

KELUARGA FUAD STEPHENSTun Mohd Fuad Stephens bin Abdullah (nama asal: Donald Aloysius Marmaduke Stephens) adalah Ketua Menteri Sabah pertama (1963-1964), Duta (1968-1973), Yang DiPertua Negara Sabah ke 3 (1973-1975), ADUN Kiulu (1976) dan KM Sabah ke 5 (Apr- Jun 1976). Terkorban dalam tragedi kemalangan pesawat pada 6 Jun 1976. Balu Tun Fuad, Toh Puan Rahimah Stephens (nama asal: Cecilia June Luther) mengambil alih ADUN Kiulu (1976-185) dan Menteri Sabah (1976-1985).

  
Tun Mohammad Fuad (1920-1976) dan Toh Puan Datuk Rahimah (1930-2022)

KELUARGA SAKARAN. Tun Sakaran Mohd Hashim bin Dandai adalah ADUN Semporna (194-1982), Sulabayan (1982-1990) & (1994-1995), Ahli Parlimen Semporna (1986-1995), Ketua Menteri Sabah ke 8 (1994) dan Yang DiPertua Negeri Sabah ke 8 (1995-2002). DUN Sulabayan diwarisi oleh anak lelakinya Datuk 
Mohd Nasir bin Sakaran, ADUN Senallang (1999-2018), Sulabayan (1990-1994) dan (1995-1999) serta Menteri Kabinet Sabah (2008-2018).

    
Tun Sakaran (1930--2021) dan Datuk Mohd Nasir (1953) 

KELUARGA TITINGAN. Datuk Abu Bakar Titingan bin Damsani adalah tokoh politik Sabah serta kumpulan pengasas USNO di zaman Tun Datu Mustapha. Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Anak sulung Abu Bakar, Datuk Ahmad Baharom Titingan adalah ADUN Balung (1981-1990) TKM (1990-1994). Adik Ahmad Bahrom, Datuk Tawfiq bin Abu Bakar Titingan adalah ADUN Apas (2004-2018) dan Menteri (2013-2018). Tawfiq meninggal dunia dalam jawatan. Kekosongan DUN Apas diisi oleh adiknya, Datuk Mohd Nizam bin Abu Bakar menjadi ADUN Apas (2018- kini). dan Timb Menteri (2022-kini).

    
Datuk Ahmad Bahrom (1946), Datuk Tawfiq (1962-2018) dan Datuk Mohd Nizam (1968).
(gambar Datuk Seri Abu Bakar Titingan (1920-1980) tidak diperolehi)

KELUARGA KITINGAN. Tan Sri Datuk Seri Pairin Kitingan adalah Ketua Menteri Sabah ke 7 (1985-1994) juga merupakan ADUN Tambunan (1976-2018), Ahli Parlimen Keningau (1986-2018) serta penaja dan Presiden PBS (1985-2018).
Adik Pairin, Datuk Dr Jeffery Gapari @ Geoffery Kitingan adalah ADUN Bingkor (1994-2004) & (2013-2018), DUN Tambunan (2018-kini), Ahli Parlimen Keningau (2018-2022) dan Timbalan KM Sabah (2020-kini). Jeffery kerap bertukar parti, dari PBS ke PBRS ke AKAR kembali ke PBS, kemudian ke PKR dan kini STAR.

  
Datuk Seri Pairin (1940) dan Datuk Seri Jeffery (1947), 

KELUARGA AMAN. Tun Musa bin Aman, kini adalah Yang DiPertua Negeri Sabah (mulai 2025), beliau adalah ADUN (USNO) Sugut (1990-1994), ADUN (UMNO) Sg Sibuga (1994-2022), Menteri Sabah (1999-2003) dan Ketua Menteri Sabah ke 15 (2003-2018). Abang Musa, Datuk Ayub bin Aman adalah ADUN (Berjaya) Bingor  (1976-1985) dan Menteri Sabah (1978-1984). Seorang lagi adik Musa, Datuk Seri Anifah bin Aman adalah Ahli Parlimen (UMNO) Beaufort (1999-2004), Kimanis (2004-2018), Timbalan Menteri (1999-2008) dan Menteri Kabinet Pusat (2009-2018) dan kini Presiden PCS (2020). 

Anak Musa, Datuk Yamani Hafiz bin Musa adalah Ahli Parlimen Sipitang (2019-2022), Pengerusi FELCRA (2020-2021) dan Timbalan Menteri Pusat (2021-2022). Seorang menantu Musa, Datuk Mohd Ariffin bin Mohd Ariff adalah ADUN (GRS) Membakut (2004-kini) dan Menteri Sabah (2020-kini).

Seorang anak saudara Musa (anak Ayub) iaitu Annuar bin Ayub adalah ADUN (Solodariti) Liawan (2020-kini).

      
Tun Musa (1951), Datuk Ayub (1942) dan Datuk Anifah (1953)

    
Datuk Yamani (1977), Datuk Mohd Ariffin (1963) dan Annuar (1961)

KELUARGA SAID. Tun Mohamed Said bin Keruak adalah Yang DiPertua Negeri Sabah ke 7 (1987-1994). Sebelum ke jawatan itu, Mohd Said mwerupakan ADUN Usukan (1967-1981), Ahli Parlimen Kota Belud (1971-1982), Menteri Kabinet Sabah (1962-1976) dan Ketua Menteri Sabah ke 4 (1975-1976).

Ketokohan Mohd Said diwarisi oleh anak lelakinya, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Mohd Said adalah ADUN Usukan (1994-1999) & (2015-2018), Ahli Parlimen Kota Belud (1995-2008) Ketua Menteri Sabah ke 9 (1994-1996), Senator (2015-2018) dan Menteri Persekutuan (2015-2018). Selain itu, kakak kepada Dr Mohd Salleh, Datin Dr Saidatul Badru binti Mohd Said juga aktif dalam pergerakan wanita UMNO namun tidak pernah menjadi Wakil Rakyat.

    
Tun Mohd Said (1925-1995) dan Datuk Seri Mohd Salleh (1957) dan 
Datin Saidatul Badru (1950) 

KELUARGA MOJUNTIN. Politik dalam keluarga Mojuntin didahului oleh Datuk Peter Joinod Mojuntin adalah Ahli Parlimen Sabah (1963-1964), ADUN Moyog (1967--1976) dan Menteri Kabinet Sabah (1976). Peter terbunuh dalam kemalangan pesawat pada tahun 1976. Ini diikuti oleh abangnya Datuk George Jomiton Mojuntin yang merupakan ADUN Matunggong (1978-1981). 
Kekosongan dari kematian Peter diisi oleh adiknya,Conrad Jomilon Mojuntin yang merupakan  ADUN Moyog (1976-1985) yang juga Menteri Kabinet Sabah (1983-1985)

Legasi keluarga Mojuntin diteruskan oleh  Datuk Donald Peter Mojuntin, Ahli Parlimen Penampang (2004-2008), ADUN Moyog (2008-2013), Pemb Menteri (2008-2013) dan  Senator (2018-2021) yang merupakan anak lelaki kepada Peter Mojuntin.

      
George Jomiton (1935-1984), Datuk Peter Joinod (1939-1976) Conrad Jomilon (1948-2021) dan Datuk Donald Peter (1965) 

KELUARGA ONGKILI.  Datuk Dr James Peter Ongkili adalah ADUN Tamparuli (1976-1983) dan Ahli Parlimen Tuaran (1978-1986) dan Menteri/TKM Sabah (1978-1983) Menteri Kabinet Pusat (1983-1986). Adik James ialah Datuk Dr Maximus Ongkili adalah ADUN Langkon (1994-1999), Ahli Parlimen Kota Marudu (2004-2022) dan Menteri Kabinet Pusat (2004-2018) dan (2020-2022).

  
Datuk Dr James (1939-2006) dan Datuk Dr Maximus (1953)

KELUARGA APDAL.  Keluarga Apdal adalah kembangan dari keluarga Sakaran Dandai. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah Ahli Parlimen Semporna (1995-kini), Timbalan Menteri (1999-2004), Menteri Kabinet Pusat (2004-2015), ADUN Senallang (2018-kini), Ketua Menteri Sabah ke 15 (2018-2020). Beliau juga adalah Presiden Warisan sejak ditubuhkan pada tahun 2016.

Adik Mohd Shafie, Datuk Mohammad Yusof bin Apdal adalah ADUN Lahad Datu (2013-2018), Ahli Parlimen Lahad Datu (2018-kini) dan Timbalan Menteri (2022-kini).  Mohd Shafie dan Mohd Yusof adalah anak saudara kepada Tun Sakaran bin Dandai. Datuk Mohd Shafie adalah menantu kepada Datuk Shuib bin Lazim, Senator (1988-1991).

  
Datuk Shafie (1957) dan Datuk Yusof (1960)

KELUARGA MOHD DUN.  Datuk Seri Mohd Dun bin Banir, ADUN Beaufort (1967-75) dan Lumadan (1976-1981) Menter Kabinet Sabah (1975-1976). Anak lelaki Mohd Dun, Datuk Jahari @ Johari bin Mohd Dun adalah ADUN Lumadan (1980-1985) dan Pemb Menteri (1982-1985). Manakala adik Johari,  Datuk Seri Azizah binti Mohd Dun, Ahli Parlimen Beaufort (2004-2008) dan (2013-2022), ADUN Klias (2008-2013), Timbalan Menteri (2004-2008) dan (2013-2018) serta Pengerusi MARA (2020-2023).

  
Datuk Seri Azizah (1958) dan Datuk Johari

KELUARGA AHMAD RAFAEE.  Datuk Dayang Mahani binti Ahmad Raffae, ADUN Lumadan (1986-1999) dan Senator (2004-2007) adalah anak kepada Yang DiPertua Negara Sabah ke 2, Tun Pengiran Haji Ahmad Raffae bin Pengiran Haji Omar.Tun Ahmad Rafee(1965-1973).

  
Datuk Dayang Mahani (1951-2022) dan Tun Ahmad Raffae (1907-1995)

KELUARGA KURUP.  Tan Sri Joseph Kurup adalah ADUN Sook (1985-2004), Menteri Sabah (1985-2004) dan Ahli Parlimen Pensiangan (2008-2018) juga Timbalan Menteri (2008-2013) dan Menteri Persekutuan (2013-2018). Anak Joseph, Dato' Srei Arthur Joseph Kurup adalah Ahli Parlimen Pensiangan (2018- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2023- kini).

  
Tan Sri Joseph (1944-2024) dan Dato' Sri Arthur (1982)

 SENARIO NEPOTISME DI SARAWAK

KELUARGA ABDUL RAHMAN. Tun Abdul Rahman bin Ya'kub adalah Ahli Parlimen (lantikan) Sarawak (1963-1969), Ahli Parlimen  Payang (1969-1978) & Paloh (1978-1981), Menteri (1969-1970), ADUN Kuala Rejang (1970-1981), Ketua Menteri Sarawak ke 3 (1970-1981) dan Yang DiPertua Negeri Sarawak ke  ke 4 (1981-1985).

Anak perempuan Abdul Rahman, Datuk Norah binti Abd Rahman adalah Ahli Parlimen Tanjung Manis (2008-2018).
Selain dari itu, Tun Abd Rahman adalah bapa saudara kepada Tun Abdul Taib bin Mahmud dan besan kepada Tun Abdul Razak bin Hussein.

  
Tun Abd Rahman (1928-2015) dan Datuk Norah (1958)

KELUARGA TAIBPehin Tun Abdul Taib bin Mahmud adalah anak saudara Tun Abdul Rahman bin Ya'kub. Beliau merupakan Ahli Majlis Perundangan Sarawak (1963-1966), Menteri Negeri (1963-1970), Ahli Parlimen Samarahan (1970-2014), Timb Menteri (1970-1972) dan Menteri Persekutuan (1972-1981), ADUN Sebandi (1981-1991) ADUN Asajaya (1991-2001) dan Balingian (2001-2014),  Ketua Menteri Sarawak ke 4 (1981-2014) dan Yang DiPertua Negeri Sarawak ke 7 (2014-2024).

Anak lelaki Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib dalah Ahli Parlimen Kota Samarahan (2008-2013) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2008-2009). Manakalan anak perempuan Taib, Datuk Hanifah Hajar binti Abdul Taib merupakan Ahli Parlimen Mukah (2018- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2020 - kini).

Sulaiman Abdul Rahman berkahwin dengan Anisa Chan binti Abdullah, anak kepada Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, ADUN Miri (1983-1991) dan Piasau (1991-2011),  Timbalan KM Sarawak(1996-2011) dan juga Presiden SUPP (1997-2011). 


    
Tun Taib (1936-2024), Datuk Sulaiman (1968) dan Datuk Hajar (1972)

Tan Sri George Chan  (1936)

KELUARGA JUGAHTun Temenggong Jugah anak Barieng adalah tokoh ulung Sarawak moden. Beliau adalah Ahli Parlimen (lantikan) Sarawak (1959-1964), Ahli Parlimen Kapit (1964-1974) dan Menteri Persekutuan (1963-1969).

Anak Jugah, Tan Sri Leonard Linggi anak Jugah adalah Ahli Parlimen Kapit (1978-1986), manakala cucu Jugah (anak Linggi), Dato' Sri Alexander Nanta anak Linggi
iaitu Ahli Parlimen Kapit (1999-kini) adalah Timbalan Menteri (2013-2018) dan Menteri Persekutuan (2020- kini).

Selain itu, Wilson Ugak anak Kumbong, Ahli Parlimen Hulu Rejang (2013- kini) dan Timbalan Menteri Persekutuan (2022- kini) adalah sepupu kepada Alexander Nanta.

      
Tun Jugah (1903-1980), Datuk Leonard Linggi (1940) dan Datuk Alexander Nanta (1958) 
dan Wilson Ugak (1962)

KELUARGA ABANG OPENG.  Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari (Johari @ Joe) bin Abang Openg adalah ADUN Satok (1981-2021) Gadong (2021-kini), Ahli Parlimen (), Menteri (1984-kini) dan Ketua Menteri/Premier Sarawak ke 7 (2017-kini) adalah anak kepada Tun Haji Abang Openg bin Haji Sapiee, Gabenor Sarawak pertama (1967-1969). Adik perempuan Joe, Datuk Dayang Madinah binti Abang Openg adalah Ahli Dewan Negara (2010-2016). Isteri Abang Johari adalah Dayang Jumaani binti Tuanku Haji Bujang (1949-2025). Tun Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Hj Othman (1898-1986) adalah Gabenor Sarawak kedua (1969-1977).

    
Abang Openg (1905-1969), Abang Joe (1950) dan Datuk Dayang Madinah (19xx)

KELUARGA ADENAN.  Pehin Tan Sri Dr Adenan bin Hj Satem adalah Ahli Parlimen Batang Sadong (2004-2008), ADUN Tannjung Datu (2011-2017), Menteri Kabinet Pusat (2004-2006), Menteri (2011-2014) dan Ketua Menteri Sarawak ke 5 (2014-2017). Balu Adenan, Puan Sri Datuk Amar Jamilah binti Anu mengambil alih tempat Adenan sebagai ADUN Tanjung Datu (2017-2021) .

  
Tan Sri Adenan (1944-2017) dan Puan Sri Dato' Jamilah (1955)

KELUARGA S'NG.  Datuk Larry Sng Wei Shien adalah  ADUN Pelagus (2001-2011), Ahli Parlimen Julau (2018-kini), Pengerusi MOPC (2021-2023) dan Pengerusi MTIB (2023-kini) adalah anak lelaki kepada Datuk Sng Chee Hua, Ahli Parlimen Julau (1995-1999) dan ADUN Pelagus (1991-2001). Penulis percaya, kedua dua S'ng ini mempunyai kaitan dengan salah seorang Ahli Parlimen Sarawak (1964-1969) bernama S'ng Chin Ho.

  
Datuk S'ng C.H (19xx) dan Larry Sng W.S (1979)

KELUARGA JABUGerald Rentap Jabu (1974), ADUN Layar (2016- kini) dan Timbalan Menteri (2016-kini) adalah anak kepada Tan Sri Dato' Patinggi Alfred Jabu anak Numpang, ADUN Layar (1974-2016) dan Menteri/Timbalan KM Sarawak (1981-2016).

  
Gerald (1974) dan Tan Sri Alfred (1940)

SENARIO NEPOTISME DI TERENGGANU

KELUARGA WAN MOKHTAR. Tan Sri Daato' Hj Wan Mokhtar bin Wan Ahmad  menyandang jawatan Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun (1974-1999). Beliau adalah juga ADUN Chukai (1974-199) dan pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan Duta ke Arab Saudi (2000-2005). Adik Wan Mokhtar (Wan Asiah) berkahwin dengan Dato' Hj Wan Abdul Kadir bin Wan Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu Utara (1969-1974) dan Timbalan Menteri (1973-1974). 

Manakala anak Wan Mokhtar, Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar adalah ADUN Air Putih (2013-2018). Legasi keluarga Wan Mokhtar terbantut lantaran kekalahan teruk UMNO di Terengganu dalam PRU 1918.

    
Tan Sri Wan Mokhtar (1932-2020. Dato' Wan Abd Kadir (1929-1976) dan 
Wan Abdul Hakim (1968)

KELUARGA ABDUL HADITuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang adalah Presiden PAS (2002-kini). Beliau merupakan ADUN Marang (1982-1986), ADUN Rhu Redang (1986-2018), Menteri Besar Terengganu ke 11 (1999-2004) serta Ahli Parlimen Marang (1990-2004) & (2008-kini).

Anak Abdul Hadi, Muhammad Halil bin Abdul Hadi adalah ADUN Batu Buruk (2018-kini) serta Timbalan/ EXCO (2018-kini). Selain itu, dua orang menantu Abdul Hadi juga aktif dalam politik. Mohd Akmal bin Kamarudin adalah ADUN Selama, Perak (2018-kini) dan EXCO (2018-2022). Seorang lagi ialah Tuan Hj Zaharuddin bin Muhammad, aktif di Selangor sebagai YDP PAS Subang dan Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (2015-2017). 

      
Tan Sri Abdul Hadi (1947),  Muhammad Halil (1977), Mohd Akmal (1978) dan 
Zaharuddin (1976)

SENARIO NEPOTISME DI SELAGOR

KELUARGA MOHD ALI. Mohd Ali hanyalah seorang pegawai Kerajaan  Negeri Selangor di zaman Perang Dunia I. Tiada cerita istimewa tentang Mohamad Ali. Namun 5 dari 10 anak-anaknya telah mencipta sejarah tersendiri. 
Anak sulungnya, Tun Ismail bin Mohd Ali adalah Gabenor Bank Negara (1962-1980), merupakan anak tempatan pertama diberi amanah untuk menyandang jawatan tersebut. 

Tan Sri Datin Paduka Saleha binti Mohd Ali pula adalah wanita (UMNO) pejuang awal kemerdekaan, namun selepas merdeka hanya aktif dalam pertubuhan amal/kebajikan (NGO) berkaitan wanita dan  islam. Tun Dr Hasmah binti Mohd Ali merupakan doktor wanita Melayu terawal di Tanah Melayu. Hasmah kemudiannya berkahwin dengan Tun Dr Mahathir bin Mohammad yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 (1981-2003) dan ke 7 (2018-2020). 
 
Tan Sri Ahmad Razali bin Mohd Ali adalah Menteri Besar Selangor ke `10 (1982-1986) dan beliau juga adalah ADUN Kampong Baru (1967-1969), ADUN Dengkil (1969-82) dan ADUN Ampang (1982-1986).

Tun Mohamed Hashim bin Mohd Ali pula adalah Panglima Tentera Darat ke 10 (1985-1987) dan Panglima Angkatan Tentera ke 9 (1987-1992).

MUNGKIN, inilah satu-satunya keluarga di Malaysia di mana terdapat 3 orang menerima anugerah gelaran TUN dan dua TAN SRI dalam adik beradik seibu sebapa.

  
Tun Ismail  (1918-1998) dan Tan Sri Saleha  (1923-2011)

    
Tun Dr Hasmah  (1926); Tan Sri Ahmad Razali (1928-2001) dan 
Tun Hashim (1937-2025)

KELUARGA ONN SELANGOR.  Tan Sri Onn bin Ismail adalah ADUN Sementa (1974-1986), ADUN Pelabuhan Klang (1986-1999) serta Speaker DUN Selangor (1995-2008) dan juga Pengerusi Tetap UMNO (2004 Anak perempuannya Datuk Norhayati bin Onn adalah Senator (2005-2008) dan SUPol PM (2014-2018).

  
Tan Sri Onn (1939-2023) dan Datuk Norhayati.

KELUARGA MOHD ZIN SULAIMAN.  Dato' Hj Mohd Zin bin Sulaiman adalah ADUN Batu Tiga (Selangor (1986-1995). Anaknya, Datuk Nawawi Mohd Zin adalah ADUN Sg Renggam/Kota Anggerik (1999-2008) dan seorang lagi anaknya,  Nasarudin Mohd Zin juga aktif dalam politik dan merupakan Ketua UMNO Bahagian Klang (2025- kini). 

    
Dato' Mohd Zin, Datuk Ahmad Nawawi dan Nasaruddin

KELUARGA NOH OMAR.  Tan Sri Noh bin Omar adalah Ahli Parlimen (UMNO) Tg Karang (1995-2022), Timb Menteri (2004-2008), Menteri Kabinet (2009- 2013), (2016-2018) & (2021-2022). Manakala anaknya Nurul Syazwani binti Noh adalah ADUN Permatang (Bersatu) (2022- kini).

  
Tan Sri Noh (1958) dan Nurul Syazwani (1988)

SENARIO NEPOTISME KELUARGA LIM DI SERATA NEGARA

Tan Sri Lim Kit Siang dilahirkan di Batu Pahat tetapi memulakan kerjaya politiknya di Melaka sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka (1969-1978) sebelum berpindah ke Petaling, Selangor (1978--1982) kembali ke Kota Melaka (1982-1986) kemudian berpindah ke  Tanjung (1986-1999) Ipoh Timur (2004-2013) dan Iskandar Puteri, Johor (2013-2022). Beliau juga merupakan ADUN Kg Kolam, PP (1986-1990) dan Padang Kota (1990-1995). Beliau juga adalah Setausaha Agong DAP (1969-1999) dan Pengerusi DAP (1999-2004).

Legasi Kit Siang diteruskan  oleh anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka (1986-1999) dan Bagan, PP (1999- kini). Beliau juga adalah ADUN Air Putih (2008- kini), Ketua Menteri Pulau Pinang ke 4 (2008-2018), Menteri Persekutuan (2018-2020). Guan Eng adalah Setiausaha Agong DAP (2004-2022) dan Pengerusi DAP (2922-2025). Isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Chong adalah ADUN Durian Daun, Melaka (1999-2004) dan Kota Laksamana (2004-2013).(

Adik Guan Eng Lim Hui Yi adalah Senator (2018-2021) dan Ahli Parlimen Tanjong (2022- kini) serta Timbalan Menteri (2022- kini).

      
Tan Sri Kit Siang (1941), Guan Eng (1960), Betty Chew (1964) dan Hui Yi (1963)

LAIN-LAIN HUBUNGAN KELUARGA  DI KALANGAN TOKOH 
MALAYSIA

KELUARGA LEETun Henry Hau Shek Lee, dilahirkan di Hong Kong dan berhijrah ke Malaya pada tahun 1924, juga merupakan pesara Kolonel dalam tentera British adalah ahli rombongan kemerdekaan ke London 1956. H.S Lee juga adalah Menteri Kabinet pertama Malaya  (1955- 1959). Anak sulungnya Douglas Kim Kiu Lee pernah memenangi pilihanraya Majlis Munisipal Kuala Lumpur (1952) manakala seorang lagi anaknya Tan Sri Alexander Yu Long Lee merupakan Ahli Parlimen Batu, KL (1986-1995) adalah juga Timbalan Menteri (1986-1995),

   
Tun HS Lee (1900-1988) dan Tan Sri Alex Lee (1939-1999)

KELUARGA ABDUL SAMAD. Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad adalah Ahli Parlimen (UMNO) Johor Bahru (1978-1988-1990) & (2008-2018), Timb Menteri (1979-1983) dan Menteri Kabinet (1983-1987) & (2008-2009). Adik Shahrir, Tuan Hj Khalid bin Abdul Samad merupakan Ahli Parlimen Shah Alam (PAS) (2008-2015) -(Amanah) (2015-2022) dan Menteri Kabinet (2018-2020). (2018-2022).

  
Tan Sri Shahrir (1949) dan Hj Khalid (1957)

KELUARGA KHIR JOHARI. Tan Sri Mohamed Khir bin Johari adalah Ahli Majlis Perundangan (1955-1959), Ahli Parlimen Kedah Tengah (1959-1974) dan Menteri Kabinet Persekutuan (1957-1973) dan Duta (1973-1976). Waris Khir tiba-tiba muncul dalam DAP. Zairil bin Khir merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera (2013-2018) dan ADUN Tg Bunga (2018- kini).

  
Tan Sri Khir (1923-2006) dan Zairil Khir (1982)

KELUARGA SAMMY. Tun Dato' Seri Ar Sammy Vellu a/l Sangalimuthu adalah Ahli Parlimen Sungai Siput (1974-2008), Menteri Kabinet Persekutuan (1980-2008) dan Presiden MIC ke 7 (1979-2010). Beliau cuba membawa anak lelakinya Vell Paari ke arus perdana politik negara namun tersekat lantaran kejatuhan Kerajaan BN pada tahun 2018. Vell Paari adalah Senator (2020- kini), Naib Presiden MIC (2018- kini)  dan CEO Maika Holdings (milik MIC).

    
Tun Sammy Vellu (1936-2022) dan Dato' Seri Vellapari (1962)

KELUARGA LING. Tun Dr Ling Liong Sik adalah Ahli Parlimen Mata Kuching, P.Pinang (1974-1986), Ahli Parlimen Labis (1986-2004), Timbalan Menteri (1976-1986), Menteri Kabinet Persekutuan (1986-2003) dan Presiden MCA (1986-2003). Percubaan anaknya Lim Hee Leong, Naib Ketua Pemuda MCA (2005-2008) ke arus perdana politik negara telah tersekat lantaran kejatuhan Kerajaan BN pada tahun 2018.

    
Tun Dr Ling Liong Sik (1943) dan Ling Hee Liung (1969)

KELUARGA TUN AZMI. Tun Mohamed Zaki bin MohameAzmi, Ketua Hakim Negara ke 12 (2008-2011) adalah anak kepada Tun Mohamed Azmi bin Mohamed, Ketua Hakim Negara ke 2 (1968-1974).

  
Tun Zaki (1945) dan Tun Azmi (19xx-19xx)

KELUARGA SANY. Jeneral Tan Sri Mohd Sany bin Abd Ghaffar adalah Panglima Tentera Darat ke 6 (1975-1977) dan Panglima Angkatan Tentera ke 6 (1977-1982). Dua orang anak beliau turut mengikuti  jejaknya dalam ATM.  Lt Jen Dato' Mohd Shahrani bin Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama ke 8 (2015-2016) dan Laksamana Tan Sri Mohd Redza bin Mohd Sany adalah Panglima Angkatan Bersama (2017-2018) dan Panglima Tentera Laut ke 17 (2018-2023)

    
Jen Tan Sri Sany (1927-2015), Lt Jen Dato' Shahrani (1957) dan 
Laks Tan Sri Redza(1963)

KELUARGA AZIZAN. Dato' Seri Amir Hamzah bin Azizan adalah Senator (2023- kini) dan Menteri Kewangan II (2023- kini). Amir Hamzah adalah anak kepada Tan Sri Azizan bin Zainal Abidin, pesara pegawai tinggi Perkhidmatan Awam (PTD) kemudian menjadi  Presiden PETRONAS (1988-1995), Pengerusi MAS  dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya.

  
Dato' Seri Amir Hamzah (1967) dan Tan Sri Azizan (1935-2004)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, isu pertalian darah dalam pemerintahan sesebuah negara atau negeri ini bukan satu benda baru dan ia berlaku di seluruh dunia sejak zaman berzaman. Ia bukan satu kesalahan sama ada dari segi agama atau etika KECUALI jika pemilihannya berasaskan cara yang TIDAK BETUL. Cara yang tidak betul ini yang disebut sebagai kronisme dan nepotisme.

Keindahan  nepotisme politik ala-Malaysia ialah ia kelihatan lebih demokratik. Walaupun pemimpin yang berkuasa boleh menunjuk atau groom siapa sahaja sebagai pengganti, kuasa mutlak tetap ditangan pengundi (PRU) atau pemilihan parti. 

Terdapat pemilihan ahli keluarga dibuat secara spontan (tanpa dilatih dan melalui anak tangga dari bawah) atas dasar mengenang jasa ayahnya (apabila berlaku kematian seseorang pemimpin). Si ayah membantu dari belakang, menggunakan pengaruhnya untuk menarik sokongan. Namun jika anak itu tidak berbakat atau tidak bersungguh-sungguh ia akan terkandas dan hilang.

Terdapat juga bakat yang diuji melalui anak tangga heirarki pentadbiran parti politik dan negara. Bakat kepimpinan diasah apabila diberi peluang menjawat dari satu jawatan ke jawatan yang lain. 

Contoh bagi kedua-dua jalan nepotisme di atas adalah: Najib Razak,Tawfik Ismail, Tamrin Ghaffar, Tajol Rosli Ghazali, Hishammuddin Hussein, Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin, Nik Abduh Nik Aziz dan Mohd Nizar Najib.

Manakala nepotisme dalam bentuk menyediakan laluan atau tempat yang jelas kepada  ahli keluarga semasa seseorang itu masih memegang tampuk pemerintahan merupakan bentuk nepotisme yang tidak beretika. Contoh tempatan adalah seperti Tun Razak-Tun Hussein, Lim Kit Siang-Lim Guan Eng, Anwar-Azizah-Nurul Izzah, Mohamed AZiz-Azizah, Johari-Taufiq dan Nik Aziz-Nik Abduh, Abdul Hadi-Halil dan beberapa tokoh politik peringkat negeri di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

 




No comments:

Post a Comment