Monday, August 4, 2025

M 215 : KEGAGALAN INTEGRASI KAUM DI MALAYSIA

PERMAINAN POLITIK PUNCA
KEGAGALAN INTEGRASI KAUM 
DI MALAYSIA

Penulis menonton ceramah yang disampaikan oleh Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik, UKM dalam program Continuous Professional Development Program  (CPD) anjuran Cawangan Sumber Manusia (CSM) Tentera Darat di Auditorium Wisma Pertahanan sempena dengan Sambutan Hari Pahlawan pada 31 Julai 2025.


Ceramah beliau bertajuk ATM dan Masyarakat Multietnik: Mendamaikan Kepelbagaian, Menyemai Keamanan” telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong dari Institut Kajian Etnik (KITA), UKM

Walaupun dalam ceramahnya selama sejam, tidak banyak isu berkaitan peranan ATM, namun dalam satu jam pertama ceramah beliau diisi dengan pelbagai cabaran yang tidak pernah dapat diatasi untuk membentuk masyarakat Malaysia sejak negara Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.

Antara esen ceramah Prof Datuk Dr Teo ialah:

(1)    Contoh asimilasi sebenar di Malaysia - komuniti peranakan - peranakan China (Baba Nyonya) dan Chettiar (Cheti) di Melaka, peranakan Cina Kampung di Kelantan dan Terengganu, Malabari (Mamak) di Pulau Pinang serta keturunan Arab. Mereka mengekalkan identiti keturunan asal mereka sebagai keturunan China, India dan Arab tetapi telah mengamalkan bahasa dan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.

(2)   Integrasi kaum di Malaysia terlalu ringan atau diambil mudah oleh pemerintah dan juga rakyat. Sejak negara mencapai kemerdekaan, kita masih gagal untuk merealisasikan hasrat tersebut, malah masih terlalu jauh untuk dicapai. Masih rakyat Malaysia (bukan Melayu) sama ada di bandar atau di kampung yang masih tidak mampu menguasai bahasa  Melayu malah ada yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi). Jauh sekali untuk memahami, menerima dan  mengamalkan budaya Melayu.  Kenapa ia gagal? Dalam proses untuk merealisasikan integrasi kaum di Malaysia, orang Melayu dengan hati terbuka (walaupun amat berat) telah melangsaikan obligasinya dengan memberi kerakyatan kepada pendatang China dan India. Bagaimanapun, orang Cina (khususnya)masih gagal memenuhi obligasi dari aspek bahasa dan budaya. Pemimpin masyarakat/politik China faham dan tahu tetapi mereka enggan atau mengelak untuk mengatasi masalah obligasi China ini kerana takut kehilangan sokongan.

(3)    Kontrak sosial atau Perjanjian Etnik 1955 antara orang Melayu-Cina-India yang dipersetujui sebagai syarat untuk kemerdekaan Tanah Melayu:  Orang Melayu bersetuju memberi kerakyatan kepada kaum pendatang Cina dan India (yang sepatutnya dibawa pulang oleh British ke negara asal) dan terus tinggal di Tanah Melayu dengan syarat-syarat menerima 4 perkara berikut: (a) Agama Islam adalah agama Persekutuan; (b) Bahasa Melayu sebagai bahasa negara;
(c)  kedudukan istimewa Orang Melayu/Peribumi (bukan hak istimewa); dan (d)  kedaulatan Raja-Raja Melayu.

(4)   Integrasi kaum di Malaysia masih rendah, sekadar bersifat sosial sahaja atau tahap psikologi masih rendah atau  pergaulan terhad. Setelah 70 tahun merdeka,  hubungan antara kaum masih di tahap "kenal Cina".  Defisit kepercayaan masih tinggi, sikap atau perasaan curiga mencurigai masih tebal di antara Melayu-Cina-India. Perjuangan berkaitan bangsa dan agama dianggap sebagai 3D (Dangerous, Difficult & Dirty). Integrasi mestilah secara integratif dan bersungguh bukan instrumental

(5)    Anika kepelbagaian (super diversity) iaitu pertambahan pelbagai nasionaliti dan kerakyatan- dengan kehadiran orang asing menjadikan konfik antara kaum tambah bercelaru. Proses globalisasi melibatkan: (a) migran ekonomi sama secara sah (ada permit kerja) dan secara haram; dan (b) pelarian/ mencari suaka politik dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Rohingya, Filipina, India, China, Timor Tengah, Myanmar, Vietnam, Afrika  dll semakin meningkat - melahirkan lebih banyak ragam. Ia memberi impikasi (buruk) sosialnya kepada ketenteraman awam, keselamatan negara, pekerjaan, perumahan, pendidikan, kesihatan (batuk kering) dan budaya. Perimbangan antara asing dan tempatan telah mewujudkan mini population - implikasinya mengancam penduduk tempatan; (a) membawa konflik seperti jenayah,  rusuhan, kesesakan pusat tahanan dan kes lolos dari tahanan; dan (b) mengancam peluang pekerjaan/perniagaan orang tempatan. Implikasi positif kepada pendatang asing ialah mereka membekalkan tenaga kerja kasar yang murah. 

(6)    Cari penyelesaian anika kepelbagaian - (tiada kawalan dari kita) - hentikan punca pelarian- penindasan, kemiskinan - peranan pemimpin - tiada rasa bangga dengan negara/bahasa sendiri- kemahuan masih belum ada malah makin menghilang - tiada usaha untuk membantu/menyokong usaha - lebih kepada mahu sama rata.

(7)     Peranan ATM (penjawat awam) adalah menyokong dasar awam bagi  memastikan dasar kerajaan berfungsi sebaik-baiknya termasuk integrasi kaum.  ATM juga berperanan sebagai pemudah cara sepanjang waktu kerana ATM kekal walau siapa pun memerintah (menjadi Kerajaan). Fungsi ATM adalah  memastikan keselamatan: (a) mengekalkan law and order ; (b) membekalkan maklumat utama/penting (melalui MDIO); (c)  memainkan peranan besar dalam membuat dasar dan keputusan berkaitan keselamatan negara;  dan terlibat dalam tugas peacekeeping.

Setelah mendengar dan menghayati ceramah Prof Datuk Dr Teo, penulis membuat hipotesis berikut:

"KERAJAAN MALAYSIA YANG DIBERI AMANAH UNTUK MENTADBIR NEGARA INI TIDAK PERNAH SERIUS MALAH 'GAGAL' DALAM MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA YANG HARMONI".

POLITIK PUNCA PERPECAHAN

Perkembangan Politik Perkauman Sebelum Merdeka:

Parti Komunis Malaya (PKM) - ditubuhkan 1930 dengan objektif untuk menubuhkan Rebublik Rakyat Malaya mengikut acuan ideologi Communist Maoist. Majoriti pengikutnya adalah kaum Cina di sektor perlombongan, perburuhan dan perniagaan. Parti ini diharamkan tahun 1948 apabila British mengisytiharkan Darurat Malaya.

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah  parti politik gabungan beberapa persatuan orang Melayu berhaluan kiri yang bertujuan menuntut kemerdekaan mengikut cara Indonesia ditubuhkan pada tahun 1945. PKMM yang diketuai oleh Ishak Hj Muhammad menyertai UMNO (PEKEMBAR) pada tahun 1946 dan keluar semula 1947 dan diharamkan oleh British pada tahun 1948.

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) ditubuhkan pada tahun 1946 dipimpin oleh Shamsiah Fakeh dan kemudiannya bergabung dengan PUTERA pada tahun 1947.

Angkatan Pemuda Insaf (API) ditubuhkan pada 1946 oleh Ahmad Boestamam adalah kumpulan berhaluan kiri  serpihan dari PKMM  dan ia diharamkan oleh British tahun 1947.

PEKEMBAR @ UMNO sebuah pertubuhan politik orang Melayu ditubuhkan pada 1946 untuk menuntut kemerdekaan. Penubuhan UMNO diketuai oleh Dato' Onn Jaafar.

Malayan Indian Congress (MIC) ditubuhkan pada tahun 1946 khusus untuk penduduk berbangsa India (termasuk Ceylonese dll) di Malaya. MIC menyertai UMNO pada tahun 1952 untuk menubuhkan Parti Perikatan.

Pusat Tindakan (Tenaga) Rakyat (PUTERA) ditubuhkan pada tahun 1947 adalah gabungan beberapa persatuan berhaluan kiri termasuk PKMM dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA). Kumpulan ini tidak bersetuju dengan gagasan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibawa oleh UMNO. Parti ini diharamkan pada tahun 1948.

Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan pada tahun 1949, khusus untuk penduduk berketurunan Tionghua (China). MCA bergabung dengan UMNO dan MIC untuk membentuk Parti Perikatan pada tahun 1952.

Independence of Malaya Party (IMP) atau Parti Kemerdekaan Malaya (PKM) ditubuhkan oleh Dato' Onn pada tahun 1951 apabila hasrat beliau untuk membuka UMNO kepada bangsa lain ditentang oleh sebahagian besar kepimpinan UMNO. IMP dibubarkan pada tahun 1953 kerana tiada sambutan. Selanjutnya, Dato' Onn menubuhkan Parti Negara pada tahun 1953.

Parti Radikal Malaya (PRM) yang berasaskan bangsa China ditubuhkan pada tahun 1951 di Pulau Pinang menumpukan aktivitinya untuk memenangi pilihanraya Majlis Municipal Georgetown.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ditubuhkan pada tahun 1951 oleh kumpulan ulamak UMNO yang tidak bersetuju dengan konsep nasionalisma. PAS ingin mewujudkan negara yang berasaskan hukum Syariah.

Persatuan Kebangsaan Perak (NAP) - 1953) - bubar 1959
Parti Progresif Perak
Liga Melayu Perak
Parti Buruh Malaya (MLP) 
UMNO, MIC dan MCA membentuk gabungan Parti Perikatan pada tahun 1952. Didaftarkan pada tahun 1957.

PRU Pra-Merdeka: 1955

Parti yang menyertai (bertanding):
Parti Perikatan (UMNO, MCA, MIC)
Parti Islam SeTanah Melayu (PAS)
Parti Nagara (PN)
Persatuan Kebangsaan Perak (NAP)
Liga Melayu Perak (LMP)
Paeti Buruh Malaya (MLP)
Parti Progressif Perak (PPP)


Kerusi: 52
Perikatan - 51
PAS - 1

HUMAN SUSTAINABLE PROCEDIA
e-ISSN: 2710-5962
HSP
Vol. 4 No. 2 (2024) 41-47
https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp

DALAM PROSES PENULISAN...

No comments:

Post a Comment