SANAH HILWAH 100
MAHATHIR BIN MOHAMAD
10 JULAI 1925
10 JULAI 2025
Pada 1 Julai 1981, penulis ditauliahkan sebagai Leftenan Muda (Udara) ke dalam Angkatan Tentera Malaysia. Ketika itu penulis berusia 21 tahun 7 bulan 10 hari.
Pada 10 Julai 1981, Dr Mahathir bin Mohamad berusia genap 56 tahun.
Pada 16 Julai 1981 Dr Mahathir mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 (PM IV) pada usia 56 tahun 6 hari. Penulis berusia 21 tahun 7 bulan 16 hari.
Pada 31 Oktober 2003, Dr Mahathir mengundur diri dari jawatan PM IV pada usia 78 tahun 3 bulan 1 hari. Penulis ketika itu berusia 43 tahun 10 bulan 19 hari dan berpangkat Mejar TUDM.
Pada 9 Mei 2018, Dr Mahathir yang telah berusia 92 tahun 10 bulan 2 hari telah dilantik menjadi PM Malaysia ke 7 (PM VII). Ketika itu penulis berusia 58 tahun 5 bulan 19 hari dan sudah berpangkat Brigedier Jeneral TUDM.
Pada 21 November 2019, penulis bersara dari ATM dalam pangkat Mejar Jeneral TUDM ketika genap usia 60 tahun. Dr Mahathir masih memegang jawatan PM VII dan berusia 94 tahun 4 bulan 12 hari.
Pada 24 Februarri 2020, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM VII pada usia 94 tahun 7 bulan 15 hari.
Hari ini, 10 Julai 2025, Tun Dr Mahathir menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran ke 100. Hari ini penulis berusia 65 tahun 7 bulan 19 hari.
MAHATHIR BIN MOHAMAD menjadi popular di saentaro dunia kerana beliau adalah PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEBELUM MENJADI PERDANA MENTERI
Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Ibu bapa beliau ialah MOHAMAD BIN ISKANDAR dan WAN TEMPAWAN BINTI WAN HANAFI. Mahathir adalah anak bongsu daripada sembilan beradik.
(No 18, Lorong Kilang Ais, Kg Seberang Perak, Alor Setar)
Nota 1: Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus (Arkib Negara).
Pendidikan Awal
1930 - 19xx : Sekolah Melayu (Lelaki) Seberang Perak, Alor Setar.
19xx - 19xx : Sekolah Inggeris (tiada maklumat).
19xx - 1942 : Government English School (GES) - (1955 bertukar nama kepada Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC).
1942 - 1945 : Perang Dunia II (pendudukan Jepun di Tanah Melayu)
1945 - 1946 : sambung GES - lulus Senior Cambridge.
Pendidikan Tinggi dan Kerjaya Awal
1947 - 1952 : King Edward VII College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura.
1952 : Memperolehi ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) ketika berusia 27 tahun.
1953 : Housemanship di Hospital Besar, Pulau Pinang.
1954 - 1956 : Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Star, Hospital Langkawi, Jitra dan Kangar.
1956 : Berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohamad Ali.
1957 : Berhenti perkhidmatan Kerajaan dan membuka klinik sendiri (KLINIK MAHA).
Nota 2. Klinik MAHA di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar merupakan klinik pertama yang diusahakan oleh seorang anak Melayu.
PERJALANAN KE KERUSI PERDANA MENTERI
Masuk Politik
Pada bulan Mei, 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO ditubuhkan untuk mendesak kerajaan British menghapuskan Malayan Union. Mahathir (masih belajar) adalah antara orang Melayu yang pertama untuk mendaftar sebagai ahli (21 tahun). Kempen menentang Malayan Union akhirnya berjaya dan Malayan Union dihapuskan pada tahun 1948, digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang mengakui hak-hak istimewa orang Melayu.
1964 : PRU II - Dicalonkan (Parti Perikatan) dan memenangi kerusi Parlimen Kota Setar (39 tahun).
1965 : Terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO (40 tahun).
1968 : Dilantik menjadi Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
10 Mei 1969 : PRU III : Dicalonkan (Perikatan) dan tewas di kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.
12 Julai 1969 : Dipecat dari Majlis Tertinggi UMNO (menentang dasar Presiden UMNO - menulis surat terbuka mengkritik Presiden)
26 Sep 1969 : Dipecat dari keahlian UMNO. (44 tahun)
1970 : Menerbitkan buku 'The Malay Dilemma' - buku ini kemudiannya diharamkan oleh Kerajaan.
Laluan Kerjaya Yang Pantas
7 Mac 1972 : Diterima kembali menjadi ahli UMNO (usaha Tun Razak (PM ke 2) dan Dato' Harun)
25 Jun 1972 : Terpilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. (47 tahun)
1973 : Dilantik menjadi Ahli Dewan Negara (Senator) oleh DUN Kedah - dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perusahaan Makanan Malaysia (FIMA).
24 Ogos 1974 : PRU IV - Dicalonkan (Barisan Nasional) dan menang kerusi Parlimen Kubang Pasu.
6 Okt 1974 : Dilantik menjadi Menteri Pelajaran. (49 tahun)
1975 : Memenangi salah satu dari 3 jawatan Naib Presiden UMNO.
15 Jan 1976 : Dilantik memangku jawatan Timbalan Presiden UMNO dan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM) lanjutan dari kematian Tun Abd Razak dan perlantikan Hussein sebagai PM ke 3)- dikekalkan portfolio Menteri Pelajaran (51 tahun)
1 Jan 1978 : Ditukarkan portfolio dari Menteri Pelajaran kepada Menteri Perdagangan dan Perindustrian (MITI)
8 Jul 1978 : PRU IV - Memenang kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal kedua - kekal jawatan TPM dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
KEMUNCAK KERJAYA POLITIK
Perdana Menteri IV
16 Jul 1981 : Mengambil alih jawatan PERDANA MENTERI MALAYSIA ke 4. (56 tahun) turut membentuk barisan Kabinet pertamanya - beliau turut memegang portfolio Menteri Pertahanan.
22 Apr 1982 : PRU V : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal ketiga - mengangkat sumpah jawatan PM - (57 tahun)
1 Mei 1982 : Pembentukan Kabinet Mahathir II - PM turut menyandang portfolio Menteri Pertahanan.
27 Feb 1986 : Krisis kepimpinan UMNO - Dato' Musa Hitam meletak jawatan TPM.
10 Mei 1986 : Rombakan kecil kabinet - Encik Abd Ghaffar bin Baba dilantik menjadi TPM ke 6. Mahathir mengambil alih portfolio Menteri Dalam Negeri.
3 Ogos 1986 : PRU VI : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal keempat - mengangkat sumpah jawatan PM - turut menyandang Menteri Dalam Negeri (61 tahun)
11 Ogos 1986 : Pembentukan Kabinet Mahathir III : mengambil portfolio Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kehakiman.
24 Apr 1987 : Pertembungan sengit jawatan Presiden UMNO. Mahathir menwaskan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
4 Feb 1988 : Krisis UMNO - Mahkamah Tinggi (Hakim Harun Hashim) memutuskan bahawa UMNO adalah pertubuhan yang tidak sah dari segi undang-undang.
13 Feb 1988 : Parti UMNO (Baru) ditubuhkan. Strategi licik Mahathir.
3 Jun 1989 : Kumpulan fraksi yang tewas dalam pemilihan Presiden UMNO 1986 yang diketuai oleh Tengku Razaleigh telah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (parti ini akhirnya dibubarkan pada 8 Okt 1996 dan hali-ahlinya kembali kepada UMNO.
21 Okt 1990 : PRU VII : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal kelima - mengangkat sumpah jawatan PM (65 tahun)
27 Okt 1990 : Pembentukan Kabinet Mahathir IV - mengambil Portfolio Menteri Dalam Negeri
15 Okt 1993 : Encik Ghaffar Baba meletak jawatan TPM kerana dicabar oleh Anwar Ibrahim dalam jawatan Timbalan Presiden UMNO.
1 Dis 1993 : Anwar Ibrahim dilantik menjadi TPM ke 7.
25 Apr 1995 : PRU VIII : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal keenam - mengangkat sumpah jawatan PM. (70 tahun)
4 Mei 1995 : Pembentukan Kabinet Mahathir V - mengambil Portfolio Menteri Dalam Negeri
2 Sep 1998 : Anwar dipecat dari semua jawatan dalam Kerajaan (TPM & Menteri Kewangan) dan parti (Timbalan Presiden UMNO) serta keahlian dari UMNO atas sebab dakwaan berkelakuan keji dan mengaibkan.
3 Sep 1998 : mengambil alih portfolio Menteri Kewangan (sehingga 7 Jan 1999).
8 Jan 1999 : Rombakan Kabinet - Abdullah Badawi dilantik menjadi TPM ke 8. Mahathir melepaskan portfolio Menteri Kewangan.
29 Nov 1999 : PRU IX : Memenangi kerusi Parlimen Kubang Pasu untuk penggal ketujuh - mengangkat sumpah jawatan PM (74 tahun)
15 Dis 1999 : Pembentukan Kabinet Mahathir VI - menyandang portfolio Menteri Dalam Negeri.
5 Jun 2001 : Mengambil alih portfolio Menteri Kewangan I dan Menteri Dengan Tugas-tugas Khas (Ekonomi).
22 Jun 2002 : PRU V : Perhimpunan Agong UMNO - Mahathir membuat pengumuman mengejut untuk meletak semua jawatan dalam Kerajaan dan parti kerana kecewa dengan orang Melayu yang tidak mahu mengubah sikap berkaitan politik wang.
31 Okt 2003 : Mahathir menyerahkan tugas dan jawatan Perdana Menteri (dan Presiden UMNO) kepada Dato' Seri Abdullah bin Ahmad sebagai PERDANA MENTERI Malaysia kelima. Tempoh belliau menjadi PM IV adalah 22 tahun 3 bulan 15 hari (78 tahun).

KONTROVERSI, KRISIS DAN BENCANA ALAM
Demi maruah negara, Mahathir tidak gentar dengan berkontroversi dengan sesiapa sahaja termasuk Raja-Raja Melayu, Ketua Hakim Negara, Ketua-Ketua Negara Kuasa Besar dan Zionist.
2 Okt 1981 : Mahathir menggemparkan hubungan baik diplomatik Malaysia British dengan mengamalkan dasar 'Buy British Lasts" sebagai satu tindak balas di atas sikap London yang mendiskriminasikan kepentingan Malaysia. Secara umumnya, tujuan polisi dibuat adalah nak menjadikan hampir kesemua barangan dan perkhidmatan dari Britain sebagai pilihan terakhir. Mahathir mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan/berkanun supaya cari pembekal alternatif selain Britain. Semua kertas cadangan yang ada kaitan dengan Britain kena dirujuk ke Jabatan Perdana Menteri terlebih dahulu.
Dasar ini berjaya menggugat ekonomi Britain dan akhirnya Kerajaan British berlembut kepada Malaysia.
1 Jul 1983 : Skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Bhd di Hong Kong - memberi penipuan pinjaman kepada syarikat hartanah (George Tan & Carrian Group) melibatkan kerugian RM1 billion.
1983 : Krisis Perlembagaan 1 (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 66 (5) berkaitan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam memberi perkenan (menandatangani) apa-apa Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen/DUN.
23 Sep 1985 : Serang Hendap Lahad Datu - 26 korban (21 orang awam dan 5 penjenayah.
19 Nov 1985 : Peristiwa berdarah di Kg Memali, Baling, Kedah yang mengorbankan 18 nyawa (4 anggota polis dan 14 pengikut PAS). Insiden ini (kononnya) bermotifkan penghapusan kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ustaz Ibrahim Libya.
1987/1988 : Krisis kepimpinan UMNO yang membawa perpecahan UMNO dan akhirnya pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.
4 Feb 1988 : Krisis Perlembagaan 2 (Eksekutif vs Kehakiman) - membawa kepada pengharaman UMNO oleh Mahkamah Tinggi - dan penubuhan UMNO (Baru).
31 Jul 1988 : Jeti Feri Pulau Pinang runtuh - 32 kematian 1688 cedera.
11 Ogos 1988 : Krisis Perlembagaan 3 (Eksekutif vs Kehakiman) - perselisihan antara PM dan Ketua Hakim Negara (KHN) mengenai kuasa Mahkamah - membawa kepada pemecatan KHN (Tun Mohd Salleh Abas) dan 3 Hakim Mahkamah Agong tanpa mengikut Perlembagaan.
Mac 1993 : Krisis Perlembagaan (Eksekutif vs Raja-Raja) - pindaan Perlembagaan melibatkan Perkara 32, 38, 42, 63, 72 dan 181 berkaitan pemansuhan imuniti mutlak dengan memperkenalkan pembatasan kekebalan Raja-Raja - krisis ini bermula apabila Sultan Johor didakwa memukul seorang jurulatih hoki Perak, Douglas Gomez.
11 Dis 1993 : Highland Tower di Ulu Klang runtuh - korbankan 48 penghuninya.
1997/1998 : Kemelut Ekonomi - serangan mata wang oleh George Soros - Pelaksanaan kawalan mata wang melalui 'RM Pegging against USD at 3.8'.
2 Sep 1998 : Membuat keputusan yang sukar memecat Anwar Ibrahim dari jawatan TPM, Menteri Kewangan dan keahlian dalam parti UMNO.
5 Jul 2000 : Peristiwa Bukit Jenalik - Kumpulan pemberontak bersenjata Al Maunah.
PENCAPAIAN DAN LEGASI
Konsep dan Dasar Pengurusan Negara
Langkah awal MAHATHIR sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri ialah memperkemaskan jentera kerajaan dengan menggerakkan kempen BERSIH CEKAP DAN AMANAH bagi menerapkan nilai integriti, akauntabiliti dan etika murni di kalangan kakitangan awam khususnya, swasta dan masyarakat amnya. Antara dasar atau konsep yang ditekankan dalam usaha ini ialah:
- PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI (ISLAM).
- KEPIMPINAN MELALUI TELADAN.
- PENINGKATAN DAYA PENGELUARAN NEGARA.
Mahathir memulakan tempoh pentadbirannya dengan membuat beberapa perubahan drastik seperti memperkenalkan sistem perakam waktu, memakai tanda nama dan menyeragamkan jam waktu Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Mahathir juga memperkenalkan WAWASAN 2020 dengan melaksanakan pelbagai dasar yang di luar kotak dengan objektif untuk membawa Malaysia menjadi sebuah NEGARA yang rakyatnya berdaya maju, sejahtera dan mengekalkan etika dan budaya yang murni.
- DASAR PERSARIKATAN MALAYSIA
- DASAR PENSWASTAAN
- DASAR PERINDUSTRIAN BERAT NEGARA
- DASAR PANDANG KE TIMUR
- DASAR KEPENDUDUKAN 70 JUTA
- DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Mega Projek - Prasarana dan Utiliti
1. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Selatan) : 1981 - 1994 (310 km)
2. Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Jajaran Utara) : 1985 - 1994 (460 km)
3. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) : 1988 - 1993 (35 km).
4. Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) : 1994 - 1996 (46 km).
5. Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) : 1994 - 1996 (17 km).
6. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) dari Karak ke Jabor : 2001 - 2004 (174 km)
7. Lebuhraya KL Shah Alam (KESAS) : 1995 - 1997 (35.4 km).
8. Lebuhraya Damansara-Puchong : 1996 - 1998 (40 km)
9. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) : 2002 - 2010 (44.3 km)
10. Jambatan Pulau Pinang : 1982 - 1985 (13.5 km)
11. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang : 1993 - 1998 (10,000 hektar)
12. Koridor Raya Multimedia : 1 Ogos 1996 (750 km persegi)
13. Cyberjaya : 17 Mei 1997 (3.2 km persegi)
14. Litar Antarabangsa Sepang (SIC): 1 Nov 1997 - 7 Mac 1999 : Jarak litar lumba - 5.543 km + 15 selekoh :
15. Menara Berkembar PETRONAS (1 Mac 1993 - 1 Mac 1996) : 88 tingkat - ketinggian - 451.9 meter (405.9 + 46 m) - rekod bangunan tertinggi didunia 1998 - 2004, dan masih memegang rekod menara kembar tertinggi di dunia sejak 1998 hingga sekarang.
16. Terowong SMART (Stormwater Management and Road Tunnel) - 2003 - 2007 (4 km).
17. Empangan Bakun (1994 - 2004)
18. Pelabuhan Tg Pelepas, Johor dibina pada tahun 1997 dan dibuka pada 13 Mac 1999 dengan strategi untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih murah dari pelabuhan Singapura.
Penswastaan
Program penswastaan bermula pada tahun 1983 sebagai satu usaha melihat penting peranan swasta. Beberapa sektor dalam kerajaan perlu diswasta agar dapat diuruskan secara profesional dan menguntungkan serta dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan dalam menjana projek-projek pembangunan. Pengswastaan terhadap entiti kerajan juga digalakkan agar lebih cekap.
Penswastaan melibatkan pemindahan kuasa kawalan, kepentingan ekuti dan pelaburan kerajaan yang tertentu kepada sektor swasta demi mempertingkatkan mutu khidmat kemudahan awam supaya lebih selesa. Sejajar dengan dasar itu beliau menampilkan Dasar Pengsyarikatan Malaysia yang bertujuan menjana kerjasama antara sektor awam dan swasta agar kedua-duanya bekerja sebagai rakan kongsi dalam pembangunan. Antara perkhidmatan Kerajaan yang telah diswastakan semasa zaman Mahathir ialah:
1984 : Depot Baikpulih Kapalterbang TUDM menjadi AIROD Sdn Bhd (ASB)
1984 : Jabatan Telekom Malaysia menjadi Telekom Malaysia Berhad (TM)
1986 : Lembaga Pelabuhan Klang menjadi Kelang Container Terminal (KCT) Sdn Bhd; dan diikuti oleh tiga buah syarikat lagi iaitu Klang Port Management Bhd (KPMB) (1992); West Port (Malaysia) Sdn Bhd (1994); dan North Port (Malaysia) Berhad (2000)
1988 : Pengurusan Lebuhraya Utara Selatan (960 km) di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjadi PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
1990 : Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad (TNB)
1992 : Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia menjadi Pos Malaysia Bhd
1992 : Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia menjadi Pos Malaysia Bhd
Pengurusan lapangan terbang di bawah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menjadi Malaysia Airports Berhad (MAB)
1992 : Keretapi Tanah Melayu menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
1994 : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjadi Penang Port Sdn Bhd
1994 : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang menjadi Penang Port Sdn Bhd
1994 : Jabatan Pembentungan kepada Indah Water Konsortium Bhd (IWK)
1995 : Limbungan Kapal TLDM (RMN Dockyard) menjadi Penang Shipyard Corp Naval Dockyard Sdn Bhd (PSCND), 2005 menjadi Boustead Naval Shipyard (BNS) dan mulai 2024 menjadi Lumut Naval Shipyard (LUNAS).
1995 : Lembaga Pelabuhan Johor menjadi Johor Port Berhad
1995 : Lembaga Pelabuhan Johor menjadi Johor Port Berhad
1997 : Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)= FELCRA Berhad
Wilayah dan Kerajaan
Mei 1983 : Projek mengubah terumbu karang 'Swallow Reef' yang hanya kelihatan waktu surut menjadi Pulau Layang-layang (berkeluasan 1.2 km x 200 m) yang mempunyai landasan terbang, penempatan tentera serta resorts. Ia diikuti oleh pembinaan beberapa terumbu karang lagi menjadi Pulau Ubi, Pulau Siput, Pulau Mentanani dan Pulau Peninjau.
16 Apr 1984 : Menjadikan Pulau Labuan (Sabah) yang berkeluasan 91.64 km persegi sebuah Wilayah Persekutuan kedua selepas WP Kuala Lumpur pada 1 Feb 1974 (PM Tun Abdul Razak).
1 Feb 2001 : Menjadikan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya (nama asalnya Prang Besar - ladang getah dan perkampungan Orang Asal) berkeluasan 49 km persegi menjadi sebuah Wilayah Persekutuan.
17 Dis 2002 : Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Netherlands membuat keputusan bahawa Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di Laut Sulu, pesisir tenggara Sabah yang menjadi pertikaian (rebutan hak milik) antara Malaysia dan Indonesia sejak 1969 adalah milik Malaysia.
Pendidikan
1983 : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
1984 : Universiti Utara Malaysia (UUM)
1992 : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
1994 : Universiti Malaysia Sabah (UMS)
1997 : Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
1998 : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
1999 : Universiti Teknologi MARA (UITM)
2000 : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Pemodenan Ekonomi Sains dan Teknologi + Industrialisasi
7 Sep 1981 : Dawn Raid (London) - operasi pengambilalihan korporat yang dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 7 September 1981 bagi memperoleh kawalan ke atas Guthrie Corporation, sebuah syarikat perladangan milik British. Operasi yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini melibatkan pembelian pantas saham Guthrie di Bursa Saham London, membolehkan Malaysia memperoleh pegangan majoriti dan mengembalikan pemilikan kira-kira 200,000 ekar (800 km²) tanah perladangan kepada negara.
7 Mei 1983: Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) ditubuhkan bagi merealisasikan Projek Kereta Nasional Malaysia. Pada tahun 1984 Edaran Otomobil Nasional (EON) ditubuhkan.
9 Jul 1985 : Kereta Nasional pertama ''Proton Saga' dikeluarkan.
1990 : Labuan diisytiharkan sebagai International Offshore Finance Centre (IOFC) - 15 Feb 1996 Labuan Offshore Financial Services Authority (LOFSA) ditubuhkan.
15 Mac 1990 : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ditubuhkan untuk memacu pembangunan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
1991 : Pamiran Langkawi International Maritme and Aerospace (LIMA) pertama dianjurkan. LIMA merupakan satu pameran udara dan maritim yang berkaitan dengan penerbangan komersil dan pertahanan. LIMA merupakan acara dwi-tahunan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat dan Awana Porto Malai,
1993 : Perusahaan Otomobil Kedua (PERODUA) ditubuhkan sebagai syarikat kereta nasional kedua - Kereta model pertama 'Perodua Kancil' dikeluarkan pada Ogos 1994.
1989 : Bahagian Planetarium ditubuhkan di JPM diikuti oleh penubuhan Bahagian Kajian Angksa (BAKSA) di Kementerian Sains dan Teknologi dan akhirnya pada tahun 2002, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) ditubuhkan.
1990 - 1993 : Planetarium Negara dibina.
1993 : Malaysia terlibat dalam bidang pengeluaran pesawat terbang ringan 'Eagles X-TS=150B', sebuah pesawat ringan yang dibangunkan dengan kerjasama Australia melalui syarikat Composites Technology Research Malaysia (CTRM) milik Khazanah Malaysia.
26 Sep 2000 - Mikrosatelit Malaysia dilancarkan di Kazakhstan.
HUBUNGAN DIPLOMATIK
PENGHORMATAN DAN PENGIKTIRAFAN
(hingga 2012 sahaja)
ANUGERAH ISTANA MALAYSIA
1. 31 Ogos 1965 : Pingat Perak, Hari Malaysia Kedua
2. 8 Jun 1977 : Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) - membawa gelaran Dato' Seri
3. 24 Okt1977 : Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Seri
4. 8 Mac 1978 : Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' : dipulangkan pada 11 Dis 2017.
5. 29 Okt 1979 : Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
6. 30 Jun 1980 : Dato Patinggi Bintang Kenyalang, Sarawak (DP) - Datuk Patinggi
2. 8 Jun 1977 : Seri Setia DiRaja Kedah (SSDK) - membawa gelaran Dato' Seri
3. 24 Okt1977 : Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Seri
4. 8 Mac 1978 : Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) - Dato' : dipulangkan pada 11 Dis 2017.
5. 29 Okt 1979 : Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) - Dato'
6. 30 Jun 1980 : Dato Patinggi Bintang Kenyalang, Sarawak (DP) - Datuk Patinggi
7. 15 Jul.1981 : Darjah Utama Pangkuan Negeri , P. Pinang (DUPN) Datuk
8. 15 Ogos 1981 : Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) -Dato' Seri Utama
9. 10 Sep 1981 : Seri Panglima Darjah Kinabalu, Sabah (SPDK) - Datuk Seri Panglima
10. 15 Sep 1981 : Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) - Dato' Seri
11. 28 Apr 1982 : Seri Setia Sultan Mahmud Trengganu (SSMT) -Dato' Seri
12. 17 Ogos 1982 : Darjah Kerabat (Negeri Sembilan) (DKNS)
13. 14 Dis 1982 : Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Datuk Seri Utama
14. 17 Jan 1985 : Pingat Ibrahim Sultan (PIS)(Kelas Pertama) Johor
8. 15 Ogos 1981 : Seri Paduka Negeri Sembilan (SPNS) -Dato' Seri Utama
9. 10 Sep 1981 : Seri Panglima Darjah Kinabalu, Sabah (SPDK) - Datuk Seri Panglima
10. 15 Sep 1981 : Seri Paduka Cura Simanja Kini (SPCM) - Dato' Seri
11. 28 Apr 1982 : Seri Setia Sultan Mahmud Trengganu (SSMT) -Dato' Seri
12. 17 Ogos 1982 : Darjah Kerabat (Negeri Sembilan) (DKNS)
13. 14 Dis 1982 : Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) Datuk Seri Utama
14. 17 Jan 1985 : Pingat Ibrahim Sultan (PIS)(Kelas Pertama) Johor
15. 17 Jan 1988 : Darjah Utama Kedah (DUK)
16. Apr 1989 : Darjah Kerabat (Kelas Pertama) Johor - DK I (Johor)
16. Apr 1989 : Darjah Kerabat (Kelas Pertama) Johor - DK I (Johor)
17. 1995 : Darjah Kerbat Jamalullail, Perlis - DK (Perlis)
18. 12 Apr 2002 : Darjah Kerabat Al-Yunusi Kelantan - DK (Kelantan)
19. 19 Jan 2003 : Darjah Kerabat Kedah - DK (Kedah)
19. 19 Jan 2003 : Darjah Kerabat Kedah - DK (Kedah)
20. 22 Jul 2003 : Darjah Satria Bintang Sarawak (SBS) - Pehin
21. 29 Sep 2003 : Darjah Kerabat (Kelas Pertama) Selangor - DK (Selangor) : dipulangkan pada 11 Dis 2017.
22. 31 Okt 2003 : Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) - Tun
22. 31 Okt 2003 : Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) - Tun
23. 1 Feb 2008 : Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah SUMW) - Datuk Seri
ANUGERAH KERAJAAN ASING
1. 23 Ogos 1981 : Knight Grand Cordon (Special Class) of the Most Exalted
Order of The White Elephant dari Thailand
Order of The White Elephant dari Thailand
2. 9 Ogos 1983 : Pingat Grand Gwang Hwa dari Presiden Korea Selatan
3. 22 Mac 1984 : Nishan-I-Quoid-I-Azam dari Pakistan
4. 18 Dis 1984 : Highest Award-Grand Cross of National Order dari Mali
3. 22 Mac 1984 : Nishan-I-Quoid-I-Azam dari Pakistan
4. 18 Dis 1984 : Highest Award-Grand Cross of National Order dari Mali
5. 6 Feb.1987 : Bintang Maha Petra Adi Purna dari Indonesia
6. 1 Ogos 1990 : The Order of Liberator dari Kerajaan Venezeula
7. 21 Jun 1991 : The Order of the Merit of Chile dari Kerajaan Chile
8. 2 Jul 1991 : The Order of St Martin dari Kerajaan Argentina
8. 2 Jul 1991 : The Order of St Martin dari Kerajaan Argentina
9. Sep.1991 : The Order of the Aztec Eagle Award dari Kerajaan Mexico
10. 30 Sep 1991 : Grand Cordon of the Order of the Rising Sun, Maharaja Akihito dari Jepun
10. 30 Sep 1991 : Grand Cordon of the Order of the Rising Sun, Maharaja Akihito dari Jepun
11. 11 Mac 1996 : The Commander Grand Cross of the Royal Order of the Polar
Star, King Gustaf dari Sweden
12. 19 Apr.1996 : The Dragon of Bosnia dari Kerajaan Bosnia-Herzegovina
13. Jun 1996 : Anugerah Jawaharlal Nehru dari Kerajaan India
14. 2 Jul 1996 : Knight Commander dari Presiden Uruguay
Star, King Gustaf dari Sweden
12. 19 Apr.1996 : The Dragon of Bosnia dari Kerajaan Bosnia-Herzegovina
13. Jun 1996 : Anugerah Jawaharlal Nehru dari Kerajaan India
14. 2 Jul 1996 : Knight Commander dari Presiden Uruguay
15. 14 Jan 1997 : Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dari Arab Saudi
16. 6 Apr 1997 : Anugerah Mubarak al-Kabir dari Kuwait
17. 8 Apr 1997 : Anugerah Ahmad Al-Fatah dari Bahrain
18. 16 Jun 1997 : Anugerah Wisha-Al-Akbar dari Lebanon
16. 6 Apr 1997 : Anugerah Mubarak al-Kabir dari Kuwait
17. 8 Apr 1997 : Anugerah Ahmad Al-Fatah dari Bahrain
18. 16 Jun 1997 : Anugerah Wisha-Al-Akbar dari Lebanon
19. Sep 1997 : Anugerah Jose-Marti dari Majlis Kerajaan Cuba
20. 3 Ogos 1998 : Commandeur de la Grande Etoilei dari Presiden Djibouti21. 1 Mac 2002 : The Grand Cross of the Order of Merit of the Republic of Poland
22. 5 Ogos 2003 : Order Drusby Friendship dari Rusia
ANUGERAH IJAZAH KEHORMAT
1. 11 Sep 1997 : Honorary Doctor in Humanities dari National University of
Mongolia.
2. 9 Mei 1998 : Honorary Doctor of Litteriture dari Universiti Al-Azhar
3. 7 Jun 2001 : Honorary Doctor dari University of Meiji, Jepun
4. 4 Dis 2003 : Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan dan Kejuruteraan,
Universiti Teknologi Malaysia
Universiti Teknologi Malaysia
5. 15 Jan 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, Universiti Islam Antarabangsa
6. 30 Jan 2004 Ijazah Kehormat Doktor Pemikiran Islam, Universiti Malaya
7. Feb 2004 Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang ekonomi pembangunan,
Universiti Padjadjaran, Indonesia
6. 30 Jan 2004 Ijazah Kehormat Doktor Pemikiran Islam, Universiti Malaya
7. Feb 2004 Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang ekonomi pembangunan,
Universiti Padjadjaran, Indonesia
8. 1 Apr 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kejuruteraan dan Teknologi,
Universiti Teknologi Petronas
9. 15 Apr.2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan Kerajaan,
Universiti Teknologi Mara
Universiti Teknologi Petronas
9. 15 Apr.2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik dan Kerajaan,
Universiti Teknologi Mara
10. 21 Apr 2004 : Ijazah Kehormat, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti
Tsinghua, China
Tsinghua, China
11. 30 Apr 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia
12. 2 Jun 2004 : Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Keio, Jepun
13. 15 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan,
Universiti Utara Malaysia
14. 17 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra Malaysia
15. 25 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan, Universiti
Multimedia Malaysia
16. 24 Ogos 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan Pembangunan
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
17. 4 Sep 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Hamdard University, Pakistan
18. 2 Okt 2004 : Ijazah Doktor Kehormat (Kajian Pembangunan), Universiti
Malaysia Sarawak
12. 2 Jun 2004 : Doktor Kehormat Undang-Undang, Universiti Keio, Jepun
13. 15 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Pembangunan,
Universiti Utara Malaysia
14. 17 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Putra Malaysia
15. 25 Jul 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains Keilmuan, Universiti
Multimedia Malaysia
16. 24 Ogos 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Kepemimpinan dan Pembangunan
Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris
17. 4 Sep 2004 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Hamdard University, Pakistan
18. 2 Okt 2004 : Ijazah Doktor Kehormat (Kajian Pembangunan), Universiti
Malaysia Sarawak
19. 12 Mac 2005 : Ijazah Kehormat Undang-Undang, Universiti Islam
Antarabangsa Islamabad, Pakistan
Antarabangsa Islamabad, Pakistan
20. 13 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Teknologi Kejuruteraan,
Universiti Kuala Lumpur
21. 27 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Universiti Kuala Lumpur
21. 27 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi,
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
22. 28 Ogos 2005 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains, Universiti Tunku Abdul Rahman
23. 17 Apr 2005 : Ijazah Doktor Kehormat Teknologi Kejuruteraan, Universiti
Kuala Lumpur
24. 26 Dis 2008 : Ijazah Doktor Kehormat, Universiti Aden, Yemen
25. 8 Jun 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan, Universiti Teknologi
Kreatif LimKokWing (LUCT)
Kuala Lumpur
24. 26 Dis 2008 : Ijazah Doktor Kehormat, Universiti Aden, Yemen
25. 8 Jun 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Kemanusiaan, Universiti Teknologi
Kreatif LimKokWing (LUCT)
26. 19 Ogos 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Perubatan, Universiti Perubatan Antarabangsa
27. 3 Okt 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan dan
Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
27. 3 Okt 2009 : Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Pembangunan dan
Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
28. 24 Sep 2010 : Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi dan Pentadbiran
Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
29. 17 Mac 2011 : Ijazah Doktor Kehormat Kejuruteraan, Universiti Malaysia Perlis
30. 1 Okt 2011 : Ijazah Kehormat Doktor Sains, Universiti Malaysia Terengganu
31. 3 Okt 2011 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran Awam),
Universiti Islam Yala, Thailand
31. 3 Okt 2011 : Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pentadbiran Awam),
Universiti Islam Yala, Thailand
32. 27 Jan 2012 : Ijazah Doktor kehormat Sains Politik, Universiti Naresuan, Thailand
33. 17 Mei 2012 : Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif, Universiti
Malaysia Pahang
Malaysia Pahang
ANUGERAH FELLOWSHIP (DAN KEHORMAT)
1. Jun 1991 : Fellow Kehormat, Institut Pengarah Malaysia
2. 14 Ogos 1991 : Paul Harris Fellowship, Rotary International
3. Okt 1991 : Honorary Fellowship of the Royal College of Surgeons, Ireland
4. 6 Okt 1991 : Fellow of the Royal College of Physicians, Ireland
4. 6 Okt 1991 : Fellow of the Royal College of Physicians, Ireland
5. 2 Ogo 1996 : Fellow Kehormat, Akademi Sains Malaysia
6. 24 Nov 1997 : Fellows of the Royal College of Physicians of Edinburgh
7. 20 Apr 1998 : Honorary Fellowship Kof Chartered Institute of
Marketing, United Kingdom
Marketing, United Kingdom
8. 22 Okt.2003 : Anugerah Felow Kehormat, Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan Asean
9. 17 Apr.2004 : Anugerah Felow Kehormat Tertinggi, Institut Jurutera Malaysia
9. 17 Apr.2004 : Anugerah Felow Kehormat Tertinggi, Institut Jurutera Malaysia
1 Dis.2004 Grand Fellow Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Kuala Lumpur
20 Mac 2005 Felo Kehormat, Institut Kelautan Malaysia (IKMAL)
PENGIKTIRAFAN KECEMERLANGAN DAN KEPIMPINAN
1. 18 Feb 1983 : Lions Clubs International `Head of State' Humanitarian
Service- Dadah Abuse
2. 28 Nov 1984 : First Master Builders Gold Medal
3. 20 Mei 1991 : The Farther of Human Resources Development Workers
4. 5 Nov 1999 : Penerima pertama Anugerah Presiden dari Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM)
5. 31 Dis 1999 : Rotary Man of The Millenium oleh Rotary International District 3300
6. 21 Dis 2003 : Diisytiharkan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi7. 27 Mac 2012 : Anugerah Tokoh Pereka Negara, Majlis Rekabentuk Malaysia
8. 26 Jun 2012 : Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat JEC Asoa 2012
8. 26 Jun 2012 : Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat JEC Asoa 2012
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN LAIN (MALAYSIA)
1. 20 Mei 1985 : Bapa Pembangunan Moden, Umno Bahagian Pasir Salak
2. 29 Ogos 1987 : Anugerah Emas MIC
2. 29 Ogos 1987 : Anugerah Emas MIC
3. Sep 1991 : Wira Nusa Raya, UMNO Sabah
4. 15 Apr 1992 : Warga Terhormat Negeri Melaka
5. 5 Mei 1992 : Arkitek Pemodenan Malaysia, Majlis Belia Malaysia
6. Jan 1993 : Ahli Kehormat, Institut Arkitek Landskap Malaysia
6. Jan 1993 : Ahli Kehormat, Institut Arkitek Landskap Malaysia
7. 5 Dis 1996 : Anugerah Cemerlang Diraja, Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis
8. Mei 1989 : Honorary Award of Freedom of the Worshipful Company of Carpenters
9. 3 Nov 1999 : Pingat Emas, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
5 Mei 2001 Anugerah Beret Hijau Kehormat, oleh Rejimen Gerak Khas
10. 31 Jan 2003 : Diisyhtiharkan sebagai Bapa Permodalan Nasional Berhad
(PNB)
(PNB)
11. 11 Mac 2004 : Anugerah Mahaputra, daripada Universiti Utara Malaysia
12. 3 Okt 2004 : Anugerah Pemikir 2003/2004, Lembaga Amanah Minda
26 Mei 2005 : Adams Peak Award, Majlis Masyarakat Islam Sri Lanka
25 Jul.2005 : Tokoh Perdana Buku Negara 2005
6 Ogo.2005 : Anugerah Sains dan Teknologi, Persatuan Saintifik Malaysia
8 Sep.2005 : Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, majalah Malaysia Tatler
20 Mei 2006 : Anugerah 'Minda Agung', Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk
25 Jul.2005 : Tokoh Perdana Buku Negara 2005
6 Ogo.2005 : Anugerah Sains dan Teknologi, Persatuan Saintifik Malaysia
8 Sep.2005 : Anugerah Pencapaian Seumur Hidup, majalah Malaysia Tatler
20 Mei 2006 : Anugerah 'Minda Agung', Persatuan Rekacipta dan Rekabentuk
Malaysia (MINDS)
26 Jul.2009 : 'Collegian of the Century', Kolej Sultan Abdul Hamid
5 Nov.2009 : Tokoh Takaful 2009, daripada Persatuan Takaful Malaysia
27 Mac 2010 : Bintang Pribumi Perkasa Negara, oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia
27 Feb 2011 : Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
21 Jun 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, sempena Anugerah
Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011
18 Nov 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT oleh Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom)
27 Mac 2010 : Bintang Pribumi Perkasa Negara, oleh Pertubuhan Pribumi
Perkasa Malaysia
27 Feb 2011 : Anugerah Khas Alumni daripada Persatuan Alumni Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
21 Jun 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, sempena Anugerah
Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011
18 Nov 2011 : Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ICT oleh Persatuan
Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (Pikom)
14 Dis 2011 : Ahli Kehormat Seumur Hidup Kolej WIT.
ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN LAIN (LUAR NEGARA)
1. Jul 1993 : Honorary Citizen, Tirana City
2. 17 Mac 1998 : Anugerah Atsumi-Persekutuan Antarabangsa
Persatuan-Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat
3. 4 Jan 1999 : Anugerah Keamanan U Thant oleh pemimpin keamanan
antarabangsa, Sri Chinmoy
Persatuan-Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat
3. 4 Jan 1999 : Anugerah Keamanan U Thant oleh pemimpin keamanan
antarabangsa, Sri Chinmoy
4. 2 Sep 2000 : Anugerah Kecemerlangan `Lifetime Achievement Award 2000',
daripada America Finance House-Lariba
5. 10 Sep 2001 : Anugerah Pencapaian Milenium Asean, daripada Forum Perniagaan Asean
daripada America Finance House-Lariba
5. 10 Sep 2001 : Anugerah Pencapaian Milenium Asean, daripada Forum Perniagaan Asean
6. 17 Sep 2003 : Anugerah `Duta Keamanan', oleh Persekutuan Antara Agama
dan Antarabangsa Bagi Keamanan
dan Antarabangsa Bagi Keamanan
7. 21 Feb 2005 : Anugerah Pencapaian Sahabat Islam, London
8. 30 Nov 2005 : Hadiah Antarabangsa Gaddafi mengenai Hak Asasi Manusia, Libya
9. 19 Nov 2006 : Mother Teresa Memorial International Award for Social Justice, India
10. 30 Jun 2008 : Anugerah 'BrandLaureate Hall of Fame', Asia Pacific Brands
Foundation
8. 30 Nov 2005 : Hadiah Antarabangsa Gaddafi mengenai Hak Asasi Manusia, Libya
9. 19 Nov 2006 : Mother Teresa Memorial International Award for Social Justice, India
10. 30 Jun 2008 : Anugerah 'BrandLaureate Hall of Fame', Asia Pacific Brands
Foundation
11. 16 Dis 2009 : Anugerah Keamanan Global, Yayasan Ramadhan, United Kingdom
GELOMBANG MAHATHIR KEDUA
KITA JUMPA DI EPISOD M 213
MAHATHIR 100 TAHUN SIRI 2
https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/arkib-memorial/info-galeri/kompleks-rumah-kelahiran-tun-dr-mahathir-mohammad
https://www.arkib.gov.my/ms/perkhidmatan/arkib-memorial/info-galeri/kompleks-rumah-kelahiran-tun-dr-mahathir-mohammad
https://umno-online.my/presiden/mahathir/
No comments:
Post a Comment